You are on page 1of 14

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

FUNGSI

Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah pendidikan yang


berteraskan roh alam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan
disebut sebagai Falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Syaibany.
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa fungsi Falsafah
Pendidikan Islam ialah untuk menyediakan manusia dengan ilmu
pengetahuan yang cukup agar setiap muslim itu kenal dirinya serta
tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk
menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
hamba dan khalifah Allah. Apabila setiap muslim itu dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka
lahirlah muslim yang soleh.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam telah berusaha
untuk mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam
kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman
dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama
akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan
Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan
mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang
Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan
oleh falsafah pendidikan Islam ialah:
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan


Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan,
Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan
Kepimpinan, dan banyak lagi.
Jadi, berdasarkan falsafah Islam dan fungsinya semua perkara yang
disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam
kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan
insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan
khalifah Allah dengan betul dan sempurna.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI


Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman
yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan
internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.

Konfusianisme
Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran
Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-
289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.
Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di
antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina
tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka


di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan
tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,
sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih
mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang


penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula
mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa
kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Mereka menganggap
fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat
diperkembangkan melalui proses pendidikan. Bagaimanapun, untuk
menjadikan manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan
kepada kemajuan masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma,
peraturan dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah
menghafal kelima-lima buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh
cendikiawan dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku
elemen, buku upacara dan buku annals.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang


berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan
individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk
menyampaikan pelajaran.
Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-
1107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalakan unsur rasionalisma
dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk
memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan
pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka
menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan.
Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan
kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya
sempurna.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming,


berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu.
Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi
ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada
dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau
pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai
pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan
dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam
pembelajaran.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah


pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China.
Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat perintahan,
falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China,
terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey,
memperkenalkan idea-idea pragmatyisme dan progresivisme dalam
kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif
digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan
”berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti”. Beliau pula
menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains supaya
mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Nasionalisme dan Internasionalisme


Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari
India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk
melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala
aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian,
dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu
proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat
kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan
manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang
yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas,
tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai
kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta
berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984),


menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah
pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia
seperti berikut:
Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan
fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.

Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan
cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui


bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling
tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.

Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat


kepada buku dan berhubung dengan hidup.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR
Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk

perkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-

tahun awal formatif.

Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan

idel-ideal dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan


pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta
keperluan negara pada masa kini, termasuk juga masalah serta kesilapan
dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaannya.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan


baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan
pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah
bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung
dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di
negara lain.

Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa


dan sikap individu sepenuhnya.

Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan


mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan
masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar
hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-
baik dan menghormati antara satu sama lain.

You might also like