You are on page 1of 17

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS SMP PPG OKTOBER 2012

Tajuk Tugasan

: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET


DI KALANGAN PELAJAR.

Nama No. Matrik No. Kad Pengenalan No. Telefon E.Mail Tutor Pusat Pembelajaran Ambilan

: SELIHIN BIN INDANAN : 740924125115001 : 740924-12-5115 : 0148696787 : iselihin@yahoo.com : PUAN SARIANI BINTI SULAIMAN : PUSAT PEMBELAJARAN LAHAD DATU : SEMESTER OKTOBER 2012

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

BIL 1.0

ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1.1 DEFINISI INTERNET 1.2 KONSEP INTERNET 1.3 SEJARAH INTERNET

MUKA SURAT 3 4 56 6

2.0

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR 3.1 KEBAIKAN MENGGUNAKAN INTERNET 3.2 KEBURUKAN MENGGUNAKAN INTERNET

79 9 - 11

3.0

MENANGANI MASALAH PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR

12 - 114

4.0

KESIMPULAN

15

5.0

BIBLIOGRAFI

16 - 17

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS 1.0 PENGENALAN Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belah memudahkan pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom dan Maxis yang merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber. Dari semasa ke semasa harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. Justeru, kebanyakannya penduduk dibandar mahupun bukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses Internet ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.

Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (Irfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010). Kafe siber merupakan port atau tempat lepak kepada remaja yang gemar melayari Internet bagi mengisi masa lapang mereka. Senario ini sering terjadi kepada pelajar sekolah tingkatan 4. Hal ini disebabkan, pelajar tingkatan 4 baru sahaja habis menduduki peperiksaan Penilaian

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS Menengah Rendah (PMR) pada tahun sebelumnya. Justeru, mereka lebih banyak meluangkan masa dengan hanya duduk menghadap komputer. Tambahan pula, kebiasaannya pelajar sekolah yang gemar menggunakan Internet dengan tujuan untuk mendapatkan hiburan dengan cara bersembang di rangkaian sosial atau chat, memuat turun lagu, klip video, gambar dan mengemaskini blog atau mengikuti perkembangan blog-blog lain selalunya adalah pelajar yang bersekolah menengah atas. Hal ini disebabkan mereka lebih pandai dan berpengalaman dalam menggunakan komputer berbanding pelajar yang bersekolah menengah rendah. Sehubungan dengan itu, pelajar menengah atas juga lebih matang dan selalunya Internet menjadi saluran kepada mereka untuk mengikuti perkembangan idola pujaan mereka.

1.1 DEFINISI INTERNET Internet merupakan satu rangkaian yang bersifat global menghubungkan lebih daripada seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku.menurut Majalah Dewan Masyarakat(keluaran Disember 2005) mentakrifkan internet sebagai suatu rangkaian komputer antarabangsa yang menghubungkan lebih 40 ribu rangkaian komputer yang diurus bersama secara bersendirian.Manakala Majalah PC (jilid 3 vol 95) mendefinisikan internet sebagai suatu sistem yang menggabungkan rangkaian seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti login jarak jauh (remote login),pemindahan fail, e-mail dan kumpulan berita (news group).

Jaringan internet bekerja berdasarkan suatu protokol (aturan). TCP/IP iaitu Transmission Control Protocol Internet Protocol adalah protokol standard yang digunakan untuk menghubungkan jaringan-jaringan di dalam internet sehingga data dapat dikirim dari satu komputer ke komputer yang lain. Setiap komputer diberikan suatu nombor unik yang disebut dengan alamat IP.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS 1.2 KONSEP INTERNET

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya.Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan akan bertambah penting pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan maklumat. Cabaran yang menanti kita kelak tentulah cabaran dalam usaha menjadikan teknologi maklumat sebagai budaya khalayak yang sekaligus mencerminkan ciri penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada resam kehidupan seharian masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekaligus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

1.3 SEJARAH INTERNET

Bermulanya internet adalah untuk sistem pertahanan USA bagi menghadapi serangan nuklear daripada Soviet Union dalam perang dingin dan tidaklah bersifat global seperti sekarang. Pada tahun 1969 dilakukan sebuah riset iaitu bagaimana cara untuk menghubungkan suatu komputer dengan komputer lain atau membentuk suatu jaringan. Pada tahun 1970, mereka berjaya menghubungkan lebih dari 10 komputer yang membentuk jaringan. Kemudian tahun 1973 jaringan ARPANet mulai dikembangkan di luar Amerika Serikat. Sejarah internet berlanjutan ketika komputer di University College di London ikut bergabung dengan jaringan ARPANet. Di tahun-tahun seterusnya jaringan ini semakin berkembang maju. Idea yang berasaskan rangkaian yang tiada mempunyai kuasa pusat yang terdiri daripada beberapa nod yang boleh menyampai dan menerima mesej. Mesej adalah dalam bentuk paket yang mempunyai alamat destinasi. Kemudian ia dimajukan dan diluaskan penggunaan daripada hanya menghubungkan dua syarikat kepada perhubungan seluruh dunia.Di Malaysia teknologi internet bermula pada tahun 1993 dan terus berkembang hingga kini dan dianggarkan pelanggannya adalah melebihi daripada 45000 orang.

Pada tahun 1982, kerana banyaknya komputer yang bergabung maka diperlukan sebuah protokol rasmi yang menghubungkan semua komputer dan jaringan dan dibentuklah TCP/IP. Pada tahun 1984, diperkenalkan sistem penamaan domain yang dikenal dengan DNS (Domain Name

System). Internet kemudian tumbuh begitu pesat pada tahun 1990-an. Demikianlah sejarah internet secara ringkas.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

2.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR 2.1 KEBAIKAN MENGGUNAKAN INTERNET Menurut Bork Alfred (1985), penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mempunyai kelebihan yang banyak. Terdapat banyak maklumat yang boleh dicapai melalui Internet. Internet menyediakan maklumat untuk menyiapkan projek kerja sekolah sebagai contoh, Homework Helper merupakan laman yang mengandungi fakta, ensaiklopedia, kamus, thesaurus, dan laman membina kajian (Iskandar & Zaitun, 2006). Menurutnya lagi, Human Anatomy Online merupakan contoh laman biologi yang membekalkan koleksi gambar rajah sistem badan manusia secara interaktif. Manakala Science is Fun merupakan laman yang membekalkan maklumat berkaitan sains.

Kemudahan melayari Internet menyebabkan berkembangnya pembelajaran secara maya ataupun diistilahkan sebagai e-Pembelajaran (Ismail Zain, 2003). Pelbagai pihak sama ada individu, agensi kerajaan ataupun swasta telah mengorak langkah membina laman web masing-masing untuk memberikan kemudahan kepada para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian. Menurut Ismail Zain (2003) terdapat dua jenis ePembelajaran iaitu Laman Portal Pendidikan dan Pengurusan Pengetahuan. Antara contoh laman portal pendidikan tempatan ialah Portal Pendidikan boleh Utusan (www.tutor.com.my) portal dan Cikgu ini Net

(www.cikgu.net.my).

Pelajar

memanfaatkan

pendidikan

dengan

menjadikannya sebagai bahan rujukan, latihan atau satu aktiviti pembelajaran kendiri.

Internet juga dapat membantu pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Sebagai contoh, laman Grammar Guru adalah laman popular di mana sesiapa saja boleh mengemukakan soalan mengenai bahasa Inggeris yang akan dijawab guru bahasa Inggeris British Council. Selain itu, Laman English SOS menyediakan pertandingan menyeronokkan di mana orang ramai boleh memuatkan foto yang memaparkan penggunaan bahasa Inggeris yang salah serta berpeluang memenangi baucar MPH setiap dua minggu dan iPod Touch setiap tiga bulan (Diyanah Anuar, 2010).

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS Internet terdapat permainan yang membolehkan pengguna-pengguna bermain bersama-sama, malah bertanding di antara satu sama lain. Contoh laman yang menyediakan permainan yang boleh dimainkan secara perseorangan dan beramai-ramai ialah http://www.games.yahoo.com (Iskandar & Zaitun, 2006). Laman ini menyediakan berbagai-bagai permainan

menyeronokkan dan mencabar seperti catur, dam, snuker, permainan berasaskan kad dan lain-lain.

Sehubungan itu, Internet juga merupakan saluran untuk mendapatkan sumber seperti lagu. Ada dua cara untuk menikmati lagu dari Internet. Pertama adalah dengan mendengar terus dari Internet secara aliran data dan kedua ialah cara dengan hanya memuat turun data ke dalam komputer dan kemudiannya menggunakan perisian komputer untuk memainkan lagu tersebut (Iskandar & Zaitun, 2006).

Internet juga, menyediakan laman web yang mengandungi pautan ke stesyen radio seluruh dunia. Ia membolehkan pengguna mendengar radio melalui Internet. Laman web ini begini sangat membantu jika pengguna berada jauh dari luar negara. Hal ini disebabkan, pengguna dapat mendengar stesyen radio yang dipancarkan di negara kita walau di mana kita berada (Iskandar & Zaitun 2006).

Selain mendengar radio, filem dan klip video percuma juga mudah didapati dari Internet. Sebagai contoh Liketelevision.com adalah laman web yang membekalkan filem dalam beberapa kategori termasuk Cartoons, Classic TV, Sci-Fi, Toys, dan Time Machine. Bagi pengguna yang meminati klip video lucu boleh mendapatkannya di video-clips.co.uk (Iskandar & Zaitun, 2006).

Internet yang menyediakan laman-laman rangkaian sosial membantu para pelajar untuk menghilangkan tekanan perasaan (Jerald, 2008). Pelajar yang mengalami tekanan selalunya berpunca daripada pelajaran atau situasi keluarga pelajar itu sendiri. Jadi mereka melayari laman rangkaian sosial untuk melupakan tekanan yang dihadapi.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS Kemudahan laman rangkaian sosial juga bertujuan untuk memudahkan atau mempercepatkan lagi kerja seseorang. Kemudahan seperti menghantar dan menerima fail sangat membantu mereka dalam perkongsian isi pelajaran dari masa ke masa. Menurut Jerald (2008), kebanyakkannya pelajar menggunakan laman sebegini bukan sahaja untuk berkongsi gambar dan video malah, mereka berkongsi soalan-soalan peperiksaan tahun sebelumnya sebagai persediaan untuk mereka menduduki peperiksaan kelak.

Internet mempunyai kesan positif pada diri pelajar, di mana ia dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran berkomputer. Para pelajar berpendapat bahawa penggunaan laman sosial dalam ruang chat, perkongsian maklumat dan sebagainya lagi membantu mereka untuk menjadi mahir dalam urusan penggunaan komputer (Jerald, 2008).

December dan Ginsburg (1995), menyatakan terdapat pelbagai teknik untuk mencari dan mendapatkan maklumat melalui Intenet, iaitu carian web berdasarkan subjek, carian berdasarkan kata kunci, carian web berdasarkan ruang geografi dan carian web berdasarkan ruang maklumat.

2.2 KEBURUKAN MENGGUNAKAN INTERNET Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan bandar. Contohnya, pengeboman di bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui Internet (Meyer, 1999).

Selain itu, Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah. Che Wan Badrul Alias (2010), menyatakan laman web seks dan ponografi kekal di tempat tertinggi, iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada 100 laman web yang kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang 2009. Rangkaian Internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. Merujuk kepada pengalaman Singapura, pada tahun 1999, lima gadis dan seorang wanita

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS telah dirogol oleh kawan yang mereka kenali melalui Internet atau telefon. Singapura merupakan satu negara pengguna Internet yang tinggi disebabkan dasar kerajaannya untuk menggalakkan kecelikan komputer bagi menghadapi kemajuan abad ke-21 (Ho Lip Wah, 1999). Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (Mazlina Abdul Majid, 2010), mendapati bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dalam gejala ponteng sekolah.

Melayari Internet secara berlebihan juga menyebabkan individu suka duduk bersendirian sepanjang masa. Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka. Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan, tidak endah reaksi rakan dan orang lain (Donald, 1994).

Namun demikian, ianya bercanggah dalam kajian yang dijalankan oleh Jerald (2008) mendapati, memiliki hobi dengan melayari rangkaian sosial, tidak menjadi seorang yang suka bersendiri atau individualistik. Hal ini disebabkan, individu tersebut tidak lagi mencapai tahap ketagihan. Internet merupakan sumber maklumat yang mudah dicari dengan menggunakan hujung jari. Justeru, kemudahan ini menyebabkan kebanyakan individu tidak lagi menuju ke perpustakan untuk mencari maklumat.

Menurut Donald (1994) lagi, tabiat suka bermain permainan komputer pula mengajar pelbagai aspek negatif yang memudaratkan seperti menganggap kesilapan sebagai perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Di Britain, ada kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari di depan komputer. Mereka yang bermain permainan komputer ini hidup dengan dunia mereka sendiri. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan sebelum mencapai misi itu sebaliknya mendidik mereka menjadi insan yang cuai atau lalai ketika melakukan kegiatan seharian.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS Dari aspek kesihatan pula, pengguna lebih cenderung untuk mnjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan permainan komputer. Hal ini disebabkan disebabkan pengguna tidak lagi suka begerak atau bersenam sebaliknya sanggup makan di depan komputer. Lebih memburukkan keadaan, waktu makan juga tidak diendahkan.

Namun, fakta ini bercanggah, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jerald (2008), laman sosial tidak memudaratkan kesihatan pelajar. Para pelajar kurang duduk di satu tempat bagi tempoh yang lama dan kurang memakan makanan ringan atau makanan segera semasa melayari laman tersebut. Justeru, ia tidak akan menjadi mereka gemuk disebabkan pergerakan yang terhad atau memakan makanan yang berkalori tinggi. Hal ini disebabkan pelajar tidak lagi mencapai tahap ketagihan.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

3.0 MENANGANI MASALAH PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR Orang ramai berbelah bahagi mengenai cadangan menguatkuasakan undang-undang

mengawal salah guna Internet. Perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Mereka yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak terdedah kepada gejala negatif seperti pornografi, di samping penyebaran berleluasa makalah dan berita berunsur fitnah atau menghasut. Sementara mereka yang menentang mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka yang dipertahankan pengusaha Internet.

Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang."Cuma, untuk membuktikan kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding yang disiarkan akhbar. Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet," kata Safar.Menurutnya, siapa saja boleh mendapatkan maklumat di Internet. Tetapi masalah perundangan akan timbul bilamaklumat itu dipindah turun, dicetak dan disebarkan kepada ramai, walaupun hakcipta kebanyakan bahan dalam Internetadalah terpelihara. Safar berkata, undang-undang di negara ini adalah cukup untuk mengatasi pelbagai perbuatan jenayah dan hasutan menerusi penyebaran berita negatif. Pengerusi Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom),Shaifubahrim Saleh, pula mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu kumpulan pengawas dikenali sebagai'Cybercop' untuk membendung kegiatan negatif melaluiInternet termasuk penyebaran khabar angin. Beliau berkata,kumpulan itu boleh dianggotai oleh beberapa pakar teknologi komputer. Dengan adanya badan seumpama itu, katanya,pendaftaran pengguna yang mahu menggunakan Internet di siber kafe dapat dijalankan lebih berkesan. Ini kerana mereka akan lebih berhati-hati menggunakan Internet. Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe siber diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menentukan pengawalan lebih berkesan.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Melaysia (MBM), Norizan Sharif menentang kerana menganggap tindakan seumpama itu akan mewujudkan tanggapan salah di kalangan organisasi korporat luar, malah bertentangan dengan piagam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin penyaluran maklumat secara bebas, tanpa ditapis Beliauberkata, langkah sedemikian secara langsung akan membantutkan perkembangan dunia teknologi maklumat khususnya Internet yang memang memanfaatkan masyarakat termasuk generasi muda jika digunakan sebaik-baiknya. "Pemimpin masyarakat dan ibu bapa harus melihat Internet secara positif dan akur kepada fungsinya sebagai wadah pendidikan yang cukup berkuasa," kata Norizan. Berhubung langkah mengelak kanak-kanak daripada mendekati halaman yang dianggap tidak sihat seperti pornografi, beliau berkata, ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tapisan seperti Cyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan Net-Nanny pada komputer. Dalam pada itu, kafe siber yang menjadi tempat tumpuan belia atau kanak-kanak tanpa mengira had umur berupa fenomena baru dalam masyarakat hari ini. Kebanyakan kafe siber yang mengenakan bayaran antara RM4 hingga RM10 sejam biasanya dibuka sepanjang 24 jam. Sebaik saja berdepan dengan komputer, pengunjung siber kafe bebas menonton apa saja termasuk video lucah atau "melayari"pelbagai bahan yang mereka gemari melalui Internet tanpa sekatan.

Malah sesetengah kafe siber dipasang pula dengan lampu malap yang kadangkala boleh menimbulkan keraguan ibu bapa mengenai apa yang berlaku di dalamnya. TimbalanMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin, baru-baru ini berkata kementerian sedang merangka satu undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat-pusat Internet kafe siber. Katanya, undang-undang yang sedang digubal itu akan diguna pakai oleh semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Prof Hamdan Adnan, berkata, kafe siber biasanya tertaklukkepada Undang-undang Kecil Pelesenan, Perdagangan dan Perindustrian, Undang kecil Pengendalian Makanan, dan Enakmen Hiburan dan Premis Hiburan oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di negeri-negeri dan ia tidak menyentuh secara langsung mengenai penyalahgunaan Internet. Beliau berkata, kebanyakan undang-undang itu terhad

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS kepada soal-soal mengawal premis terbabit daripada kegiatan perjudian dan kebersihan di persekitarannya. Bagi mengelak pembabitan kanak-kanak yang terlalu muda, beliau mencadangkan larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dari memasuki kafe siber. Kini tiada had umur dikenakan kepada pelanggan kafe siber. Katanya, langkah memendekkan waktu operasi kafe siber juga perlu dipertimbangkan memandangkan tempoh operasinya adalah 24 jam kerana masih didaftar sebagai restoran.Safar pula berkata, bagi mengatasi gejala kurang sihat yang mungkin berlaku di kafe siber yang banyak muncul sekarang, kafe ini harus diletakkan di tempat terbuka.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Abu Hassan Omar baru-baru ini berkata, kerajaan negeri akan mengkaji secara menyeluruh masalah yang timbul berikutan kewujudan siber kafe yang beroperasi 24 jam. Beliau berkata, ia boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan pengguna terutamanya golongan remaja. Bagaimanapun, sesetengah pekerja sebelah malam seperti wartawan, pekerja hospital, serta petugas radio dan tv berpendapat kafe siber wajar beroperasi 24 jam bagi membolehkan mereka mendapatkan kemudahan itu selepas habis bertugas pada awal pagi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh baru-baru ini berkata, kawal selia terhadap kafe siber akan diperketatkan untuk mengelak penyalahgunaan premis terbabit.Seorang pengusaha kafe siber di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur berkata, pelanggan kafe siber kebanyakannya belia yang menyukai suasana luar rumah. Beliau berkata, bagi sesetengah remaja, setakat untuk bermain komputer dan memasuki internet boleh dilakukan di rumah, tetapi mereka lebih suka melakukannya di luar untuk bertemu dan berinterksi dengan kawan-kawan. Sehingga kini tidak ada undangundang khusus mengenai kafe siber dan sesiapa saja boleh memohon membukanya semudah membuka restoran. Semoga penggubalan undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat internet kafe siber dapat mengawal salahguna internet seperti menyebarkan khabar angin, maklumat palsu atau mengembar-gemburkan keadaan.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS 4.0 KESIMPULAN Penggunaan internet dalam kehidupan tidak menjadi perkara yang dipandang asing lagi bagi masyarakat kita. Sudah ramai golongon cerdik pandai yang cukup mahir dengan penggunaan internet bagi mempermudahkan dan mempercepatkan urusan mereka. Begitu juga dengan pelajar sekolah. Pada hari ini, pelajar sekolah tidak lagi seperti pelajar sekolah pada waktu seusia dengan zaman persekolahan ibu bapa kita. Kini, mereka sudah pandai menggunakan internet dalam hampir semua urusan mereka. Ada yang menggunakan internet untuk menuntut ilmu, ada yang mencari maklumat tambahan mengenai sesuatu mata pelajaran yang telah diajar dan ada yang menggunakan internet untuk mempermudahkan tugasan yang diberi cikgu di sekolah kepada mereka untuk disiapkan. Selain itu, terdapat juga sesetengah pelajar yang telah menyalah gunakan kemudahan internet ini dan menjadi mangsa penyalahan penggunaan internet. Hal ini telah membawa pada berlakunya banyak keburukan dan kemudaratan kepada pelajar sekolah. Hal ini kerana masih ramai pelajar yang masih belum pandai untuk menilai dengan sewajarnya akan sesuatu perkara lantas mereka terus terjerumus ke dalam masalah penyalahan penggunaan internet.

Namun, harus diketahui bahawa tidak semua pelajar sekolah telah berfikiran matang dan mempunyai potensi yang secukupnya untuk menilai baik buruk mengenai sesuatu perkara. Oleh sebab itu, terdapat banyak keburukan penggunaan internet kepada pelajar sekolah. Pelajar yang masih belum matang ini masih belum boleh untuk menggunakan dan mengaplikasikan kemudahan internet dalam membantu kehidupan seharian mereka dengan sewajarnya. Namun tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat kebaikan yang boleh diperoleh pelajar daripada penggunaan internet dalam kehidupan mereka.

(3239 patah perkataan)

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

5.0 BIBLIOGRAFI

Bork, A. (1985). Personal Computer of Education. New York: Harper and Row, Publisher.Inc. Diyanah Anuar (2010, Julai 24). Kuasai Bahasa Inggeris. Berita Harian Online, diakses pada September 20, 2010, sumber dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuasaibahasaInggeris/Article/pri nt_html

Donald, R. (1994). Minding Your Cyber Manner on the Internet. Aplha Books.

December, J. and M. Ginsburg. (1995). HTML & CGI Unleashed. Indianapolis, IN: Sams.net Publishing.

Ho Lip Wah. (1999). Pengaruh Teknologi Maklumat Ke Atas Kehidupan Di Bandar, diakses pada Julai 8, 2010, sumber dari: http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html

Irfan Khairi. (2010, April 9). Rahsia Internet.com: Statistik Pengguna Internet Sedunia, diakses pada Oktober 2, 2010, sumber dari: http://rahsiainternet.com/statistik/

Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail (2006). Rakan Internet. Panduan Penggunaan Internet. (1st ed.). Selangor: Venton Publishing.

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber (1st ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jerald, J. B. (2008). The American Journal Of Physchiatry, Am J Psychiatry, 165: 306-307.

Mazlina Abdul Majid. (2010, Julai 21). Melayu Paling Ramai Tengok Porno. Kosmo, ms 3.

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS McMillan, J.H., and Schumacher, S (1984). Research in Education, (terjemahan Aminah Hj. Hashi). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Meyer and Marilyn W. (1999). Computers In Your Future. Macmillan Computer Publishing.

Norhashim,Mazenah & Rose Alinda. (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka & Universiti Teknologi Malaysia.

Shahrizan Salian (2010, Mac 11). Teknologi: Remaja Guna Laman Web Sosial Pamer Populariti Diri. Berita Harian Online, diakses pada November 11, 2010, sumber dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Teknologi_Remajagunalamanweb sosialpamerpopularitidiri/Article/

You might also like