You are on page 1of 74

PERBAHASAN

TENTANG
BEBERAPA
PERKARA

‫يبحث عن المور‬
Abdullah al bantinji
(MUHAMMAD SHAZWAN SAFIEE)

EDISI
RUMI
Penerbit
As Syura
Sekolah Agama Menengah Bestari

©Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian,


artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis
daripada penerbit.

Cetakan Pertama Januari 2009

Aspriasi
Edito
r ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam. Dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat saya susun
sebuah buku yang berjudul ‘Perbahasan Tentang Beberapa
Perkara’ yang menghimpunkan tajuk-tajuk yang penting
yang perlu dibahaskan untuk umat Islam zaman sekarang.
Buku ini juga merupakan karya pertama saya.

Sekalung penghargaan saya tujukan kepada beberapa


pihak yang banyak membantu saya menyusun buku ini
dengan sebaiknya.

Pertama-tamanya, penghargaan ini saya tujukan kepada


ibu-bapa saya yang banyak membantu saya sama ada
daripada aspek kewangan dan lain-lain.

Tidak lupa juga kepada mursyid-mursyid saya yang


banyak memberi tunjuk ajar kepada saya, kawan-kawan
yang banyak memberikan memberikan sokongan dan
kepercayaan kepada saya, serta pihak-pihak lain yang
berkenaan.

Buku ini merupakan harta peninggalan saya dalam


berjihad di jalan Allah.

Ana al-
Faqir ila Allah,
…………
…………………..
(Muhammad Shazwan
bin Safiee)

KANDUNGAN
SYARAT MENJADI IMAM………...........................1

SAF YANG PALING AFDHAL…………………….8

LURUSKAN DAN RAPATKAN SAF KETIKA


SOLAT…………………………………………….....13

MEMPERBELAKANGKAN SAF
KANAK-KANAK……………………………….......20

SOLAT HAJAT BERJEMAAH………………..........27

WIRID SECARA JAHR……………………..............34

DOA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT…………....38

MENAMBAH PERKATAAN SAYIDINA DALAM


SELAWAT NABI……………………………………41

MEMBACA FADHAIL AL A’MAL………………..48

MEMBACA YASIN PADA MALAM JUMAAT…..50

KENDURI ARWAH…………………………………57
AMALAN KHUSUS REJAB DAN SYA’BAN……..62

BERCAKAP-CAKAP DI DALAM MASJID……….66


SYARAT MENJADI IMAM

Dewasa ini, masyarakat kita masih kurang kefahaman tentang siapa yang
layak menjadi imam. Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, imam
kebiasaannya sudah dijadualkan pada waktu tertentu. Dan sudah menjadi
kebiasaan juga bahawa imam-imam yang dijadualkan atau tidak, terdiri
dalam kalangan orang yang sudah berumur. Hal ini adalah tidak mengikut
kriteria yang sebenar yang telah diajarkan oleh Nabi dalam As-Sunnahnya.
Jadi, untuk lebih memahami susunan kriteria orang yang layak menjadi
imam, kita lihat hadis di bawah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “yang


mengimami kamu hendaklah yang lebih pandai membaca kitab Al Quran”,
maka jika sama antara mereka, maka pilihlah yang paling pandai daripada
segi sunnah (Al Hadis), dan kalau daripada segi hadis itu mereka sama,
maka dahulukan yang paling dahulu hijrahnya, kalau daripada segi hijrahnya
mereka sama, maka dilihat daripada segi siapa yang lebih dahulu Islamnya,”
Dan daripada sebuah riwayat “umur” yang tertua. Dan jangan seseorang itu
menjadi imam bagi orang lain daripada lingkungan kuasanya, dan jangan
pula duduk di hamparan rumah orang lain kecuali dengan izinnya.”
(HR. Ahmad dan Muslim)

Lihat, sudah cukup cantik Nabi Muhammad S.A.W. menyusun kriteria


orang yang layak menjadi imam. Apa yang hendak dikesalkan adalah sikap
masyarakat yang langsung tidak ambil endah akan hal ini. Mereka lebih apa
yang sedia ada yang datang kepada mereka.

Mungkin terdapat banyak lagi hadis lain yang memberitakan ciri-ciri


orang yang layak menjadi imam dengan ciri-ciri dan susunan yang lain-lain.
Namun saya percaya, ciri-ciri yang diberitakan tidak jauh berbeza daripada
apa yang terdapat dalam hadis. Contohnya ciri yang pertama, orang yang
lebih pandai membaca Al Quran. Ciri ini banyak disebutkan dalam hadis
sebagai ciri yang pertama dan juga telah disebutkan oleh kebanyakan ulama’
dalam ijtihad mereka.

CIRI-CIRI ORANG YANG LAYAK MENJADI IMAM


Berdasarkan hadis, dapatlah kita susun ciri-ciri orang yang layak menjadi
imam:
-1-
1) Orang yang lebih pandai membaca Al Quran. Atau mudah dikonklusikan
ialah orang yang dekat dengan Al Quran yakni orang yang pandai membaca
dan juga fasih. Ada juga seorang ulama menyatakan orang yang
dimaksudkan ialah Al Hafiz (penghafal Al Quran) kerana dia ialah orang
yang paling hampir dengan Al Quran.

Dari Nafi’, dari Ibnu Umar katanya: “Ketika kaum muhajirin yang
terdahulu dating di Usbah iaitu sebuah tempat di daerah Quba’, sebelum
kedatangan Rasulullah S.A.W., maka yang bertindak sebagai imam mereka
ialah Salim. Orang ini adalah hamba sahaya Abu Hudzaifah dan dia ialah
orang terbanyak hafalannya mengenai Al Quran antara kaum muhajirin yang
berpindah pertama kali itu.”
(HR. Bukhari)

Dalam hadis di atas, para sahabat telah memilih Salim, orang yang
banyak menghafal Al Quran dalam kalangan muhajirin sebagai imam. Oleh
kerana para sahabat ialah orang yang paling rapat dengan Rasulullah,
mereka banyak melakukan apa yang diajar oleh Nabi. Justeru, tidak salahlah
untuk dikatakan orang yang lebih banyak menghafal Al Quran itu lebih
layak menjadi imam kerana mereka antara orang yang lebih cenderung
kepada Al Quran. Sudah tentu juga bacaan mereka lebih baik, fasih, dan
lancar.

Hal ini demikian kerana, orang yang pandai dan fasih membaca Al Quran
lebih memberikan kehusyukan kepada ma’mum lantaran bacaannya yang
jelas untuk lebih memahami maknanya. Selain itu, imam tersebut juga dapat
melagukannya mengikut maknanya yang membolehkan ma’mum lebih
khusyu’ dan lebih menghayati setiap ayat sehingga menitiskan air mata.

Untuk menguatkan lagi pendapat ini, kita lihat dalil naqli di bawah.

Dari Abu Sa’id r.a. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
“Jika mereka bertiga, maka hendaklah mereka jadikan imam salah seorang
di antara mereka, dan yang lebih patut (berhak) di antara mereka untuk
menjadi imam ialah orang yang lebih fasih bacaannya.
(HR. Muslim)
Diriwayatkan bahawa Aisyah r.a. bermakmum kepada seorang hamba
sahayanya (lelaki) bernama Zakwan sebab pandai membaca Al Quran. Hal
-2-
ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W. yang berbunyi: “Sah menjadi imamnya
orang banyak iaitu seseorang yang terpandai dalam membaca Kitabullah (Al
Quran).”
(HR. Bukhari)

Dan terdapat juga hadis-hadis lain yang sama menyatakan hal sedemikian
(orang yang fasih bacaannya lebih layak menjadi imam). Antara hadisnya
ialah hadis riwayat Baihaqi(1).

Hadis ini dinukilkan atas ‘Bab Menjadinya Seorang Hamba Sahaya Yakni
Yang Belum Dimerdekakan Atau Hamba Sahaya Yang Sudah
Dimerdekakan, Juga Anak Dari Hasil Penzinaan, Orang Arab Yakni Yang
Berdiam Di Pergunungan Yang Masih Bodoh Dalam Hal Agama Serta Anak-
Anak Yang Belum Baligh Untuk Bertindak Sebagai Imam’. Jadi,
berdasarkan hadis di atas (hadis dalam bab ini), orang-orang yang ini sah
menjadi imam malahan orang yang paling layak menjadi imam sekiranya
mereka yang terpandai dalam membaca Kitabullah.

Hadis ini juga menafikan pandangan jumud kebanyakan orang dalam


masyarakat kita. Mereka mengatakan kanak-kanak yang belum baligh tidak
layak menjadi imam malahan mereka meminggirkan kanak-kanak di dalam
satu saf yang berada jauh di belakang oleh kerana mereka tidak layak berada
satu saf dengan orang dewasa (lihat tajuk ‘Memperbelakangkan Saf Kanak-
Kanak’).

Pandangan ini merupakan pandangan yang dikeluarkan oleh orang-orang


yang cetek ilmu agama sahaja. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari, Amr bin Salamah al-Jurmi mengimami kaumnya sedangkan
umurnya ketika itu enam atau tujuh tahun.

Nabi S.A.W. bersabda bermaksud: “Yang mengimami mereka ialah yang


paling baik bacaan Al Qurannya.”

_____________________________________________________________
1) Maksud matan hadis riwayat Baihaqi ini:
Daripada Abu Zaid Amin bin Athab r.a., Nabi S.A.W. telah bersabda: “Bila ada
mereka bertiga, maka hendaklah mereka jadikan imam salah seorang antara mereka yang
lidahnya lebih fasih dalam membaca kitab Al Quran, jika mereka sama bacaanya, maka
pilihlah yang lebih tua umurnya, dan jika umurnya sama, maka pilihlah antara mereka
yang lebih simpatik rupanya.”
-3-
Ketika dibaca sabda Nabi ini, orang ramai melihat-lihat kiri dan kanan.
Ketika dibaca sabda Nabi ini, orang ramai melihat-lihat kiri dan kanan.
Maka mereka dapati tidak ada orang lain yang lebih baik bacaannya kecuali
Amr bin Salamah al-Jurmi. Kemudian beliau mengimami solat kaumnya.
Hadis ini ialah dalil kepada sahnya solat yang diimami oleh kanak-kanak
yang belum baligh.

Fatwa ini juga dinyatakan oleh Syeikh Abdul Aziz ibn Baz dan Syeikh
Muhammad Soleh bin Utsaiman.

2) Orang yang lebih pandai daripada segi As-Sunnah. Maknanya ialah


orang yang lebih a’lim dalam bidang sunnah. Hal ini demikian kerana, orang
yang lebih a’lim dalam bidang As-Sunnah lebih mengetahui ciri solat yang
sempurna. Orang inilah yang lebih banyak mentelaah hadis-hadis Nabi
mengenai cara solat, sifat solat, sunnah solat dan lain-lain.

3) Orang yang lebih dahulu hijrahnya.

4) Orang yang lebih dahulu Islamnya. Dan ini adalah kriteria yang
diutamakan untuk orang yang lebih terdahulu menerima hidayah Allah.

Selain itu, dalam riwayat lain ada disebutkan mengenai faktor lain, faktor
umur. Yang tua lebih afdhal. Walau apa pun faktor ini diukur selepas
beberapa perkara lain yang lebih utama diukur.

Dari Abu Qilabah dari Malik bin Huwairith , katanya: “Kita semua
datang di tempat Nabi S.A.W. dan di waktu itu kita masih muda usianya.
Kita berdiam di sisi Nabi S.A.W. lebih kurang dua puluh hari beserta
malamnya. Nabi S.A.W. adalah seorang yang bersifat kasih saying sekali.
Pada suatu ketika beliau S.A.W. bersabda: “Jikalau kamu semua sudah
kembali ke negerimu sendiri, maka ajarilah orang ramai yakni kaummu itu
mengenai hal keagamaan, berikanlah perintah kepada mereka supaya mereka
itu hendaknya suka mengerjakan solat, iaitu solat ini di waktu begini dan
solat ini di waktu begitu. Juga apabila solat telah masuk waktunya, maka
hendaklah seseorang daripada kamu semua itu ada yang melaungkan azan
dan yang tertua usianya itulah hendaknya yang bertindak sebagai imammu.”
(HR. Bukhari)

Hadis ini diletakkan atas ‘Bab Apabila Orang Ramai Itu Sama Dalam
-4-
Kepandaiannya Untuk Membaca Al Quran, Maka Yang Tertua Usianya
Hendaklah Menjadi Imam. Walaupun dalam hadis ini tidak disebut
mengenai orang yang pandai membaca Al Quran lebih layak menjadi imam,
al-imam al-Bukhari telah menukilkan nama bab ini orang yang pandai
membaca Al Quran tetap diutamakan setelah melihat banyak hadis berkaitan
orang yang layak menjadi imam menyebut yang paling utama ialah orang
yang pandai membaca Al Quran.

Dalam Kitab Sohih Bukhari, terdapat satu lagi bab yang menceritakan
satu lagi ciri orang yang diutamakan menjadi imam, ‘Bab Ahli Ilmu Agama
Dan Keutamaan Adalah Lebih Berhak Untuk Menjadi Imam’.

Daripada Abu Musa, katanya: “Nabi S.A.W. menderita sakit, lalu menjadi
sangatlah sakitnya itu, kemudian beliau bersabda: “Perintahkanlah kepada
Abu Bakar supaya bersolat menjadi imam kepada orang ramai.” Aisyah
berkata: “Sebenarnya Abu Bakar itu seorang lelaki yang lemah hatinya, jadi
kalau menempati kedudukan anda (yakni untuk menjadi imam), tentu tidak
dapat kalau bersolat mengimami orang ramai.” Beliau S.A.W. bersabda lagi:
“Perintahkanlah Abu Bakar supaya bersolat menjadi imam kepada orang
ramai.”Aisyah mengulangi lagi ucapannya, kemudian Nabi S.A.W. bersabda
lagi: “Perintahkanlah kepada Abu Bakar supaya bersolat menjadi imam
kepada orang ramai, sesungguhnya kamu semua (yakni kaum wanita itu)
adalah seperti orang-orang yang berhadapan dengan Nabi Yusuf. Seterusnya
Abu Bakar didatangi oleh utusan Nabi S.A.W. (yakni Bilal) untuk
memberitahukan perintah Nabi S.A.W. itu. Lalu bersolatlah Abu Bakar
menjadi imam kepada orang ramai di zaman masih hidupnya Nabi S.A.W..”
(HR. Bukhari)

Daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah Ummul


Mukminin r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda di
waktu sakitnya (iaitu yang menyebabkan beliau sampai meninggal dunia)”:
“Perintahkanlah kepada Abu Bakar supaya bersolat dengan orang ramai
(yakni sebagai imam).” Aisyah berkata: “Aku mengatakan,”:
“Sesungguhnya Abu Bakar itu apabila berdiri di tempat anda (yakni sebagai
imam), dia tidak dapat memperdengarkan suaranya kepada orang ramai
sebab tangisannya. Maka, suruhlah Umar bersolat dengan orang ramai
(yakni menjadi imam).” Selanjutnya Aisyah berkata kepada Hafsah (yakni
isteri Nabi S.A.W. dan puteri kepada Umar r.a.): “katakanlah olehmu
-5-
(Hafsah) kepada Umar bahawasanya Abu Bakar itu jika menduduki tempat
anda (yakni menggantikan nabi S.A.W. sebagai imam), dia tidak dapat
memperdengarkan suaranya kepada orang ramai kerana tangisannya. Oleh
sebab itu perintahkan sajalah kepada Umar supaya dia bersolat dengan orang
ramai (sebagai imam).” Hafsah mengerjakan apa yang dikatakan oleh
Aisyah. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ah, jangan. Sesungguhnya
kamu semua para wanita nescaya sama dengan orang-orang yang menjadi
kawan yang menghadapi Nabi Yusuf. Perintahkanlah olehmu semua kepada
Abu Bakar supaya dia bersolat dengan orang ramai (menjadi imam).”
Hafsah lalu berkata kepada Aisyah: “Aku tidak memperoleh kebaikan apa-
apa daripadamu (bukan dapat pujian daripada Nabi tetapi sebaliknya, iaitu
dianggap seperti kaum wanita yang menghadapi Nabi Yusuf A.S.).”
(HR. Bukhari)

Nabi Muhammad S.A.W. telah menyuruh Abu Bakar supaya menjadi


imam ketika riwayat akhir baginda walaupun baginda telah diberitahu akan
suara Abu Bakar yang tidak dapat diperdengarkan kepada orang ramai
kerana tangisannya. Baginda tetap dengan keputusannya walaupun telah
dipujuk oleh isteri dan sahabat baginda.

Dapatlah dilihat bahawa Abu Bakar mempunyai kelebihannya sendiri


yang banyak diketahui oleh Rasulullah. Apa yang kita ketahui, Abu Bakar
ialah seseorang yang paling rapat dengan nabi. Dan sudah tentu Abu Bakar
lebih banyak ilmunya kerana beliau juga merupakan orang terawal islamnya.
Jadi, ini adalah satu dalil untuk memperkatakan orang yang berilmu itu
layak menjadi imam. Selain itu, peristiwa ini juga menjadi satu hujah supaya
Abu Bakar dipilih menjadi khalifah Islam pertama selepas Nabi Muhammad
S.A.W..

KRITERIA LAIN YANG TIDAK TEPAT

Ada juga beberapa kriteria lain yang disebut oleh masyarakat kita tetapi
tidak benar kerana berhujah dengan hadis dhaif. Antaranya ialah paras rupa,
imam dipilih berdasarkan kecantikan paras rupanya.
“Seseorang yang menjadi imam dipilih berdasarkan kecantikan rupa
parasnya.”
(Hadis Dhaif)(2)

-6-
-WALLAHU A’ALAM-
_____________________________________________________________
2) Disebut oleh al-Sayuthi dalam al-La’ali’ al-Mashnu’ah (al-Mashnu’, no.405).
-7-
SAF YANG PALING AFDHAL

Sebelum menunaikan solat berjemaah, semua jemaah dikehendaki duduk


dalam saf. Adapun saf yang paling afdhal bagi lelaki ialah saf yang pertama
dan bagi perempuan ialah yang terakhir berdasarkan hadis nabi di bawah.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, berkata Rasulullah S.A.W.: “Sebaik-


baik saf barisan lelaki yang terhadapan, dan yang terburuk saf yang
terakhirnya, dan sebaik-baik saf barisan perempuan yang terakhir, dan yang
terburuk saf yang terawalnya.
(HR. Muslim)

Apa yang hendak saya highlightkan di sini ialah sejauh mana kita
beramal dengan hadis nabi ini. Kesohihannya tidak dapat dipertikai. Untuk
mendapatkan hadis ini kita boleh lihat kitab Sohih Muslim dalam kitab solat,
hadis no. 440. Manakala dalam kitab Bulugh Al Maram, kita boleh lihat
dalam kitab solat, bab solat jemaah dan imam.

Memenuhi saf yang paling hadapan mempunyai kelebihan dan


keutamaan yang begitu besar yang sekiranya diketahui umat pasti akan
menjadi satu perebutan kerana mereka akan berlumba- lumba untuk
memenuhi saf yang paling hadapan.

Hal ini sebagaimana sabda nabi S.A.W. yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a.: “Andai kata para manusia mengetahui apa yang ada dalam
panggilan azan dan memenuhi saf yang terhadapan kemudian mereka tidak
berjaya mendapatkannya (saf yang terhadapan) kecuali jika mereka
berlumba-lumba untuknya, pasti mereka akan berlumba.
(HR. Bukhari)(3)

Apabila saya memberitahu hal ini, ada pula orang yang membidas kata-
kata saya. Katanya, saf yang hadapan itu tidak semestinya saf yang pertama.
Biar saya buktikan kebenaran kata saya. Dalam hadis-hadis di atas, telah
dimaksudkan oleh ulama’ bahawa saf yang terbaik ialah saf yang
terhadapan. Apakah fungsi imbuhan ter dalam perkataan tersebut? Sudah
semestinya ia berfungsi sebagai perkataan ‘paling’.

3) Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sohih al-Bukhari, kitab al-Azan, hadis no.615
-8-
Adapun perkataan dalam matannya pula ialah perkatan ‘awwal’. Awwal
ialah kata dasar kepada kalimat ‘al ula’. Sekiranya kita terjemahkan ‘ad
darsu al ula’ ialah pelajaran pertama, cuba kita terjemahkan ‘saf al ula’.
Sudah semestinya maksudnya saf yang pertama, bukannya saf hadapan. Saf
hadapan itu adalah terlalu umum.

Selain itu, dalam Kitab Sahih Bukhari terdapat satu bab yang bertajukkan
Bab as-Saf al-Awwal. Ulama’ nusantara yang menterjemahkan kitab tersebut
pula telah memberi makna tajuk tersebut Bab Saf Pertama.

HIKMAH SAF PERTAMA

Antara fadhilat solat di saf yang pertama:

1) Menjaga kesempurnaan saf yang pertama adalah mirip dengan safnya


para malaikat. Hal ini sebagaimana diriwayatkan daripada Jabir bin
Samurah r.a., dia berkata Rasulullah S.A.W. keluar kepada kami lalu
bersabda: “Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi
Tuhannya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di
depan tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat
benar di dalam barisan.”
(HR. Muslim)(4)

Dari hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf
yang pertama adalah menyamai saf para malaikat. Malaikat itu hampir
dengan Allah. Jadi, apa yang boleh dikatakan ialah orang yang menghuni saf
yang pertama juga hampir dengan Allah (batinnya, bukan secara zahir).
Orang yang hampir dengan Allah itulah mudah mendapat rahmatnya kerana
Allah akan lebih mendekati kita. Dalam sebuah hadis ada disebutkan,
sekiranya kita datang kepada Allah sejengkal, Allah akan mendatangi kita
sehasta (semakin kita rapat kepada Allah, semakin Allah merapati kita).

2) Allah S.W.T dan para malaikat akan berselawat kepada mereka yang
berada di saf-saf yang paling hadapan.
“Allah S.W.T. dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang

4) Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sohih Muslim, kitab as-Solat, hadis no.430
-9-
yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah,
bagaimana pula dengan saf kedua dengan yang kedua?” Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang
yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah,
bagaimana dengan saf kedua?” Rasulullah menjawab: “Ya, juga bagi saf
yang kedua.”
(HR. Bukhari)(5)

Menurut Dr. Fadhal Ilahi: Makna selawat Allah ke atas orang yang berada
di saf pertama adalah seperti apa yang dikatakan oleh Imam al-Raghib al-
Asfahani iaitu: “Tazkiyah (penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka.”
Selawatnya para malaikat pula adalah: “Iaitu berbentuk doa dan permohonan
keampunan.”(6)

Alangkah beruntungnya kita sekiranya mendapat tazkiah daripada Tuhan,


Al-Ghaffar. Dan alangkah bertuahnya kita sekiranya mendapat doa
pengampunan daripada makhluk yang taat kepada Allah, malaikat.

Hadis ini juga jelas menunjukkan kelebihan saf pertama berbanding saf-
saf lain sekalipun saf kedua. Walaupun jaraknya tidak jauh berbeza, namun
fadhilatnya jauh berbeza.

3) Rasulullah S.A.W. akan memohon keampunan buat mereka yang


menghuni saf pertama sebanyak tiga kali. Hal ini berdasarkan sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh ‘Irbadh bin Sariyah r.a(7).

Alangkah bahagianya kita sekiranya orang yang paling mulia di atas


muka bumi ini memohon keampunan untuk kita.

4) Betapa besarnya berada di saf yang pertama.

_____________________________________________________________
5) Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sohih al-Bukhari, kitab al-Azan, hadis no.631.
6) Dr. Fadhal Ilahi, keutamaan solat berjemaah, (edisi terjemahan oleh Hasnan Hasin,
Abdurrahman, Duta Ilmu, Surabaya, 1996) muka surat 61.
7) Matan hadis Irbadh bin Sariyah ini:
Daripada Irbadh bin Sariyah (r.a.) bahawasanya Rasulullah S.A.W. memohon
keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf yang kedua
hanya sekali. (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, kitab Iqamah
as-Solat wa as-Sunnah fiha, hadi no.986).
-10-
Dari Abu Salih dari Abu Hurairah, katanya: “Nabi S.A.W. bersabda:
Orang-orang yang dapat dianggap mati syahid itu ialah orang yang mati
lemas yakni tenggelam dalam air, orang yang sakit perut, orang yang
menderita penyakit ta’un yakni lepra dan orang yang mati sebab kejatuhan
sesuatu yakni semacam rumahnya roboh, kejatuhan pohon dan lain-lain.”

Selanjutnya beliau S.A.W. bersabda: “Andai kata orang-orang itu sama


mengetahui betapa besarnya pahala ketika mendatangi solat pada awal
waktunya, nescya mereka akan berlumba-lumba untuk itu. Juga andai kata
orang-orang itu sama mengetahui betapa besar pahalanya solat jemaah
ketika isya’ dan subuh, nescaya mereka akan menghadirinya sekalipun
dengan berjalan merangkak. Demikian pula andai kata mereka itu sama
mengetahui betapa besarnya berada dalam saf yang pertama iaitu dimuka
sekali, nescaya mereka akan mengadakan undian untuk memperolehnya
yakni kerana banyak yang merebutnya.”
(HR. Bukhari)

Demikianlah beberapa keutamaan saf yang pertama ketika solat


berjemaah. Apa yang dikesalkan ialah sikap sebilangan besar umat islam
yang tidak memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini. Padahal
mereka tahu bahawa meluruskan saf itu adalah satu a’mr (suruhan) yang
mempunyai banyak keutamaan.

Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak teruja untuk merebut saf


pertama. Mereka lebih memilih di kawasan- kawasan tertentu yang
berhampiran membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-
tiang atau di dinding-dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu
supaya boleh keluar dari masjid dengan segera setelah selesai solat.
Sesetengah orang pula memilih tempat bersebelahan dengan rakan-rakan
untuk membolehkan mereka berborak seusai solat.

Ada pula yang datang awal ke masjid, tetapi lebih memilih untuk
berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok atau melepak di
kawasan belakang dewan solat masjid bagi mendapatkan rakan-rakan
mereka. Alangkah ruginya kesemua mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah
S.A.W. telah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf
yang belakang, maka Allah A’zza wa Jalla akan membelakangkan mereka.

Daripada Abu Said al-Khudri (r.a.) bahawa Rasulullah S.A.W. melihat


-11-
ada sebahagian sahabatnya yang tidak hendak maju ke saf yang pertama,
maka bagindapun bersabda: “Majulah dan ikutilah saya, sedang orang-orang
yang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka
di belakang itu, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah.”
(HR. Muslim)(8)

Apakah ada kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan


oleh Allah S.W.T.? Oleh itu, datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah
dan rebutlah saf yang pertama.

Secara logiknyapun, orang yang berada di saf belakang merupakan orang


yang jauh daripada Allah kerana kedudukannya jauh daripada mihrab.
Justeru, tidak hairanlah sekiranya Allah membelakangkan golongan ini.

Justeru, kita tidak boleh memandang enteng akan hal ini. Langkah-
langkah yang bijak perlu diambil bagi menghidupkan kembali Sunnah Nabi
ini.

-WALLAHU A’ALAM-
_____________________________________________________________
8) Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sohih Muslim, kitab as-Solat, hadis no.438.
-12-
LURUSKAN DAN RAPATKAN SAF KETIKA SOLAT

Adapun meluruskan dan merapatkan saf itu adalah suatu perkara yang
disuruh oleh Rasulullah dalam sabdanya:

Berita daripada Anas r.a. mengatakan, bahawa pada suatu kali qamat
untuk solat telah diucapkan orang. Rasulullah S.A.W. menghadapkan
mukanya kepada kami, lalu beliau bersabda: “Luruskan dan rapatkan saf-
mu! Sesungguhnya aku dapat melihatmu dibelakangku.”
(HR. Bukhari)(9)

Berita daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi S.A.W., bahawa beliau
bersabda: “Imam itu ditetapkan untuk diikuti. Kerana itu janganlah kamu
menyalahinya. Apabila dia ruku’, maka ruku’ pulalah kamu. Apabila dia
membaca Sami’allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal
hamdu. Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu. Apabila dia duduk,
duduk pulalah semuanya. Dan luruskanlah saf (barisan) dalam solat,
sesungguhnya meluruskan saf itu sebaik-baik solat.”
(HR. Bukhari)

Luruskan dan rapatkan saf juga merupakan satu daripada kesempurnaan


solat.

Daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi S.A.W. bersabda:


“Luruskan saf kamu, sebab sesungguhnya lurusnya saf itu termasuk dalam
kesempurnaan solat.
(HR. Bukhari)

Sabda Nabi lagi:

“Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan bahagian


daripada kesempurnaan solat.”
(HR. Muslim)(10)
Dalam sabda Rasulullah, baginda menggunakan kata kerja suruhan
‘akimu sufufakum!’dan ’sawwu sufufakum’ yang diterjemahkan oleh
_____________________________________________________________
9) Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sohih al-Bukhari, kitab al-Azan, hadis no.719.
10) Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sohih Muslim, kitab as-Solat, hadis no.433.
-13-
ulama’ dengan maksud “luruskan saf!” Jadi, meluruskan saf di dalam solat
berjemaah merupakan suruhan Nabi S.A.W.. Malah ada ulama’ yang
memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syeikh
Muhammad Nashiruddeen al Baani rahimahullah berkata:

Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah


yang berasal daripada Rasulullah S.A.W.. Kalimat perintah (ism fi’l amar
dalam hadis-hadis tentang kesempurnaan saf) itu pada asalnya bererti wajib,
kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian
wajib tersebut(11).

Cara Meluruskan Saf

Kebiasaannya, imam akan mengarahkan ma’mumnya meluruskan saf


sebelum memulakan solat. Imam akan melaungakan “luruskan dan rapatkan
saf!” Masalahnya di sini, imam sama sekali tidak menyatakan cara
meluruskan dan merapatkan saf yang sebenar yang diajarkan oleh Nabi
besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Sedangkan Nabi telah mengajarkan kita cara meluruskan dan merapatkan


saf di dalam hadis syarifnya. Terdapat beberapa buah hadis yang
memperihalkan cara meluruskan dan merapatkan saf yang sebenar. Saya
tulis sebuah hadis yang saya petik dari Kitab Sohih Bukhari di bawah.

Daripada Anas r.a., daripada Nabi S.A.W. bersabda: “Luruskan saf!


Sesungguhnya aku dapat melihat kamu semua dari belakang punggungku.”
Anas melanjutkan katanya: “Dan antara kami ada yang bertemu bahu
dengan bahu kawannya, dan buku lali dengan buku lali.”
(HR. Bukhari)(12)

Namun begitu, terlalu sedikit dalam kalangan masyarakat kita yang


mengamalkannya. Mungkin, pada tanggapan mereka kesempurnaan saf
hanyalah dengan memastikan barisan lurus. Sedangkan terdapat lagi
beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W.
berkenaan dengan kesempurnaan saf:

_____________________________________________________________
11) Syeikh Abu Ubaidah Masyhur Salman, Total Koreksi Ritual Solat, muka surat.216.
12) Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sohih al-Bukhari, kitab al-Azan, hadis no.725.
-14-
1) Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat di sebelah.

2) Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat di sebelah.

Dalam hadis yang lain ada disebutkan satu lagi perkara(13):

3) Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat di sebelah.

Namun begitu, sunnah Nabi S.A.W. ini seakan-akan sudah lenyap


terutamanya dari masjid-masjid di tanah air kita. Apa yang dapat dilihat
hanyalah respon yang amat menyedihkan apabila seseorang yang peka
terhadap sunnah Nabi cuba mempraktikkannya (melakukan suruhan
tersebut). Dan tindak balasnya ialah ramai dalam kalangan jemaah akan
menjauhkan buku lali dan bahu masing-masing apabila orang tersebut cuba
mempraktikkannya.

Namun begitu, kita tidak boleh salahkan mereka kerana sunnah ini
sememangnya tidak disebarkan meluas di Malaysia apalagi untuk
dipraktikkan. Justeru, langkah yang bijak perlu dilakukan bagi menangani
masalah ini. Contohnya seperti menyebarkan sunnah ini. Saya yakin
sekiranya sunnah ini diajar secara meluas dalam pengajian, nescaya ia akan
diamalkan di seluruh masjid-masjid di Malaysia.

Antara hikmah meluruskan saf:

1) Dapat menyumbang kepada kesempurnaan solat.

Daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi S.A.W. bersabda:


“Luruskan saf kamu, sebab sesungguhnya lurusnya saf itu termasuk dalam
kesempurnaan solat.
(HR. Bukhari)

2) Dapat menyumbang kepada penyatuan hati umat Islam. Sabda Nabi


_____________________________________________________________
13) Maksud matan hadis:
“Daripada Nu’man bin Bashir (r.a.), dia berkata: “Aku melihat seseorang merapatkan
bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut
saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, kitab as-Solat, hadis no.566)
-15-
S.A.W.:

“Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam


mendirikan saf), akan tercerai-berai hati kamu.
(HR. Muslim)(14)

Dan terdapat juga sebuah hadis lain yang menyentuh berkenaan hal
ini(15). Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur:

…dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur


pendekatan jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan
keinginan saling menolong. Bagaimana tidaknya? Bukankah bahu si miskin
berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki
si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang
tersusun rapat(16).

3) Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.


Terdapat sebuah hadis yang mengkhabarkan bahawa Rasulullah menyeru
supaya merapatkan saf, dekatkan antara saf, dan tegakkanlah tengkok kerana
Rasulullah melihat syaitan menyusup di sela-sela (celah-celah) saf seperti
anak kambing(17).

4) Allah Taala mencintai mereka yang menyempurnakan saf. Dalam hadis


riwayat Abu Daud(18), ada disebutkan bahawa langkah yang sangat dicintai
Allah ialah langkah seorang hamba menyambung (menyempurnakan) saf.

5) Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di


_____________________________________________________________
14) lihat nombor 10.
15) Maksud matan hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu
diperintahkan agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-
beraikan hati kamu.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, kitab as-Solat, hadis no.566)
16) Syaikh Abu Ubaidah Masyhur Salman, Total Koreksi Ritual Solat, (Edisi terjemahan
oleh W. Djunaedi S, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), muka surat 213.
17) Maksud matan hadis Abu Daud ini, Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkok kamu.
Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat
syaitan menyusup di sela-sela (celah-celah) saf seperti anak kambing.”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, kitab as-Solat, hadis no.571)
-16-
dalam solatnya. Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Orang yang paling baik antara kalian adalah seseorang yang paling
lembut bahunya di dalam solat, tidak ada sebuah langkah yang pahalanya
lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup
celah di dalam saf.
(HR. Thabarani dan Ibnu Hibban, Sohih)(19)

6) Allah S.W.T. dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala


penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf
dalam solat. Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Allah S.W.T. dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang


yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah,
bagaimana pula dengan saf kedua dengan yang kedua?” Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang
yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah,
bagaimana dengan saf kedua?” Rasulullah menjawab: “Ya, juga bagi saf
yang kedua.”
(HR. Bukhari)(20)

PERANAN IMAM DALAM MELURUSKAN DAN MERAPATKAN SAF

1) Melaungkan suruhan meluruskan saf

Rasulullah S.A.W. sebelum memulakan solat, baginda akan memastikan


makmum dibelakangnya meluruskan saf terlebih dahulu.

Anas bin Malik r.a. berkata: Ketika telah iqamah untuk solat. Maka
Rasulullah S.A.W. menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya
bersada: “Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat
kalian dari belakang punggungku.”
_____________________________________________________________
18) Maksud matan hadis Abu Daud ini, Rasulullah bersabda:
“Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang
hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat).”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, kitab as-Solat, hadis no.457)
19) Hadis riwayat Imam at-Thabarani dalam al-Awsath dan juga diriwayatkan oleh Imam
Ibnu Hibban dalam Sohih Ibnu Hibban.
20) Lihat nombor 5.
-17-
(HR. Bukhari)(21)

Namun begitu, apa yang biasa kita lihat di masjid-masjid terutamanya di


Malaysia, para imam hanya melaungkan suruhan ‘luruskan saf!’ tanpa
melihat jemaah dibelakang waima mereka mengikuti arahan tersebut atau
tidak. Tindakan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga. Dan ada juga
imam yang menyuruh makmum meluruskan saf akan tetapi dia jahil tentang
cara meluruskan saf. Oleh sebab itu, imam hendaklah dipilih dalam kalangan
orang yang berilmu.

2) Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pergi ke


setiap barisan untuk melihat sama ada saf telah benar-benar lurus sebelum
memulakan solat(22).

Di zaman Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. pula, beliau mewakilkan tugas


meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir untuk
memulakan solat sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf
itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan
Sayyidina Uthman al-Affan r.a. dan Sayyidina Ali r.a., mereka berdua
bersepakat untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh Sayyidina Umar.
Dahulu, Sayyidina Ali selalu mengatakan: “Maju wahai si fulan! Mundur
sedikit wahai si fulan(23).

Jadi, para imam haruslah memberikan perhatian terhadap perkara ini


dengan penuh kesungguhan supaya amalan kita selari dengan Sunnah Nabi
Muhammad S.A.W. dan juga Sunnah Khulafa’ ar Rasyidin al-Muhdiyyin.
Sabda Nabi S.A.W.:

_____________________________________________________________
21) Lihat nombor 9.
22) Maksud matan hadis:
Daripada al-Bara’ bin ‘Aazib (r.a.), dia berkata, “Aalah Rasulullah S.A.W. memasuki
celah-celah barisan (saf) sambil mengusp dada dan bahu kami”.
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, kitab as-Solat, hadis no.568)
23) Syaikh Abu Ubaidah Masyhur Salman, Total Koreksi Ritual Solat, (Edisi terjemahan
oleh W. Djunaedi S, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), muka surat 216. Syaikh Masyhur
telah mengambil athar ini daripada kitab Jami’ at-Tirmizi, al-Muwatha’ tulisan Imam
Malik rahimahullah, al-Umm karya Imam as-Syafi’e rahimahullah, as-Solah yang
dianggap karya Imam Ahmad rahimahullah, dan al-Muhalla’ oleh Imam Ibnu Hazam
rahimahullah.
-18-
Daripada Abu Najih al-Irbaadh bin Saariyah r.a., katanya: “Rasulullah
S.A.W. telah memberi peringatan kepada kami dengan peringatan yang
menakutkan hati dan mengalirkan air mata, lantas kami berkata: “wahai
Rasulullah, ia seolah-olah peringatan perpisahan, maka berilah wasiat
kepada kami.” Baginda bersabda: “…oleh itu, kamu wajib berpegang
dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-Rasyidin al-Muhdiyyin…”
(HR. Abu Daud dan Tirmizi, Hasan Sohih)(24)

Sekiranya kita masih berdegil untuk tidak meluruskan saf, maka ada
akibat buruknya akan berlaku seperti mana sabda nabi:

Berita daripada Nu’man bin Basyir r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah


S.A.W. bersabda: Luruskan saf (barisan)-mu! Atau Allah akan
mempertikaikan arahmu (berpecah-belah) nanti.
(HR. Bukhari)

Sebagai tambahan, kita seharusnya lebih mudah meluruskan saf kerana


kebanyakan masjid-masjid di dunia kini mempunyai garisan petanda untuk
melurukan saf. Hal ini demikian kerana, garisan ini bukanlah hiasan semata-
mata dan ia dibuat untuk menjadikan jemaah lebih mudah meluruskan saf
(dengan meletakkan tumit di atas garisan itu).

-WALLAHU A’ALAM-
_____________________________________________________________
24) Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab Sunnah, bab Melazimi Sunnah,
no.4607 dan Tirmizi dalam kitab Ilmu, bab Hadis Yang Menyuruh Berpegang Denagn
Sunnah Dan Menjauhi Bida’ah, no.2678.
-19-
MEMPERBELAKANGKAN SAF KANAK-KANAK

Acapkali kita lihat di masjid, kanak-kanak dikhususkan dalam satu saf


dan saf tersebut dibelakangkan di bahagian belakang dewan solat (jauh
jaraknya daripada saf orang dewasa). Beberapa situasi yang kita lihat di sini
ialah, pertama, kanak-kanak diasingkan daripada orang dewasa.
Keduanya, saf kanak-kanak itu diletakkan jauh di belakang dewan solat.

Fenomena ini merupakan fenomena yang sudah biasa dalam masyarakat


kita. Tidak dinafikan bahawa pendapat yang menyatakan saf kanak-kanak
perlu diasingkan daripada saf dewasa juga sebahagian daripada ijtihad
ulama’ berdasarkan beberapa dalil yang akan dibincangkan.

Galakan Membawa Anak Ke Masjid

Membawa anak-anak ke masjid ialah satu perbuatan yang amat


digalakkan. Hal ini demikian kerana dengan melazimkannya akan
membiasakan mereka untuk bersolat di masjid. Adalah menjadi
tanggungjawab dan perhatian setiap ibu bapa supaya menyuruh mereka solat
dan melazimkan mereka ke masjid apabila anak-anak mereka mencapai
umur tujuh tahun. Setelah mencapai umur sepuluh tahun, pukullah mereka
sekiranya mereka tidak menunaikan solat. Sabda Nabi S.A.W.:

“Peritahkanlah anak-anak kamu untuk mendirikan solat ketika umur tujuh


tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mendirikan solat)
ketika umur mereka sepuluh tahun serta pisahkanlah tempat tidur mereka
antara lelaki dan perempuan.”
(HR. Abu Daud, Sohih)

Berdasarkan hadis, Nabi menyuruh ibu bapa mengajar anak-anak


menunaikan solat pada umur tujuh tahun. Justeru dari waktu inilah
bermulanya pendidikan mengenai solat terhadap kanak-kanak. Mereka
sepatutnya sudah mula diajarkan cara-cara menunaikan solat dan mengajar
mereka mengenali institusi masjid.

Inilah tarbiah (didikan) kepada anak-anak yang ditunjukkan oleh Nabi


S.A.W. menunjukkan betapa pentingnya kedudukan solat itu dalam Islam.
Selain itu ibu bapa juga perlu beri perhatian dalam memisahkan tempat tidur
antara anak lelaki dan anak perempuan.
-20-
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu
Qatadah al-Ansari r.a., beliau berkata yangmembawa maksud:

“Aku melihat Nabi S.A.W. mengimami solat sedang mendukung


Umamah binti Abi al-Ansari yang juga merupakan anak perempuan Zainab
binti Rasulullah S.A.W.. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila
bangun daripada sujud baginda mengangkatnya semula.”
(HR. Muslim)

Berdasarkan hadis, pelajaran-pelajaran yang dapat diambil:

1) Perbuatan Nabi S.A.W. mendukung cucumya, Umamah sewaktu


mengimami solat menujukkan tiada halangan membawa masuk
kanak-kanak ke dalam masjid.
2) Perbuatan Nabi ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang
belum baligh dan mumaiyiz tidak membatalkan solat seseorang
seperti yang disalah fahami oleh sebahagian masyarakat kita ini.
Kata mereka, sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf
dengan orang dewasa akan menyebabkan satu saf terbatal kerana
kanak-kanak menanggung najis. Pendapat ini batil sama sekali.
3) Pergerakan yang lebih daripada tiga kali tidak membatalkan solat
seseorang. Perbuatan Rasulullah S.A.W. meletak dan mengangkat
cucunya pasti melebihi tiga pergerakan yang besar tetapi ia tidak
membatalkan solat.

Kesimpulannya , sekiranya kanak-kanak yang mencapai umur mumaiyiz


iaitu dalam lingkungan tujuh tahun ke atas maka tidak dihalang untuk
mereka dibawa ke masjid bahkan ia digalakkan sebagai latihan untuk
membiasakan mereka bersolat di masjid. Adapun kanak-kanak yang kurang
daripada umur tujuh tahun atau yang belum mumiyiz tidak digalakkan
dibawa ke masjid kerana dikhuwatiri akan mengganggu orang lain dan
mengotorkan masjid. Namun, sekiranya dapat dikawal, tidak mengapa. Juga
sekiranya ada hajat yang mendesak, contohnya seperti tiada sesiapa yang
boleh menjaganya di rumah. Hal ini antara yang dinyatakan oleh Lajnah
Daimah iaitu majlis fatwa Saudi juga pendapat yang dikemukakan oleh
Syeikh Soleh al-Fauzan.

Adapun hadis yang digunapakai oleh sebahagian pihak yang melarang


membawa kanak-kanak ke masjid merupakan hadis dhaif (lemah) dan ia
-21-
tidak boleh dijadikan hujah. Hadisnya bermaksud:

“Jauhkanlah kanak-kanak daripada masjid.”


(HR. Ibn Hibban, Dhaif)

Hujah Kanak-Kanak Boleh Bercampur Dengan Orang Dewasa Dalam Solat

Berikut merupakan dalil yang menunjukkan kanak-kanak boleh


bercampur dengan orang dewasa dalam satu saf:

1) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Anas r.a.,
beliau berkata:

“Nabi S.A.W. bersolat di rumah Ummu Sulaim, aku (Anas) dan seorang
anak yatim mengikutnya bersolat di belakangnya dan Ummu Sulaim di
belakang kami.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Jadi, berasarkan hadis, Anas bersolat bersama seorang anak yatim di


belakang Nabi S.A.W.. Maka, sudah tentu anak yatim tersebut ialah seorang
yang belum baligh kerana, sekiranya dia sudah baligh, dia tidak dipanggil
anak yatim lagi. Hal ini menunjukkan seorang kanak-kanak boleh berada
satu saf dengan orang dewasa.

2) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ibn Abbas r.a. berkata yang
bermaksud:

“Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah, pada malam itu Nabi
S.A.W. bersolat. Maka aku pun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah
kirinya. Kemudian Nabi S.A.W. memegang kepalaku sambil menarik aku ke
sebelah kanannya.”
(HR. Bukhari)
Berdasarkan hadis, Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat
bersama Nabi S.A.W.. Hal ini menunjukkan kanak-kanak boleh berada di
belakang imam di dalam solat.

Pendapat Di Dalam Kitab-Kitab Fiqh

-22-
Di dalam kitab-kitab fiqh dinyatakan susunan saf ketika solat berjemaah
seperti yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya ‘al-
Mufassal’(25), “Hendaklah saf dimulai orang dewasa kemudian diikuti oleh
kanak-kanak kemudian khunsa seterusnya perempuan dan akhirnya kanak-
kanak perempuan.”

Pendapat ini juga dipegang oleh Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi al-
Hanbali seperti yang dinyatakan di dalam kitab ‘al-Mughni’(26)

Dalam kalangan ulama’ Syafi’eyyah juga berpendapat sedemikian.


Tetapi, sekiranya kita melihat dengan teliti, kita akan dapati mereka tidak
mengkhususkan satu saf untuk kanak-kanak sehingga mereka langsung tidak
boleh bersolat satu saf dengan orang dewasa. Hal ini dibuktikan dengan apa
yang dinyatakan oleh Imam Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya, ‘Mughni
al-Muhtaj ila Makrifati Ma’ani alfaz al-Minhaj’(27). Katanya:

“Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang


diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi
sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa, maka ia diisi dengan
kanak-kanak.”

Jelaslah bahawa sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa, ia


boleh diisi dengan kanak-kanak. Hal ini amatlah kontradiksi dengan
fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Walaupun terdapat
banyak ruang kosong dalam saf dewasa, kanak-kanak tetap dipinggirkan
dalam satu saf yang khusus di belakang dewan solat.

Menghususkan Saf Untuk Kanak-Kanak

Antara dalil yang digunapakai oleh mereka yang mengkhususkan saf bagi
kanak-kanak sehingga menjadikan saf kanak-kanak jauh di belakang dewan
solat ialah:
1) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sabda Nabi S.A.W.:

_____________________________________________________________
25) Al-Mufassal, jilid 1, muka surat 244-245.
26) Al-Mughni, jilid 2, muka surat 429.
27) Mughni al-Muhtaj ila Makrifati Ma’ani alfaz al-Minhaj, jilid 1, muka surat 492.
-23-
“Hendaklah mereka yang berada di belakangku ahli ahlam (baligh) dan
Nuha (berakal), kemudian seterusnya mdan seterusnya.”
(HR. Muslim)

Ulil ahlam dan Nuha juga bermaksud mereka yang mempunyai ilmu dan
tahu hukum-hakam solat berjemaah (boleh membetulkan imam sekiranya
silap).

Syeikh Soleh Ibn Utsaiman menjawab: Dalil ini tidak tepat untuk
dijadikan hujah mengasingkan kanak-kanak daripada saf orang dewasa. Hal
ini juga bertentangan dengan sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Sesiapa
yang mendahului orang lain kepada sesuatu maka dia lebih berhak
mendapatkannya.”

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ini membawa maksud galakan dan
gesaan kepada ulil ahlam dan Nuha iaitu yang baligh dan berakal supaya
berada di belakang Rasulullah kerana mereka lebih faham daripada kanak-
kanak. Nabi tidak menyatakan jangan berada di belakangku kecuali yang
baligh dan berakal (bukan satu tegahan kepada kanak-kanak untuk berada di
belakang Rasulullah).
Sekiranya lafaz hadis datang seperti lafaz ini iaitu tegahan berada di
belakang Nabi kecuali kepada mereka yang dinyatakan maka ketika itu
barulah membawa hukum kanak-kanak tidak boleh berada di saf belakang
Nabi S.A.W..

Tetapi walaupun demikian para ulama’ bersetuju bahawa mereka yang


sepatutnya berada di belakang imam ialah mereka yang baligh dan berakal
yang mempunyai ilmu tentang solat, supaya sekiranya berlaku sesuatu maka
orang yang berada di belakang imam tahu apa yang perlu dilakukan.
Contohnya apabila imam batal solat, makmum di belakang imam dapat
bertindak menggantikan imam mengikut kaifiyat yang betul.
Ingin saya ingatkan bahawa bukan hanya kanak-kanak sahaja yang tidak
sepatutnya duduk di belakang imam tetapi merupakan suatu kesalahan juga
sebahagian orang awam dewasa yang sering berada di belakang imam
malahan berada tepat belakang imam sedangkan mereka kurang ilmu tentang
solat jemaah. Nanti akan menyebabkan mereka tidak tahu tindakan yang
perlu diambil sekiranya sesuatu berlaku kepada imam.

-24-
2) Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud:

“Rasulullah S.A.W. menjadikan saf orang dewasa di hadapan kanak-


kanak, dan saf kanak-kanak di belakang mereka sementara saf perempuan di
belakang kanak-kanak.”

Syeikh al-Baani mengatakan: “Sanad (rangkaian perawi) hadis ini dhaif


(lemah). Terdapat seorang periwayat hadis yang lemah namanya Syahr bin
Husyab. Menjadikan saf kanak-kanak di belakang saf dewasa aku tidak
mendapati hadis yang lain kecuali hadis ini sahaja dan ia tidak boleh
dijadikan hujah. Aku berpendapat tidak mengapa kanak-kanak bersolat
sekali dengan saf dewasa sekiranya terdapat kekosongan. Hadis Anas yang
bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Rasulullah S.A.W. menjadi
hujah dalam masalah ini.”(28).

Ini ialah kata Syeikh al-Baani, seorang ulama’ hadis yang terkenal.
Adalah dalam hidupnya itu mengkaji hadis. Beliau juga telah menulis kitab-
kitab hadis yang mengasingkan antara hak dan batil. Dan katanya dia tidak
menemui suatu dalil mengasingkan saf kanak-kanak daripada orang dewasa
pun selain hadis tersebut. Justeru, pendapatnya tidak mengapa kanak-kanak
bersolat sekali dengan saf orang dewasa sekiranya ada kosong kerana
terdapat dalil yang boleh dijadikan hujah.

3) hujah lain yang cukup popular dalam bibir-bibir masyarakat ialah kanak-
kanak menanggung najis yang sekiranya bersolat bersama di dalam satu saf
maka akan batallah satu saf tersebut. Hujah ini ialah hujah yang tidak dibina
atas sebarang dalil. Mungkin ia cuma qaulul insan (kata-kata manusia) yang
dibina oleh orang dewasa untuk mendatangkan keegoannya membeza-
bezakan mereka dengan kanak-kanak. Bahkan terdapat hadis yang
menyatakan Rasulullah mendukung cucunya, Umamah ketika solat.
Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan: “Hadis menunjukkan bersihnya
pakaian kanak-kanak, sekiranya dihukum najis sudah tentu Nabi tidak
mendukungnya, begitu juga yang dinaskan (disebut) oleh Imam al-Syafi’e
dan selainnya.

Perkara Negatif Yang Berlaku Sekiranya Mengasingkan Kanak-Kanak Di


_____________________________________________________________
28) Tamamul Minnah, muka surat 284.
-25-
Belakang Dewan Solat:

1) Menyebabkan kanak-kanak tidak suka kepada masjid, apabila hal ini


berterusan mereka akan berasa bagai tidak dipedulikan kerana
mereka diletakkan di belakang dewan solat. Apabila mereka
meningkat dewasa mereka akan menjauhkan diri daripada institusi
masjid.
2) Menyebabkan mereka berasa masjid bukan tempat untuk kanak-
kanak atau orang muda kerana apabila mereka datang ke masjid
seolah-olah mereka ini tidak dilayan dan ditempatkan di saf yang
paling belakang.
3) Menyebabkan mereka berasa mereka tiada hak untuk duduk di
dalam saf. Hal ini demikian kerana apabila mereka hadir awal dan
duduk di saf hadapan pasti akan ada siak yang menyuruhnya ke
belakang sedangkan tempat itu merupakan haknya.
4) Menimbulkan sangka buruk terhadap islam kerana
membandingbezakan antara golongan (kanak-kanak dan dewasa).
5) Menimbulkan rasa benci terhadap orang yang memarahi dan
menyuruhnya duduk di belakang.
6) Menimbulkan perkara buruk apabila mengumpulkan kanak-kanak di
satu tempat di belakang masjid. Sudah pasti mereka akan bermain
sesama sendiri dan membuat bising seterusnya mengganggu orang
yang berada di dalam masjid. Hal ini merupakan fitrah kanak-kanak.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah lebih baik kanak-
kanak itu duduk bersama ayahnya atau penjaganya sewaktu berada
di dalam masjid kerana hal ini menghalang untuk mereka berkumpul
dan membuat bising.
7) Menghalang ukhuwah silaturrahim. Sekiranya kanak-kanak
bersama-sama orang dewasa di dalam satu saf, maka silaturrahim
dapat dijalin(sebagai mengambil hikmah solat berjemaah). Tetapi
sekiranya tidak, ia hanyalah menghalang ukhuwah silaturrahim.
-WALLAHU A’ALAM-

-26-
SOLAT HAJAT BERJEMAAH

Solat hajat merupakan suatu solat sunat yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad. Namun, nama solat ini tidaklah dinamakan oleh Nabi pada
zaman dahulu. Nama solat ini telah dinamakan oleh ulama’ untuk
menterjemahkan sunat-sunat yang dilakukan olen Nabi berdasarkan hadis
Nabawi.

Solat hajat ialah solat yang ditunaikan untuk kita memohon sesuatu hajat
kepada Allah sama ada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak
sesuatu keburukan(29).

Setiap muslim disunatkan mengerjakan solat sunat hajat sekiranya


mempunyai sesuatu hajat sama ada kecil atau besar. Solat ini dilakukan
untuk tujuan melahirkan rasa perhambaan dan kekerdilan diri kepada Allah
S.W.T. sebelum memohon sesuatu hajat. Adapun satu daripada dalilnya ialah
hadis riwayat Imam Ahmad(30).

Namun yang menjadi pertikaiannya ialah cara melaksanaknnya.


Berjemaah atau bersendirian? Sudah tentu bersendirian itu boleh. Cuma
yang menjadi persoalannya ialah secara berjemaah. Apakah relevannya
melakukan solat hajat secara berjemaah. Dan yang paling penting ialah
adakah disyariatkan solat hajat dilakukan secara berjemaah?

Fenomena Solat Hajat Berjemaah

Apabila musim peperiksaan menjelang, beberapa pihak akan membuat


majlis solat hajat perdana. Mereka akan menjemput orang ramai untuk
bersama-sama solat sunat hajat dan membaca doa selamat. Peristiwa ini
merupakan senario yang biasa dilihat dalam masyarakat kita. Begitu juga
apabila sesuatu perkara menimpa seseorang. Mereka akan menjemput pak
imam untuk mengetuai solat hajat berjemaah dan doa selamat. Contohnya
seperti rumah baru siap, hilang barang berharga, dan hendak pergi ke sesuatu
_____________________________________________________________
29) Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 3, muka surat 170.
30) Maksud matan hadis riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda:
“Sesiapa berwudu’ dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan
sempurna, Allah akan mengurniakan apa-apa sahaja yang dipohon sama ada cepat atau
lambat.”
-27-
tempat yang jauh.

Daripada satu aspek, ia menggambarkan suatu perkara yang positif.


Tetapi daripada suatu sudut yang lain, banyak perkara yang tak kena. Jika
diselidiki, fenomena ini tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah.
Sekiranya pernah berlaku pasti ada riwayat yang menyebutnya. Bukankah
mereka juga mempunyai hajat, membeli kereta baharu dan rumah baharu.
Tetapi mereka tidak melaksanakan solat hajat berjemaah.

Memang betul apa yang dilakukan oleh masyarakat kita pada masa kini
iaitu mereka bersolat apabila ingin meminta sesuatu. Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar


dan solat, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar.”
(Al Baqarah:153)

Berkenaan dengan solat hajat ada hadisnya yang diriwayatkan oleh al-
Tirmizi(31). Hadis ini menyentuh bahawa sesiapa yang mempunyai hajat
kepada Allah atau kepada manusia, hendaklah berwuduk dengan sempurna
kemudian bersolat dan setelah itu pujilah Allah dan berselawat kepada
Rasulullah.

Bagaimanapun riwayat ini dhaif kerana ada perawi yang dipertikai. Jika
diandaikan sohih pun ia tidak dapat menyokong amalan yang berlaku dalam
masyarakat kita iaitu menjemput sekumpulan orang untuk bersama-sama
mendirikan solat hajat berjemaah. Hadis ini Cuma menyatakan untuk
individu yang mempunyai hajat tanpa menyatakan perlu mengajak orang
_____________________________________________________________
31) Maksud matan hadis at-Tirmizi ini:
Diriwayatkan daripada Fa’id bin Abdul Rahman katanya: Rasulullah S.A.W.
bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada sesiapa dalam
kalangan anak Adam, maka hendaklah dia berwudu’ dengan sempurna kemudian
bersolat. Setelah itu pujilah Allah dan selawat kepada Rasulullah S.A.W. dan ucapkanlah:
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi maha pemurah. Maha Suci
Tuhan Arasy yang Agung, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Aku memohon
penyebab-penyebab kepada rahmatMu, kepastian-kepastian kepada pengampunanMu,
kekayaan daripada semua kebajikan, kesejahteraan daripada semua dosa, janganlah
Engkau tinggal untukku satu dosapun melainkan Engkau ampunkanlah, tidak ada
kegundahan melainkan Engkau lepaskanlah, tidak ada hajat yang Engkau redai
melainkan Engkau tunaikan, wahai Yang Maha Penyayang.”
(HR. Tirmizi, Dhaif)
-28-
lain untuk solat bersama-sama.

Hujah Orang Yang Menggalakkan Solat Hajat Berjemaah

Sesetengah pihak mendakwa solat hajat berjemah pernah berlaku di


zaman Rasulullah. Katanya, sahabat pernah mengajak Rasulullah S.A.W.
datang bersolat hajat di rumahnya. Hadisnya seperti berikut:

“Daripada Anas bin Malik katanya bahawa neneknya, Mulaikah telah


menjemput Rasulullahh S.A.W. untuk makan makanan yang disediakannya.
Lalu Rasulullah S.A.W. makan sebahagian daripadanya kemudian bersabda:
“Bangunlah, saya akan mengimamkan solat kamu. Lalu saya mendapatkan
sekeping tikar kami yang bewarna hitam kerana sudah lama digunakan,
kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah S.A.W. berdiri,
seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami.
Baginda bersolat mengimami kami sebanyak dua rakaat.”
(HR. Bukhari)

Walaupun hadis tersebut sahih, namun kita tidak boleh menjadikannya


sebagai hujah solat hajat berjemaah. Sekiranya kita lihat, tidak jelas dalam
hadis menunjukkan bahawa Rasulullah datang untuk solat hajat. Tujuan
kedatangan baginda ialah kerana memenuhi jemputan nenek Anas dan solat
Baginda iaitu sebagai doa agar diberikan keberkatan kepada ahli rumah
tersebut. Ada juga ulama’ yang menjelaskan bahawa tujuan Rasulullah
S.A.W. bersolat di rumah itu adalah kerana tuannya mahu Baginda
menentukan satu bahagian rumah itu sebagai tempat solat yang khusus
(musolla) dan mereka ingin mendapatkan keberkatan daripada Baginda.
Bukannya nenek Anas mempunyai hajat tertentu untuk beliau meminta
Rasulullah bersolat hajat untuknya.
Apabila keadaan tidak jelas, maka kita tidak boleh berdalil dengan hadis
ini dengan mengatakan Rasulullah bersolat hajat berjemaah.

Sebab-Sebab Masyarakat Masa Kini Bersolat Hajat Berjemaah

1) Gejala ikut-mengikut menyusup dalam sendi masyarakat sekarang.

Atau mudah disebut sebagai amalan taqlid berleluasa. Ramai dalam


kalangan mereka yang berhujah dengan mengatakan mereka hanya mengikut
-29-
amalan tersebut kerana amalan ini dipelopori oleh orang-orang sebelumnya.
Dan ada juga orang yang berhujah bahawa mereka boleh melakukan kerana
agamawan masa kini seperti ustaz mengamalkannya. Lantas menambah
bahawa sesiapa yang mempertikaikan amalan ustaz, maka dia tergolong
dengan orang yang batil.

Bukti mereka menjadi muqallid (orang yang melakukan taqlid) ialah


mereka tidak tahu-menahu mengenai hujah melakukan amalan tersebut.

2) Kurang keyakinan dalam diri.

Apabila tidak yakin dengan diri sendiri, mereka akan mencari orang yang
dirasakannya warak supaya menjadi wakil baginya. Hal ini tidak lain dan
tidak bukan menandakan lemahnya iman mereka kerana tidak yakin dengan
kemurahan Allah. Tidak semestinya perlu menjadi warak dahulu baru Allah
akan kabulkan hajat. Sifat tidak yakin ini juga sedikit-sedikit mengurangkan
iman kita terhadap sifat As-Somad (tempat bergantung setiap sesuatu) Allah.

Jika tidak yakin tentulah doa kita tidak diperkenankan Allah lantaran
buruk sangkaan kita kepada Allah. Semoga Allah S.W.T. memberi hidayat
kepada kita semua. Jika kita yakin bahawa Allah S.W.T. akan memakbulkan
doa kita mengapa perlu kita rasa kekurangan pada kekuatan diri sendiri?
Mungkin kita merasakan kita tidak cukup soleh untuk berdoa terus kepada
Allah sehingga memaksa kita menjadikan pak lebai sebagai perantaraan.
Seolah-olah kita belum boleh berdikari dalam soal keimanan. Sesiapa sahaja
berhak dan diberi peluang untuk meningkatkan iman dan takwa. Lupakah
kita bahawa Allah bersifat Ar-Rahman? Sikap pemurah Allah ini dikurniakan
kepada semua hambanya tidak kira muslim atau kafir. Jadi, apakah dalam
soal ini ada perbezaan antara orang biasa dan orang yang warak? Sesiapa
sahaja boleh berdoa kepada Allah, asalkan dia beramal soleh. Dan beramal
soleh itu juga bukan membawa maksud perlu menjadi ‘Orang Soleh’ yang
disalah ertikan pada masa kini. Mereka menganggap beramal soleh itu ialah
orang yang mengabdikan diri kepada Allah, warak, dan a’lim. Walhal
beramal soleh itu ialah melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan
larangannya.

Firman Allah Ta’ala:

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan


-30-
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya
kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada
mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka
kerjakan.”
(an-Nahl:97)

3) Mereka menganggap amalan berjemaah itu lebih afdhal.

Sudah terpasak dalam minda masyarakat kita kini bahawa amalan


berjemaah itu lebih afdhal dengan menyatakan banyak kelebihannya.
Memang benar. Tetapi adakah semua amalan itu lebih afdhal secara
berjemaah? Perlu kita ketahui di sini bahawa ada amalan yang disyariatkan
secara sendirian dan berjemaah. Kedua-duanya tidak boleh dicampur
adukkan. Sekiranya berjemaah pasti lakukannya secara berjemaah.
Sekiranya sendirian, pasti lakukannya secara sendirian. Sekiranya kedua-
duanya boleh dilakukan, pilihlah yang lebih afdhal.

Sudah kita ketahui bahawa tiada dalil yang mensyariatkan solat hajat
berjemaah. Jadi, tidak salah saya katakan bahawa solat hajat disyariatkan
secara sendirian berdasarkan beberapa dalil yang akan dibincangkan selepas
ini.

Hujah Solat Hajat Disyariatkan Secara Bersendirian

Dalam kitab at-Targhib Wa al-Tarhib, al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H),


mengemukakan 5 matan hadis bawah tajuk ‘Galakan pada menunaikan solat
hajat dan doanya’ iaitu hadis bernombor 1008 hingga 1012(33). Matan hadis
inilah yang biasa disebut oleh para ulama’ feqh dalam mengisbatkan solat
sunat hajat. Kajian tokoh-tokoh muhaddisin menunjukkan hanya satu sahaja
daripada 5 hadis tersebut yang boleh dihukum sohih mengikut disiplin ilmu
hadis. Hadis tersebut ialah hadis riwayat Uthman bin Hunaif r.a. yang
menceritakan tentang kisah seorang lelaki buta datang bertemu Rasulullah
S.A.W. dan memohon agar didoakan untuknya supaya penglihatannya pulih
kembali. Namun, Baginda hanya mrnyuruh lelaki buta itu berwuduk, solat
sunat dua rakaat dan berdoa dengan lafaz doa yang diajar oleh baginda
sendiri. Tiada sebarang petunjuk (qarinah) bahawa Baginda Rasulullah
S.A.W. menjemput beberapa orang sahabat lain untuk menunaikan solat
hajat berjemaah bagi pihak lelaki buta berkenaan atau Rasulullah solat
berjemaah bersama lelaki buta berkenaan. Apa yang berlaku ialah lelaki buta
-31-
itu sendirilah yang menunaikan solat hajat berkenaan atas tujuan memenuhi
hajan dan impiannya itu. Matan hadis ini dikeluarkan oleh at-Tirmizi, no.
hadis:1385. dinilai sohih oleh al-Baani dalam ‘Sohih at-Targhib Wa al-
Tarhib, no. 678.

Selama pengajian saya pula, jarang saya lihat solat hajat dalam kitab-
kitab feqh besar yang ditulis oleh ulama’muktabar apatah lagi
menghukumkan solat sunat hajat disunatkan berjemaah. Bahkan tidak ada
langsung mereka menyebut solat hajat tergolong dalam solat sunat yang
dilakukan secara berjemaah.

Sebagai contoh, saya bawakan apa yang terdapat dalam kitab al-Feqh al-
Manhaji, Kitab Feqah Mazhab Syafi’e yang menjadi panduan orang ramai
terutamanya di Malayasia yang banyak mengikut mazhab Syafi’e.

Dalam kitab ini, solat sunat dibahagikan kepada dua bahagian, solat sunat
yang tidak disunatkan berjemaah dan solat sunat yang disunatkan secara
berjemaah. Apa yang saya lihat ialah tiada langsung solat sunat hajat dalam
kedua-dua bahagian. Selama pengajian saya lagi, adapun solat sunat yang
disunatkan secara berjemaah ada tujuh seperti yang disepakati oleh
kebanyakan ulama’ besar iaitu aidaini (solat dua hari raya;solat hari raya
aidilfitri dan solat hari raya aidiladha), 2 solat gerhana (gerhana matahari
dan bulan), solat istisqa’ (solat minta hujan), solat tarawih dan witir.
Selebihnya (solat sunat yang disyariatkan yang lain), adalah sunat secara
sendirian.

Seterusnya saya petik kata Imam as-Syafi’e yang berbunyi:

“(Perkara kelapan) Sesungguhnya telah (disebut) bahawa nawafil


(solat-solat sunat) tidak disyariatkan berjemaah padanya kecuali solat dua
hari raya (idul fitri dan idul adha), dua solat gerhana (bulan dan matahari),
solat istisqa’ (minta hujan), demikian juga solat tarawih dan witir
sesudahnya, apabila kita mengatakan bahawa ditunaikan berjemaah
padanya (tarawih dan witir) ia afdhal. Dan adapun solat-solat sunat yang
lain seperti sunat-sunat rawatib yang ( mengiringi) solatfardu, sunat dhuha
dan solat-solat sunat mutlaq maka tidak disyariatkan berjemaah iaitu tidak
diharuskan, tetapi kalau seseorang itu tunaikan berjemaah adalah harus
dan tidak dikatakan makruh.

-32-

Seandainya kita perhatikan betul-betul teks (nas) yang diberikan oleh


Imam as-Syafi’e rahimahullah, tidak disebut dalamnya solat sunat hajat.
Yang disebut hanya solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan solat sunat
mutlaq. Perhatikan kata-kata Imam as-Syafi’e rahimahullah, “tetapi…kalau
seseorang itu tunaikan berjemaah adalh harus.” Ungkapan “tetapi…kalau”
membawa maksud keharusan dan kebenaran adalah berada pada tahap
bawah (bukan menjadi keutamaan dan pilihan) kerana asalnya ia ditunaikan
secara bersedirian.

Dalam kitab Raudah at-Talibin pula, Imam an-Nawawi secara jelas


menyatakan kategori solat sunat hajat daripada kumpulan solat sunat yang
ditunaikan secara bersendirian bukan berjemaah.

Disebut pula dalam bahagian perkara-perkara makruh dalam


melaksanakan solat sunat (nawafil) menurut Mazhab Maliki iaitu sebanyak
empat perkara yang makruh di mana perkara makruh yang keempat ialah:

“Makruh berhimpun beramai-ramai untuk melakukan solat sunat kecuali


solat sunat tarawih, kerana solat sunat dilakukan secara bersendirian. Begitu
juga makruh melakukan solat sunat dalam jemaah yang kecil di suatu tempat
yang masyhur dalam kalangan orang ramai.

Adalah saya, al-Bantinji berpendapat apabila orang ramai ingin bersama


menunaikan solat hajat berjemaah, tidaklah setiap gerangan itu mempunyai
hajat yang sama. Dan adapun berhimpunnya mereka bersama satu tujuan,
tidaklah setiap gerangan itu mempunyai hajat yang sama 100 peratus.

-WALLAHU A’ALAM-
-33-
WIRID SECARA JAHR

Wirid jahr membawa maksud zikir (mengingati Allah) melalui lidah


secara nyaring (dengan menggunakan suara yang nyaring).

Adapun berzikir itu ada dua jenis, berzikir secara nafsi (sendirian) dan
berzikir secara jamai’e (berjemaah). Hal ini berdasarkan ketetapan Allah
yang dinyatakan dalam hadis berikut:

Berkata Allah S.W.T.: “Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku pun
mengingatinya dalam diri-Ku dan jika dia mengingati-Ku ketika berada
dalam al-mala’ (di tengah jemaah), Aku mengingatinya di tengah-tengah
jemaah itu.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis di atas, jelaslah bahawa zikir, dalam makna yang luas, ada
yang berbentuk sendirian (nafsi) dan ada yang berbentuk beramai-ramai
(jemaah). Yang berbentuk sendirian adalah jenis zikir yang dapat dikerjakan
sendiri-sendiri tanpa jemaah, seperti bertasbih, bertahlil, bertahmid,
bertakbir dan lain-lain. Manakala zikir yang berbentuk beramai-ramai
(jemaah) adalah seperti berkumpul untuk berzikir (mengingati Allah) dalam
majlis-majlis ilmu, halaqah, dan tazkirah. Jadi, berwirid adalah tergolong
dalam zikir Nafsi.

Dalam konteks ini kita boleh pecahkan kepada dua perbahasan:

1) Wirid jahr selepas solat


Hukum berzikir (berzikir nafsi) selepas solat ialah sunat. Namun yang
disunatkan ialah berzikir secara perlahan. Kata Syeikh Zainuddin Bin Abdul
Aziz al-Malbariy:

“Sunat sesudah solat, berzikir (berzikir nafsi) dan berdoa secara perlahan.
Maksudnya sunat melakukannya dengan suara perlahan bagi munfarid,
makmum, dan imam yang tidak bermaksud menuntut hadirin atau
memperdengarkan doanya agar di‘amin’i oleh mereka.”

Dalil disunatkan berzikir selepas solat ialah hadis riwayat at-Tirmizi


daripada Abu Umamah(32).
-34-
Hujah-Hujah Disunatkan Berzikir Secara Perlahan:

Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abi Musa, dan katanya:

“Kita sedang bersama Nabi S.A.W.. Di waktu telah mendekat jurang,


maka bertahanlah kita, dan bertakbir dengan suara keras berkumandang.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Maka Nabi bersabda:

“Hai manusia, perlahan-perlahanlah, sekadar cukup terdengar dirimu


sendiri! Kerana kamu bukan berdoa kepada Zat yang tuli bukan pula Zat
yang tiada. Sesungguhnya Dia adalah Maha Bijaksana, Mendengar dan
Maha Dekat.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Al-Baihaqi dan ulama’ lain menggunakan hadis tersebut sebagai alasan
berperlahan-perlahan dalam berzikir (zikir nafsi) dan berdoa(33).

Daripada A’mr bahawasanya Abu Ma’bad, hamba sahaya Ibnu Abbas


memberitahu kepadanya bahawa Ibnu Abbas memberitahukan kepadanya
(jadi Ibnu Abbas memberitahu kepada Abu Ma’bad dan Abu Ma’bad
memberitahu kepada A’mr) demikian: Sesungguhnya mengeraskan suara
dalam mengucapkan zikir setelah para manusia selesai mengerjakan solat
yang diwajibkan itu telah berlaku di zaman nabi S.A.W.. Ibnu Abbas
berkata: ‘Aku mengetahui juga hal itu sewaktu aku mendengarnya (yakni
ketika orang-orang sudah pulang)
(HR. Bukhari)
Sebagai keterangan, dalam Kitab Syarah Sohih Bukhari yang dikarang
oleh imam Qasthalani terdapat huraian seperti berikut:

Menurut pendapat Imam as-Syafi’e rahimahullahu ta’ala sebagaimana


yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala di ambil
_____________________________________________________________
32) Maksud matan hadis at-Tirmizi ini:
Ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W.: Manakah doa yang lebih didengarkan?
(maksudnya yang lebih dekat untuk terkabulkan). Nabi menjawab: “Iaitu doa di tengah
malam dan sesudah tiap-tiap solat wajib yang lima.”
33) Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malbariy dalam Fathul Mu’in, Zikir Dan Doa
Selepas Solat.
-35-
kesimpulan bahawa para sahabat di zaman Nabi S.A.W. mengeraskan suara
zikir dalam waktu yang tidak begitu lama, kemudian diteruskan dengan
suara perlahan-perlahan. Adapun yang dikeraskan itu ialah untuk
mengajarkan sifat zikir (cara berzikir) kepada kaum yang belum mengerti.
Jadi, bukannya dalam keseluruhan zikir itu dibunyikan dengan suara keras.
Hal ini disebabkan adanya kemungkinan bahawa berdekatan orang-orang
yang berzikir itu terdapat orang yang sedang bersolat kerana ketinggalan
rakaat (masbuk) dan lain-lain. Hanya sahaja menurut pedoman yang dapat
dijadikan pegangan ialah baikpun imam atau makmum, semunya
memperlahankan suara zikirnya masing-masing, kecuali kalau diperlukan
sekali. Contohnya seperti untuk mengajarkan isi zikir itu kepada orang lain.

Di dalam kitab al-Umm (kitab induk yang dikarang oleh Imam as-
Syafi’e), as-Syafi’e mengemukakan:

“Saya mengistimewakan untuk imam dan makmum hendaklah zikir ke


hadrat Allah setelah salam solatnya, mereka lakukan dengan tidak keras
kecuali imam yang bermaksud supaya dapat diikuti, maka boleh dengan
suara keras, dan setelah mengetahui bahawa makmum telah dapat
mengikutnya kembali dengan tidak keras lagi.

Dan terdapat juga dalam riwayat, Nabi kadang-kadang berlalu pergi tanpa
berzikir.

Daripada Hindun binti Harith daripada Ummu Salamah bahawasanya


Nabi S.A.W. itu apabila sudah selesai bersalam, lalu berdiam sebentar di
tempat solatnya. Ibnu Syihab mengatakan: “Kami mengira, wallahu a’alam,
bahawa tujuannya ialah supaya habislah semua kaum perempuan dan sama
pulang ke rumah.”
(HR. Bukhari)

Daripada Nafi’ bin Yazid, katanya: “Ja’far bin Rabiah mengkhabarkan


kepadaku bahawa Ibnu Syihab menulis surat kepadanya, katanya: “Aku
diberitahu oleh Hindun binti Harith Firasiyah daripada Ummu Salamah,
isteri Nabi S.A.W. dan dia termasuk salah satu daripada sahabat-sahabatnya,
katanya: “Nabi S.A.W. setelah bersalam, lalu kaum perempuan sama
kembali pulang, kemudian mereka memasuki rumah mereka sendiri dan hal
ini terjadi sebelum Rasulullah S.A.W. kembali pulang ke rumahnya.
(HR. Bukhari)
-36-
Dan dalam hadis di atas, Nabi diam sebentar (tunggu) untuk memberi
laluan kepada perempuan keluar daripada masjid dahulu. Nabi tidak
bertahlil. Adapun Nabi berzikir perlahan-lahan semasa menunggu
perempuan keluar.

2) Zikir jahr selain daripada waktu selesai solat.

Diriwayatkan pula Daripada Abu Said al-Khudri bahawa Nabi S.A.W.


beri’tikaf di masjid, lalu baginda mendengar orang-orang sama mengeraskan
suara dalam membaca Al Quran, maka beliau buka tabir yang menutupinya
dan bersabda: “Ingatlah bahawa kamu semua sedang bermunajat denga
Tuhan! Daripada itu, janganlah sebahagian mengganggu sebahagian yang
lain, janganlah pula segolongan mengeraskan suaranya mengatasi yang lain
dalam membaca Al Quran!”
(HR. Abu Daud, Nasa’i, Baihaqi, serta hakim yang mengatakan bahawa
hadis ini adalah sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim)

Hukum Zikir Jahr

Berkata Sohibus Somahah Dr. Asri, mufti kerajaan negeri Perlis, bahawa
Imam as-Syafi’e tidak mengisbatkan zikir jahr (zikir nafsi) sebagai bidaah
hasanah walaupun beliau menggunakan istilah bidaah hasanah. Dan katanya
lagi, ada nasnya dalam al-Umm.

Guru kepada Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malbariy berpendapat


bahawa adapun menyangatkan kerasnya suara zikir (zikir nafsi) dan doa di
dalam masjid yang sampai dapat mengganggu ketenangan orang solat,
adalah sebaiknya dihukumi haram(34).

Menurut Syed Sabiq pula:

Mengeraskan suara sampai menyebabkan terganggunya orang-orang


yang sedang bersolat, hukumnya haram, walaupun yang dibaca itu Al Quran,
dikecualikan apabila sedang mempelajari sesuatu ilmu(35).

-WALLAHU A’ALAM-
_____________________________________________________________
34) Lihat nombor 33.
35) Syed Sabiq dalam Fikih Sunnah, jilid 2, muka surat 151.
-37-
DOA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT

Doa ialah satu alat untuk memohon hajat kepada Allah. Seharusnya kita
membaca mengikut sunnah Nabi agar doa lebih diberkati dan terpelihara
daripada segala perbuatan yang salah dan bida’ah.

Berdasarkan hujah yang tsabit, doa berjemaah selepas solat tidak pernah
berlaku pada zaman Rasulullah. Kita tidak menemukakan dalil yang
menunjukkan Nabi doa berjemaah selepas solat. Malah apa yang berlaku
selepas solat, mereka berdoa sendiri-sendiri atau terus pulang ke rumah.

Adalah saya, al-Bantinji berpendapat apabila orang ramai ingin bersama


menunaikan berdoa berjemaah selepas solat, tidaklah setiap gerangan itu
mempunyai hajat yang sama. Dan adapun berhimpunnya mereka bersama
satu tujuan, tidaklah setiap gerangan itu mempunyai hajat yang sama 100
peratus. Dan saya berpendapat lagi, mungkin ada dalam kalangan jemaah
yang mempunyai urusan yang cepat atau perlu menjaga seseorang di rumah
dengan segera justeru mereka berdoa di tempat lain secara bersendirian.

Antara Doa Dalam Solat:

Daripada Urwah bin Zubair daripada Aisyah, isteri Nabi S.A.W.


memberitahu kepadanya bahawa Rasulullah S.A.W. itu berdoa dalam
solatnya sebagai berikut: “Allahumma inni a’uuzubika min ‘azabil qabri wa
a’uuzubika min fitnatil masihi dajjali wa a’uuzubika min fitnatil mahya wa
fitnatil mamat, Allahumma inni a’uuzubika minal ma’tsami wal maghrami
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu daripada
siksa kubur, aku memohon perlindungan kepadaMu daripada fitnah si
pengembara Dajjal, dan aku memohon perlindungan kepadaMu daripada
fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, aku memohon kepadaMu
daripada perbuatan dosa dan berhutang.).” Sehabis baginda S.A.W.
menyelesaikan doanya itu, lalu ada orang yang berkata: “Alangkah
banyaknya anda memohon perlindungan kepada Allah daripada berhutang.”
Baginda lalu menjawab: “Betul, sesungguhnya seseorang itu apabila
berhutang lalu berkata, sentiasa dia berdusta dan apabila berjanji, maka suka
menyalahi janjinya itu.” Dalam sebuah riwayat daripada Urwah juga bahawa
Aisyah r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. memohon
perlindungan kepada Allah daripada Dajjal (perkataan al-Masih
dihilangkan).
-38-
(HR. Bukhari)

Dan ditulis juga sebagai keterangan, mungkin ada yang bertanya,


mengapa perlindungan daripada Dajjal bagi kita generasi sekarang ini yang
sudah dapat dipastikan tidak akan menemui Dajjal tadi, sebab tanda-tanda
besar hari Kiamat belum nampak. Jadi fitnah atau bencana apa yang dapat
dilakukan olehnya terhadap kita ini?

Kepentingannya ialah bahawa Nabi S.A.W. ingin mengajar kepada


sekalin umatnya agar berita Dajjal itu disebarluaskan di segenap penjuru
alam semesta, daripada satu generasi ke generasi yang berikutnya yang
menunjukkan bahawa Dajjal itu benar-benar pendusta besar, ahli dalam
kebatilan, sentiasa membuat kerosakan di muka bumi ini, sehingga tidak
akan diasingkan lagi bagi kaum mukminin yang akan menemuinya nanti
bahawa Dajjal itu sebenarnya adalah kafir dan pada saat keluarnya nanti
akan membuat bencana dan aneka ragam fitnah.

Bolehkah Berdoa Berjemaah?

Tidak bid'ah. Ia dibenarkan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Abu Umair ketika ditanya
hukum doa secara berjamaah oleh salah seorang penanya.

Menurut beliau, syarak tidak pernah menghalang untuk berkumpul dan


berdoa secara berjamaah. Seorang berdoa dan yang lain meng-aminkannya.
Namun menurutnya, ia tidak boleh dilakukan secara tetap. Beliau
memetik perkataan Imam Ahmad ketika ditanya "Adakah ditegah suatu
kumpulan berkumpul sambil mereka berdoa dan mengangkat tangan
mereka?"

Imam Ahmad menjawab: "Aku tidak menggapnya suatu yg dibenci, jika


mereka tidak berkumpul secara berterusan."

Ustaz Abu Umair memberikan contoh amalan berdoa beramai-ramai yang


dibuat secara tetap yang dilarang agama, antaranya ialah melakukannya
beramai-ramai setiap hari atau setiap minggu atau setiap kali selepas solat
atau setiap kali memulakan sesi pembelajaran.

-39-

-WALLAHU A’ALAM-
-40-
MENAMBAH PERKATAAN SAYIDINA DALAM SELAWAT NABI

Adapun kata Syeikh saya, menambah perkataan ‘sayyidina’ atau tidak,


merupakan ijtihad ulama’. Kedua-duanya merupakan ijtihad ulama’. Jadi,
kita tidak boleh menyalahkan itu dan ini. Sabda Nabi S.A.W.:

Daripada A’mr bin al-A’sr r.a., bahawasanya dia pernah mendengar


Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila si hakim memutuskan hukum dengan
berijtihad dan dia memperoleh kebenaran dalam ijtihadnya, maka dia
mendapat dua pahala. Jika dia tidak memperoleh kebenaran dalam
ijtihadnya, maka dia mendapat satu pahala.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Selawat kepada Nabi ini boleh dibahagikan kepada dua:

1) Dalam solat.

Kata Syeikh saya, adapun di dalam solat itu tidak boleh menambah
perkataan ‘Sayyidina’ dalam selawat nabi. Hal ini demikian kerana terdapat
dalil yang menyatakannya.

Muhammad Nashiruddin al-Baani dalam kitabnya, ‘Pedoman Solat Nabi


S.A.W. Takbir Hingga Salam:
“Pembaca tekah melihat pula bahawa tidak terdapat satu pun lafaz
‘pemimpin kita’ (Sayyidina). Oleh kerana itu, para ulama’ belakangan
berbeza pendapat tentang sahnya tambahan itu pada selawat yang
mencantumkan nama Ibrahim. Tidak cukup kesempatan sekarang untuk
merinci pendapat tentang masalah ini dan untuk menyebutkan orang yang
berpendapat tidak sah kerana mengikuti ajaran Nabi S.A.W. yang sempurna
terhadap umatnya, ketika Rasulullah ditanya tentang cara memberikan
selawat untuk baginda, baginda jawab dengan perintah:

“Qulu: Allahumma Solli A’la Muhammad…” (Ucapkanlah: Ya Allah!


Limpahkanlah kemurahanMu kepada Muhammad..)

Akan tetapi di sini kami ingin menyampaikan kepada para pembaca yang
mulia, pendapat al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani sebagai seorang ulama’

-41-

besar mazhab Syafi’e yang menggabungkan antara hadis dan fiqh..


Perbezaan pendapat sekitar ajaran Nabi yang mulia ini telah berkembang
dalam kalangan para ulama’ belakangan daripada mazhab Syafi’e.

Al-Hafiz Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Gharbili (790-


835) yang selalu bersama Ibnu Hajar mengatakan (kami salin daripada
tulisan tangan beliau)(36).

“Al-Hafiz Ibnu Hajar (semoga Allah memberikan kenikmatan hidup


kepada beliau) ditanya tentang cara-cara selawat untuk Nabi dalam solat
dan di luar solat, baik menurut pendapat yang mewajibkan mahupun yang
tidak mewajibkannya. Apakah disyaratkan pada selawat itu menggelari
baginda S.A.W. dengan kata pemimpin, misalnya dengan mengatakan Ya
Allah! Limpahkanlah kemurahanMu kepada pemimpin kami, atau kepada
pemimpin makhluk dan kepada pemimpin anak Adam, atau meringkaskan
bacaan Ya Allah! Limpahkanlah kemurahanMu kepada Muhammad. Mana
yang lebih baik? Menyebutkan dengan lafaz kepimpinan, kerana ia memang
sifat yang melekat dengan baginda S.A.W., atau tidak menyebutkannya
kerana tidak terdapat seperti itu dalam hadis?”

Beliau r.a. menjawab: “Memang, mengikuti lafaz-lafaz yang digariskan


lebih baik, namun tidak dapat dikatakan “barangkali baginda tidak
membacanya kerana kerendahan hati baginda,” sebagaimana beliau tidak
pula membaca sollallahu ‘alayhi wa sallam sewaktu baginda disebut,
sedangkan kepada umat baginda sunatkan membacanya setiap nama
baginda disebut. Kerana kami mengatakan bahawa kalau yang betul tentu
akan muncul daripada sahabat dan generasi sahabat.

Namun kita tidak menemukan dalam atsar (jejak langkah) yang manapun
daripada sahabat dan generasi sesudah mereka. Yang demikian itu
bersamaan dengan banyaknya suri teladan tentang itu yang muncul
daripada mereka. Cuba perhatikan Imam as-Syafi’e (semoga Allah
meninggikan martabatnya) orang yang paling banyak mengagungkan Nabi
S.A.W.. Beliau menulis dalam mukaddimah buku yang menjadi pokok
pengikut mazhabnya: “Ya Allah! Limpahkanlah kemurahanMu kepada
Muhammad” sampai ke akhir ungkapan ijtihadnya, iaitu perkataan
“bilamana orang yang ingat mengingatinya,” seakan-akan dia menemukan
_______________________________________________________________________
_
36) Manuskrip di Perpustakaan az-Zahiriyyah, Damaskus.
-42-
hadis sahih yang berisikan: “Maha suci Allah sebanyak jumlah
makhlukNya.” Sudah dapat dipastikan bahawa Rasulullah S.A.W.
mengatakan kepada Ummul Mukminin yang baginda lihat banyak dalam
membaca tasbih: “Aku telah membaca beberapa kata setelah kamu
(sepeninggalanmu) bila dibandingkan dengan yang kamu ucapkan dapat
menandinginya.” Lalu baginda menyebutkan kata-kata di atas. Rasulullah
S.A.W. mengagumi doa yang meliputi banyak hal.”(37)

Berdasarkan kata-kata Ibnu Hajar al-Asqalani daripada al-Hafiz


Muhammad bin Muhammad bin Muhammad (orang yang selalu bersama
Ibnu Hajar al-Asqalani), Beliau mengatakan tidak perlu menambah
perkataan ‘Sayyidina’ dalam selawat Nabi kerana tidak terdapat atsar
(jejak langkah) daripada sahabat dan generasi seterusnya hatta Imam as-
Syafi’e yang selalu mengagungkan Nabi bahawa mereka menambah
perkataan ‘pemimpin kami’ atau ‘Sayyidina’ dalam selawat nabi. Kalau
hendak dibandingkan dengan membaca ‘Sallallahu alaihi wa sallam’
apabila nama Baginda disebut, itu adalah amr (suruhan) daripada
Rasulullah walaupun Baginda tidak membacanya apabila nama Baginda
disebut kerana kerendahan hati Baginda.
Dalam kitab Bulugh al-Maram karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
sendiri, terdapat sebuah hadis yang menceritakan selawat yang diajarkan
oleh Nabi. Sabda Nabi S.A.W.:

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari r.a. berkata: Berkata Basyir Ibnu Sa’ad:
“Ya Rasulullah! Telah menyuruh Allah akan kami untuk kami berselawat
atas kamu, maka bagaimana caranya berselawat atas kamu? Lalu Baginda
diam, kemudian bersabda: ((Ucapkanlah: “Allahumma Solli ‘Ala
Muhammad, Wa ‘Ala ‘Ali Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala ‘Ali Ibrahim,
Wa Barik ‘Ala Muhammad, Wa ‘Ala ‘Ali Muhammad, Kama Barakta ‘Ala
‘Ali Ibrahima Fil ‘Alamina Innaka Hamidum Majid”. Dan Salam seperti
mana yang kamu belajar.))
(HR. Muslim)(38)

Manakala menurut riwayat Ibnu Huzaimah:

37) Muhammad Nasiruddin al-Baani dalam Pedaman Solat Nabi S.A.W. Takbir Hingga
Salam.
38) Muslim (1/305).
-43-
Daripada Abi Mas’ud al-Ansari r.a. berkata: Berkata Basyir Ibnu Sa’ad:
“Ya Rasulullah! Telah menyuruh Allah akan kami untuk kami berselawat
atas kamu, maka bagaimana caranya berselawat atas kamu apabila kami
selawat atas kamu dalam solat kami? Lalu Baginda diam, kemudian
bersabda: ((Ucapkanlah: “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad, Wa ‘Ala ‘Ali
Muhammad, Kama Sollaita ‘Ala ‘Ali Ibrahim, Wa Barik ‘Ala Muhammad,
Wa ‘Ala ‘Ali Muhammad, Kama Barakta ‘Ala ‘Ali Ibrahima Fil ‘Alamina
Innaka Hamidum Majid”. Dan Salam seperti mana yang kamu belajar.))
(HR. Ibnu Huzaimah, Hasan)

Al-Qadhi ‘Iyadh mengkususkan suatu bab tentang cara-cara selawat atas


Nabi S.A.W. dalam bukunya as-Syifa’. Di sana, dia menuliskan hadis marfu’
(hadis yang terhenti setakat sahabat) daripada kelompok sahabat dan
generasi sesudah mereka di mana tidak seorang pun daripada mereka
menggelari baginda dengan lafaz Sayyidina.

Antara hadis seperti yang dilaporkan Ali yang mengajarkan cara


berselawat kepada Nabi S.A.W.. Ali mengucapkan:
“Ya Allah! Yang menghamparkan sekalian yang terhampar, Pencipta
segala pembatas! Berikanlah keistimewaan selawatMu, tambahan
berkahMu, dan kelebihan kemulianMu kepada Muhammad hamba dan
RasulMu, pembuka segala yang terkunci.”(39)

Juga daripada Ali beliau mengatakan:

“Semoga limpahan kemurahan Allah Yang Maha Baik dan Mah


Penyayang, para malaikat yang dekat dengan Allah, para nabi yang benar,
para syuhada’ yang solehdan semua yang bertasbih kepadaMu, yang
penguasa seluruh alam, untuk Muhammad bin Abdullah, Nabi terakhir dan
pemimpin orang bertakwa…”(40)

Daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata:

“Ya Allah! Berikanlah kemurahanMu, keberkatanMu dan rahmatMu


kepada Muhammad hamba dan RasulMu, Pemimpin yang baik dan Rasul

39) Lihat nombor 38.


40) Lihat nombor 38.
-44-
pembawa rahmat…”(41)

Daripada al-Hasan al-Basri, beliau mengatakan: “Siapa yang ingin


minum dengan gelas yang memberi kepuasan, daripada telaga Nabi Pilihan,
bacalah:
“Ya Allah! Limpahkanlah kemurahanMu kepada Muhammad, keluarga,
para sahabat, isteri-isteri, anak-anak, keturunan, penghuni rumah, menantu-
menantu, para pendukung, kelompok-kelompok dan para penciptanya.”(42)

Inilah persoalan yang berhubung dengan bacaan selawat kepada Nabi


menurut laporan para sahabat dan generasi sesudah mereka, yang dituliskan
dalam buku as-Syifa’.

Memang dalam hadis Ibnu Mas’ud dicantumkan perkataannya tentang


selawat Nabi S.A.W. yang berbunyi: “Ya Allah berikanlah kelebihan
selawatMu, rahmatMu, KeberkatanMu kepada ‘pemimpin para rasul’…”
Hadis ini telah diperkenalkan oleh Ibnu Majah, akan tetapi sanadnya lemah.
Hadis pertama yang sama dengan itu, diperkenalkan oleh at-Tabrani
dengan sanad mencukupi, tetapi lafaz-lafaznya berlawanan. Hadis ini
dilaporkan secara panjang lebar dalam buku ‘Fadhlun-Nabi Sallallahu Alaihi
Wa Sallam, karangan Abil Hasan bin al-Faris.

Ulama’ mazhab Syafi’e menyebutkan bahawa apabila sesorang


bersumpah hendak memberikan selawat yang paling baik untuk Nabi S.A.W.
maka cara yang bagus ialah membaca: “Ya Allah, berikanlah kemurahanMu
kepada Muhammad.” Pada setiap kali orang yang ingat menyebut baginda,
dan setiap kali orang lupa tidak ingin menyebut baginda. Kata an-Nawawi:
Bacaan yang betul dan dapat dipegang adalah: “Ya Allah! Limpahkanlah
kemurahanMu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau melipahkannya kepada Ibrahim…”

Sekelompok ulama’ kemudian memberi komen bahawa daripada segi


penyampaian tidak ada antara kedua cara tersebut (menambah perkataan
‘Sayyidina’ dalam selawat atau tidak) yang lebih baik, namun daripada segi
pengertian, yang pertama lebih baik (menambah perkataan ‘Sayyidina’).

41) Lihat nombor 38.


42) Lihat nombor 38.
-45-

Masalah ini popular dalam buku-buku fiqh. Maksudnya, seluruh ulama’


membicarakan masalah ini tanpa kecuali, tidak pernah ditemukan dalam
ucapan mereka kata-kata ‘Sayyidina’. Kalau memang tambahan kata-kata
tersebut tersebut disunatkan tentu tidak akan luput daripada mereka. Yang
baik adalah mengikut Rasul.

Menurut Muhammad Nasiruddin al-Baani, patut dipegang teguh adalah


pendapat al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani r.a. yang menganggap tambahan
kata-kata ‘Sayyidina’ dalam selawat kepada Nabi S.A.W. tidak sah kerana
mengamalkan perintah Allah Yang Maha Mulia.kerana hal itu adalah bukti
yang benar dalam mencintai Baginda S.A.W. Firman Allah S.W.T.:

“Katakanlah! Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, Allah akan


mencintaimu.”
(Ali Imran:31)
Mazhab Hanafi juga berpendapat seperti ini. Oleh sebab itu Imam an-
Nawawi menulis di dalam buku ar-Raudah:
“Selawat yang paling sempurna kepada Nabi S.A.W. adalah: “Ya Allah!
Limpahkanlah kemurahanMu kepada Muhammad…” sampai selesai.(43)

2) Luar solat.

Kata Syeikh saya, di luar solat tidak mengapa menambah ‘Sayyidina’.


Hal ini mungkin kerana masih termasuk dalam lingkungan masalah khilaf
dalam kalangan ulama.

Namun saya tetap di samping pendapat Ibnu Hajar al-Asqalani dan


ulama’-ulama’ besar yang lain dalam mengisbatkan tidak perlu menambah
perkataan ‘Sayyidina’ dalam solat. Hal ini seperti mana yang diperkatakan
oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani sebelum. Apa yang kita bahaskan
dalam bab ‘dalam solat’ itulah hujah semua ulama’ ini.

Kata sahabat saya dalam halaqah:

_____________________________________________________________
43) Ar-Raudah (1/265).
-46-
Menambah perkataan ‘Sayyidina’ dalam selawat Nabi adalah seperti
menyamatarakan Nabi dengan sahabatnya yang menggunakan gelaran
‘Sayyidina’.
-WALLAHU A’ALAM-
-47-
MEMBACA FADHAIL AL A’MAL

Saya berpendapat adalah bagus membacakan Fadhail al-A’amal atau


lebih dikhususkan pada masa kini ialah kitab Fadhail A’mal lantaran
mengajak manusia mengejar kebaikan.

Namun adalah perlu kita meletakkan beberapa perkara yang perlu


dipastikan sebelum membacanya dikhalayak ramai.

1) Memberitakan sifat Fadhail A’mal

Adapun Kitab Fadhail A’mal karangan Muhammad Zakariyya


Kandhalawi banyak terdapat hadis mardud (dhaif) dan maudhu’ (palsu).

Syeikh saya, al-Bestari(44) berkata:

“Antara kitab yang banyak hadis lemah dan palsu ialah Fadhail A’mal.”
Dan terdapat ramai lagi ulama’ lain yang membuat penyataan sebegitu.
Semoga Allah merahmati Maulana Zakariyya.

Jadi, adalah suatu kemestian untuk memberitakan kepada khalayak


bahawa Fadhilat A’mal yang dibaca ini banyak terkandung hadis dhaif dan
maudhu’. Hal ini dilakukan supaya khalayak yang mendengarnya tidak
sewenang-wenangnya menjadikan hadis-hadis yang terkandung di dalam
kitab tersebut sebagai hujah. Sekiranya ingin menjadikan hadis tersebut
sebagai hujah juga, selidiki terlebih dahulu. Sekiranya sohih, teruskan
sebagai hujah. Sekiranya lemah, tidak dibolehkannya menjadi hujah kerana
hadis dhaif berkaitan amalan boleh diamalkan (bersyarat) tetapi tidak boleh
dijadikan hujah. Namun, untuk mengamalkan hadis dhaif, terdapat 4 syarat
oleh ahli hadis sebelum boleh dibawa beramal. Syarat-syarat untuk
mengamalkan hadis dhaif:

1) Berkaitan Fadhail al-A’amal.


2) Faktor kedhaifan sederhana.
3) Mengharapkan kesohihannya ketika mengamalkannya.
4) Mafhum hadis dhaif ada pada nas-nas syara’ yang sohih.
_____________________________________________________________
44) Seorang guru saya di Bestari.
-48-
2) Memberitakan taraf setiap hadis yang dibaca agar lebih jelas.

3) Mendahulukan hadis yang sohih berbanding yang dhaif dan maudhu’


(palsu).
-49-
MEMBACA YASIN KHUSUS PADA MALAM JUMAAT

Dewasa ini, masyarakat kita lebih mementingkan adat di mana surah


Yasin ini perlu dibaca pada malam Jumaat. Bagi mereka semuanya surah
Yasin. Bagai tiada surah yang lain sebagai amalan. Mereka membaca Surah
Yasin pada malam Jumaat, tahlil, doa untuk arwah, kenduri arwah bagi
orang melayu, dan lain-lain. Kebiasaannya golongan ini sangat kuat pada
pegangannya ini.

Walhal, mereka tidak mengetahui daripada mana datangnya amalan ini.


Secara pemerhatiannya amalan ini mungkin adat orang melayu. Mereka
cuma berpegang teguh dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka.
Justeru, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan ahli sunnah
memandang serong amalan ini.

Pertamanya,golongan ini telah mendahulukan adat daripada sunnah. Al


Quran dan As Sunnah merupakan refrensi tertinggi.Al Quran dan As Sunnah
merupakan sumber penentuan sesuatu yang tertinggi dan diikuti dengan
Ijma’ para sahabat dan Qias. Allah berfirman dalam Al Furqan:

”Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka


kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya),jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.”
(An Nisa’:ayat 59)

Tiada dalil yang thabit mengenai amalan membaca Surah Yasin pada
malam Jumaat.

Keduanya, mereka tidak tahu daripada mana pokok sebenar amalan ini.
Mereka melakukannya sebagai amalan rutin. Mereka juga tidak begitu
memahami Ad Din yang indah ini. Bahkan sebahagian daripada mereka
mengatakan sekian ini adalah daripada Ustaz fulan, itulah pegangan kami.
Sepatutnya mereka perlu melihat apa yang diajar oleh ustaz itu kemudian
kaji. Sebaliknya mereka terus menjadikannya sebagai ‘pegangan’ tanpa
melihat kepada kemursyidan seseorang ustaz itu.Mereka Cuma melihat
nama ‘ustaz’,umur,dan lain-lain tanpa melihat hujah kata-katanya.

Ketiganya, mereka mengemukakan dalil yang tidak sahih. Sebagai


buktinya, dalil yang mereka gunakan seperti:
-50-
“Sesungguhnya setiap sesuatu ada hati, dan hati Al Quran ialah Yasin,
barangsiapa yang membacanya seolah-olah dia telah membaca Al Quran
sebanyak 10 kali.”
(Hadis maudhu’ (palsu))(45)

Dalam pemerhatian saya penulis luar negara sahaja yang selalunya


menulis taraf hadis ini sebagai disiplin dalam ilmu hadis.Mungkin penulis di
Malaysia tidak mengetahui taraf hadis ini dan masih kurang memahami
konsep yang benar.

Adapun sebuah hadis yang mereka jadikan hujah ialah hadis berikut:

Daripada Ma’qal ibni Yasar r.a. berkata bahawa Yasin ialah hati Al Quran,
tidak seseorang yang membacanya semata-mata mengharapkan keredaan
Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan Allah akan dosanya,bacalah ia
di tempat orang yang mati dalam kalangan kamu.
(HR. Ahmad, Abu Daud dan an-Nasa’i)
Taraf hadis di atas tidak saya pastikan. Terdapat dua golongan yang
mengatakan taraf hadis tersebut, sama ada sohih atau dhaif.

Kata Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari, hadis ini sohih kerana Abu
Daud tidak memberi komen terhadap hadis ini. Sekiranya dia tidak
memberikan komen itu bererti hadis tersebut sohih. Selain itu, Dr. Asri
mengatakan hadis ini ada dalam sohih Ibnu Hibban. Namun beliau
berpendapat hadis ini dhaif sama juga dengan saya.

Sekiranya hendak dilihat ramai juga yang mengatakan hadis tersebut


dhaif. Selain itu, matan dalam hadis tersebut, “Yasin ialah hati Al Quran”
terdapat dalam banyak hadis yang sudah dihukum dhaif dan maudhu’ (palsu)
seperti hadis yang dikemukakan sebelum ini.

Sekiranya ada berada bersama golongan yang mengatakan sohih tidak


mengapa kerana anda berijtihad dengan hal tersebut.

Satu lagi hadis yang diutarakan oleh Dr. Fatma ialah Hadis riwayat Al
Bazzar ini, “Aku harap Yasin ini duduk dalam tiap-tiap hati orang daripada

45) Status: Maudhu'. rujuk al-Ilal Ibn Abi Hatim 2/55. Silsilah al-Dhaifah - no. 169.
-51-
umatku”. Di samping itu, beliau mengemukakan beberapa hadis dhaif yang
lain.Katanya, walaupun dhaif kita boleh juga ambil untuk amal.antara hadis
dhaif itu,”Barangsiapa baca Yasin sebelum tidur, sama banyak dengan
khatam Al Quran sepuluh kali.”Katanya, apa salahnya, sunnah Nabi kita
baca setiap malam sebelum tidur.Kebanyakan orang melayu kita baca Yasin
malam jumaat, padahal malam jumaat sepatutnya bukan baca Yasin,tetapi
baca Surah Al Kahfi sebagai sunnah nabi.

Namun sekiranya hadis sebelum ini yang dihukum sohih dan anda
mengamalkan hadis-hadis dhaif sekalipun, anda tidak boleh menjadikannya
hujah membaca Yasin khusus pada malam Jumaat kerana dalam hadis itu
tidak menyebut waktu membacanya.

Walhasil, jadikanlah bacaan Yasin sebagai surah dalam Al Quran seperti


surah-surah lain.Bacalah ia pada waktunya. Tetapi, janganlah dikhususkan
pada malam jumaat.
Konklusinya,marilah kita bersatu kembali dengan melaksanakan sesuatu
yang lebih utama. Marilah kita memartabatkan bacaan Yasin dengan
membacanya pada haknya.

Antara Yasin Dan Bida’ah

Masalah pembahagian bida’ah merupakan satu perbincangan yang amat


penting di dalam Islam. Umumnya, rata-rata masyarakat kini memandang
pembahagian atau perbincangan berkenaan bida’ah adalah cuma satu
masalah furu', tidak perlu diperbincangkan lagi.

Namun pada hakikatnya, dosa melakukan bida’ah adalah lebih berat


berbanding dosa-dosa besar seperti mencuri, membunuh dan minum arak.
Hal ini demikian kerana dosa bida’ah senantiasa berpaut erat dengan
melibatkan iktiqad seseorang. Bahkan ada dosa bidaah yang secara langsung
disertai dosa syirik. Firman Allah s.w.t.:

"Andaikata kamu berlaku syirik maka hancurlah segala amalanmu"

(Az-Zumar:65)

Sufyan ats-Tsauri telah berkata :

-52-

"Bida’ah itu lebih disukai iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat


masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan pelaku bida’ah tidak
ada keinginan untuk bertaubat daripada kebida’ahannya."

Hal ini demikian kerana pembuat bida’ah merasakan perbuatannya baik,


dan dengan perbuatan bidaah itu dia bermaksud untuk mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t.. Oleh kerana itu pelaku bida’ah tidak pernah terfikir
untuk bertaubat kepada Allah daripada perbuatannya bahkan dengan
kebidaahannya dia mengharapkan pahala. Firman Allah s.w.t. :

"Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik


pekerjaannya yang buruk dia meyakini pekerjaannya itu baik, (sama dengan
orang yang tidak ditipu oleh syaitan?)"

(Al-Faathir:8)
Dengan kata lain, perbincangan bida’ah adalah satu perkara yang
seharusnya dipandang berat oleh seluruh umat Islam. Para ulama' secara
khusus seharusnya memikul tanggungjawab memperbincangkan masalah ini
dengan jelas menurut pertimbangan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan akal
semata-mata.

Pertama sekali, kata Imam as-Syafie di dalam kitabnya ar-Risalah,


"Ibadah adalah amrun tauqifi (arahan yang terhenti). Segala jenis ibadah
pada asalnya adalah dilarang, kecuali apa yang disuruh oleh nas yang sahih".

Oleh itu, berdasarkan kaedah di atas, memang tepat sekali jika dikatakan,
di dalam perkara yang bersangkutan dengan ibadah, sesuatu yang tidak
dilakukan oleh nabi S.A.W. tidak boleh (haram) dilakukan oleh umat Islam.

Kedua, terdapat pertikaian terhadap asal kaedah fikah yang digunakan di


atas. Kaedah ini sebenarnya berasal daripada sebuah hadis :

"Apa yang dipandang oleh al-Muslimun (umat Islam) baik, maka ia


adalah di sisi Allah baik"

Menggunakan hadith ini sebagai dalil adalah lemah, kerana :

-53-

1) Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani telah membuktikan bahawa ia


sebenarnya bukanlah kata-kata baginda yang sahih, sebaliknya hanya kata-
kata sahabat baginda Abdullah Ibnu Mas'ud. Dengan sebab ia hadis mauquf
(perkataan sahabat), maka tidak boleh berhujah dengannya kerana ia
berlawan dengan hadis nabi s.a.w. yang sohih daripada perkataan baginda
s.a.w., "kesemua bida’ah adalah sesat".

2) Jika diteliti lafaz hadis dengan keratan yang lebih awal dari keratan di
atas, ia menyebut "hati-hati para sahabat adalah sebaik-baik hati hamba abdi
(kepada Allah) maka dijadikan mereka para menteri nabi-Nya….". Oleh itu,
al-Muslimun yang dimaksudkan di sini adalah sebenarnya para sahabat.

3) Tidak adil diertikan al-Muslimun di atas dengan seluruh umat Islam,


setiap individu muslim, kerana mereka yang nyata-nyata jahil tidak berhak
untuk mengeluarkan pandangan dalam agama (ijtihad).
4) Terdapat banyak kenyataan daripada Ibnu Mas'ud sendiri yang
menyangkal hadis ini, contohnya perkataannya yang sohih yang
diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani :

"Ikutilah dan janganlah kamu mereka-rekakan bida’ah (perkara baru)


sesungguhnya telah mencukupi bagi kamu (al-Quran dan as-Sunnah)".

Tambahan pula, pendapat orang ramai tidak boleh dijadikan hujah dan dalil
syarak. Firman Allah S.W.T. :

"Dan andaikata engkau mentaati kebanyakan manusia di muka bumi,


mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."

(Al-An'am:116)

Dengan kata lain, menghukumkan setiap perkara yang dilakukan orang


ramai adalah betul, maka itu adalah salah.

Jadi, sekiranya bacaan Yasin pada malam Jumaat itu bukan daripada
Nabi, maka ia adalah bida’ah berdasarkan hujah-hujah yang lebih sah. Jadi,
kita perlu meninggalkan amalan tersebut dan melaksanakan amalan yang
lebih tsabit (kukuh) daripada NAbi S.A.W..

-54-

Hujah-Hujah Menolak Amalan Mengkususkan Bacaan Yasin Pada Malam


Jumaat

Sudah saya bawakan dalil yang jelas dan sahih daripada nabi s.a.w.
bahawa baginda melarang menetapkan sesuatu amalan khusus pada malam
Jumaat. Menurut kaedah usul fikah :

"Niat yang baik tidak membolehkan perkara yang haram"

Membaca Yasin pada malam Jumaat bukan sahaja tidak ada dalilnya
daripada Nabi S.A.W. malahan terdapat larangan yang jelas. Meskipun
niatnya baik iaitu untuk menggalakkan membaca al-Quran, namun hal itu
tidak boleh memansuhkan larangan muktamad dari nabi s.a.w.

"Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan Qiyam daripada


malam-malam yang lain"
(HR. Muslim)

Qiyam yang dimaksudkan di atas boleh kita ertikan dengan sebarang


jenis ibadah, sama ada solat, berpuasa, berzikir mahupun membaca al-
Quran. Maknanya Rasulullah melarang melakukan amalan yang tidak
disuruh oleh Nabi untuk mengkhususkannya pada malam itu (adapun surah
Al-Kahfi disuruh oleh Nabi membacanya pada malam Jumaat). Ini
merupakan larangan yang jelas, dan kita selaku umat Islam dilarang keras
mengingkari larangan baginda s.a.w.

Jika sikap orang-orang Islam di Malaysia yang tidak rajin membaca al-
Quran, maka sikap mereka yang harus dan wajib diubah, bukannya syariat.
Di dalam semua hal yang berkaitan ibadah, sikap seseoranglah yang harus
diubah dan disesuaikan dengan syariat, bukan syariat yang harus diubah
untuk disesuaikan dengan sikap seseorang.

Selain itu, pengkhususan membaca Yasin pada malam Jumaat boleh


ditolak kerena terdapat amalan yang lebih afdhal yang dinyatakan oleh Nabi
dalam sabdanya yang sohih. Sabda Nabi S.A.W.:

“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat,


diterangkan baginya cahaya antara rumahnya dan Baitul Atiq.” Dan pada
riwayat lain, “Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat
-55-
diterangkan baginya cahaya antara dua jumaat.”
(HR. Baihaqi dan Hakim, Sohih)(46)

-WALLAHU A’ALAM-
_____________________________________________________________
46) Disahihkan oleh al-Baaani.
-56-
KENDURI ARWAH

Maksud kenduri menurut kamus dewan ialah perjamuan makan (yang


lazimnya di dahului oleh zikir, doa, dan sebagainya) kerana sesuatu tujuan
keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yang telah meninggal,
memperingati sesuatu peristiwa, dan lain-lain), selamatan. Manakala maksud
arwah pula ialah roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia. Jadi,
maksud kenduri arwah ialah perjamuan makan yang lazimnya di dahului
oleh zikir, doa, dan sebagainya, kerana minta berkat, mendoakan arwah
(orang yang sudah meninggal dunia). Jadi kenduri arwah ini dianjurkan oleh
pihak orang yang sudah meninggal dunia tersebut.

Kematian adalah suatu perkara yang pasti akan menimpa setiap manusia
berdasarkan ketetapan Allah dalam Al Quran. “Setiap sesuatu yang
bernyawa pasti akan mati(47).” “Tiada makhluk di alam ini yang akan kekal
melainkan Allah S.W.T. yang Maha Hidup dan Kekal(48).” “Oleh itu setiap
makhluk yang bernyawa perlu senantiasa bersedia untuk menghadapi saat
yang pasti tiba ini(49).” Mati yang merupakan salah satu fitrah makhluk
yang bernyawa sepatutnya ditangani dengan cara yang baik dan berhikmah
bagi mengelakkan beberapa perkara yang batil berlaku.

Apa Yang Terkandung Dalam Kitab-Kitab Feqh

Terdapat banyak ulama’ yang telah menukilkan masalah ini dalam kitab-
kitab karangan mereka dan ternyata banyak dalam kalangan ulama’ telah
mengharamkan kenduri arwah terutamanya ulama’ Syafi’eyyah. Di bawah,
akan ditulis beberapa penyataan ulama’ Syafi’eyyah dalam kitab-kitab
mereka.

1) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani atau gelarannya Syeikh Daud


Fathani dalam kitabnya ‘Bughyatu at-Tulab muka surat 33-34. Katanya:

“Dan makruh lagi bida’ah bagi orang yang kematian memperbuat


makanan menyerukan segala manusia atas memakan dia sama ada di hari
menanamnya dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan oleh
_____________________________________________________________
47) Ali Imran:185, Al-Anbiya’:35, dan Al-Ankabut:57.
48) Al-Baqarah:255, Ali Imran:2, Taha:111, Al-Qasas:88, dan Ar-Rahman:26-27.
49) Al-Hijr:99.
-57-
manusia dan demikian lagi makruh lagi bida’ah bagi segala orang yang
diserukan dia memperkenankan seruannya.”

Ini ialah kata-kata ulama’besar kita yang merupakan bermazhab Syafi’e


dan juga merupakan pejuang feqh Syafi’e. Beliau merupakan ulama’
Nusantara yang terkenal dan disegani yang dilahirkan di Pattani. Buku-buku
beliau juga masih digunakan di kebanyakan pondok dan persantren di
Malaysia sekarang. Ternyata ada ulama’ Nusantara yang tidak menyutujui
amalan tersebut.

2) Muhammad Arshad bin Abdullah al-Banjari atau nama gelarannya, al-


Banjari berkata dalam kitabnya:

“Dan makruh lagi bida’ah bagi yang kematian memperbuat makanan


yang diserukannaya segala manusia atas memakan dia dahulu daripada
menanam dia dan kemudian daripadanya. Dan demikian lagi makruh lagi
bida’ah bagi segala yang diserukannya memperkenankan seruannya.”

Tahukah anda bahawa siapa dia Muhammad Arshad bin Abdullah ini?
Beliau merupakan seorang ulama’ Indonesia yang terkenal dan dihormati
yang lahir di negeri Banjar. Selain itu, bukunya masih digunakan sampai
sekarang di persantren Indonesia.

3) Ibn Muhammad al-Fathani dalam kitabnya ‘Kasyfu al-Atham ‘an As’ilat


al-Anam’. Beliau berkata:

“Barang yang dikerjakan oleh ahli mayit daripada mempersembahkan


makanan dan berhimpun manusia atasnya dahulu daripada ditanam mayat
dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi
yang dikejakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dia dengan
kafarah dan daripada dikerjakannya wahsyar yakni berhimpun memberi
makan awal malam (malam pertama kematian). Kemudian daripada ditanam
mayat dan 7 hari dan 20 dan 40. dan umpamanya yang demikian itu seperti
yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut
itu makruh lagi tercela oleh syara’”

Ibnu Muhammad al-Fathani merupakan seorang ulama besar dan


merupakan anak kepada Syeikh Daud al-Fathani. Penyataan ini terdapat
dalam kitabnya, juz pertama muka surat 85.
-58-
4) Dalam kitab I’adatu at-Thalibin yang dikarang dalam bahasa arab oleh
ulama’ Syafi’eyyah:

“Dan dilarang (ditegah makruh) menyediakan makanan pada hari


pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang
juga membawa makanan ke kuburan”

Penyataan ini terdapat dalam kitab tersebut juz 2, muka surat 145.
penulisnya bukan merupakan ulama’ nusantara.

5) Juga terdapat dalam kitab yang sama, I’adatu at-Thalibin, juz 2 muka
surat 146:
“Imam as-Syafi’e berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan
makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang
keji dan ia adalah bida’ah.

6) Juga terdapat dalam kitab yang sama, I’adatu at-Thalibin muka surat
146-147:

“Dan antara bida’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang


melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul ramai-ramai melalui
upacara kenduri arwah bila yang diharamkan di hari ke 40 (tidak kira hari
pertama, ketiga hingga empat puluh) pada hal semuanya itu adalah haram.”

7) Lihat juga I’adatu at-Thalibin juz 2, halaman 145:

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul di rumah keluarga


si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bida’ah yang
mungkar.”

8) Kata Imam as-Syafi’e:

“Termasuklah bida’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang
sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si mati telah keluar
daripada rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga ke
kuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul
untuk takziyah.”

-59-
Hujah Mengharamkan Kenduri Arwah

Adapun kenduri arwah seperti yang dipermaksudkan tadi ialah suatu


amalan yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam kerana Nabi
S.A.W. ketika mendengar tentang berita kematian Ja’afar ibn Abi Talib telah
bersabda kepada orang ramai supaya mempersiapkan makanan untuk ahli
keluarga si mati kerana mereka telah didatangi suatu kesusahan. Hal ini
berdasarkan hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud(50).

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah (al-Baqarah:155-157) perlu


disokong dan dibantu bagi mengelakkan perkara-perkara buruk yang lain
seperti sikap putus asa, kesedihan berpanjangan, penganiayaan hak anak-
anak yatim, dan sebagainya. Sebab itulah Rasulullah menyuruh orang ramai
menyediakan (memberikan) makanan untuk keluarga si mati. Ini tidak,
sebaliknya pula yang berlaku.

Amalan-amalan di sesetengah tempat ini (menyediakan makanan untuk


orang yang menziarahi keluarga si mati dan menyediakan bayaran tertentu
kepada orang-orang yang menunaikan solat jenazah dan membaca Al Quran)
adalah salah dan perlu diperbetulkan. Amalan tersebut sudah pasti
menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan
orang yang tersayang.

Selain itu, amalan ini menghabiskan ribuan ringgit untuk


melaksanakannya. Amalan tersebut juga membawa kepada pembaziran
jikalau melibatkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan
melibatkan penganiayaan harta anak-anak yatim. Majlis Fatwa Mesir pada
tahun 1947 telah memutuskan bahawa amalan tersebut adalah haram dan
perlu dihentikan(51).

Umat Islam seharusnya peka terhadap ancaman Allah dalam Al Quran:

_____________________________________________________________
50) Maksud matan hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud, Nabi bersabda ketika
mendengar tentang kematian Ja’far ibn Abi Talib:
“Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah
didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan).”
51) Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf r.a. di dalam akhbar al-
Ahram bertarikh 27 Julai 1947. fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir
dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.
-60-
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim
secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut
mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-
nyala.”
(An-nisa’:10)

Para ulama’ dalam Mazhab Syafi’e melarang keras budaya ini


sebagaimana yang sudah diterangkan sebelum ini. Penyataan yang dapat
dipetik daripada buku feqah mazhab Syafi’e, al-Fiqh al-Manhaji yang
berbunyi:

“Daripada bida’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan
mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara yang
dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya
perbelanjaan makanan tersebut daripada harta peninggalan (si mati) dan
dalam kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah daripada
perkara yang haram. Hal ini demikian kerana ia memakan harta benda anak
yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut.
Terbabit juga dalam perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan
memakannya.”(52)

-WALLAHU A’ALAM-

_____________________________________________________________
52) Jilid 1, muka surat 263, Damsyik: Dar al-Arqam.
-61-
AMALAN KHUSUS REJAB DAN SYA’BAN

Rejab dan Sya’ban merupakan 2 bulan yang penting kerana padanya


berlaku peristiwa-peristiwa penting. Rejab merupakan satu daripada bulan
haram.

Rejab ertinya mulia. Bulan Rejab bulan mulia, dinamai demikian kerana
bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini(53).

Sya’ban ertinya berserak-serak. Bulan Sya’ban bulan berserak-serak.


Dinamakan demikian kerana pada bulan ini masyarakat Arab pada masa
dahulu berserak-serak pergi ke lembah-lembah mencari air, kerana pada
bulan Sya’ban ini biasanya mereka kekurangan air(54).
Dalam keterangan yang lain dikatakan, sebab dinamakan Sya’ban kerana
pada bulan ini terdapat berserak-serak (banyak) kebajikan yang harus direbut
oleh umat islam.

Namun demikian, walaupun kedua-dua bulan ini dimuliakan, tetap tidak


ada amalan khusus yang disuruh oleh Rasulullah. Tidak ada dalil yang thabit
tentang amalan khusus di bulan ini. Yang ada hanyalah hadis-hadis dhaif dan
kebanyakannya ialah hadis maudhu’ (palsu). Adapun yang disuruh oleh Nabi
ialah mempertingkatkan amalan. Ia juga sebagai ‘warm up’ (panas badan)
dan starter (permulaan) sebelum menghadapi Ramadan.

Kepalsuan Hadis Popular, “Rejab Ialah Bulan Allah…”

“Rejab ialah bulan Allah, Sya’ban ialah bulanku, dan Ramadan ialah
bulan umatku.”
(Maudhu’)

Hadis ini ialah hadis yang direka oleh Ibn Jahdam(55). Nama penuh Ibn
Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Ibn Jahdam meninggal
dunia pada tahun 414H. beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga
_____________________________________________________________
53) Kasmuri Selamat Ma dalam Rahsia & Amalan Bulan Islam.
54) Lihat 53.
55) Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi as-Sohih wa ad-Dhaif, muka surat 95,
cetakan:Maktab al-Matbuat al-Islamiyyah, Halab, Syria.
-62-
dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada
Jumaat pertama bulan Rejab)(56)

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meniggal dunia pada tahun 634H)
menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling
bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan
sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan
pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah
(kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka


ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah(57).
Namun, kebanyakan golongan agamawan seperti penceramah,
imam,khatib, dan media masa pula yang menjadi ejen penyebaran hadis-
hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-
bulan tersebut. Contohnya seperti hadis tadi. Cakap sahaja hadis tadi, pasti
mereka mengetahuinya. Dan menjadikannya lebih salah apabila orang
menggunakan hadis tersebut sebagai hujah.

Berbalik kepada hadis tadi. Hadis tersebut juga dipertikai kerana


bercanggahan dengan sebuah hadis sohih. Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda:

“Seutama-utama solat selepas solat fardu ialah solat di waktu malam dan
seutama-utama puasa selain puasa Ramadan ialah pada bulan Allah,
Muharam.”
(HR. Muslim)

Berdasarkan hadis sohih di atas, Nabi Muhamad S.A.W. memberitakan


bahawa bulan Allah ialah bulan Muharam. Manakala hadis dhaif yang
dibincangkan sebelum ini pula mengatakan bulan Allah ialah Rejab. Jelas
sekali hadis dhaif tersebut bercanggah.

Kepalsuan Solat Raghaib


_____________________________________________________________
56) Al-Imam az-Zahabi Mizan al-I’tidal fi Naqd ar-Rijal,.5, muka surat 173, cetakan: Dar
al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.
57) Ibn as-Salah, Ulum al-Hadis, muka surat 99.
-63-
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal dunia pada tahun
751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan
Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah.

Fadhilat Nisfu Sya’ban

Sebenarnya, hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu


memang ada. Tetapi amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut
adalah palsu. Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban
ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban,
maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang
syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(HR. Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain, Sohih)

Al-Baani mensohihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah(58).


Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan yang perlu dilakukan
pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam
tersebut bukan daripada ajaran Nabi Muhammad S.A.W.. Yang ada hanyalah
rekaan manusia dan rekaan tersebut ialah bidaah kerana tiada asal dalam
agama.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalah menjawab soalan berhubung dengan


Nisfu Sya’ban, “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W. dan para
sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam
Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita
lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam


tersebut selepas maghrib di masjid. Untuk mengadakan satu majlis. Mereka
membaca surah Yasin sebanyak 3 kali, solat dua rakaat dengan niat panjang
umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada
manusia. Kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik
daripada golongan salaf (para sahabat, tabi’, dan tabi’ tabi’in). ia dalah satu
doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (Al Quran dan As Sunnah) juga
bercanggahan dan bertentangan maknanya.
_____________________________________________________________
58) Jilid 3, muka surat 135, cetakan: Maktabah al-Ma’arf, Riyadh.
-64-
Perhimpunan pada malam Nisfu Sya’ban seperti yang kita lihat dan
dengar di sebahagian negeri orang Islam ini adalah bidaah dan diada-adakan.
Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Sekiranya kita hendak melakukan ibadat pada malam itu, janganlah
mengkhususkan ibadatnya. Lagi satu, janganlah melakukan sesuatu ibadah
secara berkumpulan (jama’ah) sekiranya ibadat itu perlu dilakukan secara
bersendiri atau nafsi (ruju’ Bab Wirid Secara Jahr).

Segala kebaikan itu adalah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah
bidaah golongan selepas mereka (salaf) dan setiap yang diada-adakan itu
bidaah, setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu di neraka(59). Inilah
penyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi, seorang tokoh ulama’ kontemporari,
umat yang sederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak
tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W..

-WALLAHU A’ALAM-

_____________________________________________________________
59) Dr. Yusof al-Qaradhawi, Fatawa Mu’asarahjilid 1, muka surat 382-383, cetakan: Dar
Uli an-Nuha, Beirut.
-65-
BERCAKAP-CAKAP DI DALAM MASJID

Adapun bercakap-cakap di dalam masjid itu dibolehkan. Tidak kisahlah


bercakap hal duniawi ataupun ukhrawi. Cumanya, jangan sampai
mengganggu orang yang berdekatan. Adapun tidak membolehkan berckap
hal duniawi itu adalah larangan yang tidak berasas dan tiada asalnya.
Kebanyakan mereka yang mengadakan larangan ini sewenang-wenangnya
ialah terdiri daripada orang yang cetek pengetahuan agama.

Imam Nawawi berkata: “Boleh saja bercakap-cakap dalam masjid baik


percakapan itu mengenai soal-soal keduniaan atau soal-soal lainnya, asal
saja apa yang dipercakapkan itu mubah atau boleh menurut agama,
sekalipun menimbulkan gelak tawa, asalkan apa yang diketawakan itu
mubah pula adanya.”

Hal ini berdasarkan hadis daripada Jabir bin Sumrah, katanya:

“Rasulullah S.A.W. baru berdiri meninggalkan tempat solatnya di waktu


subuh ketika matahari telah terbit. Apabila matahari sudah terbit, barulah
beliau berdiri untuk pulang. Sementara itu dalam masjid orang-orang
mempercakapkan peristiwa-peristiwa yang mereka alami di masa jahiliyah.
Kadang-kadang mereka sama tertawa, dan Nabi S.A.W. pun juga ikut
tersenyum.”
(HR. Muslim)

Hadis ini menunjukkan kita boleh memperkatakan hal duniawi dan


bergelak tawa kerana Rasulullah tidak menegah dan melarang sahabatnya
berbuat sedemikian. Malah Rasulullah pun juga ikut tersenyum.

Hujah Orang Yang Melarang Berkata Hal Dunia Di Dalam Masjid

1) Beberapa hadis palsu yang mereka jadikan hujah:

“Berbual hal keduniaan di masjid boleh menghilangkan pahala.”


(Hadis Palsu)(60)

“Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan


_____________________________________________________________
60) 20 Persoalan Asas Tentang Hadis, soalan no.9.
-66-
sebagaimana binatang ternak memakan rumput.”
(Hadis palsu)(61)

Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah kerana tarafnya yang jatuh kepada
maudhu’ (palsu).

2) Mereka mengatakan berbual hal dunia di dalam masjid melalaikan.


Hujah ini dibina atas dalil a’qli. Namun hujah ini tidak boleh didirikan
begitu sahaja kerana terdapat hal duniawi yang tidak melalaikan. Kita boleh
berkata hal duniawi asalkan mubah, tidak melalaikan, dan tidak mengganggu
orang lain yang sedang beribadat. Hal ini demikian kerana Rasulullah tidak
menghalang rakan-rakannya yang sedang berbicara hal duniawi seperti mana
yang terdapat di dalam hadis sahih yang dikemukakan sebelum ini.

-WALLAHU A’ALAM-

_______________________________________________________________________
_
61) Komentar al-Baani: Tiada asalnya. Rujuk Tabaqat Syafi’eyyah 4/145. Takhrij al-Ihya’
1/136.
-67-

Buku perbahasan tentang beberapa perkara ini


menghimpunkan topik
-topik mengenai amalan yang sering kita lakukan yang
perlu dibahaskan untuk umat Islam marcapada
supaya kembali kepada As-Sunnah. Dewasa
ini, kita banyak terdedah kepada perbuatan
-perbuatan yang bercanggah dengan
Ad-Din yang sebenar. Justeru,
buku ini tampil untuk memberi
perbahasan sebagai pendapat
berlandaskan Al Quran
dan As-Sunnah.

Segala kebenaran saya serahkan kepada Allah Azza Wa


Jalla.

Kesemua hadis yang digunakan sebagai hujah dalam


ruangan
muka isi (bukan di nota kaki) adalah hadis maqbul dan
majoritinya sohih. Adapun hadis dhaif dan maudhu’
adalah hujah yang digunakan oleh masyarakat
kini yang ditolak dan dituliskan di dalam
buku ini adalah untuk menyatakan
tarafnya.

© A™ As Syura sdn. Bhd.

You might also like