You are on page 1of 19

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 1

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0

Pendahuluan.. 1.1 1.2 1.3 1.4 Pengenalan Objektif.. Metodologi Batasan Kajian...

3 3 4 4 4

2.0

Penggunaan bahasa dalam akhbar Harian Metro.... 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Morfologi Sintaksis Mekanisma Bahasa Gaya dan Laras Bahasa... Gambar, Ilustrasi dan Warna

5 5 11 13 13 15

3.0

Penutup 3.1 3.2 Kesimpulan Cadangan.

17 17 18

4.0

Rujukan

19

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 2

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4 (2005) bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia antara seorang individu dengan individu yang lain(ms.106 ) manakala akhbar pula ialah berita, warta atau surat khabar harian yang diterbitkan di dalam negeri atau wilayah tempat ia diedarkan (ms.24).

Dalam akhbar arus perdana seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Malay Mail dan The Star bahasa pula merupakan simbol dalam bentuk perkataan dan ayat yang akan dijadikan bahan bacaan harian oleh individu. Secara amnya akhbar mengandungi informasi bersifat sensasi, hiburan, ilmiah, fiksyen, sukan, rencana, gambar dan lain-lain maklumat yang lazimnya dicetak dalam satu bahasa pengantar. Justeru itu penulisan akhbar mestilah

menekankan bukan sahaja aspek komersial tetapi juga aspek-aspek tatabahasa supaya bahasanya mudah difahami dan menepati kehendak penulisan dan pemahaman.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai populariti sebagai akhbar pilihan utama, akhbar arus perdana harus bersaing menggunakan gaya, bahasa dan larasnya yang tersendiri. Penggunaan gaya bahasa dan laras (nada) yang tersendiri akan menjadikan identiti akhbar tersebut. Contohnya ialah akhbar Harian Metro yang kini lebih digemari dan menjadi tatapan ramai remaja di Malaysia (Akmar Hayati, et. al., 2011, ms.107).

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 3

1.2

Objektif

Akhbar kajian penulis kali ini ialah Harian Metro terbitan 30 Oktober, 2012 yang mengandungi 64 muka surat. Tujuan penulis adalah untuk membincangkan tentang penggunaan bahasa dalam akhbar arus perdana iaitu Harian Metro. Bagi mencapai tujuan tersebut penulis akan mengutarakan kekuatan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro dari aspek-aspek morfologi, sintaksis, mekanisma bahasa, gaya serta laras bahasa pilihan akhbar tersebut. Selain itu penulis akan cuba mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam akhbar Harian Metro yang dikaji khususnya dari sudut ketatabahasaan.

1.3

Metodologi

Kajian penulis berdasarkan rujukan di perpustakaan Universiti Putra Malaysia dan Perpustakaan Negara dengan merujuk buku tatabahasa, artikel, jurnal dan laman web. Selain itu penulis juga menggunakan kaedah lapangan dengan menemu bual beberapa orang pembaca akhbar Harian Metro bagi mengkaji tentang penggunaan bahasa dan penulisan di dalam akhbar Harian Metro.

1.4

Batasan Kajian

Secara amnya. kajian terhad kepada akhbar Harian Metro sebanyak 64 muka surat. Penggunaan bahasa akhbar pula terhad kepada batasan tatabahasa yang mana hanya dalam tercakup dalam skop morfologi dan sintaksis susunan kata dalam ayat (Kamus Dewan, 2005, ms.1502).

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 4

2.0

PENGGUNAAN BAHASA DALAM AKHBAR HARIAN METRO

2.1

Morfologi

Dalam konteks kajian, penulis menggunakan Tatabahasa Dewan (1989) sebagai rujukan utama dan juga Tatabahasa Melayu (Che Ibrahim, 2010). morfologi merupakan bidang ilmu bahasa Menurut Tatabahasa Dewan,

yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk bunyi

pembentukan dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan

ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan (Nik Safiah, et. al., 1989, ms.3). Morfologi bahasa Melayu pula ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu.

Terdapat morfem iaitu unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dalam akhbar Harian Metro. Menurut Tatabahasa Dewan, morfem pula ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu.

Contoh morfem dalam Harian Metro (ms. 64): penggunaan menamakan : : peng + guna + an me + nama + kan (mengandungi 3 morfem) (mengandungi 3 morfem)

Morfem juga bersifat bebas atau terikat.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud

bersendirian seperti makan dan badan. Manakala perkataan berasaskan dan tekanan merupakan

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 5

morfem terikat yang hanya akan wujud bersama-sama morfem lain . Unit-unit kecil itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Perkataan pula ialah bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Rajah 1 adalah ringkasan am tentang morfologi dan cabangnya dalam bentuk rajah.

Rajah 1: Ringkasan morfologi dalam bentuk rajah

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 6

Dalam Harian Metro terbitan 30 Oktober 2012, gaya bahasanya banyak menggunakan pembentukan kata baru iaitu bahasa harian yang popular mengikut peredaran zaman. Contohnya di muka depan (ms. 1) menggunakan perkataan awek. Perkataan ini merupakan bahasa yang dicipta oleh masyarakat sekarang. Ini menunjukkan laras bahasanya lebih mudah diterima pakai dan difahami oleh golongan muda. Gaya bahasanya juga menggunakan perkataan pinjaman dari bahasa asing (Inggeris) yang sepenuhnya terserap dan ada juga yang belum terserap sepenuhnya.

Contohnya bahasa asing (bahasa Inggeris) yang sepenuhnya diserap: Notis Siber : : notice cyber (ms. C13) (ms. 2)

Contoh bahasa asing (bahasa Inggeris) yang belum sepenuhnya terserap: Konsulat Klassifieds : : consulate classifieds (ms. 2) (ms. 33)

Perancangan bahasa rasmi pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan institusi pengajian tinggi banyak digunapakai dalam bahasa akhbar Harian Metro. Penggunaaan perancangan bahasa rasmi (proses pinjaman) jelas kelihatan di akhbar tersebut.

Contoh ayat dari perancangan bahasa rasmi dalam Harian Metro (ms. 2): atom profesional struktur

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 7

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa tersebut (sila rujuk Rajah 2).

Rajah 2: Ringkasan pembentukan kata (cabang morfologi)

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 8

Di dalam Harian Metro terdapat pembentukan kata yang melibatkan imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh perkataan imbuhan dalam Harian Metro: Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan sisipan : : : : bersosial pesanan berkaitan bertindak arahan melakukan beroperasi bacaan (ms. 23) (ms. 24) (ms. 37) (ms. 45)

ber+ke+mungkin+an

Dalam Harian Metro juga, beberapa kata tugas turut dimuatkan dalam pembentukan perkataan yang bersifat heterogen. Menurut klausa atau frasa Tatabahasa Dewan, kata tugas hadir dalam ayat,

untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai

penghubung, penerang, penentu , penegas, pemeri atau tugas-tugas lain (sila rujuk Rajah 3).

Dalam Harian Metro juga terdapat penggolongan kata. Satu contoh ialah kata sendi nama. Ianya ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu. Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama dan tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya di

kalangan, penggunaan sepatutnya ialah dalam kalangan. Namun begitu kata sendi lain yang terdapat di dalam teks Harian Metro adalah tepat dan sesuai.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 9

Dalam akhbar Harian Metro penggunaan kata bantu pula bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Rajah 3 adalah ringkasan penggolongan kata. Rajah 3: Ringkasan golongan kata (cabang morfologi)

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 10

2.2

Sintaksis

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Setiap pembentukan ayat yang digunakan di Harian Metro menegaskan sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi yang terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata dalam ilmu bahasa , dikenali sebagai unsur atau konstituen. Pemenggalan ayat secara tradisi dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.

Contoh pemenggalan ayat dalam Harian Metro (ms. H10): Mereka yang inginkan coklat berbentuk bulat Subjek Predikat : : Mereka inginkan coklat berbentuk bulat

Terdapat banyak lagi ayat yang mengandungi subjek dan predikat yang mudah difahami. Selain penggunaan bahasa, gaya dan ragam ayat, kita juga membezakan pembentukan atau binaan ayat melalui jenis-jenisnya.

Umumnya ayat terbahagi kepada empat bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 11

dan ayat seruan. Ayat yang terdapat dalam Harian Metro kebanyakannya ayat penyata. Namun begitu terdapat juga ayat tanya.

Contoh ayat tanya dalam Harian Metro: Artis lain pula bagaimana? (ms. 32) Siapakah agaknya perempuan muda itu? (ms. H8)

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ayat yang terdapat dalam akhbar Harian Metro seperti dalam penulisan cerpen yang berbentuk sastera iaitu ayat seru, ayat tanya dan sebagainya selain morfem bebas dan morfem terikat.

Contoh ayat seru dalam Harian Metro (ms. H8): Dalam Cerpen Hati : Proses transformasi ambil masa tau!

Ayat aktif terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif (Che Ibrahim, 2010, ms.309). Manakala ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan kata kerja di, ter, kata ganti diri pertama dan kedua. Berdasarkan akhbar Harian Metro, kebanyakan ayat yang terdapat dalam akhbar ini ialah ayat aktif.

Contoh ayat aktif dalam Harian Metro: Daerah Zhongning mengeluarkan buah Goji yang berkualiti tinggi di dunia (ms. C16) Kaki palsu untuk gajah memudahkan pergerakannya (ms. 34)

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 12

2.3

Mekanisma Bahasa

Mekanisma bahasa juga memainkan peranan penting bagi penggunaan bahasa dalam akhbar . Di dalam akhbar Harian Metro, ejaan yang digunakan adalah berpandukan Pola Keselarasan Huruf Vokal. Justeru pembaca dibimbing dengan ejaan yang betul. Selain itu agak sukar juga untuk mengenal pasti kesilapan ejaan dalam akhbar Harian Metro. Pinjaman perkataan bahasa Inggeris yang keterlaluan pula perlu dielakkan.

Contoh penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam Harian Metro (ms. 22) hospitaliti boleh digantikan menggunakan perkataan layanan yang baik

2.4

Gaya dan Laras Bahasa

Gaya bahasa ialah bahasa yang mempunyai ciri-ciri atau identiti kelakuan, peri laku atau perlakuan yang tersendiri manakala laras pula ialah ragam atau nada bahasa (nahu). Gaya dan laras merupakan bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain contohnya bahasa istana adalah berbeza dari bahasa klasik dan bahasa sains atau bahasa anak remaja. Terdapat banyak laras bahasa yang digunakan dalam akhbar Harian Metro. Ini termasuklah bidang ketenteraan, sains,

ekonomi, sukan dan lain-lain lagi. Oleh itu, struktur ayat akan berbeda dengan laras bahasa yang berbeza-beza berdasarkan bidang yang hendak diperkatakan. Akhbar ini juga didapati mengungkapkan pelbagai mempunyai bidang ilmu laras penggunaan bahasa ilmiah yang mampu

moden termasuklah perubatan, teknologi, sastera

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 13

dan lain-lain lagi. Justeru beberapa pendekatan boleh dibuat untuk menambahkan lagi laras (nahu) bahasa yang terdapat di dalam akhbar ini. Laras perubatan jelas digunakan dalam akhbar ini. Penggunaan laras sastera juga turut dimuatkan dalam akhbar ini.

Contoh ayat-ayat bagi laras perubatan dalam Harian Metro (ms. 23): Aktif setiap hari untuk menikmati kesihatan diri Bahan aktif Litramine yang mengandungi serat semulajadi mampu mengikat 27.4% lemak makanan.

Contoh laras sastera dalam Harian Metro (ms. H8-H9): Cerpen Inovasi Penerbitan Kreatif yang bertajuk Tangisan Dalam Tawa .

Wujudnya laras sastera ini akan dapat memberi pendedahan kepada pembaca tentang nilai seni dan estetika. Melalui sastera kreatif, akhbar ini dapat menjelaskan makna, dalam bahasa yang menarik dan gaya penyampaian yang pelbagai. Penggunaan aliterasi bahasa turut

mengutamakan persamaan bunyi fonem dan Selain itu laras sastera kreatif ini

melibatkan unsur gaya

dan asonansi.

mengutamakan

penulisan yang berkesan,

bermutu dan indah. Secara tidak langsung, bakat para pembaca dapat dipupuk dan dikembangkan melalui sastera kreatif. Contohnya sajak yang bertajuk Selagi Masih Muda dan Suatu Malam. Penulis mendapati bahawa penggunaan laras bahasa dalam teks ini adalah sesuai dan tepat. Walaubagaimanapun laras yang paling ketara digunakan ialah laras bahasa sensasi (popular) yang lebih bersifat komersial. Awek dan aktivis adalah contoh yang ketara.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 14

2.5

Gambar, Ilustrasi dan Warna

Gambar, ilustrasi dan juga warna memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembaca berminat untuk membaca akhbar Harian Metro ini. Gambar yang terdapat di dalam akhbar ini memudahkan kita memahami maklumat yang hendak disampaikan dalam aspek bahasa simbolik. Gambar bersifat visual manakala bahasa bersifat nahu.

Contoh gambar model motosikal Honda Cup yang terdapat di halaman V4 dapat membantu pembaca memahami dengan lebih jelas lagi tentang bentuk model keluaran Motosikal Honda Cup empat lejang bersesaran 49cc tanpa diungkap dengan bahasa.

Selain itu, terdapat juga ilustrasi dan warna yang menarik di setiap halaman mengiringi berita yang disampaikan. Justeru itu pembaca akan tertarik dan keinginan untuk membaca akan meningkat. Gambar dan ilustrasi juga dapat menolong pembaca bukan Melayu mempelajari bahasa dengan lebih cepat. Di samping warna-warna yang terang, ilustrasi pada bahagian muka depan akhbar Harian Metro juga sangat menarik dan memikat hati pembaca.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 15

Gambar (di atas): Akhbar Harian Metro terbitan 30 Oktober 2012

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 16

3.0

PENUTUP

3.1

Kesimpulan

Berdasarkan

kajian dari segi morfologi dan sintaksis , didapati akhbar Harian Metro Selain itu struktur

merupakan akhbar arus perdana yang sesuai dijadikan bahan bacaan.

morfologinya adalah tepat. Pemilihan kata-kata adalah kata- kata yang bermakna.

Dari aspek sintaksis pula, Harian Metro ada sedikit kelemahan. Ayat-ayat yang diterbitkan mempunyai kompleksiti yang jelas dan tinggi seperti aktivis dan konsulat. Di samping itu

pelbagai jenis ayat juga digunakan. Akhbar ini juga mempunyai ciri-ciri bahasa akademik iaitu bahasa yang agak lengkap dengan laras ilmiah untuk menjelaskan pelbagai maklumat.

Dari sudut gambar dan

ilustrasi akhbar ini pula, ianya jelas dan menepati petikan yang pembaca memahami dengan

diberi. Gambar dan ilustrasi ini banyak membantu para lebih tepat maklumat yang hendak disampaikan .

Kesimpulannya, akhbar Harian Metro boleh dijadikan bahan bacaan yang sesuai dan mempunyai banyak informasi. Pelbagai informasi yang dapat diperolehi merangkumi berbagai maklumat dan bukan sahaja sesuai dibaca oleh golongan muda tetapi juga golongan atasan dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai ruangan seperti keselamatan, kesihatan, fesyen, sukan dan lain-lain maklumat lagi yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 17

3.2

Cadangan

Memandangkan akhbar Harian Metro mempunyai banyak kelebihan, akhbar ini boleh diteruskan sebagai bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Penulis mencadangkan agar aspek kesalahan tatabahasa hendaklah diminimakan pembaca. untuk mencapai kesempurnaan mudah dan ayat kompleks

bahasa dalam kalangan para

Penggunaan ayat

hendaklah diselang-selikan dalam ayat yang diberi.

Selain itu penulis turut perkataan atau penciptaan

mencadangkan agar akhbar Harian Metro ini kata baru berdasarkan penggunaan

menggunakan

popular tetapi tidak

keterlaluan. Contohnya perkataan aura, gah, wadah dan sebagainya. Dengan ini pembaca dapat menambah perbendaharaan kata.

Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa pinjaman yang keterlaluan pula akan menyebabkan kehilangan jati diri tatabahasa melayu secara beransur-ansur. Laras bahasa yang terlalu bersifat sensasi pula dan boleh mendatangkan negativiti kepada minda pembaca. Tidak dinafikan

bahawa penggunaan serta penggayaan bahasa dalam akhbar arus perdana Harian Metro adalah sesuatu yang teramat penting dari segi nilai komersialnya.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 18

4.0

RUJUKAN

Akhbar (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong, Mohd Nizam Osman, Khailani A. Jalil (2011). Kepercayaan remaja terhadap akhbar: Satu kajian di dua buah sekolah terpilih. Jurnal Pendidikan (Bil.1, Jld. 9) ISSN: 1675-8730, ms.97-122.

Bahasa (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Ibrahim Salleh (2010). BBM 3203 Unit 1-11/11: Tatabahasa Melayu (Cetakan ke-5). Serdang: UPM Holdings Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (1989). Tatabahasa Dewan: Jilid 2: Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sintaksis (2005). Kamus Dewan (Ed. 4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

Muka 19

You might also like