You are on page 1of 15

Intervensi awal Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui dengan fokus berikut:

membantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak menjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan mengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan kekecewaan khususnya di kalangan ahli keluarga Pusat Rujukan

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Tulisan ini adalah sambungan daripada post sebelumnya iaitu punca-punca murid lemah mengeja.

Mengeja memerlukan seseorang mengingat dan mengetahui banyak perkataan. Sekiranya arahan membaca dan mengeja diasingkan, maka kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengeja serentak.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja.

1. Kaedah Abjad Kaedah ini sememangnya digunakan untuk mengajar murid mengeja. Murid perlu mengenal semua abjad sebelum murid berjaya mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Contohnya : untuk mengeja "ibu", murid perlu kenal abjad "i", "b" dan "u".

2. Kaedah Fonik/Fonetik Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain. Untuk mengeja sesuatu perkataan, murid perlu membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu, kemudian membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contohnya: Perkataan bola dieja [b (beh) + o (o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua suku kata kemudian digabungkan iaitu [bo] + [la] dan ia menjadi [bola].

3. Kaedah Elektik Kaedah elektik adalah kaedah campuran atau gabungan di antara dua pendekatan iaitu pendekatan membina dan pendekatan cerakinan. Beberapa kaedah digabungkan seperti kaedah bunyi, kaedah abjad dan kaedah suku kata, kaedah rangkai kata, kaedah ayat. Kaedah ini adalah mengikut prinsip psikologi membaca, maka ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan kebolehan murid untuk membaca dalam sebarang keadaan.

Cara pengajaran:

Huruf: Guru memperkenalkan huruf abjad berdasarkan bunyi huruf sahaja. Contonya, a - ayam, u - ular. Guru tidak boleh memperkenalkan nama huruf abjad.

Suku kata: Guru mengajar suku kata menerusi perkataan. Contohnya, ba - baju, bakul, basikal, bawang.

4. Kaedah Suku Kata Kaedah ini dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKVK dan seterusnya. 5. Teknik Perisian Komputer Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan pengutipan maklumat daripada teks yang dibaca. Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh dihasilkan bukan sahaja dalan bentuk teks malah dalam bentuk visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej sebagai elemen dalam proses membaca dapat dilihat menerusi teori dwipengkodan. Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran (melalui visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Dalam teknik ini, murid diberi peluang untuk membina makna teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual. Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta Post dan Carreker (2002), murid tidak berupaya menghasilkan gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh guru menerusi galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini.

6. Mendengar Perakam Suara Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja yang dimainkan oleh pita rakaman. 7. Kaedah Multisensori Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti deria visual, deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid terutamanya murid yang mengalami masalah pembelajaran.

Dibenarkan menyalin atau menyiarkan semula artikel ini dengan syarat anda memberikan kredit atau pautan balik kepada blog ini atau klik pada iklan Nuffnang yang dipaparkan.

Program Peningkatan
Program Peningkatan KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) 1.0 Pengenalan Dalam era teknologi maklumat serta zaman siber dunia tanpa sempadan, setiap individu dalam masyarakat berusaha dan berlumba-lumba untuk mengguna dan mengaplikasikan kemudahan dan peralatan canggih yang ada dalam persekitaran mereka. Namun begitu, kemudahan ini besar kemungkinannya kurang bermanfaat kepada individu yang menghadapi masalah pembelajaran khususnya masalah membaca, menulis dan mengira (3M). Secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa kemahiran 3M adalah sangat penting biarpun betapa canggihnya sesuatu zaman itu. Tugasan ini merupakan penerokaan terhadap kegagalan sebilangan besar murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada peringkat awal terutama di tahun satu dan juga murid-murid tahun dua hingga tahuan enam. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di kalangan murid-murid ini telah mengakibatkan berlakunya akademik defisit dalam kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga ke sekolah menengah. Bagi menanggani masalah menguasai kemahiran 3M ini, Pusat Perkembangan Kurikulum telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi tujuan ini Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan untuk murid tahun satu manakala murid tahun dua hingga enam pula dilibatkan dengan Kelas Pemulihan Khas. Objektif utama kelas KIA2M dan Kelas Pemulihan Khas ini dijalankan adalah diharapkan murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (KIA2M) serta kemahiran membaca, menulis dan mengira (kelas pemulihan 3M). Adalah diharapkan murid-murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan diri sendiri dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri dan berminat untuk belajar.

2.0 Latar Belakang

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan pada tahun1983, di samping menegaskan matlamat mengembangkan kebolehan murid secara menyeluruh dan penguasaan kemahiran asas 3M, juga menekankan perlunya memberi perhatian perbezaan individu murid kerana setiap murid itu adalah berbeza di antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman , amalan tingkah laku kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Untuk memenuhi keperluan-keperluan individu, maka KBSR menitikberatkan beberapa prinsip pedagogi pemulihan, pengayaan, penilaian berterusan, penggabungjalinan dan penyerapan.

Antara prinsip-prinsip pedagogi baru yang diperkenalkan oleh KBSR, yang paling penting dari pengurusan bilik darjah ialah pemulihan yang ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pelajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selain daripada pemulihan, KIA2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) juga diperkenalkan untuk murid-murid tahun satu yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada peringkat awal terutama di Tahun Satu telah mengakibatkan berlakunya defisit adademik di kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga ke sekolah menengah. Pelaksanaan Pemulihan Dalam Kelas KBSR kurang berupaya menangani masalah penguasaan membaca dan menulis dengan berkesan. Dalam mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangasaan pada 22 November 2005, satu ketetapan dibuat supaya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di kalangan murid tahun satu ditangani dengan segera. Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum telah dipertanggungjawabkan menerajui Kementerian Pelajaran untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi tujuan tersebut program Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis atau KIA2M diperkenalkan. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu boleh menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Dalam masa tiga bulan mengikuti program ini, murid di Sekolah Kebangsaan diperuntukkan sebanyak sembilan belas waktu seminggu untuk mempelajari Bahasa Melayu. Waktu yang diperuntukkan ini khusus untuk murid belajar asas membaca dan menulis. Sembilan belas waktu ini ialah dua belas waktu Bahasa Melayu, tiga waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dua waktu Pendidikan Muzik dan dua waktu Pendidikan Seni. Senarai kemahiran yang dimuatkan dalam program ini merupakan senarai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Dalam konteks pelaksanaan KIA2M, kemahiran asa yang disenaraikan terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran teras dan kemahiran lanjutan. Kemahiran teras merupakan kemahiran wajib yang perlu diajar kepada murid untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran yang paling penting dalam membaca dan menulis. Kemahiran ini terdiri daripada mengenal, membaca dan menulis huruf a hingga z, kemahiran membentuk suku kata daripada huruf konsonan dan vokal, dan juga kemahiran membina, membaca dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Murid yang telah menguasai kemahiran membaca huruf, suku kata dan perkataan dalam kemahiran teras ini akan dapat mempelajari dan menguasai kemahiran lanjutan dengan lebih mudah. Kemahiran lanjutan pula bertujuan untuk membekalkan murid dengan kemahiran asas tabahan yang diperlukan bagi membolehkan murid membaca dan menulis dengan baik dan berkesan. Guru boleh memilih dan menentukan kemahiran mengikut kesesuaian dan kemampuan murid yang mengikuti program ini. Bagi membolehkan murid cepat menguasai kemahiran yang diajar, alat bantu mengajar amat penting dan perlu dipelbagaikan agar pengajaran dan pembelajaran

lebih menarik dan berkesan. Pelbagai pendekatan dan teknik boleh digunakan supaya dapat mengurangkan kebosanan murid semasa belajar.

KIA2M ini dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu bagi murid-murid yang gagal melepasi tahap minimum mengikut skor yang telah ditetapkan dalam ujian Penapisan yang dijalankan pada awal tahun. (Buku Panduan, Pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis Tahun 1, KPM , 2006) Walaupun kelas KIA2M yang diperkenalkan untuk memastikan semua murid tahun satu dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada akhir tahun satu tetapi masih terdapat murid-murid yang tidak melepasi ujian pelepasan yang dijalankan menyebabkan murid-murid ini dimasukkan ke Kelas Pemulihan Khas apabila berada di dalam tahun dua dan seterusnya sehingga mereka betul-betul menguasai 3M. Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyarankan supaya memantapkan lagi kelas pemulihan 3M yang dikenali sebagai Kelas Intensif Khas untuk murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira yang telah ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Muhyidin Yassin bagi murid-murid tahun dua hingga tahun enam. Satu hakikat yang pasti, masyarakat tetap mengukur dan menilai sekolah dengan kayu ukur mereka sendiri iaitu sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya dan berkesan jika prestasi akademiknya tinggi. Sekolah yang rendah prestasi akademiknya adalah sekolah yang lemah dan kurang berjaya. Dengan kata lain, tinggi atau rendahnya sesebuah sekolah pada pandangan pelanggan dan stake holder pendidikan ialah prestasi akademiknya. Tinggi atau rendahnya keyakinan masyarakat terhadap sesebuah sekolah bergantung kepada tinggi atau rendahnya pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Jika sesebuah sekolah itu mempunyai ramai murid yang tidak menguasai 3M maka sekolah tersebut tidak mungkin akan mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Oleh itu pengurus sekolah mesti berbuat sesuatu untuk memulihkan keadaan ini bukan sahaja untuk murid-murid yang menghadapi tahun peperiksaan sahaja tetapi ianya hendaklah bermula pada tahun satu lagi.

Program Peningkatan Pencapaian KIA2M adalah merupakan program utama atau projek yang besar untuk memastikan murid-murid ini dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Sebelum murid-murid tahu satu ini di tempatkan di kelaskelas tertentu, mereka dikenakan menjalani ujian penapisan. Selepas ujian penapisan dijalankan, murid-murid yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke kelas KIA2M. Murid-murid KIA2M ini akan diuji lagi dengan ujian pelepasan 2 dan 3 pada bulan Jun dan Oktober. Dengan adanya Program KIA2M ini, pihak sekolah juga dapat mengesan muridmurid yang mempunyai masalah pembelajaran dan pihak sekolah dengan sokongan ibu bapa akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Murid-murid yang dikesan mempunyai permasalahan pembelajaran seperti slow learner,down syndrom , disleksia dan sebagainya akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan

doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan di manakah mereka sepatutnya di tempatkan samada di Sekolah Kebangsaan atau di Sekolah Bermasalah Pembelajaran.

3.0 Kepentingan Menguasai Asas Membaca Dan Menulis Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu kemahiran asas yang diajar di sekolah, sejak zaman berzaman yang lalu, ialah menguasai kemahiran membaca dan menulis. Para pendidik bersetuju bahawa membaca merupakan petanda pencapaian akademik yang paling signifikan. Namun begitu, walaupun penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran tersebut, sehingga kini masih terdapat murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut. Keadaan ini tidak dapat dipandang ringan kerana dalam zaman globalisasi ini, dengan perubahan yang mendadak dari segala aspek kehidupan, pendidikan terus berperanan bukan sahaja sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan generasi muda kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan sopan santun. (Majalah Pendidik Bil 55/ Dis 2008) Agama Islam sangat menitikberatkan tentang kepentingan menuntut ilmu. Dalam ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis banyak memperkatakan tentang orang yang berilmu dibandingkan dengan mereka yang tidak berilmu. Surah yang pertama di dalam Al Quran yang diturunkan melalui malaikat Jibril di Gua Hirak kepada Rasulullah s.a.w iaitu surah Al Alaq, yang membawa maksud : Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah, yang mengajarkan (menulis) dengan pena, yang mengajarakan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya(Surah Al-Alaq:1-5) Melalui surah ini, penekanan diberikan tentang pentingnya seseorang itu mempunyai kemahiran membaca dan menulis dan seterusnya berkewajipan untuk menuntut ilmu. Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan beberapa program di sekolah antaranya program KIA2M atau Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis serta program pemulihan bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak di peringkat awal lagi. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian yang dilakukan didapati masih terdapat sebilangan murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis sepenuhnya walaupun ada di antara mereka telah berada di tahap dua iaitu di darjah 4, 5 dan 6. Dalam situasi pendidikan negara, mencapai kemahiran literasi dinyatakan secara jelas dalam Dasar Pendidikan Rendah Negara. Antara matlamat yang ingin dicapai ialah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kemahiran berfikir, konsep asas sains dan rekreasi serta penerapan

nilai-nilai murni (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2004). Berpandukan dasar tersebut, kanak kanak di negara ini seharusnya telah menguasai kemahiran asas 3M pada peringkat sekolah rendah lagi. Dasar ini sekiranya dilaksanakan dengan jayanya akan menjadikan rakyat Malaysia mencapai tahap literasi hampir 100%, kerana dalam system pendidikan Negara, semua kanak-kanak di Negara ini diwajibkan mengikuti pendidikan asas di sekolah rendah selama enam tahun. Persoalannya ialah adakah Dasar Pendidikan Rendah Negara telah dapat dilaksanankan dengan berkesan? Beberapa kajian lepas menunjukkan tahap penguasaan 3M bagi setiap murid adalah berbeza dan masih terdapat murid yang tidak menguasai 3M walaupun mereka telah berada pada peringkat pendidikan sekolah menengah (Aminah Ahmad1984; Salmah Hassan, 1988; Maznah Maarof, 1992; Zulbaharen Ahmad, 1997; dan Mohd Burhan Ibrahim,2005). Sekiranya faktor penyumbang terhadap tahap literasi murid tidak dikenal pasti dan diatasi segera, ia akan memberi kesan yang berpanjangan terhadap keupayaan dan kebolehan murid membaca dan menulis pada tahap yang mencukupi untuk melalui program-program pendidikan di peringkat yang lebih tinggi dengan lebih berkesan. Situasi ini sekiranya berlanjutan akan memberi impak yang buruk terhadap Negara dan menjejaskan hasrat melahirkan masyarakat berpengetahuan dan membangunkan modal insan yang berkualiti. (Kertas Kerja Seminar Pnyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke XIV 2007 Penyelidikan Memartabatkan Profesion Keguruan) Kelemahan atau kegagalan literasi juga berkait rapat dengan pencapaian akademik murid dan isu keciciran murid. Peterson (2001) mendapati apabila seorang murid mengalami masalah literasi di peringkat rendah, keadaan kekurangan ini akan bertambah apabila beliau meningkat dalam persekolahannya. Murid ini juga berisiko tinggi tercicir dari sistem persekolahan kerana tidak dapat dibantu dalam mengikuti isi mata pelajaran yang diperlukan untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi.

3.1 Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis (KIA2M) Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian; a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang

dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. Pendekatan Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. b. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. c. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah: * teknik bercerita * teknik menyanyi * teknik latih tubi * teknik lakonan * teknik tunjuk cara * teknik kuiz * teknik bersoal jawab * teknik main peranan Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan Kumpulan Cepat Sederhana lambat Langkah 1 Interaksi guru Secara kelas Secara kelas Langkah 2 kerja bertulis Interaksi guru Secara kumpulan kecil Langkah 3 Pengukuhan Kerja bertulis Interaksi guru secara individu

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Pendidikan Jasmani Kesihatan: 1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. 3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata. Pendidikan Muzik: 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak. 2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama Pendidikan Seni: 1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad. 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata. 3. Capan - mengecap bentuk. 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj. Projek yang dijalankan semasa Program Sandaran NPQEL Januari hingga Jun 2009 di SK Batu Muda, Kuala Lumpur by Zalati Abdullah Bibliografi: Abdulah Hassan & Ainon Mohd., Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. , Pahang Darul Makmur., 2004 Abdullah Sani Yahaya, Mengurus Sekolah, PTS Publcations & Distributor Sdn. Bhd. 2003 Christopher Bowring-carr John West Burnham, Pembelajaran Berkesan di Sekolah, Annuar Ayub (penterjemah), Ampanf Press Sdn. Bhd. K.L., 1999 Hussein Mahmood, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008 Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib, Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strtegi, Masa Enterprise 1995 Tn. Haji Mohd Hamidi bin Hj. Abdul Hamid, Pengurusan Sekolah Cemerlang Menurut Islam , Percetakan Zahar Sdn. Bhd. 2002 Buku Panduan Pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis Tahun 1, Kementerian Pelajaran Malaysia

Senarai Kemahiran Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Tahun 1, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.scribd.com/doc/4853628/KIA2M http://www.scribd.com/doc/2064597/Corak-dan-gaya-pembelajarankajian-tindakan

Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian; a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. Pendekatan Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. b. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid

Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. c. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

teknik bercerita teknik latih tubi teknik tunjuk cara teknik bersoal jawab teknik main peranan teknik menyanyi teknik lakonan teknik kuiz

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Pendidikan Jasmani Kesihatan: 1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. 3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata. Pendidikan Muzik: 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.

2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama Pendidikan Seni: 1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad. 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata. 3. Capan - mengecap bentuk. 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj. ISU DAN MASALAH MURID Masalah yang menghalang pembelajaran murid-murid ini termasuklah : i) Peribadi * Kekurangan diri * Selalu ponteng sekolah ii) Psikologi * Konsep kendiri yang rendah dan kurang keyakinan diri * Gangguan emosi krisis keluarga * Tiada keyakinan diri untuk berjaya dalam pelajaran iii) Kecerdasan * Lambat berfikir dan bertindak * Mudah lupa * Sukar memahami dan lemah pengamatan iv) Sikap * Tidak minat belajar * Pasif dan mudah putus asa * Pendiam, pemalu dan sukar bertindak

GURU i) Guru Mata Pelajaran * Guru melabelkan murid yang dianggap lemah. * Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah. * Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran 3M adalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja. ii) Guru Pemulihan Khas * Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya. * Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH * Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR. * Kurang program berkesan yang dirancang untuk menangani masalah penguasaan kemahiran 3M . * Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang KEMUDAHAN i) Fizikal * Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program Pemulihan Khas. ii) Kewangan * Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program Pemulihan Khas. iii) Bahan-bahan rujukan. * Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat berkurangan.

iv) Buku Teks. * Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas. KELUARGA * Ada dikalangan keluarga/ibu bapa/penjaga yang buta huruf. * Latar belakang keluarga yang bermasalah. * Latar belakang sosio ekonomi yang rendah. KURIKULUM * Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Panitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas sahaja mengenai pemulihan ). * Pengetua dan Guru Besar diharap mengambil inisiatif utama untuk memperbaiki kurikulum di sekolahnya dengan memasukkan agenda pemulihan seperti juga pentingnya agenda-agenda yang lain. * Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini diambil perhatian khusus oleh sekolah itu sendiri maka mudahlah murid sebegini ditangani maka pembelajaran seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi masalah lagi. Kesimpulan Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep. Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

You might also like