P. 1
Kajian Komsas Novel 6.20

Kajian Komsas Novel 6.20

5.0

|Views: 16,915|Likes:
Published by Amira Amir

More info:

Published by: Amira Amir on Nov 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2015

pdf

text

original

Sinopsis

Novel ini mengisahkan Sukma, yang telah menghadapi beberapa peristiwa yang kebetulan berlaku pada waktu 6.20. Pada waktu tersebut,Sukma telah menerima kedatangan seorang wanita tua,kanak-kanak dan seorang lelaki. Sukma ingin mengetahui tentang mereka tetapi dihalang oleh ibunya. Tindakan ibunya menyebabkan Sukma tidak berpuas hati hingga membawa kepada pertengkaran kecil. Jerry, teman sekuliah Sukma telah dipercayai terlibat dengan kumpulan WX2. Sukma menyedari hal ini sehinggalah dia diberitahu oleh Alvin ketika mereka sedang melakukan perbincangan kumpulan. Sukma mengambil keputusan untuk pergi ke kelab kumpulan WX2. Dia telah berjumpa dengan Iskandar. Sukma mendapati Iskandar ialah salah seorang ahli kelab tersebut. Sukma berasa gembira apabila bertemu dengan Aim,kanak-kanak yang ditemui di rumahnya pada pukul 6.20 pagi. Sukma juga mengetahui bahawa nenek Aim ialah bidan kepada ibunya. Sukma semakin mencurigai ibunya sendiri. Kecurigaan ini bertambah apabila Abang Aim turut bercerita tentang kisah hidupnya dan kaitannya dengan ibu Sukma. Sukma meminta Jerry memberikan maklumat kepada pihak polis tentang kumpulan WX2. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan. Akhirnya dalam operasi tersebut, Ibu Sukma telah ditembak dan koma di hospital kerana dia merupakan seorang perisik kerajaan.

Intipati Bab
Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanya tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan punca dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.

Bab 3 – Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar, muncul dua ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.

Bab 4 – Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia tiga tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Pada majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika dalam majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pukul 6:20 subuh Isnin lalu tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 – Khamis
Jam menunjukkan 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.

Bab 6 – Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat
Jam menunjukkan pukul 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu. Kanakkanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanakkanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu terus melarikan diri keluar. Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah terrorism. Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.

Bab 8 – Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.

Bab 9 – Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma

lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.

Bab 10 – Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu. Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 – Sabtu Lagi
Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini. Iskandar seronok mencerita tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil

menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry. Reny tibatiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 – Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buahbuahan. Sukma mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma. Teja menanya tentang Kelab WX2 kepada Sukma. Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.

Bab 13 – Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma. Buku itu menceritakan cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan

meminta maaf dengan ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.

Bab 14 – Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak. Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama dua bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusiaempat bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.

Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua perkara yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke

rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80 peratus remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 – Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 – Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan

aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu ialah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.

Bab 18 – Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 – Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya; 1. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. 2. Konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya. 3. Tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam. 4. Berani menegakkan kebenaran Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut. 5. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. 6. Prihatin terhadap masalah orang lain. Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan. 7. Remaja yang mudah terpengaruh. Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

Watak
Watak Utama
Nur Sukma 1. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun. 2. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam. 3. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya). 4. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya). 5. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya). 6. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya). 7. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu). 8. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut). 9. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat). 10. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan). 11. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya). 12. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2). 13. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

Watak Sampingan
Puan Delia 1. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir. 2. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya). 3. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq). 4. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar. 5. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik. 6. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan). 7. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah). 8. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut). Tuan Haji Syaqir 1. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah). 2. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan). 3. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu). 4. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka). 5. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia). 6. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri). 7. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya). Teja 1. 2. 3. 4. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya). 5. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry yang bermasalah).

6. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah). Reny 1. 2. 3. 4. 5. 6. Berketurunan Iban. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta. Mahir segala jenis tarian tradisional. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma kerana tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2). 7. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya). 8. Terlibat dengan kumpulan WX2. Jerry 1. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun. 2. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma. 3. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah). 4. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya). 5. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi). 6. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia bekerjasama dengan polis). 7. Terlibat dengan kumpulan WX2. Iskandar 1. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah. 2. Tertarik kepada Sukma. 3. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang). 4. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain). 5. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika menganggotai Kelab WX2). 6. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2. Kak Ros 1. Jiran kepada keluarga Sukma. 2. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an. 3. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya.

4. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua orang tuanya). 5. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2). 6. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa berhati-hati). 7. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma). Rafiq 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Berasal dari Washington. Pelajar cemerlang dari Amerika. Seorang lelaki yang baik hati. Seorang yang mudah dibawa berbincang. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma. Tertarik kepada Sukma. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri walaupun dia pelajar cemerlang). 8. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah. 9. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia. 10. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang bermasalah). Wanita Tua/Nenek 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Seorang wanita tua yang berdikari (Hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim). Sayang akan cucunya. Bidan kepada ibu Sukma. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan pengasuh Sukma). Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya. Seorang yang tabah (Membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak lelakinya) Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.

Abang Aim 1. 2. 3. 4. 5. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah. Seorang penghidap AIDS. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang. . Bekas ahli kumpulan WX2. Tinggal di belakang rumah Tok Siak.

6. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka. Aim kecil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Su Ani 1. 2. 3. 4. 5. Ibu saudara Teja. Pemilik Kafe Flora. Berkahwin dengan Su Rawi. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya). Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya walaupun baharu mengenali mereka). 6. Mesra dengan kanak-kanak. Pak Rashid 1. 2. 3. 4. 5. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Merahsiakan aktiviti ibu Sukma). Prihatin terhadap Sukma (Bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan). Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu Sukma). Anak yatim piatu yang baru berusia lima tahun. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia dua tahun. Matang walaupun masih kecil. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi. Gemar makan roti. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek). Sayang akan neneknya.

Latar
Latar Masa
 6:20 pagi Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya. Petang Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang. Senja Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh. Malam Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

Latar Tempat
 Banglo Taman Megah Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya. Di Dewan Kuliah Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajarpelajarnya. Balkoni kamar Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma. Rumah Ehsan Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung. Kafe Flora Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman. Di pintu pagar rumah Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan

Tempat rehat Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka. Kelab WX2 Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut. Warung Pak Alias Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di seberang jalan. Rumah Aim Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma. Rumah Tuk Siak Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim. Kawasan tanah perkuburan Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas. Bangunan biru di hujung daerah Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap mereka. Hospital Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena tembakan ahli.

Latar Masyarakat 
Masyarakat pelajar universiti. Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam. Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam perjuangan Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan yang boleh membuatkan para pengikut bertindak ganas. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. Masyarakat yang berdikari. Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap hari, berjual buah untuk menyara kehidupan. Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat. Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran Barat.

Plot
 Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan
1. Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu-tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi. Ibunya telah melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.

Perkembangan
1. Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan. 2. Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan tarian tradisi Sarawak. 3. Jerry telah menceritakan tentang ruang sepi yang terdapat pada kelab WX2. 4. Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui tentang Sukma melaluinya. 5. Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar. 6. Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.

Klimaks
1. Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2. 2. Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis. 3. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma. 4. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.

Peleraian
1. Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.

Teknik Plot
1. Pemerian

Contoh: Tepat jam 6:20 hari Rabu, dua minggu lepas, saya sudah duduk di balkoni kamar. Mata saya tertumpu ke arah luar pagar. Suasana terasa dingin. Saya melirik sekitar balkoni. Embun membasahi kelopak dan dedaun mawar putih yang saya tanam di dalam pasu di sepanjang dinding balkoni. Suasana sunyi sepi. Sesekali terdengar kicauan burung sayup-sayup.

2. Imbas kembali

Contoh: Saya tersenyum ingatan saya tentangnya kembali . Awal pagi semalam, sewaktu saya mencari wanita tua yang membawa sebakul buah manggis, pemuda inilah yang melintas di hadapan saya. Dia yang berbasikal cuba menyapa dengan senyuman. Ya, memang dialah pemuda itu. Pertanyaannya saya jawab dengan anggukkan.

3. Dialog  Contoh: “Sukma kenal dia? Siapa, ya? Awak ni penuntut baharu di sini?” Tanya Teja 4. Monolog dalaman  Contoh: Bijak sungguh anak kecil ini, kata hati saya. 5. Saspens  Contoh: Saya menanti dengan penuh debaran. Salah seorang pegawai polis telah memaklumkan, kumpulan di daerah kami sudah berpecah dan ketua tertingginya ada bersama-sama di sini. “Ibukah ketua tertingginya, ayah?” 6. Kejutan  Contoh: “Pak Rasyid, ibu ke mana pagi tadi? Dia ada hubungan sulit dengan sesiapa di luar pengetahuan ayah ke?” Haji Rasyid tersentak . Dia tidak menyangka saya saya meragui ibu sehingga tahap itu. “ Oh, selamat datang ke kelab WX2, Cik Nur Sukma!” Saya tersentak dan menoleh ke arah pemilik suara yang menyapa dengan suara yang lantang.

Gaya Bahasa
1. Personafikasi

   

Contoh: Cuaca pagi terasa menggigit kerana malam tadi hujan turun dengan lebat. Contoh: Hati kecil saya menghidu sesuatu. Contoh: Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang. Contoh: Menyedari Asar sudah semakin tua.

2. Sinkope

Contoh: “ Kenapa akak tak nak cakap. Akak tak suka jumpa Aim?”.

3. Simile

 Contoh: Dia hairan melihatkan kami dua beranak duduk berhadapan seperti
patung cendana.

 Contoh: Dia kini menjadi seperti tugu seorang remaja...  Contoh: Bersolek pucat pasi seperti mayat  Contoh: Dia yang sering sinikal dan berprasangka, kini bagaikan anak kecil yang
riang, tenang dan positif mendepani saya. 4. Kata ganda  Contoh: “Apa awak cakap ni? Anak kita sihat walafiat. Kenapa fikir yang bukanbukan  Contoh: Jawapan Tuk Siak lebih menggemparkan. Saya jadi keliru, libang-libu, lalu bingkas bangun. 5. Peribahasa  Contoh: rendah diri, hati budi, air muka, berhati kering, hilang akal, berpeluk tubuh, tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia. 6. Penggunaan Bahasa Inggeris  Contoh: teroris, fall from grace, enter, power point, underground 7. Penggunaaan Bahasa Arab  Contoh: Insya-Allah, Assalammualaikum, Alhamdulillah, madrasah, souq, waalaikumussalam.

8. Bahasa puitis  Contoh: Saya memejamkan mata merehatkan fikiran, perasaan dan tubuh yang keletihan berkejaran ke sana ke mari mencari jawapan  Contoh: Saya memejamkan mata dan menari terasa alam berputar mengikut irama gendang, mengikut jatuh tapak kaki ke bumi dan melayang ke udara mengikut langkah tarian. Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang. terasa amat ringan, amat nyaman. 9. Anafora  Contoh: “Mengapa tak pergi bertanya kepada mereka, bukakan pintu… mengapa tak benarkan mereka masuk? Ayah Sukma tak tahu?” 10. Inversi  Contoh: Dunia yang baharu terasa kini. 11. Metafora  Contoh: kolam mata, kerusi panas, pintu jawapan 12. Bahasa sinis  Contoh: “ Tak sangka kita akan berjumpa di sini ! Apa khabar Tuan Haji Syaqir, wakil kami yang amat baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang kami?” Suara itu seperti sedikit menyindir. 13. Kata majmuk  Contoh: kaki lima 14. Doa  Contoh: Sebelum melangkah keluar, ada doa dan ayat tertentu daripada al-Quran yang dianjurkan membacanya. Yang paling mudah, maksudnya ‘Dengan nama Allah, kami bertawakal kepada Allah.’

Nilai
 Kasih sayang Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. Prihatin Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. Setiakawan Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. Tanggungjawab Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri. Saling menghormati Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya. Kejujuran Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih daripada seorang kawan dengan Iskandar. Pengorbanan Contoh: Jerry sanggup memberi maklumat kepada pihak polis walaupun nyawanya terancam. Patriotik Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara. Keimanan Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai umat Islam.

Kecintaan Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja. Kerjasama Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama untuk membanteras ahli kumpulan WX2. Rasional Contoh: Sukma berfikiran rasional walaupun Iskandar cuba mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.

Pengajaran
 Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2. Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya. Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari meninggalkan dia dan Aim. Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang menggugat keamanan negara.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->