You are on page 1of 30

PENGENALAN Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring

tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

KEPENTINGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sukan itu adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan, kegiatan, menyihatkandan sebagainya. Antara contohcontoh bersukan ialah tennis, bola sepak, bola tampar atau bola keranjang. Sukan bola tampar adalah di antara salah satu Kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Suakn bola tampar atau kegiatan kokurikulm yang lain menyumbangkan banyak faedah, serta menghasilkan insan ynag seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Salah satu faedah sukan bola tampar ialah dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, sukan ini juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagaibagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai sukan dan kegiatan kokurikulm yang lain, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai suakn boal tampar juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau permainan kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum dan sukan permainan bola tampar.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan suakn ini. Kita bukan sahaja boelh menjadi ahli dalam pemainan bola tampar, malah berpeluang untuk melibatkan ke pertandingan yang lebih tinggi. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit. Akhir sekali, kegiatan sukan bola tampar ini akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap kumpulan akan mempunyai enam orang ahli. Ahli-ahlinya kemungkinan akan terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lainlain. Dalam aktiviti yang dijalankan, setiap kumpulan akan bersatu padu dan mengatur strategi untuk menewaskan pihak lawan. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.Oleh itu, dengan melibatkan diri dalam sukan permianan ini, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai suakn boal tampar. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar

menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum dan sukan bola tampar. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

NILAI-NILAI MURNI DALAM BOLA TAMPAR Sejajar dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, sukan permainan merupakan satu medium yang amat penting dalam melahirkan insan yang mempunyai nilai-nilai murni serta kemahiran insaniah atau juga lebih dikenali sebagai soft skills, ianya merupakan satu elemen penting dalam melahirkan generasi pelapis yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada global. Sebelum menyentuh kepada niali-nilai murni dalam permainan bola tanmpar, suka saya jelaskan mengenai kemahiran insaniah yang terdiri daripada 7 nilai utama iaitu kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, pemikiran kritis, etika dan nilai professional serta kemahiran keusahawanan. Ketujuh-tujuh nilai tersebut selalunya tidak dapat diperolehi semudahnya dalam menghadiri kuliah-kuliah seharian bagi seseorang mahasiswa itu. Sebaliknya, aktiviti sampingan di luar waktu kuliah banyak membantu dalam memupuk nilai-nilai kemahiran insaniah tersebut. Sebagai contoh, dengan menghadiri kokurikulum berkredit terutamanya bola tampar ini telah sedikit sebanyak membantu saya dalam menerapkan nilai-nilai soft skill dalam diri ini.

Kemahiran kepimpinan merupakan satu aspek penting dalam menjana mahasiswa berkualiti. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti menjadi ketua dalam melakukan regangan pada setiap kali perjumpaan telah membantu pelajar dalam menjadi seorang pemimpin walaupun hanya seketika. Selain itu, kemahiran komunikasi juga penting dalam menjalani hidup sehariharian. Sepanjang menjalani latihan teori mahupun amali bola tampar ini, didapati dapat meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan dalam diri. Ini dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti seperti melakukan latihan-latihan bola tampar.

Kemahiran seterusnya pula ialah memupuk kemahiran kerja berpasukan. Seperti yang kita semua sedia maklum, permainan bola tampar itu sendiri

merupakan satu permainan yang bercorak dalam kumpulan. Oleh yang demikian, ia dapat melatih semua ahli untuk bekerja dalam pasukan serta melahirkan semangat juang untuk kumpulan sendiri. Disamping itu juga, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat turut diterapkan dalam aktiviti seperti pembelajaran teori tentang bola tampar. Pembelajaran sepanjang hayat dapat menjadikan kita satu ganerasi interlektual yang cinta akan ilmu.

kemahiran pemikiran kritis juga banyak diterapkan dalam aktiviti kokurikulum ini. Sebagai contohnya, dalam aspek penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti permainan, memilih regangan yang sesuai, penyelesaian masalah melibatkan aktiviti luar seperti masalah kenderaan untuk menyertai aktiviti di tempat lain serta penganjuran kejohanandan sentiasa merancang strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Bukan itu sahaja, pemikiran kritis ini bukan sahaja penting malah perlu dalam setiap apa jua yang kita lakukan supaya tidak terpesong dari melakukan perkaraperkara yang dianggap tidak rasional. Seterusnya, penerapan etika dan nilai profasional turut dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan bola tampar ini dijalankan contohnya untuk hadir ke tapak latihan dengan masa yang ditetapkan serta displin berpakaian kemas dan bersesuaian ketika latihan dan permainan.

Secara konklusinya, kemahiran-kemahiran yang telah dibincangkan adalah sangat penting dalam kehidupan sehari-harian bagi mahasiswa kerana dengan soft skills tersebutlah mereka akan menjadi pemimpin dan penggerak generasi akan datang seterusnya melahirkan masyarakat interlektual dan berdaya saing yang harmoni di Malaysia.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN BOLA TAMPAR Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Giminasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof Wiliam J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan

antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun. Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics Association) mengikut negeri masing-masing. Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball FIVB) pada tahun 1962. MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun 1966. Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12 tahun, pertandingan bawah 15

tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia. Pada masa ini, MAVA mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, manakala Bomba Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960-an. Pada tahun 1990, permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini

Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM. Kejohanan tersebut telah berlangsung bersama-sama dengan kejohanan bawah 18 tahun di Sintok (UUM), kedah. Sehingga kini, sukan bola tampar tetap kekal sebagai salah satu acara sukan yang digemari walaupun tahap penglibatan serta prestasinya belum mencapai tahap yang tinggi setanding dengan beberapa sukan antarabangsa.

PERATURAN DAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan

menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata) 1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di

peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang.

2.

Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta

perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. 3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di

sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

Peraturan dan Undang-undang bola tampar :

Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut:

1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.

2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.

4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.

5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.

6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.

7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.

8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.

9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.

10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak lawan. 11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali time out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.

12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.

13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.

14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan

15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.

Kita perlu menguasai semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang baik. Sebagai sebuah pasukan, setiap pemain perlu bekerjasama, cepat dan bijak membuat keputusan ketika beraksi menentang pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, membentuk sikap pemain yang berdisiplin dan beretika.

Asas dan jenis-jenis pukulan dalam sukan permainan bola tampar : Asas permainan Bola Tampar :

BOLA TAMPAR MENYANGGA SERVIS

MENGUMPAN

MEREJAM

MENGADANG

I.

Pukulan Menyangga (Digging) Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan. Keupayaan megawal dan menghantar bola tepat kepada rakan dapat menghasilkan tindak balas yang berkesan.

Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'.

Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.

Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.

Teknik-teknik Menyangga: Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.

II.

Pukulan Mengumpan (Setting) Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Dalam situasi

pertandingan, kebiasaannya, seseorang pemain akan diberi tugas untuk melakukan umpanan. Mengumpan boleh dilakukan sama ada di tepi jarring atau tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman.

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.

III.

Servis Permainan bola tampar dimulakan dengan servis dari kawasan servis yang ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelanggang pihak lawan. Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan mengakibatkan pasukan hilang servis dan pihak lawan memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tenis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala. Servis atas kepala Fasa Permulaan

Fasa Perlaksanaan

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.

Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan

Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.


bahu lengan yang membuat servis. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu

Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling

kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.


bola. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.

Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan

putar depan

- Fasa ikut lajak


Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan

Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

Fasa Permulaan Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server). Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. Bengkokkan sedikit lutut. Badan menghadap ke hadapan. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

Fasa Perlaksanaan Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand). Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima). Bola dipukul di tengah atau di

bawah sedikit dengan lengan yang lurus. - Fasa Ikut Lajak Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

IV.

Merejam Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam adalah kemahiran yang kompleks. Kita perlu

mempunyai koordinasi tubuh yang baik bagi melakukan larian, lompatan, pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejaman boleh dilakukan dengan baik apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.

Kemahiran

merejam

digunakan

oleh

pemain

serangan

untuk

mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smash dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.

V.

Mengadang Mengadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan

menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara Menghadang

a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan

Otot-otot utama yang terlibat dalam kemahiran bola tampar : Kemahiran Menyangga Servis Mengumpan Mengadang Merejam Deltoid Deltoid, Pectoralis major Deltoid Gastrocnemius, Quadriceps, Deltoid Gastrocnemius, Erector spinae,Quadriceps, Deltoid Otot-otot utama

Pemainan Reli (Rally) Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik. Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik

Cadangan Latihan reli :

Servis Membuat latihan servis ke arah dinding Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali. Bola dipukul secara berperingkatperingkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu. Latihan Pukulan Sangga Latihan Mengumpan Bola Latihan menyangga bersendirian Melambung dan menangkap bola dengan ketinggian paras dahi Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter. Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding secara berpasangan Latihan mengumpan dengan menggunakan gelung rotan. Latihan mengumpan bersama rakan Latihan rejaman. semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking) Lonjakan serentak di hadapan jaring Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola

KELUASAN KAWASAN KawasanPermainan Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas. Dimenesi Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri

berukuran18x9m , dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurangkurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB , zon bebas hendaklah berukuran sekurang-

kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang. Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan. Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata, mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain.Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin. Bagi gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah. Untuk pertandingan dunia FIVB , warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan. Bagi gelanggang terbuka diluar, kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak dibenarkan.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


PERMAINAN BOLA TAMPAR Kemahiran : Servis dan Menyangga (digging)

BUTIRAN AM Tarikh Masa : 21 Mac 2012 : 9.00 10.00 Pagi (1 Jam ) Hari: Khamis

Bilangan Pelajar : 14 orang

BUTIRAN KHAS Tunjang Pembelajaran Tajuk Pembelajaran Fokus Pembelajaran Pengetahuan Sedia Ada : Kemahiran : Permainan Bola Tampar : Kemahiran servis dan menyangga (Digging) :Pelajar telah menguasai kemahiran gerak kaki dan hantaran bola.

Objektif Pembelajaran Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, diharapkan para pelajar dapat menguasai tiga domain di bawah melalui aktiviti yang dirancang dalam kemahiran servis dan menyangga (digging) . a) Psikomotor i) ii) Melakukan pergerakan lakuan servis dan menyangga tanpa menggunakan teknik bayangan Mengaplikasikan rentak lakuan pergerakan dalam kemahiran servis dan menyangga bersama bola dengan mekanisma lakuan yang betul iii) Membuat cubaan lakuan mekanisma dan teknik yang betul

b) Kognitif i) ii) Mengaplikasikan variasi-variasi aktiviti kemahiran servis dan menyangga dalam permainan. Menyampaikan pengetahuan berkaitan secara lisan seperti: Jenis-jenis servis dan menyangga Langkah-langkah keselamatan ketika melakukan aktivti Nyatakan tiga kepentingan aktiviti memanaskan badan

c) Afektif

i)

Membina keyakinan diri dalam bentuk akspresi pelakuan semasa melakukan aktiviti servis dan menyangga

ii)

Menggambarkan satu keseronokan dan rasa kepuasan dikalangan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan

iii) iv)

Mewujudkan satu komitmen dan semangat melakukan aktiviti berpasukan Membina nilai kendiri individu iaitu bersikap jujur dan bertanggungjawab

Alat Bantu Mengajar

Bola 5 biji Skitel 10 biji

Wisel stopwatch

Fasa / Masa

Isi Pengajaran ( Aktiviti )

Butiran Pembelajaran

Organisasi

Permulaan ( Set Induksi ) 5 minit 1. Melakukan aktiviti regangan. - otot-otot utama - keseluruhan badan

1. Psikomotor Berlari keliling gelanggang sebanyak satu pusingan mengikut rentak berlari anak

Berkumpulan i. Dua kumpulan ; aktiviti regangan.

-W

- Bo

2. Kognitif Fungsi membuat regangan dan

2. Melakukan aktiviti memanaskan badan.

memanaskan badan. - Persediaan tubuh badan serta mengelakkan

- Berlari satu pusingan mengelilingi gelenggang - hantaran bola berpasangan. 3. Afektif Bekerjasama melakukan aktiviti.
Pelajar selaku ketua.

kecederaan otot.

3.Pengenalan kepada alatan

ii. Satu kumpulanmemanaskan badan

Pengawasan guru

Psikomotor i) Posisi mula. Perkembangan Aktiviti 1 ( Ansur Maju ) 8 minit - Lambungan - kontak /aksi tangan 2) Kemahiran melakukan servis menggunakan bola dengan kaedah yang betul. - Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan. - Bengkokkan sedikit lutut. - Badan menghadap ke hadapan. - Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan sebelah kanan badan. Perlakuan individu kedudukan dalam kumpulan di kawasan yang ditetapkan x - Posisi mula - Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan kanan (right handed server). x x x x x x 1) Tunjuk cara teknik servis bawah tangan - Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu. Guru

- Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang. ii) lambungan - Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit. - Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus tangan akan memukul bola tersebut (striking hand) iii) kontak/aksi tangan - Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke belakang mengikut pergerakan buah bandul jam. - Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan Akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan. -Kontak bola dimulakan tangan memukul (Sama ada dengan bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku Lima). - Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus. B

-Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan. - Pergerakan tangan ditegarkan

untuk mengelakkan putaran bola. - Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola Kognitif - Koordinasi mata, tangan, kaki, kedudukan badan dan cara servis menggunakan bola dengan betul. - Dapat menyenaraikan sistem tuas dan kontraksi otot yang terlibat. Afektif - Pelajar bekerjasama untuk melakukan kemahiran menguis. - Dapat melihat kesungguhan pelajar dalam melakukan aktiviti.

Psikomotor Aktiviti 2 ( 8 minit ) 1) Tunjuk hantaran bola bawah tangan (Digging) - Kaki hendaklah dijarakkan seluas - Posisi bersedia - pergerakan - kontak /aksi tangan 2) Kemahiran melakukan menyangga menggunakan bola dengan kaedah yang betul bahu. - Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak. - Lengan diluruskan. -Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan. Berkumpulan

i) Posisi bersedia

x -------------- x

- Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain serta ibu- ibu jari ke bawah dengan rata. - Pergelangan tangan terkunci ke bawah. -Lengan-lengan sejajar kepada paha. -Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi seimbang.

ii) Pergerakkan - Bergerak ke arah bola. -Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan. - Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran. - Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola yang lambat. -Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang laju. -Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke arah bola yang hendak dihantarkan. 3) Kontak - Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut. - Kontak bola dengan bahagian

tangan yang berisi iaitu dua hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan. - Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.

Kognitif -Wujudkan koordinasi mata, tangan dan kaki dengan berkesan -Pelajar menyenaraikan jenis otototot yang terlibat dalam aktiviti ini.

Afektif - Melahirkan semangat kerja berpasukan. - Membentuk imej kendiri setiap pelajar - Memberi satu kepuasan kepada para pelajar daripada aktiviti yang dilakukan. Berpasukan Aktiviti 3 Permainan kecil ( 10 minit ) 2. Bermain mengikut peraturan servis dan menyangga yang betul - kebolehan menyangga dan menghantar bola kepada ahli kumpulan . 1. Permainan berkumpulan - menggunakan teknik servis bawah tangan dan menyangga Psikomotor - kebolehan membuat servis bawah tangan melepasi jarring dengan cara yang betul

Kognitif -Wujudnya koordinasi pergerakan semasa membuat servis bawah tangan dan menyangga -Dapat memikirkan arah tuju servis dan menyangga yang dibuat Afektif -Mempercayai kebolehan diri sendiri melakukan aktiviti. -Berminat melakukan aktiviti -Membuat pengukuhan dalaman.

Penutup / Kesimpulan ( 10 minit )

1. Aktiviti menyejukkan badan

Melakukan aktiviti penyejukan badan untuk memulihkan kembali keadaan otot serta menstabilkan tahap kadar nadi pada keadaan normal.

Mengadakan sesi perbincangan / pengukuhan objektif: 2. Sesi perbincangan dan pengukuhan (Lembaran Kerja) Memberi peneguhan kepada pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari Sebagai satu motivasi kepada pelajar Cara membuat pembetulan ke atas kesalahan kemahiran yang dilakukan pelajar

Refleksi Kendiri Saya telah menerima tugasan ini pada 5 Mac 2012 oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum Olahraga. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah cadangan kertas kerja bagi Kejohanan Olahraga Trek dan Padang di sesebuah sekolah secara kumpulan . Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus pendek ini adalah tentang format penulisan kertas kerja. Saya sebenarnya sudah beberapa kali mempelajari cara menulis kertas kerja sebelum ini. Namun, saya masih kurang mahir untuk menguasai kemahiran ini. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak peluang untuk melihat contoh-contoh hasil kertas kerja bagi pengelolaan kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih menguasai kemahiran menulis kertas kerja. Selain itu, menerusi kertas kerja yang perlu dibina juga banyak mengajar saya untuk memahami rasional, matlamat, dan objektif sesuatu program khususnya kejohanan olahraga di sekolah. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya berkemungkinan besar akan diminta membuat kertas kerja bagi mengelolakan kejohanan olahraga di sekolah nanti. Justeru, tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan diri untuk perkara tersebut. Walaupun ketiga-tiga tersebut hampir sama, namun saya belajar cara untuk menulis setiap bahagian dengan lebih betul berbanding sebelum ini. Setelah merujuk beberapa bahan serta membuat perbincangan dengan rakan sekumpulan, saya semakin jelas dengan format penulisan kertas kerja. Saya

juga belajar untuk membuat pengiraan bagi bahagian kewangan untuk sesuatu program. Secara khususnya, saya mempelajari bajet kewangan yang perlu diperuntukkan untuk kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Menerusi aturcara yang perlu dirancang juga banyak membuka mata saya tentang hari kejohanan olahraga di peringkat sekolah yang sebenar. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kepada saya tentang kejohanan olahraga yang biasanya dijalankan di sekolah. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak. Disediakan oleh: (SYAIRAH HUSNA BINTI MUSA) Rujukan
1. "Volleyball". International Olympic Committee. Capaian 2007-03-21. 2. Huang, Chenfu; Liu, Gin-Chang; and Sheu, Tai-Yen (1999). "Kinematic Analysis of the Volleyball Back Row Jump Spike". ISBS Symposium XVII. Perth, Australia: International Society of Biomechanics in Sports. Capaian 2007-03-01 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar 4. http://olahraga2u.wordpress.com/category/bola-tampar/

You might also like