You are on page 1of 32

DEFINISI TAMADUN

qTamadun berasal dari perkataan Arab


maddana, mudun, madain yang bererti
pembukaan bandar atau masyarakat yang
mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan
rohaniah. Perkataan tamadun dapat
diertikan kepada keadaan hidup
bermasyarakat yang bertambah maju.
Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya
dengan tamadun adalah: umran, hadarah
, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris,
istilah yang hampir sama dengan tamadun
ialah culture and civilization atau
kebudayaan dalam bahasa Melayu.
 BAHASA ARAB
 Terdapat empat empat istilah yang pernah digunakan
untuk membincangkan tentang konsep pembangunan ,
kemajuan dan pencapaian manusia.
 # hadarah
 #Madaniyyah
 #umran
 #tamaddun
 Hadarah mengandungi dua pengertian:
 a) pengertian objektif: suatu himpunan fenomena
kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik , keilmuan
dan undang-undang yang dipindahkan daripada satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.
 b) Pengertian subjektif: suatu peringkat perkembangan
kehidupan yang tinggi,yang berlawanan dengan
kehidupan yang liar atau ganas,atau digambarkan
sebagai kehidupan yang dapat atau hampir dapat
mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang
hendak dicapai.
BAHASA INGGERIS
Dalam bahasa inggeris, civilization
ialah terjemahan yang paling meluas
penggunaanya bagi merujuk maksud
tamadun.Semasa perkataan umran
dibahaskan oleh ibn khaldun pada abd
ke14, perkataan civilization masih
belum wujud lagi di dalam bahsa
inggeris.Selain civilization, beberapa
perkataan lain yang pernah digunakan
tetapi tidak begitu meluas ialah seperti
culture, urbanization dan renaissance.
v1. Kemajuan Teknologi
vPada peringkat awal manusia
menggunakan batu sebagai alat
penting.
vKemudian digunakan berleluasa
maka zaman itu dikenali sebagai
Zaman Batu.
vZaman Batu
vZaman Batu dibahagikan kepada:
• Zaman Paleolitik
• Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Neolitik:
 lebih tinggi teknologinya.
 penggunaan batu lebih sempurna
 memasuki era pertanian dan kerja2
kraftangan dan tembikar.
penciptaan bajak untuk pertanian dan
roda untuk pengangkutan pembuatan
tembikar dan pengairan
Zaman Logam
Manusia menggunakan alatan diperbuat daripada
logam.
Di Asia Tenggara, muncul era Dongson dengan
penggunaan Gendang Gangsa.
Orang yan memiliki alatan gangsa mempunyai
kekayaan dan ketinggian martabatnya.
Manusia lebih selesa dan produktif.
Ada usaha meningkatkan keperluan masyarakat
dalam bidang ekonomi.
Wujud perdagagan dan penaklukan.
Di Eropah, wujud Era Revolusi membawa kepada
sektor industri diwujudkan dan membawa
kepada era imperlialisme.
2. Sistem Pemerintahan
Mempunyai pembahagian tertentu dalam
pentadbiran dan fungsi-fungsi pentadbiran.
Memberi tanggungjawab kerajaan dan rakyat.
Dalam tamadun klasik, raja merupakan tiang
utama kuasa pemerintahan.
Dia adalah wakil Tuhan dalam Tamadun China,
Mesir dan Mesopotamia.
Dia adalah anak syurga di China dan Devaraja
dalam Kerajaan Khmer.
Raja mendapat anugerah dari Tuhan atau langit
untuk memerintah dunia.
Dalam Tamadun Melayu, raja2 Melaka adalah
keturunan Iskandar Zulkarnain.
3. Ekonom i
Kemajuan ekonomi membawa kemakmuran kepada sesuatu
tamadun.
Pada awalya terlibat dengan aktiviti pertanian, kemudian
pertukangan dan perdagangan dan kemudian diperluaskan
ke peringkat antarabangsa.
Kemudian membawa kepada perkembangan sistem sukat
dan ukur serta penciptaan wang kertas dan duit syilling.
Dalam tamadun Melayu ada hasta, jengkal dan depa.
Sistem pembelian berubah dari sistem barter kepad sistem
wang.
Tamadun Barat mencipta falsafah ekonomi seperti
kapitalisme, sosialisme dan komunisme.
Kapitalisme mula-mula diutarakan oleh Bapa Ekonomi
Moden iaitu Adam Smith pada 1776 dalam bukunya The
Wealth of nations.
Katanya pasaran bebas tanpa gangguan kerajaan akan
membawa kepada kemakmuran maksimum bagi sesebuah
negara.
4. Urbanisasi
Bandar adalah pusat kegiatan tamadun yang utama
seperti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau
pelbagai pusat.
Kerana bandar sebagai pusat pertemuan penduduk
dan orang asing, ini membantu proses urbanisasi.
Pada Tamadun Lembah Indus, terdapat tinggalan
bangunan besar, bilik air, limbah, pmebentungan,
longkang, dan palung di kaki2 atap.
Di Mohenjo-daaro, terdapat kolam besar (great bath)
dibina untuk upacara agama.
Semasa Dinasti Tang, Changan ialah bandar yang
mempunyai penduduk ramai iaitu 1,960,186 orang,
serta datang dari pelbagai tempat di Asia.
5. Struktur Sosial
Peringkat pertama, wujud masyarakat petani.
Wujud pemimpin atau ketua agama, kemudian menjadi
ketua penduduk tempatan dan seterusnya muncul
golongan pemerintah.
Pada masa ini, wujud tiga kelas masyarakat:
 pemerintah,
 rakyat dan
 hamba.

Wujud dominasi individu atau kumpulan ke atas


segolongan petani oleh tuan tanah.
Revolusi pertanian ini membawa kepada pengkhususan
pekerjaan seperti pedagang, peniaga, artis, tukang dsb.
Tamadun Islam tidak membahagi-bahagikan
penganutnya.
 Semua penganut Islam adalah sama antara satu sama lain.
6. Kepercayaan dan Agama
Elemen-elemen ghaib dan berkuasa menjadi kepercayaan biasa bagi
manusia sejak dulu lagi.
Pada peringkat awal, pokok, batu, matahari dan sungai serta laut
dipercayai mempunyai semangat dan harus dipuja kerana memberi
rezeki kepada mereka.
Ribut, gempa bumi dan gunung berapi ditakuti dan dilihat  sebagai
satu fenomena yang sangat marah.
Ini dipanggil kepercayaan animisme.
Upacara korban dibuat untuk mengelakkan segala kecelakaan.
Pemimpin agama dipanggil syaman akan mengurus soal-soal ghaib
dan penyakit dan mengetuai upacara agama dan memberi restu
kepada apa juga aktiviti rakyat.
Mereka dihormati dan ada juga dijadikan pemimpin.
Kemudian kepercayaan ini ditukar dengan kepercayaan kepada
tuhan2 atau dewa2.
Kehadiran Islam
 membantu mencipta Tamadun arab lebih gemlang.
 Maysarakat Arab terus bersatu untuk membna kegemilangan Empayar Islam
sehingga ke Eropah dan India
7.Budaya
Merupakan cara atau gaya hidup sesebuah
masyarakat atau bangsa.
Meliputi semua aktiviti harian manusia.
Membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.
Dalam aspek makanan:
 Masyarakat China - sayuran
 Masyarakat Timur Tengah dan India - gandum iaitu roti
 masyarakat Kepulauan Melayu - nasi

Dalam aspek pakaian:


 Tamadun Melayu - baju Melayu
 Tamadun Jepun - kimono
 Tamadun India - sari dan dhoti

Dalam aspek minuman keras:Tamadun Jepun – sake,


Tamadun China - wain China, Sabah dan Sarawak –
8.Kesenian

Seni melambangkan kegemilangan dan keunggulan


tamadun seperti:
 Binaan - Taj mahal, Piramid, Tembok Besar China dan
Taman Tergantung Babylon.
 Lukisan, sastera dan ukiran.

Karya - Hikayat Seribu Satu Malam


9.Tulisan dan Bahasa
Tulisan:
 membantu manusia menyimpan rekod, menulis undang2, sastera,
bidang intelektual.
 dikri2 raja dapat disampaikan kepada rakyat.
 urusan perdagangan dapat dijalankan.
 berkembangnya bidang penulisan dan ilmu pengetahuan.
 Masyarakat Sumeria mencipta tulisan cuneiform pada 3100 S.M. -
1399 S.M.
Bahasa:
 penting dalam perhubungan.
 Tamadun China mempunyai bahasa Mandarin.
 Usaha penyatuan bahas ibuat oleh Raja Shih Huang-Ti (221-210
S.M.).
 Tetapi bahasa2 berlainan tidak menghadkan perhubungan antara
tamadun.
 Pelbgai bahasa seperti Tamadun Barat mempunyai bahasa
Inggeris, Peranchis, Jerman, sepanyol dan sebagainya, tetapi
CIRI-CIRI TAMADUN BARAT
ATAU LAIN
5 jenis pemerintahan di kota Greek:
Oligarki, Plutokrasi dan Aristokrasi - kuasa
dipegang oleh sebilangan penduduk.
Tyrant
Demokrasi
Sistem pemerintahan dibentuk oleh sarjana-
sarjana klasik seperti pada Tamadun Greek
memaparkan ahli falsafahnya seperti
Socrates, Plato dan Aristotle.
Falsafah cina pula seperti Lao Tze, Konfusius
dan meng-Tze.
Sesebuah tamadun mempunyai sistem
pentadbiran yang teratur.
Conohnya, tamadun China:
semasa pemerintahan Dinasti Tang, empayarnya
dibahagikan kepada 10 wilayah (tao) dan menjadi
15 wilayah pada abad ke 8 yang ditadbir oleh
pengawas pentadbiran, kewangan dan
kepercayaan
 
Tamadun Greek Klasik :-
ada pelbagai tuhan seperti Poseidon,
Aphrodite, Ares, Artemis, Apollo, Zeus, Athena
dan Demeter.
Tamadun India :-
percaya matahari, api, angin, sungai an
gunung ada semangat, oleh itu dipuja.
Oleh itu mereka mengkategorikan tuhan2
mereka seperti Dyaus (dewa langit), Varuna
(dewa aturan duniawi), Surya (dewa
matahari), Saraswaati (dewi Sungai
Saraswati), dan Prthvi (bumi).
Kemudian mereka percaya ada satu kuasa
agong yang membawa kepercayaan kepada
Agama ini berperanan sebagai pembentuk
masyarkat bersatu dan mengajar mereka
mengenai cara-cara mengorganisasikan
masyarakat serta mendisiplinkan diri hawa
nafsu ajaan Buddha dan Hindu, dan
mengajak ke arah kebaikan bagi mencapai
Nirvana.
Agama dijadikan alat penenang.
Apabila kejatuhan Dinasti Han pad 220s.M.
berlaku huru-hara dan kacau-bilau, rakyat
mencari ketenangan dari agama dengan
menerima ajaran Buddha.
Buddha juga memperkayakan ciri2
ketamadunan China dalam bidang seni dan
pengetahuan dan perubatan.
Struktur sosial
 
Tamadun China dibahagikan oleh Konfusius
kepada :-
cerdik pandai
petani
buruh
pedagang
Tamadun India dibahagikan kepada :-
Bahmin (golongan sami-sami)
Ksyatria (hulubalang dan tentera, bangsawan dan
pahlawan)
Vaisya (pedagang dan petani)
Sudra (hamba abdi)
Paria - golongan paling bawah.
Tamadun Jepun dibahagikan oleh Syogun
Tokugawa (1603-1867) kepada :-
Samurai (pahlawan)
Nomin (petani)
Shonin (tukang)
Chonin (Saudagar)
Tamadun lain pula dibahagikan kepada :-
kumpulan pemerintah
ahli agama
cedik pandai
rakyat biasa
hamba.
Sumbangan TamadunIslam
kepada Tamadun Barat.
  Dalam bidang falsafah dan pemikiran :-
 
 1.Orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi
dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia
dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif
lantaran dosa warisan

 2. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang


dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah
Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan
Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan
bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah
mempengaruhi pemikiran orang Eropah.

 3. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan
diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya
karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se­
takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui
penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku
tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada
abad ke­ 18M.
 
 4. Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah
sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan,
telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.
 
 Dalam bidang kemasyarakatan konsep
keadilan :-
 
 1.Hak individu serta penyertaan rakyat
memberi pendapat, memberi layanan baik
terhadap tawanan pe­rang, etika peperangan
seperti melindungi nyawa kanak-kanak,
orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan
oleh Islam merupakan nilai baru bagi
mereka.
 2. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek
keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw)
dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar,
‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.
 Dalam bidang ekonomi :-

 1.Orang Eropah juga mendapat pengetahuan


dalam bidang ekonomi seperti kegiatan
perdagangan, perindustrian, teknologi
pertanian serta sistem perairan. Teknik
tanaman seperti sekoi, padi, tembikai,
aprikot dan limau telah dipe­lajari daripada
orang Islam.

 2.Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn


Baytar dan al-Ghafiqi.
 Dalam bidang perubatan :-

 1. Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam


bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar.
Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-
Hawi.

 2. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah


dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn
Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan
rujukan di Eropah.
 Dalam bidang matematik :-

 1.ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus


pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka
telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya
Adelard dan Morley dari Britain.

 2. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau


telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis
tentang teori geometri dalam matematik dan statistik.
Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam
terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah
ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari
ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus

 3. Karya-­karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan


bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga
George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad
ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh
ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir
dalam matematik rajah segi tiga.
 Dalam bidang astronomi :-

 1.Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan


Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah
diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of
Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama
Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya
Ibn al-Zarqiyali (Azarchel).

 2.Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari


dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak
antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan
matahari.

 3. Dalam bahasa Eropah ter­dapat beberapa istilah astronomi


yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut
dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta
kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu
pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang
dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta
astrolab (jam matahari).
  Dalam bidang botani :-

 1.Umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di


kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan
Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah.

 2. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang


botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang
pernah diwarisi bangsa Yunani.

 3. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku


tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan
sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis
pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut
menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang
tumbuh¬tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan
Andalus telah menyusun sebuah buku yang
menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses
daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian
  Dalam bidang seni muzik :-

 1.pada abad ke-12, didapati karya-karya


penting yang dihasilkan oleh orang Islam
tentang muzik telah diterjemahkan ke
bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di
Toledo.

 2. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne


(1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam
bidang seni muzik.. Setelah itu muncul pula
John of Garland dengan karyanya berjudul
Ochetus yang mengkaji tentang nada suara
yang diambil daripada kaedah nada suara
muzik Arab.
 Dalam bidang bahasa :-

 1.Banyak karya bahasa dan sas­tera dalam


bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-
bahasa Eropah.

 2. Istilah-­istilah Arab seperti sukkar (sugar),


kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan ba­
nyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah.
Tidak kurang pentingnya tentang ilmu
pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran
Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah
al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.
 Dalam bidang ketenteraan :-

 1.Taktik peperangan yang digunakan oleh tentera


Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak
mempengaruhi taktik dan strategi peperangan
pada zaman moden.

 2. Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam


telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga
melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah
tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni
yang terkandung dalam tamadun Islam tidak
dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi
mengukuhkan lagi ta¬madun mereka, malah
mereka menggantikannya dengan nilai-nilai
kebendaan semata-mata.

 3.Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar


harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

You might also like