You are on page 1of 25

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

KRM 3013 ASAS NOMBOR (TUGASAN 2) NAMA : DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI NO. MATRIK : D 20102043284 NO. TELEFON : 017 7206319 NAMA PENSYARAH : PUAN NURUL AKMAL BINTI MOHAMED

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

Tugasan 2 1.1 Deskripsi tentang tajuk : Unit 1 - NOMBOR BULAT Melalui tajuk Nombor Bulat ini saya dapat membuat rumusan bahawa nombor bulat mempunyai kelebihan terutamanya yang melibatkan asas 10 yang kita gunakan sekarang adalah berasal daripada Nombor Asas 10 Hindu-Arab. Sistem pernomboran Hindu- Arab adalah lebih ringkas dan bersistematik jika dibandingkan dengan sistem pernomboran Egyptian dan Roman. Ia mengandungi sepuluh simbol asas yang dipanggil digit yang diwakili oleh 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9 dan mempunyai tiga ciri penting iaitu digit, simbol asas dan perpuluhan (decimal). Setiap digit mempunyai dua fungsi iaitu kedudukan digit ditentukan dengan nilai tempat dan mempunyai nilai muka iaitu nilai sebenar sesuatu digit. Konsep sifar (0) dalam nombor bulat juga memainkan peranannya yang tersendiri di mana 0 bertindak sebagai nombor dan 0 bertindak sebagai nilai tempat. Penambahan merupakan salah satu komponen dalam nombor bulat iaitu proses menggabungkan beberapa kumpulan objek atau set. Simbol + mula diwujudkan dalam manuskrip yang berasal daripada perkataan et dalam bahasa Latin yang memberi maksud dan. Penambahan mempunyai empat sifat iaitu tertutup, komutatif, asosiatif dan identiti. Kira tambah juga mempunyai beberapa strategi yang boleh dilaksanakan iaitu strategi mengira terus, strategi berpasang, dan strategi melengkapkan menjadi 10. Selepas pelajar berupaya memahami konsep kira tambah menggunakan objek konkrit dan model, pelajar barulah bersedia untuk mempelajari kira tambah menggunakan algoritma atau prosedur. Terdapat dua jenis algoritma dalam kira tambah iaitu algoritma kembangan dan algoritma standard. Nombor bulat yang melibatkan operasi kira tolak pula lebih mencabar berbanding dengan operasi tambah. Empat model boleh digunakan bagi melaksanakan operasi kira tolak iaitu Model Ambil Keluar, Model Melengkap, Model Perbandingan dan Model Garis Nombor. Algoritma kira tolak pula boleh dipelajari menggunakan objek konkrit dan model. Kira darab nombor bulat merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa nombor bulat yang serupa. Kira darab mempunyai lima sifat iaitu tertutup, komutatif, asosiatif, identiti dan sifat kira darab sifar bagi nombor bulat. Terdapat banyak kekeliruan dari segi susunan operasi yang melibatkan gabungan kira tambah + dengan kira darab x dan operasi tolak - dengan kira darab x. Dalam hal ini, ahli matematik bersetuju untuk menyelesaikan kira darab dahulu diikuti dengan kira tolak atau kira tambah. Operasi kira bahagi nombor bulat pula merupakan sejumlah nombor yang dibahagi kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Terdapat tiga strategi kira bahagi iaitu bahagi langsung, faktor tertinggal dan kira tolak berulang. Algoritma kira bahagi boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah scaffolding.

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

Penyelesaian masalah nombor bulat yang merangkumi operasi kira tambah, kira tolak, kira darab dan kira bahagi tidak semestinya diajar di penghujung pengajaran sesuatu bab, sebaliknya perlu dilakukan di sepanjang pengajaran. Justeru, pengajaran haruslah bermakna dengan melibatkan diri pelajar dalam aktiviti yang berkait rapat dengan kehidupan mereka. Penyelesaian masalah melibatkan empat proses utama iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali. Berbagai-bagai-bagai istilah yang berkait rapat dengan penyelesaian masalah, di antaranya adalah masalah rutin, masalah bukan rutin dan masalah matematik berayat.

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

1.2 Pandangan saya tentang pembelajaran tentang bab ini. Pada pandangan saya, topik Nombor Bulat merupakan topik penting yang perlu dikuasai oleh seseorang murid. Topik ini juga merupakan topik asas yang dimulai dengan pengenalan nombor 1 hingga 9 yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum melangkah ke kemahiran yang lebih rumit, mencabar serta memerlukan mereka berfikir dengan lebih kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Kepentingan untuk menguasai nombor oleh murid-murid sejak Tahun 1 menjadi perkara utama sebelum murid-murid didedahkan dengan kemahiran menambah, menolak, mendarab atau membahagi. Jika murid-murid tidak tahu nilai nombor, bagaimanakah mereka hendak menyelesaikan operasi yang empat itu? Guru harus bijak mencari kaedah yang paling sesuai untuk mengajar tajuk nombor supaya kemahiran ini dapat dikuasai sepenuhnya oleh semua murid. Penggunaan bahan bantu mengajar sama ada yang berbentuk 2D, 3D, konkrit, teknologi atau sebagainya yang terdapat banyak di pasaran serta berwarna warni akan menarik minat murid-murid untuk mempelajari nombor di peringkat awal. Konsep fun learning yang diperkenalkan melalui KSSR adalah bermatlamat untuk menjadikan murid-murid lebih seronok untuk belajar dengan mudah dan tidak terlalu tertekan seperti zaman KLSR dahulu. Pemerhatian guru terhadap murid-murid di dalam kelas sewaktu mengajar topik nombor haruslah menyeluruh merangkumi murid-murid yang genius, sederhana dan juga murid-murid LINUS. Ini bertujuan supaya di akhir pengajaran tentang topik nombor, semua murid dapat menguasai kemahiran yang diajar. Jika ada murid yang tidak faham, guru haruslah mencari punca masalah sama ada berpunca daripada diri murid itu sendiri, berpunca daripada guru atau cara pengajaran yang tidak sesuai dan tidak berupaya menarik minat murid. Apabila murid-murid dengan mudah mengetahui asas nombor bulat, kemahiran lain seperti tambah, tolak, darab dan bahagi akan dapat diajar dengan lebih mudah dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kemahiran-kemahiran tentang empat operasi ini juga perlu diajar oleh guru dengan baik, sistematik serta mengikut kaedah yang disarankan atau kaedah yang dicipta sendiri oleh guru. Ini adalah kerana, operasi yang empat ini akan digunakan juga dalam asas ukuran seperti ukuran panjang, timbangan berat, isi padu cecair, wang dan sebaginya. Kesimpulannya, nombor bulat merupakan topik utama dan sangat penting dikuasai oleh semua murid di peringkat awal agar masalah-masalah yang timbul di masa hadapan akan dapat diatasi. Penguasaan murid dalam bab ini banyak bergantung pada kebijaksanaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai serta mengikuti perkembangan semasa. Murid-murid perlu sering diberi motivasi agar minat untuk belajar matematik dapat disemai dari awal supaya stigma masyarakat yang menganggap matematik sebagai mata pelajaran yang susah tidak ditanam dalam diri murid.

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

1.3 Cadangan untuk penambahbaikan dan pelaksanaan di sekolah. Teknik pengajaran topik nombor yang saya perhatikan di sekolah saya berbeza-beza mengikut guru yang mengajar. Bagi murid-murid Tahun 1 yang baru mengenal nombor, kebanyakan guru-guru menggunakan kad imbasan nombor yang memaparkan objek serta nombor yang tertentu. Murid-murid akan tahu bilangan objek berserta dengan nombor yang tertera di bawahnya. Saya berpendapat untuk penambahbaikan sesuai dengan sifat kanak-kanak yang suka bermain, konsep belajar sambil bermain perlu ditekankan agar murid-murid tidak tertekan dan seronok bermain dengan nombor di samping mudah mengingatinya. Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Bruner, pembelajaran Matematik melalui tiga peringkat iaitu enaktif (konkrit), ikonik (gambar) dan simbolik (simbol). Sering kali kita dapati kebanyakan guru terus menunjukkan simbol nombor kepada murid tanpa melalui peringkat pertama dan kedua. Melalui konsep bermain sambil belajar topik nombor, adalah dicadangkan agar bahan-bahan konkrit perlu ditunjukkan terlebih dahulu kepada murid-murid mengikut bilangan tertentu. Terdapat banyak bahan konkrit di bilik darjah atau murid-murid bawa sendiri dari rumah untuk menambahkan keseronokan mereka untuk belajar. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh setiap orang murid membawa sebiji buah dan menggabungkannya dengan buahbuahan lain yang dibawa oleh murid lain. Di samping belajar mengira, mereka diberi peluang untuk makan bersamasama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan cara ini, mereka akan sentiasa ternanti-nanti waktu subjek Matematik dan akan bersedia membawa apa sahaja yang diminta oleh guru. Selepas murid-murid telah menguasai peringkat pertama, peralihan ke peringkat kedua dengan hanya menggunakan gambar pula digunakan. Murid sudah boleh membayangkan kerana mereka pernah melalui pengalaman mengira sendiri bahan konkrit sebelum ini. Seterusnya peringkat ketiga iaitu pengenalan kepada simbol 1,2,3,4,....9 akan menjadi lebih mudah dan dapat diterima oleh murid-murid. Pendekatan bermain sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. KPM menekankan supaya pendekatan ini mempunyai ciriciri seperti aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri, dan peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras dengan itu, maka pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran ini adalah pendekatan permainan.

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

1.4 Kesimpulan Nombor bulat merupakan salah satu cabang asas nombor selain daripada pecahan, perpuluhan, wang dan peratus yang diberi penekanan secara serius dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah. Guru berperanan penting dalam pengajaran asas nombor bukan sahaja setakat memberi penekanan dan pengetahuan dalam bidang tersebut tetapi jauh lebih penting mewujudkan pengalaman bermakna kepada mereka. Melalui pengalaman bermakna, muridmurid akan mengaplikasi pengetahuan berkenaan nombor dalam menjalani kehidupan seharian. Penguasaan pengetahuan dalam pedagogi (PCK) amat diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Guru-guru juga perlu sentiasa peka dan sering meneroka kaedah-kaedah baru pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) agar sesi pengajaran tidak hambar dan sentiasa menyeronokkan. Sifat kanak-kanak yang memang suka bermain boleh dijadikan manfaat dan digunakan dalam salah satu kaedah pengajaran agar apa yang hendak disampaikan akan lebih mudah diterima dan diingati kerana murid akan mudah menerima jika mereka melalui sendiri pengalaman tentang sesuatu perkara.

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

2.1 Deskripsi tentang tajuk : Unit 2 - PENGAJARAN NOMBOR BULAT Melalui tajuk Pengajaran Nombor Bulat, saya dapati bahawa kandungan bab ini menekankan tentang miskonsepsi murid-murid dalam nombor bulat, membina pengetahuan isi kandungan pedagogi (PCK) dan juga merancang penggunaan bahan bantu mengajar untuk pengjaran nombor bulat. Perkara pertama yang disentuh adalah miskonsepsi murid-murid dalam pembelajaran Matematik yang berpunca daripada kecuaian yang agak mudah dikesan di kalangan murid-murid. Penyelesaian yang mudah yang boleh guru lakukan adalah dengan selalu mengingatkan mereka supaya berhati-hati semasa penyelesaian masalah Matematik. Miskonsepsi di kalangan murid-murid dikaitkan dengan teori pembelajaran yang dapat membantu guru mengenal pasti murid yang menghadapi miskonsepsi bagi tajuk nombor. Mengikut teori behaviourisme, murid belajar apa yang diajar dan berpendapat bahawa pengetahuan diperolehi daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada tidak diperlukan untuk pembelajaran. Miskonsepsi yang berlaku di kalangan tidak diambil kira kerana teori ini tidak mengambil kira konsep sedia ada murid. Manakala Teori Konstruktivisme pula menganggap seseorang belajar melalui pengalaman dan bergantung pada kualiti idea daripada pengalaman tersebut. Melalui teori ini juga berpendapat, kanak-kanak bukan sahaja membuat interpretasi pengetahuan tetapi menyusun dan menstruktur pengetahuan kepada unit-unit konsep saling berhubungan yang lebih besar yang dinamakan skemata. Pembelajaran melibatkan interaksi antara skemata dan penjanaan idea baru kanak-kanak yang melibatkan hubung kait dua proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan akomodasi. Miskonsepsi Matematik murid-murid sekolah rendah merangkumi miskonsepsi nilai tempat, miskonsepsi kira tolak dan miskonsepsi kira darab. Guru-guru haruslah menangani miskonsepsi yang sering timbul sejak peringkat awal agar kesilapan tidak terus dilakukan pada masa hadapan. Guru-guru haruslah memainkan peranan dalam menghadapi masalah miskonsepsi murid dan di antaranya adalah melalui ramalan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid, menjelaskan bagaimana dan mengapa murid-murid melakukan kesilapan dan membantu murid-murid memperbetulkan miskonsepsi mereka. Seseorang guru yang berpengalaman akan mudah meramal miskonsepsi yang akan dilakukan oleh murid tetapi bagi guru-guru baru, mereka haruslah membuat refleksi kendiri dan selalu berbincang dengan rakan setugas untuk mengatasi masalah yang timbul agar kualiti pengajaran sentiasa dipelihara. Melalui bab ini juga, penekanan diberikan tentang pembinaan pengetahuan isi kandungan pedagogi bagi pengajaran nombor bulat. Dalam perancangan pengajaran pembelajaran konsep nombor, perhatian harus diberikan kepada penguasaan enam kemahiran asas iaitu mengelas dan membanding, memadan satu dengan satu, membilang, merekodkan dengan perkataan dan simbol, menyusun nombor mengikut tertib dan memahami konsep nilai tempat. Pengajaran operasi nombor bulat juga menggariskan strategi pelaksanaan pengajaran operasi nombor bulat iaitu strategi pengajaran pembelajaran operasi kira tambah dan kira tolak. Guru harus memberi penekanan kepada 7

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

beberapa perkara penting seperti mengaitkan operasi tambah dengan membilang nombor secara menaik dan menurun, pengenalan bahan konkrit sebelum pengenalan simbol, pengajaran tentang fakta asas supaya murid-murid dapat mengenal pasti pola nombor dan membuat generalisasi tentang fakta asas dan sebaginya. Pengajaran melalui penyelesaian masalah menekankan kefahaman tentang masalah yang dikemukakan, merancang penyelesaian, melaksana penyelesaian serta meninjau kembali yang bertujuan untuk menyemak kembali jawapan yang diperolehi untuk memastikan ia adalah betul. Melalui pengajaran dan pembelajaran nombor bulat, penggunaan bahan konkrit dan teknologi digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan bahan konkrit iaitu Blok Dienes bertujuan untuk membantu murid-murid memahami konsep nilai tempat serta menguasai kemahiran menambah dan menolak. Di samping penggunaan bahan konkrit, penggunaan media dan teknologi semakin mendapat tempat di sekolah sesuai dengan kecanggihan teknologi dan kemudahan peralatan serta perisian yang dibekalkan di sekolahsekolah. Di antaranya adalah penggunaan komputer dan kalkulator. Terdapat beberapa jenis kalkulator yang boleh digunakan untuk pengajaran Matematik yang melibatkan aktiviti meneroka corak nombor, penyelesaian masalah yang melibatkan nombor besar dan membantu pembelajaran tentang idea-idea Matematik. Penggunaan kalkulator telah mula diperkenalkan sejak 40 tahun yang lalu dan ia dapat membantu murid-murid mengenal pasti pola sesuatu operasi Matematik seperti kira tambah, kira tolak, kira darab dan kira bahagi. Kesimpulannya, nombor bulat merupakan asas nombor yang berkait secara langsung dengan kemahiran-kemahiran lain seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus. Guru-guru harus memberi penekanan agar kefahaman murid-murid dalam nombor bulat dapat dikuasai di peringkat awal agar penggunaannya yang lebih dalam kemahiran yang lain dapat dilaksanakan tanpa menimbulkan masalah. Pengalaman-pengalaman yang diperolehi sewaktu membuat latihan dalam nombor bulat dapat diaplikasi dalam kemahiran yang lebih rumit dan mencabar.

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

2.2 Pandangan saya tentang pembelajaran tentang bab ini. Pada pendapat saya, Pengajaran Nombor Bulat merupakan topik yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua murid sebelum mereka mempelajari topik-topik berkaitan yang lebih rumit serta mencabar. Kemahiran ini perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran lain yang lebih rumit. Pada peringkat awal pembelajaran, murid-murid perlu diajar tentang nilai sesuatu nombor, menulis nombor sama ada dalam urutan menaik dan menurun, mengetahui nilai tempat, membundarkan nombor dan seterusnya dapat menambah, menolak, mendarab dan membahagi dengan betul. Konsep nombor perlu diberi penekanan terlebih dahulu agar mereka benar-benar mengetahui nilai sesuatu nombor dan tidak hanya menghafalnya sahaja. Peranan guru tentang penyediaan bahan bantu mengajar konsep nombor perlu diambil berat. Penggunaan bahan konkrit untuk menunjukkan tentang bilangan sesuatu benda perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan simbol nombor kepada murid. Pembelajaran melalui pengalaman akan mengukuhkan ingatan murid tentang konsep nombor agar apabila murid berdepan dengan simbol nombor yang bersifat abstrak, mereka akan dapat membayangkan nilai sebenar sesuatu nilai nombor. Penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran yang terkandung di dalam pengajaran nombor bulat dan ia perlu diselesaikan mengikut pendekatan yang terancang. Untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid, kebijaksanaan guru memilih soalan adalah berdasarkan tahap murid. Apabila seseorang murid telah berjaya menyelesaikan masalah, peningkatan minat mereka untuk menyelesaikan masalah yang alain akan tumbuh dengan sendirinya. Penyelesaian masalah menggunakan Model Polya merupakan salah satu kaedah yang selalu digunakan oleh guru-guru. Polya (1973) dalam bukunya How To Solve It : Aspect of Mathematical Methode menyarankan bahawa dalam proses penyelesaian masalah, kemampuan murid untuk berfikir dan memahami masalah, merancang penyelesaian, menyelesaikan dan mengaitkan masalah yang dikemukakan dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dilalui sebelumnya. Melalui kaedah ini, guru-guru haruslah membimbing murid untuk mengenal pasti masalah yang dikemukakan. Setelah itu, murid-murid perlu tahu operasi yang seharusnya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Seterusnya, murid-murid perlulah menghuraikan langkah penyelesaian yang sistematik untuk menyelesaikan masalah yang berkenaan. Akhir sekali, murid-murid perlulah menyemak sama ada jawapan yang diperolehi betul atau salah dengan menggunakan kaedah songsangan. Sebagai contoh, jika menggunakan operasi tolak, mereka boleh menggunakan operasi tambah untuk mengetahui sama ada jawapan betul atau salah. Kesimpulannya, nombor bulat merupakan topik penting yang perlu dipelajari serta difahami seterusnya dikuasai sejak peringkat awal agar masalah-masalah yang berkaitan dengan nombor akan dapat diselesaikan dengan mudah dan memberikan jawapan yang betul. Guru berperanan penting untuk proses pemahaman murid dalam topik ini. 9

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

2.3 Cadangan untuk penambahbaikan dan pelaksanaan di sekolah. Pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan untuk mengajar tajuk nombor bulat di sekolah. Sebagai seorang guru, kita seharusnya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang timbul sewaktu pengajaran dan pembelajaran tajuk nombor bulat di bilik darjah. Setelah mengenal pasti masalah, kajian tindakan perlu dilakukan agar masalah dapat diatasi seterusnya tidak terus menjadi miskonsepsi terhadap tajuk tersebut di masa hadapan. Perbincangan dengan guru-guru dalam Panitia Matematik untuk mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang timbul sudah semestinya menjadi titik tolak untuk menghalang daripada masalah berlarutan. Guru-guru seharusnya mempunyai senarai nama murid yang tidak menguasai nombor bulat sama ada tambah, tolak, darab atau bahagi. Murid-murid tersebut harus diberikan penerangan tambahan mengenai kemahiran yang tidak dikuasai. Latih tubi perlu diberikan agar mereka mendapat latihan pengukuhan. Jika murid-murid tidak dapat dipulihkan di dalam kelas, mereka harus dirujuk di Kelas Pemulihan menjalani program LINUS yang akan membuat ujian saringan. Selepas menjalani saringan LINUS dan murid masih lagi gagal melepasinya, murid tersebut perlu dirujuk kepada pakar perubatan untuk pemeriksaan doktor. Ini untuk memastikan sama ada murid tersebut murid berkeperluan khas atau tidak dan ke mana hala tuju murid tersebut. Murid normal sudah pasti akan dapat dipulihkan setelah menjalani pemulihan dan ujian saringan LINUS sebaliknya jika murid tersebut ada ciri-ciri murid berkeperluan khas, dia harus ditempatkan di kelas Pendidikan Khas untuk tujuan pemulihan. Selain daripada itu, guru-guru juga harus sentiasa peka dengan keperluan murid-murid mengikut peredaran semasa. Penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran perlulah sesuai dengan kehendak murid pada zaman ini. Guru harus sentiasa kreatif agar murid berminat untuk mengikuti pengajaran di dalam kelas. Teknik dan kaedah lama yang hanya menggunakan buku teks dan buku latihan agak ketinggalan zaman dan tidak menarik minat murid. Teknik pengajaran berbantukan komputer serta bahan media serta teknologi menjadi perhatian dewasa ini. Lakonan, lagu dan sebagainya yang dijadikan sebagai set induksi akan menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran. Gerakan juga harus dilakukan dan bukan sahaja duduk di kerusi dan mendengar guru mengajar yang akan membosankan murid. Kesimpulannya, guru harus memainkan peranan penting untuk memastikan setiap orang murid menguasai nombor bulat kerana nombor bulat merupakan salah satu tajuk penting untuk dikuasai sebelum melangkah ke tajuk yang lebih rumit. Perbincangan di antara guru seharusnya sering dilakukan agar setiap permasalahan yang timbul akan dapat diatasi. Masalah nombor bulat seharusnya diselesaikan di peringkat awal agar ia tidak berlarutan dan menjadi masalah yang lebih besar di masa hadapan.

10

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

2.4 Kesimpulan. Melalui tajuk pengajaran nombor bulat dalam Modul KRM 3013 Nombor Asas ini saya dapati ia amat berguna untuk diteliti oleh setiap orang guru kerana ia memberi penerangan yang terperinci mengenai pengajaran tajuk tersebut berserta miskonsepsi yang sering dihadapi oleh murid dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk mengajar tajuk tersebut. Guru-guru seharusnya peka dengan transformasi pendidikan semasa agar seiring dengan perkembangan semasa. Layari laman web yang berkaitan atau sering membuat perbincangan dengan rakan seperjuangan juga banyak membantu dalam meningkatkan prestasi murid-murid.

11

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

3.1 Deskripsi tentang tajuk : Unit 4 - PENGAJARAN NOMBOR PECAHAN Pecahan merupakan salah satu unit yang terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik sekolah rendah yang sering menimbulkan kesukaran di kalangan murid-murid. Di antara miskonsepsi yang sering timbul adalah bentuk pecahan yang berbeza dengan bentuk nombor bulat. Mereka sering kali menganggap operasi tambah, tolak, darab dan bahagi pecahan diselesaikan sama seperti nombor bulat. Masalah yang sering timbul dalam memahami maksud pecahan seperti mengetahui peranan pengangka (numerator) dan penyebut (denominator) yang akan mengakibatkan kesalahan pengiraan. Tambah dan tolak pecahan tidak boleh dibuat secara terus seperti nombor bulat (contoh : 4/5 + 5/8 = 9/13 adalah salah) walau bagaimanapun mendarab pecahan boleh dibuat secara terus (contoh: 3/5 x 2/3 = 6/15). Situasi ini sering menimbulkan kekeliruan kepada murid-murid dan menganggap semua operasi menjalani proses yang sama seperti nombor bulat. Guru harus memberikan contoh yang sesuai untuk membezakan cara penyelesaian di antara tambah, tolak, darab dan bahagi pecahan untuk mengukuhkan kefahaman murid-murid. Penggunaan bahan bantu mengajar konkrit akan memudahkan penyampaian pengajaran kepada murid-murid untuk menerangkan tentang konsep pecahan. Berikut adalah beberapa miskonsepsi yang sering timbul di kalangan murid-murid untuk memahami konsep pecahan: a) Miskonsepsi dalam mendapatkan penyebut bagi kira tambah atau kira tolak nombor pecahan yang penyebut tidak sama. b) Miskonsepsi tentang hanya nombor bulat dimanipulasikan untuk membuat pengiraan apabila melibatkan nombor pecahan yang lebih besar daripada 1. c) Miskonsspsi tentang penyebut (denominator) bagi kira tambah dan kira darab nombor pecahan. d) Miskonsepsi bagi prosedur operasi kira darab songsangan (inverse and multiply) bagi masalah yang melipatkan operasi kira bahagi pecahan. Pembinaan pengetahuan isi kandungan pedagogi bagi mengajar konsep pecahan perlu diberi penerangan yang jelas dan terperinci oleh guru agar murid-murid memahami konsep sebenar pecahan. Pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan melibatkan tiga langkah utama iaitu konsep pecahan berdasarkan benda maujud, gambar rajah dan simbol matematik. Konsep pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan boleh ditunjukkan dengan perkaraperkara maujud seperti sebiji kek yang dipotong kepada beberapa bahagian. Seterusnya penggunaan gambar rajah untuk menunjukkan kefahaman mengenai pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan boleh diaplikasikan 12

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

untuk mengukuhkan kefahaman murid-murid. Seterusnya penggunaan simbol pecahan boleh diperkenalkan yang menekankan tentang pengangka (numerator) dan penyebut (denominator). Pengajaran operasi nombor pecahan melibatkan kira tambah, kira tolak, kira darab dan kira bahagi perlu dilakukan dengan menggunakan prosedur yang khusus dan perlu dilaksanakan dengan berasaskan kefahaman dan bukan hafalan. Ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan operasi di atas seperti yang melibatkan penyebut yang sama dan penyebut yang tidak sama. Penggunaan bahan bantu mengajar sama ada bahan konkrit, media dan teknologi boleh digunakan untuk memastikan murid-murid memahami pengajaran dengan lebih mudah dan jelas. Walaupun tajuk pecahan merupakan tajuk yang amat mencabar, guru perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk memastikan kefahaman konsep khususnya dalam melaksanakan operasi Matematik. Penyelesaian masalah perlu diberi perhatian di samping penggunaan bahan manipulatif yang sesuai sewaktu pengajaran di dalam kelas.

13

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

3.2 Pandangan saya tentang pembelajaran tentang bab ini. Konsep pecahan sering kali menimbulkan masalah dari segi pemahaman di kalangan murid-murid terutamanya di sekolah rendah. Masalah menjadi semakin rumit bagi murid-murid lemah termasuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Guru seharusnya bijak memilih kaedah, teknik dan bahan bantu bersesuaian agar muridmurid dapat memahami dan menerima konsep asas pecahan supaya tidak timbul masalah apabila kemahiran semakin tinggi dan mencapai tahap kesukaran (abstrak). Saya mencadangkan penggunaan bahan bantu mengajar konkrit diperkenalkan sebagai pengenalan konsep asas pecahan. Murid dapat melihat pecahan sebagai sebahagian daripada satu benda dengan melihat sendiri sebiji kek yang dipotong dan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pembelajaran secara teori akan hanya membuang masa kerana murid-murid tidak dapat membayangkan apa itu konsep pecahan yang sebenarnya. Di samping penggunaan bahan konkrit, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga adalah satu kaedah pembelajaran yang menggunakan komputer sebagai media penyampai dan pencarian maklumat. Komputer kini mula dianggap sebagai alat kognitif atau alat minda yang boleh digunakan bagi membantu memperkembangkan keupayaan dan meningkatkan kemahiran proses kognitif murid-murid. Dewasa ini terdapat banyak perisian termasuk yang menerangkan konsep pecahan di pasaran untuk memudahkan penyampaian pengajaran . Perisian yang disediakan membolehkan murid-murid memperoleh satu pengalaman baru serta menyeronokkan untuk mempelajari tajuk pecahan dalam subjek Matematik yang dianggap amat sukar serta membosankan. Latihan dan nota yang lengkap juga disediakan bagi meningkatkan kefahaman mereka dengan lebih mendalam dan berkesan. Di samping penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam pembelajaran tajuk pecahan, guru juga memainkan peranan yang penting sebagai fasilitator kepada murid-murid sewaktu menggunakan bahan tersebut. Guru tidak seharusnya membiarkan sahaja murid-murid mencari maklumat mengenai konsep pecahan dengan sendiri supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan seterusnya mengurangkan berlakunya miskonsepsi yang sering timbul dalam subjek Matematik. Minat murid terhadap subjek Matematik juga akan dapat ditanam dan tidak terus menganggap Matematik sebagai subjek yang susah dan sukar dikuasai. Walaupun tajuk pecahan merupakan salah satu tajuk yang mencabar dalam subjek Matematik, pembelajaran akan lebih mudah, seronok dan berjaya menarik minat murid-murid dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Perisian yang dibekalkan oleh KPM perlu digunakan sepenuhnya agar konsep pecahan dan juga tajuk lain akan dapat dikuasai dengan mudah seterusnya berjaya mencapai objektif yang disasar. 14

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

3.3 Cadangan untuk penambahbaikan dan pelaksanaan di sekolah. Matematik merupakan salah satu subjek wajib di sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah . Pecahan merupakan salah satu kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran Matematik yang sering kali dianggap sukar difahami dan dikuasai terutamanya yang abstrak. Kekeliruan sering timbul terutamanya perkaitan di antara satu konsep dengan konsep yang lain kerana murid sukar memahami konsep baru dan berbeza-beza. Contohnya, penambahan pecahan di mana murid menambah terus tanpa menyamakan penyebut (denominator) terlebih dahulu. Saya mencadangkan agar guru terlebih dahulu memberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang konsep pecahan sebagai suatu operasi yang mewakili nilai sebahagian daripada semua atau menyeluruh. Apabila murid telah menguasai dan memahami apa sebenarnya konsep pecahan, masalah tidak akan timbul untuk mempelajari operasioperasi yang lain dalam tajuk ini. Menurut Kilpatrick, Swafford & Findell (2001) dan Clarke (2006), pecahan sangat berkait rapat dengan nombor nisbah. Selain daripada penerangan guru tentang konsep asas pecahan, penggunaan bahan media dan teknologi adalah salah satu cara memudahkan guru memberi penerangan tentang tajuk ini. Terdapat perisian yang dibekalkan oleh KPM serta corak pengajaran interaktif mengenai tajuk pecahan yang boleh membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagaimana yang saya cadangkan dalam perkara 4.2 di atas yang mencadangkan penggunaan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar, penggunaan teknologi dan media juga berupaya menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dengan rasa seronok seterusnya akan dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Sudah tiba masanya kita sebagai guru menggunakan teknologi sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya setanding dengan negara maju dan mengikuti perkembangan semasa. Murid-murid dewasa kini juga semakin selesa dan mahir mengendalikan komputer kerana kemudahan tersebut boleh didapati di mana sahaja sama ada di rumah atau di sekolah. Guru Cuma bertindak sebagai fasilitator agar murid tidak menyalahgunakan penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan komputer dengan melayari laman web yang tidak berkaitan. Selepas murid-murid telah diberi penerangan dan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, latihan perlu diberikan untuk memastikan penguasaan kemahiran tajuk pecahan. Guru juga dapat membuat penilaian sama ada murid sudah menguasai atau tidak kemahiran yang diajar selepas menyemak hasil kerja murid. Jika berlaku miskonsepsi tentang bahagian-bahagian tertentu, guru harus memberi penerangan semula atau bertanya murid bahagian mana yang masih tidak difahami dan dikuasai. Dengan cara ini, miskonsepsi tidak akan berlarutan seterusnya akan meningkatkan lagi prestasi murid dalam subjek Matematik. Stigma masyarakat yang menganggap Matematik sebagai subjek yang sukar dikuasai akan dapat dikikis jika cara pengajaran guru berjaya menarik minat murid mengikuti pengajaran di bilik darjah seterusnya menguasai kemahiran yang diajar. 15

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

3.4 Kesimpulan Setelah membuat pembacaan tentang cara pengajaran nombor pecahan serta mengetahui miskonsepsi yang sering timbul berkaitan tajuk ini, saya dapati kaedah pengajaran pecahan menjadi lebih mudah untuk diajar. Selama ini saya menganggap penggunaan bahan bantu mengajar kurang penting terutamanya bagi tajuk pecahan, sebaliknya ia banyak membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan bahan bantu mengajar perlulah sesuai dan mengikuti perkembangan semasa sama ada berbantukan komputer atau bahan media yang lain. Pengurangan penggunaan chalk and talk dianggap agak ketinggalan akan banyak memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan kognitif mereka. Penglibatan murid secara menyeluruh sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih memberi kesan berbanding guru sahaja yang menyampaikan pengajaran di hadapan kelas. Pengalaman yang murid perolehi akan lebih mengukuhkan kefahaman serta dapat diaplikasi untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi-operasi berbeza dalam tajuk pecahan. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan pengajaran kepada murid. Kebijaksanaan guru memilih kaedah dan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam tajuk pecahan akan dapat memudahkan proses pengajaran di bilik darjah. Murid-murid juga akan dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan mudah, cepat dan berkesan seterusnya mencapai objektif yang disasar.

16

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

4.1 Deskripsi tentang tajuk : Unit 7 WANG Wang merupakan objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli oleh sesuatu masyarakat dan sah dari segi undang-undang sesebuah negara. Penggunaan wang adalah menggantikan sistem barter yang terlebih dahulu dan ia didapati lebih mudah digunakan. Wang Malaysia terdiri daripada dua bentuk iaitu wang kertas dan wang syiling. Penulisan nilai mata wang menggunakan simbol RM iaitu Ringgit Malaysia. Asas dalam pertukaran mata wang antara ringgit dan sen adalah 1 ringgit bersamaan dengan 100 sen. Dalam amalan seharian, nilai wang adalah gabungan daripada bebrapa jenis wang lain dengan nilai yang lebih rendah. Sebagai contoh, nilai wang RM5.00 terdiri daripada gabungan 5 keping wang kertas RM1.00 atau sebagainya. Dalam tajuk wang, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi juga terlibat secara langsung. Selain daripada itu, operasi bercampur di antara keempat-empat operasi itu juga digunakan di mana kadangkala terdapat dua atau lebih operasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah Matematik yang melibatkan wang. Proses penyelesaian masalah juga terdapat dalam tajuk wang di mana prosesnya melibatkan empat langkah penting iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali.

17

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

4.2 Pandangan saya tentang pembelajaran tentang bab ini. Wang merupakan salah satu tajuk yang dianggap penting dalam subjek Matematik kerana manusia menggunakan wang atau duit dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam zaman yang serba moden ini, segala keperluan memerlukan wang untuk mendapatkannya. Tanpa wang kita tidak dapat membeli makanan, pakaian, kemudahan tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Guru perlu mengajar kemahiran mengenal jenis dan nilai wang sebelum mempelajari tentang keempat operasi penting untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan wang. Muridmurid perlu mengetahui nilai wang RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 di samping mengenali wang syiling 5 sen, 10 sen dan 50 sen supaya mereka tahu menggunakannya untuk menjalani kehidupan seharian sama ada di sekolah atau apabila mereka dewasa kelak. Kemahiran mengecam, mengklasifikasi dan mengasingkan wang kertas dan wang syiling mengikut nilai yang diperlukan juga perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakannya dengan betul apabila perlu. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penggunaan bahan bantu mengajar menggunakan contoh wang kertas dan wang syiling akan membantu murid mengetahui nilai sebenar wang mengikut harga barangan yang hendak dibeli oleh murid. Guru boleh menunjukkannya melalui lakonan jual beli di pasar atau kedai untuk memastikan murid-murid mengetahui dan memahami penggunaan wang dengan betul. Guru membimbing murid sewaktu proses menyediakan jumlah wang atau penggunaan wang kertas dan wang syiling. Dengan cara ini, murid akan lebih mengingati apa yang dipelajari berbanding jika mereka belajar secara teori tanpa menunjukkan contoh sebenar. Pengetahuan mengenai wang adalah sangat penting untuk memudahkan murid menggunakannya sewaktu membeli makanan di kantin, di kedai atau sebagainya.

18

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

4.3 Cadangan untuk penambahbaikan dan pelaksanaan di sekolah. Pada pandangan saya, pelaksanaan pengajaran tentang tajuk wang hanya melibatkan tentang pengenalan mata wang, jenis mata wang dan operasi yang dilibatkan dalam pengiraan wang. Untuk menjalani kehidupan seharian di masa hadapan, murid-murid juga perlu mengetahui bahawa nilai wang bukan sahaja terletak pada wang kertas atau wang syiling tetapi juga melalui kad kredit, kupon, baucar, kiriman wang dan sebagainya. Guru kurang menitikberatkan tentang nilai wang dalam bentuk-bentuk selain daripada wang kertas dan wang syiling. Pada zaman moden dan canggih ini, murid-murid juga perlu didedahkan sejak di peringkat sekolah rendah tentang bentuk-bentuk nilai wang tersebut walaupun tiada dalam sukatan pelajaran. Guru boleh memberikan contoh-contoh yang bersesuaian agar murid mengetahui kewujudan nilai wang tersebut melalui alat berbantukan komputer. Saya percaya murid-murid yang tinggal di bandar besar telah biasa melihat kad kredit, kad ATM, kupon atau baucar yang boleh didapati daripada ibu, bapa atau ahli keluarga yang lain. Selain daripada itu, murid-murid juga perlu didedahkan dengan penggunaan wang. Lawatan ke pejabat pos atau bank perdagangan akan memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara wang digunakan. Sebagai contoh untuk membayar bil elektrik, bil air, membeli setem, membuat kiriman wang atau sebagainya. Wang tidak hanya digunakan untuk membeli makanan, pakaian atau barangan keperluan sahaja. Perkhidmatan yang murid-murid gunakan juga memerlukan wang untuk mendapatkannya. Lawatan ke pasar raya juga adalah salah satu cara murid dapat mengaplikasi pengetahuan yang didapati di bilik darjah. Berikan sejumlah wang kepada murid dan minta mereka mendapatkan beberapa barangan mengikut nilai yang mereka ada. Beri mereka peluang untuk membayar sendiri di kaunter agar mereka berasa lebih yakin serta berani berurus niaga tanpa meminta bantuan daripada orang dewasa. Melalui cara ini, mereka akan memperoleh pengalaman sendiri yang dapat digunakan sewaktu menjawab soalan-soalan yang berkaitan ketika menyelesaikan masalah berkaitan wang. Pengajaran dan pembelajaran tajuk wang akan menjadi lebih seronok jika guru dan murid melakukan aktiviti lakonan atau melaluinya secara realiti di luar bilik darjah. Pengajaran yang dijalankan di bilik darjah tidak akan menunjukkan keadaan sebenar cara perbelanjaan menggunakan wang dan kemahiran tidak akan dapat dikuasai secara menyeluruh. Memandangkan wang mempunyai kuasa yang sangat besar dalam kehidupan zaman moden yang semakin mencabar ini, corak dan teknik serta kaedah pengajaran juga perlu diubah mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Kaedah lama yang menggunakan bahan bantu mengajar yang terhad agak membosankan murid seterusnya akan melemahkan semangat mereka untuk belajar.

19

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

4.4 Kesimpulan Wang merupakan salah satu tajuk penting dan merupakan asas dalam kehidupan manusia walau di mana mereka berada. Setiap orang murid mempunyai pengalaman sendiri dalam menggunakan wang dengan cara yang berbeza. Penekanan dalam pengenalan nilai wang perlu dititikberatkan agar murid mengenal nilai wang kertas dan wang syiling sebelum mereka menggunakannya untuk membeli keperluan seharian sama ada di kantin atau di rumah. Jika mereka tidak mengetahui nilai wang, urusan jual beli akan menjadi rumit dan nilai wang tidak setanding dengan barangan yang dibeli. Penggunaan wang tidak terhad kepada wang kertas dan wang syiling sahaja tetapi lebih luas lagi melalui penggunaan kad kredit, kupon, baucar, kiriman wang dan sebagainya. Murid-murid perlu didedahkan dengan bentuk wang sedemikian memandangkan corak kehidupan semakin berubah. Lawatan ke premis perniagaan, pejabat pos atau bank perdagangan juga banyak membantu dalam memberi pendedahan penggunaan wang di kalangan murid-murid. Guru yang kreatif dan sentiasa memandang ke hadapan tidak akan menghadkan pengajaran di bilik darjah dan minat murid-murid terhadap subjek Matematik akan dicambah jika teknik pengajaran yang digunakan berjaya menarik minat murid.

20

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

5.1 Deskripsi tentang tajuk : Unit 9 PERATUS Melalui tajuk peratus, konsep peratus adalah merujuk kepada sebilangan bahagian daripada seratus bahagian. Sebagai contoh, 20% bermaksud 20 bahagian daripada keseluruhan jumlah 100 bahagian. Peratus juga bermaksud per seratus dan ditandai dengan simbol (%). Sebagai contoh, 85% dibaca sebagai lapan puluh lima peratus. Guru perlu menerangkan konsep peratus dengan jelas kepada murid-murid. Melalui unit ini juga, murid diajar tentang perhubungan di antara nombor peratus dengan pecahan. Kita dapati, sebarang pecahan yang mempunyai penyebutnya (denominator) 100 boleh terus ditulis dalam bentuk peratus (%). Sebagai contoh: 70/100 sebagai 70%. Bagi penyebut yang tidak bernilai 100, nombor pecahan boleh ditulis dalam bentuk peratus dengan terlebih dahulu mencari pecahan setara dengan penyebutnya bernilai 100. Sebagai contoh: 2/5 = 2 X 20 = 40 = 40% 5 X 20 100

Sebarang nombor peratus boleh ditukar kepada nombor pecahan dengan nilai penyebutnya 100 dan seterusnya memudahkannya menjadi pecahan bentuk teringkas atau termudah. Contohnya : 20/100 = 1/5 Melalui tajuk peratus juga, murid juga belajar berkaitan dengan perhubungan di antara nombor perpuluhan dengan peratus dalam unit pelajaran ini. Secara umum, nombor perpuluhan boleh ditukar kepada peratus melalui tiga tahap: a) Tahap 1 - Mengubah nombor decimal menjadi bentuk pecahan b) Tahap 2 - Jadikan pecahan setara dengan penyebutnya 100 c) Tahap 3 - Nombor pecahan dengan penyebut 100 didarab dengan 100 akan memberi nombor dalam peratus. Penyelesaian masalah melibatkan peratus boleh diperolehi dalam berbagai-bagai bentuk seperti konsep untung, rugi dan diskaun. Terdapat 4 langkah biasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali. Penyelesaian masalah yang sering dikemukakan melalui tajuk peratus adalah masalah diskaun dan masalah faedah. Secara umum, unit pelajaran ini merupakan aplikasi kepada nombor bulat, pecahan dan perpuluhan.

21

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

5.2 Pandangan saya tentang pembelajaran tentang bab ini. Pada pandangan saya , tajuk peratus sama pentingnya dengan tajuk wang kerana ia wujud sewaktu aktiviti jual beli. Sebagai contoh, murid-murid perlu mengira harga sebenar selepas ditolak peratus diskaun yang diberi sewaktu jualan murah di pasar raya. Selain daripada itu, konsep peratus sering kali kita lihat seperti kadar bunga dalam pinjaman bank, dividen ASB, peratus lemak atau karbohidrat dalam makanan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, guru-guru perlu memberi penerangan yang jelas mengenai tajuk peratus dengan menerangkan konsep peratus adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan. Guru juga harus mengajar murid tentang strategi menyelesaikan masalah harian yang melibatkan peratus kepada murid supaya mereka dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul. Selain daripada itu latihan yang banyak sama ada yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi serta penyelesaian masalah perlu diberikan agar murid terbiasa dengan apa sahaja soalan yang dikemukakan sewaktu peperiksaan. Guru-guru juga mempelbagaikan corak soalan dan bukan hanya tertumpu pada peratus, sebaliknya perlu disongsangkan dengan perpuluhan dan sebagainya. Dengan cara ini murid akan menggunakan kemahiran lain yang bersesuaian sewaktu menyelesaikan latihan atau masalah yang dikemukakan. Latihan yang kerap akan menambah tahap penguasaan dan seterusnya akan menyediakan murid sewaktu melangkah ke dewan peperiksaan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai juga perlu digunakan sewaktu mengajar subjek peratus. Selain daripada bahan bantu mengajar yang dibekalkan, komputer adalah salah satu sumber yang digemari oleh muridmurid dewasa ini. Penyampaian juga semakin mudah dan akan menimbulkan perasaan seronok di kalangan murid.

22

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

5.3 Cadangan untuk penambahbaikan dan pelaksanaan di sekolah. Pada pendapat saya, untuk mengajar tajuk peratus, guru harus menerangkan dahulu konsep peratus iaitu peratus merupakan perbandingan di antara satu kuantiti dengan satu kuantiti asas. Peratus boleh diberi makna sebagai perseratus. Contohnya, 25/100 adalah sama dengan 25%. Pertukaran daripada peratus kepada perpuluhan juga perlu diberi penerangan dengan jelas. Sebagai contoh, 25/100 adalah sama dengan 0.25 di mana 25 dibahagi dengan 100 untuk mendapatkan jawapan dalam bentuk perpuluhan. Selepas diberi penerangan dan latihan yang berkaitan dengan konsep peratus serta hubung kait di antara peratus dan perpuluhan, baharulah guru boleh berpindah ke kemahiran selanjutnya seperti menukarkan sebarang nombor perpuluhan kurang daripada 1 kepada peratus dan sebaliknya, menukarkan sebarang nombor perpuluhan dalam 1 tempat perpuluhan yang kurang daripada 1 kepada peratus dan sebaliknya serta menukarkan sebarang nombor bulat dan nombor perpuluhan yang lebih besar daripada 1 kepada peratus dan sebaliknya. Latih tubi latihan yang melibatkan pertukaran daripada nombor peratus kepada perpuluhan perlu dilakukan secara berulang-ulang agar murid mengetahui dengan jelas serta memahami bagaimana cara pertukaran tersebut. Galakkan murid mencuba dan menunjuk cara penukaran tersebut di papan putih seorang demi seorang. Murid-murid memang suka menulis di papan putih, justeru dengan cara ini mereka akan berasa bangga diberi peluang untuk menulis di hadapan dan memberi penerangan sebagai seorang guru. Murid-murid lain diberi peluang untuk bertanya mana-mana bahagian yang kurang difahami. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator terutamanya bahagian yang kurang difahami dan tidak dapat diberi penerangan jika rakan mereka bertanya. Peluang untuk menyelesaikan masalah peratus di papan putih perlu diberikan sama rata kepada semua orang murid termasuk yang agak lambat atau kurang mahir dalam Matematik. Guru perlu membimbing langkah demi langkah cara penyelesaian masalah agar murid tersebut dapat membina keyakinan diri serta berasa rendah diri jika dibandingkan dengan rakan lain yang lebih pantas dan cerdik. Pengajaran dan pembelajaran dua hala yang melibatkan guru dan murid perlu dilakukan agar kedua-dua belah pihak mencapai objektif yang disasar. Guru harus bijak memainkan peranan dan murid harus menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar agar kefahaman diperolehi dan seterusnya dapat diaplikasi dalam apa jua masalah Matematik yang diberi pada masa hadapan.

23

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

5.4 Kesimpulan Sering kali murid menganggap Matematik adalah subjek sukar kerana mempunyai banyak formula atau menggunakan angka-angka yang agak memeningkan kepala. Walau bagaimanapun, bagi murid yang berfikir dengan otak kiri yang amat meminati Matematik, mereka menganggap subjek itu subjek mudah dan amat mudah untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang berkaitan. Pada kebiasaannya, murid yang meminati Sains dan Matematik adalah murid yang pintar dan sering mendapat tempat pertama dalam kelas. Menyentuh tentang tajuk peratus, ia lebih sesuai diperkenalkan kepada murid-murid tahap II kerana mereka sudah mampu dan mahir berfikir secara operasi konkrit. Biasanya murid tahap II sudah agak matang dan mereka mampu membuat pertalian nisbah dan bukannya terhad kepada saiz dan kuantiti sahaja. Bagi murid yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan peratus, mereka juga menghadapi masalah dalam operasi darab dan bahagi serta mengaitkan konsep peratus dengan nisbah pecahan. Di sini, guru memainkan peranan penting untuk mengesan punca kelemahan murid secara sistematik dan untuk memulihkan kelemahan mereka. Guru harus mengajar semula konsep darab dan bahagi dan perkaitan di antara kedua-dua operasi tersebut agar masalah peratus dapat juga diselesaikan. Kesimpulannya, guru perlu bijak mengesan murid yang kurang memahami konsep peratus dan masalah yang dihadapi semasa menyelesaikan masalah yang berkaitan. Hubung kait di antara satu operasi dengan operasi yang lain perlu diambil kira kerana pertalian di antara beberapa operasi sering kali muncul sewaktu menjawab soalan penyelesaian masalah. Guru perlu memberi penjelasan yang mudah difahami agar murid tidak terasa tertekan atau menganggap Matematik sebagai subjek yang sangat susah sehingga tidak mahu cuba untuk menyelesaikan operasi atau masalah Matematik yang berkaitan.

24

KRM 3013 ASAS NOMBOR DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)

Rujukan: 1. http://celikmate.blogspot.com 2. http://allaboutpemulihan.blogspot.com/ 3. http://eprints.utm.my 4. http://teratakmatematik.blogspot.com 5. Modul KRM 3013 Asas Nombor , UPSI Tanjung Malim, Perak, 2012.

25

You might also like