You are on page 1of 10

Latar belakang Selatan Thailand

Negara Thailand merupakan sebuah Negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos
dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan dan Laut Andaman di barat.
Selatan Thailand pula terdiri daripada 14 daerah dan antaranya adalah seperti Narathiwat,
Pattani dan Yala. Majoriti penduduk di Selatan Thailand terdiri daripada warga yang
berbangsa Melayu dan beragama Islam namun seluruh negara Thailand diperintah oleh
kerajaan yang beragama Buddha.

Thailand juga merupakan sebuah negara yang tidak asing lagi terhadap konsep
konflik. Di antara tahun 1960an sehingga awal tahun 1980an, pihak kerajaan Thailand
telah berkonflik dan bertelagah dengan pihak pemberontak komunis. Pihak pemisah
beragama Islam bergerak aktif di kawasan Selatan Thailand dari tahun 1940an sehingga
lewat tahun 1980an. Namun begitu, pada lewat tahun 1990an, kelihatan seperti isu
pemberontakan ini telah berjaya diselesaikan oleh pihak kerajaan Thailand di mana
pergerakan komunis telah dimansuhkan, masalah keganasan dan pergolakan politik di
Selatan Thailand diperhatikan semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun, sejak tiga tahun kebelakangan ini, Selatan Thailand dilihat


dilanda semula dengan masalah kemarahan yang telah lama dipendam oleh golongan
Melayu-Islam terhadap pihak kerajaan. Situasi keselamatan dalaman daerah-daerah
Selatan Thailand menjadi makin teruk dan jikalau keadaan ini dibiarkan begitu sahaja,
ramai yang mengatakan bahawa negara Thailand mungkin akan menjadi satu lagi
kawasan tarikan pemberontak militant-militant beragama Islam di Asia Tenggara.

Faktor berlaku Konflik di Selatan Thailand

Konflik di Selatan Thailand ini sebenarnya merupakan satu masalah


pemberontakan oleh kumpulan-kumpulan pemisah yang berlaku di daerah-daerah seperti
Pattani, Yala dan Narathiwat. Walaupun masalah keganasan kumpulan-kumpulan
pemisah ini telah lama berlaku di kawasan selatan negara tersebut namun pada tahun
2004, keganasan tersebut telah menjadi makin serius. Hal ini menjadi begitu disebabkan
oleh pada bulan Julai 2005, Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah
membenarkan penggunaan kekerasan dan keganasan secara radikal dalam usaha
menangani konflik yang melanda di Selatan Thailand.

Faktor sejarah

Antara dakwaan yang dilemparkan terhadap punca-punca yang mengakibatkan konflik


ini adalah seperti faktor-faktor sejarah yang termasuk kependudukan yang berlangsung
selama 200 tahun, imperialisme ekonomi dan budaya di Pattani, keganasan oleh pihak
polis, aktiviti jenayah yang berleluasa, ketidakhormatan terhadap agama Islam, kehadiran
perniagaan yang dianggap tidak menghormati budaya agama Islam seperti kewujudan bar
atau kelab-kelab malam, perdagangan haram dadah dan korupsi. Walaubagaimanapun
terdapat juga dakwaan oleh pihak kerajaan bahawa untung yang diperolehi daripada
perdagangan haram dadah tersebut digunakan untuk membiayai golongan-golongan
pemberontak tersebut.

Pada 9 Julai 1909, pihak British yang diwakili oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat
telah berjumpa dan berbincang dengan Kerajaan Siam di Bangkok. Tujuan perjumpaan
tersebut diadakan adalah supaya kedua-dua pihak dapat berjumpa dan membincangkan
langkah-langkah yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah negeri yang
dihadapi oleh Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa tersebut, kerajaan Siam masih lagi
menjajah dan mentadbir negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pattani, Yala dan
Narathiwat. Selepas perjumpaan tersebut, kerajaan Siam telah bersetuju untuk
menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 yang mengatakan bahawa kerajaan Siam akan
menyerahkan Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan kepada pihak British manakala
Pattani, Yala dan Narathiwat masih kekal lagi di bawah pemerintahan kerajaan Siam
(Mohd Zambri. 1994).
Oleh itu, sebuah kumpulan bersenjata yang dinamakan sebagai Pertubuhan

Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) telah ditubuhkan pada tahun 1970an. Tujuan utama

PULO ditubuhkan adalah untuk berjuang demi kemerdekaan daerah-daerah Pattani, Yala

dan Narathiwat daripada negara Thailand. PULO merupakan sebuah kumpulan

perjuangan yang bersenjata dan mendakwa bahawa kemerdekaan sepatutnya milik

mereka berdasarkan kepada faktor-faktor sejarah yang disebut tadi.

Faktor komposisi kaum

Konflik akan menjadi lebih serius apabila kaum yang berkonflik ini merupakan

komposisi yang tidak kecil. Namun komposisi minoriti kecil tidak juga tidak menjamin

tidak akan wujud konflik serius. Biasanya mereka yang tertidas atau didomonasi oleh

golongan majoriti akan tetap berjuang untuk kepentingan mereka (Nidzam sulaiman dlm

Ghazali Mayudin.et.all. 1999: 3)

Selain itu juga dapat dikesan sedikit unsur-unsur konflik hubungan iaitu konflik

yang berlaku antara kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti akibat perasaan negatif

dan kurang mempercayai antara kedua-dua kumpulan majoriti dan minoriti. Kumpulan

majoriti yang diperkatakan di sini adalah pihak kerajaan Thailand dan pihak kumpulan

pemisah pula adalah kumpulan minoriti. Campuran kesemua jenis konflik ini yang

menjadikan konflik Selatan Thailand menjadi satu konflik yang amat sukar diselesaikan

dan dijangkakan tidak akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat ini.
Faktor pengabaian hak asasi manusia

Satu lagi faktor yang menjadi punca kepada pergolakan di Selatan Thailand ini

merupakan keganasan dan pengabaian hak-hak asasi manusia di Selatan Thailand.

Keganasan dan pengabaian hak-hak kemanusiaan ini berlaku pada kedua-dua pihak

kerajaan dan juga pihak pemberontak. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa pihak

pemberontak telah menyerang sami-sami Buddha yang sedang mengutip derma.

Sehubungan itu, para pelajar, guru dan pengetua sesetengah sekolah telah dibunuh dan

dibakar kerana didakwa mewakili kerajaan Thailand yang beragama Buddha.

Pekerja-pekerja kerajaan dan penduduk kampung beragama Buddha juga telah

dibunuh apabila sedang menjalankan aktiviti harian mereka. Menurut kepada The Thai

Journalists Association, sebanyak 500 serangan telah dilaporkan yang telah

mengakibatkan lebih daripada 300 kematian di daerah-daerah yang diduduki oleh

pemberontak-pemberontak tersebut.

Faktor Agama

Ada juga yang mendakwa bahawa sikap para pegawai Thailand di pejabat-pejabat daerah

mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk yang beragama Islam. Mereka dikatakan

tidak mahu menghormati adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan. Hal ini

dikatakan telah menjadi satu lagi punca kepada pergolakan di Selatan Thailand yang
semakin berterusan. Pihak polis kerajaan dituduh menjalankan operasi serang hendap

terhadap para imam dan guru-guru agama kerana disyaki mereka menyebarkan sentimen-

sentimen anti-kerajaan. Oleh itu wujud Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (PULO)

sangat sinonim dengan gerakan pemisah di Selatan Thailand di mana PULO merupakan

gerakan pemisah terbesar dan paling aktif berbanding gerakan pemisah yang lain. Tujuan

utama PULO adalah untuk menjadikan wilayah Pattani sebagai suatu wilayah Islam di

samping menentang tindakan oleh Thai-Buddhist yang ingin menghapuskan penduduk

Islam dan Muslim. PULO berjuang menuntut kuasa autonomi di wilayah Pattani daripada

kerajaan Thailand

Para penduduk beragama Islam mendakwa pihak polis Thailand menculik dan

membunuh guru-guru agama dan imam-imam di kampung mereka. Oleh itu, mereka

telah mengambil inisiatif sendiri dan membekalkan guru-guru tersebut dengan senjata api

sebagai langkah mempertahankan diri mereka. Kumpulan-kumpulan penjenayah kecil-

kecilan pun dituduh telah mengambil kesempatan dan membunuh para pegawai polis

yang menghalang aktiviti-aktiviti haram mereka dan menuduh perbuatan tersebut atas

para pemberontak beragama Islam.

Faktor ketidakseimbangan ekonomi dan kuasa politik

Masalah kemiskinan dan ekonomi juga telah dikatakan merupakan antara satu faktor

yang menjadi punca kepada konflik di Selatan Thailand. Pada keseluruhannya, penduduk

yang beragama Islam memiliki pendidikan yang jauh lebih rendah daripada para
penduduk beragama Buddha. Sebanyak 69.8% populasi beragama Islam hanya memiliki

pendidikan setakat sekolah rendah sahaja berbanding dengan 49.6% populasi beragama

Buddha. Manakala hanya 9.2% populasi beragama Islam telah menghabiskan pelajaran

mereka di tahap sekolah menengah berbanding dengan 13.2% populasi beragama Buddha

(Peter Chalk. 1998).

Aliran persekolahan di Selatan Thailand semuanya menggunakan bahasa Thai

sebagai bahasa pengantar, oleh itu lahirnya perasaan tidak puas hati di kalangan

penduduk sehingga ada yang tidak membenarkan anak mereka bersekolah disebabkan

oleh bahasa Thai yang digunakan itu. Keadaan telah menjadi makin teruk apabila lebih

daripada 1,200 para guru dan pegawai pendidikan telah memohon agar dapat ditukarkan

kepada kawasan yang lain akibat takut dibunuh oleh kumpulan-kumpulan pemisah

tersebut. Di samping itu, sebanyak 1,000 buah sekolah juga terpaksa ditutup akibat

ibubapa yang tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana takut akan

masalah keganasan yang melanda kawasan selatan itu.

Menurut Peter Chalk (1998), Para penduduk yang beragama Islam juga tidak

dapat menikmati peluang pekerjaan sebanyak mana yang dinikmati oleh golongan

penduduk yang beragama Buddha. Para pegawai kerajaan merangkumi hanya sebanyak

2.4% pekerja Muslim berbanding dengan 19.2% pekerja yang beragama Buddha. Peluang

pekerjaan di sektor swasta pula susah direbut oleh para graduan beragama Islam yang

tidak menerima bahasa Thai atau sistem pelajaran Thai secara langsung.
Faktor Nilai Budaya yang berbeza

Di samping dasar yang ditentukan di pusat yang dilihat tidak mengambil kira pandangan

dan sensitiviti mereka, pegawai pusat beragama Buddha juga tidak pernah mahu tahu

atau memahami adat istiadat mereka. Sebaliknya, penduduk Islam berkenaan merasakan

mereka telah banyak berkorban dengan menukar nama kepada nama Thai, bertutur dalam

bahasa Thai serta menghantar anak ke sekolah Thai. Meskipun, Kerajaan Pusat pernah

berjanji untuk membangunkan kawasan selatan dalam usaha meningkatkan taraf sosio-

ekonomi penduduk terbabit, janji ini hanya tinggal janji.

Akibatnya, wujud perbezaan taraf hidup yang ketara antara penduduk Islam

dengan sebahagian besar rakyat beragama yang Buddha. Aspek budaya yang turut

menunjangi konflik ini adalah seperti hak penggunaan bahasa Melayu dan adat Melayu

oleh majoriti penduduk di Wilayah Selatan. Majoriti yang berbangsa Melayu dan

beragama Islam mahukan bahasa ibunda mereka itu dapat dikekalkan, kerana ia

merupakan identiti mereka.

Konflik Selatan Thailand ini pada awalnya merupakan satu konflik kepentingan di

mana isu tanah yang substantif dijadikan isu pertelagahan antara pihak kerajaan Thailand

dengan pihak kumpulan-kumpulan pemisah iaitu kumpulan pemisah yang menginginkan

kemerdekaan daripada negara Thailand tetapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan

Thailand. Namun begitu, konflik ini menjadi semakin susah diselesaikan kerana konflik
kepentingan tersebut mula bercampur dengan konflik nilai. Maksud konteks konflik nilai

ini adalah usaha kerajaan Thailand beragama Buddha yang ingin mengasimiliasikan

kesemua penduduk Thailand termasuk mereka yang beragama Islam. Pihak kerajaan

Thailand tidak membenarkan penduduk beragama Islam untuk mengembangkan nilai dan

budaya mereka dan ini yang mewujudkan konflik.

Aktor-aktor yang terlibat dalam konflik selatan Thailand

Terdapat beberapa aktor penting yang telah terlibat dalam membentuk konflik di Selatan

Thailand. Aktor-aktor ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu aktor dalaman dan juga

aktor luaran yang telah memainkan peranan masing-masing di dalam konflik ini. Aktor

dalaman adalah aktor yang utama yang terlibat dalam mencorakkan konflik ini. Seperti

konflik Selatan Thailand, aktor dalamannya terdiri daripada aktor negara dan aktor bukan

negara.

Aktor negara yang utama sudah pastilah melibatkan Thailand manakala aktor

bukan negara terdiri daripada gerakan-gerakan pemisah seperti Pertubuhan Pembebasan

Bersatu Pattani atau Pattani United Liberation Organization (PULO), Barisan Revolusi

Nasional atau People National Front (BRN), Bersatu (United Front for the Independence

of Pattani), Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) yang kini dikenali sebagai

Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP), dan Gerakan Mujahideen Islam Patani

(GMIP). Konflik ini yang telah berlangsung sepanjang lebih 38 tahun iaitu sejak tahun

1970 sehingga ke sekarang, telah menyaksikan penglibatan pelbagai pemimpin-


pemimpin Thailand seperti Anand Panyarachun, Surayud Chulanont, Thaksin Shinawatra

dan Samak Sundaravej.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa punca awal kepada konflik yang melanda

Selatan Thailand adalah akibat diskriminasi yang dijalankan terhadap populasi etnik

Melayu-Islam dan tindakan pihak kerajaan Thailand yang beragama Buddha yang ingin

memaksa proses asimilasi rakyatnya yang telah berlangsung selama hampir seabad

lamanya. Selain itu, menurut Nidzam Sulaiman (dlm Ghazali Mayudin et.all. 1999: 13)

menyatakan perkembangan teknologi yang canggih dan ledakan teknologi maklumat

secara tidak disedari telah menyebabkan konflik ini menjadi lebih sengit.
Rujukan.

Adi Saputra & Dr.Syahrial Sarbaini. 2007. Sebab-sebab Munculnya Konflik Separatis di

Thailand Selatan: pp. 41-59. Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik: Universitas

Budi Luhur.

Ghazali Mayudin.et.all. 1999. Politik Negara Membangun. Bangi: UKM.

Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Dewan bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur.

Peter Chalk. 2008. The Malay-Muslim Insurgency in Southern Thailand: Understanding

the Conflict’sEvolving Dynamic. National Defense Research InstituteSanta

Monica: RAND Corporation Publisher

Wan Azaham Wan Mohamad (penterjemahan). 1987. Sejarah Revolusi Thai. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

You might also like