You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SUKAN TAHUNAN SK KEM TERENDAK 2, MELAKA Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, Lt. Kol. Mohd.

Syafiq Poh b. Abdullah, Pegawai Memerintah 73 Wksyp. Divisyen merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru SK Kem Terendak 2 diiringi dif-dif kehormat ke KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEK. KEB. KEM TERENDAK 2, KALI KE-15. 1) Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera 1. Yang Berusaha, Pn. Hjh. Fuziah bt. Hashim, Guru Besar Sek. Keb. Kem Terendak 2 2. Yang Berbahagia, Lt. Kol. Mohd. Syafiq Poh b. Abdullah, Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Kem Terendak 2 3. Pn. Evelyn Goh, Guru Penolong Kanan 1 4. En. Jamal b. Salleh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 5. Pn. Zalina bt. Majip, Guru Penolong Kanan Kokurikulum 6. Pn. Hjh. Aziah bt. Mohd. Saad, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas 7. Guru-guru 8. AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini 9. Ibu bapa, dif-dif kehormat 10. Serta murid-murid Sek. Keb. Kem Terendak 2 yang disayangi sekalian. Sireh berlipat sirih pinang, Sireh dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal BismilLah pembuka bicara. Sarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga Majlis bertambah seri. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEK. KEB. KEM TERENDAK 2 KALI KE-15! Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNYA, dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini, untuk menjayakan KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEK. KEB. KEM TERENDAK 2 KALI KE-15. Kami mengucapkan ribuan terima kasih, atas kesudian para hadirin yang hadir, bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.

2) Upacara Perarakan badan Beruniform dan Rumah Sukan Hadirin hadirat yang dihormati, pembuka acara pada petang ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat kontijen-kontijen yang mengambil bahagian. PERBARISAN MASUK PADANG! Pasang CD Marching Untuk makluman, perbarisan kali ini diketuai oleh adik Muhd. Ruhaidi bin Jamaluddin. Adik Muhd. Ruhaidi merupakan pemenang pingat emas bagi acara Lontar Peluru & Lempar Cakera Kejohanan Sukan MSSM Peringkat Negeri Melaka (tunggu murid sampai di lap) Dijemput, Guru Besar Pn. Hjh. Fuziah bt. Hashim untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG, Lt. Kol. Mohd. Syafiq Poh b. Abdullah untuk menerima tabik hormat dari kontijen-kontijen. Ulasan Perbarisan 1. Perbarisan pada kali ini didahului oleh kontijen dari rumah Biru. Rumah biru juga dikenali sebagai URANUS. Kontijen ini menggunakan _____________________ sebagai maskot rumah sukan mereka. Kontijen ini diwakili seramai 33 orang murid dan diketuai oleh adik Muhd. Aniq Jazlan b. Jamaluddin. 2. Diikuti oleh rumah Hijau yang dikenali sebagai Zuhal. Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya. Hijau mewarnai alam sekeliling kita. Rumah hijau diwakili seramai 33 orang murid yang diketuai oleh adik __________________________________________. 3. Kontijen seterusnya ialah dari rumah kuning atau lebih dikenali sebagai Kejora. Kontijen ini menggunakan ____________________________ sebagai maskot rumah mereka. Kuning juga melambangkan warna Diraja. Pada tahun lepas, kontijen ini mendapat tempat kedua dengan kutipan mata sebanyak 365 mata. Kontijen ini juga diwakili oleh adik Mohamad Izzed b. Abu Hashim. 4. Kontijen yang terakhir adalah rumah Merah yang dikenali juga sebagai Marikh. Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Kontijen ini diwakili seramai 33 orang murid yang diketuai oleh adik _______________________________________________ Keputusan Rasmi Tahun lepas (2010) Johan Naib Johan Ketiga Keempat Hijau (Zuhal) Kuning (Kejora) Merah (Marikh) Biru (Uranus) 405 mata 365 mata 332 mata 278 mata

(tunggu murid senang diri) Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. 3) Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dihormati, Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput AlFadhil Ustaz ___________________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. (doa) Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan kali ke-15 akan dibacakan oleh adik Muhd. Ruhaidi b. Jamaluddin. (ikrar) (tunggu murid rehatkan diri) Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Pn. Hjh. Fuziah bt. Hashim, Guru Besar Sek. Keb. Kem Terendak 2 untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. (ucapan GB) Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Fuziah bt. Hashim, Guru Besar Sek. Keb. Kem Terendak 2 di atas ucapan beliau itu tadi. Dengan penuh takzimnya, majlis menjemput Yang Berbahagia, Lt. Kol. Mohd. Syafiq Poh b. Abdullah selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru SK Kem Terendak 2 untuk memberikan ucapan dan seterusnya, merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Kem Terendak 2 kali ke-15. Majlis dengan hormatnya dipersilakan. (ucapan YDP) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Lt. Kol. Muhd. Syafiq Poh b. Abdullah di atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Cenderahati Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn. Evelyn Goh, Guru Penolong Kanan 1 untuk mengiringi Pn. Hjh. Fuziah bt. Hashim, Guru Besar SK Kem Terendak 2 bagi menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Lt. Kol. Mohd. Syafiq Poh b. Abdullah atas kesudian beliau hadir dan sekaligus merasmikan majlis pada hari ini. (penyampaian cenderahati) Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Pn. Hjh. Fuziah b. Hashim di atas penyampaian cenderahati tadi. Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah perasmian Kejohanan Sukan Tahun SK Kem Terendak 2 kali ke-15. PERBARISAN KELUAR PADANG! (tunggu murid berkumpul di hujung padang) Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Marilah sama-sama kita menyaksikan 2 persembahan dari Kumpulan Kompang dan Tarian Sekolah. Persembahan yang pertama ialah persembahan dari pasukan kompang. Pasukan ini terdiri daripada 10 orang murid di bawah bimbingan En. Hasrul b. Ramli. Pasukan kompang ini pernah mewakili sekolah ke Pertandingan Kompang Formasi sempena Festival Pendidikan Peringkat Negeri Melaka. Diikuti dengan persembahan kedua iaitu, persembahan tarian zapin dan joget dari pasukan tarian sekolah. Pasukan tarian ini dibimbing oleh Pn. Haslimaznah. Tuan-tuan dan puan-puan, sama-sama kita saksikan! (Persembahan) Begitulah tadi persembahan yang memeriahkan acara sukan pada tahun ini. Sekarang, dipersilakan semua kontijen-kontijen yang mengambil bahagian untuk bergerak ke khemah masing-masing bagi meneruskan acara sukan pada petang ini. PERHATIAN! Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

Acara sukan Acara sukan yang akan dimulakan sebentar lagi ialah larian 100m Lelaki dan Perempuan Bawah 10 dan 12 Tahun. Para peserta diminta bersedia. Acara sukan pertama pada hari ini dimulakan dengan larian 100m Lelaki Bawah 10.

Penyampaian hadiah Sekarang, tibalah masanya bagi upacara Penyampaian Hadiah Majlis dengan sukacitanya menjemput _____________________________________________________________________ untuk mengiringi _______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah. (sebut nama pemenang) Terima kasih diucapkan kepada _____________________________________________ di atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah. penutup Maka dengan itu, berakhirlah sudah kejohanan Sukan tahunan SK Kem Terendak 2 kali ke-15. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk adalah dari kami sendiri. Akhir kata dari kami berdua, maaf di atas ketelanjuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Syabas untuk semua dan MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA DAN SK KEM TERENDAK 2! Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Assalamualaikum w.b.t Sekian, terima kasih!

You might also like