You are on page 1of 34

KEDAULATAN NEGARA

IPGM, KAMPUS TUN HUSSEIN


ONN
Pengenalan
 Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat
dan sebagai sebuah unit dalam masyarakat dunia, ia tidak
dapat lari dari mempunyai hubungan dengan negara lain.
 Dalam duni baru ini, hubungan antara negara adalah suatu
kemestian dan saling bergantungan dari aspek ekonomi,
politik, teknologi dan ekologi.
 Hubungan yang tiada sempadan ini penting bagi memastikan
keamanan dan kemakmuran dunia.
Definisi Dasar Luar Malaysia

 Merangkumi matlamat, rancangan dan tindakan yang diambil


oleh sesebuah negara sehubungan dengan negara lain
(pengertian luas).
 Mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah
negara bagi mempengaruhi keadaan diluar bidang kuasanya
(pengertian terhad).
 Dasar luar bukan perkara statik- berubah ikut perkembangan
dunia.
Dasar Luar Malaysia

 Kesinambungan dari dasar dalam bagi melindungi dan


menjaga kepentingan nasional seperti keselamatan dan
kesejahteraan ekonomi.
 Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu adakan
hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
 Menekankan hubungan erat dengan negara Asia terutama
ASEAN tanpa abaikan negara lain di dunia ini.
 Oleh itu Malaysia aktif dalam pertubuhan seperti OIC, NAM
dan KOMANWEL.
 Dari aspek ekonomi, Malaysia sentiasa memperluaskan
pasaran hasil eksport dan meningkatkan perlaburan modal
asing.
Faktor-Faktor Penentuan Dasar Luar Malaysia

 Terdapat 7 penentuan faktor dasar luar Malaysia.


1. Kepentingan Nasional
Memastikan bentuk hubungan luar tidak berteraskan
kekerasan dan adakan hubungan baik dengan semua negara.
Malaysia bergantungkepada perdagangan negara
berorientasikan eksport.
2. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Malaysia adalah ahli tetap PBB dan menyokong kuat
dasar-dasarnya. Malaysia juga menggalakkan pemeliharaan
keamanan dunia dan melindungi hak asasi manusia. Malaysia
juga menganggotai UNESCO serta menghantar unit
keselamatan untuk membantu PBB mengekalkan keamanan.
3. Kedudukan geografi
Malaysia terletak ditengah-tengah jalan
perdagangan Timur dan Barat.
4.Islam
Islam telah dijadikan salah satu sumber yang
penting dalam perlembagaan persekutuan. Malaysia
merupakan salah sebuah negara perintis dalam penubuhan
OIC. Membantu dalam menyelesaikan masalah dan mencari
jalan penyelesaian konflik di dunia Islam.
5. Bekas jajahan British
Merupakan bekas tanah jajahan British dan secara
automatik menjadi negara KOMANWEL.Mempunyai
hubungan baik dengan negara KOMANWEL yang lain.
6. Dasar berkecuali
Malaysia bukan merupakan negara yang
berasaskan ketenteraan jadi seharusnya mempunyai hubungan
yang baik dengan semua negara di dunia. Sentiasa
menggunakan dasar berkecuali.
7. Prinsip hidup bersama
Malaysia sentiasa memperjuangkan hak setiap
negara bagi menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri
tanpa campurtangan luar. Oleh itu ia berpegang teguh pada
prinsip hidup bersama secara aman dan damai.
Perkembangan Dasar Luar
Malaysia
Era Tunku Abdul Rahman 1957-1969
 Memimpin ketika awal negara mencapai kemerdekaan.
 Menjalankan dasar luar yang pro-komanwel, demokrasi serta
anti-komunis selaras keadaan Perang Dingin yang berlaku
waktu itu antara blok demokrasi (Amerika Syarikat) dengan
Blok Komunis (Soviet Union).
 Di tambah keadaan ancaman komunis terhadap Tanah Melayu
watu itu.
 Menjalin hubungan kukuh dengan Britain sebagai kuasa pro
demokrasi dan tandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-
Malaya 1957 (AMDA).
 Konflik pembentukan Persekutuan Malaysia bersama Singapura,
Sabah dan Sarawak merintis jalan kepada cadangan kerjasama
Malaysia, Philipina dan Indonesia (MAPHILINDO).
 Memahami pentingnya keamanan serantau menyebabkan
wujudnya Association of South East Asian (ASEAN) pada
tahun 1967 yang dianggotai Malaysia, Indonesia, Philipina dan
Singapura.
 Malaysia turut menjalin kerjasama ekonomi bebas dengan
negara Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun.
 Menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa dalam
pelbagai bidang seperti menyertai Perjanjian Antarabangsa bijih
timah dan lain-lain demi menjaga kedaulatan negara.
Era Tun Abdul Razak dan Tun hussein Onn 1970-1980
 Menerajui MAGERAN pada tahun 1970 ekoran tragedi
berdarah 16 Mei 1969.
 Menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) di
Lusaka, Zambia.
 Menekankan dasar luar Malaysia waktu itu sebagai berkecuali
dan tidak memihak kepada mana-mana blok dalam perang
dingin.
 Dasar lebih terbuka kepada negara-negara Komunis.
 Tahun 1971, Malaysia mengundi China untuk diterima
memasuki PBB.
 1972-1973, Malaysia adakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur.
 Tahun 1974,Tun Razak mengukuhkan hubungan diplomatik
dengan melawat negara China.
 Turut mengekalkan jalinan sedia ada dengan negara pro-
demokrasi
 Mengeratkan hubungan dengan negara Islam dan Afrika.
 Memainkan peranan aktif dalam OIC, NAM dan ASEAN serta
Pertubuhan Negara Komanwel.
 Tun Hussein menggantikan Tun Razak pada tahun 1976 hingga
1979 dan meneruskan tradisi kerjasama serantau dan hubungan
dengan negara-negara Islam serta Dunia Ketiga demi
mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara.
Era Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad 1980-2003
 Mula bertugas pada 16 Julai 1981.
 Dasar luar tak banyak berubah di awal pentadbirannya.
 Hubungan luar banyak menekankan keutamaan atau berteraskan
ekonomi berbanding hal-hal politik dan keselamatan.
 Wisma Putra disusun agar lebih berorientasikan kepada
ekonomi.
 Lebih tegas dalam isu-isu antarabangsa dan memperjuangkan
hak-hak kemanfaatan ekonomi untuk negara-negara dunia
ketiga.
 Hubungan diperluaskan dengan menjalinkan hubungan dengan
negara-negara Pasifik selatan, Afrika serta Asia Selatan dan
Asia Barat melalui Rancangan Kerjasama Teknikal.
 Menganjurkan Persidangan Selatan-Selatan Kedua di Kuala
Lumpur pada tahun 1986 dengan menekankan langkah-langkah
meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan
Dunia Ketiga.
 Dr Mahathir juga meluaskan dasar luarnya dengan menyertai
Persidangan Alam Sekitar di Rio De Jeneiro pada tahun 1992
bagi memperjuangkan hak alam sekitar negara-negara
membangun.
 ASEAN juga telah berkembang dengan terdiri dari sepuluh buah
negara Asia Tenggra iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura,
Filipina, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei Darus
Salam.
Malaysia Dan Isu Antartika

 Negara terawal menimbulkan isu Antartika di Perhimpunan agung


PBB pada tahun 1982 dengan pendapat Antartika dan sumber-
sumbernya merupakan sebahagian daripada warisan bersama
manusia.
 Menggesa pemantauan Antartika dibuat secara bersama dan bukan
seperti sebelumnya di mana ia dibuat oleh sebilangan negara yang
menjadi ahli perjanjian Antartika 1959 dengan tujuan memperoleh
hasil galian seperti besi, arang batu, kobalt, uranium, bahan-bahan
makanan secara sendirian.
 Malaysia tekankan ia harus untuk manfaat manusia sejagat.
 Malaysia menekankan Antartika perlu dijaga kerana ia
mempengaruhi ekologi dan cuaca dunia.
 Kebanyakan negara yang bukan merupakan ahli Sistem
Perjanjian Antartika menyokong pendirian Malaysia.
 Draf ketetapan pertama Malaysia dalam Perhimpunan PBB yang
meminta setiausaha agung badan itu membuat semakan dan
memperluaskan lagi kajian mengenai Antartika.
 Draf diterima tanpa undi bangkangan dan tahun 1987 resolusi
anjuran Malaysia diterima. Perjanjian Antartika ditandatangani.
Malaysia dan Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE)
 Malaysia amat berpegang kepada sebarang undang-undang yang
dipersetujui antarabangsa berkaitan sempadan perairan negara.
Ini kerana Malaysia tidak lepas dari ancaman dan pertikaian
pihak asing.
 Berpegang kepada Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu
mengenai Undang-undang Laut pada tahun 1982. Antara lain
menyatakan setiap negara mempunyai hak eksklusif ke atas zon
ekonomi seluas 200 batu.
 ZEE merupakan kawasan berdampingan seluas 200 batu dari
kawasan pantai di mana negara pantai mempunyai hak
kedaulatan untuk mengeksploitasi dan menguruskan sumber-
sumber alam seperti perikanan dan petroleum yang terdapat di
kawasan tersebut termasuk dasar laut.
 Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana
wilayah ZEE yang merangkumi kawasan laut seluas 200 batu
dari pantai Laut China Selatan yang dituntutnya turut menjadi
rebutan negara-negara lain seperti Brunei, Filipina, Vietnam dan
negara China.
 Sehingga kini masih menjadi pertikaian dalam perundingan
yang dibuat.
Hubungan Malaysia Dengan Negara-
negara Islam
 Mengutamakan hubungan luar yang baik antara negara-negara
Islam.
 Malaysia memainkan peranan aktif dalam Pertubuhan
Persidangan Islam (Organisation of Islamic Conference- OIC)
yang ditubuhkan pada tahun 1969 dengan tujuan memupuk
perpaduan dan kemajuan umat Islam.
 Malaysia selalu menganjurkan persidangan ini dan menyokong
projek-projek seperti Bank Pembangunan Islam.
 Malaysia turut memberi sokongan kepada usaha membangunkan
dunia Islam serta sama-sama terlibat dalam usaha perdamaian di
Timur Tengah, Bosnia dan wilayah-wilayah yang didiami umat
Islam.
Malaysia Dan Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM)
 NAM adalah satu gabungan longgar negara-negara membangun di
Asia, Afrika dan Amerika Latin.
 Prinsip dan objektifnya seperti dalam Persidangan Afro-Asia 1955
di Bandung, Indonesia adalah seperti berikut:
- menghormati hak asasi manusia dan pinsip-prinsip Piagam
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;
- Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara;
- mengakui persamaan semua ras dan negara;
- mengelakkan campurtangan dalam hal ehwal seluruh negara;
- penyelesaian semua pertelingkahan antarabangsa secara aman
seperti perundingan dan arbitrari;
- memajukan kepentingan-kepentingan bersama.
 Malaysia menyokong kuat dasar-dasar NAM dan aktif
menyampaikan pendirian tegas NAM kepada dunia.
Malaysia Dan Kerjasama
Serantau
 Malaysia mengadakan hubungan dan mewujudkan kerjasama
antara negara serantau kerana kestabilan politik dan
kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada perkembangan
persekitaran negara jiran serantaunya.
 Telah dimulakan sejak merdeka oleh kebanyakan negara-negara
rantau ini seperti cadangan Tunku Abdul Rahman kepada
presiden Garcia (Filipina) dalam bulan januari 1959 supaya
menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan
negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama
ekonomi dan sosial.
 ASA ditubuhkan dan dipersetujui oleh Filipina dan Thailand
pada tahun 1961 namun tidak kekal lama akibat pertelingkahan
daripada kewujudan Persekutuan Malaysia.
ASEAN

Definisi:

 “Association of Southeast Asian Nations”


 Pertubuhan yang mewakili aspirasi negara-negara Asia
Tenggara.
 Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 berdasarkan Deklarasi
Bangkok
 Dipersetujui dan di tandatangani oleh Indonesia,
Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Matlamat-Matlamat ASEAN

 Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan


sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau Asia
Tenggara;
 Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik dengan
mematuhi prinsip-prinsip Piagam Bangsa-Bangsa
Bersatu;
 Menyediakan bantuan antara satu sama lain dalam
bentuk kemudahan-kemudahan latihan dan
penyelidikan.
 Hubungan yang erat dan menguntungkan dengan
negara serantau yang lain.
ZOPFAN
 Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace,
Freedom and Neutrality
 Diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November,
1971
 Tujuan untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia
Tenggara dengan mengelakkan campur tangan politik dan
ketenteraan kuasa-kuasa besar.
 Ia juga bertujuan tidak mahu urusan sesebuah negara itu dicampuri
oleh kuasa asing.
 Menghormati kedaulatan setiap negara dan menjaga kedamaian
antara negara jiran.
 Konsep ini turut melibatkan pengunduran tentera asing dari
kawasan Asia Tenggara.
 Semua dasar harus berdasarkan Dasar Berkecuali dan sebarang
pertikaian harus diselesaikan secara aman.
 ASEAN tetap berusaha demi mencapai keamanan di Asia Tenggara
melalui konsep ZOPFAN.
ASEAN dan Kerjasama Ekonomi, Politik dan Sosial
 ASEAN menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran tetapi
dihadapi menerusi perancangan yang sistematik seperti yang
telah dirancang.
 Dengan kerjasama erat negara-negara ASEAN dapat
mewujudkan pelbagai aspek yang meliputi ekonomi, politik
dan sosial
Kerjasama Politik
 Kerjasama erat paling awal ASEAN ialah menentang
pencerobohan Vietnam di Kampuchea.
Kerjasama Ekonomi
 Kekukuhan ekonomi serantau ASEAN akan menjadi petunjuk

kekuatannya ketika menghadapi cabaran dari negara


perdagangan besar.
 Tahun-tahun 1990-an empat buah negaranya telah menjadi
Kerjasama Ekonomi
 Kehadiran Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA) diharap dapat membuka peluang lebih besar
dengan adanya kerjasam erat ASEA dalam ekonomi
yang telah lama berlangsung dan pelbagai.
 Antara kerjasama yang diadakan ialah:
 Projek-projek Perindustrian ASEAN
1976-lima buah projek perindustrian secara usaha sama telah
dilaksanakan iaitu:
 Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia,
 Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia,
 Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura dan
 Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN (ASEAN Rock Salt-
Soda Ash Project) di negara Thai.
 Usaha sama Perindustrian ASEAN
 Skim Usaha sama Perindustrian ASEAN atau ASEAN Industrial
Joint Venture-AIJV bagi memupuk kerjasam perindustrian
 Projek-projek AIJV menikmati keistimewaan PTA sehingga 70%.
1) Skim Pelengkapan Perindustrian ASEAN
 Pada 1980-Menteri-menteri luar ASEAN tekah
menandatangani Perjanjian Asas bagi Pelengkapan
Perindustrian ASEAN (ASEAN Industrial Complementation-
AIC)
 Skim ini mesti disertai oleh sekurang-kurangnya empat buah
negara anggota iaitu negara ini akan menikmati keistimewaan
PTA
 Antara projek yang telah dijalankan ialah Industri Automatif.
 Peraturan Perdagangan Istimewa
 Peraturan Perdagangan Istimewa atau “Preferential Trading
Arrangements” –PTA) yang ditandatangani pada 24 Februari
1977
 Bertujuan menambahkan perdagangan intra-ASEAN,
merangkumi kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan
istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah
bukan-tarif dan perluasan tarif istimewa.
1) Pendirian Bersama atas Isu Ekonomi
Antarabangsa
 ASEAN juga jelas kelihatan dalam pendirian bersama atas
isu-isu ekonomi antrabangsa.
 Isu yang dibincangkan antaranya perluasan pasaran bagi
barangan eksport ASEAN, kestabilan harga komoditi dan
masalah hutang luar negara.

1) Sektor Kewangan
 ASEAN telah menubuhkan ASEAN Banking Council bagi
menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan.
 Dengan penubuhan Syarikat Kewangan ASEAN (ASEAN
Finance Corporation-AFC) dan MAJLIS urusan Bank ASEAN
(ASEAN Banking Council-ABC) di Singapura dalam tahun
1981 dapat memberi kemudahan kewangan kepada projek-
projek usaha sama ASEAN manakala ABC bertanggungjawab
menggubal dasar-dasar.
1) Sektor Makanan dan Pertanian
 4 Okt. 1979, Menteri-menteri Luar ASEAN telah bersetuju
menubuhkan satu Simpanan Makanan Keselamatan ASEAN
(ASEAN Food Security Reserve)
 Berkaitan dengan kerjasama pertanian, ASEAN telah
menubuhkanPusat Perancangan Pembangunan Pertanian
ASEAN (ASEAN Agriculture Development Centre) pada tahun
1981
 Lain-lain kerjasama dalam bidang pertanian meliputi
penubuhan Plant Quanrantine Training Centre and Institude
(PLANTI) di Serdang, Malaysia dan ASEAN Centre for
Development of Agriculture Coorperative di Indonesia.
 Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
 Semua negara bgersetuju mewujudkan Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
 Iaitu dari segi persediaan menghadapi cabaran perdagangan
bebas berbentuk Global oleh Organisasi Perdagangan Dunia
(WTO).
1) Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
 Suatu proses mengukuhkan kerjasama iaitu termasuk
kegiatan sosial.
 Beberapa usaha yang dilakukan dalam kerjasama sosial ini
ialah:

 Tabung Kebudayaan ASEAN


 Dalam mengurangkan jurang nasionalisme dikalangan
negara ASEAN rancangan berkaitan hubungan kebudayaan
dibuat.
 Tabung bersama Kebudayaan ASEAN dibuat bagi membiayai
kegiatan-kegiatan kebudayaan.
 Rancangan pertukaran kebudayaan seperti Pesta Filem
ASEAN dan Pesta Lagu ASEAN

 Pendidikan Kesihatan
 Beberapa seminar, program-program latihan dan
penyelidikan dalam bidang-bidang tersebut dilaksanakan.
 Dialog Dengan Negara-Negara ketiga

 Mesyuarat-mesyuarat berbentuk dialog sering diadakan


dengan Australia, Kanada, Jepun, Kesatuan Ekonomi
Eropah (EEC), New Zealand, Amerika Syarikat dan United
nations development Programme (UNDP).

 Dialog ini berbentuk kerjasama ekonomi antara ASEAN


dalam konteks memperluaskan pasaran bagi barangan
eksport, menstabilkan harga komoditi serta memperoleh
bantuan pengurusan dan kewangan.
Masa Depan ASEAN
 Kerjasama politik ASEAN berjaya mengeratkan hubungan persahabatan
dan menunjukkan kata sepakat dalam menghadapi isu-isu politik dan
ekonomi antarabangsa.
 Sudut Ekonomi- Kawasan perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) iaitu
peluang perdagangan yang lebih terbuka dan memberi ruang kepada
banyak pihak.
 Menjadikan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang semakin
berkembang.
 Segi Sosial- halangan-halangan antara negara sudah banyak dikurangkan
dan kerjasama lebih ketara daripada segi rancangan pertukaran kebudayaan
dan lain-lain.
 ASEAN secara khususnya amat bergantung kepada pengurusan politik
yang cekap dan penuh hikmat.
 Manakala kerjasama yang sedia ada
dikekalkan dan akan meningkatkan
kemakmuran bersama ASEAN dalam jangka
panjang.
KESIMPULAN
 Kedaulatan negara adalah amat penting, dalam bertujuan
proses mempertahankan kedaulatan setiap negara mengambil
langkah-langkah berjaga-jaga dan memerlukan perancangan
rapi dari pelbagai sudut.

 Malaysia seperti negara-negara lain telah menggariskan


panduan tertentu bagi membentuk dasar luar negara yang
mantap bagi menjamin keselamatannegara dan pada masa
yang sama turut memberi manfaat ekonomi.
 Asas kepada dasar luar negara Malaysia adalah dasar
berkecualinya dan hubungan kerjasama serantau dan dengan
negara Islam yang erat.
 Malaysia memainkan peranan aktif menyertai ASEAN, OIC
dan NAM.
 Memastikan suara negara dalam
memperjuangkan sesuatu kepentingan yang
akan didengar oleh masyarakat antarabangsa.
 ASEAN melalui pelbagai kerjasama yang
meliputi segala sudut dibuat dan memberikan
manfaat keselamatan, kestabilan politik dan
ekonomi.
 Keteguhan kerjasama juga membawa manfaat
besar kepada Malaysia dalam pembentukan
dasar luarnya bagi menghadapi ancaman
globalisasi masa depan

You might also like