You are on page 1of 2

Kiriman artikel wan/warmerbag dalam wanita2u.

com
http://www.dapat.net/warmerbag
AMALAN BERTUNGKU
Kiriman: nikisan pada Khamis, 20 November, 2008 - 08:55 AM CCT

Faedah
Mengecutkan rahim bengkak
Memecah lemak
Membuang angin dalam badan
Merangsang peredaran darah
Memanaskan badan

Kaedah
Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual)
boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan
kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun
rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit,
letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat
supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi
waktu pagi dan petang.

Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian


peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas
itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku
yang diletakkan di atas lantai.

Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan
dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah
tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk
melancarkan aliran susu.

Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat,
pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut,
rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke
hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.

Perkembangan arus teknologi pada zaman ini telah memudahkan lagi proses
bertungku ini. Kewujudan tungku moden atau charge up warmerbag iaitu
sejenis tungku yang berbentuk bantal bayi yang kecil yang hanya dicas
dengan elektrik selama 5 minit telah menghidupkan kembali amalan
bertungku kebelakangan ini di kalangan masyarakat moden.

Tungku charge up warmerbag ini menjadi pilihan kerana penggunaanya amat


mudah berbanding tungku tradisional. Akan tetapi penggunaanya tidak dapat
menandingi kesan tungku besi dari segi keberkesanannya untuk mengecutkan
rahim seepas bersalin.

Walau apa pun cara yang dipilih, sama ada tungku secara tradisional atau
tungku moden amalan bertungku terbukti dapat membantu proses penjagaan
kesihatan wanita.

You might also like