You are on page 1of 23

KENEGARAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN ................................................................................................................ 1 NEGARA BANGSA ......................................................................................................... 2 KONSEP NEGARA BANGSA ......................................................................................... 7 FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN KEPADA PEMBINAAN NEGARA BANGSA ............ 10 PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA ................................................................. 14 MASALAH DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA ............................................ 17 KESIMPULAN ............................................................................................................... 20 BIBLIOGRAFI ................................................................................................................ 21

KENEGARAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah Negara terutamanya Negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah Negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan sesebuah Negara, pentadbiran dan penduduknya. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak. Kenichi Ohmae, penulis buku The End of the Nation State, menyifatkan abad ke 20 dan awal abad ke 21 sebagai era berakhirnya Negara bangsa. Beliau menekankan kepada pembentukan dunia tanoa sempadan yang ditunjang oleh aliran kecanggihan berasaskan teknologi maklumat. Bagi Ohmae, keunggulan negara bangsa telah roboh dan tercabar akibat beberapa elemen kuasa baru iaitu industri, pelaburan, pengguna dan maklumat. Sebagai ganti negara bangsa, Ohmae mengungkap kepentingan negara wilayah (region state) yang berperanan sebagai pusat hubungan dengan dunia global (Ohmae, 1995).

KENEGARAAN MALAYSIA

NEGARA BANGSA

Menurut Kamus Dewan (1994), negara bangsa didefinasikan sebagai negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan dikalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Manakala, menurut Wikipedia, negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadii sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah wilayah berdaulat. Negara (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik, manakala bangsa ialah entiti budaya dan/atau etnik. Istilah negara bangsa menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Dalam istilah pengajian politik, sains politik atau kerajaan, negara bangsa merujuk kepada sebuah negara yang sudah mempunyai budaya sivik. Budaya sivik adalah sama erti dengan budaya politik yang boleh ditafsirkan sebagai satu set pengetahuan dan peraturan mengenai segala tingkah laku dalam politik (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997). Bagi Rustam Sani (1993), negara bangsa merupakan sebuah komuniti politik yang bersifat simbolik. Penduduknya adalah terangkum dalam sebuah wilayah yang mempunyai simbol-simbol kewibawaannya yang simbolik. Simbol-simbol tersebut telah dijadikan asa untuk memupukk nilai-nilai patriotisma, kebangsaan dan jatidiri negara 2

KENEGARAAN MALAYSIA

bangsa

dikalangan

warganya.

Antara

simbol-simbol

tersebut

adalah

institusi

perlembagaan, idealogi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial lain yang dapat membentuk kesepaduan dikalangan warganya. Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu,

berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental. Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara (Dewan Masyarakat, 2012). Persoalan negara bangsa secara konseptual menjadi permasalahan penting disebabkan beberapa kekeliruan mengenainya. Ini kerana ada pihak yang menganalisi perkara tersebut secara legalitis dengan menghubungkan dengan konsep

warganegara dan ada pula yang melihatnya berdasarkan konsep ras yang dihujahkan sebagai sukar untuk terbentuk (Abdul Rahman Embong, 2001). Pada zaman moden ini, hanya wujud beberapa negara yang boleh

diklasifikasikan sebagai negara bangsa tanpa dipertikaikan. Negara-negara tersebut adalah Portugal, Iceland dan Jepun (Wikipedia). Di Portugal, walaupun dikelilingi oleh negeri-negeri dan bangsa-bangsa lain, negara (bangsa) Portugis ini telah bertapak dalam bentuk yang lebih kurang sama sejak 900 tahun yang lalu. Manakala di Iceland, walaupun penduduknya boleh dikaitkan dengan etnik Scandinavia yang lain, budaya dan bahasa kebangsaannya hanya terdapat di pulau ini dan tiada kumpulan etnik minoriti merentasi sempadan. Malah, tanah daratan yang terdekat terletak jauh beribu

KENEGARAAN MALAYSIA

batu. Di Jepun, walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang lain, tradisi Jepun menunjukkan sebuah negara bangsa dalam amalan. Di Malaysia, terdapat tiga faktor yang mendominasi perbincangan ke arah membentuk negara bangsa Malaysia iaitu faktor politik, sosial dan ekonomi. Faktor Politik Faktor politik dapat dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Faktor politik merupakan ciri asas ke arah mempercepatkan agenda pembinaan negara bangsa ini. Kestabilan politik menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara umumnya, terdapat perbezaan persepsi antara individu yang melihat faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza di dalam melihat sesuatu isu. Seterusnya ia menghasilkan perbezaan falsafah dalam rupa pembinaan negara bangsa dan cara mencapainya. Faktor Sosial Pembinaan negara bangsa merupakan suatu proses mewujudkan semangat

kenegaraan atau perasaan kekitaan. Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya. Faktor sosial ini merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional negara bangsa Malaysia yang dibentuk.

KENEGARAAN MALAYSIA

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 pula digubal dengan matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Ahmad Atory Hussain (1987) bersetuju bahawa satu daripada cara untuk membentuk satu bangsa Malaysia ialah melalui sistem pendidikan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga

merupakan isu penting dalam mewujudkan negara-bangsa Malaysia. Kebudayaan kebangsaan merujuk kepada kebudayaan negara yang rasmi dan bersifat formal tetapi merentasi batasan etnik (Ahmat Adam, 1997). Dasar ini diwujudkan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di negara ini agar semua rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya tersendiri. Pelaksanaan Program Khidmat Negara juga merupakan salah satu usaha kepada pembentukan negara bangsa. Program ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan semangat setiakawan yang tinggi dikalangan remaja yang berbilang bangsa. Perkahwinan campur, iaitu perkahwinan di antara berlainan bangsa, negara dan agama juga merupakan penggerak kepada pembentukan negara bangsa. Hasil daripada perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang akan mempunyai perasaan cinta pada negara dan mempunyai perpaduan yang utuh dengan kaum lain. Generasi kedua dan ketiga akan lebih berfikiran terbuka dan bersedia untuk menjadi bangsa Malaysia kerana mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Faktor Ekonomi Dari segi faktor ekonomi, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa pemerintahan Tun Abhdul Razak juga merupakan tangga kepada pembentukan negara bangsa. Dasar ini telah berjaya mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan fungsi

KENEGARAAN MALAYSIA

ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan sesama kaum yang ada dan membuktikan faktor ekonomi sememangnya mempengaruhi proses pembinaan negara bangsa Malaysia (Azizi Ismail, 1997). Walaupun DEB merupakan program afirmatif yakni membantu pembangunan bumiputera, namun bukan bumiputera juga turut mendapat faedah hasil daripada perlaksanaan projek-projek pembangunan menerusi dasar ini. DEB telah membawa perubahan signifikan dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia. Namun begitu Dasar Ekonomi Baru juga tidak dapat lari daripada kelemahannya apabila mendapat sedikit sebanyak penentangan daripada orang bukan Melayu (Hassan Othman, 1997). Menurut Hasmadi (1997), masyarakat bukan Melayu terutamanya orang Cina tidak menentang dasar tersebut, tetapi lebih kepada cara dasar itu dilaksanakan. Mereka merasakan telah dinafikan haknya sebagai rakyat kerana dasar ini mengutamakan Melayu dan kaum bumiputera dalam soal ekonomi dan pendidikan

KENEGARAAN MALAYSIA

KONSEP NEGARA BANGSA

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayahwilayah dan kelompom-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa taat setiadan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut (Tun Dr Mahathir, 1991). Konsep negara bangsa wujud daripada sejarah politik nasionalisme Barat sejak akhir abad ke-18. Konsep ini merujuk kesatuan sosiopolitik-legalistik yang oenduduknya terdiri daripada satu bangsa sahaja. Konsep ini tidak sama maksudnya dengan ras atau suku kaum dari segi takrif sosiobudaya atau takrif antropologi. Sesuatu bangsa itu belum dianggap negara (nation) jika bangsa itu belum mempunyai negeri atau negara (Dewan Masyarakat, 2012). Pembentukan negara bangsa pada asasnya merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu negara, individu dan bangsa. 7

KENEGARAAN MALAYSIA

Negara Menurut wikipedia, negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang

kekuasaannya sama ada politik, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di wilayah/negara tersebut. Kerajaan tersebut adalah bebas dan tidak terletak di bawah pemerintahan kerajaan lain. Negara juga boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan atau suatu masyarakat yang menduduki sesebuah wilayah tertentu atau yang tetap di bawah pemerintahan dan penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1997). Menurut undang-undang antarabangsa, sebuah negara haruslah mempunyai elemen-elemen penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan. Penduduk adalah asas untuk membentuk sebuah negara. Negara akan wujud apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak ataupun wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya (AC Kapur, 2001). Tanpa penduduk atau rakyat, sebuah negara tidak akan dapat dibina. Manakala wilayah merupakan kemestian bagi pembentukan sesebuah negara. Wilayah menjadi petunjuk kepada pemilikan kawasan, sumber-sumber semula jadi dan hak oleh sesebuah bangsa. Pembentukan wilayah selalunya berlandaskan kepada geografi dan sudah menjadi amalan, manakala penentuan sempadan kekuasaan sesebuah negara itu dibuat berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau, gunung ganang, sungai, lembah ataupun laut (AC Kapur, 2001). Kerajaan pula merupakan lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Tanpa kerajaan, kehidupan 8

KENEGARAAN MALAYSIA

sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa (AC Kapur, 2001). Kedaulatan merupakan pengiktirafan oleh negara-negara lain. Tanpa pengiktirafan kepada kedaulatan, sesebuah negara mungkin sahaja dicerobohi dan penduduknya ditindas tanpa ada pembelaan (K.Ramanathan, 1992). Individu Manakala individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya negara. Disebabkan itulah individu sangat penting di dalam proses pembinaan negara bangsa. Negara bangsa sememangnya tidak dibina oleh individu secara bersendirian tetapi individulah yang menjadikan pembentukannya suatu realiti dan bukan fantasi. Bangsa Bangsa adalah merujuk kepada satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama (Kementerian

Penerangan). Bangsa merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu.

KENEGARAAN MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR BANGSA

PEMANGKIN

KEPADA PEMBINAAN

NEGARA

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 dan bersama Sabah dan Sarawak membentuk negara Malaysia pada 16hb September 1963. Negara Malaysia telah melalui proses suka duka. Pada tahun 1941, British telah gagal mempertahankan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan membiarkan orang Melayu dan Bumiputera mengalami kesusahan pada zaman Jepun. Tidak cukup dengan itu, Malayan Union telah dipaksa ke atas orang Melayu sebagai satu denda politik kepada mereka yang dikatakan bersubahat dengan Jepun. Orang Melayu yang longlai, bingkas bangun bersatu menumbangkan Malayan Union yang dianggap menghilangkan identiti Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Perjanjian Tanah Melayu 1948 telah mengubah corak politik dan memulakan proses pembinaan negara-bangsa Persekutuan. Perkongsian kuasa bermula dengan pemberian kewarganegaraan. Pembinaan negara-bangsa Malaysia terus melangkah kehadapan melalui penggabungan tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Proses pembinaan negara bangsa ini sentiasa dipengaruhi pelbagai faktor sebelum ia dapat dicapai. Fakfor-faktor inilah yang menjadi pemangkin dan penggerak, pada masa yang sama juga faktor tersebut membantu pengekalan sesebuah negara bangsa. Faktor-faktor tersebut adalah :

10

KENEGARAAN MALAYSIA

Integrasi Integrasi merupakan penyatuan yang kuat dan sempurna di dalam masyarakat. Aktiviti integrasi adalah bermatlamat menghilangkan perasaan perkauman atau kenegerian atau apa juga fahaman kebangsaan yang sempit yang boleh mengancam matlamat paling utama negara bangsa iaitu mengutamakan matlamat kebangsaan yang mewakili negara dan semua pihak yang berada di dalamnya (Zulhilmi Paidi, 2005). Nasionaliti Nasionaliti merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Secara mudahnya, nasionaliti juga boleh ditakrifkan sebagai kewarganegaraan. Elemen ini mewujudkan suatu bentuk identiti kepada semua orang di dalam negara itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara tersebut. Ini terbukti dengan suatu pengenala identiti seperti kad pengenalan yang sama pada semua warganegara ataupun pasport bagi keperluan antarabangsa bagi penduduk negara tersebut. Faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat yang diiktiraf sebagai suatu bentuk nasionaliti kebangsaan yang mewakili semua orang. Nasionalisme Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (nation) dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan 11

KENEGARAAN MALAYSIA

politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya (Wikipedia). Secara mudahnya, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta kepada tanah air. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan atau menaikkan bendera negara (Sodaro, 2001). Nasionalisme adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional. Kekuatan semangat nasionalisme yang

dikumpulkan menerusi tenaga, keazaman, dan cita-cita serta usaha supaya maju juga mengutamakan kepentingan nasionalisme daripada kepentingan kaum masing-masing akan menjadi faktor kejayaan pembentukan negara bangsa. Patriotisme Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap tanah air oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Tanah air itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme

12

KENEGARAAN MALAYSIA

ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya (Wikipedia). Elemen patriotisme ini biasanya hadir selepas wujudnya perasaan nasionalisme dan ia merupakan elemen penting berkenaan kasih seta kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan betapa ia cinta terhadap tanah airnya. Patriotisme adalah kesetiaan teragung rakyat yang sedia berkorban nyawa dan tanah air yang dicintainya (Kellas, 1998). Bangsa akan menjadi kuat dan mampu berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan. Demokrasi Secara mudahnya, demokrasi dimaksudkan sebagai daripada rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Demokrasi wujud kerana adanya rakyat dan dicipta bagi kesejahteraan rakyat dan negara. Negara bangsa hanya wujud apabila wujudnya kefahaman mendalam berkenaan demokrasi yang memberi ruang kepada semua orang untuk terlibat dalam pentadbiran negara. Demokrasi juga membantu rakyat bersatu hati dalam menerima pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan saksama.

13

KENEGARAAN MALAYSIA

PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pembentukan negara bangsa bagi setiap negara yang lain adalah berbeza-beza. Walaubagaimanapun, Hague dan Harrop sudah membuat garis panduan di mana sesebuah negara bangsa akan terbentuk hanya apabila empat tahap proses ini dilalui. Tahap-tahap itu ialah (Fawzi Basril et al, 1994): Bina Negara (State Building) Proses pembinaan negara biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Persekitaran yang dimaksudkan adalah sesetengah negara pernah menjadi tanah jajahan manakala sesetengah negara pula adalah negara merdeka sejak awal penubuhannya. Disebabkan itu, pencapaian tahap yang terjadi selalunya berbeza antara negara. Ada negara yang mencapai tahap perubahan dengan cepat dan ada juga yang agak lewat. Di Malaysia, proses tahap pertama berkenaan pembinaan negara mengambil masa yang amat panjang. Pembinaan negara berasaskan pelbagai kaum hanya mula tergambar selepas perang Dunia Kedua berakhir. Sebelum tarikh tersebut, pembinaan negara hanyalah berkisar di kalangan masyarakat Melayu sahaja. Bermula dengan rancangan Malayan Union pada tahun 1946 dan kemudiannya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948) mula melonggarkan pemberian kerakyatan bersyarat kepada penduduk bukan Melayu. Akhirnya, pembinaan negara menjadi realiti apabila kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 diperoleh daripada Inggeris.

14

KENEGARAAN MALAYSIA

Bina Bangsa (Nation Building) Perkembangan pada tahap kedua dimulakan selepas kemerdekaan 1957 dengan memperlihatkan bentuk perhubungan awal yang longgar antara kaum. Perlakuan berlaku dalam hubungan longgar ini menggambarkan ciri-ciri yang wujud dalam masyarakat yang dipanggil sebagai masyarakat majmuk (Furnivall, 1948). Menurut Furnivall lagi, apabila terdapat lebih daripada satu etnik termasuk penduduk bumiputera tinggal di situ, mereka bercampur tetapi tidak bersatu, tinggal berdekatan tetapi terpisah, mengamalkan budaya, pekerjaan dan pendidikan yang berbeza. Tahap ini adalah tidak memuaskan hati kerajaan dan jelas amat minimum dalam usaha menyatukan semua warganegara pelbagai kaum sebagai suatu bangsa. Penyertaan Rakyat (Mass Participation) Proses pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai tanpa penyertaan menyeluruh daripada keseluruhan rakyatnya. Ini bermakna, setiap anggota masyarakat meti bersama-sama berusaha mewujudkan suasana yang dapat membantu wujudnya kesatuan yang dicari. Pada tahap ini, masyarakat sudah diintegrasikan ke dalam suatu bangsa yang memiliki nilai-nilai identiti yang sama dan mula membentuk sebuah negara bangsa.

15

KENEGARAAN MALAYSIA

Pengagihan Nilai-Nilai Masyarakat (Politics of Distribution) Pengagihan pula meliputi semua aspek sosial, ekonomi dan politik. Walau bagaimanapun, proses pengagihan yang adil ini tidak harus disalah ertikan dan dilakukan menurut satu cara sahaja. Pengagihan yang adil itu haruslah mengambil kira dan menimbangkan keadaan perkembangan negara sejak sebelum merdeka dan sehinggalah kepada hari ini. Persefahaman dan toleransi yang sedia ada haruslah dikekalkan dan dikukuhkan lagi sewaktu proses pengagihan. Pembinaan negara bangsa akan sampai ke kemuncaknya apabilah persefahaman pada peringkat ini dapat dicapai.

16

KENEGARAAN MALAYSIA

MASALAH DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Abu Hassan (1997) menyatakan lima faktor penghalang dalam proses

pembinaan

negara bangsa Malaysia iaitu pemisah ras dan etnik, pemisah wilayah, parti-parti politik berteraskan etnik, nilai parokialisme dan sikap prejudis serta permasalahan sosial. Pemisahan ras dan etnik ini dilihat melalui pemisahan sosial yang masih wujud disebabkan oleh perbezaan budaya, agama, bahasa, pengaruh media-massa, pendidikan, penglibatan organisasi sosial yang bersifat perkauman atau pertubuhan perniagaan dan sebagainya yang bersifat eksklusif untuk sesautu kumpulan etnik atau sub-etnik. Ini pastinya akan memperkukuhkan sentimen nilai etnik dan kesukuan. Malah, identiti etnik masih merupakan asas untuk pendaftaran formal dan sebagainya. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai sekiranya masih ada perasaan etnosentrik dalam kalangan masyarakat iaitu perasaan merendahkan sesuatu bangsa dan budaya kaum lain kerana merasakan bangsa dan budaya sendiri lebih hebat. Perasaan bangga ini menyebabkan masyarakat sukar untuk menerima kaum lain dalam melakukan aktiviti seharian. Perasaan etnosentrik ini boleh memecahbelahkan keharmonian sesuatu kaum kerana kegagalan untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Sikap ini juga boleh membawa kepada pergaduhan besar seperti peristiwa kampung medan dan rusuhan 13 mei (Dewan Masyarakat, 2012) Pemisahan wilayah pula dilihat diantara yang maju dan kurang maju. Identifikasi melalui bandar yang didiami oleh kaum bukan bumiputera yang lebih maju dan luar bandar yang didiami oleh bumiputera yang kurang maju masih lagi wujud. Beberapa 17

KENEGARAAN MALAYSIA

negeri juga seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak masih menampakkan gejala kadar kemiskinan yang tinggi. Parti-parti politik yang berteraskan kumpulan etnik memang wujud dan setiap parti politik dipersepsikan sebagai menjaga kepentingan kumpulan etnik masingmasing. Walaupun secara amnya parti-parti ini bergabung, namun sering juga muncul konflik dikalangan parti-parti komponen yang mungkin mengugat kestabilan politik dan hubungan antara kaum. Seterusnya salah satu fenomena yang sering menjadi penghalang kepada proses pembinaan negara-bangsa Malaysia ialah wujud nilai-nilai parokialisma, sikap prejudis dan curiga dikalangan ahli masyarakat. Sikap prejudis wilayah masih menjadi perintang kepada pembinaan semangat persefahaman dan perpaduan dikalangan penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Permasalahan sosial juga memberi kesan kepada pembinaan negara-bangsa yang jika tidak dibendung pastinya membebankan negara serta memberi kesan negatif kepada pembinaan bangsa Malaysia yang progresif, dinamik dan bermoral. Permasalahan sosial itu adalah seperti penduduk setinggan, pendatang asing, penjenayahan, pengambilan dadah, penderaan dan sebagainya. Pembentukan negara bangsa ini sukar dicapai sekiranya tidak ada komitmen yang menyeluruh oleh rakyat Malaysia sendiri. Semangat perpaduan antara kaum sepatutnya dipupuk semasa kecil lagi. Rata-rata penduduk terutamanya diluar bandar hanya berkawan dengan bangsa yang sama. Ini kerana sesuatu tempat tersebut hanya didominasi oleh satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu. Kaum Cina dan India telah 18

KENEGARAAN MALAYSIA

migrasi ke kewasan yang lebih maju. Ibu bapa yang berbangsa Cina dan India sanggup menghantar anak belajar di sekolah yang mempunyai lebih kemudahan dan mempunyai persaingan yang sihat. Anak-anak di sekolah luar bandar memahami erti perpaduan kaum ini setelah mereka melangkah kaki ke peringkat pengajian tinggi. Tidak salah sekiranya meletakkan guru pelbagai bangsa di satu sekolah yang sama. Ini kerana murid-murid akan lebih memahami budaya dan menghormati kaum lain berdasarkan pemerhatian dan tunjuk ajar dari guru tersebut. Isu bahasa juga merupakan kekangan kepada pembentukan negara bangsa. Hal ini kerana Bahasa Melayu masih tidak diaplikasikan sepenuhnya dalam komunikasi harian. Pengaplikasian Bahasa Melayu ini ternyata agak sukar kerana ramai masyarakat terutama masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak lebih senang

menggunakan bahasa etnik mereka dan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi daripada menggunakan Bahasa Melayu. Tidak salah jika kita sedikit sebanyak mempelajari bahasa berlainan kaum. Mempelajari bahasa berlainan bangsa ini sebenarnya mengeratkan hubungan antara kaum dan dilihat sebagai langkah menghormati kaum lain. Namun jika dilihat generasi kini lebih cenderung untuk mempelajari bahasa lain seperti bahasa Jepun, Korea, Indonesia berbanding mempelajari bahasa Cina, Melayu dan India. Sudah tentu semua kaum tidak dapat mengaplikasikan penggunaan bahasa melayu kerana apabila berkomunikasi masyarakat lebih suka menggunakan bahasa pasar dan loghat bahasa negeri masing-masing

19

KENEGARAAN MALAYSIA

KESIMPULAN

Matlamat pembinaan negara bangsa ini merupakan satu langkah yang boleh menjulung negara Malaysia menjadi sebuah negara maju ironinya ada sesetengah pihak menganggap matlamat ini hanya sekadar satu retorik dalam politik pemerintahan untuk menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara. Konsep negara bangsa ini adalah impian sebenar semua rakyat Malaysia dan dasar-dasar yang dilaksanakan adalah percambahan usaha bagi merealisasikan matlamat pembentukan negara bangsa. Gagasan satu Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak merupakan usaha untuk mencapai impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara bangsa. Untuk membina negara-bangsa Malaysia yang unggul, strategi pembangunan negara yang difokuskan kepada pembangunan manusia yang bersepadu, iaitu menggabungkan pembinaan potensi, spiritual, intelektual dan jasmani di samping pembangunan ekonomi dan kebendaan dilihat perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Dengan itu negara akan mencapai tahap kemajuan yang berperadaban tinggi dan pembinaan negara-bangsa yang bersepadu berlandaskan acuannya yang tersendiri akan terlaksana.

20

KENEGARAAN MALAYSIA

BIBLIOGRAFI
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: UPM. Kementerian Penerangan Malaysia. (t.t). Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia. Didapatkan dari Kementerian Penerangan Malaysia:

http://pmr.penerangan.gov.my Abdul Rahman Embong. (2000). Negara-Bangsa Proses dan Perbahasan. Bangi: UKM. Hassan Ahmad. (2012). Negara Satu Bangsa; Negara Pelbagai Bangsa: Negara Satu Rakyat? Dewan Masyarakat . K.Ramanathan. (1992). Asas Sains Politik. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Mohd Fawzi Basri, M. M. (1994). Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa. Bangi: UKM . Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim. (2009). Kenegaraan dan Pembinaan Negara Bangsa. Dalam Kenegaraan dan Ketamadunan (hlm. 40). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Nurul Fasihah Abu Bakar. (2012). Negara Bangsa Menjelang 2020. Dewan Masyarakat Ohmae, K. (1995). The End of Nation State. New York: The Free Press. Wikipedia Malaysia. (t.t). Wikipedia Malaysia. Didapatkan dari Wikipedia Malaysia: https://ms.wikipedia.org

21

KENEGARAAN MALAYSIA

Zulhilmi Paidi. (2005). Pembinaan Negara Bangsa. Dalam Z. P. Ghani, Pendidikan Negara Bangsa (hlm. 30-55). Pahang: PTS Publications .

22

You might also like