P. 1
Analisis Pergerakan Tekan Tubi, Turun Naik Bangku, Mendagu

Analisis Pergerakan Tekan Tubi, Turun Naik Bangku, Mendagu

|Views: 2,524|Likes:
Published by Piduih Hasnan

Analisis sepanjang 26 muka surat ini menjelaskan secara terperinci tentang sendi-sendi yang terlibat semasa pergerakan tekan tubi, turun naik bangku dan juga mendagu. Analisis ini juga menceritakan tentang pergerakan sendi-sendi tersebut fasa demi fasa.

Analisis sepanjang 26 muka surat ini menjelaskan secara terperinci tentang sendi-sendi yang terlibat semasa pergerakan tekan tubi, turun naik bangku dan juga mendagu. Analisis ini juga menceritakan tentang pergerakan sendi-sendi tersebut fasa demi fasa.

More info:

Published by: Piduih Hasnan on Nov 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $4.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

10/04/2013

$4.99

USD

pdf

text

original

PENGENALAN

Bahagian tubuh badan manusia terdiri daripada kombinasi banyak komponen-komponen asas. Dengan gabungan komponen-komponen yang hebat ini, Safee Sali dapat menendang bola dengan cekap, Usain Bolt dapat berlari pecut 100 meter dengan sangat laju dan Datuk Nicol Ann David dapat memukul bola squash dengan tangkas. Tanpa kehadiran komponen-komponen asas tubuh, sudah semestinya mereka semua tidak mampu untuk melakukan aktiviti fizikal sedemikian. Memandangkan segala aktiviti fizikal ini sangat dekat denagn kehidupan saya, saya sangat seronok mendalami topik ini. Bagi memenuhi kehendak tugasan Fungsi Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia, saya telah meneroka dengan lebih mendalam mengenai organisasi tubuh badan manusia. Saya telah melalukan carian maklumat di laman sesawang, ruang ‘redspot’ dan juga buku-buku rujukan. Hasilnya , saya berjaya mendalami banyak pengetahuan berguna mengenai beberapa organisasi tubuh badan manusia seperti tisu perantara, sistem rangka, sendi, sistem otot dan otot-otot rangka utama. Hal ini sangat bermanfaat bagi saya memandangkan setiap kali saya melakukan aktiviti fizikal, saya dapat mengenalpasti dengan sendiri otot, sendi serta pergerakan yang terlibat. Saya berasa sangat seronok dan pengetahuan ini sangat berharga kerana tanpa saya sedari, setiap aktiviti yang saya lakuakn berbantukan pelbagai jenis sendi, otot dan komponen-komponen lain. Sebagai contoh, pergerakan rutin saya seperti berjalan ke dewan kuliah setiap pagi, berlari di padang universiti,dan menendang bola pada waktu riadah petang dapat dilakukan dengan sempurna dengan berbantukan organisasi tubuh saya. Selain itu, saya juga dapati setiap pergerakan yang saya lakukan adalh berperingkat dan terdapat tiga fasa bagi setiap pergerakan. Oleh sebab itu, dalam skrip jawapan ini saya ingin mengupas dengan lebih mendalam mengenai beberapa pergerakan yang rutin kita lakukan dalam kehidupan seharian iaitu pergerakan tekan tubi, pergerakan naik turun bangku dan pergerakan mendagu. Bagi ketiga-tiga jenis pergerakan ini, saya akan mengupas aspek pemerihalan pergerakan tersebut, satah dan paksi rujukan bagi pergerakan yang dilakukan, sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut serta pergerakaan yang dihasilkan di sendi tersebutt. otot agonis yang terlibat dalam pergerakan dan yang terakhir sekali jenis penguncupan otot agonis.

2.0

ANALISIS PERGERAKAN TEKAN TUBI
Seseorang individu perlu sentiasa menilai tahap kecergasan semasa untuk mengetahui

perkembangan kesihatan masing-masing. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan, kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Bukti-bukti kajian menegaskan bahawa kecergasan fizikal adalah berasaskan lima faktor seperti berikut : daya tahan kardiovaskular, kekuatan, kelembutan, berat badan yang sesuai dan bersantai(relaxation). Disini, saya ingin meneroka dengan lebih mendalam mengenai faktor kekuatan. Kekuatan ialah keupayaan otot mengekalkan pergerakan melawan rintangan. Kekuatan yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada kekuatan atas badan, bahagian tengah badan dan bahagian bawah badan. Bagi menguji kekuatan atas badan, pergerakan yang sesuai dilakukan ialah pergerakan tekan tubi. Pergerakan tekan tubi sangat sinonim dan sangat dekat dengan kita semenjak kita kecil lagi. Pada zaman sekolah rendah dahulu, saya sering didenda melakukan tekan tubi oleh guru Matematik kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Berbalik kepada pergerakan tekan tubi, setelah melakukan pencerapan secara terperinci mengenai pergerakan ini, saya dapati terdapat tiga fasa yang terlibat dalam pergerakan tekan tubi iaitu fasa persediaan yang diikuti dengan fasa menurun dan seterusnya fasa pemulihan. Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi ialah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah mendatar. Berdasarkan analisis pencerapan saya dan pembacaan yang saya lakukan, aktiviti tekan tubi ini banyak melibatkan otot-otot utama di bahagian atas badan. Setelah saja kaji secara mendalam, terdapat tiga fasa yang dilalui oleh seseorang individu apabila melakukan senaman tekan tubi iaitu fasa persediaan, fasa menurun dan fasa permulaan. Berikut saya terangkan secara terperinci cara untuk melakukan tekan tubi dengan betul.

Kemudian.2. Satah & Paksi Rujukan Satah transversal di paksi longitudinal Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Radiokarpus/ Kondil Bahu/ Lesung Fleksi Plantar Fibularis (Peroneus) Longus Konsentrik Ekstensi Deltoid . tangan diletakkan selari dengan dada.2 FASA MENURUN . individu merapatkan kaki serta selari. Triseps Brakil Konsentrik Siku/ Engsel Ekstensi Latisimus Dorsi Dan Pektoralis Major Konsentrik 2. Pergerakan yang berlaku pada sendi radiokarpus di sendi kondil ialah pergerakan fleksi plantar.Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. individu perlu menurunkan bahagian torso badan secara mendatar ke lantai dan . Pada posisi ini. otot fibularis (peroneus) longus membantu sendi radiokarpus menyokong jisim badan. Pada fasa persediaan.1 FASA PERSEDIAAN Suatu prinsip yang penting apabila seseorang individu melakukan tekan tubi adalah untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.

akan berlakulah pengembangan dan . Pergerakan ini dibantu oleh otot latisimus dorsi dengan menarik lengan ke bawah. Kemudian.3 FASA PEMULIHAN Pada fasa ini pula. tangan dibengkokkan.Sendi siku mengalami pergerakan ekstensi. aduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu. individu menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas. Aduksi Dan Rotasi Fleksi Plantar Dan Ereksi Kaki Latisimus Dorsi Konsentrik Fibularis (Peroneus) Longus Konsentrik Bahu/Lesung Fleksi Biseps Brakil/ Deltoid Konsentrik 2. Semasa pergerakan ke bawah.Pada fasa menurun pula. bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan kita. Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Siku/Engsel Satah transversal di paksi longitudinal Radiokarpus /Kondil Ekstensi.

pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan. Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Siku/Engsel Satah transversal di paksi longitudinal Radiokarpus/ Kondil Bahu/Lesung Ekstensi Ekstensi Latisimus Dorsi Triseps Brakil. Deltoid Konsentrik Konsentrik Fleksi Plantar Dan Ereksi Kaki Fibularis (Peroneus) Longus Konsentrik 2. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Semasa pergerakan ke atas.4 GAMBAR RAJAH SENDI YANG TERLIBAT Sendi : Sendi lesung . Individu perlu pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci dan tidak digerakkan. tangan diluruskan. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai.

Sendi : Sendi Kondil .

Sendi : Sendi Engsel 2.5 GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT .

Otot : Biseps Brakil Otot :Triseps Brakil .

Otot :Latisimus Dorsi. Pictoralis Major Otot :Fibularis (peroneus) longus . Deltoid.

Dengan kata lain secara ringkasnya. Saya telah melakukan penyelidikan secara mendalam mengenai pergerakan naik turun bangku melalui media massa dan juga laman sesawang. pergerakan naik turun bangku ini dapat meningkatkan stamina seseorang individu. mereka boleh juga menggunakan dumbel. Jadi.3. Jadi. Hasilnya . akan saya jelaskan sebentar lagi. ketangkasan dan kelembutan. Aktiviti ini sering dilakukan oleh atlet sukan olahraga. Paling penting sekali. Antaranya ialah dengan melakukan pergerakan ini dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular seseorang individu.seperti yang kita semua tahu. Aktiviti ini boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. individu yang kerap melakukan latihan naik turun bangku ini mempunyai kadar daya tahan kardiovaskular yang sangat baik yang mana hal ini sangatlah bagus untuk kesihatan.0 ANALISIS PERGERAKAN NAIK TURUN BANGKU Naik turun bangku juga merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan dalam latihan litar. Selain itu juga. Terdapat tiga fasa ataupun peringkat bagi melakukan pergerakan ini : . tindakan reflek yang dikenakan ke atas anggota badan menyebabkan jantung mengepam banyak oksigen dan hal ini meningkatkan lagi kadar daya tahan kardiovaskular seseorang indidvidu. Tujuan yang terakhir sekali ialah bagi membina daya tahan kardiovaskular. Antara tujuan melakukan latihan naik turun bangku ialah meningkatkan daya tahan otot. Otot apa yang terlibat semasa melakukan pergerakan ini. dengan melakukan pergerakan ini juga. tujuan melakukan naik turun bangku juga adalah meningkat dan melatih keupayaan aerobic dan anaerobic. seseorang individu dapat meningkatkan kederasan. Selain itu. terdapat beberapa kelebihan bagi individu yang melakukan pergerakan tekan tubi. kardiovaskular adalah sangat berkait rapat dengan jantung. Kelebihan seterusnya yang diperoleh apabila melakukan pergerakan ini ialah seseorang individu itu dapat menguatkan otot kaki. tidak rugi untuk melakukan pergerakan ini jika ada masa terluang. saya dapati tiada langsung keburukan melakukan pergerakan ini melainkan semuanya kebaikan sahaja. aktiviti ini dilakukan berperingkat dan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Jadi. Selain itu. Manakala bagi atlet yang berpengalaman. saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa tujuan seseorang individu melakukan pergerakan naik turun bangku. Oleh itu. pada pandangan peribadi saya. fungsi meningkatkan daya tahan kardiovaskular di sini adalah berkemungkinan besar didorong oleh pergerakan secara berterusan yang dilakukan oleh seseorang individu.

bahu individu berada dalam keadaan lurus dan sedia untuk melangkah naik bangku. iii.1 FASA Pada fasa memainkan PERSEDIAAN persediaan. Semasa fasa ini. lesung sendi membantu synovial peranan penting. Mata memandang ke arah hadapan di depan bangku.3. ii. Ekstensi Hamstring Biseps Femoris Semitendinosus Semimembranosus Esentrik Gluteus Maksimus Esentrik . Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Sendi Satah sagital di paksi transversal Lutut/Sendi Kompaun @Sendi Engsel Terubah Suai Pinggul/Lesung Ekstensi i. Pada fasa ini. Hal ini demikian kerana sendi pergerakan pada sendi pinggul. individu dikehendaki berdiri tegak dengan keduadua tangan di sisi.

Otot hamstring membantu fleksi bahagian kaki bawah di sendi lutut.3. Kemudian. Ekstensi Hamstring Biseps Femoris Semitendinosus Esentrik Semimembranosus Gluteus Maksimus Esentrik . otot gluteus maksimus membantu sendi pinggul mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah.2 NAIK FASA MELANGKAH Individu kaki kanan dikehendaki menaikkan ke atas bangku diikuti dengan kaki kiri. . Pada posisi ini. iii. individu berdiri tegak di atas bangku. Pergerakan sendi lutut menaikkan kaki adalah dibantu oleh otot hamstring. Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Lutut/ Sendi Satah sagital di paksi transversal Kompaun @ Sendi Terubahsuai Pinggul/Lesung Fleksi i. Apabila kaki kiri dinaikkan ke atas bangku. ii. pergelangan kaki kanan akan mengalami pergerakan lengkungan plantar dan kaki kiri pula mengalami pergerakan lengkungan dorsi.

individu menurunkan kaki kanan ke lantai diikuti dengan kaki kiri.3 FASA PEMULIHAN Pada fasa pemulihan. Pergerakan sendi lutut ini adalah berbantukan otot hamstring. Manakala otot gluteus maksimus sekali lagi memainkan peranannya membantu sendi pinggul mengunci lutut semasa ekstensi bahagian kaki bawah. ii. Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Lutut/ Sendi Satah sagital di paksi transversal Kompaun @ Sendi Terubahsuai Pinggul/Lesung Fleksi i. iii.3. Ekstensi Hamstring Biseps Femoris Semitendinosus Esentrik Semimembranosus Gluteus Maksimus Esentrik .

3.4 GAMBAR RAJAH SENDI YANG TERLIBAT Sendi : Sendi lesung .

5 GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT Otot : Otot Hamstring ( Biseps Femoris. Semimembranosus) . Semitendinosus.3.

Otot : Gluteus Maksimus .

oleh yang demikian. Menurut pembacaan saya. Saya telah mengenalpasti beberapa jenis otot yang membantu seseorang individu melakukan pergerakan mendagu. Selain itu juga. Selain itu. Pergerakan mendagu melibatkan pergerakan sendi yang mana menyumbang kepada pemanjangan dan penguncupan otot. otot deltoid juga berperanan besar dalam membantu pergerakan mendagu. Di sini. tegangan pada otot berkeadaan malar walaupun panjang otot berubah. ekstensi. penguncupan isometrik dan penguncupan isotonik. penguncupan terbahagi kepada empat bahagian iaitu penguncupan konsentrik. Di samping itu. otot-otot lain yang juga terlibata dalah seperti otot biseps. Pada kali ini. maka perlu diklasifikasikan penguncupan ini. Hal ini berlaku apabila daya maksimum penguncupan otot melebihi jumlah keseluruhan beban dikenakan kepada otot. fleksi. Kekuatan otot seseorang individu dapat ditingkatkan dengan menambah beban melalui latihan kekuatan otot. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu cepat pulih daripada lesu. Manakala latihan isotonik pula merupakan salah satu jenis latihan yang dapat membina kekuatan otot. Antara otot yang terlibat ialah otot pektoralis major. Daya maksimum dihasilkan oleh otot-otot tertentu. otot ini membantu fleksi dan ekstensi lengan di sendi bahu. bagi penguncupan isotonik.4. dan rotasi lengan di sendi bahu. triseps. saya ingin mencungkil dengan lebih mendalam mengenai jenis penguncupan isotonik. saya ingin menerangkan secara rawak otot-otot yang terlibat beserta peranannya. Tindakan yang dikenakan oleh otot ini ialah abduksi.0 ANALISIS PERGERAKAN MENDAGU Penguncupan otot yang melibatkan pemendekkan sarkomer dan seterusnya keseluruhan otot hanya berlaku bagi penguncupan konsentrik. saya mendapati bahawa pergerakan mendagu adalah tergolong dalam jenis latihan isotonik . Dengan bahasa mudahnya. deltoid dan trapezius. Tindakan yang dikenakan oleh otot pektoralis major ialah abduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu. Bagaimanapun disebabkan semua otot dianggap boleh menguncup (boleh memendek). Contoh bagi penguncupan jenis ini adalah mengangkat sesuatu objek pada kelajuan yang malar. Setelah mendapat beberapa sumber maklumat daripada laman sesawang. saya dapati pergerakan mendagu ini sangatlah sesuai dipraktiskan dalam kalangan murid sekolah kerana pergerakan ini sangat baik untuk melatih imbangan. . penguncupan esentrik.

Manakala kaki dalam keadaan menjinjing iaitu Satah & paksi rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Bahu/ Lesung Satah transversal di paksi Ekstensi Deltoid Posterior Dan Latisimus Dorsi Isotonik . individu sendi synovial memainkan peranan penting. bahu individu berada dalam keadaan lurus dan sedia berdiri di atas jari kaki.4. untuk melakukan fasa mendagu. Hal ini demikian kerana sendi lesung membantu pergerakan pada sendi bahu.1 FASA PERMULAAN Pada fasa permulaan. Semasa fasa ini.

siku membawa bahu ke dagu dengan serapat yang mungkin.Deltoid Posterior Dan Latisimus Dorsi Isotonik .2 FASA MENDAGU Pada fasa mendagu pula. siku merapatkan bukaan sudut bagi memudahkan bahu merapati dagu dan pergerakan yang dihasilkan semasa proses ini adalah dinamakan pergerakan elevasi. Individu dikehendaki bertahan dengan posisi sedemikian setakat termampu dan seterusnya tempoh masa yang berjaya mendagu dicatat oleh rakan.longitudinal Jari Kaki/Lesung Fleksi Plantar Gastroknemius Isotonik 4. Jari tangan pula menggengam palang dengan kekuatan otot ekstensor digitorum. Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Siku/Engsel Elevasi Triseps Brakil Dan Biseps Brakil Isotonik Radiokarpus/ Satah transversal di paksi longitudinal Bahu/Lesung Kondil Oposisi Gastroknemius Isotonik Fleksi Pektoralis Major. Dengan kata mudahnya.

Individu dalam keadaan bersedia untuk melakukan pergerakan mendagu kali kedua. kaki berdiri di atas tapak dan bahu pula lurus. Satah & Paksi Rujukan Sendi & Jenis Sendi Pergerakan Yang Dihasilkan Di Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan Otot Agonis Bahu/ Lesung Satah transversal di paksi longitudinal Jari Kaki/Lesung Ekstensi Deltoid Posterior Dan Latisimus Dorsi Isotonik Pendorsifleksan Gastroknemius Isotonik .4.3 FASA PEMULIHAN Semasa fasa pemulihan.

4.4 GAMBAR RAJAH SENDI YANG TERLIBAT Sendi : Sendi lesung Sendi : Sendi Kondil .

5 GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT Otot : Biseps Brakil Otot :Trisep s Brakil .4.

Biseps Brakil Otot : Biseps Brakil. Deltoid Anterior.Otot : Deltoid Anterior. Pektoralis Major . Triseps Brakil .

Ekstensor Digitorium .Otot : Biseps Brakil.

tugasan analisis pergerakan ini sangatlah bermanfaat. Pada mulanya. . saya dapati bahawa hanya pergerakan tekan tubi sahaja yang melibatkan penguncupan konsentrik manakala pergerakan naik turun bangku adalah melibatkan penguncupan esentrik. Jadi. saya dapati pergerakan ini melibatkan jenis penguncupan isotonik. saya telah berjaya membuat sendiri analisis sendi serta otot yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. setelah saya mula mengkaji modul fungsi muskoluskeletal dan pergerakan manusia. saya telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula modul yang telah diberi dan hasilnya. saya sangat seronok kerana saya telah dapat membezakan jenis penguncupan otot agonis dengan jayanya. Pada mulanya. setelah saya mengkaji pergerakan mendagu. Namun yang demikian. Saya telah membedah segala isi kandungan modul yang telad disediakan dan hasilnya. Saya sangat bersyukur dan kagum dengan kebolehan diri sendiri. saya sangat teruja untuk melakukan ketiga-tiga pergerakan : tekan tubi. saya membuat generalisasi awal bahawa semua pergerakan adalah melibatkan penguncupan konsentrik. Bukan itu sahaja. naik turun bnagku dan mendagu. Namun. kekangan ini tidak mematahkan semangat kental saya. saya sangat berpuas hati dengan analisis pergerakan mendagu yang betul-betul saya analisa sendiri. Di samping itu juga. saya hanya meniru kandungan daripada laman sesawang. Hal ini demikian kerana senaman ini sanagn menjimatkan kos kerana kita semua dapat melakukannya di rumah sahaja. Saya dapati bahwa ketiga-tiga pergerakan tersebut sangat baik untuk saya serta rakan-rakan amalkan sebagai senaman.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya. Pada awalnya. saya mempunyai ‘zero idea’ mengenai pergerakan mendagu.5. Hal ini demikian kerana saya mendapati setelah saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya tidak sabar untuk membuat pemerhatian ke atas diri saya sendiri bagaimana sendi serta otot saya bergerak semasa saya melakukan pergerakan. Saya telah berusaha mencari maklumat daripada perpustakaan serta laman sesawang namun kebanyakan maklumat yang saya peroleh adalah berkisarkan pergerakan tekan tubi dan juga pergerakan naik turub bangku. saya dapati prosesnya tidaklah sesukar yang saya bayangkan malahan saya menjadi semakin seronok mendalami anatomi dan fisiologi manusia. Namun yang demikian.

com/2012_05_01_archive. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Basic Biomechanics (5th ed. Hall. Modul Fungsi Muskuloskeletal dan Pergerakan Manusia.au/FIA_mo/fp_archive/fp10.). Cooper (2000).com/E2Pushups-pullups.org/wiki/Push-ups http://adkpathcourse. Gan Wan Yeat.wikipedia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. The Biomechanics of Human Movement (2nd ed. Bhd.jsp? lang=dewasa&storymaster=1155035807767&storyid=1155035807767&substoryid =1132459299978 http://en.gov.blogspot. USA. J.htm http://myhealth.fia.). McGraw-Hill.J. New York.my/myhealth/bm/dewasa_content.html http://bigmuscleboss.0 BIBLIOGRAFI Hishamuddin Ahmad & Noor Aiwa Rosman.bodyresults. Indianapolis.blogspot.com.asp http://www. M. S. & J. (2003) Adrian. (2007).com/2007/04/muscle-anatomy. Choong Choe Hin. USA : Benchmark Press. Sukses Biologi SPM. http://www.6. M.html .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->