You are on page 1of 145

KANDUNGAN KURIKULUM

PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN GURU PRASEKOLAH SWASTA DAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN MENGHADIRI KURSUS BAGI PROGRAM LATIHAN TIGA MINGGU GURU PRASEKOLAH SWASTA DAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTERGRASI NASIONAL (JPNIN)

BAHAGIAN A : TATATERTIB

PERKARA 1: 1.1

PERATURAN AM

Seseorang peserta kursus yang mengikuti kursus yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mesti berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar Premis Berkursus demi menjaga nama baik profesion keguruan dan maruah diri.

1.2

Setiap peserta kursus sama ada di dalam Premis Berkursus atau di luar Premis Berkursus dilarang untuk melakukan perkara-perkara berikut:1.2.1 Dadah, Arak dan Racun Tiada seseorang peserta kursus boleh: (a) memiliki atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa jenis dadah, arak atau racun; (b) memiliki atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas atau alat untuk digunakan bagi tujuan pengambilan apa-apa jenis dadah, arak atau racun; (c) membeli, membekal, mengadakan atau menawarkan apaapa jenis dadah, arak atau racun kepada mana-mana pihak; (d) makan atau minum atau menghisap atau menyedut atau menghidu atau memasukkan ke dalam badannya apa-apa jenis dadah, arak atau racun dengan cara suntikan atau apaapa cara lain; dan (e) minum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa minuman yang memabukkan. 2

1.2.2

Memudaratkan Diri Seseorang peserta kursus dilarang melakukan apa-apa perbuatan yang boleh memudaratkan diri.

1.2.3
a)

Merokok Peraturan ini adalah mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pindaan-pindaannya. b) Di bawah peraturan tersebut, tempat awam adalah Zon Larangan Merokok. c) Seseorang peserta kursus dilarang merokok, menjual, mengedar Berkursus. d) Larangan merokok adalah terpakai untuk semua aktiviti rasmi yang telah ditetapkan. atau membeli rokok di kawasan Premis

1.2.4 Penggunaan Telefon Bimbit a) Seseorang peserta kursus adalah dilarang daripada

mengaktif dan menggunakan telefon selular/bimbit semasa kuliah dan aktiviti rasmi. b) Seseorang peserta kursus adalah dilarang menggunakan telefon selular/bimbit secara salah yang boleh menjatuhkan maruah serta memudaratkan diri dan orang lain. 1.2.5 Berjudi Seseorang peserta kursus dilarang terlibat dalam apa juga bentuk perjudian di dalam atau di luar Premis Berkursus. 1.2.6 Perlakuan Sumbang a) Pada sebarang keadaan atau tempat di dalam atau di luar Premis Berkursus, peserta kursus dilarang berkelakuan kurang sopan antara lelaki dengan perempuan atau antara sesama jantina, yang boleh menimbulkan anggapan kurang sopan pada nilai moral dan budaya Malaysia dan/atau

bertentangan dengan agama. 3

b) Seseorang peserta kursus dilarang berkelakuan menampilkan imej yang bertentangan jantina. 1.2.7 Senjata

atau

Peserta kursus dilarang membawa, memiliki, menyimpan dan menggunakan sebarang bentuk senjata yang berbahaya (senjata berjadual) di dalam dan di luar premis berkursus. 1.2.8 Engkar perintah Seseorang peserta kursus tidak boleh mengengkari atau melanggar mana-mana arahan atau perintah Pengarah BPG atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa. 1.2.9 Menghalang Pelaksanaan Tugas Seseorang peserta kursus tidak boleh menghalang, mengganggu atau menahan seseorang pegawai, kakitangan, pekerja atau ejen BPG daripada menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab rasminya. 1.2.10 Kebersihan dan vendalisme dalam Premis Berkursus Seseorang peserta kursus tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan serta merosakkan harta benda awam dan kawasan Premis Berkursus. 1.2.11 Buli Peserta kursus dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti buli, ugut dan mendera.

PERKARA 2:

PENAMPILAN DIRI

2.1

Seseorang peserta kursus perlu menunjukkan personaliti dan penampilan diri yang baik dan sesuai dengan profesion keguruan. 2.1.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah. 2.1.1.1 Peserta lelaki: (a) hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang, bertali leher, berseluar panjang (slack) dengan bertali pinggang dan berkasut kulit warna gelap serta bersetokin. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Lengan baju hendaklah dibutang dan tidak boleh dilipat ke atas.

2.1.1.2

Peserta perempuan: (a) sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan manamana bahagian anggota dari paras bawah leher hingga ke paras bawah lutut dan berkasut (court shoes). (b) seseorang peserta wanita Islam diwajibkan berpakaian yang bercirikan wanita muslimah.

2.2

Potongan Rambut, Misai, Janggut dan Jambang 2.2.1 Potongan rambut peserta kursus perlu kemas dan sesuai dengan profesion keguruan. 2.2.2 Rambut hendaklah disikat rapi. 2.2.3 Seseorang peserta kursus lelaki dilarang berambut panjang: 2.2.3.1 2.2.3.2 2.2.3.2 melepasi kolar baju di bahagian belakang menutup garisan tengah dahi di bahagian hadapan menutup kedua-dua telinga atau sebahagian

daripadanya dan jambang melebihi paras hidung di tepi dan melebihi daripada 10 sentimeter di bahagian atas. 2.2.3 Seseorang peserta kursus yang beragama Sikh boleh memakai turban.

2.2.4 Seseorang

peserta

kursus

yang

bermisai,

berjanggut

dan

berjambang hendaklah sentiasa diurus dengan kemas. PERKARA 3: 3.1 TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN

Setiap peserta akan diberi perkhidmatan Penyedia Latihan oleh Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang dilantik oleh kerajaan. Perkhidmatan Penyedia Latihan ini termasuk: 3.2.1 Kemudahan dan kelengkapan bilik kuliah. 3.2.2 Kemudahan dan kelengkapan tempat penginapan. 3.2.3 Penceramah/Tenaga Pengajar. 3.2.4 Makan dan minum 5 kali sehari. 3.2.5 Penyediaan bahan pengajaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Nota Kuliah. 3.2.6 Mencetak, mentadbir dan menanda kertas penilaian.

3.2

BAHAGIAN B : AKADEMIK

PERKARA 1:

KEHADIRAN KURSUS DAN AKTIVITI RASMI

1.1 1.2

Kehadiran kursus dan aktiviti rasmi adalah wajib. Seseorang peserta kursus bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kursus dan aktiviti rasmi.

1.3

Kelewatan LEBIH daripada 15 (lima belas minit) daripada bermulanya kuliah akan dikira tidak hadir interaksi tersebut.

sesuatu

1.4

Seseorang peserta kursus boleh diberi pengecualian kuliah dan aktiviti rasmi sekiranya mendapat arahan rasmi dahulu daripada pegawai ATAU kebenaran secara bertulis terlebih atas sebab-sebab yang

bertanggungjawab

munasabah. 1.5 Peserta kursus yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengemukakan Surat Cuti Sakit yang sah daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta ATAU mendapatkan kebenaran bertulis/kebenaran khas daripada pegawai

bertanggungjawab. PERKARA 2: PENGECUALIAN KURSUS

2.1

Sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan; 2.1.1 2.1.2 Menduduki peperiksaan awam. Diarahkan oleh pihak mahkamah untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah. 2.1.3 Menziarahi keluarga terdekat yang sakit tenat/meninggal dunia (ibubapa, suami/isteri, anak, adik beradik kandung). 2.1.4 2.1.5 Bencana alam atau kebakaran. Majlis-majlis rasmi yang diarahkan Malaysia/BPG. oleh Kementerian Pelajaran

PERKARA 3:

PEPERIKSAAN

3.1

Peserta kursus adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan semasa yang dikuatkuasakan atau Peraturan Maktab Pendidikan Guru (peperiksaan, penilaian dan pensijilan) 1999.

PERKARA 4: 4.1

SIJIL

Peserta akan dianugerahi 2 sijil dalam Program Latihan Guru Prasekolah Swasta dan JPNIN, iaitu: 4.1.1 Sijil Kehadiran Akan diberikan kepada semua peserta oleh Penyedia Latihan apabila tamat menduduki kursus 4.1.2 Sijil Tamat Kursus Akan dianugerahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila peserta lulus dalam ujian yang diduduki.

Disediakan oleh; Urus Setia Program Latihan Guru Prasekolah swasta dan JPNIN Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

BUKU PANDUAN PROGRAM LATIHAN 3 MINGGU GURU PRASEKOLAH SWASTA JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

LATAR BELAKANG Pendidikan awal merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda dan pencapaian kanak-kanak pada masa hadapan. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah National Key Result Areas (NKRA).

Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index; KPI) Sub NKRA Prasekolah mensasarkan peningkatan kadar penyertaan murid

prasekolah sebanyak 20%, iaitu daripada 67% kepada 87% pada akhir tahun 2012. Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa strategi terpilih untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Salah satu daripada strategi ini ialah memberikan latihan secara formal kepada guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). 2.0 MATLAMAT Kursus 3 minggu ini untuk melatih guru prasekolah swasta, dan JPNIN dilihat sebagai satu agenda yang sangat penting dalam usaha mencapai kualiti dalam pelaksanaan program pendidikan Prasekolah. Ini adalah kerana : 2.1 Penglibatan pihak swasta dalam pendidikan prasekolah adalah amat penting dan bermakna serta memberi impak yang besar dalam menjayakan matlamat NKRA ; 2.2 Guru-guru prasekolah perlu mengikuti satu bentuk kursus formal bagi melayakkan mereka mengajar di prasekolah ; 2.3 Kursus ini dapat meningkatkan kualiti profesionalisme guru prasekolah terutamanya dari aspek kemahiran, pedagogi dan pengetahuan melalui penggunaan modul yang telah digubal khas oleh BPG dengan kerjasama IPG berlandaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ;

10

3.0

PELAKSANAAN Program latihan guru prasekolah swasta dan JPNIN ini dirancang dan dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). 3.1 Kolaborasi dan Speksifikasi Tugas

Bil
1

Jabatan
Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia

Spesifikasi Tugas
Mewakili KPM dalam Makmal NKRA Melaksanakan dasar untuk mencapai KPI ke arah peningkatan 20% akses ke Prasekolah Memantau pelaksanaan program Menyedia peserta kursus Membina modul latihan Memilih dan melantik Penyedia Latihan Menguruskan bayaran kepada Penyedia Latihan Menyediakan jadual perlaksanaan program Mengeluarkan sijil kepada peserta Membantu BPG membina modul latihan Menjadi jurulatih utama dan fasilitator program Menjalankan latihan kepada jurulatih utama negeri (JU) Menganggotai panel penggubalan modul latihan dan bahan kursus Melaksanakan pentaksiran dan penilaian kursus Bertindak sebagai Urusetia program latihan Menentukan peserta yang berkelayakan Menguruskan bajet pelaksanaan program

Bahagian Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru

Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas)

Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik)

Memilih jurulatih utama negeri yang berkelayakan untuk menghadiri kursus Training of Trainers (TOT) Mengagihkan jurulatih utama negeri sebagai tenaga pengajar Menentukan peserta berkelayakan yang sedang mengajar di prasekolah JPNIN

Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional

11

3.2

Pemilihan Jurulatih Pemilihan Jurulatih Utama IPG ditentukan oleh BPG berasaskan kelayakan dan pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Jurulatih Utama Negeri ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik). 3.3 Sistem Penyampaian Program Latihan Sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip andragogi dengan mengambil kira keperluan pembelajaran peserta dewasa. Antara kepelbagaian teknik yang digunakan adalah seperti berikut:(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) Tunjuk cara Main peranan Electronic search Sumbang saran Seminar Bengkel Forum Pengajaran melalui modul Pengajaran akses kendiri Video conferencing Pengajaran mikro Pengajaran berbantukan komputer ( CAI ) Pembelajaran rakan sebaya Internet E-mel

12

3.4

Peraturan Program Latihan

a) Kehadiran 100%. Sebarang ketidakhadiran perlu mendapat kelulusan pihak urusetia;

b) Etika berpakaian perlu dipatuhi;

c) Melaksanakan semua tugasan sepanjang tempoh program latihan;

d) Mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia dari semasa ke semasa;

e) Menduduki peperiksaan program latihan.

4.0 KURIKULUM LATIHAN Kurikulum Latihan dilaksanakan melalui interaksi bersemuka dan modul latihan berdasarkan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Input-input yang disampaikan kepada guru prasekolah mengikut agihan jam seperti berikut:

13

UNIT 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 1 KREDIT - 15 JAM
Sinopsis Unit ini memberi pendedahan tentang konsep asas pendidikan awal kanak-kanak yang meliputi falsafah dan matlamat prasekolah, falsafah serta pandangan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, perkembangan pendidikan prasekolah termasuk hak asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 dan akta yang berkaitan. Unit ini juga merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak yang meliputi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, emosi, sosial dan perkembangan kerohanian dan moral. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini peserta dapat:

i. ii.

Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah pendidikan awal kanak-kanak; Menghuraikan kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ); Mengaplikasikan pendekatan-pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah; Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Prasekolah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Membuat refleksi kendiri untuk penembahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

iii.

iv.

v.

TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA 1.1 1.2 Perkembangan pendidikan, falsafah dan matlamat prasekolah Falsafah dan Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 dan Akta 308 serta akta 550 Konsep dan prinsip ABP dalam perkembangan awal Kanak-kanak Aspek perkembangan kanak-kanak 2 jam 2 jam

1.3

2 jam 2 jam 7 jam _______ 15 jam

1.4 1.5

14

UNIT 2.0 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 3 KREDIT - 45 JAM Sinopsis Unit ini mendedahkan tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang meliputi semua tunjang seperti tunjang komunikasi, sains teknologi, kemanusiaan, fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kerohanian, sikap dan nilai. Unit ini juga akan didedahkan dengan penyediaan rancangan pengajaran serta aspek yang berkaitan dengan pentaksiran. Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini peserta dapat:

i. ii. iii. iv.

Menjelaskan konsep dan fokus utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Merancang dan mengaplikasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan tunjang-tunjang pembelajaran dalam KSPK Mengenal pasti dan mengaplikasi kemahiran , pendekatan dan teknik yang sesuai dalam pelaksanaan pengajaran mikro dan Mengenal pasti proses pelaksanaan pentaksiran dalam pendidikan awal kanakkanak.

TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA 2.1 2.2 Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Tunjang-tunjang KSPK 2.2.1. Tunjang Komunikasi 2.2.2. Tunjang Sains dan Teknologi 2.2.3. Tunjang kemanusiaan 2.2.4. Tunjang Fizikal dan Estetika 2.2.5. Tunjang Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi 2.2.6. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai 2.2.7 Penyepaduan tunjang dalam modul bertema 2.3 2.4 Perancangan rancangan pengajaran Pentaksiran 2.4.1 2.4.2 Perancangan Pembinaan indikator/ item dalam instrumen 3 jam 4 jam _____ Jumlah 45 jam 4 jam 4 jam 4 jam 4 jam 4 jam 4 jam 6 jam 5 jam 3 jam

15

UNIT 3.0 PENDEKATAN DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2 KREDIT - 30 JAM

Sinopsis:
Unit ini mendedahkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Unit ini juga memberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas. Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini peserta dapat: i. ii. menghuraikan konsep dan prinsip pengajaran pendidikan awal kanak-kanak; menerangkan pendekatan belajar melalui bermain, bertema, bersepadu dan pendekatan projek dalam pengajaran- pembelajaran pendidikan awal kanakkanak; dan menggunakan pendekatan dan teknik pengajaran pembelajaran terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak.

iii.

TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA

3.1

Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2 jam

3.2

18 jam

3.3

10 jam _______ 30 jam

16

6.0 Pensijilan Peserta program latihan ini akan diberikan sijil tamat kursus berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:i) ii) iii) iv) Kehadiran 100% Melengkapkan kerja kursus dengan sempurna Menduduki peperiksaan Mencapai markah lulus sekurang-kurangnya 50%

7.0

Penutup Buku panduan program latihan 3 minggu guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah dibina untuk dijadikan panduan kepada semua yang terlibat dengan program ini. Dengan adanya panduan ini diharapkan dapat membantu pelaksanaan kursus dengan berkesan dan lebih berfokus. Semoga kita sama-sama dapat membantu negara dalam pendidikan kanak-kanak yang berkualiti. Kerjasama semua pihak amat diperlukan agar keselarasan dapat dibina walau pun berbeza lokasi operasinya.

17

RUJUKAN Rujukan Asas Bustam Kamri & Putri Zabariah Megat A. Rahman (2005). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS. Puckett, M. B. & Diffily, D. (2004). Teaching Young Children: An Introduction to the Early Childhood Profession, 2nd. Ed. NY: Thomson Delmar Learning. Pusat Perkembangan Kurikulum (2009) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. PPK Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar Learning Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning Bergstrom, J. M., Margosian, R. K. & Olson, F. A. (1976) Enhancement Of Growth and For Young Children, Columbus, O.H: Merill Pub. Biber, B.(1977) Cognition In Early Childhood Education: A Historical Perspective. In Spudek, B. & Walberg, H.J. eds Early Childhood Education Rujukan Tambahan Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon. Eliasom, C.F.& Jenkins, L.T. (1990) A practical guide to early childhood curriculum 4th edition. Toronto: Merill Pub. Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc. Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling Jaya: Fajar Bakti. Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus: Merill Publishing. Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon.

Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher. NY: Thomson Delmar Learning. Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning

18

TOPIK 1 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

19

TOPIK 1 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TOPIK 1

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Konsep Pendidikan Prasekolah di Malaysia.

Hak Asasi Kanak-Kanak Konvensyen Hak Kanakkanak 1989 Pandangan Islam Akta 308 dan Akta 550

Falsafah dan Matlamat Prasekolah Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Prasekolah Matlamat Pendidikan Prasekolah Objektif Pendidikan Prasekolah

1.1 Pendidikan Awal KanakKanak


1.5 Hak Asasi Kanak-Kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanakkanak 1989, Akta 308 dan Akta 550

TOPIK 1
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.2 Falsafah dan Matlamat Prasekolah

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Luar Negara - Headstart Dalam Negara Sejarah perkembangan program pendidikan awal kanak-kanak dalam Negara - Sebelum merdeka - Selepas merdeka

1.4 Perkembangan Pendidikan Prasekolah

1.3 Falsafah dan Pandangan Tokoh-Tokoh Pengasas Pendidikan Awal KanakKanak

Falsafah dan Pandangan Tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tokoh Barat - Friedrich W. Froebel - Maria Montessori Tokoh Islam - Imam Al Ghazali - Ibnu Khaldun

PETA MINDA TOPIK 1 :


FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

20

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


1.1 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak

Konsep Awal kanakkanak

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia

Konsep Awal kanak-kanak


Takrif kanak-kanak ialah seseorang yang di bawah 18 tahun. Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Pada masa ini mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun: The term early childhood refers to the period from birth to age eight,Early childhood program provide services for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and primary school and recreational program. (Morrison, m.s. 24)

21

Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak.
Peringkat pertama Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.

Peringkat kedua
Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.

Mengikut Akta 550 - Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Prasekolah Annex- Projek prasekolah percubaan yg dijalankan oleh Kem. Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dimulakan pada taun 1992. 1.2 FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

Falsafah Dan Matlamat Prasekolah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Prasekolah

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Objektif Pendidikan Prasekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

22

FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan untuk menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK); Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. OBJEKTIF KSPK Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut ; Jasmani ;
i. ii. iii. iv. v. Mempunyai tubuh badab yang sihat Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan Menguasai kemahiran psikomotor asas ( Kemahiran Motor Halus Dan Motor Kasar)

Emosi :
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif Mempunyai keyakinan diri Mempunyai jati diri Berani mencuba Mempunyai kematangan emosi Menghormati perasaan dan hak orang lain Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Intelek :
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan) Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan) Memperolehi kemahiran proses sains asas Memperolehi kemahiran matematik asas Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid

23

ix. x.

Mempunyai daya kreatif dan estetika Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani :
i. ii. Mengamalkan nilai murni Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Sosial :
i. ii. iii. iv. Berkebolehan berkomunikasi yang mantap. Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan juga rakan sebaya. Menyuarakan pandangan dan perasaan. Bekerjasama dengan orang lain.

1.3

FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Tokoh-tokoh

pengasas pendidikan awal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 2 mazhab, iaitu tokoh pengasas Barat dan tokoh pengasas Islam. Mereka yang lebih terkenal di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti;

Tokoh-tokoh Pengasas Barat; Friedrich Froebel Maria Montessori

Tokoh-tokoh Pengasas Islam; Imam Al-Ghazali Ibnu Khaldun

1.3.1

TOKOH-TOKOH BARAT

a) FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)

Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. Beliau 24 FRIEDRICH FROEBEL

adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanakkanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main

Antara idea-idea Froebel ialah: 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang,

mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. 2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objekobjek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. 7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. 9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

25

10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 11. Beliau menekankan disiplin diri adalah penting bagi kanak-kanak. 12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. b) MARIA MONTESSORI (1870 1952) terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman

Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat

membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan dan latihan daya penglihatan, bagi MARIA MONTESSORI

pendengaran

sentuhan

yang

bertujuan

membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanakkanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

i.

Minda yang mudah menyerap (Absorbent mind)

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan

konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

26

ii. Persekitaran yang tersedia (Prepared Environment)

Persekitaran

yang

menggalakkan

perkembangan

kanak-kanak

adalah

persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak

memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
iii. Didikan diri (Autoeducation)

Kanak-kanak

mampu

menjelaskan

persepsi

mereka

dan

menyusun

pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

iv. Bahan pembelajaran (Learning materials) Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan;

keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
v. Tempoh sensitive (Sensitive periods)

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. 27

Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. 2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. 4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri. 7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanakkanak. 8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanakkanak. Antaranya ialah:
Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. Pentingnya disiplin diri

28

Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

1.3.2

TOKOH-TOKOH ISLAM

a)

IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin. Pandangan dan idea-idea beliau: Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. 29 IMAM Al-GHAZALI

Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: - Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Nasihat beliau kepada guru supaya: - Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. - Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. - Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

b) IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan. IBNU KHALDUN

Pendapat beliau pada peringkat permulaan: Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: - Berperingkat-peringkat - Mengadakan latih tubi - Menggunakan benda-benda maujud - Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar

kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: - tidak mahu belajar - mencerca pengajaran yang diberi

30

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.

Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

1.4

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.


Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan Garden of Children. Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama The Infant School. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak tadika di dunia iaitu di

Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud

31

mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.

Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia Zaman Sebelum Merdeka 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan

berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anakanak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

Zaman Selepas Merdeka


1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek Head Start di Amerika SYarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India. 1970, KEMAS membuka 10 prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali

Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar


Diikuti penubuhan prasekolah FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah. KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan

Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat Universiti Malaya. 18 Disember 1991,

Jemaah Menteri bermesyuarat untuk membincangkani program prasekolah di Malaysia dan

32

pada 27 Januari 1992, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah bermesyuarat untuk

membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. Senarai bilangan kelas perluasan prasekolah Kementerian Pendidikan bermula tahun 2002 hingga 2007. TAHUN 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 BILANGAN KELAS 1131 ( sedia ada ) 100 1500 1500 1500 1500 1600

Bilangan Kelas Prasekolah Peluasan 2004 Berdasarkan Negeri: NEGERI Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P. Labuan W.P. Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Perlis Johor Pahang Sarawak Terengganu Kelantan Sabah BILANGAN KELAS 97 46 196 171 3 20 79 60 15 196 128 146 101 67 148

Pendidikan Khas

28

33

1. 5 HAK ASASI KANAK-KANAK

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas terutamanya perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak. Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6 1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. 2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18 1. Negara-Negara memastikan Pihak hendaklah prinsip menggunakan bahawa usaha terbaik ibu mereka untuk

pengiktirafan

kedua-dua

bapa

mempunyai

tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

34

Tanggungjawab ibu bapa 1. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

PERKARA 27 1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanakkanak itu.

Taraf hidup Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanakkanak itu.

35

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28 1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a)

Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;

(b)

Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;

(c)

Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

(d)

Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e)

Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

36

Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini. 2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini. 3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29 1.

Negara-Negara

Pihak

bersetuju

bahawa

pendidikan

kanak-kanak

hendaklah

dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi; Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsipprinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri; Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli; Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.

37

Matlamat pendidikan Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai orang lain.

2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai mengganggu kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan mengarahkan institusi pendidikan tertakluk sentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam perenggan 1 perkara ini dan kepada keperluan bahawa pendidikan diberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Negara.

38

TOPIK 2 ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

39

TOPIK 2
ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
Konsep Perkembangan Awal kanakkanak Konsep semulajadi lawan pemupukan Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Aspek perkembangan kanak-kanak Kecerdasan Pelbagai Konsep Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Perkembangan fizikal Perkembangan Kognitif Perkembangan Bahasa Perkembangan Emosi Perkembangan social Perkembangan Kreativiti Perkembangan Moral & Kerohanian

2.1 Konsep Perkembangan Awal kanak-kanak

TOPIK 2
2.3 Kecerdasan Pelbagai

ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAKKANAK

2.2 Aspek perkembangan kanak-kanak

PETA MINDA TOPIK 2 :


ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

40

ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 2.1 KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK Konsep Pertumbuhan Merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif Akan terhenti atau mengalami sedikit perubahan pada tahap kematangan Suatu proses yang lengkap dan sempurna : dapat diukur dengan nyata. Cth: hayat manusia 1 bulan 65 tahun Mengikut corak tertentu yang berdasarkan proses kematangan yang dialami. Cth: bayi baru lahir (berbaring) ke bayi 7 bulan (duduk) Struktur mendahului fungsi struktur sesuatu kumpulan otot menjadi lengkap sebelum digunakan sepenuhnya. Cth: bayi otot terbina dahulu sebelum berguna untuk duduk Konsep Perkembangan Proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif Berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran Suatu perubahan yang sistematik dan berterusan dalam diri individu sejak azali (rahim ibu) sehingga kematian Semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama satu peringkat ke peringkat seterusnya Prinsip perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Cth: bayikanak2 remajadewasa Proses Prinsip perkembangan bersifat berterusan- kadar perkembangan kanak-kanak tidak sama seperti kadar Prinsip perkembangan orang dewasa Prinsip perkembangan banyak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran : amalan pemakanan, keluarga dll Prinsip perkembangan berlaku mengikut kadar berlainan perkembangan intelektual kanak-kanak berkadar lebih cepat berbanding fizikal Prinsip perkembangan bahagian-bahagian anggota tubuh badan adalah organisma antara satu sama lain dan mempengaruhi keseluruhan organisma berlaku secara serentak & seimbang. Cth; cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit

41

Perkembangan sosial (Perubahan dalam berhubung Dengan orang lain)

Perkembangan rohani (Berkaitan Ketuhanan)

Jenis-jenis Perkembangan
Perkembangan Emosi ( perubahan personaliti individu)

Perkembangan Kognitif (perubahan Pemikiran


Perkembanga n fizikal (perubahan tubuh)

2.1.1 Konsep semulajadi lawan pemupukan (Nature vs nurture) Ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak Ciri-ciri seperti : warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak Boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental Menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tak pandai.

Faktor Kebakaan 1. Kromosom Bahan kimia heliks dubel bergelang panjang dan nipis Terdapat dalam nukleus setiap sel Mengandungi butir-butir halus yang menentukan kesemua sifat jasmani Sel badan manusia mengandungi 46 kromosom Ovum perempuan mengandungi kromosom XX Sperma lelaki mengandungi kromosom XY Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XY, bayi lelaki akan dilahirkan Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XX, bayi perempuan dilahirkan 2. Gen o

Gen perkembangan yang membawa maklumat baka atau sifat yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi o Terdiri daripada DNA (deoksiribonuleik) o DNA mengandungi fosfat, 4 asid iaitu adenin, guanin, timina dan sitosin o Bayi yang dilahir menerima separuh gen ibu dan separuh daripada bapa Gen dominan : gen yang mempunyai sifat yang kuat Gen resesif : gen yang mempunyai sifat yang lemah

42

Faktor Pemupukan - Segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan - Segala kuasa luar nyata yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu - Antaranya:Usia ibu yang mengandung Kesihatan ibu Amalan pemakanan Ketenangan mental dan emosi Kebersihan Riadah Pengambilan ubat atau dadah Pengambilan alkohol Cara gaya hidup ibu bapa Kesan X-ray Faktor Rh darah Doa dari ibu bapa

2.1.2 Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) Perkembangan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sesuatu domain kognitif afektif dan psikomotor. - Guru perlu merancang pengalaman pembalajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum bermakna dan bersepadu Perkembangan berlaku mengikut urutan. - Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid dari yang mudah kepada yang mencabar Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, daya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. - Guru menerima keadaan murid ini seadanya dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka Perkembangan adalah berterusan. - Guru peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna Perkembangan adalah berperingkat-peringkat. - Guru perlu menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman yang sebenar menggunakan pelbagai media kepada yang lebih kompleks. Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Guru harus mempelajari dan memahami sosio-budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid dan menyediakan aktiviti yang menyuburkan potensi murid ke peringkat optimum. Kanak-kanak adalah pelajar aktif. - Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka. Konsep main penting kepada murid - Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep belajar melalui bermain sambil untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat optimum.

43

Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar. - Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meransang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajarannya. Murid mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. - Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai /dilalui. Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Mereka rasa selamat, dihargai apabila keperluan dipenuhi. - Guru harus memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan murid. - Guru perlu mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa Untuk menggunakan ABP dalam pelaksanaan kurikulum guru perlu faham tentang : - murid yang diajar - kandungan kurikulum dan apa yang perlu diajar, - bila hendak mengajar - cara menilai perkembangan - menyesuaikan kurikulum dengan kebolehan murid - keperluan dan minat - latar belakang dan sosio-budaya murid.

2.2

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.2.1 Perkembangan Fizikal Perkembangan kanak-kanak dari bayi hingga prasekolah merupakan satu proses pertumbuhan fizikal yang berlaku secara berperingkat. Ia melibatkan kuantiti dari segi berat, tinggi dan pertumbuhan otot-otot motor. Walaupun umur kanak-kanak sama tetapi pertumbuhan dan perkembangan berbeza. Perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan anggota badan dan organ-organ, gerakbalas fisiologi, kewujudan tanda-tanda kematangan fizikal serta perubahan dalam keupayaan motor dan sebagainya Dua aspek penting pertumbuhan dan perkembangan motor Rentak perkembangan berubah-ubah dalam 4 peringkat: Peringkat perkembangan yang pesat (Pralahir hingga 2 tahun) Peringkat pertumbuhan yang lambat (2 hingga 12 tahun) Peringkat pertumbuhan yang pesat (12 hingga 18 tahun) Pertumbuhan yang lambat atau tertentu apabila dewasa. Perkembangan Cephalocaudal - Perkembangan bermula daripada kepala ke paras pinggang dan kaki. Perkembangan Proximodistal - Perkembangan bermula daripada bahagian yang terdekat dengan tubuh badan ke perhujung anggota. Jenis Saiz Badan

44

3 jenis bentuk badan: Ektomorf - saiz tubuh kecil kurus dan tinggi, kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang. Mesomorf - tubuh badan pejal & berisi (penambahan otot,berak badan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur) Endomorf tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak

Corak Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Umur 0 - 3 tahun Perkembangan - Kemahiran fizikal berkembang dgn pantas - Duduk & merangkak;belajar & mula berlari - Kemahiran pergerakan kecil berkembang spt boleh mengumpul & mengutip objek kecil - Menggunakan sudu & garfu utk makan - Menggenggam & melepaskan objek

3 4 tahun

5 6 tahun

Kemahiran fizikal meningkat Menunggang basikal roda tiga, turun naik tangga, menukar2 langkah, berlari, melompat dgn 2 kaki terangkat, berjalan sepanjang palang seimbang, memanjat peralatan padang permainan, pakaian dipakai & ditanggalkan sendiri Menangkap bola dgn tangan dikeluarkan, berjalan mengundur & berjengket Memegang barangan Melompat dgn bertukar2 kaki Menunggang basikal 2 roda Berkasut roda Melontar dgn agak tepat Menangkap bola dgn tangan Membuat balik kuang Bermain dgn permainan yg memerlukan kemahiran fizikal Perkembangn otot kecil meningkat Koordinasi mata & tangan berkembang Kwsn otot mula meningkat Mula kehilangan gigi Kanan @ kidal Kemahiran fizikal menjadi penting dlm konsep kendiri Tahap tenaga tinggi Kadar tumbesaran perlahan Kawasan otot kecil baik Gigi kekal tumbuh Susuk tubuh dan struktr wajah berubah

7 8 tahun

45

2.2.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan Kognitif

Teori-teori Asas Perkembangan Kognitif

Perkembangan Kognitif melalui bahan manipulatif

Teori- Teori Asas Perkembangan Kognitif

i.

Jean Piaget Ahli psikologi Swiss & salah seorang penyelidik yang berpengaruh dalam bidang pembangunan psikologi abad ke 20. Awalnya bergiat dalam bidang biologi dan falsafah serta menggelarkan dirinya sebagai ahli epistemologi genetik. Pandangan Piaget selalunya dibandingkan dengan Lev Vygotsky (1896-1934), yang melihat lebih kepada interaksi sosial (social interaction) yang merupakan sumber utama kognitif dan tingkah laku.

kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza Persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya, melalui aktiviti penerokaan.

4 konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru mengikut teori piaget iaitu skema (schema), penyerapan (asimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan.

Skema Skema = pra konsep tentang sesuatu objek melalui pengalaman yg dilaluinya hari demi hari; mungkin tidak tepat Skema bermaksud satu struktur kognitif Skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif

46

Kanak-kanak membina skemata hari demi hari Skemata berubah dan bertambah melalui proses adaptasi (asimilasi dan akomodasi) Contoh: Fatin melihat arnab, anak kucing. Fatin akan membina skema: arnab = anak kucing (lembut, kecil)

Asimilasi

Asimilasi : Proses memasukkan maklumat ke dalam skemata sediaada. merupakan proses kognitif yang menyatukan maklumat-maklumat baru atau Pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa Kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.

Contoh: Apabila saya mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.

Akomodasi

Akomodasi = mengubahsuai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru Contoh atas: Bapa terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapa membetulkannya. Tengok dia melompat, tidak mengiau, makan karot. Fatin mendapat maklumat baru Fatin mengubahsuai struktur kognitifnya kepada 2 skemata; skema kucing dan skema utk arnab Contoh lain: bola dan belon, ayam dan itik.

Perimbangan Maklumat baru yang berjaya diserap oleh kanak-kanak menunjukkan tahap Keseimbangan tercapai. Sebaliknya jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat Itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.

47

Peringkat Perkembangan Mengikut Tahap

Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun); Juga dikenali sebagai deria motor Bayi banyak menggunakan deria dan kebolehan motor (pergerakan) Mula-mula tidak ada kewujudan objek sehingga boleh menguasai konsep kewujudan objek. Daripada aksi refleks kepada aktiviti berulang-ulang ke aktiviti bermatlamat Akan membina pelbagai skemata dlm usaha memahami persekitarannya Proses peniruan,ingatan dan pemikiran bermula kekekalan objek. Daripada tindakan reflektif kepada tindakan bertujuan.

Peringkat Praoperasi (2-7 Tahun); Perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal Logik 1 hala: tiada konsep pemuliharaan & tidak berfikir berbalik. Egosentrik: Monolog kolektif Kanak-kanak mula menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik (menggunakan perkataan semasa bertutur) tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan Tidak mampu menguasai konsep pengekalan

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun) Memahami berfikiran berbalik (Reversibility). Memahami konsep pemuliharaan. Boleh mengkelas dan menyusun Menyelesaikan masalah dalam bentuk logik sempurna.

Peringkat Operasi Formal (12 Tahun Ke Atas) Menyelesaikan masalah abstrak dengan logik. Pemikiran saintifik. Prihatin kepada identiti diri dan isu sosial. Egosentrik remaja.

ii.

Vygotsky Percaya bahawa perkembangan kognitif berlaku dalam persekitaran sosiobudaya

48

Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, orang dewasa lain, rakan sebaya dan guru Tema teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif berlaku dalakm konteks sosial Kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui bimbingan orang yang lebih dewasa yang menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanakkanak

Proses bimbingan ini dikenali sebagai scalffolding. Konsep scaffolding. Scaffolding : sokongan sementara pada binaan. Pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas pembelajaran

Pembelajaran ini berlaku dalam zone of proximal development (ZPD)

Konsep Zon Perkembangan Proksimal

Menurut beliau, faktor-faktor yang berpengaruh

dalam pembentukan bagaimana

seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara kedua tahap ini dikenali sebagai zon of proximal development.

Penyelesaian masalah dengan bimbingan daripada orang yang berkebolehan Tahap Perkembangan Potensi

ZPD

ZON OF PROXIMAL DEVELOPMENT

Tahap Perkembangan Sebenar


Penyelesaian masalah secara bersendirian

ZPD menjelaskan bahawa setiap individu boleh belajar dan perlu dibantu oleh orang dewasa untuk meningkat daripada kebolehan maksimum yang boleh dicapainya secara individu.

49

Kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian terendah mengikut kebolehannya tanpa dibantu oleh oleh orang lain, Sebaliknya dia tidak boleh mencapai tahap pencapaian yang lebih tinggi, walaupun dibantu oleh orang lain jika telah mencapai kepada zon perkembangan proksima atau tertinggi.

Jarak di antara tahap perkembangan sebenar dilakukan secara bersendirian dan tahap perkembangan potensi yg dicapai dgn bimbingan orang dewasa

Pengertian Ingatan Ingatan ialah kebolehan manusia unutk menerima maklumat, memproses dan menyimpan serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terdapat 3 peringkat ingatan iaitu pengkodkan/ingatan deria, penyimpanan dan ingatan kembali.

Pengkodan (Peringkat Rakaman) - Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran. - Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod-kod yang boleh diproses oleh ingatan untuk dirakam. - Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam bentuk kod

Penyimpanan - Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak. - Kod yang bermakna disimpan dengan teratur. - Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah). - Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama). Ingatan Kembali - Peringkat ini merujuk lepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pengertian Metakognitif Metakognitif adalah kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Dalam konteks pembelajaran, mengetahui bagaimana untuk belajar, mengetahui kemampuan dan gaya belajar yang dimiliki, dan mengetahui strategi belajar terbaik untuk belajar secara lebih efektif.

50

Perkembangan Kognitif Melalui Pengunaan Bahan Manipulatif

Bahan manipulatif ialah bahan yang konkrit Bahan yang boleh dipegang dan dimanipulasikan oleh kanak-kanak Bahan yang kanak-kanak boleh gunakan secara langsung untuk bermain, meneroka, membina, menguji, membilang. Contoh: butang, bongkah, manek, batu, penutup botol dll.

Kegunaan bahan manipulatif Bahan manipulatif berguna untuk kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif seperti * pengelasan * mengenal konsep ruang, * mengenal konsep nombor, * melakukan proses sains dan * membuat penyelesaian masalah

2.2.3

Perkembangan Bahasa

Perkembangan Bahasa

Konsep : - Pemerolehan Bahasa - Perkembangan Bahasa -Pembelajaran Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: - Behaviourisme - Navitis - Konstruktivisme - Interaksionalis

Peringkat Perkembangan Bahasa mengikut Umur

Perkembangan Bahasa KanakKanak

51

Konsep Bahasa Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Pemerolehan Bahasa Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu perkataan (Dollaghan, 1985). Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan

membandingkan perkataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995) Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan pengalaman yang menggembirakan. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa dan ruang. Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lubang, objek dan perkataan. Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting dalam mereka mengembangkan bahasa kanak-kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanakkanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

52

Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengari. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. menghafal dan menghasilkan semula perkataan tersebut, Selepas akan

mereka

mempelbagaikan dan manipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

Teori Pemerolehan Bahasa 1. Teori Behavioris Teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara lansung atau fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli psikologi seperti J.B Watson, E.R Guthrie, E.L Thorndike, I.P Pavlov dan B.F Skinner. Menurut Thorndike, semua pemerolehan bahasa manusia berlaku melalui proses cuba jaya. Watson pula berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia merupakan gerak balas terlazim, manakala Gurhrie menyatakan bahawa

rangsangan dan gerakbalas mestilah berlaku secara bersama-sama untuk mewujudkan pembelajaran. Skinner pula telah mengkaji dan memperbaiki teori behavioris dengan pandangan bahawa pengukuhan adalah asas dalam proses pembelajaran dan berlaku apabila diberi ganjaran. Bagi golongan aliran behavioris, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan pengulangan. Golongan ini juga mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Ganjaran dapat mendorong pengulangan, dan apabila pengulangan berlaku, maka secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau pemerolehan bahasa. Teori pembentukan biasaan ini juga menekankan kemahiran lisan. Kemahiran mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai

53

hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti membaca dan menulis. Dalam teori ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah menjadi faktor utama dalam pengguasaan bahasa. 2. Teori Nativisma Chomsky mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Beliau mengenal pasti sistem ini sebagai LAD ( Language Acquisition device ) yang bergantung kepada sel-sel dalaman selebrum korteks. LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul.

3. Teori Pembelajaran Kod Kognitif Teori Kod Kognitif atau mentalis menganggap pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana bahasa sudah terancang untuk berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Sejak dilahirkan lagi, kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device LAD) yang membolehkan kanak-kanak itu memperolehi dan menguasai bahasa yang didedahkan. Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin, Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan V. Hamboldt pendukung teori ini. V. Hamboldt misalnya, menekankan kreativiti wujud dalam otak atau pemikiran penutur bahasa itu. Beliau menegaskan bahawa bahasa itu dibawa sejak kanak-kanak dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit lingualistik yang tidak terhad bilangannya. Seperti Hamboldt, Chomsky juga berpendapat bahawa setiap manusia yang dilahirkan sudah dibekalkan dengan kebolehan untuk berbahasa apabila sampai masanya.

54

Menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan ( competence ), iaitu rumus-rumus yang ada dalam mental, dan prestasi ( performance ) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan.

Lenneberg berpendapat bahawa sebelum kanak-kanak boleh bertutur, kanak -kanak terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyi-bunyi yang berlainan.

Aliran mentalis juga, menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di dunia ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia inilah yang menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.

4. Teori Pembelajaran Interaksionalis Teori ini menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat. Oleh itu kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat. Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.

55

Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

Umur Baru lahir 2 bulan

Perkembangan bahasa

Menangis dan senyum Lebih suka kepada suara manusia

Lebih 2 4 bulan Bermain dengan bunyi vokal seperti aa-aa-aa-aa-aa ataupun oo-oo-oo-oo Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan sukukata seperti ima-ma-ma-ma-ma atau ba-ba-ba-ba Mula menunjukkan gerak tangan.

6 9 bulan

9 12 bulan

Mencantum pertama.

sukukata

dan

menghasilkan

perkataan

1 1 1/2 tahun

Mencantumkan beberapa perkataan mudah untuk menjadi ayat yang pendek.

2 4 tahun

Menyebut gabungan 3 perkataan Gemar bercakap boleh berbual dengan ayat yang lebih panjang. Suka menyebut perkataan yang baru dan suka menyanyi. Menghasilkan gabungan 4 5 perkataan. Sebutan bertambah baik Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun yang mudah. Mula bertanya berbagai soalan. Mula membaca dengan sendiri.

4 6 tahun

56

Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami, dan melahirkan semula. Kemampuan di atas berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Kanak-kanak akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Menurut pakar bahasa, kemampuan tersebut merujuk kepada 4 aspek dalam penguasaan bahasa kanak-kanak iaitu; 1) Fonologi - Menghasilkan bunyi, perkataan, ayat dan cerita 2) Semantik - Memahami maksud perkataan, ayat, cerita 3) Sintaksis - Pembinaan struktur ayat.

Fonologi

Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Corak perkembangan fonologi pada umumnya sama bagi semua kanak-kanak, tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Pada umumnya, bayi akan mengeluarkan perkataan pertama pada usia 9 hingga 12 bulan. Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bagi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang lebih halus dan seni perbezaan fiturnya.

peringkat menangis peringkat rengekan peringkat ajukan satu sukukata yang bermakna ( ma, cu, bum) peringkat ajukan dua sukukata ( mama,baba, tata, dedi, susu)

Semantik

Semantik ialah kebolehan memahami percakapan yang didengari. Penguasaan bahasa oleh kanak-kanak akan bermula dengan mamahami percakapan yang didengar dan diikuti pula dengan kebolehan bertutur. Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan. Kanak-kanak sering membuat kesalahan, terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan memepelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.

57

Perkembangan semantik kanak-kanak adalah seperti yang berikut :

Umur

Kebolehan Semantik

6 -12 bulan

Dapat

memahami

perkataan

serta

menunjuk

objek

yang

dinamakan. Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun.

11 tahun

Perbendaharaan kata terdiri daripada orang ( mama, abah) dan benda maujud ( bola, kasut )

1 -2 tahun

memahami arahan mudah seperti tepuk tangan

Perbendaharaan seminggu.

kata

bertambah

10

hingga

20

perkataan

Perbendaharaan kata terdiri merangkumi perbuatan (bye,bye), tempat (mana, sana) dan keadaan (habis)

2 3 tahun

Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek. Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan seperti marah ataupun sifat nama seperti comel. Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan ) Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

4-6 tahun

Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000 perkataan pada hujung peringkat prasekolah ) Memahami lawak jenaka dan metafora Memahami cerita lisan atau yang dibaca dalam buku. Memahami dan menghafal senikata lagu ataupun puisi.

58

Sintaksis

Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ( one word utterance) ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan (two word utterance) ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk bebrapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk

menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat padat dan ringkas , banyak menggunakan kata inti (contains word) dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas (function words).

Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak-kanak itu menyamai bahasa orang dewasa. Pada umur lima tahunkanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat pasif atau ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.

Kanak-kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan mudah seperti ambilkan selipar ibu ( Go get Mummys slippers ) Mana botol sayang ? ( Wheres your bottle ) Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh guna perkataan dengan intonasi yang berbeza. Here is mama. This is mamas hat. (Bloom: 1976) Pada umur 18 bulan ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti : Ayat penyata (declarative) My toy, Daddys car, adik punya. Ayat naf (negative) Daddys not there, Ayah belum balik, Adik tak buat. Ayat perintah/seru (imperative): Dont do that, Daddy? Janganlah, janganlah kacau, jangan kacau adik

Pembelajaran Bahasa Kedua.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Penguasaan bahasa kedua ataupun ketiga menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan kanak-kanak. Mereka dapat menguasai dua bahasa ataupun lebih melalui dua proses:

i)

Memperolehnya secara spontan (simultaneous acquisition), apabila kanak-kanak sering mendengar atau menggunakannya pada awal usia zaman kanakkanaknya.

59

ii)

Memperolehnya secara turutan (sequential acquisition) apabila kanak-kanak mempelajari bahasa kedua selepas menguasai bahasa yang pertama. Apabila kanak-kanak terus menggunakan kedua-dua bahasa secara kerap untuk berkomunikasi, mereka akan berkebolehan menggunakan kedua-dua bahasa secara fasih,selepas mereka mengatasi perbezaan semantik, fonologi dan sintaksis antara kedua-dua bahasa tersebut. Kanak-kanak selalunya mengambil masa 1 tahun bagi menguasai bahasa kedua selepas menguasainya bahasa yang pertama ( Reich, 1986)

2.2.4 Perkembangan Emosi

Perkembangan Emosi

Konsep

Jenis Emosi

Kecerdasan Emosi

Konsep Perkembangan Emosi Berasal daripada perkataan Greek "emovere" yang bermaksud "utk keluar". Emosi adalah perasaan atau afek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkahlaku yang nyata seperti senyum atau menyeringai (Santrock;1998)

Emosi merupakan tindakbalas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar terhadap sesuatu perkara atau objek, orang atau keadaan yang bertindak balas sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli fisiologi bersependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindakbalas fisiologi dan pernyataan emosi.

60

Fungsi Emosi

Sebagai satu cara bagi kanak-kanak berkomunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka Melaras keperluan dan konflik social Langkah awal menyesuaikan diri dengan dunia sosial

* Kanak-kanak lebih mahirmenunjukkan emosi dari memahami emosi

Peranan Emosi Emosi amat penting dalam kehidupan kanak-kanak Perasaan (pengalaman emosi) merupakan matlamat yang hendak dicapai. Emosi tambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kerana ia menjadi penggerak kepada tindakan & memberi makna kepada bentuk tindakan yang diambil Emosi juga mempengaruhi persepsi & tingkah laku seseorang terhadap orang lain & persekitaran Emosi tentukan corak penyesuaian yang akan diambil.

Jenis Emosi / Perasaan Dan Implikasi Pada Kanak-Kanak Menurut teori perkembangan psikososial Erikson, bayi mula membentuk emosi sejak lahir. Persekitaran dan orang di sekeliling akan mempengaruhi emosi bayi. Perkembangan emosi yang sihat membolehkan kanak-kanak membesar sebagai individu yang sempurna. Perkembangan awal emosi kanak-kanak akan kelihatan melalui tindak balas tangisan atau ketawa dan seterusnya berkembang sehingga kanak-kanak menguasai perkembangan emosi yang stabil serta dapat membuat penilaian apabila berada pada tahap dua pada usia 5-6 tahun. Perasaan Gembira: bantu kanak-kanak/ remaja berfikir bagaimana

melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap tentang sesuatu yang mereka suka tentangnya Rasa marah: bantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk dapatkan sesuatu yang dicitakan & mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

61

Takut: rasa terancam suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya sebagai jaminan untuk memperolehi ketenangan dan ketenteraman.

Sedih: kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah persaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli: selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan suatu yang semulajadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang dia geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas: Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik

Malu: menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak dari melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan bantu mereka mengawal tingkahlaku mereka sendiri

Rasa bersalah: wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkahlaku yang baik Dia akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau telah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga: tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati / dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan Ransang kanak-kanak bertingkahlaku baik dan bekerjasama. Ransang mereka untuk meluahkan perasaaan contoh, kenapa mereka rasa bangga. Beri peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira

62

Peringkat Perkembangan Emosi Tahap Tahap 1 Bayi - 2 tahun Emosi Peringkat awal pantulan (ketawa dan menangis ) bulan - suka dan duka 6 bulan - takut, jijik dan marah 12 bulan gembira dan kasih sayang 18 bulan cemburu mulai timbul 2 tahun keriangan terserlah Emosi tidak tenteram Lebih banyak perasaan mahu dikasihi Mahu tumpuan yang lebih Takut kegelapan Mulai cemburu Mempunyai perasaan malu Tidak suka diarah Perasaan ingin menjadi dewasa. Kanak-kanak lelaki suka meniru perbuatan bapa. Kanak-kanak perempuan suka meniru perbuatan ibu. Perasaan romantis hadir Kanak-kanak tertarik kepada yang berlainan jantina Takut kegelapan, kebakaran dan kematian Tahap cemburu yang amat tinggi Sering merasa diketepikan Perasaan dan jiwa semakin stabil Pergantungan kepada keluargasemakin berkurangan Lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang disuruh Semangat untuk terus hidup semakin tinggi Belajar membeza betul dan salah Label baik bagi yang seronok dan jahat bagi yang sakit Mula membentuk kata hati , struktur nilai dan moral

3 tahun

Tahap 2 3 4 tahun

4- 5 tahun

5-6 tahun

63

Kecerdasan Emosi Konsep IQ dan EQ Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.

Alfred Binnet dan Theodore Simon; 1905- memperkenalkan ujian kecerdasan yang digunakan sehinggai kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan , namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati EMOTIONAL QUOTIENT emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ)

Intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new problems. This bios toward crystallized rather than fluid knowledge can be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming redically different person unable to display any initiative or to solve new problem and yet may continue to exhibit an IQ close to genius level.Gardner

Kecerdasan Emosi (EQ)

Daniel Goleman, seorang profesor dari Universitas Harvard menjelaskan bahwa ada ukuran lain yang menentukan tingkat kejayaan seseorang. Dalam bukunya yang terkenal, Emotional Intelligence, membuktikan bahwa tingkat emosional manusia lebih mampu memperlihatkan kejayaan seseorang.

Menurut beliau lagi, jika seseorang lahir dengan kecerdasan intelektual (IQ) yang cukup, sia-sia saja dia mencuba dengan segala cara untuk mendapatkan IQ yang superior (genius), begitu pula sebaliknya. Tetapi, Emotional Quotient (EQ) dapat dikembangkan seumur hidup dengan belajar.

Kecerdasan Emosional (EQ) tumbuh seiring pertumbuhan seseorang sejak lahir hingga meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh lingkungan, keluarga, dan contoh-contoh yang didapat seseorang sejak lahir dari orang tuanya.

Kecerdasan Emosi berkaitrapat dengan banyak aspek penting, yang semakin sulit didapatkan pada manusia moden, iaitu: empati (memahami orang lain secara mendalam)

64

mengungkapkan dan memahami perasaan mengendalikan amarah kemandirian kemampuan menyesuaikan diri disukai kemampuan memecahkan masalah antara peribadi ketekunan kesetiakawanan keramahan sikap hormat

Ibu bapa adalah orang yang pertama harus mengajarkan kecerdasan emosi kepada anaknya dengan memberikan teladan dan contoh yang baik.

Agar anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, orang tua harus mengajar anaknya untuk : membina hubungan persahabatan yang hangat dan harmonis bekerja dalam kelompok secara harmonis berbicara dan mendengarkan secara efektif mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai aturan yang ada (sportif) mengatasi masalah dengan teman yang nakal berempati pada sesama memecahkan masalah mengatasi konflik membangkitkan rasa humor memotivasi diri bila menghadapi saat-saat yang sulit menghadapi situasi yang sulit dengan percaya diri menjalin keakraban

Jika seseorang memiliki IQ yang tinggi, ditambah dengan EQ yang tinggi pula, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan, dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

65

Mengenal Dan Menguruskan Emosi Sendiri Apabila kanak-kanak mengenali emosi dirinya sendiri, ini bermakna mereka sudah matang menilai dirinya.

Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi menggambarkan emosi marah, suka, terkejut, sedih, gembira dan sebagainya.

Aktiviti melukis gambar muka marah di papan putih : Selepas melukis, guru bertanyakan apakah perasaan yang dipaparkan dalam gambar tersebut.

Tulis perkataan marah, suka, terkejut, sedih, gembira di papan putih. Suruh kanak-kanak mencari pasangan dan lukis muka marah, kemudian tunjukkan kepada pasangan masing-masing.

Bercerita berkenaan diri sendiri mengapa marah, suka, terkejut, sedih dan gembira.

Bercerita berkenaan keluarga sendiri.

Lakukan aktiviti seperti : Berbual mesra dengan guru daripada buku cerita yang dibaca. Berbual mesra dengan kawan-kawan berdasarkan pengalaman. Berlakon dengan kawan-kawan berdasarkan skrip yang disediakan oleh guru.

Memupuk Emosi Positif Permainan berperaturan seperti tengteng dan dam-ular akan menggalakkan kanakkanak belajar bersabar menunggu giliran, tekun dan tabah serta cuba mengawal perasaan apabila menghadapi kekalahan dalam permainan. Selain daripada membina perasaan positif, kanak-kanak juga digalakkan mematuhi ajaran agama seperti selain daripada berusaha, reda kepada takdir dan berdoa kepada tuhan.

66

Cara mengesan emosi kanak-kanak Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas Mengumpul maklumat kesihatan kanak-kanak kesihatan ibu bapa penglihatan, pendengaran, tingkah laku dan lain-lain

Memproses maklumat / data Menganalisis maklumat / data Mengambil tindakan susulan Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

Membina Emosi Sihat

Guru, ibu bapa mahupun rakan sebaya menjadi Role model kepada kanakkanak. Sikap atau tingkahlaku merekas sering dijadikan ikutan Guru perlu menerapkan tingkahklaku social yang baik melalui sktiviti berbentuk simulasi, main peranan atau kumpulan Penerapan nilai secara langsung/ tidak langsung adalah perlu.

2.2.5 Perkembangan Sosial

Perkembangan Sosial

Konsep Sosialisasi Teori Erickson

Teori kecekapan Sosial

Tingkahlaku Sosial

Kepekaan terhadap kanakkanak kurang upaya

67

Konsep Sosialisasi Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Melalui proses sosialisasi (atau penerapan nilai sosial) yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modelling. Cara Perkembangan Sosial Peniruan Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour ( Bandura 1986, 1997 ) Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.

Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak. Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya.

Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara peniruan iaitu ; Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.

Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986) mengemukakan 4 unsur penting; Attention ( Tumpuan/pemerhatian ) Retention (penyimpanan) Reproduction ( mengingat/mengeluarkan ) Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

68

Model/pemerhatian Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Orang diperhatikan sebagai model.Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling). Model tingkah laku dan sikap yang diingini Jadikan rakan sebaya murid sebagai model Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada orang lain Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model kepada yang lain Guna teknik think aloud Guna peneguhan vicarious Galakan disiplin arahan kendiri murid

Teori Erik Erickson Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson Menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu o o o i)Faktor kendiri ii)Emosi iii)Sosial

Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu.

Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Peringkat Perkembangan Sosial Erickson 1. Kepercayaan lwn tidak ketidakpercayaan: Lahir-18 bulan

Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidakpercaya. 2. Autonomi lawan malu/keraguan: 18 bulan-3tahun

Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan, menggenggam. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

69

3.

Inisiatif lwn perasaan bersalah: 3-6 tahun

Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah. 4. Ketekunan lwn rasa rendah diri: 6-12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. 5. Identiti lwn kekeliruan identiti: 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

6.

Kerapatan lwn pengasingan: 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan. 7. Generativiti lwn pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri. 8. Kesepaduan lwn putus asa: 60 tahun-akhir hayat

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Perkembangan Kecekapan Sosial

Interaksi rakan sebaya Interaksi dengan rakan sebaya merupakan kecenderungan berkawan dengan rakan yang seusia dengannya. Melalui interksi ini, kaank-kanak dapat mengenalisiapakah dalam kalangan kanak-kaank yang sama identity dengannya. Kanak- kanak ini juga dapat mempelajari tingkahlaku sesama mereka Interaksi sosial berlaku melalui perbualan, konflik serta koperatif ketika bermain bersama-sama

70

Persahabatan Diperingkat ini pengaruh rakan memainkan perana utama Kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah dalam bersosial mudah diterima dan menyertai sesuatu kumpulan persahabatan Terdapat dua jenis keadaan semasa menjalinkan persahabatan. Pertama kehadirannya diterima atau kedua, tersish/terasing.

Perkembangan Peranan Jantina Kanak-kanak mulai mengenali identiti dan perbezaan jantina dan melabel mengikut jantina Walaupun kanak-kanak belum mengetahui secara jelas tentang identity jantina mereka, mereka mula memahami antara lelaki dan perempuan berbeza keupayaan, kemahiran tertentu dam minat

Peranan guru Perlu menyemai rasa kasih sayaing dan hormat-menghormat dalam diri murid Belajar / melaksanakan aktiviti kumpulan Aktiviti tidak hanya terhad dalam bilik darjah Pendekatan berkualiti mengambilkira aspek amalan bersesuaian dengan kanak-kanak Membimbing murid agar persepsi kanak-kanak terhadap perbezaan jantina diterima sebagai anugerah Allah yang patut disyukuri

Tingkah Laku Prososial

Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Tingkah laku menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada orang lain.

Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain (Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut

71

berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain, menyelamat dan menolong. Konsep Tingkahlaku Prososial Mengikut ahli psikologi kognitif tingkahlaku prososial bergantung kepada

perkembangan kefahaman terhadap diri dan orang lain serta kebolehan untuk memahami emosi orang lain. Shantz ( 1975 ) menyatakan sebagai kebolehan kanak-kanak memahami orang lain. Kanak-kanak prasekolah menghadapi kesukaran memahami emosi dan kehendak orang lain sehinggalah ia mencapai tahap operasi konkrit pada usia 6 tahun dan dapat mengatasi egosentrik mereka. Jenis-jenis tingkah laku prososial

Menurut Sandra Anselmo , terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu : a ) Kerjasama - Bronfenbrenner ( 1970 ) menyatakan kerjasama menggalakkan pemikiran kita. Manakala persaingan menggalakkan pemikiran saya b ) Pengorbanan - tingkah laku yang menguntungkan orang lain bukan pihak yang melakukan tindakan.

Kepekaan Terhadap Kanak-Kanak Kurang Upaya

Kanak-kanak kurang upaya memerlukan persekitaran yang dibentuk

khas dan

diubahsuai mengikut keperluan mereka bagi meminimakan kesan akibat daripada masalah yang dialami dan untuk meningkatkan proses pembelajaran dalam pelbagai kemahiran. Mereka juga memerlukan para profesional yang cekap dalam memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan cekap dalam meningkatkan proses pembelajaran dan kemahiran-kemahiran spesifik yang diperlukan oleh mereka.

72

Kepentingan Intervensi Awal Kanak-Kanak Keperluan Khas

Membantu para ibu bapa untuk memenuhi harapan mereka Membantu kanak-kanak berkeperluan khas belajar untuk berinteraksi dengan

persekitaran mereka dan hidup secara berdikari

Meningkatkan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi kognitif, motor, komunikasi, permainan, sosial, kemahiran kendiri (tandas, pakaian, makan), keyakinan diri dan pengawalan diri.

Membentuk kemahiran sosial yang sihat sepanjang masa Membantu kanak-kanak berkeperluan khas mengguna dan mengaplikasikan

kemahiran-kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang bersesuaian Guru perlu menggunakan strategi pengajaran normal dalam membantu mereka menyesuaikan diri dalam kelas biasa. Mengelak bertambahnya masalah atau kebergantungan kepada perkhidmatan yang khusus

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Tidak memahami dan menghayati apa yang dilihat Lupa sebahagian benda Tidak boleh mengawal otot Keliru arah Tingkahlaku yang tidak menentu Mengusik atau mencuit orang Tenaga yang berlebihan Masalah motor kasar Masalah tingkah laku

73

2.2.6 Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Kreativiti

Konsep Kreativiti

Prinsip Kreativiti

Teori Kreativiti

Konsep Kreativiti

Kreativiti bermaksud proses berterusan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli dengan menggunakan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru.

Mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

Kreativiti boleh didefinisikan dengan melihat kepada empat jenis: Bentuk ciri-ciri individu Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti Hasil yang diperolehi daripada proses Keadaan persekitaran yang sesuai untuk kegiatan kreatif

Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba oleh orang lain. Kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.

74

Prinsip Kreativiti

Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh dinyatakan dengan spesifik. Kreativiti boleh dijelaskan, ditentukan sifatsfatnya, boleh diajar secara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid.

Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains, matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai persamaan iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan.

Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan.

Kreativiti boleh diajar kepada murid dengan syarat-syarat berikut:

Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan jelas.

Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam kreativiti Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam proses kreativiti. Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian masalah.

Teori Kreativiti : (Torrance)

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya

mengembangkan bidang kreativiti. Beliau juga telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Dalam model beliau yang dinamakan The Thereshold Hypothesis, beliau cuba mencari hubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Ellis Paul Torrance mendapati bahawa orang yang mempunyai daya kreativiti tinggi biasanya mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi. Walau

bagaimanapun,

beliau berpendapat bahawa

kecerdasan sahaja tidak

75

memadai. Sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi daya kreatif tersebut. Torrance (1989) mendefinisikan kreativiti sebagai suatu proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian,

membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya membuat generalisasi terhadap dapatan kajian. Pada tahun 1976, Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti. Kaedah tersebut dikenali sebagai Torrance Tests Of Creative Thinking. Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu: i. Kefasihan (Fluency) Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh aplikasi ialah menyenaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral.

ii. Keanjalan (Flexibility) Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan serta penggunaan pelbagai kaedah dan pendekatan. Aplikasinya ialah

membayangkan diri menjadi unta untuk sehari.

iii. Keaslian (Originality) Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian juga merupakan kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara menunggang basikal yang berlainan daripada kebiasaan.

iv. Huraian (Elaboration) Huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambahkanbbutir-butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasinya seperti menceritakan dengan terperinci hari pertama anda ke Sekolah. Gunakan sebanyak mana butiran yang boleh dalam membuat huraian.

76

2.2.7

Perkembangan Moral & Kerohanian

Perkembangan Kerohanian & Moral

Konsep Moral

Teori Perkembangan Moral Kolberg

Konsep Kerohanian

Konsep Moral Moral dari segi bahasa didefinisikan sebagai akhlak, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.

Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang melengkapinya.

Teori Tahap Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1 dikenali Pra-Konvensi Penaakulan Moral.

Tahap 1, terdiri daripada peringkat 1 dan peringkat 2. Peringkat 1 dikenali sbg Orientasi Taati Hukuman (murid takut hukuman dan denda drp guru).

Peringkat 2, dikenali Orientasi Penneguhan Kendiri (Individu menentukan dirinya betul atau tidak).

Tahap 2 dikenali sebagai Orientasi Penaakulan Moral.

Individu adalah berdasarkan sokongan, kebenaran,ekspektasi keluarga dan nilai tradisional orang lain. Tahap 2, terdiri peringkat 3 dan peringkat 4.

77

Peringkat 3 dikenali sebagai Orientasi Lelaki Baik Bertemu Perempuan Baik. Individu akan membuat sesuatu yg disenangi oleh orang lain.

Peringkat 4 ialah peringkat Orientasi Undang-undang Dan Peraturan. (undang-undang adalah mutlak, pihak autoriti mesti dihormati.

Tahap 3 dikenali sbg Post-Konvensi Penaakulan Moral. Ia terdiri drp peringkat 5 yg dikenali sebagai Orientasi Kontrak Sosial. (standard hak individu ditetapkan secara sosial).

Tahap-tahap dan Peringkat-peringkat Teori Kohlberg TAHAP


Tahap 1 : PRA KONVENSI PENAAKULAN MORAL

PERINGKAT
Periongkat 1: ORIENTASI TAATI HUKUMAN Peringkat 2: ORIENTASI PENEGUHAN KENDIRI Peringkat 3: ORIENTASI LELAKI BAIK BERTEMU DGN PEREMPUAN BAIK. Peringkat 4: ORIENTASI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Peringkat 5: ORIENTASI KONTRAK SOSIAL

TAHAP 2: KONVENSI PENAAKULAN MORAL

TAHAP 3: POST-KONVENSI PENAAKULAN MORAL

78

Konsep Kerohanian

Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang.

Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti.

Rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi.Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.

Dalil Al-Quran & Hadis- Hak Anak Dalam Islam

1. Hak Untuk Hidup Firman Allah dalam QS Al-Isra ayat 31: Artinya: " Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

79

Demikian juga untuk menjaga keselamatan janin, Islam telah mensyariatkan agar pelaksanaan hukuman (had) terhadap wanita hamil ditangguhkan sampai ia melahirkan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

"Apabila ada seorang di antara wanita membunuh secara sengaja, ia tidak boleh dijatuhi hukuman mati sampai ia melahirkan anaknya, jika ia memang sedang hamil. Dan bilamana seorang wanita berzina, ia tidak boleh dirajam sampai ia melahirkan anaknya jika ia sedang hamil dan sampai ia selesai merawatnya." (HR Ibnu Majah).

2. Hak Mendapatkan Nama Yang Baik Abul Hasan meriwayatkan bahwa suatu hari seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad saw: "Ya Rasulullah, apakah hak anakku dariku?" Nabi

menjawab:"Engkau baguskan nama dan pendidikannya, kemudian engkau tempatkan ia di tampat yang baik."

Sabda Rasulullah saw yang lain: "Baguskanlah namamu, karena dengan nama itu kamu akan dipanggil pada hari kiamat nanti." (HR Abu Dawud danIbnu Hibban)

Nama anak adalah penting, kerana nama dapat menunjukkan identiti keluarga, bangsa, bahkan aqidah.

Islam menganjurkan agar orangtua memberikan nama anak yang menunjukkan identitas Islam, suatu identiti yang melintasi batas-batas kebangsaan, geografi, etnis, dan kekerabatan. Selain itu nama juga akan berpengaruh pada konsep diri seseorang.

3. Hak Penyusuan Dan Pengasuhan (Hadhonah) "Para ibu hendaknya menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (QS Al Baqoroh 233)

Penelitian medic dan psikologi menyatakan bahwa masa dua tahun pertama sangat penting bagi pertumbuhan anak agar tumbuh sihat secara fisikal, rohani dan emosi. Selama masa penyusuan anak mendapatkan dua perkara:

80

Yang

pertama:

anak

mendapatkan

makanan

berkualiti

yang

tiada

bandingannya., sekaligus mengandung antibodi yang membuat anak tahan terhadap serangan penyakit. Yang kedua : anak mendapatkan dakapan kehangatan, kasih sayang dan ketenteraman yang kelak akan mempengaruhi suasana kejiwaannya di masa mendatang. Perasaan mesra, hangat, dan penuh cinta kasih yang dialami anak ketika menyusu pada ibunya akan menumbuhkan rasa kasih sayang yang tinggi kepada ibunya. 4. Hak Mendapatkan Kasih Sayang Rasulullah saw mengajarkan kepada kita untuk menyangi keluarga, termasuk anak di dalamnya. Ini berarti Beliau saw mengajarkan kepada kita untuk memenuhi hak anak terhadap kasih sayang.

Sabda Rasulullah saw:"Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling penyayang kepada keluarganya." Rasulullah mengajarkan untuk mengungkapkan kasih sayang tidak hanya secara verbal, tetapi juga dengan perbuatan.

Pada suatu hari Umar menemukan beliau saw merangkak di atas tanah, sementara dua orang anak kecil berada di atas punggungnya. Umar berkata:"Hai anak, alangkah baiknya rupa tungganganmu itu." Yang ditunggangi menjawab:"Alangkah baiknya rupa para penunggangnya". Betapa indah susasana penuh kasih sayang antara Rasul saw dengan cucu-cucu beliau.

Seorang ahli (Dorothy Law Nolte) berujar:"Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan." Bila orang tua gagal mengungkapkan rasa sayang pada anak-anaknya, anak-anak tersebut tak akan mampu menyatakan sayangnya kepada orang lain.

5. Hak Mendapatkan Perlindungan Dan Nafkah Dalam Keluarga

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233: Artinya;" Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dangan cara yang maruf"

81

Kemudian firman Allah dalam surah Ath - Thalaq ayat 6: Artinya:"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu"

Apabila kepala keluarga tidak dapat mencukupi nafkah keluarganya, atau ayah telah meninggal dunia, maka wali dari anak (diantaranya bapa saudara dari ayah, saudara laki-laki, dan datuk) diberi kewajipan memberi nafkah keluarga tersebut.

Apabila jalur kerabat tidak ada yang mampu mencukupkan nafkah anak, maka negaralah yang berkewajiban memberi nafkah kepada anak. Negara menyalurkan zakat atau sumber keuangan lain yang hak kepada keluarga yang tidak mampu. Bagaimanapun keadaannya, tidak pernah seorang anak harus menafkahi dirinya sendiri.

6. Hak Pendidikan Dalam Keluarga QS At-Tahrim ayat 6: Artinya:"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka" Rasulullah juga mengajarkan betapa besarnya tanggung jawab orang tua dalam pendidikan anak. Sabdanya saw:"Tidaklah seorang anak yang lahir itu kecuali dalam keadaan fitrah. Kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(HR Muslim).

Anak pertama kali mendapatkan hak pendidikannya di keluarga, sebelum ia mendapatkan pendidikan di sekolah.

Mendidik anak adalah tanggung jawab bersama antara ibu dan ayah, sehingga diperlukan pasangan yang seaqidah, dan sepemahaman dalam pendidikan anak. Jika tidak demikian tentunya sulit mencapai tujuan pendidikan anak dalam keluarga.

Anak pertama kali mendapatkan pengajaran nilai-nilai tauhid dari kedua orang tuanya, demikian juga mengenai ajaran-ajaran Islam yang lain. Anak mendapatkan pendidikan yang lebih banyak berupa contoh (teladan) dari kedua orang tuanya, di samping pendidikan dalam bentuk lisan, pembiasaan dan hukuman

82

7. Hak Mendapatkan Kemudahan Sebagai Warga Negara Sebagai warga negara, anak juga mendapatkan haknya akan keperluan asas yang disediakan secara umum oleh negara kepada semua warga negara. Keperluan asas yang disediakan secara umum oleh negara meliputi: pendidikan di sekolah, kesihatan, dan keamanan.

Masa kecil adalah masa yang sesuai untuk membentuk keperibadian seseorang. Sekiranya kanak-kanak dibiarkan bebas tanpa bimbingan, dibimbangi terjebak dengan penyakit jumunus shaba (kegilaan masa kecil) iaitu kecenderungan melakukan perkara buruk, derhaka dan mengikut jalan kesesatan yang berpunca dari pengaruh hawa nafsu dan syaitan

Cara Membimbing Anak

Enam Tahun Pertama

Kasih sayang dari pihak kedua orangtua, terutama ibu PENTING Agar anak belajar mencintai orang lain Membiasakan anak berdisiplin mulai dari bulan-bulan pertama dari awal

kehidupannya MISALNYA membiasakan anak untuk menyusu dan buang hajat pada waktu-waktu tertentu dan tetap Jadi teladan yang baik bagi anak dari permulaan kehidupannya. Biasakan dengan adab umum yang mesti dilakukan dalam pergaulan MISALNYA berdoa sebelum makan, tidak menghisap jari, tidak memakai pakaian atau seluar yang pendek dan lain-lain

Usia Setelah Enam Tahun Kenalkan Allah dengan cara yang sederhana sesuai dengan tingkat pemikirannya Jelaskan tentang hukum yang jelas dan tentang halal-haram MISALNYA tentang kewajiban menutup aurat, berwudhu, shalat, mencuri dan melihat kepada yang diharamkan Ajarkan dan biasakan membaca Al Qur'an dengan betul Ajarkan tentang hak-hak orang tua Kenalkan tokoh-tokoh tauladan (sahabat dan lain-lain) Ajarkan tentang norma-norma yang berlaku dalam masyarakat Kembangkan rasa percaya diri & tanggung jawab dalam diri anak

83

Masa Remaja Perlakukan anak sebagai orang dewasa Ajarkan kepada anak hukum-hukum akil baligh dan ceritakan kepadanya kisah-kisah yang dapat mengembangkan dalam dirinya sikap takwa dan menjauhkan diri dari hal yang haram. Berikan dorongan untuk ikut serta melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, seperti melakukan pekerjaan yang membuatnya merasa bahwa dia sudah besar. Mengawasi dan menyibukkan waktunya dengan kegiatan yang bermanfaat Carikan teman yang baik.

Kesalahan Dalam Pengasuhan Anak Ucapan pendidik tidak sesuai dengan perbuatan ( "Hai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Ash Shaff : 2-3). Kedua orangtua tidak sepakat atas cara tertentu dalam pendidikan anak. Membiarkan anak jadi korban televisyen/internet/telefon bimbit Menyerahkan tanggung jawab pendidikan anak kepada guru/pembantu atau pengasuh semata-mata. Pendidik menampakkan kelemahannya dalam mendidik anak. Berlebihan dalam memberi hukuman dan balasan Berusaha mengekang anak secara berlebihan Mendidik anak tidak percaya diri dan merendahkan pribadinya

2.3. KECERDASAN PELBAGAI

Kecerdasan Pelbagai

Konsep

Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Konsep Howard Gardner (1983), memperkenalkan pelbagai kecerdasan dan percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja.

84

1993-percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil karya dalam konteks budayanya. Menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian IQ.

Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

1. Kecerdasan Logik-Matematik Kebolehan menggunakan logik, corak nombor, penaakulan Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk berfikir secara logik, mengenalpasti nombor geometrik dan numerik dengan mudah. Kebolehan murid menggunakan penaakulan induktif dan deduktif, menyelesaikan masalah yang abstrak dan masalah berkaitan nombor dengan mudah. Suka menggunakan komputer dan kalkulator serta alat-alat pengiraan. memberi banyak latihan matematik yang mencabar. menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelasaikannya secara sistematik. Contoh Tokoh : ALBERT EINSTEIN, MADAM CURIE 2. Kecerdasan Bahasa Linguistik Kepekaan terhadap suara dan makna yang tersirat dan tersurat dalam perkataan seperti yang diperolehi oleh penulis, penyajak dan sasterawan.

Aplikasi

85

Kebolehan semulajadi murid dalam memperolehi,membentuk dan pemprosesan bahasa. Murid-murid ini juga mempunyai kemahiran petah bercakap atau bertutur. Kecerdasan ini merujuk kepada kebolehan atau keupayaan manusia untuk menggunakan operasi asas bahasa secara jelas. - Memperbanyakkan rangsangan-rangsangan dalam bentuk puisi,lirik-lirik

Aplikasi lagu

dan permainan bahasa. 3. Kecerdasan Muzikal Penggunaan irama, lagu, melodi dan rentak seperti yang dilakukan oleh pemuzik. Berkebolehan untuk mencipta atau mentafsirkan muzik. Mempunyai kemahiran bermain alat muzik dan berkebolehan menggunakan elemen asas muzik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini boleh mengecam/peka terhadap ton dan kuasa emosi muzik dengan mudah. Boleh menghafal lirik dengan mudah Suka belajar dalam situasi-situasi pembelajaran yang diiringi dengan muzik. Peka kepada nada, rentak dan bunyi serta bergerak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan Aplikasi - Guru harus mendedahkan pelbagai jenis muzik.

Contoh Tokoh : P. RAMLEE, MOZART

4. Kecerdasan Spatial/Ruang Kebolehan memahami dan memanipulasi konsep ruang, persepsi dan objek visual seperti yang dilakukan oleh pelukis dan arkitek. Murid dapat mempersepsikan gambar dan imej dengan mudah. Menceritakan kembali pengalaman-pengalaman yang pernah mereka lalui. Suka melukis, menceritakan apa yang difikirkan melalui peta, carta dan gambar rajah. Mempunyai keupayaan menghasilkan ruang pandangan dunia yang dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, meneroka angkasa dan mendaki gunung. Aplikasi - Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti konsep ruang dan visual seperti

pergerakan kreatif, melukis, pembelajaran berasaskan eksplorasi dan eksperimentasi Contoh Tokoh - AZHAR MANSOR, NEIL ARMSTRONG

86

5. Kecerdasan Kinestatik Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan seperti yang dilakukan oleh olahragawan dan penari. Melibatkan penggunaan tubuh bagi menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan juga perasaan. Dapat mengawal dan mentafsir pergerakan badan dan objek di sekeliling mereka. Suka mengimbangi keharmonian fizikal dan minda dan suka bersukan dan tidak boleh duduk setempat untuk masa yang lama. Suka menyertai pertandingan sukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar. Aplikasi - Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bermain yang melibatkan

penggunaan koordinasi motor kasar dan halus murid. Golongan : olahragawan, pakar bedah, penari dan gimnastik Contoh Tokoh - BABE RUTH , TIGER WOODS

6. Kecerdasan Interpersonal Memahami suasana, tingkah laku manusia dan bertindak dengan kesesuaian suasana seperti yang dilakukan oleh kaunselor dan jurujual. Melibatkan kebolehan individu untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain. Berkebolehan untuk berinteraksi, berkerjasama dan memotivasi rakan sebaya untuk mencapai matlamat yang sama. Dikenalpasti melalui mereka yang mempunyai ramai kawan, suka bergaul, mempunyai penglibatan yang tinggi dalam aktiviti luar sekolah. Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai sifat empati dan belas kasihan kepada orang lain. Sekiranya dia adalah pemimpin ataupun ketua jabatan, mampu bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya.

Aplikasi

menggalakkan aktiviti berkumpulan

Contoh Tokoh - ANNE SULLIVAN (guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan bisu)

87

Kecerdasan Intrapersonal Berkebolehan untuk mengenali diri sendiri dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan mempunyai kebolehan memimpin. Mempunyai ciri-ciri berdikari,suka menyendiri, mempunyai pegangan dan prinsip hidup sendiri serta mempunyai azam yang kuat untuk berjaya. Memahami perasaan, motivasi, keperluan, kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan berkuasa mengawal mendisplinkan diri seperti yang diperolehi oleh ahli agama. Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai diri sendiri yang juga melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Aplikasi : menggalakkan aktiviti penulisan, perdebatan dan sebagainya.Kecerdasan ini adalah sukar untuk dinilai. Contoh tokoh : CARL JUNG, EBBINGHAUS

Kecerdasan Naturalis Sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar dan gemar mempelajari tentang flora dan fauna. Mereka juga sangat menghargai alam semulajadi. Dimiliki oleh mereka yang mencintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Mereka juga gemar meneroka hutan dan memelihara binatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung bekerja sebagai pengawal hutan atau di Jabatan Perhutanan. Antara sikap pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini, suka mengumpul spesies rama-rama, boleh mengenal pasti nama tumbuhan, suka memelihara kucing dan sebagainya. APLIKASI: menggalakkan aktiviti lawatan dan berkaitan alam semulajadi.

Kecerdasan Existential Adalah kecerdasan yang dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan keupayaan menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan juga kematian. Golongan ini turut memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan individu di sekelilingnya.

88

Lazimnya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing.

APLIKASI

: menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan.

Contoh tokoh : IMAM, BILAL, GURU-GURU AGAMA ISLAM

89

TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

90

TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak Prinsip-prinsip pembelajaran kanakkanak

Teknik Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah Teknik pengajaran / pemudahcaraan

3.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanakkanak

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah Belajar melalui bermain Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Pendekatan projek Pendekatan-pendekatan lain Pengelolaan aktiviti

TOPIK 3 PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN

3.3 Teknik Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah

AWAL KANAKKANAK

3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah

PETA MINDA TOPIK 3 :


PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

91

TOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
3.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak Berasaskan aktiviti Pengalaman bersepadu Pengalaman deria Mengikut situasi Meneroka dan menjelajah Belajar sambil bermain Bimbingan guru Bertujuan Unsur motivasi dan mencabar Fleksibel Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak Berasaskan minat murid Berasaskan bahan dan aktiviti Relevan dengan kanak-kanak Belajar melalui deria Belajar melalui pengalaman Belajar melalui bermain Mengambil kira perbezaan individu

3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah 3.2.1 Belajar melalui bermain Konsep belajar melalui bermain Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna. Kepentingan belajar melalui bermain - Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi. - Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa tanpa kongkongan daripada guru. - Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif. Tujuan belajar melalui bermain - memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. - meningkatkan tumpuan dan perhatian.

92

memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan. memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif. membantu menyelesaikan masalah. membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa. membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor halus dan motor kasar. membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi. membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. membina kemahiran kendiri yang positif. memupuk sikap bertanggungjawab.

Jenis-jenis main Main sosial (Social Play) Main kognitif (Cognitive Play) Main Bebas (informal Play) Main Sosiodrama (Sociodramatic Play) Permainan Luar (Outdoor Play)

Main sosial Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.

Jenis-jenis main sosial: Main occupied - murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Main solitary - kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekelilingnya. Main onlooker - kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan permainan orang lain. Main parallel - kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya. Main associative - kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. Main cooperative - kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.

93

Main Kognitif Dalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti. Jenis-jenis main kognitif: main simbolik main games and rules main konstruktif (Constructive Paly) Main simbolik memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga. Main games and rules murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut. Main konstruktif (Constructive Play) murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia meraka. Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masingmasing.

Main Bebas Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.

Main Sosiodrama/ Main Peranan Main drama memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.

Contoh main sosiodrama yang boleh dijalankan: - Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik. - Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi kepada kanak-kanakkanak tersebut. Permainan Luar Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan. Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati. Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.

94

3.2.2 Pendekatan Bertema Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid.

Tujuan dan kepentingan Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran. Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih menarik. Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih. Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir. Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanakkanak mengikuti dengan mudah.

Faktor-faktor pemilihan tema ialah Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen. Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan diperolehi dan kehidupan murid. Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid. Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa. Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on experience) melalui aktiviti pembelajaran. Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi pengetahuan baru kepada murid. Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang jauh, dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang umum kepada yang spesifik.

Pelaksanaan Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik. Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna. Mencipta peta minda web tema. Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir. Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan. Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaitan dengan tema. Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.

95

3.2.3 Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Apa yang disepadukan? - Kesepaduan antara tunjang - Kesepaduan antara teori dan amali - Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni. - Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik - Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. - Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid. - Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.

Tujuan pendekatan bersepadu : - Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh. - Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya dan menimbulkan kepuasan belajar. - Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna. - Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti. - Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. - Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin. 3.2.4 Pendekatan projek Konsep Pendekatan Projek Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, muridmurid akan di bimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran Kepentingan pendekatan projek Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat Memupuk kerjasama dikalangan murid Melatih murid menilai hasil kerja mereka Hasil projek boleh dijadikan BBM

96

Perancangan dan pelaksanaan pendekatan projek

PROJEK PENGHASILAN -Istana pasir -Memasak -Model kenderaan -mobail PROJEK KEGUNAAN

PROJEK PEMBELAJARAN KHUSUS / LATIH TUBI

-pengelasan
-Suku kata -nombor PROJEK KAJI SELIDIK

-berkebun
-buku skrap -mengumpul stem -menghias majlis PROJEK MASALAH -ujudkan situasi mengikut kesesuaian -buat kuih Buat air

-alam sekitar
JENIS PROJEK

-serangga PROJEK LAWATAN

-zoo Taman Haiwan


-premis kemudahan awam -kawasan sekolah

3.2.5 PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN Pembelajaran berpusatkan murid Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru. Kebaikan aktiviti berpusatkan murid - Mendorong minat meneroka - Menggalakkan murid berdikari - Membina keyakinan diri - Membna pengetahuan menerusi cuba jaya - Memahami sendiri sesuatu konsep - Menyelesaikan masalah ingin tahu - Memberi peluang memilih bidang yang diminati - Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik

97

Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran Mewujudkan suasana ceri dalam pembelajaran

Inkuiri penemuan - Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang belaku dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/ pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan) - Pelajar berinteraksi dengan persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek, menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji Ciri - Guru wujudkan suasana & bimbing - Pembelajaran yg melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri - Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam - Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri - Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi Kepentingan - Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri Tidak bergantung pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain - Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi - Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu keputusan - Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968] berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Ciri-ciri Hasil pembelajaran perlu ditentukan Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) Bahan P&P yang berkesan Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah keunit pembelajaran yang baru. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

98

Model Pembelajaran Masteri


Unit Pembelajaran 1
Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Tindakan susulan Aktiviti Pengayaan

Ya

Tidak

Tindakan susulan
Aktiviti Pemulihan

Ya

Sudahkan murid mrnguasai

Tidak

Unit Pembelajaran 2

Pembelajaran kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

- Ciri: Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Faedah pembejalaran secara kontekstual MURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

99

Kepelbagaian Kecerdasan

Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)

Pengenalan: Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah berperanan memberi peluang kepada anak-anak mereka membangunkan kepelbagaian kecerdasan. Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah. - Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak - keluarga - permakanan - persekitaran tempat tinggal - rakan sebaya - sekolah - media massa

Jenis-jenis kepelbagaian kecerdasan Menurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian kecerdasan seperti berikut: Kecerdasan linguistik / bahasa Kecerdasan Logik Matematik Kecerdasan Ruang Kecerdasan Muzik Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Naturalistik

Kecerdasan linguistik / bahasa Kebolehan seseorang menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada dengan lisan atau penulisan. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis, memberi ucapan dan dapat membuat hubungkait di antara satu sama lain. Kecerdasan Logik Matematik Kebolehan seseorang kanak-kanak menggabungkan Matematik dan saintifik iaitu termasuklah kebolehan mengira pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan masalah Matematik.

100

Kecerdasan Ruang Kebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis serta mengukir. Kecerdasan Muzik Kebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama yang mudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll. Kecerdasan Kinestetik Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan keseimbangan. Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citicita serta perasaannya sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat menghasilkan kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapat menguasai emosi dan kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan. Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang lain. Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan dengan orang lain dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan. Kecerdasan Naturalistik Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

3.2.6

Pengelolaan Aktiviti

Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;

Aktiviti kelas Aktiviti kumpulan Aktiviti individu

101

Aktiviti secara kelas:

1. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama serentak

2. Pemupukan kemahiran bersosial

AKTIVITI KELAS

3.

Pemupukan nilai murni seperti Kerjasama, hormat menghormati, Keadilan dan Semangat bermasyarakat

Pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif


4.

Contoh Aktiviti Kelas: bercerita circle time nyanyian/ gerakan lawatan luar bersoal jawab eksperimen Aktiviti kumpulan: Pengelolaan aktiviti secara kumpulan Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama
1. Pembelajaran secara koloboratif atau usahasama
6. Proses penerapan nilai murni AKTIVITI KUMPULAN

2. Bilangan ahli yang kecil

3. Murid menjalankan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

5. Proses pemupukan kemahiran sosial dan penyelesaian masalah

4. Pembelajaran melalui rakan sebaya

Aktiviti yang boleh dijalankan - Main doh ; Main pondok; Main bongkah Main permainan tradisioanl Cantuman puzzle Berkebun Penerokaan

102

Permainan bahasa/matematik Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/ Pertandingan: menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

Pengelolan aktiviti secara individu

1.

Peluang untuk murid menumpukan kebolehan istimewa yang ada padanya bagi meningkatkan Kefahaman tentang sesuatu konsep

2. Murid bebas mencuba dan Meneroka dengan gaya tersendiri

3. 6. Murid secara aktif membuat aktiviti seperti binaan dari bongkah, bermain dengan doh atau bermain suai pasang

Peluang untuk mengaplikasikan Kemahiran berfikir seperti membuat Perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah

AKTIVITI INDIVIDU
4. Peluang untuk guru berinteraksi dengan murid secara individu serta membimbing mereka membuat keputusan

5.

Peluang untuk mengukuhkan nilai Murni seperti berdikarai, kerajinan dan sayangkan hak sendiri serta menghormati hak orang lain

Aktiviti individu Melukis gambar Menyusun gambar bersiri Menggunting/menampal Menguntai manik/bunga Mengenakan butang baju Membaca buku kecil/kad bacaan Main doh/suai pasang Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan

103

3.3 TEKNIK PENGAJARAN &PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH Scaffolding Teknik memperkukuh secara bersepadu setiap potensi , umpama kerangka sebuah bangunan Proses memberi sokongan kepada murid semasa mereka mencuba atau mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif daripada guru dan rakan sebaya Bentuk bantuan -Tunjuk cara, Verbal dan Non-verbal beri galakan berinteraksi untuk mewujudkan persefahaman, kerjasama, keseimbangan emosi dan perkembangan bahasa; - sedia menjadi peserta dalam kumpulan kanak-kanak; memberi peneguhan untuk perkukuh konsep; memberikan motivasi & memberi dorongan; - membantu mengikut kadar kebolehan murid; memberikan bantuan mengikut tahap yang diperlukan pada Zon Perkembangan Proksima (ZPD) menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah / tugasan; menggalakkan berdikari Guru. bukan sebagai pemberi arahan

Sharing & Constructing Memperkukuh idea murid Guru sebagai pemangkin Guru menjadi ahli kumpulan Guru-murid berkongsi untuk mencapai objektif Berkongsi selesaikan masalah Guru mencadang idea / petunjuk (clue) & murid buat keputusan

Modeling

Guru membuat percontohan terhadap sesuatu situasi untuk ditiru oleh murid secara langsung atau mempraktikkan amalan baik supaya menjadi ikutan secara tidak langsung oleh murid atau guru gunakan percontohan watak orang lain(Cth: Rasulullah) sebagai model Modeling boleh dilakukan dalam situasi sebenar, melalui penceritaan, menggunakan gambar atau tayangan video Modeling amalan baik oleh guru hendaklah secara berterusan seperti cara bercakap atau penampilan diri Murid hilang kepercayaan jika guru cakap tak serupa bikin

Attending memberi perhatian dengan komunikasi mesra belaian melalui bahasa yang memujuk tidak mengugut, tidak menyergah , tidak rasa terancam atau takut Kata-kata lisan yang menyokong ahaa, yaa, baik, bagus, cuba lagi, pandai Ulang atau perluas jawapan

104

Gerak isyarat non-verbal spt. senyum, anggukan, tepuk tangan, tulis jawapan di papan tulis, tunjuk tanda jempul Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang Tidak menghukum salah atau betul Situasi penuh kasih sayang Meninggalkan kesan positif, rasa dihargai diberi perhatian Didorong untuk menghasilkan yang terbaik

Prompting Satu cara layanan untuk mencapai matlamat Memberi pandu arah yang jelas dan tersusun Menggunakan pemujukan Lebih memberi pengesyoran beri teguran secara positif supaya tidak membunuh minat & semangat belajar memberi penyataan pandu/tunjuk hala dan "coaching guru mendengar secara aktif dan membuat maklum balas memberi penerangan dan arahan memberi motivasi

Mengingat semula (reflksi)

Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid Semasa memulakan tajuk baru / memahami konsep dan pengukuhan Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid dilalui

Tunjukcara Tunjukcara eksplisit (Explicit Demo): - menunjukkan bagaimana sesuatu tugasan atau kemahiran dilaksanakan , melalui bukan sahaja bahasa tetapi dengan perlakuannya sekali - pastikan guru/bahan berada di tempat strategik yang dapat dilihat oleh semua murid atau dibuat dalam kumpulan kecil Tunjukcara implisit (Implicit Demo): - pelakuan dan gaya tingkah laku dan bahasa yang ditunjukkan oleh seseorang yang menjadi ikutan. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Simulasi / Main Peranan


-

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

105

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Nyanyian - menyanyi adalah salah satu strategi yang boleh menarik minat murid - murid minat dan gemar menyanyi / mengikut melodi serta membuat pergerakan - boleh diaplikasi dalam kebanyakan tunjang pengajaran - pilihan sebaiknya lagu yang pendek dan berulang-ulang - boleh diiringi alat muzik atau perkusi - gunakan carta lagu untuk sepadukan dengan kebolehan membaca atau mengenal seni kata - nyanyian tidak kaku; sepadukan nyanyian dengan pergerakan kreatif/ sambil - menari/ membuat pergerakan mengikut seni kata - guru perlu membuat tunjukcara / sama-sama membuat pergerakan Penerangan Penjelasan sesuatu idea atau konsep kepada murid dengan bahasa dan cara yang sesuai dengan kebolehan mereka. Guna laras bahasa kanak-kanak. Faktor gaya bahasa , kejelasan suara dan intonasi penting dalam penyampaian penerangan Gaya bahasa bertutur dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang yang lebih dewasa. Penerangan dibuat dalam suasana murid dalam keadaan bersedia untuk mendengar dan disampaikan dengan suara yang jelas. Ulangan kadang-kadang diperlukan untuk memastikan maklumat diterima dengan berkesan.

Penyoalan/ Soal Jawab

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan jenis bercapah / konvergen menggalakkan kemahiranberfikir Memandu untuk mencapai objektif penyoalan Menyoal mengikut aras yang sesuai Mempunyai hentian untuk memberi masa murid memikirkan jawapan Bertujuan memperluaskan idea Sebarkan soalan kepada semua murid. Layan jawapan dengan memberi pujian dan galakan Mencabar sesuatu jawapan yang difikir betul / salah Mendorong / menggalakkan pemikiran semula

106

Berfokus daripada soalan umum kepada yang khusus Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa, dan maksud Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Kepentingan Penyoalan
Menambah daya ingatan dan pengetahuan Guru dapat kesan tahap mana pengetahuan murid Meningkatkan rapport guru dan murid Perkembangan pengetahuan secara berperingkat dari yang mudah ke isu yang kompleks Mengesan sikap individu atau kumpulan murid terhadap isu atau subjek

Berasaskan Tugasan (Task- based) Berasaskan pendekatan komunikatif dan menggalakkan murid berkomunikasi untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa Arahan guru perlu jelas dan berfokus supaya murid mudah dapat mengikuti peraturan melaksanakan tugasan Penegasan masa penting supaya tugasan dapat dibuat mengikut masa Tugasan boleh dibuat antara pasangan murid atau antara kumpulan murid Tugasan boleh berbentuk pertandingan atau persaingan antara individu atau kumpulan Guru boleh adakan hadiah/ token atau ganjaran untuk motivasikan murid Dapat meningkatkan rapport guru--murid dan murid--murid Perkembangan pengetahuan secara berperingkat , bermula dari tugasan mudah kepada tugasan yang lebih kompleks Guru berperanan sebagai pemudahcara dan memberi motivasi Contoh tugasan: melengkapkan gambar, model, puzzle, mencari jalan pulang, explore race, penyelesaian masalah

Bercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

107

Guru perlu hafazkan frasa atau ayat-ayat penting untuk melicinkan penceritaan. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan BBM kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan majalah , objek-objek sebenar atau kostium yang sesuai. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Kepentingan Teknik Bercerita Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan; Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam ceritacerita tersebut; Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid; Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilainilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watakwatak baik yang ditonjolkan dalam cerita; Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin; Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian; Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid

Lakonan/ Drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan murid.

108

TOPIK 4

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN DAN PENTAKSIRAN


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

109

TOPIK 4 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGASAAN (KSPK)


4.1 PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Latar Belakang Petunjuk Prestasi Utama (KPI} Sub-NKRA : Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penyemakan Kurikulum 1970an KEMAS dan Jab. Perpaduan mulakan kelas prasekolah awam 1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM 1992 KPM memulakan Prasekolah 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2008/9 KPK disemak semula 2010 Pelaksanan KSPK Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif Perubahan yang dilakukan: Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

110

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia: Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasar kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberI sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Matlamat KSPK Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif KSPK Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut: Jasmani: Mempunyai tubuh badan yang sihat Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan Menguasai kemahiran psikomotor asas kemahiran motor halus dan motor kasar Emosi: Mempunyai konsep kendiri yang positif Mempunyai keyakinan diri Mempunyai jati diri Berani mencuba Mempunyai kematangan emosi Menghormati perasaan dan hak orang lain Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

111

Intelek: Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan) Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan) Memperolehi kemahiran proses sains asas Memperolehi kemahiran matematik asas Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid Mempunyai daya kreatif dan estetika Menghargai keindahan alam dan warisan budaya Rohani: Mengamalkan nilai murni Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Sosial: Berkebolehan berkomunikasi yang mantap. Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Menyuarakan pandangan dan perasaan. Bekerjasama dengan orang lain.

Fokus
pembelajaran berpusatkan murid Kumpulan murid berumur 4-6 tahun proses pengajararan- inkuiri penemuan pendekatan bertema, bersepadu dan belajar melalui bermain. prinsip Developmentaly Appropriate Practice (DAP) diutamakan Penekanan Kurikulum dan Tahap Persekolahan dalam Kurikulum Transformasi: perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, sahsiah, sikap dan nilai, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul ) 4 kata kekunci: Menyuburkan (Enriching) Aktif Penglibatan (Engaging) Selamat (Safe) Seronok (Fun)

Organisasi kurikulum
Digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh kanak-kanak. Berpaksikan kepada pengetahuan,kemahiran asas serta nilai Terkandung di dalam 6 tunjang: komunikasi, kerohanian sikap dan nilai, kemanusian,Literasi sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri.

112

Rekabentuk kurikulum 2 ciri utama iatu kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Ekuiti dan kualiti Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran Objektif tingkah laku.

1). Kurikulum berasaskan standard

2) Kurikulum berbentuk modular


2 jenis modul diwujudkan iaitu modul asas dan modul bertema Modul asas komponen Bahasa (Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil) ,Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini Modul Bertema Modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.

Pelaksanaan Kurikulum Peruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah
4 jam sehari (termasuk waktu rehat) Jika bahasa pengantar selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa Malaysia hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu Jika bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia maka Bahasa Inggeris hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu Jika bahasa pengantar adalah selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa Inggeris diajar hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu. Jika terdapat 5 orang atau lebih murid beragama Islam maka pengajaran agama islam hendaklah diajar oleh guru yang bertauliah sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Jika terdapat 5 orang atau lebih murid bukan beragama Islam maka pengajaran pendidikan moral hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu

113

Jadual 1: Peruntukan masa mengikut Akta Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kelas Prasekolah
Bil PERKARA Peruntukan masa seminggu utk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya (minit) 180 180 120

1 2 3 4

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Bahasa Cina/ Bahasa Tamil

180
180 120 180

Waktu pengajaran berdasarkan modul asas dan teras. Lebih fleksibel. Modul asas diberi peruntukan waktu lebih pada awal tahun untuk penguasaan membaca, menulis, mengira dan menaakul. Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas Prasekolah yang Bahasa Pengantarnya Bahasa Malaysia

Modul Teras Asas 35% 0% (Awal tahun) Modul Bertema

50%

(akhir tahun)

Peruntukan waktu untuk Modul bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke akhir tahun secara beransur-ansur

114

Jadual 2: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia Bil Modul Peruntukan masa

Seminggu (minit) Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%) 1 2 3 4 Rutin pagi Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Jumlah Modul asas (lebih kurang 35%) 4 5 6 7 8 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Permainan Luar Matematik Jumlah Modul bertema (lebih kurang 35%) 9 Modul bersepadu merangkumi elemenelemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik Jumlah Jumlah minit seminggu 430 90 90 120 80 40 420 50 100 150 50 350

430 1200

115

Jadual 3: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Cina.Bahasa Tamil dan Bahasa Pengantar lain Bil Modul Peruntukan masa

Seminggu (minit) Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%) 1 2 3 4 Rutin pagi Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Jumlah Modul asas (lebih kurang 40%) 4 5 6 7 8 8 Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Pengantar lain Permainan Luar Matematik Jumlah Modul bertema (lebih kurang 30%) 9 Modul bersepadu merangkumi elemenelemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik Jumlah Jumlah minit seminggu 340 90 90 120 80 80 40 510 50 100 150 50 350

340 1200

116

Jadual 4: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia Bil Bidang Pembelajaran Peruntukan masa

Seminggu (minit) 1 2 3 4 5 Rutin pagi Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Bahasa Malaysia -modul asas BM -*modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BM 6 Bahasa Inggeris -Modul asas BI -* modul teras bertema yang menyepadukan elemen dalam keenamenam tunjang yang dikendalikan dalam BI* 7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 90 90 45 min x 2 hari 45 min x 2 hari 90 340 45 min x 2 hari 70 min x 5 hari 50 100 150 50

120

40 min x 3 hari Atau 60 min x 2 hari

8 9

Permainan Luar Matematik Jumlah minit seminggu

80 40 1200

40 min x 2 hari 40 min x 1 hari

*elemen yang dimaksudkan termasuk bahasa, sains, matematik, kemanusian, muzik, seni visual, perkembangan sosio emosi, pendidikan moral

117

Jadual 5: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau bahasa pengantar lain Bil Bidang Pembelajaran Peruntukan masa Seminggu (minit) 1 2 3 4 5 Rutin pagi Perbualan pagi Rehat Refleksi sebelum balik Bahasa Malaysia (BM) -modul asas BM -*modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BM 6 Bahasa Inggeris (BI) -Modul asas BI -* modul teras bertema yang menyepadukan elemen dalam keenamenam tunjang yang dikendalikan dalam BI* 7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 90 90 45 min x 2 hari 45 min x 2 hari 90 90 45 min x 2 hari 45 min x 2 hari 50 100 150 50

120

40 min x 3 hari Atau 60 min x 2 hari

Bahasa Cina/Bahasa Tamil/ Bahasa Pengantar Lain -modul asas -*Modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam bahasa pengantar 90 160 45 min x 2 hari 30 min x 5 hari

8 9

Permainan Luar Matematik Jumlah minit seminggu

80 40 1200

40 min x 2 hari 40 min x 1 hari

118

4.2. TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (Rujuk Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)
TUNJANG KSPK
Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil Kerohanian, Sikap & Nilai Insan seimbang
24

Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai


Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

24

4.2.1. Tunjang Komunikasi Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib diajar kepada semua kanakkanak prasekolah. Bahasa Cina dan Tamil diajar kepada prasekolah aliran cina dan tamil. Bahasa Malaysia diajar 2 jam seminggu , Bahasa Inggeris diajar 2 jam seminggu bagi prasekolah bahasa penghantarnya Bahasa Malaysia dan 1 jam seminggu jika bahasa penghantarnya bukan Bahasa Malaysia. Fokus utama Bahasa Komunikasi ialah mengajar kemahiran bahasa dan seni bahasa. Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menuis. Bahan yang digunakan mesti sesuai dengan peringkat perkembangan kanakkanak.

119

4.2.2. Tunjang Sains dan Teknologi Merangkumi awal sains,awal matematik,aktiviti menggunakan blok dan ICT. Memberi peluang kanak-kanak meneroka alam sekitar dengan deria dan peralatan mudah. Mencungkil sifat ingin tahu,sistematik dan teliti. Mengenal konsep pranombor, nombor,operasi nombor yang mudah,konsep waktu,wang, bentuk dan ruang. Memberi peuang kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu.

4.2.3. Tunjang Kemanusiaan Tunjang ini memberi peluang kanak-kanak mengenali diri sendiri. perhubungan antara keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak diajar tanggungjawab terhadap perhubungan ini. Pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.

4.2.4. Tunjang Fizikal Dan Estetika Merangkumi perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta perkembangan Kreativiti. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus,motor kasar dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Mengajar teknik yang betul untuk melompat,menyambut objek,membaling objek dan postur yang betul semasa duduk. Tunjang ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan diri,kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat juga aspek keselamatan.

Perkembangan Kreativiti Merangkumi seni visual,pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Kanak-kanak diberi peluang menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dengan aktiviti kreativiti. Seni visual -aplikasi seni (mengenal dan memilih bahan untuk menghasilkan sesuatu karya) 120

-aspresi kreatif ( proses penghasilan karya) -apresiasi seni ( proses menceritakan hasil kerja sendiri dan menunjukan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain) Pendidikan Muzik-aktiviti menyanyi,bermain perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi dan aspresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif aktiviti drama dan gerakan. Kanak-kanak main peranan, berlakon, menari dan gerakan kreatif.

4.2.5. Tunjang Ketrampilan Diri


Merangkumi mengenali dan pengurusan emosi diri , pencapaian emosi positif, pembinaan konsep kendiri positif.

Perkembangan sosio emosi berlaku sepanjang masa, tidak dicapai melalui aktiviti spesifik, boleh melalui aktiviti rutin, rehat dan semasa makan.
Merangkumi Pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari selama 2 jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

4.2.6 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai


Pendidikan Islam memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman, Sirah Rasulullah, dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakkan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan mengikut adab , jawi, surah pendek dan doa pilihan.

Pendidikan Moral merangkumi nilai-nilai murni, kepercayaan kepada Tuhan 4.3. PERANCANGAN RANCANGAN PENGAJARAN Rancangan Pengajaran Tahunan Merupakan satu kerangka perancangan pengajaran & pembelajaran lengkap dengan komponen, hasil pembelajaran & aktiviti serta bahan yang disusun mengikut kesesuaian masa yang dirancang dari minggu ke minggu. Dilaksanakan dalam tempoh setahun Objektif Guru dapat merancang, merangka, menyedia dan menyelaras secara tersusun Rancangan PengajaranTahunan/Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk mencapai Hasil Pembelajaran 121

Prosedur menyediakan rancangan pengajaran tahunan Memilih dan menentukan tema Membina web tema umum & web tema khusus Menyediakan senarai semak hasil pembelajaran Menulis Rancangan Pengajaran Tahunan/Mingguan

122

Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan


MINGGU Standard Kandungan TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA (BM 1) Kemahiran Mendengar. (BM 1 .1) Mendengar dengan penuh perhatian dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang). (BM 2) Kemahiran Bertutur. (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra. (BM 3) Kemahiran Membaca. (BM 3.1) Mengenal bentuk huruf A - Z. (BM 4) Kemahiran Menulis. (BM 4.1) Menguasai kemahiran pratulis TUNJANG KEMANUSIAAN (KM 1.0) Diri saya (KM 1.1) Mengetahui tentang latar belakang sejarah diri sendiri TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS (BI 1)Listening speaking (BI 1.1) Listen to and discriminate sounds (BI 2 Pre reading skills (BI 2.1) Understand that printed materials contain meaning. (BI 3 ) Reading Skills. (BI 3.1) Identify alphabet. (BI 4) Writing Skills. (BI 4.1) Pre-writing skills. Standard Pembelajaran (BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila dengan bimbingan. (BM2.1.1) Berbual dengan sebutan perkataan yang betul. (BM 3.1.1) Menyebut huruf mengikut urutan (BM 4.1.1) Memengang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis. (KM 1.1.2) Menceritakan tentang diri sendiri (contoh: nama, umur, jantina, bangsa, hobi). (BI 1.1.1) Listen to and identify common sounds around them. (BI 2.1.1) Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading. (BI 3.1.1) Recognize letters of the letters of the alphabet by their shapes. (BI 4.1.1) Engage in activities requiring eye-hand coordination. Aktiviti 1. Majlis suaikenal dengan muridmurid Prasekolah. 2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid. 3. Menyanyikan lagu ucapan selamat Contoh: Selamat pagi cikgu, Selamat pagi cikgu, Selamat pagi, Selamat pagi, Selamat pagi cikgu. (Melodi: Happy Birthday) 4. Bercerita tentang diri sendiri. 5. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu. 6. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar. 7. Main peranan memberi ucapan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan. 8. Berlakon mengikut emosi -gembira ,sedih,takut dan marah 9. Permainan mimik muka 1. Bercerita tentang diri sendiri. 2. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu. 3. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar. 4. Teacher introduces each of the students to the class. 5. The children introduce themselves to the class, e.g : My name is Ali. 6. Teacher reads a short story. 7. Teacher ask questions and the

123

children answer them. 8. The children act out lines from the short story. 9. Talk to children about the letters that represent the sounds they hear at the beginning of their names. 10. Say childrens names and help them match letters with the first sound of their name Farah F. 11. Encourage children to draw and paint and talk about what they have done.

Contoh Web: 2. Bentuk dan Jenis Rumah Saya o Rumah batu o Rumah papan o Banglo o Teres o Flat/pangsa

1. Ruang Rumah Saya o Ruang tamu/bilik air/dapur/bilik tidur o Peralatan setiap ruang Cara penggunaan alatan

RUMAH SAYA

4.

Keselamatan o Alat-alat yang membahayakan diri o Cara menyimpan alatan o Peti pertolongan Cemas o Pemadam api o Cara merawat 5.

3.

Kebersihan Rumah Saya o Cara-cara membersih rumah o Peralatan yang diperlukanpongkes/penyapu/tong sampah/pewangi

Persekitaran Rumah o Suasana ampaian/pokok bunga/kolam Ikan/haiwan ternakan/pokok buahbuahan/kebun sayur

124

Rancangan Harian Kriteria-kriteria yang perlu ada sewaktu menulis Rancangan Harian ialah ; Rancangan Tahunan / Rancangan Mingguan Tema Hari, Tarikh, Masa Komponen, Hasil Pembelajaran Aktiviti, Bahan Kesepaduan Catatan Penutup Refleksi

Aktiviti dalam Rancangan Harian perlu berteraskan ABP (Amalan Bersesuaian Perkembangan) yang menjana perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor. Perlaksanaan pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu perlu seimbang di dalam dan di luar kelas Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid dengan pendekatan yang bersesuaian. Pemilihan sumber hendaklah berasaskan tema, persekitaran dan pengetahuan sedia ada serta minat murid.

125

Contoh Rancangan Slot Pengajaran Kelas Tarikh Masa Bil. murid Modul : : : : : Tadika Mustika 05 Januari 2010 0800- 0830 pagi 25 orang Tema Keluarga saya

Tajuk/Tema :

Tunjang Utama : KM2.0 Saya dan Keluarga Standard Kandungan : KM2.1 Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek, ibu, bapa, adik beradik) BM2.2 Meransang pertuturan melalui soal jawab Standard Pembelajaran : KM2.1.2 Menceritakan salasilah keluarga terdekat. BM2.2.6 Menjawab soalan dengan jawapan yang bersesuaian Kesepaduan Tunjang : BM2.0 Kemahiran bertutur Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :(i) bercerita tentang salasilah keluarga sendiri. Pengetahuan Sedia ada : Murid telah didedahkan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Kemahiran Berfikir (KB) : Mengekategori umur dan jantina. Penerapan Nilai : Kasih sayang, hormat menghormati Alat Bantu Mengajar : Carta Pokok Keluarga, Gambar Keluarga, Lagu Kasih Sayang Fokus MI : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan interperonal Kosa Kata :Ibu, bapa, datuk, nenek, adik, abang, kakak

126

LANGKAH/ MASA Set Induksi ( 5 minit )

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P 1.Guru perdengarkan lagu Kasih Sayang Keluarga. 2.Guru dan murid menyanyi lagu Kasih Sayang Keluarga sambil berpegang tangan.

CATATAN/ ABM

Kasih sayang (Tulis senikata lagu)

ABM: CD / kaset Lagu: Kasih Sayang Keluarga

Langkah 1 ( 5 minit )

Ahli keluarga: datuk, nenek, ibu, bapa dll Soalan guru: Siapakah yang kamu paling sayang ?. Siapakah yang paling tua dalam keluarga? Susunan gambar mengikut: Peringkat umur; Jantina; Pasangan

1.Guru bertanya dan murid akan memberitahu / menjawab soalan. 2. Guru mempamerkan gambar keluarga mengikut jawapan murid.

ABM:Gambar ahli keluarga KB: menjana idea PN: hormat MI: linguistik

Langkah 2 ( 10 minit )

1.Murid diminta menyusun gambar keluarga mengikut umur atau jantina di papan tulis. 2.Murid diminta menyusun gambar mengikut pasangan.

ABM:Gambar ahli keluarga KB: mengkategori PN: hormat MI: linguistik

Langkah 3 ( 7 minit )

Penutup ( 3 minit)

1. Guru bahagikan Pokok Keluarga/ murid dalam kumpulan secara Salasilah berpasangan dan keluarga mengedar gambar pokok keluarga untuk dilengkapkan. 2. Murid bercerita tentang pokok keluarga yang telah disiapkan. Guru merumuskan Kasih sayang pelajaran hari itu terhadap keluarga dan bersama-sama menyanyi lagu Kasih Sayang Keluarga.

ABM:Gambar pokok keluarga KB: mengkategori PN: linguistik MI: linguistik

ABM: CD/ Kaset Lagu KB: refleksi PN: penyayang 127

Refleksi Guru: KESIMPULAN Penulisan perancangan tahunan dan harian merupakan asas dan panduan untuk guru mencapai hasil pembelajaran yang dirancang. Agihan masa dan komponen akan lebih seimbang dalam P&P. Cadangan yang diberi diharap dapat memberi idea kepada guru untuk merancang dan menyedia dengan format penulisan yang lebih sistematik Guru dapat melaksanakan aktiviti P&P dengan lebih bermakna dan menarik minat murid serta akhirnya mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.

4.4. PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN


Konsep Pentaksiran proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur. (Arthur et.al.; 1996) Ia merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan pelbagai kaedah.
Definisi Pentaksiran Prasekolah: Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian. Tujuan Pentaksiran di Prasekolah mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi memperkukuhkan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. memberi maklumbalas kemajuan murid

Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK Merangkumi keseluruhan tunjang termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial. Penyertaan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran kerana melibatkan banyak faktor.

128

Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah Mementingkan proses untuk menghasilkan produk. Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik). Dijalankan dalam suasana tidak formal. Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran. Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid. Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan. Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan. Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid

Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat : Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka. Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

Apakah yang ditaksir? Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung dalam KSPK yang mengandungi : Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan

Termasuk elemen berikut : penerapan nilai pembentukan sikap penguasaan kemahiran status kecergasan status kesihatan kesediaan sosial

129

Maksud konstruk dalam pentaksiran di prasekolah adalah: Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu - Kemahiran Mendengar - Kemahiran Bertutur - Kemahiran Membaca Perkataan - Kemahiran Membaca Ayat - Kemahiran Menulis Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard Prestasi.

Standard Prestasi Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.Standard Prestasi digunakan semasa kita mentaksir.

130

Pentaksiran di prasekolah melibatkan proses: i) Merancang

ii) Membina Instrumen iii) Melaksanakan Pentaksiran iv) Merekod v) Menyimpan, Menganalisis Maklumat dan Melapor

131

MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

Senarai Semak Definisi: Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan sesuatu pelakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan

132

Prosedur Perkara yang perlu diberi perhatian : Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas

133

134

Rekod Anekdot Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan. Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

Panduan Merekod Anekdot Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat Menulis apa yang dilihat secara objektif Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid CONTOH REKOD ANEKDOT Nama: Maria Masa: 9.00 pagi Pemerhatian: Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolah-olah seperti bola raga. Maria menegur: Mana boleh buat macam tu Tak apa, kata Agus. Tak reti..itu bukan bola kata Maria lagi. Tak apalah.. , jawab Agus lagi. Sayang bunga tu Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ. Tarikh: 20.10.2010 Tempat: Di luar Kelas Interpretasi: - Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar. - memiliki kecerdasan naturalis

135

Rekod Berterusan Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 5 minit.

Prosedur Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan Menulis Rekod Berterusan Rekod perkara yang benar-benar berlaku Guna bahasa yang mudah difahami Guna singkatan semasa mencatat Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

136

CONTOH REKOD BERTERUSAN Nama: Asri bin Yusof Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2010 Guru: Mohd Ismail Masa: 11.00 pagi Item: Peraturan Pemerhatian Ulasan Asri masih berada diruang mengambil Belum memahami tertib mendirikan solat wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf berjemaah hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat. Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan. Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk Amin menyampuk ,Tadi dia main air, cikgu. Asri mengundur masuk ke saf belakang.

Skala Kadar Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala - secara angka atau gred. Semasa merancang guru perlu menentukan : Tajuk Kemahiran , tingkah laku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas Penerangan skala dinyatakan Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan

137

138

139

Tindakan susulan Mempunyai 2 jenis tindakan susulan : i. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran - Murid yang sudah menguasai - Perlu latihan lebih mencabar ii. Bimbingan dan pemulihan - Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard - Perlu galakan dan aktiviti bimbingan Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid. Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang ditentukan

140

141

142

Etika Pentaksiran - Hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja Rekod tidak boleh dipamerkan Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun

143

Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pengenalan kurikulum Fokus Kurikulum Reka bentuk Kurikulum Pelaksanaan Kurikulum

4.1 Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan


Proses Pelaksanaan Pentaksiran Perancangan Pembinaan indikator / item dalam instrumen Tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

4.4 Proses Pelaksanaan Pentaksiran

TOPIK 4
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

4.2 Tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tunjang Komunikasi Falsafah Pendidikan Prasekolah Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

4.3 Perancangan rancangan pengajaran

Perancangan rancangan pengajaran rancangan tahunan/ semester, rancangan mingguan web umum dan khusus rancangan harian dan slot pengajaran Pengajaran mikro

PETA MINDA MODUL 4 : KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN


152

TERIMA KASIH

SELAMAT MAJU JAYA

93

You might also like