You are on page 1of 11

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA MIRI, SARAWAK HMEF 5023 (THEORIES OF ORGANIZATION AND LEADERSHIP)

NAME: Nurul Ofizar MATRIC NUMBER: PROGRAMME: Master of Education LEARNING CENTRE: OUM Miri FACILITATOR: Mr Selvaraj A/L Grapragasem ADDRESS: Taman Pantai Luak, Luak Bay Esplanade, Miri EMAIL: http://lms.oum.edu.my/nurulofizar or nurulofizar@gmail.com TEL NUMBER:

SOALAN 1

KEPENTINGAN KEPIMPINAN MORAL DI DALAM ORGANISASI

1.0 PENGENALAN 1.1 Kepimpinan Apakah yang menjadikan sesuatu organisasi itu efektif dan terurus? Sudah tentulah melalui kepimpinan yang diyakini. Apabila adanya keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan yang diterajui, pastilah organisasi yang diurus itu dapat mencapai matlamatnya. Acapkali kita disogokkan dengan slogan atau kata-kata seperti kepimpinan melalui teladan. Namun, sejauh manakah kita memahami erti kepimpinan sebenar? Kita tidak boleh lari dari pra sejarah yang mana sejarah ini telah banyak mendewasakan kita. Seperti contoh negara Rom, Yunani, Greek Alexander The Great, Gengih Khan dan Kerajaan Islam di mana daripada sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa tetapi akhirnya menjadi kerajaan yang digeruni, disegani dan dihormati dari segi aspek pendidikan, sosial dan ekonomi yang mana semuanya bermula dari kepimpinan. Lalu, melalui kepimpinanlah lahirnya tokoh-tokoh kepimpinan seperti Aminuddin Baki, Pendeta Zaaba dan ramai lagi. Kepimpinan adalah suatu tingkah laku atau ciri yang terdapat pada seseorang

individu yang berkebolehan untuk memimpin atau mengurus kumpulan individu dan mendapat kepercayaan serta keyakinan oleh kumpulan individu tersebut. Terdapat banyak definisi kepimpinan dalam penulisan pengurusan (Sonia Blandford, 2010, hlm. 23). Menurut Holmes (1993), apabila mengikut nasihat yang terkandung dalam penulisan yang berkaitan kepemimpinan sekolah, anda mungkin menjadi bingung dan menjadi pemimpin yang tidak efektif (Sonia Blandford, 2010, hlm. 23).

1.2 Organisasi Organisasi ialah suatu tempat atau wilayah dimana orang-orang berkumpul,

bekerjasama secara rasional dan sistematik, terencana, terorganisasi, terpimpin dan terkendali dalam memanfaatkan sumber prasarana yang digunakan secara efisien dan efektif untuk mencapai tujuan organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Bagaimanapun, ramai pengurus, pentadbir dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Oleh yang demikian, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi sektor swasta dan sektor awam baik di negara maju atau negara sedang membangun.

1.3 Moral Moral ialah perkara yang mengandungi nilai-nilai baik dan murni yang berkait rapat dengan sikap dan amalan oleh individu. Nilai-nilai baik dan murni tersebut termasuklah; Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan

dengan sempurna. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

2.0 KEPIMPINAN MORAL Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan moral? Sejauh manakah kepimpinan moral ini diamalkan? Mungkin ramai menyedari tentang kepimpinan moral. Namun tidak ramai yang menyedari kepentingan kepimpinan moral dan kesannya terhadap organisasi serta tidak mengamalkannya secara keseluruhan. Kepimpinan moral adalah kepimpinan yang beroreintasikan tingkahlaku yang wajar, rasional dan memikirkan dahulu sebelum bertindak. Pelbagai definisi diberikan mengenai moral tetapi ada benarnya kalau dikatakan bahawa semuanya tertumpu kepada suatu pemahaman iaitu moral adalah sesuatu yang berkait rapat dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul. Sonia Blandford (2010), tingkah laku pengurus dan pasukan bergantung pada beberapa faktor yang mempengaruhi individu dan kesan terhadap kehidupan manusia yang berhubung dengannya. Kebanyakan aktiviti pengurusan melibatkan hubungan dengan manusia lain. Perkara baik ataupun buruk dalam pengurusan dapat dikategorikan berdasarkan pengetahuan dan kefahaman, kemahiran serta kebolehan individu yang terlibat (hlmn. 37). Moral dalam konteks kepimpinan dan organisasi bermaksud membudayakan nilainilai murni dalam kepimpinan dan menerapkan pula ke dalam organisasi. Moral juga boleh dianggap apa yang betul dan salah serta amalan tingkahlaku bagi pekerja dalam organisasi. Aspek moral dalam kepimpinan organisasi dicerminkan melalui pelbagai pendekatan kepimpinan seperti sikap dan amalan. Tetapi dalam dunia hari ini yang sangat pantas berubah, terutama dalam ekonomi liberal, moral bukan sahaja melibatkan perkara yang betul dan salah, namun juga

melibatkan antara dua yang betul atau di antara tidak terlalu betul dan tidak terlalu salah.

Moral dan isu-isu moral sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dari teras manamana organisasi. Dalam organisasi juga, tingkah laku bermoral dalam menjalankan tugas sering dianggap sebagai sebahagian daripada pegangan dan amalan agama yang dilakukan sacara ikhlas iaitu sukarela tanpa mengharap sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan perkara-perkara berkaitan dengan moral kurang diberi perhatian serius. Sebenarnya soal moral memberi kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Organisasi yang berorientasikan tahap moral yang tinggi mendapat banyak faedah dari tindakan tersebut. Organisasi ini mengamalkan prinsip-prinsip tertentu yang memandu mereka dalam urusan harian.

3.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN MORAL Terdapat banyak definisi kepimpinan dalam penulisan pengurusan.

Kesimpulannya, ahli teori mendefinisikan pemimpin dalam organisasi sebagai individu yang mempunyai kuasa dan pengaruh. Sebagai pengurus pertengahan, dia melaksanakan kerja atau sebagai pengurus, dia menyuruh orang lain melaksanakannya. Setiap pengurus menentukan gaya kepemimpinannya sendiri. Gaya pengurusan berbeza mengikut pemimpin, yang dipimpin, tugas dan konteks (Tannenbaum dan Schmidt, 1973). (Sonia Blandford, 2010, hlmn. 47). Walauapapun gaya kepimpinan moral yang ingin diterapkan dalam sesuatu organisasi,pemimpin haruslah mengenalpasti dahulu organisasi yang akan dipimpin. Kepimpinan moral dan tanggungjawab moral sebagai seorang pemimpin perlulah seiring dalam membentuk organisasi yang cekap kerja, efisien dan seronok bekerja. Budaya sekolah adalah personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara kerja itu dijalankan. Setiap sekolah berbeza dan mempunyai sedikit perbezaan

jangkaan dalam pengurusannya. Dalam satu rencana, bagi menguatkan campuran, fahami kimianya terlebih dahulu (Sonia Blandford, 2010, hlmn. 50). Menurut Sonia Blandford (2010), pemimpin pasukan yang efektif menghasilkan pasukan dan sekolah yang efektif. Pengurus pertengahan perlu membina diri dan kualiti pengurusan yang berkaitan jawatan. Pasukan dan pemimpin yang efektif perlu mempunyai objektif yang jelas dan prosedur yang kukuh. Mereka wujud dalam suasana terbuka dan mempunyai sokongan serta kepercayaan. Akibatnya, wujud hubungan yang sihat antara pasukan (hlmn. 47). Tanggungjawab moral pemimpin seperti penglibatan diri dalam tugasan yang di amanahkan kepada staf adalah sangat perlu demi menjalin hubungan persefahaman yang baik di samping mengetahui dan memahami proses tugasan yang dikendalikan oleh staf tersebut. Apabila adanya persefahaman ini, maka pemimpin dapat memahami apa saja perkara atau kekangan yang di alami oleh staf dalam menyempurnakan tugasan yang dikehendakinya. Sonia Blandford (2010) ada menyatakan penyertaan dan penugasan kerja dapat wujud dalam persekitaran yang baik seperti itu. Penyertaan melibatkan rundingan bagi mendapat persetujuan bersama atau konsensus. Pengurus pertengahan perlu membuat keputusan memilih gaya yang sesuai bagi pasukannya: Demokrasi ataupun autokrasi. Penugasan kerja meningkatkan kualiti kerja dan pasukan. Apabila staf mempunyai masalah dalam proses ini, dia boleh merujuk pengurus pertengahan berkenaan (hlmn. 48). Apabila adanya persefahaman dan muafakat antara pemimpin dan staf, organisasi akan terus terpimpin dan lebih bermotivasi dalam melaksanakan tugasan sepanjang tahun. Perkara seperti merasa seronok menjalankan tugas adalah berpunca dari beban tugas yang tidak keterlaluan dan seimbang serta sama rata antara semua staf. Perkara ini adalah titik bermulanya keseronokan tersebut. Apabila semuanya adil dan saksama, sudah tentu

organisasi merasa puas, lega, gembira dan merasa selamat. Semua inilah yang membentuk motivasi dalam organisasi untuk persaingan yang lebih sihat dan seterusnya menjadikan organisasi yang terpimpin itu menjadi efektif dan kuat. Secara tidak langsung tanggungjawab moral di dalam organisasi juga akan muncul seperti adanya sikap bantu membantu dan saling bekerjasama. Maka, sebab itulah, Sonia Blandford (2010) telah menyatakan, motivasi manusia menjadi perkara penting dalam menguruskan staf. Terdapat beberapa teori yang memberikan fokus kepada analisis keperluan. Pengurus pertengahan perlu faham akan perkara yang dapat memotivasikan pasukannya (hlmn. 48)

5.0. KESIMPULAN Kepimpinan moral akan memberi nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi akan dihormati dan ianya boleh terus berdiri dalam ekonomi yang sentiasa berubah. Disamping itu, pemimpin organisasi sekolah perlu memberi perhatian terhadap kepimpinan moral dan tanggungjawab moral kerana tanpa semua ini, akan melemahkan dan merosakkan organisasi. Pemimpin dalam sektor organisasi awam khasnya sekolah, memikul tugas yang lebih berat kerana mereka bukan sahaja menjaga kepentingan murid malah guru dan mereka juga bertanggungwab menjaga imej dan kepentingan sekolah. Brighthouse (1991) menyatakan: Bagaimana sesebuah sekolah itu diurus dan dijaga, iaitu pentadbiran sekolah itu, sesungguhnya ia memberikan kesan kepada kehidupan guru. Apabila sering sahaja terdapat perkara yang merosakkan pentadbiran, maka tentulah sukar sekali mengelakkan staf daripada berasa tertekan dan hilang semangat bekerja yang terus menggugatnya sepanjang tahun persekolahan; apatah lagi ia menghapuskan nilai baik dan tujuan yang dikongsi bersama dan harus terdapat di dalam sekolah yang baik (Sonia Blandford, 2010, hlmn. 125)

Walaupun Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun, namun Malaysia sudah mempunyai pelbagai infrastruktur kelas pertama. Sungguhpun begitu, masih terdapat penjawat awam yang masih berada di takuk lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan kelemahan adalah disebabkan oleh sikap, nilai dan amalan moral yang tidak baik dan akhirnya menyebabkan integriti perkhidmatan awam diragukan. Sonia Blandford (2010), apabila pasukan itu ditugaskan mendaki gunung, pemimpin mendaki hingga ke puncak, membalingkan tali ke bawah dan menyuruh ahli pasukan mengikutnya. Sebaliknya, pengurus berunding dengan pasukannya pada setiap peringkat sewaktu mendaki dan menamatkan pendakian bersama-sama (hlmn. 21).

RUJUKAN

1. Greenfield, William D, Jr. (2004). Journal of Educational Administration. Moral Leadership in Schools. 42, 2; ProQuest Education Journals pg. 174. 2. Assoc Prof Dr Yousof @ Saat Md Yasin. (2011). HMEF 5023 Educational Leadership. Open University Malaysia. 3. Sonia Blandford. (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah. Dipimpin dan Memimpin. (hlmn. 21-23). Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur. 4. Sonia Blandford. (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah. Tingkah Laku Pengurusan. (hlmn. 37-48). Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur. 5. Sonia Blandford. (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah. Visi dan Misi. (hlmn. 50). Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur. 6. Sonia Blandford (2010). Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan di Sekolah. Pentadbir.(hlmn. 125) . Institut Terjemahan Negara Malaysia Kuala Lumpur.

You might also like