You are on page 1of 2

JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JALAN BUKIT GAMBIR 11700 PULAU PINANG Tel : 04-657 5500, Faks : 04-658

2500
http://jpnpp.edu.my Tel : 04-, Faks :04-5380262 (Unit Kokurikulum) Email : ukkjpnpp@yahoo.com.my

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj.Kami : JPNPP(UKK)100 - 4/1 JLD 11( Tarikh : 08 JUN 2011

En. Zainuddin Bin Mohamed Setiuasaha Agung Taekwando Negeri Pulau Pinang
Tuan,

MEMOHON KEBENARAN JPNPP UNTUK MELIBATKAN PELAJAR DI DALAM KEJOHANAN TERTUTUP TAEKWANDO REMAJA ANTARA (SEKOLAH-SEKOLAH) PERTAMA 2011 SPT TAEKWANDO & MARTIAL ART (WTF)
Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh 07 JUN 2011 mengenai perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Pulau Pinang tiada halangan membenarkan pihak tuan melibat pelajar pelajar dari Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Pulau Pinang untuk menyertai pertandingan tersebut pada tarikh 02 Julai 2011 dan bertempat di Dewan Ekspo Pertanaian, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti berikut:

2.1.

Pelaksanaan Program 2.1.1 2.1.2. 2.1.3. 2.1.4. 2.1.5. 2.1.6. 2.1.7. program yang dilaksanakan hendaklah tidak bertentangan dengan semua dasar kerajaan dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); program hendaklah tidak mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain program yang telah dirancang oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM; program yang dilaksanakan hendaklah sama seperti yang dimohon dan diluluskan; memperolehi kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Besar sekolah terlibat; semua murid yang mengambil bahagian mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/ penjaga; tiada unsur paksaan ke atas murid, sekolah dan guru untuk menyertai program; penganjur hendaklah menanggung sepenuhnya semua kos penganjuran program/aktiviti yang dianjurkan termasuk pengangkutan, makan, minum dan penginapan murid, guru, pegawai pengiring yang terlibat dan tiada implikasi kewangan kepada KPM, JPN, PPD dan sekolah dalam melaksanakan program yang dinyatakan; Tiada bayaran diikenakan ke atas murid/guru/sekolah

2.2.

Keselamatan 2.2.1. 2.2.2. program/aktiviti hendaklah dilaksanakan di tempat (venue) dan premis yang telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa yang berkenaan; pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Laut, Jabatan Hutan, Shahbandar, PERHILITAN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dimaklumkan secara rasmi mengenai keseluruhan program/aktiviti yang hendak dijalankan (jika berkenaan); semua arahan-arahan keselamatan am dan khusus yang telah dimaklumkan oleh semua pihakpihak yang berkenaan hendaklah dipatuhi sepanjang masa program/aktiviti;

2.2.3.

2.2.4.

bagi aktiviti luar bilik darjah, seperti aktiviti air, sukan berkemahiran tinggi dan lain-lain, semua guru, pegawai pengiring, jurulatih dan pegawai penganjur hendaklah terdiri daripada mereka yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan;

2.3.

Guru atau Pegawai Pengiring 2.3.1. untuk setiap aktiviti 1 (satu) orang Guru/Pegawai Pengiring adalah diperlukan untuk seramai 1 (satu) orang hingga 10 (sepuluh) orang murid; Nisbah maksimum adalah 1 (satu) orang Guru/Pegawai Pengiring bagi setiap 10 (sepuluh) orang murid; mesti ada Guru/Pegawai Pengiring perempuan jika program melibatkan murid perempuan dan mesti ada Guru/Pegawai Pengiring lelaki jika program melibatkan murid lelaki;

2.3.2. 2.4.

Masa Perjalanan 2.4.1. 2.4.2. bagi program harian, masa perjalanan ke tempat aktiviti dan pulang dari tempat aktiviti hendaklah dilakukan pada waktu pejabat sahaja; bagi perjalanan yang mengambil masa melebihi 9 jam, masa sampai ke destinasi tidak melebihi daripada jam 10.30 malam. Pengecualian adalah kepada perjalanan yang melibatkan penerbangan sama ada terus, atau transit, domestik dan antarabangsa, atau perjalanan yang telah dibenarkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri;

2.5.

Masa Aktiviti 2.5.1. 2.5.2. sekiranya tempat bermalam tidak disediakan, program/aktiviti harian hendaklah ditamatkan tidak lebih daripada jam 5.00 petang; bagi program yang melibatkan bermalam dan tempat bermalam disediakan, aktiviti yang dilaksanakan hendaklah tidak lebih daripada 10.30 malam, atau sebagaimana yang dinyatakan didalam permohonan dan telah diluluskan;

2.6.

Penggunaan Logo KPM dan JPN 2.6.1. 2.6.2. penggunaan logo KPM dan JPN dibenarkan hanya untuk backdrop, banner, sijil, cenderamata, kad jemputan dan buku program sahaja; Penggunaan logo KPM dan JPN tidak dibenarkan untuk tujuan mendapatkan tajaan atau lain-lain yang bertujuan komersial;

2.7.

Kecemasan 2.7.1. Bilik/Tempat Rawatan/kecemasan (Sick Bay) beserta dengan Pegawai yang bertugas dan pengangkutan yang relevan hendaklah disediakan sepanjang masa di premis atau tempat di mana murid sedang mengikuti aktiviti; Pihak penganjur hendaklah memaklumkan kepada JPN, PPD, Pengetua, Guru Besar dan ibubapa/penjaga, pegawai penganjur yang boleh dihubungi sepanjang masa program;

2.7.2. 3. 4. 5.

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang tidak dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kecuaian oleh pihak tuan. Kelulusan ini adalah hanya untuk program yang tersebut di atas dan tamat tempoh pada 07 Oktober 2010. Pihak tuan juga diminta menghubungi sendiri sekolah sekolah yang ingin dijemput.

Sekian, Terima Kasih PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( MOHD JAMIL BIN HJ OTHMAN ) Ketua Unit Kokurikulum b.p. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang s.k . 1. Pengarah Pelajaran Pulau Pinang 2. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Dan Kemanusiaan

mjo/roz/ukk

You might also like