You are on page 1of 1

QG3023 FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA [Garis panduan untuk tugasan]

Lakukan satu analisis bagi setiap lakuan yang berikut. Untuk analisis anda sila gunakan garis panduan cara menganalisis pergerakan yang telah dinyatakan di awal unit pelajaran ini. Sila sertakan gambar atau rajah bagi analisis pergerakan tersebut. 1. Tekan tubi Fasa Persediaan, fasa menurun dan fasa pemulihan. 2. Naik Turun Bangku- Fasa Persediaan, fasa melangkah naik dan fasa pemulihan. 3. Mendagu - Fasa Persediaan, fasa mendagu dan fasa pemulihan. Analisis anda hendaklah meliputi perkara berikut: Pemerihalan pergerakan yang dilakukan. Satah dan paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan Sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut. Pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut. Otot agonis yang terlibat dalam pergerakan. Jenis penguncupan otot agonis.

GARIS PANDUAN UNTUK TUGASAN 1


1. 2. 3. 4. Baca dan faham arahan yang diberikan sebelum memulakan tugasan anda. Jenis dan saiz fon: Times New Roman; bersaiz 12; langkau 1.5. Cetak tugasan anda pada sebelah muka surat kertas bersaiz A4. Bagi tugasan ini, kokot semua helaian kertas termasuk helaian muka hadapan tugasan (Lampiran 1) dan kemaskan dengan pita pengikat hitam. 5. Muat naik tugasan tersebut ke bahagian ASSIGNMENT, COURSE TOOLS bagi kursus QGJ3023 dalam MyGuru3. 6. Tarikh akhir serahan adalah tidak lewat daripada tarikh yang dinyatakan dalam butiran tugasan.

You might also like