You are on page 1of 16

NASIONALISME MELAYU ANTARA TAHUN 1900 HINGGA 1940 TERBAHAGI KEPADA TIGA KUMPULAN.

BINCANGKAN

PENGENALAN

Semangat nasionalisme merupakan perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air serta ingin membebaskannya daripada penjajahan. Dengan perkataan lain, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan yang mengikut sekumpulan masyarakat menerusi institusi budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dengan mencapai pembentukan negara yang merdeka.1 Timbulnya semangat nasionalisme ini adalah kerana mereka merasakan bahawa kebebasan mutlak tidak akan diperolehi selagi negara berada di bawah telunjuk penjajah.

Nasionalisme di Tanah Melayu boleh dikesan sejak awal kurun ke-20 lagi. Iaitu setelah pihak British menguasai seluruh Tanah Melayu, di bawah sistem pemerintahan yang dibahagikan kepada Negeri-negeri selat, Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Bersekutu.2 Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu sebenarnya telah bermula sejak abad ke-18 lagi iaitu dimulai oleh Belanda, diikuti oleh Portugis dan akhir sekali British. Tujuan mereka pada mulanya adalah untuk berdagang. Namun selepas mendapati kedudukan Tanah Melayu yang strategik dan mempunyai kekayaan hasil bumi lantas mereka mengambil kesempatan untuk menjajah dan mengaut kekayaan hasil bumi negara jajahan mereka.3
1

K. Ratnam (2006). Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Pustaka Sarjana Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm 432.
2

Andaya Barbara Watson dan Leonard (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Hlm 75.

Zaharah Ahmad & Abd. Majid Abd. Halim (1972). Sejarah Asia Tenggara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm 21.

SEMANGAT NASIONALISME MELAYU

Semangat nasionalisme orang Melayu bermula lebih awal berbanding dengan kaum Cina dan India kerana pada masa tersebut kerana mereka mempunyai kiblat taat setia yang tidak sama. Kiblat taat setia orang Melayu ialah terhadap Tanah Melayu, taat setia orang Cina ialah terhadap negara China dan taat setia orang India adalah terhadap negara India.

Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu melalui tiga tahap perkembangan iaitu tertegaknya kuasa penjajah, kebangkitan kegiatan anti-British dan permulaan gerakan nasionalisme yang lazim.4 Pencerobohan British di Tanah Melayu dimulakan dengan pembukaan sebuah pusat perdagangan pangkalan tentera laut di Pulau Pinang dalam tahun 1786. Kemudian ia diikuti dengan Singapura dalam tahun 1819 dan Melaka dalam tahun 1826 dan dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.

Pada mulanya, pihak British berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Namun beberapa faktor seperti kebimbangan pengaruh Siam dan keadaan politik yang kacau bilau di negeri Perak dan Selangor telah menyebabkan British mula meluaskan pengaruh dan dasar penaklukan di Tanah Melayu. Akibatnya, institusi Melayu tradisional dan elit Melayu tradisional mendapati diri mereka mendapati peranan mereka semakin mengecil dalam hal ehwal kerajaan dan pentadbiran.5

R. Suntharalingam & Abdul Rahman Ismail (1995). Nasionalisme: Satu tinjauan sejarah. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Hlm 64. 5 Ibid. Hlm 68.

Kemasukan imigran Cina dan India secara besar-besaran oleh pihak British untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh orang Melayu menambahkan lagi perasaan tidak puas hati orang Melayu. Pertambahan jumlah pendatang yang melebihi orang Melayu telah menyebabkan kaum pendatang mula menguasai ekonomi di Tanah Melayu.

Di samping itu, apa yang menyedarkan Melayu daripada lenanya ialah tekanan kemiskinan. Jika pada peringkat awal kedatangan imigran asing, orang Melayu masih boleh bersikap tidak apa kerana jurang antara mereka dengan kumpulan imigran itu belum begitu ketara, kini keadaannya berubah. Tahun demi tahun mereka melihat bagaimana orang-orang asing itu menjadi lebih makmur dan kaya, sedangkan mereka hanya menumpang sisanya.6

FAKTOR-FAKTOR PEMBANGKIT SEMANGAT NASIONALISME ORANG MELAYU

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang Melayu sebelum Perang Dunia Ke-2. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

Buyong Adil (1983). Perjuangan Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm 35.

FAKTOR DALAMAN

Perkembangan Pendidikan. Menjelang akhir kurun ke-19 terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah Melayu dan sekolah Inggeris yang disediakan bagi orang Melayu. Sekolah-sekolah Melayu telah mula dibuka di kawasan-kawasan Barat dan Selatan Tanah Melayu sejak tahun 1880-an lagi. Namun, tujuan British bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai di kalangan orang Melayu. Mereka hanya ingin

melihat anak-anak orang Melayu untuk menjadi lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka.7 Manakala kesempatan belajar di sekolah Inggeris pula hanya anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja.

Oleh kerana penyediaan sekolah-sekolah Melayu oleh orang Inggeris ini bukan satu yang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka surat khabar Melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya Jawi Peranakan, Khazanah al-Ilmu dan Taman Pengetahuan. R. J. Wilkinson selaku nazir sekolah-sekolah mendapati bahawa surat khabar Melayu serta pendidikan secara amnya, telah menyumbang terhadap kemajuan intelek dan material orang Melayu.8

Di samping itu, terdapat juga pendidikan agama yang dijalankan di sekolahsekolah pondok atau madrasah dan mendapat sambutan daripada penduduk tempatan. Namun begitu sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan untuk menanam semangat kebangsaan pada tahap awal nasionalisme Melayu. Walau bagaimanapun,
7

William R. Roff (2003). Nasionalisme Melayu. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlm 22. Ibid. Hlm 52.

menjelang tahun 1900, apabila Islam mula memasuki era reformasi, maka sekolah-sekolah pondok dan madrasah mula berjaya membuka minda orang Melayu untuk memahami masalah-masalah yang sedang mereka alami.

Pada bulan Januari 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah dibuka. Walaupun pada asalnya kolej ini adalah untuk melatih anak-anak Melayu dari keturunan bangsawan, namun terdapat juga anak-anak Melayu dari kalangan orang kebanyakan diterima belajar di sini. Maktab ini adalah sekolah berasrama penuh khas bagi mendidik anak-anak bangsawan Melayu agar menguasai bahasa Inggeris serta tatasusila Barat agar boleh diserapkan ke dalam pentadbiran British di Tanah Melayu pada masa depan.

Selain MCKK, peluang anak-anak Melayu untuk menerima pendidikan Inggeris amat terbatas terutamanya bagi anak-anak Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar. Walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh orang Melayu luar bandar untuk memohon pembukaan sekolah Inggeris di kawasan mereka seperti di Lenggong dan Krian, Perak pada tahun 1913, namun, permintaan ini telah ditolak oleh British kerana polisi pendidikan British terhadap orang Melayu adalah bertujuan untuk menghalang orang Melayu daripada menerima pendidikan Inggeris. Namun pada tahun 1930, barulah anak-anak Melayu kebanyakan mendapat lebih banyak peluang apabila kerajaan British memperkenalkan Special Malay Class dalam sistem pendidikan Inggeris. Namun banyak sekatan yang terpaksa dilalui oleh orang Melayu untuk menerima pendidikan di sekolah-sekolah ini.

Namun, jika tiada sekatan sekalipun, bilangan murid Melayu yang mampu belajar di sekolah itu tetap kecil. Ini kerana sekolah-sekolah Inggeris terletak di pusat bandar dan bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi. Selain itu, orang Melayu yang tinggal di luar

bandar sukar untuk memasuki sekolah ini kerana masalah pengangkutan dan kewangan. Masalah ini yang menyebabkan orang Melayu masih kurang mendapat pendidikan.

Berdasarkan penelitian, tujuan utama pihak British menggalakkan sistem pendidikan ini adalah untuk mengekalkan struktur sosial orang Melayu dan serentak dengan itu memodenkan golongan Raja-raja Melayu supaya dapat menghadapi cabaran semasa. Namun begitu kesedaran keperluan pendidikan di kalangan orang Melayu, berdasarkan hakikat bahawa pendidikan bukan sahaja menjadi ubat mujarab bagi menangani kemunduran orang Melayu tetapi juga menjadi pemangkin yang paling penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu.9

Perkembangan Sistem Perhubungan. Sistem perhubungan di Tanah Melayu telah dimajukan oleh pihak British adalah semata-mata untuk menyokong aktiviti ekonomi dan kepentingan mereka sahaja. Namun begitu ia secara tidak langsung telah membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat Melayu. Sistem perhubungan ini dapat membantu merentasi masyarakat Melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan berhubung dengan satu sama lain.

Keadaan ini membolehkan idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin Melayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan kereta api. Selain daripada perkembangan sistem perhubungan yang digunakan sebagai saluran penyebaran semangat kebangsaan, media massa, terutamanya, surat khabar turut digunakan sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat Melayu mengenai hakikat politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
9

Ibid. Hlm 79.

FAKTOR LUARAN

Gerakan Reformasi Di Timur Tengah. Gerakan reformasi Islam telah sampai ke Tanah Melayu menjelang abad ke -20. Ia dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Syed Jamaluddin al-Afghani. Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak zaman moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang sejati.

Konsep ini dibawa pulang ke Tanah Melayu oleh penuntut di Timur Tengah dan mereka yang pergi menunaikan fardu haji. Perkembangan di Timur Tengah merupakan sumber ilham bagi pertumbuhan kesedaran yang semakin meresapi masyarakat Melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh penuntut-penuntut Melayu seperti Sheikh Mohd Tahir bin Jalaluddin, Sayyid Sheikh Ahmad bin al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim al-Kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam. Di samping itu juga mereka menggesa orang Melayu mempelajari ilmu pengetahuan sains dan matematik Barat dan mencontohi pencapaian Jepun dalam bidang teknologi.10

Kemenangan China Terhadap Rusia. Peperangan Russia dan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi kesedaran kepada orang-orang Asia termasuk orang Melayu bahawa orang Barat tidaklah sekuat seperti yang dianggap oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti Jepun dengan menguasai kemajuan teknologi dan pendidikan.

10

Ibid, Suntharalingam. Hlm 73.

Hakikat ini berjaya menyedarkan masyarakat Melayu bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh menghalau keluar penjajah British dari Tanah Melayu.

Pergerakan Nasionalisme Di Indonesia. Di Indonesia, rakyatnya telah bangkit memulakan gerakan kemerdekaan menentang pemerintahan Belanda dan kebangkitan ini telah memberi semangat kepada golongan Melayu yang inginkan pembebasan daripada penjajahan British. Rakyat Indonesia menerusi Sarekat Islam yang ditubuhkan pada tahun 1912, telah mendesak penjajah Belanda supaya menyerahkan pemerintahan kepada rakyat Indonesia.

Keadaan ini menyebabkan golongan nasionalis di Tanah Melayu tertarik dengan pendekatan parti tersebut, tambahan pula terdapat persamaan serantau dari segi agama, bahasa dan kebudayaan, di antara masyarakat Islam di Indonesia dan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Kesannya orang Melayu di Tanah Melayu mendapat banyak ilham daripada perjuangan yang dilakukan oleh Sarekat Islam di Indonesia.

KUMPULAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Dalam tempoh beberapa dekad yang pertama dalam abad ke-20 telah lahir tiga kelompok elit yang enggan menerima status quo yang diwujudkan oleh pihak penjajah. Kumpulan yang pertama ialah golongan yang berpendidikan Arab yang ingin mengetengahkan Islam sebagai jalan memajukan keadaan orang Melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi Islam di Timur Tengah. Manakala kumpulan kedua pula adalah kelompok yang berpendidikan Melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang lebih radikal.

Kebanyakan mereka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan elit Melayu yang ketiga ialah yang berpendidikan Inggeris, iaitu terdiri daripada kelompok pentadbir dan pegawai daripada golongan atasan tradisional.11

Golongan Berpendidikan Arab. Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu boleh dikesan sejak awal abad ke-20 sebagai gerak balas terhadap gerakan yang dilakukan oleh beberapa tokoh yang pulang dari Timur Tengah dan Mesir. Oleh yang demikian, pergerakan pada tahap awal ini lebih bercorak keagamaan. 12

Kebanyakan golongan ini tinggal di kawasan bandar dan bilangan mereka kecil, namun begitu mereka sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu. Di samping itu, golongan keturunan Arab sering menghantar anak-anak mereka untuk menimba ilmu di Timur Tengah, pertamanya di universiti al-Azhar di Mesir. Semasa menuntut, pelajarpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea Sheikh Muhammad Abduh dan gerakan pan-Islamisme yang sedang berkembang di Asia Barat. Sekembali ke tanah air, mereka turut menyebarkan idea-idea tersebut. Di antara pemimpin golongan ini yang terkenal ialah Sheikh Mohd. Tahir Jalalluddin, Syed Sheikh al-Azhari, dan Sheikh Mohd Kassim al-Kalali, bergelar Kaum Muda.

Kaum Muda juga menyarankan agar orang Melayu untuk mempelajari satu sistem pelajaran agama yang bercorak liberal dengan memasukkan mata pelajaran moden bahasa Inggeris di samping bahasa Arab. Idea politik kaum muda telah mendapat tentangan hebat dari golongan pihak rasmi agama dan tradisional yang dikenali sebagai Kaum Tua. Kaum tua menganggap idea Kaum Muda itu membahayakan masyarakat, politik dan agama yang
11 12

Ibid, Roff. Hlm 235. Ibid. Hlm 281.

sedia ada. Oleh itu, Kaum Tua melaksanakan langkah-langkah untuk menghalang gerakan Kaum Muda dengan mengharamkan surat khabar dan ceramah-ceramah oleh Kaum Muda.

Walaupun usaha Kaum Muda mendapat halangan, idea pemulihan yang diutarakan oleh mereka mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran pertama orang Melayu mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun.

Golongan Berpendidikan Melayu. Tahun-tahun 1920-an memperlihatkan pertambahan bilangan orang Melayu yang berpelajaran, sebagai hasil perkembangan sekolah-sekolah Melayu, serta penubuhan Maktab Latihan Sultan Idris (SITC) dalam tahun 1922. Pelajar-pelajar maktab ini terdiri daripada anak-anak kaum tani dan keluarga Melayu yang rendah mobiliti sosialnya. Sungguhpun sasaran penuntutnya berbeza dengan Malay College Kuala Kangsar (MCKK), namun SITC juga berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjiwa kebangsaan mereka menitik beratkan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang membelenggu masyarakat Melayu.13

Penglibatan para pelajar dan guru-guru SITC merupakan suatu sumbangan penting dalam gerakan awal kesedaran kebangsaan yang semakin rancak pada akhir tahun 1920 an dan seterusnya dalam kenyataan hidup orang Melayu. Setelah menyedari beberapa masalah yang dihadapi oleh orang Melayu, guru-guru lepasan SITC kemudiannya kembali mengajar di kampung masing-masing dengan membawa bukan sahaja keazaman untuk membangunkan anak bangsanya, tetapi juga pandangan-pandangan baru berkaitan dengan kehidupan sosial dan perkembangan politik di tanah air. Walaupun usaha-usaha mereka sering kali dihalang oleh pengaruh para pemimpin tradisi yang berkuasa dalam masyarakat
13

Ibid. Hlm 155.

10

desa, tetapi mereka turut memberi sumbangan dalam melahirkan satu generasi baru orang Melayu.

Seorang guru lepasan SITC bernama Ibrahim Haji Yaakub telah memulakan perjuangan ala politik semasa beliau bertugas di Kuala Lumpur. Beliau bersama Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Hassan Manan, Abdul Karim Rashid dan Isa Mahmud telah menubuhkan parti politik bercorak kebangsaan iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) dalam tahun 1938.14 Tujuan KMM ditubuhkan adalah untuk berjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British. Pegangan dan pendekatan mereka adalah tidak akan bekerjasama dengan pihak British. Pertubuhan ini mempunyai inspirasi untuk bergabung dengan Indonesia bagi membentuk Melayu Raya.

Pada tahun 1939, Ibrahim Haji Yaakub telah membeli akhbar Warta Malaya di Singapura dengan bantuan wang daripada pihak Jepun. Semenjak itu terbitlah rencanarencana yang mengandungi isu-isu anti British. Seterusnya, banyak cawangan KMM telah ditubuhkan di seluruh Tanah Melayu. Situasi ini amat membimbangkan pihak British. Dalam tahun 1940 pihak British telah menangkap pemimpin-pemimpin dan anggota KMM, termasuk Ibrahim Haji Yaakub. Selepas itu, KMM telah diharamkan oleh pihak British dan keadaan ini berlanjutan sehingga kedatangan Jepun pada tahun 1941 dan pemimpin-pemimpin dibebaskan.

Sungguhpun KMM terdiri daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang dinamis dan berwawasan tinggi, namun pertubuhan ini tidak berjaya menarik sokongan ramai disebabkan pendekatan mereka yang agresif dan idea yang radikal.

14

Ibid. Hlm 251.

11

Golongan Berpendidikan Inggeris. Kemunculan golongan ini disebabkan oleh kebimbangan orang Melayu terhadap monopoli bangsa asing terhadap ekonomi dan politik Tanah Melayu. Secara umumnya mereka terdiri daripada golongan bangsawan yang mendapat pendidikan Inggeris dari Maktab Melayu Kuala Kangsar. Golongan intelektual berpendidikan Inggeris ini dilihat mengambil sikap yang sederhana dan sanggup bekerjasama dengan pihak British demi kepentingan sendiri. Perjuangan mereka lebih menjurus kepada masalah-masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu seperti berkaitan dengan bidang pendidikan dan peluang untuk menyertai perkhidmatan awam.

Kesedaran tentang hak-hak orang Melayu di kalangan golongan ini dibangkitkan oleh tiga perkara iaitu desentralisasi, zaman kemelesetan dan tuntutan persamaan hak oleh orang Cina. Pada tahun-tahun 1920-an, Sultan-sultan sendiri telah menyuarakan tentang pencerobohan yang nyata oleh pihak British ke atas kuasa-kuasa mereka. Ini menyebabkan pihak British menganjurkan dasar pengagihan kuasa pusat. Tetapi pedagang-pedagang Cina dan Eropah telah membantah kerana mereka bimbang akan kehilangan peluang menikmati hasil ekonomi jika beberapa buah jabatan seperti Jabatan Perhutanan dan Perlombongan di letakkan di bawah pentadbiran negeri. Bantahan ini merupakan satu amaran kepada orang Melayu bahawa jika mereka tidak sedar daripada kelalaian mereka, maka orang asing akan menamatkan hak istimewa orang Melayu sebagai rakyat peribumi.

Zaman kemelesetan pada tahun 1920-an dan 30-an telah menunjukkan kelemahan sebenar kedudukan ekonomi orang Melayu. Mereka terpaksa berhutang kepada orang tengah serta peminjam wang berbangsa Cina dan India. Akibat kemelesetan, kerajaan cuba mengurangkan kakitangannya, namun wakil kaum Melayu di dalam Majlis Mesyuarat

12

Persekutuan yang berpendidikan Inggeris telah menuntut supaya orang Melayu diberi pertimbangan khas dan mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan.

Langkah seterunya ialah mempertahankan kepentingan orang Melayu telah bermula di Singapura apabila Mohammad Eunos Abdullah dilantik sebagai anggota Melayu yang pertama dalam Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Mohammad Eunos Abdullah sedar tentang keperluan satu parti politik untuk menjaga hal-hal orang Melayu.

Pada tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura telah dibentuk dan ia merupakan petanda awal bagi pertumbuhan parti politik seterusnya di Tanah Melayu. Tujuan penubuhan parti ini ialah untuk meningkatkan pencapaian ekonomi dan sosial orang Melayu dan serta mewakili hak orang Melayu dalam kerajaan.15

Selepas itu mula wujud kesatuan-kesatuan lain yang dianggotai oleh pegawaipegawai Melayu berpangkat tinggi dalam kerajaan. Walaupun taat setia persatuanpersatuan ini adalah kepada pemerintahan British, namun mereka menganggapnya sebagai benteng sementara waktu bagi mempertahankan kepentingan-kepentingan Melayu sementara masanya akan tiba untuk menuntut kemerdekaan nasional. 16

15 16

Ibid. Hlm 251. Ibid. Hlm 283.

13

KESIMPULAN

Penjajahan British ke atas Tanah Melayu telah mencetus semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu dengan tekad untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tersebut. Walau pun gerakan nasionalisme orang Melayu bermula dengan agak perlahan, faktor-faktor pendidikan, ekonomi dan nasionalisme serantau telah membuatkan orang Melayu semakin sedar dengan kedudukan mereka di tanah air mereka sendiri.

Sungguhpun kemunculan tiga golongan nasionalisme iaitu golongan berpendidikan Arab, golongan berpendidikan Melayu dan golongan berpendidikan Inggeris tidak berjaya membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan, mereka berjaya

meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan pada tahun 1957. Di antaranya adalah mereka berjaya menghapuskan sikap fahaman kedaerahan dan kenegerian dan digantikan dengan semangat Melayu.

Kesan yang paling mendalam adalah terbitnya kesedaran orang Melayu tentang hakikat bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka sendiri berbanding dengan kaum Cina dan India. Seterusnya, orang Melayu mula menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolahsekolah Melayu dan Inggeris.

14

Kesan akhir dan yang paling penting ialah gerakan nasionalisme ini telah diteruskan selepas tamat Perang Dunia Kedua terutamanya oleh golongan yang berpendidikan Inggeris seperti Raja Chulan dan Dato Onn Jaafar, sehingga berjaya mendapat kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

15

BIBLIOGRAFI

Andaya Barbara Watson dan Leonard (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Buyong Adil (1983). Perjuangan Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. K. Ratnam (2006). Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Pustaka Sarjana Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Lofti Ismail (1978). Sejarah Malaysia 1400-1963, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur. R. Suntharalingam & Abdul Rahman Ismail (1995). Nasionalisme: Satu tinjauan sejarah. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur. William R. Roff (2003). Nasionalisme Melayu. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Zaharah Ahmad & Abd. Majid Abd. Halim (1972). Sejarah Asia Tenggara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

16

You might also like