You are on page 1of 27

KULIAH 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


SECARA UMUM
PENGENALAN
Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan
negara MUNDUR kpd negara sedang
MEMBANGUN dan kini menuju ke arah
status negara MAJU.

Hubungan etnik paling kritikal sejak zaman


penjajahan sehingga selepas merdeka
adalah PERISTIWA 13 MEI 1969.
PENGAJARAN PENTING 13 MEI 1969;

1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap


sekiranya tidak disertai kestabilan politik.
2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai
tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang.
3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
perlu berjalan dengan lancar dan seimbang.
APA PENTINGNYA
MEMAHAMI HUBUNGAN
ETNIK?

Senarai Etnik di Malaysia .


KULIAH 2

KONSEP-KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

1. Masyarakat
2. Budaya
3. Perpaduan & Integrasi

MASYARAKAT
Roucek & Warren (1979):
“Masyarakat sebagai “satu kumpulan
manusia” yang berhubung secara tetap dan
tersusun dalam menjalankan aktiviti secara
kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah
hidup bersama. “
CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT:
d) berkelompok;
e) berbudaya;
h) mengalami perubahan;
i) berinteraksi (dalaman & dengan pihak luar)
j) mempunyai kepimpinan; dan
k) mempunyai aturan sosial (susun lapis,
kelas, status dan kasta)
KONSEP ETNIK
- Sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yg hampir seragam, termasuk adat
resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.

- Etnik pada dasarnya bersikap ETNOSENTRIK.


Iaitu mengganggap ciri-ciri budayanya wajar,
betul dan lebih utama daripada budaya etnik
lain yang dipandang rendah, ganjil atau tidak
bermoral.
Konsep Etnik membentuk konsep
ETNISITI
dan ETNOSENTRISME

ETNISITI:
merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik
tertentu.

ETNOSENTRISME:
Rasa bangga yang wujud dalam kalangan
sesebuah
etnik tertentu bahawa budaya mereka lebih baik
RAS DAN RASISME
RAS:
Kelompok manusia yang mempunyai persamaan
dari segi ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata
(warna kulit, warna mata, warna rambut dan
sebagainya.)

RASISME:
Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal
atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka
melalui perilaku atau tindakan.
KONSEP PREJUDIS DAN
STEREOTAIP
PREJUDIS:

- Pandangan negatif mengenai ahli atau


kelompok etnik lain yg tersemat dalam hati
seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis
tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya
pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang
jelas, tepat atau mencukupi.

- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi


stereotaip.

STEREOTAIP:
merupakan kenyataan-kenyataan umum yg
negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik.
KONSEP DISKRIMINASI
- Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang
atau sekelompok etnik terhadap kelompok
etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak
yg berpandangan negatif.

- Kesannya, muncul perbuatan


membandingbeza dan prasangka terhadap
kumpulan etnik lain.
KONSEP BUDAYA
BUDAYA:

“Suatu cara hidup yang diamalkan oleh


kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.”
CIRI-CIRI PENTING BUDAYA:
1. Dipelajari.
2. Dikongsi.
3. Bersifat sejagat.
4. Diwarisi
5. Berubah-ubah
6. Mempunyai unsur simbolik
7. Adanya pandangan semesta
(world view)
KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

PERPADUAN
- sebagai satu proses yg menyatupadukan
seluruh masyarakat & negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti & nilai bersama serta perasaan cinta &
banggakan tanah air.
INTEGRASI
- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan & ciri-ciri sosial yang diterima oleh
semua kelompok etnik dalm negara. Identiti,
hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik
tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari
segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan
terpisah iaitu SEGREGASI sehinggalah
hubungan yg berbentuk sebati iaitu
AMALGAMASI

KONSEP SEGREGASI
- merupakan pemisahan & pengasingan antara
satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg
lain dalam sesebuah negara.
KONSEP AKOMODASI
- merupakan proses yang
menyebabkan setiap kumpulan
etnik menyedari serta
menghormati norma & nilai
kumpulan etnik yg lain & tetap
mempertahankan budaya hidup
masing-masing.
KONSEP ASIMILASI
- Adalah satu proses percantuman
dan penyatuan di antara
kelompok / individu dari berlainan
kebudayaan supaya menjadi satu
kelompok dengan kebudayaan
dan identiti yg sama.
KONSEP AMALGAMASI
- Satu proses penyatuan pelbagai
kumpulan etnik dari segi biologi.
Dalam proses ini, semua entiti
kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampuradukkan melalui
perkahwinan campur dan akhirnya
mewujudkan satu bangsa yang
baharu.
KONSEP AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur
kebudayaan dalam kalangan individu
atau kelompok dari satu kebudayaan lain
yang berbeza. Berbeza dengan proses
asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat penerima.
ISL:
Analisiskan kepentingan
perpaduan
dan integrasi dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia.

You might also like