You are on page 1of 2

Panduan Membuat Kritikan Artikel Jurnal oleh Wasilah Pendidikan Khas pada pada 22hb Februari 2012 pukul

10.12 ptg Gunakan panduan berikut untuk membantu anda dalam melaksanakan tugasan Kritik Artikel Jurnal tersebut: 1. Persediaan untuk kritik - baca (skim) keseluruhan artikel untuk mendapatkan maksud keseluruhan (overall view) ~ baca sepintas lalu - Lihat tajuk dan ingat untuk mencari maklumat2 yang diperlukan - Baca dengan teliti artikel, cari isi-isi penting 2. Menulis Kritik A. Pengenalan : secara ringkas, laporkan sinopsis artikel B. Body (badan kritik) 1. Penyataan Masalah (2-4 perenggan) a. Tentang apa? Adakah signifikan/berkaitan? Adakah ia dinyatakan dgn jelas atau diserahkan kpd pembaca untuk menanggap? b. Adakah penyataan yg jelas tentang : tujuan/objektif kajian, hipotesis/teori yg digunakan dlm kajian dan definisi / terma khusus yang digunakan dalam kajian. 2. Sorotan Kajian ( 2-3 perenggan) a. Bagaimanakah sumber yang dinyatakan/dipetik sesuai dengan tajuk kajian b. Adakah sorotan terlalu luas / terlalu sempit c. Adakah artikel yg disorot yg terbaru / lama. Adakah sorotan tersebut mencukupi? d. Apakah bukti yang ada bias / sepenuhnya ditulis secara objektif 3. Design (bentuk) dan Prosedur (3-6 perenggan) NOTA: Inilah jantung kritikan anda! a. Apakah jenis metodologi kajian yang digunakan? b. Adakah bentuk kajian bentuk replika/ kajian terdahulu / kajian asal (asli) c. Apakah alat kajian yang digunakan? Adakah alat kajian tersebut cukup/dapat mengukur sampel kajian? d. Adakah prosedur kajian dirancang dgn teliti dan berstruktur?

e. Adakah alat kajian telah diuji - ujian rintis (pilot test). Apakah impak ujian rintis terhadap implementasi prosedur? f. Adakah prosedur jelas sehingga dapat direplikakan? g. Apakah wujud pembolehubah (variables) dan bagaimanakah variables tersebut dikekalkan tahapnya? h. Adakah pemilihan sampel kajian mencukupi dan sah ? 4. Analisis Data dan Persembahan (2-4 perenggan) a. Bagaimanakah analisis data artikel tersebut? b. Apakah jenis data yang dipersembahkan? (qualitatif, quantitatif - rajah, jadual, graf, diagram, pai) c. Adakah dapatan kajian menyokong hipotesis awal/tujuan kajian? Adakah dapatan tersebut positif / negatif? d. Adakah kelemahan, masalah yang dinyatakan telah dibincangkan secara jujur/telus dan terbuka? 5. a. b. c. d. e. Rumusan dan Implikasi ( 1-2 perenggan) Adakah data menyokong rumusan yang dibuat Adakah rumusan berkaitan dengan tujuan asal kajian? Apakah implikasi kajian dibuat? Apakah perbezaan audiens pembaca dinyatakan dalam implikasi kajian tersebut Adakah cadangan kajian selanjutnya dinyatakan dlm kajian tersebut?

C. Penutup : Apakah penilaian keseluruhan anda terhadap artikel tersebut?

You might also like