You are on page 1of 7

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERTANIAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

1.0

TUJUAN : Tujuan kertas kerja ini adalah bagi memohon kelulusan penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian kepada gred yang lebih tinggi dengan mewujudkan kelayakan masuk Sijil Institut Pertanian Malaysia / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia / Sijil Politeknik.

2.0

LATAR BELAKANG : Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian sekarang ini adalah berasaskan kelayakan masuk dengan Sijil Institut Pertanian Malaysia dengan Gred G 17 -Tangga gaji permulaan P1T8

3.0 I.

ASAS PERMOHONAN : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1999 telah diiktiraf Sijil Institut Pertanian Malaysia setaraf dengan Sijil Politeknik dari Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. . Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 tahun 2003 - skim perkhidmatan Pembantu Pertanian Gred G17, G22, G26, kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Kementerian Pertanian Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya menjadi syarat asas lantikan. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 tahun 1983 telah meluluskan penilaian yang baru bagi Sijil Kejuruteraan Politeknik yang diiktiraf sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada tahun 2002 menetapkan kelayakan masuk Diploma , Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf adalah di gred 27 hingga gred 40. Dengan penilaian nilai taraf baru seperti yang dinyatakan dalam pekeliling diatas, maka Pembantu Pertanian yang berkelayakan pada peringkat Sijil Politeknik juga layak dipertimbangkan ke gred 27 hingga 40. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 Berdasarkan kepada Perlaksanaan SBPA gred jawatan Pembantu Pertanian telah diiktiraf

II.

III.

IV.

V.

Muka surat : 1

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

sama dengan kumpulan Pelaksana yang berkelayakan STPM (Gred GA 3) VI. Keperluan penstrukturan semula Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian adalah selari dengan perkembangan semasa. Kali terakhir Penstrukturan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah pada tahun 1999 dan 2004. Oleh yang demikian adalah amat wajar untuk kerajaan mempertimbangkan penambahbaikan pada Skim Perkhidmatan Pertanian sejajar dengan perkembangan semasa. Penambahbaikan dalam Skim Perkhidmatan lain Kerajaan melalui beberapa pekeliling telah menguatkuasakan penambahbaikan kepada beberapa Skim Perkhidmatan dan Gred sokongan. Contoh: Penghulu, Jururawat, Penolong Pegawai Tanah, Penolong Pegawai Meteorologi, Polis, Penyelidik, Bomba, dan lain-lain. 4.0 GRED JAWATAN YANG DICADANGKAN DAN JUSTIFIKASI : Penambahbaikan yang dicadangkan adalah menjumudkan Skim Perkhidmatan Pembantu Pertanian dan diserapkan ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian. A. Cadangan Skim Pembantu Pertanian Perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian. sediada ke Skim

VII.

Gred Semasa G17 G22 G26

Cadangan Gred Baru G27 G32 G34 G36 G42

Cadangan Tangga Gaji G27 P1T1 G32 G34 G36 G42

Justifikasi Sijil/Diploma Sijil/Diploma Sijil/Diploma KPSL Gred Bersepadu

Muka surat : 2

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

JUSTIFIKASI TUGAS:

PENGURUSAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER TANAH Menjalankan geocoding dan data enhancment atas imej satelit untuk interpretasi maklumat spatial guna tanah. Menyunting imej (subset) mengikut keperluan peta topografi dan mencantum lembaran (mosaic) mengikut keperluan. Menjalankan kerja-kerja analisis makmal dan mengintepretasi datadata analisis untuk pengesyoran pembajaan dan pengurusan nutrien tanaman. Melaksana program kolerasi tanah dan Committee for the Standardisation of Soil Survey and Evaluation in Malaysia (COMSSEM). Memberi perkhidmatan regulatori seperti ubah syarat tanah, permohonan pekerja asing, permohonan senjata api, bencana alam, permohonan tanah pertanian. Memberi perkhidmatan siasatan tanah separa lengkap dan lengkap. Menyediakan peta berdigit dan data statistik guna tanah untuk mukim, daerah, negeri dan Semenanjung Malaysia dan Labuan serta menyelaras data remote sensing

PERLINDUNGAN TANAMAN DAN KUARANTIN TUMBUHAN Menyelia dan mengawasi aktiviti penguatkuasaan Akta Kuarantin di pintu masuk. Menyelia dan mengawasi aktiviti penguatkuasaan Akta Racun Perosak termasuk pendaftaran racun perosak, pengiklanan dan pemeriksaan premis yang menjual dan menyimpan racun perosak. Membuat penilaian kesan dedahan racun perosak melalui diet terhadap pengguna bagi setiap cadangan nilai MRL racun perosak. Menyelia dan mengawasi aktiviti penguatkuasaan Akta Kuarantin di pintu masuk.

Muka surat : 3

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

Menyelia dan mengawasi aktiviti penguatkuasaan Akta Racun Perosak termasuk pendaftaran racun perosak, pengiklanan dan pemeriksaan premis yang menjual dan menyimpan racun perosak. Membuat penilaian kesan dedahan racun perosak melalui diet terhadap pengguna bagi setiap cadangan nilai MRL racun perosak. Membuat penilaian kemujaraban/ toksikologi/ ekotoksikologi/ enviromental fatel residu racun perosak. Menjalankan analisa residu racun makhluk perosak terhadap hasil tanaman dan memberi nasihat penggunaan racun perosak secara berhemah. Menyedia dan melaksana pengenalpastian perosak tanaman dan pengenalan simpton penyakit tanaman melalui khidmat diagnostik tanaman dan kepakaran. Memantau pelaksanaan rawatan kuarantin ke atas bahan-bahan untuk dieksport dan bahan import yang perlu dirawat mengikut standard antarabangsa dan keperluan negara. Menyedia dan mengawasi proses pengeluaran Sijil Fitosanitasi, Skim MPCA, penyaringan perosak dan pemeriksaan konsainan di pintupintu masuk.

KUALITI TANAMAN Melaksanakan pengesahan bahan tanaman bagi memberi perakuan kualiti bahan tanaman dari segi pengesahan varieti/klon dan kualiti bahan tanaman. Melaksanakan pensijilan SALM & SOM yang memberi perakuan terhadap pengeluaran tanaman makanan yang selamat. Membuat pemverifikasi ke atas varieti tumbuhan melalui penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004

PENGEMBANGAN PERTANIAN Pengembangan Teknologi Tanaman meliputi : Khidmat nasihat, Pemindahan Teknologi, Petak Demontrasi, Latihan dwi-mingguan, Petak pemerhatian, Teknologi adaptasi, Teknologi pull (Ikut pelanggan), Teknologi push (Dari research), Local Varietal Trial
Muka surat : 4

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

(LVT/MLVT), Pembangunan modal insan, Pengembangan Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Merancang, menyelaras, melaksana, memantau, menilai dan mengesan program industri hiliran berasaskan pertanian (Industri Asas Tani) Merancang, menyelaras, melaksana, memantau, menilai dan mengesan perkhidmatan pengembangan teknikal pertanian.

KEJURUTERAAN PERTANIAN Melaksanakan perkhidmatan Kejuruteraan Pertanian meliputi mengendali aktiviti pengubahsuaian, fabrikasi, pengujian, demonstrasi mesin/jentera/ alat pertanian yang berkaitan

5.0

IMPLIKASI Kelayakan masuk bagi jawatan Pembantu Pertanian adalah Sijil Institut Pertanian Malaysia

Muka surat : 5

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERTANIAN


KLASIFIKASI KUMPULAN TARIKH KUATKUASA GRED Gred G27 Gred G32 Gred G34 Gred G36 Gred G42 SYARAT LANTIKAN : PERKHIDMATAN PERTANIAN PELAKSANA 1 JANUARI 2012 JADUAL GAJI SEBARIS KGT RM 1206.06 RM 3406.77 RM 180.00 RM 2414.55 RM 3913.47 RM 195.00 RM 3057.36 RM 4999.43 RM 225.00 RM 3004.43 RM 4914.70 RM 225.00 RM 5537.53 RM 8091.80 RM 225.00 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a) Sijil Institut Pertanian dalam bidang pertanian atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 3. Pembantu Pertanian Gred G27 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G32 secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira kekosongan jawatan apabila telah : a) Disahkan dalam perkhidmatan b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan c) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan dalam PROSPEK d) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan dan e) Telah berkhidmat selama 5 tahun. 4. Pembantu Pertanian Gred G32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pertanian Gred G34 secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira kekosongan jawatan apabila telah : a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan b) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan dalam PROSPEK c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan dan d) Telah berkhidmat selama 5 tahun. 5. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G36 secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira kekosongan jawatan apabila telah : a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan b) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan dalam PROSPEK c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua
Muka surat : 6

SYARAT LANTIKAN BAHASA MELAYU KENAIKAN PANGKAT KE GRED G32

KENAIKAN PANGKAT KE GRED G34

KENAIKAN PANGKAT KE GRED G36

Kertas Kerja pada 05 Julai 2012

KENAIKAN PANGKAT KE GRED G42

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

Perkhidmatan dan 6. Pembantu Pertanian Gred G36 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G42 Bersepadu secara automatis (Time Based) tanpa mengambil kira kekosongan jawatan apabila telah : a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan b) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan dalam PROSPEK c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan dan d) Telah berkhidmat selama 2 tahun. 7. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G36 tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

PEMAKAIAN BERSAMA PEMBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan 8. Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan di dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

Muka surat : 7

You might also like