You are on page 1of 19

X PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan sukan yang sangat istimewa dan
menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular dalam kalangan
peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta
kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik dan juga daya kreativiti
mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan
fizikal khususnya bagi pelajar-pelajar perempuan serta kaum wanita pada semua
peringkat umur.

KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN
Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama
perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik
menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta
dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini,
seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik
badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain,
8.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
8
8

X
Kemahiran
Pergerakan
Gimrama
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan ciri-ciri gimrama dari aspek-aspek berikut:
2. Pergerakan melangkah;
3. Ayunan dan pusingan;
4. Putaran dan pivot; dan
5. Lompatan dan layangan.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

195
elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dilakukan
sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendaklah digabungkan
dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik.
Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan
suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil
antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai
suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan
gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih
atau gimnas.


Rajah 8.1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk
melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri

Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
x Pergerakan melangkah (gerak edar);
x Ayunan dan pusingan;
x Putaran dan pivot;
x Alunan;
x Lompatan dan layangan;
x Imbangan;
x Lentikan; dan
x Gulingan.
X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
196
8.1.1 Pergerakan Melangkah (Gerak Edar)
Dalam pergerakan melangkah, terdapat berbagai variasi corak melangkah dari
berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini
akan dilakukan dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan
dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola kaki. Dalam pergerakan
melangkah juga, bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh
pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting, langkah
skip, Chasse, langkah Waltz dan langkah Grapevine. Sekarang, marilah kita
bincangkan tentang pergerakan-pergerakan ini.

(a) Berjalan
Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan
bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit.
Ayun tangan dengan bebas bermula dari bahagian bahu dan pergerakan
tangan ke hadapan. Tangan yang dihayun ke depan hendaklah bertentangan
dengan pergerakan kaki ke hadapan. Berada dalam keadaan badan tegak
dan pandang ke depan.


Rajah 8.2: Gerakan melangkah berjalan

(b) Berlari
Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan, cuma
dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika.
Contoh variasi: langkah besar, langkah kecil, tendang ke belakang dengan
kaki lurus atau bengkok.

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

197

Rajah 8.3: Gerakan melangkah berlari

(c) Lompat Ketinting
Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.


Rajah 8.4: Gerakan melangkah lompat ketinting
X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
198
(d) Lompat Skip
Lompat berturut-turut dengan kedua-dua belah kaki secara bergilir-gilir.


Rajah 8.5: Gerakan melangkah lompat skip

(e) Chasse
Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga
langkah-tutup-langkah. Gerakan Chasse merupakan kemahiran yang
mustahak bagi menyediakan diri untuk gerakan yang lain. Dengan
melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu gimnas
membuat persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan.

Terdapat dua gerakan Chasse seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.6
dan Rajah 8.7.


Rajah 8.6: Gerakan melangkah Chasse ke hadapan

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

199

Rajah 8.7: Gerakan melangkah Chasse ke sisi

(f) Langkah Waltz


Rajah 8.8: Gerakan melangkah langkah Waltz

Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan dalam kiraan 1
dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya boleh dilakukan
dalam pelbagai arah dan boleh dimulakan dengan kaki kiri.

X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
200
(g) Langkah Grapevine
Langkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah
seperti berikut:
(i) Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.
(ii) Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri.
(iii) Hulur kaki kiri ke sisi.
(iv) Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.


Rajah 8.9: Gerakan melangkah langkah grapevine
TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

201
8.1.2 Ayunan dan Pusingan
Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan
diaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau
untuk menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan boleh dilakukan
dengan mana-mana anggota badan seperti tangan, bahagian atas badan dan
kaki.


Rajah 8.10: Gerakan ayunan dan pusingan
X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
202
8.1.3 Putaran dan Pivot
Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki,
putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut
atau belakang. Terdapat berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung
kepada sudut putaran. Contohnya separuh putaran (180q), putaran penuh (360q)
atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu
gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.


Rajah 8.11: Gerakan putaran penuh

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

203

Rajah 8.12: Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada beberapa putaran
separuh

Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala
boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Contohnya, kedudukan kaki yang
diangkat boleh diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan
statik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar (iaitu ke arah kaki
yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot).

Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang
boleh apabila melakukan putaran atau pivot. Sepanjang membuat putaran dan
pivot, badan gimnas hendaklah berada dalam keadaan tegap dan dia perlu
mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-otot perut
serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat sewaktu melakukan pivot.
Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran
dan pivot. Contoh putaran dan pivot adalah seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 8.13.


Rajah 8.13: Gerakan pivot

X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
204
Alunan
Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan,
tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai
arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri.
Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran gerakan gimnas yang agak
susah.

Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan
tubuh badan dengan kemas yang menyerupai gerakan ombak. Alunan tidak
hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh
badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempraktikkan alunan
yang akan membantu perlakuan tersebut:


TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

205


Rajah 8.14: Gerakan teknik alunan
X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
206
8.1.4 Lompatan dan Layangan
Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam
gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua
kaki. Berikut adalah beberapa variasi lompatan yang digunakan oleh gimnas.




Rajah 8.15: Gerakan jenis lompatan

Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan
menggunakan satu layangan semasa melonjak dan mendarat. Berikut adalah
variasi layangan.

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

207



Rajah 8.16: Gerakan beberapa jenis layangan
X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
208
Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu
dibengkokkan sedikit. Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta
meringankan pendaratan bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin berlaku
di lutut kaki dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas bebola kaki
dan terus ke bahagian kaki yang lain.


(a) Betul (b) Salah
Rajah 8.17: Contoh gerakan pendaratan

Semasa melakukan lompatan atau layangan, gimnas perlu tenang dan merasa
seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara.


Rajah 8.18: Aksi layangan gimnas seolah-olah gerakannya berhenti sementara di udara

Lompatan dan layangan patut dilakukan dengan amplitud yang baik dengan
kaki dan tangan yang lurus.

TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

209

Rajah 8.19: Lompatan dan layangan patut dilakukan dengan amplitud yang baik dengan
kaki dan tangan yang lurus

Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan
lompatan. Semasa menghayun tangan, bahu tidak perlu diangkat. Sekiranya
bahu diangkat, posisi bahagian atas badan kelihatan bengkok.




Rajah 8.20: Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan
lompatan

X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
210


x Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama
perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan.
x Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan
badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.
x Kesemua elemen teknik badan hendaklah digabungkan dalam rutin gerakan
supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik.
x Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil antara pergerakan badan dan
manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat
mencabar bagi gimnas dan jurulatih.
x Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah
dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks.
x Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa
dilunjurkan.
x Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan dikenali juga dengan nama
langkah-tutup-langkah.
x Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan.
x Ayunan dan pusingan diaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika
persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan.
x Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai.
x Selain daripada dua kaki, putaran boleh dilakukan dengan anggota badan
lain seperti punggung, lutut atau belakang.
SEMAK KENDIRI 8.1
1. Nyatakan komponen yang terdapat dalam pergerakan
melangkah.
2. Cirikan dan bezakan antara putaran dan pivot.
3. Cirikan pergerakan berjalan dan berlari dengan betul.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA W

211
x Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama; ia boleh
juga dilakukan dengan lompatan.
x Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang
boleh apabila melakukan putaran atau pivot.
x Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan
tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan.
x Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara, contohnya ke depan,
ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri.
x Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat
menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyerupai gerakan
ombak.
x Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam
gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau
dua kaki.
x Proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu
dibengkokkan sedikit.
x Lompatan dan layangan patut dilakukan dengan amplitud yang baik dengan
kaki dan tangan yang lurus.



Alunan
Ayunan dan Pusingan
Bebola kaki
Berjalan
Berlari
Chasse
Gerakan ombak
Gulingan
Imbangan
Langkah Grapevine
Langkah skip
Langkah Waltz
Lentikan
Lompat ketingting
Lompatan dan layangan
Pergerakan melangkah
Putaran dan pivot
X TOPIK 8 KEMAHIRAN PERGERAKAN GIMRAMA
212

Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills.
Champaign, IL: Human Kinetics.
Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todays children
(3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.
Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher.
Champaign, IL : Human Kinetics.
Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education:
A guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran pendidikan
jasmani, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Sim, L. J. (1993). Siri sukan popular fajar bakti gimrama. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti.

You might also like