You are on page 1of 67

DISEDIAKAN OLEH:

ABDUL SUKUR KAMSIR


Hubungan Etnik dengan Kurikulum Sekolah
 Konsep etnik merujuk kepada golongan
manusia yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan
yang sama atau hampir sama.
 Peranan utama sekolah adalah
mensosialisasikan kanak-kanak mengikut
kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya
pengekalan kebudayaan kumpulan etnik
mereka.
 Dengan kata lain, kandungan kurikulum
sekolah hendaklah mengutamakan mata
pelajaran kebudayaan masyarakat.
 Justeru itu, kebudayaan kumpulan etnik di
mana-mana masyarakat pun adalah berkaitan
rapat dengan kurikulum sekolah mereka.
Laporan Razak 1956: Pemikiran dan tujuan sistem
pendidikan pada awal kemerdekaan
Laporan Rahman Talib 1960: Implikasi dan kesan
Perubahan Sistem Pendidikan di Semenanjung
Malaysia 1957-1967
Akta Bahasa Kebangsaan 1967: Implikasi dan kesan
Sistem Pendidikan Semenanjung Malaysia 1963-1982

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979: Perakuan dan


perubahan yang disyorkan
Kurikulum Pra Sekolah:
Pengelolaan dan Perkembangan Pendidikan Prasekolah:
Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002

Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR):


Rasional, faktor-faktor, falsafah dan matlamat KBSR

Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


(KBSM): Perakuan, Falsafah dan Matlamat, Dasar dan
Keperluan, Pendidikan Umum dan Kewarganegaraan
Laporan Razak 1956:
Pemikiran dan tujuan sistem
pendidikan pada awal kemerdekaan
Laporan Razak 1956
Jawatankuasa Pendidikan mengemukakan Laporannya, yang
dikenali sebagai Laporan Razak pada bulan April, 1956. di antara
cadangan-cadangan yang penting ialah:
2.Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah
rendah akan terus diadakan; kurikulumnya akan dipinda dan
disesuaikan dengan menerapkan unsur-unsur kebangsaan ke
dalamnya.
3.Sistem persekolahan akan dipinda kepada dua kategori:
i. Sekolah Umum – menggunakan B.Melayu sebagai
bahasa pengantar
ii. Sekolah Jenis Umum – meliputi sekolah Inggeris, Cina
dan Tamil dengan menggunakan bahasa pengantar masing-
masing.
3. B.Melayu dan B.Inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi
semua sekolah.
4. Murid –murid Cina dan India boleh mempelajari bahasa ibunda
mereka (aliran Inggeris), jika terdapat permintaan daripada ibu
bapa dan dengan jumlah murid 15 orang.
5. Satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua
sekolah rendah. Isi kandungan buku-buku teks haruslah
mengandungi unsur-unsur kehidupan di Persekutuan Tanah
Melayu.
6. Sekolah-sekolah ini akan dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran
Tempatan bersama-sama dengan Jemaah Pengurus Sekolah
atau Lembaga Pengelola Sekolah.
7.Kelayakan guru untuk mengajar di sekolah rendah ialah
sekurang-kurangnya memperoleh Sijil Sekolah Menengah
Rendah serta mendapat latihan sepenuh masa selama setahun
diikuti dengan dua tahun latihan separuh masa.
8. Dicadangkan penubuhan satu jenis sekolah menengah
sahaja di mana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dijadikan bahasa yang wajib dipelajari.
9. Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan
kepada tiga peringkat, iaitu:
a) Sekolah Menengah Rendah (3 tahun)
b)Sekolah Menengah Atas (2 tahun)
c) Sekolah Pra-Universiti (2 tahun)
10. Untuk menjaminkan kelicinan perkhidmatan guru, adalah
dicadangkan bahawa semua guru diletakkan di bawah satu
perkhidmatan profesional.
11. Jemaah Nazir Persekutuan harus ditubuhkan supaya
memberikan bimbingan profesional kepada guru-guru.
• Dibentangkan dan seterusnya diluluskan dalam
Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan
April,1957, kemudian dikuatkuasakan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957.
• Murid-murid yang melebihi umur persekolahannya
dikehendaki meninggalkan sekolah.
• Ramai murid-murid sekolah Cina terlibat dan
membantah, menunjuk perasaan.
• Akhirnya, setuju melaksanakan peraturan ini
berperingkat-peringkat.

Kembali
Laporan Rahman Talib 1960:
Implikasi dan kesan
Laporan Rahman Talib 1960

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak


Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B.En.
Abdul Rahman Talib, ketikan itu menjadi Menteri
Pelajaran Malaysia.

Tujuan: Mengkaji semula polisi pendidikan


kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan
dalam Laporan Razak.
Cadangan-cadangan
Laporan Rahman Talib
1. Di bawah rancangan Laporan Razak, kebanyakan murid yang
gagal untuk masuk sekolah menengah terpaksa meninggalkan
sekolah rendah mereka. Oleh itu, Jawatankuasa ini
mencadangkan bahawa umur persekolahan murid-murid
dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.
2. Untuk menampung semua murid sekolah rendah naik ke sekolah
menengah, dicadangkan untuk menubuhkan sekolah yang
dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan.
3. Untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Pelajaran
Lanjutan itu, mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran
menganjurkan latihan separuh masa selama tiga tahun.
4. Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis
Umum dicadang menukar namanya menjadi Sekolah Rendah
Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
5. Mencadangkan Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan
mulai tahun 1961 dan Peperiksaan Senior Middle III
dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa
Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran
6. Mencadangkan supaya kerajaan hanya memberi bantuan
penuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan sahaja. Bagaimanapun,
sekolah-sekolah yang enggan menukarkan bahasa
pengantarnya boleh menjadi Sekolah Menengah
Persendirian.
7. Mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di K.Lumpur,
Ipoh, P.Pinang dan di Pantai Timur. Sekolah-sekolah
pertukangan juga harus ditubuhkan. Murid-murid yang berjaya
dalam kursus pertukangan ini boleh memasuki Skim
Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ketiga di
Sekolah Menengah Teknik. Selepas itu, murid-murid boleh
mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau Universiti
Malaya.
8. Kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar agama
Islam di sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15
oang murid yang beragama Islam. Pendidikan akhlak untuk
murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam sukatan
pelajaran wajib mulai Darjah 4 hingga Tingkatan 5.
9. Mencadangkan bahawa bayaran yuran di semua sekolah
rendah dimansuhkan.
10. Mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat
Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempat Penguasa
Pelajaran Tempatan.
11. Mencadangkan supaya Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan
membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa
menjalankan tugas penyeliaan mereka.
Laporan Rahman Talib:
Implikasi dan Kesan

•Matlamat Utama: Menjadikan Bahasa Kebangsaan


sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.

•Pendidikan percuma untuk semua murid dalam


sekolah rendah akan membawa kesan yang
mendalam.

•Pada tahun 10962, bilangan murid yang masuk


Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris)
semakin bertambah.
•Menetapkan semua peperiksaan awam untuk murid-
murid sekolah menengah dengan menggunakan
bahasa rasmi.

•Sungguhpun cadangan menukarkan bahasa


pengantar kepada bahasa rasmi ditentang hebat oleh
Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina dan
Persatuan Guru-guru Sekolah Cina, tetapi ada juga
yang bersetuju.

•Rancangan membentuk Sekolah Pelajaran Lanjutan


tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Akhirnya,
rancangan Sekolah Pelajaran Lanjutan dimansuhkan
dan digantikan dengan suatu Sistem Pendidikan
Aneka Jurusan pada tahun 1965.
Tujuan mengadakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ialah:

3. Membekalkan kursus aneka jurusan selama 3 tahun selepas


kursus sekolah rendah;
4. Melaksanakan polisi kerajaan dalam meningkatkan tempoh
berhenti sekolah sehingga umur 15 tahun;
5. Untuk menjamin setiap murid yang belajar selama 9 tahun di
sekolah, dia akan dilengkapkan dengan kemahiran tertentu
yang boleh membantunya mencari pekerjaan;
6. Mempelbagai kursus pengajian di sekolah menengah
rendah; dan
7. Membekalkan kursus vokasional di peringkat sekolah
menengah atas supaya murid-murid itu boleh mendapat
latihan vokasional yang lebih mendalam dan lengkap.
Di bawah rancangan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ini, semua murid
dikehendaki belajar mata pelajaran asas yang dibahagikan kepada
kumpulan berikut:
2. Bahasa ibunda murid ( B.Cina atau B. Tamil)
3. Bahasa pengantar ( Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris)
4. Kajian sosial
5. Sains am
6. Matematik
7. Sivik
8. Pendidikan Jasmani
9. Seni lukis dan Kraf tangan atau Muzik
10. Agama Islam atau Agama Kristian dan
11. Memilih satu daripada empat mata pelajaran elektif, iaitu Seni Perusahaan,
Sains Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Kembali
Perubahan Sistem Pendidikan
di Semenanjung Malaysia
1957-1967
Perubahan Sistem Pendidikan di Semenanjung
Malaysia 1957-1967
Boleh dibahagikan kepada 2 peringkat:
Peringkat 1: Pelaksanaan Laporan Razak
4. Menggubal satu sukatan pelajaran yang sama untuk
semua sekolah.
5. Menubuhkan pusat latihan, terutamanya Maktab
Perguruan Bahasa.
6. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa untuk
menghasilkan buku teks supaya digunakan di sekolah-
sekolah kebangsaan.
4.Menubuhkan cawangan UM di Lembah Pantai, KL.
5.Membekalkan tempat-tempat belajar di sekolah rendah
bagi semua aliran bahasa.
6.Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua
jenis sekolah rendah.

Peringkat 2: Pelaksanaan Laporan Rahman Talib


6. Umur persekolahan murid dinaikkan kepada 15 tahun.
7. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk
menampung murid-murid yang gagal mendapat tempat
belajar di sekolah menengah akademik.
8. Menganjurkan peperiksaan awam dalam BI dan
B.Kebangsaan.
4. Memberi bantuan kewangan kepada SMK (aliran BM)
dan SMJK (aliran BI). Di samping itu, menarik balik
bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur
dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
5. Memberi tempat percuma kepada murid yang sedang
belajar di sekolah rendah, tidak kira apa jenis aliran pun.
6. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah
Menengah Vokasional untuk melatih murid-murid dalam
pelbagai bidang jurusan.

Kembali
Akta Bahasa Kebangsaan
(Ordinan Pelajaran) 1967:
Implikasi dan Kesan
Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran)
1967

 Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi


yang tunggal.
 Diluluskan pada 3.3.1967 di Dewan Rakyat.
 Dikuatkuasakan mulai dari September dalam tahun
yang sama.
 Fasal 3 :
 Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri diberi
kuasa untuk menggunakan bahasa yang lain dalam
penterjemahan dokumen rasmi atau komunikasi
sekiranya terdapat keperluan dan kepentingan awam.
Fasal 4:
 Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar
meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tujuan
rasmi apabila dianggap perlu.
Akta Bahasa Kebangsaan adalah selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Article 152, Fasal
1 & 2 yang menyatakan:
 Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan.
 Untuk sepanjang tempoh dalam 10 tahun selepas Hari
Merdeka, dan selanjutnya, sehingga Parlimen menetapkan
peruntukan lain, BI boleh digunakan dalam Dewan Rakyat,
Dewan Negara, Dewan Negeri serta semua tujuan rasmi.
Implikasi dan Kesan
Mulai 1968, Kementerian Pelajaran mengambil
langkah-langkah untuk menjadikan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah
kerajaan.
Dalam tahun yang sama, semua mata pelajaran
Tahun 1 di SRJK(I), kecuali BI dan bahasa ibunda,
diajaran dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
penghantar.
Lembaga Peperiksaan mengambil beberapa langkah
menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
penghantar dalam peperiksaan-peperiksaan LCE,
MCE, dan HSC.
Calon-calon yang memohon untuk mengikuti kursus di
Maktab Perguruan hendaklah memperoleh gred
kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM/MCE mulai
tahun 1970.
Semua kursus di Maktab Perguruan disampaikan
dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar
mulai tahun 1973.
Pelajar yang ingin menuntut di universiti luar negeri
diwajibkan memperoleh sijil MCE/HSC.

Kembali
Sistem Pendidikan di
Semenanjung Malaysia
1963-1982
Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia
1963-1982
Kedudukan Sekolah
 Sistem SRJK (aliran BI) diteruskan sehingga 1969.
 Bahasa penghantar di SRJK (BI) ditukarkan kepada
BM secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1970.
 Semua sekolah menengah kerajaan mula
menggunakan BM sebagai bahasa penghantarnya
hingga Tingkatan 6 pada tahun 1982.
 Mulai tahun 1983, BM menjadi bahasa penghantar
bagi semua kursus di peringkat universiti.
 Kenaikan darjah di sekolah rendah dan sekolah
menengah adalah secara automatik.
 Sehingga tahun 1963, murid-murid pada akhir tahun
Darjah 6 dikehendaki menduduki Peperiksaan Masuk
Sekolah Menengah untuk menentukan sama ada
ditempatkan di Sekolah Menengah Akademik atau
Sekolah Pelajaran Lanjutan.
 Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan
pada 1964, diikuti dengan Sistem Sekolah Menengah
Rendah ditukarkan kepada Sistem Pendidikan Aneka
Jurusan.
 Untuk menjamin kemajuan dan pencapaian murid dalam
pelbagai mata pelajaran utama di sekolah rendah
kerajaan, murid-murid dikehendaki menduduki
Peperiksaan Penilaian Darjah 5 mulai tahun 1967.
 Mulai tahun 1973, Ujian Dignostik diperkenalkan untuk
murid-murid Darjah 3 supaya guru boleh menjalankan kerja
pemulihan dalam peringkat pelajaran murid yang lebih
awal.
 Murid-murid yang cergas boleh ditempatkan dalam Sistem
Kelas Ekspres dimana mereka menghabiskan Sukatan
Pelajaran Sekolah Rendah dalam tempoh 5 tahun.
 Sistem kelas ekspres ini dimulakan pada 1962, tetapi
dimansuhkan selepas beberapa tahun kemudian.
 Selepas belajar di sekolah menengah rendah delama 3
tahun, semua murid dikehendaki menduduki Peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran dalam aliran Inggeris atau Melayu.
 Mulai 1978, Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dalam
aliran Inggeris dimansuhkan.
 Murid yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran akan dipilih mengikut keputusan peperiksaan
mereka, untuk belajar di Sekolah Menengah Atas mengikut
pelbagai aliran, iaitu Sains, Sastera, Teknik, Perdagangan,
Pertanian atau Vokasional.
 Oleh itu, sekolah-sekolah menengah atas adalah
dibahagikan kepada:
Sekolah Menengah Akademik (Aliran Sains dan
Sastera)
Sekolah Menengah Vokasional yang menawarkan
kursus-kursus seperti Perdagangan, Pertanian,
Pertukangan dan Sains Rumahtangga di samping
beberapa mata pelajaran am.
Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan kursus-
kursus vokasional dan akademik hingga Tingkatan 5.
Kembali
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979:
Perakuan dan Perubahan yang
Disyorkan
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
 Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974.
 Ia mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai
kaum.
 Matlamat Kajian:
5. Mengkaji sejauh mana pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan menerusi sistem pelajaran,termasuklah
kurikulumnya yang ada pada tahun 1979:
(a) memastikan keperluan tenaga rakyat negara
dipenuhi.
(b) menghasilkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih.
2. Hasil daripada kajian ini,membuat syor-syor yang
sewajarnya.
 Jawatankuasa Kabinet telah meneliti dan membuat syor
mengenai struktur persekolahan, peperiksaan,
pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan
sivik, pendidikan agama, pendidikan moral, disiplin, dan
kegiatan kokurikulum.
 Perakuan dan Perubahan-perubahan yang disyorkan:
Jawatankuasa Kabinet mengemukakan laporannya pada
tahun 1979.
Laporan ini mengandungi 173 perakuan, yang di
antaranya memerlukan tindakan serta merta. Ada yang
mudah dilaksanakan dan ada yang memerlukan
perhatian yang lebih rapi dan melibatkan perbelanjaan
yang besar.
Contohnya:
 Kementerian Pendidikan melancarkan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982
sebagai peringkat percubaan .
 Ujian Diagnostik Darjah 3 dan Penilaian Darjah 5
digantikan oleh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) untuk murid-murid KBSR, Tahun 6.
 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dilancarkan mulai tahun 1988 sebagai
peringkat percubaan.

Kembali
Kurikulum Pra Sekolah:
Pengelolaan dan Perkembangan
Pendidikan Pra Sekolah
 Sehingga tahun 1990, pengelolaan pra sekolah di
negara Malaysia adalah di bawah anjuran agensi-agensi
kerajaan dan separa kerajaan.
 Pendaftaran penubuhan tadika yang diluluskan adalah
dipertimbangkan daripada kriteria lokasi, keselamatan,
saiz dan kebersihan bangunan yang digunakan sebagai
tempat tadika.
 Sehingga tahun 1991, pendidikan pra sekolah masih
belum diserapkan secara rasmi dalam sistem pendidikan
negara.
 Namun demikian, Kementerian Pendidikan berazam
melancarkan program pendidikan pra sekolah secara
rasmi mulai dari Disember, 1991, bagi kanak-kanak
dalam lingkungan umur 4-6 tahun, khasnya di sekolah-
sekolah rendah yang terletak di luar bandar.
 Tujuanutama menyerapkan program ini di
dalam sistem pendidikan persekolahan rendah
ialah memberi peluang kepada kanak-kanak
yang berumur di antara 4-6 tahun menerima
pendidikan pra sekolah, khasnya bagi golongan
kanak-kanak yang tidak mampu masuk kelas
pra sekolah kerana kemiskinan, ataupun di
kawasan tanggal mereka yang tiada penubuhan
kelas pra sekolah.

 Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan


1998, jumlah bilangan tadika yang ditubuhkan di
Malaysia ialah 10,401 dan bilangan murid yang
belajar dalam kelas pra sekolah ialah seramai
446,302.
Akta Pendidikan 1996: Pindaan
tahun 2002
 Mengikut Akta Pindaan ini, mulai tahun 2003,
semua pra sekolah Malaysia wajib mematuhi
dan melaksanakan Kurikulum Kebangsaan Pra
Sekolah yang digubal oleh Kementerian
Pendidikan.
 Kurikulum ini adalah digubal berdasarkan ciri
kepelbagaian latar belakang murid, sekolah dan
komuniti dalam masyarakat Malaysia.

Kembali
Pembentukan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR):
Faktor-Faktor Pembentukan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1. Dasar Pendidikan Negara
 Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini bertujuan
untuk mencapai perpaduan rakyat melalui sistem
pendidikan kebangsaan dengan pelaksanaan
sukatan pelajaran yang sama serta penggunaan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama di dalam semua peringkat persekolahan.
 Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa yang
dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara dan Laporan Jawatankuasa
Kabinet telah diumumkan pada tahun 1979.
 Mengikut kajian tersebut, beberapa kelemahan
telah dikenal pasti dan perakuan-perakuan telah
dibuat.
 Perakuan-perakuan tersebut kemudian menjadi
faktor asas dalam pembentukan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah pada awal tahun 1980.
2. Cita dan Ideologi Negara
 Cita dan ideologi negara Malaysia adalah
mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa
berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara.
 Untuk mencapai cita ini, kurikulum sekolah harus
mengandungi unsur aktiviti yang boleh
membentuk keperibadian dan perwatakan murid
ke arah perpaduan negara.
 Dalam hubungan ini, kurikulum yang seragam
melalui sukatan yang sama, aktiviti kokurikulum
yang sama dan menduduki peperiksaan awam
yang sama untuk semua jenis sekolah telah
menjadi pertimbangan asas pula dalam
pembentukan KBSR.
3. Falsafah Pendidikan Sekolah
Rendah
 Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah,
rancangan dan pelaksanaan KBSR sepatutnya
berlandaskan kepada ideologi yang memberikan
pendidikan secara menyeluruh supaya murid-
murid mendapat perkembangan yang seimbang
dalam bidang intelek, rohani, sosial, dan jasmani.
 Melalui program KBSR, murid-murid akan dapat
membaca, menulis dan mengira, memperolehi
ilmu pengetahuan yang cukup, sesuai dengan
peringkat umur dan perkembangan diri mereka,
memupuk akhlak yang mulia, mengamalkan nilai-
nilai yang murni serta memelihara tubuh badan
yang sihat.
 Melalui program KBSR juga, segala minat dan
bakat yang ada pada murid-murid dapat dipupuk
dan dikembangkan.
4. Matlamat Pendidikan Sekolah
Rendah
a) Menguasai Bahasa Malaysia dengan
memuaskan, sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara.
b) Menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu
bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
pengantar sekolah-sekolah rendah.
c) Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran
mengira.
d) Menguasai kemahiran-kemahiran belajar
berlandaskan kemahiran asas.
e) Berupaya memahami, membaca, menulis dan
bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua.
a) Membina sikap dan perlakuan yang baik
berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan
kerohanian yang diterima dan dihargai oleh
masyarakat berlandaskan Rukun Negara, serta
menjadikan asas bagi amalan hidup.
b) Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat
serta kepekaan terhadap manusia dan alam
sekitar.
c) Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang
lain, serta mempunyai semangat kerjasama dan
toleransi.
d) Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan
keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan
serta mempertingkatkan kebolehan dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang
telah dikuasai.
e) Meminati, memahami, menikmati dan
menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi
dalam lingkungan kebudayaan nasional.
 MatlamatPendidikan Sekolah
Rendah ini diambil kira dalam
rancangan KBSR, dan seterusnya
menjadi matlamatnya.

Kembali
Pembentukan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM)
Pembentukan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah ( KBSM)

+ dibentuk berasakan beberapa faktor utama


yang menitikberatkan kehendak individu ,
negara dan sarwa jagat.
+ membolehkan pelajar memperkembangkan
potensi mereka secara menyeluruh dan
seimbang.
Faktor – faktor yang mempengaruhi :

 Syor-syor Laporan Kabinet (1979)


 Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
 Dasar- dasar kerajan dan keperluan-keperluan
negara
 Pendidikan Umum
 Pendidikan Kewarganegaraan
Syor-syor Laporan Kabinet (1979)
 Perakuan 58.
Adalah diperakukan bahawa kurikulum
peringkat menengah rendah hendaklah
berupaya perkembangan daripada
kurikulum sekolah rendah, iaitu
memperkukuh lagi pendidikan asas dan
memperkenalkan pendidikan umum yang
juga merangkumi aspek-aspek pendidikan
pra vokasional.
Perakuan 59.
 Pendedahan murib-murib kepada bidang teknik
dan vokasional di peringkat menengah rendah
amatlah terpisah sehingga ia merupakan suatu
usaha ke arah pengkhususan. Oleh yang
demikian, adalah diperakukan supaya
kurukulum bagi mata-mata pelajaran elektif di
peringkat ini diubah strukturnya. Sukatan
pelajaran yang ada hendaklah digubal semula
dengan tujuan supaya pendedahan murib-murib
kepada pelajaran teknik dan vokasional tidak
hanya terhad kepada bidang satu mata
pelajaran elektif sahaja tetapi kepada ilmu
pengetahuan yang penting daripada bidang-
bidang elektif lain.
Perakuan 61.
 Kurikulum di peringkat sekolah menengah atas
hendaklah bercorak pendidikan umum sesuai
bukan sahaja bagi murib-murib yang akan
bekerja bahkan bagi mereka yang akan terus
menyambung pelajaran. Oleh itu , adalah
diperakukan bahawa penjurusan kepada jurusan
sastera, jurusan sains dan jurusan teknik dalam
pedidikan di peringkat menengah atas ini
dihapuskan. Pendidikan di peringkat ini
diadakan dalam dua jurusan sahaja, iaitu
jurusan akademik dan jurusan vokasional.
Perakuan 62.
 Diperakukan juga kurikulum baru bagi
jurusan akademik ini digubal semula
dengan mengambil pertimbangan bahawa
kurukulum menengah atas ini merupakan
sambungan daripada 9 tahun pendidikan
di peringkat-peringkat sebelumnya.
Langkah ini merupakan satu usaha ke
aeah perkembangan pendidikan seumur
hidup.
KBSM harus berlandaskan aspek-aspek
berikut :
(a) Kesinambungan daripada KBSR yang berasakan
penguasaan kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis
dan mengira.
(b) Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan
vokasional di antara bidang-bidang elektif sehingga
terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan
vokasional sahaja.
(c) Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM
membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan
pendidikannya secara berterusan seumur hidup.
Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara
‘ Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepada untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohano, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berke-
trampilan , berakhlah mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai sesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.’
Falsafah Pendidikan Negara

Matlamat Pendidikan

Objektif-objektif sukatan Pelajaran

Kognitif afektif, psikomotor

Mata Pelajaran Insan Mata pelajaran


Yang
(Teras dan elektif) (teras dan elektif)
baik

Isi Kandungan Isi Kandungan

+ Model Orperasi Pendidikan KBSm berlandaskan Falsafah


dan Matlamat Pendidikan Negara
Dasar-dasar kerajaan dan keperluan-
keperluan negara
Kandungan KBSM mencerminkan dasar dan
keperluan negara seperti berikut :
(c) Keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan
supaya akan cepat lagi wujudkan perpaduan rakyat
dan identiti bangsa.
(d) Keperluan mendidik para pelajar supaya
berkeupayaan menghadapi cabaran hidup.
(e) Keperluan mengembangkan kemahiran-kemahiran
teknologi, sifat-sifat keusahawanan, pemikiran kreatif
serta pengetahuan mengenai pengurusan masa dan
etika kerja supaya pelajar-pelajar akan dapat
memainkan peranan yang sewajarnya dalam proses
pemodenan dan perindustrian.
Pendidikan Umum
 Menitikberatkan perkembangan potensi pelajar
secara menyeluruh melalui penguasaan
kemahiran-kemahiran serta penerapan nilai-
nilai murni untuk membolehkannya menjadi
warganegara yang berguna, bersemangat
patriotik dan bertanggungjawab terhadap
bangsa dan negara.
Pendidikan kewarganegaraan
 Merupakan satu mata pelajaran, juga
merupaka satu pendekatan yang meliputi
semua mata pelajaran KBSM, termasuk
kokurikulum.
Struktur Kurikulum Bersepadu sekolah
Menengah :
 Dilaksanakan berlandaskan Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979 mengikut perakuan seperti berikut :
2. Perakuan 58 yang mengesyorkan pengukuhan
pendidikan asas dan perkenalan pendidikan umum
yang merangkumi aspek-aspek pravokasional bagi
sekolah menengah rendah.
3. Perakuan 61 yang mengesyorkan penjurusan yang
terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurusan akademik
dan jurusan vokasional.
4. Perakuan 62 yang mengesyorkan kurikulum
menengah atas menjadi sambungan pendidikan
sekolah meengah rendah sebahai usaha ke arah
perkembangan pendidikan seumur hidup.
Seperti KBSR, KBSM juga dioah
melalui bidang utama :
 Bidang Komunikasi yang merangkumi
mata pelajaran Bahasa dan matematik
 Bidang Manusia dalam alam sekeliling
yang merangkumi Agama, Moral, Sains
dan kemasyarakatan.
 Bidang Perkembanan Diri yang
merangkumi mata pelajaran Pendidikan
Seni, Pendidikan Jasmani dan aktiviti-
aktiviti kokurikulum.

Teruskan
Ke Arah Merealisasikan matlamat
Pendidikan Negara
Rancangan-rancangan Pendidikan :
- Wawasan pendidikan
- Wawasan Kementian Pendidikan
- Menggubal dan menguatkuasakan akti Pendidikan
1995
- Menggubal dan menguatkuasakan Rang Undang-
undang Institusi Pendidikan Tinggi 1996
- Memcepatkan proses pengkoporatan dan
penswastaan universiti tempatan
- Menubuhkan Lembaga Akreditasi (1996) bertujuan
menjamin taraf dan mutu pendidikan
- Menubuhkan Koridor Raya Multimedia, MSC (1999)
untuk menlaksanakan projek sekolah bestari
 Mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris dengan
menggubal Sukatan Pelajarannya
 Mencepatkan proses pendaftaran universiti dan kolej
universiti swasta yang menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai pengantar bahasa utama.
- Menubuhkan sekolah bestari di kawasan bandaraya
 Menguatkuasa Akta Pendidikan 1996 : Pindaan tahun
2002 iaitu:
- Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak
- Kurikulum Kebangsaan Pra Sekolah yang digubal
oleh Kementerian Pendidikan wajib dipatuhi dan
dilaksanakan oleh semua prasekolah.
 Mata pelajaran matematik dan Sains tahun 1di sekolah
rendah dan menengah, serta Ting6 bawah diajar dalam
bahasa Inggeris.

You might also like