You are on page 1of 10

Teleskop Astronomi Teleskop astronomi adalah satu alat optik yang digunakan untuk melihat objek yang jauh

seperti bintang dan planet. Teleskop astronomi terdiri daripada dua kanta cembung. Kanta yang lebih dekat dengan objek dinamakan kanta objek manakala kanta yang lebih dekat dengan mata dinamakan kanta mata. Kanta objek adalah kanta lemah dengan panjang fokus, f 0 yang panjang. Kanta mata adalah kanta cembung berkuasa tinggi dengan fokus, f m yang pendek. Iaitu f0 > fm. Jarak antara kanta objek dan kanta mata ialah f0 + fm iaitu, fokus utama kanta objek f0 sekena dengan fokus utama kanta mata fm. Kedua-dua kanta mempunyai satah fokus yang sama. Sinaran selari dari objek jauh akan ditumpukan pada satah fokus kanta objek untuk membentukkan imej pertama, I1, yang nyata, sonsang dan dikecilkan. Imej pertama, I1 adalah objek bagi kanta mata. Oleh kerana terletak pada satah fokus kanta mata, maka imej terakhir pada satah fokus kanta mata, maka imej akhir adalah maya tersonsang dan dibesarkan berbanding dengan objek asal. Pembesaran teleskop dalam pelarasan normal (iaitu imej di infiniti) diberikan oleh M =

Rajah 2.0 Gambarajah sinar teleskop astronomi

Rajah 2.1 Teleskop astronomi

Mikroskop Majmuk Mikroskop majmuk adalah satu alat optik yang digunakan untuk melihat objek yang seni. Sebuah mikroskop majmuk terdiri daripada dua buah kanta cembung berkuasa tinggi tetapi mempunyai panjang fokus yang berlainan. Kanta objek mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Oleh itu, panjang fokusnya lebih pendek berbanding kanta mata. Objek diletakkan pada jarak yang jauh sedikit dari titik fokus utama kanta objek, iaitu antara fo dan 2fo . Imej pertama yang dibentukkan oleh kanta objek adalah nyata, sonsang dan dibesarkan. Imej pertama I1, bertindak sebagai objek untuk kanta mata Kanta mata bertindak sebagai kanta pembesar. Kanta mata itu dilaraskan supaya I 1 terletak pada satu jarak kurang daripada fm. Imej I1 diperbesarkan lagi. Imej akhir adalah maya, masih sonsang berbanding objek serta jauh lebih besar daripada objek asal.

Jumlah jarak antara kanta objek dan kanta mata melebihi f o + fm . Pembesaran keseluruhan diberikan oleh M = mo X mm di mana mo ialah pembesaran yang dihasilkan oleh kanta objek dan mm pembesaran dihasilkan oleh kanta mata. Sudut penglihatan yang dibesarkan menyebabkan imej kelihatan besar berbanding objek. Kanta mata biasanya dilaraskan supaya imej akhir berada pada titik dekat dari kanta mata untuk penglihatan yang paling jelas.

Rajah 2.2 Mikroskop majmuk

Rajah 2.3 Gambarajah sinar mikroskop majmuk

Praktikal 4: Mikroskop dan Teleskop Hasil Pembelajaran: Untuk menentukan syarat-syarat penting bagi meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk Bahan dan alatan: Batang pemasangan, tanah liat, pemegang kanta, kanta cembung (+2.5 D, +7 D, +14 D, +20 D) Aktiviti 1: Membina teleskop astronomi sederhana Prosedur: 1. Kamu diberi kanta cembung dengan panjang fokus yang berbeza bagi setiap kanta. Terangkan dengan bantuan gambarajah bagaimana kamu menyusun atur bahan-bahan tersebut membentuk sebuah teleskop astronomi

sederhana. 2. Bina satu teleskop astronomi sederhana dan uji teleskop tersebut dengan memfokuskan kepada objek yang jauh. Tentukan pembesaran teleskop anda. 3. Bagaimana kamu meningkatkan kuasa pembesaran teleskop tersebut? Uji idea anda.

Aktiviti 2: Membina mikroskop majmuk Prosedur: 1. Kamu diberi kanta cembung dengan panjang fokus yang berbeza bagi setiap kanta. 2. Bina mikroskop majmuk dan uji mikroskop tersebut dengan memfokuskan kepada objek yang kecil. Tentukan pembesaran mikroskop majmuk anda. 3. Bagaimana kamu meningkatkan kuasa pembesaran mikroskop tersebut? Uji idea anda.

Gambarajah 4.0: Membina teleskop

Keputusan: Jenis Kanta Kanta A Kanta B Kanta C Kanta D Jarak Fokus (cm) 21 cm 17 cm 10 cm 9 cm Kuasa , (D) =1/f 1/0.21 D 1/0.17 D 1/0.1 D Kuasa +4.7 D +5.9 D +10.0 D +11.1 D

1/0.09 D

Pembesaran linear, m = Tinggi imej / Tnggi objek

1. Dengan menggunakan jarak fokus (cm) kanta objek = 17 cm, jarak fokus (cm) kanta mata = 10 cm , Pembesaran linear, m = Tinggi imej / Tinggi objek Pembesaran linear, m = 3cm / 2cm = 1.5

2. Dengan menggunakan jarak fokus (cm) kanta objek = 21cm, jarak fokus (cm) kanta mata 10 cm,

Pembesaran, m = Tinggi imej / Tinggi objek Pembesaran,m = 4.5 cm / 2.0 cm = 2.25

Perbincangan: 1. Kuasa kanta ialah suatu pengukuran berapa banyaknya sinar cahaya yang disisihkan setelah menerusi kanta. 2. Kuasa kanta ditakrifkan sebagai salingan bagi panjang fokus dalam unit meter. Kuasa kanta, P = 1 / f (dalam meter) atau = 100 / f (dalam cm) 3. Unit untuk kuasa ialah m-1 atau Diopter, D. 4. Kuasa kanta adalah 1 Diopter sekiranya panjang fokus ialah 1 meter 5. Kanta cembung boleh membentuk imej nyata atau maya, bergantung pada jarak objek 6. Teleskop astronomi digunakan untuk melihat objek yang jauh manakala mikroskop majmuk digunakan untuk melihat objek yang kecil.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Nyatakan fungsi kanta objektif dan kanta mata bagi teleskop astronomi.

Kanta objek ialah kanta yang lebih dekat dengan objek dan mempunyai panjang fokus, fo yang panjang manakala kanta mata ialah kanta yang lebih dekat dengan mata dan mempunyai panjang fokus, fm yang lebih pendek. fo > fm. Jadi, imej pertama yang terbentuk di kanta objek ialah imej nyata, songsang, dan dikecilkan manakala imej akhir yang terbentuk di kanta mata ialah imej maya, songsang dan dibesarkan.

2. Bagaimana kamu meningkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk?

Kuasa pembesaran bagi teleskop astronomi dan mikroskop majmuk ialah M = fo / fm di mana M mewakili pembesaran, f o mewakili panjang fokus kanta objek , fm mewakili panjang fokus kanta mata. Daripada rumus M = fo / fm, nilai M besar apabila fo panjang. Maka, kanta objek mesti berkuasa lemah supaya fo panjang. Di samping itu, M besar apabila fm pendek. Maka, kanta mata mesti berkuasa tinggi supaya fm pendek. 3. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu kamu ambil apabila menjalankan aktiviti-aktiviti di atas? Kenapa? -Pastikan kanta objek dan kanta mata berada dalam kedudukan selari dengan paksi utama -Pastikan semasa menjalankan eksperimen, kedudukan mata pada

pandangan lurus dan posisi yang selari dengan bacaan supaya mengelak daripada kesalahan paralaks sewaktu mengambil bacaan panjang fokus. - Pastikan jarak fokus kanta objek lebih panjang berbanding jarak fokus kanta mata apabila memadankan dua kanta untuk membina teleskop astronomi. 4. Apakah yang dapat kamu pelajari daripada kedua-dua jenis aktiviti di atas?

Kedua-dua aktiviti di atas menerangkan bagaiman teleskop astronomi ringkas dan mikroskop majmuk dibina dalam makmal.

Kedua-dua aktiviti di atas juga menerangkan konsep pembesaran linear yang menggunakan formula M = tinggi imej / tinggi objek.

Cara mencari kuasa kanta juga dipelajari menerusi eksperimen ini iaitu: Kuasa kanta, P = 1 / f (dalam meter)

Refleksi: Praktikal 4 ini menerangkan tentang bagaimana cara untuk membina teleskop astronomi mudah dan mikroskop majmuk di dalam makmal dengan menggunakan kanta cembung. Dalam eksperimen ini, banyak benda yang dapat dipelajari terutamanya bagaimana sesuatu cahaya itu dikatakan bergerak lurus. Selain itu, saya dapat mempelajari cara membina teleskop astronomi mudah dan mikroskop majmuk. Saya juga dapat mempelajari cara menentukan kuasa bagi kanta-kanta cembung yang terdapat dalam eksperimen. Saya juga mempelajari bagaimana memadankan dua kanta yang berlainan kuasa untuk di gabung bagi membentuk teleskop astronomi dan mikroskop majmuk. Kesimpulannya, eksperimen kali ini walaupun agak susah untuk difahami dan memerlukan penelitian dari segi pengiraan panjang fokus dan juga pemilihan kanta, namun akhirnya eksperimen ini berjaya juga dilaksanakan dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan sekelas.

Rujukan

Buku Au Wei Leong, V. N. (2006). Smart Physics . Selangor: Preston Corporation Sdn Bhd. Sia Yong Soon, Y. C. (2002). Eksplorasi Fizik Tingkatan 4. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. .

Internet Astronomical telescope. (n.d.). Didapati pada April 12, 2011, dari http://www.universetoday.com/41560/astronomical-telescope/ Compound microscope. (n.d.). Didapati pada April 14, 2011, dari

http://www.southwestschools.org/juniorschool/jsfaculty/Microscopes/compoun dscope.html Microscope. (n.d.). Didapati pada April 13, 2011, dari http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/geoopt/micros.html Telescope . (n.d.). Didapati pada April 13, 2011, dari http://hyperphysics.phyastr.gsu.edu/hbase/geoopt/teles.html

You might also like