P. 1
Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

Fungsi Muskuloskeletal Dan Pergerakan Manusia

|Views: 225|Likes:
Published by Nabil Fikri

More info:

Published by: Nabil Fikri on Nov 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/31/2013

pdf

text

original

Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan otot adalah:

Saiz otot

Regangan otot

Lengan momen otot

Halaju penguncupan

Rekrumen serat otot

Jenis serat yang membina otot

Saiz Otot

Daya hasil daripada penguncupan otot bergantung kepada jumlah aktin dan miosin pada serat
otot. Lagi banyak filamen-filamen ini lagi besarlah sesuatu serat otot tersebut. Jumlah serat otot
mempengaruhi daya penguncupan otot. Jumlah serat otot dapat ditentukan dengan luas

124

keratan rentas fisiologi (physiological cross sectional area). Otot-otot penat mempunyai luas
keratan rentas fisiologi otot yang lebih besar berbanding otot-otot selari dan yang demikian
berkebolehan untuk menghasilkan daya penguncupan yang lebih besar.

Walaupun serat-serat otot selari lebih panjang dan mempunyai pergerakan yang lebih besar
kekangan ruang bagi otot-otot ini menghalangnya daripada mempunyai luas keratan rentas
fisiologi yang besar dan seterusnya keupayaan penghasilan daya yang besar. Otot-otot yang
mempunyai luas keratan rentas fisiologi yang lebih besar dapat dimuatkan dalam ruangan yang
lebih kecil menerusi susunan serat otgot secara penat.

Berdasarkan susunan serat otot ini terdapat pendapat yang menyatakan bahawa otot yang
mempunyai serat-serat otot yang pendek lebih khusus untuk penghasilan daya sementara otot-
otot berserat panjang lebih berperanan untuk menghasilkan pergerakan yang lebih besar.

Lengan momen otot

Momen, daya momen atau torque adalah putaran yang terhasil pada sesuatu segmen kesan
daripada tindakan daya yang memutarkan segmen tersebut. Kebolehan otot untuk memutarkan
sendi bergantung kepada daya penguncupan otot dan lengan momennya (jarak perpendikular
daripada daya otot ke titik putaran. Walau pun saiz dan regangan otot mempunyai kesan yang
signifikan terhadap daya pencuncupan, lengan momen otot menentukan momen yang terhasil
daripada penguncupan otot. Lagi besar lengan momen ini lagi besarlah momen yang terhasil.
Momen berada pada tahap maksimum apabila sudut aplikasi adalah 90°.

Dari segi magnitud, lengan momen bagi otot-otot lengan, brakioradialis mempunyai lengan
momen yang terbesar, diikuti oleh biseps brakii, brakialis dan yang paling kecil pronator teres.
Bagi otot-otot yang sama kemuncak lengan momen bagi brakioradialis adalah semasa fleksi
90°di siku, biseps brakii fleksi 90°hingga 110°, brakialis fleksi 100°dan pronator teres di antara

75°hingga 80°.

Regangan Otot

Jumlah tegangan yang boleh dihasilkan oleh otot dipengaruhi bilangan kompleks aktomiosin
dalam sarkomer pada serat otot. Kompleks aktomiosin terbentuk apabila rangsangan pada
serat otot menyebabkan kepala miosin yang berada dalam zon pertindihan melekat pada tapak
aktif pada aktin. Bilangan kompleks aktomiosin yang boleh dibentuk bergantung kepada darjah
pertindihan di antara filamen aktin dan filamen miosin.

Tegangan maksimum dicapai apabila panjang serat otot hampir dengan ukuran panjang
unggulnya iaitu panjang ketika rehat. Dalam keadaan ini bilangan kompleks aktomiosin yang
terbentuk adalah maksimum dan menghasilkan tegangan yang maksium. Pertambahan panjang
serat otot mengurangkan zon pertindihan untuk pembentukkan kompleks aktomiosin dan ini
mengurangkan tegangan otot. Sekiranya zon ini mencapai sifar, serat otot tidak dapat
menghasilkan tegangan dan penguncupan tidak berlaku. Apabila serat otot dipendekkan secara
maksimum, kompleks aktomisosin tetap berlaku tetapi kepala miosin tidak dapat berputar untuk

125

menarik filamen aktin ke arah tengah sarkomer. Ini menyebabkan tegangan tidak dihasilkan
apabila serta otot dirangsang.

Dalam keadaan normal, pemanjangan atau pemendekkan serat otot secara melampau dihalang
oleh filamen titin yang mengikat filamen miosin kepada garis Z dan juga oleh tisu perantara
yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, ekstensi lengan bawah pada sendi siku
meregangkan otot biseps brakii tetapi tulang dan ligamen yang membentuk sendi siku ini
menghentikan ekstensi tersebut sebelum serat-serat otot diregang secara melampau.

Rajah 9.2: Hubungan di antara Panjang Serat dan Daya Tegangan Otot

Halaju Penguncupan

Halaju penguncupan otot ditentukan oleh perubahan panjang otot di aras makroskopik
berdasarkan unit masa tertentu. Walau pun terdapat perubahan panjang otot di aras
mikroskopik, penguncupan isometrik mempunyai halaju sifar. Penguncupan konsentrik
menzahirkan pemendekkan otot di aras makroskopik dan yang demikian mempunyai halaju
penguncupan positif. Bagi magnitud penguncupan yang sama penguncupan isometrik
menghasilkan lebih banyak daya berbandingan dengan penguncupan konsentrik.

Penguncupan esentrik yang turut memperlihatkan pemendekkan otot menghasilkan lebih
banyak daya berbanding jenis penguncupan yang lain. Selain daripada itu penguncupan yang
pantas untuk memendekkan otot menghasilkan daya yang kurang berbanding dengan
penguncupan yang perlahan.

Pengurangan panjang

Panjang Rehat Optimum

Pertambahan panjang

Tegangan (peratusan daripada maksimum)

126

Rekrutmen Serat Otot

Unit motor berperanan dalam mempelbagaikan magnitud daya penguncupan otot. Unit ini
terdiri daripada satu unit neuron motor dan serat-serat otot yang disarafinya. Daya
penguncupan otot di pelbagaikan menerusi kekerapan rangsangan neuron motor terhadap
serat otot dan juga bilangan unit motor yang aktif.

Penguncupan yang terhasil daripada satu potensial tindakan dikenali sebagai sentak otot dan
daya yang dihasilkan adalah kecil. Penguncupan sentak adalah penguncupan singkat di mana
semua serat otot dalam sesuatu unit motor bergerak balas terhadap satu potensial tindakan.
Jika rangsangan kedua tiba sebelum sempat serat-serat otot mengendur sepenuhnya,
penguncupan yang kedua ini akan lebih kuat daripada penguncupan yang sebelumnya kerana
ia bermula ketika serat-serat ini berada pada tahap tegangan yang lebih tinggi. Kejadian ini
dikenali sebagai penjumlahan gelombang (wave summation). Tetanus berlaku apabila
rangsangan datang secara bertalu-talu tanpa membenarkan serat-serat otot untuk mengendur.

Rekrutmen bilangan unit motor mempengaruhi daya penguncupan yang dihasilkan. Lagi banyak
unit motor yang direkrut lagi banyak daya yang dihasilkan tetapi kejituan pergerakan akan
terjejas. Otot-otot yang mempunyai kelebihan mekanikal (otot dipanjangkan atau berada di
posisi yang memberikan lengan momen yang besar) boleh menghasilkan momen yang sama
dengan otot-otot yang ketakberuntungan mekanikal tanpa perlu merekrut bilangan unit motor
yang banyak.

Jenis Serat Yang Membina Otot

Otot manusia terdiri daripada gabungan serat Jenis I, Jenis IIa dan IIb. Secara umumnya daya
penguncupan serat Jenis IIb lebih besar daripada serat Jenis I. Serat Jenis I direkrut terlebih
dahulu sebelum serat-serat jenis lain semasa bergerak. Serat Jenis IIb paling akhir direkrut
apabila rintangan meningkat. Halaju penguncupan juga berbeza di antara jenis-jenis serat otot.
Serat Jenis IIb menghasilkan daya yang lebih besar pada halaju yang lebih tinggi sementara
serat Jenis I mempunyai halaju penguncupan yang lebih perlahan serta daya maksiumum yang
rendah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->