You are on page 1of 13

PROSPEK PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA (Sent to Amal 24 September 2012)

DR. AMINI AMIR BIN ABDULLAH DEPARTMENT OF NATIONHOOD (GOVERNMENT) AND CIVILIZATION STUDIES, FACULTY OF HUMAN ECOLOGY, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 SERDANG, SELANGOR, MALAYSIA.

PENDAHULUAN

Pembelajaran dan pengajian Islam berkembang selari dengan perkembangan Islam di Nusantara (Abdullah Jusuh, 1990). Tuntutan menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu oleh agama Islam menyebabkan umat Islam begitu proaktif dalam pengajian dan penyebaran segala jenis ilmu termasuklah ilmu keagamaan sejak daripada awal perkembangan Islam di Nusantara lagi.

Ilmu pertama berkaitan pengajian Islam yang tersebar di Nusantara ialah ilmu Fardu Ain, Ilmu Kalam dan pengajian Al-Quran. Kemudiannya ia disusuli dengan ilmu-ilmu lain yang berkembang bersesuaian dengan perkembangan zaman. Pada peringkat pendidikan awal, orang-orang Melayu amat menekankan aspek mengaji Al-Quran. Dahulu, tidak sah pendidikan anak-anak jika tidak diasuh dan diajar mengaji AlQuran. Ramai ibu bapa berpesan kepada guru Al-Quran agar mengajar Al-Quran dengan baik hingga anak mereka pandai membaca Al-Quran walaupun terpaksa merotan anak-anak mereka. Demikianlah prihatinnya para ibu bapa dengan asas pembelajaran agama dalam sejarah tamadun Melayu.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM

Perkembangan Islam di Malaysia boleh menentukan halatuju pengajian Islam dan prospek kerjaya graduan pengajian Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 17 Oktober 1968 mengorak langkah kepada

pemerkasaan bidang pengajian Islam di Malaysia di samping pemerkasaan dalam aspek-aspek lain yang juga penting.

Masyarakat Islam di Malaysia sejak tahun 1954 sudah menggesa penolakan terhadap perjudian, bahan bacaan dan filem-filem cemar. Begitu juga gesaan agar diberikan perhatian kepada pendidikan Islam dan moral. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan DYMM Yang DiPertuan Agung mestilah berbangsa Melayu-Islam. Kewujudan Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatan Mufti memperkukuhkan entiti dan kedaulatan Islam di tanah air. Pentadbiran zakat, haji, Baitul Mal, koordinasi Ramadan dan Hariraya melalui institusi Islam yang dibentuk oleh kerajaan memberikan kelebihan kepada para graduan pengajian Islam. Apa yang penting ialah pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap agama Islam dan maruah umat Islam. Manakala mazhab Shafie menjadi pegangan masyarakat Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Aliran Ahlu Sunnah wa Al-Jamaah menjadi dominan dalam aliran pemikiran Muslim di Malaysia. Sejak tahun 1958, sudah ada pernyataan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Pada era 70an, Islam menjadi asas dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK). Elemen Islam dalam DKK diperkenalkan di sekolah-sekolah dan budaya bangsa lain tidak dihalang. Pada akhir 70an, kursus berkaitan Islam diperkenalkan di Institut Teknologi Mara. Pada tahun 1980 kursus Tamadun Islam diperkenalkan di beberapa IPTA. Pada tahun 1998, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia diwajibkan kepada pelajar Islam dan bukan Islam. Sebelum itu pada tahun 1983, kursus Perbandingan Agama menjadi kursus wajib di beberapa fakulti di IPTA.

Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia juga memberikan kelebihan kepada para graduan pengajian Islam dan disiplin amnya. Hasil inisiatif kerajaan, peranan proaktif Malaysia dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) telah membentuk dana modal teroka Islam bagi melonjakkan tahap keusahawanan dan inovasi. Peranan Malaysia melalui WIEF dalam Bank Pembangunan Islam, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dan Pertubuhan Zakat Antarabangsa melonjakkan imej Malaysia dan intelektual kewangan Islam.

Inisiatif kerajaan memajukan Hub Halal, pembangunan produk dan perkhidmatan halal mengikut piawaian antarabangsa juga telah melonjakkan imej negara dan memberikan kelebihan kepada graduan pengajian Islam. Kita tidak boleh menafikan peranan graduan pengajian Islam dalam Program Murabahah Komoditi (CMP) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia pada tahun 2007. Indeks Syariah Hijrah oleh
2

Bursa Malaysia Berhad adalah yang pertama di dunia untuk menarik pelabur asing berkonsepkan Islam. Ini memberikan kelebihan kepada para intelektual ekonomi Islam. Graduan Syariah pula mempunyai kelebihan dari segi pekerjaan dengan pengenalan Badan Penasihat Syariah bagi setiap industri perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal Islam, industri kewangan Islam, penubuhan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Amanah Pelaburan Hartanah Islam, produk-produk pelaburan dan kewangan Islam seperti unit amanah Islam, bon Islam, indeks syariah, sekuriti bersandarkan aset, instrumen dan nota kewangan Islam, kertas-kertas pembiayaan Islam, murabahah komoditi, bon Islam, prinsip AlBai Bithaman Ajil (rumah, bangunan dan lain-lain), Ar-Rahnu (pajak gadai), Al-Ijarah (kenderaan, peralatan dan lain-lain), skim Takaful dan lain-lain.

Penubuhan institusi Islam seperti JAKIM (1 Januari 1997), Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), Pusat Penyelidikan Islam (1971), IKIM, YADIM (zaman Tun Mohd. Nasir), PERKIM, KAGAT, JAPIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Tabung Haji, Bank Islam, Pusat Islam IPTA (pengukuhan), CITU (UiTM), Institut Penyelidikan Islam Hadhari (UKM), Yayasan Islam Hadhari, JKSM, Jabatan Zakat, Wakaf dan Haji, Institut Latihan Islam (ILIM), Darul Quran dan ILMI Institut Latihan Militari Islam semuanya memberikan advantage kepada para graduan pengajian Islam dan displin ilmu yang lain.

Di Malaysia, perkembangan pendidikan dan pengajian Islam amatlah luar biasa. Pengukuhan pendidikan dan pengajian Islam bermula pada peringkat TASKA diikuti dengan pendidikan Islam peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, penubuhan Maktab Perguruan Islam dan akhirnya sampai ke tahap pendidikan dan pengajian Islam pada peringkat tertinggi. Kerajaan juga telah memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Kurikulum Pendidikan Islam juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1996, Kelas Aliran Agama (KAA) diperluaskan ke semua sekolah harian. Setakat ini, kerajaan Barisan Nasional telah menubuhkan 55 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 95 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di bawah kelolaan kerajaan negeri dan ini termasuk Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Di seluruh negara terdapat sebanyak 1649 Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ditadbir oleh pihak individu dengan bantuan Jabatan Agama Islam di peringkat negeri. Kerajaan juga telah
3

memperkenalkan Program pembelajaran Jawi, Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) pada tahun 2005 untuk memantapkan penguasaan ilmu-ilmu ini di kalangan pelajar Islam. Setakat ini, terdapat 962 Kelas Pra Sekolah (Islam) yang dikelola oleh pihak Jabatan Agama Negeri. Pada peringkat pengajian tinggi, pengukuhan pendidikan dan pengajian Islam amat ketara dengan penubuhan UIA, USIM, Universiti Sultan Mizan di samping struktur pengajian Islam sedia ada.

Tumpuan kerajaan Malaysia kepada pelaksanaan Islam dalam perundangan amatlah membanggakan dengan penubuhan Mahkamah Syariah. Pada tahun 1996, kerajaan telah melakukan penyusunan semula Mahkamah Syariah. Selepas penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kerajaan mewujudkan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di samping ditingkatkan imej Hakim Syarie dan mahkamah berkaitan.

Pelaksanaan Islam dalam dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pendekatan Islam Hadhari dan kesemua 29 dasar kerajaan telah membuka pasaran kerja kepada graduan Usuluddin, Syariah, pendidikan Islam dan pengajian Islam amnya di samping graduan dalam bidang-bidang lain.

Banyak lagi usaha kerajaan yang membuka ruang dan peluang kepada graduan Usuluddin, Syariah, pendidikan Islam dan pengajian Islam amnya seperti penganugerahan empat buah IPTA menjadi universiti penyelidikan, kemajuan MOSTI dan agensi-agensi lain. Pemantapan IPTA berorientasi sains dan fakultifakulti serta institut yang berdisplinkan sains dan teknologi sebenarnya membuka lebih banyak peluang untuk pengintegrasian ilmu-ilmu dengan ilmu-ilmu wahyu. Gesaan kerajaan kepada pembudayaan kreatif dan inovatif, peningkatan produktiviti dan kebolehan mencipta bukan sekadar pengguna sebenarnya boleh disahut oleh pelajar atau graduan pengajian Islam juga.

Pemerkasaan Islam dalam media seperti Program Akademi Al-Quran oleh TV9 (AQ1 diikuti oleh 1.1 juta penonton), ruangan Islam dalam semua akhbar utama, pertambahan penerbitan berkaitan Islam dalam media, laman web berkaitan Islam dan media cetak berkaitan Islam membuka banyak peluang kepada graduan
4

Usuluddin,

Syariah,

pendidikan

Islam

dan

pengajian

Islam

amnya

untuk

menyumbang tenaga, buah fikiran dan penulisan. Peluang pekerjaan juga banyak dalam sektor ini.

Terdapat juga graduan pengajian Islam yang bekerja di antara Gred 17 hingga 40 dengan menjadi Pembantu Hal Ehwal Islam. Agak ramai juga yang menjawat jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Hal Ehwal Islam. Terdapat juga ramai graduan Usuluddin, Syariah dan pengajian Islam yang menjadi Pegawai Tadbir dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Di Universiti Putra Malaysia terdapat dua graduan pengajian Islam yang menjadi Pegawai Tadbir.

Para penjawat awam sepatutnya digalakkan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat Sarjana ataupun Doktor Falsafah. Untuk tujuan itu, satu skim cuti belajar dan penajaan perlu diwujudkan untuk memudahkan mereka memohon cuti dan mendapat pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran dalam kedua-dua tahap tersebut. Pada masa yang sama, para penjawat awam dalam bidang pengajian Islam boleh juga melakukan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat secara kendiri.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI NEGARA

Brennan (1995) menegaskan bahawa pengajian tinggi memainkan peranan yang besar dalam konteks sistem pengambilan pekerja dalam erti kata menyediakan ilmu dan kecekapan berkaitan pekerjaan dan dalam proses pra-pemilihan pelajar untuk pengisian pekerjaan pada masa hadapan, jawatan dan pangkat.

Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan graduan pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah untuk memperbanyakkan pekerja separa profesional dengan bersandarkan kepada kebolehpasaran dan penggalakkan PSH (PSPTN, 2007: 38)

Transformasi pengajian tinggi dalam negara membawa kepada penubuhan berbagai IPTA sehigga sekarang ini mencecah angka 20 buah manakala IPTS pula tidak
5

kurang daripada 400 buah. Sekurang-kurangnya terdapat satu kursus berkaitan pengajian Islam dalam institusi-institusi ini.

Perkembangan mutakhir dalam program pengajian Islam menunjukkan bahawa skop pengajian Islam diperluaskan dengan double major sama ada pentadbiran awam dan ekonomi. Bahkan pengajian Islam boleh diperluaskan skopnya dengan diintegrasikan bersama disiplin ilmu kepolisan dan ketenteraan, pentadbiran dan diplomatik, ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan, sains tabii, antropologi, sosiologi, epistemologi, aksiologi, pengurusan nilai dan lain-lain lagi.

Graduan pengajian Islam diharapkan mempunyai kemampuan berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris, kualiti ilmu yang tinggi, semangat yang tinggi, keupayaan bersaing, kebolehpasaran, berakhlak mulia, beradab sopan dan mempunyai jati diri yang tinggi. Apa yang penting mereka perlu mempunyai aspirasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemodenan pembelajaran pengajian agama dan pengajian Islam memberikan kesan yang mendalam kepada keberkesanan pembelajaran. Pengajian Islam menjadi semakin berkembang dengan penghantaran pelajar untuk belajar di Universiti Al-Azhar dan Universiti Madinah. Pada pertengahan tahun 70an, ramai juga pelajar yang dihantar ke Barat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam. Namun demikian, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada pembangunan pengajian Islam dalam negara terutamanya di institusi pengajian tinggi awam.

Menyentuh aspek kebolehpasaran pula, antara lain, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menjelaskan mengenai beberapa ciri yang patut ada pada para graduan seperti pemilikan kemahiran yang mudah dilentur dan mudah diubahsuai serta mampu meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk menjamin kerelevanan ilmu dan kemahiran serta kebolehpasaran (KPTM, 2007: 14). KPTM juga telah melakukan usaha untuk meminta IPT menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk

meningkatkan ketrampilan graduan dan kebolehpasaran (KPTM, 2007: 31). KPT juga sepatutnya memantapkan Skim Latihan Graduan untuk graduan dalam bidang
6

pengajian Islam dan bukan sahaja program latihan bagi bidang teknologi maklumat dan komunikasi, perisian komputer dan perakaunan untuk meningkatkan

kebolehpasaran graduan.

Bidang pengajian Islam juga boleh memainkan peranan penting dalam menarik lebih ramai pelajar pasca-siswazah luar negara untuk belajar di Malaysia kerana Malaysia adalah model negara Islam yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Untuk tujuan itu, kita boleh mempelbagaikan sistem untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa melalui jaringan dan pengantarabangsaan khususnya melalui kerjasama Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul, Ijazah Sarjana Muda Siasah Syariyyah, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ekonomi, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Pemikiran Islam, Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Hadith, Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pembangunan Insan, Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam.

Para graduan pengajian Islam juga sepatutnya mempunyai kebolehan memberikan konsultasi, perundingan dan penasihatan berkaitan masalah akademik, keagamaan, kerohanian dan psikologi serta masalah-masalah kehidupan yang lain.

Kita juga memerlukan penyelidikan yang tuntas untuk mengesan jumlah graduan pengajian Islam yang telah bergraduat dari IPT dalam negara, mengenal pasti hala tuju bidang pengajian Islam di IPT dan mengenal pasti prospek bidang pengajian Islam di IPT Malaysia.

NATUR GRADUAN PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA

Tidak ada satu definisi khusus kepada apa yang dimaksudkan dengan graduan bidang pengajian Islam. Begitu juga dengan bidang pengajian Islam. Dalam negara kita, bidang pengajian Islam diletakkan di bawah bidang induk seperti sains sosial dan kemanusiaan. Bidang pengajian Islam mencakupi ilmu dan program berkaitan
7

falsafah Islam, tasauf, kewangan Islam, undang-undang Islam, undang-undang keluarga Islam, Syariah, Usuluddin, psikologi Islam, pengajian agama, senibina dan perbandaran Islam, sejarah Islam, politik Islam, kehartaan Islam, perbankan Islam, pemikiran Islam, metodologi penyelidikan Islam, pendidikan Islam, kebangkitan Islam, hubungan Muslim-bukan Islam, undang-undang perbandingan Islam, tamadun Islam, sejarah Islam, pemikiran Islam semasa, pentadbiran Islam, muamalat, insuran Islam (Takaful), wakaf, pendidikan moral dan etika, pelaburan Islam, ilmu Hadis, Tafsir, Islam dan masyarakat, perakaunan Islam, sejarah tamadun Islam, pengurusan Islam, kaligrafi Islam, ilmu Falak, ulum Al-Quran, sosiologi Islam, etnosains matematik dan pendidikan Islam dan perbandingan agama.

Di IPTS, kerajaan telah memperkenalkan kursus Pengajian Islam yang mencakupi perbincangan dan perbahasan topik-topik seperti manusia, agama dan Islam; manusia sebagai hamba Allah; manusia dan kepercayaan; Islam agama yang terakhir; rukun Islam dan iman; kewajipan mendirikan masyarakat Islam; asas pembentukan masyarakat Islam dan persaudaraan Islam; undang-undang Islam; bidang undang-undang Islam dan undang-undang keluarga Islam; manusia dan moral; kedudukan wanita sebelum dan sesudah Islam; hukum jihad, ganjaran kepada para Mujahidin dan konsep syuhada; dakwah Rasullullah; ciri-ciri keingkaran dan kemurtadan; jihad dan rahmat; jihad hari ini; konsep pertolongan Allah; Islam dan kemiskinan; muamalat; dan hak-hak asasi manusia dalam Islam (Olympia College, 2007). Oleh kerana masalah lebihan kredit pengajaran dan faktor kekangan masa pembelajaran, kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajian Islam tidak diterapkan kepada mahasiswa IPTA kecuali kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

IPTS lebih memberikan tumpuan kepada penawaran kursus atau program bersandarkan kepada tiga aspek utama iaitu kehendak pasaran, permintaan dan rasional perniagaan kerana ia lebih berbentuk pendidikan berasaskan keuntungan (PSPTN, 2007: 45).

Selain daripada faktor-faktor kepemimpinan, kualiti pensyarah, kemudahan, dan kualiti pelajar, pihak kerajaan juga memberikan tumpuan kepada kerelevenan kurikulum dengan situasi semasa untuk bersaing di persada antarabangsa dan
8

menghadapi kemaraan globalisasi. Di samping itu, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada aspek kebolehpasaran bersesuaian dengan permintaan pihak industri, keupayaan berjaya dalam aspek keusahawanan dan kebolehan

menyumbang kepada komuniti dan masyarakat (PSPTN, 2007: 58).

Sasaran 100,000 pemegang Ph.D dalam tempoh sembilan tahun akan datang adalah di antara harapan yang diletakkan oleh kerajaan dalam PSPTN. Walau bagaimanapun jumlah ini ditetapkan dengan lebih realistik dengan 60000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah menjelang 2015. Kerajaan juga merancang merancakkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di IPTA (PSPTN, 2007: 58).

KPT telah menjalankan kajian pengesanan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 2009. Antara lain, kajian tersebut mengesan graduan IPT yang bergraduat pada tahun tersebut untuk membantu IPT merancang struktur kurikulum dan pembelajaran yang lebih baik daripada sedia ada. Namun demikian, kajian ini tidak menjurus kepada graduan pengajian Islam atau melihat kepada aspek kebolehpasaran graduan pengajian Islam.

Mengikut statistik Kajian Pengesanan Graduan IPT 2007, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, graduan IPTA yang bergraduat pada tahun 2007 terdiri daripada 43.7% dalam bidang sastera dan sains sosial manakala bidang pendidikan 11.4%, teknikal 20.9%, sains 16.6% dan teknologi maklumat dan komunikasi sebanyak 7.4%.

Berdasarkan pangkalan data dan maklumat Directory of Academic Profiles dalam laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(https://www.mohe.gov.my/malimsarjana/search.cfm), terdapat sebanyak 227 rekod yang menunjukkan jumlah para intelektual pengajian Islam di IPT seluruh negara. Jumlah ini didapati dengan menggunakan enjin carian dalam laman sesawang tersebut dengan menaip kata kunci Islam. Jumlah ini semestinya tidak memanifestasikan jumlah sebenar akademia yang mempunyai kepakaran dalam pengajian Islam dalam negara. Semua akademia yang disenaraikan dalam rekod direktori ini mencatatkan bahawa bidang utama kepakaran mereka adalah bidang
9

induk sains sosial dan di bawah bidang induk ini dinyatakan sub-bidang lain yang menjurus kepada pengajian Islam seperti kewangan Islam, undang-undang Islam, undang-undang keluarga Islam, Syariah, Usuluddin, psikologi Islam, pengajian agama, senibina dan perbandaran Islam, sejarah Islam, politik Islam, kehartaan Islam, perbankan Islam, pemikiran Islam, metodologi penyelidikan Islam, pendidikan Islam, kebangkitan Islam, hubungan Muslim-bukan Islam, undang-undang

perbandingan Islam, tamadun Islam, sejarah Islam, pemikiran Islam semasa, pentadbiran Islam, muamalat, insuran Islam (Takaful), wakaf, pendidikan moral dan etika, pelaburan Islam, ilmu Hadis, Tafsir, agama dan masyarakat, perakaunan Islam, sejarah tamadun Islam, pengurusan Islam, kaligrafi Islam, ilmu Falak, ulum AlQuran, sosiologi Islam, etnosains matematik dan pendidikan Islam dan

perbandingan agama.

Berdasarkan Directory of Academic Profiles (KPTM) juga, sub-sub bidang di atas dikelaskan di bawah bidang induk seperti sains sosial dan kemanusiaan. Ini adalah selari dengan amalan universiti-universiti di Barat. Walau bagaimanapun, bidang pengajian Islam boleh dijadikan bidang induk yang lebih menepati dengan suasana dan persekitaran dalam negara dan bersesuaian dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Sepatutnya para graduan pengajian Islam mempunyai kualiti pendidikan yang tinggi yang menjadi rebutan para majikan. Pengajian Islam di peringkat tinggi sepatutnya menekankan aspek pendidikan bersepadu (integrated education) yang mengambil kira pembangunan dan kemajuan jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Harus diingat, para graduan pengajian Islam mestilah mempunyai kualiti keilmuan Islam yang cemerlang yang mampu menjalankan tugas sebagai khalifah Allah, menyebarkan ilmu-ilmu Islam dengan berkesan, memberikan kefahaman kepada masyarakat dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam. Ilmu-ilmu yang dipelajari secara teori mestilah dipraktikkan. Para graduan pengajian Islam mestilah mempunyai kebolehan untuk memartabatkan bidang pengajian Islam dan

pendidikan Islam agar tidak terus hanyut dalam arus perdana kemajuan pengajian tinggi negara.

10

GRADUAN PENGAJIAN ISLAM LUAR NEGARA

Kita masih belum memberikan sepenuh perhatian kepada graduan yang lulus dalam bidang pengajian Islam dari universiti luar negara seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Syria, Iraq, Indonesia dan seumpamanya kerana kekangan masa dan bajet. Walau bagaimanapun, kajian masa hadapan boleh memberikan tumpuan kepada graduan pengajian Islam dari luar negara.

Kita juga memerlukan satu kajian pengesanan yang komprehensif bagi mengesan para graduan yang telah bergraduat dalam bidang pengajian Islam di institusi pengajian tinggi dalam negara. Maka kajian ini tidak akan mengambil kira para graduan yang bergraduat dalam bidang-bidang lain walaupun disertasi mereka berbaur keIslaman ataupun tajuknya kelihatan seperti berkait dengan pengajian Islam. Aspek yang akan diberikan perhatian ialah pengesanan para graduan yang lulus dalam bidang pengajian Islam sahaja.

Bagi merancang proses pembelajaran sepanjang hayat di kalangan graduan pengajian Islam, kita juga perlu menghasilkan pendokumentasian satu profil graduan pengajian Islam di Malaysia yang lebih komprehensif dan terkini. Rekabentuk kajian mestilah mengambil kira data dan maklumat berkaitan profil graduan pengajian Islam di IPT Malaysia, struktur kurikulum dan program, hala tuju dan prospek bidang pengajian Islam di Malaysia.

PENUTUP

Pelan perancagan pembelajaran sepanjang hayat mestilah diarifi oleh semua graduan pengajian Islam agar membawa hasil yang lebih memberangsangkan dengan peningkatan semaksima mungkin peranan Kementerian Pengajian Tinggi dalam memartabatkan bidang pengajian Islam. Bidang pengajian Islam mempunyai prospek dalam memantapkan kefahaman Islam dan menerapkan penghayatan Islam di kalangan masyarakat untuk mencapai kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

11

RUJUKAN

Amini Amir Abdullah (2000), Islamic Revivalism in Malaysia and the Response of the Non-Muslims with Special Reference to the Lembah Pantai Constituency, Ph.D Thesis (Unpublished), Birmingham: University of Birmingham. Abdul Rahman Al-Ahmadi (2000), Pendidikan Islam di Malaysia: Pembinaan Intelek Agama dalam Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman (eds.), Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 441-512.

Abdullah Jusuh (1990), Pengenalan Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: ABIM. Brennan, J., M. Kogan & U. Teichler (1995), Higher Education and Work: A Conceptual Framework, dalam M. Kogan & U. Teichler, Higher Education and Work, London: Jessica Kingsley Publishers. 1 - 24.

Hasan Langgulung (1998), Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke 21, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara: Melangkaui Tahun 2020, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kogan, M. & S. Hanney (2000). Reforming Higher Education, London and Philadelphia: Jessica Kingsley Publishers.

Kogan, M., M. Bauer, I. Bleiklie & M. Henkel (eds.) (2006). Transforming Higher Education. A Comparative Study. 2nd edition. Dordrecht: Springer.

12

Konvensyen Isu-isu Semasa Pengajian Islam anjuran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kolej Islam Melaka (KIM), Melaka. Levin, H.M. (1995) Work and Education, dalam M. Carnoy (ed.), International

Encyclopaedia of Economics and E-Education, Oxford: Pergamon. 10 - 19.

Mohd.Taib Osman (1984) (ed.), Rampaian Pengajian Melayu, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Olympia College (2007), All Programmes Module Teaching and Learning Guide: Pengajian Islam Version 1: May 2007, Kuala Lumpur: Raffles Education Group.

https://www.mohe.gov.my/malimsarjana/search.cfm

13

You might also like