You are on page 1of 26

PEMARKAHAN 1. ESEI ILMIAH (a) (b) 2.

FORUM JUMLAH

BML 3083: SEMANTIK DAN PRAGMATIK DALAM BAHASA MELAYU

PORTFOLIO TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH NAMA MD ALI BIN AB AZIZ NO. ID D046102 NO. TELEFON 013-6076140

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD RASHID BIN MD IDRIS TARIKH SERAH: 05 APRIL 2012

ISI KANDUNGAN FORTFOLIO PERKARA HALAMAN 3-4

Pengenalan

1.0 Contoh metafora dalam Bahasa Melayu 1.1 Metafora dalam pembinaan puisi 1.2 Metafora dalam penulisan novel 1.3 Metafora dalam peribahasa 1.4 Metafora dalam pemilihan tajuk drana 1.5 Metafora dalam lirik lagu
5 6 7-8 8-9 9-10

2.0 Rumusan

11

Biblografi

19-10

Tugasan B Pengenalan

20-21

1.0 Sinonim 2.0 Antonim 3.0 Polisem atau polisemi 4.0 Homonim 5.0 Hiponim Rumusan Bibliografi Forum

22

21 22 23-26

Tugasan A
2

Pengenalan

Bahasa merupakan sistem yang amat penting bagi manusia. Bagi suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Semantik atau bidang makna sebenarnya menjadi sebahagian ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan ,frasa, ayat dan ajaran .

Berdasarkan modul Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu ( 2011 : 131), menjelaskan Semantik secara ringkasnya sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu merujuk aspekaspek seerti dan rujukan , perkataan , ayat , jenis-jenis makna, peribahasa ( termasuk simpulan bahasa ) dan unsur semantik dalam nahu.

Justeru itu , terdapat pelbagai perkatan yang menjekaskan maksud bahasa. Antaranya merujuk kepada metafora. Berdasarkan maklumat [online], http://muhd-

arif.livejournal.com/1712.html , perkataan metafora dikatakan berasal daripada perkataan Greek iaitu meta bermaksud atas manakala pherein bermaksud diangkat. Oleh itu metafora merujuk kepada asatu proses linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu objek diangkat ke atas atau dipindahkan kepada orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan (4th,2001; pg 1029), metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan ( sebagai perbandingan atau kiasan ).Ini bermaksud sesuatu perkataan itu mempunyai makna lain untuk tujuan tertentu. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd ( 1996) pula berpendapat bahawa metafora ialah kiasan yang tidak menggunakan perkataan perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakanakan, bak, seperti, laksamana, macam , bagai dan umpama.

Menurut Lakoff dan Johnson (1980) menyatakan bahawa metafora menembus kehidupan seharian , bukan sekadar bahasa tetapi fikiran dan tindakan. Merujuk kepada kenyataan ini berikut adalah contoh-contoh metafora dalam Bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Contoh Metafora dalam Bahasa Melayu

Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia, manusia menggunakan metafora untuk memberikan keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau sesuatu konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah mengaittkan dengan sesuatu perkara yang konkrit atau fenomena yang dikenali dan mudah difahami oleh masyarakat.

Setelah membuat kajian dan penelitian , metafora digunakan dalam pelbagai jenis penyampaian yang merujuk kepada perbandingan alam,haiwan,objek dan sebagainya dengan maksud yang merujuk sekitar kehidupan manusia khususnya. Antara contoh metafora dalam Bahasa Melayu yang diperolehi adalah dalam pembinaan puisi, penggunaan peribahasa, tajuk drama masyarakat, kata-kata nasihat dan hujah para pemikir Islam , lirik lagu dan penulisan novel. Biarpun begitu mungkin banyak lagi contoh metafora digunakan tetapi saya akan mengupas enam di antaranya seperti gambarajah 1 berikut. i)Dalam pembinaan puisi v)Dalam lirik lagu

CONTOH METAFORA DALAM BAHASA MELAYU

ii)Dalam penulisan novel

iii)Dalam peribahasa

iv)Dalam tajuk drama

Rajah 1 : contoh-contoh metafora dalam Bahasa Melayu


4

i)

Metafora Dalam Pembinaan puisi

Muhamad Haji Salleh (2002: pg 135) dalam huraian tentang Sungai Hayat, 2006 ; menjelaskan bahasa perlambangan atau metafora adalah elemen penting dalam puisi Melayu dan menentukan nilai estetikanya : Kita dapat menyimpulkan bahawa Metafora atau kias ibarat adalah antara alatan terpenting sastera Melayu sejak awal lagi , melalui zaman penulisan sehinggalah zaman mutakhir. Oleh sebab itu orang Melayu suka menyampaikan makna secara tidak langsung , maka ini menjadi amat penting malah menjadi satu ciri dasar dalam estetikannya.

Daripada kenyataan itu jelaslah menunjukkan kebanyakan dipengaruhi oleh kejadian alam semulajadi

karya penulis Melayu

. Unsur metafora dalam penulisan puisi

membawa makna, pemikiran dan mesej puisi . Contohnya , melalui penulisan kumpulan puisi , Sungai Hayat( Jair Sulai, 2001) unsur alam semulajadi iaitu sungai yang diberi sifat hayat iaitu manusia yang hidup menumpukan sebuah metafora yang membawa cerita perlambangan tentang sebatang sungai yang maksudnya perjalanan diri sentiasa berterusan , menempuh pelbagai pengalaman menuju ke negeri yang abadi, sama seperti sebatang sungai yang mengalir ke muara.Ini jelas dapat dilihat dari baris-baris puisi (pg. 38) berikut : Sungai Hayat Ini sungai berliku Airnya sekeras batu Arusnya mata pisau Muaranya tanda tanyaku Dengan nyali keyakinan Di sini ku kayuh sampan harapan Pada airnya ku saring kelembutan Padaarusnya ku jarring kebeningan Ini sungai berliku Mengapungkan degup rinduku Mengalirkan pijar cintaku Kesamudera Maha Khalikku
5

ii)

Metafora Dalam Penulisan Novel

Novel menjadi salah satu bahagian dari bahasa tulis yang perkembangannya tidak luput dari bahasa kreatifitas pengarangnya, Wujud dari kreativitas pengarang tersebut salah satunya melalui penulisan gaya bahasa, antaranya metafora, ( Puji Mawarti, 2009 dalam Kajian Gaya Bahasa Metafora dalam Novel Laskar Pelangi ).

Berdasarkan kepada kenyataan ini jelaslah bahawa gaya bahasa metafora digunakan juga dalam penulisan novel bagi mengindah dan mempelbagaikan penyampaian bahasa untuk mengamit pembacaan penggemar novel. Bukan itu sahaja penggunaan metafora di dalam novel juga memberi impak makna yang tersirat dalam kata-kata yang diungkapkan . Selain itu memberikan tajuk menggunakan bahasa metafora juga melambangkan isi kandungan flot penceritaan sesuatu novel. Sebagai contohnya, saya memilih novel Ombak Rindu yang tidak asing lagi malahan sebagaimana umum tahu novel ini juga telah difilemkan.

Sumber: koleksi novel pilihan isteri saya.

Ombak dititipkan dengan sifat manusia, Rindu membandingkan perlambanagan sifat ombak yang menyimpan seribu satu rahsia yang tersirat di dalam lautan dengan membawa makna perasaan yang dibawa . Novel ini mengisahkan kisah hidup Izzah, yang penuh dengan keperitan dan permainan rahsia perasaan . Akhirnya kehidupan yang berliku dan dihadapi dengan penuh kesabaran membuahkan kebahagiaan dan kasih antara watak utamanya. Tajuk novel yang berunsurkan metafora menerangkan keseluruhan penceritaan novel itu.
6

iii)

Metafora Dalam Peribahasa

Peribahahasa dilihat berupaya mendukung pelbagai takrifan. Menurut lukman Ariffin & Abu Khair Atan dalam dalam Modul Semantik dan Pragmatik,UPSSI (2011: 65 )

menyatakan peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan reality kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling.

Justeru itu bertepatan dengan kajian metafora dalam kehidupan seharian ini maka peribahasa tergolong dalam metafora juga. Dalam menilai metafora yang digunakan dalam peribahasa, metafora yang digunakan adalah metafora ontologikal yang dilihat pada objek fizikal yang diberi sifat perorangan. Keadaan ini menyebabkan kita memahami sesuatu pengalaman dengan entiti bukan manusia dari sudut motivasi, tingkahlaku dan aktivitiaktiviti manusia. Contoh ini dapat dlihat dalam huraian peribahasa yang dipilih iaitu :

Harapkan pagar, pagar makan padi Pagar merupakan objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan di mana pagar digambarkan berupaya melakukan aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk terus hidup seperti makan sewaktu perut lapar. Peribahasa ini bermaksud seseorang yang diharapkan boleh menjadi pelindung sebaliknya telah memusnahkannya.

Selain itu , antara lain contoh peribahasa dengan corak metafora adalah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk, melukut di tepian gantang, biar mati anak jangan mati adat dan lain-lain.

iv)

Metafora Dalam Pemilihan Tajuk Drama.

Berdasarkan kajian Zurinah Hassan (2001) dalam tesisnya menjelaskan adanya penggunaan penciptaan metafora yang menghubungkan unsur alam dan manusia seperti kaki pagi, lambaian senja dan lain-lain lagi. Menurutnya lagi Gian Battista Vico, seorang ahli falsafah Itali menyifatkan kaedah pembinaa metafora seperti ini sebagai anthopomorphic metaphore.

Kenyataan itu dikukuhkan lagi dengan ulasan Ullman & Stephen ( 1966:84), expressions reffering to inaminate objects formed by transfers from the body and its part, from human sense and human passions.

Justeru itu antara sedar atau tidak banyak drama-drama tempatan menggunakan kaedah bahasa metafora dalam pemilihan tajuk drama tersebut. Antara yang menarik perhatian saya adalah drama Denai Berbisik. Drama ini pernah ditayangkan di Astro Prima pada 9 Disember 2009 dan diulang-tayang terkini pada minggu lepas ( 5 April 2012 ). Tajuk drama ini mengambarkan keseluruhan flot cerita.

Sumber : http://gengkeretasapu.blogspot.com/2011/07/denai-berbisik-telemovieargh.html#ixzz1rrhVK44g

Merujuk Kamus Dewan (2007,4th :332) denai bermaksud bekas jejak binatang di hutan ( semak, belukar dan lain-lain ). Penggunaan metafora pada Denai Berbisik bersesuaian dengan jalan cerita drama ini yang menyayat hati. Kisah perjalanan hidup seorang abang yang dilakunkan oleh Zulhuzaimi yang sangat sukar dan berliku, penuh dugaan dan cabaran dalam memikul amanah ibunya untuk menjaga adiknya yang terencat akal sehingga akhirnya dia terpaksa kehilangan adiknya yang disahkan mengidap AIDS.

v)

Metafora dalam Lirik Lagu

Lagu adalah salah satu cabang seni yang sangat mementingkan persembahan lirik yang indah dan puitis. Sebagimana sajak atau pun syair, setiap bait dalam lirik merupakan penceritaan kepada lagu tersebut. Lirik yang ada unsur perbandingan objek, alam yang dikaitkan dengan perorangan atau maksud lagu yang dikiaskan dengan pengalaman, sedih , suka, duka, kecewa, gembira dan sebagainya yang ditafsirkan melalui metafora. Tajuk lagu juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej keseluruhan lirik lagu. Sebagi contohnya lagu-lagu Siti Nurhaliza di antaranya Jalan Berduri, Bicara Luka, Purnama Merindu.

Unsur metafora pada Jalan, Kemudahan alam yang disifatkan ada duri, Berduri. Bicara, perbuatan manusia yang dititipkan perasaan , Luka. Purnama, objek dalam alam yang diberi sifat manusia ,Merindu. Berikut contoh lirik lagu Jalan Berduri;

Jalan Berduri

Awan mendung yang berarak kedinginan Lautan keruh yang bergelora kecewa Bayu nan lembut yang berhembusan kesedihan Kini jadi taufan kehilangan rakan

Sekian lama daku mencari bahagia Namun tiada ku semukakanya di mana Jalanan ku tempuh penuh duri Beginilah suratan hidupku ditentukan.

Mengapa duka lara seringkali melingkari diri Bilakah berakhir kisah pilu dari hidupku Jauh ku pergi bawa hati Jauh ku pergi bawa diri yang sepi Oh mungkinkah ku bertemu oh bahagia yang ku cari

Segala kepahitan kurasa ku pendamkan Tak mungkin dapat ku meluahkan pedihnya Biarlah daku mengharungi sendiri Waktu sakitnya daku rasakan derita

Penyanyi: Siti Nurhaliza Taruddin

Gaya bahasa metafora merujuk kepada lirik yang berwarna merah .

10

RUMUSAN

Setelah dihurai dengan panjang lebar dan berdasarkan penelitian dari bahan bacaan dan maklumat yang diperolehi daripada bahan rujukan didapati metafora adalah satu gaya bahasa yang sangat indah, penuh dengan makna yang dirungkaikan menggunakan perbandingan alam, objek, tumbuhan dan yang seerti dengannya yang dikaitkan atau dihubungkan dengan sifat manusia , pengalaman, yang berkaitan. perasaan, perbuatan dan sebagainya

Metafora juga adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej atau makna dalam bentuk teringkas, termudah, indah, puitis dan penuh penceritaan. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu khususnya sangat akrab dengan metafora kerana penggunaannya yang kerap terutamanya dalam lisan dan bertulis dalam bentuk persembahan, sesi dialog, ilmiah, perkongsian , pernyataan perasan dan pengajaran dengan pengalaman bahasa yang realtif. ( 1548 patah perkataan )

11

BIBLIOGRAFI

Definasi Metafora, (2012 ) [online] : http://muhd-arif.livejournal.com/1712.html acessed : (2012/3/30) Denai Berbisik, (2009),[online] : http://gengkeretasapu.blogspot.com/2011/07/denaiberbisik-telemovie-argh.html#ixzz1rrhVK44g accessed (2012/4/14) Fauziah Ashari , ( 2012 ), OmbakRindu (25th)Shah Alam, Grup Bahasa Karangkraf. Hajah Noreshah bt Baharom et . al. ( 2007), Kamus Dewan Bahasa ( 4th ),Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Jair Sulai, (2006), Sungai Hayat : Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka. Puji Mawarti, (2009), Kajian Gaya Bahasa Metafora Dalam Novel Laskar Pelangi Karya Andrea Hirata: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Muhamadiyah Surakarta[online]:www.searchinpdf.com/KAJIAN_GAYA_BAHASA_METAFORA_DALA M_NOVEL_LANSKAR_PELANGI_KARYA_... acessed ,( 2012/4/14) Ullman & Stephen , (1966), Languange and Style, Oxford Basil Blackwell. Universiti Pendidikan Sultan Idris , ( 2011 ) , BML Semantik dan Pragmantik Bahasa Melayu : Tanjung Malim Zarinah Hassan (2001) Penggunaan Unsur Alam Sebagai Pelambangan Dalam Puisi Melayu Moden; Universiti Putra Malaysia : Tesis Master Sastera [online] ,

http://zarinahhassan:blogspot.com/2011/10menyusur_metafora_dalam_sungai_hayat.html. acessed :(2012/3/30)

12

TUGASAN B PENGENALAN

Semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan , frasa, ayat, dan ujaran. Kata semantik ini sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud beerti. Kemudian se mainein diinggeriskan menjadi se mantics dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik (UPSI , 2011 dalam modul Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu )

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat (2007 : 1433 ) semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Clark & Clark ( 1977: 409 ) dalam Linguistik Melayu (Zulkifley Hamid et al,, 2006) pula menjelaskan pandangan yang membayangkan bahawa kajian semantik bermula dengan mengkaji makna-makna perkataan, mengkaji makna-makna frasa yang membentuk gatra ayat , dan akhir sekali melihat makna ayat yang terhasil daripada gabungan frasa.

Bidang ilmu semantik yang terus berkembang telah mengupas kaedah pemberian makna dengan melihat hubungan antara unsur-unsur yang membentuk makna perkataan. Struktur makna tersebut dikenali dengan sinonim, antonim, polisemi, hononim dan hiponim.

SINONIM

ANTONIM

STRUKTUR MAKNA HIPONIM (SEMANTIK) HONONIM

POLISEMI

RAJAH 1 : STRUKTUR MAKNA (DALAM 13 SEMANTIK

1.0 Sinonim

Dalam ilmu semantik, istilah sinonim merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna yang serupa atau sama. Sebagai contoh, apabila menyukai seseorang . boleh dikatakan mengasihi, menyintai dan menyayangi. Kasih , cinta dan saying adalah tiga perkataan yang dianggap mempunyai makna yang sinonim iaitu menggambarkan sesuatu perasaan yang positif dan penilaian yang tinggi terhadap seseorang.

Zulkifley Hamid et al. ( 2006 : 92 ) menyatakan , bukan sahaja kata sifat yang mempunyai pasangan yang mempunyai makna yang sinonim tetapi kata nama dan kata kerja juga mempunyai sifat kesinoniman. Kata kerja sepak adalah sinonim dengan kata kerja tendang dan teranjang. Contoh ayat, Ali menendang bola itu ke dalam gol . Ali menyepak bola itu ke dalam gol. Walaupun begitu sebahagian sinonim tidaklah

mempunyai makna yang benar-benar serupa sperti dalam contoh kata kerja di atas sepak , tending dan terajang adalah sinonim tetapi kata yang biasa digunakan adalah sepak dan tendang tetapi tidak pada perkataan terajang kerana tahap sinonim perkataan terajang tahap sinonimnya tidaklah sepenuhnya.

Terdapat kata-kata sinonim yang hampir serupa tetapi bermasalah kerana perkataanperkataan yang digunakan adalah gaya yang berbeza. Contohnya meninggal dunia, mati dan mampus. Berdasarkan contoh ini, meninggal dunia dikatakan membawa gaya yang lebih sopan, mati pula menggunakan gaya yang kurang sopan dan gaya bahasa bagi mampus adalah tidak sopan.

Selain itu sebahagian kata nama juga mempunyai kata yang mempunyai makna yang sinonim. Contohnya , kasut dan sepatu, kereta dan motokar, gerek dan basikal, dakwat dan tinta, dan jenazah dan mayat.

14

Terdapat 4 jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman , contohnya belalang bermakna patung dalam dialek Melayu, cakcibau dalam dialek Perak. Ke dua, sinonim konteks , contohnya perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokal. Ke tiga, sinonim laras sosial , contohnya penyanyi ialah orang menyanyi manakala biduan bermaksud lebih tinggi dalam bidang seni. Ke empat sinonim kolokasi , contoh banyak dan ramai. Contoh ayat : Banyak kilang telah ditutup, Ramai pelajar gembira dengan keputusan itu

Sinonim juga dapat diertikan sebagai perkatan yang mempunyai makna kata yang sama.Perkataan sinonim mempunyai hubungan dua hala dengan perkataan yang sinonom dengannya.Ini bermaksud,setiap perkataan sinonim dapat menggantikan perkataan yang bersinonim dengannya tanpa merubah maksud perkataan.Contohnya perkataan ibu dan emak.simbol dengan lambing yang tidak akan berubah ayat jika ia digantikan denngan salah satu perkataan tersebut.Ini menunjukkan konsep kata sinonim yang bersifat dua hala dengan ayat sinonimnya dalam sesuatu ayat.Walaupun perkataan diubah kepada perkataan yang bersinonim dengannya,maksud ayat masih sama dan tidak berubah.

Adullah Yusuf(2009) menyatakan bahawa sinonim dikatakan mempunyai cirri pengganti kepada perkataan yang bersinoim dengannya Contoh perkatan-perkatan dalam bahasa Melayu yang sinonim adalah seperti binatang dan haiwan,bohong dan tipu, budakbudak dan kanak-kanak,misalnya dan contohnya, bijak ,pandai,cerdik dan,pintar dan lain-lain lagi.

Walaupon sinonim bermaksud sama makna,namun terdapat beberapa kata sinonim yang memperlihatkan perbezaannya.contohnya ialah perkataan meninggal dan mati.Keduadua perkataan ini mempunyaikesamaan makna iaitu tamat riwayat hidup.Walaupun perkataan inimempunyai makna yang sama,namun penggunaan perkataan tersebut membuatkan wujudnya perbezaan antara perkataan tersebut.Perkataan meninggal hanya akan digunakan untuk manisia sahaja dan tidak sesuai untuk haiwan manakala perkataan mati pula digunakan

15

untuk haiwan dan tdaksesuai untuk manusia.Hal ini menunjukkanpemakaian perkatan boleh menyebabkan perbezaan antara perkataan bersinonim. Kesinoniman dalam sesuatu bahasa akan terjadi apabila banyak serapan antara bahasa,dialek dan ragam bahasa berlaku. Kesantunan dan ketertiban menuturkan katajuga menjadi lebih teratur dan terjamin.

2.0 Antonim

Antonim ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani Kuno.Perkataan antonim berasal daripada perkataan anomayangmembawa maksud namadan antiyang membawa maksudmelawan(Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin,2004).Ramai ahli bahasa telah mendifinisikan dan memberi pendapat tentang antonim.Antonim ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kulper & Allan, 2004:57). Asmah Haji Omar(2008)ula menyatakan antonim sebagai kata lawan dan maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain. Contoh bagi kata gemuk mempunyai kata lainnya iaitu kata kurus.Di sini dapatlah disimpulkan bahawa antonim ialah sesuatu kata yang mempunyai sesuatu kata yang berlawan dengannya seperti jantan lawannya betina,masam lawannya manis danlain-lain lagi.

Menurut Abdullah Yusof ,Alias Mohd Yatim,dan Moh Rain Shaari(2009),antonim dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu antonim berpasangan,antoim berperingkat,dan antonim berhubung.

PEMBAHAGIAN ANTONIM

Antonim Berpasangan

Antonim Berperingkat

Antonim Berhubungan

16

Antonim berhubung membawa maksud hubungan antara dua maujud daripadasatu sudut pandangan yang berbeza.Contohnya tarik lawanya tolak,jatuh lawannya bangun,beli lawannya bangun dan lain-lainlagi. boleh dibahagikan ialah perkataan tinggi lawannya rendah.

Antonim berpasangan juga dikenali sebagai antonim penggenap dan juga disebut sebagai komplimentarian yang melengkapi antara satu dengan lain.Contohnya lelaki lawanya perempuan,hidup lawanya mati,siang lawanya malam dan lain-lain lagi. Antara contoh antonim yang saling melengkami Lawan perkataan di atas ialah di bawah. Contoh ayat, Naziman membasuh daun pandan itu lalu diletakkan di atas talam. Perkataan di atas menunjukkan tempat atau kedudukan. Contoh ayat di bawah ialah, Kucing itu tidur di bawah meja. Kedua-dua ayat ini menujukkan kedudukan tempat yang berbeza iaitu di atas talam dan di bawah meja.

Antonim berperinkat juga dipanggil sebagai antonim tafsiran dan sering dikaitkan dengan kata adjektif. Berdasarkan contoh ayat yang berbunyi, Daun pokok pandan nipis, panjang dan kecil. Perkataan nipis, panjang dan kecil digunakan untuk memberitahu rupa bentuk daun pandan yang sebenar kepada pembaca. Perkataan nipis dan kecil memberi gambaran bahawa daun pandan itu ringan dan saiznya kecil. Lawan perkataan nipis ialah tebal. Panjang pula lawannya ialah pendek dan kecil lawannya besar. Contoh ayat

daripada perkataan tebal dan besar. Buku itu sangat tebal dan besar. Perkataan tebal dan besar pula memberitahu bahawa buku itu berat dan bersaiz besar.

17

3.0 Polisim atau Polisemi

Merujuk kamus Dewan edisi ke-4, (2007 : 1222 ) polisim atau polisemi ialah satu bentuk kata, ungkapan yang mempunyai lebih dari satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Menurut Zulkifley Hamid pula, polisim merujuk kepada satu perkataan yang mempunyai beberapa makna. Polisim merupakan keadaan perkataan yang mempunyai banyak makna. Situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan semulajadi dan juga konteks.

Contoh polisim tulen ialah perkataan lemah yang mempunyai pelbagai makna iaitu lemah tidak ada daya, lemah bermakna gagal atau rendah dari segi pencapaian, lemah tidak diyakini sebagai benar atau logik dan lemah dari segi ekonomi. Polisim menurut kontek ialah perkataanyang mempunyai makna yang belainan bergantung kepada konteknya.contoh perkataan teluryang membawa maksud telur ayam,itik dan sebagainya.Selain itu, telur membawamaksud markah pencapaian yang bergitu lemah dan kesan benjolan kerana dipukul atau ditumbuk.Dengan kata lain polisim ialah hubungan kata atau fasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.Sebagai contoh kata bantutentangboleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara dan ada masanya perkataan tentangboleh membawa maksud lawan.Seperti dalam ayatkita tentang habis-habisan.Berdasarkan contoh berikut tentang bervariasi maknanya,tetapi kewujudan polisim dilihat dengan berasaskan kontek penggunaan.
.

Contoh ayat Mak Yam sibuk memerah kelapa untuk mendapatkan santan. Beradasarkan contoh yang diberi , perkataan memerah dalam ayat bermaksud sedang melakukan suatu pekerjaan untuk mendapatkan hasilnya iaitu santan. Memerah juga boleh membawa makna berfikir. Contohnya , Amran memerah otak untuk mencari jawapan yang tepat kepada soalan yang dikemukan dalam peperiksaannya. memerah di sini membawa maksud berfikir dengan bersungguh-sungguh. Perkataan

18

4.0 Homonim

Perkataan homonimberasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu anoma nama dan homo sama. Homonim ialah kata yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama tetapi berbeza lapangan maknanya. Kata-kata homonim dikira sebagai dua kata yang berasingan atau diberi dua maksud. Contoh perkataan daki mempunyai makna memanjat dan satu lagi merujuk kepada kekotoran. Oleh itu dalam kamus perkataan homonim, ia diperakukan sebagai dua perkataan yang berlainan dan dibuat sebagai dua masukan yang berlainan iaitu daki I kotoran dan daki II panjat.

Sebagai contohnya, perkataan nasi lemak merujuk kepada sejenis makanan yang disukai oleh ramai orang. Man, lepas makan nasi lemak itu nanti, tolong ambilkan daun pandan untuk mak, ya. Perkataan lemak boleh membawa maksud yang lain seperti lemak ayam, lemak daging dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan sebagai bahasa kiasan iaitu naik lemak. Contoh ayat lemak ayam. Untuk penjagaan kesihatan yang baik, kita disarankan supaya jangan memakan lemak ayam.

Selain daripada itu, perkataan mereka membawa maksud yang pelbagai. Mereka boleh membawa maksud sekumpulan orang yang ramai. Contoh ayat, Mereka berkumpul di padang untuk memulakan latihan sukan. Selain daripada itu, mereka boleh membawa maksud mencipta sesuatu alat. Contoh ayat, Pelajar fakulti kejuruteraan berjaya mereka sebuah kereta berkuasa elektrik.

5-0 Hiponim Berdasarkan Kamus Dewan 4th ( 2007 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya kambing, lembu, dan rusa adalah hiponim daripada binatang.

19

Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan , ( Abdullah Hassan , 2006 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya. Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya katakata hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim.

Contoh hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman contohnya tenggiri,bawal,lampam,sembilang adalah hiponim bagi ikan.Bahulu,

keripap,donat,cucur adalah hiponim bagi kuih,Manakala kelapa,mangga,anggur adalah hiponim bagi buah.

Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu hiponim tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah padi iaitu perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu beras dan nasi.Oleh itu dalam bahasa Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi.Padi merupakanbijian yang belum dibuang kulitnya.setelah padi diproses,menjadi beras dimasak menjadi nasi. Bagi hiponim umum menurut Abdullah Hassan 92005:235),hiponim umum berlaku apabila terdapatsatu perkataan yang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga.Ada bunga melur,kenanga,mawar dan lainlain.Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu,perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentubagi menamakan jenis bunga tertentu,Contohnya seperti bunga melur.Contoh lain yang boleh kita lihat seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini beerti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am.

20

Rumusan

Terdapat pelbagai perkataan yang mempunyai makna lebih dari satu dan perlu difahami dengan betul agar tidak berlaku salah faham bahasa.Penelitian terhadap perkataan yang digunakan sangat penting untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, jika kita salah mentafsir antara perkataan antonim, sinonim, polisime , homonim dan hiponim akan menyebabkan murid salah dalam membuat

pemahaman terhadap perkataan itu. Oleh itu, sesorang itu harus dapat membezakan setiap maksud perkataan dengan tepat dan memahami setiap tafsiran tentang hubungan dari segi persamaan dan perbezaan antara sinonim,antonim,polisime,harmonim hiponim dan lain-lain lagi ,kerana setiap satu antaranya ada perkaitan dan perhubungan yang sangat halus dan mengelirukan.Jesteru itu saya sangat bersyukur kerana dengan kajian terperinci setiap interprestasi makna ini sangat membantu saya dan memberi input yang banyak dan berguna.

Selain daripada itu, konteks dan situasi perkataan itu digunakan juga perlu diberi perhatian. Perbezaan situasi akan memberi makna yang berbeza terhadap makna kata yang dipilih dalam sesuatu ayat. Oleh itu pengguna bahasa harus memahami makna kata berdasarkan konteks yang berbeza walaupun sesuatu kata disebut dengan bunyi yang sama dan dieja dengan ejaan yang serupa.

Adakalanya, terdapat perkataan yang mempunyai banyak makna yang dijadikan jenaka, usik mengusik dan sebagainya dalam kehidupan. Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam membuat tafsiran terhadap makna kata supaya ia tidak menjadi sesuatu perkara yang boleh menampakkan kelemahan diri kita sebagai penutur bahasa (2160 patah perkataan)

21

BIBLIOGRAFI

Asha Doshi. (2004). Leksikologi: Perhubungan makna dan Proses pembentukan perkataan. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM Baskaran, L. (2003). General Linguistics: Semantics. Fakulti Bahasa dan Linguistik: UM Campin Reka. (2004). Tata Bahasa: Bahasa Melayu. Retrieved 20th Feb. 2004 from http://tatabahasabm.tripod.com/tata.htm, Aleesya Saffiya. (2004). Kuih Limas Ibuku. Kuala Lumpur. Didikan Bestari Sdn Bhd. Hajah Noreshah bt Baharom et . al. ( 2007), Kamus Dewan Bahasa ( 4 th ),Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

22

BML 3083: SEMANTIK DAN PRAGMATIK DALAM BAHASA MELAYU

PORTFOLIO TUGASAN FORUM


DISEDIAKAN OLEH NAMA MD ALI BIN AB AZIZ NO. ID D046102 NO. TELEFON 013-6076140

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD RASHID BIN MD IDRIS TARIKH SERAH: 05 APRIL 201

23

View Message : Current Topic BUTIRAN DIRI Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ (D20102046102) Date posted : 01 Mar 2012 09:56:40 AM (17 read/s) Nama No.Kad Pengenalan No.Matriks Semester : MD ALI BIN AB AZIZ : 740706-05-5147 : D20102046102 :3

Bidang pengajian : Bahasa Melayu ( sekolah rendah ) Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kepis Felda 72100 Bahau, Negeri Sembilan

Alamat E-mel

: ali13579@gmail.com

kepentingan semantik dalam P&P di sekolah. Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ (D20102046102) Date posted : 28 Mar 2012 12:24:39 PM (13 read/s) Salam satu malaysia, dalam memberi pendapat tentang kepentingan semantik didalam P&P di sekolah, saya berpendapat ia sangat penting terutama bagi meningkatkan mutu mata pelajaran bahasa melayu diperingkat rendah lagi. Ia juga boleh memperkayakan pelajar kita dengan salah satu cabang ilmu dalam bahasa. Pelajar kita juga akan terdedah dengan makna sesuatu kata dan mahir mentafsir sesuatu kata dan ini boleh mengelakkan kekeliruan dan pelajar dapat menggunakan kata yang sesuai dengan setuasi. Terutama dalam membuat karangan dan juga pertuturan harian.

Re : KEPENTINGAN SEMANTIK Posted By :

28 Mar 2012 12:39:48 PM 27 Mar 2012 08:33:11 PM

MD ALI BIN ABD AZIZ Mohd Zamrin Bin Janhari No File Attach

Reply To : Attachment :

Saya bersetuju mengatakan bidang semantik amat penting dan diberikan penekanan yang sewajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini dapat diperhatikan dalam aspek penulisan yang memerlukan seseorang murid menghuraikan isi-isi yang diberi dengan gaya penulisan yang betul. Setiap ayat yang ditulis perlulah gramatis dan bermakna supaya penulisan yang dihasilkan bermutu dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Penguasaan aspek semantik mampu menjadikan seseorang murid itu menguasai pertuturan Bahasa Malaysia dengan baik dan sempurna

28 Mar 2012 12:36:51 PM

24

Re : Kepentingan Semantik Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ MAIZATUN BINTI MOHAMED NAZRI No File Attach 21 Mar 2012 02:17:52 PM

Reply To : Attachment :

Sememangnya bidang semantik dalam P&P amat penting bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru.Di mana ia akan memudahkan proses P&P Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran lain didalam kelas.

Re : kepentingan semantik dalam pnp Posted By :

02 Apr 2012 10:00:07 AM 24 Mar 2012 04:29:25 PM

MD ALI BIN ABD AZIZ Mohammad Erwan Bin Mohammad Tapsir No File Attach

Reply To

Attachment :

Saya setuju dengan pandangan saudari, semantik merupakan satu bidang yang membantu kita membina dan melafaz ayat yang bermakna untuk dituturkan semasa berkomunikasi.Selain itu, ilmu semantik juga mengajarkan kita supaya memilih ayat, frasa yang bersesuaian dengan khalayak mengikut budaya masyarakat setempat kerana perkataan dan ayat bukan sahaja mempunyai makna tetapi makna tersebut berkait dengan makna perkataan dan ayat yang lain.. Pemilihan perkataan atau ayat yang tidak sesuai akan menyebabkan timbul masalah komunikasi dan perbezaan pemahaman.

Re : Kepentingan Semantik Dalam P&P Posted By :

02 Apr 2012 10:11:41 AM 20 Mar 2012 04:12:40 PM

MD ALI BIN ABD AZIZ Sarina Binti Huisei No File Attach

Reply To : Attachment :

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Umumnya semantik bermaksud makna perkataan. Amat penting bagi murid-murid mempelajarinya. Apabila kurang menguasai semantik akan menyebabkan penggunaan perkataan yang kurang tepat untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat.Ini seterusnya boleh menyebabkan orang lain yang mendengar akan mendapat maklumat yang salah atau kurang tepat.

25

Group Forum - Print Message ()


Re : kepentingan semantik dalam P&P Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ Reply To : ROSLIN BIN TAHARUDDIN 16 Apr 2012 09:36:17 AM 13 Apr 2012 04:41:46 PM

Bidang semantik adalah bidang yang mengkaji makna kata. Pengguna harus menguasai bidang semantik untuk memahami makna kata dengan meluas dan tepat. Kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu belum tentu seseorang itu menguasai makna kata dengan baik. Kekeliruan dan salah tafsir terhadap makna kata mungkin boleh berlaku terutama pada perkataan banyak makna dan homonim dan juga disebabkan oleh sesuatu konteks atau situasi. Adakalanya, terdapat perkataan yang mempunyai banyak makna yang dijadikan jenaka, usik mengusik dan sebagainya dalam kehidupan. Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam membuat tafsiran terhadap makna kata supaya ia tidak menjadi sesuatu perkara yang boleh menampakan kelemahan diri kita sebagai penutur bahasa Melayu terutama dalam P&P.

Group Forum - Print Message ()


Re : Forum 1 Posted By : MD ALI BIN ABD AZIZ Reply To : WAN HARTINI BINTI WAN HAMAT 17 Apr 2012 10:52:26 AM 13 Apr 2012 11:34:10 PM

Bidang ilmu semantik yang terus berkembang telah mengupas kaedah pemberian makna dengan melihat hubungan antara unsur-unsur yang membentuk makna perkataan. Struktur makna tersebut dikenali dengan sinonim, antonim, polisemi, hononim dan hiponim.Struktur makna ini amat penting dalam P&P,terutama bagi guru yang mengajar bahasa melayu supaya murid tidak keliru denganpenggnaan kata.

26

You might also like