You are on page 1of 3

Montessori adalah sebuah pendidikan kanak-kanak yang mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan

bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Selain itu juga, Montessori ini mendidik kanak-kanak mesti menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Montessori ini diasaskan oleh Maria montessori (1870 1952). Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Kelebihan yang ada pada Montessori ialah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah; Minda yang mudah menyerap dimana sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, Sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Persekitaran yang tersedia dimana ia menggalakkan

perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanakkanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Didikan diri kepada kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dengan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai melalui persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik.

Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman

menyelesaikan sesuatu masalah. Tempoh sensitif -Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah Montessori- Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanakkanak. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. Terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori ialah:Menghormati kanak-kanak dan hak mereka, konsep kebebasan menguasai kemahiran dari mudah ke sukar, kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh,

kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri, pentingnya disiplin diri, kanakkanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.dan kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Apabila dilihat falsafah, matlamat dan kaedah Montessori ini terdapat kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak Montessori ini hanya boleh diguna pakai oleh di bandar-bandar. Contohnya Ipoh. Ini kerana terdapat segala kemudahan yang boleh disediakan berbanding di kawasan-kawasan terpencil, contohnya di kampung-kampung. Antara kelebihan Montessori ini adalah berpusatkan kepada murid. Dengan ini dapat memngembangkan potensi diri dalam menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Selain itu juga, kelebihan diri yang ada pada guru amatlah tinggi berbanding kemahiran guru yang ada disini. Di samping ibu bapa memahami apa kaedah yang digunakan oleh guru Montessari iaitu kanak-kanak akan belajar dimana mereka hendaki. Tetapi sekirannya di Prasekolah, ibu bapa tidak dapat menerimanya dan menyoal bahawa guru tidak mengajar kanakkanak tersebut. Jelas ternyata konsep yang digunakan oleh Montessori merangkumi apa yang dikehendaki pada masa hadapan. Ini sejajar kearah mencapai kecemerlangan kanak-kanak. Disebalik kelebihan yang ada terdapat kekurangan, antaranya Montessori ini lebih kepada pembelajaran mengikut minat kanak-kanak, ini akan

membuatkan kanak-kanak hanya akan cenderung kepada sesuatu sahaja. Selain itu juga, kanak-kanak ini perlu memakan masa yang lama untuk belajar kerana di prasekolah, mereka diajar berbagai pelajaran mengikut tema. Walaubagaimanapun Montessori wajar dilaksanakan di Malaysia untuk peredaran masa datang. Pembangunan diri kanak-kanak perlu diubah suai agar mencapai kecemerlangan yang lebih baik.

You might also like