You are on page 1of 22

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

1.0

JANTUNG DAN KITARAN KARDIAK.

Jantung adalah satu pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh sistem. Perkara penting yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:1. Anatomi dan Fisologi jantung. 2. Kitaran kardiak iaitu aktiviti otot jantung yang berlaku secara elektrikal dan mekanikal.

1.1

Anatomi dan Fisiologi Jantung.

Jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang iaitu atrium kiri dan kanan dan ventrikel kiri dan kanan. Biasanya jantung dianggap sebagai dua bahgian pam iaitu jantung kiri yang mengandungi atrium kiri dan ventrikel kiri dan bahagian sebelah kanan jantung iaitu atrium kanan dan ventrikel kanan. Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, bahagian jantung sebelah kiri mengepam darah melalui sistem peredaran darah ke tisu badan.Seperti otot rangka, jantung kanan mengepam darah ke paeu-paru melalui ruang pulmonari.

1. Injap jantung dan arah aliran darah. (Gambarajah 1 - arah peredarah darah ditunjukkkan dengan anak panah gambarajah). Arah peredaran darah dikawal oleh injap satu hala (undirecttional valve) yang berada secara strategik dalam jantung. Darah daripada bahagian anggota badan atas dan bawah mengalir kembali ke bahagian kanan atrium melalui superior dan imperior vena cava. Daripada bahagian kanan atrium darah mengalir pula ke bahagian kanan ventrikel. Injap trikuspid tertutup apabila darah memasuki atrium kanan bagi mengelak darah dari kembali semula ke atrium kanan. Pada masa yang sama injap pulmunari terbuka membolehkan darah mengalir keluar ke arteri pulmunari ke arah paru-paru. Darah yang mengalir dari paru-paru melalui tiub pulmunari mengalir ke dalam atrium kiri, kemudian ke ventrikel kiri, Aktiviti yang berlaku di bahgian ini sama seperti 1

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

yang berlaku di dalam ventrikel kanan kecuali nama injap yang berbeza. Injap mitral menghalang berlaku pengaliran balik darah ke dalam atrium dan injap aortik menghala pengaliran darah ke tisu badan. Sekiranya berlaku kerosakan injap atau injap tidak tertutup dengan sempurna, menyebabkan berlaku pengaliran bertentangan arah yang sepatutnya menyebabkan bunyi bising. Kejadian in dikenali sebgai heart murmur.

2.

Strukutur mikroskopid otot jantung. Pandangan secara dekat ditunjukkkan dalam gambarajah. Secara umumnya otot jantung seakan-akan otot rangka, Sebagai contoh otot jantung kelihatan berbelang yang mengandungi myofibril danactin serta filamen protien myosin. Penyerapan myokardium berlaku berdasrkan kepada teori penguncupan otot sliding filemen. Walau bagaimanapun struktur otot jantung sedikit sebanyak berbeza dengan otot rangka. Dalam otot kardiak semua fiber individu atau sel dihubungkan diantara satu sama lain secara anatomik. Ini ditunjukkan dalam gambarajah. Berbanding dengan fiber myokardium yang dihubungkan secara hujung ke hujung yang dikenali sebagai intecaleted disc. Disk ini berfungsi sebagai membransel menyebabkan semua fiber otot jantung adalah bersambung antara satu sama lain. Jantung berfungsi seolah-olah sebagai satu fiber yang besar. Secara keseluruhan otot jantung mematuhi hukum all or non. Susunan seperti ini dikenali sebagai fungsional synctrium yang berfungsi deria . Apabila satu deria menguncup , semua fiber akan menguncup. Terdapat dua fungsi syncytium,satu untuk atrium satu untuk ventrikel. Apa yang dimaksudkan disini ialah atrium pertama menguncup dan kemudian diikuti oleh ventrikel. Jenis susunan ini paling berkesan untuk menghasilkan kerja mengepam yang dikehendaki oleh jantung.

FISIOLOGI LATIHAN 3.

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Sistem konduksi jantung. Jantung mempunyai satu rentak penguncupan secara tetap. Ini dapat katakan sekiranya sistem saraf pada jantung diancam, jantung masih berterusan menghasilkan 'nerverse impulse' menyebabkan ia menguncup secara serentak. Biasanya keadaan autorythm berlaku khususnya pada bahgian tisu yang dikenali sebagai sino atrial node (S-A node) dan tisu jantung mempunyai ciri-ciri ini. S-A node terletak pada bahagian belakang dinding atrium. Oleh kerana degup jantung normal, ia menunjukkan S-A node, ia kadang-kadang merujuk kepada pacemaker jantung. Daripada S-A node kardiak atau denyutan saraf merebak ke seluruh atria. Oleh sebab itu atria menguncup terlebih dahulu, menghantar kandungan ke ventrikel. denyutan daripada atria mengaktifkan kawasan khusus lain pada jantung dikenali sebagai atrio ventrikel node (A-V node). Ia terletak pada atrium kanan.

4. Bekalan darah ke jantung. Seperti lain-lain tisu otot kardiak juga memerlukan bekalan darah untuk membekalkannya dengan oksigen dan mengeluarkan bahan kumuhan. bekalan darah kepada jantung merujuk kepada peredaran pulmunari. otot jantung dibekalkan dengan dua arteri yang utama iaitu arteri koronari kiri dan kanan. keseluruhannya myokardium dibekalkan dengan banyak rangkaian tisu vaskular.

2.0KITARAN KARDIAK
Kitaran kardiak merujuk kepada perubahan elektrikal (isipadu tekanan) dan mekanikal yang berlaku di dalam jantung. Semasa denyutan nadi, semua myokardium mengecut. Fasa kengecutan oleh kitaran kardiak merujuk kepada sistole dan fasa rehat yang dikenali sebagai distole.

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

1.

Perubahan elektikal - sistem EKG Pengaliran sistem jantung dan saraf impulse melalui myokardium telah digambarkan. Aktiviti elektirkal ini boleh menjadi grafik semasa ia berlaku. ia direkodkan dan dikenali sebagai elektrokardiogram atau lebih mudah EKG. EKG ini direkodkan oleh satu kepingan logam yang kecil yang dipanggil elektrodes dan diletakkan dipermukaan badan. Elektrodes ini di sambungkan kepada amplifier dan direkodkan yang dipanggil elektrokardiopraph. Sebagai contoh,rehat EKG untuk satu denyutan jantung yang sempurna boleh dilihat dalam gambarajah. Setiap gelombang atau perubahan bentuk EKG berkait rapat dengan perubahan elektrik dalam jantung. (Lihat gambarajah 2)

a) b)

Gelombang P bermaksud dari penyahkutuban atria GRS - tindakbalas komplekspenyahkutuban oleh ventrikel. Ia berlaku kira-kira 0.15 - 0.16 saat selepas gelombang P

c)

Gelombang t ini terjadi akibat daripada penyahkutuban oleh ventrikel. Bila atria dinyahkutuban, gelombang itu wujud tetapi ia hanya magnitud rendah dan seperti keputusan QRS kompleks besar sukar difahami. Disebabkan elektrodes selalu diletakkan di atas permukaan badan pada posisi biasa, ada perubahan dalam aktiviti elektrikal akan mengubah fungsi kebolehan jantung. Oleh itu EKG digunakan di klinik sebagai alat untuk mengesan gangguan jantung.

2.

Peristiwa Mekanikal - Tekanan dan Perubahan isipadu Seperti yang diterangkan sebelum ini jantung sentiasa berdegup secara berterusan dan stabil disebabkan pertukaran aktiviti elektrikal. Sewaktu kitaran ini, kedua-dua tekanan isipadu darah dan atria dan ventrikel 'fluctuate'. (Gambarajah 3) ketiga-tiga bahagian yang

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

melengkung di 'depict'. tekanan yang berlaku pada Aorta, ventrikel kiri dan kanan. lengkungan tunggalditunjukkan dalam gambarajah, menunjukkan perubahan isipadu darah yang berlaku pada ventikel kiri manakala dua lengkungan di bawah menunjukkan catatan EKG dan phonocardiogram. Ia merekodkan bunyi yang dibuat oleh jantung sewaktu kitaran kardiak. Bunyi ini adalah disebabkan oleh getaran yang terjadi oleh kerja yang dilakukan oleh injap jantung. Terdapat dua jenis bunyi, pertama berlaku bila injap AV tertutup sewaktu permulaan sistole manakala ke dua berlaku apabila injap aortik tertutup pada perngakhiran sistole. Perkara yang penting dalam peristiwa kitaran kardiak ini boleh dilihat dalam gambarajah 1. Perubahan pada jantung boleh dirujuk dari gambarajah 1 hingga 3. Ianya hampir sama dengan apa yang berlaku di bahagian kanan jantung kecuali tekanan di dalam arteri pulmunari dan ventrikel kanan adalah lebih rendah iaitu lebih kurang 1/6 daripada apa yang berlaku di aorta dan ventrikel.

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3.0

Pengeluaran Jantung Sewaktu Senaman


Peningkatan pada pengeluaran jantung yang berlaku semasa latihan ditunjukkan pada

gambarajah 4a, untuk lelaki samada seseorang itu atlit atau bukan atlit. Sebagaimana yang dijangkakan peningkatan ini berkait rapat dengan VO2. Sepanjang jangkamasa latihan daripada keadaan rehat sehingga ke latihan maksima. Dalam keadaan rehat terdapat sedikit perbezaan dalam pengeluaran jantung diantara seorang atlit dan bukan atlit iaitu dalam purata di antara 5-6 liter per minit. Walau bagaimanapun sewaktu latihan adalah didapati pengeluaran jantung bukan atlit adakalanya sedikit tinggi atau sama dengan seorang atlit.

Rajah 4a

Pengeluaran jantung maksima atlit lelaki boleh mencecah ke paras 30 liter/seminit. Ini merupakan peningkatan 5 hingga 6 kali ganda daripada waktu rehat atlit tersebut. Tidak menghairankan jika seseorang atlit yang menceburi aktiviti sukan lasak memerlukan kapasiti aerobik yang tinggi

mempunyai pengeluran jantung maksima sehingga 40 liter/seminit. Bagi seorang lelaki yang tidak 6

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

berlatih yang mempunyai kadar kerja yang rendah (kurang) dan kapasiti tenaga aerobik yang rendah mempunyai kadar pengeluaran jantung maksima 20-25 liter seminit. Kesimpulannya secara umum kita boleh membuat andaian bahawa lebih tinggi kadar pengeluaran jantung maksima lebih tinggi kapasiti aerobiknya. Perubahan dalam pengeluaran jantung seperti yang dinyatakan di atas untuk lelaki adalah hampir sama dengan perempuan. Walaubagaimanapun adalah didapati sewaktu mengenal pasti perbezaan di antara lelaki dan perempuan , perempuan mempunyai pengeluaran jantung yang sedikit tinggi daripada lelaki sewaktu melakukan aktiviti yang sama dan menggunakan kadar oksigen (O2) yang sama. Didapati perbezaan tersebut sebanyak 1.5 liter/seminit. Adalah dipercayai perbezaan ini berlaku kerana perempuan mempunyai kapasiti aliran darah yang membawa oksigen (O2) yang rendah. Ini menyebabkan terdapat kekurangan kadar hemoglobin dalam darah. Selain daripada itu pengeluaran jantung maksima perempuan juga didapati rendah daripada lelaki. Kadar pengeluaran jantung yang tinggi sewaktu berlatih adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu: Pengeluaran jantung (Stroke Volume) Kadar denyutan (Heart Rate) Pengeluaran jantung (Stroke Volume) ini dinilai berdasarkan kepada jumlah darah yang dipam dalam satu denyutan. Kadar denyutan (Heart Rate) dinilai berdasarkan kepada jumlah jantung berdenyut setiap satu minit. Secara matematik, perkaitan antara Kadar Pengeluaran Jantung dapat dilihat berdasarkan kiraan di bawah: Pengeluaran Jantung (Q) = = = = Stroke Volume X (SV) X 20 liter per minit X 133 denyutan perminit. Heart Rate (HR) 0.15 liter per denyutan

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3.1

STROKE VOLUME Pengeluaran Jantung

Rajah 4b

Perkaitan antara Stroke Volume dengan latihan ditunjukkan dalam carta 4b. SV meningkat sewaktu latihan dijalankan iaitu dari keadaan rehat ke peringkat latihan sederhana.

Walaubagaimanapun peningkatan tidak semestinya berlaku bagi latihan dari aras sederhana kelatihan aras maksima. Stroke Volume sewaktu rehat seorang yang bukan atlit berada dalam lingkungan 70 ml 90 sekali denyutan dengan kadar maksima antara 100 120ml sekali denyutan. Bagi seorang atlit yang menjalani latihan, stroke volume atau kadar denyutan sewaktu membuat latihan dan sewaktu rehat adalah tinggi, iaitu dalam lingkungan 100 120 ml sekali denyutan sewaktu rehat dan 150 170 ml sekali denyutan sewaktu berlatih. Untuk atlit yang berlatih dalam kapasiti yang tinggi, stroke volume atlit tersebut mungkin mencecah 200 ml sekali denyutan.

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Bagi seorang perempuan stroke volume mereka adalah rendah jika dibandingkan dengan lelaki dalam semua keadaan. Sebagai contoh, stroke volume seorang perempuan bukan atlit adalah 50ml 70ml sekali denyutan, manakala bagi seorang atlit perempuan adalah 70ml 90ml sekali denyutan. Stroke volume maksima bagi perempuan bukan atlit ialah 80ml 100ml sekali denyutan. Dalam keadaan kerja sederhana, keperluan oksigen (O2) bagi perempuan bukan atlit dan atlit adalah sama. Mekanisma di mana stroke volume meningkat sewaktu latihan adalah disebabkan Hukum Jantung Starling. Hukum ini menerangkan bahawa stroke volume (SV) meningkat disebabkan jumlah darah yang dipam ke ventrikel jantung sewaktu distole (keadaan rehat ventrikel). Peningkatan pada Jumlah Distole menyebabkan pemanjangan kepada fiber otot jantung. Ini mengakibatkan tekanan kepada ventrikel sistole (meregang). Ini akan menyebabkan darah disalurkan dengan lebih banyak, stroke volume akan meningkat. Walaubagaimanapun didapati, jumlah distolik tidak meningkat sewaktu latihan. Ini menyebabkan Hukum Jantung Starling dipersoalkan oleh segelintir ahli fisiologi. Sebenarnya Hukum Jantung Starling ini lebih menerangkan mengenai tugas ventrikel kiri dan kanan mengepam darah melalui peredaran sistematik dan pulmonari sewaktu rehat dan latihan. Oleh yang demikian, persoalanya ialah bagaimana stroke volume meningkat sewaktu latihan ? Jawapannya dapat dilihat sewaktu rehat di mana 40% 50% jumlah distole dipam sewaktu ventrikel sistole. Ini bermakna tanpa peningkatan jumlah distole, penguncupan yang kuat akan meningkatkan stroke volume dua kali ganda. Ini akan mengosongkan ruang ventrikel. Pengucupan ventrikel yang kuat ini dinamakan "Myocardial Contractility yang merangsangkan sistem saraf dan pengeluaran hormon.

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

3.2

Heart Reat Kadar Denyutan Jantung

Rajah 4c

Rajah 4c menunjukkan kadar denyutan jantung bergerak selari dengan peningkatan jumlah kerja samada sewaktu berlatih atau tidak/rehat. Walaupun di dalam sesetengah kes peningkatan ini mungkin rendah sebelum mencapai tahap maksimun. Perlu dingatkan apabila stroke volume mencapai maksimun (biasanya pada kadar kerja yang sederhana) terdapat peningkatan pada pengeluaran jantung melalui peningkatan kadar denyutan jantung. Apa yang menarik di sini dalam waktu yang sama pengaruh sistem saraf dan pengeluaran hormon menyumbang kepada peningkatan stroke volume dan

10

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

heart rate. Latihan memberikan kesan yang besar kepada heart rate walaupun dalam keadaan rehat aktif. Sebagai contoh atlit yang menjalani latihan lasak atau individu yang melakukan hubungan seks, kadar denyutan jantung sewaktu rehat adalah serendah 40 denyutan/seminit. Bagi seorang normal yang tidak berlatih ianya mungkin mencapai 90 denyutan/seminit. Ini menunjukkan kadar denyutan jantung sewaktu rehat seseorang yang berlatih adalah lebih rendah. Sewaktu latihan kadar denyutan jantung seseorang atlit adalah rendah berbanding dengan yang bukan atlit. Walaupun dalam keadaan yang sama atlit perempuan mempunyai kadar denyutan jantung yang lebih tinggi. Ini disebabkan atlit wanita mempunyai pengeluaran jantung yang tinggi dan stroke volume yang rendah dalam pengambilan oksigen yang sama. Sebagai tambahan, latihan mengurangkan kadar denyutan jantung maksima daripada 200 denyutan/minit ke sekitar 185-190 per/minit. Walau bagaimanapun ianya tidak konsisten iaitu bergantung kepada kadar kerja dan kadar kerja pengambilan oksigen. Ini kerana latihan menyebabkan penambahan bebanan dan penambahan pengambilan oksigen. Kadar denyutan jantung yang rendah adalah seiring dengan kadar stroke volume (SV) yang tinggi melalui sistem peredaran yang efektif. Ini adalah benar kerana untuk setiap pengeluaran jantung, jantung tidak semestinya berdenyut. Dalam keadaan rehat jumlah pengeluaran jantung adalah seperti berikut iaitu lagi kurang jantung berdenyut dan lagi tinggi stroke volume (SV) memerlukan kurang oksigen. Cara untuk menentukan kadar denyutan jantung boleh dilakukan dalam makmal dengan menggunakan alat Electrocardiograph. Sewaktu di padang cara termudah ialah dengan mengambil kadar denyutan nadi di arteri brasial. Perlu dijelaskan sekali kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza sama ada sewaktu rehat atau berlatih atau bekerja.

11

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

4.0PENYEBARAN ALIRAN DARAH


Rajah dalam lampiran 1 dan 2 (a) menunjukkan anggaran peratusan keseluruhan pengeluaran jantung yang disebarkan ke otot skelatal berbanding organ-organ lain sewaktu rehat dan semasa melakukan aktiviti. Pada waktu rehat, lebih kurang 20% daripada aliran sistematik keseluruhan dihantar ke otot. Kebanyakkannya dihantar ke organ viseral (gastrointestinal tract, limpa dan ginjal), hati dan otak. Walaubagaimana pun, semasa melakukan aktiviti terdapat penghantaran semula aliran darah yang membolehkan otot-otot yang aktif menerima sebaran yang paling besar daripada kadar pengeluaran jantung. Sebenarnya semasa melakukan aktiviti yang maksimum, otot yang bekerja boleh menerima 85% ke 90% daripada aliran darah keseluruhan. Sementara itu dalam rajah di lampiran 2(b) pula menunjukkan pecahan volume aliran darah melalui organ-organ seorang dewasa dalam keadaan rehat Seperti yang dapat dilihat, empat organ utama iaitu ginjal, hati, jantung dan otak menerima aliran darah/minit/100 g tisu yang tinggi berbanding dengan otot rangka, kulit dan tisu-tisu lain. Walau bagamanapun, pembahagian pengeluaran jantung ini tidak tetap dan boleh berubah. Misalnya, semasa senaman yang agresif, aliran darah ke hati dan ginjal berkurangan, sedangkan ke otot rangka dan jantung bertambah. Keadaan ini dikendalikan melalui perubahan garis pusat arteriol dan seterusnya resistans terhadap aliran darah. Apabila arteriol mengecut, garis pusatnya mengecil, resistans terhadap aliran darah meningkat dan jumlah darah yang mengalir melaluinya berkurangan. Sebaliknya, apabila arteriol melebar, resistans menurun dan aliran darah pun bertambah. Sebagaimana yang diberitahu dalam Bab Bekalan Darah, penghantaran semula aliran darah didapati daripada:-

12

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Vasoconstriction reflek daripada arterioles supplying bahagian badan tidak aktif terutamanya bahagian organ viseral dan kulit;

Vasodilation reflek daripada arterioles supplying otot-otot skeletal yang aktif khususnya sebelum dan pada permulaan melakukan aktiviti; dan

Vasodilation di otot aktif yang disebabkan oleh peningkatan suhu sekitaran, karbon dioksida dan tahap asid laktik. Oksigen akan berkurangan apabila seseorang itu melakukan latihan secara berterusan.

Seperti yang dijangkakan, tindak balas saraf berkaitan dengan saraf dan tindak balas hormon seperti yang kita sedia maklum di mana peningkatan stroke volume, heart rate dan venous return. Aliran darah ke hati (di mana ia juga otot aktif) dan peningkatan semasa melakukan latihan sebagai hasil daripada vasodilation, di mana otak berada dalam keadaan rehat. Boleh disimpulkan di sini bahawa apabila kepanasan atau suhu rectal mencecah ke tahap kritikal, aliran darah yang besar ke kulit akan berlaku dan jumlah darah yang terdapat di otot yang bekerja akan berkurangan. Dalam Bab Pertukaran dan Pengangkutan Gas telah dinyatakan bahawa perbezaan di dalam kandungan oksigen di antara arteri dan vena (a- O2 diff) mewakili jumlah oksigen yang digunakan oleh tisu-tisu. Lebih banyak oksigen digunakan, lebih besar perbezaannya. Magnitud a- O2 diff boleh dipengaruhi oleh pengagihan aliran darah. Ini adalah benar kerana tisu-tisu yang lebih aktif secara metabolik akan menarik lebih banyak oksigen daripada darah jika dibandingkan dengan tisu-tisu yang kurang aktif. Jika lebih banyak darah dialirkan ke tisu yang kurang oksigen maka a- O2 diff akan meningkat. Latihan untuk mengarah kepada a- O2 diff yang lebih besar bagi lelaki muda terutamanya semasa latihan yang maksimum. Tetapi bagi perempuan muda dan lelaki serta perempuan yang agak berumur atau tua, a- O2 diff tidak meningkat dengan melakukan latihan. Penyebab bagi perkara ini 13

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

tidak diketahui. Peningkatan kepada lelaki muda adalah disebabkan oleh penarikan oksigen yang banyak oleh otot yang bekerja. Kepentingan penyebaranan semula aliran darah dengan pengangkutan gas sungguh menakjubkan. Contohnya, ia boleh dinilai sebanyak 540 ml oksigen tambahan boleh dihantar kepada otot bekerja per minit semasa melakukan latihan maksimum tanpa peningkatan tambahan di pengeluaran jantung.

4.1 ALIRAN DARAH KE MYOCARDIUM


Telah dinyatakan aliran darah ke otot skaletal akan meningkat 22 liter bebih banyak daripada nilai semasa berehat iaitu lebih kurang 1.2 liter per minit. Ini menunjukkan betapa pentingnya oksigen kepada otot yang bekerja. Walau bagaimanapun di otot hati (myocardium), aliran darah meningkat dari tahap rehat sebanyak 250 ml ke 1000 ml semasa melakukan kerja secara maksimum. Otot jantung juga mempunyai a- O2 diff sebanyak 150 ml/liter darah semasa rehat. Dengan kata lain, otot jantung menarik lebih kurang 70% hingga 75% oksigen yang ada semasa rehat sementara otot skaletal menarik hanya 25% oksigen yang ada dengan a- O2 diff sebanyak 50 ml/liter darah. Bukan hanya aliran darah meningkat secara mendadak di otot skeletal semasa latihan, penariakan oksigen juga akan bertambah dengan banyak.. Otot jantung pula menentukan tahap penarikan oksigen yang diperlukan dan peningkatan aliran darah. Daripada rajah di lampiran 1 dan 2(a), peratusan menunjukkan pengeluaran jantung dihantar ke myocardium daripada penghantaran keseluruhan.

14

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

4.2

Perkara-perkara lain yang berkaitan tentang penghantaran darah

Merujuk rajah di lampiran 1 dan 2(a), dapat diperhatikan bahawa terdapat perkara-perkara lain yang berkaitan tentang penyebaran aliran darah semasa melakukan latihan seperti:+ Aliran darah ke otak tidak berubah semasa rehat dan semasa melakukan pelbagai latihan sama ada ringan atau berat. + + Aliran darah ke buah pinggang berkurangan tetapi tidak terhenti. Aliran darah ke kulit meningkat apabila latihan meningkat tetapi aliran darah menurun semasa latihan pada tahap maksimum. Jika kita lihat di sini bahawa pemerhatian ini mempunyai hubung kait yang sangat penting dengan tekanan darjah kepanasan badan.

5.0SISTEM PENGANGKUTAN OKSIGEN


Peningkatan dalam pengeluaran jantung dan penghantaran semula aliran darah semasa latihan boleh disimpulkan sebagai Sistem Pengangkutan Oksigen. Hubung kaitnya boleh dilihat sebagai:-

VO2
(pengangkutan oksigen)

SV
(stroke volume)

HR
(heart rate)

a- O2 diff
(perbezaan kandungan O2 di arteri dan vena)

Perlu diingat bahawa stroke volume didarabkan dengan heart rate bersamaan dengan pengeluaran jantung. Dinyatakan juga bahawa a- O2 diff menggambarkan berapa banyak oksigen yang ditarik oleh tisu-tisu dan penghantaran semula darah di antara otot yang aktif dan tidak aktif.

15

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Beberapa contoh berkaitan sistem ini ketika rehat dan semasa latihan maksimum bagi lelaki yang terlatih dan tidak terlatih serta atlit ditunjukkan dalam rajah di lampiran 3. Dapat dilihat di sini setiap satu menyumbang kepada peningkatan jumlah oksigen yang dihantar ke otot. Dengan mengambil lelaki yang tidak pernah menjalani latihan sebagai contoh, pengangkutan oksigen semasa latihan yang maksimum adalah 10 kali sebih tinggi berbanding dalam keadaan rehat. Ini melibatkan peningkatan dalam stroke volume sebanyak 1.5-fold, 2.4-fold pada kadar degupan jantung dan 2.8-fold pada a- O2 diff (1.5 x 2.4 x 2.8 = 10). Jelas di sini bahawa terdapat perbezaan antara individu yang terlatih dengan atlit. Aliran darah akan berubah terhadap seseorang individu yang terlatih sekiranya mereka mengikuti latihan selama 16 minggu, 3 kali seminggu. Dengan kata lain, atlit antarabangsa yang diuji ialah atlit jarak jauh, pelari marathon dan pelumba basikal. Ahli kumpulan dari Swedish National yang telah dilatih beberapa tahun. Perbezaan yang paling ketara adalah di stroke volume magnitude. Latihan selama 16 minggu tersebut menyebabkan peningkatan sebanyak 13% dalam stroke volume. Walau bagaimanapun, stroke volume atlit adalah 70% lebih tinggi daripada individu yang tidak terlatih. Perbezaan yang besar ini menunjukkan bahawa komponen yang penting dalam pengangkutan oksigen ialah stroke volume.

6.0

HEMODINAMIK EDARAN PERIFERI


Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan rangkaian salur darah. Aliran darah melalui

salur-salur ini berlaku akibat daya yang dihasilkan oleh pengecutan jantung. Sebaliknya mekanik pengaliran darah atau hemodinamik edaran periferi pula merujuk kepada faktor-faktor yang terlibat dalam aliran darah melalui salur darah. Volum serta kadar aliran darah melalui sesuatu organ atau tisu bergantung kepada faktor-faktor fizikal seperti garis pusat salur darah, cerun tekanan ,resistans terhadap aliran, ketumpatan serta kelikatan darah dan lain-lain. 16

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

6.1

ANATOMI
Salur darah yang berbentuk lengkaran edaran periferi berbeza dari segi struktur dan fungsi dan

dapat dibahagikan kepada:-

6.1.1 Arteri Kenyal


Arteri kenyal (elastic artery) adalah salur yang menerima darah secara langsung dari ventrikel (aorta dan arteri pulmunari). Dindingnya tebal, berotot dan mengandungi banyak gentian kenyal (elestic fibres) . Salur-salur ini teregang semasa sistole dan rekoil (recoil) semasa diastole. Dengan demikian , arteri-arteri kenyal berfungsi sebagai damping vessels yang mengubah aliran darah yang terputus-putus dari ventrikel ke aliran licin.

6.1.2 Arteri Berotot


Arteri kenyal membahagi kepada arteri yang lebih kecil yang membawa darah ke organ-organ yang disebut sebagai arteri berotot (muscular artery). Arteri berotot mengandungi lebih otot-otot tetapi kurang tisu kenyal pada dindingnya berbanding dengan arteri kenyal . Semasa pengaliran melalui arteri berotot , halaju aliran darah menjadi lambat sedikit walaupun tekanannya banyak berubah.

6.1.3 Arteriol
Dalam semua organ dan tisu arteri berotot bercabang kepada salur yang lebih kecil disebut arteriol .Salur ini mempunyai garis pusat 40 80 um dan hampir semua dindingnya terdiri otot licin. Arteriol amat banyak dibekalkan dengan serat saraf vasokonstriktor simpatetik dan merupakan kaeasan utama resistans terhadap aliran darah.. Perubahan yang kecil pada garis pusatnya menyebabkan perubahan besar pada resistans periferi. Arteriol merupakan tempat di mana tekanan

17

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

darah menurun dengan paling banyak dalam edaran sistemik. Arteriol membahagi kepada salur kecil dan berdinding otot disebut metarteriol dan seterusnya kapilari. Pada beberapa kawasan di dalam badan , arteriol membentuk hubungan langsung dengan vena dan membenarkan darah mengalir terus ke vena tanpa menempuhi sebarang kapilari. Hubungan ini dikenali sebagai anastomosis arteriovena ( AV anastomosis)

6.1.4 Kapilari
Kapilari pula membentuk satu jaringan luas yang menyambung arteriol dengan venul. Dari kapilari, darah mengalir kembali ke jantung melalui venul. Di sinilah darah yang membawa oksigen berlakunya pertukaran gas pernafasan sel-sel atau organ-organ dalam badan.

6.1.5 Venul Dan Vena


Pada keseluruhannya, struktur venul dan vena adalah serupa dengan arteri, cuma dindingnya tidak setebal atau berotot atau sekenyal dinding arteri kerana venul dan vena tidak mengalami tekanan tinggi. Namun begitu, di bawah pengaruh sistem saraf simpatetik dan beberapa hormon dan bahan kimia, vena dapat mengecut sekuat arteri. Halaju darah yang sangat perlahan dalam kapilari menjadi sangat cepat dalam venul dan vena. Vena mengandungi injap yang hanya menbenarkan aliran darah ke arah jantung sahaja dan mencegah aliran retrogred (retrograde flow). Aliran darah melalui vena dibantu oleh pergerakan otot-otot rangka pada kaki dan proses pernafasan.

18

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

6.2 Pembahagian Volum Darah


Seseorang dewasa dengan berat badan 70 kg mempunyai volum darah kira-kira 5 liter. Dalam keadaan rehat , dua pertiga daripada volum ini terkandung dalam vena-ena sistemik. Pembahagian volum darah pada berbagai bahagian sistem edaran adalah seperti berikut:-

Ventrikel kiri Arteri-arteri sistemik Kapilari sistemik Vena-vena sistemik Ventrikel kanan Edaran Pulmonari 800 ml

200 ml 16 % 200 ml 3200 ml 200 ml 400 ml 64 % 4%

4%

4%

8%

Volum darah total

5000 ml

100 %

6.3 Aliran Laminar Dan Aliran Gelora


Aliran darah melalui salur darah mungkin berlaku secara laminar atau gelora (turbilent). Biasanya, aliran darah melalui hanpir semua salur darah dalam sistem edaran darah adalah laminar. Aliran laminar merujuk kepada gerakan darah dalam lapisan-lapisan selari dengan salur darah. Pada aliran corak ini, satu lapisan tipis yang bersentuhan dengan dinding salur darah tidak bergerak. Sebaliknya, lapisan yang berikutnya bergerak dengan halaju yang lambat, lapisan selanjutnya lebih cepat dan seterusnya sehingga aliran di pusat salur darah mempunyai halaju yang paling tinggi sekali. Halaju purata aliran darah (Mean velosity of blood flow) adalah sama dengan nilai purata halaju lapisan-lapisan tersebut. 19

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Berhubung dengan aliran gelora, darah mengalir bukan sahaja selari dengan dinding salur darah tetapi juga lurus kepada paksinya. Akibatnya, darah pada jarak yang sama dari paksi salur darah mempunyai halaju yang berlainan. Dalam sistem edaran, aliran laminar akan berubah ke aliran gelora jika halaju puratanya melebihi satu nilai kritikal. Kemungkinan terjadinya aliran gelora jika dipengaruhi oleh garis pusat salur darah, graviti spesifik serta kelikatan darah. Hubungan antara faktor-faktor ini menentukan angka Reynolds seperti berikut:-

R = DV
di mana R D V = = = = = angka Reynolds graviti spesifik darah (g/ml) garis pusat salur darah (cm) halaju purata aliran (cm/ minit) kelikatan darah (sentipoise, centipoise)

Lazimnya, pada hampir keseluruhan sistem edaran edaran seseorang yang sedang berehat, angka Renolds bernilai lebih kurang dari 2000 dan darah mengalir secara laminar. Jika angka Reynolds melebihi 3000, aliran darah berubah ke aliran gelora. Aliran gelora disertai oleh getaran darah berfrenkuensi tinggi yang didengari sebagai desiran pada tempat di mana corak aliran ini berlaku.

6.4

Kelikatan dan Graviti Spesifik Darah


Kelikatan (viscosity) darah bergantung terutama pada jisim sel darah merah. Protien plasma

juga menyumbang kepada kelikatan darah tetapi dalam keadaan normal, pengaruhnya tidak begitu

20

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

penting. Apabila bilangan sel darah merah berkurang, misalnya anemia, kelikatan graviti spesifik darah menurun dan halaju aliran darah meningkat. Oleh kerana kelikatan dan graviti spesifik adalah faktorfaktor yang menentukan halaju aliran darah, aliran gelora sering terjadi dalam anemia, terutamanya dalam jantung. Inilah sebab mengapa desiran sistolik kadangkala didengari dalam keadaan ini. Sebaliknya, bilangan sel darah merah yang keterlaluan, misalnya polisitemia, berhubung kait dengan kelikatan dan graviti spesifik darah yang tinggi dan darah mengalir dengan pelahan melalui arteri kecil dan kapilari.

GAMBAR RAJAG 21.4 MS 173.

6.5

Hubungan Antara Aliran, Tekanan Dan Resistans


6.5.1 Aliran Dan Tekanan
Seperti bendalir lain, darah mengalir dari satu kawasan bertekanan tinggi ke kawasan

bertekanan rendah. Faktor utama yang menentukan aliran ialah perbezaan tekanan di antara kedua-dua hujung. Dengan kata lain aliran berkadar terus dengan perbezaan tekanan, iaitu;

21

FISIOLOGI LATIHAN

PENGALIRAN DARAH & PENGANGKUTAN GAS

Q = AP
di mana Q AP = = aliran darah (ml / minit) perbezaan tekanan (mm Hg)

6.5.2 Aliran Dan Resistans


Aliran darah melalui suatu salur darah juga ditentukan oleh resistans (rintangan) terhadap aliran. Semakin tinggi resistans, semakin berkurang aliran darah dan sebaliknya. Dengan kata lain, aliran berkadar songsang dengan resistans yang menentangnya iaitu;

Q= 1 R
di mana Q R = = aliran darah (ml minit ) resistans (mm Hg/ ml/ minit )

Hubungan antara faktor-faktor di atas telah dikaji buat pertama kali pada tahun 1844 oleh Poiseuille, seorang doktor berbangsa Perancis. Dari penyelidikannya, Poiseuille menunjukkan bahawa aliran satu bendalir melalui sebatang tiub boleh dinyatakan sebagai satu persamaan berikut.

Q = Apr4 8L
di mana Q AP R L = = = = = aliran bendalir (ml/minit) perbezaan tekanan (mm/Hg) jejari tiub (cm) kelikatan bendalir (sentipoise) panjang tiub (cm)

Persamaan ini dikenali sebagai Persamaan Poiseuille Hagen.

22

You might also like