You are on page 1of 10

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

KRM 3043: ASAS PENGURUSAN DATA

PORTFOLIO

BAHAGIAN A : TUGASAN 2 (a)

AKTIVITI PENGAJARAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI KUMPULAN MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


UPSI 11
DISEDIAKAN OLEH NAMA NORAZURAH BT AHMAD NO. ID D 20102040887 NO. TELEFON 0176631304

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SAZELLI BIN AB GHANI TARIKH SERAH: 11 NOVEMBER 2012

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN PIKTOGRAF

Mata pelajaran Tahun Masa

: Matematik : 4 Alif : 30 minit

Bidang pembelajaran : Piktograf Objektif data Hasil Pembelajaran : Menganalisis maklumat daripada piktograf : Mengguna piktograf untuk membaca dan mempamerkan

Bahan Bantu Mengajar : Kertas majong, gambar watak animasi, gambar graf, kad simbol, kad huruf,komputer, LCD projektor. LANGKAH PENGAJARAN Fasa 1 - Persediaan ( 7 minit ) 1. Guru melekatkan kad huruf ( P,I,K,T,O,G,R,A,F) secara rawak ,sekeping gambar watak animasi kartun popular Upin & Ipin, dan sekeping gambar graf di papan hitam

Gambar Animasi

Gambar Graf

2. Murid diminta menyusun huruf-huruf tersebut untuk membentuk perkataan yang mempunyai kaitan dengan dua gambar yang ditunjukkan. 3. Guru mengaitkan perkataan tersebut dengan topik yang akan dipelajari. Fasa 2- Imaginasi dan Penjanaan Idea( 10 minit) 1. Guru menerangkan konsep piktograf dan menunjukkan menunjukkan contoh piktograf melaui tayangan slaid power point serta menyatakan apa maklumat yang perlu ada dalam graf a) Tajuk b) Paksi (perkara/bilangan) c) Simbol

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

d) Petunjuk

Slaid Piktograf

Fasa 3 - Perkembangan ( 13 minit)

1. Guru memaparkan slaid watak animasi popular iaitu, Upin & Ipin, Boboiboy,dan Bola Kampung.

Slaid Watak Animasi

2. Guru menyediakan sebuah jadual kosong dan kad simbol . Jadual piktograf kosong ditampal dipapan hitam dan kad simbol diberi kepada setiap murid.

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Animasi

Bilangan

Upin & Ipin

Boboiboy

Doraemon Contoh : jadual piktograf kosong

Kad simbol

3. Murid diminta memilih satu watak animasi yang disukai dan membina kumpulan peminat animasi yang disukai. Murid diminta membuat tiga barisan kumpulan peminat. 4. Murid paling hadapan dalam setiap barisan mengira bilangan murid dalam kumpulan mereka dan menulis bilangan murid dalam jadual yang disediakan. 5. Guru meminta murid lain dalam setiap barisan menukarkan angka bilangan murid dengan menggunakan perwakilan simbol 6. Murid melekatkan kad simbol yang disediakan pada jadual untuk membentuk piktograf lengkap. 7. Guru membimbing murid menganalisis maklumat pada piktograf tersebut dengan bertanyakan soalan yang berikut? a) Manakah animasi yang paling digemari? b) Manakah animasi yang kurang digemari c) Berapakah perbezaan bilangan peminat animasi Upin Ipin dan Boboiboy?

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Fasa 4 Penilaian ( 10 minit)

1. Guru menyediakan permainan kuiz interaktif melalui komputer 2. Guru memantau latihan kuiz murid 3. Setelah murid menjawab soalan kuiz, berbincang tentang jawapan kuiz tersebut.

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

KESUKARAN DALAM TOPIK PIKTOGRAF

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Setiap pelajar secara

amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang ini dijangkakan akan menimbulkan sedikit kesukaran pelaksanaannya. Jangkaan saya kesulitan akan timbul dari aspek pengurusan masa dan kawalan kelas pada aktiviti fasa 3 dan Fasa 4. Agihan masa yang diperuntukkan mungkin berbeza daripada yang dirancang dan kawalan kelas mungkin akan menjadi kurang terkawal kerana murid akan menjadi bising kerana keseronokkan mereka memilih watak animasi yang digemari dan keterujaan mereka hendak mengetahui pilihan rakan-rakan yang lain pada aktiviti Fasa 3. Sementara aktiviti pada Fasa 4, yang melibatkan penggunaan komputer dan multimedia untuk permainan kuiz interaktif memang digemari murid-murid. Murid akan berebut dan menjadi aktif untuk menjawab soalan kuiz ini. Kedua-dua permasalahan ini berkait rapat kerana apabila kawalan kelas kurang terkawal, guru perlu mengambil masa menenangkan keadaan kelas agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

Oleh yang demikian, sebagai langkah mengatasinya, saya perlu menegaskan pada murid tentang peraturan permainan iaitu aspek disiplin. Dari semasa ke semasa, murid diingatkan dan diberi amaran tentang disiplin dan kerjasama kumpulan. Selain kesukaran perlaksaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijangkakan berlaku, kesukaran lain yang akan dihadapi ialah miskonsepsi murid dalam mempelajari topik piktograf ini. Di dalam piktograf, data yang ditunjukkan atau diwakilkan melalui simbol atau gambar. Oleh yang demikian miskonsepsi yang selalu dihadapi oleh murid adalah berkaitan menginterpretasi data daripada piktograf. Kesilapan sering

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang diantara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti. Justeru itu, untuk mengatasi miskonsepsi ini, murid-murid hendaklah selalu diingatkan agar meneliti setiap perwakilan perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi.

Saiz simbol dan ruang yang tidak sama besar dengan simbol pada baris lain

Disamping itu miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktograf ini adalah kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru boleh menggalakkan murid mengira bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan. Lihat contoh di bawah :

Miskonsepsi: Cara mengatasi: Simbol yang mewakili Kira bilangan item sebahagian (pecahan) menggunakan operasi bilangan item.Simbol yang mudah iaitu ini menunjukkan bahagi 1000 iaitu daripada 750 1000 4 = 250

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Diharap aktiviti yang dirancang ini akan mencapai hasil pembelajaran yang diingini dan kesukaran yang dijangkakan akan dapat di atasi dan berjaya menarik minat murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pendekatan belajar sambil bermain seperti permainan kuiz interaktif ini diharap akan menimbulkan minat murid untuk mempelajari matematik yang seringkali diberi tanggapan sebagai mata pelajaran yang susah. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk diaplikasi dalam kehidupan seharain mereka.

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

RUJUKAN Kennedy, L.M, & Tipps, S.(2011). Guilding Childrens Learning Mathematics. (12th) Ed). Bermont: Wadsworth.

Wan Yusuf Wan Ngah, Lee Gik Lan & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Buku Teks, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Jamil Ahmad, Norlia Goolamally, Norhashimah Saad. (11 12 OKT 2008). Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik, Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi : Jabatan Pendidikan Negeri Johor

http://www.softschools.com/math/data_analysis/pictograph/games/

http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA

NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

10

You might also like