You are on page 1of 29

BIL 1.0 2.0 3.0 4.

0
5.0 6.0

PERKARA
Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian 6.1 Pengenalan 6.2 Petempatan 6.3 Budaya Hidup 6.4 Adat Resam 6.5 Kepercayaan dan Agama 6.6 Keseniaan dan Kebudayaan 6.7 Ekonomi 6.8 Penutup

MUKA SURAT 1 2 3-4 5


6 7 89 9 9 10 11 12 18 19 20 21 22 - 29 30

7.0 8.0 9.0

Rumusan Lampiran Rujukan

Kami menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik. Namun demikian, kami dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Kami ingin

mengucapkan

terima

kasih

kepada

Tuan Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, En. Nordin bin Saad yang telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan Kajian Lapangan ini di Sarawak.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Nurul Atiqah Abdullah dan Puan Noraidah Norman, guru Sejarah Tingkatan 6 kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, dan panduan kepada kami untuk menyiapkan tugasan Kajian Lapangan ini.

Seterusnya,

terima

kasih

kepada

ayah

dan

ibu

kami yang

memberikan dorongan dan galakan kepada kami semasa menjalankan kajian ini.

Selain itu, ucapan terima kasih ini kami tujukan kepada rakan-rakan sekelas kami, yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang membantu kami secara langsung dan tidak langsung.

Objektif khusus Kajian Lapangan Sejarah ini dijalankan adalah untuk :

Memenuhi syarat sekolah iaitu membuat Kajian Lapangan Sejarah.

Mengetahui asal-usul dan perkembangan Masyarakat Ulu.

Memiliki perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara.

Mempunyai dan dapat mempertingkat semangat patriotik dan bersedia melibatkan diri dalam mempertahan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.

Dapat menganilisis, merumus dan menilai fakta-fakta tentang sejarah Orang Ulu.

Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:

Lawatan

dan pemerhatian.-

Kaedah ini

digunakan

untuk mengetahui latar pemerhatian

belakang Orang Ulu di Kampung Budaya, Sarawak . Selain itu, dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri Orang Ulu.

Temubual Kami menemu bual dengan dua orang petugas di Kampung Budaya. Mereka menceritakan latar belakang Orang Ulu dan Orang Penan.

Pembacaan.- Kaedah

pembacaan

dilakukan

untuk mendapatkan

maklumat

tentang latar belakang Orang Ulu dan Orang Penan.

Kami sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan kajian lapangan sejarah dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan kajian

lapangan ini, kami telah pelajari banyak pengetahuan dan nilai moral.

Kami mendapat banyak pengetahuan tentang Orang Ulu. Kami dapat mengetahui tentang latar belakang, penempatan, agama, budaya dan lain-lain lagi.

Selain pengetahuan, kami dapat menghayati nilai kesabaran dan ketabahan. Semasa menghasilkan kajian lapangan telah memberi peluang kepada kami menguasai kemahiran membuat pendidikan dengan tatacara betul serta meningkat kemahiran berkomunikasi. Kini kami telah mengenali erti tidak berputus asa dalam menjalankan sesuatu tugasan.

21

6.1 PENGENALAN

Pada amnya, istilah Orang Ulu boleh ditakrifkan sebagai penduduk hulu sungai; penduduk asli di kawasan luar Bandar yang mendiami kawasan pendalaman iaitu kawasan hulu sungai-sungai yang besar di Negeri Sarawak. Walaupun tidak ada takrifan yang sah dan rasmi, Orang Ulu selalunya diandaikan untuk merujuk kepada penduduk asli yang tinggal di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman Negeri Sarawak. Dengan lain perkataan They are largely jungle people for majority of their population within the great forest of Sarawak. Di samping itu terdapat sekumpulan kecil Orang Ulu di Negeri Brunei Darussalam, Sabah dan ramai lagi yang menetap di Kalimantan.

Orang Ulu adalah satu istilah dari bahasa Melayu yang telah pun wujud sejak zaman pemerintahan Raja Brooke di Sarawak. Iaitu satu istilah yang kerap digunakan oleh penduduk hulu sungai ketika memperkenalkan diri mereka kepada pegawai-pegawai Kerajaan Brooke dahulu. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kami Orang Ulu (we the upriver people).Namun istilah Orang Ulu untuk pertama kalinya digunakan secara rasmi pada tahun 1958, yakni dalam ordinan Undang-undang Adat Pribumi.Ketika itu penggunaan istilah tersebut hanya dikhususkan untuk suku kaum Kayan dan Kenyah sahaja. Pada 28 Oktober 1966 istilahOrang Ulu itu muncul sekali lagi dengan penubuhan satu pertubuhan social Orang Ulu National Association(OUNA) .Pada kali ini istilah tersebut mula memasukkan kumpulan kaum pribumi yang lain.

Orang Ulu termasuk Kayan, suku kaum Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit, dan Penan dan baru-baru ini, suku kaum Lun Bawang, Lun Dayeh dan Berawan dan Kelabit highlanders.

6.2 PETEMPATAN

Semasa lawatan tersebut, kami dapat mengetahui bahawa petempatan mereka adalah di hulu sungai. Kebanyakan mereka tinggal di bahagian Miri, Bintulu dan Limbang. Mereka tinggal di perkampungan yang terletak jauh dari pusat bandar dan mendirikan rumah panjang sebagai tempat kediaman mereka.

6.3 BUDAYA HIDUP

Masyarakat Orang Ulu mengamalkan sistem sara hidup sebagai seorang petani, menangkap ikan di sungai, mengamalkan corak penanaman padi bukit yang berpindah-randah, berburu haiwan di hutan, mengambil produk-produk hutan untuk kraftangan dan kegunaan harian seperti rotan, daun nipah hutan, makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan pemburu hasil hutan. Orang Ulu menggunakan lembing untuk memburu binatang, serampang untuk menangkap ikandan mengusahakan padi. Sebelum ini, masyarakat Orang Ulu bekerja sebagai petani yang menanam padi secara tradisional dan sekarang sudah bertukar kepada penanaman moden.

6.4 ADAT RESAM


PERKAHWINAN Ketua rumah panjang mengarahkan pengantin lelaki duduk di atas gong yang kecil, sementara menunggu pengantin perempuannya tiba. Pengantin perempuan dibawa atas tiang buluh yang diangkat oleh dua lelaki daripada kaumnya. Apabila tiba, pengantin perempuan duduk di sebelah bakal suaminya yang duduk atas gong yang sangat kecil. Mereka akan berkongsi satu gong yang kecil. Oleh itu, mereka akan duduk rapat. Beberapa hadiah telah disediakan sempena majlis perkahwinan ini. Ketua rumah panjang akan merestui penganti baru ini dengan goncangan beberapa daun kering dan mengikat tangan mereka dengan tali. Ini melambangkan bahawa mereka haruslah hidup bersama walaupun menghadapi dugaan hidup. Seterusnya, beliau memakaikan topi (topi berbentuk kon) ke atas kepala pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan menyuapkan sirih antara satu sama lain. Ketua rumah panjang membawa pengantin baru itu berjalan-jalan sekitar rumah panjang itu sebanyak 7 kali. Oleh sebab rumah panjang agak panjang, ini akan mengambil masa. Ketua rumah panjang boleh mempersembahkan tarian kalau beliau ingin berbuat demikian.Selepas itu, persembahan tradisional akan diadakan. Sekian sahaja majlis perkahwinan. Pengantin boleh digelar sebagai suami isteri.

10

6.5 KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Orang Ulu Mengamalkan kepercayaan

animisme dan sekarang

kebanyakan daripada mereka menganut agama Kristian. Terdapat beberapa kepercayaan dan pantang larang kaum Orang Ulu. Kalong mempunyai roh sebagai Pelindung. Seni ukiran., sebelum kerja-kerja mengukir motif dibuat, perlu diadakan upacara penyembahan dan korban babi, parang ilang dan gong untuk mengingatkan roh atau semangat ukiran itu agar dapat mengenal siapa empunya yang menjaganya dan untuk melawan sebarang kuasa jahat yang cuba mengganggu keluarga atau rumah panjang tersebut.

Seterusnya, Kelebit. Kelebit bermaksud Perang Perisai. Motif

pada

kelebit menyerupai kepala manusia dengan mata yang bulat terbeliak dan gigi dan taring yang memanjang keluar dipercayai dapat melemahkan semangat perang pihak lawan. Pusau Anak. upacara memberi nama tradisi berdasarkan nama-nama moyang. Nama

seseorang itu boleh membawa rahmat atau sebaliknya.

11

6.6 KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN


SENI BINA

Orang Ulu memiliki kepakaran seni bina yang begitu tinggi, misalnya dalam mendirikan rumah panjang yang kuat, tegap dan utuh.Orang Ulu juga pakar dalam membina perahu panjang, bukti keupayaan seni ukir pahat yang begitu halus dan tidak ternilai. Orang Ulu gemar melakukan peralatan untuk menangkap ikan. kerja-kerja seperti anyaman tikar, membuat ukir, mereka akan

Bagi yang mahir dalam seni

menghabiskan masa dengan mengukir, memahat, melukis dan sebagainya

SENI KRAFTANGAN

Gubahan manik merupakan satu seni di Sarawak. Bao Dar. Masyarakat Orang Ulu terkenal dengan

kraftangan yang begitu popular karangan manik yang dinamakan

Bao Dar adalah hasil kombinasi manik-manik yang bersaiz kecil. Penggunaan dan kedudukan seseorang. Tidak hairanlah jika manik perempuan. Manik

manik menggambarkan pangkat

menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak

dikarang menjadi hiasan pada bakul, bekas tembakau dan sirih, dompet, pakaian perang dan jaket. Juga digunakan untuk menghiasi ajat, ingan, tabung tembakau, sarung parang, subang dan baju perang. Terdapat beberapa proses pembuatan manik. Papan disediakan untuk menggubah manik, yang diperbuat daripada kayu jelutung. Papan itu pula perlulah berpadanan dengan bentuk ukuran sesuatu barang yang hendak dicipta. Seterusnya, ragam hias dituriskan atau disurihkan pada permukaan papan tersebut. Kaki-kaki halus dipasang 12

iaitu setinggi kira-kira dua belas inci

pada papan itu, bertujuan agar penggubah manik

tidak terbongkok-bongkok semasa menggubah nanti. Penggubah memasangkan benang asas pada hujung papan serta merentanginya sepanjang tepi papan itu menggunakan

jarum biku.Penggubah mengerat beberapa lembaran benang diperlukannya.

kapas atau nilon yang

Lembaran -lembaran benang itu diatur rapat-rapat,menutupi ragam hiasan nilon itu

yang telah terturis di atas papan itu. Lembaran-lembaran benang kapas atau dilipat dua dan digelungkan pada benang asasnya.

Dengan demikian hujung lembaran-

lembaran benang yang berpasangan itu terletak pada sebelah yang bertentangan dengan benang asas pula. Manik-manik halus dicucukan pada benang itu mengikut corak yang dikehendaki. sepanjang setiap lembaran

SENI UKIR

Seni ukiran merupakan salah satu daripada warisan

kesenian yang

dimiliki oleh masyarakat Orang Ulu dan telah diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek-moyang mereka hingga ke hari ini.Bagi masyarakat Orang Ulu, mereka percaya bahawa suatu motif atau ukiran berkenaan memiliki maksud tertentu yang perlu dipatuhi dan tidak boleh dipandang remeh. Ini menjadikan seni tradisi. Orang Ulu ini memiliki sifatsifat dan seni yang halus dan tinggi.

13

SENI TRADISI

Kaum wanita Orang Ulu menghiasi badan mereka dengan motif-motif tertentu lebih banyak berbanding kaum lelaki. Dipercayai bahawa tatu pada tubuh badan wanita berfungsi sebagai penyuluh jalan yang gelap. Kaum Orang Ulu percaya tatu sebagai cahaya petunjuk dalam perjalanan mereka di dunia lain. Manakala motif yang biasanya terukir pada lengan kaum lelaki menandakan bahawa dia pernah berlawan dan berjaya memenggal kepala musuh. Perhiasan tatu pada kaum wanita dan lelaki membawa maksud dan kepentingan tertentu.

SENI MOTIF TRADISI

Kalong dalam bahasa Kenyah atau Ekeng (bahasa Kayan) bermaksud motif atau lukisan tradisi Orang Ulu.Setiap kalong atau ekeng memiliki kuasa atau maksud simbolik tertentu. Mesej abstrak untuk memberitahu kepada orang lain akan kebaikan dan kepimpinan golongan yang memiliki atau memakai motif tersebut. Orang Ulu sangat menghormati penggunaan kalong yang tidak boleh diguna pakai sesuka hati pada dinding rumah, perhiasan baju atau pakaian dan hiasan pada barang-barang kraf lain yang dimiliki oleh individu. Seni kalong mencerminkan keunikan identiti dan kreativiti masyarakatnya. Kalong sebagai bahasa simbolik atau bahasa perantaraan antara masyarakat ini dengan pelindung mereka. Juga bertindak sebagai mesej abstrak untuk memberitahu kepada orang lain akan kebaikan dan kepimpinan golongan yang memiliki atau memakai motif tersebut.Masyarakat Orang Ulu sangat menghormati penggunaan kalong yang tidak boleh diguna pakai sesuka hati. 14

Jenis-Jenis Kalong, Budeng Atau Ekeng: Kalong Kelunan (motif manusia). Kalong Kelawit-kawit (ukiran salur paut). Kalong Penat. Kalong Niding. Kalong Besulan. Kalong Tebenggang atau Tingang (motif burung kenyalang) Masyarakat Orang Ulu percaya kalong atau sesuatu corak motif tradisi juga memiliki kehidupan seperti manusia. Dipercayai memiliki semangat atau roh yang

dapat membantu, melindungi dan sebaliknya. Masyarakat Orang Ulu tetap menghormati dan mematuhi batas-batas penggunaan sesuatu motif khasnya masyarakat di rumah panjang.

TARIAN TRADISI

Kanjet Ngeluput adalah tarian suku kaum Orang Ulu.Penarinya terdiri daripada kaum lelaki. Pergerakan penari lelaki adalah diubahsuai menunjukkan aktiviti berburu dan kegagahan seorang wira. Cara menapak dalam teknik tersebut adalah menarik iaitu tapakan bermula dari dan bahagian luar kaki. Pergerakan tangan walaupun agak lurus masih mempunyai alunan yang lembut.

15

Tarian Datun Julud adalah tarian oleh

wanita daripada suku kaum

Orang Ulu di Sarawak yang membuat persembahan dengan lemah gemalai bersama pakaian khusus di mana bulu-bulu di pasang di tangan seakan-akan meniru burung-burung yang sedang berterbangan. Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu kaki seolah-olah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi suatu kesan seperti terapung atau berterbangan di udara.

PAKAIAN TRADISIONAL

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pasca pakaian membentuk motif-motif etnik sama a da dari tenunan,jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri dariperak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. Setiap kali ada persembahan tarian tradisional Orang Ulu seperti kanjet

lasan, datum lujut, saga putung dan sebagainya, motif-motif dan beberapa kombinasi kalong yang lain sentiasa mewarnai kain sarung ta`ah yang dipakai penari wanita. Begitu juga dengan penari lelaki di mana corak kalong digunakan pada bahagian abet, tabit dan lain-lain. Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

16

ALAT MUZIK TRADISIONAL

Pada sebelah petang atau malam, di rumah panjang selalu akan dengar bunyi merdu alunan petikan sape oleh mereka yang pandai memetik sape.Sape berukuran lebih kurang 4 kaki dan kelebaran hampir sama dengan gitar tetapi berat sape adalah dua kali ganda berat daripada gitar. Instrumen ini diklasifikasikan sebagai lute yang mempunyai 3 atau 4 tali. Lagu yang dipetik dari sape pada hari ini adalah diperturunkan daripada generasi terdahulu. Sape digunakan untuk tarian upacara dan ada yang liriknya menceritakan sesuatu.

PEMBINAAN RUMAH PANJANG ORANG ULU

Rumah tersebut dibina beberapa kaki di atas tanah di tengah-tengah kehijauan hutan tropikal yang subur,sangat cantik dan mewah dengan beranda yang

terbuka, motif tradisional yang sangat bagus yang diukir di tiang-tiang totem dan barangan serta peralatan yang kaya dengan hasil seni.Rumah panjang juga menonjolkan wanita dengan pakaian yang berwarna-warni yang dapat dilihat di kampong tersebut. Wanita rumah panjang akan mempersembahkan tarian selamat datang di beranda utama di mana para pelawat dibuai dengan aluanan muzik yang asyik dari xylofon kayu tradisional yang dipanggil Jatung Lutang. Rumah itu juga mempamerkan beberapa sape iaitu instrument muzik bertali yang dikenali ramai. Proses untuk mengukir sape dari kayu tropikal/buluh turut ditunjukkan di rumah itu. Di luar rumah panjang, terdapat pondok kecil di mana padang besi dihasilkan. Proses itu memerlukan kemahiran yang tinggi. Semua puak Orang 17

Ulu membina rumah dengan seni reka yang hampir sama tetapi kemahiran dan kekemasan yang jauh berbeza. Rumah-rumah mereka selalunya terletak berhampiran sungai. Rumah panjang Orang Ulu dibina untuk kemudahan penduduk kampung dan untuk menampung sebanyak 100 keluarga. Rumah panjang biasanya disokong di atas tiang daripada berlian iaitu sejenis kayu yang mempunyai ketinggian 20-30 kaki. Atap bumbung juga dibuat daripada kulit berlian. Setiap bahagian rumah panjang mengandungi 1 keluarga yang terdiri daripada ibubapa, anak perempuan, anak lelaki dan hamba perempuan. Biasanya, bahagian tersebut mempunyai tempat untuk memasak dan tempat tidur. Pintu utama menuju ke kawasan galeri yang panjang 2 kali lebar untuk dijadikan ruang tamu dan berehat. Anakanak bujang dan pelawat tidur di galeri. Bilik tuai rumah yang 2 kali ganda panjang dari bahagian lain selalunya berada di tengah-tengah rumah panjang di mana pendiangan dan tempat menyambut tetamu yang utama terletak. Keluarga yang berdarjat tinggi yang

kebiasaannya adalah saudara tuai rumah mempunyai biik bersebelahan tuai rumah. Bilikbilik tersebut juga lebih besar dari bilik lain.

18

6.7 EKONOMI
Kegiatan Ekonomi masyarakat Ulu meyara hidup dengan menanam padi huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang. Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Ulu yang menduduki kawasan pendalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Ulu yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Ulu sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Orang Ulu dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.

19

PENUTUP

Pada masa dahulu, Orang Ulu tinggal di hulu sungai dan mereka dikenali sebagai orang pedalaman. Tetapi, kini mereka menjadi moden. Kebanyakan mereka berhijrah ke Bandar dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Pada masa ini, mereka lebih mementingkan pelajaran. Mereka juga menjawat jawatan yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Pada masa kini, mereka seiiring dengan kaum-kaum lain.

20

http://www. yahoo.com http://www.google.com Temubual dengan Orang Penan, En. Tomibulan dan Orang Ulu, En.Francis Lawatan ke tempat kajian, Kampung Budaya Sarawak Cultural Village Pantai Damai, Santubong, P.O.Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia. Tel: (6082) 846 411 Fax: (6082) 846 988 Email: enquiry@scv.com.my Web: www.scv.com.my Pembacaan di majalah tentang Masyarakat di Sarawak

30

Rumah kaum Orang Penan

Alat muzik Masyarakat Ulu, Sape 22

Bersama Orang Penan

Semasa mencuba menggunakan alat memburu Orang Penan, Sumpit.

23

Alat yang digunakan untuk memburu binatang dan menangkap ikan.

Alat muzik Sape yang belum dicat lagi

24

Kami sedang menemu bual petugas di Rumah Panjang Orang Ulu, Kampung Budaya.

Pengantin lelaki Orang Ulu

25

Semasa pengantin lelaki duduk atas gong kecil.

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan duduk bersama-sama di atas gong kecil.

26

Ketua rumah panjang merestui penganti baru ini dengan goncangan beberapa daun kering.

Ketua rumah panjang mengikat tali di kedua-dua tangan pengantin.

27

Tarian Datun Julud

Corak pada dinding Rumah Orang Ulu.

28

Hasilan gubahan manik

Pakaian Orang Ulu

29

You might also like