P. 1
Tugasan Perhub Awam 2

Tugasan Perhub Awam 2

|Views: 315|Likes:
Published by Nor Izzati Haduri

More info:

Published by: Nor Izzati Haduri on Nov 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/25/2015

pdf

text

original

KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM

1.0 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, sekolah yang mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang cemerlang samada dari segi kurikulum atau kokurikulum. Disebabkan penubuhan sekolah adalah sebuah organisasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan merupakan harapan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka yang dihantar di sana dididik dengan sempurna dan akhirnya mencapai keputusan yang cemerlang. Hasil daripada falsafah tersebut maka lahirlah idea untuk memberi kesedaran terhadap ibu bapa atau masyarakat peranan yang dimainkan oleh anggota sekolah iaitu pihak pentadbir sekolah,guru-guru, kaki tangan dan murid-murid. Dengan adanya hari perkhemahan peringkat sekolah, maka para ibu bapa dapat mendedahkan anak-anak mereka dengan aktiviti yang akan dijalankan oleh tenaga kerja yang berpengalaman.. Untuk menjayakan hari tersebut terdapat peranan pegawai perhubungan awam amat penting untuk merealisasikan hari perkhemahan ini dengan jayanya dengan perancangan yang teliti.
1

perancangan segala aktiviti sambutan. simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang 2 . 1. Hulu Langat. 2. 1.2 Kaedah Kajian Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah rujukan perpustakaan dengan merujuk buku-buku.3 Batasan Kajian Merangkumi ruang lingkup definisi publisiti.1 Objektif Kajian Objektif kajian adalah membincangkan peranan pegawai perhubungan awam dalam merancang sambutan hari perkhemahan peringkat sekolah dengan membuat publisiti dan merancang aktiviti pada hari tersebut. pendekatan perhubungan awam dalam melaksanakan publisiti dan aktiviti yang terlibat pada hari perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform bagi Sekolah Kebangsaan TUDM Subang yang bertempat di Kem Wirajaya. Selangor Darul Ehsan. temubual dengan guru-guru yang pernah terlibat dengan program ini dan perbincangan dengan rakan-rakan yang mengikuti pengajian Strategi Perhubungan Awam serta tutor di samping melayari internet yang berkaitan dan kertas kerja yang ada kaitan dengan tajuk yang dibincangkan.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM 1. jurnal.0 PERHUBUNGAN AWAM Perhubungan awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang di mana sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan persefahaman.

Menurut Muhamad Rosli Selamat. melalui manamana organisasi-organisasi awam atau swasta dan institusi-institusi mencari jalan untuk menjalin dan mengekalkan persefahaman.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM berkenaan. Ini dijalankan dengan cara menilai pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat berhubung dan menyampaikan dasar. Hassan Abu Bakar dan Saidathul Nizah Mat Tazin. 3 . perhubungan awam adalah sebagai suatu fungsi pengurusan yang berwatak berterusan dan terancang. Menurut Hamdan Adnan. berdasarkan Webster’s International Dictionary edisi ketiga mentafsirkan perhubungan awam sebagai suatu promosi bagi menjalin hubungan yang rapat dan baik di antara institusi dengan individu-individu lain. public khas atau masyarakat umum melalui penyebaran maklumat. perhubungan awam merupakan aktiviti promosi yang dirancang untuk membina nama baik bagi individu atau pun institusi. Manakala menurut Bahtiar Mohamad. polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapainya melalui perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan bersama. simpati dan sokongan daripada sesiapa saja yang ada kaitan dengan mereka secaramenilai pendapat awam mengenai diri mereka supaya dapat mengkorelasasikan seberapa boleh dasar-dasar dan peraturan-peraturan mereka untuk mencapai melalui sebaran meluas maklumat-maklumat yang dirancang bagi mendapatkan kerjasama yang lebih berhasil serta penyelesaian yang lebih cekap untuk kebaikan bersama. Adalah menjadi tanggungjawab asas sesebuah organisasi untuk menjana maklumat kerana tanpa maklumat tidak mungkin sesebuah organisasi boleh berfungsi.

Dengan demikian menjadi tugas dan tanggungjawab pihak yang terbabit menyampaikan sesesuatu aktiviti 4 . cekap dan berkesan dalam hubungannya dengan orang ramai. kepercayaan dan kerjasama yang diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu. 2. Segala tindakan dan perlakuan organisasi akan menggambarkan imej organisasi keseluruhannya.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM Berdasarkan pelbagai definisi yang dinyatakan maka jelaslah perhubungan awam merupakan suatu yang penting dalam melaksanakan program sesesuatu ogganisasi dalam menyampaikan maklumat kepada public. Publik kini memerlukan maklumat tentang sesesuatu organisasi dengan terkini. Perhubungan awam berkhidmat dengan kepelbagaian yang meluas dalam masyarakat dan memerlukan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat bagi menjayakan misi organisasi. penerimaan. selaras dengan amalan perhubungan awam adalah dalam pembuatan keputusan yang komplek terutamanya dalam masyarakat plural. Pengurusan organisasi perlu memahami sikap dan nilai publik dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Organisasi mesti bersedia menonjolkan imej yang baik dan aktiviti perhubungan awam adalah penghubung antara publik dan organisasi.1 Peranan Perhubungan Awam Dasar perhubungan awam adalah bertujuan untuk mempastikan imej baik sesesuatu organasasi terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman. Fungsinya perhubungan awam menjadi lebih efektif melalui sumbangan kepada persefahaman bersama antara kumpulan dan institusi.

Seterusnya. PR berfungsi untuk memantau proses komunikasi dua hala antara organisasi dengan public-publiknya. kejujuran. maklumat yang disebarkan untuk menarik 5 . teknik menarik perhatian umum terhadap sesuatu ( ch. 2. kesetiaan dan kesungguhan dalm menjalankan tugas bagi menjamin kesan dan objektif organisasi tercapai. Komunikasi dua hala bermatlamat untuk mewujudkan persefahaman di antara organisasi dengan public di mana melalui proses komunikasi tersebut pendapat public dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran perencanaan dan perancangan proses PR. Barangan.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM organisasi bagi membolehkan masyarakat umum membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi. dalam mengalami proses PR yang berkesan memerlukan usaha pemikiran. Menurut Muhamad Rosli Selamat. kewibawaan. setiap individu yang terlibat mestilah mempunyai pengetahuan. personality. perhatian umum : seberapa boleh ia mahu mengelakkan diri. dsb ) terutamanya melalui media massa : 2. Bagi tujuan tersebut. perhubungan awam merupakan komponon penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan ia dianggap sebagai salah satu fungsi pengurusan moden. daripada : 3. Di samping itu PR juga digunakan sebagai alat untuk menilai dan mengukur tahap kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi berkenaan.2 Definisi Publisiti Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. publisiti bermaksud 1. perencanaan dan organisasi yang dinamik dan rasional di kalangan setiap individu ahli organisasi.

publisiti ialah usaha-usaha atau kegiatankegiatan bagi mendapatkan liputan dari media.massa. Publisiti berlaku akibat penerangan atau maklumat yang telah disebarkan mengenai acara-acara yang telah dirancang. Menurut Hamdan Adnan. Perancangan yang teliti diperlukan dalam melaksanakan publisiti bagi menjamin kefahaman pengguna dengan sesuatu tujuan organisasi dan mencapai matlamatnya. publisiti memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat bagi memastikan agenda organisasi difahami dan ikuti dengan teliti oleh pengguna. terancang dan berterusan bagi menjalin dan mengekalkan hubungan antara dua pihak untuk menyatakan sesuatu objektif agar tercapai dengan berkesan.3 Kaedah Publisiti Hari Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Perhubungan awam secara sedar atau tidak telah dilaksanakan oleh semua pihak dan organisasi dalam menjalankan sesuatu matlamat. Boleh dikatakan publisiti digunakan untuk membuat liputan yang dikehendaki pihak penganjur.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM perhatian umum : memberi. Sebagai seorang pengamal perhubungan awam. Berdasarkan maksud yang dinyatakan. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk memastikan segala aktiviti perhubungan awam kerana ia berfungsi sebagai menyampaikan sesuatu mesej. Perhubungan awam adalah satu usaha yang dirancang dengan secara sistematik. yang secukup-cukupnya tentang barang-barang keluaran kami. mestilah 6 . 2.

Jadi. Hassan Abu Bakar dan Saidatul Nizah Mat Tazin terdapat beberapa kriteria keberkesanan publisiti yang mesti dipatuhi agar ianya berkesan iaitu : 2. jika menggunakan saluran yang sesuai akan menghasilkan impak yang besar. mencetuskan kesedaran. Penyebaran maklumat mengenai hari perkhemahan peringkat sekolah perlu disesuaikan dengan mesej yang hendak disampaikan bagi memastikan mesej yang disampaikan berkualiti. Oleh itu membuat keputusan dan pengukuhan dalam pemilihan saluran adalah penting bagi memastikan perkakasan yang digunakan adalah 7 . Misalnya penggunaan teknologi komputer di dalam menghasilkan brosur akan memastikan maklumat yang seragam dapat disampaikan dengan tepat. minat dan kehendak (media massa). Selain itu surat edaran dan surat kebenaran juga telah di berikan kepada murid untuk disampaikan kepada ibu bapa bagi menyampaikan maklumat secara terperinci.1 Maklumat Berkualiti Penggunaan perkakasan akan menghasilkan maklumat yang tepat.3. 2. Menurut Bahtiar Mohamad.3. Melalui pengumuman oleh guru bertugas.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM tahu apa yang boleh dilakukan dan melihat keberkesanan sesuatu kaedah yang digunakan.2 Kesesuaian Saluran Dan Persekitaran Penggunaan saluran akan memberikan kesan yang baik. untuk memberi kesan dan sebaran yang mendalam tentulah dengan kaedah penyampaian maklumat secara terus iaitu pengumuman.

2. Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan dalam mengurus dan memastikan Hari Perkhemahan Bersepadu Unit beruniform Sekolah 8 . maka menjadi tugas dan tanggungjawab pegawai perhubungan awam menepati kriteria tersebut agar segala perancangan hari perkhemahan peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Strategi pelaksanaan ini akan mewujudkan pasukan kerja yang baik. Antara yang terlibat di dalam program ini adalah 2. 2. Perancangan yang dibuat mestilah berdasarkan kajian dan perencanaan yang dilakukan oleh individu dalam organisasi iaitu dengan mengenalpasti publik sasaran yang terlibat.3. Segala publisiti mengenai hari perkhemahan tersebut mestilah diketahui umum berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. kecekapan dan keberkesanan kos sesuatu perkakasan yang hendak digunakan.3. Selain itu notis di papan kenyataan sekolah juga banyak memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran maklumat ini.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM berkesan.4 Perancangan Publisiti Berdasarkan kriteria yang digariskan.3 Dirancang Dan Bermatlamat Segala perkakasan yang hendak digunakan mesti rancang dengan teliti bagi matlamat jangka panjang dan jangka pendek.4 Pendekatan Bersepadu Dalam Strategi Pelaksanaan Pendekatan bersepadu yang dimaksudkan ialah dengan mendapatkan penglibatan publik dan komitmen daripada semua pihak dalam organisasi.

Ini mesti difikirkan agar program yang dirancang dapat memikat perhatian publik dan menjadikan program tersebut lebih berkesan. siapa individu yang hadir untuk merasmikan hari tersebut atau keunikan yang ada dalam hari perkhemahan tersebut. 9 . Ia adalah kaedah yang tidak boleh dikawal dalam perletakan mesej dalam sesebuah media kerana sumber tidak membayar apa-apa kepada pihak media atas berita yang disiarkan. Publisiti adalah maklumat yang mempunyai nilai berita daripada sumber luar yang digunakan oleh media. publisiti yang dimaksudkan mestilah ada nilai berita. Publisiti membawa berita dalam media massa tentang organisasi berkaitan dengan pelbagai sumber yang ingin didedahkan.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM Kebangsaan TuDM Subang dapat dijalankan ditempat yang telah ditetapkan oleh ahli jawatan kuasa perkhemahan berjalan lancar. pelbagai publisiti telah dilakukan. maka perancangan yang teliti mesti dilaksanakan. Pemilihan warna dan kata-kata yang ditulis mestilah ringkas dan difahami dengan mudah tujuan dan objektifnya. Ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap murid yang terlibat dan memanfaatkan peluang yang pada ada di dalam program tersebut. Contohnya penggunaan kain rentang. mesej yang hendak disampaikan mestilah menarik dan mempunyai nilai berita untuk difahami publik. Bagi memastikan publisiti mengenai hari perkhemahan tersebut diketahui umum atau murid tahap 2. Nilai berita ini dapat ditentukan berdasarkan publik yang terlibat. Selain itu. Nilai berita akan menjadi indikator kepada publisiti yang baik.

Ini berdasarkan ungkapan sekeping gambar dapat menceritakan pelbagai cerita. pakej yang terdapat pada hari terbuka mestilah menarik dan tersusun selain mempunyai kelainan daripada program perkhemahan yang pernah dianjurkan bagi sekolah-sekolah yang pernah menghadiri program seperti ini. tetamu kenamaaan yang hadir. pemilihan gambar mestilah sesuai dengan tema yang hendak dimaklumkan kepada pelajar. gambar juga memainkan peranan yang penting untuk mempromosi hari tersebut. Dalam hal ini. Gambar yang dilukis atau dipamerkan atau ditontonkan sama ada melalui kain rentang atau risalah yang diedarkan mestilah menarik kerana gambar warna mudah untuk difahami dan menarik minat seseorang. perkara asas yang perlu difikirkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Apabila pihak media dijemput dalam acara tertentu untuk tujuan publisiti. Hari perkhemahan peringkat sekolah merupakan hari yang ditunggutunggu oleh semua pelajar terutamanya pelajar tahap 2 bagi sekolah rendah. Dengan ini dapat membangkitkan emosi pelajar untuk menyertai perkhemahan tersebut. tempat acara berlangsung dan atur cara majlis bagi memudahkan pihak media menghadirinya dan memberi publisiti secara terus dan menarik perhatian publik untuk sama-sama menghadirinya. penglibatan yang besar perlu dilakukan oleh pengamal perhubungan awam.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM Dalam penonjolan publisiti. Di samping itu. 10 . Di samping itu. Contohnya menjemput pakar motivasi yang mempunyai ramai peminat untuk menyampaikan motivasi supaya ianya dapat memupuk minat di kalangan pelajar. Publisiti yang baik seharusnya diatur secara khusus dalam menggunakan khidmat media bagi sesuatu tujuan.

KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM Dengan adanya program seperti ini. pelajar sekolah rendah tahap 2 akan banyak didedahkan dengan pelbagai kegiatan di luar sekolah yang biasanya tidak terdapat di dalam sekolah untuk dijadikan sebagai pengalaman. pegawai perhubungan awam yang terdiri daripada pihak sekolah iaitu guru serta tenaga kerja atau pegawai yang bertugas di kem tersebut mestilah memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat iaitu para ibu bapa tentang aktivi yang dijalankan adalah berkesan serta mempunyai banyak input yang jelas dan tepat. Penggunaan surat edaran serta brosur yang diedarkan kepada pelajar adalah langkah yang berkesan untuk memaklumkan kepada masyarakat iaitu ibu bapa tentang program yang dianjurkan ini. 11 . Risalah-risalah yang disediakan mestilah mempunyai maklumat yang jelas. ringkas dan berkesan tentang maklumat hari terbuka tersebut. Dengan adanya pogram seperti ini.

Dalam melaksanakan tugas perhubungan awam.0 KESIMPULAN Perhubungan awam merupakan penterjemahan dalam hubungan antara seseorang individu dengan individu yang lain atau antara sesebuah organisasi dengan publiknya. mestilah ada sifat kejujuran dan adil dalam perancangan publisiti atau tugas tertentu bagi menghasilkan objektif sesesuatu organisasi tercapai dan tugas yang dihasilkan atau diarahkan difahami dengan jelas akan menghasikan hubungan yang erat antara dua hala. fakta yang lengkap akan memudahkan penjelasan antara sesebuah organisasi dengan publik. Segala perancangan yang teliti. Dalam perhubungan awam adalah satu usaha komunikasi yang terancang yang sentiasa meninjau pendapat publik dan mewujudkan aktiviti komunikasi yang sesuai untuk menjalinkan kesesuaian dalam mentafsir hubungan di antara dua pihak.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM 3. Perhubungan awam merangkumi semua bentuk komunikasi dengan pihak-pihak yang ada kaitan dengan sesebuah organisasi. Ini adalah kerana perhubungan awam merupakan komponen penting dalam sesebuah organisasi dan merupakan penggerak dalam melaksanakan tugas akan memberi kesan kepada publik. Publik memerlukan maklumat yang tepat dan jelas untuk memberi dan bersama-sama dalam melaksanakan objektif yang 12 . Perhubungan awam adalah sebagai fungsi pengurusan mestilah diurus secara seimbang untuk memastikan setiap pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan maklumat yang disampaikan difahami dengan jelas. tersusun. Dalam pelaksanaan yang dijalankan merupakan sesuatu perhubungan yang tidak dilakukan secara sedar atau tidak tetapi merupakan suatu perhubungan yang nyata.

perhubungan awam adalah alat untuk meningkatkan kerjasama di antara organisasi dengan publiknya dengan usaha yang dijalankan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 13 .KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM hendak dicapai. Di samping itu. Pegawai perhubungan awam mestilah mempunyai kemahiran yang luas dalam menyampaikan mesej kepada publik dengan yakin dan berkesan di samping mempunyai tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas.

3.org/wiki/Komunikasi 4.org. http://ms.KOC 3431 STRATEGI PERHUBUNGAN AWAM Rujukan 1.com/doc/2525381/perhubungan-awam 5. http://www.iprm.my/resources/articles/30-pendidik-dan-perhubungan -awam 14 .scribd. http://www. Kamus Dewan Edisi Keempat (1997) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Shah Alam : Penerbit Biroteks ITM. 2.wikipedia. Hamdan Adnan (1987) Prinsip Perhubungan Awam.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->