You are on page 1of 673

buah fikiran

USTAZ HJ ASHAARI
MUHAMMAD Siri 1

oleh
Ustaz Haji Ashaari Muhammad

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)


Buah Fikiran
USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh
Ustaz Hj Ashaari Muhammad

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara.


Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,
ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara,
baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula,
perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada
Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V).

Cetakan Pertama: Disember 2005

ISBN 983 2492 42 4

Teks diset dalam


Palatino 10.5 poin

Terbitan:
Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-V )
51-2, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Dicetak oleh:
BIOGRAFI PENULIS

BIOGRAFI PENULIS
USTAZ HAJI ASHAARI MUHAMMAD

siaku telah menjangkau enam puluh tahun

U Sepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-liku


Cabaran demi cabaran menggugat kehidupanku
Masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasai
Aku telah menempuh berbagai-bagai zaman
Satu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejam
Dua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinya
Di zaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahun
Sudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutan
Setiap hari ada orang yang dibunuhnya
Ada kenderaan yang dibakarnya
Balai-balai polis yang diserangnya
Masa Jepun, papa kedana merata-rata negara
Sangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluarga
Ubi keledek sebagai nasi,
“beras A1” makananku yang biasa di waktu itu
Adakalanya sehari sekali makan nasi atau pisang
Itu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubi
Ubi pun payah dicari
Sagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewa
Makan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekali
Pucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat
setiap hari aku makan
Pernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layau
Terjumpa seekor lintah di celah daun
Untungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapati
Bahan-bahan hutan mudah dicari

iii
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kerana di masa itu bahan-bahan semula jadi


Belum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuan
Zaman ini juga harimau, babi, buaya, ular,
mengganas di mana-mana
Kejamnya macamlah Jepun-Jepun yang selalu menzalim orang
terutama bangsa Cina
Hampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnya
Zaman Jepun pakaian sangatlah susahnya
Sedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnya
Kain dan baju seribu tampungan
Bahkan setengah-setengah orang sudah ada
yang memakai daun-daun lebar yang keras
Atau kulit kayu yang diselimutkan di badan
Orang yang mati digulung sahaja dengan tikar mengkuang
kemudian dikuburkan
Rumah-rumah tempat tinggal rata-rata macam rumah orang asli
di hutan sekarang
Rumahku dan keluargaku semacam rumah mereka juga
tidak ada bezanya
Penyakit mengganas tidak ada orang yang terkecuali
daripada serangannya
Ubat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahaja
Zat makanan kurang sekali
Apabila berkudis susah mahu sembuh
Sering sahaja berulat di dalamnya
Masjid surau terbiar kambinglah penghuninya
Di waktu itu orang beragama macam antah di dalam beras
Seluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orang
Yang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakan
Di zaman Jepun aku pernah kematian keluarga
Di dalam masa setahun empat orang, ibu, kakak, adik, pak cik
Perhubungan sangat sulit dan susah
Alat-alat perhubungan sangat payah
Menyeberang sungai melalui jambatan buluh
Atau setengah tempat menggunakan rakit buluh
Berjalan kaki menjadi basahan harian
Adakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnya
Berbatu-batu naik kereta lembu sering berlaku
Naik kereta mungkin satu atau dua tahun sekali, biasanya lori
Pernah berlaku dua kali di zaman Jepun
kapal terbang Jepun datang

iv
BIOGRAFI PENULIS

Satu kampung penduduk kampung lari ketakutan


termasuk aku yang masih kecil
Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udara
kemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu
Beberapa lama kemudian aku tahu
Sebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun
jatuh di Kampung Sawah Raja, Rembau
Di zaman permulaan British kehidupan agak lebih baik sedikit
Namun kebatilan dan kemiskinan merata negara
Beras sudah ada, tepung seperti biasa
Tapi masih terbatas dan terhad
Pakaian sudah dijual merata-rata
Kebanyakannya kain belacu
Namun bermewah-mewah belum ada
Kalaupun ada golongan atasan sahaja
Itu pun hanya golongan terlalu minoriti
Pekerjaan sangat terbatas
Tidak seperti hari ini
Lumrah pekerjaan orang Melayu ialah mata-mata, askar, cikgu
Kerani dan kastam satu dua termasuk ayahku
Perhubungan sudah ada tapi tidak selesa
Perjalanan satu jam di waktu ini mungkin lima jam di waktu itu
Di zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun bas
Masanya agak lama juga
Pergi ke Kelantan di zaman itu dua hari
baru sampai ke Kota Baru
Rata-rata orang Melayu masih jahil
dan mundur di dalam pelajaran
Buta huruf merata negara terutama penduduk desa
Yang berkelulusan universiti bilangan jari
Aku adalah termasuk orang yang terkorban
di dalam pelajaran di masa itu
Kalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umum
Dari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang begini
Jalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewaku
Makan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti nasi
makanan utamaku
Pakaianku bertampung seribu, akulah yang tampung sendiri
Di waktu masih kecil lagi
Ketika ibu dan bapa tiada di rumah
Aku masak sendiri

v
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Baju aku basuh sendiri


Koyak aku jahit sendiri
Belum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiri
Hasilnya dibawa pulang
Duduk di gerobok buruk
Di waktu itu reban ayam sekarang ini adalah lebih cantik
dari rumahku
Kenderaanku silih berganti
Tidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahap
Dia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkat
Dari berjalan kaki
Kemudian naik basikal hinggalah dapat beberapa orang anak
Berbasikal adakalanya berpuluh-puluh batu
Berkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanak
Enak saja tidak pula terasa kaki sakit
Selepas itu alhamdulillah lega sedikit
Boleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90
Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second hand
Kemudian Morris Minor second hand juga
Sesudah itu Holdan second hand pula
Kemudian sedikit demi sedikit bertambah canggih
Kereta Corolla permulaannya
Berpindah pula kereta Peugot 404 kemudian 504
Setelah itu barulah Mercedes
Selepas itu kenderaanku adalah Pajero
Kemudian Mercedes MPV (multipurpose van)
Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbang
Jadi kehidupanku mengalami bermacam-macam
dan berbagai-bagai peringkat
Dari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasa
Yang belum lagi kaya luar biasa
Di aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakan
Disengat ikan sembilang, baung perkara biasa
Diserang penyengat bermacam-macam jenisnya, sering sahaja
Digigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengking
Keling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kali
Dikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantan
hampir digigitnya
Digigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkan
memang perkara biasa
Jatuh dari rumah, jatuh dari pokok berlaku juga

vi
BIOGRAFI PENULIS

Pernah di rumah orang kenduri, sedang makan


serambi rumahnya roboh
Kuah gulai menyimbahi pakaianku
Di waktu itu hari pertama aku mengajar sebagai guru kerajaan
Jatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupa
Kereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebih
lagi tidak boleh lupakan
Di waktu kecil beberapa kali lemas di sungai,
mujur dapat diselamatkan atau terselamat
Dicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih ada
Kali kedua gelap mata beberapa ketika
Aku dipelihara dari satu tangan ke satu tangan
Dengan ibu dan ayah tidak sempat bermanja
Berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat jadi budaya
Berpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan
cara menyewa perkara biasa
Di umur persekolahan, mengangkat air, cari kayu api,
ambil pucuk paku, menyapu laman, tukang masak kerja saya
Tinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandar
Pernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah,
di sawah padi, di tepi laut, di tepi kubur
Di dalam pendidikan banyak sekolah tempat belajar dan
mengajar
Berpindah dari sekolah ke sekolah
Di dalam perjuangan, Allah takdirkan di dalam persekolahan
lagi sudah ada cita-cita perjuangan
Keluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermula
Berbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertai
PAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIM
Namun hati tidak puas
Semuanya aku tinggalkan
Aku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanya
Sempat aku pimpin 28 tahun lamanya
Di dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasa
Bahkan tinggal di luar negara berturut-turut 7 tahun lamanya
Di dalam jemaah, berbagai-bagai aktiviti dapat dibangunkan
Hal ini tidak payah diceritakan
Ramai orang yang faham dan tahu ceritanya
Ujian-ujian di dalam perjuangan
Memang banyak yang dirasa
Tangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garam

vii
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Beberapa kali hendak dipukul orang


Dipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasat
Kerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukan
Pernah di waktu malam rumah dikepung polis beberapa kali
Namun tidak menangkapnya
Tohmah, fitnah perkara biasa
Inilah yang paling banyak dilemparkan kepadaku
Akhir sekali aku ditangkap, diambil di luar negara
secara ekstradisi
Direman dua bulan, kemudian diasingkan di Rawang
di bawah akta ISA
Sekarang sudah memakan masa enam tahun
Namun belum dibebaskan lagi
Kalau aku panjang umur
Entah apa lagilah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
pada diriku
Tuhan sajalah yang tahu

02 – 06 – 2000

viii
KANDUNGAN

KANDUNGAN

Biografi Penulis iii


Prakata xiii
Muqaddimah xvi

A: TASAWUF
1 Apalah Istimewanya Manusia Jika Tidak Ada Memberi
Manfaat 2
2 Mengapa Pentingnya Menjaga Roh? 13
3 Roh dan Peranannya: Sumber Pembangunan Akhlak 20
4 Dalam Diri Manusia Sudah Ada Asas-asas Peringatan 26
5 Pembangunan Jiwa Membuahkan Akhlak yang Mulia 36
6 Jadikan Jiwa Sebagai Khazanah Simpanan Barang yang
Berharga untuk Kehidupan 43
7 Jika Seseorang Memiliki Sifat-sifat Terpuji dan Kesannya
pada Peribadi Seseorang 49
8 Bila Iman Lemah 55
9 Mana Lebih Mudah, Buat Kerja Akhirat atau Kerja Dunia? 61
10 Mengorbankan Perasaan Satu Jihad 70
11 Bala yang Paling Merbahaya 76
12 Antara Sebab Jiwa Tidak Tenang 83
13 Sifat Gopoh dan Merbahayanya 88
14 Jangan Jadikan Allah Taala Keperluan Bermusim 100
15 Alangkah Susahnya untuk Berlaku Ikhlas 106
16 Orang Mukmin dan Sikapnya 116
17 Antara Sebab Seseorang Mendapat Hidayah 124
18 Tegas dengan Prinsip 132
19 Umat Islam Mesti Membangun dan Bertamadun Bersama
Akhlak Mulia 140
20 Bagaimana Mengimbangi Antara Dunia dengan Akhirat 145

ix
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

21 Kekayaan dan Falsafahnya 156


22 Peringkat-peringkat Manusia 174
23 Gembira dan Kesannya 192
24 Kebersihan atau Bersuci dalam Islam 199

B: SEMBAHYANG
Peranan & Falsafahnya

1 Bukan Agama Kalau Tidak Ada Upacara Penyembahan 210


2 Mengapa Kita Diperintahkan Mengerjakan Sembahyang
Lima Waktu? 215
3 Keagungan Sembahyang 219
4 Peranan Sembahyang 224
5 Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan? 227
6 Sembahyang Adalah Berat 234
7 Kenalah Jaga Sembahyang Sungguh-sungguh 244

C: PERJUANGAN

1 Apakah Perkara yang Sudah Hilang dari Umat Islam? 250


2 Bagaimana Mendidik Seseorang atau Satu Bangsa 258
3 Seruan Bagaimana yang Allah Taala Mahu? 263
4 Sebab-sebab Kemenangan dan Kejayaan Seseorang atau
Suatu Bangsa 271
5 Terlalu Banyak ‘Kerana’ Maka Terhijab Bantuan Allah 281
6 Mengenali Watak dan Sifat-sifat Akhir Zaman 297
7 Pembangunan Material/Fizikal dan Insaniah 307
8 Golongan-golongan di Kalangan Umat Islam Terhadap
Perjuangan 318
9 Hidupkan Islam Agar Ia Meriah 323

D: KEPIMPINAN

1 Tanggungjawab Setiap Pemimpin Umat Islam di Golongan


Manapun yang Dia Pimpin 330
2 Sikap Pemimpin Terhadap Anak Buahnya 340
3 Peringkat-peringkat Pengikut Terhadap Seseorang
Pemimpin 351
4 Bila Orang Jahat Mendidik Orang Jahat Lebih-lebih lagi
Mendidik Orang Baik 359

x
KANDUNGAN

5 Baik Tiang-tiang Seri Masyarakat Baiklah Masyarakat 368


6 Syura Menurut Islam 374

E: KEKELUARGAAN

1 Perkahwinan, Tujuan dan Falsafahnya 384


2 Tujuan Perkahwinan Umat Islam di Akhir Zaman 394
3 Bukankah Berkahwin itu untuk Hiburan? 396
4 Apabila Perkahwinan itu Diasaskan Atas Cita-Cita Islam 398
5 Apabila Mendapat Anak 407
6 Perbualan Suami Isteri yang Ada Cita-Cita Islam 410
7 Perbualan Biasa Suami Isteri yang Tidak Ada Cita-Cita Islam 412
8 Kalau Rumah Tangga Tidak Dapat Menegakkan Syurga 414
9 Alangkah Indahnya Rumah Tangga Jadi Syurga 416
10 Apa yang Perlu Untuk Menegakkan Rumah Tangga Islam 418
11 Peringkat-peringkat Isteri yang Meminta Haknya
kepada Suami 420
12 Peringkat-peringkat Suami dalam Melaksanakan
Tanggungjawab 422
13 Renungan Untuk Suami Isteri yang Bekerja 424

F: KEMASYARAKATAN

1 Mengapa Masyarakat Islam Tidak Dilihat Indah? 432


2 Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya 441
3 Perkara-perkara untuk Direnungkan 450
4 Susahnya Mencari Sahabat 457
5 Rahsia Bersatu Menurut Islam 472
6 Islam dan Keadilan 489
7 Kemiskinan dan Sebab-sebab Berlakunya Kemiskinan 512
8 Kewajipan Orang Kaya 523
9 Masyarakat Madani 531
10 Masyarakat yang Diidam-idamkan 536

G: UMUM

1 Aspek-aspek yang Ada Dalam Ajaran Islam dan Peranannya 544


2 Siapa Menolak Sunnatullah Pasti Binasa 555
3 Syarat-syarat Usaha Umum Jadi Ibadah 564

xi
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4 Golongan Manusia Sebagai Hamba Allah dan Khalifah-Nya 571


5 Tidak Mesti Seorang Pakar Al Quran dan Al Hadis Bersikap
Al Quran dan Al Hadis 578
6 Peranan Ilmu dalam Islam 585
7 Kekuatan Ilmu Islam 592
8 Hikmah Sebab atau Wasilah 598
9 Faham Sekular (Sekularisme) 607
10 Perkara yang Manusia Tahu Tapi Tidak Tahu Rahsianya 616
11 Tamadun yang Selamat 622
12 Falsafah Perniagaan Menurut Pandangan Islam 629
13 Untungnya Siapa yang Berniaga 637

xii
PRAKATA

PRAKATA

A
ku tulis buku ini ketika aku sedang menjalani perintah
sekatan di bawah Akta Kediaman Terhad (ISA). Terima
kasih kepada Tuhan yang mengizinkan aku dapat berbuat
demikian. Inilah salah satu pembuktian dari aku bahawa aku
redha dengan ketentuan-Mu. Dan sebagai tanda bahawa aku
tidak marah kepada pihak kerajaan yang telah menghancurkan
wadah perjuanganku sebelum ini iaitu Arqam. Semua itu sudah
Engkau takdirkan berlaku. Aku yakin terdapat 1001 hikmah di
sebalik peristiwa itu yang sebahagiannya Engkau beri faham
kepadaku. Yang selebihnya aku yakin Engkau rahsiakan hikmah-
nya, itu pun aku yakin pula ada hikmahnya.
Aku tidak marah kepada pihak yang mengadakan konspirasi
sehingga aku dan beberapa orang pemimpin Arqam di-ISAkan.
Selain aku sebagai hamba tidak berhak mempersoalkan ke-
hendak dan ketentuan-Mu, aku adalah orang berjuang dan mem-
punyai jiwa dan cita-cita perjuangan. Cita-cita perjuangan ini
Engkau sudah semat di hatiku semenjak kecil. Maka perjuangan
ini sudah menjadi darah daging dan hidup matiku. Cinta dan
azam perjuangkan Islam ibarat nadi yang berdenyut dalam
diriku. Selagi Engkau izinkan turun naiknya nafas, selagi itulah
semangat perjuanganku terus membara.
Jiwa dan cita-cita perjuangan itu adalah anugerah-Mu juga.
Engkau beri kepadaku sekeping hati yang ada cita-cita hendak

xiii
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

membawa manusia kepada-Mu. Engkau beri kepadaku ke-


kuatan untuk bersabar dalam mendidik manusia mengenali-Mu.
Di zaman manusia sangat memburu keduniaan, sangat
sedikit yang membawa Tuhan dalam hidup atau mungkin tiada
langsung. Apabila manusia melupai dan menyisihkan Tuhan,
manusia sudah menjadi ibarat kereta tanpa enjin. Biarpun ke-
lihatan cantik dan hebat namun kereta tersebut sudah ketiadaan
fungsinya yang sebenar sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Atau
tidak lebih dari satu objek yang saban hari hanyalah fungsinya
memproses najis. Atau bahasa mudahnya manusia sudah men-
jadi kilang najis.
Tidak hairanlah dunia hari ini dilanda krisis, porak-peranda,
permusuhan, perpecahan, tindas-menindas, menzalimi, hilang
kasih sayang, mementingkan diri sendiri, berbunuhan dan
berperang. Segala macam gejala sosial sudah tidak dapat diatasi,
diselesaikan dan dibendung. Berbagai saranan, pendapat, idea,
buah fikiran, aktiviti, agenda dan program sudah dibawa kepada
masyarakat. Berbagai akta, undang-undang, peraturan dan
penguatkuasaan sudah dilakukan. Sudah ramai pula yang sudah
terhukum namun semuanya gagal mengatasi berbagai masalah
yang sudah sangat meresahkan perasaan manusia.
Ini tidak lain kerana aspek yang paling utama kepada manu-
sia sudah dipinggirkan iaitu Tuhan. Manusia sudah tidak takut
dan cintakan Tuhan. Maka suburlah mazmumah dalam hati ma-
nusia. Sedangkan mazmumah itu adalah racun dalam kehidup-
an manusia. Racun itu adalah rosak dan merosakkan. Kalaupun
racun itu tidak tumpah kepada pihak lain, sifat diri racun itu
sendiri adalah rosak. Betapalah apabila racun itu merebak maka
ia akan mengakibatkan kerosakan yang mengerikan.
Di sinilah betapa pentingnya seketul hati yang kecil itu diberi
perhatian kerana fungsinya amat besar. Hati yang kecil itu
menjadi penentu kepada kehidupan manusia seluruhnya. Hati
yang penuh subur dengan sifat-sifat mazmumah menjadikan
kehidupan manusia rosak binasa dan begitulah sebaliknya hati
manusia yang subur sifat-sifat mahmudah akan menjadikan
manusia bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan

xiv
PRAKATA

penuh kesejahteraan. Lebih-lebih lagi hati juga sebagai penentu


sama ada selamat di Akhirat kelak atau akan dihumban ke
Neraka yang amat azab.
Tuhan ingatkan dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah se-


suatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada
dalam diri mereka.” (Ar Ra’d: 11)

Maksudnya: “Hari (Akhirat) yang tidak bermanfaat har-


ta dan anak-anak kecuali kembali dengan hati yang sejah-
tera.” (As Syu’ara: 88-89)
Semoga dengan buku kecil ini yang kuhidangkan ke pang-
kuan pembaca, dapatlah menjadi panduan yang kita kongsi ber-
sama untuk sama-sama selamat menuju Tuhan. Dengan rahmat
Tuhan itu kita selamat di dunia dan lebih-lebih lagi Akhirat yang
tidak ada penghujungnya.
Wahai Tuhan, Engkau beri keupayaan bagiku menyiapkan
buku ini semuanya adalah atas jasa-jasa Rasulullah SAW, guru-
guruku dan ibu bapaku. Andainya Engkau beri nilai kepada
usahaku ini maka aku hadiahkan pahalanya kepada mereka
semua dan kepada siapa saja yang berjasa kepadaku.

Abdul muznib,

HAJI ASHAARI MUHAMMAD

xv
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

MUQADDIMAH

I
slam tidak akan tegak kecuali melalui jihad atau perjuangan.
Namun bukan mudah untuk memperjuangkan kebenaran.
Sebelum melangkah ke gelanggang perjuangan terlebih da-
hulu mesti memiliki ilmu dan kefahaman tentang perjuangan.
Betapa susahnya perjuangan menegakkan kebenaran itu kerana
kebenaran itu amat mahal dan tinggi nilainya. Sedikit sahaja di
kalangan umat Islam ini yang mampu perjuangkan kebenaran
kerana untuk memiliki ilmu dan memahami segala liku dan
selok-belok perjuangan itu sudah amat sukar, betapalah untuk
menempuh perjuangan itu sendiri.
Kita sudah terlalu jauh dari kehidupan perjuangan Rasulullah
SAW dan para Sahabat. Tiada siapa yang berupaya mentafsirkan
erti perjuangan itu secara tepat. Masing-masing ada berbagai
fahaman dan tafsiran. Kalau dalam pentafsiran perjuangan itu
sudah pelbagai, maka dalam perlaksanaan juga sudah pasti
berbeza dan kadang-kadang bercanggah antara satu pihak
dengan pihak lain atau satu puak dengan puak lain. Lebih parah
lagi apabila masing-masing pihak mempertahankan bahawa
takrif perjuangan pihak merekalah yang paling tepat lantas
mempertikaikan pula pengertian dan cara pihak lain.
Akibatnya bukan saja Islam tidak tegak bahkan semakin
runtuh kerana berlakunya krisis di kalangan pihak yang hendak

xvi
MUQADDIMAH

memperjuangkan Islam itu. Sebab itu, tidak hairan di mana saja


di dunia ini umat Islam terhina. Ini kerana tidak mendapat
pembelaan Tuhan. Tuhan tidak bela dan tidak bantu para
pejuang Islam kerana kaedah yang dibawa sudah tidak menepati
kehendak Tuhan dan sudah jauh menyimpang dari cara yang
pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat.
Kebenaran (Islam) itu datangnya dari Tuhan. Tuhan jugalah
yang berhak untuk memenangkan agama-Nya. Sepanjang se-
jarah perjuangan kebenaran, di tangan para rasul, Tuhan angkat
martabat kebenaran itu mengatasi yang lain. Tuhan yang meng-
ilhamkan kepada para rasul bagaimana kebenaran itu mesti
diperjuangkan. Di zaman tiada lagi rasul, Tuhan tetap agungkan
agama-Nya di tangan para pemimpin berwatak rasul. Itulah dia
para mujaddid yang diutus oleh Tuhan setiap 100 tahun dan
dilahirkan di awal kurun. Kepada para mujaddid inilah Tuhan
ilhamkan kaedah tajdid hingga Islam itu kembali gemilang.
Kalau bukan di tangan mereka, Islam hanyalah ibarat bara saja.
Tidak padam tetapi tidak menyala.
Para mujaddid atau para pemimpin berwatak rasul inilah
yang paling faham tentang jihad dan paling tepat tafsiran dan
kaedah perjuangan. Dan di tangan merekalah dijanjikan keme-
nangan.
Memperjuangkan kebenaran yang pertama dan utama ialah
memperjuangkan Tuhan hingga Tuhan dikenali, diagungkan,
dibesarkan, ditakuti, dicintai dan dirasai segala-galanya dalam
hidup manusia. Apabila manusia mendapat Tuhan barulah sya-
riat Tuhan serta yang lain-lain itu ada nilai di sisi Tuhan. Andai-
nya Tuhan tidak diperjuangkan maka syariat Tuhan sama saja
seperti ideologi. Ini kerana agama mesti ada hubungkait dengan
Tuhan.
Selain itu sekiranya Tuhan tidak ditakuti dan dicintai, syariat
Tuhan amat mudah terabai dan terbarai. Apabila Tuhan tidak
diutamakan, tidak dibesarkan, tidak diagungkan, tidak memiliki
rasa bertuhan, maka syariat Tuhan juga turut dipandang remeh.
Syariat sering diamalkan mengikut selera atau mengambil aspek-

xvii
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

aspek yang menguntungkan. Kadang-kadang apabila meng-


hadapi risiko, amat mudah mengenepikannya sahaja.
Kesimpulannya, aspek-aspek lain seperti keadilan, perpa-
duan, hukum-hakam menghapuskan kemungkaran dan ke-
zaliman, akan menjadi mudah dilaksanakan, diamalkan dan
dihayati setelah Tuhan itu terlebih dulu diperjuangkan. Segala
syariat Tuhan sama ada yang berbentuk perintah mahupun
larangan akan dirasai cantik dan indah untuk diamalkan. Per-
kara-perkara kecil dan remeh pun bernilai tinggi di sisi Tuhan
dan seronok untuk diamalkan. Betapalah ajaran-ajaran Tuhan
yang besar-besar.
Tuhan ciptakan manusia berserta dua peranan iaitu sebagai
hamba dan khalifah. Sebagai hamba, Tuhan perintahkan manu-
sia agar benar-benar kenal penciptanya iaitu Tuhan, meng-
agungkan Tuhan, membesarkan Tuhan, merasakan Tuhan
segala-galanya. Sehingga dengan itu benar-benar memiliki jiwa
tauhid, iaitu rasa takut dan cintanya kepada Tuhan amat men-
dalam serta tidak lekang dari hati. Amat merasai kehebatan
Tuhan. Amat merasai Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang,
Maha Berkuasa dan sebagainya.
Kesan dari itu rasa bertuhan amat mendalam seperti rasa
takut, gerun, cemas, bimbang, cinta, mengharap, rasa Tuhan tem-
pat bergantung serta merasai Tuhan itu segala-galanya serta
keperluan paling utama. Sehingga dirasai mendapat Tuhan men-
dapat segala-galanya, kehilangan Tuhan dirasakan kehilangan
segala-galanya dalam hidup.
Sekaligus rasa kehambaan juga amat mendalam. Rasa lemah,
dhaif, berdosa, derhaka, lalai dan leka. Juga merasa diri tidak
upaya dan tidak mampu, bodoh dan jahil. Yakin bahawa setiap
sesuatu kejadian dan peristiwa adalah kerja Tuhan yang tidak
sia-sia dan mempunyai maksud atau hikmah di sebaliknya. Me-
nerima bahawa setiap sesuatu itu ada maksud baik dari Tuhan
yang Maha Sempurna dan Maha Hebat.
Natijah dari rasa bertuhan dan rasa kehambaan itu menja-
dikan seseorang hamba itu benar-benar bertaqwa. Rasa takut

xviii
MUQADDIMAH

kepada Tuhan menjadikan seseorang itu membenci dan menolak


segala kejahatan, kemungkaran lebih-lebih lagilah sangat mem-
bersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah yang sangat meracun
kehidupan manusia.
Rasa cinta kepada Tuhan pula menjadi pendorong paling kuat
seseorang hamba itu membawa segala kebaikan, kebaktian, taat
dan berbuat kebajikan. Lebih-lebih lagi dari rasa cinta kepada
Tuhan itu menyuburkan segala sifat positif dan mahmudah.
Apabila ini berjaya dikuasai oleh seorang hamba maka jadilah
dirinya selamat dan turut menyelamatkan orang lain.
Peranan kedua yang Tuhan perintahkan kepada manusia ini
adalah sebagai khalifah. Sebagai khalifah, Tuhan perintahkan
supaya manusia ini mentadbir, mengatur, menyusun, mem-
bangun, berkemajuan dan mengendalikan segala urusan kehi-
dupan manusia. Manusia perlukan pendidikan, ekonomi, kebu-
dayaan, politik, sosial, kesihatan, makan minum, pentadbiran,
perhubungan teknologi dan berbagai lagi.
Semua keperluan manusia perlu diatur, ditadbir, diken-
dalikan sebaik mungkin. Oleh kerana bumi ini Tuhan punya,
maka segala urusan kekhalifahan itu adalah amanah dari Tuhan.
Sekaligus Tuhan mahu ia menjadi alat dan saluran untuk ber-
bakti kepada Tuhan. Segala urusan kekhalifahan itu mestilah
sifatnya selamat dan menyelamatkan. Mesti mendatangkan ke-
sejahteraan kepada manusia. Mestilah memberi manfaat kepada
manusia itu sendiri.
Apa jaminan bagi mereka yang bertanggung jawab terhadap
tugas dan peranan kekhalifahan boleh mencapai matlamat di
atas? Sudah terbukti di mana saja di dunia ini berlakunya ber-
macam-macam penyelewengan, pecah amanah, penindasan,
kerosakan dan sebagainya. Di atas nama kemajuan dan pem-
bangunan itulah manusia berkrisis, berpecah, bermusuh, berga-
duh, tindas-menindas, menzalim, berebut kuasa, gila kuasa,
berbunuhan dan berperang. Kemajuan dan pembangunan sudah
hilang manfaatnya, menghapuskan kebahagiaan, keharmonian
dan kesejahteraan manusia.

xix
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana manusia yang mengen-
dalikan urusan kekhalifahan itu tidak menyempurnakan bahkan
tiada langsung peranan sebagai hamba. Dengan lain kata, pengu-
rus, pentadbir dan pengendali urusan kehidupan manusia ada-
lah di kalangan manusia yang tidak kenal Tuhan, tidak faham
kerja Tuhan, tiada rasa bertuhan dan sekaligus tidak ada rasa
kehambaan. Dengan lain kata, manusia yang tidak bertaqwa,
manusia yang subur dengan mazmumah, jahat, derhaka dan
mungkar. Sempurnanya peranan seorang hamba itulah jaminan
selamatnya peranan sebagai khlaifah.
Di sinilah buktinya betapa pentingnya taqwa kepada manu-
sia. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang berhimpun se-
banyak-banyak sifat mahmudah pada dirinya. Dan sifat-sifat
mahmudah itu pula mestilah pada kategori yang tebal.
Perlu diingat dan difahami bahawa kerja-kerja kekhalifahan
itu amat mencabar, banyak risiko dan kerenahnya. Memikul be-
bannya mesti berjiwa besar. Orang yang berperanan sebagai
hamba dan berjiwa tauhid saja yang berjiwa besar. Mereka saja
yang mampu sabar, syukur, amanah, jujur, zuhud, tawakal,
berkasih sayang, redha, ikhlas, tawadhuk, rajin, bertanggung-
jawab dan lain-lain dalam segala urusan kehidupan.
Sandaran hidup mereka hanya kepada Tuhan. Mereka menja-
di orang yang sangat bersyukur terhadap Tuhan di atas rahmat
dan nikmat yang tidak terhingga, tidak terhitung banyaknya.
Di atas nikmat itu mereka juga takut kalau-kalau tidak pandai
dan tidak cukup bersyukur.
Ketaatan tidak pula menjadikan mereka riyak, sombong,
sum’ah dan merasa senang, kerana ketaatan itu belum pasti
diterima oleh Tuhan dan belum pasti sampai ke hujung hayat.
Lantas segala ketaatan dan kebaikan dilupakan.
Kesusahan yang menimpa tidak menjadikan hati resah dan
rusuh. Kesusahan diterima dengan senang, tenang dan sabar.
Keyakinan tetap mantap bahawa di sebalik setiap kesusahan itu
banyak hikmahnya. Hati sentiasa merintih terhadap kelemahan
diri sekaligus mengharapkan pertolongan dan bantuan Tuhan.

xx
MUQADDIMAH

Terhadap bala bencana atau musibah diterimanya dengan


redha kerana yakin bahawa tidak bergerak dan diam sesuatu
itu melainkan datangnya dari Allah SWT dengan izin Allah dan
dengan kehendak-Nya yang sudah ditakdirkan. Yakin bahawa
Tuhan segala-galanya yang seluruh makhluk ini dalam geng-
gaman-Nya.
Demikianlah kesan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang
mendalam dalam diri manusia. Ini juga membuktikan bahawa
kepincangan yang berlaku dalam kehidupan manusia kerana
tidak sempurnanya peranan kehambaan bagi digunakan dalam
peranan kekhalifahan. Yakni manusia yang jahat, hati yang subur
mazmumah ini yang menghasilkan kepincangan dalam ke-
hidupan.
Sepintas lalu dapatlah disimpulkan sekiranya semua go-
longan dalam masyarakat dapat menyuburkan segala sifat-sifat
mahmudah. Hasilnya golongan pemimpin akan sangat ber-
tanggung jawab dan mendatangkan manfaat kepada manusia.
Golongan kaya sangat membela dan berbakti kepada manusia
yang memerlukan. Para ulama sangat berjasa dalam mendidik
manusia. Golongan miskin dan pekerja sangat sabar dan redha
tanpa mencetuskan sebarang masalah. Para suami sangat ber-
tanggung jawab kepada isteri dan isteri-isteri patuh kepada
suami. Anak-anak mudah dididik dan sangat menghormati ibu
bapa dan orang-orang tua. Para wanita sangat menjaga maruah.
Para remaja menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara.
Masyarakat bertuhan bersungguh-sungguh untuk mene-
gakkan keadilan dalam semua aspek bermula dari diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan seterusnya. Kasih sayang dan perpa-
duan amat mudah tercetus kerana masing-masing sama-sama
mencintai Tuhan. Semua orang sangat melihat kepada cacat cela,
kesalahan, kelemahan diri, mazmumah diri hingga tidak sempat
memikirkan kesalahan orang lain kerana takutkan Tuhan.
Kaedah dan pendekatan dalam memperjuangkan kebenaran
itu pula sangat lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang.
Sehingga dengan itu amat mudah terbongkarnya fitrah rasa ber-

xxi
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tuhan di hati manusia. Sangat mudah menjinakkan hati manusia


untuk dididik dan dibawa kepada Tuhan.
Inilah rahsia perjuangan kebenaran yang dibawa oleh orang-
orang Tuhan di sepanjang zaman. Pendekatan yang diwahyukan
kepada para rasul dan diilhamkan kepada para mujaddid. Oleh
kerana mereka sangat memperjuangkan Tuhan maka Tuhanlah
yang berhak membela dan memenangkan mereka. Tuhan janji
kejayaan kepada mereka.

xxii
Tasawuf
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
APALAH ISTIMEWANYA MANUSIA
JIKA TIDAK ADA MEMBERI MANFAAT

M
anusia itu kalau kita kaji, nilai, analisa, di segi fiziknya
tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kerana pada fizikal
manusia itu, ada dua perkara yang negatif:

Pertama: Kelemahan
Kelemahan yang kita maksudkan di sini ialah tubuh atau badan
kasarnya tidak ada ketahanan. Ia mudah terdedah kepada ber-
macam-macam penyakit. Mudah diserang oleh demam, mudah
ditimpa sakit kepala. Mudah sakit mata, sakit gigi. Ada penyakit
yang lebih berat lagi seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis, barah, strok atau angin ahmar dan lain-lain.
Selain itu ketahanan badannya sangat lemah dibandingkan
jiwanya. Kalau terantuk, mudah saja luka atau bengkak dan
sakit. Kalau jatuh atau terlanggar benda yang kuat atau kena
langgar benda yang keras, mudah saja tergeliat, luka, patah,
remuk dan hancur. Jika digunakan tenaga, mudah saja letih, lesu.
Kalau tidak berhati-hati, ia membawa kepada sakit juga. Bahkan
selepas menerima nikmat pun memberi effect kepada badan atau
ada side effectnya. Contohnya, selepas makan lebih-lebih lagi
kalau makan terlalu banyak, badan menjadi berat dan juga boleh
membawa kepada berbagai-bagai penyakit. Selepas jimak iaitu
selepas bersama dengan isteri, lebih-lebih lagi kalau ia kerap

2
TASAWUF

berlaku, badan menjadi lesu, lemah, hilang tenaga. Kalau lambat


saja tidur di waktu malam, mata jadi mengantuk di waktu
siangnya. Bukan setakat itu, badan pun menjadi lesu.
Begitulah lemahnya manusia itu. Ketahanan fizikalnya sangat
tercabar dan selalu tercabar. Ketahanan fizikalnya sangat teruji.
Dari cabaran luaran ini memberi side effect pula kepada manusia
iaitu rohaninya pula tercabar, menjadikan emosinya tinggi, dia
akan jadi pemarah, mudah tersinggung, benci, jemu dan lain-
lain.
Kalau tidak dibendung dengan didikan Islam serta lemah
pula bermujahadah, sifat batin yang negatif itu akan merosakkan
orang lain. Maka timbul pula krisis dan perbalahan di dalam
masyarakat manusia. Terjejas pula perpaduan, kasih sayang dan
keharmonian hidup.

Kedua: Apa yang keluar daripada badan manusia, semuanya


kotor dan menjijikkan.

Mari kita kaji kebenaran itu.


i. Air yang keluar daripada badan, peluh namanya, baunya
masam, menjijikkan orang.
ii. Yang keluar daripada telinga, tahi telinga atau nanah yang
busuk yang meloyakan.
iii. Yang keluar daripada hidung, hingus namanya atau tahi
hidung, menjijikkan dan meloyakan, tiada siapa yang suka
sekalipun yang punya diri.
iv. Yang keluar daripada mulut iaitu air liur, berbau busuk
terutamanya air liur di waktu tidur, sangat busuk baunya
lagi kotor. Adakalanya air liur itu najis (air liur basi).
v. Air mata walaupun tidak busuk, tetap dipandang jijik dan
tidak digemari.
vi. Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan, pintu depan
dan pintu belakang, qubul dan dubur. Bukan saja terlalu
busuk, jijik, bahkan najis. Lagi kotor. Benda yang keluar

3
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

daripada manusia yang paling dibenci. Baunya sangat


menyakitkan hidung manusia. Ia wajib dibasuh. Kalau tidak
ia akan merosakkan ibadah kita, mengotorkan dan mence-
markan udara dan boleh menjejaskan kesihatan manusia
serta boleh mengganggu ketenteraman.
Apa yang kita perkatakan tadi ialah perkara-perkara yang
jijik yang semula jadi yang tidak dapat dielakkan oleh manusia.
Ia merupakan tabiat semula jadi badan.
Belum lagi kita memperkatakan perkara-perkara yang men-
jijikkan dan dibenci yang sangat menghinakan manusia serta
menyusahkan manusia, iaitu penyakit-penyakit yang menda-
tang kemudian yang menimpa tubuh manusia seperti kudis,
kencing manis, kayap, tokak, bisul, barah yang mengeluarkan
nanah yang begitu busuk, kotor dan menjijikkan serta menyakit-
kan dan melemahkan tubuh manusia. Dengan itu lebih-lebih
lagilah manusia itu tidak ada harga dan nilai dirinya. Adakalanya
orang yang kita sayangi seperti anak dan isteri boleh tiba-tiba
saja benci dan lari dari kita.
Kalaulah manusia itu tidak ada kebaikan dan keistimewa-
annya di sudut-sudut yang lain, yang ada hanya seperti apa yang
telah disebutkan sebelum ini, di manalah istimewanya? Maka
apalah erti hidup manusia? Tidak ada erti apa-apa kehadiran
mereka di dunia ini. Hanya susah dan menyusahkan orang lain
saja. Tidak ada harga dan nilai diri manusia itu. Mereka laksana
sampah masyarakat. Bahkan lebih hina daripada sampah sarap.
Kalau sampah yang tidak berguna yang mengganggu itu boleh
disapu, kemudian dibuang atau dikumpulkan atau dilonggok-
kan kemudian dibakar saja, maka abunya boleh juga dibuat baja.
Sedangkan manusia itu, tidak boleh dibuang apatah lagi hendak
dibakar. Ia benar-benar bangkai bernyawa yang menyusahkan
dan mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.
Oleh yang demikian, dengan rahmat Allah dan kasih sayang-
Nya kepada manusia sebagai hamba-Nya maka Allah mahu
muliakan manusia dan meninggikan darjatnya. Maka Allah utus
para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam dan kepada

4
TASAWUF

mereka diberi panduan dan petunjuk. Nabi yang akhir ialah


Sayidina Muhammad SAW. Padanya diberi Al Quran sebagai
panduan dan petunjuk kepada manusia, bagaimana manusia
itu menjadi orang yang berguna. Di samping menjadi hamba-
Nya yang mengabdikan diri kepada-Nya, manusia juga adalah
khalifah-Nya untuk membangun, memajukan dan mentadbir
dunia ini agar selamat dan bahagia di dunia. Di Akhirat kelak
diberi ganjaran yang lebih besar lagi istimewa iaitu Syurga yang
tiada tara dan bandingannya sebagai anugerah Allah kepada
manusia. Kerana rahmat-Nya kepada manusia yang telah mem-
buat kebaikan waktu di dunia seperti yang Dia mahu.
Oleh itu, manusia ambillah peluang berpandukan petunjuk
dari Allah dengan cara besarkanlah Allah, cintailah Dia, takutlah
kepada-Nya, sucikanlah Dia, merendah dirilah kepada-Nya,
malulah kepada-Nya, bersyukurlah kepada-Nya, bertawakallah
kepada-Nya, berharaplah kepada-Nya, redhalah dengan keten-
tuan-Nya, sabar terhadap ujian-ujian daripada-Nya melalui
sembahyang, puasa, haji, membaca Al Quran, zikir, tasbih,
tahmid, taqdis, mujahadah, jihad. Inilah caranya manusia ber-
hubung dengan Khaliq-Nya sebagai hamba ciptaan-Nya.
Seterusnya sebagai khalifah-Nya pula; bangunkanlah dunia
ini. Majukan dan tadbirlah mengikut sistem dan peraturan dari
Allah kerana dunia ini Allah yang punya. Kita jangan memandai-
mandai dan melakukan sewenang-wenangnya supaya dunia
tidak rosak. Dan berkhidmatlah untuk sesama manusia demi
untuk mencetuskan kasih sayang, perpaduan, kerjasama, ke-
harmonian, keselamatan, keamanan dan kebahagiaan bersama
melalui kuasa, pentadbiran, ilmu, tenaga, pengaruh, wang
ringgit, harta dan lain-lain. Sesuaikan dengan panduan daripada
Allah agar Allah redha dan Allah rahmati serta berkati. Kemu-
dian takutilah Allah di dalam setiap perkara itu. Dengan itu
moga-moga apa yang dibuat oleh manusia tidak ada berlaku
side effectnya yang negatif yang akan merosakkan manusia itu
sendiri.
Siapa di kalangan manusia yang dapat melakukan sedemi-

5
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kian rupa, inilah manusia yang bertaqwa di sisi Allah. Dia dapat
kemuliaan daripada Allah dan keampunan-Nya. Di dunia pula
orang yang berjasa dengan manusia kerana kebaikan yang telah
dicetuskannya, maka orang itu telah menutup kelemahan-ke-
lemahan yang ada. Dia telah mendapat martabat di sisi Allah
dan di sisi manusia kerana walaupun di dalam kelemahan, dia
telah menjadi manusia yang berguna. Di Akhirat kelak layaklah
dia mendapat keampunan dari Allah serta dapat masuk ke
Syurga-Nya.
Dalam pada itu kalau manusia itu tidak dididik dengan
didikan Islam, menjadikan manusia tidak takut dengan Tuhan,
lupa dengan kehidupan hari Akhirat maka manusia itu berani
pula melakukan berbagai-bagai bentuk kejahatan sama ada
terang-terangan mahupun secara sembunyi melalui anggota
lahirnya. Tangannya digunakan untuk mencuri, merompak,
merasuah, memukul, membunuh. Kakinya dihalakan ke tempat-
tempat kejahatan dan maksiat, ke kelab malam, ke disko-disko,
ke tempat-tempat pelacuran, ke tempat-tempat judi, ke tempat-
tempat berpeleseran dan pergaulan bebas. Mulutnya digunakan
untuk mengumpat, menghina, memfitnah, berbohong, memaki,
mengherdik, bercakap lucah. Matanya digunakan untuk melihat
perempuan-perempuan ajnabi, gambar-gambar lucah, melihat-
lihat kecacatan orang untuk disebarkan. Telinga pula suka men-
curi-curi dengar rahsia orang untuk disebar-sebarkan. Dengan
akalnya pula manusia selalu sahaja berfikir untuk melakukan
berbagai kejahatan, merancang untuk melakukan kerosakan di
bumi Tuhan ini.
Setelah kita mengkaji tentang manusia, fizikalnya atau badan
lahirnya dan badan kasarnya tidaklah istimewa mana. Lantaran
itulah manusia berusaha untuk menutup kelemahan semula jadi
yang lahir ini. Terpaksalah badan mereka dibersihkan selalu,
disabun, disyampu, dibedak, digincu, disapu minyak wangi.
Dihias pula dengan pakaian yang cantik lagi mahal untuk me-
narik perhatian orang agar orang boleh dekat dan bergaul. Kalau
tidak, orang akan lari kerana bau peluh saja orang tidak tahan.
Bahkan ampun maaf, untuk menunaikan fitrah semula jadi di

6
TASAWUF

antara suami isteri pun kalau tidak berhias-hias dan disapu


badan dengan minyak wangi dan bedak, tuntutan fitrah itu boleh
terbantut atau kemahuan terus mati. Akibatnya boleh timbul
krisis rumah tangga.
Begitu jugalah untuk menyihatkan badan agar ia sentiasa
segar dan cergas, perlu riadhah dan joging selalu. Dijaga makan
minum, cukup tidur, dijauhi tempat-tempat yang mendatangkan
penyakit. Begitulah hakikat diri manusia semula jadi, tiada se-
orang pun boleh melepaskan diri atau mengelak diri daripada
ditimpa oleh apa yang telah disebutkan.
Di sinilah kalau manusia itu sedar hakikat diri masing-masing
yang tidak dapat mengelak daripada kelemahan-kelemahan
sepertimana disebutkan di atas sekalipun dia raja dan orang yang
berkuasa, berilmu dan berharta, maka manusia itu akan sentiasa
insaf dan malu. Mereka akan tawadhuk dan merendah diri.
Dengan itu mereka tidak akan sombong, megah, apatah lagi
menindas dan menzalimi orang lain.

7
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Mari Mengenal Insan

Mari kita mengenal manusia (insan)


Kejadiannya yang pertama daripada tanah
Kejadiannya yang kedua daripada mani,
air yang hina dan meloyakan
Keluar daripada tempat yang hina
dan menjijikkan lagi memalukan
Fizikalnya lebih lemah daripada haiwan
seperti anjing, kucing, harimau, singa dan gajah
Tercucuk duri yang kecil sahaja pun terasa sakitnya
Sudah mengganggu dan menyusahkan
Anjing atau kucing kalau patah kaki sebelah
Masih mampu berjalan bahkan masih boleh berlari
ke sana ke mari
Kalau manusia tidak payah patah
kalau tergeliat pun sudah berpapah
Selalu sahaja makan banyak mengundang penyakit
Kalau sedikit makan badan pula lemah
Terlalu sejuk pun tidak tahan
Terlalu panas pun tidak tahan
Mudah sahaja ditimpa penyakit atau demam
Terlalu banyak kerja meletihkan badan
Tidak bekerja pun melesukan badan
Kecerdasan hilang
Bila berhadapan dengan udara tidak bersih
Mudah sahaja diserang penyakit
Selalu bergaul dengan orang yang berpenyakit
lebih-lebih lagi, penyakit menjangkit

8
TASAWUF

Lambat makan beberapa jam sahaja sudah terasa lapar


Lebih daripada itu melemahkan badan
Padahal binatang beberapa hari tidak makan
belum begitu terjejas
Begitulah satu hari tidak dapat air sudah haus
Kalau beberapa hari tidak dapat lemah terus
Apa yang keluar daripada badannya
Lebih-lebih lagi daripada rongga-rongganya
semuanya menjijikkan
Baunya busuk lagi meloyakan
Seperti yang keluar daripada lubang telinga, mata, hidung,
daripada rongga-rongga bulu roma
Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan
depan dan belakang
Jika diserang kudis, danur dan nanahlah yang keluar
Bahkan ulat pun boleh keluar juga
Sangat jijik dan meloyakan
Itu baru jasad lahir manusia yang kita perkatakan
Belum lagi jasad batin atau yang bersifat maknawiyah
yang akan kita sebutkan
Juga ketahanannya tidak ada atau rapuh
Sangat sensitif yang menyusahkan
Boleh menggugat kebahagiaan dan ketenangan
Kita datangkan beberapa contoh untuk pengetahuan
Sedikit sahaja orang kata atau cerca sudah menyakitkan hati
Belum lagi orang benci, menghina, memfitnah
Aduh lebih-lebih lagilah menderita dan tergugat diri
Hilang ketenangan
Kalau bertembung serentak
dengan kesusahan-kesusahan yang lahir
seperti miskin, sakit
Sesetengah orang kecewa bahkan putus asa
Melihat orang kaya atau senang, hati sakit pula
Datang penyakit hasad dengki
lebih-lebih lagi bertambah jiwa sakit
Apabila masyarakat manusia sudah rosak

9
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Berbagai-bagai gejala masyarakat yang menakutkan terjadi


Seperti jenayah pergaduhan, pencurian
rompakan, perogolan, pembunuhan, peperangan
Maka jiwa pun sentiasa diburu oleh ketakutan,
musnah kebahagiaan
Kemudian manusia ada nafsu yang sangat menyusahkan
Ditahan kehendak-kehendaknya menyeksakan
Diturutkan sangat kehendak-kehendaknya
merbahaya dan memudharatkan
Memudharatkan diri sendiri dan merosakkan orang lain
Juga manusia ada perasaan
Perasaan ini juga sangat menyusahkan diri seseorang
Melihat sahaja benda yang kotor, menjijikkan dan meloyakan
Sesetengah orang selepas itu hilang selera hendak makan
Melihat sahaja benda yang menakutkan timbul rasa seram
Badan pun lemah longlai
Sesetengah orang kerana terkejut terus pengsan atau hilang akal
Oleh itu patutkah manusia sombong dan bangga?!
Cuma manusia ada untung sedikit, adanya akal
Dengan akal manusia boleh berfikir
Dapat pengalaman, dapat ilmu pengetahuan
Boleh maju, boleh membangun dan bertamadun
Tapi kalau akal sahaja yang dibangunkan,
roh tidak dibangunkan
Manusia boleh maju tapi bersama dengan kerosakan
yang berbagai-bagai bentuknya
Akibatnya untung sekarung, rugi seguni
Negara cantik, tapi hidup di dalam ketakutan
Oleh itu di manalah istimewanya manusia?
Di manakah kehebatannya?
Hingga menjadi sombong, bangga dan riyak
Kalau tidak ada sifat taqwa
maka tidak ada apa-apa keistimewaan manusia
Di Akhirat terjun pula ke Neraka wal ‘iyazubillah

Selepas Asar
18 – 07 – 2000

10
TASAWUF

Sajak 2
Engkau Jaga Sangat Jasad Lahir

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau


Engkau jaga dan belai muka engkau
agar licin dan cantik
Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen
untuk menjaga kulit badan
Agar kulit sentiasa licin dan tegang
Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda
Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau
Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia
Kerana badan lahir ini
bukan ada perasaan mengenal Tuhan
Jauh sekali rasa kehambaan
Lantaran itu apabila mati dibaham
oleh ulat dan jadi tanah
Ertinya ia tidak kekal abadi
Tapi malang sekali
Anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat
engkau abaikan
Akal yang menjadikan engkau mukalaf
Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan
Engkau cuaikan
Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat
Kepada Tuhan semesta alam
Engkau tidak ambil peduli pun
untuk bermujahadah terhadapnya
Padahal semuanya ada nilai Akhirat
Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak
Sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engkau
Badan lahir kalau engkau abaikan
Hanya menderita di dunia sahaja
Tapi jasad batin iaitu hakikat diri engkau,
jika engkau abaikan

11
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dia akan menderita di Neraka


Engkau abaikan hakikat diri engkau
Engkau termasuk orang yang sangat zalim
Tapi engkau tidak nampak
engkau menzalimi diri engkau sendiri
Yang engkau nampak orang lain menzalimi diri engkau
Orang menzalimi diri engkau,
engkau dapat pahala
Tapi engkau menzalimi diri engkau sendiri,
dapat bala dan Neraka

02 – 11 – 1999

12
TASAWUF

2
MENGAPA PENTINGNYA
MENJAGA ROH?

L
azimnya manusia sangat memberi perhatian dan menga-
wasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu
satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang
gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera
menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan
biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.
Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi
penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap
terus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadap
persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada
penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai
kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah
SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.
Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya
menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:
1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal
(jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi
jasad baru.
2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau
azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.
3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang

13
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman,


syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan,
syaitan dengan keraguan.
4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat
ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) dari-
pada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).
5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.
6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata
lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah
perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul
qulub.
7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia
akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau
jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah
tenteranya membuat kejahatan.
8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang di-
kehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah
yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang
atau dijauhi.
9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang,
bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa
keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus
asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu
atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau
simpati.
10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari
hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.
11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad
lahir tempat pandangan makhluk.
12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau
roh atau hati.
13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu
segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah

14
TASAWUF

bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya
Allah yang mengetahui.
14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik
tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.
15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan
yang baik yakni roh atau hati.
16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada peru-
bahan yang batin yakni roh atau hatinya.
17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir
membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan
lahiriah merupakan kifarah dosa).
18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya
merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghan-
curkan apa yang ada di dunia ini.
19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati
badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman
dan Islam.
20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau
hati seksanya kekal abadi.
21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin
Allah benci.
22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin
menguruskan iman.
23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mim-
pi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada
roh, bukan kepada mata kasar.
24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata
hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut
kepada pandangan mata kasar.

Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia


melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

15
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

25. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penya-
kit batin dipandang hina.
26. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi
penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.
27. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan
dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan,
perpecahan dan peperangan.
28. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat per-
kara-perkara yang ajaib dengan izin Allah.
29. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat
keluarganya, tidak seperti jasad.
30. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak sim-
pati.

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah


dijaga sungguh-sungguh iaitu:
a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya
ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih,
tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui peman-
dangan dan mengingati mati.
b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.
c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pen-
dendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.
d. Muhasabah terhadapnya selalu.
e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia
makan serta pakaian.

16
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Mengenal Hati dan Keajaibannya

Hati daging adalah sarang atau rumah


bagi hati nurani
Hati nurani boleh juga dipanggil hati batin
Hati daging adalah bersifat lahir
Ia merupakan kajian para doktor perubatan
Hati nurani yang boleh juga dipanggil roh
Ia adalah merupakan bahan kajian
para doktor kerohanian
Seperti para rasul, nabi-nabi, para wali
dan ulama-ulama sufi
Perbahasan kita di sini adalah hati nurani atau roh
Kerana ia menjadi pandangan Tuhan
Apakah seseorang itu taat atau derhaka
Ia merupakan penentu
Apakah seseorang itu ke Syurga atau ke Neraka
Ia dianggap raja di dalam diri manusia
Baik raja diri maka baiklah seluruh anggota
Jika raja itu jahat maka jahatlah seluruh anggota
Kalau ia bersih daripada segala godaan mazmumah
Mendapat kemenanganlah manusia
Sekiranya ia digoda oleh mazmumah
Gagal dan kecewalah yang empunya diri
Sungguh ajaib hati di segi sifatnya
dan rohaninya serta peranannya
Penuh rahsia, penuh misteri,
jarang manusia dapat menyelaminya
Ia merupakan khazanah ilmu dan hikmah yang tersimpan

17
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Yang datang daripada saluran-saluran jawarih insan


Seperti mata, telinga, tangan dan lain-lain anggota badan
Marilah seterusnya kita mengenal hati nurani
Dengan cara kita membuat perumpamaan-perumpamaan
dan ibarat-ibarat
Sebagai pendekatan-pendekatan untuk mudah kita faham
Hati ibarat perigi atau kolam yang amat jernih
Dia akan terus jernih jika dijaga
Bahkan akan bertambah jernih
jika dimasukkan tawas di dalamnya
Badan menjadi sihat dan segar
jika diminum dan dibuat mandi
Tapi ia akan menjadi kotor atau keruh
kalau dibiarkan masuk benda-benda
yang mengotorkannya
Akan mendatangkan penyakit jika digunakan
Hati ibarat tanah yang subur,
jika digemburkan bertambah subur
Boleh menumbuhkan berbagai-bagai jenis tanaman
yang memberi faedah
Jika ia menjadi kemarau dan gersang
Tiada kehidupan yang boleh hidup
Yang tiada memberi apa-apa faedah
kepada makhluk Tuhan

Menjelang tidur
05 – 10 – 2000

Sajak 2
Hati Sebagai Wadah

Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati


atau jiwa sebagai wadah
Ia adalah anggota yang paling penting
di dalam diri manusia
Tapi malang, atau sungguh sayang

18
TASAWUF

Engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah


Wadah engkau tidak pun engkau isi
dengan kasih sayang
Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan
Jiwa engkau sebagai wadah,
tidak engkau isi rasa kehambaan
Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbangrasa
dan perikemanusiaan
Engkau kosongkan wadah engkau
daripada perasaan-perasaan yang mulia
Tapi apa yang engkau isikan?
Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah
yang merosakkan manusia
Bahkan yang menghancurkan dunia
Hati engkau tidak engkau jadikan cermin
melihat kebenaran
Engkau butakan hati engkau
Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan
Setidak-tidaknya engkau merabunkan
Hingga engkau ragu dengan kebenaran
Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga
Yang menentukan engkau manusia
yang ada kemanusiaan
Tapi engkau abaikan
Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai
Anggota lahir engkau, jawarih engkau
Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa
Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan,
engkau abai dan biarkan
Padahal hati tempat pandangan Tuhan

Lepas ekspedisi
01 – 10 – 1999

19
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3
ROH DAN PERANANNYA:
SUMBER PEMBANGUNAN AKHLAK

U
ntuk membangunkan satu kehidupan agar selamat di
dunia dan selamat di Akhirat, agar masyarakat makmur
dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun
tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya di dalam
kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indah
yang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati
manusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi juga
mewah dan terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup,
tapi disiplin dan tatasusila manusia juga tinggi, tamadun tinggi
tapi manusianya merendah diri, maka roh atau hati atau jiwa
manusia hendaklah dibangunkan.
Dari pembangunan jiwa, lahir tamadun kerohanian atau
akhlak yang mulia atau terbangun insaniah manusia yang
dikatakan oleh kita selalu iaitu jati diri.
Di dalam diri manusia, roh adalah sebagai raja, akal sebagai
penasihat, nafsu adalah musuhnya manakala anggota lahir
(jawarih) adalah rakyat di dalam diri. Kalau raja di dalam diri
baik, seluruh anggota (rakyat di dalam diri) menjadi baik. Sama-
lah seperti di dalam sebuah negara, ada keterangan di dalam
kitab mengatakan:
Maksudnya: “Manusia itu mengikut agama pemerintah-
nya.”

20
TASAWUF

Ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyat-


nya. Begitulah pemerintah di dalam diri (hati atau roh). Bagai-
mana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat di
dalam diri. Kalau hati baik (raja di dalam diri baik), maka baiklah
anggota lahir manusia (rakyat di dalam diri). Kalau hati jahat
maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia.
Ia memang telah ditegaskan oleh Hadis Nabi:

Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam diri manusia ada


seketul daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh badan,
apabila dia rosak, rosaklah seluruh badan. Ketahui olehmu
itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru itu hati (roh) wajib dibangunkan dengan cara dididik
dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah ke-
budayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat
penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati
manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi alaihimus-
solatuwassalam diutus oleh Allah SWT demi untuk pem-
bangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pem-
bangunan material dan fizikal. Pembangunan material, tanpa
rasul dan nabi pun manusia boleh membangunnya. Itu memang
telah dibuktikan oleh sejarah, manusia membangun tidak perlu
adanya orang kerohanian seperti rasul dan nabi atau ulama ul
amilin.
Contohnya bangsa Rom, Yunani, Farsi, bangsa-bangsa yang
disebut di dalam Al Quran seperti kaum ‘Aad, kaum Tsamud,
kaum Saba’ dan bangsa Babil atau Babylon. Mereka membangun
dan menegakkan tamadun tanpa orang-orang kerohanian
bahkan mereka menolak para rasul dan menentangnya.
Lantaran itulah juga Rasulullah SAW pernah bersabda:

21
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana me-


nyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang


paling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)
Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah untuk
melahirkan akhlak yang mulia pada seorang manusia, tidak se-
mudah yang kita sangka. Betapalah kalau satu keluarga, sebuah
sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri,
lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan material seperti
membangun sebuah bangunan 100 tingkat mungkin lebih
mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia.
Membangunkan pencakar langit setinggi 100 tingkat mungkin
boleh siap dengab memakan masa tiga tahun, tapi hendak mem-
bangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakan
masa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Lantaran itulah
untuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-
Nya iaitu para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam.
Selepas itu mereka yang tunduk kepada ajarannya seperti para
auliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yang
soleh.
Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama terbahagi kepada
dua iaitu:
Pertama: akhlak kepada Allah.
Kedua: akhlak kepada manusia.
Akhlak kepada Allah, di antaranya yang paling besar selepas
beriman kepada-Nya ialah menyembah-Nya (sembahyang),
ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahaja
kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar
terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha,
tawakal, khusyuk, khuduk.
Akhlak kepada manusia di antaranya kasih sayang, pemurah,
mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah

22
TASAWUF

diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, ber-


tolong bantu, baik sangka.
Selain dua bahagian akhlak yang utama ini ada lagi akhlak
dengan haiwan dan jamadat seperti pokok, batu dan lain-lain
lagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita
memeliharanya seperti kambing, disediakan kandangnya,
makan minumnya, sakit diubati, jika disembelih gunakan pisau
yang tajam. Begitu juga dengan jamadat seperti pokok, kita tidak
boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada maksud dan
tujuan yang memberi manfaat.
Begitu sekali luas akhlak di dalam ajaran Islam dan begitu
indah sekali akhlak yang dianjurkan oleh agama akhir zaman
ini. Ia bersifat sejagat, ia disukai oleh semua manusia sekalipun
orang bukan Islam. Justeru itulah kalau umat Islam kembali
berakhlak seperti zaman tiga kurun selepas Rasulullah SAW,
umat Islam akan dihormati semula oleh dunia kerana dengan
akhlak yang mulia terlalu sedikit orang hasad dengki. Kerana
akhlak bersifat sejagat laksana bunga yang indah, tidak ada
orang yang tidak suka dan tertarik.

23
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Taqwa Aset Dunia Akhirat

Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat


Sumber bantuan, sumber rezeki,
sumber kemenangan
Kalau ingin musuh dikalahkan,
baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan
Taqwa lebih tajam dari pedang
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden
Di dalam perjuangan,
bukan senjata persiapan utama
Walaupun senjata disuruh mengadakannya
Membaiki diri lebih utama melakukannya
Di dalam berhadapan dengan musuh,
ia adalah senjata ghaib
yang tidak nampak dipandang
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam
Tapi umat Islam di dalam perjuangan
sudah ramai yang melupakannya
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
ternafilah ketaqwaannya
Tuhan pun berlepas diri,
hadapilah musuh dengan sendiri
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
dan canggih dari umat Islam
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan
di dalam perjuangan
Kedua-dua senjata tidak dimiliki
sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir

24
TASAWUF

Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin


Lebih-lebih lagi di masa berjuang
Ia bukan menjadi senjata umat Islam
Orang mukmin dengan orang Islam
jauh sangat bezanya
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya
Oleh itu usahakan ketaqwaan
terutama di dalam perjuangan
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam
Awasilah di dalam perjuangan
membuat dosa dan kesilapan
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang
Kita akan kecundang
dan menerima nasib yang malang

Menjelang tidur
05 – 10 – 1999

25
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4
DALAM DIRI MANUSIA SUDAH ADA
ASAS-ASAS PERINGATAN

A
ntara keistimewaan manusia yang Allah Taala bekalkan
semula jadinya ialah di dalam diri manusia itu sudah
tersedia asas-asas peringatan. Sama ada peringatan-per-
ingatan yang positif mahupun yang negatif.
Yang dimaksudkan peringatan-peringatan itu di antaranya
yang positif ialah:
1. Manusia suka dikasihi atau dicintai.
2. Suka diberi pertolongan.
3. Suka diberi simpati.
4. Suka diziarahi.
5. Suka diberi ilmu.
6. Suka diberitahu.
7. Suka dijamu.
8. Suka diberi hadiah.
9. Suka diberi maaf.
10. Suka tidak diganggu dan lain-lain lagi.

Antara yang negatif ialah:


1. Tidak suka dibenci.
2. Tidak suka dicaci.

26
TASAWUF

3. Tidak suka diganggu.


4. Tidak suka dimarahi.
5. Tidak suka diberi malu.
6. Tidak suka disusahi.
7. Tidak suka dibiarkan susah.
8. Tidak suka tidak dipeduli.
9. Tidak suka tidak ditolong.
10. Tidak suka orang sombong kepadanya.
11. Tidak suka barangan dirampas atau dicuri.
12. Tidak suka dizalimi.

Selain itu yang paling asas ialah rasa bertuhan sudah sedia
ada di dalam hati manusia. Cuma Tuhan itu bagaimana, itu
sahaja yang mereka tidak tahu.
Apa yang disebutkan di atas, itulah dia fitrah semula jadi
manusia atau gharizah atau naluri semula jadi. Ia dibekalkan
oleh Allah bersama tubuh lahirnya. Inilah yang kita maksudkan
peringatan Allah Taala yang telah dibekalkan di dalam diri
manusia.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tetaplah atas fitrah Allah yang telah men-


ciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan
pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi keba-
nyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar Rum: 30)

PERINGATAN ITU MANUSIA TIDAK JADIKAN PERINGATAN


Sepatutnya manusia menjadikan asas-asas peringatan itu sebagai
peringatan di dalam kehidupan mereka kerana fitrah semula

27
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

jadi manusia itu sama saja. Yakni apa yang disukai oleh
seseorang, itu jugalah yang disukai oleh orang lain. Apa yang
tidak disukai seseorang itu, itulah juga yang tidak disukai oleh
orang lain. Ertinya asas-asas agama Islam itu sudah Allah Taala
bekalkan di dalam diri manusia iaitu rasa bertuhan, apa-apa
yang disukai dan apa-apa yang tidak disukai. Apa yang dilarang
dan apa yang tidak dilarang. Apa yang digemari dan apa yang
tidak digemari. Semuanya sudah sedia ada.

Maksudnya: “Dan orang-orang yang apabila diberi


peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidaklah mereka
menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”
(Al Furqan: 73)

Maksudnya: “Itulah ketetapan agama yang lurus, maka


janganlah kamu menganiaya diri.” (At Taubah: 36)

Maksudnya: “(Yakni) akan dilipatgandakan azab untuk-


nya pada hari Kiamat dengan kekal dalam azab itu dalam
keadaan terhina.” (Al Furqan: 69)

Maksudnya: “Kecuali mereka yang bertaubat beriman


dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka Allah
gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Al Furqan: 70)

28
TASAWUF

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu Allah Taala telah
bekalkan rasa bertuhan, apa yang disukai dan apa yang dibenci,
maka lantaran itulah agama Islam itu dikatakan agama fitrah.
Yakni, apa yang diperintahkan oleh Islam dan apa yang dilarang
dan apa yang disukai serta apa yang dibenci oleh Islam, ia sesuai
dengan fitrah semula jadi manusia. Sama ada yang lahir mahu-
pun yang batin. Kehendak-kehendak Islam itu tidak bercanggah
dengan fitrah semula jadi manusia.
Islam datang hanya memperluas, memantapkan dan mem-
beritahu cara-cara membuat baik dan cara-cara jangan membuat
jahat, mengesahkannya serta memperkatakan ada setengah-
setengah hal dari perkara-perkara yang tidak boleh dijangkau
oleh akal seperti hal-hal kerohanian dan alam ghaib serta menge-
nai Tuhan dan ketuhanan.
Berdasarkan fitrah semula jadi ini sepatutnya manusia me-
ngambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itu
jugalah yang diberi kesukaan kepada orang lain. Apa yang dia
tidak suka, itu juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepada
orang lain. Lebih-lebih lagi datang Islam mendorong, menyubur-
kan, mengingatkan serta menguatkan lagi dengan busyra
dengan Syurga dan tanzir dengan Neraka. Ini supaya meng-
ingatkan lagi kepada manusia agar apa yang dia suka, dia mesti
lakukan kepada manusia lain. Apa yang dia tidak suka dia tidak
akan lakukan kepada manusia lain agar manusia hidup aman
damai dan harmoni.
Tetapi apa yang berlaku kepada umum manusia atau secara
majoritinya, apa yang dia suka maka dia suka kalau orang boleh
lakukan padanya, tetapi dia tidak suka lakukan kepada orang
lain. Begitu juga sebaliknya apa yang dia tidak suka, dia tidak
suka kalau orang lain melakukan kepadanya, tapi apa yang dia
tidak suka itu, dia suka pula menimpakannya kepada orang lain.
Maka justeru itulah timbul perselisihan, perbalahan, permu-
suhan dan peperangan di kalangan manusia. Akibatnya tiada
siapa yang susah melainkan manusia itu sendiri yang mendapat
kesusahan.

29
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

MENGAPA TIDAK MENGAMBIL PERINGATAN?


Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah


memudahkan untukmu apa yang di langit dan di bumi dan
menyempurnakan untukmu nikmat-nikmat-Nya lahir dan
batin.” (Luqman: 20)
Mengapa manusia tidak mahu mengambil peringatan? Pada-
hal manusia mendapat dua peringatan, iaitu pertamanya per-
ingatan yang semula jadi. Yang kedua pula, kedatangan ajaran
Islam.
Ini menunjukkan bahawa nafsu manusia itu di antara sifatnya
sangat mementingkan diri, didorong pula oleh syaitan yang
sentiasa menghasut manusia agar manusia lupa dengan per-
ingatan sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan
daripada Allah Taala.
Oleh kerana sifatnya yang sangat mementingkan diri itu,
setiap orang suka kalau kebaikan dan kesenangan itu berlonggok
dan bertompok pada dirinya sahaja, tapi kepada orang lain biar-
lah berlonggok dan bertompok pula berbagai-bagai macam
kesusahan dan masalah.
Padahal apabila kita mementingkan diri sendiri dan menim-
pakan berbagai-bagai kesusahan dan masalah kepada orang lain
atau membiarkan berbagai-bagai masalah berlaku kepada orang
lain, orang lain akan membenci, marah dan bertindak kepada
orang lain. Akhirnya apa yang akan terjadi ialah orang yang
susah menimpakan kesusahan kepada orang lain kerana sakit
hati, maka orang yang senang tadi mendapat kesusahan pula.
Akibatnya orang yang senang tadi akhirnya senasib dengan
orang yang susah. Mereka mendapat kesusahan juga. Cuma
kesusahan itu bentuk dan sifatnya sahaja tidak sama. Namun

30
TASAWUF

sama-sama mendapat kesusahan kerana tidak mengambil


peringatan tadi. Sama ada peringatan semula jadi mahupun per-
ingatan dari Allah Taala.

BAGAIMANA MENDIDIK MANUSIA AGAR


SUBUR FITRAHNYA?
Manusia yang sudah lupa atau telah lalai dengan peringatan-
peringatan itu sama ada peringatan semula jadi mahupun per-
ingatan dari Islam, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Jangan dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atau
tabiat jahat yang menguasai diri dan kehidupan. Di sinilah ke-
wajipan para pemimpin, guru-guru, ibu bapa serta pejuang dan
pendakwah agar tampil mendidik manusia.

BAGAIMANA MENDIDIK MANUSIA?


Mendidik manusia tidak cukup setakat menjaga fizikalnya sa-
haja dengan diberi makan minum yang cukup serta menjaga
kesihatan yang rapi. Begitu juga tidak cukup diberi kenyang akal
fikiran dengan ilmu pengetahuan, nanti kejahatan manusia lebih
hebat dan pesat lagi dengan dibantu oleh ilmu itu. Apa yang
lebih penting daripada segala-galanya itu ialah mendidik semula
fitrah manusia.

BAGAIMANA MENDIDIK FITRAH MANUSIA?


Jiwa manusia hendaklah dibangunkan semula secara serius iaitu
suburkan kembali dengan iman, dengan takutkan Allah yang
Maha Agung, tanamkan semula rasa kebesaran Allah di dalam
hati manusia. Semarakkan semula sifat-sifat baik yang sedia ada
dalam diri manusia.
Bangunkan jiwa itu rasa benci dengan kekufuran dan
kejahatan serta kezaliman. Suburkan semula sifat-sifat terpuji
(mahmudah) yang Allah Taala telah bekalkan itu. Juga bangkit-
kan semula rasa benci dengan sifat-sifat yang hina (mazmumah)

31
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

yang juga Allah Taala telah bekalkan di dalam diri manusia.


Suburkan rasa tauhid atau rasa bertuhan di dalam hati atau jiwa
manusia agar secara automatik rasa kehambaan itu akan subur
di dalam jiwa manusia. Maka akan tumbuh subur rasa merendah
diri, bersemarak semula rasa cinta kepada Tuhan dan sesama
manusia. Dan juga sifat-sifat yang terpuji akan bertapak semula
di dalam jiwa manusia.
Apabila hati atau jiwa atau hati nurani manusia telah terdidik
iaitu kembali kepada fitrah semula jadinya ertinya raja di dalam
diri manusia telah terdidik menjadi baik. Apabila raja di dalam
diri manusia menjadi baik, maka ilmu pengetahuan yang me-
menuhi akal akan ditundukkan kepada kebaikan dan segala
anggota lahir (jawarih) akan dikerahkan kepada mentaati Tuhan
dan membuat baik kepada seluruh manusia.
Tapi apa yang akan terjadi apabila raja di dalam diri tidak
terdidik, yakni raja di dalam diri manusia menjadi jahat? Apabila
raja di dalam diri manusia menjadi jahat maka raja diri yang
jahat akan menggunakan kekuatan ilmu dan mengarahkan
anggota lahir (jawarih) mencetuskan berbagai bentuk kejahatan.
Itulah yang terjadi pada hari ini, manusia di dunia ini telah
melakukan kejahatan menggunakan teknologi tinggi, mencuri
duit bank menggunakan komputer, menyebarkan bahan-bahan
lucah menggunakan internet dan lain-lain lagi.

32
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Belajar Melalui Rasa Hati

Kalau jiwa manusia itu sentiasa hidup


Dan hati manusia itu sentiasa jaga
Manusia boleh belajar dengan rasa hati
Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi
Cuma Islam itu menguatkannya sahaja
Saya bawa beberapa contoh:
Setiap jiwa manusia ingin disayangi
Kalau begitu dia tentulah akan menyayangi
manusia lain
Kerana kemahuan manusia itu sama
Setiap insan suka kalau orang pemurah dengannya
Itukan menyedarkan kita bahawa kita juga
patut pemurah dengan manusia
Kemahuan manusia itu serupa
Manusia itu suka ia ditolong terutama di masa susah
Perasaan itu sebenarnya mengajar kita,
kita juga patut menolong orang lain
Kerana kehidupan manusia itu sama sahaja
Setiap jiwa suka kalau dia diberi kemaafan
Itu memberitahu kita, sepatutnya kita juga
memberi kemaafan kepada orang lain
Kerana perasaan manusia itu adalah sama
Setiap insan suka kalau dia diberi keadilan
Ia menyedarkan bahawa setiap orang
patut menegakkan keadilan kepada manusia
Setiap orang tidak suka kalau dia difitnah,
dizalimi dan disusahkannya

33
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau begitu setiap manusia tidak akan memfitnah,


menzalimi dan menyusahkan orang lain
Tapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak jadi begitu
Kerana hidup manusia itu sama
Setiap orang itu hanya suka kalau dia
diberi kasih sayang dan diberi perhatian
Dia suka dibantu, ditolong, diberi keadilan
Tapi dia sendiri tidak mahu melakukannya
Dia suka tidak diganggu, difitnah,
dizalimi dan disusahkan
Tapi dia suka menimpakan kesusahan
kepada orang lain
Mengapa terjadi begitu?
Kerana jiwa manusia sudah buta
dan terlalu mementingkan diri

Menjelang Maghrib
21 – 02 – 2000

Sajak 2
Pengumpat Tidak Tahan Diumpat

Orang yang selalu mengata orang


biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang
biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga

34
TASAWUF

sering membuat kesalahan dan kesilapan


Kerana itulah dia tidak minat
hendak mengata dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang,
dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata
patut dia dikata,
kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu
dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas
di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong,
pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham,
orang yang nampaknya macam berani dan garang,
selalu sahaja mengumpat orang
dan sombong dengan orang
Sebenarnya jiwanya tidak kuat,
tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang
tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang,
tidak nampaknya riuh-rendah
sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya tersembunyi keberanian
dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran

Selepas Asar
29 Muharam 1421

35
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5
PEMBANGUNAN JIWA
MEMBUAHKAN AKHLAK YANG MULIA

M
embangunkan jiwa (roh) ertinya membersihkannya dari-
pada sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat batin yang terkeji
seperti bakhil, sombong, tamak, cinta dunia, hasad deng-
ki, adu domba dan lain-lain, kemudian digantikan dengan sifat-
sifat mahmudah (sifat-sifat batin yang terpuji) seperti pemurah,
pemalu, sabar, kasih sayang, cinta Akhirat dan lain-lain.
Siapa yang berjaya membersihkan hatinya (roh) itulah orang
yang mendapat kemenangan yang akan memperolehi Syurga
di Akhirat kelak. Ini jelas sekali Allah menyebutkan melalui Al
Quran, di antara firman Allah itu ialah:

Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah


sesiapa yang membersihkan (hati/roh/nafsu) dan kecewalah
siapa yang mengotorinya.” (As Syams: 9-10)
Orang yang jiwanya bersih daripada sifat-sifat mazmumah,
orang inilah yang akan dapat membangunkan dunia sama ada
aspek ekonomi, politik, pembangunan, sains dan teknologi,
pentadbiran atau lain-lain aspek dengan bersih daripada ke-
mungkaran dan gejala masyarakat yang negatif serta dapat
menggunakan dunia ini sebagai jambatan ke Akhirat seperti-
mana Rasulullah SAW pernah bersabda:

36
TASAWUF

Maksudnya: “Dunia itu adalah merupakan tanam-


tanaman untuk Akhirat.”
Maksudnya segala usaha, pembangunan, kemajuan dan
tamadun yang dibina di dunia ini seolah-olahnya ladang per-
tanian tetapi mengetamnya atau makan hasilnya di Akhirat. Di
sanalah nanti akan dapat pahalanya iaitu Syurga.
Pembangunan dan kemajuan serta tamadun yang dibangun-
kan oleh orang yang jiwanya bersih ialah pembangunan yang
selamat dan menyelamatkan. Ia tidak ada side effect seperti
gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat, tidak mudarat dan
tidak pula memudaratkan.
Membangunkan jiwa manusia agar jiwa bersih daripada sifat-
sifat mazmumah, maka daripada kebersihan jiwa itulah
membuahkan akhlak yang mulia. Perlu diingat, membangunkan
jiwa untuk membuahkan akhlak tidak semudah yang kita
sangka. Manusia itu tidak cukup diberi ilmu atau pelajaran
semata-mata, tapi keberkesanannya adalah melalui pendidikan
dan asuhan. Ini supaya ilmu itu dapat dihayati serta dapat di-
terapkan di dalam akal, jiwa, sikap dan perbuatan hingga men-
darah mendaging, menjadi tabiat, sikap dan watak, akhirnya
jadi budaya di dalam kehidupan.
Setakat mendapatkan ilmu adalah mudah. Kita boleh men-
dengar guru menyampaikan, kita boleh mendengar dari para
mubaligh, kita boleh membaca sendiri, kita boleh mendengar
dari radio dan tv, tapi untuk menghayati hingga jadi sikap diri
kita seterusnya jadi budaya hidup, ia memerlukan pendidikan,
asuhan, bimbingan yang berterusan. Sekadar ilmu sahaja tidak
cukup jika tidak disertai didikan, asuhan dan pimpinan. Ia akan
jadi ilmu semata-mata. Sekadar boleh diajar dan dikuliahkan,
sebagai hobi dan aktiviti, sebagai untuk pemanis mulut, untuk
penyedap tulisan, tapi untuk menjadi sikap dan budaya hidup
tidak mungkin.
Kalau setakat ilmu, orang bukan Islam pun boleh mempelajari

37
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan memiliki ilmu Islam yang banyak bahkan boleh menyam-


paikan. Di dunia hari ini di universiti-universiti terutama di Barat
dan Amerika, ramai pensyarah ilmu Islam dari kalangan orang
yang bukan Islam, bahkan orang Islam pun belajar dari mereka.
Mereka memberi ilmu Islam tapi bukan pendidikan dan asuhan
Islam.
Hari ini ilmu umat Islam tidak lemah. Masih banyak sekolah
Islam di dunia ini hingga ke taraf universiti, bahkan setiap tahun
sekolah-sekolah mengajar ilmu Islam bertambah. Apa yang
lemah ialah pendidikan Islam bahkan di setengah-setengah
sekolah yang mengajar mata pelajaran Islam pun, pendidikan
Islam tidak berlaku di sekolah itu. Setakat mengadakan sembah-
yang berjemaah pun tidak berlaku, betapalah lebih dari itu.
Justeru itulah sekolah Islam dan ilmu Islam bertambah serta
bercambah, tapi amalan Islam tidak bertambah. Ilmu Islam
tersebar tapi akhlak Islam tidak terserlah. Dakwah dan kuliah-
kuliah Islam gelanggangnya bertambah luas tapi amalan dan
akhlak Islam bertambah sempit. Hari ini hampir semua golongan
memperkatakan Islam terutama bila berlaku gejala masyarakat
yang negatif, namun kemungkaran dan gejala masyarakat bukan
sahaja tidak tumpas tapi bertambah meningkat setiap hari. Ini
kerana kita bercakap di sudut ilmunya tapi pendidikan tidak
berjalan. Kalau ada pun dinamakan program-program pendi-
dikan, namun ia masih berbentuk fizikal tapi tidak bersifat
kejiwaan. Ia tidak membangunkan rasa tauhid di dalam jiwa
seperti rasa bertuhan, rasa takut, rasa cinta, rasa gerun dengan
Neraka, rasa hebat terhadap Tuhan, rasa malu, rasa hina diri
dengan Tuhan, rasa berdosa, rasa takzim kepada Tuhan. Sedang-
kan dengan adanya rasa-rasa bertuhan itulah umat Islam boleh
control diri daripada melakukan kemungkaran dan gejala
masyarakat yang tidak sihat. Ia lebih berkesan dan menghalang,
daripada undang-undang, peraturan dan akta-akta. Ini kerana
peranan rasa hati tadi seperti rasa takut kepada Tuhan dan lain-
lain lagi, ia merupakan benteng yang paling kebal daripada
melakukan kejahatan, lebih-lebih lagi daripada takut polis atau
akta-akta yang dibuat.

38
TASAWUF

Justeru itulah di dalam Islam ada dikatakan:

Maksudnya: “Hendaklah kamu takut (kepada Allah) di


mana sahaja kamu berada dan hendaklah iringi kejahatan
itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya
(kejahatan) dan hendaklah berakhlak dengan manusia
dengan akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad, Tarmizi dan
Baihaqi)
Cuba lihat, setelah ada rasa takut dengan Tuhan baru boleh
berakhlak baik. Itulah yang dikatakan akidah atau tauhid
penghayatan, tauhid yang bertapak pada hati bukan di kepala,
lebih-lebih lagi bukan sekadar bertapak di bibir mulut.
Bila dikatakan takutkan Allah benteng yang paling kebal
menghalang diri seseorang daripada melakukan kemungkaran
dan maksiat lebih daripada undang-undang, peraturan dan akta,
bukan pula undang-undang, peraturan dan akta tidak perlu. Ia
perlu juga, tapi ia bukan perkara asas untuk menyekat kemung-
karan dan gejala masyarakat yang tidak sihat. Ia setakat menge-
maskan lagi perjalanan sebuah negara, kementerian, jabatan,
institusi dan lain-lain lagi. Kalau ibarat di dalam peperangan,
takutkan Allah adalah kubu pertahanan yang pertama yang
paling kebal menjaga keselamatan daripada musuh-musuh.
Kubu-kubu yang lain adalah pertahanan sementara waktu,
untuk melarikan diri dan menyelamatkan diri, tapi untuk ber-
tahan lama tidak mungkin.
Begitulah sifat taqwa benteng yang paling kebal atau kubu
yang paling kebal mempertahankan diri daripada serangan
hawa nafsu dan syaitan yang mengajak manusia melakukan
kejahatan. Tapi kalau di zaman taqwa sudah tidak ada tempat,
kerana orang sudah lalai, nafsu pun mengaruk, syaitan pun
bermaharajalela mengheret manusia melakukan kejahatan lahir
dan batin, maka untuk membendung daripada berlakunya
kemungkaran dan gejala-gejala masyarakat yang buruk itu

39
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

jangan sampai terdedah terus kepada jahanam, maka di waktu


itu perlu kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan akta-
akta kerana tidak ada jalan lain dan tidak ada pilihan.
Jadi kalau ada orang menganggap bahawa undang-undang,
peraturan-peraturan dan akta-akta yang dibuat itu lebih ber-
kesan di dalam membendung kemungkaran dan gejala yang
negatif, adalah satu kesilapan besar.
Kalau setakat undang-undang, peraturan dan akta, orang
tidak melakukan kejahatan bukan ertinya tidak mahu melaku-
kan kesalahan, hatinya tetap mahu, cuma peluang belum ada.
Dia mungkin takut kena tangkap, takut masuk jel, takut dibuang
kerja, takut nanti diisytiharkan di dalam media massa dapat
malu pula. Namun kalau itu semua dapat dielakkan, lebih-lebih
lagi di zaman manusia pintar, alat-alat pengetahuan canggih,
alat-alat sains teknologi tinggi, orang boleh buat penipuan secara
halus dan payah dikesan, maka di waktu itu dia akan melakukan
apa sahaja.
Katakanlah seseorang itu tidak melakukan rasuah kerana
terlalu takut kalau dapat dikesan, maka kerja-kerja masyarakat
dan umat terselamat daripada dikhianati dan ditipu. Tapi
mengikut ajaran Islam, orang itu masih tertipu kerana sikapnya
itu tidak jadi ibadah. Dia tidak dapat pahala apa-apa kerana dia
meninggalkan kejahatan itu bukan takut kerana Allah, tapi ke-
rana takut dengan manusia. Nampaknya lahirnya baik, tapi
sebenarnya dia belum baik bahkan berdosa pula kerana dia telah
melakukan syirik. Peluang dia hendak membuat jahat tidak ada
kerana tersekat oleh undang-undang, peraturan-peraturan dan
akta-akta tadi serta takut dapat dikesan. Namun kerana hatinya
tetap tidak takut dengan Allah dan pembalasan di hari Akhirat,
kalau ada peluang dapat menyembunyikan kejahatan itu dari-
pada manusia dia akan lakukan juga.

40
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Hamba yang Jiwanya Bersih

Jika seorang hamba itu ilmunya cukup


Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin
Kelihatan orangnya tenang
Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin
Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana
dan lemah lembut
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia
Hingga disenangi oleh orang
Kalau dia pemimpin,
sangat dikasihi dan disayangi
Kerja-kerja tersusun dan teratur
Tenang, tidak gopoh, berdisiplin
Pandai bergaul dengan manusia
Sangat beradab dengan Tuhannya
Redha dengan ketentuan Tuhan,
sabar dengan ujian
Mengutamakan orang lain dari dirinya
Bertimbang rasa dengan manusia
Sangat bersimpati dengan orang yang susah
dan mendapat kemalangan
Ingatannya dengan Tuhan sentiasa hidup
Jiwanya hidup, sangat peka,
suka khidmat dengan manusia

Menjelang tidur
08 – 10 – 1999

41
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2
Orang Mukmin yang Baik itu Unik

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa


Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain
Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang
Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan
Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya
Berhadapan dengan ujian dia tenang
Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur
Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah
Walau di dalam keadaan susah dan senang
Bermesra dengan orang
Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya
Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan
Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya
Merendah diri adalah budaya hidupnya
Setiap orang yang meminta pertolongan
jarang tidak ditunaikannya
Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya
Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan
Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya
Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian
Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya
Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya
Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya
Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah
Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya
Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa
berhadapan dengan kesusahannya
Tawakal, sabar dan redha
adalah menjadi budaya hidupnya

Menjelang tidur
26 – 12 – 1999
(19 Ramadhan 1420)

42
TASAWUF

6
JADIKAN JIWA SEBAGAI KHAZANAH
SIMPANAN BARANG YANG BERHARGA
UNTUK KEHIDUPAN

J
iwa atau hati adalah merupakan wadah atau tempat sim-
panan, sama ada tempat simpanan intan berlian maknawi
dan rohani mahmudah yang amat berharga, atau tempat
simpanan najis-najis maknawi dan rohani mazmumah yang jijik
lagi kotor. Ia terpulang kepada kita mengisinya. Kita boleh buat
pilihan sama ada hendak mengisinya dengan intan berlian mah-
mudah atau hendak mengisi dengan najis-najis mazmumah yang
kotor.
Dari situlah ia akan dikeluarkan atau dialirkan kembali ke
dalam kehidupan bermasyarakat melalui saluran tangan, kaki,
mata, telinga, mulut dan perilaku kita dengan dibantu oleh ke-
pandaian akal.
Apa yang disimpan di dalam khazanah hati atau jiwa itu, ia
akan keluar setiap waktu sama ada kita sedari atau tidak. Sa-
sarannya adalah di tengah kehidupan bermasyarakat. Ertinya
masyarakatlah yang akan menerimanya, berkongsi sama dengan
yang empunyanya.
Kalau apa yang dikeluarkan dari khazanah hati atau jiwa itu
sesuatu yang berharga seperti yang keluar itu ialah intan berlian
maknawi dan rohani iaitu sifat-sifat mahmudah yang sangat
memberi manfaat kepada empunyanya dan seluruh manusia
seperti sifat-sifat ikhlas, pemurah, kasih sayang, lemah lembut,

43
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tawadhuk, bertolak ansur, simpati, sabar, redha, bekerjasama,


tawakal dan lain-lain lagi sifat mahmudah yang berharga maka
alangkah indahnya kehidupan bermasyarakat. Masyarakat
mendapat keuntungan yang besar iaitu antaranya:
1. Yang miskin terbela.
2. Yang mendapat bala ditolong.
3. Yang kaya tidak didengki.
4. Orang tua, ibu bapa, guru, pemimpin dihormati.
5. Pemimpin adil.
6. Orang bawahan, kanak-kanak, orang yang lemah disayangi.
Aman, damai, bahagia dan harmoni. Inilah dia faedah yang
didapati oleh manusia di dalam kehidupan dari intan berlian
maknawi dan rohani iaitu sifat-sifat mahmudah yang mengalir
dari simpanan khazanah hati atau jiwa yang murni.
Tapi alangkah malangnya kalau yang keluar daripada khaza-
nah simpanan hati atau jiwa itu najis mazmumah yang busuk,
yang jijik, yang menjadi racun di dalam kehidupan bermasya-
rakat. Sudah tentu punah dan rosak masyarakat. Binasalah ma-
syarakat bilamana yang mengalir ke dalam masyarakat itu najis
maknawi dan rohani seperti mengumpat, najis hasad dengki,
najis pemarah, najis tamak, najis sombong, najis ego, najis me-
mentingkan diri, najis adu domba, najis tidak bertimbang rasa,
najis pembohong, najis memfitnah, najis khianat dan lain-lain
lagi. Busuklah masyarakat. Cemarnya masyarakat. Kotorlah ma-
syarakat. Ini adalah bala bencana yang dibuat oleh manusia
sendiri. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Telah nampak kerosakan di darat dan di


laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah

44
TASAWUF

neneruskan azab kepada mereka sebahagian daripada (akibat)


perbuatan mereka, agar mereka (kembali ke jalan yang
benar).” (Ar Rum: 41)
Dari racun najis mazmumah yang mengalir itu, porak-
perandalah masyarakat. Bergaduhlah masyarakat. Bermusuhlah
masyarakat. Berkrisislah masyarakat, pecah belahlah masya-
rakat, ketakutanlah masyarakat, huru-haralah masyarakat,
berperanglah masyarakat. Berbagai-bagai gejala maksiat dan
kemungkaran akan memenuhi masyarakat. Berbagai-bagai
bentuk jenayah mengisi masyarakat.
Justeru itu hendaklah kita berusaha dan berjuang mengum-
pulkan sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh intan berlian
maknawi dan rohani di dalam simpanan khazanah hati dan jiwa
kita agar ia akan jadi kekayaan dan aset agama kita, negara kita
dan Akhirat kita yang sangat menguntungkan.
Begitulah juga hendaklah kita bersungguh-sungguh meng-
halang, membendung, menyekat najis-najis mazmumah yang
busuk dan jijik itu daripada masuk ke dalam khazanah hati atau
jiwa kita sebagai barang simpanan yang mana ia akan menjadi
racun perosak kepada agama kita, diri kita, keluarga kita, masya-
rakat kita dan negara kita.

45
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Manusia Ditimpa Penyakit Jiwa

Di akhir zaman banyak manusia ditimpa penyakit jiwa


Jiwa tidak tenang sekalipun sudah berkuasa dan kaya
Sudah ternama, sudah glamour, sudah dikenal
Di waktu itu segala yang dimiliki
tiada memberi faedah apa-apa
Duduk di rumah gelisah, duduk di pejabat resah
Salah sedikit orang lain, mudah marah-marah
Segala yang dilihat tiada yang indah
Fikiran berserabut, jiwa parah
Yang tiada beriman bunuh diri
Yang lemah iman terlibat dengan bermacam-macam jenayah
Rasuah, arak, judi, zina, menzalim manusia
Di dalam rumah tiada ukhwah,
tiada harmoni, tiada sekata
Mereka ditimpa neraka dunia
Sebelum Neraka di Akhirat sana
Aduh kalau di dunia tiada bahagia
Apakah di Akhirat nanti dapat bahagia
Pada Tuhan ada kebahagiaan, pada Tuhan ada ketenangan
Serahlah diri kepada-Nya, redhalah dengan ketentuan-Nya
Buanglah mazmumah, hiasilah diri dengan mahmudah
Di sinilah rahsia kebahagiaan,
di sinilah rahsia keindahan

30 – 09 – 1995

46
TASAWUF

Sajak 2
Manusia Kehilangan Kebahagiaan

Di antara yang sudah hilang di sisi manusia


ialah kebahagiaan
Orang kaya sudah hilang kebahagiaan,
orang miskin pun sudah hilang kebahagiaan
Orang yang berilmu sudah tidak bahagia
orang jahil pun tidak bahagia
Yang ada nama dan glamour pun tidak ada bahagia
yang tidak ada pun tidak ada bahagia
Orang yang berpangkat pun
sudah kehilangan kebahagiaan
Yang tidak ada pangkat pun
sudah kehilangan kebahagiaan
Kerana kebahagiaan itu adalah makanan jiwa
Kalau tidak ada manusia menderita
Setiap insan berusaha mencari
Orang bandar pergi ke kampung mencari bahagia
Orang kampung pergi ke bandar mencari bahagia
Yang tinggal di tepi laut
pergi ke darat mencari bahagia
Orang yang tinggal di darat
pergi ke tepi laut mencari bahagia
Bahkan berbagai cara manusia mencari bahagia
Ada yang pergi ke hutan
ada yang pergi melihat air terjun
Ada yang pergi ke padang pasir,
ada yang pergi ke tempat banyak bahaya
Bahkan ada orang yang mendaki gunung
menurun lurah hingga terjatuh
Namun kebahagiaan tidak juga diperolehi
Manusia lupa kebahagiaan itu bukan benda luaran
Kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiri
Hidupkan hati rasa bertuhan,
bangunkan jiwa rasa kehambaan

47
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Cintakan Tuhan setiap ketika dan masa


Sembah, sanjung dan besarkan Dia setiap masa
Jadikan Tuhan kawan setia
Bawa dia ke mana-mana dan meminta
dan bermanja-manjalah dengan-Nya
Itulah dia rahsia kebahagiaan setiap insan

Menjelang Maghrib
21 – 02 – 2000

48
TASAWUF

7
JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFAT
TERPUJI DAN KESANNYA PADA
PERIBADI SESEORANG

J
ika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan
rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah
seperti berikut:
Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku
pada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau me-
musnahkan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,
sum’ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.
Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, maka
akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahir-
kan rasa sombong, riyak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji,
meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jika
sifat ketuanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlah
pada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah
milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal’iya–
zubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan
menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.
Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan
menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat maz-
mumah hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepada
hamba-hamba-Nya.
Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat maz-
mumah seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik

49
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lahirlah pada diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti me-


rendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang
rasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa,
rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, me-
minta maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.
Kedua: Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan
benar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawa
ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang
itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasa
malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dari
seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalam
kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah
Taala.
Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia
takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi
orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan men-
jadi orang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji.
Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah,
jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala.
Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, mereka
tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam
arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap
dapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata yang lain, rasa
bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada
melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anak
kunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan
atau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhan
itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.

PERINGATAN:
Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yang
banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati
maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa
bertuhan tidak akan timbul.

50
TASAWUF

Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat


melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi
akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak
itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum’ah dan ingin dipuji, rasa
diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang
dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang
hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi
hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah
biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak
tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu
mati di dalam suasana su’ul khatimah kerana dia rasa dia mem-
buat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia mem-
buat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka
di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya der-
haka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk me-
musnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyu-
burkan mazmumah.
Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihat-
kanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah
perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan ke-
jahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah
hendak difahami. Amin, ya Rabbal alamin.

51
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Sikap Orang Berhati Bersih

Sikap seorang yang bersih hatinya


Senang sahaja dengan manusia di dalam pergaulannya
Hatinya dengan Tuhan, jasadnya dengan manusia
Boleh bergaul di dalam apa sahaja keadaan,
hatinya terpelihara
Dia tidak dapat dicorak oleh masyarakatnya
Sentiasa berlapang dada,
sering bertolak ansur sesama manusia
Dengan kerenah manusia
dia berlapang dada menerimanya
Kesalahan dan kesilapan manusia
dia mudah memaafkannya
Kalau dia bersalah, mudah pula
meminta maaf kepada mereka
Bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama
sesama manusia selagi tidak ada pantang larang agama
Sanggup bersusah payah kerana orang yang memerlukan
tenaga dan bantuannya
Boleh menanggung penderitaan,
tidak menyusahkan orang
Hatinya susah kerana kesusahan orang
Rasa senang kerana kesenangan orang
Kelebihan orang dia tidak hasad dengki
Kemiskinan orang atau kelemahannya
tidak pula menghinanya
Suka menolong orang,
mudah menerima keuzuran manusia

52
TASAWUF

Suka menunaikan hajat orang,


selagi mampu mengusahakannya
Susah hatinya kalau hajat orang
tidak dapat ditunaikannya
Dia gelisah dengan dunia, berdisiplin orangnya
Hatinya tenang dengan dunia,
rasa bimbang dengan Akhiratnya
Baik sangka dengan orang atau manusia
Kalau dia nampak orang ada cacat celanya,
dia takwil untuk membaiki hatinya
Hatinya berkata, ‘Dia bersalah di dalam kejahilan,
aku bersalah di dalam berpengetahuan’
Mungkin dia tidak sengaja atau dia terlupa
Setiap takdir Tuhan dia redha
Ujian, sabar menerimanya
Mendapat rahmat dan nikmat
dia malu dengan Tuhannya
Syukurnya sangat ketara kerana rahmat
dan nikmat Tuhannya
Tawadhuknya jadi budaya hidupnya,
sangat ketara di dalam pergaulannya
Jarang ada manusia begini gambaran hidupnya
Kalau ada macam gagak putih
di tengah gagak hitam, jarang ada

Waktu Dhuha,
Menjelang Zuhur
04 - 02 – 2004

Sajak 2
Hati Mukmin

Mengalirlah air mata mukmin


atau mengalirlah air mata hatinya
bila mengingat Tuhannya

53
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Malunya hati mukmin bila mengenang


Rahim dan Rahman Tuhan,
anugerah dan pemberian-Nya
Remuk-redamlah hatinya bila teringat
Qahhar dan Jabbar-Nya
Kecut perutnya bila teringat hukuman dan azab-Nya
Resah gelisah jiwanya bila melakukan dosa
Sedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya,
kemudian sedar semula
Tidak tentu arah rasa hatinya
bila terbuat kesalahan dan kesilapan
Hati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya,
tapi tenang dengan dunianya
Jiwanya sentiasa sahaja bergelombang
terhadap Tuhannya
Jiwanya bagaikan air lautan tidak pernah tenang
Kalaulah bukan kerana ada kewajipan masyarakat
yang patut dipertanggungjawabkan
Sudah tentu mereka suka bersendirian
Atau membawa diri berkelana bersama Tuhannya
Atau menyisihkan dirinya dari masyarakatnya
Kerana terlalu memikirkan diri terhadap Tuhannya
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa gundah-gulana
Oleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lain
Kerana terlalu memikirkan nasib dirinya

Selepas Asar
07 – 08 – 1999

54
TASAWUF

8
BILA IMAN LEMAH

A
kal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehing-
ga tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejaki
dan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali,
tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak dipijak manusia.
Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat,
berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi.
Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawah
bumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habis
semuanya dijelajahi. Padang pasir, gurun, di perut bumi, sungai
kecil dan besar, otaknya selongkari hingga terdedah dan terbong-
kar semuanya.
Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara,
Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka dan je-
lajahi hutan belantara. Berbagai-bagai kehidupan dapat dike-
tahui di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruh
khazanah dunia ini otak mereka kumpulkan.
Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia berada
di hadapannya melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidak
dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan
dan mengetahui rahsia-rahsianya.
Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruh
dunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan

55
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawa


mengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertam-
bah rata lagi. Mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat,
dapat mengesan lebih dalam lagi rahsia dunia ini, lebih banyak
lagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya.
Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahui
rahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olah
otak manusia macam burung, boleh terbang di seluruh dunia.
Atau dunia ini macam sebesar dulang, seluruh apa yang ada di
dalam dulang dapat dilihatnya.
Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olah
bebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas dunia
kehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh Allah
Taala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa.
Namun begitu, walaupun kemampuan otak manusia bebas,
merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tapi apabila
jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah iman
kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup
terseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit,
gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa,
tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia juga
ikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya
ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke mana-
mana. Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu dan
maklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu.
Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana ia sering berla-
ku di dalam kehidupan ini. Contohnya, apabila datang ujian atau
bala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrapsi,
dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dima-
sukkan ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah,
jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman itu
seolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya. Terasa sakit.
Bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpit
seolah-olah masuk ke bumi. Fikiran yang selama ini begitu bebas,
merdeka, mempunyai maklumat yang luas, telah terbang dan

56
TASAWUF

hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu. Keadaan berfikir


pun tidak menentu. Perasaan jadi tidak normal dan melulu,
sesetengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah.
Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka sedang-
kan jiwa lemah dan tidak merdeka, akhirnya akal juga turut
lemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanya
berubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubah
akhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah hanyalah nama
dan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah ber-
ubah semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan meng-
hairankan, tercengang-cengang orang dibuatnya.
Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atau
sudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atau
ditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yang
sempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondol
sini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala.
Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanya
menguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada itu
hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan
dengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji, jiwa tidak
sempit. Jiwa tidak menderita. Segala keyakinan dan pegangan
beragama tidak hilang atau tidak berubah. Fikiran tetap dengan
kemerdekaannya kerana jiwa stabil dan normal, tidak terjejas
oleh ujian.
Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia
dan masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsu
yang memang tidak suka jiwa kita bebas dan merdeka. Jangan
biarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnya
kita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi dunia
ini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniah
yang lebih tinggi lagi atau alam ukhrawiah agar dia bebas se-
bebas-bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa dia
hidup sempit dan terhimpit.
Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia

57
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah dan bawa ke


mana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan.
Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepas-
kan dia daripada berkawan dengan Tuhan.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Mereka yang sentiasa mengingati Allah


dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka
sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan
semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami
dari azab api Neraka.” (Ali Imran: 191)
Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan meng-
gugat. Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya.
Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwa
kita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdeka
dan kuat serta pegangan kita tidak akan berubah.

58
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Renunglah Selalu Hati Kita

Renunglah selalu hati kita


Kerana ia merupakan sumber kebaikan
dan kejahatan
Wadah kekufuran dan keimanan
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Hati perasaannya halus
Sentuhannya tiada terasa
Tapi sangat memberi kesan
di dalam kehidupan kita
Siapa yang arif perjalanan hatinya
Faham kebaikan dan kejahatannya
Bersungguh-sungguh bermujahadah
membuang kejahatannya
Diganti segera dengan kebaikan
Orang itu akan selamat dari tipu daya
syaitan dan dunia
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya
sekalipun ulama
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya
Kemudian merasakan baik semuanya
Tiada terasa lagi membuat dosa
Di sinilah perlu pimpinan guru
yang mengenal hati manusia

Selepas Subuh
19 – 11 – 1998

59
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2
Hindari Perkara yang Mematikan Hati

Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya


Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya
Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia
Bahkan perosak segala-galanya terutama agama
Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati
Mata tidak dikawal daripada dosa
Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah
dan tidak bersopan
Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan
Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal
Di waktu keseorangan suka berangan-angan
dan berkhayal-khayal
Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal
Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa
atau mematikan hati atau menghitamkannya
Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan kenalah jaga
Kerana di sana boleh merangsangkan
nafsu haiwan kepada manusia
Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa
Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah
akan menimpanya
Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya
Lahirlah berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran
oleh manusia
Gejala masyarakat pun bermaharajalela
Punah-ranahlah pergaulan manusia
Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian
di dalam masyarakat manusia
Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia
Di Akhirat masuk Neraka

Lepas Isyak
15 – 10 – 1999

60
TASAWUF

9
MANA LEBIH MUDAH, BUAT KERJA
AKHIRAT ATAU KERJA DUNIA?

T
idak ada manusia yang boleh menafikan bahawa hidup di
dunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini pa-
ling lama manusia boleh hidup mengikut rekod dunia ialah
150 tahun. Selepas itu semua orang percayakan mati. Selepas
mati pergi ke Akhirat. Ramai orang yang percaya, sedikit sangat
yang tidak percaya.
Khususnya umat Islam, mereka memang percaya yang Akhi-
rat itu wujud, tempat tinggal manusia yang kekal abadi. Di sana
ada kesenangan dan ada kesusahan seperti di dunia juga. Cuma
kesenangan dan kesusahan di antara dunia dengan Akhirat tidak
sama. Kalau kita hendak membuat bandingan walaupun tidak
tepat, untuk mudah faham, kalau kesenangan itu macam kita
duduk berumah di atas pokok dengan di dalam istana, kalau
azabnya pula seperti gigitan semut dengan dimakan oleh singa
yang garang.
Sempadan di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kubur
atau alam Barzakh. Di sana ditahan sementara waktu. Di sana
juga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga.
Bandingannya seperti border di antara negara dengan negara.
Di border, adakalanya mendapat kesenangan dan adakalanya
mendapat kesusahan. Begitulah keadaan di sempadan antara
dunia dengan Akhirat, iaitu alam kubur atau alam Barzakh.

61
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Walaupun umat Islam percaya negara Akhirat serta percaya


alam Barzakh adalah sempadan di antara dunia dan Akhirat dan
juga percaya bahawa nikmat dan azab di sana jauh bezanya
dengan nikmat dan azab di dunia, namun manusia selalu me-
lupakan Akhirat. Sekiranya Allah Taala rasakan sekarang ini
perbandingan itu, nescaya manusia akan menolak dunia ini
secara total dan manusia akan menumpukan seratus peratus
untuk tujuan Akhirat.
Namun demikian, oleh kerana manusia itu hidup di dunia
lebih dahulu iaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini,
mereka berhadapan dan merasa nikmat dan azabnya lebih
dahulu. Manusia terpesona dengan kehidupan di sini. Mereka
terlalai, mereka terleka, terlupa kehidupan di sana iaitu negara
Akhirat.
Oleh yang demikian mereka bersungguh-sungguhlah menge-
jar nikmat dunia dan mengelakkan azab di dunia ini. Diperahlah
otaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengan
tidak jemu-jemu walau susah tapi boleh dihadapi kesusahan itu.
Walau menderita dari berbagai-bagai cabaran yang dihadapi tapi
manusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya ingin
mengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan,
susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yang
datang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai.
Namun manusia tidak jemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidak
putus asa, mereka gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia.
Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada langsung atau tenaga
yang sedikit-sedikit tinggal baki itulah untuk Akhirat. Itu pun
mudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban, terasa
terhina, terasa malu membuatnya.
Padahal di dalam pengalaman kita, hendak mengejar Akhirat
yang lebih penting dengan dunia yang tidak penting, Akhirat
yang istimewa dengan dunia yang murah ini, jauh sangat beza
amalan Akhirat. Walau penting, Allah Taala mudahkan. Itulah
di antara rahmat-Nya agar manusia cenderung ke sana. Mana-
kala dunia yang murah, amalannya lebih susah dan payah

62
TASAWUF

supaya manusia mengambil enteng dan kecil saja dunia ini.


Patutnya demikian.
Tapi pada manusia rupanya tidak begitu, manusia lebih terasa
susah membuat kerja-kerja Akhirat walaupun senang dibanding-
kan dengan kerja-kerja dunia yang susah itu. Tapi pada manusia
dirasakan ringan dan mudah sahaja. Itu membuktikan tarikan
dunia lebih mempengaruhi umat Islam walaupun kerja-kerjanya
susah dan berat berbanding dengan tarikan Akhirat yang isti-
mewa dan agung itu walaupun kerja-kerjanya mudah dan
ringan.
Mari kita datangkan beberapa contoh-contoh menunjukkan
kerja-kerja dunia itu susah dan payah, tapi ringan pada manusia
membuatnya kerana tarikannya kuat. Manakala kerja-kerja
Akhirat itu mudah dan ringan tapi umat Islam merasakan susah
dan payah melaksanakannya kerana tarikannya dingin. Saya
sebutkan beberapa perkara sebagai perbandingan seperti di
bawah ini.
1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar
20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam sehari
kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah.
Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh
sekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu
hari lapan jam kerana mencari duit.
2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala
mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon ber-
jam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang
sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah
lagi walkathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Me-
nolong kawan amat terasa berat.
3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada
orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik
Gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak
panjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang
lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf
yang diperintah.

63
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang


panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletih-
kan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan mem-
buang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh
mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak
buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan.
Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi
sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah
bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami.
5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat
makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa,
tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di
sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid
sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa
dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air.
Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di
Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam.
Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.
6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayah
sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi
makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak mela-
yan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend ber-
jam-jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang
nampak malu pula.
Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada
‘pacaran’. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan paca-
ran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup
berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat
dengan pacaran walaupun susah dan payah.
7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelab
hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau
tidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak menderma
kepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit.
Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan
mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir

64
TASAWUF

miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat


hendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgit
kerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pula
oleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapan
dengan risikonya.
8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca
buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa
berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau
suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah,
daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit.
Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau
membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada
berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun
orang sanggup menonton filem atau membaca novel dari-
pada berzikir atau membaca Al Quran.
9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil
meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh
selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga,
daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala
yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong
jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Orang
lebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hingga
kucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang.
10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kena
tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang,
mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, mem-
bunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuang-
kan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan men-
cari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah
tentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan kerana
memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan dise-
babkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan atau
dunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Se-
dangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidak
sanggup melakukannya.

65
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah kita menghurai dan membuat perbandingan di antara


kerja-kerja Akhirat dengan kerja-kerja dunia, kerja-kerja dunia
lebih-lebih lagi yang bersifat mungkar dan maksiat lebih susah
dan lebih berat risiko yang diterima daripada kerja-kerja halal
dan kerja-kerja Akhirat. Namun demikian orang tidak sanggup
membuat kerja-kerja Akhirat walaupun mudah dibandingkan
membuat kerja-kerja dunia walaupun susah dan payah.
Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderung
dengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dan
sementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimewa
dan kekal abadi. Tepat sekali kata pepatah Melayu: cinta itu buta.
Cinta kepada apa pun jadi buta, yang lain tidak nampak lagi,
yang lain walau cantik dan istimewa tidak ada perhatian lagi.
Macam orang sudah jatuh cinta pada seorang perempuan atau
seorang lelaki, lupa yang lain, lupa ibu bapa, lupa adik beradik,
lupa makan minum, cuai bekerja, lupa bekerja dan lain-lain lagi.
Dan kerana cintanya itu sanggup bersusah payah dan sanggup
menerima risiko yang berat.
Begitulah orang yang sudah cinta dan jatuh hati dengan
dunia, lupa Akhirat, sanggup susah payah dengan dunia, sang-
gup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya.
Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang mem-
buatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidak
cinta.
Setelah kita mengkaji bahawa kerja-kerja dunia lebih susah
dan merbahaya, lebih teruk dan risikonya tinggi dari kerja
Akhirat, apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhan
di Akhirat kelak. Tidak ada hujah dan alasan yang sebenarnya.
Maka ramailah manusia yang masuk Neraka dari masuk ke
Syurga.

66
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Apa Kita Hendak Jawab kepada Tuhan?

Apakah yang kita hendak jawab kepada Tuhan?!


Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?!
Jawapan kita itu bolehkah diterima?
Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di dunia
Harta terkorban, badan letih, orang menghina,
kehilangan kawan!
Aku tiada mampu melaksanakannya.
Kalau Tuhan bertanya begini bagaimana?
Bolehkah kita menjawab?
Mana susah, sembahyang Subuh
dengan sebelum Subuh turun ke laut menjadi nelayan?
Dilambung, dihempas oleh ombak,
adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?!
Berhari-hari, bermalam-malam hingga badan berbau laut?!
Orang yang buru dunia, buru nama, buru glamour,
buru pangkat bukankah lebih menderita?
Tidak terkorban harta?!
Tidak buang masa?!
Tidak orang kata?!
Orang tidak menghina?!
Bukan setakat itu
Bukankah kerana dunia ramai kena bunuh?!
Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung!
Manusia!
Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour,
kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara!
Justeru itu semua bermacam-macam usaha,
bermacam-macam cara, bermacam-macam helahnya

67
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dibuat oleh manusia!


Cubalah sebut di sudut-sudut yang mana
amalan agama lebih menderita mengerjakannya
dari gila dunia?
Adakah lebih susah dari mendaki Gunung Everest?!
Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?!
Bukankah urusan agama tidak sepayah itu!
Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa!
Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta!
Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa!
Dibandingkan berjuang kerana agama?!
Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?!
Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan
sudah cukup membungkamkan mulut yang kena tanya
Kelu lidah hendak menjawab, patah lidah hendak berhujah
Terhadap agama mahu berhelah?!
Dengan agama seribu dalih?!
Apakah bila hendak mengamalkan Islam
hendak cari jalan keluar?!
Apakah bila diajak kepada Islam,
macam-macam alasan untuk meninggalkannya?!
Terhadap kepentingan dunia, masya-Allah!
Tidak ada dalih, tidak ada alasan,
tidak ada helah, semuanya o.k.
Mati pun tidak apa

Selepas Asar
06 – 05 – 1997

Sajak 2
Memburu Kehidupan Jangan Sampai
Kehilangan Tuhan

Tidak ada manusia yang tidak hendak hidup sempurna


Ingin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada harta

68
TASAWUF

Memperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah,


perabot rumah yang mahal
Dapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan,
alat-alat hidup yang canggih
Ini adalah benda-benda atau perkara yang lahir
Yang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula
diperlukan oleh manusia
Inginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas,
jiwa yang bahagia
Tapi Tuhan tidak akan memberi manusia
serba lengkap dan sempurna
Begitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusia
Manusia perlu ingat,
di dalam memburu kehidupan yang sempurna
jangan sampai kehilangan Tuhan
Di dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankan
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Tidak ada erti mendapat segala-galanya
kalau kehilangan Tuhan
Biarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan
tapi jangan kehilangan Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita
Yang lain adalah untuk sementara sahaja
Rugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan
dan kemewahan hidup tertinggal Tuhan
Apabila kehilangan Tuhan,
manusia tidak akan hidup bahagia
Kerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaan
Kehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaan
Ini terbukti orang yang tidak mempedulikan Tuhan
walaupun serba ada tetapi tidak tenang
dan tidak bahagia

Lepas Asar
20 Muharam 1421H

69
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

10
MENGORBANKAN PERASAAN
SATU JIHAD

M
anusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabila
kita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapak
di hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.
Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik,
rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu,
rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa ber-
belah bagi.
Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semula
jadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplin-
kan, dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, ada
yang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatif
hendak ditahan.
Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahan
yang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankan
perasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan ia lebih
besar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir seperti
mengorbankan tenaga, harta dan nyawa.
Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermula
daripada jihad yang batin. Dari yang batinlah mencetuskan yang
lahir. Kalau yang batin tidak mampu hendak dikorbankan sudah
tentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikor-
bankan. Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah

70
TASAWUF

merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin. Dengan


kata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buah
daripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.
Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala per-
lukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredha-
an. Tidak ada pengorbanan adalah nonsence. Tidak ada pengor-
banan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akan
ada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.
Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan.
Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan.
Saya bawa beberapa contoh:
Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia duduk
di rumah sahaja untuk membelai kita. Apakah mudah kasih
sayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan dia
berjuang di luar rumah. Untuk dia menunaikan kewajipan ke-
pada Tuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita bebe-
rapa ketika.
Kita sayang sangat dengan suami kita. Apakah mudah kita
hendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikit
kepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwin
lagi. Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya dengan
orang lain.
Kita marah kepada seseorang. Bolehkah kita korbankan pe-
rasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau meminta
maaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau meminta
maaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atau
sombong kita.
Kita sayang sangat dengan harta kita. Perasaan sayang
dengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kita
infakkan kepada jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyek-
sakan kita.
Perasaan ingin berehat. Ingin bersenang-senang dan menye-
nangkan badan. Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yang
memerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan

71
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi me-
nolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.
Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan,
bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaan
kita di waktu itu. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengor-
bankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau. Fi-
kiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan di
sudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkan
orang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan boleh
menambahkan masalah lagi. Tapi kalau kita sanggup mengor-
bankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil.
Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidak
dapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kita
itu datang simpati orang atau orang pun kasihan.
Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan ber-
kuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombong
pun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidak
korbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramai
orang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim.
Entah berapa ramai yang mendapat susah. Sudah tentu lahir
side effectnya. Iaitu orang benci, masyarakat marah. Mungkin
ada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orang
itu. Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihak
mendapat kesusahan. Tapi kalau si kaya atau yang berilmu tadi
atau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggup
mengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai side
effect yang baik. Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat,
orang memberi hati dan jiwa. Ertinya sama-sama menerima
faedah. Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama har-
moni. Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.
Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segala
kebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang,
lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolong
bantu, lahir ukhwah, lahir keredhaan. Maka kerana itu, mengor-
bankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana di sini nafsu

72
TASAWUF

terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad di


medan perang.
Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan.
Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidak
akan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggup
mengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggup
mengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Tidak
sanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati,
ukhwah, harmoni semuanya tidak akan wujud. Ertinya me-
ngorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehi-
dupan masyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia.
Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nya
agar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkara
yang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaan
Tuhan.

73
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Engkau Hendak Berjuang?

Engkau hendak berjuang?


Bagus kalau itulah yang kamu mahu
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia
sebelum engkau mengenal dirimu sendiri
Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!
Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?
Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,
iaitu jiwamu
Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti

74
TASAWUF

Marabahaya hutan akan membinasakan kamu


Bahkan rimau pun boleh membaham kamu
Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan
Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati
Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat
daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan
lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci

Menjelang Zuhur
29 – 07 – 1999

75
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

11
BALA YANG
PALING MERBAHAYA

T
idak ada di kalangan manusia yang suka kepada bala atau
bala bencana. Kerana bala itu sangat menyusahkan ma-
nusia. Lantaran itulah manusia susah hati dengan bala.
Walaupun demikian tidak ada di kalangan manusia sama ada
secara perseorangan mahupun secara kelompok, dapat meng-
elak atau dapat terlepas daripada bala bencana, sekalipun dia
seorang yang berkuasa atau seorang yang kaya. Cuma ada orang
yang ditimpa bala sekali-sekala, ada yang selalu, ada yang
ringan, ada yang berat, ada yang berlaku pada dirinya, keluarga
dan harta bendanya atau kedudukannya dan lain-lain lagi. Di
antara bala-bala itu mana yang lebih merbahaya?
Sebenarnya bala terbahagi kepada dua:
Pertama: Yang bersifat hissi atau bersifat zahir
Berbagai-bagai bentuknya, di antaranya seperti sakit badan,
harta hilang, kematian keluarga yang tercinta, difitnah, diberi
malu, dipukul orang, jatuh miskin, turun pangkat, perniagaan
rugi, dibuang kerja, musnah harta oleh bencana alam, tidak naik
pangkat, dipenjara dan lain-lain.

Kedua: Yang bersifat maknawi atau rohani


Berbagai-bagai bentuk pula, di antaranya seperti melupakan
ilmu yang telah dipelajari, tercabut iman, atau iman bertambah

76
TASAWUF

kurang, ilmu tidak diamalkan, iman tercabut yang ada hubungan


dengan akidah.
Kurang iman atau iman merosot kerana beberapa sebab, di
antaranya seperti ada amalan yang biasa dibuat tidak dibuat,
atau membuat dosa sama ada kecil mahupun besar. Dosa itu
pula, ada dosa lahir ada dosa batin.
Di antara dosa-dosa itu ialah seperti berzina, riba, rasuah,
mencuri, menipu, minum arak, judi, mengumpat, memfitnah,
menghina, menghasut, hasad, tamak, bakhil, pemarah, mengadu
domba dan lain-lain.
Di antara dua bentuk bala ini, bala yang paling merbahaya
ialah bala yang bersifat rohani dan maknawi, kerana bala ini
akan membawa ke Neraka. Tapi bala yang bersifat hissi tidak
membawa ke Neraka. Bahkan mungkin menguntungkan sama
ada ia menghapuskan dosa atau mendapat darjat di dalam
Syurga, asalkan pandai menerimanya.
Oleh itu bala yang bersifat rohani dan maknawi ini sangat
dibenci dan wajib dijauhi. Maksudnya, setiap dosa adalah bala,
wajib dijauhi. Tapi bala yang bersifat hissi tidak dibenci. Ia hanya
menyusahkan. Dan tidak pula menjadi satu kesalahan untuk
berusaha mengelaknya. Juga tidak salah kalau setelah ditimpa
sesuatu bala, berusaha menghilangkannya kerana bagi orang
yang lemah iman dan tidak tahan dengan ujian boleh jatuh
kepada dosa atau tercabut iman dengan ujian yang berat itu.
Tapi bagi orang yang mampu berhadapan dengan ujian atau
orang yang imannya kuat, tidak salah pula untuk tidak berusaha
menghilangkannya kerana sifat redha dengan ketentuan Allah
itu salah satu sifat terpuji. Ia merupakan sifat-sifat rasul. Dari
itu pahalanya amat besar di sisi Allah yang Maha Pemurah.
Di akhir zaman ini oleh kerana kebanyakan umat Islam sudah
jahil dengan ilmu agamanya sendiri, kemudian cinta dunianya
pula begitu mendalam, maka mereka hanya terpaut dan ter-
pengaruh dengan kehidupan yang terdekat iaitu dunia ini. Ke-
hidupan di Akhirat sekadar tahu adanya Akhirat, namun hatinya

77
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tidak ke situ. Timbullah acuh tak acuh dengan Akhirat. Maka


timbullah salah berfikir. Mereka memandang perkara yang
terdekat itu amat besar dan serius sekali. Nikmatnya pun dipan-
dang besar. Balanya pun dipandang besar. Akibatnya nikmat
dan bala di Akhirat dipandang kecil sahaja. Maka sebab itulah
mereka lupa daratan dengan nikmat dunia. Terasa sangat men-
derita dengan bala dunia.
Justeru itu bilangan yang teramai di kalangan umat Islam
apabila ditimpa bala yang bersifat hissi di dunia ini, seperti sakit,
miskin, dibuang kerja, tidak naik pangkat, turun pangkat, di-
fitnah, hilang harta, rugi di dalam perniagaan, dipukul, dipenjara
dan lain-lain, masya-Allah bukan main kepalang lagi susahnya.
Derita jiwanya, kusut fikirannya, marah-marah sahaja, me-
rungut-rungut, hilang bahagia, gelisah sahaja, rasa kesal tidak
sudah. Mengadu di sana, mengadu di sini, jumpa siapa sahaja
diluahkan perasaan susahnya. Kekusutan fikirannya sampai
begitu ketara sekali kelihatan pada mukanya. Buat apa sahaja
serba tidak kena. Begitu dia rasa kecewa dengan ujian itu. Bila
iman tiada atau iman terlalu lemah, terus putus asa. Ada yang
mahu bunuh diri untuk menyelesaikan masalahnya. Dia rasa
dengan cara itu boleh menyelesaikan masalah. Dia ditipu oleh
syaitan terkutuk kerana memandang besarnya dunia ini. Tersesat
jalan dia di dunia ini, ke Neraka padahnya. Wal’iyazubillah.
Bagi orang Islam yang kuat imannya, dengan ujian dan bala
dunia ini yang bersifat hissi, dia tidak begitu mengambil pusing.
Bahkan bagi golongan muqarrobin dan siddiqin seperti para
nabi, para Sahabat dan para auliya, mereka sangat terhibur
dengan ujian dunia itu. Mereka rasa dosa mereka terampun
dengan ujian dunia dan bala itu. Contohnya cerita di bawah:
Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan mem-
punyai tiga orang anak lelaki. Dia sanggup melepaskan kesemua
anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan
anak keduanya mati syahid di medan perang. Dia menangis
apabila diberitahu yang anak bongsunya turut mati syahid. Bila
ditanya mengapa dahulu senyum, sekarang baru menangis, be-

78
TASAWUF

liau menjawab, “Aku sedih kerana tiada lagi anak yang hendak
kukorbankan untuk jihad fisabilillah.”
Umat Islam di zaman gemilang dan di zaman keemasan
terutama di sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW, mereka
sangat sensitif dengan bala yang bersifat maknawi dan rohani.
Mereka sangat memandang besar akan bala itu. Mereka terlalu
takut dengan ujian yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jiwa
mereka sangat terseksa dengan ujian itu. Bahkan bala yang ber-
bentuk ini, belum datang pun mereka amat takut kalau-kalau
di masa depan akan ditimpa dengan bala ini, sama ada secara
sedar atau tidak. Kerana bala ini adalah dimurkai oleh Allah
dan kalau Allah tidak ampun, akan ke Neraka, wal’iyazubillah.
Justeru itulah jika mereka ditimpa bala ini, hati mereka men-
derita. Mereka menangis mengalirkan air mata. Hilang selera
makan, hilang rangsangan dengan isteri, tidak senyum berbulan-
bulan. Mereka akan tebus dengan apa sahaja kebaikan bahkan
jika mereka tertinggal yang sunat sekalipun mereka merasa telah
berdosa, mereka merasa ini adalah satu bencana. Hayati cerita
di bawah ini:
“Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar pergi ke kebunnya
untuk melihat hasil tanamannya itu. Dilihatnya pokok-pokok
tanamannya banyak yang sudah berbuah. Kerana terlalu asyik
melihatkan buah-buahnya yang sudah masak itu, beliau terleka
dan tertinggal solat jemaah Asar bersama Rasulullah SAW.
Dengan rasa takut dan kesal yang tidak terkira, kebun itu terus
diwakafkan untuk umat Islam dan digandakan sembahyangnya
sebanyak 70 kali.”
Sebaliknya kebanyakan umat Islam di akhir zaman ini tidak
sensitif dengan bala maknawi dan rohani. Mereka tidak terasa
apa-apa pun dengan bala ini. Mereka relaks sahaja. Mereka tidak
rasa bersalah bahkan ada yang melupakan terus seolah-olah bala
ini tidak berlaku dan tidak pernah berlaku kepada diri mereka.
Sebagai contoh, mereka tidak rasa bala apabila meninggalkan
sembahyang atau lewat sembahyang. Mereka tidak rasa bala
dengan mengumpat, dengan memfitnah, dengan menghina,

79
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengan menderhakai kepada ibu bapa, kepada guru, dengan


zina, berbohong, dengan menipu, dengan rasuah, dengan pende-
dahan aurat, dengan pergaulan bebas, dengan tidak berzakat,
tidak berpuasa, dengan sombong, riyak, dengan tamak, bakhil,
dengan pemarah, berdendam, hasad dengki, mengadu domba,
menghasut, bergaduh, membunuh, riba, tidak belajar, tidak belas
kasihan, tidak timbang rasa, tidak tolak ansur, tidak sabar, tidak
pemurah, tidak redha, tidak membantu dan lain-lain.
Oleh kerana bala maknawi dan rohani ini tidak dianggap dan
tidak dipandang bala bencana, maka adakalanya dianggap se-
ronok pula diamalkan setiap hari hingga dijadikan budaya. Se-
bagai contoh, ada orang bila berkumpul sahaja, mengumpat dan
mengata mesti didengar bersama, ketawa bersama, rasa seronok
bersama, sambung-menyambung antara satu sama lain me-
ngumpat orang lain. Adakalanya yang diumpat itu kawan sen-
diri, emak ayahnya, tok gurunya, pemimpin sendiri, isteri dan
suami sendiri, hingga terlewat atau tertinggal sembahyang.
Bertambah lagi membesar bala itu yang tidak lagi dianggap bala.
Kemudian selepas bersurai ada yang menipu, ada yang balik
ke rumah marah-marah sahaja pada isteri, membentak-bentak
sahaja tidak tentu pasal. Bertambah merebak lagi bala itu, ibarat
orang sakit, sakitnya telah kronik. Namun tidak terasa itu adalah
bala yang memecahbelahkan rumah tangga, keluarga, satu ma-
syarakat, satu bangsa kemudian terjun ke Neraka.
Yang malangnya orang-orang ini juga yang memikirkan
masyarakat. Yang membuat program untuk menangani gejala
masyarakat, yang menganjurkan motivasi, yang memimpin,
yang berdakwah, yang berceramah, yang menyalahkan orang,
yang buat kaunseling.
Cuba gambarkan apa yang akan terjadi, bahkan sudah terjadi
pada masyarakat. Para pembaca boleh memberi jawapan. Saya
sendiri ada jawapan. Biarlah jawapan saya untuk saya sendiri.
Kerana kalau saya dedahkan ada sesetengah orang terlalu
sensitif dan jawapan anda adalah untuk diri anda sendiri, dengan
jawapan-jawapan itu tidak ada yang sakit hati.

80
TASAWUF

SAJAK

Bala yang Dahsyat bila Ditarik Iman

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba


Bukan ditimpa bencana alam
Seperti air bah, angin kencang,
gunung berapi meletup,
gempa bumi menggoncang
Tidak juga sakit yang teruk
seperti barah yang garang
Bukan juga ditohmah dan difitnah
Juga bukan kerana susah tidak ada apa
yang hendak dimakan dan diminum
Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara
Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat
Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman
Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas,
selepas itu cuai balik asal
Keyakinan yang kental kembali longgar
Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai
Ibadah yang selama ini istiqamah
Sudah menjadi malas, culas,
bahkan membuatnya terseksa
Hukum-hakam yang selama ini dipelihara
dan dijaga dengan baiknya
Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi
Anak isteri yang selama ini dididik
sudah tidak dipedulikan
Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya
Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya
Halal haram sudah tidak diambil kira

81
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Demi keuntungan dunia


yang belum tentu mendapat untung
Pintu hatinya ditutup rapat-rapat
Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi
Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya
Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan
di hadapan kawan-kawan lamanya
Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula
Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat
Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula
Setelah mendapat iman dibuang pula
Kita berlindung dengan Tuhan
daripada bala tercabut iman

Lepas Asar
27 – 09 – 1999

82
TASAWUF

12
ANTARA SEBAB
JIWA TIDAK TENANG

A
ntara sebab-sebab jiwa tidak tenang adalah seperti berikut:
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menun-
jukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani.
Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah keba-
hagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di
dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di
dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa
dan lain-lain.
Bila ketenangan tidak ada, seseorang itu akan sentiasa keluh-
kesah. Apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak
sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada pe-
numpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang
diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca pun
terganggu untuk memahami. Kawan-kawan melihat ikut risau.
Mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah

83
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu


membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus,
kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada di dalam tidak tenang, jika ketidak-
tenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, selalunya
dia tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di waktu
ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak mu-
ram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam
masyarakat mungkin sesetengah orang dia boleh kontrol pera-
saannya. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidak-
tenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi
bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan
hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang,
happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam
hatinya. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat mukanya dapat
dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam,
hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada. Anak
isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, berhentilah
daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita
zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpe-
gang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidak-
tenangan akan hilang.

84
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Pegangan Hidup Punca Derita

Bagaimana jiwa engkau tidak derita


Ketentuan Tuhan engkau tidak redha
Dengan ujian, kesabaran engkau tidak ada
Apa sahaja engkau buat minta pujian manusia
Bukan semua manusia yang boleh memujimu
Jika tidak dipuji sudah tentu jiwa derita
Engkau sentiasa memburu nama
Tidak mungkin engkau mudah mendapatkannya
Jika tidak engkau memperolehinya,
sudah tentu engkau kecewa
Lebih-lebih lagi jiwa engkau tidak tenang
Kerana engkau mempertajam hasad dengki
dengan manusia
Tidak boleh engkau lihat orang lebih daripada engkau
Jiwa engkau menderita dan engkau dengki dengannya
Kalau dengki engkau itu tidak berjaya
Sudah tentu jiwa engkau lebih lagi derita
Kalau orang itu makin senang
Engkau lebih-lebih lagi tidak tenang
Apa sahaja engkau usahakan
Semuanya engkau sandarkan kepada diri engkau
Bukan engkau sandarkan kepada Tuhan
yang Maha Kuasa
Mana engkau ada kuasa
Jika usaha engkau gagal tentu engkau kecewa
Jiwa pun menderita
Kalau engkau berjaya, engkau sombong pula

85
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kerana engkau merasai engkau adalah luar biasa


Bukan kuasa Tuhan yang menjayakan
usaha-usaha engkau itu
Jadi pegangan hidup engkau itulah
yang menjadikan engkau selalu sahaja menderita

Menjelang tidur
26 – 12 – 1999
(9 Ramadhan 1420)

Sajak 2
Manalah Hati Tidak Gelisah

Manalah hati tidak gelisah


Risau, resah, gundah, sedih dan kecewa
Kerana ke mana sahaja pergi,
di mana sahaja berada,
ingin orang ambil hati
Inginkan dipuja dan dipuji, dihormati,
disanjung dan diambil perhati
Lebih-lebih lagi kalau kaya,
ingin disebut-sebut kekayaannya
Kalau pandai ingin dipuji dan dihormati
Kalau berpakaian ingin sangat
orang mengambil perhatian
Paling tidak, kalaupun orang tak puji dan hormati,
jangan ada orang yang mencaci
Kehendak-kehendak ini tidak mungkin didapati
setiap hari
Kemahuan itu tidak semua diperolehi
Kerana manusia lain juga kebanyakan
perasaannya macam itu juga
Semua orang merasa lebih patut dia dihormati
daripada menghormati
Setiap orang berkehendak dipuji
lebih daripada memuji

86
TASAWUF

Paling tidak dia tidak dibenci dan dicaci,


kalaupun tidak dihormati
Kehendak-kehendak macam inilah
yang bila tidak tertunai
Manusia gelisah
Mana pergi hati susah, sedih, resah
Keinginannya itulah apabila tidak diperolehi,
aduh sakit hati
Jiwa tercabar, hati tercalar
Tapi kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hina
Segala puja dan puji tidak layak dia terima
Dia rasa tidak perlu itu semua
Bahkan terseksa kalau dia mendengarnya
Ke mana dia pergi, dia tidak perlu
meminta manusia menghormatinya
Orang yang jiwanya begini,
dia tidak akan susah hati dan gelisah
Yang dia rasa susah hanya dengan Allah

04 – 10 – 1999

87
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

13
SIFAT GOPOH
DAN MERBAHAYANYA

S
alah satu di antara sifat atau tabiat semula jadi manusia
ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan oleh Allah
Taala melalui Al Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “Dijadikan manusia itu bersifat terburu-


buru atau gopoh-gapah.” (Al Anbiya’: 37)
Ini juga salah satu di antara ujian kepada manusia, apakah
dia berjaya atau tidak mendidik dan mendisiplinkan diri agar
menjadi manusia yang tenang. Orang yang gopoh akan sentiasa
gelisah dan resah lebih-lebih lagi jika dia ditimpa ujian.
Ujian bagi golongan bawahan antaranya miskin, orang tidak
peduli atau orang benci. Ujian golongan biasa, seperti ada saing-
an dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi dalam per-
niagaan atau tidak lagi dilantik menjadi menteri dan sebagainya.
Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah
dengan nafsu yang gopoh-gapah dan gelojoh, maka benih gopoh
semula jadi yang Allah cipta dalam diri manusia itu ibarat benih
pokok. Ia akan bertunas, berdaun, berbatang yang akhirnya
membesar, subur lalu berbuah. Di waktu itu sifat gopohnya
benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam

88
TASAWUF

diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya men-


jadi budaya hidupnya.
Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka di
waktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya. Dia sedar, sifat
gopoh yang telah begitu subur di dalam diri itu sangat menyu-
sahkan dan menyesakkannya. Namun untuk membuangnya
amat sulit sekali. Kecuali dengan berusaha dan bersungguh-
sungguh berjuang berhempas-pulas memerangi sifat gopoh itu
serta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunya
membuang sifat tersebut. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Bertenang-tenang itu dari Allah dan


bergopoh-gapah itu dari syaitan.” (Riwayat Baihaqi)
Justeru itulah manusia sejak kecil lagi memerlukan didikan
Islam terutama dari ibu bapanya, kemudian guru-guru, selepas
itu masyarakatnya turut sama mendidik bagaimana mengenal
sifat-sifat mazmumah. Gopoh tadi salah satu di antaranya.
Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar sifat gopoh
itu jangan subur kerana kalau hendak membuangnya seratus
peratus dari diri manusia adalah mustahil.
Memanglah setiap yang negatif itu mudah dikawal sewaktu
ia masih kecil lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong,
akhirnya ia akan bantut tapi kalau ia dibiarkan menjadi sebatang
pokok yang besar maka waktu itu sudah amat sulit dan susah
sekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH


Sifat gopoh pada seseorang itu jika dibiarkan tidak dididik dan
tidak diasuh sejak kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan
sampai ke tua, maka sifat gopoh itu sangat merosakkan pada
empunya diri dan juga orang lain.
Di antara kejahatan dan keburukannya yang timbul dari sifat
gopoh itu ialah:

89
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1. Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa


berfikir lebih dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak
tersalah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa yang percaya dengan Allah


dan Hari Kemudian maka hendaklah bercakap yang baik atau
diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Dalam perbualan dan perbincangan, mudah sahaja memo-
tong cakap orang. Ramai orang tersinggung, banyak orang
benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan mem-
bawa perpecahan yang lebih besar lagi.
3. Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih
dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang
boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak
jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.
4. Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja
tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab ke-
gopohan kita. Sedangkan fitnah itu mengikut Islam lebih
dahsyat daripada pembunuhan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari


pembunuhan.” (Al Baqarah: 191)
Teraniayalah orang yang difitnah itu. Kalau mereka tidak
sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya
memusuhi kita atau kita terheret ke mahkamah.
5. Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menye-
rang orang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari
kejahatan di dalam bermasyarakat. Selepas itu akan berlaku
dendam-berdendam. Mungkin nanti masing-masing
membawa klik atau mengumpul kawan-kawan masing-
masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi.
6. Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu.

90
TASAWUF

Padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wi-


bawa kita dan seterusnya hilang keyakinan orang.
7. Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah
jemu membuat kerja yang baik, kalau lebih berat lagi mudah
putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT
seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Tiada yang berputus asa dari rahmat Allah


melainkan kaumnya yang kafir.” (Yusuf: 87)

Maksudnya: “Jangan kamu berputus asa dari rahmat


Allah.” (Az Zumar: 53)
8. Orang yang gopoh makin tidak tenang hidupnya kerana
selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi-
kan dan menyusahkan hati.
9. Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain
tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada-
kalanya kalau dia marah, mendadak sahaja tanpa muna-
sabah, sekalipun pada kawannya, isteri atau anak-anaknya
lebih-lebih lagi yang bukan kawannya.
10. Sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu
kerja itu tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja
meninggalkan sesuatu kerja itu lebih-lebih lagi bila terasa
kerja itu susah dan berat, iaitu kerja akan terbengkalai dalam
kehidupan.
11. Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu
melulu bertindak, mudah menjadikan musuh itu kawan,
dan juga mudah menjadikan kawan itu musuh. Segala
tindakan dan usaha-usahanya semberono, tidak berdisiplin,
tidak tersusun dan teratur.

91
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

12. Mudah menukar fikiran, mudah mengubah sikap, mudah


menukar prinsip, mudah dicucuk. Mudah dihasut dan me-
latah hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiri-
annya. Kalau di dalam satu perjuangan mudah menyebelah
musuh atau mudah memukul kawan seperjuangan, lebih-
lebih lagi setelah kena uji. Ia sangat merbahaya di dalam
perjuangan.
13. Sifat gopoh itu selalu sahaja membuatkan seseorang menye-
sal tidak sudah, sesal berpanjangan.
14. Gopoh itu termasuk akhlak yang buruk, perangai yang
hodoh, budi pekerti yang jelik, dibenci oleh Allah Taala,
Rasul dan seluruh makhluk.
15. Sifat gopoh pada seseorang itu menyebabkan dia mudah
atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain,
tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik.
16. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang dan kontrol men-
jadikan seseorang itu hilang sifat sabar atau menjadi orang
yang tidak sabar terutama bila diuji sama ada dengan nikmat
mahupun dengan bala.

PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH


1. Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan
Tuhan semula jadi. Dia lahir sama-sama dengan tubuh kasar
manusia kemudian dibiarkan tanpa dididik hingga menjadi
subur.
2. Didorong lagi oleh sifat ego atau sombong sama ada disedari
oleh orang itu atau tidak, kerana sifat ego juga benihnya
juga telah Allah Taala cipta dari sejak lahir lagi, apatah lagi
didorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti ada
pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain lagi.
3. Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu
hati atau jiwa sama ada mahmudah mahupun mazmu-
mahnya. Ertinya hatinya atau jiwanya terbiar tanpa dapat

92
TASAWUF

pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka


ia terdorong dari dalamnya.
4. Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah
bermujahadah. Atau tidak bersungguh-sungguh bermujaha-
dah disebabkan lemahnya iman. Atau lemah akidah dan
tidak tahan godaan dari luar diri yang sentiasa mencabar
jiwanya.
5. Mungkin juga didorong oleh sifat-sifat tamak dan rakus atau
didorong oleh jiwa yang lemah, kerana lemahnya akidah
sekalipun di sudut ilmunya pakar akidah atau pakar tauhid,
tapi ilmu itu tidak dapat dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU


Sifat gopoh boleh menjadikan manusia itu tidak berdisiplin
hidupnya dalam segala tindak-tanduk dan sikapnya terutama
bila berhadapan dengan dua keadaan berikut:

Pertama: Apabila waktu senang atau mewah.


Di waktu mereka ada duit, hilang pertimbangan waktu berbe-
lanja, terlalu gopoh berbelanja. Dia beli apa sahaja, macam-
macam dia beli, berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak,
terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia suka
atau barang yang orang lain ada, dia akan beli. Nampak sungguh
macam orang kemarukan atau tidak siuman. Hilang rasional
sekalipun dia seorang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi,
berjawatan tinggi, berkedudukan penting di dalam masyarakat.
Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak
hingga tidak terurus, timbullah pembaziran. Maka kesenangan
tidak dapat dikongsi oleh orang lain.
Kedua: Apabila mendapat kesusahan seperti miskin, sakit, ben-
cana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu
nampak sangat melulu di dalam hendak menyelesaikan masalah
atau hendak mengatasi masalah. Keluh-kesahnya begitu ketara,
mukanya tidak ceria, maka mengadulah dia ke sana ke mari.

93
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dia tidak fikir orang suka atau tidak suka, sesuaikah orangnya
tempat mengadu atau tidak, orang itu simpati atau benci, dia
akan menceritakan masalahnya, dia akan luahkan perasaannya.
Dia tidak kira orang itu jemu atau tidak jemu mendengarnya,
setiap kali berjumpa mesti bercerita tentang masalah walaupun
sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan kepada orang
itu namun dia tidak jemu-jemu bercerita masalahnya.
Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat
perkara yang tidak patut, hingga menimbulkan masalah yang
lebih kusut lagi seperti berhutang di sana, berhutang di sini, hing-
ga hutang di sekeliling pinggang. Begitu juga kalau sakit, apabila
berjumpa sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, digunakan
atau tidak dia tidak kira, yang penting beli. Padahal apabila
sudah dibeli sekali dua sahaja digunakan atau dimakan. Kemu-
dian beli lagi ubat yang jenis lain pula. Begitu sekali gopoh mem-
beli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh, sami,
berubat dengan cara yang menyalahi syariat, bersandar dengan
Tuhan langsung tidak ada, Tuhan terus dilupakan, Tuhan tidak
ada di dalam jiwanya. Dia rasa segala masalahnya boleh disele-
saikan oleh usahanya, hingga terlalu bersandar dengan usaha,
hilang disiplin diri. Bila hilang disiplin nampaklah melulunya
tindak-tanduknya hingga hilang pertimbangan akal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBAT PENYAKIT GOPOH?


Sebelum ini telah kita katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana
jiwa tidak tenang. Tidak tenang disebabkan oleh sifat ego, tamak,
tidak faham perjalanan hati atau jiwa, membiarkan sifat gopoh
semula jadi itu hingga menjadi subur hingga jiwa menjadi
kosong. Kosong daripada menghayati tauhid atau kosong meng-
hayati akidah. Sekadar ada ilmu akidah, boleh jadi ilmu akidah
pun tidak ada, lebih-lebih lagilah teruknya.
Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah maka Tuhan
sudah tidak ada di dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat
sandaran lagi, Tuhan tidak lagi menjadi tempat rujuk, Tuhan
tidak lagi dijadikan penyelesai segala masalah. Maka timbullah

94
TASAWUF

jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang datanglah sifat gopoh.


Oleh itu untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa
atau hati.

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI ATAU JIWA?

Di dalam ajaran Islam, semua masalah ada jalan penyelesaian


atau jalan keluar. Cuma faham atau tidak sahaja, mahu atau
tidak. Ini kerana Islam itu agama keselamatan dunia Akhirat,
penyelesai semua masalah.
Al Quran ada mengatakan:

Maksudnya: “Dan Kami (Tuhan) turunkan daripada Al


Quran itu barang yang menjadi ubat dan rahmat kepada
orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim
itu melainkan rugi.” (Al Israk: 82)
Allah SWT mengatakan bahawa Al Quran atau Islam itu
adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin. Penyakit fizikal dan
rohani, penyakit dunia dan Akhirat dan juga menjadi rahmat
kepada seluruh dunia dan Akhirat bagi orang mukmin.
Allah SWT menyebut orang mukmin, kerana orang mukmin
sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau
ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, mereka
tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya.
Allah Taala ada menyebut melalui Al Quran bahawa orang
mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran
Islam atau ajaran Allah Taala.

Maksudnya: “Sesungguhnya jawapan orang mukmin itu

95
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

apabila diajak kepada Allah dan Rasul-Nya agar menghu-


kum di kalangan mereka itu melainkan mereka berkata,
‘Kami dengar dan kami patuh’.” (An Nur: 51)
Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, tetapi berkira
dengan orang-orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam
susah sangat. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah
Taala dan Rasul-Nya, lebih liat lagi.
Justeru itu bagi orang mukmin, untuk menenangkan jiwanya
Allah Taala memberitahu di dalam satu ayat yang berbunyi:

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa mengingati Allah Taala


itu akan menenangkan hati.” (Ar Ra’d: 28)
Di sini fahamlah kita ubat kepada hati tidak tenang ialah
banyak mengingati Allah Taala. Apabila banyak mengingati
Allah Taala jiwa akan tenang. Sebaliknya, jika tidak mengingati
Allah Taala maka jiwa tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran
ada menyebut lagi:

Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling daripada


mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan
yang sempit.” (Thaha: 124)
Maksudnya orang yang menolak atau melupai Tuhan serta
tidak faham atau tidak mahu faham apa yang Allah Taala suruh
dan larang serta tidak faham apa yang Allah Taala lakukan pada
dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah,
resah, susah, sekalipun kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

ZIKRULLAH MENENANGKAN HATI

Di dalam Al Quran jelas sekali menyatakan bahawa untuk mene-


nangkan hati hendaklah mengingati Allah Taala (zikrullah).

96
TASAWUF

Di sini mungkin akan ada orang yang berkata, “Orang Islam


hampir setiap hari berzikir kepada Allah Taala melalui sembah-
yang lima waktu, membaca Al Quran, paling tidak membaca
surah Yasin malam Jumaat seminggu sekali. Selain itu sesetengah
orang Islam ada zikir tambahan lagi iaitu zikir harian dan juga
ada zikir-zikir khusus dibaca sekian-sekian banyak setiap hari
atau minggu, namun jiwa tidak juga tenang. Dengan itu sifat
gopoh kalaupun tidak serius, setidak-tidaknya masih ada lagi
di dalam sikap hidupnya, masih lagi menguasai diri kebanyakan
umat Islam. Padahal zikrullah telah dilakukan.
Sebagai jawapannya, zikir yang boleh menenangkan hati itu
ialah zikrullah (mengingati Allah Taala) yang difahami, diyakini,
kemudian dihayati, hingga mendarah mendaging segala hikmah
dan kehendak-kehendaknya. Bukan sekadar membaca lafaz
zikir, pun tidak juga sekadar tahu terjemahannya.
Berzikir dengan Allah Taala dengan berbagai-bagai bentuk
itu hendaklah difahami kehendak-kehendak zikir itu, diyakini
dan dihayati, faham hikmah dan kehendaknya. Kita ambil satu
sebagai contoh:
Apabila kita menyebut alhamdulillah, hendaklah kita jadikan
satu keyakinan serta dijadikan amalan bahawa setiap nikmat
yang kita dapat kita disuruh bersyukur. Dan hendaklah rasa
senang hati kerana dapat peluang membuat kebaikan daripada
nikmat itu, di samping rasa bimbang kalau-kalau tidak dapat
digunakan untuk kebaikan.
Begitu juga apabila ditimpakan kesusahan, seperti takut,
miskin, difitnah, ditimpa bencana alam, kita sebut alhamdulillah
dengan penuh rasa gembira kerana kita yakin benar bahawa
dengan ujian kesusahan itu dapat pahala percuma atau peng-
hapusan dosa atau mungkin darjat di Akhirat. Kita hendaklah
yakin benar-benar dan rasakan benar-benar di dalam hati kita
apabila bertemu dengan ujian itu.
Apabila begitu keyakinan kita dan kita hayati sungguh-
sungguh di dalam hati, tentulah hati kita tidak cacat apabila

97
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

berhadapan dengan ujian yang berbagai-bagai ragamnya itu.


Kita masih boleh menahan perasaan hingga kita tenang. Kalau
ada sedikit rasa sedih atau susah di dalam hati, itu hanya sebagai
perasaan fitrah semula jadi yang tidak kuat. Ia memang tidak
boleh dihilangkan, namun ia tidak mencacatkan hati kita kerana
keyakinan dan penghayatan di dalam hati itu terhadap apa yang
Allah lakukan kepada diri kita dapat mengatasi kesedihan itu.
Ini sebagai satu contoh bagaimana zikir yang boleh mengubat
hati. Betapa pulalah kalau banyak zikir lain yang kita lafazkan
setiap hari. Kalau kita faham, yakin dan hayati pula dan faham
hikmahnya hingga menjadi kekuatan jiwa kita dan mendarah
mendaging, maka bertambah lagilah zikir yang menjadi ubat
hati kita yang akan menenangkan hati. Memang orang mukmin
yang sejati itu hati mereka sentiasa tenang.
Begitulah kedudukan dan peranan zikrullah kalau kita faham,
yakin, hayati dan dijadikan panduan di dalam kehidupan kita.
Inilah yang dikatakan iman itu. Sudah pasti ia menjadi ubat
penyakit jiwa (penyakit mazmumah). Tidak perlu makan pil
tidur, ambil dadah, arak, rokok, berhibur dengan yang haram
kerana ia menambahkan rosak lagi jiwa dan fizikal serta ke-
hidupan kita dan berdosa pula. Di Akhirat ke Neraka, wal’iya-
zubillah.

98
TASAWUF

SAJAK

Tabiat Orang Mukmin

Tabiat orang mukmin itu dia tidak malas


Tidak juga agresif
Tapi cergas dan tenang
Cergas tapi tidak merempuh orang
Cergas dengan agresif tidak sama
Cergas, aktif membuat kebaikan tapi berdisiplin
Cergas membuat khidmat
tapi tidak melanggar tata-susila
Agresif, cergas yang melulu
Aktif yang tidak berdisiplin
Cergas disertai dengan kekasaran
dan merempuh orang
Sekalipun niatnya baik
Orang mukmin itu walaupun cergas
tapi tidak gopoh
Sekalipun rajin tapi berdisiplin
Cergasnya penuh dengan hikmah dan berstrategi
Aktifnya tidak merosakkan orang
Agresif, cergas merempuh orang
Orang melihat menjadi benci dan tidak senang
Cergas membawa kepada gopoh-gapah
Hilang sopan-santun di dalam bertindak
Selalunya tindakan tidak berpandukan ilmu pengetahuan
Mengikut nafsu yang melulu dan perasaan barannya
Sibuknya tidak sedap mata memandang

07 – 10 – 1999

99
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

14
JANGAN JADIKAN ALLAH TAALA
KEPERLUAN BERMUSIM

A
llah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana Allah
Taala, segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya ada
kerana Allah Taala mengadakan. Kalau Dia tidak mengada-
kan, segala-galanya termasuk kita pasti tiada.
Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupun
di Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikan
alam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia,
malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanya
ada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagi
bukan sia-sia.
Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada cara
kehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersen-
diri. Malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yang
tersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia ada
sistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yang
tersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besar
makhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawa
mahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dan
sistemnya yang tersendiri. Setiap makhluk itu adalah berjalan
mengikut peraturan atau sistemnya masing-masing.
Siapa sahaja yang tidak mengikut peraturan yang Allah Taala
sediakan, dia pasti binasa. Sama ada jangka pendek mahupun

100
TASAWUF

jangka panjang. Bahkan dunia nanti binasa (Qiamat) setelah


setiap planet-planetnya tidak mengikut peraturan dan sistemnya
lagi.
Seterusnya, setiap makhluk ciptaan Tuhan itu dengan per-
aturan serta sistemnya, setiap gerak-geri dan gerak-lakunya
tidak terlepas daripada ilmu-Nya, penglihatan-Nya, kuasa-Nya,
kehendak-Nya, pendengaran-Nya, walaupun sebesar habuk
tidak terlepas daripada Tuhan hinggakan manusia walaupun
dia sudah berusaha, usaha manusia itu pun tidak terlepas dari-
pada kuasa dan kehendak Allah Taala. Kemudian ke mana
makhluk ini akan pergi, ke mana kesudahannya, ke mana desti-
nasi akhirnya, apa nasibnya, semuanya tidak terlepas daripada
ketentuan Tuhan yang telah disebut sifat-sifat-Nya di atas.
Kalau begitu, siapa Tuhan? Tentu Tuhan Maha Agung, Maha
Hebat, Maha Gagah, Maha Kuasa, Maha Berilmu, Maha Berke-
hendak, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Sempurna,
entahkan Maha, Maha apa lagi yang tidak dapat dicapai oleh
akal untuk mengetahui dan memikirkannya, yang tidak ada
makhluk dapat menyukat maha-maha-Nya Tuhan itu.
Sifat Maha Kuasa Allah Taala sahaja sudah cukup meng-
gerunkan kita. Kerana jika Allah berkata: Jadilah, terus terjadi.
Jika Allah Taala berkata: Binasalah, maka binasalah benda atau
makhluk itu. Kehendak dan kuasa-Nya tiada makhluk yang da-
pat menolaknya. Kalau Allah Taala berkata senang, pasti senang.
Kalau Allah Taala berkata susah, pasti susah. Kalau Allah Taala
berkata hidup, pasti hidup. Kalau Allah Taala berkata mati, pasti
mati. Kalau Allah Taala berkata pandailah, pasti pandai. Kalau
Allah Taala berkata bodohlah, pasti bodoh. Kalau Allah Taala
mengatakan sakitlah, pasti sakit. Kalau Allah Taala berkata
sembuhlah, pasti sembuh. Begitulah seterusnya apa sahaja Allah
Taala katakan pasti terjadi.
Begitulah agungnya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang
Maha Sempurna. Apakah Tuhan itu kita tidak perlu kepada-
Nya? Tidak mahu meminta kepada-Nya? Tidak mahu ingatkan-
Nya? Tidak mahu mengagungkan-Nya? Tidak cinta kepada-

101
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Nya? Tidak takut? Tidak mengharap? Tidak memerlukan? Tidak


mematuhi-Nya. Tidak mensyukuri-Nya?
Apakah kita boleh terlepas dari-Nya? Boleh lari dari-Nya?
Boleh hidup tanpa-Nya? Boleh selamat tanpa-Nya? Tuhan se-
hebat itukah yang kita hendak lawan? Hendak tidak ambil tahu?
Hendak tidak peduli? Hendak sombong dengan-Nya?
Kita perlu kepada Tuhan di waktu senang, di waktu susah,
di waktu miskin, di waktu kaya, di waktu aman, di waktu
darurat, di waktu sakit, di waktu sihat, di waktu sempit, di waktu
lapang, di waktu bodoh, di waktu pandai, di waktu di rumah,
di waktu di luar rumah, di waktu takut, di waktu tenang, di
waktu seorang, di waktu ramai, di waktu aman, di waktu huru-
hara.
Sepatutnya kita perlu kepada Tuhan di dalam sebarang waktu
dan situasi, di setiap tempat dan keadaan. Jangan anggap kita
boleh bersendiri.
Tapi malangnya kebanyakan umat Islam kerana sombongnya,
perlukan Tuhan di waktu-waktu tertentu sahaja. Tidak setiap
waktu dan situasi. Yakni di waktu kemarau, waktu sakit, waktu
miskin, waktu bala menimpa, waktu musuh menyerang. Itu pun
tidak semua orang berbuat sedemikian. Ada yang lebih sombong
dan angkuh lagi, di waktu kemarau, di waktu sakit, di waktu
bala menimpa pun tidak juga memerlukan Tuhan. Seolah-olah
memerlukan Tuhan itu rasa terhina, rasa jatuh martabat, rasa
malu, rasa jatuh wibawa.
Sepatutnya Tuhan itu adalah segala-galanya, dapat Tuhan
dapatlah segala-galanya. Kehilangan Tuhan, kehilangan segala-
galanya. Tuhan adalah hidup mati kita. Tuhan adalah dunia
Akhirat kita. Dia adalah tempat rujuk, tempat mengadu, tempat
bermanja-manja, tempat berhibur, tempat lari, tempat menyerah
diri. Dialah harapan kita, Dialah kebahagiaan kita yang sejati.

102
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan

Engkau tidak mempedulikan Tuhan


Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya
Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan
Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan
Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan
Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu
kepada-Nya
Kalau benarlah engkau ada kuasa dan boleh hidup
tanpa bantuan Tuhan
Aku buat satu contoh sahaja
Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan
Engkau tutup hidung engkau
Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat
Selepas tiga minit engkau akan rasa
Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak
Engkau boleh cuba
Supaya engkau sedar siapa engkau
dan siapa sebenarnya Tuhan itu
Itu baru satu contoh sahaja
engkau tidak boleh lari dari Tuhan
Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh
Akal yang engkau gunakan untuk berfikir
Makan minum engkau, pakaian
dan tempat tinggal engkau
Apakah itu semuanya tidak kena-mengena
dengan Tuhan?
Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir?
Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan?

103
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apa yang telah merosakkan engkau?


Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan?
Jawablah sendiri
Gunakanlah akal Tuhan itu
yang ada pada diri engkau untuk menjawabnya
Agar engkau boleh merubah sikap engkau

Lepas Asar
04 – 02 – 2000
(29 Syawal 1420)

Sajak 2
Marilah Bersama-sama Mencari Tuhan

Marilah kita bersama-sama mencari Tuhan


Carilah Tuhan hingga dapat
Kita jadikan Tuhan kawan setia
Bersama-sama mencari Tuhan
tidak akan timbul pergaduhan
Bahkan akan terjadi satu haluan sesama insan
Akhirnya setelah bersama mendapat Tuhan
Akan terjadi berkasih sayang sesama manusia
Bersama mencari Tuhan tidak ada pertarungan
Tidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnya
Sentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhan
Hasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkan
Ia tidak akan terjadi pada manusia
yang bersama-sama memburu Tuhan
Memburu dunia tidak semua dapat
Ada yang dapat ada yang tidak
Memburu Tuhan sama-sama dapat,
tidak ada yang kecewa
Memburu dunia banyak yang kecewa
Hatta yang dapat dunia
dan nikmatnya juga kecewa

104
TASAWUF

Mendapat dunia menjemukan


Mendapat Tuhan tidak menjemukan
Dapat dunia tidak membahagiakan
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Dapat dunia hanya sebahagian
Mendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi
Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa
Sama ada kita meninggalkan dia
Atau dia meninggalkan kita
Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita
Mendapat Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia

Menjelang tidur
10 – 11 – 1999

105
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

15
ALANGKAH SUSAHNYA
UNTUK BERLAKU IKHLAS

I
khlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang
paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, para
malaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat
mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu
diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila men-
dengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.
Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin
memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan
nilainya itu.
Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu,
Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah
ikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itu
dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salah
sekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-
olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi,
menolong, membantu dengan berkata:
“Ambillah! Saya ikhlas ni!”
“Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memu-
suhi saya.”
“Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas! Tapi saya sedih,
awak menolaknya.”

106
TASAWUF

“Saya ikhlas hendak bagi sebanyak ini, saya bagilah!”


Di dalam menulis surat selalu ditutup dengan perkataan,
“Saya yang ikhlas.”
Orang yang mengaku ikhlas, ertinya dia mengaku orang yang
paling baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalah
satu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ter-
nafi keikhlasannya. Tiada yang mengetahui seseorang itu ikhlas
sekalipun yang punya diri, walaupun malaikat, melainkan Allah
sahaja yang Maha Mengetahui.
Oleh itu tiada seorang yang berhak mengaku ikhlas. Cuma
berusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas. Moga-moga kita
ikhlas. Setelah kita berbuat demikian moga-moga setiap amal
yang kita buat itu diterima oleh Allah SWT.

APA ERTI IKHLAS?


Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalau
jenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itu
bersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain. Sebagai
contoh, kalau air itu semata-mata air, kalau air itu tercampur
sabun, nila atau tepung, air itu tidak khalis. Ertinya air itu tidak
murni lagi. Tidak mutlak lagi. Tidak bersih, tidak pure kerana
tercampur benda lain yang bukan jenisnya. Ertinya air telah
ternoda atau dinodai oleh benda yang lain. Atau ia telah diwarnai
oleh benda lain.
Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti ber-
sembahyang, puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran,
mengajar, berdakwah, memberi, menolong, motivasi, forum,
ceramah dan belajar adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-
Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana
arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya.
Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di atas
kerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaitu
Allah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak

107
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana Allah


Taala. Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia mem-
buat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Do-
rongan dari satu iaitu Allah SWT.
Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana-
kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah
itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau
tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana
riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta,
kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana
boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana
ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan,
kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana
kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerja-
kerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah
ternoda.
Justeru apa yang dibuat itu ‘kerana Allah’nya telah bercampur
dengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu ‘kerana Allah’nya
sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu.
Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi. Di Akhirat nanti Allah
meminta orang itu, “Pergilah minta pahala daripada orang yang
awak keranakan itu.” Allah Taala tidak akan membalas kebaikan
apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak
kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi
ada kerana yang lain selain Allah Taala.
Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat
susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung
kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau
amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti cera-
mah, dakwah, mengajar, belajar, gotong-royong, membaca Al
Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi ha-
diah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan
orang ramai. Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan
hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar,
jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak

108
TASAWUF

terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur


dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama
ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.
Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya
telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas
lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh
di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di perte-
ngahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan
jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana-
kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung
atau di akhir perbuatannya.
Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

a. Niat rosak di awal lagi.


Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian-
sekian. Sama ada kita yang membuat program itu, mahupun
penduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita pun
berkata:
“Ha! Inilah masanya aku akan popular.”
“Aku akan terkenal!”
“Adalah peluang duit poket!”
“Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku
selama ini.”
“Barulah mereka tahu siapa aku!”
“Padanlah muka mereka nanti!”
Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah
tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana
diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita
menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di
atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

b. Rosak di pertengahan.
Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjala-
nannya. Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata:

109
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

“Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi


peluang sudah ada atau sudah terbuka.”
“Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa
keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah
marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”
Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya,
dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang
fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka
mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan
menunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun ber-
bunga. Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati
untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati
kita pun membisikkan kepada kita:
“Hebat aku ni!”
“Boleh tahan juga aku ini.”
“Payah juga orang lain hendak menandingi aku.”
Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Ke-
ikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah ber-
kongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi.
Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan.
Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya
belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

c. Rosak di hujung.
Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia
hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya
betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk
menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai
masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyam-
paikan dakwahnya. Di waktu itu hatinya masih baik. Belum
tergugat lagi. ‘Kerana Allah Taala’nya masih belum terungkai
lagi. Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada
kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun ber-
cakap:

110
TASAWUF

“Ustaz bercakap tadi sedap betul.”


“Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja
tanda memberi respon.”
“Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini,
ustaz akan lebih lagi lincah dan matang.”
Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisik-
kan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan
berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari
Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan
kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam
berceramah atau pidato.
Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu
telah terkorban. Ibarat membangunkan rumah atau bangunan,
siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh.
Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita
bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.
Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana
kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana
kita.
Berdasarkan apa yang kita tulis ini, masya-Allah, terasa
sungguh oleh kita susahnya untuk menjadi orang yang ikhlas,
sedangkan ikhlas itu adalah roh ibadah. Penentu apakah ibadah-
ibadah itu tertolak atau diterima.
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum
ini, kalaupun ada berbuat, sudah tentu payah sekali hendak
mengelakkan daripada huzuzunnafsi ini. Iaitu ada tujuan kerana
diri. Kalaulah bukan bantuan dan pimpinan-Mu Tuhan, rasanya
sebarang amalan yang kami buat mungkin tertolak semuanya.
Para pembaca, di sinilah rahsianya mengapa kadang-kadang
usaha dan perjuangan kita itu tidak berkesan, walaupun usaha
sudah dilakukan, respon orang ramai pun ada, tapi kesannya
tiada. Orang ramai tidak juga berubah dari dakwah kita itu. Apa
yang diucapkan oleh mulut kita tidak sama di hati. Apa yang

111
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dicakapkan oleh mulut kita sudah cantik, tidak ada cacat celanya,
tapi cacat di hati. Jadi apa yang diucapkan oleh mulut itu hanya
jatuh di mulut orang ramai. Orang ramai memuji-muji kita,
mengulas-ulas dan memperpanjang-panjangkan ceramah kita.
Namun hati tidak berubah apa-apa kerana di sini terhijab ban-
tuan daripada Allah Taala disebabkan niat atau hati kita telah
rosak oleh mazmumah riyak dan lain-lain lagi. Di waktu itu sifat-
sifat taqwa kita sudah ternafi. Allah Taala tidak akan menolong
orang yang tidak bertaqwa.
Oleh itu marilah kita membuat kerja-kerja kebaikan dengan
hati yang tunduk, yang tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan,
rasa takut dan cemas. Takut kalau-kalau amalan kita itu ditolak
oleh Allah Taala. Firman Allah:

Maksudnya: “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,


Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Aku
kasihi.” (Hadis Qudsi)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak meman-


dang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Marilah kita berhati-hati moga-moga kita selamat.
Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufik-Mu agar
perjalanan lahir dan batin kami berjalan selari menuju
keredhaan-Mu, ya Allah!

112
TASAWUF

SAJAK

Ikhlas Roh Ibadah

Ikhlas adalah roh ibadah


Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada, roh ibadah yang mati
Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh
Nyawa sudah tidak berguna
Ertinya ibadah dan kebajikan
yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya)
ibadah dan kebajikan itu tidak diterima
Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit
tapi murni (ikhlas)
daripada banyak, ikhlasnya tidak ada
tertolak semuanya
Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita
ditolak atau diterima
Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan
hendak ikhlas
Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala
Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya
Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya
ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima
Tanda seseorang itu ikhlas di antaranya:
1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji hati tidak berbunga,
dikeji hati tidak pula derita.
2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang
atau di waktu ramai, sama aja.
3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah
kalau orang lain tidak menolongnya.
4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang

113
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.


5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah
pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada
orang memujinya.
6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain
melihatnya takut hatinya berbunga.
7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau dia dikeji hatinya boleh
menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba memang-
lah ada cacat celanya.”
8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian
membuatnya kerana malu dengan manusia.
9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat,
kalau tidak dibuat apa kata orang pula.
10. Kalau dia dipuji dia rajin atau buat, kalau dia dicaci dia
tidak rajin atau tidak buat.
11. Kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya
supaya orang tahu.
12. Di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak, jika
seorang dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.
Untuk kita dapat tahu kita ini
ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas
padankan yang 12 tadi dengan hati kita

Menjelang Zuhur
02 – 03 – 2004

Sajak 2
Takutilah Perosak Amalan

Takutilah riyak, ia adalah pemusnah amal


Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan
Jauhilah pemarah, ia merosakkan amal soleh
Ibarat api meleburkan besi
Takutilah syirik kerana ia menghapuskan
seluruh ibadah dan kebajikan

114
TASAWUF

Hindarkanlah nama dan glamour di dalam beramal


Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah
Semuanya rosak tidak boleh dimakan
Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan
Semuanya sekali rosak
Menjaga amal lebih susah daripada beramal
Periksalah hati, adakah di dalamnya mazmumah?
Ia adalah ibarat racun maknawi di dalam kebaikan
Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi
Kebaikan dianggap kejahatan
Awasilah mazmumah
Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, ‘Eh! orang ini tidak mengenang budi!’
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

Menjelang tidur
03 – 08 – 2001

115
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

16
ORANG MUKMIN
DAN SIKAPNYA

1. Sikap orang mukmin dengan Allah, Tuhannya


Tuhan sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang,
zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan
sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap
hidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang,
pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin,
sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan
hari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.

2. Sikap orang mukmin dengan syariat


Syariat sangat dijaga. Pakaiannya menutup aurat, bersih dan
kemas. Makan minumnya sangat dijaga yang haram dan
syubhatnya. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan
perempuan yang bukan muhram. Matanya selalu ditundukkan.
Percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan ter-
silap. Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada men-
dengar perkara-perkara yang haram. Masanya tidak dibiarkan
terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandai
menggunakannya untuk diisi dengan perkara-perkara yang
berfaedah atau kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.

3. Dengan gurunya
Dia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,

116
TASAWUF

merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya


tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menye-
but-nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya,
memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati,
bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati.
Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi
malu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknya
selalu mendoakan gurunya pula.

4. Dengan ibu bapa


Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya,
jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahan-
nya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu men-
ziarahinya, sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakap
dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya
memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu ber-
cakap sekadar menjelaskan.

5. Dengan kawan
Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan
kawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Suka
menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnya
ditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannya
dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat
salah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilih
waktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluarga
kawan dijaga.

6. Dengan manusia umumnya


Dalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pula
menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pan-
dai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedu-
dukannya. Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya
dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, atau
kaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk-

117
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan


merendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidak
pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah
dihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-minta
apalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah
memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.

7. Dengan tetamu
Dia sangat menghormati tetamu, mengutamakan keperluan
tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat
tinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihantar
hingga di hadapan pintu atau di hadapan rumahnya hingga
hilang dari pandangannya. Memberi hadiah kepada tetamu atau
memberi buah tangan kalau ada di waktu mampu.

8. Dengan anak isteri


Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat
dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan
dengan bijaksana. Sabar dengan kerenah mereka. Beribadah
fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri
ditunaikan. Mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam se-
barang perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang.
Anak yang masih belajar didisiplinkan mereka. Jangan sangat
tunjukkan kasih sayang dan jangan tunjukkan benci. Anak yang
sudah dewasa atau sudah berkeluarga, dilayan macam kawan,
ajak mereka berbincang. Berbual-bual dengan mereka. Dengan
isteri perlu ada gurau senda yang tidak berlebih-lebihan, ber-
bual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk
mengambil dan menjinakkan hati isteri itu bagi yang ramai isteri.
Bagi orang yang berpoligami, bertolak ansur dalam hal-hal yang
dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang
dibolehkan, di masa-masa tertentu untuk didikan mereka.

9. Dengan situasi
Orang mukmin sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu di

118
TASAWUF

tempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang boleh


melalaikan dan boleh jatuh kepada haram, atau yang boleh
menggugat iman, dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap ter-
hormat dengan tidak meliarkan pandangan, tidak membuka
telinga untuk laluan perkara-perkara yang melalaikan itu. Se-
olah-olah dia tidak melihat apa-apa di sekelilingnya, seolah-olah
tidak ada apa-apa terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana seke-
lilingnya. Keadaannya macamlah ikan di laut, dia tidak masin
oleh masinnya air laut.

10. Dengan ilmu


Orang mukmin sentiasa menambah ilmu dan pengalaman.
Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunya
juga ikut tua dan matang, semakin luas pengalaman. Ia sangat
peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan penga-
jaran. Setiap isu semasa, pandai pula dia mengambil hikmahnya
serta pandai menilai buruk baiknya hingga mendapat ilmu
pengajaran darinya serta dia boleh menetapkan pendirian dan
sikapnya terhadap isu tersebut. Tambahan pula orang mukmin
itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini.
Sebab itu orang mukmin tidak mudah tertipu dan ditipu, tidak
mudah terpengaruh dengan yang negatif tapi mudah terpenga-
ruh dengan yang positif. Orang mukmin tidak mudah dicorak
tapi mudah mencorak.

11. Dengan masa


Orang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan
disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang
berfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisi
dengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa
untuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk men-
ziarah, masa dengan anak dan isteri-isteri, masa untuk tidur
baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk
tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya.
Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah

119
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya,


dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.

12. Dengan harta dan mata benda


Orang mukmin bila berhadapan dengan harta dan mata benda
kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut disalahgunakan,
kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Menggunakan harta
benda kekayaan itu untuk Allah dan untuk khidmat kepada
manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia mem-
buat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan mem-
buangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang mukmin me-
rasa harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu
dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Untuk diagih-agihkan
kepada yang sebenarnya dan yang empunyanya. Terutamanya
digunakan kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.

120
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Kekasih Allah Tidak Takut dan Tidak Berdukacita

Allah Taala ada berfirman, ertinya:


“Ketahui olehmu bahawa kekasih Allah itu
tidak takut dan tidak berdukacita.”
Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini
Moga-moga Tuhan memberi kita faham
maksud dan kehendak-Nya
Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati
Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan
Di antara kehendak ayat ini:
Orang bertaqwa itu dia tidak takut
dengan manusia dan kuasa manusia
Kalau dia didatangkan ujian dari manusia
tidak pula berdukacita
Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan
Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita
Orang mukmin tidak takut dengan kesakitan
Kalau berlaku tidak pula susah hatinya
Orang yang bertaqwa tidak bimbang
dengan penghinaan dari manusia
Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya
Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia
Kalau berlaku tidak pula susah hati
Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang
tentang rezekinya
Kalau tidak ada, redha hatinya
Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang

121
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya


Wali Allah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta
Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita
Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya
Kalau terjadi tidak pula bersedih hati
Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia
harta benda dan sanak-saudaranya
Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya
Orang mukmin itu yang dia takut
hanya dengan Tuhannya
Yang dia berdukacita kalau terbuat dosa
Dia takut kalau Tuhan tidak redha
Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya
Dia bimbang kalau tercabut imannya
Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya
Begitulah lebih kurang maksud
dan kehendak tafsiran ayat
Moga-moga ada kebenarannya

Lepas Asar
17 – 09 – 1999

Sajak 2
Disiplin Diri Orang Mukmin

Sudahkah kita mendisiplinkan diri


Sampai waktunya kita sembahyang
Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri
tidak sembahyang seorang
Di dalam pergaulan sanggupkah kita mengutamakan orang
Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan
Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya
Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya
Kalau orang menghina kita diam sahaja
atau tidak menjawabnya

122
TASAWUF

Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan


Waktu lapang adakah kita berfikir
Atau membaca atau menulis pengalaman
Atau ilmu pengetahuan atau berzikir
Agar masa tidak sia-sia dan terbuang
Mampukah kita mendisiplinkan diri
Tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan
Kalau kita hendak tidur mampukah kita tidak tidur
Selepas Subuh dan selepas Asar
Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur
sebagai kebiasaan
Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailulah
sebelum Zuhur digalakkan
Apabila makan tidak suka makan seorang
Bila mencari rezeki cari yang halalnya
Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya
Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan
Tertutup aurat badannya
Sifat-sifat mazmumah dijauhi
Terutama sombong dan dengki
Bakhil dan tamak ditakuti
Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci
Itulah sebahagian disiplin orang mukmin
Banyak lagi
Setakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?
Inilah dia disiplin yang sejati

Selepas Subuh
03 – 06 – 1997

123
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

17
ANTARA SEBAB SESEORANG
MENDAPAT HIDAYAH

H
idayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana
dari sanalah sebagai titik tolak seseorang itu masuk Islam.
Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk menda-
patkan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam.
Atau seseorang Islam itu telah terbuka pintu hatinya untuk
beramal maka dari situlah dia berusaha untuk mempelajari ilmu
Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk


memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.” (Al
An’am: 125)
Kalau seseorang yang belum Islam, belum mendapat hidayah
ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau ma-
suk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang berketurunan
Islam, jika hidayah belum didapati ertinya hatinya tidak akan
terbuka untuk beramal dan memperjuangkannya.
Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untuk
beramal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufik dari
Allah Taala. Ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berbe-

124
TASAWUF

tulan dengan kehendak Allah Taala. Maka sempurnalah Islam


seseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung di situ di
antara hidayah dengan taufik. Walau bagaimanapun setakat
hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat
berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah. Ini kerana dari
hidayah itu pintu hati telah terbuka menjadi seorang Islam, atau
seorang Islam telah terbuka pintu hatinya untuk mempelajari
dan mengamalkan ajaran Islam.
Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan semua
orang mendapatnya atau memperolehinya. Walau bagaimana-
pun, untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau
ada berbagai-bagai cara yang tidak sama di antara satu sama
lain. Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab seseorang itu
mendapat hidayah iaitu:
1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama, maka me-
reka mendapat didikan secara langsung dan praktikal
daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan ke-
sedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada
kebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari dan menga-
malkan. Golongan itu amat sedikit. Ini adalah pemberian
Allah secara wahbiah.
3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa go-
longan atau kelompok yang beragama Islam dan menga-
malkan syariat manakala dilihat kehidupan mereka begitu
baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sen-
tiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta me-
lihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan
ideologi serta bergaul dengan golongan itu maka akhirnya
mereka bertemu dengan kebenaran itu.
5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengar
ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-
majlis agama maka mereka sebahagiannya mendapat
petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

125
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh


miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana
alam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan insaf. Lantaran
itu dia kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.
7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana Allah beri
mereka mengalami alam kerohanian seperti mimpi melihat
alam Barzakh, mimpi melihat orang kena azab atau dia
sendiri yang kena azab atau melihat Kiamat atau Allah
perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih, dan
lain-lain lagi benda yang ajaib. Selepas itu mereka pun
kembali kepada kebenaran.
8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau
keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah
besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tapi
kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering
berlaku, kasih sayang tidak ada, masing-masing membawa
haluan sendiri, ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu me-
reka sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia
lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di
Akhirat kelak.
9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan me-
wah, serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak,
namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluarga
porak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnya
mencari jalan kebenaran.
10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang yang
soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa-
nya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia, seperti kisah
Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa
Rasulullah SAW.

HIDAYAH DAN TAUFIK KENALAH JAGA


Hidayah dan taufik adalah merupakan intan berlian maknawi
dan rohani. Ia adalah sangat berharga. Seperti jugalah intan

126
TASAWUF

berlian yang bersifat maddi (material). Sesiapa yang memili-


kinya, dia dianggap orang kaya dan mulia. Begitulah orang yang
memiliki intan berlian maknawi dan rohani. Dia merupakan
orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya. Sesiapa
yang mempunyainya, hidupnya terpimpin. Akhlaknya mulia.
Syariatnya terjaga. Imannya teguh dan bercahaya dan dia
menjadi orang yang berbahagia.
Perlu diingat, hidayah dan taufik seperti jugalah barang yang
berharga, umpama emas, intan, berlian, ia boleh hilang. Oleh
itu kenalah jaga dan pelihara sebaik-baiknya agar ia jangan
hilang dari kita. Barang yang hilang dari kita, susah hendak me-
milikinya semula melainkan terpaksa berhempas pulas berusaha
mencarinya. Kalau tidak ia tetap terus hilang dari kita buat
selama-lamanya.
Oleh kerana itulah Allah SWT mengingati kita di dalam Al
Quran:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau


gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami
petunjuk dan kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu. Sesung-
guhnya Engkau adalah Maha Pemberi.” (Ali Imran: 8)

MENJAGA HIDAYAH DAN TAUFIK


Bagaimana menjaga dan memelihara hidayah dan taufik agar
ia kekal menjadi milik kita atau agar ia tidak hilang dari kita. Di
antaranya ialah:
1. Kita syukuri nikmat Tuhan yang paling berharga itu. Kita
rasakan bahawa ia adalah nikmat dan pemberian yang tidak
ternilai.
2. Kita istiqamah mengamalkannya dengan tekun serta penuh

127
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rasa bimbang kalau-kalau Allah SWT mengambilnya semula


atau bimbang kalau Allah Taala tarik semula.
3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar. Terutama
di waktu-waktu terasa malas hendak mengerjakan kebaikan
dan terasa ringan hendak melakukan kemungkaran.
4. Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik. Ini sangat
membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan
kita terasa ada kawan.
5. Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas
daripada pimpinan. Adanya pimpinan itu perlu kerana kita
sentiasa mendapat nasihat, tunjuk ajarnya serta ilmunya
yang diberi dari masa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIK DITARIK


SEMULA
Hidayah dan taufik kalau tidak pandai menjaganya ia akan
diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Di waktu itu
kita akan hidup terumbang-ambing. Tiada disiplin, tiada isti-
qamah, malas beramal, ringan saja dengan maksiat, jiwa derita
dan sengsara walaupun punya kekayaan yang banyak dan serba
ada. Di antara sebab-sebab hidayah dan taufik ditarik balik ialah:
1. Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk
ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya. Di waktu itu
kita kehilangan pemimpin. Terumbang-ambinglah hidup
kita.
2. Derhaka dengan dua ibu bapa. Kita sia-siakan kedua-dua-
nya. Kita biarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga hingga
terbiar kehidupan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi kalau dia
marah atau rasa tidak senang dengan kita.
3. Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka
dengan ibadah sudah tidak seronok atau telah mula terasa
berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan
mula cuai, dengan halal dan haram mula tidak ambil kira,

128
TASAWUF

akhirnya takut dengan Tuhan perlahan-lahan dihakis dari


hati kita hingga hilang semuanya sekali.
4. Menzalim orang lain. Dengan sebab menzalim, rasa takut
dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Selepas itu cuai
pun datang. Malas beribadah. Kemungkaran dan maksiat
sedikit demi sedikit sudah berani dibuat. Begitulah seterus-
nya hingga hanyut dan tenggelam di dalam maksiat.
5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga
syariat. Kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan
itu. Kemudian terus terlajak dan sedap dengan perbuatan
itu dan selepas itu terus hanyut dengan arus kemungkaran
dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

129
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Hidayah Suatu yang Mahal

Hidayah suatu yang mahal


Taufik lebih lagilah bertambah mahal
Mahalnya tidak boleh ditukar gantinya
Sekalipun dengan mata benda yang paling mahal
Intan berlian yang diidam-idamkan oleh manusia
Hidayah dan taufiq harta yang paling berharga
dunia dan Akhirat
Intan berlian harta benda yang berharga di dunia aja
Kiamat dunia hanyutlah dia tidak sampai ke mana
Hidayah dan taufik hingga ke Akhirat kekal abadi
Tiada hidayah, tiada taufik hidup tidak ada erti
Atau hidup sia-sia tiada gunanya
Sekalipun kita menjadi orang yang paling kaya
atau paling berkuasa
Hidup di dunia panjang umur pun tiada gunanya
Justeru itulah Islam memerintahkan
Di dalam doa pintalah hidayah serta taufik-Nya
Apabila keduanya dapat menjadi milik kita
wah mulianya
Hidup di dunia miskin papa pun tidak mengapa
Kekayaan Akhirat sedang menunggu kita
di dalam Syurga
Panjatkanlah doa, mintalah hidayah dan taufik
Semoga kita mendapat rahmat Allah
sepanjang masa di dua negara

12 – 05 – 1997

130
TASAWUF

Sajak 2
Hidayah dan Taufik adalah Hak Tuhan

Setiap manusia boleh berusaha


Usaha tidak memberi bekas
Ia hanya diperintah oleh Allah Taala
Tapi hidayah dan taufik adalah hak Tuhan
Ia adalah sangat berharga dan mahal
Ia adalah rahsia Tuhan,
Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka
Hasil usaha manusia dia jadi pandai
Tapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapat
Sekalipun hafaz Al Quran, Hadis di dalam kepala
Tidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan
Menjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak Tuhan
Ertinya orang alim pun belum tentu ilmunya menjadi panduan
Siapa pun boleh menceritakan Islam
Tapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannya
Kerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati
oleh orang yang boleh menceritakan
Beberapa banyak para motivator Islam
Hanya dia sebagai saluran mencari makan
Namun tukang cakap tidak mesti mengamalkan
Pensyarah Islam tidak semestinya dia muslim
Orang Islam pun tidak mesti mengamalkan Islam
Memanglah hidayah dan taufik itu sangat mahal
Penentu kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat
Ia adalah hak Tuhan
Ia adalah rahsia Tuhan
kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikan
Oleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada Tuhan
Kerana ia adalah aset yang paling berharga
untuk keselamatan insan

Menjelang tidur
28 – 08 – 2001

131
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

18
TEGAS DENGAN PRINSIP

S
eorang Islam yang tegas dengan prinsip ialah orang yang
kuat berpegang dengan agamanya dan sentiasa meng-
amalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya.
Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkan-
nya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidak
kira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasi
dan kondisi yang bagaimana pun.
Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidak
dapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihenti-
kan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atas
dirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upaya
melawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau dia
dibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskan
dirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasa
dibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak boleh
melakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah di
dalam keadaan darurat.

ORANG ISLAM YANG TEGAS DAN TEGUH


DENGAN PRINSIP
Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orang
kata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut

132
TASAWUF

kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. Kerana


Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dan
dihayati, telah mendarah mendaging dan telah sebati dan men-
jadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hingga
menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan
Islam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesal
dirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orang
menentang dan menghina agamanya.
Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban
untuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bah-
kan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-
ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamal-
kannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat
diamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

SEBAB TEGAS DENGAN PRINSIP/BERPRINSIP


Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak ramai sekalipun
di kalangan para pejuang dan pendakwah-pendakwah atau da’i-
da’i. Oleh kerana itulah Islam amat susah diterima oleh orang
ramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka
sangat takut dengan Islam.
Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegang
dengan prinsip atau dikatakan orang ada prinsip ialah:
1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul dan
baik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yang
kuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yang
baik pula.
2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayati
bukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.
3. Seseorang itu ada cita-cita. Islam bukan setakat untuk diri-
nya tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup di
alam sejagat ini.
4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam,

133
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganya


kemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.
5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaah
Islamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yang
baik yang boleh menyampaikan Islam secara baik dan
pemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peri-
badinya.
6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan bangga
dengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besar
dan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan mem-
perjuangkannya.

ORANG YANG TIDAK TEGAS ATAU TIDAK


TEGUH DENGAN PRINSIP
Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip atau
pegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip. Dia
mengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat,
kadang-kadang tidak. Bertukar sahaja suasana dia pun bertukar
sikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalau
bergaul sahaja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut serta
lalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalan
biasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya.
Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam di
sesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orang
besar, dia diam sahaja. Sudah tidak berani lagi memberi pan-
dangan. Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalam
majlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar sahaja apa
yang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun ter-
tinggal. Susah hati sedikit, hukum-hakam pun terlanggar. Sakit
sahaja sedikit, syariat pun cuai.

SEBAB ORANG ISLAM TIDAK TEGAS DENGAN PRINSIP

Antara sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsip


adalah seperti berikut:

134
TASAWUF

1. Kerana sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil,


bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untuk
memperkatakan dan memperjuangkannya.
2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh dengan
prinsip ialah dikeranakan oleh kelemahan iman atau jiwa
lemah. Lemah iman kerana cinta dunia. Cita-cita Islam
sudah tidak ada.
3. Kerana mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikut-
ikutan, bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran ber-
agama.
4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik oleh
suasana, bukan kerana didikan oleh satu pengajian dan
ikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukar
prinsip hidupnya.
5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise,
bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkin
tujuan makan gaji dan sebagainya. Orang itu akan hanyut
mengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmu
Islam.
6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar dan
paksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmah
serta dapat mengikut suri teladan yang baik. Apabila bebas
daripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkan
atau membuat secara cuai.
7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkan
macam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yang
menipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya daripada
tegas kepada cuai mengamalkan atau lalai mengamalkan-
nya.
8. Mungkin seseorang itu lemah kerana dia keseorangan.
Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya men-
jadi kurang atau luntur. Maka di dalam suasana yang ter-
tentu, tidak berani lagi dia memperkatakan kebenaran itu
dengan tegas.

135
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

9. Boleh jadi juga seseorang itu kerana ujian yang teruk, dia
tidak tahan lalu kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhir-
nya dia longgar atau rasa serik mengamalkan prinsip hidup-
nya.

ISLAM MENYURUH TEGAS, BUKAN KERAS


Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamal-
kannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannya
atau memperkatakannya dan gigih memperjuangkannya di
mana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidak
menyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas. Islam adalah
agama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapi
disuruh tegas.
Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pen-
dakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuangan
atau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamal-
kannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain.
Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memper-
katakan hukum-hakamnya. Tegas kalau untuk orang lain tapi
untuk diri sendiri longgar dan cuai.
Di dalam menyampaikan Islam, dia mengata, mengumpat
dan menuduh kepada golongan-golongan yang tertentu. Ada-
kalanya hingga sampai maki-hamun, mengutuk dan menem-
pelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akh-
laknya rosak, maruahnya tidak dijaga. Mereka menyangka cara
itulah yang dikatakan tegas.
Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras. Tegas
ertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendak
Islam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang,
tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua,
terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memper-
juangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyai
akhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebih
dahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan

136
TASAWUF

hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta ke-
luarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangat
menghormati hukum-hakam. Begitulah orang yang tegas
dengan prinsip.
Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi keras
memperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramai
jadi benci dengan Islam. Lebih-lebih lagi orang kafir, mereka
takut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para da’i
serta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka.
Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahan
tidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

137
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Orang yang Ada Prinsip Hidup

Orang yang ada prinsip hidup itu


adalah orang yang beragama
Kerana mempertahankan prinsip,
dia tidak berubah mengikut suasana
Dia kayakah atau miskin, sikapnya sama
Bertemu orang besar atau orang kecil,
amalan kebiasaannya tetap dipertahankan
Bagaimana sibuk sekalipun, amal ibadahnya
tidak akan dicuaikan
Dia tidak akan inferiority complex
bertemu orang kaya sekalipun dia miskin
Dia boleh bergaul dengan sesiapa
sekalipun dia berpangkat dan kaya
Walaupun berhadapan dengan keadaan apa sekalipun,
disiplin hidupnya tetap dipertahankan
Syariat tetap dijaga,
maruahnya tidak dikorbankan oleh suasana
Di waktu susah atau senang,
sikap hidupnya tidak berubah
Di masa sakit atau sihat, sikap hidupnya sama sahaja
Berubah suasana,
dia tidak akan mengubah sikap hidupnya
Kata-kata dan penghinaan orang
tidak akan menggugat pendiriannya
Keyakinannya tidak akan berubah
dengan berubahnya suasana
Dengan Tuhan sangat taat
dengan cara menjaga syariat-Nya

138
TASAWUF

Walau dalam keadaan apa sekalipun


Begitulah orang yang hidup yang ada prinsip
Dia tetap istiqamah di dalam mempertahankan
disiplin hidupnya
Kerana rasa bertuhan begitu dijiwainya
Rasa kehambaan subur sekali
Menjadikan dia orang yang ada pendirian
Yang tidak dapat digugat oleh suasana kehidupan
Walau di dalam keadaan apa sekalipun
dia tetap dengan prinsipnya

139
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

19
UMAT ISLAM MESTI
MEMBANGUN DAN BERTAMADUN
BERSAMA AKHLAK MULIA

P
epatah pujangga Islam ada berkata yang bermaksud:
“Sesungguhnya bangsa itu wujud ketika mana masih
wujud akhlak mereka. Bilamana akhlak mereka punah
maka dianggap mereka tidak wujud lagi.”
Agar selamat dunia Akhirat, umat Islam hendaklah mem-
bangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yang
terpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disip-
lin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun mungkin berjaya,
megah di dunia sahaja, di Akhirat akan kecundang. Ini kerana
segala usaha dan kemajuan itu tertolak dan tidak diterima oleh
Allah, maka Nerakalah padahnya.
Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuan
tanpa akhlak, ketenangan, keselamatan dan keharmonian hidup
tidak akan tercapai. Kemajuan tanpa akhlak, umat Islam hanya
memperolehi sekadar kemudahan hidup atau kemewahan se-
mata-mata. Namun, sebagaimana yang telah disebutkan sebe-
lum ini, pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidak
bertunjangkan iman dan taqwa iaitu bersama akhlak yang mulia,
ia ada side effectnya. Ia tidak terlepas daripada gejala-gejala
masyarakat yang tidak sihat dan kemungkaran. Ia tidak terlepas
daripada berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianat-
mengkhianati dan lain-lain lagi. Maka dengan itu kekuatan umat

140
TASAWUF

Islam tidak akan kekal lama. Kemajuan semata-mata, ia pasti


cepat runtuh jika orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah-
nya.
Selain itu kemajuan yang tidak berserta akhlak mulia, kita
akan dibenci oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka akan mengu-
tuk, sakit hati dan kita akan mendapat banyak musuh. Lihatlah
apa yang berlaku kepada bangsa-bangsa Eropah, Amerika dan
Rusia. Di zaman kemegahannya, mereka kuat, tapi dunia benci.
Mereka maju, tapi dunia tidak senang. Mereka bertamadun, tapi
mereka tidak disukai. Orang bersandar dengan mereka secara
terpaksa bukan secara rela. Dunia akui mereka berilmu dan maju,
tapi dunia benci kerana perangai mereka, insaniah mereka
adalah seperti haiwan.
Di dalam kemajuan dan tamadun, mereka membawa berma-
cam-macam penyakit dan masalah kepada dunia. Hari ini tidak
ada dunia yang tidak diserang oleh penyakit-penyakit dari Barat
dan Amerika seperti penzaliman, pendedahan aurat, kemis-
kinan, pelacuran, pembunuhan, rompak, curi, disko, perjudian,
minum arak, perogolan, hidup nafsi-nafsi, tidak hormat ibu bapa,
binatang-binatang lebih disayangi daripada manusia, homo-
seksual, lesbian, AIDs, pergaulan bebas dan seribu satu macam
penyakit kekufuran dan moral.
Apakah kita umat Islam hari ini sedang berjuang ke arah
kemajuan, pembangunan dan tamadun seperti yang telah dicipta
oleh Barat dan Amerika? Apakah kemajuan dan tamadun seperti
yang telah diperjuangkan oleh orang Barat yang kita mahu ba-
ngunkan? Apakah kemajuan seperti itu boleh membawa kebaha-
giaan dunia Akhirat?
Kalau cara itu yang kita mahu, tidak payah kita menyebut
Al Quran dan Sunnah. Tanpa Al Quran dan Sunnah pun mung-
kin kita boleh laksanakan. Kita juga tidak perlu jadikan Islam
sebagai panduan jika kita hendak bertamadun secara Barat. Ini
kerana telah banyak bangsa di dunia yang bertamadun tanpa
Islam, sepertimana bangsa Rom, Farsi dan Yunani. Kemudian
diikuti oleh Barat dan Amerika. Hingga hari ini belum ada negara

141
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

yang sedang membangun dapat mengatasi kemajuan mereka,


sama ada di bidang ilmu, pembangunan, kemajuan sains dan
teknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Tapi bagaimana?
Dunia kutuk Barat, dunia tidak senang hati dengan mereka.
Oleh itu umat Islam harus berjuang untuk bangun membina
kekuatannya yang tersendiri, yang mempunyai bentuk dan
identiti tersendiri, yang berlainan, yang unik dan dapat menga-
tasi mereka tapi disenangi oleh manusia sejagat serta memberi
kebaikan dunia dan Akhirat.
Umat Islam pernah membina tamadun dan peradaban fizikal
dan spiritual (kerohanian) memakan masa beratus tahun lama-
nya. Mereka pernah membawa keamanan dan keharmonian,
mereka menguasai dunia dan disenangi, mereka menjadi guru-
guru yang dihormati, penaung yang melindungi, adil di dalam
melayani, tapi sekarang semuanya telah hilang. Kita umat Islam
wajib mencari semula barang yang hilang itu. Ia ada tersembunyi
di dalam Al Quran dan Sunnah. Kita wajib keluarkan kembali
agar ia menjadi satu tenaga super power yang akan melindungi
dan menyelamatkan dunia sekali lagi.

142
TASAWUF

SAJAK

Mengapa Derhaka dalam Membangun

Islam tidak melarang membangun,


bahkan menggalakkan
Mampu membangun, membangunlah
Tapi mengapa derhaka di dalam membangun?
Islam membenarkan berkemajuan
Sejauh yang termampu buatlah
Mengapa berkemajuan bersama kederhakaan?
Atau berkemajuan membuat yang haram?!
Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan
tanpa derhaka serta hindarkan perbuatan haram
Gunakanlah kebebasan
Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia
Atau hingga melanggar larangan Tuhan
Buatlah apa sahaja tapi jangan menjolok mata
Hingga separuh telanjang pun tak apa?
Pakaian jarang jadi budaya
Jangan sampai terlanggar akta
Jangan pula undang-undang dilanggar
Atau untuk golongan tertentu aja
Berusahalah untuk kemajuan
Untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara
Jangan pula sampai agama terhina
Atau agama tidak diambil kira
Carilah kekayaan, perolehilah kesenangan
Tapi jangan makan seorang
Hidup di dunia ini kenalah fikir semua hal
Di dalam memikirkan diri, fikirlah juga orang
Di dalam membangun dan berkemajuan,
agama jangan korbankan

143
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di dalam menegakkan kebebasan,


jangan korbankan maruah
dan adat resam yang mulia
Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan,
jangan menyusahkan orang
Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun,
tiada larangan
Tapi maruah diri, agama, bangsa dan negara
kenalah jaga
Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah
di dunia
Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya,
ada panduan, ada budi bicaranya
Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan
Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan

Selepas Asar
07 – 05 – 1997

144
TASAWUF

20
BAGAIMANA MENGIMBANGI
ANTARA DUNIA DENGAN AKHIRAT

D
alam kitab ada menyebut bahawa Hadis Rasulullah SAW
ada memberitahu:

Maksudnya: “Bukanlah kebaikan itu orang yang me-


ninggalkan dunianya kerana Akhiratnya dan tidak juga
orang yang meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya se-
hinggalah memperoleh kedua-duanya sekali.” (Riwayat Ibnu
Asakir)
Oleh kerana ada Hadis menyebut seperti di atas, maka lum-
rahlah orang bercakap termasuk orang yang cinta dunia dan
bergelumang dengan dunia. Bahkan semua golongan bercakap
tentang ini. Maklumlah dunia itu mudah manusia cenderung
kepadanya apatah lagi apabila ada hujah dan dalilnya pula, lagi-
lah ada alasan mereka memburunya tanpa memikirkan panduan
dan guidelinenya. Mereka buru dunia semahu-mahunya, tidak
kira cara mana dan bagaimana.
Di antara cakap-cakap yang selalu kita dengar dan baca sama
ada di pentas-pentas dakwah, di majlis-majlis ceramah, di pen-
tas-pentas politik, di dalam majlis-majlis pengajian, di dalam

145
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bualan harian, melalui TV, surat khabar, majalah dan lain-lain


lagi seperti berikut:
“Dunia pun kita hendak, Akhirat pun kita hendak.”
“Janganlah tinggalkan dunia kerana Akhirat. Begitulah juga
jangan tinggalkan Akhirat kerana dunia. Tuhan suruh kita
mengambil kedua-duanya sekali iaitu dunia dan Akhirat.”
“Akhirat memanglah kita tidak boleh nafikan tapi kita kan
tinggal di dunia sekarang, hendak fikir juga tentang dunia.”
“Akhirat, Akhirat juga. Dunia, dunia juga. Jangan lupa kedua-
duanya.”
“Kalau kita tidak ada harta dunia, Akhirat kita pun tidak
sempurna. Habis bagaimana hendak berzakat, kalau kita tidak
ada harta?”
“Kalau kita tidak ada harta, bagaimana hendak naik haji.”
“Bagaimana hendak membuat kebaikan kalau tidak ada
duit.”
“Ambillah dunia, tapi jangan sampai lupa Akhirat.”
“Dia itu asyik ibadah sahaja, apa anak isteri hendak makan?”
“Ibadah, ibadahlah. Bekerja kena juga untuk mencari rezeki.”
“Siapa hendak memberi makan anak isteri?”
“Dia itu sama naik. Dunia pun dia buru, Akhirat juga dia
buru.”
Ada yang bercakap lebih hebat lagi dan memeranjatkan kita,
“Dia itu walaupun penari atau pelacur tapi dia sembahyang.”
Inilah di antara kata-kata yang kita dengar daripada yang
diucapkan oleh orang kampung hinggalah orang bandar, pen-
dakwah, tok-tok guru, alim ulama, penceramah, ahli-ahli politik,
ahli-ahli ekonomi, pembesar-pembesar dan lain-lain lagi.
Apabila kita mengambil kedua-duanya sekali barulah seimbang
kata mereka.
Bagi orang yang gila dunia, cakap-cakap macam tadi sudah

146
TASAWUF

cukup memberangsangkan dan sudah memadailah untuk


dijadikan hujah dan dalil untuk memburu dunia tanpa lagi me-
mikirkan bagaimana caranya, bagaimana syarat-syaratnya, cara
mengambil kedua-duanya sekali itu bagaimana. Pada mereka
cakap-cakap itu sudah memuaskan hati. Tidak ada yang menge-
lirukan lagi. Maka mereka burulah dunia dengan tidak fikir halal
dan haram. Tidak memikirkan cara mana dan bagaimana yang
dibenarkan. Yang penting buatlah apa cara asalkan mendapat
keuntungan.
“Tuhan kan menyuruh kita mencari kekayaan? Asalkan
jangan tinggalkan sembahyang! Bulan puasa, kita puasalah. Sam-
pai masa nanti kita naik haji sudahlah.”
Bagi orang yang hendak mencari kebenaran yang mahukan
kedua-duanya, juga masih terkeliru. Ucapan-ucapan itu masih
bersifat umum. Mereka masih bingung kerana huraiannya tidak
ada. Takkan begitu sahaja. Mesti ada cara-caranya. Mesti ada
syarat-syaratnya. Mesti ada panduannya. Akhirat itu Akhirat
yang macam mana? Dunia pun dunia yang macam mana.
Itulah pendirian orang yang ikhlas dan ingin cari kebenaran.
Mereka tidak menolak pandangan yang berpendapat bahawa
dunia Akhirat itu kenalah diambil kedua-dua sekali. Tapi cakap
macam itu pada mereka masih belum boleh lagi untuk dijadikan
tindakan. Takut nanti terjatuh ke dalam kesalahan. Mereka mahu
penjelasan. Mereka mahukan panduan. Mereka memerlukan
huraian. Mengambil keduanya secara melulu, itu bukan ajaran
Islam.
Islam mesti ada peraturan mengenai kedua-duanya. Islam
adalah ajaran yang indah, selamat menyelamatkan. Mengambil
kedua-duanya mesti ada caranya. Bila melaksanakannya, me-
nyenangkan. Tidak ada was-was lagi.
Kalau kita ingin menganalisa dan membaca kehendak-
kehendak mereka yang tersirat daripada cakap-cakap mereka,
seolah-olah pada mereka mengambil dunia atau Akhirat itu, iaitu
mengambil kedua-duanya sekali ialah:

147
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

“Kita carilah dunia sebanyak mana pun, tak usah fikir halal
dan haram. Tak usah fikir bagaimana caranya. Buatlah apa sahaja
dan buatlah cara mana pun asalkan mendapat keuntungan. Tapi
jangan tinggal sembahyang, puasa, zakat, naik haji bila mampu.
Itulah yang dimaksudkan dengan kehendak Hadis itu. Iaitu
dunia kena buat, Akhirat pun kena buat. Kita carilah dunia tapi
agama jangan ditinggalkan. Carilah kekayaan, buatlah kema-
juan. Buatlah pembangunan tapi jangan tinggal sembahyang dan
lain-lain seperti yang telah disebutkan tadi.”
Kalau kita terima begitu saja pandangan mereka itu, ia adalah
amat merbahaya. Ia keliru dan mengelirukan. Kita akan terjatuh
nanti ke lembah kesesatan.
Kita memang disuruh mengimbangkan di antara dunia dan
Akhirat. Bahkan kita wajib menerima bahawa dunia dan Akhirat
itu mesti seimbang. Kalau tidak seimbang di antara dunia dan
Akhirat atau agama dan dunia, kita akan terjebak kepada kesa-
lahan dan kesilapan yang besar. Di waktu itu agama akan rosak,
dunia juga akan rosak. Oleh itu keseimbangan di antara kedua-
duanya amat perlu sekali.
Badan manusia contohnya, kalau makan minum tidak seim-
bang, iaitu jenis-jenis apa yang dimakan untuk keperluan dan
kesihatan tubuh, nescaya badan tidak akan sihat. Ia akan menim-
bulkan masalah kepada badan. Badan akan berpenyakit. Mung-
kin macam-macam penyakit yang akan menyerangnya. Begitu-
lah juga mesti ada keseimbangan di antara dunia dengan Akhirat
atau di antara agama dengan dunia. Kalau tidak, pasti akan
berlaku kerosakan.
Oleh itu keseimbangan di antara dunia dan Akhirat perlu
diperjuangkan agar dunia selamat, Akhirat pun selamat. Me-
mang agama Islam itu kalau dapat difaham dan mampu menga-
malkannya, ia akan membawa keselamatan dunia dan Akhirat.
Di sinilah keistimewaan ajaran Islam yang tiada pada agama
lain.
Apabila kita telah boleh menerima bahawa dunia Akhirat
mesti seimbang atau agama dan dunia itu mesti seimbang, bagai-

148
TASAWUF

mana hendak mengimbangkannya? Apa maksud seimbang di


antara dunia dan Akhirat? Apakah maksud seimbang di sini?
Kalau menurut ukuran benda, kalau satu sama-sama satu. Kalau
dua, sama-sama dua. Atau kalau ia jenis yang hendak diukur
untuk dibagi seimbang, kalau satu kaki hendaklah kita bahagi
sama-sama enam inci. Atau kalau dua orang yang berkongsi
berniaga mengeluarkan modal yang sama banyaknya, kemudian
apabila mendapat untung dua ratus ringgit maka kenalah setiap
orang mendapat seratus ringgit. Atau kalau barang yang hendak
ditimbang yang berat satu kati maka batu mengimbangnya mesti
satu kati juga beratnya. Barulah ia seimbang.
Ya! Kalau berlaku kepada alam benda sama alam benda, yang
sama jenis seperti yang disebutkan di atas maka kita boleh terima
dan mesti terima. Ukuran panjang kalau hendak dibahagi, mes-
tilah sama-sama panjang. Jangan ada yang lebih, ada yang ku-
rang. Ia jadi tidak seimbang. Kalau jenis timbang mestilah sama
beratnya, begitulah seterusnya.
Tapi, apakah seimbang di antara dunia dengan Akhirat itu
sama seperti ukuran benda-benda tadi? Kalau kita kata ‘ya’, tang-
gapan itu adalah salah kerana dua perkara yang hendak diseim-
bangkan ini tidak sama sifatnya. Dunia adalah alam syahadah
atau alam benda atau alam fizik. Sedangkan Akhirat pula adalah
alam ghaib yang masanya tidak berkesudahan atau tidak ter-
batas. Alam syahadah iaitu dunia ini masanya terhad atau ter-
batas atau ada kesudahan. Agama bersifat maknawiah dan
rohaniah sedangkan dunia bersifat maddiah iaitu fizikal dan
material.
Maknawiah dan rohaniah dapat ditangkap dan dirasa oleh
akal dan jiwa atau roh, sedangkan dunia yang bersifat maddiah
itu dirasa oleh mata dan sentuhan lahir. Ia bersifat hissiah.
Kalau begitu kedudukannya, kedua-duanya tidak sama. Dua
perkara yang tidak sama ini hendak diseimbangkan, mana boleh
diukur mengikut hukum logik atau mengikut teori ilmu akal
atau ilmu mantik. Kalau kita lakukan juga, ia adalah sangat tidak
tepat. Ia satu kesalahan besar. Satu kesilapan yang akan mem-

149
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bawa kerosakan yang besar sekali. Ia akan merosakkan peranan


agama itu sendiri.
Oleh itu hendak mengimbangkan di antara dunia dengan
Akhirat atau di antara agama dengan dunia, kenalah berhati-
hati. Dunia ada campur tangan manusia, tapi agama, manusia
tidak boleh campur tangan langsung. Ia adalah hak mutlak Allah
Taala. Oleh itu sekali lagi saya katakan berhati-hatilah.
Jadi, apa maksud seimbang di sini? Dan bagaimana hendak
mengimbangkan di antara dua perkara yang berlainan sifatnya
itu? Adakah ia terasing di antara satu sama lain? Atau satu sama
lain itu terserap?
Kalau kedua-duanya bersifat material atau fizikal tentu boleh
nampak. Tapi satu bersifat material, nampak dan boleh dirasa
dan satu lagi bersifat maknawiah dan rohaniah, tidak nampak
oleh mata dan tidak dapat dirasa oleh sentuhan kerana ia bukan
bersifat hissiah. Kalau nampak atau dapat dilihat adalah mudah
dan senang untuk menyukat setakat mana yang dikatakan
seimbang itu.
Pada pandangan dan pendapat saya, erti seimbang di antara
dunia dan Akhirat atau di antara agama dengan dunia itu ialah:
Setiap usaha atau perjuangan yang hendak dibangunkan
yang bersifat material atau fizikal seperti aspek pembangunan,
ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, pertanian, perhubungan dan
lain-lain lagi, hendaklah Islam sebagai pendisiplinnya atau ia
tidak boleh lari daripada diikat dengan tauhid dan syariat Islam
atau Islam menjadi penyelarasnya.
Sebagai contoh, kita membangunkan projek mestilah mengi-
kut syarat-syarat di bawah iaitu:
1. Niat membangunkannya atau tujuan projek itu dibuat
hendaklah kerana Allah Taala, yang mana Allah Taala
menyuruh membuat untuk kepentingan manusia.
2. Perkara yang hendak dibuat itu memang dibenarkan atau
diharuskan oleh Islam seperti membuat jalan raya atau
bangunan pejabat. Bukan membuat bangunan tempat judi

150
TASAWUF

atau tempat arak atau untuk tari-menari di antara lelaki dan


perempuan.
3. Perlaksanaannya mesti betul. Contohnya, duit untuk mem-
bangunkan projek daripada hasil yang halal, jangan berlaku
rasuah di situ atau bahan-bahannya mesti halal.
4. Membangunkan projek itu jangan sampai tertinggal ibadah
yang asas iaitu jangan sampai tertinggal atau terabai Rukun
Islam yang lima, terutamanya sembahyang lima waktu. Erti-
nya jangan pula kerana pembangunan, tertinggal sembah-
yang.
5. Digunakan secara betul seperti kegunaan untuk pejabat,
tempat sembahyang, tempat pendidikan, tempat mesyuarat,
benteng pertahanan, untuk tetamu, tempat perniagaan dan
lain-lain lagi yang jelas tidak bercanggah dengan Islam.
Lima syarat tadi itulah agamanya atau Islamnya atau Akhirat-
nya. Ia telah menjadi pendisiplin di dalam membangunkan
dunia tadi, iaitu projek tersebut. Jadi pada dunia tadi ada Akhi-
ratnya, yakni lima syarat itu. Dunia tadi telah ‘beragama’ atau
dengan kata-kata lain projek-projek dunia tadi telah jadi Islam
atau telah diislamkan kerana projek yang bersifat dunia itu telah
menerima syarat-syarat yang Islam kehendaki.
Kalau begitulah kedudukannya, projek-projek tadi telah
menjadi dunia dan Akhirat. Itulah juga agama, dan itu juga
dunia. Maka orang yang berusaha membangunkan projek itu
dapat dua keuntungan, iaitu keuntungan dunia dan keuntungan
Akhirat. Dunia maju kerana projek tadi dapat dimanfaatkan di
dunia lagi. Manakala di Akhirat diberi pahala dengan Syurga
kerana mengikut lima syarat itu. Ini lebih-lebih lagi untung iaitu
keuntungan yang maha besar lagi kekal abadi.
Jadi kalaulah kita faham ajaran Islam, tidak prejudis dengan-
nya, mahu bersungguh-sungguh mengamalkannya dan kita
jadikan Islam sebagai pengawal, maka apalah yang hendak di-
takutkan dengan Islam. “Nanti kalau ikut Islam, mundur. Kita
akan ketinggalan, kita tidak maju.”

151
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Fikiran begitu sepatutnya tidak timbul kerana mengikut


ajaran Islam, dunia yang kita bangunkan itu, benda yang satu
juga. Itulah juga yang hendak jadi dunia sahajakah, atau itu juga-
lah yang hendak jadi kedua-duanya sekali iaitu dunia dan
Akhirat.
Apabila lima syarat tadi jadi pendisiplin, jadilah usaha kita
itu tidak kira di aspek mana, ia menjadi dunia Akhirat. Bukan
terpisah. Bukan terasing seperti yang difahami oleh ramai umat
Islam. Maka seimbanglah sudah di antara dunia dan Akhirat
atau agama dengan dunia.
Jika sekiranya lima syarat tadi tidak diambil kira, usaha kita
itu jadi dunialah semata-mata. Kalaupun tidak ada unsur-unsur
yang membawa dosa tapi sayanglah dan rugilah usaha kita itu
kerana tidak mendapat pahala apa-apa. Hanya mendapat un-
tung di dunia sahaja. Tidak sampai mendapat keuntungan di
Akhirat. Maka tidak seimbanglah usaha kita itu. Hanya jadi du-
nia semata, tidak jadi Akhirat sama. Oleh yang demikian maka
timbul, ambil dunia tinggal Akhirat, ambil Akhirat tinggal dunia.
Sedangkan perkaranya satu, kecuali ibadah asas. Apa yang saya
perkatakan itu cukuplah saya datangkan satu contoh. Kalau kita
faham, kiaskanlah sahaja usaha-usaha dan perjuangan kita itu
di aspek-aspek yang lain.

152
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Jadikan Dunia Bernilai Akhirat

Dunia yang nampaknya hebat


Cantik dan indah mempesona setiap manusia
Kita manusia sahaja yang merasa cantik dan indah
Pada Tuhan tidak ada nilainya
sekalipun senilai habuk
Atau senilai sebelah sayap nyamuk
Kalau dunia ini ada nilai pada Tuhan
walaupun seberat habuk
Nescaya Tuhan tidak akan memberinya
kepada orang kafir
Begitu juga kalau orang Islam
Di waktu taat Tuhan beri,
di waktu derhaka Tuhan tarik
Adakalanya Tuhan beri,
adakalanya Tuhan tahan
Nescaya parahlah manusia ini
Tapi pada Tuhan, dunia sedikit pun
tidak ada nilai di sisi-Nya
Orang kafir pun Allah Taala beri makan
dan berbagai-bagai nikmat lagi
Bahkan adakalanya orang kafir
lebih banyak diberi daripada orang beriman
Begitulah nilai Tuhan terhadap dunia
Oleh kerana dunia ini tidak ada nilainya
di sisi Allah
Tuhan menyuruh kita berilah dunia ini
nilai Akhirat

153
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Jadikan dunia ini jambatan ke Akhirat


Jual dunia ini untuk beli Syurga
Kalau tidak begitu, dunia ini tidak ada harga
Dunia ini kalau tidak dijadikan Akhirat
Kita hidup sia-sia, dunia akan binasa
Kalau kita gunakan dunia untuk Akhirat
Dunia sudah ada nilai Akhirat,
ia kekal abadi di sana

Menjelang tidur
29 – 09 – 1999

Sajak 2
Bagaimana Manfaatkan Dunia

Hakikatnya dunia ini adalah kotor


Ia adalah ibarat najis dan bangkai
Najis dan bangkai benda yang busuk dan menjijikkan
Kalau orang fahamlah bahawa najis itu adalah najis
Bahawa bangkai itu adalah bangkai, siapa hendak?
Tapi Tuhan telah takdirkan manusia hidup di dunia
Hidup di dunia sementara waktu
Akhirnya ke Akhirat semuanya
Tuhan menyuruh hamba-hamba-Nya
Pandai-pandailah menggunakan najis dan bangkai
Bagaimana menggunakan najis dan bangkai itu?
Kita gunakan najis dan bangkai itu
untuk membaja pokok Akhirat
Ertinya kita jadikan dunia itu Akhirat
Maka dia telah bernilai Akhirat, bukan nilai dunia lagi
Kerana itu Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia itu adalah tanam-tanaman ke Akhirat.”
Maksudnya dunia yang asalnya bangkai dan najis
Kita jadikan baja untuk tanaman Akhirat
Ertinya bangkai dan najis telah dimanfaatkan

154
TASAWUF

Kalau ia tidak dijadikan baja untuk tanaman Akhirat


Ia tidak jadi Akhirat
Ia tetap jadi dunia semata-mata yang tidak ada harga
Alangkah jeliknya dunia yang tidak jadi Akhirat
Adalah najis dan bangkai
Manusia berebut-rebut hingga bergaduh
Merebut najis dan bangkai
Kerana itulah kitab ada menyatakan:
“Dunia yang tidak jadi Akhirat, ia adalah bangkai,
Yang menuntut bangkai itu adalah anjing.”
Ertinya, manusia yang memburu dunia
yang tidak jadi Akhirat
Seperti anjing memburu bangkai

Menjelang tidur
01 – 11 – 1999

155
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

21
KEKAYAAN DAN FALSAFAHNYA

A
pabila menyebut kekayaan atau kaya, yang cepat menang-
kap pada fikiran umum atau apa yang cepat teringat oleh
kebanyakan orang ialah kekayaan harta dan wang ringgit.
Kebanyakan orang tidak terfikir bahawa ada kekayaan-kekayaan
yang lain. Kalaupun ada yang terfikir bahawa kekayaan itu
bukan harta dan wang ringgit sahaja atau bukan semata-mata
wang ringgit dan harta, tapi kekayaan bentuk lain itu kurang
diminati atau kurang sangat diperkatakan dan dibualkan orang.
Ini menunjukkan di antara fitrah semula jadi manusia ialah
ingin kaya atau kekayaan. Yang sangat menjadi tarikan dan mi-
nat ialah kekayaan harta dan wang ringgit. Ini menunjukkan
kekayaan wang ringgit dan harta atau kekayaan mata benda
dunia sangat mempengaruhi jiwa dan fikiran manusia.
Justeru itulah kita lihat di dalam pengalaman hidup manusia
bahawa manusia itu bertungkus-lumus pagi dan petang, siang
dan malam bekerja keras mencari kekayaan harta dan wang
ringgit, bahkan mereka mencari ilmu, berkawan, bahkan ada-
kalanya berkahwin pun adalah kerana dengan tujuan untuk
mencari kekayaan harta dan wang ringgit. Begitulah pengaruh
kekayaan wang ringgit dan harta kepada kebanyakan manusia.

BAHAGIAN KEKAYAAN
Yang sebenarnya kekayaan di dalam kehidupan manusia di

156
TASAWUF

dunia ini bukan kekayaan harta dan wang ringgit sahaja. Banyak
lagi kekayaan lain yang jarang diperkatakan oleh manusia.
Bahkan ada kekayaan yang lebih baik daripada wang ringgit
dan harta. Di bawah ini kita akan senaraikan bahagian-bahagian
kekayaan di dalam kehidupan manusia di dunia ini:
1. Kaya dengan wang ringgit dan harta
2. Kaya ilmu dan pengalaman
3. Kaya dengan anak-anak
4. Kaya dengan pengikut
5. Kaya jiwa
6. Kaya budi bahasa
7. Kaya dengan kawan dan kenalan

KEKAYAAN WANG RINGGIT DAN HARTA


Salah satu tarikan kepada manusia ialah kekayaan harta dan
wang ringgit. Di sini ada dua golongan manusia; satu golongan
mencari harta dengan yang halal semata-mata dan satu golongan
lagi mencari harta tidak kira halal dan haram semuanya disapu
belaka. Apa sahaja yang boleh mendatangkan kekayaan, dia buat
sama ada dengan judi, tipu, menjual arak, rasuah, membuka
rumah pelacuran, disko dan sebagainya.
Islam tidak melarang umatnya mencari kekayaan kerana ia
sesuai dengan fitrah manusia itu tapi dengan beberapa syarat
iaitu:
1. Hendaklah mencari kekayaan dengan cara halal.
2. Apabila kaya, cukup haul, hendaklah membayar zakat.
3. Hendaklah menjadi orang pemurah.
4. Hendaklah digunakan kekayaan itu kepada jalan Allah
seperti membantu fakir miskin, membangunkan rumah
ibadah atau tempat pendidikan, membantu orang berdak-
wah dan lain-lain lagi.

157
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5. Jangan ada pembaziran dan membuang-buang harta tidak


menentu.
6. Jangan digunakan untuk maksiat dan menderhakai Allah
Taala.
7. Jangan mencari harta hingga meninggalkan perkara-perkara
yang asas di dalam Islam seperti mengabaikan fardhu ain,
jangan meninggalkan sembahyang, puasa, sampai masa
hendaklah naik haji.
8. Kena tunaikan wajib yang aradhi seperti pada satu masa
masyarakat Islam perlukan satu bangunan untuk pendi-
dikan, masyarakat umum di kalangan umat Islam sudah
tidak mampu lagi memberi derma kerana susahnya, maka
orang yang kaya pada mereka adalah wajib aradhi mem-
biayai bangunan itu kerana dia mampu.
9. Orang kaya mesti sanggup jadi bank kepada masyarakatnya.
Hayati cerita di bawah:
Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata bahawa dia pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Kulihat Abdul Rahman
bin Auf masuk Syurga dengan merangkak.”
Sebahagian Sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepada
Abdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata:
“Engkau telah memperingatkan aku suatu Hadis yang tak
pernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruh
kafilah ini dengan muatannya kupersembahkan untuk fi-
sabilillah.”
Dia juga pernah berkata, “Sungguh kulihat diriku, seandainya
aku mengangkat batu nescaya kutemukan di bawahnya emas
dan perak.”
Dia sering menangis dan berkata, “Sesungguhnya aku khuatir
dipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yang
melimpah.”
Justeru itu segala kekayaan yang ada dilaburkannya di jalan
Allah. Sehingga pernah dikata orang:

158
TASAWUF

“Seluruh penduduk Madinah berserikat dengan Abdul Rah-


man bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkan kepada
mereka, sepertiga lagi dipergunakannya untuk membayar hu-
tang-hutang mereka dan sepertiga sisanya diberikan dan dibaha-
gikan kepada mereka.”
Dalam Al Quran ada menyebut:

Maksudnya: “Umpama orang yang menafkahkan


hartanya kerana mengkehendaki keredhaan Allah dan
menetapkan (keimanan) hatinya.” (Al Baqarah: 265)

KELAZIMAN SIKAP ORANG KAYA


Selalunya orang kaya Islam majoritinya apa yang berlaku di
dalam sejarah, tidak bersyukur kepada Allah Taala dengan
membuat perkara-perkara seperti di bawah ini:
1. Selalunya mendapatkan kekayaan tidak kira halal haram.
2. Sombong dengan manusia dan sombong juga dengan
Tuhan.
3. Menjadi orang yang bakhil dan kedekut.
Padahal Tuhan berfirman:

Maksudnya: “Hai orang yang beriman, nafkahkanlah


sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamu
sebelum tiba hari yang tidak ada jual beli pada hari itu, tidak

159
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ada persahabatan dan tidak ada pertolongan (yakni hari


Kiamat). Dan orang-orang kafir itu adalah orang-orang
yang aniaya.” (Al Baqarah: 254)
4. Menjadi orang yang tamak iaitu rasa tidak cukup. Firman
Allah:

Maksudnya: “Orang yang menyimpan emas dan perak


dan tidak membelanjakan kepada jalan Allah maka mereka
itu akan ditimpa azab yang pedih.” (At Taubah: 14)
5. Lalai dengan Allah Taala serta cuai dengan syariat-Nya.
6. Tidak mahu mengeluarkan zakat.
7. Menyalahgunakan kekayaan dengan memberi rasuah
kepada ahli politik yang berkuasa kerana hendakkan tender
dan hendakkan projek-projek.
8. Apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada keperluan-
keperluan masyarakat yang aradhi sudah tentu tidak
berlaku. Kalaupun ada bantuan dari mereka, ada udang di
sebalik batu.

Sejarah menceritakan kisah Sa’labah bin Hatib yang asalnya


miskin telah menjadi kaya raya setelah didoakan oleh Rasulullah
SAW. Semasa dia miskin, setiap waktu Sa’labah bersembahyang
jemaah dengan Rasulullah. Selesai sembahyang, Sa’labah ber-
gegas pulang ke rumah kerana isterinya pula hendak sembah-
yang. Rupanya dia menanti pakaian yang dipakai oleh Sa’labah
itu untuk dia memakainya pula. Begitulah miskinnya hidup
mereka.
Sa’labah berkata kepada Rasulullah SAW, “Doakanlah kepada
Allah kiranya Dia memberikan aku rezeki harta. Jika aku men-
dapat kekayaan nescaya akan aku korbankan ke jalan Allah.”
Rasulullah SAW menjawab, “Harta sedikit yang engkau

160
TASAWUF

syukuri lebih baik daripada banyak harta tetapi engkau tidak


mensyukurinya.”
Sa’labah rupanya tidak menerima nasihat Rasulullah yang
nampak sifat tamak dan cinta dunia dalam hatinya itu. Sebab
itulah Rasulullah menasihatinya bahawa hidup miskin itu lebih
baik baginya. Tapi setelah berkali-kali Sa’labah meminta baginda
mendoakannya, Rasulullah pun menunaikan permintaannya.
Akhirnya Sa’labah menjadi kaya raya yang mana kambing-
kambingnya berkembang biak memenuhi lembah antara dua
buah bukit. Setelah kaya Sa’labah bukan saja mencuaikan
sembahyang berjemaah dengan Rasulullah bahkan dia menjadi
tamak dan kedekut. Janjinya kepada Rasulullah untuk mengor-
bankan hartanya tidak ditunaikan dan apabila turun perintah
zakat, Sa’labah enggan membayarnya.

Begitu juga kisah Qarun yang semasa hidupnya miskin dia


taat beribadah kepada Tuhan. Setelah dianugerahkan kepadanya
ilmu membuat emas oleh Nabi Musa a.s., akhirnya Qarun men-
jadi kaya raya.
Malangnya setelah kaya, Qarun menjadi sombong dan lupa
asal usulnya. Dia tidak mahu mengeluarkan hartanya untuk
kepentingan fakir miskin, tidak mahu membayar zakat dan lain-
lain bahkan berfoya-foya dengan kekayaannya itu. Akhirnya
Tuhan membenamkan Qarun berserta seluruh hartanya ke
dalam bumi. Alangkah ruginya nasib orang yang terpesona
dengan harta dunia yang sedikit hingga sanggup menempa azab
yang maha pedih di Akhirat.

KEKAYAAN ILMU DAN PENGALAMAN


Ajaran Islam sangat menggalakkan kepada penganutnya me-
nuntut ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu Akhirat.
Firman Allah SWT:

161
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Allah yang menciptakan tujuh langit dan


tujuh bumi, seperti langit, turun berkali-kali perintah Allah
antara langit dan bumi supaya engkau memperoleh ilmu,
supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itu
kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu,
sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu
untuk segala sesuatu.” (At Talaq: 12)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Keutamaan seorang yang berilmu pengeta-
huan ke atas seorang yang banyak ibadahnya, laksana
keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan
Sahabatku.”

Mengapa Allah Taala menggalakkan umat Islam menguasai


ilmu sama ada ilmu dunia dan Akhirat. Di antara hikmahnya
ialah:
1. Agar mengenal Allah Taala dan boleh menyembah-Nya
serta takut dengan-Nya kerana Dia berkuasa di atas kita.
2. Supaya umat Islam tidak buta ilmu agar dari ilmu berbagai-
bagai maklumat boleh diketahui.
3. Agar umat Islam terpimpin dengan syariat-Nya di dalam
seluruh kehidupannya dan berakhlak mulia.
4. Agar dengan ilmu dan pengalaman manusia boleh maju di
dalam seluruh aspek kehidupan.
5. Agar umat Islam cinta dengan Akhirat dan mengutamakan-
nya daripada dunia.
6. Agar umat Islam dengan ilmunya mudah menarik dan
mempengaruhi orang yang bukan Islam masuk Islam.
7. Agar umat Islam dengan ilmu dan pengalamannya pandai

162
TASAWUF

mengendalikan urusan kehidupan hingga mudah dan


senang menguruskannya.
8. Agar layak menjadi khalifah Allah Taala di bumi.
9. Agar dapat memimpin manusia ke jalan yang benar.

LUMRAH AHLI-AHLI ILMU

Allah Taala menginginkan kepada ahli ilmu agar menjadi seperti


yang telah kita sebut di atas tadi. Tapi lumrah berlaku dalam
sepanjang sejarah manusia, ahli-ahli ilmu adalah seperti berikut:
1. Sombong apabila menjadi ahli ilmu. Dengan ilmu bukan
hendak merendah diri dengan Tuhan dan dengan manusia.
2. Menggunakan ilmu sebagai mencari kekayaan dunia atau
pangkat untuk kepentingan diri sendiri.
3. Tidak pun rasa takut dengan Allah Taala, itulah secara ma-
joritinya kecuali sedikit.
4. Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup
kecuali di aspek-aspek tertentu.
5. Dengan ilmu yang banyak tidak pun menarik orang yang
bukan Islam masuk Islam kecuali sedikit sangat. Oleh ke-
rana itulah masyarakat manusia cepat menjadi jahat kerana
cendiakawannya jahat.
6. Ahli-ahli ilmu tidak pun menjadikan ilmu obor dalam ke-
hidupan manusia. Sebab itulah masyarakat manusia cepat
menjadi jahat.

KAYA DENGAN ANAK-ANAK


Islam menggalakkan penganut-penganutnya berkahwin, bah-
kan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat isteri agar
mendapat zuriat yang banyak. Rasulullah SAW berbangga
dengan umatnya yang ramai. Kaya dengan anak ini dengan
tujuan seperti berikut:

163
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1. Untuk menghibur Rasulullah SAW, kerana Rasulullah SAW


berbangga dengan umat atau pengikut yang ramai.
2. Agar zuriat yang ramai itu dapat dididik secara Islam,
dengan itu wujudlah suatu masyarakat Islam yang kecil
yang akan menjadi tapak kepada masyarakat Islam yang
lebih besar.
3. Anak-anak yang ramai yang terdidik dengan Islam adalah
menjadi aset dan tenaga pelapis menyambung perjuangan
ibu dan bapa untuk mengembangkan ajaran Islam.
4. Agar dengan ramainya anak-anak, terdidik pula dengan
ajaran Islam, akan memberi pahala yang banyak kepada dua
ibu bapanya, bahkan berkekalan selepas wafat ibu bapanya.
5. Agar kita bersyukur kepada Allah Taala kerana anak-anak
itu adalah cahaya mata yang merupakan nikmat daripada
Allah Taala, dengan itu kita dapat pahala syukur.
6. Agar dengan anak-anak yang banyak terasa kebesaran dan
kekuasaan Allah Taala, ia merupakan ayatullah.

Biasanya apa yang terjadi pada orang banyak anak:


1. Secara umum umat Islam sudah tidak mendidik anak-anak-
nya dengan didikan Islam. Oleh itu lahirlah anggota masya-
rakat yang menyusahkan ibu bapa dan menjadi perosak
kepada agama, bangsa dan negara.
2. Ibu bapa menjadikan anak-anak aset untuk mendapatkan
kekayaan dunia semata-mata.
3. Berbangga dan sombong dengan anak-anak yang banyak
dan berjaya mendapat pangkat dan kekayaan dunia.
4. Tidak ada pun menjadi cita-cita ibu bapanya bahawa anak-
anak yang ramai hendak dijadikan tenaga penyambung
memperjuangkan Islam.
5. Tidak ada cita-cita hendak menjadikan anak-anak atau ke-
luarga sebagai tapak masyarakat Islam.

164
TASAWUF

KAYA DENGAN PENGIKUT


Bagi umat Islam yang ada ilmu, ada karisma memimpin akan
terjadi nanti ada pengikut-pengikut atau orang ramai cenderung
kepadanya. Maka jadilah ia pemimpin secara fitrah semula jadi
dengan tujuan:
1. Boleh mempersatukan umat Islam dengan daya dan karisma
pemimpin itu.
2. Agar mereka dapat dididik secara Islam supaya kelak akan
menjadi masyarakat contoh untuk memudahkan orang lain
mengikut.
3. Supaya mereka dapat dijadikan tenaga untuk memper-
juangkan syariat Islam agar Islam bertambah luas dan dapat
menegakkan Islam secara global.
4. Agar dengan tenaga pengikut itu dapat diasuh supaya dapat
bertolong bantu, dapat menegakkan amal makruf nahi
mungkar.

Biasanya terjadi kepada pemimpin terhadap pengikutnya yang


ramai:
1. Pemimpin biasanya berbangga-bangga dan sombong
dengan banyaknya pengikut.
2. Pengikut tidak diasuh dan dididik secara Islam bahkan di-
didik secara dunia atau sekular semata-mata.
3. Para pemimpin menggunakan tenaga pengikut yang ramai
untuk kepentingan diri.
4. Tidak diajak mereka berjuang untuk mengembangkan ajar-
an Islam serta menegakkan Islam secara syumul di dalam
kehidupan.
5. Bahkan terdapat pemimpin menggunakan tenaga pengikut
menentang para pejuang menegakkan Islam di dalam ke-
hidupan.

165
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

KAYA JIWA
Orang yang kaya jiwa ialah orang yang kuat imannya, kental
keyakinannya. Akhirat menjadi matlamat bahkan memang
sentiasa ditunggu-tunggu. Terhadap dunia - ada dengan tiada,
sama sahaja. Ada pun tidak menggugat jiwanya, tiada pun tidak
menggugat jiwanya. Berasa puas apa yang ada. Banyak atau se-
dikit serupa sahaja. Dia rasa kaya dengan Tuhan. Harta kalau
tidak ada, tidak menyusahkan jiwanya. Kalau ada pula, terhibur
dengan memberi. Tidak memberi lebih susah hatinya, apabila
memberi lapang hatinya. Tenang hatinya dengan ujian dan
kesusahan, kecuali sedikit mengikut fitrah semula jadi.
Orang yang kaya hati atau jiwa itu orang yang tidak dapat
digugat oleh dunianya, sama ada kesusahan yang menimpa
mahupun kesenangan yang mendatang, kecuali yang bersifat
fitrah semula jadi yang tidak mencacatkan. Dunianya di tangan
bukan di hati. Orang yang kaya jiwa ini, dunianya tidak dapat
melalaikannya. Bahkan kalau dunia ada di tangan, terhibur hati-
nya jika memberi, susah hati jika tidak memberi.
Orang yang kaya jiwa ini Allah Taala berfirman:

Maksudnya: “Tidak merasa takut dan tidak berdukacita.”


(Yunus: 62)
Maksudnya: “Orang-orang Tuhan, dengan sebab mereka
itulah manusia diberi bantuan, diberi rezeki, dijauhi dari-
pada bala bencana.”
Orang yang kaya jiwa tidak rasa inferiority complex dengan
orang kaya, raja, cerdik pandai, orang yang berkuasa dan lain-
lain lagi. Orang-orang Tuhan ini, awas, jangan susahkan dia,
Allah Taala akan turunkan bala. Kalau tidak jangka pendek, akan
berlaku jangka panjang. Kalau mereka disusahkan, ya, mereka
hamba Allah, mungkin mereka susah, untuk meninggikan darjat
mereka di Akhirat. Tapi Allah Taala akan susahkan manusia yang
menyusahkannya di dunia lagi. Contohnya para nabi dan rasul,

166
TASAWUF

kalau mereka disusahkan, memang mereka pun mendapat kesu-


sahan seperti dibunuh, dipenjara, disingkir daripada negaranya,
difitnah, diberi malu. Tetapi apa yang Allah telah lakukan kepada
manusia yang menyusahkannya? Tidak perlu saya sebutkan di
sini, bacalah sejarah mereka.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Ulama itu racun, sesiapa yang memakan-
nya, dia binasa.”
Orang yang kaya jiwa ini dengan dunia mudah sahaja. Kalau
ada, mereka rasa tanggungjawab mereka kepada agama dan
masyarakat amat berat kerana itulah mereka susah hati kalau
mendapat kekayaan dunia. Ditakuti tidak boleh bertanggung-
jawab kepada masyarakat. Kalau dunia tiada di tangan, senang
hati mereka kerana ringan tanggungjawab mereka di dunia ini.
Orang yang kaya jiwa ini, kalau mereka kaya harta, ramai
boleh menumpang sama kerana dia tidak terpengaruh dengan
harta kekayaan yang dimilikinya. Fakir miskin terbela, orang
susah dibantu, yang memerlukan diberi, yang meminta dikasihi,
orang yang berhutang diselesaikan hutangnya.
Orang yang kaya jiwa kalau dia kaya, dia menjadi bank
kepada masyarakatnya. Kalau ada orang lain yang mendapat
kesenangan, dia dapat bersekutu bersama rasa senang itu. Kalau
dia mendapat kesusahan, hatinya tidak pula susah kecuali
sekadar fitrah semula jadi.

KAYA DENGAN BUDI BAHASA


Orang ini adalah kerana didorong oleh iman, maka akhlaknya
mulia, lapang dada dengan kerenah manusia, mesra dengan
orang, tetamu dimuliakan, kawan dijaga, pemurah dengan
tenaga, harta, ilmu dan dengan senyuman, lemah lembut, pe-
maaf, mudah minta maaf, pemalu, bahasanya dijaga, sekali
keluar bak mutiara penuh dengan ilmu dan penuh dengan
hikmah. Dia senang dengan orang, orang senang dengan dia.
Jika ada orang yang hasad dengki atau menyusahkannya, dia

167
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mendoakannya dengan kebaikan. Dia tidak pernah gelisah


dengan kejahatan orang. Orang yang menyusahkannya pula
yang susah dan gelisah. Orang yang berbuat jahat dengannya
pula yang tidak tenang. Orang yang menyusahkannya rasa
gelisah di hadapannya, orang yang disusahkan tenang sahaja.
Sebab itulah orang yang kaya dengan budi bahasa, ini kalau ada
orang membuat salah kepadanya, orang itulah yang sangat ter-
seksa kalau orang itu bertemu dengannya. Kalau boleh hendak
dielak-elakkan daripada bertemu.
Orang yang kaya dengan budi bahasa itu tidak suka menyu-
sahkan orang bahkan suka menghiburkan dengan bantuan dan
pertolongan, suka menziarahi orang khususnya kawan-kawan-
nya. Orang terhibur dengan keberadaannya walaupun orang
malu dengannya. Suka memberi hadiah kepada orang terutama
kawan-kawannya, sangat mengenang jasa orang, budi orang
dibalas. Orang datang berziarah, dia senang menerimanya.
Orang yang kaya dengan budi bahasa ini senang berbincang
dengannya, mudah berkira, boleh berlebih kurang, mudah ber-
kawan, tidak pernah tidak menunaikan hajat orang. Kalau hajat
orang tidak boleh ditunaikan, susah hatinya, mudah menolong
orang, hutang orang kepadanya tidak pernah dimintanya.

KAYA DENGAN KAWAN DAN KENALAN


Biasanya orang ini suka bergaul dengan orang, jauh perjalanan-
nya dan suka merantau. Maka terjadilah banyak kawan dan ke-
nalan dan banyak juga pengalaman. Tujuan banyak kawan dan
kenalan itu agar dapat belajar dengan pengalaman, yang baik
diambil, yang buruk ditinggalkan. Yang baik dijadikan penga-
jaran, yang jahat dijadikan sempadan. Allah Taala ada berfirman:

Maksudnya: “Berjalanlah di atas muka bumi ini maka


lihatlah bagaimana kesudahan orang yang berdusta.” (Ali
Imran: 137)

168
TASAWUF

Orang yang banyak kawan dan kenalan kenalah tunaikan


hak-haknya. Apabila bertemu beri salam. Apabila diberi salam
jawablah salamnya. Apabila dia susah, kenalah tolong. Apabila
dijemput ke rumahnya kenalah pergi tunaikan jemputannya,
kecuali kalau jemputan itu ada maksiat dan kemungkaran. Di
waktu-waktu tertentu kenalah memberi hadiah. Di waktu kawan
mendapat kesenangan, lahirkanlah sama rasa kegembiraan dan
kesenangan itu.
Di waktu kawan mendapat kemalangan dan kesusahan,
lahirkanlah rasa kesusahannya. Ertinya rasa kesusahan dan
kesenangan bagi orang mukmin hendaklah dikongsi bersama.
Berkirim-kirim salamlah dengan kawan-kawan. Di waktu agak
sudah lama tidak bertemu, ziarahilah ke rumahnya dan bawalah
buah tangan. Tujuannya ialah untuk mengekalkan kasih sayang.
Di waktu kematiannya atau keluarganya, ziarahilah sebagai
mengucapkan takziah.
Tapi apa yang biasanya berlaku, orang yang kaya kawan dan
kenalan itu tidak mengikut syariat Islam. Dengan ramainya ka-
wan dan kenalan, dia mengambil peluang meminta tolong selalu,
suka berhutang dengan kawan, ziarah kawan dengan tujuan
menyusahkan kawan, tidak ada pun hendak bawa buah tangan,
ziarah-menziarahi sudah tidak berlaku. Kebaikan kawan tidak
ditiru dan kejahatannya dijaja merata-rata. Berkirim-kirim salam
sudah tidak berlaku. Kesusahan kawan tidak pun ingin mem-
bantu. Dia berfikiran biarlah kawan memikirkan kesusahannya.
Bukannya dia hendak memikirkan kesusahan kawannya.
Begitulah di akhir zaman ini berkawan tidak setia, berkenalan
tidak jujur bahkan berkawan itu hanya sementara waktu, di
waktu susah, di waktu berdagang, kerana berkawan di waktu
itu amat perlukan bantuan. Selepas itu berkawan sudah tidak
berlaku lagi.
Sebagai penutupnya, jarang umat Islam itu yang mendapat
kekayaan di semua perkara, iaitu kaya harta, kaya ilmu, kaya
anak, kaya pengikut, kaya jiwa, kaya budi bahasa, kaya kawan
dan kenalan. Kalau ada orang yang mendapat semua kekayaan

169
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ini, dia adalah manusia luar biasa. Setengah orang itu kaya satu-
satu perkara atau dua perkara atau tiga perkara, tidak lebih dari-
pada itu.
Kalau kita tidak boleh kaya di dalam semua perkara, carilah
kekayaan ilmu dan pengalaman, kekayaan jiwa dan kekayaan
budi bahasa. Ini sudah cukup untuk menjadi manusia yang
berguna di dunia dan Akhirat.

MENCARI KEKAYAAN DUNIA BOLEH TIMBUL


PERMUSUHAN
Perlu diingat bahawa mencari kekayaan harta dan wang ringgit
selalunya terpaksa melalui pertarungan yang sengit. Selalu saha-
ja ada saingan, musuhnya banyak, selalu sahaja iri hati, hasad
dengki, akhirnya membawa kepada permusuhan dan perke-
lahian. Bahkan bangsa-bangsa di dunia ingin menguasai politik
dan ingin menguasai sesebuah negara dan sesuatu bangsa itu.
Dengan kata-kata yang lain, lahirnya penjajahan di antara
satu bangsa ke atas bangsa yang lain atau penjajahan negara ke
atas sesebuah negara yang lain, tujuannya tidak lain, melainkan
kerana hendak merebut harta dan kekayaan atau menguasai eko-
nomi. Timbullah peperangan, penzaliman, diskriminasi, kelas-
kelas masyarakat di kalangan manusia. Berlaku peperangan
dunia yang pertama dan peperangan dunia kedua, hakikatnya
kerana hendak berebut atau memonopoli kekayaan dunia.
Lalu lahirlah mala petaka besar kepada bangsa-bangsa di
dunia, berlakulah kerosakan di atas muka bumi, terjadilah yang
menjajah menjadi kaya, bangsa yang kena jajah, jatuh miskin.
Kemudian akhirnya bangsa yang kena jajah bangun berjuang
membebaskan tanahair masing-masing, pun secara umum ingin
menguasai kekayaan negaranya supaya jangan selama-lamanya
dikaut oleh penjajah.
Selama bangsa-bangsa di dunia berebut-rebut kekayaan harta
dan wang ringgit menjadi matlamat, maka selama itulah dunia
tidak akan aman. Bangsa-bangsa di dunia akan sentiasa ber-

170
TASAWUF

musuhan di antara satu sama lain. Peperangan tidak akan habis-


habis dan berkesudahan.

PERJUANGAN YANG PALING SELAMAT


Perjuangan yang paling selamat ialah memperjuangkan ke-
kayaan ilmu, kekayaan budi bahasa dan kekayaan jiwa. Memper-
juangkan kekayaan-kekayaan yang kita sebut itu membawa
kepada keamanan, kasih sayang dan keharmonian.
Memperjuangkan kekayaan ilmu, kekayaan budi bahasa dan
kekayaan jiwa, semua manusia selamat. Berebutkan kekayaan
ini tidak ada pertarungan, tidak ada jatuh-menjatuhkan, tidak
ada peperangan. Ia berjalan dengan aman, kasih sayang, banyak
kawan, bertolong bantu dan keharmonian.
Kalau bangsa-bangsa di dunia ini, kekayaan yang tiga itulah
menjadi matlamat hidup dan lantas memperjuangkannya,
alangkah indahnya dunia ini dan alangkah bahagianya manusia
dan akan jadilah manusia laksana satu keluarga.
Tidak ada agama di dunia ini dan juga tidak ada sebarang
ideologi di dunia ini yang mengambil serta memperjuangkan
kekayaan tiga perkara ini melainkan agama Islam sahaja. Tapi
oleh kerana umat Islam jiwanya telah rosak, mereka mendapat
didikan dari orang kafir khususnya bangsa-bangsa Barat, maka
di waktu itu umat Islam tidak lagi menjadi matlamat memper-
juangkan tiga kekayaan itu. Bahkan apa yang diperjuangkan oleh
umat Islam hari ini ialah kekayaan harta dan wang ringgit. Maka
sudah tidak ada lagi bezanya orang yang bukan Islam dengan
orang Islam kecuali golongan yang sedikit.
Oleh itu tidak hairanlah masyarakat umat Islam tidak jauh
beza dengan masyarakat orang bukan Islam. Apa sahaja gejala
masyarakat atau penyakit masyarakat wujud di dalam masya-
rakat orang yang bukan Islam, itulah juga yang wujud di dalam
masyarakat umat Islam. Kita hendak betulkan semula amat
susah dan payah sekali kerana rintangan dan halangan itu da-
tang daripada umat Islam sendiri.

171
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Lumrah Orang Kaya Harta

Mencari kekayaan dan kesenangan bukan pula salah


sekiranya tidak melanggar perintah Allah
Mungkin dengan kekayaan dan kesenangan
boleh membuat kebaikan yang banyak
Ramai orang boleh mendapat manfaat dan faedah
Tapi lumrah berlaku telah terjadi di dalam sejarah
apabila seseorang itu kaya dan senang dia berubah
Perangai mereka berubah daripada baik kepada jahat
Sebelum ini ahli ibadah, jinak dengan Allah
Selepas itu masya-Allah renggang dengan Allah
Asalnya tawadhuk, kemudian sombong dan megah
Mulanya hidupnya sederhana,
kemudian pembaziran dan mewah
Bakhil dan tamak pun datang,
mudah menghina orang
Akhirnya berubah secara total
Terus lalai dengan Allah
Di masjid jarang-jarang ada
Sebelum ini masjid itu rumahnya yang kedua
selepas rumahnya
Sekarang hari Jumaat pun kadang-kadang tidak nampak
Begitulah pengaruh kekayaan dan kesenangan
Mudah lupa dengan Allah, dengan kawan renggang
Beribadah pun tidak senang
Begitulah nikmat dunia selalu menipu manusia

Menjelang tidur
27 – 02 – 2004

172
TASAWUF

Sajak 2
Bila Hati Lapang

Apabila hati lapang,


rumah yang sempit terasa lapang
Apabila hati sempit,
rumah yang luas terasa sempit
Dada rohaniah kita kenalah jaga
Senang, susah dialah yang menentukan
Bila dada lapang,
hidup yang susah terasa senang
Hidup payah, terasa mewah
Miskin terasa kaya bahkan bahagia
Apabila dada rohaniah sempit
Di mana sahaja pergi terasa terhimpit
Tempat yang lapang terasa sempit
Kaya terasa miskin, ada terasa tiada
Makan rasa tidak sempurna
Padahal di hadapannya
bermacam-macam jenis lauknya
Bila dada sempit dia tidak tahu
apa yang hendak dicarinya
Seolah-olah mencari barang
yang tiada dimilikinya
Dia tidak terasa memiliki apa-apa
Rasa tiada sepanjang masa,
rasa kurang sahaja
Justeru itulah rasa tidak senang,
menusuk dadanya
Rasa tidak tenang merobek hatinya
Macam ditimpa kanser di dada
yang tidak dapat dilihat oleh mata
Hanya yang terasa sakitnya

Selepas Asar
06 – 05 – 1997

173
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

22
PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA YANG


BERCAKAP
Di antara keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepada
manusia ialah kebolehan bercakap. Manusia bercakap melalui
perantaraan lidahnya. Melalui lisanlah manusia menterjemah
apa yang didapati oleh akalnya, apa yang dirasai oleh hatinya,
apa yang dirasa oleh sentuhannya, sama ada daripada sentuhan
lidahnya, tangannya, kakinya dan lain-lain lagi, juga apa yang
dirangsang oleh nafsunya.
Seterusnya menterjemahkan apa yang dilihat, apa yang ada
di atas muka bumi mahupun yang di bawah muka bumi, dari-
pada daratan, lautannya, sungai-sungainya, bukit-bukaunya,
gunung-ganangnya, manusia, haiwan, jamadat dan tumbuhan.
Begitu juga ia menterjemahkan apa yang menjadikan ke-
yakinan yang bercorak agama yang bersifat maknawi dan rohani
daripada segala persoalan alam ghaib dan lain-lain lagi.
Maka daripada apa yang diterjemahkan oleh manusia melalui
lidahnya yang keluar berbentuk percakapan, yang bersifat lafaz,
perkataan-perkataan, istilah-istilah, maka tersebarlah berbagai-
bagai maklumat yang menjadi ilmu dan pengalaman untuk
manusia.

174
TASAWUF

Gabungan daripada maklumat yang disampaikan oleh lidah,


pelbagai golongan dan peringkat manusia kemudian disambung
pula melalui alat-alat perhubungan, wasilah-wasilah penyebar
yang canggih. Maka berkembang dan tersiarlah ilmu pengeta-
huan di berbagai-bagai bidang dengan merata hingga maklumat
yang berisi ilmu pengetahuan itu dapat dimiliki oleh manusia.
Oleh yang demikian, lidah yang boleh bercakap menterje-
mahkan apa yang dilihat, didengar, disentuh, dirasa dan boleh
menterjemahkan seluruh kehidupan iaitu yang berbagai-bagai
bentuk dan sifat itu, ia sangat memberi kesan kepada manusia
sama ada positif atau negatif, sama ada memberi faedah atau
merosak dan memudaratkan manusia, sama ada menguntung-
kan atau merugikan, bahkan dari lidah lahir sejuta satu kebaikan
atau sejuta satu kejahatan.
Kalau begitu kedudukan lidah, setiap orang kenalah berhati-
hati mengguna lidah. Setiap orang tidak boleh menggunakan
lidah sesuka hati. Dengan kata-kata lain, orang yang hendak
bercakap kenalah berfikir lebih dahulu sebelum bercakap. Jangan
sebarang cakap, jangan mudah-mudah hendak bercakap. Jangan
main cakap sahaja kerana ia boleh menjadi racun atau menjadi
madu kepada masyarakat, boleh menjadi peluru atau boleh men-
jadi air, boleh benar, boleh palsu, boleh memperpadukan orang
atau memecahbelahkan orang, mendamaikan orang atau mem-
porak-perandakan orang, menyejukkan hati atau memanaskan
hati, menghiburkan hati atau menyakitkan hati, memuliakan
orang atau menghinakan orang, memberi iman atau memberi
kekufuran, membawa pahala atau dosa, membawa khabar
gembira atau khabar dukacita, memberi ilmu atau merapu dan
lain-lain lagi.
Justeru itu Islam mengingatkan siapa yang hendak bercakap
kenalah berhati-hati. Berkata Hadis:

Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah


dan Akhirat hendaklah ia bercakap baik atau diam saja.”

175
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Orang-orang yang bercakap itu kerana tidak sama watak,


bakat, tabiat, IQ, kemampuan, kebolehan, bidang-bidang ilmu
yang dimiliki, pengalaman dan tujuan yang tidak sama maka
bolehlah kita kategorikan manusia yang bercakap itu seperti
berikut:

1. Golongan merapu
Orang yang berjumpa orang, asyik bercakap sahaja tidak
berhenti-henti, non-stop, kenakah atau tak kenakah, betul atau
tidak, penting atau tidak penting, berfaedah atau tidak, sesuai
atau tidak, orang suka atau tidak, mengarut atau tidak mengarut,
patut atau tidak, mengandungi ilmu atau tidak dia tidak ambil
kira, dia tidak peduli. Berdosakah atau berpahala dia tidak per-
soalkan, dia memborong cakap itu semua. Inilah golongan yang
merapu.
2. Golongan peramah
Orang yang bertemu siapa pun dia mudah bercakap dengan
orang, bertegur sapa, bertanya khabar, berkenalan, tanya nama,
dari mana dan hendak ke mana, dia suka bercakap dengan orang
yang sekira-kira perkara yang perlu, sesuai dengan keadaan dan
kedudukan orang itu. Dan dia pun suka mendengar cakap orang
itu, boleh berbincang dan berbual, boleh berlaku dua hala. Inilah
golongan peramah atau pecakap.
3. Golongan kaki cakap
Orang yang apabila jumpa orang, kerjanya bercakap tidak
berhenti-henti. Ada sahaja yang dicakapkannya, ada sahaja
modal untuk dia bercakap. Boleh bercakap berjam-jam, lepas
satu perkara, satu perkara pula, lepas satu topik, satu topik pula
tidak jemu-jemu bercakap dan dia tidak fikir orang jemu atau
tidak. Cakap tidak bersukat, tapi tidak pula sampai bercakap
perkara yang bukan-bukan, tidaklah mengarut. Inilah dia
golongan kaki cakap.
4. Golongan yang ada cita-cita perjuangan
Orang yang apabila berjumpa orang, dia akan bercakap yang
perlu sahaja. Bercakap yang ada mengandungi ilmu dan didikan.

176
TASAWUF

Bercakap yang menyedar dan menginsafkan, bercakap mengan-


dungi cerita-cerita suri teladan, iman, hukum-hakam, penga-
jaran, isu-isu semasa yang diulas secara yang mengandungi
pelajaran dan hikmah. Bercakap yang mengandungi nasihat
yang berguna, cerita-cerita perjuangan. Inilah dia golongan ahli
agama yang ada cita-cita.
5. Golongan pendiam
Orang yang apabila bertemu orang dia tidak suka bercakap, dia
lebih suka mendengar. Dia bercakap sepatah-sepatah, disukat-
sukat, bukan kerana benci, tapi sudah menjadi tabiat dan watak
semula jadi. Biasanya orang begini adalah orang yang mem-
punyai kuat sifat malunya atau orang tidak yakin pada diri, di
sini dia banyak diam daripada bercakap. Ini dinamakan go-
longan pendiam.
6. Golongan sombong
Orang yang berjumpa orang memang tidak suka bercakap kalau
bukan kawan, dia tidak suka bercakap kerana benci sahaja
dengan orang, biasanya orang begini kerana ada kedudukan,
mungkin ada pangkat, ilmu, harta kekayaan, ada nama. Kalau
dia bercakap sekali-sekala, kasar sahaja bunyinya, bertanya yang
bukan-bukan, menyindir-nyindir, pantang diberikan pandangan
dia meninggikan suara, bercakap mengenai kelebihan dirinya.
Inilah dia golongan yang bercakap sombong.
7. Golongan biasa
Orang yang bercakap yang perlu-perlu, bercakap perkara-
perkara biasa, tidak terlalu berlebih-lebihan dan tidak pula
terlalu berkurangan, bercakap yang mudah, hal-hal kehidupan
biasa, secara natural. Inilah golongan percakapan orang biasa.
8. Golongan yang suka memperdaya
Orang yang bercakap dengan orang di mana-mana pun lebih-
lebih lagi kalau orang tidak kenal dengannya, maka dia akan
bercakap dengan membawa perkataan-perkataan yang lemak
manis, bercakap tentang dirinya, usaha-usahanya, kelebihannya
dan kemampuannya, kemajuan-kemajuan yang dibuat, mung-
kin mengajak sama di dalam usaha-usahanya. Membawa cakap-

177
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

cakap yang meyakinkan orang kepadanya dengan tujuan untuk


kepentingan dirinya mungkin hendakkan pengaruh, sokongan,
duit dan hartanya. Cakap-cakapnya terpesona orang dibuatnya.
Inilah golongan yang bercakap memperdaya.
9. Golongan petah bercakap
Orang yang bercakap fasih, bahasa tersusun dan begitu jelas,
perkataan yang diucapkan begitu menarik, bahasa mengguna-
kan perkataan yang standard, dengan jalan bahasa yang tepat
dan betul, dengan istilah-istilah yang diguna begitu menarik, di
samping isinya padat dan bernas. Terpesona orang yang men-
dengarnya. Inilah golongan orang yang petah bercakap.
10. Golongan tunjuk pandai
Orang yang bercakap dengan orang, apa sahaja orang per-
katakan dia mesti ikut campur memperkatakannya. Apa sahaja
isu yang dibualkan dia mesti menyampuk sama walaupun
adakalanya dia tidak faham kedudukannya, dia cuba bercakap
juga seolah-olah dia faham dari orang lain atau paling tidak
supaya orang anggap dia juga faham macam orang lain faham.
Apa sahaja yang orang tanya, dia mesti menjawabnya walaupun
tidak kena. Namun hendak mengaku tidak tahu, tidak sama se-
kali. Dia akan bercakap apa sahaja agar orang menganggap dia
tahu semua hal. Inilah golongan orang yang bercakap menunjuk-
nunjuk pandai.
11. Golongan bercakap lucah
Ada orang apabila dia bercakap, walau apa pun topik atau apa
sahaja isu yang diperkatakan atau dibualkan, dia mesti selit-
selitkan perkataan-perkataan lucah, atau kata-kata dan ibarat-
ibarat yang dibawa atau dijadikan penyedap dan pemangkin
cakap iaitu perkataan-perkataan yang boleh menaikkan nafsu,
atau perkataan-perkataan itu menjadikan para pendengarnya
teringatkan perempuan, terbayang perhubungan cinta bahkan
setengah orang hingga di dalam ceramah-ceramah agama atau
majlis dakwah pun sengaja mencari-cari peluang untuk
memasukkan dan menyelit-nyelitkan perkataan-perkataan di
dalam pendekatan dakwahnya atau ceramahnya yang ada

178
TASAWUF

unsur-unsur nafsu atau seks. Orang ramai turut seronok men-


dengarnya. Lebih-lebih lagi di dalam majlis itu terdapat ramai
kaum wanita, maka lebih lumrah lagi perkataan itu diselit-selit-
kannya. Inilah dia golongan bercakap lucah.

Selain di atas, antara peringkat-peringkat manusia yang ber-


cakap ialah:
1. Bercakap perkara yang perlu-perlu sahaja.
2. Bercakap yang terpaksa.
3. Bercakap yang menjadi kewajipan.
4. Tidak suka bercakap.
5. Bercakap yang sengaja disukat kerana menjaga status.
6. Bercakap yang menggoda.

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA MENCARI


HARTA DUNIA
1. Golongan yang sesat
Golongan yang hanya percayakan kehidupan dunia semata-
mata, tidak ada kehidupan yang kedua atau kehidupan hari
Akhirat. Kalaupun mereka percaya adanya kehidupan Akhirat,
tapi mereka menganggap bahawa kesenangan dan kesusahan
kehidupan di dunia ini yang menentukan kesenangan dan
kesusahan di Akhirat. Oleh itu mereka burulah kesenangan dan
kekayaan dunia tanpa batas.
Mereka hanya memikirkan makan, minum dan seks. Mereka
tidak akan memikirkan halal dan haram sama ada mencarinya
mahupun menggunakannya. Halal dan haram tidak ada di
dalam kamus hidup mereka. Mereka benar-benar tenggelam di
dalam memburu dunia semata-mata iaitu makan, minum dan
seks. Mereka itu ialah golongan seperti yang Allah firmankan
melalui Al Quran iaitu seperti binatang bahkan ada yang lebih
sesat lagi iaitu golongan orang kafir.

179
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2. Golongan yang bakhil


Golongan yang merebut harta dengan tamak tapi masih menjaga
tentang halal dan haram, zakat dikeluarkan, masih menjaga
perkara-perkara yang asas, namun tidak sanggup dibelanjakan
ke jalan Allah Taala. Tapi dibelanjakan ke jalan haram pun tidak
juga, sekadar untuk kepentingan sendiri dan suka menyimpan.
Itulah golongan muslim yang bakhil.

3. Golongan yang tamak


Golongan yang merebut dunia yang masih menjaga usahanya
itu daripada yang haram, zakat tetap dikeluarkan, tetapi apa
yang didapati tidak puas-puas kerana ingin kaya hingga cuai
melaksanakan amalan yang asas di samping tidak dikorban ke
jalan Allah Taala. Ini golongan yang tamak.

4. Golongan yang lalai


Golongan yang memburu harta namun tetap menjaga amalan
yang asas dan usahanya juga halal tapi tidak mengeluarkan zakat
dan tidak dikorbankan hartanya ke jalan Allah. Itulah golongan
muslim yang tertipu atau lalai.

5. Golongan yang bersyukur


Golongan yang bersungguh-sungguh mencari kekayaan tapi
dengan tujuan untuk khidmat. Semua hal dijaga, ibadahnya yang
asas dijaga, usahanya halal, zakat dikeluarkan, dikorbankan ke
jalan Allah, pemurah kepada fakir miskin. Inilah golongan yang
bersyukur dan pemurah tapi hisabnya banyak.

6. Golongan orang soleh


Golongan mencari harta sekadar untuk hidup dan boleh
beribadah kepada Allah, tidak mahu mencari harta yang banyak
takut tidak dapat menunaikan kewajipan dan takut lalai
daripada Allah dan mereka pemurah pula, usahanya sangat
dijaga daripada haram dan syubhat. Itulah golongan orang yang
soleh dan pemurah.

7. Golongan pemalas
Golongan yang tidak suka bersusah-susah dengan harta dunia

180
TASAWUF

tapi bukan pula kerana takut lalai, tidak juga kerana takut tidak
dapat menunaikan kewajipan. Kalau tidak ada dia meminta-
minta tapi tidak pula dia mencuri, menipu dan sebagainya.
Ibadah tetap dilaksanakannya. Itulah golongan muslim yang
pemalas.

8. Golongan siddiqin
Golongan yang tidak ada usaha langsung kerana menumpukan
semata-mata untuk ibadah kepada Allah dan tidak pula
meminta-minta. Tentang rezekinya diserah bulat-bulat kepada
Allah. Bahkan ada kalanya orang memberi pun dia menolaknya.
Itulah golongan siddiqin.

9. Golongan fasik
Golongan yang tidak suka bersusah payah mencari rezeki, bila
tidak ada dia meminta, menumpukan ibadah tidak juga. Inilah
golongan yang fasik yang pemalas.

10. Golongan yang sentiasa lalai


Di dalam pada itu ada golongan yang memburu harta, kalau
dapat dia lalai, kalau tidak dapat pun dia lalai.

11. Golongan yang lalai bila kaya


Ada golongan jika dapat menjadi kaya dia lalai tapi jika tidak
dapat dia tidak lalai.

12. Golongan yang lalai bila miskin


Ada golongan yang apabila dia tidak dapat dia lalai, bila dapat
dia tidak lalai.

13. Golongan yang tidak lalai apabila hidup sederhana


Ada golongan jika dia kaya dia lalai dan kalau miskin pun dia
lalai tapi bila pendapatannya sederhana dia tidak lalai.

14. Golongan yang tidak lalai dalam suasana apa sekalipun


Ada golongan di dalam suasana apa dan bagaimana sekalipun
dia tetap boleh mengabdikan dirinya kepada Allah dan mereka
tetap tidak dilalaikan oleh kehidupan dunia. Golongan itulah
yang menjadikan dunia sebagai jambatan ke Akhirat.

181
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA MELIHAT


ALAM SEJAGAT

Apabila disebut alam, ertinya segala sesuatu selain Allah SWT.


Kerana alam ini kesemuanya adalah ciptaan-Nya. Alam pula
ada beberapa bahagian. Ada alam ghaib, ada alam nyata, ada
alam manusia, ada alam malaikat, ada alam jin, ada alam haiwan,
ada alam nabatat, ada alam jamadat, ada alam fizikal, ada alam
rohaniah.
Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah tentang alam
nyata atau alam lahir atau juga alam syahadah yang terkandung
di dalamnya gunung-ganang, bukit-bukau, lautan dan daratan,
sungai, mata air, hutan belantara, kayu-kayan, langit dan bumi,
haiwan-haiwannya, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhannya,
awan, hujan dan lain-lain lagi.
Manusia secara umumya melihat alam nyata ini ada beberapa
peringkat atau beberapa kategori kerana mereka menilai apa
yang dilihat itu tidak sama. Mereka mempunyai rasa dan
falsafahnya yang tersendiri. Mengikut apa yang direzekikan oleh
Allah kepada mereka berdasarkan persediaan-persediaan dan
bakat-bakat semula jadi, serta usaha ikhtiar mereka yang lahir
itu bolehlah dibahagikan kepada beberapa peringkat:

1. Golongan yang dirangsang oleh akal semata-mata.


Golongan ini apabila melihat alam yang berbagai-bagai jenis dan
bentuk, mereka tertarik mempelajarinya, mengkaji, menganalisa,
ingin tahu rahsianya. Mereka benar-benar menghidupkan akal
mereka. Jiwa mereka tidak berperanan. Ertinya mereka meng-
gunakan akal tanpa ditunjangi oleh iman atau ditunjangi oleh
akidah atau tauhid.
Lahirlah dari mereka ahli-ahli ilmu di dalam berbagai-bagai
bidang. Mereka akan menjadi orang yang mabuk ilmu. Masa
akan dihabiskan dengan mengkaji dan mengkaji.
Mereka boleh menjadi pemuja alam, orang yang free thinker,
boleh jadi filasuf, ahli-ahli teori yang memuja akal dan ilmu.

182
TASAWUF

Mereka lebih berpegang kepada logik tapi jiwa kosong. Secara


tidak sedar mereka bertuhankan akal dan ilmu. Makin dalam
ilmunya semakin jauh daripada Allah SWT. Akhirnya ada yang
menjadi atheis.

2. Golongan yang dirangsangkan oleh nafsu.


Golongan ini melihat alam dengan penuh nafsu. Nafsunya lebih
berperanan dari akalnya. Mereka menggunakan akal kerana
tuntutan nafsu. Umpamanya melihat laut, nafsunya terangsang
bagaimana hendak mengambil khazanahnya. Melihat hutan,
cicir air liur dengan balak-balaknya. Melihat padang pasir, ingin
khazanah di dalamnya seperti minyak, emas, perak bagaimana
hendak dikeluarkan untuk menjadi kaya. Melihat perempuan
cantik, ingin memilikinya.
Golongan ini akan menjadi pemuja harta, tamak dengan
kekayaan, rakus dengan harta, bernafsu sangat dengan perem-
puan. Golongan ini akan lahirlah kapitalis, golongan-golongan
korporat, millionaire, billionaire, kaki perempuan. Mereka
mencari ilmu pun kerana ekonomi dan kekayaan serta betina.
Mereka berperang untuk mendapat kuasa, menjajah negara-
negara lain pun dengan tujuan ekonomi. Mereka itu orang-orang
yang bertuhankan harta dan berkiblatkan betina.

3. Golongan yang dirangsangkan atau dipesonakan oleh


mata lahir semata-mata.
Golongan yang ketiga ini dirangsangkan dan dipesonakan
dengan mata lahir semata-mata. Ertinya matanya lebih berpe-
ranan daripada akal, jiwanya dan nafsu. Mereka menjadi pen-
cinta alam. Mereka lebih cinta kepada tumbuh-tumbuhan, hai-
wan-haiwan, gunung-ganang iaitu alam semula jadi daripada
cintakan manusia. Mereka memuja alam semula jadi. Manusia
kalau rosak, mereka tidak begitu mengambil pusing sangat, tapi
kalau alam semula jadi rosak dan tercemar, mereka sangat ter-
singgung dan marah.
Mereka adalah golongan pemuja alam. Mereka itu ikut istilah
sekarang golongan greenpeace. Di zaman maju dan membangun

183
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ini, mereka selalu saja berdemontrasi dengan pihak kerajaan dan


pemaju-pemaju. Mereka itu golongan menpertuhankan alam
semesta. Golongan ini juga jiwanya kosong. Agama tidak ada
di dalam kamus hidupnya.

4. Golongan yang dipesonakan oleh jiwa semata-mata.


Golongan ini dirangsang oleh jiwa semata-mata iaitu jiwa yang
kosong daripada tauhid. Ertinya jiwanyalah yang lebih berpe-
ranan dan merangsang.
Mereka melihat alam sangat merasa sensitif. Mereka rasa
terhibur dengan alam semula jadi. Mereka mendapat inspirasi
dengan melihat alam. Mereka rasa syok dan seronok dengan
alam semula jadi. Mereka berfikir pun kerana menebalkan rasa.
Mereka ini adalah golongan mabuk rasa. Lahirlah di sini go-
longan atheis, golongan sasterawan, ahli-ahli seni, pujangga,
mereka golongan yang selalu berkhayal. Mabuk rasa, berfoya-
foya, berlalai-lalai dan bersantai-santai. Mereka pandai main
bahasa, pandai menggambarkan dan mengibaratkan. Kalaupun
mereka menyebut Tuhan itu untuk penyedap bahasa bukan dari
kesedaran iman.

5. Golongan yang dirangsangkan oleh akal dan nafsu.


Golongan yang akal dan nafsunya lebih merangsang dan
berperanan. Daripada rangsangan keduanya ini akan lahirlah
golongan yang mabuk ilmu dan mabuk harta dan betina. Di
samping suka dengan ilmu mereka juga tamak dan rakus dengan
kekayaan serta gila betina. Mereka akan menghabiskan masa
kerana ilmu, harta dan betina. Kepada hal-hal yang lain hanya
sampingan sahaja atau sebagai tambahan sahaja. Apa yang
mereka puja itu, itulah tuhan mereka.

6. Golongan yang dirangsangkan oleh akal dan jiwa yang


tidak bertunjangkan tauhid.
Golongan yang akal dan jiwanya lebih berperanan dan me-
rangsang tapi jiwa yang tidak bertunjangkan tauhid atau iman.
Dari rangsangan kedua-dua inilah akan lahirlah golongan

184
TASAWUF

pencinta ilmu dan ahli seni, ahli fikir juga ahli sastera tapi jiwa
kosong. Ketenangan dan kebahagiaan tiada.

7. Golongan yang dirangsang oleh akal dan jiwa yang ber-


tauhid.
Golongan akal dan jiwa yang bertunjang tauhid lebih berperanan
dan merangsang. Ini akan melahirkan ahli ilmu yang beriman,
ahli teori yang bertauhid, cerdik pandai di dalam berbagai-bagai
bidang ilmu yang bertaqwa. Ahli fikir dan cendiakawan yang
makin dalam dan tinggi ilmunya, bertambah kuat iman. Ber-
tambah ilmu, bertambah taqwanya. Makin mendalam ilmunya,
makin dekat kepada Allah dan ada kalangan mereka itu men-
dapat ilmu selain daripada saluran akalnya. Mereka akan dapat
ilmu-ilmu laduni dari saluran hatinya. Mereka mendapat darjat
di bawah darjat kenabian atau mereka waliyullah atau ulama ul
amilin.

8. Golongan yang tidak dirangsangkan oleh apa-apa.


Golongan yang tidak dirangsang oleh apa-apa, sekalipun mata
lahirnya. Mata lahir melihat sesuatu itu bersahaja semata-mata,
tidak ada perhatian. Melihat alam seolah-olah tidak melihat. Apa
yang mereka lihat tidak diambil perhatian. Mereka tidak merasa
apa-apa setiap apa yang dilihat. Itulah golongan yang dungu.

9. Golongan jiwa tauhidnya yang merangsang.


Golongan yang jiwanya lebih berperanan dan merangsang. Jiwa
yang hidup dan tajam iaitu jiwa yang bertunjang iman atau
tauhid. Akalnya hanya sekadar untuk mendapatkan ilmu yang
asas-asas saja. Mereka ini kerana jiwanya terlalu tajam atau
hidup, setiap apa yang mereka lihat, rasa, sentuh, lantas terus
terhubung dengan Allah, seperti terasa kebesaran-Nya, terasa
hebat-Nya, terasa ilmu-Nya, terasa penglihatan-Nya, terasa pen-
dengaran-Nya, terasa hebat-Nya, hingga mereka bertambah
takut, bertambah malu, makin terasa lemah, makin terasa kerdil,
makin terasa hina, makin bersyukur, makin redha, makin sabar,
lembut, makin merendah diri, makin terasa berdosa, mengharap
dan lain-lain rasa kehambaan. Dari sinilah lahirnya golongan

185
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sufi. Mereka banyak yang dapat ilmu laduni, firasat, hatif dan
kasyaf.

PERINGKAT-PERINGKAT GOLONGAN YANG


BERZIKIR
Dalam bahasa Melayu, zikir bererti mengingat atau menyebut
yang ada hubung kait dengan Allah sama ada dengan perkataan,
lisan atau dengan perbuatan iaitu melibatkan seluruh anggota
lahir (jawarih) kita. Atau dengan hati, ia berlaku dengan per-
antaraan mahupun dengan tidak ada perantaraan sama ada
secara nyata (jahran) mahupun secara senyap (sirran).
Perlu diingat, bahawa zikir yang paling besar dan agung ialah
melalui sembahyang lima waktu. Selain ia bersifat menyembah,
di dalamnya ada berbagai bentuk zikir termasuk lafaz Al Jalaalah
dan dua kalimah syahadah. Oleh itu jangan ada di waktu sem-
bahyang itu sama ada hati, lafaz yang diwajibkan serta gerak-
geri kita tidak menggambarkan menyembah dan mengingati
Allah SWT yang Maha Agung.
Kalau di dalam sembahyang ketiga-tiga anggota kita itu
sudah tidak menggambarkan kita berzikir kepada Allah, jangan
haraplah di luar sembahyang kita boleh mendisiplinkan ketiga-
tiga anggota kita itu menepati berzikir kepada Allah. Allah Taala
berfirman:

Maksudnya: “Dirikanlah sembahyang kerana meng-


ingati Aku.” (Toha: 14)
Di sini disebutkan golongan-golongan yang berzikir seperti
berikut:
1. Golongan yang langsung tidak menyebut Allah atau nama
Allah. Kalaupun mereka menyebut Tuhan, tapi bukan Tuhan
yang sebenar kerana mereka menyebut tuhan-tuhan yang
mereka sangka-sangka. Tuhan yang mereka khayal-khayal-
kan, tuhan palsu mereka, ertinya mereka menyebut bukan

186
TASAWUF

kepada sasaran Tuhan yang sebenar. Inilah golongan orang


yang kafir.
2. Golongan yang menyebut atau mengingat Allah dengan
lidah semata-mata tapi tidak dihayati oleh hatinya atau
mengingati sekali-sekala. Dengan kata-kata yang lain hati-
nya tidak benar-benar merasa bertuhan dan tindak-tanduk
anggota lahirnya tidak mengikut syariat. Secara akal dan
ilmu mereka percaya adanya Tuhan, yakin Tuhan itu bersifat
begitu begini. Kalaupun mereka membaca lafaz-lafaz zikir
seperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Wallahu akbar,
ya Latif, ya Ghafar dan lain-lain, hanya menyebut pada lidah
(lisan) tidak di hati. Inilah golongan yang lalai. Golongan
yang lalai ini boleh jatuh kepada fasik, zalim, kalau dibiarkan
boleh jatuh kepada kafir secara tidak sedar.
3. Golongan yang mengingati Allah SWT serta menyerah diri
pada Allah di waktu susah, waktu terdesak, ketika men-
dapat bala bencana, maka barulah dia perlu kepada Allah,
barulah bersyariat. Di waktu itu dia mengharap sangat ke-
pada Allah, mengadu meminta pertolongan. Apabila ber-
hadapan dengan kesenangan atau masalah telah selesai
mereka melupai Tuhan, mereka tidak perlu kepada Tuhan
lagi. Itulah golongan pendusta.
4. Golongan yang berzikir sama ada hati, perkataan dan fizik-
nya (jawarihnya) sedikit lalai. Iaitu masih banyak lagi meng-
ingati perkara-perkara yang harus (mubah) atau kalau per-
kataan dan perbuatannya banyak kepada yang harus kalau
terlanggar perkara-perkara yang haram pun sedikit sangat.
Inilah golongan Ashabul Yamin atau orang yang soleh.
5. Golongan yang seluruh anggota yang tiga itu sentiasa
berzikir dengan Allah dan sentiasa mengikut syariat. Kalau-
pun ada lalai kerana masih terlibat dengan hal atau perkara-
perkara yang harus (mubah). Inilah golongan muqarrobin.
6. Golongan yang benar-benar tenggelam mengingati Allah,
mabuk mencintai-Nya, perkataan dan seluruh jawarihnya
benar-benar mengikut syariat dan dapat membesarkan

187
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tuhan. Perkara-perkara yang mubah pun mereka tidak


terlibat. Kalau ada pun terlalu terbatas. Mereka benar-benar
mabuk dengan Tuhan. Hatinya penuh rindu atau terlalu
takut dengan Tuhan. Nampak terserlah kebesaran Tuhan
itu pada kehidupan lahir mereka iaitu di dalam sikap dan
perihal kehidupan lahir mereka. Tanda-tanda kebesaran
Tuhan itu (ayatullah) benar-benar wujud pada diri mereka.
Itulah golongan siddiqin.

Sebenarnya kita diperintahkan agar setiap gerak-geri, sikap,


tindak-tanduk kita, sama ada lisan, hati, anggota lahir (jawarih)
adalah menggambarkan dan melambangkan kita itu ada hubung
kait dengan Allah Taala. Itulah yang dikatakan zikir itu.

188
TASAWUF

SAJAK

Sajak 1
Bila Aku Lihat Lautan

Bila aku lihat lautan


Saujana mata memandang
Luas tidak nampak tepi
Ombak melambung dan menggulung,
bergelora tidak berhenti-hentinya
Menghempas dan memulas
Bunyinya mengerikan dan menakutkan
Dalamnya menggerunkan
Gelap-gelita, melemaskan
Hatiku membisikkan:
Kalau Neraka itu seperti ini
Julangan apinya macam ombak
yang melambung, membumbung
Bunyi apinya macam bunyi angin
yang memukul ombak
Ombak yang sentiasa bergerak
tidak henti-hentinya
Kalau ia api Neraka membaham penghuni-penghuninya
Tanpa hentinya
Itu pun sudah cukup menyeksakan
Aku tidak mampu menanggungnya
Betapalah api Neraka Tuhan
Entah berapa kali ganda dahsyatnya
Lebih lagilah aku tidak mampu menerima azabnya

Selepas Asar
02 – 05 – 1997

189
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2
Cakap Sia-Sia
Bercakap kosong adalah perbualan yang sia-sia
Perbuatan yang tidak ada apa-apa faedah untuk manusia
Membuang masa, membuang tenaga hasilnya tidak ada
Mungkin merbahaya, boleh jadi berlaku
permusuhan sesama manusia
Untung dunia pun tidak ada,
apatah lagi untung Akhirat untuk manusia
Faedah ilmu pun tiada, pengajaran untuk manusia pun tiada
Untuk nasihat pun tidak ada,
menjadi pahala pun tidak ada, bahkan berdosa
Percakapan kesedaran dan keinsafan pun tidak ada juga
Percakapan kosong itulah yang telah menjadi budaya
kepada manusia setiap masa
Termasuk umat Islam sendiri yang sudah kehilangan
hala tuju kehidupannya
Perbuatan mereka tidak tentu hala, ikut sedap sahaja
Terbuang masa, umur sia-sia, faedahnya tidak ada
Untuk dunia pun tidak ada, untuk Akhirat pun tidak ada,
yang ada cakap sia-sia
Bualan sia-sia itu kerana syaitan campurtangan,
boleh duduk berlama-lama membuang-buang masa
Boleh berbual-bual berjam-jam
hingga cuai tanggungjawab rumah tangga
Disiplin tidak ada, buat mengikut rasa
Hidup porak-peranda, rumah tangga tidak bahagia
Sering sahaja bergaduh di dalam keluarga,
kerana perbuatan yang sia-sia
Tanda satu bangsa itu hendak runtuh dan jatuh
bercakap kosong bualannya sia-sia
Membuang-buang masa, kerja tiada,
tenaga tidak diguna, umur habis percuma

Menjelang tidur
03 – 02 – 2004

190
TASAWUF

Sajak 3
Tanda Hati Mati

Jika seseorang melihat orang yang susah


Mungkin sakit atau miskin dan papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta

Kalau melihat orang yang mendapat bala


Jiwa orang itu tidak derita,
Melihat biasa sahaja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah

Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah


Hanya terpesona dengan pandangan itu sahaja
Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah
Menunjukkan jiwa orang itu telah mati

Orang yang hatinya buta atau mati


Kemanusiaannya sudah punah
Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati
Kalau dia ada kuasa, dia akan bertindak ganas

Waktu Dhuha
16 – 10 – 2002

191
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

23
GEMBIRA DAN KESANNYA

B
ergembira atau busyra adalah bersifat maknawi dan
rohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya
ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai
masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau
menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur
atau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuat-
buat. Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak real
dan tidak semula jadi.
Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari
dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tanda-
nya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan
kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria
di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa
yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati
manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.
Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani
itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di
muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali
orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira
dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup
hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah dia
gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang
sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.

192
TASAWUF

Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa


gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka.
Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak,
terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau
dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung,
muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomel-
ngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang
itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-ke-
lalang.

SEBAB-SEBAB GEMBIRA
Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidak
boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang meng-
gembirakan kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Di
antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:
1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak
duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan
sebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin
lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja,
tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti
kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita
setelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai
seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan
sayangi dan lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan
kita mendapat kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh per-
juangan, atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa,
guru, kawan kita dan lain-lain.

193
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana


yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas dari-
pada hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cin-
tai atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekian-
sekian lama.
11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak di-
bayar. Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sa-
ngat membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih
lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja
tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita
dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakit
yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga
kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang
selama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti
menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang,
mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang ber-
musuhan.
Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam
kehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyak
lagi dari itu.

CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN


Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluar
batas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan

194
TASAWUF

yang memberi nikmat. Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan,


menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjuk
kesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa
meluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkan
kegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlis-
majlis maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegem-
biraan itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan
megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh
mencacatkan hati orang atau persaudaraan.
Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin mela-
hirkan rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti
berikut:
1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasa
malu kepada-Nya.
2. Sujud syukur.
3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tanda
bersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.
4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.
5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana menge-
nang jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada
kita.
6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.
7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesama
manusia.

195
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Cara Orang Mukmin Gembira

Janganlah ketawa terbahak-bahak


atau berdekah-dekah
ia boleh melalaikan hati
Hati yang lalai akan menjadi keras
Hati yang keras payah menerima kebenaran
Janganlah terlalu suka,
kematian bila-bila boleh tiba
Orang mukmin selalu sahaja dukacita
Kerana mengenang dosanya,
mengenang kelemahannya,
mengenang kelalaiannya
Orang mukmin merasakan kematiannya di depan mata,
bila-bila masa
Orang mukmin kakinya di dunia,
hatinya di Akhirat sana
Dia tidak tahu nasibnya,
kerana itulah hatinya gundah gulana
Orang mukmin sukanya ialah bersyukur,
dapat membuat baik, dapat menolong manusia
Dia sentiasa tenang, tidak gopoh, berhati-hati,
berdisiplin hidupnya
Dapat nikmat terasa malu dengan Tuhannya,
kedatangan bala sabar menerimanya,
ketentuan Tuhan dia redha
Simpati dengan fakir miskin,
belas kasihan dengan anak-anak yatim
dan janda-janda
Hatinya dengan Tuhan,

196
TASAWUF

badannya dengan manusia


Sentiasa rasa berdosa, rasa hina,
rasa lemah, rasa tidak berguna
Ibadahnya sangat dijaga,
istiqamah mengerjakannya
Ibadah jadi budaya,
sangat menghayatinya
Kesan ibadahnya dapat dilihat
pada akhlak mulianya

Menjelang tidur
22 – 03 – 2004

Sajak 2
Reaksi Hamba Terhadap Nikmat

Setengah hamba Allah makin banyak nikmat,


semakin kufur nikmat
dan jauh daripada Allah
Apabila diuji pula dengan kesusahan
tidak sabar pula dan tidak redha,
bertambah jauh dengan Allah
Ada setengah hamba dengan nikmat dia kufur,
dengan ujian kesusahan dia insaf
dan dekat dengan Tuhannya
Ada juga apabila diuji dengan kesusahan
dia kufur dan jauh dengan Allah,
diuji dengan nikmat semakin dekat dengan Allah
Ada pula hamba Allah semakin banyak nikmat
dan semakin banyak ujian yang menyusahkan
semakin dekat dengan Tuhannya
Tapi apa yang berlaku di dalam pengalaman manusia
ujian dengan nikmat ramai yang tidak tahan
Ada yang asalnya baik apabila senang dan mewah
dia jadi syaitan

197
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dia lupa daratan dan semakin jauh


dengan Allah Penciptanya
Sedikit sekali di kalangan hamba Tuhan
tidak tergugat imannya di dalam sebarang keadaan
Senang dan susah padanya sama sahaja,
kedua-duanya menambahkan iman
Kerana itulah di dalam Neraka ramai orang kaya-kaya
dan ramai orang-orang besar
dan raja-raja serta perempuan
Marilah kita berlindung dengan Allah
daripada nikmat dan kesenangan
yang membawa kufur dan derhaka dengan-Nya
Marilah juga kita berlindung dengan-Nya
daripada kesusahan dan kemiskinan
yang membawa kekufuran dan derhaka dengan-Nya
Ya Allah! Berilah kami hidayah dan taufiq
di dalam sebarang situasi dan keadaan
Selamatkanlah kami di dalam semua keadaan dan hal
Amin ya Rabbal ‘alamin

Menjelang Asar
26 – 01 – 2004

198
TASAWUF

24
KEBERSIHAN ATAU BERSUCI
DALAM ISLAM

I
slam menggalakkan kebersihan iaitu bersih lahir dan batin.
Di dalam Al Quran dan Hadis banyak memperkatakan
tentang kebersihan atau bersuci ini. Allah berfirman dalam
Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya berbahagialah (mendapat


kejayaanlah) orang yang menyucikan hatinya dan ber-
dukacitalah orang yang mengotorkan hatinya.” (As Syams:
9-10)
Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian dari iman.”

Maksudnya: “Bersuci itu adalah cabang daripada iman.”


Di sini menunjukkan betapa pentingnya bersuci atau keber-
sihan dalam kacamata Islam. Sebahagian daripada iman kita
sudah dapat. Kalaulah dinisbahkan iman itu 100% ertinya kita
sudah dapat 50% daripadanya, tinggal lagi 50% untuk kita

199
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

menggenapkannya. Maksudnya kalau kita sudah bersuci atau


bersih lahir dan batin, kita hanya perlu tambah 50% lagi amalan
lain, itu pun sudah menyelamatkan kita.
Kadang-kadang kita tidak sedar, kita bertungkus-lumus ber-
amal banyak, contohnya banyak berpuasa, banyak sembahyang
sunat, banyak wirid zikir, banyak mengaji dan macam-macam
amalan sunat lagi, tapi perkara yang wajib tentang bersuci, kita
tidak tahu atau tidak arif.
Akhirnya seluruh amalan kita tertolak. Sampai ke langit,
Allah suruh malaikat campakkan amalan itu turun ke bawah.
Tidak dapat pahala walau sebesar habuk, ataupun bagaikan ha-
buk-habuk berterbangan. Letih saja kita berbuat tapi tidak dapat
apa-apa pahala ganjaran daripada Allah. Bahkan Allah murka.
Jadi kalau begitu mari kita lihat bersuci atau kebersihan yang
dituntut dalam Islam supaya ibadah kita tidak tertolak.
Bersuci terbahagi kepada dua:
1. Suci Lahir
a. Suci daripada najis berat, sederhana atau ringan.
b. Suci daripada hadas besar dan kecil.
c. Suci daripada fudhul (kotoran).
2. Suci Batin
a. Suci akal daripada syirik dan daripada segala isme-isme
dan ideologi ciptaan manusia.
b. Suci hati daripada sifat-sifat mazmumah.
c. Suci nafsu daripada kehendak-kehendak yang negatif.
Mari kita huraikan satu-persatu supaya kita dapat beramal
dengan tepat dan hayati sungguh-sungguh dalam hidup kita.

SUCI LAHIR
SUCI DARIPADA NAJIS

Najis terbahagi kepada tiga:


1. Najis mughallazah (berat)

200
TASAWUF

Contohnya najis anjing dan babi serta yang berkaitan dengan


keduanya, misalnya keturunannya.
Cara mencucinya:
– Hilangkan ain najis.
– Hendaklah dibasuh tujuh kali termasuk satu basuhan
daripada air tanah yang suci.
2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Contohnya tahi, kencing, muntah, nanah, mazi, wadi, air
liur basi, bangkai binatang dan lain-lain.
Cara mencucinya:
– Najis hukmiah iaitu yang kita yakini adanya tetapi tidak
nyata zatnya, baunya, rasanya dan warnanya seperti
kencing yang sudah lama kering sehingga sifat-sifatnya
sudah hilang.
Cara mencuci najis ini cukup dengan mengalirkan air
di atas benda yang kena najis itu.
– Najis ‘ainah iaitu yang masih ada zat, warna, rasa atau
baunya, terkecuali warna atau bau yang sangat sukar
menghilangkannya. Ini dimaafkan.
Cara mencuci najis ini hendaklah dengan menghilang-
kan zat, rasa, warna dan baunya. Kemudian dialirkan air
mutlak ke atasnya.
3. Najis mukhaffafah (ringan)
Najis air kencing bayi lelaki yang belum berumur dua tahun
dan tidak makan apa-apa selain susu ibunya sahaja.
Cara mencucinya:
– Memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang
kena najis itu walaupun tidak mengalir.

SUCI DARIPADA HADAS

a. Hadas besar
Antara perkara yang menyebabkan hadas besar ialah junub,
nifas, haid, wiladah dan keluar air mani. Ini semua mewajib-
kan mandi.

201
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Rukun Mandi
1. Niat.
Orang yang junub hendaklah berniat menghilangkan
hadas junubnya.
Perempuan yang baru selesai haid, hendaklah berniat
menghilangkan hadas kotorannya dan seterusnya.
2. Meratakan air ke seluruh badan.

Sunat-sunat Mandi
1. Membaca “Bismillah” pada permulaan mandi.
2. Berwudhuk sebelum mandi.
3. Menggosok-gosok seluruh badan dengan tangan.
4. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.
5. Berturut-turut.

b. Hadas kecil
Iaitu berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.
Contohnya keluar sesuatu dari qubul dan dubur, tersentuh kulit
lelaki atau perempuan yang bukan muhram, memegang kema-
luan dengan tapak tangan, tidur dengan punggung yang tidak
tetap ke lantai.
Cara menghilangkan hadas kecil ialah dengan berwudhuk.
Tetapi jika keluar sesuatu (najis) dari qubur atau dubur (kecuali
angin/kentut) perlu beristinjak untuk menyucikannya.

Istinjak
Dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW ada disebutkan:

Nabi SAW telah melalui dua buah kubur, ketika itu


baginda berkata: “Kedua orang yang ada di dalam kubur

202
TASAWUF

ini diseksa. Yang seorang diseksa kerana mengadu domba,


yang seorang lagi kerana tidak beristinjak kencingnya.”
(Sepakat ahli Hadis)
Apabila keluar kotoran daripada jalan depan mahupun bela-
kang, wajib istinjak dengan air atau tiga ketul batu. Yang paling
baik ialah mula-mula dengan batu atau sebagainya, kemudian
diikuti dengan air.
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila seseorang itu beristinjak dengan


batu hendaklah ganjil. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata Salman: “Rasulullah melarang kita beristinjak


dengan batu yang kurang daripada tiga batu.” (Riwayat
Muslim)
Dalam Hadis ini disebutkan tiga batu bererti tiga ketul batu
atau satu ketul batu tiga persegi. Yang dimaksudkan dengan
batu ialah tiap-tiap benda yang keras, suci dan kesat seperti kayu,
tembikar dan sebagainya. Benda yang licin seperti kaca tidak
sah dibuat istinjak kerana tidak dapat menghilangkan najis. Be-
gitu juga benda yang dihormati seperti makanan dan sebagainya.
Syarat beristinjak dengan batu dan sebagainya hendaklah se-
belum kotoran itu kering dan tidak mengenai tempat lain selain
dari tempat keluarnya. Jika mengenai tempat lain maka tidak
sah lagi istinjak dengan batu tetapi wajib istinjak dengan air.

SUCI DARIPADA FUDHUL (KOTORAN)

Ia merupakan kotoran seperti hingus, tahi mata, tahi telinga,


kelemumur, tahi hidung, kahak, lebihan kuku, bulu ketiak dan
ari-ari, daki, kutu dan lain-lain. Ini semua pada badan.

203
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kotoran yang ada di persekitaran seperti habuk-habuk, jelaga,


sarang labah-labah, cebisan kertas, kain buruk dan lain-lain.
Ianya bukan najis cuma tidak cantik. Nampak tidak bersih, tidak
smart, tidak kemas, tidak menarik bahkan nampak berserabut
dan menyakitkan mata memandang.
Dalam Hadis Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka-


kan kecantikan.”
Kita mestilah suci daripada kotoran-kotoran lahir ini supaya
lahirlah orang-orang yang bersih. Kalau kita tidak sensitif
dengan kotoran-kotoran lahir ertinya kita ini kasar, yakni tidak
berjiwa halus. Benda-benda yang lahir ini jika kita tidak rasa
jijik ertinya yang batin lagilah kita tidak rasa jijik.
Mungkin ada orang berkata, “Saya ini orang seni, sebab itu
saya simpan sarang labah-labah ini.” Tentu tidak. Fitrah hati
menolak dan akan rasa sarang labah-labah atau lain-lain tadi
tidak patut disimpan dan menyakitkan mata.

SUCI BATIN
Batin terbahagi kepada tiga iaitu akal, nafsu dan hati.

SUCI AKAL
Suci akal daripada syirik atau isme-isme ciptaan manusia. Bila
akal masih syirik atau menduakan atau yakin dengan lain-lain
isme-isme ciptaan manusia ertinya akal kita masih bernajis.
Sebab itu akal mestilah dibersihkan dan diisi dengan ilmu wahyu
yakni Al Quran dan Hadis Rasulullah. Ini kerana ilmu wahyu
itu tepat. Ia mampu menyuluh sesuatu ilmu itu sama ada betul
atau salah.

SUCI HATI
Suci hati daripada sifat-sifat mazmumah. Bila ada sifat-sifat

204
TASAWUF

mazmumah ertinya hati kita masih bernajis. Najis hati namanya.


Sebab itu sifat-sifat mazmumah ini mesti dibersihkan seperti
benci, marah, besar diri, megah, dendam, hasad, tamak bakhil,
lalai, takut, sedih, kecewa dan lain-lain.

Cara Membersihkan Hati:


1. Setiap yang mahmudah hendaklah disuburkan. Seperti rasa
simpati, pemurah, malu, rendah diri, hormat, rasa terima
kasih, taat, redha, puas hati, sabar dan lain-lain. Manakala
sifat-sifat mazmumah hendaklah dibuang.
2. Mesti ada ilmu tentang cara menyuburkan mahmudah dan
membuang mazmumah. Perlu mengetahui sifat-sifat hati
terlebih dahulu.
3. Kenal apa yang ada di dalam hati kita.
4. Hendaklah membuat latihan secara mujahadah dan riadah.
5. Mujahadah dan riadah itu hendaklah secara istiqamah.
6. Ada guru tempat merujuk.

SUCI NAFSU
Suci nafsu daripada kehendak-kehendak yang jahat. Nafsu juga
ada najisnya iaitu kehendak-kehendak yang jahat atau negatif
seperti makan minum yang haram, pakaian yang haram, ingin-
kan tempat tinggal yang haram, inginkan kenderaan yang
haram, inginkan kepada pergaulan yang haram dan lain-lain.
Ini semua hendaklah dibersihkan dengan menggantikannya
dengan keinginan yang halal seperti ilmu, makan, minum, isteri,
tempat tinggal, ajaran, kenderaan, kekayaan yang halal, ingin
memperjuangkan kebenaran, ingin beribadah, ingin ke masjid
berjemaah dan lain-lain kehendak yang baik.

Cara Untuk Membersihkan Nafsu:


1. Faham syariat.
2. Faham kehendak-kehendaknya yang negatif.
3. Dorong semua kehendaknya yang positif atau yang mubah.
4. Mujahadah dan riadah.

205
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5. Istiqamah.
6. Ada guru tempat rujuk.

Itulah bentuk ‘najis’ yang ada pada kita semua iaitu najis lahir
dan ‘najis’ batin. Kalau kita umat Islam mampu membersih-
kannya melalui proses yang disebutkan tadi maka akan lahirlah
keindahan syariat Islam itu.
Kita akan dapati di antaranya:
1. Lahirlah masyarakat yang bersih lahir dan batin sepertimana
model di zaman Rasulullah SAW.
2. Lahirlah masyarakat yang sihat pada badan (fizikal), fikiran
dan jiwa.
3. Akan lahirlah masyarakat yang berkasih sayang.
4. Akan lahirlah masyarakat yang bergotong-royong, bersatu
padu dan bekerjasama.
5. Lahirlah masyarakat yang terpelihara keturunannya.
6. Lahirlah masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara.
7. Lahirlah masyarakat yang aman damai.
8. Lahirlah masyarakat yang rajin.
9. Lahirlah masyarakat yang muafakat.
10. Lahirlah masyarakat yang belas kasihan, bertimbang rasa,
mengambil kira perasaan orang lain.
11. Lahirlah masyarakat yang hormat-menghormati.
12. Akan lahirlah masyarakat yang berkorban.
13. Akan lahirlah masyarakat yang bersih daripada perkara-
perkara yang menimbulkan perbalahan.
14. Masyarakat bersih daripada kemungkaran.
15. Masyarakat bersih daripada pembaziran.
16. Akan lahirlah masyarakat yang suka menuntut ilmu.
17. Akan lahirlah masyarakat yang pemurah, bertolak ansur,
menjaga perasaan orang lain, bersopan dan berakhlak mulia
18. Lahir masyarakat yang berkemajuan dan bertamadun.
19. Lahirlah masyarakat yang berdisiplin.

206
TASAWUF

SAJAK

At Thaharah

At Thaharah atau kebersihan adalah asas ibadah


Kalau ibadah di tempat tidak bersih
Tapi tidak najis hukumnya makruh
Kalau tempat najis, tidak sah
Rumah orang bertaqwa laksana masjid atau rumah Allah
Lahir batinnya hendaklah bersih
Supaya roh suci datang ziarah
Kalau rumah tidak bersih malaikat tidak ziarah
Padahal malaikat-malaikat membawa
berkat dan rahmat dari Allah
Pengotor tidak disukai Allah
Sekalipun tuan rumah ahli ibadah
Bersih menyenangkan jiwa, akal cerah
Kalau tidak fikiran berserabut, jiwa tegang, mudah pemarah
Bersih banyak peringkat kenalah buat
Yang tertinggi bersih daripada najis
sama ada aini mahupun hukmi
Yang aini nampak oleh mata
Yang hukmi hanya bersifat maknawi
Peringkat kedua bersih daripada yang menjijikkan
sekalipun tidak najis
Dia mematikan selera atau meloyakan perasaan manusia
Kenalah juga jaga seperti hingus atau tahi mata
Yang ketiga bersih daripada yang mencomotkan
sekalipun bukan najis
Kerana ia tidak sedap dipandang oleh mata kepala
Seperti tanah yang terpalit, tepung dan sampah
yang berselerak di rumah
Bahkan di dalam Islam meminta lebih dari itu

207
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Barang-barang di rumah tersusun,


perabut-perabut di rumah teratur kalau ada perabut
Kerana ia menyedapkan mata memandang
Sunat hukumnya
Pakaian mesti kemas, bersih, elok bercantik-cantik,
Tuhan itu cantik secara Tuhan
Yang tidak dapat dibayangkan
Maka Tuhan suka hamba-hamba yang bercantik-cantik
Yang dimurka kalau megah dan riyak
Kalau pandangan tidak sedap dilihat oleh mata
Di rumah makruh hukumnya
Kerana dia membantu juga fikiran berserabut
Jiwa tidak tenang
Kemuncak kebersihan adalah kebersihan jiwa dan fikiran
Terutama daripada syirik yang mengekalkan seseorang
di dalam neraka
Selain itu sombong, tamak, bakhil,
cintakan dunia dan lain-lainnya
Kerana kekotoran jiwa membawa perpecahan dan huru hara
Yang akan menyusahkan kehidupan manusia
Yang akan hilang keharmonian dan kebahagiaan bersama
Orang yang pengotor fikirannya selalunya tidak teratur
Menggambarkan fikirannya yang kusut berserabut
Bahkan malaikat tidak menziarahi rumahnya
Rahmat dan berkat masuk ke rumahnya bersama malaikat
Kalau tidak, selalu sahaja berlaku krisis keluarga
dan rumah tangga
Yang selalu ziarah ke rumah adalah jin,
syaitan dan roh-roh yang kotor
Sekalipun tuan rumahnya sembahyang
Tapi tidak membawa ketenangan
Kerana malaikat tidak datang
Rumah itu orang rasakan bagaikan kubur
Tolong ambil peringatan nasihat sajak ini
Rumah orang Islam tidak sepatutnya kotor atau berserabut

208
Sembahyang
Falsafah & Peranannya
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
BUKAN AGAMA KALAU TIDAK ADA
UPACARA PENYEMBAHAN

S
etiap agama sama ada yang hak mahupun yang batil, mesti
ada cara penyembahan dan upacara penyembahan, atau
ada sistem peribadahan yang khusus. Cara penyembahan
itu atau cara peribadahan itu pula ada yang menjadi pokok dan
ada yang menjadi tambahan. Dalam Islam, ibadah tambahan
itu dinamakan fadhoilula’mal atau amalan yang disunatkan.
Kalau sesuatu ajaran itu tidak ada cara dan upacara periba-
dahan atau penyembahan, ia tidak dinamakan agama atau bukan
agama namanya. Adapun agama, ia mesti ada hubung kait
dengan Tuhan, sama ada Tuhan yang sebenarnya mahupun
Tuhan yang palsu atau yang dikhayalkan. Sesuatu ajaran yang
tidak ada penyembahan atau upacara peribadahan, ia dinama-
kan ideologi atau isme. Ideologi atau isme tidak ada hubung
kait dengan Tuhan. Justeru itulah tidak ada penyembahan dan
peribadahan di dalam ajaran ideologi.
Ideologi atau isme, orang panggil atau namakan ajaran
politik, bukan ajaran agama. Kerana itulah orang politik atau
penganut-penganut ideologi atau isme, biasanya ada pegangan
agamanya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka sama ada
agama yang hak mahupun agama yang batil; kecuali orang yang
berfahaman komunis, kerana di dalam ajaran ideologinya tidak
ada penyembahan kepada Tuhan.

210
SEMBAHYANG

Dalam ajaran Islam, upacara ibadah yang pertama dan utama


disebut ‘as-Solah’ atau di dalam Bahasa Melayu ialah sembah-
yang. Di dalam Islam, sembahyang merupakan tiang agama. Ia
wajib dilakukan lima kali di dalam sehari semalami. Solat di
dalam Islam merupakan ibu segala ibadah yang ada di dalam
ajaran Islam dan juga ia merupakan salah satu rukun Islam yang
lima. Bahkan ia adalah sebagai tiang serinya.
Dalam ajaran Islam, sesiapa yang meninggalkan ibadah yang
pertama dan utama ini, yang menjadi tiang seri agama Islam,
maka seluruh amalannya yang lain tertolak atau tidak diterima.
Rugi sungguhlah orang yang meninggalkan sembahyang lima
waktu.

211
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Pertemuan dengan Raja Segala Raja

Sembahyang adalah ibu segala ibadah


Ibadah rasmi dari Tuhan
kepada hamba-hamba-Nya seluruhnya
Ia merupakan pertemuan rasmi
Lima kali sehari semalam dengan Allah
Ertinya pertemuan rasmi dengan Raja yang Maha Agung,
Raja Segala Raja
Umpama pertemuan rasmi raja manusia
Sesama rakyat jelatanya
Bagaimana keadaan kita, apa yang kita rasa
Apa persiapan yang sepatutnya?
Kita siapkan pakaian yang cantik
Kita bersihkan badan kita
Kita berwangi-wangian,
pergi dengan kenderaan sampai istana
Di istana kita duduk dengan penuh tertib
berhadapan dengan raja
Kita duduk dengan penuh tawadhuk
Bahu membongkok mata ke lantai dan khudhuk
Kita tidak pandang kiri dan kanan
Penuh bimbang, malu dan takut
Tidak ada seorang yang berani bercakap-cakap
Dan bersembang-sembang
Menunggu dengan penuh takut akan perintah raja
Apa titah raja, apa pesanan, apa amanahnya
Dan apa nasihatnya
Begitulah sembahyang, pertemuan dengan Allah

212
SEMBAHYANG

Secara rasmi, Dia adalah Raja Segala Raja


Raja yang bukan jenis manusia
Raja yang mempunyai Zat yang Maha Suci
daripada segala penyerupaan
Pengetahuan-Nya tembus, penglihatan-Nya tembus,
pendengaran-Nya tembus
Sepatutnya pertemuan kita lebih serius
Lebih beradab, bertertib dan takut
Di waktu itu kita menyediakan diri kita
Bersih lahir dan batin
Menunggu penyembahan itu dengan penuh takut
Malu, khusyuk, tadharuk
Takut dan malu hendak bercakap-cakap dan berbual
Kecuali yang ada hubungkait dengan Tuhan
Kita menyembah, seluruh fikiran, hati dan jiwa
Seluruhnya tertumpu kepada Tuhan
Fizikal ikut rukuk
Fikiran ikut rukuk, hati ikut rukuk
Fizikal ikut sujud, fikiran ikut sujud
dan jiwa ikut sujud
Waktu berdiri dirasakan seolah-olah
kita berada di Padang Mahsyar
Sedangkan Tuhan sedang melihat
Aduh kecutnya perut, menggeletar sepatutnya jiwa kita
Di waktu itu sepatutnya tidak ada apa yang kita ingat
Kecuali sepenuh hati dan jiwa raga dan fikiran kita
hanya kepada Allah semata-mata
Tapi ramai manusia tidak begitu
Berhadapan dengan raja jenis manusia lebih terasa gerun,
malu dan beradab
Dari berhadapan dengan Tuhan pencipta manusia
Kerana manusia belum kenal Tuhan Khaliqnya

Menjelang Zuhur
23 – 10 – 1999

213
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2
Ibadah adalah Penyembahan kepada Tuhan

Ibadah adalah satu penyembahan kepada Tuhan


Menyembah ertinya memuja, membesarkan
Mengagungkan, menyanjung
Meminta, mengharap
Memuji, berbual, munajat, berbisik-bisik
Dan bermanja-manja dan meminta
Ini bermaksud beribadah kepada Tuhan
Berbagai-bagai perasaan yang dirasa oleh jiwa
Kalau ibadah tidak dihayati,
jiwa tidak merasa berbagai-bagai rasa
Ibadah yang tidak dijiwai, sudah tentu
tidak merubah perangai manusia
Oleh itu ibadah kenalah tertib
Mutmainnah, tenang dan faham
Tidak boleh gopoh-gapah
Kenalah berlambat-lambat rukuk dan sujud
Rasakan kehebatan Allah, rasakan keagungan-Nya
Rasakan juga kasih sayang-Nya
Rasakan juga kuasa dan Iradah-Nya
Qahhar dan Jabbar-Nya
Rasakan Dia mendengar, mengetahui dan melihat
Begitulah kita beribadah kepada Allah
Bukan setakat fizikal yang bergerak
Tidak setakat lidah yang melafaz
Tapi yang penting hati dan jiwa yang bergerak
Hingga mempengaruhi fikiran dan sikap kita
Hingga membangun peribadi dan akhlak
Begitulah kesan dari ibadah yang dijiwai
Sangat mempengaruhi peribadi dan kehidupan kita

Menjelang tidur
24 – 10 – 1999

214
SEMBAHYANG

2
MENGAPA KITA DIPERINTAHKAN
MENGERJAKAN SEMBAHYANG
LIMA WAKTU?

K
ita diperintahkan mengerjakan sembahyang dengan tujuan
hendak melahirkan berbagai-bagai perasaan kehambaan;
kerana kita adalah hamba; seperti rasa hina, takut, malu,
gementar, rendah diri, harap, bimbang.
Agar daripada lahirnya pelbagai perasaan kehambaan itu,
terbakarlah, musnahlah atau hilanglah sifat-sifat mazmumah
yang sangat merosakkan kehidupan manusia. Sifat-sifat itu ia
sangat rosak dan merosakkan, mudarat dan memudaratkan.
Seperti sifat-sifat sombong, hasad dengki, tamak, pemarah,
bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengadu
domba, mengumpat dan menghina.
Dengan kata-kata yang lain, sembahyang yang dapat dihayati
dapat membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah yang
sangat meracun kehidupan bermasyarakat di kalangan manusia.
Oleh itu kalau di dalam ibadah sembahyang tidak dapat melahir-
kan rasa kehambaan kepada Tuhan maka di luar sembahyang
mustahil dapat merasakan sifat-sifat kehambaan seperti yang
kita sebutkan di atas.
Apabila sifat-sifat kehambaan atau rasa-rasa kehambaan tidak
wujud di dalam hati manusia maka yang akan mengisi hati
manusia atau jiwa manusia ialah sifat-sifat mazmumah seperti

215
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sombong, pemarah, hasad, tamak, bakhil, keras hati, dendam,


riyak dan lain-lain lagi.
Penyakit-penyakit jiwa itulah atau sifat mazmumah itulah
yang menjadikan manusia berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh-
menjatuhkan, bunuh-membunuh dan berperangan. Justeru itu
rosaklah kehidupan manusia, binasalah dunia, hilang kasih
sayang, rosak perpaduan, hilanglah kebahagiaan dan
keharmonian. Maka terseksa hidup manusia.

216
SEMBAHYANG

SAJAK

Sembahyang Titik Tolak Segalanya

Kebaikan seseorang hamba itu


Bermula daripada membaikkan sembahyangnya
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya
Khusyuk, khuduk, tadharuk
dan faham apa yang dibaca
Selepas itu rahmat dan berkat
daripada Tuhan pun mencurah-curah
Dianugerahkan kepadanya
Allah Taala akan bersihkan jiwanya
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa
Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga
Kelihatan pula kepada peribadinya
syariatnya sangat dijaga
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara
Kerana itu betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang hingga kita terasa
bahawa kita menyembah-Nya
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan
tanpa sembahyang
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang
yang lebih kurang
Sembahyang adalah ibu ibadah
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian
Apabila baik sembahyang
segala-galanya akan menjadi baik

217
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Jika sembahyang sudah dicuaikan


Atau bersembahyang tidak ada penghayatan
Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan
tanpa sembahyang
Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan
atau ikut-ikutan
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

218
SEMBAHYANG

3
KEAGUNGAN SEMBAHYANG

D
alam Islam, solat atau sembahyang adalah amalan yang
paling besar dan agung selepas iman. Tiada amalan yang
lebih besar selepas iman yang boleh menandingi sem-
bahyang. Kerana itulah di dalam Islam sembahyang adalah men-
jadi tiang agama Islam. Tapaknya atau foundationnya adalah
iman.
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Pangkal segala hal ialah Islam. Sedang


tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang di
jalan Allah.” (Riwayat Tarmizi)
Kebesaran dan keagungan sembahyang itu boleh dilihat dan
dirasakan melalui ilmu pengetahuan berdasarkan beberapa
aspek seperti di bawah ini:
1. Ia merupakan ibu segala ibadah dalam Islam.
2. Ia adalah merupakan tiang seri agama Islam.
3. Ia diperintah oleh Allah Taala dengan cara Allah Taala me-
manggil Rasulullah SAW mengadap-Nya waktu Israk dan

219
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Mikraj, tidak seperti amalan-amalan yang lain hanya di-


wahyukan oleh Allah Taala kepada Rasulullah SAW melalui
malaikat Jibril a.s.
4. Siapa yang meninggalkan sembahyang menjadi kafir ber-
dasarkan Hadis. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggalkan sem-


bahyang dengan sengaja maka kafirlah dia secara terang-
terangan.” (Riwayat Ahmad)
5. Sembahyang, seluruh anggota terlibat. Perbuatan (fizikal),
perkataan atau bacaan (lisan) dan hati atau roh serta akal
kerana memahami.
6. Mengerjakannya disyaratkan suci lahir dan batin, daripada
hadas besar dan hadas kecil, najis ain dan najis hukmi.
7. Kena mengadap kiblat. Ertinya merupakan lambang per-
paduan umat Islam.
8. Terikat dengan waktu.
9. Digalakkan berjemaah.
10. Berbagai-bagai amalan malaikat ada di dalam sembahyang,
kerana malaikat itu ibadahnya hanya satu-satu perkara
sahaja. Seperti ada yang bertasbih sahaja sejak diperintahkan
hinggalah hari Qiamat, yang bertakbir sahaja, yang bertah-
mid sahaja, ada yang rukuk sahaja, ada yang berdiri sahaja,
ada yang sujud sahaja, begitulah seterusnya.
11. Berbagai-bagai bentuk zikir ada di dalam sembahyang. Ada
berdiri, ada rukuk, ada sujud, ada duduk di antara dua
sujud, ada tasbih, ada tahmid, ada takbir, ada munajat, ada
berbagai-bagai bentuk doa, ada zikir, ada selawat, ada
fizikal, ada akal, ada rohani, ada material, ada maknawi.
12. Ia merupakan ibadah yang terikat dengan disiplin yang
tertentu, cara-cara yang tertentu.
13. Amalan sembahyang itu adalah merupakan intipati dan

220
SEMBAHYANG

intisari ajaran Islam. Di dalamnya ada akidah, ada ibadah,


ada taharah, ada masyarakat, ada perpaduan, ada disiplin,
ada pemimpin, ada yang dipimpin (politik), ada pendidikan,
ada syariat, ada tasawuf, ada akhlak, ada kebudayaan, ada
ekonomi dan ada psikologi. Ertinya sembahyang menggam-
barkan keseluruhan ajaran Islam secara ijmali.
14. Ia merupakan cara peribadahan atau penyembahan yang
paling lengkap kerana segala bentuk ibadah dan zikir para
malaikat wujud dalam sembahyang.
15. Ia merupakan zikir yang paling besar kerana seluruh bentuk
zikir ada di dalam sembahyang.
16. Ia merupakan peribadahan yang melibatkan semua anggota
lahir dan batin. Ada yang bersifat fizikal dan ada yang
bersifat maknawi atau rohani.
17. Di dalam sembahyang ada seluruh bentuk doa. Ertinya
berbagai-bagai permintaan ada di dalam sembahyang.
18. Berbagai-bagai amalan para rasul wujud di dalam sembah-
yang.
19. Sembahyang merupakan mikraj orang mukmin.
20. Pada sembahyang ada latihan jasmani, ada latihan mental
dan ada latihan rohani.
21. Sembahyang ada simbol-simbol merendah diri, ketaatan, ke-
patuhan dan simbol berdirinya manusia di Padang Mahsyar
seolah-olah berhadapan dengan Tuhan menunggu perintah-
Nya.
22. Sembahyang merupakan pembaharuan ikrar manusia ke-
pada Tuhan, sehari semalam lima kali.
23. Sembahyang merupakan pembaharuan syahadah dan iman
dengan Tuhan.
24. Sembahyang merupakan pembersihan jiwa dan dosa.

221
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sembahyang itu Hubungan Hamba


dengan Khaliqnya

Apabila sembahyang ditinggalkan


Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang di dalam kelalaian
Hubungan hamba itu dengan Khaliqnya
sangat cacat
Atau terus terputus
Kutuk dan laknat pun berlaku
ke atas kepalanya
Oleh Allah, para malaikat,
seluruh makhluk Allah
kecuali jin dan manusia
Kalau begitu apalah erti kekayaan?
Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!
Nama dan glamor tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikanlah sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya
Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkan maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapan-Nya
Agungkan dan besarkan Zat-Nya
Hilangkan segala yang ada

222
SEMBAHYANG

Hanya kewujudan-Nya sahaja


yang kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan
yang mula-mula diperiksa
Dirikanlah sembahyang,
jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita diterima

25 – 11 – 1999

223
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4
PERANAN SEMBAHYANG

S
etelah kita mengkaji, menganalisa di sudut ilmu yang ada
hubungan dengan sembahyang, sama ada di segi lahir
mahupun di segi batin, yang ada kaitannya dengan jas-
mani, mahupun maknawi dan rohani, zikir, doa dan lain-lain
lagi, setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawa
sembahyang itu benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belum
lagi sesiapa yang Allah Taala anugerahkan dia dapat benar-benar
hayati sembahyang itu. Jika sembahyang itu dapat dijiwai, kita
akan merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hati,
mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembah-
yang itu membangunkan jiwa dan mental serta kita bermusafir
dalam sembahyang itu, lebih-lebih lagilah kita akan terasa benar
bahawa sembahyang itu sungguh agung.
Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati
itulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti berikut:
1. Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung.
2. Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.
3. Akan melahirkan peribadi yang kuat dan agung akhlaknya.
4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya.
5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya dari-
pada mazmumah.

224
SEMBAHYANG

6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya dari-


pada maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit.
7. Akan melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.

Gabungan individu-individu ini akan lahirlah satu bangsa


yang agung. Agung keyakinannya, agung imannya, agung akh-
laknya, agung disiplinnya, bersih kehidupan mereka daripada
maksiat dan mungkar, agung perpaduannya dan agung kebu-
dayaannya. Dan Allah Taala akan jadikan bangsa-bangsa lain
untuk tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agung
ini telah dinaungi oleh Allah Taala yang Maha Agung, kesan
daripada didikan sembahyang yang agung itu. Begitulah pe-
ranan sembahyang.

225
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Aku Rasa Belum Beribadah


Aduh, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadah
Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah
Aku pun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembah-Mu,
bersopankah atau sebaliknya
Kalau aku lakukan juga, jawapannya tentu sama
Macam-macam rasa di dalam jiwaku
Takut, bimbang, gelisah dan resah
Apabila selesai, aku rasa belum beribadah
Hatiku susah dan gundah-gulana
Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya
Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi
Nilai ibadahku
Macam tadi juga
Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang
Aku dahulukan memohon ampun kepada-Mu
terhadap sembahyangku selepas itu baharulah dosa-dosaku
Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosa
Hatiku lagi parah, susah dan gelisah
Tapi aku ini lemah bermujahadah
Selepas itu aku ulangi lagi membuat salah
Hatiku susah lagi dan gundah
Tuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurang
Maafkan aku yang tidak sempurna
Ampunkan aku mana yang terlanjur
Kerana hal itu bukan aku suka
Itulah kelemahanku
Engkau pun tahu
Rahmat-Mulah yang aku pinta

226
SEMBAHYANG

5
MENGAPA IBADAH SEMBAHYANG
TIDAK MEMBANGUNKAN INSAN?

P
ada hari ini mengapa umat Islam tidak menjadi satu
bangsa yang berdisiplin, yang berpadu, yang bersih
daripada maksiat dan kemungkaran, yang tinggi akhlak-
nya, kukuh imannya, kemas syariatnya, tinggi tamadunnya dan
unggul kebudayaannya? Mengapa dan kenapa sembahyang
mereka tidak dapat mendidik mereka lagi? Apakah mereka su-
dah meninggalkan sembahyang? Atau mereka masih bersem-
bahyang tapi sembahyang mereka sudah tidak sempurna, tidak
seperti di zaman salafussoleh? Atau apakah yang sudah tidak
kena lagi dengan sembahyang mereka?
Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, mari kita se-
naraikan peringkat-peringkat orang yang ada hubung kait
dengan perintah sembahyang yang agung, yang merupakan ibu
segala ibadah di dalam Islam. Dengan mengenal kategori atau
golongan umat Islam yang ada hubung kait dengan sembahyang
itu dengan sendirinya akan terjawab mengapa ibadah sembah-
yang tidak dapat membangunkan umat Islam menjadi satu
bangsa yang kuat dan agung, insya-Allah. Antaranya:
1. Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidak
bersembahyang. Bahkan ramai yang sudah tidak tahu ber-
sembahyang. Golongan ini berdasarkan sebuah Hadis,
mereka sudah menjadi kufur.

227
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barang siapa yang meninggalkan sem-


bahyang dengan sengaja maka kafirlah dia secara terang-
terangan.” (Riwayat Ahmad)
2. Ada di kalangan umat Islam mengerjakan ibadah sembah-
yang secara jahil. Bacaannya tidak betul. Mereka tidak kenal
syarat rukun sembahyang, sah batalnya, cara-cara bersuci
sebelum mengerjakan sembahyang. Maka golongan ini
tertolak ibadahnya dan berada di dalam dosa dan derhaka.
3. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, faham
tentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak boleh
melawan nafsu, godaan dunia atau tarikan dunia terlalu
kuat, maka mereka mengerjakan sembahyang tidak istiqa-
mah. Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang tidak.
Waktu sempat, buat. Bila sibuk, tidak buat. Bila ada mood,
sembahyang. Bila tidak ada mood, meninggalkan sembah-
yang. Inilah golongan fasik.
4. Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, wa-
laupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyang
tidak khusyuk. Fikirannya tidak sepenuhnya dengan sem-
bahyang atau terus-menerus mengingat perkara-perkara
lain. Fikiran dan jiwanya selalu sahaja melayang-layang dan
mengembara ke alam kehidupan sehari-hari. Macam-ma-
cam perkara terlintas di dalam sembahyang. Itulah golongan
yang lalai.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Allah tidak akan menundukkan pandangan-
Nya kepada orang yang hatinya tidak hadir dalam solat ber-
sama-sama badannya.”
5. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasa
tarik tali di antara mengingati bacaan sembahyang dengan
tidak. Bila lalai dibetulkannya semula. Kadang-kadang

228
SEMBAHYANG

ingat, kadang-kadang lalai. Ingat dengan lalai sentiasa silih


berganti. Mereka tidak mahu begitu tapi terjadi juga. Go-
longan ini adalah golongan yang lemah. Golongan ini ter-
pulanglah kepada Allah Taala. Moga-moga yang sedarnya
dikira, yang tidak sedarnya tidak dikira.
6. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang berte-
patan dengan ilmunya kemudian dapat menyorot dan
menumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yang
diucapkan. Oleh yang demikian fikirannya tidaklah melilau-
lilau atau teringat-ingat perkara-perkara yang lain selain
daripada perkara-perkara yang ada hubung kait dengan
sembahyang tapi tidak pula dapat memahami setiap per-
kataan atau lafaz yang diucapkan. Inilah golongan awamul
muslimin.
7. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang selain
ilmunya tepat, dapat pula menyorot dan mengikuti makna-
makna setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan atau
dibacanya di dalam sembahyang. Setiap bacaannya dapat
difahami. Oleh yang demikian mereka dapat membuat
penumpuan di dalam sembahyang hingga tidak teringat lagi
perkara di luar sembahyang. Inilah golongan orang-orang
yang soleh.
8. Golongan ini sama seperti golongan yang ketujuh tadi, tapi
kelebihannya mereka dapat menghayati dan menjiwai setiap
makna atau pengertian pada setiap perkataan atau lafaz
yang dibacanya. Dengan perkataan yang lain, setiap perka-
taan yang dibacanya, yang difahaminya, dapat difikirkan
dan dijiwai oleh hatinya. Inilah golongan muqarrobin.
9. Golongan ini selain daripada dapat memahami setiap yang
dibaca di dalam sembahyang, setiap yang dapat difahami-
nya itu dapat difikirkan dan dijiwainya sungguh-sungguh
hingga asyik, tenggelam dan mabuk dengan Tuhan, sama
ada mabuk takut atau mabuk rindu hingga alam sekeli-
lingnya dan dirinya tidak disedarinya lagi. Itulah golongan
siddiqin.

229
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah kita mengkaji, menganalisa peringkat orang yang


mengerjakan ibadah sembahyang atau yang ada hubung kait
dengan sembahyang, bahawa sembahyang yang boleh mem-
bangunkan iman, kesedaran bertuhan, penguat jiwa, member-
sihkan diri lahir dan batin daripada kejahatan dan dosa, yang
boleh melahirkan disiplin diri di dalam kehidupan, yang boleh
membangunkan akhlak yang tinggi, yang boleh bersatu padu,
berkasih sayang, yang dapat melahirkan perasaan kehambaan
yang tinggi dan boleh melahirkan manusia yang agung ialah
tiga golongan sahaja. Iaitu golongan yang ketujuh, kelapan dan
kesembilan.
Golongan yang lain itu sebahagiannya tidak sah sembah-
yangnya, sebahagian lalai di dalam sembahyang dan sebaha-
gian lagi pula walaupun sembahyangnya sah dan di dalam sem-
bahyang tidak mengingatkan perkara yang lain, namun tidak
faham tentang sembahyang terutama apa yang dibaca, jauh se-
kalilah untuk dihayati. Sudah tentulah sembahyangnya tidak
memberi kesan kepada peribadi masing-masing. Sembah-
yangnya tidak akan dapat mendidik mereka, sembahyangnya
tidak akan menjadi benteng daripada maksiat dan kemungkaran,
sembahyangnya tidak dapat meneguhkan iman dan seterusnya
sembahyang tidak akan dapat melahirkan jiwa tauhid dan rasa
bertuhan.
Golongan yang sembahyangnya tidak boleh mendidik dan
mencegah daripada maksiat dan kemungkaran, ada keterangan
di dalam kitab berdasarkan Hadis:
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Barangsiapa sembahyangnya tidak dapat
mencegahnya daripada maksiat dan kemungkaran, tiada ber-
tambah apa-apa daripada Allah Taala melainkan jauh dari-
pada Tuhan.” (Riwayat Tabrani dan Ibnu Mardawih)
Sembahyang yang di antara tujuannya ialah hendak mende-
katkan seseorang hamba itu kepada Allah Taala tapi berlaku
sebaliknya iaitu jauh daripada Allah Taala. Wal‘iyazubillah.

230
SEMBAHYANG

SAJAK

Sajak 1
Sembahyang Tidak Mengubah Perangai

Ketika engkau bersembahyang atau menyembah Allah


Fizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apa
Anggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apa
Juga anggota lahir engkau sujud,
perlu diingat ia tidak mengerti apa-apa
Bahkan walaupun lidah engkau membaca
tapi dia tidak faham apa-apa
Oleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-sama
Engkau belum bercakap apa-apa dengan Tuhan
Jika jiwa engkau tidak rukuk sama
Engkau belum rasa bertuhan
Bila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud sama
Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?
Kalau engkau tidak bercakap apa-apa
di dalam menyembah Allah
Jika engkau tidak rasa bertuhan,
kerana hati dan jiwa engkau
tidak ikut berdiri rukuk dan sujud
Engkau di waktu itu tidak merasa kehambaan
Jadi kalau ketika menyembah Allah
Berbisik-bisik dan bercakap-cakap
dengan Tuhan pun tidak
Rasa bertuhan pun tidak ada di waktu itu
Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyang
Tidak rasa memohon dan meminta
Tidak terasa merendah diri dan menghina diri
di hadapan Tuhan

231
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Engkau belum bersembahyang


Engkau tidak bersembahyang di waktu itu
Engkau hanya bersenam dan beriadhah untuk Allah
Patutlah perangai engkau tidak berubah
Engkau bukan menyembah Allah
Tapi riadhah

Lepas Asar
01 – 11 – 1999

Sajak 2
Tahukah Engkau Siapa yang Engkau Sembah?

Tahukah engkau siapa yang engkau sembah?


Dengan siapa engkau kerjakan, meminta, bermunajat
dan meluahkan rasa hati engkau
di waktu sembahyang?
Iaitu Tuhan yang menjadikan engkau
dan menentukan hidup mati engkau
Tuhan yang menentukan nasib engkau,
nasib di dunia mahupun di Akhirat
Tuhan yang menentukan rezeki engkau
berapa banyak sepanjang umur engkau
Tuhan yang menentukan sakit dan sihat engkau
Sakit ringan atau sakit berat, berapa kali sakit
dan berapa kali sihat sepanjang hayat engkau
Tuhan yang mentakdirkan engkau miskin atau kaya,
setakat mana kemiskinan itu dan setakat mana kaya
Tuhan yang menentukan berapa kali mendapat ujian
dan berapa kali pula mendapat nikmat atau rahmat
Ujian yang macam mana, nikmat dan rahmat
yang macam mana pula
Tuhan yang mentakdirkan setakat mana
ilmu engkau dan ilmu apa yang diberi kepada engkau
Tuhan yang menentukan engkau berkahwin atau tidak,

232
SEMBAHYANG

kalau berkahwin dengan siapa dan berapa orang anak


Isteri itu pula taat atau derhaka, begitu juga anak-anak
Tuhan yang menentukan senang dan susah
sepanjang hidup engkau
Senang setakat mana dan susah pula setakat mana
Tuhan itulah juga yang menentukan tempat tinggal engkau
di bumi mana, dan di negara mana
Rumah yang selesa atau rumah yang sebaliknya
Tuhan itulah yang mencatu berapa bilion kali
nafas engkau turun naik
Dan Tuhan itulah juga akhirnya menentukan
kematian engkau di mana dan bagaimana
Mati kerana apa, kerana sakit, terjatuh, lemas,
dilanggar kereta, ditembak petir, kena bom
Mati di dalam beriman, mati kafir atau mati fasik
Kalau engkau sedarlah yang engkau sembah itu
begitulah kekuasaan, kehendak
dan pentadbiran Tuhan engkau
Apakah perasaan engkau di waktu itu?
Tidak kecutkah hati engkau?
Tidak bimbangkah jiwa engkau?
Tidak rusuhkah perasaan engkau?
Kalau engkau tidak terasa apa-apa
di waktu engkau menyembah-Nya
Ertinya engkau hanya membawa badan
tidak membawa jiwa bersama
Kalau begitu engkau bukan menyembah tapi bersenam
Engkau bukan beribadah tapi engkau beriadhah

Selepas Asar
28 Muharam 1421

233
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6
SEMBAHYANG
ADALAH BERAT

S
embahyang lima waktu itu kalau dipandang sepintas lalu
secara lahirnya tidaklah berat sangat kerana bacaan-
bacaannya tidaklah terlalu panjang dan menyusahkan
menghafalnya. Masa untuk mengerjakannya pun tidak mema-
kan masa terlalu lama, setakat 15 - 20 minit sahaja. Di antara
satu waktu ke satu waktu ada ruangan-ruangan untuk rehat atau
bekerja dan boleh pula dikerjakan di mana-mana sahaja ada
kesempatan. Tidak mesti dikerjakan di masjid. Tidak memerlu-
kan wang yang banyak. Bahkan di dalam pengalaman menger-
jakan sembahyang tidaklah sampai meletihkan dan menyu-
sahkan. Tapi mengapa Allah Taala menyatakan melalui Al Quran
bahawa sembahyang itu adalah besar iaitu sangat berat.

Maksudnya: “Sesungguhnya (sembahyang itu) adalah


amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Al Baqarah:
45)
Khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mukmin
yang jiwa tauhidnya mendalam, hingga dengan itu jiwa dan
perasaan kehambaannya begitu kuat iaitu rasa bertuhan itu
benar-benar memenuhi hati dan perasaan mereka dan rasa itu
tidak lekang hingga dibawa ke mana-mana.

234
SEMBAHYANG

Hamba Allah yang seumpama ini rasa cintanya dengan Tuhan


atau rasa takut dengan Tuhan menguasai fikiran, jiwa dan perihal
mereka. Maka sudah tentulah mereka itu mudah mengerjakan-
nya serta dapat melaksanakan kehendak-kehendak sembahyang
itu di dalam kehidupan mereka. Bahkan mereka rindu dengan
sembahyang, seronok mengerjakannya kerana dengan bersem-
bahyang itu mereka dapat bercakap-cakap dengan Tuhan,
mengadu, meminta-minta, mengharap-harap, membesarkan,
mensucikan, memuja, merindui, melepaskan segala perasaan
yang terbuku iaitu memohon ampun dan maaf.
Mereka yang hatinya khusyuk itu, memang sembahyang itu
sentiasa ditunggu-tunggunya, dari satu waktu ke satu waktu.
Di dalam istilah Islam dikatakan ‘muraqobah’. Kerana itulah
mereka, oleh sebab tidak sabar hendak bercakap-cakap dengan
Tuhan di dalam ibadah sembahyang yang fardhu, mereka mem-
banyakkan sembahyang sunat. Di sanalah mereka meluahkan
rindu dan segala perasaan hati. Mereka rasa senang dan tenang
selepas sembahyang kerana segala pengaduan telah dipanjatkan
kepada Tuhan. Walau bagaimanapun bercampur rasa bimbang
itu memang ada, ditakuti sembahyang tidak diterima, permo-
honan tidak dikabulkan, pengiktirafan (pengakuan, ikrar, sum-
pah) dianggap dusta.

BERATNYA ADA TIGA PERINGKAT

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk iaitu hubungan


hati dengan Tuhan tidak kuat atau terputus sama sekali, sudah
tentulah rasa bertuhan tidak wujud. Kesedaran bertuhan itu
tidak ada di dalam fikiran dan jiwa mereka. Kalau begitu sudah
tentulah rasa cinta atau takut dengan Tuhan tidak ada. Orang
Islam yang begini sudah tentulah terasa berat mengerjakan
sembahyang. Terasa terbeban dengan sembahyang. Orang begini
tidak akan hendak menunggu-nunggu sembahyang. Selain
sembahyang fardhu, lebih-lebih lagilah.
Apabila khusyuk dengan Tuhan tidak ada, sudah tentu ada

235
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

perkara lain yang kita jiwai dan hayati. Ada perkara lain yang
kita besarkan dan agungkan. Ada perkara lain yang mendarah
mendaging yang menjadi otak dan jiwa kita. Mungkin banyak,
mungkin sedikit. Mungkin harta kekayaan, anak isteri, jawatan
dan pangkat, glamour dan nama. Bahkan mungkin juga kesu-
sahan yang menimpa kita itu yang menjadi otak dan jiwa kita.
Ertinya kesusahan itulah yang menghantui dalam fikiran dan
jiwa kita. Mungkin semuanya sekali.
Orang yang begini sikapnya sudah tentu amat berat dengan
sembahyang. Susah dengan sembahyang. Sembahyang dirasa-
kan beban yang berat, sembahyang mengganggu kehidupan
mereka. Oleh yang demikian sudah tentu tidak larat membuat-
nya. Atau kalaupun dibuat, hatinya tidak sembahyang. Di dalam
sembahyang dia akan ingat perkara yang dijiwainya. Fizikal atau
jasadnya sembahyang, fikiran dan hatinya tidak bersembahyang.

BERAT PERINGKAT PERTAMA - SEBELUM MENGERJAKAN


1. Apabila Tuhan tidak dijiwai atau rasa bertuhan sudah lemah,
waktu bekerja sudah tentu sayang hendak meninggalkan
kerja. Tertinggallah sembahyang atau qadha saja. Ketika
mengerjakan sembahyang terseksa rasanya.
2. Apabila sedang bersuka ria dengan anak isteri dan mereka
itulah yang dijiwai, maka berat pula hendak mengerjakan
sembahyang. Tertinggal sembahyang atau melewat-lewat-
kannya. Kalau buat pun tidak dari hati.
3. Apabila sedang bermesyuarat yang kita jiwai dan pandang
besar maka sembahyang dipandang kecil. Tertinggal sem-
bahyang atau qadha sahaja. Dan sudah tentu tidak khusyuk
kerana hati bukan pada sembahyang.
4. Apabila sedang berkelah dan berseronok-seronok dengan
kawan-kawan dan pemandangan yang kita jiwai, sudah
tentulah sembahyang tidak diambil kira, tinggal terus atau
qadha saja.
5. Apabila sibuk dengan kenduri-kendara, kita jiwai kenduri

236
SEMBAHYANG

itu, sembahyang dilupakan terus atau qadha saja. Itupun


terasa terpaksa.
6. Waktu musafir lebih-lebih lagilah badan letih, pemandangan
dan apa saja yang dirasa dan dilihat mempesona. Hendak
mengerjakan sembahyang tentulah berat. Tinggalkan saja
atau qadha. Waktu membayarnya tidak dari hati. Hendak
cepat-cepat saja.
7. Apabila jiwa bertuhan tidak ada atau lemah, kalaupun boleh
bermujahadah dapat juga mengerjakan sembahyang tapi
terasa sangat terlalu berat maka sembahyang tidak dapat
dijiwai. Sembahyang pun hendak cepat-cepat saja.

Lebih-lebih lagilah terasa berat hendak melaksanakan ikrar


dan tuntutan sembahyang itu di luar sembahyang. Sudah tentu
tidak boleh menunaikannya. Kerana Tuhan dan syariat Tuhan
itu belum kita jiwai lagi. Kalau begitu tidak hairan orang yang
mengerjakan sembahyang masih terlibat dengan maksiat dan
kemungkaran seperti tipu, rasuah, zina, curi, merompak, per-
gaulan bebas lelaki perempuan, menzalim, judi, dedah aurat dan
juga tidak hairanlah orang yang bersembahyang akhlaknya ma-
sih rosak seperti memfitnah, mengumpat, menghina, berdusta,
mengadu domba, bercakap kotor dan lucah, bakhil, tamak, pe-
marah, sombong, riyak, suka nama dan glamour. Walaupun me-
reka bersembahyang hakikatnya mereka tidak bersembahyang.
Jadi jelaslah bahawa bagi orang yang tidak khusyuk iaitu
yang tidak berjiwa tauhid, hanya setakat berfikiran tauhid sahaja
sudah tentulah amat berat dengan sembahyang kecuali bagi
orang yang khusyuk.

Maksudnya: “Sesungguhnya (sembahyang itu) adalah


amat berat kecuali bagi orang yang kusyuk.” (Al Baqarah:
45)
Apakah yang selalu diingat oleh orang yang tidak khusyuk

237
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dalam sembahyang? Orang yang tidak khusyuk sembahyang,


mereka merasa berat dengan sembahyang sekalipun dapat
dibuatnya. Tapi apakah yang mereka ingat dalam sembahyang?
Iaitu setiap yang mereka khusyukkan. Ertinya setiap perkara
yang mereka jiwai dan cintai atau yang mereka besarkan dan
ambil berat. Itulah yang ringan diingat atau mudah diingat.
Ingatan itulah yang akan datang di dalam sembahyang
menggantikan rasa bertuhan, menggantikan menjiwai segala
bacaan, seperti hal-hal pekerjaan di pejabat akan datang dalam
sembahyang, kisah anak isteri akan datang di dalam sembah-
yang, kawan-kawan pacaran kita itu yang akan datang di dalam
sembahyang. Urusan persekolahan akan datang di dalam
sembahyang. Mengira-ngira duit, rugi untung akan datang
dalam sembahyang. Setiap kesusahan, kegembiraan dan kege-
maran kita itu yang datang dalam sembahyang. Dendam ke-
sumat dengan orang itu akan datang di dalam sembahyang.
Walhasil setiap apa saja yang kita jiwai di dalam kehidupan
kita sama ada yang menggembirakan mahupun yang menyu-
sahkan jika kita jiwai (khusyuk) maka itulah yang akan datang
di dalam sembahyang.

BERAT PERINGKAT KEDUA - DI DALAM SEMBAHYANG


Katalah seseorang itu boleh juga mengerjakan sembahyang sama
ada di awal waktu atau di akhir waktu atau qadha sama ada
sembahyang berseorangan atau berjemaah. Apabila jiwa tauhid
lemah atau rasa bertuhan sudah tidak ada, ertinya rasa khusyuk
dengan Tuhan sudah tidak ada maka dia mengerjakan sembah-
yang itu rasa terpaksa, berat, jemu, sembahyang hendak cepat
sahaja dan gopoh-gapah. Dia tidak bersabar, tidak berlambat-
lambat dan bertenang-tenang, lebih-lebih lagi tidak sabar hendak
memahami dan menghayati setiap perkataan dan lafaz yang
dibaca. Akhirnya dia membaca tanpa roh dan jiwa. Tarikan dunia
lebih mempengaruhi jiwa dan fikiran, maka pada waktu itu yang
mudah datang ialah kerja dunia kita, urusan dunia kita, meng-
ingat-ingat nasib kita apakah yang akan berlaku di dunia ini.

238
SEMBAHYANG

Maka melayang-layanglah fikiran kita, kosonglah jiwa kita


daripada mengingati Allah Taala di waktu sembahyang itu. Oleh
kerana itulah mengerjakan sembahyang terasa penat, berat dan
menjemukan kecuali orang yang khusyuk.
Kalaulah tidak dipupuk lagi jiwa tauhid, lama-kelamaan
boleh berhenti bersembahyang. Lebih-lebih lagi setelah bertam-
bah sibuk dengan kerja dan urusan dunia atau melayan orang
ramai kerana urusan dunia yang sementara ini.

BERAT PERINGKAT KETIGA - MENUNAIKAN IKRAR DAN


TUNTUTAN SEMBAHYANG

Peringkat ketiga ini adalah menunaikan ikrar dan tuntutan di


dalam sembahyang. Ini lebih-lebih lagi amat berat untuk melak-
sanakannya. Sebagaimana yang kita maklum bahawa waktu kita
mengerjakan sembahyang itu berbagai-bagai janji dan ikrar telah
kita buat di hadapan Tuhan. Di antara ikrar dan janji kita itu
adalah kita berikrar menyembah dan meminta pertolongan
dengan-Nya, membesarkan-Nya, meminta kepada-Nya ditun-
jukkan ke jalan yang lurus (benar) iaitu jalan-jalan para rasul,
bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan sesat. Berjanji ingin
hidup mengikut syariat Tuhan di dalam segala hal dan perilaku,
di dalam seluruh sistem kehidupan; bermasyarakat, berekonomi,
berhubung, berpolitik, bernegara, mentadbir dan lain-lain lagi.
Di dalam sehari semalam lima kali kita berikrar dan berjanji
kepada Tuhan. Setiap kali bersembahyang kita berikrar dan
berjanji lagi. Ikrar dan janji yang sama.
Begitulah diulang-ulang kita berjanji kepada Tuhan. Bagi
orang yang khusyuk kepada Tuhan iaitu yang berjiwa tauhid,
amat takut dan bimbang sungguh. Justeru itulah mereka selepas
sembahyang bersungguh-sungguh mengendalikan kehidupan
di dalam semua aspek mengikut Al Quran dan Sunnah Rasu-
lullah SAW. Di dalam menunaikan janji itu mereka tetap takut.
Di dalam bersungguh-sungguh melaksanakan janji di dalam
seluruh kerja dan usaha mereka, namun mereka sentiasa bim-

239
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bang kalau-kalau janji tidak dapat ditunaikan. Begitulah sikap


orang yang khusyuk.
Berlainan sekali bagi orang yang tidak khusyuk atau orang
yang tidak berjiwa tauhid. Janji hanya tinggal janji. Di dalam
sembahyang, berdusta selalu dengan janji. Setiap kali berjanji di
dalam sembahyang kemudian berbohonglah di luar. Sembah-
yang orang yang tidak khusyuk selalu saja mengkhianati janji
dengan Tuhannya. Sudahlah begitu, iaitu janji kepada Tuhan
tidak ditunaikan, namun tidak pernah merasa takut, bimbang,
kesal, bahkan melupakan begitu saja perbuatan tidak menunai-
kan janji itu. Tidak seperti orang yang khusyuk yang walaupun
sudah sungguh-sungguh menunaikan janji kepada Tuhan,
namun hatinya sentiasa takut kepada Tuhan. Seolah-olah me-
rasakan belum menunaikan janjinya.
Mereka yang tidak khusyuk terasa berat hendak menunaikan
janji kepada Tuhan kerana pautan dengan Tuhan sudah tidak
ada atau sudah tipis. Tarikan kepada Tuhan telah lemah. Justeru
itu tarikan dunialah yang merangsang mereka. Oleh yang
demikian melaksanakan kehendak-kehendak nafsu dan syaitan
itulah yang ringan bagi mereka memperjuangkannya. Kehendak
Allah Taala walaupun telah berjanji, itu sangat berat untuk di-
perjuangkannya. Oleh yang demikian tidak hairanlah berjanji
hendak menyembah dan membesarkan Tuhan, tetapi dalam
kehidupan menyembah dan membesarkan harta, betina, pang-
kat, pemimpin, bintang filem. Berjanji hendak hidup di dalam
semua aspek kehidupannya mengikut syariat Tuhan, tetapi yang
diikut ialah fikiran, ideologi, isme, teori akal. Mereka yang tidak
khusyuk, sembahyang tidak ada hubungan dengan kehidupan,
tidak ada hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik, ke-
budayaan, perlembagaan negara dan lain-lain.

APABILA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Sembahyang adalah ibu segala ibadah. Cara ibadah yang paling


lengkap untuk hamba-Nya merasakan rasa bertuhanan dan agar

240
SEMBAHYANG

hamba-hamba-Nya dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan,


masa pembaharuan iman dan ikrar kepada Tuhan. Oleh yang
demikian, apabila seseorang hamba itu tidak mengerjakan atau
meninggalkan sembahyang maka mereka boleh dianggap seba-
gai berikut:
1. Dia telah melakukan sombong yang paling besar, iaitu som-
bong kepada Tuhan yang menciptanya, menghidupkannya
dan memberi nikmat kepadanya.
2. Dia seolah-olah tidak mengaku bahawa Allah Taala itu ada-
lah Tuhannya.
3. Orang yang meninggalkan sembahyang, orang yang sudah
terputus hubungannya dengan Allah Taala iaitu telah putus
asa dengan Tuhan dan terputus dari rahmat-Nya.
4. Orang yang tidak bersedia berikrar atau membaharui ikrar
agar hidup matinya untuk Allah Taala.
5. Orang yang tidak bercita-cita, beriman dan membaiki jiwa-
nya dan dirinya.
6. Orang yang tidak lagi mengharap kepada Tuhan.
7. Orang yang tidak bersembahyang ertinya isytihar perang
dengan Tuhan.

Begitulah keadaannya. Munasabahlah siapa yang meninggal-


kan sembahyang menjadi kafir.

241
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Patutnya Engkau Disembah

Ya Allah! Kerana terlalu banyaknya rahmat


dan nikmat-Mu
Melimpah-ruahnya kurniaan-Mu
setiap waktu
Payah lidah hendak menyebutnya
Tidak mampu hendak menghitungnya
Sekalipun dengan alat yang canggih
Kalaulah takdirnya Engkau tidak wujudkan
Syurga dan Neraka
Bahkan kalau sekiranya Engkau tidak mewajibkan
Kepada hamba-hamba-Mu menyembah-Mu
Namun bagi hati yang murni, fitrah yang suci
Jiwa tetap rasa bersalah
jika Engkau tidak disembah
Fitrah semula jadi merasa tidak patut
kalau Engkau tidak disembah
Bahkan hati ini tetap merasa bersalah
Jika tidak membesar dan mengagungkan-Mu
Betapa pulalah Engkau telah mewajibkan
Hamba-hamba-Mu menyembah-Mu
Lebih patut lagilah Engkau diagungkan
dan disembah
Kerana itulah siapa sahaja tidak menyembah-Mu
Melupakan, tidak mengingati dan membesarkan-Mu
Jiwa orang ini sentiasa gelisah
Jiwa tidak tenang, resah tidak tentu arah
Kerana fitrah, itu tabiatnya
Secara kita tidak sedar tetap rasa bersalah

242
SEMBAHYANG

Lantaran itulah kita boleh lihat


di dalam pergaulan kita
Jika seseorang itu tidak mempedulikan Allah
Sekalipun kaya, berkuasa, berilmu
Namun jiwanya sentiasa gelisah
Dia akan jadi orang pemarah
Atau emosinya tinggi
Mudah sahaja tersinggung dan marah-marah

Lepas Zuhur
20 – 09 – 1999

243
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

7
KENALAH JAGA SEMBAHYANG SUNGGUH-
SUNGGUH

O
leh kerana sembahyang fardhu lima waktu adalah ibu
segala ibadah, tiang agama, pembangun insaniah dan
umat, maka sembahyang hendaklah istiqamah menger-
jakannya. Dijaga sungguh-sungguh roh sembahyang itu bahkan
kalau boleh sekalipun perkara yang sekecil-kecilnya hendaklah
dipelihara seperti mempertahankan sunatnya, jauhi yang mak-
ruh di dalam sembahyang, sembahyang di awal waktu, perta-
hankan sembahyang jemaah, luruskan saf, rapat-rapat ketika
sembahyang jemaah.
Kemudian jauhi bersembahyang di tempat di mana bangunan
yang dibina daripada duit haram atau syubhat, kosongkan tem-
pat sembahyang dari perkara yang boleh mengganggu fikiran
kita ketika mengerjakan ibadah sembahyang seperti jangan ada
di dinding masjid atau surau gambar-gambar yang boleh me-
lalaikan kita. Tempat sujud biarlah kain putih, jauhi daripada
tempat sujud yang ada gambar pemandangan yang boleh
mengalih fikiran dan perasaan kita agar kita benar-benar dapat
membuat penumpuan kepada kerja sembahyang.
Begitulah juga jauhi daripada bersembahyang di tempat yang
sibuk, tempat lalu-lalang orang, tempat hingar-bingar, hiruk-
pikuk yang boleh mengganggu kekhusyukkan kita di dalam
sembahyang, yang boleh mengganggu kita untuk menghayati

244
SEMBAHYANG

sembahyang sepenuhnya agar sembahyang kita itu benar-benar


membina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita. Agar
sembahyang betul-betul mendidik kita hingga boleh mengubah
sikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada baik.

PERASAAN YANG PATUT TIMBUL KETIKA BERSEMBAHYANG

Rasa takut, rasa bimbang, rasa malu, rasa gementar, rasa hina
diri, rasa lemah dan dhaif, meminta, mengharap, mensucikan
dan mentaqdiskan Tuhan, membesarkan-Nya, merindui, ber-
manja-manja, merasa dilihat-Nya, merasa didengar-Nya, merasa
dikuasai-Nya, rasa diketahui-Nya, memenuhi lubuk hati kita.
Dengan cara itu subur jiwa tauhid kita dan sekaligus dapat
menghidupkan jiwa kehambaan di dalam jiwa kita dan dengan
itu ruang-ruang yang mengganggu dan melalaikan kita tertutup
habis. Maka oleh yang demikian sembahyang itu semakin lama
makin memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan sikap serta peri-
laku kita.

245
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Kejarlah Tuhan Jangan Kejar Syurga

Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya


Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya
Cari Tuhan kerana kita hendak
memperhamba diri kita kepada-Nya
Cari Syurga atau fadhilatnya,
ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya
Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk
Memperhambakan diri kepada Khaliq kan lebih utama
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada
Jika rasa bertuhan tidak ada,
rasa kehambaan pun tidak ada
Sedangkan fungsi ibadah hendak melahirkan
rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan
Kerana itulah orang yang beribadah
kerana Syurga atau fadhilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah
yang menyuburkan mazmumahnya
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan
yang memang telah ditentukan-Nya
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama

246
SEMBAHYANG

Kerana itulah Syurga dan fadhilat


tidak perlu difikirkan
Cari Syurga atau fadhilat,
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat
Tuhan sudah tentu tidak dapat
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia Pencipta kita
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu
tepat kepada sasarannya

Menjelang tidur
12 – 11 - 1999

Sajak 2
Setelah Aku Kenal Tuhan

Setelah aku kenal Engkau Tuhan,


tidak ada lagi erti Syurga dan Neraka-Mu
Kalau tidak ada Syurga dan Neraka pun
aku tetap menyembah-Mu
Menyembah dan mengingati-Mu
itu adalah kebahagiaan
Menyembah dan mengingati-Mu
aku rasa patut buatku
Makin aku kenal-Mu,
fadhilat-fadhilat tidak ada erti padaku
Aku rasa, beribadah kepada-Mu kerana fadhilat
menghilangkan keikhlasanku pada-Mu
Aku merasa aku telah tercacat dengan-Mu
Siapa yang mengenal-Mu,
Engkau adalah sumber kebahagiaan
Kalau begitu apalah ertinya
Syurga dan Neraka-Mu

247
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah aku mengenal-Mu


keredhaan-Mulah yang aku cari
Bahkan aku mengingini keredhaan-Mu
Mendapat keredhaan-Mu,
ertinya mendapat segala-galanya
Mendapat keredhaan-Mu
adalah mendapat ibu segala kebahagiaan
Inginkan keredhaan-Mu
di sinilah datangnya cinta dan takut
Cinta kerana Engkau patut dicintai
Takut kerana hamba perlu takut dengan Tuannya
Takut adalah sifat hamba yang perlu dikekalkan
Makin bertambah lagi aku mengenal-Mu
Maka segala-galanya tidak ada ertinya lagi bagiku
Kerana Engkau adalah segala-galanya

Selepas Asar
19 Muharam 1421H

248
Perjuangan
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
APAKAH PERKARA YANG SUDAH
HILANG DARI UMAT ISLAM?

P
erkara yang sudah hilang dari milik kaum muslimin atau
umat Islam secara umum amat banyak sekali. Sama ada
kita sedari atau tidak. Tapi yang kita dengar selama ini,
kerana sering diperkatakan, selalu saja disebut oleh para pemim-
pin, ulama, pendakwah, penceramah, para pejuang Islam, ialah
ilmu pengetahuan. Hingga hampir semua umat tahu. Bahkan
mengakui bahawa umat Islam telah kehilangan ilmu penge-
tahuan, yang mana satu ketika dahulu umat Islam membawa
ilmu dan menguasainya di dalam berbagai-bagai bidang.
Umat Islam pernah menguasai ilmu falsafah, sains, kedok-
toran, ilmu falak, geografi, sejarah, matematik, selain daripada
menguasai ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis.
Lahirlah pakar-pakar tauhid, pakar feqah, pakar tasawuf, pakar
tafsir, pakar Hadis, pakar sejarah dan lain-lain.
Di waktu itu umat Islam menjadi mahaguru dan tempat rujuk
di berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seluruh bangsa di
dunia, bahkan bangsa-bangsa Eropah pun berdatangan ke ne-
gara umat Islam kerana mempelajari ilmu pengetahuan di
pelbagai bidang. Ilmu yang dimiliki dan dikembangkan dan
dikuasai oleh orang-orang Barat dan Amerika sekarang ini,
asalnya adalah warisan daripada ilmu yang pernah dimiliki oleh
umat Islam. Kemudian mereka memperdalaminya, memperluas

250
PERJUANGAN

dan mengembangkannya hingga mereka telah menjadi maha-


guru kepada bangsa-bangsa di dunia. Termasuklah umat Islam,
terpaksa belajar semula dengan mereka.
Jadi kehilangan ilmu pengetahuan daripada umat Islam
memang rata-rata umat Islam mengetahuinya dan mengakuinya
kerana ia sering disebut-sebut di dalam ucapan dan tulisan. Perlu
diingatkan bahawa apakah ilmu sahaja yang hilang dari umat
Islam? Apakah tidak ada perkara-perkara lain yang hilang dari-
pada umat Islam? Perkara-perkara yang perlu bahkan sese-
tengahnya wajib kita mencarinya?
Yang sebenarnya banyak perkara yang telah hilang daripada
umat Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkan-
nya semula. Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi kese-
lamatan kita di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Secara umum,
perkara-perkara yang telah hilang daripada umat Islam itu boleh
dibahagi kepada dua kategori:
Pertama: Kehilangan secara khusus
Kedua: Kehilangan secara umum

KEHILANGAN SECARA KHUSUS


Perkara-perkara yang hilang dari umat Islam secara khusus,
antaranya ialah:
1. Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan
juga kasih sayangnya.
2. Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasih
sayang dan nasihat-nasihatnya serta sifat zuhudnya.
3. Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita.
4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin.
5. Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya.
6. Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan.
7. Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah.

251
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada


para pejuang Islam.
9. Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada para
pendakwah.
10. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembah-
yang.
11. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tang-
gungjawab.

KEHILANGAN SECARA UMUM


Perkara-perkara yang hilang daripada umat Islam secara umum,
antaranya ialah:
1. Hilangnya ilmu pengetahuan.
2. Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat.
3. Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia.
4. Hilangnya ukhwah dan kasih sayang.
5. Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap
kaum wanitanya.
6. Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.
7. Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid.
8. Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat.
9. Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa.
10. Hilangnya rasa tawakal.
11. Hilangnya rasa qanaah.
12. Hilangnya sifat redha.
13. Hilangnya sifat sabar.
14. Hilangnya sifat bertolak ansur.
15. Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin.

252
PERJUANGAN

16. Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap


pemimpin.
17. Kehilangan tamadun Islam.
18. Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam.

Inilah dia secara rambang apa yang telah hilang daripada


umat Islam sama ada yang bersifat khusus mahupun bersifat
umum. Kalau begitu keadaannya, ertinya umat Islam itu secara
umum telah menjadi miskin di dalam semua hal. Miskin di segi
material, miskin dari segi moral, miskin bersifat dunia mahupun
miskin bersifat Akhirat. Miskin yang bersifat maddi mahupun
miskin yang bersifat maknawi dan rohani.
Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilang
dari umat Islam agar mereka memilikinya semula, ini memer-
lukan satu perjuangan yang bukan main-main. Memerlukan satu
perjuangan yang gigih. Memerlukan pengorbanan apa sahaja.
Memerlukan satu perjuangan yang tersusun dan berdisiplin.
Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutama
ketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya. Memerlukan ketaat-
an dan kesetiaan para pengikut. Memerlukan perjuangan yang
terus-menerus tanpa henti-henti. Memerlukan kebijaksanaan.
Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemim-
pin-pemimpinnya.
Pada hari ini, oleh kerana umat Islam memandang serius
bahawa yang hilang itu adalah ilmu pengetahuan, nampaknya
di dalam memperjuangkan ilmu pengetahuan kelihatan ada
kesungguhan walaupun belum sampai ke matlamatnya. Namun
sedihnya dan amat malang sekali perkara-perkara yang lain
selain ilmu pengetahuan tidak dirasakan hilang atau mungkin
terasa juga kehilangannya tapi tidak dianggap penting seperti
pentingnya ilmu pengetahuan. Maka usaha dan perjuangan
untuk mengembalikan perkara-perkara itu kurang diambil per-
hatian atau tidak begitu serius memperjuangkannya. Lantaran
itu kehilangan perkara-perkara yang lain selain ilmu penge-
tahuan rasa amat payah untuk dikembalikan atau amat payah

253
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

hendak dicari semula. Bahkan sebahagian umat Islam tidak


mengambil pusing langsung mengenai akhlak, ukhwah dan lain-
lain. Umat Islam sudah tidak terasa lagi kehilangan iman,
kehilangan akhlak, kehilangan sifat pemurah, kehilangan sifat
sabar, kehilangan sifat redha, kehilangan kesatuan dan per-
paduan, kehilangan sifat bertolak ansur dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh:
Seorang ibu atau bapa atau guru, apabila seseorang anak atau
murid tidak lulus di dalam peperiksaan, mereka marah, susah
hati, risau. Kemudian guru itu atau ibu bapa akan memberi
berbagai-bagai nasihat, berbagai-bagai cara dan tekanan dilaku-
kan agar murid atau anak itu lulus pada masa yang akan datang.
Guru atau ibu bapa bising sungguh dengan pelajar atau anak
yang tidak lulus tadi. Tapi kalau dia tidak bersembahyang atau
tidak berakhlak, guru atau ibu bapa tidak pula rasa susah hati.
Tidak pula bising, tidak pula memberi nasihat, memberi ingatan
serta memberi berbagai-bagai cara dan tekanan agar dia bersem-
bahyang atau berakhlak. Kalaupun guru atau ibu bapa tidak
senang tapi rasa tidak senang itu tidak serius, tidak begitu me-
nekan perasaan. Begitulah seterusnya golongan-golongan lain.
Tapi kalau ilmu pengetahuan, semua golongan mengambil
berat. Semua golongan membising-bisingkannya. Semua go-
longan mengambil tahu. Semua golongan mengambil perhatian.
Kalau mundur, semua golongan susah hati. Kalau berjaya atau
cemerlang, semua golongan suka atau gembira.
Mengapa terjadi demikian? Ini kerana ilmu yang dikejar itu,
mereka hendak jadikan alat untuk mendapatkan keuntungan
dunia. Tapi sembahyang, akhlak, iman, taqwa, mereka fikir tidak
ada hubungan dengan kepentingan atau keuntungan dunia.
Kalau begitu, cuba gambarkan betapa sulitnya kita hendak
mengembalikan sesuatu yang hilang selain daripada ilmu penge-
tahuan. Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak
merugikan. Kalau dapat pun mereka menganggap tidak meng-
untungkan apa-apa. Begitulah rosaknya jiwa dan cara berfikir
umat Islam pada hari ini.

254
PERJUANGAN

Padahal kekuatan umat Islam, survivalnya, kemerdekaannya,


kedaulatannya, kemajuannya, kejayaannya, kebahagiaannya,
keharmoniannya, bukan ditentukan oleh faktor ilmu semata-
mata. Tapi ditentukan oleh semua faktor tadi. Oleh yang
demikian, kita umat Islam wajib berusaha dan berjuang untuk
mengembalikan semua yang hilang itu agar menjadi milik kita
semula. Di sanalah semuanya kemuliaan kita.

255
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Berjuang Mencari Barang yang Hilang

Kita berusaha dan berjuang


mencari barang yang hilang
Hilang yang sudah lama berlaku dicari semula
Macam-macam perkara yang hilang,
untuk hendak mendapatkannya kembali
Kehilangan Tuhan, kehilangan syariat,
kehilangan akhlak yang mulia
Kehilangan kasih sayang, kehilangan ukhwah,
kehilangan simpati
Kehilangan tawakal,
kehilangan sifat merendah diri
Kehilangan pemurah,
kehilangan bertolak ansur,
kehilangan ilmu
Kehilangan sifat redha,
kehilangan sifat sabar,
kehilangan timbang rasa
Mengapa di dalam berjuang mencari barang yang hilang,
kita maki orang?
Kenapa berjuang mencari barang yang hilang,
menghina orang?
Siapa ajar kita berjuang mencari barang yang hilang,
memfitnah orang?
Cara ini bukan mencari barang yang sudah hilang!
Tapi menghilangkan lagi barang yang ada
Maka makin banyaklah barang yang hilang
Barang yang hilang tidak dapat dicari

256
PERJUANGAN

Yang masih ada hilang pula


Akhirnya makin gigih kita berjuang
Makin lama kita berjuang,
semakin banyak barang yang hilang
Padahal berjuang hendak mencari
barang yang hilang
Ini makin gigih berjuang
makin banyak yang hilang
Ini perjuangan kartun namanya
Cara ini perjuangan angan-angan Mat Jenin
Perjuangan semacam ini,
perjuangan membunuh diri

Menjelang tidur
12 – 10 – 1999

257
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2
BAGAIMANA MENDIDIK
SESEORANG ATAU SATU BANGSA

I
slam menganjurkan keempat-empat anasir (unsur) di dalam
diri manusia atau seseorang itu iaitu fizikalnya, akalnya, jiwa-
nya dan nafsunya hendaklah dididik dan diasuh serentak.
Tidak boleh diutamakan yang satu dan diabaikan yang lain atau
sebahagiannya dididik dan sebahagian yang lain diabaikan.
Islam mahu manusia sebagai hamba-Nya di dalam keadaan
seimbang keempat-empat anasir itu terdidik atau terbangun.
Dengan itu manusia itu akan menjadi hamba Allah sekaligus
khalifah-Nya yang dapat mengabdikan diri kepada Allah serta
dapat membangun dan mengimarahkan dunia ini.
Kalau keempat-empat anasir di dalam diri manusia itu tidak
dididik dan dibangunkan serentak, hanya mengutamakan satu
atau dua anasir sahaja yang diambil berat maka:
– Seseorang itu atau satu bangsa itu akan menjadi bangsa yang
cerdik dan pandai sahaja tapi iman dan taqwa tidak ada.
Maka mereka akan menjadi bangsa yang pandai dan jahat.
– Atau dia akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.
Ertinya bangsa itu baik tapi tidak pandai dan cerdik. Maka
akan jadi bangsa yang baik tapi beku dan mundur.
– Atau akan jadi satu bangsa yang sihat dan cergas tapi bodoh
dan jahat.

258
PERJUANGAN

Jika keempat-empat anasir itu dapat dididik serentak maka


bangsa itu akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.
Ertinya bangsa yang baik, cerdik dan berilmu. Iaitu bangsa yang
membawa kemajuan dan tamadun serta fizikalnya sihat dan
cergas membuat kebaikan.
Untuk menjadi bangsa yang seimbang ini hanya orang yang
menghayati dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah sahaja
yang boleh melakukannya. Ini telah dibuktikan oleh Islam. Di
dalam sejarah yang silam terutama dalam masa 700 tahun
empayar Islam, istimewanya di dalam masa 300 tahun yang di-
katakan zaman salafussoleh. Akal mereka terbangun. Jiwa
mereka terbangun. Fizikal mereka terbangun. Dengan kata-kata
yang lain mereka menjadi bangsa yang baik, berilmu dan
berkemajuan serta sihat dan cergas.
Selain Islam, bangsa itu tidak akan mampu mendidik untuk
memperimbangkan keempat-empat anasir yang ada di dalam
diri manusia. Sebagai buktinya, orang Barat hanya mampu
mendidik akal dan fizikal, tapi tidak mampu mendidik jiwa (roh
atau hati). Maka mereka menjadi satu bangsa yang berilmu dan
berkemajuan atau bertamadun, cergas dan sihat. Tapi manusia-
nya jahat dan mengembangkan kemungkaran yang dahsyat,
menzalim, menindas. Bangsa Monggol, satu ketika hanya mam-
pu mendidik fizikal sahaja. Lahirlah bangsa yang kuat fizikalnya
tapi tidak membawa ilmu dan tamadun serta bersikap liar dan
ganas. Maka mereka menjadi bangsa pemusnah. Akhirnya me-
reka tunduk dengan agama dan budaya anak jajahannya.
Kalaulah umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang ber-
sumberkan Al Quran dan As Sunnah dengan ada pemimpin
yang bertaqwa dan berwibawa, mampu mendidik umat Islam
secara seimbang, insya-Allah, sudah pasti umat Islam akan kem-
bali menempa sejarah gemilangnya semula. Dapat menaungi
manusia sejagat dengan tamadun dan kebaikan.

259
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Kalau Kita Seorang Pendidik

Kalau kita sebagai pendidik,


fikiran (akal) dan jiwa orang
kenalah diambil kira
Cara orang berfikir secara umum kenalah tahu
Psaikologi orang atau perasaan orang
kenalah boleh dibaca secara rambang setidak-tidaknya
dan diambil kira
Engkau mesti faham tentang nafsu dan tabiat nafsu
Mendidik orang bererti membangunkan insaniahnya
Mendidik orang fikirannya(akal),
jiwa dan nafsunya adalah menjadi target
Soal fizikal perkara gampang,
bahkan sampingan sahaja
Ketiga-tiga anggota manusia yang bersifat batiniah itu
mendidiknya tidak sama
Mendidik akal ada caranya, mendidik jiwa ada caranya
dan mendidik nafsu ada caranya pula
Mendidik akal memberi ilmu, maklumat dan pengalaman
yang berguna dunia dan Akhiratnya
Disuburkan dengan cara mengkaji, berfikir,
membaca serta mengamalkannya
Mendidik jiwa menanamkan keyakinan dengan Tuhan
dan apa-apa sahaja yang diwajibkan percaya
Suburkan rasa bertuhan supaya lahir sifat kehambaan
kerana manusia itu hamba
Setiap hamba mesti ada rasa bertuhan
dan rasa kehambaan
Mendidik nafsu pula tunjukkan cara bermujahadah

260
PERJUANGAN

Agar sifat-sifat mazmumah dibuang


dan sifat-sifat mahmudah disuburkan
Tanamkan rasa bertuhan sangat membantu
membuang mazmumah dan lahirnya sifat mahmudah
Adakah zaman sekarang ini
pendidik-pendidik yang faham mendidik akal,
jiwa dan nafsu insan?!
Itulah yang menjadi tanda tanya kita
Kalau kita kata tidak ada, ramai cerdik pandai yang sensitif
Yang berkecil hati dan tidak boleh menerimanya
Yang sebenarnya pemberi ilmu ramai,
pendidik tidak ramai
Kerana itulah manusia sudah ramai yang rosak
dan punah-ranah insaniahnya
Yang sangat menonjol yang dapat dilihat ialah
kasih sayang sudah hilang
Maka seluruh manusia di dunia
telah menderita dan kecewa

Selepas Asar
28 Muharam 1421

Sajak 2
Bangsa yang Rosak Jiwanya

Satu bangsa yang sudah rosak jiwanya


Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal
Di waktu itu bukan mudah dibaikpulihkan semula
Bangsa yang jiwanya sudah rosak ilmu akan disalah guna
Kecerdikannya akan dijadikan jerat
dan perangkap mangsa tipuannya
Jawatan dan pangkat yang diberi itu
adalah perniagaannya untuk mencari untung
Atau ia akan menjadikan ladang atau aset
tempat mencari kekayaan

261
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setiap amanah yang diberi dianggap ghanimah


Yang tidak ada ilmu atau jawatan,
dia akan buat apa sahaja,
yang penting adalah kesenangan
Mencuri, tipu, bunuh, rompak, pedaya
dan lain-lain cara
Yang penting boleh cari makan, boleh hidup, boleh senang,
sekalipun mengorbankan kesenangan orang
Di waktu itu kasih sayang musnah, perpaduan punah
Hidup macam haiwan, macam syaitan,
yang kuat menindas yang lemah
Curiga-mencurigai satu sama lain pun datang
Prejudis yang tidak dapat dikawal perasaan
Duduk di tengah masyarakat terasa seorang
Duduk seorang bimbang,
duduk di tengah masyarakat terpaksa kerana keperluan
Indahnya tiada, curiga-mencurigai tetap ada,
senyum hanya dibuat-buat
Percaya-mempercayai sudah tidak ada
Aduh seksanya hidup bermasyarakat
Bergaul sesama manusia,
macam bergaul dengan binatang buas
Sentiasa waspada, curiga, sentiasa awas, berjaga-jaga
Begitulah kalau satu bangsa jiwanya sudah rosak
Mereka terperangkap dengan ketakutan sesama manusia
Siapalah yang hendak memulihkan jiwa mereka?!
Ia perlukan seorang pemimpin
yang cukup hebat wibawanya
Pemimpin yang dibantu oleh Allah
mendidik dan memimpin mereka
Itu pun mungkin memakan masa
berpuluh-puluh tahun juga lamanya

Menjelang Asar
28 – 02 – 2004

262
PERJUANGAN

3
SERUAN BAGAIMANA
YANG ALLAH TAALA MAHU?

M
emang Allah Taala menyuruh kita berjuang, menegakkan
syariat Islam di dalam seluruh kehidupan. Daripada ke-
hidupan peribadi, keluarga seterusnya negara dan alam
sejagat. Begitulah juga berdakwah adalah satu aspek cara ber-
juang, kita diperintahkan menyampaikan risalah Islam dengan
menegakkan amar bil makruf wanahyun anil mungkar.
Memperjuangkan Islam bermula dari peribadi yang ada cita-
cita kemudian keluarga, masyarakat, ekonomi, begitulah se-
terusnya. Orang yang berjuang ada cita-cita Islam mestilah
bermula daripada peribadi, keluarganya dan jemaahnya dan
begitulah seterusnya. Orang yang cintakan Allah, Rasul dan
Islam yang dibawa oleh Rasul mestilah dibuktikan lebih dahulu
kecintaannya itu di dalam diri dan keluarganya serta di dalam
jemaah di bawah kuasanya.
Selepas nyata dan ketara kehidupan secara Islam itu benar-
benar wujud pada peribadi, keluarga dan jemaah itu, lama-
kelamaan orang ramai akan mengikutnya atau simpati kepada
perjuangan itu kerana role model telah wujud begitu nyata, indah
dan cantik. Apabila terserlah, sudah tentu menggamit orang
ramai, kerana fitrah semula jadi manusia memang suka kepada
keindahan dan kecantikan. Sedangkan Islam itu adalah indah
dan cantik setelah ia menjadi amalan, tabiat dan budaya hidup.

263
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tapi kalau para pejuang kebenaran itu katanya cinta kepada


kebenaran, tapi kebenaran itu belum wujud pada peribadinya,
keluarganya dan di dalam jemaahnya, alasan apa orang lain akan
mengikut atau akan simpati. Sudah tentu orang lain ragu-ragu
atau terkeliru.
Oleh kerana itulah Allah Taala berpesan kepada pejuang-
pejuang Islam melalui Al Quran:

Maksudnya: “Hendaklah kamu melaksanakan, maka


Allah akan melihat dan juga Rasul-Nya dan orang
mukmin.” (At Taubah: 105)
Orang mukmin di sini tentulah yang sezaman dengannya
iaitu dengan pejuang-pejuang itu.

CARA MEMPERJUANGKAN ISLAM


Walaupun disuruh memperjuangkan Islam itu secara keselu-
ruhan atau global dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi,
pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, politik, perhubungan, ke-
budayaan, negara seterusnya alam sejagat, namun Islam ada
memberi kaedah: “Tidak boleh buat semua, jangan tinggal
semua.”
Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apa
yang boleh dibuat. Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yang
ada di dalam kuasa kita, iaitu peribadi kita, keluarga kita dan
jemaah kita. Tegakkan lebih dahulu iman, Islam dan ihsan itu
atau tegakkan lebih dahulu akidah, syariat dan akhlak itu di
dalam diri kita, keluarga kita dan anggota-anggota jemaah kita.
Cara ini lebih mudah ditegakkan kerana ia ada di bawah
kuasa kita. Kalau di luar kuasa kita lebih-lebih lagi di dalam
negara dan alam sejagat, sudah tentu susah dan amat sulit
hendak ditegakkan kehendak-kehendak ajaran Islam itu dari-
pada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum

264
PERJUANGAN

ada di tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu atau


mengingatkan lebih dahulu kepada pihak-pihak yang ada kuasa
di dalam negara dan seterusnya alam sejagat. Tapi yang ada di
bawah kuasa kita, seperti yang telah kita sebut tadi, kita buat
dan perkemaskan sungguh-sungguh hingga menjadi contoh
atau role model kepada orang di luar jemaah kita.

MENGAPA PERLU LAKSANAKAN DAHULU?

Mengapa setiap individu dan jemaah Islam itu melaksanakan


dahulu? Perlu diingat bahawa Islam bukan setakat ilmu. Tidak
juga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup.
Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal. Selepas itu
barulah sesuai untuk diperjuangkan agar ia lebih luas lagi
daerahnya dan lebih ramai lagi penganut-penganutnya.
Ini kerana Islam itu adalah datang daripada Allah, disampai-
kan kepada Rasulullah. Kemudian terus disampaikan kepada
manusia di zamannya sehingga ia diperjuangkan dan disam-
paikan sambung-menyambung dari generasi ke generasi untuk
kebahagiaan manusia dunia dan Akhirat. Ia merupakan hadiah
paling besar dari Allah Taala pencipta manusia kepada manusia
yang menerimanya, demi keselamatan mereka.
Oleh yang demikian, pejuang-pejuang yang cintakan Allah
dan Rasul serta syariat-Nya hendaklah lebih dahulu melaksana-
kan kebenaran itu kerana beberapa sebab di antaranya:
1. Kalau kita memperjuangkan Islam kerana cintakan Allah
dan Rasul serta syariat-Nya dengan mengajak orang menga-
nutnya dan mengamalkannya, maka sudah tentulah
logiknya kita mengamalkannya.
2. Kita perlu mengamalkannya lebih dahulu supaya mudah
untuk meyakinkan dan menarik orang lain kepada apa yang
kita perjuangkan. Kalau tidak, atas dasar apa orang lain akan
yakin dan tertarik dengan apa yang kita perjuangkan.
3. Agar mudah orang ramai meniru apa yang kita perjuangkan

265
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kerana role model wujud di dalam peribadi dan jemaah


pejuang-pejuang itu.
4. Untuk mengelakkan daripada kemurkaan Allah Taala,
kerana yang berjuang dan bercakap tentang kebenaran tapi
mereka sendiri tidak mengamalkan, besar sekali dosanya.
Seperti firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu


perkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali ke-
murkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu
tidak buat.” (As Saf: 2-3)
5. Agar jangan jadi bahan ketawa dan ejekan daripada orang
ramai terhadap perjuangan kita. Lebih-lebih lagi memberi
jalan kepada musuh Islam untuk menuduh dan memfitnah.
6. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT yang
empunya agama yang diperjuangkan itu.
7. Agar mendapat bantuan dan pertolongan Allah Taala. Allah
Taala telah memberi jaminan kepada para pejuang bahawa
di samping mereka diuji, mereka juga akan dibantu dan
ditolong oleh Allah SWT selagi mana mereka menjadi orang
yang bertaqwa iaitu setelah mereka mengamalkannya.

Maksudnya: “Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul


Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga,
sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang
beriman.” (Yunus: 103)
8. Allah Taala tidak memberi bantuan dan kemenangan

266
PERJUANGAN

kepada pejuang-pejuang kebenaran atas dasar ramai, tapi


diberi bantuan dan kemenangan setelah para pejuang ke-
benaran itu bertaqwa sekalipun sedikit.
Di sini perlu perhatian, anggota jemaah Islam tidak mengapa
sedikit, tapi ahli yang benar-benar bertaqwa. Biarlah para simpati
yang ramai. Setelah ahli-ahli jemaah walaupun sedikit tapi
bertaqwa, akan berlaku nanti khawariqul ‘adah, pertolongan-
pertolongan dan bantuan yang tidak disangka-sangka bahkan
akan berlaku kemenangan-kemenangan yang tidak terduga.

267
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Tujuan Berjuang

Tujuan berjuang kerana hendak


mengenalkan Tuhan pencipta alam
Agar Dia disanjung, dicintai, disembah
dan dijadikan idola
Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya
untuk keselamatan manusia
Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama,
harmoni dan bahagia
Berjuang bukan kerana ekonomi,
membangun dan berkemajuan
Ia merupakan sampingan sahaja,
kalau boleh dijadikan untuk Tuhan
Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat
Mengingatkan manusia,
Akhirat tempat akhir buat insan
Di sana tempat kekal abadi
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah dia tugas-tugas para da’i,
mubaligh-mubaligh dan ulama
Mengajak manusia menyembah Tuhan
Jalan dan caranya itulah syariat-Nya
Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya
cara yang kita reka-reka
Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya
Ingin kepada Tuhan, jalannya
telah dinyatakan dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri,
tidak sampai kepada-Nya

268
PERJUANGAN

Hari ini dakwah dan ceramah merata negara


Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh
di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur
yang membawa pergaduhan
Tuhan tidak dikenalkan,
jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan
Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabilillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak mencari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka

Selepas Asar
24 – 09 – 1999

Sajak 2
Berbuat Dahulu Baru Bercakap

Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap


Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat
Janganlah bercakap dahulu baru berbuat
Lebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat
Ilmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak digunakan
Ia akan berkarat
Apa ertinya simpan senjata sebanyak-banyaknya
tidak digunakan
Ia akan menjadi bebanan
Begitulah ilmu yang banyak tidak diamalkan
ia akan jadi beban di Akhirat
Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu,
masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir
Ilmu adalah panduan jalan kehidupan
Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat
Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan

269
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Berjalan di waktu malam, lampu suluh


tidak digunakan
Ertinya walaupun ada lampu di tangan
tapi dia masih di dalam bahaya
Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu
Padahal lampu ada di tangan
Lampu itu semata-mata hendak ditunjuk kepada orang
Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal,
padahal ilmu diperkatakan
Itu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai
kepada orang ramai
Bermegah-megah dengan ilmu,
tidak ghairah beramal

Selepas Zuhur
18 – 08 – 2001

270
PERJUANGAN

4
SEBAB-SEBAB KEMENANGAN
DAN KEJAYAAN SESEORANG
ATAU SUATU BANGSA

A
llah Taala telah mentakdirkan dan menentukan bahawa
yang menjadi khalifah di bumi adalah daripada jenis
manusia. Allah Taala telah memberi kebebasan kepada ma-
nusia yang berbagai-bagai kaum dan bangsa untuk mentadbir,
mengimarahkan, membangun dan memajukan muka bumi ini.
Manusia dibenarkan membina tamadun semampu yang mung-
kin. Tapi Allah Taala mahu segala-galanya ditadbir, diurus dan
dijayakan mengikut syariat-Nya seperti yang diperintahkan me-
lalui rasul-rasul-Nya.
Walau bagaimanapun siapa yang mengingkari dan membe-
lakangi perintah-Nya walaupun mereka berjaya di dunia, di
Akhirat tetap dihukum setimpal dengan kesalahan dan larangan
yang dilakukan oleh manusia.
Maka setiap kaum dan bangsa di kalangan manusia ber-
lumba-lumbalah membangunkan kemajuan dan tamadun.
Kebanyakan mereka berjaya membangun dan membuat kema-
juan tetapi gagal mengikut syariat Tuhan. Mereka derhaka ke-
pada Allah SWT di dalam masa membangunkan kemajuan dan
tamadun di dunia itu.
Di sini saya akan menceritakan bagaimana proses kejayaan
yang manusia tempuh dan jalan-jalan mereka mendapat keme-
nangan dan kejayaan dari masa ke semasa di berbagai-bagai

271
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bidang kemajuan untuk perhatian kita bersama dan umat Islam.


Kemenangan dan kejayaan bagaimana yang sepatutnya kita
lakukan dan lalui. Di samping berjaya, mendapat pula keredhaan
Allah dan hasil usaha itu akan mendapat balasan yang baik di
Akhirat kelak.
Perlu diingat, sebab-sebab satu kaum atau bangsa itu menda-
pat kemenangan dan kemajuan di dalam berbagai-bagai bidang,
ada sebab-sebab yang lahir, ada sebab-sebab yang batin. Ada
sebab-sebab yang tersurat dan ada sebab-sebab yang tersirat.
Ada sebab-sebab yang dapat dilihat, ada sebab-sebab yang tidak
dapat dilihat. Ada sebab-sebab yang logik, ada sebab-sebab yang
tidak logik.
Umat Islam sepatutnya tidak semata-mata bergantung ke-
pada sebab-sebab yang lahir untuk mencapai kemenangan dan
kemajuan, tapi memerhatikan sama sebab-sebab yang batin.
Umat Islam tidak bersandar dengan sebab-sebab yang tersurat
sahaja tapi bersandar sama dengan sebab-sebab yang tersirat.
Untuk lebih dapat difahami, kemenangan dan kejayaan itu di-
perolehi dengan empat sebab seperti berikut:

1. MELALUI SIFAT TAQWA


Iaitu segala usaha dan perjuangan yang dilakukan sama ada di
medan perang, berusaha untuk kemajuan ekonomi, pembangun-
an, pendidikan, dakwah dan lain-lain lagi ialah di atas dasar
taqwa. Perjuangan dan usaha itu mengambil kira tentang syariat
Tuhan. Di dalam berusaha, sambil membaiki diri. Di dalam
berjuang, rasa bertuhan itu dipertajamkan. Di dalam berusaha,
rasa kehambaan makin dirasakan, tidak lekang pergantungan-
nya dengan Tuhan.
Cara inilah Allah Taala memberi jaminan kemenangan dan
kejayaan. Kemenangan dan kejayaan itu akan berlaku mengikut
tahap-tahapnya. Kalau perjuangan itu besar, besar pulalah ke-
jayaannya. Kalau kecil perjuangan itu, kecil pula kejayaannya.
Itulah yang dimaksudkan oleh Al Quran:

272
PERJUANGAN

Maksudnya: “Berhak di atas Kami memberi kemenangan


kepada orang mukmin.” (Yunus: 103)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah


nescaya diberi dia jalan keluar dan diberi rezeki sekira-kira
tidak tahu sumbernya.” (At Talak: 3)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa, nescaya


diajarkan kamu akan ilmu.” (Al Baqarah: 282)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Barang siapa mengerjakan apa yang dia
tahu, nescaya Allah akan pusakakan apa yang dia tidak
tahu.”
Inilah yang dimaksudkan oleh Waqi’ (guru Imam Syafie)
kepada Imam Asy Syafie, “Kalau hendak mudah menghafal,
tinggalkan maksiat.”

2. ATAS DASAR BERKAT


Kemenangan dan kejayaan yang diberi atas dasar berkat orang
lain atau disebabkan satu amalan yang dipandang besar oleh
Allah Taala. Atas dasar berkat ini, kepada orang yang fasik atau
kafir pun dikurniakan juga oleh Allah SWT. Seperti seseorang
yang taat kepada kedua ibu bapanya yang soleh, seseorang yang
berkhidmat kepada gurunya yang soleh atau orang yang mem-
bantu perjuangan yang hak yang diperjuangkan oleh orang-
orang yang soleh, orang yang didoakan oleh orang yang soleh,
orang yang berkhidmat dengan anak-anak yatim, orang yang
berkhidmat dengan fakir miskin, bertawasul dengan orang-

273
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

orang yang soleh, orang yang menghormati orang soleh. Inilah


yang dimaksudkan oleh Hadis:
Maksudnya: “Dengan sebab mereka, mereka diberi rezeki.”
Maksudnya: “Dengan sebab mereka, mereka diberi per-
tolongan.”

3. ATAS DASAR ISTIDRAJ


Kemenangan dan pertolongan Allah atas dasar istidraj ini kerana
Allah telah terlalu murka kepada seseorang atau satu kaum atau
satu bangsa kerana kezaliman atau kekufurannya, atau sudah
terlalu derhaka. Kemenangan itu diberi agar mereka tertipu
dengannya. Mereka makin tidak sedar dan lupa hingga mereka
terus melakukan kezaliman atau kekufuran atau kederhakaan
hingga mati. Mereka binasa dengan kejahatan itu. Akhirnya
mereka akan dijerumuskan ke dalam Neraka, wal’iyazubillah.

4. ATAS DASAR QUWWAH


Kemenangan dan kejayaan atas dasar quwwah kerana ada ke-
kuatan lahir seperti mempunyai kekuatan ilmu, kekuatan tubuh
badan, kekuatan tenaga manusia, kekuatan alat kelengkapan
yang canggih, pandai mengatur strategi, berdisiplin, rajin, ke-
sungguhan bekerja dan berjuang serta berani dan tahan ber-
hadapan dengan cabaran.
Kemenangan ini adalah kemenangan yang lumrah berlaku
kepada sesiapa atau kaum atau bangsa apa sahaja. Kemenangan
dan kejayaan ini Allah Taala lakukan sesuai dengan usaha dan
kemampuan yang ada. Boleh jadi juga Allah sertakan keme-
nangan dan kejayaan secara istidraj. Kerana mereka sudah terlalu
percaya dengan usaha dan kemampuan sendiri tanpa bersandar
dengan kekuasaan Allah Taala. Inilah yang dimaksudkan oleh
hukamak:
“Kebenaran yang tidak mempunyai disiplin itu akan
dikalahkan oleh yang batil yang mempunyai disiplin.”

274
PERJUANGAN

Begitulah secara ringkas empat cara seseorang atau satu kaum


atau satu bangsa itu mendapat kemenangan dan kejayaan. Dari-
pada keseluruhan cara-cara kemenangan dan kejayaan itu, cara
pertama itulah yang mendapat keredhaan Allah Taala. Mereka
mendapat kejayaan di dunia dan mendapat kejayaan di Akhirat.
Mereka mendapat kejayaan dan mendapat keampunan dari
Tuhan. Kemenangan dan kejayaan cara pertama itu adalah ke-
jayaan yang selamat dan menyelamatkan. Kemenangan dan
kejayaan yang besar dan global ini jarang berlaku. Ini berlaku
sekali-sekala di dalam sejarah dunia kecuali yang kecil-kecil.
Kemenangan dan kejayaan melalui sifat-sifat taqwa ini,
syariat Islam dapat dibangunkan, para pemimpin dan pen-
dokong-pendokongnya merendah diri dan tawadhuk. Kemak-
muran yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh manusia
umum, sama ada yang muslim mahupun yang kafir. Menzalim
dan menindas tidak wujud. Kesyukuran itu terserlah di mana-
mana dengan dapat dilihat Allah Taala itu dibesarkan melalui
ibadah dan kekayaan digunakan untuk fisabilillah dan khidmat
kepada manusia. Berkat dan rahmat dari Tuhan terserlah, dapat
dilihat di mana-mana seperti kasih sayang, ukhwah, lemah
lembut, bertolong bantu, mendahului kepentingan orang lain,
bersopan santun dan berakhlak tinggi. Akhirnya masyarakat
aman damai dan hidup harmoni. Ketakutan dan kebimbangan
tidak wujud lagi.
Perlu diingat, kalau kemenangan dan kejayaan itu diperolehi
dengan secara istidraj dan kuat, kerosakannya akan terlalu
banyak. Para pemimpin dan pejuang-pejuangnya sombong dan
angkuh. Mereka akan melakukan penzaliman dan penindasan
terhadap manusia di muka bumi terutama kepada musuh-
musuhnya. Kesenangan dan kemewahan hanya untuk golongan
tertentu. Syariat ditentang atau diabaikan. Pejuang-pejuang
kebenaran dimusuhi dan ditentang bahkan akan disusah-
susahkan. Orang-orang miskin terbiar. Golongan-golongan yang
senang dan kaya akan melakukan pembaziran dan membuang
harta sesuka hati. Curiga-mencurigai pun berlaku. Ampu-meng-
ampu lumrah berlaku. Diskriminasi terjadi.

275
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Akhirnya manusia lalai dan cuai dengan Tuhan. Pelanggaran


hukum-hakam dilakukan. Manusia hidup nafsi-nafsi, masing-
masing membawa diri dan jaga diri sendiri. Perpecahan menjadi-
jadi. Curi, rompak sering berlaku. Pembunuhan dan pergaduhan
menjadi budaya hidup. Akhirnya seluruh manusia hidup di da-
lam ketakutan termasuk para pemimpin dan orang-orang kaya-
nya. Masyarakat kacau-bilau. Huru-hara di mana-mana. Akhir-
nya kemajuan dan kejayaan yang diperolehi tidak ada erti apa-
apa. Inilah yang berlaku di kebanyakan zaman di dunia dan
itulah juga yang berlaku di seluruh dunia hari ini. Perlu juga
diingat bahawa kemenangan dan kejayaan yang diberi pada
sesuatu kaum atau bangsa secara istidraj, hikmahnya kerana
hendak menghukum golongan yang telah mendapat kebenaran
tapi telah lalai, lupa kepada Tuhan, meringankan syariat, lupa
hari Akhirat, agar mereka kembali kepada kebenaran dan rujuk
semula kepada Tuhan. Itulah hukuman yang sedang berlaku
kepada umat Islam di dunia hari ini kerana kelalaian mereka.
Kita sedang menunggu kemenangan dan kejayaan atas dasar
taqwa dan kita tidak tahu bila Allah Taala akan lakukan. Kita
harap tidak lama lagi.
Tuhan! Engkau kabulkanlah permintaan kami dan segera-
kanlah kemenangan dan kejayaan ini.

276
PERJUANGAN

SAJAK

Sajak1
Pejuang Kebenaran Unik dan Istimewa

Pejuang-pejuang kebenaran sepanjang sejarah


unik dan istimewa
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang
kerana mempunyai quwwah atau kekuatan
Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh
barulah diberi kemenangan
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran
mendapat kemenangan
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan
Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya
baru menang
Tapi yang membunuh tentera musuhnya
dan mengalahkan adalah Tuhan
Allah Taala datangkan tentera-tentera
yang bukan jenis manusia
Adakalanya para malaikat datang berperang
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat
di peperangan Badar yang terkenal
Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang
Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya
tunggang-langgang
Seperti yang telah berlaku di dalam
peperangan Ahzab atau Khandak
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita
Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan
dibantu Allah
Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan

277
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bukan mereka yang berperang


Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan
oleh air lautan, semuanya tenggelam
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan
Namrud dan tenteranya bukan dengan perang
Allah Taala datangkan tentera nyamuk
memusnahkan Namrud dan tentera-tenteranya
mati bergelimpangan
Kalau begitu jika ada di setiap zaman
pejuang-pejuang Islam berjuang
Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah
di waktu berperang
Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu
penuh dengan dosa, akhirnya kecundang
Kita hendak menunggu kemenangan kita bukan dari kita
Kita hendak menunggu kemenangan ini di tangan Tuhan
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri
untuk keredhaan Tuhan

Menjelang tidur
02 – 09 – 1999

Sajak 2
Apabila Kemenangan Atas Dasar Taqwa

Apabila satu bangsa itu mendapat kemenangan


Dan kejayaan atas dasar taqwa
Kerana menjadikan Tuhan itu matlamat hidup mereka
Tuhan adalah cinta agung disembah dan dipuja
Kerana sangat membaiki diri dan membersihkan jiwa
Maka lahirlah kemajuan dan tamadun
Berkat dan rahmat melimpah ruah merata negara
Hingga orang kafir pun mendapat untung sama
Rezeki dimurahkan, kemakmuran luar biasa
Tidak tahu mana puncanya
Side effectnya adalah positif

278
PERJUANGAN

Rakyat berkasih sayang sesama mereka


Mereka hidup hormat-menghormati
Bertolong bantu, bekerjasama menjadi budaya
Manusia pemurah, suka memberi dan membantu
Para pemimpin dan orang kayanya tawadhuk
Ulama-ulama merendah diri
dan menjadi obor kepada masyarakatnya
Kemungkaran dan maksiat terang-terangan
tidak kelihatan
Jenayah terlalu kurang
Hidup penuh aman damai dan harmoni
Hingga rakyat hidup di dalam bahagia dan ceria
Kebimbangan dan ketakutan tidak ada
Ramai rakyat yang bersyukur
Beginilah kalau sesuatu bangsa itu
Mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar taqwa
Tapi ini berlaku di dalam sejarah
Beratus tahun sekali
Kita harap ia akan datang atau terjadi
Sekali lagi di zaman kita ini

Menjelang Maghrib
12 – 12 – 1999
(3 Ramadhan)

Sajak 3
Apabila Kemenangan Atas Dasar Quwwah

Apabila satu bangsa itu mendapat kemenangan


dan kemajuan atas dasar Quwwah
Kerana usaha dan tenaga,
ia dapat kejayaan secara istidraj
Side effect yang negatif terlalu banyak
Akan berlaku kezaliman dan kesombongan
terutama terhadap musuh-musuhnya

279
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kemungkaran dan maksiat merata negara


Secara menjolok mata
Berlakulah hasad dengki, jatuh-menjatuhkan
dan perpecahan
Bangsa dan negara maju tetapi tidak ada keadilannya
Negara cantik tetapi rakyat hidup di dalam
kebimbangan dan ketakutan
Ukhwah dan kasih sayang hilang
Lahirlah budaya ampu-mengampu,
jatuh-menjatuhkan
Hidup kepura-puraan berlaku kerana manusia
tidak boleh dipercayai
Masyarakat huru-hara, disiplin hidup tidak ada
Jenayah berleluasa, zina, rogol, bunuh perkara biasa
Akhirnya kejayaan itu tidak mempunyai erti apa-apa
Kemajuan yang dapat, membawa bala dan marabahaya
Kemudian semua golongan pening kepala,
inginkan pembelaan
Manusia hidupnya tidak ada ceria
Bahkan ramai yang kecewa
Banyak yang sakit jiwa dan putus asa

Menjelang Maghrib
12 – 12 – 1999
(4 Ramadhan)

280
PERJUANGAN

5
TERLALU BANYAK ‘KERANA’
MAKA TERHIJAB BANTUAN ALLAH

T
idak ada seorang pemimpin; di sini saya fokus kepada umat
Islam; sama ada pemimpin kecil mahupun pemimpin besar,
pemerintah, pejuang, pendidik, da’i, guru atau ibu bapa,
yang tidak menginginkan kejayaan di dalam usaha mereka.
Sudah tentu mereka terhibur dan berasa puas kalau usaha dan
perjuangan mereka membuahkan hasil. Dengan hasil itu,
golongan-golongan tadi sudah tentu bertambah semangat dan
gigih berusaha dan berjuang kerana keberhasilan itu menjadi
pendorong dan pemangkin buat mereka lebih bersungguh-
sungguh dan gigih meneruskan perjuangan.
Sebagai contoh, sebagai seorang pemimpin sudah tentu mahu
pengikut-pengikutnya patuh kepada Allah dan Rasul, taat serta
menghormati pemimpin.
Sebagai pemerintah, sudah tentu inginkan rakyatnya taat
kepada Allah dan Rasul, taat kepada pemerintah, menghormati
pemimpin, berdisiplin, rajin bekerja dan berusaha, bekerjasama.
Para pejuang sudah tentu inginkan pengikut-pengikutnya
taat setia, berkorban, menghormati pemimpin dan mematuhi,
gigih dan sabar, berakhlak dan berdisiplin dan mendapat ke-
menangan terhadap musuh-musuhnya serta dapat menjayakan
cita-cita perjuangan mengikut dasar dan cita-cita perjuangan-
nya.

281
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Para pendidik pula, sudah tentulah bukan sahaja ingin me-


lihat kecemerlangan anak-anak murid atau anak ikutan mereka
di dalam pelajaran, tapi lebih daripada itu iaitu ingin melihat
anak-anak murid dan orang-orang di bawah asuhan mereka
mentaati dan menghormati guru dan ibu bapanya, berakhlak
mulia, mentaati suruhan Tuhannya, berkasih sayang, menjauhi
kemungkaran.
Para da’i pula sudah tentu rasa gembira kalau orang yang
bukan Islam menganut Islam dari hasil usahanya. Orang Islam
yang didakwahnya pula dapat membuat peningkatan terhadap
amalan Islamnya, bertambah kuat membangunkan Sunnah,
berakhlak mulia, menjauhi larangan Tuhan, bersatu padu, pe-
murah, berkasih sayang dan bertolong bantu satu sama lain.
Ibu bapa pula sudah tentu menginginkan anak-anaknya
patuh kepada agama, menghormati ibu bapanya, berakhlak
mulia, bekerjasama, menjauhi gejala-gejala negatif, tidak mem-
buang masa dan membuat kerja-kerja yang berguna.
Apakah semua cita-cita golongan tadi berjaya di dalam usaha
dan perjuangan mereka? Apakah sudah berhasil dari usaha itu,
sesuai dengan cita-cita perjuangan masing-masing? Apakah hasil
usaha mereka itu memuaskan serta menggembirakan?
Terus terang saya nyatakan, selepas zaman salafussoleh,
walaupun penganut-penganut Islam bertambah ramai, daerah
yang diduduki oleh umat Islam bertambah luas, di waktu kini
pula bermacam-macam bidang ilmu umat Islam telah kuasai,
walaupun belum dapat menandingi kemampuan bangsa Barat,
negara umat Islam hampir semuanya telah bebas daripada pen-
jajahan Timur dan Barat, namun penganut-penganut Islam telah
banyak yang jahil daripada memahami ajaran Islam. Perpaduan
belum wujud sama ada sesama Islam di dalam sebuah negara
mahupun sesama umat Islam di antara negara dengan negara.
Akhlak umat Islam bertambah punah, kemungkaran dan amalan
tidak sihat jadi budaya.
Orang kaya dengan orang miskin terasing dan jurang kehi-
dupan kedua golongan itu terlalu jauh. Pemimpin dengan rakyat

282
PERJUANGAN

hanya boleh bertemu di majlis-majlis rasmi. Kasih sayang tidak


wujud sama ada di antara pemimpin dengan pengikut, peme-
rintah dengan rakyat, orang kaya dengan orang miskin, guru
dengan murid, ibu bapa dengan anak-anak, rakyat sesama
rakyat.
Kalau di dalam masyarakat bukan Islam banyak penjenayah,
di dalam masyarakat Islam juga tidak kurang banyaknya pen-
jenayah. Rasuah masih berleluasa, pendedahan aurat menjadi
budaya hidup. Hidup nafsi-nafsi begitu terserlah, kemiskinan
dan kemelaratan merata tempat. Hidup mementingkan diri
begitu ketara. Yang meninggalkan sembahyang, tidak berpuasa,
yang tidak berzakat masih ramai. Berzina, minum arak, bergaul
bebas dan berjudi masih ramai umat Islam melakukannya.
Anak-anak tidak taat dengan ibu bapa, murid-murid tidak
menghormati guru, orang muda tidak hormati orang tua, rakyat
tidak menghormati pemerintah, hanya mereka ditakuti. Isteri-
isteri rata-rata tidak menghormati suami, hanya boleh bersama
kerana tuntutan fitrah semula jadi atau tuntutan biologi. Krisis
rumah tangga sering berlaku. Krisis politik tidak payah cerita,
sudah menjadi budaya hidup. Semua orang tahu kerana berlaku
setiap hari.
Para ulama tidak bersatu bahkan sesetengah mereka dipunyai
oleh golongan yang tertentu. Mereka memberi fatwa mengikut
kehendak golongan itu. Bohsia, bohjan, membuang-buang masa
dan membuang-buang harta perkara biasa. Tekan-menekan,
tindas-menindas, hasad dengki, tamak, bakhil, pemarah, gila
harta, wanita, takhta, glamour sudah menjadi buruan manusia.
Rogol, zina, bunuh-membunuh, sumbang mahram, pergaduhan
dan peperangan sesama umat Islam sering sahaja berlaku.
Daulah Islamiah jangan sebut, jauh panggang dari api.
Apa yang telah saya paparkan tadi, ia menggambarkan kega-
galan umat Islam. Usaha dan perjuangan berbagai-bagai go-
longan di kalangan umat Islam belum berjaya. Hasil perjuangan
mereka belum tercapai. Bahkan rasanya terlalu jauh lagi untuk
dicapai. Ini kalau kita ukur mengikut kacamata Islam, saya minta

283
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

maaf mungkin sesetengah orang menganggap pandangan saya


ini keterlaluan. Tentu akan ada yang mengatakan saya telah
memperkecil-kecilkan usaha-usaha dan perjuangan sesetengah
mereka. Itu terpulanglah mengikut nilai mereka. Tapi pada saya,
apa yang telah saya sebutkan itu, satu realiti yang telah dan se-
dang berlaku. Tiada siapa yang dapat menolaknya. Kalau ada
yang menolaknya bererti mereka membohongi diri mereka
sendiri.
Mereka yang menafikan ini mungkin mereka menyuluh
dengan lampu ideologi dan isme buatan manusia atau dengan
suluhan pandangan sekular, bukan dengan pandangan Al Quran
dan Hadis atau bukan dengan kacamata Islam. Memanglah hari
ini, rata-rata umat Islam di dunia ini, sama ada pendidikannya,
sistem politik, sistem ekonomi, bukan lagi berdasarkan Al Quran
dan As Sunnah, tapi berdasarkan ideologi bikinan manusia.
Bersifat pragmatisme, lebih memuja akal dari wahyu. Sudah ten-
tulah tidak sependapat dengan saya kerana cara mengukurnya
tidak sama. Melihat dengan kacamata yang warnanya tidak
sama.
Sepatutnya umat Islam memandang dengan kacamata yang
sama iaitu mengikut kacamata Islam. Yakni melihat dengan kaca-
mata Al Quran atau Hadis. Ia ibarat cermin mata yang putih
bersih. Segala apa yang dilihat, jelas, tidak akan terkeliru lagi.
Kalau kehidupan dan segala kejadian yang berlaku, dilihat
dengan cermin mata yang bermacam-macam warna, sudah tentu
apa yang dilihat itu akan mengelirukan. Yang putih boleh jadi
hitam, yang cerah boleh jadi kelabu. Di waktu itu sudah tentu
orang yang melihat dengan kaca mata berwarna tidak akan boleh
menerima pandangan orang yang melihat dengan kaca mata
putih yang begitu jelas dan tidak mengelirukan itu. Nanti mereka
akan menuduh orang lain itu terkeliru. Padahal merekalah yang
sebenarnya terkeliru.
Oleh yang demikian, jelas sekali umat Islam belum mendapat
kejayaan mengikut kacamata Islam. Sekalipun sesetengah negara
umat Islam ada pencakar langit, ada super highway yang

284
PERJUANGAN

mengkagumkan. Sebahagian mereka menjadi jutawan dan


billionaire segera. Namun manusianya belum terbangun. Insa-
niahnya masih terabai. Identitinya masih identiti musuh-
musuhnya. Jati diri belum dimiliki. Keindahan peribadi dan
sikap diri belum wujud lagi seperti bunga yang kembang indah
di waktu pagi.
Kita janganlah pertikaikan ini. Kita janganlah membohongi
diri kita sendiri. Terima hakikat ini agar kita sedar dan insaf,
mahu membaiki diri. Supaya kita akan berusaha dan berjuang
membetulkan diri kita ke arah Islam yang suci murni, yang indah
mengindahkan. Selamat dan menyelamatkan, menyenangkan
dan membahagiakan. Membina syurga di dunia sebelum Syurga
di Akhirat.
Mengapa usaha dan perjuangan kita selalu sahaja gagal?
Kenapa usaha dan perjuangan kita tidak menghasilkan sesuatu
yang memuaskan? Sebagai contoh, kita telah berjuang ke arah
perpaduan. Namun bukan sahaja perpaduan tidak wujud,
masyarakat Islam bertambah pecah. Di dalam sebuah parti atau
organisasi pun berpecah belah. Di antara satu etnik pun ber-
musuh-musuhan, betapalah di antara parti dengan parti dan
seterusnya.
Penyakit masyarakat dan gejala tidak sihat telah diusahakan
untuk dibaiki, namun penyakit dan gejala tidak sihat bertambah
merebak dan menjadi-jadi. Arak, judi, riba, zina telah lama di-
perangi, namun umat Islam masih ghairah melakukannya dan
memperjuangkannya. Pergaulan bebas dan pendedahan aurat
sudah lama diperkatakan namun masih ramai lagi umat Islam
melanggarnya. Buang anak, vandalisme, dera kanak-kanak,
sumbang mahram, rogol, cabul, rasuah, salah guna kuasa sudah
lama dibanteras, namun kejadian-kejadian itu tetap berlaku dan
terus berlaku. Kes juvana, ponteng sekolah, bohsia dan bohjan,
budaya lepak, remaja lari dari rumah, seks bebas, dadah, men-
curi, merompak, sudah lama difikir dan diusahakan agar dapat
dibanteras namun belum lagi berjaya. Pendatang tanpa izin pula,
semua pintu masuk telah disekat dan dikawal dengan rapi, yang

285
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dapat ditangkap telah dihukum, namun kedatangan mereka


belum lagi reda, seolah-olah kedatangan mereka macam kelkatu
di musim hujan.
Kegagalan ini di mana puncanya? Disebabkan apa? Mana
salahnya? Apa yang tidak kena? Kalau kita katakan kita belum
berusaha, kita telah berusaha dan berjuang. Kalau kita kata tidak
cukup wang untuk membiayai usaha dan perjuangan, wang
telah banyak dikorbankan. Kalau kita kata tidak ada ilmu,
sekarang ada macam-macam kelulusan di dalam berbagai-bagai
bidang. Jika dikatakan tidak ada penjelasan, masya-Allah, forum
selalu dibuat, media massa sering membuat ulasan. Ceramah
dan dakwah bertambah pesat yang dilaksanakan oleh berbagai-
bagai golongan. Mesyuarat demi mesyuarat telah dilakukan.
Para pemimpin sering sahaja bercakap. Tidak ada peraturan?
Peraturan demi peraturan, akta demi akta telah dibuat. Yang
bersalah telah dihukum. Cara dan berbagai-bagai teknik telah
dilakukan menggunakan alat-alat yang canggih, mengguna
psikologi, mengguna saintifik dan sistematik. Macam-macam
pakar telah turun tangan. Semua golongan telah menangani,
namun penyakit masyarakat bertambah parah. Apa yang tidak
kena lagi? Di mana silapnya? Apa lagi yang belum dibuat?
Para pembaca yang budiman! Perlu saya ingatkan di sini,
mengikut ajaran Islam yang mesti kita yakini bahawa mengikut
akidah Islam atau di dalam pelajaran Usuluddin, sekalian
makhluk, walau bagaimana besar kuasanya, tiada memberi
bekas. Begitu jugalah setiap usaha dan perjuangan itu, ia sendiri
tiada kuasa memberi apa-apa kesan dan bekas. Dengan kata lain,
sekalian makhluk termasuklah usaha dan ikhtiar mereka tidak
boleh menentukan nasib mereka. Mereka tiada kuasa dan kudrat.
Yang berkuasa adalah Allah. Yang memberi bekas adalah
Allah, Tuhan yang Maha Kuasa dan Perkasa. Yang menentukan
nasib sekalian makhluk adalah Allah. Usaha, ikhtiar dan
perjuangan mereka tiada kuasa apa-apa.
Tapi berusaha, berikhtiar, berjuang di dalam apa bidang se-
kalipun, terutama di bidang fardu ain dan fardhu kifayah, tidak

286
PERJUANGAN

perlulah disebutkan di sini, ia adalah diperintah. Ia disuruh


melaksanakannya sebagai sebab sahaja. Berusaha, berikhtiar dan
berjuang itu adalah syariat. Di sinilah pahalanya dan ganjaran
untuk Allah memberinya.
Oleh itu diingatkan di sini, berusaha, berikhtiar dan berjuang
itu jangan ditinggalkan kerana ia diperintah. Itulah yang di-
katakan syariat. Syariat kenalah dilaksanakan dengan sungguh-
sungguh. Dengan ilmu, kebijaksanaan, dengan tenaga manusia,
dengan wang ringgit, dengan berbagai-bagai alat dan cara,
teknik dan strategi.
Justeru itu, berusahalah, berikhtiarlah, berjuanglah tapi
jangan bersandar dengan perkara-perkara itu di atas kejayaan,
kerana ia bukan Tuhan. Ia sekadar perintah Tuhan yang diusaha
dan dikerjakan. Bersandar dengan usaha dan yakin ia yang mem-
beri kejayaan, ia adalah syirik yang dilarang.
Oleh itu sekali lagi diingat, berusahalah, berikhtiarlah, ber-
juanglah dengan sebaik-baiknya tapi bersandarlah dengan Allah.
Berharaplah kepada-Nya. Berserah dirilah kepada-Nya. Memo-
honlah bantuan kepada-Nya. Tawadhuklah kepada-Nya, berasa
lemahlah di hadapan-Nya. Merendah dirilah di hadapan-Nya.
Yakinlah dengan bantuan-Nya. Memohonlah selalu dengan-
Nya. Kalau berjaya bersyukurlah kepada-Nya. Kalau gagal
mengakulah bersalah kepada-Nya. Mungkin kerana dosa kita,
menjadi terhijab bantuan dan pertolongan-Nya. Takutlah selalu
kepada-Nya. Bimbanglah selalu kalau-kalau usaha itu bukan
dapat pahala tapi mendapat dosa. Bukan dapat keredhaan tapi
kemurkaan. Bukan dapat bantuan tapi mendapat kesusahan dan
ujian.
Para pembaca yang budiman! Di sinilah perlunya kita menge-
tahui di mana rahsia kejayaan dan di mana pula rahsia kegagalan
di dalam usaha dan perjuangan. Apakah usaha kita itu mendapat
kemurkaan Allah atau mendapat keredhaan-Nya.
Dalam buku ini saya tidak perlu menyebut kegagalan usaha
dan perjuangan itu disebabkan salah teknik dan strategi, kurang
bijaksana, lemah di segi ilmu, kurang kerjasama, tidak cukup

287
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tenaga, tidak sungguh-sungguh berkerja. Hal-hal seumpama ini


mudah dikesan, senang difaham. Lama-lama ada pengalaman
untuk dapat mengesannya.
Tapi apa yang saya suka hendak sebutkan di sini, terhijabnya
bantuan dan pertolongan dari Allah hingga usaha dan per-
juangan kita selalu sahaja gagal, bahkan adakalanya kerosakan-
nya lebih banyak daripada kebaikan disebabkan oleh perkara-
perkara yang jarang orang memperkatakannya. Orang selalu
menyebut kegagalan dalam usaha itu di segi teknik, strategi,
kurang ilmu, tidak cukup tenaga, kurang kerjasama, tidak serius
dan sungguh-sungguh. Tapi jarang orang memperkatakan
kegagalan disebabkan ada hijab kerana dosa kita, dikeranakan
syariat tidak berjalan di atas usaha dan perjuangan itu, di-
sebabkan niat-niat dari awal usaha sudah tidak betul, niatnya
bukan kerana Allah tapi kerana-kerana yang lain. Ada niat-niat
yang terpesong di tengah-tengah perjalanan atau di dalam masa
mengendalikan usaha dan perjuangan itu.
Akibatnya kita selalu sahaja berhadapan dengan kegagalan
di dalam usaha dan perjuangan kita. Kebaikan yang hendak
dicari, kejahatan yang didapati. Perpaduan yang dikehendaki,
perpecahan yang terjadi. Kesenangan yang hendak dicari,
kemiskinan yang tiba. Kasih sayang yang diusahakan, permu-
suhan yang berlaku. Jenayah yang hendak diperangi, ia ber-
tambah menjadi-jadi. Keadilan yang diperjuangkan, penzaliman
yang berlaku. Kejujuran yang dikehendaki, pengkhianatan yang
terjadi. Cekap, bersih dan amanah yang dicanangkan tapi se-
baliknya yang berlaku. Ketaatan yang dikehendaki, kederhakaan
yang terjadi.
Di sini saya mengajak pembaca sekalian melihat Al Quran.
Apa kata Allah, Tuhan Pencipta alam dan manusia, yang mem-
beri petunjuk kepada hamba-Nya bagaimana mendapat ke-
jayaan, kemenangan, keselamatan, kebahagiaan, rahmat dan
berkat serta mendapat pimpinan dan pembelaan dari-Nya. Mari
kita membawa beberapa ayat Al Quran untuk kita renungi dan
amalkan bersama.

288
PERJUANGAN

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,


Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan Dia akan
memberi rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At Talak:
2-3)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,


Dia akan permudahkan urusannya.” (At Talak: 4)

Maksudnya: “Jikalau penduduk kampung (negara/ne-


geri), beriman atau bertaqwa, sesungguhnya Kami (Tuhan)
bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi.”
(Al A’raf: 97)

Maksudnya: “Allah menjadi pemimpin (pembela) bagi


orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

Maksudnya: “Hanya sanya Allah menerima daripada


mereka yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita mengambil ke-
simpulannya bahawa orang yang bertaqwa seperti berikut:
1. Orang yang bertaqwa dilepaskan daripada kesusahan.
2. Diberi rezeki yang tidak diduga.
3. Kerja atau urusan mereka dipermudahkan oleh Allah.
4. Diturunkan berkat dari langit dan bumi.
5. Diberi pembelaan.
6. Amalan diterima.

289
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Jelas sekali, umat Islam kalau inginkan kemenangan, kejayaan


yang bersih di dalam semua hal, hendaklah setiap usaha dan
perjuangannya bersama sifat taqwa. Taqwa asas kemenangan
dan kejayaan. Hal-hal yang lain diperlukan juga tapi sebagai
tambahan dan kesempurnaan sahaja. Oleh itu, jika berlaku se-
baliknya, iaitu di dalam berusaha dan berjuang, tidak disertakan
dengan sifat taqwa, akan terjadilah sebaliknya iaitu kegagalan,
kekalahan, kekecewaan. Rasulullah SAW pernah mengingatkan
Sayidina Ali karamallahuwajhah:
“Seorang yang bercakap bukan dari jiwa yang bertaqwa, kata-
katanya itu atau percakapannya itu ibarat air yang dicurahkan
di atas batu yang licin atau ke atas telur burung kasawari.”
Ertinya cakapnya, pengajarannya, dakwahnya, ingatan dan
nasihatnya tidak memberi kesan kepada hati orang. Sekadar
sedap didengar. Orang puji namun hati tidak juga sedar dan
insaf. Hati tidak terisi juga dengan iman. Minat membuat baik
tidak juga membuka hati.
Apa yang saya katakan ini telah dibuktikan oleh sejarah.
Padahal di zaman Rasulullah SAW dan zaman salafussoleh,
bukan ada kemudahan. Media massa belum ada. Alat-alat per-
hubungan amat susah. Kitab-kitab bacaan untuk umum belum
ada. Kemudahan dakwah tidak ada. Alat-alat berdakwah terlalu
terbatas, tidak seperti yang wujud pada hari ini. Namun usaha
dan perjuangan mereka mendapat hasil yang besar dan sangat
memuaskan sama ada di dalam medan perjuangan, di gelang-
gang dakwah, di majlis-majlis pengajian dan lain-lain lagi.
Di dalam medan peperangan, kemenangan demi keme-
nangan diperolehi. Kejayaan demi kejayaan diterima oleh tentera
Islam. Dakwah mereka mudah sahaja diterima, hatta raja-raja,
pembesar-pembesar, paderi-paderi menerima Islam. Mereka
yang dididik pula di dalam majlis-majlis pengajian sama ada
secara formal mahupun tidak formal mudah dilentur, cepat
membangunkan kemuliaan diri dan peribadi masing-masing,
sangat taat dengan guru. Hidup penuh disiplin, kuat beribadah,
suka berkhidmat untuk orang lain.

290
PERJUANGAN

Terhijabnya bantuan dan pertolongan dari Allah di dalam


sebarang usaha dan pelbagai bidang perjuangan bila tidak ada
sifat-sifat taqwa. Ternafinya sifat taqwa disebabkan oleh dosa-
dosa sama ada disedari atau tidak, sama ada dosa lahir mahupun
dosa batin. Bila terlibat dengan dosa-dosa, datanglah kemurkaan
Allah. Bila Allah murka, Allah berlepas diri. Pertolongan tidak
akan diberi lagi.
Sekiranya Allah Taala tolong juga kerana gigih berusaha dan
berjuang hingga mendapat kejayaan, bukan dengan keredhaan-
Nya tapi dengan secara istidraj, dengan tipu daya dan kemurka-
an-Nya. Bantuan seumpama ini berkatnya tiada. Kesusahan
lebih banyak daripada kesenangan. Keburukan lebih banyak
daripada kebaikan. Untung sekarung, rugi segunung. Risiko
yang akan diterima terlalu banyak, hingga kejayaan itu tiada
erti apa-apa bahkan dirasakan sebagai beban.
Umpamanya, kalau menang di medan peperangan, menang
setelah berhadapan dengan kerosakan dan kehancuran. Selepas
itu akan berlaku krisis, mungkin berlaku peperangan yang
berpanjangan sesama sendiri.
Kalau membangun, negara maju, kelihatan lahirnya cantik
dan indah tapi di aspek yang lain, banyaknya perompak, pencuri,
judi, penjenayah, perzinaan, rogol, kemiskinan, budaya lepak,
vandalisme, rasuah, seks bebas, hutang banyak. Akibatnya ke-
takutan menekan setiap jiwa warganegara. Hilang ketenangan
dan keamanan.
Cemerlang pula di bidang pelajaran, ramai yang mendapat
keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, namun hor-
mat dengan guru dan ibu bapa sudah tiada. Sombong dan ang-
kuh memenuhi jiwa. Dengan Tuhan bertambah jauh. Hidup
nafsi-nafsi jadi budaya. Memburu pangkat, nama, glamour,
menjadi-jadi. Hidup mementingkan diri sendiri.
Maju di bidang sains dan teknologi, banyak pula kemung-
karan. Maksiat menjadi-jadi. Pergaulan bebas tidak dapat dise-
kat. Manusia lupa Akhirat, dilalaikan oleh sains dan teknologi.
Jalan raya cantik, luas, super highway, tapi manusia pula tidak

291
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

berdisiplin. Banyak accident. Setiap hari orang mati di jalan raya,


yang cedera tidak usah dikira. Kenderaan remuk-redam. Banyak
kerugian harta dan nyawa.
Kehadiran ceramah-ceramah agama, majlis-majlis dakwah,
ramai yang mendatangi. Kalau buat di padang, penuh sesak pa-
dang dengan manusia. Kehadiran amat menggembirakan. Tapi
di dalam bertemu itu, sesetengah mereka mengambil peluang
berpacaran, bergaul bebas. Mungkin menjelang pulang pula ada
yang mengambil peluang melakukan zina, rogol dan sebagainya.
Kesan kepada jiwa tiada. Hanya menjadi pakaian akal semata-
mata atau sebagai mental exercise semata-mata. Balik ke rumah,
mungkin ada yang bergaduh suami isteri. Sembahyang Subuh,
matahari telah meninggi.
Berjaya mengkayakan manusia, namun menjadi sombong
dan angkuh, tamak dan haloba, bakhil, berfoya-foya, mem-
buang-buang harta, lupa kepada Tuhan dan lupa Akhirat. Agama
sudah tidak diambil kira.
Apakah erti kejayaan yang seumpama ini? Usaha berjaya,
tapi side effectnya terlalu banyak. Risikonya tinggi. Maju, ke-
amanan tiada. Berjaya, tapi hidup dalam ketakutan. Duit banyak,
tapi kebahagiaan tiada. Lahirnya nampak merdeka, tapi permu-
suhan tidak habis-habis. Negara sudah bebas, tapi perpecahan
sesama sendiri menjadi-jadi. Kejayaan sebegini tidak menye-
lamatkan. Ini baru di dunia, di Akhirat sudah tentu lebih lagi.
Padahal Islam agama yang selamat dan menyelamatkan.
Kemajuannya bersih, tidak ada side effect. Kejayaannya bersih,
senang menyenangkan, bahagia membahagiakan. Kemerdeka-
annya bukan sahaja melahirkan kemajuan, tapi tercetus kasih
sayang dan perpaduan. Maju, tidak ada ketakutan. Kaya, semua
masyarakat merasa, kerana tiada tamak, tiada bakhil. Dengan
kekayaan dia pemurah. Inilah dia kejayaan dan kemenangan
yang Allah Taala redhai. Ia membawa rahmat dan berkat. Mem-
bawa kebaikan dan keampunan.
Di sinilah perlunya usaha dan perjuangan kita itu biarlah
diredhai oleh Allah, agar kalau mendapat kemenangan dan

292
PERJUANGAN

kejayaan, mendapat keredhaan pula. Maka kejayaan itu bersih


dan murni. Tidak ada perkara yang negatif. Kita jangan ber-
bangga semata-mata kerana mendapat kejayaan di dalam usaha
dan perjuangan. Keredhaan Allah kenalah kita ambil kira. Ke-
redhaan Allah amat penting agar kejayaan kita itu tidak menyu-
sahkan kita. Bahkan kemenangan itu membahagiakan. Tidak
cukup dengan kejayaan, kalau Allah murka. Tidak boleh ber-
bangga dengan kemenangan, kalau dengan kemenangan itu
Allah melaknat kita. Apalah ertinya kejayaan, tapi di dalam dosa
dan derhaka. Begitulah kalau kemenangan dan kejayaan itu
diberi oleh Allah secara istidraj bukan secara keredhaan-Nya.
Kerana itulah Allah Taala berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-


ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit
(ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak
mengetahuinya.” (Al A’raf: 172)

SEBAB-SEBAB TERHIJAB BANTUAN ALLAH


Antara sebab-sebab terhijab bantuan Allah atau kalau dibantu
pula bukan dengan keredhaan tapi diberi secara istidraj, iaitu
secara murka dan tipu daya dari Allah agar mereka tenggelam
di dalam dosa dan kutukan, kemudian mati dihumban ke Ne-
raka, wal’iyazubillah, iaitu kesalahan-kesalahan seperti berikut:
Pertama: Niat dari awal lagi sudah salah. Contohnya ber-
usaha, berjuang, mendidik, membangun, membuat kemajuan,
berpolitik, berdakwah, berekonomi, membangunkan keten-
teraan, berkhidmat dan lain-lain, ada huzuzunnafsi, ada ke-
pentingan peribadi, bukan kerana Allah atau keredhaan-Nya
sama ada apa yang dibuat itu sesuai dengan syariat atau se-
baliknya.
Contoh niat yang salah lagi seperti ingin mendapat nama,
ingin menang di dalam pilihan raya, tujuan untuk pangkat dan

293
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bintang kehormatan, inginkan pujian, kerana glamour, kerana


negara dan bangsa, kerana mendapat harta, wanita, takhta dan
lain-lain lagi.
Niat dari awal lagi telah tersalah di dalam sebarang kerja itu.
Pahalanya tiada, terhijab daripada mendapat pertolongan dan
bantuan daripada Allah Taala serta Allah berlepas diri. Kepu-
tusannya tiada berkat dan akan berhadapan dengan kegagalan
demi kegagalan. Apa sahaja usaha dibuat tiada kejayaan. Setiap
usaha menerima kekecewaan. Kalaupun diberi kejayaan, lahir
dari kejayaan itu berbagai-bagai bentuk kejahatan yang menyu-
sahkan di dalam kehidupan. Diberi kejayaan tapi memporak-
perandakan, kemenangan dapat tapi masalah terlalu banyak.
Kemajuan tercapai tapi melahirkan gejala-gejala negatif yang
terlalu banyak. Nama masyhur, ada glamour tapi jiwa tidak
tenang. Negara cantik, keamanan tidak wujud. Negara indah
tapi hidup di dalam ketakutan.
Kalau itulah yang terjadi, itu bukan kemenangan. Ia bukan
satu kejayaan dan tidak boleh dianggap satu keuntungan. Yang
sebenarnya ia adalah bala, kutukan dan bencana, dosa dan
kemurkaan. Kecewa di dalam kemenangan. Celaka di dalam
kejayaan.
Huru-hara di dalam kemajuan, itu bukan kemenangan.
Kejayaan dan kemajuan semacam ini bukan yang Islam mahu.
Islam mahu sesuatu itu sesuai dengan tuntutan fitrah iaitu ke-
menangan yang membawa kemerdekaan, kejayaan yang mem-
bawa kesenangan, kemajuan yang membawa keamanan dan
keharmonian serta kecemerlangan yang membawa kebahagiaan.
Kedua: Kalaupun niatnya betul, iaitu segala usaha yang di-
laksanakan itu kerana mencari keredhaan Allah, tapi tidak
mengikut syariat. Misalnya di dalam perjuangan, usaha dan kerja
itu, sembahyang tidak diambil kira, tidak mempedulikan halal
dan haram, pembiayaan yang tidak halal, pergaulan bebas lelaki
perempuan, berlaku penzaliman dan penindasan, ada penipuan
dan rasuah dan sebagainya. Di sini juga akan terhijab.

294
PERJUANGAN

SAJAK

Mengapa Masalah Tidak Selesai

Mengapa masalah masyarakat


makin cuba diselesaikan semakin tidak selesai?
Kerana golongan yang memperkatakan masalah
mendatangkan lagi masalah
Kerana memahami masalah
dan cara menyelesaikannya tidak ada kaedah
Tidak ada kaedah, asalkan buat sahaja, itu adalah satu masalah
Ada yang tidak tahu sumber masalah itu juga masalah
Bagaimana hendak menyelesaikan masalah
jika tidak tahu dari mana sumbernya masalah
Ertinya pokok masalah disuburkan, buah masalah dicegah
Kalau faham pokoknya, tebang sahaja pokoknya,
tidak ada pokok tidak adalah buah
Ada yang tidak tahu di antara masalah dengan bukan masalah
Yang masalah bukan dikatakan masalah,
yang bukan masalah dikatakan masalah, lagi bermasalah
Ia macam orang tidak kenal padi dengan lalang,
padi dimusnah, lalang dibiarkan tumbuh, mudah bercambah
Ada juga perkara kecil dianggap masalah besar,
yang besar dianggap masalah kecil, ini juga masalah
Ini akan berlaku percanggahan
sesama yang memikirkan masalah
Bercanggah pendapat di dalam menilai masalah,
ini adalah masalah, masalah di dalam masalah,
masalah bertambah-tambah
Satu puak hendak mencegah, satu puak lagi membiarkan masalah
Ada golongan lagi ada masalah atau tidak ada masalah
peduli apa, itu bukan saya punya masalah
Aku fikir aku sahaja, jangan menimpa aku sudahlah

295
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sikap ini juga adalah masalah


Kita adalah satu juzuk daripada masyarakat
Mana boleh tidak memikirkan masyarakat yang bermasalah
Ada lagi masalah yang jadi masalah, yang bukan masalah dicegah
Sedangkan itu adalah berfaedah kepada umat
setidak-tidaknya faedah setempat
Ada orang faham masalah itu adalah masalah
tapi kerana hendak jaga hati ramai, dibiarkan sahaja
seolah-olah ia bukan masalah
Lebih-lebih lagilah bermasalah, yang jadi masalah itu
dipertahankan oleh kuasa
Kerana dapat untung peribadi atau kerana hendak nama
atau hendak berkuasa dilindungi oleh kuasa
Kalau yang berkuasa sudah buat masalah, lagilah bermasalah
Siapa lagilah yang mampu mencegah masalah?!
Apa yang diperkatakan tadi
itulah masalah umat Islam sedunia hari ini
Menyelesaikan masalah tidak seia sekata lagi
Perpaduan, keselarasan, rasa bersama sudah tidak ada
Ada yang membiarkan, ada yang hendak membanteras,
ada yang mempertahankan
Maka umat Islam kehilangan kekuatan,
kehilangan kedaulatan,
musuh campurtangan
Mengapa terjadi sedemikian?
Terjadinya ini semuanya adalah kerana tidak dirujuk lagi
kepada wahyu
Masing-masing golongan merujuk kepada akal,
dan kepada nafsu
sedikit sekali yang merujuk kepada wahyu

Menjelang Maghrib
21 – 08 – 2004

296
PERJUANGAN

6
MENGENALI WATAK
DAN SIFAT-SIFAT AKHIR ZAMAN

Z
aman dahulu dan zaman sekarang sudah jauh berbeza. An-
taranya, zaman sekarang:
1. Alat-alat kehidupan sudah canggih.
2. Cara proses makanan sudah berlainan.
3. Ilmu dunianya banyak tapi ilmu Akhiratnya kurang.
4. Pergaulan di kalangan manusia mudah terjadi.
5. Cara jual beli sudah berbeza.
6. Alat-alat perhubungan mendekatkan negara dan manusia
di antara satu sama lain.
7. Kebudayaan dan adat istiadat telah bercampur baur.
8. Banyak persatuan.
9. Ada pertubuhan dunia.
10. Ada bank .
11. Ada border antara negara dengan negara.
12. Alat-alat pembunuh dahsyat.
13. Kehidupan orang biasa macam raja-raja di zaman dahulu.
14. Orang kafir, munafik, fasik memperkatakan Islam bahkan
mengajarnya.

297
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Untuk lebih terperinci lagi mari kita huraikan satu persatu


supaya lebih jelas.
1. Alat kehidupannya canggih
Sekarang tidak sama dengan dulu. Sekarang lebih canggih.
Ada washing machine, peti ais, mixer, microwaves, blender,
pinggan mangkuk arcopal, arcoroc dan sebagainya, cerek
letrik, rice cooker, dunlop pillow, dapur gas atau elektrik, air
paip, pemotong elektrik dan lain-lain.
Dulu secara semula jadi. Uli tepung pakai tangan, basuh
baju guna tangan, guna air di perigi, api pelita, menumbuk
dengan batu lesung, dulang tembaga, periuk tanah, potong
kayu menggunakan gergaji tangan, kapak, pahat dan alat
ketam kayu. Memasak menggunakan dapur kayu atau da-
pur arang. Menumbuk padi menggunakan lesung dan alu.
Membajak di ladang pula gunakan kerbau. Tandas sama ada
di sungai atau di dalam semak. Ada juga menggunakan
tandas yang dikorek lubang seperti perigi dan lain-lain.
2. Sekarang ilmu dunianya banyak, ilmu Akhiratnya kurang.
Dulu ilmu dunia terbatas tapi ilmu Akhirat banyak. Contoh-
nya ilmu tauhid, feqah, tasawuf dan lain-lain. Banyak kitab-
kitab dan ramai alim ulama.
Sekarang ilmu Akhirat kurang tapi ilmu dunianya tidak
terbatas. Setiap hari ada saja ilmu-ilmu terbaru, penemuan
terbaru seperti ilmu-ilmu di bidang-bidang ekonomi, per-
tanian, perubatan, sains teknologi, ilmu tentang komputer
dan lain-lain. Semuanya sedang berkembang dengan pesat.
3. Cara proses makanan, minuman dan pakaian sudah ber-
lainan daripada dulu. Dahulu dan sekarang mungkin me-
mang perkaranya sama iaitu benda dan jenisnya tetap sama
tetapi mungkin hakikat perkara itu sudah berlainan. Ini di-
sebabkan oleh cara memproses, membuat, memperagakan,
mempromosi atau menjualnya sudah berlainan. Contohnya:
i. Arak, namanya tetap sama. Tetapi arak sekarang tidak
sama dengan arak dulu dari segi cara memprosesnya.

298
PERJUANGAN

ii. Sutera, nama tetap sama. Tetapi sekarang, ada kain sutera
sintetik yang telah disintesiskan daripada bahan-bahan
yang dicampurkan antara sutera dan bahan-bahan kimia
yang lain.
iii. Dulu memproses pakaian secara handcraft tapi sekarang
menggunakan alat yang canggih.
iv. Fesyen pakaian dulu dan sekarang juga berbeza. Hari ini
banyak bahan-bahan pakaian sudah tidak pasti dari apa
jenisnya.
4. Alat-alat perhubungan mendekatkan negara dengan negara
dan manusia satu sama lain.
Dulu kenderaannya hanya kuda, unta, baghal, kereta lembu.
Sekarang menggunakan keretapi, komuter, bullet train,
kereta, bas, kapal, bot laju, kapal terbang dan lain-lain.
Perhubungan jalan raya sangat meluas sekarang. Terhu-
bung antara negara dengan negara dan benua dengan
benua, jalan kereta api bawah tanah dan sebagainya.
Alat-alat perhubungannya canggih. Contohnya, telefon,
interkom, tv, komputer, internet dan lain-lain.
5. Pergaulan di kalangan manusia mudah terjadi.
Dulu sangat terhad, pergaulan di kalangan manusia dalam
kelompoknya saja. Sekarang ini di peringkat internasional,
boleh mengenal manusia berbagai-bagai bangsa dengan
macam-macam alat kemudahan yang ada seperti telefon,
tv, internet, surat, aerogram, sms, e-mail, media massa, surat
khabar, majalah dan lain-lain.
6. Kebudayaan atau adat istiadat sudah bercampur baur.
Dulu ada budaya asli yang tersendiri bagi satu-satu kaum
itu. Sekarang budaya sudah bercampur baur, tidak pure lagi.
Contohnya, Sekarang ada budaya yang telah dicampur-
adukkan dengan budaya Barat, India, Pakistan dan seba-
gainya.
7. Banyak persatuan.
Dulu persatuan berlaku atas dasar hubungan darah daging.

299
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Contohnya Bani Quraisy, Bani Umaiyyah dan sebagainya.


Kelompok ini berlaku secara nature. Lahir-lahir saja me-
mang berada dalam kelompok itu.
Sekarang persatuan berasaskan kepada bukan hubungan
darah sahaja bahkan kadang-kadang hubungan kelompok
itu berasaskan kebudayaan, ekonomi, politik, kebajikan dan
lain-lain. Ikut parti, ideologi, profesyen dan sebagainya.
Contohnya: NGO, GAPENA, APEC, IPEC, PAPITA dan
sebagainya.
Bahkan kadang-kadang hubungan kelompok ini lebih
kuat daripada hubungan darah.
8. Ada pertubuhan dunia.
Dulu tidak ada yang bercorak dunia atau peringkat antara-
bangsa. Sekarang ada, contohnya PBB, OPEC, NATO, UN.
9. Ada bank atau institusi kewangan.
Dulu tidak ada bank. Orang kaya yang jadi bank. Kalau dia
orang Islam yang baik, jadilah dia bank kepada masyarakat.
Kalau orang bukan Islam atau orang Islam yang tidak ada
jiwa Islam, dia akan jadi ceti.
Sekarang, bank dijadikan tempat pinjaman yang mana
mempunyai syarat-syarat, ada penjamin atau cagaran, ada
deposit, mesti tanda tangan macam-macam borang dan lain-
lain.
10. Ada sempadan atau border.
Dulu ada negara-negara tertentu seperti Rom, Farsi dan
sebagainya. Tetapi tidak ada border antara negara-negara.
Tidak perlu menggunakan pasport untuk memasuki mana-
mana negara. Sekarang ada border, ada kastam, ada imigre-
sen, ada visa, ada pasport dan sebagainya.
11. Alat-alat pembunuh dahsyat:
Dulu seorang yang ada satu alat senjata boleh bunuh seorang
atau dua sahaja. Sekarang menggunakan alat-alat pem-
bunuh yang canggih yang bermacam-macam jenis seperti
nuklear, bom atom, jet-jet peluru berpandu dan lain-lain.

300
PERJUANGAN

Ada yang boleh bunuh dari udara, laut, bawah tanah, dari
benua ke benua dan sebagainya. Risikonya menyebabkan
ramai manusia binasa, memusnahkan bangunan-bangunan,
pokok-pokok, harta benda, merosakkan alat-alat perhu-
bungan dan lain-lain.
12. Kehidupan orang biasa sekarang macam raja-raja zaman
dahulu. Kehidupan dulu, raja-raja dikipas. Sekarang rakyat
biasa pun merasainya. Petik suis, ada kipas angin, air-con-
dition dan lain-lain. Begitulah seterusnya.
13. Orang kafir, munafik, fasik, memperkatakan Islam bahkan
mengajarnya. Dulu orang yang memperkatakan Islam ini
tentulah orang Islam saja. Tapi sekarang, orang yang mem-
perkatakan Islam boleh jadi orang kafir, munafik, fasik,
orientalis dan lain-lain. Bahkan mengajar atau jadi pensya-
rah di universiti-universiti orang Islam di seluruh dunia.
Lepasan pengajian Islam kini mendapat ijazah di tangan-
tangan mereka.
14. Cara jual beli atau perniagaan berbeza.
Dahulu secara barter trade, yakni pertukaran barang dengan
barang. Kemudian gunakan duit emas, perak. Duit itu
memang bernilai. Sekarang duit kertas, kad kredit. Duit itu
diberi nilai, bukan duit itu benar-benar bernilai. Ada sistem
banking dan sebagainya.
Kalau diperhatikan contoh-contoh tadi, didapati ratusan lagi
perbezaan yang nyata antara zaman kita dengan zaman Ra-
sulullah. Sebab itu para pejuang mesti bertindak dengan style
yang baru atau cara yang baru berdasarkan perbezaan tadi.
Sebagai alternatifnya, apakah yang umat Islam patut lakukan?
Di antara perkara-perkara yang patut dilakukan ialah:

Pertama: Dua golongan mesti aktif di tengah kehidupan.


a. Golongan rohani – mereka mesti aktif untuk membina atau
membangunkan insaniah agar dapat melahirkan manusia
yang bertaqwa.

301
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

b. Golongan teknokrat – Selain mereka mesti bertaqwa, mereka


mesti aktif membangunkan kemajuan teknikal, teknologi
yang tinggi supaya alat kemudahan kehidupan canggih. Ini
menjadikan manusia ini selain daripada beriman, berakhlak,
bertaqwa, kehidupan mesti canggih dan berteknologi tinggi.
Kalau golongan teknokrat saja yang aktif, bijak membuat
teknologi tinggi dan sebagainya, semuanya akan jadi sia-sia
sebab manusia akan jadi sesat dan fasik tanpa taqwa. Bila umat
Islam beriman dan canggih, mudahlah untuk dia menyeru
manusia lain. Orang akan hormat dan menerima seruannya.

Kedua: Dalam memberi fatwa memerlukan dua golongan:


a. Ahli atau pakar hukum
b. Ahli atau pakar sains dan teknologi
Mesti digabungkan pandangan dua golongan ini. Setiap
fatwa mesti dinilai yang pertama oleh pakar hukum, kalau boleh
bertaraf mujtahidin. Mesti tahu cabang-cabang ilmu Islam yang
asas atau furuk, halal atau haram dan sebagainya.
Bila dia hendak keluarkan hukum, tidak boleh berdasarkan
ilmunya saja. Dia mesti meminta pandangan daripada ahli sains.
Mereka saja yang faham perkara-perkara yang hendak dihukum
itu dengan tepat setelah dua pandangan itu digabungkan dan
diambilkira, barulah hukum yang diputuskan itu tepat halal
haramnya.
Contohnya:
i. Arak haram. Nasnya ada. Arak benda yang memabukkan,
haram hukumnya. Tapi sekarang ahli sains mengatakan ada
alkohol yang tidak memabukkan, ada yang boleh dan ada
yang tidak boleh dan sebagainya. Jadi ini semua kena
diambil kira oleh pakar hukum. Kalau tidak, mungkin dia
akan mengharamkan sesuatu perkara yang tidak haram.
ii. Sutera. Asal haram untuk orang lelaki. Tetapi sekarang ada
kain sutera sintetik yang telah disintesiskan daripada bahan-
bahan yang sudah dicampurkan antara bahan-bahan sutera

302
PERJUANGAN

dengan bahan-bahan kimia yang lain. Dari segi komposisi-


nya sudah berubah. Jadi ulama perlu mengkaji semula
dengan mengambil kira pandangan ahli sains untuk men-
jatuhkan sesuatu fatwa itu.

Ketiga: Manusia sekarang sangat memburu dunia dan melupa-


kan Akhirat. Perlu ada orang-orang Akhirat yang mempunyai
banyak dunia:
a. supaya dia boleh mengingatkan orang itu
b. supaya orang Akhirat yang berjuang ini boleh mencabar
orang-orang dunia.

Keempat: Perempuan-perempuan sekarang bebas kerana mem-


buru dunia. Mereka rasa itulah kemerdekaan, itulah kebahagiaan
dan kebaikan. Dengan kebebasan itu mudah mereka itu dapat
dunia. Kalau disekat kebebasan mereka di rumah, dirasakan
hilang bahagia, hilang kemerdekaan, dunia yang diburu tidak
dapat. Untuk membebaskan mereka ini diperlukan perempuan
mukmin yang berjaya dalam kerjaya di tengah masyarakat tapi
dapat mempertahankan syariat dan maruah mereka sebagai
perempuan mukmin.

Kelima: Memerlukan pejuang-pejuang dan mubaligh-mubaligh


yang berada agar tidak bersandar hidup dengan orang lain. Agar
bebas bercakap dan orang hormati. Kalau berada atau kaya
secara individu pun boleh, lebih-lebih lagi secara jemaah. Hik-
mahnya:
a. Supaya tidak terasa terhutang budi dengan orang yang
ditarik atau orang yang diseru.
b. Supaya tidak hilang maruah, himmah atau ‘izzah sebagai
penegak kebenaran.
c. Supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat bukan untuk
dapat duit atau komersial, bukan masyarakat yang berkhid-
mat kepada kita dan lain-lain.

303
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Keenam: Memerlukan jemaah contoh atau model. Di zaman


Rasulullah SAW dan para Sahabat umumnya salafussoleh sela-
ma 300 tahun mereka telah berjaya melahirkan model kehidupan
Islam. Waktu mereka bercakap tentang Islam, masyarakat Islam
sudah tertegak. Tapi sekarang ketika suasana Islam sudah tiada,
perlu diwujudkan model oleh sebuah jemaah Islam supaya ma-
syarakat dapat melihat apa yang diperkatakan itu dalam bentuk
realiti.

Ketujuh: Memerlukan media massa dan alat-alat perhubungan


yang canggih untuk cepat menyampaikan berita atau matlamat
atau ilmu atau propaganda musuh kerana:
a. Dengan adanya media massa yang canggih, maklumat-
maklumat, berita-berita, minda-minda Islam dapat disam-
paikan dengan tepat dan cepat ke seluruh dunia sesuai
dengan kelengkapan yang ada sekarang. Kalau ini tidak di-
gunakan, orang lain akan lebih cepat menyampaikan ke-
jahatan dan kebatilan.
b. Zaman sekarang jangkauannya luas. Kita kena gunakan
semua kelengkapan itu. Jika tidak kita akan kalah dalam
perang dingin, perang fikiran, perang saraf atau perang
psikologi. Segala jenis peperangan ini semuanya mengguna-
kan alat-alat yang canggih.
c. Supaya tidak dipermain-mainkan.
d. Supaya tidak dapat disabotaj.
e. Supaya tidak bersandar dengan mereka.
f. Supaya umat Islam tidak dapat dikawal kehidupannya oleh
orang bukan Islam tapi boleh mengawal kehidupan mereka
sendiri.

304
PERJUANGAN

SAJAK

Zaman Serba Moden dan Maju

Zaman serba moden dan maju ini


sepatutnya kita rasa bahagia
Sementelahan pula manusia pun sudah bijak-bijak
dan pandai-pandai belaka
Di mana sahaja berada tentulah rasa senang
dan tenang aja
Tentulah lebih berakhlak dan berperi kemanusiaan
Ke mana saja kita pergi tidak perlu takut dan bimbang
Maklumlah negara telah maju
Serba-serbi moden kemudahan ada
Takkan manusia rasa takut macam duduk
di dalam hutan
Rupanya tidak begitu
Telahan kita meleset belaka
Apa yang berlaku, ramai orang hidup
keluh-kesah dan gelisah
Walaupun hidup di dalam negara moden,
mewah dan indah
Kita buat contoh di dalam satu aspek aja
Di zaman ini di dalam menjaga anak
Kita di dalam ketakutan dan bimbang aja
Di waktu mereka ke sekolah,
ibu bapa di rumah resah gelisah
Takut terlibat dengan dadah
Atau sumbang sesama mereka
Atau kena belasah
Atau kena noda
Di perjalanannya takut dipujuk orang,

305
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dibawa ke mana-mana kemudian dirogolnya


Atau berjumpa lelaki perempuan sesama mereka
membuat perhubungan cinta pula
Kita simpan aja di rumah tak mungkin juga,
boring pula mereka
Sekali-sekala kenalah kita benarkan
mereka keluar melihat masyarakatnya
Berehat-rehat dan makan-makan angin
untuk menghibur jiwa mereka
Tapi selamatkah mereka dari melepak-lepak?!
Bohsia dan bohjan?
Ejen-ejen yang mempengaruh mereka di mana-mana ada
Bahkan di mana saja anak-anak kita pergi,
kita sentiasa takut dan bimbang
Pergi ke rumah keluarga, macam-macam kita dengar
anak-anak kena noda
Berjalan ke rumah jiran pun sama saja
Berlaku macam-macam kejadian yang mendukacitakan
Aduh! Susahnya di zaman ini menjaga anak-anak
Ke mana saja mereka pergi ibu bapa di rumah
resah dan gelisah
Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat
yang merosakkan di mana-mana saja
Ibu bapa sentiasa tidak tenang memikirkan anak-anaknya
Wahai Tuhan!
Selamatkanlah kami dan keluarga kami
daripada fitnah akhir zaman ini!

Selepas Asar
20 – 05 – 1997
(12 Muharram 1418)

306
PERJUANGAN

7
PEMBANGUNAN MATERIAL/FIZIKAL
DAN INSANIAH

M
anusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini, mereka
memerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapan
hidup. Untuk menyempurnakan kehidupan mereka
dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanya
atau alam syahadah dan negara yang jauh atau yang akhir yang
tidak berkesudahan yang kekal abadi, Akhirat namanya.
Manusia itu kejadian semula jadinya yang Allah Taala cipta,
ada jasad lahir dan ada jasad batin. Jasad lahir atau jawarih ialah
anggota yang bersifat fizikal yang dapat dilihat dan disentuh.
Jasad batin ialah anggota yang bersifat maknawiah dan rohaniah,
terasa adanya, tapi tidak dapat dilihat dan disentuh.
Kedua-dua jasad yang ada pada manusia ini perlu diberi
keperluan hidupnya. Kalau tidak, kedua-duanya akan rosak.
Manusia itu akan melarat dan menderita di dunia dan menderita
di Akhirat. Kalau salah satunya sahaja yang diberi perhatian
untuk keperluan-keperluan hidupnya, ia tidak seimbang. Kalau
jasad lahir sahaja diurus keperluan-keperluannya, sedangkan
jasad batin tidak diurus, maka mudahlah kehidupannya di dunia
tapi susah kehidupannya di Akhirat. Kalau jasad batin sahaja
diurus keperluannya, jasad lahir tidak diurus keperluannya,
mudahlah kehidupannya di Akhirat tapi susah kehidupannya
di dunia.

307
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu manusia itu hendaklah mengurus anggota lahirnya


dan juga mengurus anggota batinnya, barulah ia seimbang. Agar
manusia itu bahagia di dunia, bahagia di Akhirat. Senang di
dunia dan senang di Akhirat. Kalau demikian keadaannya,
barulah manusia menjadi manusia yang sempurna yang men-
dapat kebahagiaan di dua negara.
Jasad lahir manusia memerlukan makan minum, pakaian,
tempat tinggal, seks, kesihatan, kemudahan perhubungan,
kemudahan pertemuan, kemudahan tempat tinggal, kemudahan
tempat bekerja, kemudahan tempat berbincang, kemudahan
tidur baring, rehat, keselesaan, kemudahan tempat berkeluarga,
kemudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi.
Untuk memenuhi keperluan jasad lahir manusia itulah, maka
manusia sentiasa berfikir, belajar mencari ilmu, mencari penga-
laman, kemudian berusaha dan berjuang terus-menerus, sam-
bung-menyambung tidak henti-hentinya membangunkan pem-
bangunan fizikal dan material untuk mendapatkan dan meng-
hasilkan keperluan-keperluan lahir mereka. Maka dibangun-
kanlah tempat tinggal, dari masa ke semasa bertambah elok,
bertambah cantik, bertambah selesa dan bertambah canggih.
Direntangkan jalan raya, dari masa ke semasa bertambah baik,
bertambah besar dan luas serta bertambah selesa. Dibangunkan
ladang-ladang dengan alat-alat pertanian, dari masa ke semasa
bertambah luas, bertambah elok, bertambah moden dan alat-
alat pertaniannya bertambah canggih. Direkalah kenderaan, dari
masa ke semasa bertambah baik, bertambah cantik, bertambah
selesa, bertambah moden dan canggih. Dibangunkan kilang,
pekan dan bandar, bangunan pejabat, alat-alat perhubungan,
alat-alat penyebaran ilmu dan berita, dari masa ke semasa ber-
tambah baik, bertambah cantik, bertambah moden dan canggih.
Sekarang, kemajuan material dan fizikal demi untuk menu-
naikan keperluan-keperluan jasad lahir manusia, sudah me-
muncak, sudah hebat dan mengkagumkan. Dengan itu dunia
ini sudah kecil, negara sudah tidak ada sempadan lagi, langit
telah ‘terbuka’, dunia telah sempit, manusia yang berbagai-bagai

308
PERJUANGAN

kaum dan bangsa ini benar-benar telah bergaul dan boleh


berkenalan dari dekat antara satu sama lainnya. Di sini kita dapat
melihat usaha dan perjuangan manusia untuk keperluan jasad
lahiriah, sangat maju dan berjaya.
Jasad batin (roh) manusia juga perlu kepada makan minum,
pakaian, bahkan lebih patut dijaga makan minum dan pakaian-
nya daripada jasad lahir (jawarih). Makan minumnya terma-
suklah keyakinan, sembahyang, puasa, membaca Al Quran,
tafakur, zikir, tasbih, tahmid, selawat dan doa.
Pakaiannya ialah sifat taqwa iaitu melaksanakan segala yang
diperintah atau yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang
atau yang ditegah. Kalau ia sungguh-sungguh difahami, kemu-
dian diusahakan dan diamalkan serta dihayati secara terus-
menerus, akan lahirlah pembangunan insaniah yang bersifat
rohaniah. Misalnya, lahirlah di dalam diri manusia itu sifat-sifat
jujur, adil, benar, kasih sayang, lemah-lembut, pemurah, tawa-
dhuk, pemalu, bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal, bertolak
ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf,
amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati dan
belas kasihan. Sifat mahmudah dalam diri manusia ini akan men-
jadi tabiat, menjadi budaya dan syiar di dalam kehidupan di
kalangan manusia. Di sinilah rahsia perpaduan, kebahagiaan
dan keharmonian yang manusia sejagat menginginkannya, lebih
daripada menginginkan pembangunan material dan fizikal.
Apa yang sangat malang di dunia akhir zaman ialah tuntutan
kehidupan mereka tidak seimbang di antara pembangunan
material dan fizikal dengan pembangunan insaniah yang bersifat
maknawi dan rohaniah. Pembangunan material dan fizikal,
masya-Allah begitu menonjol, hebat dan canggih, daripada masa
ke semasa bertambah meningkat, bertambah maju, bertambah
moden, bertambah berjaya. Tetapi apa yang berlaku, pem-
bangunan insaniah yang bersifat maknawiah dan rohaniah
makin menurun, makin merosot, semakin kurang, semakin teruk
dan punah, keadilan bertambah jauh, kejujuran bertambah ku-
rang, amanah susah hendak dicari, pemurah sudah boleh

309
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dikatakan tiada lagi, kasih sayang sudah kemarau, sabar tinggal


dalam ucapan, redha jauh sekali, tawakal hampir sudah tidak
wujud, tolak ansur hampir punah, lapang dada sudah tidak
ketara, mengutamakan orang lain lebih-lebih lagi sudah tiada,
pemaaf hampir mustahil, meminta maaf kalaupun berlaku ke-
rana terpaksa, bertolong bantu dan bekerjasama hanya program
tertentu kerana ada tujuan tersembunyi; kerana nama dan
glamour, kerana ada udang di sebalik batu atau kerana terpaksa,
kalau tidak nanti apa orang kata.
Apabila pembangunan insaniah hampir punah di seluruh
dunia terutama di dunia Barat dan Amerika, maka apakah yang
terjadi? Iaitu di tengah-tengah pencakar langit, runtuhnya akhlak
manusia sejatuh-jatuhnya menyapu bumi. Di tengah-tengah
bangunan dan gedung-gedung yang indah, di situlah sarang
pelacuran yang eksklusif, lesbian dan homoseksual. Di dalam
keadaan bandar-bandar yang penuh dengan pembangunan yang
hebat dan gagah, lampu-lampu yang bergemerlapan, kenderaan
yang berselerak, berselirat, manusia yang sentiasa bergerak dan
aktif seolah-olah tidak ada beza siang dan malam, di sanalah
penipuan, rasuah, rompakan, kidnap, rogol, zina dan pembu-
nuhan.
Di dalam keadaan jalan raya highway, super highway yang
melebar dan memanjang, di sanalah manusia melahirkan emosi,
gelojoh, mementingkan diri sendiri, melanggar disiplin, tunjuk
sombong, membesarkan ego, pantang dicabar, berlumba-lumba
dan potong-memotong. Akibatnya dari ini berlaku eksiden dan
insiden yang mengerikan, manusia mati setiap hari, kereta
remuk-redam, punah-ranah, seolah-olah menjadi budaya jalan
raya, seolah-olah tiada apa-apa, biasa sahaja, perkara biasa.
Di dalam kejayaan material, di sinilah berlakunya penza-
liman, diskriminasi, keangkuhan, khianat, rasuah, hidup nafsi-
nafsi, sombong, megah, mementingkan diri, pembaziran, budaya
lepak, vandalisme, bohjan, bohsia dan pergaulan bebas macam
haiwan.
Di dalam masa kejayaan material inilah, berlaku di seluruh

310
PERJUANGAN

dunia terutama di dunia Barat dan Amerika, orang tua terbiar,


kanak-kanak tidak disayangi tapi kucing dan anjing lebih
disayangi, hubungan hidup suami isteri begitu longgar, krisis
rumah tangga, krisis politik dan berbagai krisis lagi. Peperangan
di antara kaum, di antara etnik, di antara negara, di antara
fahaman silih berganti terjadi setiap hari. Manusia gelisah,
manusia resah, manusia kecewa, manusia putus asa, manusia
membunuh diri. Aneh, pelik, ganjil, hairan, menakutkan sekali.
Dunia pembangunan telah menjadi syurga, manusia hidup
dalam neraka.
Beginilah keadaan kehidupan manusia seluruh dunia apabila
tidak seimbang antara pembangunan material dengan pem-
bangunan insaniah, seolah-olah pembangunan material yang
mengkagumkan itu tidak ada erti apa-apa lagi kepada manusia.
Materialnya berjaya, insaniahnya kecewa. Materialnya syurga,
insaniahnya neraka. Luar manusia terang-benderang, dalam ma-
nusia gelap-gelita. Materialnya mencakar langit, akhlaknya
menyapu bumi. Haiwan disayangi, manusia dibenci. Pence-
maran alam ditakuti, pencemaran iman dan akhlak tidak di-
peduli. Manusia dibiarkan kelaparan, haiwan diberi makan
hingga kekenyangan.
Setelah kita menghuraikan secara ringkas, pembangunan
material dan pembangunan insaniah maka kita dapat membuat
konklusi dan rumusan seperti berikut:

1. Pembangunan material dan fizikal dari sehari ke sehari


semakin meningkat dan maju tapi pembangunan insaniah
dari sehari ke sehari menurun dan punah.
2. Pembangunan material atau fizikal mudah diperturunkan
dan diwarisi serta disambung oleh generasi kemudian dari
masa ke semasa tapi tidak demikian keadaannya pem-
bangunan insaniah ini susah hendak diperturunkan dan
diwarisi oleh generasi kemudian.
3. Membangunkan material atau fizikal mudah dibandingkan
membangunkan insaniah.

311
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4. Mengubah kehidupan yang lahir ini daripada buruk kepada


cantik, ini mudah tetapi mengubah kehidupan yang batin
iaitu mengubah tabiat manusia daripada perangai buruk
kepada perangai baik ini amat susah sekali. Sebagai bukti,
katalah seorang ini kenal dirinya sejak di bangku sekolah
lagi punya sifat pemarah, kemudian selepas 40 tahun kita
bertemu lagi dengannya, masya-Allah sifat pemarahnya ti-
dak berubah bahkan ia bertambah tua dengan tua umurnya.
5. Pendidik dan pembangun material atau fizikal lebih berjaya
daripada pendidik dan pembangun insaniah.
6. Di sini kita faham dan insaf bahawa kemajuan material dan
fizikal bagaimana hebat, cantik dan canggih tidak dapat
mendidik manusia daripada jahat kepada baik bahkan
adakalanya manusia yang baik jadi jahat.
7. Kemajuan yang lahir boleh membawa manusia paling tidak
kufur nikmat, tapi pembangunan insaniah membawa
manusia bersyukur dengan kemajuan yang lahir itu.
8. Kemajuan di sudut material dan fizikal semakin maju tapi
manusia semakin berebut-rebut, iri hati, hasad-menghasad,
khianat-mengkhianat, jatuh-menjatuhkan, tunjuk-menun-
juk, jauh-menjauhi, sombong-menyombongi, rasuah-me-
rasuah, tipu-menipu, benci-membenci, hilang kasih sayang,
perpaduan makin pecah dan banyak berlaku jenayah.
9. Berlainan sekali pembangunan insaniah; makin maju, makin
bersyukur, makin sabar, makin berkasih sayang, makin
berpadu, makin bertolak ansur, makin pemurah, makin
bertawakal, makin redha, makin berlapang dada, makin
bersimpati, makin bertimbang rasa, makin bahagia, makin
harmoni.
10. Pakar-pakar dan tokoh pembangunan material dan fizikal
bertambah setiap masa, pakar dan tokoh-tokoh insaniah
bertambah kurang.
11. Kepesatan pembangunan material dan fizikal kita akui,
dunia semakin cantik dan indah, kehidupan manusia

312
PERJUANGAN

bertambah mudah dan selesa, tapi tidak menjamin kebaha-


giaan dan keharmonian.
12. Kemajuan material dan fizikal menyebabkan bertambah
sempit dan dekat dunia ini dibuatnya dan memudahkan
jasad lahir manusia bertambah dekat dan rapat, tapi hati
satu sama lain bertambah jauh.
13. Dengan kepesatan pembangunan material dan fizikal, jasad
mudah bertemu tapi susah hendak bersatu dan bertemu hati.
14. Pejuang-pejuang dan pendokong material lebih ramai
daripada pejuang dan pendokong-pendokong kemajuan
insaniah.
15. Pejuang insaniah terutama pemimpin selalu tersisih tidak
seperti pejuang-pejuang material.
16. Kemajuan material boleh dipusakai tapi kemajuan insaniah
tidak boleh dipusakai.
17. Pejuang material atau kebendaan terutama bila mereka
menjajah negara orang, banyak membuat kerosakan tidak
seperti pejuang-pejuang insaniah.
18. Ilmu tentang kemajuan material dari sehari ke sehari ber-
tambah berkembang tapi ilmu mengenai pembangunan
insaniah bertambah kurang.
19. Pemimpin pejuang-pejuang material selalunya ditakuti dan
dibenci, orang hanya berpura-pura menghormatinya. Tapi
pemimpin pejuang insaniah selalunya dihormati, orang
suka dekatinya.
20. Zaman kegemilangan pembangunan material biasanya lama
tapi zaman kegemilangan pembangunan insaniah biasanya
tidak lama.
21. Zaman kegemilangan kemajuan material tidak membawa
keamanan, buktinya dunia Barat hari ini terutama Amerika,
hidup penuh dengan ketakutan kerana berlakunya dalam
masyarakat mereka berbagai-bagai bentuk jenayah. Tidak
seperti zaman kegemilangan pembangunan insaniah,

313
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

masyarakatnya aman damai, hingga wanita boleh berjalan


seorang diri pun tiada siapa yang mengganggu. Suasana
ini telah berlaku di zaman Rasulullah SAW hingga selama
3 kurun.
22. Kemajuan insaniah adalah pusaka para rasul dan nabi-nabi,
kemajuan material adalah pusaka Qarun dan raja-raja.
23. Pemimpin-pemimpin pejuang material selalunya dilupakan
orang lebih-lebih lagi selepas matinya, tapi tidak kepada
pemimpin pejuang insaniah, setelah mati pun dikenang
orang hingga makam mereka diziarahi.
24. Pembangunan material adalah lambang kebesaran dan ke-
megahan tapi pembangunan insaniah adalah lambang
kehambaan dan ketaatan.
25. Pemimpin pejuang material walaupun penuh dengan kebe-
saran dan kekayaan tapi tidak punya pengikut, tapi pemim-
pin pejuang insaniah mempunyai pengikut seperti para
rasul, imam-imam mujtahidin, pemimpin pejuang kebe-
naran seperti Hassan Al Banna dan lain-lain lagi.
26. Pemimpin-pemimpin pejuang material selalunya mening-
galkan pembangunan, tetapi pemimpin pejuang insaniah
selalunya meninggalkan ajaran dan didikan.
27. Pemimpin pejuang material selalunya orang ziarah hen-
dakkan duit atau sokongan tapi pemimpin pejuang insaniah
orang ziarah inginkan doa dan keberkatan.
28. Pemimpin pejuang material apabila dia jatuh daripada
jawatannya atau bankrap, orang tidak peduli bahkan orang
yang dikatakan kawan-kawan selama ini pun habis lari,
tidak seperti pemimpin pejuang insaniah, makin dia teruji
makin orang simpati, semakin orang suka hendak ziarahi.

Perlu diingatkan, kunci kebahagiaan hidup manusia di dunia


ini ialah apabila berlaku dan tercetusnya kemajuan material dan
kemajuan insaniah serentak atau bertembung dua tamadun
lahiriah dan rohaniah dalam satu masa. Maka hidup di dunia

314
PERJUANGAN

dirasakan syurga sebelum Syurga yang hakiki dan kekal abadi


di Akhirat. Kita tidak tahu bila akan berlaku, kita harap akan
berlaku. Marilah kita sama-sama berjuang dan berdoa moga-
moga dunia ini menuju ke arah itu. Ya Allah, rahmat-Mu dan
nikmat-Mulah yang kami harap! Kami menunggu.

315
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Maju Bersama Ketakutan
atau Mundur Bersama Keamanan

Kalau aku disuruh pilih maju bersama ketakutan,


mundur bersama keamanan
Aku memilih mundur bersama keamanan
Kerana tidak adanya keamanan ia lebih menakutkan
daripada tidak ada kemajuan
Jika memperjuangkan kekayaan
lahir perpecahan dan pergaduhan
Tapi di dalam kemiskinan lahir kasih sayang dan perpaduan
Aku memilih kemiskinan
Kerana kasih sayang diperlukan setiap masa
oleh setiap manusia dan insan
Ia merupakan makanan jiwa
Apa ertinya kekayaan kalau jiwa menderita
Tidak mengapa miskin jika jiwa bahagia
Kalau aku mempunyai dan memiliki
berbagai-bagai keistimewaan tapi kehilangan Tuhan
Tapi dapat memiliki Tuhan hilang segala-gala keistimewaan
Biarlah aku kehilangan segala-gala keistimewaan
Kehilangan segala-galanya tapi memiliki Tuhan
Kehilangan segala-galanya tidak mencacatkan
Tapi kalau kehilangan Tuhan dapat segala-galanya
Segala-galanya sudah tidak memberi erti apa-apa
Kerana kehilangan Tuhan mendapat kecacatan
yang terlalu besar atau cacat yang maha besar
Segala-galanya tidak akan dapat menampungnya
Jika dapat Tuhan ia dapat menampung
segala-galanya yang tidak ada

316
PERJUANGAN

Kerana itulah di dalam kehidupan ini


jangan sampai kehilangan Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya
Korbankanlah segala-galanya demi mendapatkan Tuhan
Jangan korbankan Tuhan untuk segala-galanya
Kita akan berhadapan dengan kerugian yang maha besar

Selepas Asar
11 Safar 1421

Sajak 2
Apa Erti Kemajuan Kalau Akhlak Menyapu Bumi

Apalah erti kemajuan, pembangunan,


pencakar langit, gedung besar-besar,
Akhlak manusia menyapu bumi
Apalah ertinya negara cantik
Akhlak manusia jelek
Sains teknologi tinggi, canggih sekali
Hidup tidak mengerti, nafsi-nafsi menjadi-jadi
Ilmu banyak untuk kepentingan diri
Amalan Akhirat kering-kontang di musim kemarau
Taman perumahannya indah teratur sekali
Penghuni sendiri-sendiri, satu sama lain tidak peduli-mempeduli
Ya, kemakmuran material kita akui terbeliak mata dunia
Kemakmuran hati punah sama sekali
Taman mahmudah musnah,
Taman mazmumah berdiri gagah
Lahirlah gejala masyarakat yang tidak sihat
Membunuh kasih sayang
Memusnahkan keamanan dan keharmonian
Jiwa diburu ketakutan, kebimbangan di mana-mana.

Selepas Isyak
04 – 05 – 1997

317
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8
GOLONGAN-GOLONGAN
DI KALANGAN UMAT ISLAM
TERHADAP PERJUANGAN

A
pabila kita mengatakan perjuangan ertinya adanya sebuah
jemaah yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikut
yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al
Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu sejauh
yang termungkin di dalam jemaah itu sebagai model. Ada
aktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara dan
strategi untuk mencapai matlamat.
Ertinya Islam tidak berjuang secara individu atau secara
berseorangan tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta
tanpa aktiviti, kerana Islam itu adalah cara hidup bernegara,
berekonomi, bermasyarakat, berpendidikan, berhubung, berke-
budayaan, berundang-undang, berdisiplin dan lain-lain lagi.
Oleh kerana perjuangan Islam itu adalah terpaksa sibuk, ber-
korban, terkorban, menghabiskan masa, berhadapan dengan
kesusahan dan cabaran, terpaksa mengkesampingkan kepen-
tingan diri, maka selepas kejatuhan empayar Islam ada beberapa
golongan umat Islam dalam menghadapi perjuangan ini iaitu:
1. Golongan yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yang
mereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkan
di dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruh
jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Mereka
sanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati

318
PERJUANGAN

di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahid


adalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dan
darjatnya lebih tinggi daripada ahli ibadah.
2. Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang seperti
golongan yang pertama tadi serta faham apa yang mereka
perjuangkan. Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Di
dalam gigih berjuang itu, maksiat dibuat juga. Di dalam ada
cita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlah
kepada Allah Taala, terpulanglah kepada Allah. Dia meng-
ampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab
sesiapa yang Dia kehendaki. Atau jika kebaikan yang mereka
lakukan lebih banyak daripada kejahatan, maka beratlah
amalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabul
yamin.
3. Golongan yang berjuang secara jahil. Fardhu ain di dalam
diri pun belum selesai. Mereka berjuang semata-mata kerana
semangat dan fanatik sahaja. Di dalam perjuangan mereka
mengganas, merosak dan menzalim sama ada di sedari atau
tidak. Mereka itu kalau gigih sekalipun berjuang, namun
Allah SWT tidak akan menerima perjuangan mereka. Kerana
kerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya. Golong-
an ini agak ramai di zaman ini.
4. Umat Islam yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul
atau bukan kerana hendak menegakkan Islam tapi berjuang
kerana mahu merebut pangkat atau kerana sakit hati dengan
musuh-musuhnya atau kerana kemegahan bangsa, negara
atau kerana nama atau kerana ideologi. Islam itu hanya
diselit-selitkan atau dijadikan bahan slogan untuk mempe-
ngaruhi umat Islam. Golongan ini tertolak. Sama ada jadi
zalim, fasik atau kafir.
5. Golongan yang ingin berjuang tapi belum mula berjuang
kerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negaranya
atau jemaah perjuangan yang ada di negaranya tidak me-
yakinkan. Kerana tahu tidak ada kemampuan dan kelayak-
an, mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunggu

319
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

perjuangan yang sebenar. Mereka lebih banyak menyendiri.


Golongan ini memang elok menyendiri.
6. Golongan yang menghabiskan masa untuk ibadah serta
membaiki diri, sedangkan kemampuan ada. Walaupun ada
perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka
tidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu ber-
susah payah atau tidak mahu menerima atau menanggung
risikonya. Golongan ini dimurkai Allah SWT.
7. Golongan yang uzur, sama ada uzur disebabkan sakit atau
cacat anggota atau tua atau terlalu miskin, sedangkan tang-
gungjawab serta ada keluarga yang hendak ditanggung.
Maka mereka tidak dapat ikut serta di dalam perjuangan,
hanya memberi doa semata-mata. Golongan ini dimaafkan.
8. Golongan yang memilih menghabiskan masa untuk ber-
ibadah daripada berjuang di waktu musuh belum begitu
mengancam terhadap umat Islam dan negara Islam. Se-
dangkan sudah ada golongan lain yang berjuang dan tenaga
itu sudah cukup sebagai menegakkan fardhu kifayah. Maka
golongan itu diharuskan untuk bersikap demikian tapi pa-
halanya rendah dibandingkan dengan golongan yang ber-
juang itu.
9. Golongan yang sudah tidak mempedulikan langsung terha-
dap Islam. Mereka ialah Islam keturunan. Ibadah untuk
dirinya sahaja, tidak mahu berjuang, malah mereka tidak
mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata-
mata. Memikirkan makan, minum dan seks sahaja. Islam
tidak ada langsung di dalam hati mereka. Golongan ini di-
sangsikan keislaman mereka.
10. Ada golongan pada mulanya menceburkan diri di dalam
perjuangan. Apabila mendapat kesusahan atau tidak tahan
berhadapan dengan ujian dan cabaran, akhirnya mengun-
durkan diri. Yang mengundurkan diri itu, ada yang menen-
tang dan ada yang tidak menentang.
11. Ada golongan yang menggabungkan dirinya di dalam

320
PERJUANGAN

perjuangan setelah perjuangan itu telah menghasilkan buah-


nya, ertinya setelah perjuangan memberi kesenangan. Tapi
apabila berhadapan dengan ancaman atau ujian yang berat,
ia akan menentang perjuangan itu dan adakalanya terus
menyebelahi musuhnya.

321
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Marilah Perjuangkan Tuhan dan Kasih Sayang

Marilah kita berjuang menegakkan dunia baru


Untuk melahirkan satu bangsa baru
Dengan perjuangkan Tuhan dan kasih sayang
Kasih sayang membawa rasa bersama dan bekerjasama

Sudah lama kita menderita hidup berpecah belah


Sudah lama kita terseksa hidup bermusuh dan berbalah
Bertemu tidak percaya mempercayai
Sentiasa sahaja prejudis sesama sendiri

Tidak bertemu manusia, tidak boleh hidup sendiri


Bila bertemu, curiga-mencurigai sesama manusia
Aduh! keseorangan pun susah, bertemu orang pun susah
Begitulah jika Tuhan dan kasih sayang tidak ada di dalam hati

Marilah kita perjuangkan Tuhan dan kasih sayang


Marilah kita cintai Tuhan, sesama manusia berkasih sayang
Marilah kita rasa bersama dan bekerjasama
Kemajuan umat cepat, untungnya bersama

Kasih sayang semua suka, Tuhan keperluan bersama


Hidup aman damai, harmoni, sangat dikehendaki
Ayuh jangan lengah-lengah lagi,
perjuangkan Tuhan dan kasih sayang
Inilah dia dunia baru, bangsa baru yang cemerlang

Selepas Subuh
27 – 12 – 2002

322
PERJUANGAN

9
HIDUPKAN ISLAM
AGAR IA MERIAH

I
slam diturunkan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya, bukan
semata-mata ilmu untuk ilmu. Jauh sekali hanya sekadar
mental exercise, atau sebagai bahan kajian.
Islam perlu dihidupkan dengan cara diyakini, dihayati, di-
amal dan dilaksanakan di dalam kehidupan. Sama ada dihidup-
kan di dalam kehidupan yang lahir ini, di dalam akal atau mental
kita, lebih-lebih lagi di dalam jiwa kita.
Apabila dihidupkan Islam itu di dalam kehidupan kita, ia
akan jadi meriah sekaligus sebagai syiar di mayapada ini.
Dengan itu Sunnah Rasulullah SAW akan menjadi pedoman
hidup dan akan kelihatan lambang-lambang kebesaran Allah
itu (ayatullah) di dalam kehidupan manusia. Sama ada di dalam
kehidupan peribadi mahupun di dalam kehidupan berma-
syarakat, di dalam kehidupan berpendidikan, di dalam ekonomi,
di dalam kebudayaan, ketenteraan, di dalam pentadbiran, di
dalam perhubungan dan lain-lain lagi.

CARA HIDUPKAN ISLAM AGAR IA MERIAH


Agar Islam itu hidup dan meriah, ia perlu dihidupkan atau di-
bangunkan di dalam akal, di dalam jiwa dan di dalam kehidupan
yang lahir ini.

323
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1. Menghidupkan Islam di dalam akal ertinya kita hendaklah


menguasai ilmunya, sama ada ilmu akidah, feqah, tasawuf,
akhlak, tafsir dan lain-lain lagi dengan tepat. Apabila Islam
itu dapat dihidupkan di dalam akal maka:
a. Ia akan menjadi ilmu dan maklumat-maklumat yang
dimiliki.
b. Ia akan menjadi panduan di dalam kehidupan yang
berbagai-bagai aspek.
c. Ia akan dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalah
hidup apabila buntu.
d. Ia akan menjadi kawan secara maknawi pada seseorang
itu.
e. Dari ilmu boleh mendapatkan ilmu.
f. Dengan ilmu ia akan dapat merujuk.
g. Dengan ilmu ia akan dapat mendidik orang.
h. Dengan ilmu akan dapat menguasai orang.
i. Dengan ilmu akan dapat membangunkan kemajuan
dunia dan Akhirat.
2. Menghidupkan Islam di dalam jiwa. Dengan berpandukan
ilmu Islam itu, ia dapat membangunkan sifat-sifat mahmu-
dah di dalam jiwa atau hati, dengan kata-kata yang lain sifat-
sifat mulia. Dengan itu akan lahirlah pada seseorang itu
seperti sifat-sifat sabar, redha, tawakal, pemurah, lapang
dada, pemaaf, meminta maaf, rendah diri (tawadhuk), pe-
nyayang, bertimbang rasa, lemah-lembut, jujur, adil dan
berlaku benar.
Dengan jiwa yang hidup itu seperti yang telah kita sebut
di atas, ia sangat membantu manusia melahirkan kehidupan
di dalam masyarakat yang berkasih sayang, harmoni, aman
damai, bertolong bantu, adil dan lain-lain lagi. Dari sini, hi-
lang ketakutan, kebimbangan, huru-hara, krisis, pergaduhan
dan peperangan yang sangat ditakuti oleh manusia.
Jiwa yang hidup itu memang manusia sejagat memerlu-

324
PERJUANGAN

kannya kerana di sanalah rahsia rukun damai di dalam


kehidupan bermasyarakat atau pergaulan. Jika jiwa tidak
hidup atau dengan kata-kata lain tiada sifat-sifat batin yang
mulia itu di kalangan manusia, maka akan wujudlah lawan-
nya iaitu sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji seperti
sombong, riyak, pemarah, gila puji dan nama, hasad, ber-
dendam, bakhil, tamak, mementingkan diri dan lain-lain
lagi.
Dari sifat-sifat yang keji tadi akan lahir buahnya di dalam
masyarakat manusia seperti bersakit-sakit hati, berkecil-kecil
hati, pergeseran, permusuhan, krisis, pergaduhan, pembu-
nuhan dan seterusnya peperangan. Akibat dari itu tiada
siapa yang susah melainkan manusia itu sendiri.
Dengan ulasan ini jelaslah pada kita bahawa dengan
menghidupkan jiwa, akan meriahlah di dalam kehidupan
manusia sesuatu yang positif atau akan lahirlah berbagai-
bagai bentuk kebaikan yang faedahnya kembali kepada
manusia itu sendiri.
3. Menghidupkan Islam di dalam kehidupan yang lahir seperti
sembahyang jemaah, berdakwah, bermesyuarat, membaca
Al Quran, berzikir, menutup aurat, membanyakkan sede-
kah, menolong orang susah dengan wang ringgit dan tena-
ga, bertolong bantu, mengutamakan orang lain, bersimpati
dengan kesusahan orang, melahirkan kegembiraan di atas
kegembiraan kawan, membayar hutang orang, memberi
hadiah, mengajar orang yang jahil, memberi nasihat bagi
orang yang buntu atau yang memerlukan nasihat, melupa-
kan kesalahan kawan bahkan memaafkannya, menziarahi-
nya, kunjung-mengunjung, menerima jemputan yang diha-
lalkan, berniaga dengan tujuan khidmat dan menjalinkan
kasih sayang di antara peniaga dan pelanggan, menerima
dan menghormati tetamu, menunjuk jalan bagi orang yang
sesat jalan, menghormati ibu ayah, orang tua, pemimpin dan
guru, mengasihi kanak-kanak, bertimbang rasa kepada
manusia, bertolak ansur dan lain-lain.

325
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila kita menghidupkan Islam di dalam kehidupan lahir


hingga menjadi budaya hidup di kalangan umat Islam, akan
terserlahlah syiar-syiar Islam atau ayatullah atau lambang-
lambang kebesaran Allah di dalam kehidupan umat Islam. Inilah
yang dimaksudkan oleh Allah Taala di dalam sepotong ayat Al
Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “Barang siapa membesarkan syiar-syiar


Allah maka sesungguhnya ia daripada hati yang bertaqwa.”
(Al Haj: 32)
Untuk menghidupkan Islam agar ia meriah di dalam akal,
jiwa dan kehidupan lahir, ia memerlukan ilmu, mujahadah yang
serius serta berterusan, pimpinan guru serta memohon selalu
kepada Allah Taala agar memberi hidayah dan taufik.
Tanpa ilmu dan mujahadah yang berterusan serta tanpa pim-
pinan guru dan hidayah dan taufik dari Allah Taala, tidak mung-
kin Islam itu dapat dimeriahkan di dalam diri dan kehidupan
manusia. Oleh itu perjuangan yang gigih dan istiqamah dengan
dipandu oleh ilmu yang tepat serta pimpinan guru amat
diperlukan oleh umat Islam. Tanpanya, segala-galanya akan
gagal, tanpanya hanya akan tinggal di dalam slogan dan saranan-
saranan, tanpanya hanya tinggal angan-angan dan ucapan.

326
PERJUANGAN

SAJAK

Islam Ada Berbagai Aspek

Islam ada berbagai-bagai aspek


Mendapatkan negara, menjalankan pentadbiran,
menegakkan hukum ibarat membuat pagar
dan benteng pertahanan
Ertinya membuat pagar atau benteng ada benda
dan perkara yang hendak dijaga dan dikawal
Agar benda dan perkara itu selamat
daripada dirosakkan
Biasanya yang hendak dipagar dan dibenteng
ialah kebun buah-buahan, taman bunga,
ladang tanam-tanaman dan ternakan
Ini dinamakan aspek luaran
Ia di luar diri yang hendak dipagar
Aspek yang penting di dalam Islam ialah cintakan Tuhan
dan rasa bertuhan
Hingga Tuhan benar-benar dirasakan pentadbir,
penjaga, penyelamat dan idola manusia
Aspek yang lain pula menghayati syariat-Nya
Itulah dia jalan kepada Tuhan
Dari penghayatan syariat itu lahirlah akhlak yang mulia
di dalam diri manusia
Seperti berkasih sayang, bertimbangrasa, pemurah, pemalu,
tawadhuk, sabar, redha, bekerjasama
Perikemanusiaan yang tinggi, mengutamakan orang lain,
hormat-menghormati, bertolak ansur, maaf-bermaafan
Dari akhlak yang mulia inilah wujudnya kehidupan
yang murni dan harmoni
Kehidupan itulah semua golongan manusia menginginkan
kerana ia membawa ketenangan dan kebahagiaan

327
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Aspek yang dua inilah ia ibarat ladang-ladang buah-buahan,


taman-taman bunga, kebun sayuran,
biji-bijian dan ternakan
Maksudnya orang yang berjuang hendakkan negara,
menegakkan hukum dan pentadbiran
kerana hendak melindunginya
Iaitu hendak melindungi orang yang sudah cintakan Tuhan,
orang yang bersyariat dan mempunyai akhlak yang mulia
Agar dengan adanya negara, hukum dan pentadbiran
dapat menjaga ini semuanya
Tapi kalau Tuhan pun orang belum kenal, syariat belum dihayati,
akhlak yang mulia belum wujud lagi
Apa ertinya dapat negara, menegakkan hukum dan pentadbiran?
Apa yang hendak dijaga?
Macamlah kita membuat pagar, ladang buah-buahan belum ada,
taman bunga belum wujud, ladang sayuran dan makanan
pun belum ada
Kita ingin membuat pagar kerana hendak menjaga tanaman
agar tidak dirosakkan oleh musuh
Pagar itu perlu kerana tanaman telah wujud
Begitulah apabila Tuhan dicintai dan dijadikan idola,
syariat sudah dihayati, akhlak yang mulia
sudah menjadi pakaian manusia
Maka perlulah kepada negara dan menegakkan hukum
untuk menjaga manusia yang sudah bersyariat lahir dan batin
Tapi kalau Tuhan pun belum dikenali, syariat belum dihayati,
akhlak yang mulia belum wujud lagi
Bukankah lebih baik perjuangkan Tuhan lebih dahulu,
hayati syariat, tegakkan akhlak
Daripada sibuk-sibuk hendak memperjuangkan negara
dan pentadbiran lebih dahulu
Janganlah kita jadi para pejuang yang tertipu dan penipu
Akhirnya rakyat pula tertipu oleh perjuangan kita

1 Safar 1421

328
Kepimpinan
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
TANGGUNGJAWAB SETIAP PEMIMPIN
UMAT ISLAM DI GOLONGAN MANAPUN
YANG DIA PIMPIN

A
pabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam, terdapat
berbagai-bagai peringkat dan pemimpin di pelbagai bidang
dan jurusan. Dari kalangan mereka, ada yang menjadi
pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin negeri,
pemimpin daerah, pemimpin mukim, pemimpin kampung,
pemimpin tentera, pemimpin politik, pemimpin dakwah,
pemimpin budaya dan kesenian, pemimpin pendidikan,
pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi,
pemimpin belia, pemimpin rumah tangga dan lain-lain.
Ertinya pemimpin di kalangan umat Islam itu, ada pemimpin
besar dan ada pemimpin kecil. Ada pemimpin umum, ada pe-
mimpin khusus. Ada pemimpin yang terbatas, ada pemimpin
yang tidak terbatas. Ada pemimpin yang di dalam dia me-
mimpin, dia juga kena pimpin.
Pemimpin umum adalah seperti pemimpin empayar, pe-
mimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin daerah, pemimpin
mukim, pemimpin kampung, pemimpin keluarga dan pe-
mimpin jemaah.
Pemimpin khusus pula seperti pemimpin pendidikan, pe-
mimpin kebudayaan dan kesenian, pemimpin ketenteraan,
pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi,
pemimpin sains dan teknologi dan lain-lain lagi.

330
KEPIMPINAN

Bagi pemimpin umum, di bawah kepimpinan dan tanggung-


jawabnya terdapat bermacam-macam golongan dan peringkat
serta berbagai-bagai profesion.
Pemimpin khusus pula hanya satu golongan yang berada di
bawah tanggungjawab dan kepimpinan mereka. Ini kerana
mereka memperjuangkan satu bidang atau satu profesion sahaja.
Mungkin ruang lingkupnya luas. Contohnya, pemimpin ke-
tenteraan. Ini sudah tentulah melibatkan seluruh negara atau
empayar. Begitu juga pemimpin pendidikan, walaupun hanya
satu aspek pengkhususannya namun ruang lingkupnya luas
mencakup seluruh empayar atau negara dan ramai yang berada
di bawah tanggungjawabnya. Tentu ramai orang yang hendak
dipimpinnya. Setidak-tidaknya seluruh para guru dan pelajar-
pelajar.
Ada juga pemimpin umum yang ruang lingkupnya tidak luas
walaupun di bawah pimpinannya berbagai-bagai lapisan
masyarakat, berbagai-bagai profesion orangnya dan berbagai-
bagai bidang dan aspek yang hendak difikirkannya. Contohnya
pemimpin negeri, bidang kuasanya hanyalah dalam negeri. Se-
baliknya, seorang pemimpin tentera di dalam negara lebih luas
lagi ruang lingkupnya. Walaupun orang di bawah pimpinan-
nya satu golongan saja tapi daerah ruang lingkup kepimpinan-
nya adalah seluruh negara.
Sekarang kita telah mengetahui bahawa pemimpin dan ke-
pimpinan di dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat. Ada
yang besar, ada yang kecil, ada yang secara umum dan ada yang
secara khusus. Jadi di sini kita akan memperkatakan apa tang-
gungjawab setiap pemimpin itu.
Di dalam tulisan ini, saya tidak akan memperkatakan tang-
gungjawab pemimpin Islam secara luas dan menyeluruh. Saya
cuma akan memperkatakan bahawa walau di peringkat mana
pun pemimpin itu memimpin, namun ada dua perkara setiap
pemimpin Islam itu wajib bertanggungjawab kepada ahli-
ahlinya atau kepada anak pimpinannya. Tiada seorang pun yang
boleh mengecualikan dirinya daripada bertanggungjawab

331
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kerana mereka adalah pemimpin Islam. Islam adalah agama


mereka.
Agama Islam mewajibkan kepada setiap pemimpin umat
Islam bertanggungjawab terhadap agama dan akhlak orang yang
di bawah pimpinannya.

Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan ber-


tanggungjawab atas yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Setiap pemimpin akan ditanya oleh Allah Taala tentang setiap
orang di bawah pimpinannya di Akhirat kelak. Tidak kira sama
ada mereka pemimpin besar atau pemimpin kecil, pemimpin
umum atau pemimpin khusus.
Mereka tidak boleh hanya memikirkan bidangnya sahaja. Di
dalam ajaran Islam, masalah agama terutama di sudut fardhu
ain, setiap individu yang mukalaf mesti mengetahui, mengamal
dan menghayatinya. Siapa yang menjadi pemimpin juga ber-
tanggungjawab memastikan fardhu ain setiap anak pimpinan-
nya mesti selesai kerana soal agama dan akhlak ini adalah
keperluan dan keselamatan bersama dunia Akhirat.
Tidak seperti di bidang fardhu kifayah, umpamanya di bi-
dang ketenteraan, ekonomi dan pertanian. Kalau ada satu go-
longan yang berkecimpung dalam bidang itu dan mencukupi
untuk keperluan masyarakat umum maka sudah memadai.
Orang lain yang tidak mengambil bahagian di bidang ini terlepas
daripada dosa.
Manakala Rukun Iman yang enam dan Rukun Islam yang
lima, setiap orang wajib mengetahuinya. Mengetahui halal dan
haram serta memiliki akhlak yang mulia iaitu sifat-sifat
mahmudah seperti adil, jujur, benar, tawadhuk, pemurah, kasih
sayang, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, lapang dada,
pemaaf, meminta maaf dan amanah diwajibkan kepada setiap
orang, diperlukan oleh setiap orang dan setiap golongan. Setiap

332
KEPIMPINAN

orang mesti melibatkan diri. Tiada seorang terkecuali sama ada


dia pemimpin mahupun bukan pemimpin.
Setiap pemimpin Islam itu tidak boleh berkata, “Saya pe-
mimpin di bidang ketenteraan. Saya hanya bertanggungjawab
kepada anak buah saya hal yang bersangkutan dengan keten-
teraan sahaja. Soal agama dan akhlak itu bukan tanggungjawab
saya.”
Pemimpin politik pula berkata, “Saya hanya pemimpin di
bidang politik. Soal syariat dan akhlak itu bukan bidang saya.”
Pemimpin ekonomi pula berkata, “Demikian juga saya. Saya
hanya memimpin di bidang ekonomi. Masalah agama dan
akhlak mereka itu bukan tanggungjawab saya.”
Begitulah setiap pemimpin itu berfikiran demikian. “Soal
agama dan akhlak itu tanggungjawab ulama, ustaz, pendakwah,
pemimpin dakwah. Kami hanya memikirkan bidang yang
khusus.”
Itu adalah fikiran mereka. Allah dan Rasul tidak meng-
kehendaki demikian. Islam memerintahkan setiap pemimpin
umat Islam sama ada dia pemimpin negara, pemimpin negeri,
pemimpin ketenteraan, pemimpin politik, pemimpin ekonomi,
pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin belia dan
seterusnya, wajib bertanggungjawab kepada anak pimpinan
mengenai agama dan akhlak mereka.
Di akhir zaman ini, di sinilah di antara kelemahan umat Islam
yang mana pemimpin itu hanya bertanggungjawab di bidangnya
sahaja. Terhadap urusan agama dan akhlak, mereka tidak ambil
pusing. Bahkan banyak di kalangan mereka itu meringan-ringan-
kannya.
Di sinilah rahsianya mengapa setiap golongan itu, di antara
satu sama lain payah hendak disatukan. Hati berjauhan walau-
pun tidak bergaduh. Tali pengikat di kalangan golongan umat
Islam ialah agama mereka dan akhlak Islam, tapi talinya ini telah
diputuskan. Pengikat untuk menyatukan umat Islam sudah
tiada. Kalaupun ada tapi tali yang telah reput.

333
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Justeru itu di sesetengah golongan atau kumpulan, lebih


banyak berlaku berbagai-bagai gejala yang negatif daripada
sesetengah golongan yang lain. Dan sesetengah golongan agak
lebih baik daripada kebanyakan golongan yang lain pula. Kerana
golongan yang banyak menimbulkan gejala itu, mereka tidak
lagi dipimpin ke arah agama dan akhlak yang mulia oleh pe-
mimpin. Kalaupun ada program sekali-sekala, itu pun yang di-
datangkan dari luar. Pemimpin hanya memikirkan bidangnya
sahaja. Seolah-olah agama dan akhlak persoalan individu.
Padahal apa yang dikehendaki oleh Islam ialah setiap orang
itu tidak kira apa kerjanya, bidang apa yang dia tahu, profesion
apa yang dia miliki, namun terhadap agama dan akhlak mesti
sama kerana ia keperluan bersama. Agama dan akhlak sama-
sama punya, tidak seorang boleh berkecuali. Ia adalah kehendak
Islam itu sendiri.
Kalau setiap pemimpin, tidak kira di peringkat yang mana
dia berada, jika mereka mengambil berat terhadap didikan
agama dan akhlak orang yang di bawah kepimpinan mereka,
mendidik ke arah kedua-duanya, maka akan lahirlah di dalam
masyarakat Islam ahli politik, ahli pendidikan, ahli ekonomi,
ahli kesenian, ahli budaya, ahli persuratan dan kesusasteraan,
ahli tentera, ahli polis, ahli dakwah, ahli jemaah, ahli sains dan
teknologi, ahli akademik, ahli pentadbiran dan lain-lain golong-
an lagi yang taat dengan agama, berdisiplin, berakhlak tinggi
dan mulia.
Dengan cara itu akan dapat dilihat bahawa semua golongan
umat Islam dari segi peribadinya dan individunya sama, selari,
bersatu, rentak yang sama, syiar mereka sama, ketaatan dan
akhlak mulianya sama, walaupun mereka pakar di dalam ber-
bagai-bagai bidang dan profesion yang tidak sama.
Apakah ada umat Islam berfikir bahawa ketaatan beragama,
berdisiplin dan mempunyai akhlak yang mulia itu hanya
diperlukan oleh guru-guru agama, ustaz-ustaz, alim ulama, para
da’i semata-mata, golongan lain tidak perlu?! Apakah sifat jujur,
alim, pemurah, kasih sayang, amanah dan lain lain lagi sifat-

334
KEPIMPINAN

sifat yang mulia hanya perlu untuk ahli agama, golongan yang
lain tidak memerlukannya?
Apakah ada di kalangan umat Islam berfikir, jika taat kepada
agama dan berakhlak mulia akan merugikan umat Islam dan
manusia seluruhnya? Apakah dengan beragama dan berakhlak
mulia akan membawa kemunduran, tidak akan maju, tidak akan
berjaya, akan mundur ke belakang?
Sebenarnya kepatuhan kepada agama dan berakhlak mulia,
itulah menjadikan umat Islam berdisiplin. Akan memperindah-
kan dan memperbaiki lagi bidang dan profesyen setiap golongan
itu. Di sinilah kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Kalau
ada sifat-sifat ini bukan sahaja Allah dan Rasul suka, tapi umat
Islam akan dihormati oleh seluruh manusia sekalipun orang
bukan Islam kerana akhlak mulia bersifat sejagat. Semua ma-
nusia menerima, suka dan merasa senang dengannya.
Umat Islam di zaman salafussoleh mempunyai kepakaran
dan kepandaian yang berlainan di berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan. Ada pakar tafsir, pakar Hadis, pakar feqah, pakar
sejarah, pakar akidah, pakar falsafah, pakar sastera, pakar sains,
pakar perubatan, pakar kaji bintang, pakar perang tapi di segi
agamanya iaitu ketaatan kepada Allah dan Rasul, disiplin hidup
serta akhlak mulia, mereka sama-sama terserlah, sama-sama
hebat, sama-sama kuat, sama-sama membangunkan syariat,
syiar Islam itu sangat menonjol dan dapat dilihat di dalam semua
keperluan.
Sedangkan di bidang fardhu kifayah masing-masing mem-
punyai kepakaran yang tersendiri, mempunyai profesion yang
berlainan. Mengapa terjadi demikian? Kerana didikan agama
dan akhlak kepada semua golongan yang mengetahui di ber-
bagai-bagai bidang itu adalah sama. Sama-sama dititikberatkan.
Di dalam mereka mempunyai kepakaran di bidang-bidang
tertentu, di sudut yang lain mereka menjadi abid. Di samping
mempunyai ilmu yang tinggi di berbagai bidang, akhlak mereka
juga begitu mulia dan tinggi yang tidak dimiliki oleh ahli ilmu
di kalangan agama lain.

335
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu kalau setiap pemimpin umat Islam di seluruh dunia


hari ini berperanan, setiap pemimpin di setiap golongan dan
bidang itu berusaha dan berjuang dengan serius mendidik anak-
anak pimpinannya kepada agama dan akhlak mulia, di dalam
masa yang tidak lama, insya-Allah umat Islam ini akan menem-
pah semula zaman kemenangan dan kegemilangan seperti di
zaman silamnya.

336
KEPIMPINAN

SAJAK

Sajak 1
Nilailah Perjuangan Kita

Berjuang ertinya mencari Tuhan


Berjuang bermakna mencintai Tuhan
Berjuang bererti berusaha
menjadikan Tuhan sebagai idola
Kerana itulah berkorban habis-habisan
Untuk membuktikan kecintaan
terhadap idola kita
Berkorban apa sahaja demi keredhaan-Nya
Jangan pula berjuang hingga kehilangan Tuhan
Atau makin gigih berjuang makin jauh dari Tuhan
Akibatnya berjuang tidak lagi bersama Tuhan
Apabila terjadi di dalam perjuangan
kehilangan Tuhan
Ertinya kita mengajak manusia
menjadikan diri kita idolanya
Aduh malangnya, secara tidak disedari
kita jadikan diri kita sebagai tuhan
Sekalipun kita tidak pernah mengajak manusia
menuhankan diri kita
Janganlah hendaknya terjadi
di dalam perjuangan kehilangan Tuhan
Perjuangan kita di dalam kerugian
Pergorbanan kita menjadi sia-sia
Kita akan dilaknat oleh Tuhan
Dan oleh seluruh makhluk
kecuali jin dan manusia
Nilailah semula perjuangan kita

337
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Koreksi lahir dan batinnya


Sebelum terlajak jauh tersilap
agar sempat membetulkannya

Menjelang tidur
20 – 09 –1999

Sajak 2
Mencari Kebenaran adalah Wajib

Mencari kebenaran adalah wajib


Ia merupakan aset yang paling berharga
di dua negara
Di negara yang sementara waktu
dan negara yang kekal abadi
Kebenaran itu hanya satu
Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya
Kebenaran itu hanya yang datang
dari Allah Taala yang menjadikan manusia
Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar
lagi agung
Ia merupakan kebahagiaan di dunia
dan di Akhirat
Kebenaran itu satu jalan
yang bersifat rohani dan maknawi
Tapi buahnya dapat dilihat
di dalam kehidupan yang sangat indah
Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah
Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah
Jika di dalam laut, selamlah
Sekiranya di dalam bumi, galilah
Kalau didapati di dalam hutan, terokalah
Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit
Memperjuangkan amat pahit

338
KEPIMPINAN

tapi di hujungnya manis


Di dalam perjalanannya terseksa,
tapi kesudahannya bahagia
Jika kebenaran sudah didapati
pertahankanlah bermati-matian
Dengan harta, tenaga dan jiwa
Peganglah kebenaran itu,
jangan sampai terlepas
Sekalipun panas

13 – 08 – 2001

339
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2
SIKAP PEMIMPIN
TERHADAP ANAK BUAHNYA

TANGGUNGJAWAB ASAS PEMIMPIN:


Satu perkara penting yang mesti diingat ialah tujuan pemimpin
mendekati anak buahnya mestilah atas dua dasar, iaitu:
1. Untuk mendidik
Secara langsung atau tidak, sama ada secara cakap atau si-
kap. Mentarbiah ini merupakan tugas asasi para pemimpin.
2. Memerhatikan kehidupan
Kehidupan anak buah, soal makan minumnya, mata pen-
cariannya dan keadaan rumahnya mesti diperhatikan,
supaya yang kurang dapat ditampung. Misalnya, rumah
anak buah yang dhaif mestilah ditampung.
Manakala dalam soal yang lain adalah perkara sampingan
sahaja. Pemimpin hendaklah memastikan bahawa pergaulannya
dengan anak buah sampai matlamat. Matlamat itu ialah men-
didik dan menjaga kebajikan hidupnya.

SYARAT-SYARAT MENJADI PEMIMPIN


1. Muslim
2. Lelaki
3. Akil (berakal)

340
KEPIMPINAN

4. Baligh
5. Baik pancaindera
6. Merdeka

SIFAT-SIFAT PEMIMPIN
1. Memilik ilmu
Pemimpin mestilah memiliki ilmu yang cukup untuk me-
mimpin. Sebaik-baiknya pemimpin mesti dari kalangan ‘minal
mujtahidin’. Ini sangat dikehendaki. Kelayakan ini sangat penting
jika seseorang menjadi pemimpin umum.
2. Mengenal diri
Maksudnya mengenal fizikal, akal dan hatinya sendiri.
a. Mengenal fizikal ini mudah. Yakni mengenal sama ada ia
masih muda, tua, sakit atau sihat.
b. Mengenal akal pula ialah pemimpin mesti mengenal tahap
IQnya sama ada baik atau sebaliknya. Sama ada fikirannya
tajam, sederhana atau lemah. Dia juga mesti memahami apa
ilmu yang banyak di kepalanya. Apakah ilmu dunia atau
Akhirat. Kemudian dia mesti tahu apakah ilmu itu syumul
atau tidak. Ilmu mana yang lebih, ilmu sains, ilmu feqah
atau sebagainya.
c. Mengenal jiwa inilah yang sangat penting. Pemimpin mesti
mengenal sifat positif dan negatifnya. Apakah sifat mah-
mudah yang ada dalam hatinya dan apakah sifat mazmu-
mahnya pula. Ini penting supaya dia dapat mengungkai
yang mazmumah dan menyubur yang mahmudah. Bagi pe-
mimpin, mengenal sifat mazmumahnya lebih penting dari-
pada sifat mahmudahnya.
Ini kerana mazmumah boleh mencacatkan kepimpinan-
nya. Misalnya jika dia ego atau pemarah, maka ramailah
anak buah yang lari dan sakit hati. Jika dia penakut, maka
kuranglah anak buah yang ingin bersandar dengannya. Be-
gitu juga pemimpin bakhil atau tamak, anak buah tidak akan
rapat dengannya.

341
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bagi sifat mahmudahnya pula, pemimpin mesti tahu ke


mana hendak diarahkan dan apa yang hendak dibuat
dengan mahmudahnya itu. Misalnya sabar atau berani, bila
dia harus berani atau sabar dan dalam perkara bagaimana
dia harus berani dan sabar.
Jika pemimpin tidak kenal dirinya, bagaimana dia boleh
mengenal orang lain. Kalau dia tidak mengenal dirinya,
sudah pasti dia tidak dapat mendidik dirinya. Jika dia tidak
dapat mendidik dirinya, maka sudah pasti pula dia tidak
dapat mendidik orang lain.
Inilah punca mengapa kadangkala pemimpin diumpat,
dimarah oleh anak buah. Di sini pemimpin mesti mengkaji
kesalahannya. Jangan melihat kesalahan kepada anak buah
sahaja. Jika kita baik sudah tentu disayangi oleh anak buah.
Jika tidak, tentu ada yang tidak kena pada diri kita. Sebab
itu salahkan diri sendiri, jangan salahkan anak buah sahaja.

SIKAP PEMIMPIN DENGAN ANAK BUAHNYA


Anak-anak buah (pengikut) terbahagi dua:
1. Pengikut di dalam kementerian atau jabatan
Mereka yang berjawatan rasmi dan bergaji tidak kira apa
bahagian, unit, kementerian dan jabatannya. Mereka ini
mungkin terdiri daripada pengarah, pengurus dan pegawai
perhubungan.
2. Rakyat umum
Mereka yang berjawatan rasmi sama ada yang bekerja
sendiri ataupun dengan pihak swasta. Bilangan mereka ini
lebih ramai lagi.
Sikap pemimpin terhadap orang di bawah kementerian dan ja-
batannya:
1. Adakan usrah-usrah kepada mereka.
Usrah ini sangat penting. Ia akan melahirkan kasih sayang
dan ukhwah. Melalui usrah juga dapat disampaikan ilmu-

342
KEPIMPINAN

ilmu baru. Usrah juga berfungsi untuk menyelesaikan


masalah. Kepada orang atau tenaga-tenaga yang penting
mesti kerap diadakan usrah, kerana mereka juga adalah
pemimpin (di bawah mereka ada anak buah). Bagi mereka
yang kurang penting, jarang-jarangkan.
2. Adakan kelas-kelas pengajian kepada mereka.
Ada juga di kalangan mereka yang tidak selesai fardhu
ainnya. Maka perlu majlis-majlis ini diadakan. Majlis fardhu
ain juga penting untuk melahirkan kasih sayang dan
perpaduan yang lebih luas kerana majlis ini selalunya lebih
umum, besar dan ramai yang terlibat.
3. Sekali-sekala adakan jamuan.
Jamuan makan boleh menambahkan kemesraan. Ia boleh
membuahkan kasih sayang dan memberikan kegembiraan
bagi yang menjamu dan juga yang dijamu.
4. Adakan ekspedisi dan perkelahan sekali-sekala.
Ini juga satu program yang penting untuk mencetuskan
ukhwah, kasih sayang dan meluaskan pandangan bagi
mengatasi kelemahan anak buah. Jangan biarkan anak buah
terperap di pejabat sahaja hingga fikiran dan jiwanya keras
macam dinding yang mengepungnya.
5. Sesetengah tindakan atau perkara hendaklah disyurakan
terlebih dahulu.
Ada arahan yang perlu difahami oleh anak buah. Bila ada
syura dengan anak buah, mereka akan faham akan sesuatu
arahan. Barulah mereka boleh melaksanakannya. Jika tidak,
nanti anak buah akan kurang bertanggungjawab. Arahan-
arahan dalam perkara penting dan besar yang sukar di-
fahami elok disyurakan dulu, melainkan yang remeh-temeh.
6. Bermesra dengan semua orang di bawah jabatan dan ke-
menterian.
Fitrah semula jadi manusia yang ada kaitannya dengan hu-
bungan kawan sesama kawan, dengan anak-anak, dengan
isteri-isteri, memang ada grafnya turun naik. Kecende-
rungan hati pada sesuatu masa dan pada seseorang memang

343
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tidak dapat dielak. Tetapi yang tercetus dari segi lahiriah,


mesti cuba disamaratakan.
Senyuman misalnya, kena diagih-agihkan. Begitu juga
dengan kemesraan. Pada yang memang sudah disayangi
hati, mudahlah. Tetapi pada yang belum, maka mesti juga
diusahakan walaupun di tahap tabaqa’ (berlakon-lakon).
Berlakon-lakon memberi kemesraan tidak salah, malah diga-
lakkan. Misalnya, kita digalakkan buat-buat menangis bila
membaca Al Quran. Begitulah kita dalam memberi kemesra-
an kepada orang yang hati belum cenderung. Tidak salah
kerana kecenderungan hati kita tidak sama, seperti keluhan
hati Rasulullah SAW berhubung dengan isteri-isterinya:
“Hati aku ini ya Allah, bukan dalam kuasaku. Hati ini
Engkau yang punya.”
7. Lakukan ziarah.
Ziarah ini penting untuk memperbaiki hati (hubungan)
dengan anak buah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Hendaklah berziarah orang yang tidak ada


(jarang berjumpa). Nanti akan menambah kasih sayang.”
Sebab itu bila ada hati anak buah yang hendak retak, sudah
rasa hendak menjarak (menjauh), maka segeralah menzia-
rahinya. Tetapi perlu diingat, janganlah pemimpin terlalu
banyak meluangkan masa untuk ziarah sehingga ada kerja
yang lebih penting dan banyak tidak terbuat.
8. Lahirkan kegembiraan di atas kegembiraan mereka.
Pada ketika mereka mendapat anak, kahwin atau naik
pangkat, maka tunjukkan kegembiraan atas kegembiraan
mereka. Berilah hadiah untuk melahirkan kegembiraan itu.
Hadiah itu penting untuk menjalin hubungan hati.
9. Jangan mencari-cari kesalahan mereka.
Mencari-cari kesalahan itu salah menurut syariat. Dalam Al
Quran, Allah SWT mengingatkan:

344
KEPIMPINAN

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah dari


berprasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu
adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan
orang lain.” (Al Hujurat: 12)
Justeru itu, cara mengintip, mengendap dan lain-lain se-
perti yang diamalkan sesetengah pihak untuk mencegah
kemungkaran tidak menyelesaikan masalah. Allah tidak ber-
kati cara itu, kerana ia satu kaedah yang mungkar untuk
mencegah kemungkaran. Cara yang fasik untuk mencegah
kefasikan, cara yang haram untuk mencegah yang haram.
Kaedah membanteras kemungkaran seperti ini akan me-
rebakkan lagi kemungkaran itu seperti mencuci najis dengan
air najis. Najis tidak dibersihkan bahkan bertambah merebak
lagi najis itu.
10. Jika mereka lakukan kesilapan, buat-buat tidak tahu kecuali
kalau sudah merbahaya.
Elok buat tidak tahu akan kesalahan anak buah walaupun
sebenarnya kita tahu dia melakukan kesalahan itu. Ini
kerana ada anak buah yang terseksa jika dia tahu pemimpin
tahu akan kesalahannya. Jadi langkah yang sebaiknya ialah
jangan bertindak lagi. Elok ceritakan atau kuliahkan secara
umum dahulu, sedarkan secara umum dan doakan. Jangan
memanggilnya dahulu.
11. Setelah tiga kali kesalahan dibuat barulah dinasihat secara
empat mata.
Bila kesalahan yang begitu berat, yakni yang melibatkan
pelanggaran syariat dan membahayakan keadaan seperti
meminum arak, mengambil dadah dan seumpamanya maka
perlu ditangani secara cepat. Elok panggil empat mata tetapi
jangan sekali-kali menghebahkan aibnya itu. Dalam suatu
doa ada menyebut:

345
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Lindungi keaiban kami dan kedua ibu bapa


kami dan keaiban seluruh umat Muhammad.”
12. Setiap pengaduan hendaklah diteliti dan dikaji dahulu.
a. Pemimpin jangan sekali-kali berdendam, beremosi, mu-
dah salah sangka dan lain-lain anggapan negatif. Tidak
dapat tidak, sebagai pemimpin kita mesti menerima
pengaduan.
b. Pengaduan-pengaduan itu mestilah dikaji, diteliti dan
dinilai dengan adil.
c. Pemimpin adalah pendidik, dia mesti dapat menilai an-
tara yang mengadu dan yang diadu. Susurlah ke akar um-
bi akan sesuatu pengaduan, kemudian barulah bertindak.
d. Pemimpin perlu sedar bahawa pengaduan ada hubung-
an dengan jiwa anak buah. Jangan sampai merosakkan
jiwa mereka dengan tindakan yang tidak adil. Misalnya:
i. Jika yang mengadu itu orang yang memang kita sa-
yang, maka kita terus bertindak tanpa usul periksa.
Tetapi sebaliknya jika yang mengadu, orang yang kita
tidak sayang maka kita usul periksa dengan teliti.
ii. Begitu juga bagi yang kena adu. Jika yang diadu itu
orang yang kita sayang, kita tidak bertindak. Tetapi
kalau yang diadu itu orang yang kita tidak sayang,
maka dengan cepat kita bertindak.
iii. Seperkara lagi yang hendak diteliti, kadangkala yang
diadu itu merupakan kesalahan kecil sahaja berban-
ding kesalahan yang dibuat oleh yang mengadu. Di
sudut ini hendaklah pemimpin faham bahawa ke-
salahan orang yang dimenangkan kerana aduannya
diterima lebih besar jika ia bangga dan ego. Sedangkan
yang kena adu kalau dia insaf, malah kalau kesalahan-
nya memang kecil, tidak membahayakan dirinya.
Oleh itu pemimpin mesti faham, mana satu salah yang
lebih besar, mana satu salah yang kecil. Dia juga mesti faham,

346
KEPIMPINAN

kenapa dan mengapa satu kesalahan itu dibuat oleh anak


buahnya.
13. Kalau dihukum, hendaklah setimpal dengan kesalahannya.
Kalau kesalahan yang dibuat itu setimpal dihukum 50,
jangan sampai dihukum 100. Berpada-padalah. Kerana
dalam Islam, salah kerana tidak menghukum lebih ringan
daripada tersalah hukum. Apalagi hukuman yang berat se-
perti hukuman mati dan sebagainya lebih-lebih lagi hendak-
lah diteliti.
14. Hendaklah ambil tahu di mana dia tinggal dan bagaimana
tempat tinggalnya. Ini penting bagi memudahkan per-
hubungan bila terjadi bencana alam dan kecemasan seperti
sakit, kematian dan lain-lain. Dengan ini juga mudah dibuat
ziarah dan memberi bantuan. Keadaan tempat tinggal
pengikut mesti diperhatikan, apakah membahayakan atau
selamat. Dan jika didapati tidak mampu, mereka hendaklah
diberi bantuan. Malah kadangkala mengikut pemerhatian
pemimpin, rumah anak buahnya sangat membahayakan
dari segi keselamatan, walaupun tidak disedari oleh tuan
punyanya.
15. Jika ada kesempatan bertemulah dengan keluarga mereka.
Kita berhubung dengan anak buah bukan dalam soal kerja
sahaja tetapi juga dengan keluarga mereka. Pemimpin mesti
usahakan pertemuan keluarga. Misalnya, perhimpunan hari
keluarga untuk merapatkan lagi tali silaturrahim. Pertemuan
seperti ini penting untuk merapatkan kasih sayang dan
silaturrahim.
16. Berilah hadiah waktu yang sesuai.
17. Pemimpin elok menjadi imam solat. Dan pada hari Jumaat
elok menjadi khatib.
18. Di kalangan orang penting elok ziarah di rumahnya, di
kalangan orang biasa elok di tempat-tempat umum.

347
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Syarat Jadi Pemimpin

Kalau engkau ingin jadi pemimpin


Sanggupkah engkau menjadi ayah,
bertanggungjawab kepada mereka?
Kalau engkau suka menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi ibu
tempat bermanja-manja?
Jika engkau hendak menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi guru
kepada mereka?
Boleh memberi didikan dan ilmu
Jika engkau mahu menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi kawan yang setia?
Bila-bila masa boleh memberi pertolongan
dan bantuan kepada mereka
Jika engkau ingin jadi pemimpin
Ertinya engkau sanggup jadi ayah, jadi ibu,
jadi guru, jadi kawan setia
Kalau manusia fahamlah kedudukan pemimpin
Kepimpinan tidak akan jadi rebutan
di kalangan manusia
Bahkan kalau orang memintanya pun
dia akan menolaknya
Kecuali tidak dapat dielakkan
kerana kehendak orang banyak
Sekarang kepimpinan menjadi rebutan dan buruan
Bukan ingin jadi watak-watak manusia
yang kita sebutkan

348
KEPIMPINAN

Tapi di sana ada kepentingan dan keuntungan


Kerana itulah dunia hari ini huru-hara
Dikeranakan pemimpin
yang tidak bertanggungjawab
dan mementingkan diri
Oleh itulah pemimpin hari ini
dicaci-maki oleh rakyat

Menjelang tidur
17 – 12 – 1999
(9 Ramadhan)

Sajak 2
Watak Pemimpin

Alangkah indahnya sebuah negara


Pemimpin-pemimpinnya laksana ayah
Di dalam bertanggungjawab kepada rakyatnya
Dia seperti ibu, sifat kasih sayangnya

Ibarat guru memberi ilmu dan tunjuk ajarnya


Dengan penuh kasih sayang
Bijaksana dan dia dahulu menghayatinya
Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia

Adakalanya dia berwatak pemimpin


Memberi arahan-arahan kepada rakyatnya
dan menghukum dengan adil
Dengan tegas dan penuh hikmah
Tidak ada diskriminasi dilakukannya

Di waktu tertentu sebagai kawan setia


Mengutamakan kawan-kawannya dari dirinya
Memberi maaf ke atas kesalahannya
Meminta maaf kalau dia pula yang bersalah

349
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila berlaku sifat-sifat ini pada para pemimpin


Alangkah mudah mendidik rakyatnya di dalam negara
Mereka akan taat dan setia kepada pemimpin
Pemimpin dihormati dan dimuliakan
dengan tidak berpura-pura

Rakyat bekerja dengan penuh gembira dan ceria


Untuk agama, bangsa dan negara
Mereka sanggup mati kerananya
Kedaulatan agama, bangsa dan negara terpelihara

Lahirlah masyarakat yang berkasih sayang


sesama mereka
Bertolong bantu, bekerjasama
Hidup aman, damai dan harmoni di dalam negara
Dengan pimpinan Allah Taala
yang Maha Esa lagi Berkuasa

April 2001

350
KEPIMPINAN

3
PERINGKAT-PERINGKAT PENGIKUT
TERHADAP SESEORANG PEMIMPIN

D
alam ajaran Islam, mentaati dan menghormati pemimpin
itu memang disuruh dan diperintahkan agar mudah para
pemimpin itu memimpin, mendidik, mengasuh, menga-
rah dan mengajak membuat kerja-kerja di dalam sebuah negara
atau di dalam sebuah negeri atau di dalam sebuah jemaah.
Jika tidak ada ketaatan dan tidak ada hormat kepada sese-
orang pemimpin itu, payahlah dia hendak menggunakan tenaga
pengikut untuk membangun dan membuat kemajuan.
Walaupun begitu kehendak ajaran Islam tapi bukan senang
pengikut mahu taat secara lahir dan batin. Tidak semudah yang
kita sangka bahawa pengikut boleh menghormati pemimpin
dengan sepenuh hati tanpa pura-pura atau berlakon taat di ha-
dapan tapi di belakang lain pula terjadi.
Keadaan ini ada hubungkait dengan tujuan-tujuan pengikut
itu mengapa mereka mentaati dan menghormati pemimpin me-
reka dan juga ada hubungan dengan peribadi dan sikap pemim-
pin itu. Adakah pemimpin itu mempunyai karisma dan wibawa
yang tinggi seperti mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi atau
sederhana sahaja atau peribadi dan akhlaknya teruk sekali.
Oleh yang demikian maka terjadi di kalangan para pengi-
kutnya mentaati dan menghormati para pemimpin tidak sama
satu sama lain.

351
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PERINGKAT GOLONGAN YANG MENTAATI


PEMIMPIN
Telah menjadi tabiat semula jadi manusia yang hidup di dunia
ini, tidak boleh terlepas daripada:
– ada mentaati, ada yang ditaati
– ada peminat, ada yang diminati
– ada pengikut, ada yang diikuti
– ada yang menyayangi, ada yang disayangi
– ada yang dipimpin, ada yang memimpin
– ada yang simpati, ada yang diberi simpati atau disimpati
– ada yang mengkagumi, ada yang dikagumi
– ada yang mencontohi, ada yang dicontohi.

Di sini saya akan menyebut beberapa golongan yang mentaati


dan menghormati pemimpin-pemimpin. Golongan yang men-
taati dan menghormati pemimpin terdiri daripada beberapa
peringkat iaitu:
1. Golongan yang mentaati dan mematuhi kerana takut pada
seseorang pemimpin lantaran kekejaman dan penzaliman-
nya. Kalau tidak dipatuhi dan ditaati, takut kena hukum
seperti kena penjara, kena buang daerah, kena rampas harta-
nya, kena bunuh dan sebagainya.
Biasanya pemimpin seumpama ini adalah pemerintah
diktator yang kejam di dalam sesebuah negara. Orang ramai
memberi ketaatan hanya pura-pura berlakon dan bersifat
nifak. Di belakang, pemimpin itu dibenci, dikata, dihina,
dicerca, dimaki-hamun. Secara senyap-senyap ada orang
yang berusaha menjatuhkannya. Kalau mati, seluruh rakyat
gembira dan selepas itu orang akan melupakannya.
2. Golongan yang mentaati pemimpin seperti yang telah
disebut tadi, tapi bukan ditakuti kerana kekejaman seperti
kena penjara dan lain-lain lagi, tapi takut tidak dapat jawatan

352
KEPIMPINAN

atau tidak naik pangkat atau tidak dapat biasiswa atau tidak
dapat projek atau apa-apa bantuan.
Pemimpin-pemimpin ini biasanya adalah pemimpin-
pemimpin politik yang berkuasa di sesebuah negeri atau
negara. Mereka dipatuhi dan dihormati hanya secara pura-
pura atau berlakon. Hati tidak pun menghormati. Di bela-
kang mereka dikata dan diumpati. Pemimpin ini kalau tidak
memimpin lagi, orang pun tidak peduli akhirnya dilupakan
orang.
3. Golongan yang mentaati seseorang pemimpin, mereka pun
tidak tahu mengapa mereka mentaati. Bukan kerana takut
apa-apa dan bukan pula kerana menghormati dan menye-
nangi. Kerana mereka ini, hidupnya tidak pun bersandar
dengan pemimpin tapi mereka melihat orang ramai patuh
pada seseorang itu. Mereka pun ikut sama kerana kalau me-
reka tidak berbuat demikian mereka merasa keseorangan.
Kalau begitu ikut sahaja orang ramai.
4. Seseorang yang mentaati dan menghormati seseorang
pemimpin itu bukan kerana pemimpin itu. Mereka pun ti-
dak mengharap apa-apa dan juga tidak takut apa-apa
dengan pemimpin itu. Tapi mereka berbuat demikian adalah
untuk strategi.
Iaitu dengan tujuan agar orang ramai memberi keyakinan
kepada mereka. Agar orang ramai akan memberi keper-
cayaan kepada mereka dan mereka boleh mencari pengaruh
serta mudah dapat sokongan-sokongan daripada orang
ramai. Apa saja anjuran, orang ramai akan menyokong.
Kalau menjadi calon, agar orang ramai memberi undi, me-
reka pura-pura menghormati pemimpin itu. Ada kepen-
tingan peribadi.
5. Ada golongan mentaati dan menghormati seseorang pe-
mimpin itu bukan takut kepada pemimpin itu, tapi takut
dengan orang ramai kerana orang ramai telah memberi
ketaatan kepada pemimpin itu.

353
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu jika mereka tidak ikut sama dengan orang ramai
menghormati pemimpin itu, takut mereka akan dibenci oleh
orang. Boleh jadi orang ramai akan memulaukannya. Oleh
yang demikian kenalah buat-buat hormat dengan pemimpin
itu.
6. Seseorang yang mentaati dan menghormati seseorang pe-
mimpin itu oleh kerana ilmunya iaitu ingin mendapat ilmu
kerana pemimpin itu mempunyai ilmu. Kerana inginkan
ilmunya mereka taat dan hormati. Kalau tidak, payah untuk
mendapatkan ilmunya. Golongan ini agak boleh tahan.
7. Seseorang yang mentaati dan menghormati pemimpin
kerana tujuan ingin berkahwin dengan anak pemimpin itu.
Maka mereka pun buat-buatlah baik. Tunjuk-tunjuklah taat
kepadanya agar apabila mereka meminang anaknya akan
diterima pinangannya. Jadi ada orang mentaati pemimpin
dengan tujuan hendak berkahwin dengan anaknya.
8. Orang yang benar-benar ikhlas sepenuh hati mentaati dan
menghormati pemimpin kerana agama pemimpin itu. Iaitu
kerana ketaqwaan dan akhlak mulianya. Kerana ingin
mereka dipimpin kepada Allah dan Rasul-Nya. Moga-moga
mereka selamat di dunia dan selamat di Akhirat. Justeru itu
mereka menyerah bulat seluruh jiwa raganya kepada pe-
mimpin itu agar pemimpin itu dapat mendidik mereka me-
nuju Allah Taala. Mereka itu orang yang benar-benar setia
dengan pemimpin dan sanggup berkorban apa sahaja.

Demikianlah secara rambang pembahagian pengikut-pengi-


kut atau peringkat-peringkat pengikut terhadap seseorang pe-
mimpin. Di akhir zaman ini hendak mencari golongan yang
kelapan itu iaitu golongan yang benar-benar ikhlas dan setia
kepada pemimpin itu amat susah sekali diperolehi. Ini kerana
orang ramai pun kebanyakannya telah rosak kerana kepentingan
dunianya yang begitu mendalam. Begitu jugalah hendak men-
cari pemimpin yang bertaqwa di akhir zaman ini amat sulit sekali
dan kerana itulah hendak melahirkan perpaduan dan kesatuan

354
KEPIMPINAN

umat Islam bertaraf jemaah pun terlalu sulit, betapa pulalah


bertaraf negara, lebih-lebih lagi bertaraf sejagat.
Kita harap moga-moga Allah akan lahirkan seorang pe-
mimpin yang benar-benar berwibawa dan mempunyai karisma
kerana mempunyai ketaqwaan yang tinggi. Ilmu dan kepim-
pinannya cukup matang hingga dia boleh ditaati dan dihormati
oleh umat Islam dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati.

355
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Bukan Semua Mampu Berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran


Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa
kecuali kesusahan dan penderitaan
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar
Dan mempunyai ilmu yang memandu
perjalanan hidup para pejuang
Orang yang setia dan telah menjual dunianya
untuk Tuhannya sahaja yang tahan
Orang yang memandang Akhirat itu besar,
dunia itu amat hina
Yang mampu berjuang bukan macam berkelah
dan piknik-piknik
Berjuang adalah berkorban
Berkorban, terkorban
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran,
memerlukan kesabaran
Berjuang adakalanya terbuang,
tidak kurang juga ke penjara
Kemuncaknya mati dibunuh orang
Para pejuang bukan senang hendak setia
dengan pemimpin
Bukan mudah bersama pemimpin
di waktu susah dan senang

356
KEPIMPINAN

Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran


lari bertempiaran
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima
Orang datang pula kembali berjuang
Apabila di waktu disanjung orang,
kita pun macam singa garang
Apabila mendapat kesusahan lari pula
tinggalkan pemimpin keseorangan
Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang
datang pula merayu-rayu ingin bersama
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin
Di waktu susah dan senang
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri
Mengatur strategi dan menunggu peluang
Bukan lari kerana menentang
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

Lepas Zuhur
25 – 09 – 1999

Sajak 2
Orang yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan

Di dalam jemaah perjuangan Islam,


orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya
Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi
payah sampai ke hujung perjuangannya
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran

357
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan


kawan atau pemimpin
Biasanya orang yang boleh kekal
di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya
Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah
tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego
Yang mudah memberi taat dan setia
Orang yang ingin membaiki diri
di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya
untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai
sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang
sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah
dalam perjuangan

Selepas Subuh
30 – 09 – 1998

358
KEPIMPINAN

4
BILA ORANG JAHAT MENDIDIK
ORANG JAHAT LEBIH-LEBIH LAGI
MENDIDIK ORANG BAIK

D
i akhir zaman ini, di mana-mana di bumi ini, ramai ma-
nusia rata-ratanya sudah tidak beriman. Bagi umat Islam
pula telah terlalu lemah imannya. Apabila tidak beriman
atau lemah iman, kesannya takut dengan Tuhan atau takut
dengan Neraka sudah tiada atau telah terlalu lemah.
Apabila takut dengan Tuhan sudah tiada atau telah menipis
dan takut dengan Neraka pun telah tercabut dari hati manusia
atau kalau ada pun sudah terlalu lemah atau nipis, di waktu itu
apa lagilah yang boleh membendung dan menyekat manusia
daripada melakukan kemungkaran dan maksiat atau daripada
melakukan kesalahan dan dosa. Lebih-lebih lagi apabila manusia
itu melakukan kemungkaran dan maksiat atau melakukan ke-
salahan dan dosa, mereka mendapat keuntungan di situ. Misal-
nya mendapat wang dan harta yang banyak, mendapat pangkat
yang tinggi atau dapat mempertahankan pangkat dan jawatan
yang tinggi, dapat memiliki perempuan yang cantik, ramai pula,
mendapat kenderaan yang besar lagi canggih, mendapat rumah
yang tersergam gagah, besar dan indah. Sudah tentu mereka
lebih berani dan nekad membuat derhaka dan dosa.
Di waktu itu, berleluasalah perbuatan penzaliman dan penin-
dasan, pembunuhan, penangkapan, salah guna kuasa, mengam-
bil kepentingan, pembohongan, pengkhianatan, penipuan,

359
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rasuah, pencerobohan, mungkir janji, terlibat dengan dadah,


pencabulan, perogolan, perzinaan, minum arak, perjudian, per-
gaulan bebas, seks bebas, lesbian, homoseksual, tidak amanah,
ponteng kerja, pencurian, hasad dengki, dendam, memfitnah,
mengumpat, menghina, rompakan dan berbagai-bagai bentuk
jenayah lagi.
Perbuatan-perbuatan yang negatif itu akan berlaku kepada
semua golongan mengikut peluang dan kesempatan yang ada
pada diri masing-masing. Ia tidak mengira golongan atasan atau
orang bawahan, yang berkuasa atau rakyat jelata, pihak kesela-
matan atau pihak yang hendak dijaga keselamatan, orang kaya
atau orang miskin, pemimpin atau pengikut, guru atau pelajar,
orang bandar atau orang kampung, pihak pentadbir atau pihak
yang kena tadbir, pemuda atau pemudi, orang tua yang sudah
bersara atau yang masih bekerja. Bahkan tidak ada golongan
yang terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan maksiat
atau kesalahan dan dosa-dosa.
Dalam keadaan begini, yang mudah melakukannya, yang
banyak peluang serta mudah dapat perlindungan sudah tentulah
golongan yang ada kuasa, pihak atasan, golongan pentadbiran,
pihak keselamatan, yang berjawatan tinggi dan penting. Pihak-
pihak lain walaupun banyak juga peluang tapi tidak dapat me-
lakukan kejahatan yang besar-besar. Di samping itu mereka juga
terdedah kepada tangkapan dan hukuman. Ertinya yang akan
banyak terhukum adalah golongan yang tiada kuasa dan rakyat
jelata, yang siapalah yang akan memperlindunginya dan ia akan
berlakulah di seluruh dunia.
Apabila berlaku keadaan dan situasi yang digambarkan tadi,
akan terjadilah satu suasana di dalam masyarakat manusia itu
seperti di bawah:
1. Guru tidak mesti lebih baik daripada pelajar-pelajarnya.
2. Majikan tidak mesti lebih baik daripada buruh-buruhnya.
3. Orang-orang tua tidak mesti lebih baik daripada orang
muda.

360
KEPIMPINAN

4. Ayah atau ibu tidak mesti lebih baik daripada anak-anaknya.


5. Orang besar tidak mesti lebih baik daripada orang-orang
kecil.
6. Orang-orang kaya tidak mesti lebih baik daripada orang-
orang miskin.
7. Pihak pentadbir tidak mesti lebih baik daripada pihak yang
kena tadbir.
8. Pihak keselamatan tidak mesti lebih baik daripada pihak
yang hendak dijaga keselamatannya.
9. Orang pandai tidak mesti lebih baik daripada orang bodoh.
10. Pendidik tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendak
dididik.
11. Para ulama tidak mesti lebih baik daripada orang yang bu-
kan ulama.
12. Orang yang hendak membaiki tidak mesti lebih baik
daripada orang yang hendak dibaiki.
13. Pemimpin tidak mesti lebih baik daripada pengikut.
14. Orang yang hendak memulihkan tidak mesti lebih baik
daripada orang yang hendak dipulihkan.
15. Orang yang berkuasa tidak mesti lebih baik daripada rakyat
jelata.
16. Pendakwah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena
dakwah.
17. Pemerintah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kena
perintah.
18. Orang yang menangkap tidak mesti lebih baik daripada
orang yang kena tangkap.

Begitulah seterusnya akan berlaku kepada golongan manusia


jika kita mahu senaraikan yang lebih detail dan menyeluruh.
Apa yang kita senaraikan di atas adalah secara rambang dan
mewakili umum.

361
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sekiranya berlakulah gambaran golongan manusia yang


melakukan kejahatan dan kemungkaran di zaman ini; saya rasa
ianya sedang berlaku di seluruh dunia; siapakah yang akan
membaiki masyarakat? Siapakah yang akan memikirkan ke-
mungkaran dan kejahatan? Siapakah yang akan menumpaskan
penzaliman dan penindasan? Siapakah yang akan menjaga kese-
lamatan? Siapakah yang akan menumpaskan pencerobohan?
Siapakah yang akan menumpaskan penipuan? Siapakah yang
akan membaiki orang-orang jahat yang berbagai-bagai golongan
dan bentuknya?
Sudah tentulah berlaku di waktu itu, orang jahat akan memi-
kirkan orang jahat. Ini berlaku hampir menyeluruh di dunia ini.
Penzaliman dan penindasan akan difikirkan oleh orang yang
zalim dan menindas. Kaki tipu akan membendung golongan
penipu. Orang-orang jahatlah yang akan mendidik orang jahat.
Orang yang belum pulih akidahnya akan memulihkan orang
yang belum pulih. Orang yang tidak berakhlaklah yang akan
berusaha membaiki akhlak orang yang tidak berakhlak. Pen-
jahat-penjahatlah yang akan memikirkan orang-orang jahat.
Orang jahatlah yang akan menangkap orang-orang jahat. Orang
jahat yang akan menghukum orang-orang jahat.
Yang paling malang ialah orang jahat hendak mendidik orang
baik. Orang jahat yang hendak memimpin orang baik. Orang
yang jahat hendak memulihkan orang yang baik. Orang yang
zalim yang hendak menumpaskan orang adil. Orang yang rosak
akhlak yang hendak membaiki orang yang baik akhlak. Orang
yang tidak berakidah atau lemah akidah yang hendak membaiki
akidah orang yang sudah baik akidahnya. Orang jahatlah konon
yang hendak membaiki orang yang sudah baik. Orang jahatlah
yang akan memerangi orang yang baik. Orang jahatlah yang
akan menghukum orang baik.
Kalau berlakulah di bumi Tuhan ini masyarakat yang macam
ini, apakah yang akan terjadi? Maka akan terjadilah orang baik
yang banyak teraniaya. Orang jujur akan dimusuhi, orang yang
benar akan dipersalahkan. Orang yang ikhlas dipandang serong.

362
KEPIMPINAN

Orang yang jujur tidak disukai. Orang yang berkorban akan


terkorban. Orang yang hendak mencari kedamaian dan ke-
amanan dianggap orang yang hendak menggugat keselamatan.
Orang yang hendak bersatu dianggap pemecah belah. Orang
yang berakhlak mulia dimusuhi. Orang yang pemurah tidak
digemari. Orang yang memperjuangkan kebenaran dianggap
perosak dan pengkhianat. Siapa yang bersih hidupnya akan
tersisih dan terpencil.
Di waktu itulah orang-orang jahat mendapat tempat. Orang-
orang jahatlah yang akan menjadi kaya. Orang-orang jahatlah
yang akan berkuasa. Orang-orang jahatlah yang akan berilmu.
Orang-orang jahatlah yang akan tertonjol. Orang-orang jahatlah
yang akan dimuliakan. Orang-orang jahatlah yang akan diberi
orang anugerah. Orang-orang jahatlah yang akan senang. Orang-
orang jahatlah yang akan disanjung. Orang-orang jahatlah yang
akan mentadbir. Orang-orang jahatlah yang akan membangun.
Orang-orang jahatlah yang akan menguasai dunia. Akhirnya
keturunan orang baik-baik jangka panjang menjadi jahat pula
kerana terpengaruh dengan orang jahat. Kalau tidak berbuat be-
gitu, tidak boleh hidup dan senang.

363
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Manusia Lupa Belajar dengan Diri Sendiri

Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka


dengan kecurian, penipuan, kidnap,
rompakan, pembunuhan
Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalisme,
mengganggu ketenteraman awam, khianat,
peras ugut dan lain-lain jenayah
Lebih-lebih yang tidak suka itu orang kaya,
yang berkuasa, korporat-korporat,
orang-orang yang mewah dan senang hidupnya
Tapi mereka lupa adakalanya mereka juga
menyumbang gejala masyarakat
yang tidak sihat yang menyusahkan
dan menakutkan
Mereka takut dengan kejadian-kejadian
yang menakutkan itu, secara sedar atau tidak sedar
mereka juga menyumbang ke arah itu
Sombong orang kaya orang membalas dendam,
mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan
Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak
Tidak berperi kemanusiaan pihak berkuas itulah
adakalanya mereka membuat kerosakan
kerana sakit hati dan dendam kesumat
Mereka itu sudah tidak beragama
Takut dengan Tuhan sudah tidak ada,
mudah mereka membalasnya
Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang,
ada harta dan kuasa yang sama-sama juga

364
KEPIMPINAN

tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut


hendak membuat aniaya kepada mereka
Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti
dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga,
ada tindakan balas
Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif
terjadi buah daripada pertarungan di antara
orang kaya dengan yang tidak punya
Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah
dengan orang yang senang, lahir jenayah
Hasil krisis moral di antara golongan atas
dengan golongan bawahan
lahir kerja-kerja tidak bermoral
Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa
dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya
terjadi gejala yang bahaya
Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana
kejahatan kita yang tidak disenangi orang
Kejahatan dibalas dengan kejahatan,
cuma bentuk kejahatan itu sahaja tidak sama
di antara orang susah dengan orang senang
Oleh itu kalau hendak membaiki masyarakat,
kenalah kita juga baik
Kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak
membaiki masyarakat yang sudah jahat
Yang hendak dipulihkan jahat yang memulihkan pun jahat,
mana ada berkat
Jahat campur jahat jadilah masyarakat
bertambah jahat

Menjelang tidur
06 – 03 – 2004

365
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2
Akibat Gagal Membangun Insaniah

Para pemimpin atau guru juga ibu bapa


Berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya
Berbagai-bagai kajian boleh dibuat
Hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu
Membuat berbagai-bagai kemajuan
Membangun tamadun material mengkagumkan
Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu
Betapa hendak mengajar rasa bertuhan
Pemimpin ingin ditaati
Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya
hendak mentaati mereka
Guru-guru ingin mereka dihormati
Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik
murid-muridnya ke arah itu
Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya
Tapi tidak tahu hendak melakukannya
Berbagai-bagai kepakaran dimiliki oleh cerdik pandai
Mereka bingung bagaimana hendak
menjadikan studentnya menghormatinya
Kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya
Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa
Semuanya suka jika mereka dihormati
Oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya
dan oleh anak-anaknya
Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa
Berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal
Tapi mereka gagal membangunkan
tamadun insaniah dan rohaniah
Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini
Berjaya berilmu, tapi tidak berjaya
menahan pergaduhan dan peperangan
Berjaya membangun dan berkemajuan
Tapi tidak berjaya menahan daripada

366
KEPIMPINAN

pengkhianatan dan penipuan


Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan
Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi
Ramai manusia yang pandai tapi pandai pula
merompak dan menyamun
Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki
Tapi hilang malunya, hancur maruahnya
Negara menjadi cantik, perhubungan bertambah mudah
Tapi di dalam ketakutan
Berjaya mendapat isteri atau suami
Kedua-duanya berpelajaran
tapi tidak mampu bersefahaman
Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan
Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa
Tapi hati atau jiwanya mati atau buta
Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada

Menjelang tidur
26 – 10 – 1999

367
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5
BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT
BAIKLAH MASYARAKAT

T
idak ada orang yang suka masyarakat berpenyakit,
bermasalah dan timbulnya gejala-gejala negatif. Misalnya
berlaku berbagai-bagai bentuk jenayah dan vandalisme
di dalam masyarakat seperti kecurian, rompakan, pergaduhan,
penipuan, zina, rogol, tidak hormat pemimpin dan orang tua,
tidak belas kasihan dengan kanak-kanak, merosak barang-
barang umum, melepak, memekik-mekik dan melalak-lalak.
Kerana hal seumpama ini akan merosakkan ketenteraman
umum dan akan menjadikan orang ramai dan semua golongan
hidup di dalam gelisah, takut, bimbang, resah dan tidak tenang
sama ada ia berlaku secara langsung mahupun tidak secara
langsung.
Bila terjadi hal-hal negatif di dalam kehidupan bermasya-
rakat; di sini yang hendak diperkatakan ialah masyarakat Islam
seperti yang digambarkan di atas; sudah tentu ada golongan-
golongan yang memikirkan bagaimana hendak mengatasi
masalah. Biasanya tentulah cerdik pandai dan orang-orang
penting masyarakat yang datang hendak memikirkan masalah
itu. Masyarakat umum tentu tidak tahu bagaimana hendak
mengatasinya. Mereka bingung. Di dalam kebingungan dan ke-
takutan itu mereka menunggu siapa yang akan bertanggung-
jawab.

368
KEPIMPINAN

Bila ada golongan yang hendak mengubat penyakit masya-


rakat, sudah tentulah mereka akan bermesyuarat dan berbincang
membuat cadangan. Akhirnya rumusan-rumusan yang meru-
pakan cara-cara bagaimana hendak bertindak dan usaha bagai-
mana hendak dilakukan diambil sebagai panduan.
Bagi saya cara-cara, mekanisme dan usaha-usaha jadi nombor
dua dalam menangani gejala-gejala masyarakat itu. Tapi asas
utamanya untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu iaitu
tiang-tiang seri atau tonggak masyarakat yang hendak bertindak
itu hendaklah baik terlebih dahulu. Yang dimaksudkan dengan
tiang-tiang seri atau tonggak masyarakat ialah seperti ketua-ke-
tua kaum, ketua-ketua masyarakat, para ulamanya, cerdik pan-
dai, pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai pemerintah,
terutama pegawai-pegawai tinggi, kemudian barulah ibu bapa.
Mereka ini bukan saja perlu bertindak menangani masalah tetapi
mereka mesti menjadi contoh kepada masyarakat. Agar orang
ramai sayang, segan dan hormat. Agar orang ramai akan mem-
beri sokongan dan kerjasama sepenuh hati dan padu. Lebih-lebih
lagi mereka yang menimbulkan gejala-gejala itu akan segera
malu dan hormat. Menjadikan lidah mereka masin. Lebih-lebih
lagi agar tidak jadi bahan-bahan ejekan di belakang mereka atau
bahan-bahan perli.
Tiang-tiang seri atau tonggak masyarakat adalah menjadi
contoh, ikutan dan suri teladan kepada umum. Kalau mereka
boleh menjadi contoh, usaha mereka itu akan berkesan kerana
orang ramai menghormati dan malu kepada mereka. Cakap dan
saranan mereka mudah diterima. Yang lebih penting dari itu
adalah pertolongan Allah SWT yang akan memberi kejayaan
melalui usaha-usaha mereka.
Oleh yang demikian, tonggak masyarakat itu hendaklah
orang yang elok ibadahnya, berilmu, berakhlak seperti meren-
dah diri, pemurah, kasih sayang, lemah lembut, jujur, simpati,
bertolak ansur, mengutamakan orang lain dan lain-lain lagi.
Kalaulah tonggak-tonggak masyarakat ini baik, mereka akan
disayangi dan dihormati. Mereka menjadi suri teladan kepada

369
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

orang ramai. Usaha mereka diterima penuh. Perjuangan mereka


disokong sepenuh hati. Orang ramai malu dan insaf. Bantuan
Allah pun datang kerana ketaqwaan mereka.
Tiang seri masyarakat itu ibarat tiang atau kayu. Orang ramai
adalah bayangan kayu, kalau tiang atau kayu itu lurus, luruslah
bayangannya. Kalau tiang atau kayu itu bengkok maka beng-
koklah bayangannya. Begitulah apabila teras-teras masyarakat
itu baik, maka baiklah masyarakat. Orang ramai mudah mengi-
kut dan meniru. Lebih-lebih lagi yang diikut itu, orang yang
mereka sayang dan hormati.
Pada hari ini bagaimanalah gejala masyarakat ini hendak di-
tumpaskan kalau tiang seri atau tonggak-tonggak masyarakat
yang menguasai masyarakat serta ingin bertanggungjawab
kepada masyarakat itu, sebahagian besarnya orang-orang yang
tidak disayangi dan dihormati. Bahkan adakalanya usaha-usaha
mereka itu jadi bahan-bahan ejekan. Kalau tidak terang-terangan
pun, berlaku di belakang mereka. Ini kerana orang ramai dan
penjahat-penjahat masyarakat itu tahu keburukan yang dilaku-
kan oleh tonggak-tonggak masyarakat itu. Hingga mereka tidak
disayangi dan dihormati lagi. Orang ramai tidak mahu menyo-
kong sepenuh hati. Orang-orang jahat dalam masyarakat ber-
tambah benci. Adakalanya mereka bertambah geram dan
berdendam. Mereka bertambah lagi membuat tindakan-tindakan
liar dan ganas yang lebih menyusahkan lagi.
Sebagai contoh kejahatan-kejahatan orang yang menjadi tiang
seri masyarakat ini, mereka mungkin tidak bersikap vandalisme
tapi sombong dan pemarah. Kalau mereka tidak melepak-lepak,
mereka rasuah. Kalau mereka tidak mencuri tapi tamak dan
bakhil. Kalau mereka tidak berzina tapi mementingkan diri
sendiri. Kalau mereka tidak bergaduh tapi riyak, suka glamour,
ingin nama. Kalaupun orang ramai tidak tahu; kerana mereka
tidak melakukannya di hadapan orang ramai; tapi Allah Taala
tahu. Maka di sinilah usaha-usaha mereka Allah tidak bantu.
Hari ini golongan tonggak masyarakat ramai lagi yang tidak
atau belum sedar tapi ingin menyedarkan orang. Mereka kurang

370
KEPIMPINAN

sangat membaiki diri tapi menyuruh orang ramai membaiki diri.


Mereka mahu mengubah pengacau-pengacau masyarakat tapi
mereka tidak mahu merubah diri.
Lebih-lebih lagi di dalam keadaan mereka tidak berubah, me-
reka mengata pula, menuduh, menuding jari dan menghina
golongan yang dianggap menimbulkan gejala masyarakat.
Bukan saja orang jahat sakit hati, orang baik pun benci. Kerana
orang ramai tahu, mereka juga perosak masyarakat tapi bentuk-
nya saja yang tidak sama. Orang muda dengan caranya. Mereka
dengan cara mereka tersendiri pula. Orang ramai melakukan
gejala di tengah ramai secara terbuka tapi mereka melakukannya
di tempat-tempat yang tertutup, di tempat-tempat yang eks-
klusif. Kalau masyarakat ramai tidak tahu tapi bolehkah lari
daripada pengetahuan Allah?
Kadang-kadang mereka itulah yang membuat program untuk
menangani masalah-masalah masyarakat agar masyarakat
bersih daripada segala bentuk jenayah dan daripada segala ben-
tuk gejala yang negatif. Bagaimanalah Allah mahu membantu
usaha-usaha itu kalau Allah Taala telah murka kepada pengan-
jur-penganjurnya.
Akibatnya habis masa, terkorban wang ringgit, sia-sia saja
tenaga, hasilnya tiada. Gejala tetap terus berlaku. Adakalanya
ia lebih teruk lagi. Oleh itu kita tidak cukup sekadar usaha saja,
bantuan Allah itu amat diperlukan dan kenalah diambil kira.
Jika Allah Taala tidak membantu usaha-usaha kita kerana dosa-
dosa kita, sia-sia saja usaha kita. Bahkan adakalanya menam-
bahkan dosa lagi serta gejala masyarakat tidak juga pulih dan
bersih.

371
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Bila Pemimpin Hilang Wibawa

Bila pemimpin hilang wibawa,


rakyat kurang taat setia
Bila ibu bapa tidak bermaruah,
anak-anak kurang hormat
Bila orang tua tidak menjadi contoh,
kata-katanya sia-sia saja
Bila berkawan tidak setia,
hilang keyakinan kawan kita

Para pemimpin jadilah teladan


agar rakyat mudah dipimpin
Wahai ibu bapa, jagalah maruah
agar anak-anak mengikut kata
Wahai orang tua, jagalah wibawa
agar orang muda mendengar nasihat
Wahai saudara, setialah berkawan,
keyakinan orang itu aset kita

Gambarkanlah jika rakyat tidak taat


di dalam negara
Anak-anak pula tidak taat kepada ibu bapa
Anak-anak muda tidak mendengar nasihat dan kata
Manusia satu sama lain curiga-mencuriga

Bila masalah timbul di dalam masyarakat umat


Kehidupan manusia tercabar setiap detik dan masa
Ketenangan hidup yang dicari hancur dan punah
Maka carilah punca mengapa timbul masalah

372
KEPIMPINAN

Setiap golongan bercakap


untuk mengatasi masalah
Diberilah pandangan
mengapa perkara negatif itu terjadi
Dikatalah sebab-sebab masalah terjadi
kerana itu dan ini
Yang sebenarnya sebab-sebab itu
ada pada diri sendiri

Mengapa perkara yang mudah,


amat sulit mengatasinya
Mengapa perkara yang dekat,
terlalu jauh kelihatan
Kerana panduan semata-mata nafsu
dan otak manusia
Agama Islam sudah tidak menjadi
panduan sejati

04 – 08 – 1995

373
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6
SYURA MENURUT ISLAM

D
alam kehidupan sama ada dalam kehidupan rumah-
tangga atau bermasyarakat, dalam kehidupan berne-
gara dan lain-lain, tidak terlepas daripada adanya ma-
salah untuk diselesaikan. Adanya keperluan-keperluan sama ada
keperluan berekonomi, berpendidikan, pembangunan dan lain-
lain yang hendak dicetuskan atau tidak terlepas daripada keada-
an-keadaan musuh yang ingin merosakkan yang perlu untuk
dibendung.
Hal-hal seumpama ini tidak akan dapat dicetuskan atau
dilaksanakan sebaik-baiknya kecuali melalui mesyuarat atau
syura untuk memikirkannya. Dan realiti ini tidak siapa boleh
menolak. Kerana ia berlaku dalam pengalaman hidup. Oleh yang
demikian Islam sangat menganjurkan dalam kehidupan ini
mengadakan syura. Melalui syura, banyak masalah dapat di-
selesaikan.
Di antara nas-nas Al Quran dan Hadis yang menganjurkan
syura ini seperti:

Maksudnya: “Hendaklah kamu bermesyuarat dengan


mereka dalam apa urusan.” (Ali Imran: 159)
Dalam ayat yang lain lagi Allah SWT berfirman:

374
KEPIMPINAN

Maksudnya: “Urusan mereka itu (orang Islam) adalah


bermesyuarat sesama mereka.” (As-Syura: 38)
Dalam Hadis pula ada menyebut di antaranya:
Maksudnya: “Tidak akan menyesal selepas mesyuarat.”

APA ITU SYURA?


Erti mesyuarat ialah bertukar fikiran atau berbincang atau berun-
ding dalam satu masalah sama ada krisis, ekonomi, pendidikan,
kemajuan atau apa saja tindakan yang dilakukan. Paling tidak
oleh dua orang atau lebih. Ia berlaku dua hala. Setiap orang yang
bersyura itu mengeluarkan fikiran kemudian dipertimbangkan
bersama mana pendapat yang benar atau kuat atau tepat atau
lebih munasabah atau mendekati kebenaran maka ia diterima
bersama.
Sama ada keputusan itu hendak jadi tindakan bersama atau
untuk jadi tindakan seseorang atau satu kumpulan. Jadi syura
itu berlaku dua hala atau lebih, bukan hanya berlaku satu pihak.
Kalau satu pihak, ia bukan syura.

BAHAN ATAU PERKARA YANG DISYURAKAN


Dalam melakukan syura hendaklah kita faham bukan semua
perkara mesti disyurakan. Perkara-perkara yang tidak boleh
disyurakan, hanya terpaksa kita terima untuk tindakan ialah:
1. Hukum-hakam yang sareh atau sahih dan qati’e seperti
sembahyang itu wajib, puasa wajib, meninggalkan arak
wajib, menutup aurat wajib. Ini tidak boleh dibatalkan oleh
mesyuarat. Ini sudah keputusan Allah.
2. Satu perkara yang telah diarahkan oleh ketua sama ada
ketua jemaah atau negara yang jelas menurut syariat.
3. Satu keputusan yang sudah diambil dalam keluarga, jemaah

375
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

atau negara hasil dari syura, yang mana ia memang boleh


disyurakan, maka anggota keluarga itu tidak boleh mem-
buat syura lain untuk menolaknya. Ini berdasarkan firman
Allah:

Maksudnya: “Hendaklah kamu bermesyuarat dengan mereka


itu dalam satu perkara, setelah kamu bulat menerimanya,
bertawakallah pada Allah.”(Ali Imran: 159)
Keputusan tadi yang dibenarkan syariat, jangan diungkaikan
lagi oleh satu mesyuarat lain. Teruslah laksanakan dan bertawa-
kal kepada Allah.
Kalau begitu apakah perkara-perkara yang boleh disyurakan?
Antara perkara yang boleh disyurakan ialah:
1. Perkara-perkara yang bersifat harus
Contoh yang harus:
a. Hendak buat jalan raya
b. Pergi musafir
c. Buat bangunan untuk pejabat atau kawalan
d. Kenderaan yang hendak dibawa masuk ke negara
e. Bajet perbelanjaan
f. Beli senjata untuk pertahanan negara
2. Perkara-perkara yang bersifat teknikal
Contoh teknikal:
a. Bentuk rumah
b. Bahan yang hendak digunakan
c. Tempat
d. Masa
e. Banyak sedikitnya
f. Tenaga-tenaga yang diperlukan dalam sesuatu projek

376
KEPIMPINAN

ADAB-ADAB DAN SYARAT-SYARAT SYURA


Di dalam mesyuarat hendaklah diperhatikan syarat-syarat dan
adab-adab. Setiap orang yang terlibat mestilah dapat mengikut
disiplin agar keputusan syura itu tepat dan bersih serta diberkati
oleh Allah. Di antara disiplin dan adab itu ialah:
1. Bertujuan kerana Allah atau ingin mencari kebenaran serta
ingin melaksanakannya, bukan kerana kemegahan atau hobi
atau riyak atau menunjuk-nunjuk kebolehan.
2. Setiap orang hendaklah hatinya merasa takut kepada Allah
kerana kalau-kalau segala yang dibincangkan tidak tepat
atau tidak selaras dengan kehendak Allah dan Rasul.
3. Hendaklah setiap orang memasang niat agar kebenaran itu
datang daripada orang lain bukan dari dirinya sendiri agar
terlepas dari sifat-sifat riyak, bermegah-megah atau ujub.
4. Bila terlihat kebenaran yang diucapkan oleh mana-mana
anggota dalam majlis syura itu hendaklah penuh rendah
diri dapat menerimanya.
5. Kalau kebenaran dapat dikeluarkan dari mulutnya sendiri
hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah telah
memperlihatkan kebenaran kepadanya.
6. Hendaklah menghormati pandangan atau pendapat ang-
gota. Kalau dia sedang bercakap, jangan memotong cakap-
nya. Jika dia belum habis bercakap jangan disuruh berhenti.
Kalau apa yang dikatakannya benar, ucaplah terima kasih,
doakan Allah berikan keberkatan (jazakallah). Kalau salah,
jangan menghina. Kalau mampu, betulkan dengan penuh
kasih sayang dan mesra, dengan hujah-hujah yang bernas.
Kalau kita yang salah, minta ampunlah kepada Allah
dengan penuh rendah diri mahu menerima hakikat ke-
salahan itu.
7. Hendaklah diakhiri majlis itu dengan membaca doa kifarat
atau minta ampun pada Allah.
8. Jangan mujadalah. Jangan tinggikan suara. Kalau berbeza
pendapat atau menyalahi nas, hendaklah tawaquf.

377
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

9. Kalau pandangan tidak dapat disatukan, maka demi


perpaduan hendaklah terima pandangan ketua.

KEPADA SIAPA BERSYURA


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini syura ertinya bertukar
fikiran, berunding atau berbincang yang berlaku dua hala dalam
mencari satu keputusan yang jitu bagi sesuatu perkara untuk
dijadikan tindakan oleh orang atau golongan tertentu atau untuk
tindakan bersama. Kalau begitu ertinya syura bukan kepada
semua orang, tapi mesyuarat itu, ia dengan seseorang yang cer-
dik (ada buah fikiran) dan sesuai dengan bidang atau kepakaran
yang ada, serta seorang yang bertaqwa. Kalau hendak disenarai-
kan adalah seperti berikut:
Orang yang hendak jadi partner dalam berbincang itu ialah:
1. Orang yang bertaqwa, supaya timbul keikhlasan dalam
berbincang dan dalam berlaku adil.
2. Orang yang cerdik (ada buah fikiran).
3. Seorang yang sesuai dengan bidang yang hendak kita bin-
cangkan itu.
4. Islam. Ini berdasarkan Hadis: “Jangan kamu bermesyuarat
dengan orang kafir dalam memikirkan urusan kamu.”
Sebab orang kafir tidak tahu hak atau batil. Orang kafir
juga ada yang memusuhi Islam, jadi takut mereka memberi
pandangan yang beracun.
Dengan empat syarat ini barulah Allah akan restu perbin-
cangan dan dapat kejayaan dalam perjuangan.
Bilangannya dua orang paling tidak. Tidak mesti rasmi-rasmi.
Katalah kita memang ada hendak bincang suatu perkara, tiba-
tiba berjumpa di rumah kenduri, mungkin kita ajak berjalan lalu
kita pun berbincang. Berbincang secara tidak formal lebih baik,
lebih mesra dan hati ke hati.
Kalau tentang dasar pelajaran, bincang dengan orang yang

378
KEPIMPINAN

berkaitan. Tentang agama dengan orang agama sahaja. Supaya


keputusan dibuat oleh ahlinya. Supaya tidak hancur. Hadis ada
berkata:
Maksudnya: “Tiada agama bagi yang tidak berakal.”
Ertinya panggil orang cerdik dalam agama. Tidak payahlah
satu dewan, kalau seorang saja yang layak, seorang itu sahaja
yang diajak berbincang.
Berkait dengan soal-soal dasar negara atau hukum-hakam
yang tidak jelas, contohnya timbul sesuatu isu, pemimpin negara
hendaklah bermesyuarat dengan ulama-ulama yang bertaqwa,
ilmunya luas, dihormati umum, punya pengalaman serta penge-
tahuan am atau general knowledge yang luas dengan tujuan
keputusan dihormati oleh orang ramai.
Ini termasuklah keputusan syura yang telah disebut sebelum
ini. Kalau ketua merasa ragu dengan keputusan syura itu untuk
dijadikan tindakan dalam negara, bolehlah ianya dibawa ke
majlis ahlul halli wal aqdi. Inilah Majlis Syuyukh atau Majlis
Tamfiz (meluluskan) segala tindakan. Ahli Majlis Syuyukh ini
tidak mesti dari pemimpin rasmi, boleh dijemput dari orang-
orang yang mempunyai ciri-ciri tadi.

379
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Lahir Batin Hendaklah Selaras

Lahir dan batin kita biarlah sama


terhadap pegangan kita terhadap Tuhan
Janganlah satu membohongi yang lain
Janganlah akal mempercayainya,
lisan kita mengakui
tapi jiwa kita tidak menghayati
Kita yakin dengan Tuhan,
lidah kita selalu menyebut-Nya,
tapi jiwa kita tidak rasa bertuhan
Akal kita yakin Tuhan itu berkuasa
tapi kita tidak terasa
Dia menguasai kita setiap masa
Kuasa Tuhan itu hanya akal sahaja tahu,
mulut selalu berkata,
namun hati tidak terasa
Begitulah akal juga percaya Tuhan itu melihat,
lisan juga kalau ditanya dia mengiakan,
tapi hati tidak terasa dilihat
Seterusnya sifat mendengar Tuhan diterima akal,
lidah juga tidak membohonginya
namun hati tidak sedar Tuhan mendengar
Sifat mendengar Tuhan hanya diketahui
di dalam pengetahuan,
akal tidak menolaknya,
tapi hati tidak terasa
Kerana itulah kita boleh bercakap bohong
Percakapan kita selalu sahaja sia-sia

380
KEPIMPINAN

yang tidak memberi apa-apa faedah


Percakapan kita selalu sahaja membohongi
pengetahuan kita
Sikap dan pengetahuan kita tidak sama
Sikap kita membohongi akal kita
Orang mukmin sejati,
akal, hati dan tindakannya sama
Ketiga-tiga anggota manusia itu selaras
Tidak membohongi satu sama lain
Jujur di luar, jujur di dalam
Apa yang nampak di luar, itulah sifat batinnya
Tidak bertentangan satu sama lain
Ciri-ciri nifak tidak wujud
Sama ada terang-terangan,
mahupun yang tersembunyi
Lahir dan batin sama-sama lurus
Tidak bercanggah satu sama lain,
yang lahir dengan yang batin
Begitulah sikap mukmin sejati

Menjelang tidur
01 – 08 – 2001

Sajak 2
Kepentingan Berdoa

Berdoalah kepada Tuhan tanda merendah diri kepada-Nya


Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang hal
Untuk menghilangkan kesombongan dan ketakburan
Memohonlah kepada Tuhan,
itu adalah salah satu sifat kehambaan
Berdoalah kepada-Nya tanda kita hamba yang lemah
Meminta kepada Tuhan tanda kita hamba kepada-Nya
dan baik sangka

381
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Memohonlah kepada Tuhan, Dia tetap mengabulkannya


sekalipun di Akhirat
Berdoa ertinya kita bermesra dengan Tuhan
Berdoa ertinya kita bermunajat dengan Tuhan
Berdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan
Mengadukan hal kita
Meminta itu dan ini
Bukankah itu satu keindahan dan kelazatan
Berdoa adalah satu ibadah
Bahkan ia dianggap otak ibadah
Doa adalah senjata orang mukmin
Berdoa adalah satu harapan
Berdoa termasuk perhubungan di antara hamba
dengan Khaliqnya
Orang yang tidak berdoa
ertinya dia sombong dengan Tuhan
Dia merasakan ada kuasa,
tidak perlu lagi kepada Tuhannya
Ini termasuk orang
yang telah putus rahmat dengan Tuhan

Menjelang tidur
15 – 10 – 1999

382
Kekeluargaan
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
PERKAHWINAN,
TUJUAN DAN FALSAFAHNYA

DI MANA RAHSIA KEBAHAGIAAN


SUAMI ISTERI?

S
ebelum saya menghurai tajuk ini, saya mulakan tulisan
ini dengan beberapa pertanyaan lebih dahulu. Dari per-
tanyaan-pertanyaan itulah setiap orang yang membaca
tulisan saya ini akan dapat memberi jawapan masing-masing
dan dari jawapan masing-masing itulah bertitik tolak rahsia yang
sebenarnya kebahagiaan suami isteri atau berlaku sebaliknya,
sama ada bagi yang sudah berkeluarga, yang belum atau yang
bakal berkeluarga, insya-Allah. Di antara pertanyaan-pertanyaan
yang saya ajukan adalah seperti berikut:
1. Mengapa saudara-saudari berkahwin atau ingin berkahwin?
Apa tujuan saudara-saudari berkahwin?
2. Lelaki atau perempuan bagaimana yang telah dipilih atau
akan dipilih untuk menjadi suami atau isteri? Adakah:
a. Kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, kerana
tampan atau segaknya?
b. Kerana kekayaannya?
c. Kerana keturunannya?
d. Kerana agama dan akhlaknya?

384
KEKELUARGAAN

MENGAPA BERKAHWIN?
Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, di
zaman moden dan sains teknologi canggih ini akan memberi
jawapan bahawa mereka berkahwin kerana ingin berseronok-
seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak berkahwin kita akan
terasa sepi.
Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu
berkahwin ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang
salah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan
yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu
kehancuran rumah tangga sama ada kita sedar atau tidak. Ke-
napa dan mengapa?
Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan. Hai-
wan berkelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan
nafsunya semata-mata. Tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu
sahaja.
Kedua: Kalau berkahwin dengan tujuan nafsu semata-mata,
ini amat merbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak
ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit,
atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah
kecantikannya sudah pudar, di waktu itu tarikannya sudah tidak
ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan
dia atau isteri minta cerai.
Kalaupun tidak bercerai kerana memandangkan anak-anak
sudah ada, tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu
itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Perhubungan suami isteri
sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat kerenah,
mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka
berlakulah krisis rumah tangga tidak berkesudahan. Kemudian
ia akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak.
Oleh itu berkahwin dengan tujuan hiburan seks semata-mata
tidak akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia lebih-
lebih lagi masyarakat yang bahagia.

385
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PEREMPUAN ATAU LELAKI MACAM


MANA PILIHAN KITA?
Di dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan,
berlakulah pemilihan itu dalam berbagai-bagai sudut dan aspek,
antaranya:
1. Ada orang memilih kerana kecantikan. Itu bagi lelaki. Kalau
perempuan, mereka memilih kerana kesegakan dan tam-
pannya seorang lelaki.
Kalau itulah menjadi target, ia amat merbahaya. Bahaya-
nya itu kalau tidak berlaku jangka pendek, mungkin akan
berlaku jangka panjangnya. Ia merbahaya bilamana sese-
orang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suami
sudah tidak kacak. Mungkin disebabkan selalu sakit atau
kerana kerja teruk atau berat hingga menghilangkan kecan-
tikan atau kekacakannya. Setelah berumur sudah tentu
hilang kecantikan. Di waktu itu tarikan sudah tidak ada lagi
untuk hubungan kelamin sebab berahi berkelamin sudah
lemah. Lebih-lebih lagi kalau di luar atau di tempat kerja
pergaulan kita bebas pula di mana rangsangan kepada pe-
rempuan atau lelaki di luar lebih daripada isteri atau suami
kita. Di waktu itu mudah sahaja bergaduh atau bercerai.
Kalau tidak bercerai pun, kerana anak sudah ramai atau
kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, namun per-
hubungan suami isteri sudah tidak indah lagi. Kereng-
gangan dan marah-marah pun mudah berlaku. Singgung-
menyinggung pun terjadi. Mudah sahaja benci-membenci.
Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktu
itu dan ia juga sangat memberi tekanan psikologi kepada
anak-anak. Anak-anak akan menjadi mangsa. Mungkin me-
reka menjadi liar, renggang dengan ibu bapa, benci duduk
di rumah dan suka mencari hiburan di luar rumah. Maka
mudahlah terjebak dan terlibat dengan dadah, rokok, arak,
bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina dan
berbagai-bagai jenayah kerana berpunca daripada rumah
tangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

386
KEKELUARGAAN

2. Ada orang memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan


kerana kekayaannya. Dia mungkin kaya sama ada kerana
gajinya besar, kerana dia dari keturunan orang kaya atau
sebab-sebab lain. Ini juga amat merbahaya kerana:
a. Mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri atau suami
itu dibuang kerja. Boleh jadi juga kekayaan yang ada itu
habis atau dia jatuh miskin kerana berbagai-bagai sebab
yang boleh berlaku. Di waktu itu sudah tentu akan ber-
laku kerenggangan di antara suami isteri. Mulalah tidak
senang satu sama lain. Benci-membenci pun boleh ber-
laku. Masam-masam muka pun terjadi. Pergaduhan dan
krisis rumah tangga pun terjadi. Pintu perceraian pun ter-
buka. Kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu berpi-
sah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga status
diri. Tapi apalah ertinya lagi rumah tangga yang sentiasa
bergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasa
bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yang
tidak berdosa, anak-anak juga akan terjadi seperti yang
kita ceritakan di atas.
b. Biasanya seorang lelaki yang berkahwin dengan perem-
puan kerana kekayaannya, si isteri tidak begitu hormat
dengan suaminya. Ini kerana dia merasakan bahawa dia-
lah yang menanggung suaminya. Atau kalau dia tidak
menanggung pun, dia merasakan boleh berdikari tanpa
pemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, dia
boleh hidup sendiri kerana dia memiliki kekayaan.
Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya ke-
pada suami akan berkurangan. Bahkan kalau suami itu ber-
sandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperhamba-
kan suaminya sesuka hati. Dia arah ke sana, arah ke sini,
suruh itu dan suruh ini. Dia akan kontrol suami sesuka hati
(queen control). Akhirnya wibawa suami tercabar, kuasa
suami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau takut
pak mentua atau takut mak mentua.
Biasanya isteri yang kaya itu selalu dibacking oleh ibu

387
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan ayahnya. Adakalanya isteri berani menengking dan


mengherdik suaminya. Apakah suami boleh tahan selama-
lamanya hidup begini? Apakah suami sanggup dayus se-
panjang masa? Apa suami boleh merasa bahagia dengan
hidup begini? Kalaupun tidak bercerai, saya rasa hidup ber-
keluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa. Tidak
ada kemerdekaan. Sedangkan rasa kemerdekaan itu satu
nikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.
3. Ada orang berkahwin kerana keturunan seperti keturunan
orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja,
keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar.
Kalaulah perkahwinan itu atas dasar itu sahaja yang tidak
ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat merbahaya
lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri.
Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nye-
but keturunannya dan dia akan menghina keturunan kita.
Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidak
ada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganya
memandang rendah terhadap suami hingga suami akan
terasa terhina atau inferiority complex. Di sini boleh men-
cacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalam
rumah tangga.
4. Berkahwin kerana agamanya. Seorang berkahwin sama ada
lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat.
Itulah yang dituntut oleh syariat.
Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Dikahwini perempuan itu kerana empat


perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan
kerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang ber-
agama supaya beruntung hidupmu.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

388
KEKELUARGAAN

Ia adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana berkahwin


di atas dasar agama itu, sama ada dia cantik atau tidak, kaya
atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masing
tetap merendah diri, berakhlak mulia, suami kasih dengan
isteri, isteri menghormati suami, suami memberi tang-
gungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggung-
jawab kepada suami. Akan berlaku tolak ansur, isteri meng-
utamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, ada
kerjasama, masing-masing berlumba-lumba hendak khid-
mat-mengkhidmati satu sama lain, maaf-bermaafan, isteri
memandang hormat dengan suaminya, suami sentiasa belas
kasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati, Allah
Taala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagai
jenisnya. Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehi-
dupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala,
menjadi bualan. Walaupun berusaha mencari kekayaan
dunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi matlamat,
bukan menjadi perbualan. Akhirnya dunia selamat, Akhirat
selamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalam
rumah tangga.
Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecan-
tikan, harta, keturunan, agama, pilihlah kerana agamanya. Ia
sangat menyelamatkan dunia dan Akhirat kita. Tapi kalau boleh
dapat keempat-empat sekali maka bertambah cantik dan indah-
nya kehidupan berumah tangga itu. Ia bertambah ceria dan
berseri tapi payah hendak dicari.

MENGAPA KITA BERKAHWIN?


Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal dengan
agamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-
cita hendak membangunkan agamanya secara syumul atau
global, kemudian diperjuangkannya, perkahwinan atau mendiri-
kan rumah tangga mempunyai erti yang besar. Ini kerana dari-
pada peribadi muslim dan keluarga muslim itulah titik tolak
atau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat,

389
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ke negara dan seluruh alam sejagat. Dari sinilah kalau pilihan


suami isteri itu tepat mengikut ajaran Islam, kemudian hiduplah
dua sejoli atau mempelai itu secara tuntutan Islam, selepas itu
kalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atau
anak-anak yang ramai dari dua insan yang berpadu kasih, yang
mempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudah
tentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehen-
daki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluarga
yang hidup secara Islam yang menjadi role model. Kalau suami
isteri yang lain pula mendirikan rumah tangga mempunyai cita-
cita yang sama, gabungan keluarga-keluarga yang menghayati
Islam itu menjadi masyarakat yang menghayati Islam lebih besar
lagi. Selepas itu sudah tentu mudah sahaja untuk menegakkan
Islam dalam negara dan seterusnya Islam sejagat.
Tidaklah seperti apa yang berlaku hari ini di seluruh dunia.
Bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memper-
juangkan Islam di peringkat negara, kerana individunya belum
bersedia. Keluarga Islam belum bersedia. Masyarakat lebih-lebih
lagilah belum bersedia. Oleh yang demikian, sudah tentu amat
payah sekali untuk diajak menegakkan Islam di peringkat
negara.

MENGAPA TERJADI DEMIKIAN?


Kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteri
yang berkahwin. Islam itu tidak menjadi matlamat mereka
mendirikan rumah tangga. Mereka tidak ada cita-cita Islam.
Berkahwin itu sekadar hendak melepaskan tuntutan naluri,
kemahuan semula jadi atau tuntutan biologi. Tidak ada pun di-
hubungkait dengan cita-cita Islam itu. Oleh yang demikian
apakah tujuan perkahwinan itu? Apakah sekadar melepaskan
nafsu?
Tujuan perkahwinan mengikut Islam yang sebenarnya adalah
seperti berikut:
1. Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu

390
KEKELUARGAAN

kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan


lelaki. Hakikat ini tidak boleh ditolak. Kita tidak boleh lari
daripada tuntutan semula jadi itu. Oleh itu untuk menyela-
matkan keadaan maka tujuan kita berkahwin agar jangan
sampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita
berkahwin agar ia tersalur secara yang halal yang memang
dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
2. Daripada perhubungan kelamin suami isteri itu, ia sebagai
sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan
melahirkan zuriat, anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat
kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi
hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang
akan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuangan
Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap
umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan
agar Islam itu terus bersambung dari satu generasi ke satu
generasi.
3. Kalau begitu tujuan kita berkahwin, kita inginkan anak yang
akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak
itu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pula
boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
4. Dengan perkahwinan itu, jika tujuan kita mendapat anak
berjaya, dan berjaya pula dididik dengan Islam dan menjadi
seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahir-
kan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan
sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat
sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset sim-
panan kita di Akhirat kelak
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila meninggalnya anak Adam maka


terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa

391
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.”


(Riwayat Muslim)
5. Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat
menjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi
ruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga kurun
dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal
nostalgia sahaja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah
dan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam berbuat. Kita
ingin sangat keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Di
dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendak
buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah
perkahwinan itu amat perlu sekali kerana hendak melahir-
kan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akan
tercetus masyarakat Islam yang lebih besar.
6. Seorang muslim bukan sahaja diperintah untuk mencari
keredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk meng-
hiburkan hati kekasih Allah Taala iaitu Rasulullah SAW,
yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan
ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka
sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya ber-
kahwin.
Maksudnya: “Bernikahlah kamu supaya kamu berketu-
runan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesung-
guhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di
hari Kiamat.” (Riwayat Al Baihaqi)
Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan
Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
7. Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira
dengan ramainya umat, maka kita sepatutnya juga berbang-
ga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk
memperbanyakkannya, lantaran itulah kita berkahwin. Jadi
kita berkahwin itu ada bermotifkan untuk meramaikan
umat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita berkahwin itu
ada cita-cita besar, bukan sekadar setakat hendak melepas-
kan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.

392
KEKELUARGAAN

8. Berkahwin itu jangan sampai putus zuriat kerana kita


berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam
sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal
siapa asal-usul kita atau mereka.
9. Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada per-
kahwinan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang men-
jadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama
lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah
Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan
orang mukmin itu mendapat pahala.
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-
maksud daripada perkahwinan di dalam Islam. Ia mempunyai
cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujud-
kan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasana
Islam. Kalau ia dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian
dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan
tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaan
ia akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi,
yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana sahaja di muka
bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria,
gembira dan bahagia. Barulah boleh kita meyakinkan orang lain
kerana keindahan Islam itu begitu terserlah.

393
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2
TUJUAN PERKAHWINAN
UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN

M
alang sekali di akhir zaman ini, kebanyakan umat Islam
atau ramai sekali umat Islam yang berkahwin, sudah
terlalu jauh menyimpang daripada tujuan dan maksud
asal. Berkahwin bukan lagi membawa cita-cita Islam. Berkahwin
tidak ada lagi dihubungkait dengan perjuangan Islam. Ber-
kahwin tidak lagi mempunyai cita-cita untuk menegakkan tapak
masyarakat dan umat Islam. Berkahwin bukan lagi dengan
tujuan-tujuan untuk menyiapkan aset jangka panjang untuk satu
perjuangan Islam yang sambung-menyambung. Selain daripada
tidak membawa cita-cita Islam, perkahwinan itu sudah mem-
bawa tujuan yang terlalu kecil, dengan maksud yang remeh-
temeh yakni tujuan yang sama seperti haiwan berkahwin. Ber-
kahwin itu dengan tujuan hendak memuaskan nafsu seks, untuk
berhibur dan berseronok-seronok atau kalau ada tambahannya
lagi selain daripada maksud-maksud tadi, ialah berkahwin
sekadar hendakkan anak. Juga kerana inginkan perlindungan,
kalau dia seorang wanita. Mungkin juga kerana tidak mahu sepi.
Sesetengah orang malu kalau tidak berkahwin, seolah-olah tidak
laku. Malu menjadi anak dara tua. Ada juga yang berkahwin
kerana memikirkan, “Nanti kalau aku mati siapalah pula yang
akan mewarisi harta aku.” Atau, “Kalau aku tidak berkahwin
nanti, sakit pening siapa yang akan mengurusnya. Siapa yang
akan menguruskan makan minumku.”

394
KEKELUARGAAN

Yang amat menyedihkan, waktu bertunang sahaja, waktu


hendak menyarungkan cincin ke jari perempuan, dihantar satu
angkatan dan rombongan lelaki dan perempuan dengan ber-
bagai hadiah yang mewah dan mahal. Belum lagi dengan han-
taran wang yang besar serta hadiah-hadiah serba satu. Apatah
lagi waktu kenduri perkahwinan, adakalanya dibuat di hotel
lima bintang, dijemput ribuan orang. Orang kecil, orang besar
semuanya datang, memakan belanja puluhan atau ratusan ribu
ringgit dengan program hiburan untuk memeriahkan dua
pengantin baru. Selepas itu disambung pula dengan berbulan
madu di tempat-tempat hiburan yang terkenal, membuang wang
ringgit yang banyak dan diisytihar di dalam surat khabar serta
di TV. Sedangkan tujuan perkahwinan itu terlalu kecil seperti
yang saya sebutkan tadi atau sebelum ini iaitu berkahwin dengan
tujuan untuk berseronok-seronok dan berhibur-hibur di antara
dua jenis manusia yang memang memerlukan satu sama lain.
Oleh itu jelas sekali di awal-awal lagi cita-cita dan perjuangan
umat Islam telah tersilap iaitu tersilap cita-citanya waktu seorang
hinggalah waktu pertemuan dua manusia yang berlainan jenis
pun tersilap lagi cita-cita itu. Selepas itu kalau Allah Taala tak-
dirkan dianugerahkan anak-anak, didikannya pula tersalah lagi.
Tidak mendidik yang ada hubung kait dengan cita-cita Islam
walaupun keluarga itu orang Islam. Bagaimanalah hendak lahir
rumah tangga atau keluarga Islam. Kalau Islam tidak dapat di-
tegakkan di peringkat keluarga, sudah tentu ia tidak lahir di
dalam masyarakat, dalam negara, dan lebih-lebih lagi dalam
alam sejagat kerana sudah tentu lebih sulit lagi untuk mene-
gakkannya.

395
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3
BUKANKAH BERKAHWIN ITU
UNTUK HIBURAN?

M
enurut ajaran Islam, tidak salah berhibur asalkan halal.
Lebih-lebih lagi ingin berhibur itu adalah fitrah semula
jadi manusia. Islam tidak menghalang tuntutan fitrah
semula jadi.
Di antara hiburan manusia ialah pertemuan lelaki dan perem-
puan atau dengan kata-kata yang lain ialah melakukan perhu-
bungan perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. Boleh
bersuka-suka, bergurau senda, melakukan hubungan jenis bah-
kan Islam menyuruh berbuat demikian demi membaikkan hati
kedua-duanya.
Tapi perlu diingat, ia bukan matlamat hidup di dalam per-
kahwinan. Ia adalah sampingan dari perkahwinan. Ia akan
berlaku dan terjadi dengan sendiri sama ada kita fikirkan atau
tidak. Ia terikut sama di dalam menegakkan cita-cita perkah-
winan.
Macamlah juga kita diperintahkan belajar dengan tujuan
menuntut ilmu sebanyak-banyaknya. Berilmu itu diwajibkan
kerana untuk mendapatkan kejayaan di dunia mahupun di
Akhirat, mestilah dengan ilmu. Tidak ada ilmu, kejayaan di dua
negara itu tidak akan dicapai. Apabila kita belajar, sudah tentu
kita terhibur dengan ilmu itu. Kita rasa seronok dengan maklu-
mat-maklumat yang kita dapati tetapi bukanlah kita belajar itu

396
KEKELUARGAAN

dengan tujuan hiburan dan seronok. Kita belajar dengan tujuan


kita hendak memperolehi ilmu agar mendapat kejayaan dunia
Akhirat dengan ilmu itu.
Jadi hiburan itu hanya sampingan. Ia terbawa sekali di dalam
mengejar matlamat itu. Tapi ia bukan menjadi matlamat di dalam
belajar.
Begitulah juga perkahwinan itu. Tujuannya seperti yang telah
saya sebutkan sebelum ini, tetapi apabila kita berkahwin, me-
manglah kita dapat berhibur dan berseronok sama. Kita dapat
berseronok dengan isteri, isteri pun dapat berhibur dengan kita.
Namun tujuan perkahwinan itu bukan untuk berhibur dan
berseronok. Tujuan perkahwinan kerana hendak menegakkan
cita-cita Islam seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.
Jadi berseronok itu ia terjadi dengan sendiri. Ia terikut sama
di dalam menegakkan cita-cita perkahwinan. Oleh itu apabila
kita mengatakan perkahwinan itu tujuannya bukan untuk ber-
hibur dan berseronok, tidak pula ertinya kita tidak boleh berse-
ronok di antara suami isteri. Bukan begitu. Setelah bersuami
isteri, berhiburlah, berseronoklah tapi itu bukan tujuannya. Ia
bukan matlamat perkahwinan.
Matlamat perkahwinan adalah lebih besar, lebih agung dan
lebih suci iaitu untuk menegakkan cita-cita Islam. Saya harap
saudara-saudari pembaca faham. Moga-moga tidak disalah-
fahamkan.

397
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4
APABILA PERKAHWINAN ITU
DIASASKAN ATAS CITA-CITA ISLAM

A
pabila suami isteri itu membangunkan rumah tangga atas
cita-cita Islam maka sudah tentu pergaulan keduanya
mengikut ajaran Islam. Bagaimana tanggungjawab suami
terhadap isteri, didikannya, makan minumnya, pakaiannya,
tempat tinggalnya dan akhlaknya tentulah sesuai dengan ajaran
Islam. Begitu juga layanan isteri terhadap suami, menghibur-
kannya, menyambut kepulangannya, tidak memberatkan suami
dan merendah diri.
Mereka akan sembahyang bersama, bekerjasama dan ber-
tolong bantu. Yang salah meminta maaf manakala yang benar
memberi maaf. Kedua-dua keluarga dihormati. Suami di luar
tidak memandang isteri orang atau perempuan lain. Isteri di
rumah menjaga maruah diri dan mengurus keperluan suami dan
anak-anak. Suami berpuas hati dengan isterinya dan isteri berasa
puas dengan suaminya. Kalau ada masalah, mereka berunding,
memikirkan dan cuba menyelesaikannya bersama.
Suami bertimbang rasa dengan isteri. Isteri pula tidak suka
meminta-minta dengan suami. Bahkan berpuas hati dengan apa
sahaja yang diberi oleh suami. Salah isteri diberi tunjuk ajar, salah
suami dilupakan. Di waktu suami lemah semangat, isterilah
yang memberi semangat. Di waktu isteri tidak faham, suamilah
yang memberi faham. Suami tidak berkasar dengan isteri. Isteri

398
KEKELUARGAAN

pula sentiasa menghormati suami. Kalau suami bercakap, isteri


mendengar dengan sepenuh hati. Kalau isteri bersedih, dihibur-
kan oleh suami. Kejahatan masing-masing tidak pernah didedah-
kan kecuali kerana ingin meminta bantuan kepada orang-orang
tertentu untuk membaikinya.

399
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Panduan Perkahwinan

Sesiapa berkahwin satu pintu maksiat tertutup


Iblis pula sedih melolong-lolong dan meraung
Kerana benteng zina telah menyekat membuat jahat
Kerana itulah siapa mampu berkahwinlah cepat

Rasulullah suka umatnya berkahwin cepat


Dia gembira dengan ramainya umat
Berkahwinlah dengan berpandukan syariat
Rumahtangga berkat dan mendapat rahmat

Apabila berkeluarga kenalah takutkan Tuhan


Itulah anak kunci kebahagiaan dan keharmonian
Tuhan janganlah ditinggalkan di dalam kehidupan
Dia adalah pelindung dan penyelamat

Di dalam keluarga kenalah bertolak ansur


Maaf-bermaafan, bekerjasama dan jujur
Suami bertanggungjawab isteri mendengar kata
Anak-anak taat dan hormat ibu bapa

Apabila berlaku ini semuanya di dalam keluarga


Rumahtangga laksana syurga sebelum Syurga
Kalau ternafi itu semuanya di dalam keluarga
Rumahtangga ibarat neraka sebelum Neraka

Menjelang tidur
26 – 01 – 2003

400
KEKELUARGAAN

Sajak 2
Selamat Pengantin Baru

Selamat kedua pengantin baru


Selamat berhadapan dengan kehidupan yang baru
Pengantin baru akan berhadapan dengan tanggungjawab baru
Bersedialah dengan hati yang tabah dan jiwa yang jitu
Hidup suami isteri tidak selamanya gembira
Sekali-sekala berhadapan dengan ujian yang mencabar
Kalau jiwa masing-masing tidak bersedia
Kehidupan rumah tangga akan gagal
Iman perlu ada, taqwa mesti ada di dada
Di samping ilmu pengetahuan panduan hidup kita
Itulah di antara syarat-syarat berumah tangga
Kalau tidak rumah tangga kucar-kacir dibuatnya
Jadikanlah cinta Tuhan mengatasi segala-gala
Agar cinta yang lain tidak memporak-perandakan keluarga
Cinta murahan biasanya memecahbelahkan rumah tangga
Akhirnya terjadilah perceraian di antara dua jenis manusia
Oleh itu sebelum berumah tangga kenalah bersedia
Dengan ilmu, iman, taqwa di dada
Setelah melayari lautan rumah tangga
Segala persiapan sudah sedia ada

Menjelang Maghrib
26 – 01 – 2003

Sajak 3
Panduan Buat Pengantin Baru

Apabila dua mempelai diijabkabulkan


Terjadilah sudah dua suami isteri secara halal
Ia diberi nama pengantin baru
Bermulalah dua jenis manusia hidup di alam baru

401
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Pengantin baru di satu segi hidup terhibur


Di sudut lain pula tanggungjawab baru muncul
Apabila ada anak tanggungjawab lebih mencabar
Rumah tangga akan hancur jika tidak bersabar

Diucapkan pengantin baru melayari kapal kehidupan


Dinasihatkan melayari kapal kehidupan
dengan bijaksana
Hiduplah di dalam suasana kasih sayang
dan bekerjasama
Agar kapal kehidupan belayar
di dalam keadaan saksama

Cintailah Allah di dalam kehidupan


Syariat Tuhan jadikan panduan
Takutilah Allah di dalam pergaulan
Ia merupakan anak kunci, kedamaian dan kebahagiaan

Jika ada masalah di dalam keluarga berbincanglah bersama


Bertolak ansurlah di dalam keluarga
Suami hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga
Isteri dan anak-anak hendaklah taat dan setia

Menjelang tidur
25 – 01 – 2003

Sajak 4
Perkahwinan Lambang Kasih Sayang

Perkahwinan adalah lambang kasih sayang


Kalau bukan cinta-mencintai
tidak akan jadi suami isteri
Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca
dari kasih sayang
Atau dua orang laki-laki dan perempuan
akhirnya jadi suami isteri hasil cinta-mencintai

402
KEKELUARGAAN

Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata


Makin lama berkahwin semakin ramai anak-anak
penghibur hati
Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa
atau suami isteri
Hiburan ertinya kebahagiaan
dan penyejuk hati dua ibu bapa
Kelahiran anak-anak pun adalah lambang
kasih sayang sesama manusia

Anak-anak yang lahir


dari suami isteri secara semula jadi,
kasih sayang dengan ibu bapanya
Betapalah ibu bapanya lebih-lebih lagi
kepada anak-anaknya
Datang generasi baru hasil perkongsian hidup
juga lambang kasih sayang
Kasih sayang cinta-mencintai
di antara adik-beradik semula jadi
Lahirlah perpaduan di kalangan keluarga
hasil kasih sayang
Diikat pula satu sama lain oleh ibu bapa mereka
kepunyaan bersama

Tapi apabila mereka dewasa


perlu berumah tangga
Masing-masing membangunkan pula
rumah tangga yang tersendiri
Oleh kerana mereka masing-masing
ingin mempertahankan keluarga mereka
Dengan adik-beradik mereka mulalah renggang
sesama sendiri

Kalau dari asal adik-beradik mulanya kasih sayang


akhirnya renggang
Renggang oleh kerana kepentingan diri atau keluarga

403
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Betapalah dengan orang yang tidak ada


hubungan keluarga
Lebih-lebih mudah lagilah hilang kasih sayang
sesama mereka

Apabila hilang kasih sayang di kalangan manusia


bahaya pun datang
Mudah hasad dengki, mudah prejudis,
mudah berdendam, mudah berkelahi
Akhirnya bahaya bertambah kronik dan menjadi-jadi
Berpukul-pukulan, berbunuh-bunuhan,
berperangan, kemusnahan pun terjadi

Di sini dapat difahami perpaduan


atas dasar fitrah semula jadi tidak mencukupi
Mudah renggang, mudah hilang
apabila ada kepentingan peribadi
Kerana kepentingan peribadilah manusia bergaduh,
berperang sesama sendiri
Kepentingan peribadilah yang menjadikan manusia
terseksa sesama mereka

Kasih sayang adalah amat penting


kerana ia keperluan bersama
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan
sesama manusia
Dari perpaduan ada rasa bersama,
boleh bekerjasama hidup harmoni pun menjelma
Di sinilah kebahagiaan manusia sejagat,
keamanan dan keharmonian

Kerana kasih sayang keperluan bersama


dari sanalah datangnya bahagia
Sepatutnya setiap bangsa dan agama
perjuangkan kasih sayang di mana-mana
Rahsia kasih sayang yang teguh
dan perpaduan yang unggul perlu dicari

404
KEKELUARGAAN

Perjuangkanlah Tuhan, hingga Tuhan dicintai,


dari cinta Tuhan terjadi cinta sesama manusia
Keamanan sejagat pun berlaku
hidup harmoni pun menjadi realiti

Malam
21 – 10 – 2002

Sajak 5
Akibat Bercinta Sebelum Kahwin

Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu


Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,
berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin, di waktu bercinta
semuanya indah-indah belaka
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelek,
sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun wangi,
peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,
tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah
sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau harum,
sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya yang dipakai
namun baunya menyakitkan
Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,
sekarang yang mudah satu kewajipan pula
dianggap masalah
Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah,
rupanya sebelum separuh jalan, punah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik,
sekarang yang baik dianggap jahat
Betapalah yang jahat,

405
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan


Perang mulut pun mula terjadi,
masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan
Kadang-kadang tidur pun berasingan
atau tidur membelakang
Dahulu marahnya pun indah,
sekarang senyumnya pun pahit macam jadam
Masing-masing bawa diri,
izin-mengizin sudah tiada lagi
Makin bertemu perang menjadi-jadi,
makin berjumpa makin benci-membenci
Akibatnya apa sudah terjadi pada suami isteri ini?!
Kedua-duanya pergi jumpa tuk kadhi
minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi
Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin
Indahnya dan manisnya sudah habis
barulah diijabkabulkan

Selepas Tarawikh
10 – 11 – 2002

406
KEKELUARGAAN

5
APABILA MENDAPAT ANAK

S
etelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, dengan
takdir Allah Taala yang Maha Berkuasa, kita mendapat
pula beberapa orang anak. Bagi kedua-dua suami isteri
yang memang sudah terdidik dan terpimpin hidup secara Islam
sejak awal-awal lagi yang mana budaya Islam dalam kehidupan
berumah tangga memang sudah mendarah daging, maka dari-
pada modal itulah kedua-duanya mendidik dan menurunkan-
nya kepada anak-anak.
Anak-anak agak mudah meniru selepas ada kuliah secara
langsung atau tidak secara langsung dari ibu bapa. Tarbiah dan
asuhan yang diberi oleh ibu bapanya mudah diikut kerana
melihat sikap ibu bapanya. Melalui akhlak ibu bapanya, ibadah
ibu bapanya, pergaulan ibu bapanya, bagaimana makan minum,
tidur baring ibu bapanya, melihat di waktu senang dan di waktu
susah ibu bapanya, di waktu sakit dan sihatnya, anak-anak dapat
melihat bagaimana disiplin Islam itu berjalan, berperanan dan
berfungsi.
Maka anak-anak pun dengan pertolongan Allah, terdidik
hidup secara Islam. Hasilnya rumah tangga atau keluarga itu
bertambah cantik, menarik, bertambah indah dan ceria. Ianya
bertambah mesra, berkasih sayang, bahagia dan bertambah har-
moni.

407
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di waktu bersembahyang, semua sekali bersembahyang ber-


jemaah. Ayah atau suami jadi imam manakala ibu atau isteri
dan anak-anak menjadi makmum. Anak-anak hormat kedua ibu
bapanya. Waktu-waktu tertentu seperti waktu anak-anak hendak
pergi ke sekolah atau balik dari sekolah dan apabila hendak pergi
ke mana-mana, mereka akan berjumpa ibu dan ayah lebih da-
hulu meminta izin serta mencium tangan keduanya, memberi
salam waktu pergi dan balik.
Di rumah ada jadual waktu bekerja, waktu membaca Al
Quran, membaca buku agama, membaca dan membuat kerja-
kerja sekolah, waktu menolong ibu dan ayah. Ada jadual waktu
bermain. Di waktu-waktu hujung minggu atau cuti sekolah, ada
majlis keluarga diisi dengan kuliah-kuliah, nasihat-nasihat
daripada ibu dan ayah, ada nasyid-nasyid dan perbincangan
sesama sendiri serta diajar doa-doa lepas sembahyang. Waktu
makan, makan bersama. Diajar adab makan, minum, doa-doanya
sebelum dan selepas makan minum. Siapa yang membuat salah,
selepas banyak kali diberi nasihat, dilanggar juga, tidak salah
mereka dihukum secara berpatutan.
Adakalanya dirotan tapak kakinya. Adakalanya disuruh
membaca pelajaran sekian-sekian jam, membaca Al Quran se-
kian-sekian banyak, sembahyang sunat sekian-sekian rakaat,
dilambatkan makan, atau makan tidak diberi lauk, atau waktu
makan tidak diberi makan. Hukuman itu melihat keadaan apa
yang sesuai untuk mereka. Kalau mereka bergaduh akan di-
semukakan, ditanya dan disoal serta didatangkan saksi-saksi di
kalangan mereka, kemudian diberi nasihat seterusnya disuruh
maaf-bermaafan. Mungkin juga kalau munasabah, dihukum
seperti yang disebut di atas.
Akhirnya mereka membesar di dalam rumah tangga terdidik
dan terasuh secara Islam. Makin mereka membesar, makin mesra
dan sebati dengan akhlak dan tingkah laku Islam. Kalau
sekiranya Allah takdirkan mereka tidak cemerlang pun di dalam
pelajaran mereka, tapi mereka ada iman, ada akhlak, ada syariat,
hormat ibu bapa, hormat orang tua, hidup bekerjasama, boleh

408
KEKELUARGAAN

beribadah dan melaksanakan lain-lain lagi tuntutan Islam. Lebih-


lebih lagi jika cemerlang di bidang pelajaran.
Sejuk hati ibu dan ayah melihatnya. Tenang rumah tangga.
Kalau ada pun krisis berlaku, ianya terlalu sedikit, mudah di-
bendung dan diselesaikan. Hidup mereka berdisiplin, tidak
membuang-buang masa dan gejala tidak sihat payah mempe-
ngaruhi mereka.
Itulah dia ibu dan ayah mithali yang berjaya mendidik anak-
anak secara Al Quran dan Sunnah serta berjaya menyediakan
tapak kepada masyarakat Islam.

409
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6
PERBUALAN SUAMI ISTERI
YANG ADA CITA-CITA ISLAM

A
pabila pasangan yang mendirikan rumah tangga ada cita-
cita Islam, perkataan-perkataan yang selalu dikeluarkan
untuk perbualan selain daripada berbual-bual untuk meng-
hiburkan satu sama lain, untuk mendatangkan ghairah satu sama
lain, untuk rangsang-merangsang agar kasih sayang bertambah,
sudah tentulah membualkan, membincangkan, bertukar fikiran
tentang:
– Iman.
– Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan di dalam diri
mahupun keluarga.
– Bagaimana hendak mendidik anak-anak secara Islam yang
lebih berkesan lagi.
– Bagaimana hendak memajukan pelajaran anak-anak.
– Bagaimana hendak melakukan agar anak-anak itu lebih
halus akhlak mereka.
– Bagaimana mereka mentaati Allah, Rasul dan dua ibu bapa.
– Bagaimana hendak melahirkan kasih sayang dan perpaduan
di kalangan anak-anak.
– Bagaimana anak-anak jangan terjebak dengan gejala-gejala
tidak sihat.
– Bagaimana hendak menghadapi anak-anak yang nakal.

410
KEKELUARGAAN

– Bagaimana agar mereka pandai bergaul dengan jiran,


dengan kawan-kawan sekolahnya dan dengan orang ramai.
– Bagaimana hendak dibuat lagi agar mereka bertambah cinta
dengan Allah, Rasul-Nya, ibu bapanya dan agamanya.
– Bagaimana hendak melatih agar anak-anak suka berkhidmat
kepada orang terutama kepada ibu bapa dan keluarga.
– Bagaimana hendak menghiburkan mereka secara halal agar
mereka tidak tension.
– Bagaimana hendak melatih anak-anak agar pandai mengu-
rus rumah tangga, memasak, menjahit.
– Selain itu membual-bualkan dan mengulas isu semasa, khu-
susnya yang berlaku di tanah air sendiri terutama yang ada
hubungkait dengan Islam, dengan umat Islam, mengenai
agama mereka, akhlak mereka, perpaduan mereka dan
kehidupan mereka.
– Kalau berlaku kemungkaran dan maksiat di masyarakat,
mereka kedua juga akan membincangkan sama bagaimana
hendak mengatasinya.

Beginilah di antara contoh-contoh perbualan keluarga yang


ada cita-cita Islam. Mereka tidak akan bercerita, berbual-bual,
berbincang yang sia-sia, yang tiada faedah, membawa tamak
dengan dunia, yang membawa hati lalai atau boleh menda-
tangkan permusuhan di antara suami isteri, yang membawa nilai
dunia, lupa Allah Taala, lupa Rasul, lupa agama, lupa Akhirat,
lupa membaiki diri dan lupa bertaubat.

411
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

7
PERBUALAN BIASA SUAMI ISTERI
YANG TIDAK ADA CITA-CITA ISLAM

S
ecara umum, bagi suami isteri yang tidak ada cita-cita
Islam, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelang
tidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau
di waktu-waktu cuti, perbualan mereka biasa berkisar sekitar:
– Makan minum, pakaian, keperluan rumah, melancong, duit,
perabot, dan hal-hal mengenai dunia semata-mata.
– Menceritakan hal ehwal jiran-jiran, keluarga, masa depan,
masa selepas pencen dan bila hendak naik pangkat.
– Cerita-cerita mengenai kerja di pejabat atau di sekolah ter-
lalu banyak, tentang bos pejabat terlalu cerewet, guru besar
suka menyinga, mengumpat dan mengata orang-orang
tertentu yang mereka benci atau iri hati. Di celah-celah itu
mereka bertekak, kata-mengata, tuduh-menuduh, berte-
gang-tegang urat di antara suami isteri. Masalahnya ialah
cemburu dengan suami, suami tidak beli itu, tidak mahu
beli ini, tidak tunai janji, tidak mahu bagi duit atau kedekut
sangat. Suami pula tidak senang kerana isteri suka berleter,
lebih suka tunjuk kasih kepada ibu dan ayah daripada
suami, berkasar dengan anak-anak, masak tidak sedap, di
luar bersolek, di rumah tidak mahu bersolek.

Itulah di antara perbualan-perbualan, perbincangan-perbin-

412
KEKELUARGAAN

cangan yang biasa dilakukan oleh suami isteri yang tidak ada
cita-cita Islam. Cerita iman, cerita Islam, cerita ibadah, cerita
akhlak, cerita Akhirat, cerita Tuhan, cerita dosa pahala, cerita
bertaubat, cerita sembahyang, cerita bagaimana hendak men-
didik anak-anak secara Islam dan cerita susah tentang gejala
masyarakat yang tidak sihat, tidak ada di dalam kamus hidup
mereka. Mereka tidak minat hendak bercakap tentang ini semua.
Oleh itu manalah hendak timbul kasih sayang di antara suami
isteri. Manalah hendak dapat ketenangan jiwa. Manalah anak-
anak hendak taat dan hormat kepada ibu bapa. Manalah suami
tidak jemu dan isteri tidak merajuk selalu.
Tidak hairanlah mengapa anak-anak terlibat dengan gejala-
gejala tidak sihat, perhubungan renggang dan lari dari rumah.
Bagaimanalah hendak mendapat kebahagiaan dan keharmonian
rumah tangga.
Akhirnya berkahwin yang asalnya dengan tujuan hendak
berhibur, tidak terhibur lagi. Hendak berseronok-seronok hanya
waktu mula-mula berkahwin sahaja. Tidak sampai ke hujung.
Akhirnya membawa kepada perceraian. Kalaupun tidak bercerai
kerana takut berpisah dengan anak-anak, namun kehidupan
suami isteri tidak ada apa-apa erti lagi. Kasih sayang sudah tiada,
hormat-menghormati tidak wujud, bertolong bantu secara ter-
paksa, bermasam-masam muka selalu dan mudah sahaja ber-
tengkar. Anak-anak menjadi bingung, anak-anak benci duduk
di rumah lalu mulalah liar. Tidak seronok di rumah. Suka keluar
rumah untuk menenangkan fikiran. Akhirnya terlibat dengan
dadah, rokok, bohsia, bohjan, budaya lepak, mungkin zina dan
lain-lain perkara yang tidak sihat.

413
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8
KALAU RUMAH TANGGA
TIDAK DAPAT MENEGAKKAN SYURGA

K
alau di dalam sebuah keluarga, ada suami, ada isteri, suami
sebagai ayah, isteri sebagai ibu, ada anak-anak, mereka
adalah darah daging daripada hasil perkongsian hidup dua
suami isteri atau daripada ibu dan ayah, mengikut fitrah semula
jadi, biasanya hati mereka dekat antara satu sama lain. Hati
terikat di antara satu sama lain. Ada pautan, lebih-lebih antara
anak dengan ayah dan ibu, sampai bila-bila pun, walau bagai-
mana keadaan pun tidak akan terputus hubungan rahim serta
hubungan darah daging kerana mereka adalah sebahagian dari-
pada ibunya dan sebahagian daripada ayahnya.
Jika dalam rumah tangga itu tidak dapat menegakkan syurga,
tidak wujud kasih sayang, tidak ada perpaduan, tidak ada
kerjasama, tidak ada hormat-menghormati satu sama lain, suami
atau ayah boring di rumah, isteri seronok hendak balik kampung,
tanda hubungan dengan suami telah renggang. Anak-anak pula
lebih suka di luar rumah, melalak-lalak tidak ada tujuan, balik
malam-malam kerana jemu melihat hubungan ibu dan ayahnya
sudah tidak terjalin lagi. Walhasil masing-masing duduk di ru-
mah keluh-kesah, tidak terhibur dan masing-masing membisu.
Kalau bercakap pun ada yang kena sindir. Seolah-olah tidak ada
hubungan antara satu sama lain.
Kalau begitu keadaannya dalam rumah tangga, apakah yang
boleh membangunkan syurga di dalam masyarakat yang lebih

414
KEKELUARGAAN

luas lagi, yang mana anggota-anggotanya selain telah ramai dan


luas daerahnya, tidak ada hubungan darah, sekadar kenalan
sahaja, bahkan ramai yang tidak kita kenal lagi? Jawapannya
lebih lagi tidak mungkin bahkan hampir mustahil untuk me-
wujudkan syurga.
Itulah dia kesan dan risikonya apabila dua individu muslim
itu berkahwin bukan atas landasan cita-cita Islam. Cita-citanya
sekadar untuk melepaskan tuntutan fitrah atau kemahuan
biologi. Tidak lebih dari itu. Atau sekadar inginkan berhibur
kerana lelaki dan perempuan itu memang perlu-memerlukan
dan ada tarikan antara satu sama lain. Akhirnya, hiburan yang
diharapkan dari satu sama lain pun tidak sampai ke hujung.
Selepas itu terasa rumah tangga adalah neraka.

415
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

9
ALANGKAH INDAHNYA
RUMAH TANGGA JADI SYURGA

M
emanglah setiap orang yang ingin mendirikan rumah
tangga, mengharapkan rumah tangga menjadi syurga.
Jika ianya terjadi di dalam realiti hidupnya, lahir di dalam
kenyataan yang selama ini hanya di dalam angan-angan atau di
dalam harapan semata-mata, sudah tentulah indahnya hidup
dan kehidupan itu dirasakannya.
Rasa senang, tenang, bahagia dan harmoni, meskipun di
dalam keadaan miskin. Kalau bukan kerana ada kewajipan lain
di luar rumah, rasa tidak mahu hendak keluar rumah kerana
apa yang diangan-angankan selama ini ada di dalam rumah.
Di dalam rumah ada segala-galanya. Iman dapat di rumah,
akhlak mulia menceria dan mencahayakan rumah tangga bak
bunga-bunga yang kembang memeriahkan taman di waktu pagi.
Syiar Islam begitu terserlah.
Melihat isteri, tenang hati, kerana setianya. Melihat suami
senang hati, kerana bertanggungjawabnya dia. Melihat ibu ayah
terasa kenyang. Jiwa yang kosong terasa terisi. Tiadanya mereka
kedua, terasa kekosongan. Rindu-merindui satu sama lain. Ada-
nya mereka di tengah keluarga, selesai segala masalah.
Melihat anak-anak, sejuk hati kerana mereka mendengar kata
dan hormat ibu bapa. Tidak pernah didengar di dalam rumah
tangga kata nista, cakap-cakap yang menyakitkan hati, bertekak,

416
KEKELUARGAAN

bertegang urat, kata-mengata, tuduh-menuduh, maki hamun,


cerca-mencerca, cakap kotor dan lucah, apatah lagi pukul-me-
mukul, tumbuk-menumbuk, tendang-menendang, lengan-me-
lengan dan terajang-menerajang.
Tampak sungguh kebesaran Allah itu di dalam rumah tangga
kerana anggota keluarga itu membesarkan Allah Taala melalui
sembahyang berjemaah, qiamullail, membaca Al Quran, tasbih,
tahlil dan tahmid. Juga dari kuliah-kuliah Islam untuk keluarga,
makan bersama, bekerjasama, maaf-bermaafan, nasihat-mena-
sihati, ingat-mengingati dan masing-masing ada tugas mengikut
kedudukan masing-masing.
Itulah dia rumah tangga Islam. Rumah tangga yang menjadi
syurga. Itulah hasil perjuangan dua suami isteri Islam yang ber-
kahwin kerana cita-cita Islam, untuk kemegahan Islam bukan
untuk kemegahan diri. Itulah dia syurga sementara waktu sebe-
lum Syurga yang menunggu di Akhirat nanti. Itulah dia syurga
yang disegerakan sebelum Syurga yang kekal abadi.

417
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

10
APA YANG PERLU
UNTUK MENEGAKKAN
RUMAH TANGGA ISLAM

M
enegakkan rumah tangga Islam bukan sekadar penghuni-
penghuninya Islam. Rumah tangga Islam ertinya disiplin
Islam itu berjalan dan berperanan di dalam rumah tangga.
Wujudnya suasana ibadah, semua anggota berakhlak mulia se-
pertimana secara rambang telah kita ceritakan sebelum ini.
Untuk membangunkan rumah tangga Islam tidak cukup
sekadar suami isteri Islam. Juga tidak cukup sekadar suami isteri
itu bercita-cita Islam. Ia memerlukan mereka faham ilmu penge-
tahuan Islam, faham mendidik isteri dan anak-anak serta ada
ilmu tentangnya. Faham psikologi isteri dan anak-anak secara
umum. Suami atau ayah boleh jadi imam bersembahyang. Isteri
sedikit sebanyak faham psikologi suami, juga anak-anak. Ber-
usaha bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan sikap,
dengan perihal, serta boleh memberi tunjuk ajar dan penjelasan
mengenai ilmunya. Sabar melaksanakannya serta sabar mendi-
dik mereka. Didik dengan lemah-lembut tetapi tidak salah sekali-
sekala memarahi serta menghukum mereka yang bersalah. Cu-
ma tidak sampai melampaui batas. Cara-cara menghukum telah
disebut sebelum ini, tidak perlu diulang lagi.
Oleh itu sebelum seorang lelaki atau perempuan itu berkah-
win, kenalah menyedia, menyiap dan melengkapkan diri lebih
dahulu dengan amalan dan ilmu Islam, ilmu rumah tangga

418
KEKELUARGAAN

menurut Islam, ilmu mendidik anak-anak, ilmu kewajipan se-


orang suami dan kewajipan seorang isteri terhadap suaminya,
ilmu untuk ibadah, ilmu akhlak, ilmu bersuci dan mengurus
rumah tangga menurut Islam. Tidak cukup sekadar menyimpan
duit dan menyediakan tempat tinggal untuk berhadapan dengan
perkahwinan.
Di antara kelemahan umat Islam di akhir zaman ialah mereka
berkahwin sebelum ilmu-ilmu mengenai rumah tangga menurut
Islam itu ada. Bahkan sesetengah orang itu, ilmunya untuk
sekadar mengesahkan akidah. Ilmu untuk ibadah-ibadah yang
asas pun belum ada lagi, apatah lagi lebih daripada itu. Lantaran
itulah di akhir zaman tidak usah hendak menegakkan Islam di
dalam masyarakat dan negara, untuk menegakkan Islam dalam
peribadi dan keluarga pun amat sulit sekali.
Hal-hal seumpama ini hendaklah diambil perhatian, diper-
juangkan lebih dahulu sebelum pergi lebih jauh. Kalau tidak,
cita-cita Islam yang lebih besar dan global akan gagal. Tinggal
harapan-harapan dan kenangan nostalgia yang silam sahaja.

419
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

11
PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI
YANG MEMINTA HAKNYA
KEPADA SUAMI

I
steri-isteri boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat-
peringkat dalam meminta atau mendapatkan haknya dari-
pada suami mereka, antaranya adalah seperti berikut:
1. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan oleh
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Untuk me-
minta, tidak sekali. Apatah lagi terhadap perkara-perkara
yang tidak perlu. Kalau diberi pun dia tolak bahkan adakala-
nya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka
menolong suaminya.
Itulah golongan yang bersifat siddiqin. Golongan ini
payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini. Macam
hendak mencari belerang merah atau mencari gagak putih.
Ini adalah perempuan yang luar biasa.
2. Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu
(dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan meminta-
nya. Bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu, dia
tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak
ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suami-
nya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan
muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di

420
KEKELUARGAAN

zaman kebendaan ini. Di zaman orang memburu dunia dan


orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri)
dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti
ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi ma-
kan minum, tempat tinggal atau kenderaan. Namun kalau
suami tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula men-
jadi masalah. Maka itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang
perlu (dharuri) bahkan yang tidak perlu pun dia suka me-
minta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas
dan tidak pernah rasa cukup. Sudah mewah pun rasa tidak
cukup. Mahu lagi dan selalu meminta lagi. Kalau tidak di-
beri, menjadi masalah pula. Dia merungut, marah-marah,
sakit hati, merajuk, hingga menjadi masalah di dalam rumah
tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja
derhaka dengan suami. Apatah lagi dengan Tuhan. Sikap,
tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan
suaminya. Membuatkan suaminya selalu serba salah. Ber-
bagai-bagai kehendaknya diberi, berbagai-bagai kemahuan-
nya terpaksa ditunaikan. Adakalanya pakaian terpaksa hen-
dak ditukar sebulan atau dua bulan sekali. Asyik pergi shop-
ping sahaja. Namun demikian, tidak juga puas dan tidak
juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhir-
nya krisis rumah tangga tidak pernah berhenti, sentiasa
bergolak, sentiasa bergelombang, macam air laut yang tidak
pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan
bergelora. Lama-kelamaan bercerai juga. Kalaupun tidak
bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak
menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak-peranda.
Apalah ertinya rumah tangga yang begitu rupa. Di manalah
keindahannya lagi? Apalah bahagianya jika gelombang dan
gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan
jadi kepada anak-anak yang melihat ibu bapa sentiasa
macam kucing dengan anjing.

421
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

12
PERINGKAT-PERINGKAT SUAMI
DALAM MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB

D
alam memberi tanggungjawab yang asasi terhadap isteri,
para suami boleh dibahagikan kepada beberapa pe-
ringkat iaitu:
1. Suami yang mampu, sentiasa peka dan siap siaga memberi
tanggungjawab kepada isteri dengan tidak payah diminta
oleh para isteri. Dia tahu sahaja apa yang hendak diberi sama
ada makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Juga di
luar yang perlu, yang tidak pula keterlaluan atau yang mu-
nasabah, yang masih dibenarkan oleh syariat, jika dia mam-
pu dia tidak pula keberatan memberi. Itulah golongan As
Siddiqin.
2. Suami yang juga mampu, sentiasa peka dan bersedia mem-
beri apa-apa yang perlu kepada isteri-isteri tanpa diminta
oleh isteri. Tapi perkara di luar yang perlu, dia tidak akan
memberi. Kalau diminta, jika dia mampu, tidak pula kebe-
ratan untuk memberi. Itulah golongan muqarrobin.
3. Suami yang mampu, tidak memberi apa-apa kepada isteri
sekalipun yang dharuri. Apatah lagi di luar yang perlu.
Namun demikian kalau diminta, tidak pula keberatan dia
memberi kepada isteri-isteri. Jika dia mampu, dia tidak pula
susah untuk memberi tanggungjawabnya. Itulah dia go-
longan orang yang soleh.

422
KEKELUARGAAN

4. Suami yang mampu tetapi tidak tahu atau tidak mahu


bertanggungjawab terhadap isteri-isteri sekalipun yang
dharuri. Kalau diminta pun, dia tidak mahu bertanggung-
jawab. Kalau dia memberi juga, dengan rasa terpaksa. Dia
memberi dengan sakit hati. Adakalanya terpaksa bergaduh
lebih dahulu dengan isteri, bermarah-marah dan bermasam-
masam muka, barulah dia hendak memberi. Suami begini
lebih suka kalau isteri bekerja untuk boleh menanggung diri
sendiri bahkan kalau boleh dia hendak tumpang sama
makan daripada hasil usaha isteri. Itulah dia golongan yang
fasik. Suami yang seumpama ini kalau dikekalkan tabiat
dan sikap ini, lebih-lebih lagi berhadapan dengan isteri yang
tidak sabar, sudah tentu rumah tangga sentiasa bergolak.
Krisis tidak habis-habis, kasih sayang tidak ada, kebaha-
giaan dan keharmonian rumah tangga tidak wujud. Akhir-
nya membawa perceraian atau kalau tidak bercerai pun
kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau hendak
jaga wibawa. Apalah ertinya hidup berumah tangga yang
tidak ada ketenangan.

423
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

13
RENUNGAN UNTUK
SUAMI ISTERI YANG BEKERJA

K
ita rasa pelik dan aneh manusia hari ini. Sebagai renung-
an, mari kita lihat pelik dan anehnya tentang suami isteri
yang bekerja. Antaranya:
1. Mereka mengeluh tentang penjagaan anak-anak, tapi isteri
disuruh bekerja atau dia sendiri (si isteri) suka bekerja.
2. Mengeluh mencari pembantu rumah amat susahnya, tapi
isteri disuruh bekerja di luar rumah. Tidak senang bila isteri
kurang memberi layanan. Bagaimana hendak melayan sua-
mi, balik ke rumah isteri sudah letih. Adakalanya dia bekerja
balik larut malam.
3. Isteri-isteri ada yang cemburu dengan pembantu-pembantu
rumah tapi malangnya dia sendiri yang hendakkan pem-
bantu.
4. Ada suami isteri takut mengambil pembantu rumah, maka
dipanggillah ibunya untuk menjaga anak-anaknya. Sudah-
lah kita dahulu dia menjaganya, sekarang anak kita pula
kita suruh dia menjaga. Di mana adab kita dengan orang
tua? Sepatutnya orang tua kita itu kita suruh dia rehat-rehat
sahaja dan kita jaga dia, bukan dia yang hendak menjaga
kepentingan-kepentingan kita.
5. Kita inginkan isteri taat setia kepada kita. Bagaimana dia

424
KEKELUARGAAN

hendak setia, sebelum kahwin lagi dahulu perangai kita


telah diketahuinya. Di samping itu dia makan gaji, duit ada
di poket. Adakalanya gaji dia lebih besar daripada gaji kita
dan kelulusannya lebih tinggi dari kelulusan kita. Dia boleh
berdikari. Bagaimana hendak memberi sepenuhnya ketaat-
an kepada kita.
6. Yang isteri pula tidak senang kurangnya layanan suaminya.
Dia lupa, yang melayan makan minum suaminya orang
gajinya atau ibunya. Dia balik sudah keletihan. Adakalanya
suami ada di rumah, dia belum balik lagi dari kerja. Ada-
kalanya suaminya bercuti rehat, isteri tidak dapat cuti. Ada-
kalanya suami ada kereta, isteri juga ada kereta. Masing-
masing pakai kereta masing-masing, seorang ke hulu
seorang ke hilir. Sesetengah isteri sudah balik ke rumah pun,
orang cari dia lagi kerana dia orang penting masyarakat.
Bila hendak layan suami? Orang datang ke rumah bukan
cari kita, mereka cari isteri kita, justeru dia orang besar
negara. Bagaimana tidak tersentuh hati suami.
7. Kita tidak senang dengan anak-anak kita. Selalu sahaja ke-
luar rumah, balik lewat malam. Taat setianya sudah tidak
ada lagi dengan kita. Macam-macam hal dibuat di luar ru-
mah. Kita lupa kita suami isteri makan gaji, selalu tidak ada
di rumah. Anak-anak terbiar dan tidak terurus. Kalaupun
ada yang melayan, orang gaji. Mana sama dengan ibu bapa.
Kita sebagai ibu bapa, bila balik, badan sudah letih. Mudah
sahaja marah-marah dengan anak-anak. Sudahlah begitu,
kita sebagai suami isteri atau ibu bapa di dalam keluarga,
tidak ikut syariat pula. Kalau bersembahyang pun tidak
berjemaah. Anak-anak tidak diberatkan bersembahyang.
Beradab dengan ibu bapa tidak diajarkan. Bagaimana makan
minum, berpakaian, tidur baring, berehat, adab dengan jiran
tidak pernah didisiplinkan. Kemudian kita susah hati anak-
anak telah menjadi liar.
Sudahlah begitu, TV pula memainkan peranan mendidik
kita dan anak-anak kita di luar adab sopan agama dan

425
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bangsa. Pengaruh TV itulah yang membangunkan insaniah


kita dan mereka. Kemudian kita merasa terseksa di dalam
keluarga kerana masing-masing tidak ada rasa bersama dan
kerjasama, tidak ada timbang rasa, tidak ada hormat-meng-
hormati dan bertolak ansur sudah tidak wujud.
Kemudian kita yang di dalam rumah tangga atau keluar-
ga yang sudah kusut itu pergi bekerja ke pejabat, ke kilang,
ke sekolah. Sudah tentu sekalilah kita membawa fikiran
yang kusut, jiwa yang berserabut di tempat kerja kita. Penya-
kit rumah tangga itu terpalit pula di tempat kerja. Di sana
pula sudah tidak dapat bahagia.

Tidak nampak lagikah manusia itu di mana puncanya ke-


hilangan kasih sayang, keharmonian dan kebahagiaan?

426
KEKELUARGAAN

SAJAK

Sajak 1
Isteri yang Solehah

Isteri yang solehah sentiasa taat dengan Allah


dan patuh dengan suami
Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf
Cemburu dengan suami tidak ada di dalam sikap
Kepulangan suami disambut dengan senyum
dan penuh hormat

Kekurangan yang diberi oleh suami


dia tidak menyanggah
Bahkan merasa puas hati apa sahaja yang ada
Sentiasa berpuas hati apa sahaja
yang diberi suaminya
Kesilapan suaminya sentiasa didoakan kepada Allah

Dengan suaminya sentiasa sahaja


berbaik sangka
Sama ada cepat balik atau lambat balik
tidak mengapa
Dengan suaminya dia sentiasa sahaja redha
Sekalipun suaminya banyak kekurangan yang dia rasa

Sentiasa simpati dengan suami di waktu bila pun


tampak di wajahnya
Kebuntuan suami dia selalu sahaja memberi semangat
dengan kata-kata
Suaminya dapat semangat dengan kata-kata isterinya
yang bertimbang rasa
Suaminya dapat inspirasi dari isterinya

427
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Begitulah sifat isteri yang solehah dengan suaminya


Senang dan susah sanggup hidup dengan suaminya
dengan bahagia
Merungut-rungut tidak ada di dalam kamus hidupnya
Menjadikan suaminya sentiasa cinta kepadanya
dan bertimbang rasa
Hidup berkeluarga aman damai,
harmoni sekalipun papa

Menjelang tidur
10 – 12 – 2002

Sajak 2
Suami yang Soleh

Suami yang soleh sangat bertanggungjawab


kepada keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia
Syariat Tuhannya adalah disiplin
di dalam rumah tangganya

Tanggungjawab dunianya suami tidak pula


mencuaikannya
Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus
dengan baiknya
Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya
yang paling utama
Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anak
dan isteri-isterinya menjadi budaya

Kerenah anak-anak dan isteri-isterinya


dia sabar menanggungnya
Dihadapi dengan lemah lembut,
tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya

428
KEKELUARGAAN

Sentiasa mendoakan mereka,


berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada
di dalam sikapnya

Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya


Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka
Urusan Akhirat sangat diutamakannya
Urusan dunia tidak pula diabaikannya,
di waktu mereka memerlukannya

Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri


sentiasa dimaafkannya
Mereka dididik penuh bijaksana dengan tabahnya
Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya
Rasa bersama, bekerjasama, Tuhan diutama,
keluarga bahagia

Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab


kepada keluarga
Kerana takutnya dengan Tuhannya
dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anaknya dan isteri-isteri sangat taat
dan menghormatinya
Kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia

Selepas Isyak
13 – 01 – 2004

Sajak 3
Keluarga Role Model

Ya Allah
Engkau jadikanlah rumahtanggaku
syurga sebelum Syurga
Anak-anak cahaya mata, isteri mengikut kata

429
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tuhan!
Jadikanlah rumahku masjid mengingati-Mu
Sumber ilham dan ilmu
Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku
Tetamu yang datang membawa rahmat
Perginya, penghapusan dosa
Wahai Tuhan
Jadikanlah rumahku kerehatanku,
tempat aku mendapat kekuatan jiwa
Tempat aku mengecas bateri jiwaku
Apabila aku keluar rumah
Kereta perjuanganku bertambah laju
Ya Allah!
Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku
Role model untuk ditiru
Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku
Memimpin masyarakat diharapkan juga
Berilah aku kekuatan iman dan ilmu
Kesihatan dan buah fikiran
Kelapangan masa untuk berjuang
Boleh menilai diri baik buruknya

Ya Allah!
Jadikanlah Engkau cinta agungku
Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untuk-Mu
Bahkan jiwa ragaku
Dan berikanlah aku kawan-kawan yang setia
Yang boleh berjuang bersamaku susah dan senang
Akhir sekali ya Allah
Ampunkanlah seluruh dosa-dosaku
Dan dosa-dosa keluargaku serta pengikut-pengikutku
Amin ya Rabbal Alamin
Istajib do’ai

430
Kemasyarakatan
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
MENGAPA MASYARAKAT ISLAM
TIDAK DILIHAT INDAH?

I
slam adalah agama akidah, agama ibadah, akhlak dan per-
aturan serta undang-undang hidup di dalam semua aspek
kehidupan sama ada dari persoalan kekeluargaan, masya-
rakat, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, perhubungan, kene-
garaan, ketenteraan hinggalah alam sejagat.
Jika sekiranya Islam itu dapat difahami, dihayati dan di-
amalkan keseluruhannya, akan dapat dilihat bahawa penganut-
penganutnya adalah manusia yang berakidah, beribadah,
berakhlak, berdisiplin, cergas, aktif dan berhubung antara satu
sama lain. Dari sini lahirlah manusia yang berukhwah, berpadu,
maju, aman damai, bahagia dan harmoni.
Akan tetapi pada hari ini kita lihat umat Islam dan masya-
rakat umum amat kusut sekali, haru-biru, huru-hara, kelam-
kabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak
sehaluan, tidak sependapat dan tidak satu fikiran. Masing-
masing ada tujuan-tujuan yang tersendiri, tidak seia-sekata dan
tidak serentak menuju satu matlamat yang menjadi cita-cita
Islam. Bersimpang-siur antara satu sama lain. Tidak di satu
barisan yang tersusun rapi seperti satu bangunan yang tersusun
dan indah. Mereka bercelaru, satu ke hulu, satu ke hilir. Satu ke
darat, satu ke baruh. Satu ke lurah, satu ke bukit. Satu ke timur
dan satu ke barat. Akhirnya accident dan berembuk sesama sen-
diri. Akhirnya umat Islam yang rugi.

432
KEMASYARAKATAN

Ada yang kaya berfoya-foya, sombong, membuang masa dan


melakukan pembaziran. Hidup sendiri-sendiri.
Ada yang miskin tidak sabar. Merungut sana, merungut sini.
Mengeluh di sana, mengeluh di sini. Mereka kelihatan resah
gelisah.
Yang berilmu hanya memikirkan diri. Dia mencari harta
dengan ilmunya. Dia bergaul dengan masyarakat hanya di
majlis-majlis rasmi. Hidup juga bersendirian.
Pemuda-pemudinya hidup tidak tentu hala dan tidak tahu
matlamat. Berkumpul membuang masa, bohsia, bohjan, me-
lepak-lepak, sakit mata melihatnya.
Para pemerintah dan penguasa menggertak-gertak, mem-
bentak-bentak, mengugut-ugut dan menakut-nakutkan seolah-
olah tenggelam punca. Tidak tahu bagaimana hendak mendidik
rakyatnya.
Di dalam keluarga, masing-masing hendak lari keluar. Ter-
utamanya anak-anak. Mereka gelisah sahaja. Panas punggung
duduk di rumah kerana di rumah tiada ketenangan dan tiada
kebahagiaan.
Begitulah gambaran masyarakat Islam di seluruh dunia.
Begitu kusut dan menyakitkan mata memandang. Kalau kita
hendak membuat perbandingan, sepertilah kain buruk yang
luntur warnanya, berculang-caling, bertompok-tompok, ada
hitam, ada kelabu, ada merah, ada biru, ada kuning dan lain-
lain warna kerana ditimpa berbagai-bagai hal. Keadaannya be-
gitu comot sekali. Sakit mata memandang dan perasaan hati
terasa jijik.
Atau dengan gambaran yang lain sebagai perbandingan,
macam kita melihat di satu lembah yang busuk, becak, ber-
lumpur, penuh sampah sarap yang berbagai-bagai warnanya.
Baunya busuk, sangat jelik dilihat. Hati liar dibuatnya. Begitulah
gambaran masyarakat umat Islam di seluruh dunia.
Mengapa terjadi demikian? Mengapa gambaran masyarakat
Islam begitu buruk? Mengapa Islam itu begitu cantik tetapi

433
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

penganutnya tidak cantik? Mengapa Islam itu indah sedangkan


penganut-penganutnya sudah tidak indah lagi?
Terjadinya yang demikian itu adalah dari sebab-sebab seperti
berikut:
1. Sesetengah umat Islam di seluruh dunia, Islamnya tinggal
akidah semata-mata. Ibadah sudah tidak dibuat lagi. Apatah
lagi perkara-perkara selain ibadah, lebih-lebih lagi tidak
mencerminkan ajaran Islam. Hiduplah cara mana mahu
hidup. Buatlah apa yang terasa. Ikutlah siapa yang hendak
diikut. Kadang-kadang dia pun tidak tahu apakah dia se-
orang muslim atau tidak. Cuma dia dengar-dengar bahawa
dia adalah keturunan umat Islam. Maka dia pun mengaku
orang Islam. Apa itu Islam, dia tidak tahu. Golongan ini
masih ramai.
2. Ada segolongan umat Islam, agamanya hanya setakat
akidah dan ibadah sahaja. Itu pun ibadahnya tidak mengikut
ilmu yang tepat dan beribadah pun tidak konsisten. Kadang-
kadang buat, kadang-kadang tidak. Rasa hendak buat, dia
beribadah. Rasa tidak mahu, berhenti dahulu. Atau waktu
terpaksa beribadah. Contohnya kerana ada majlis rasmi di
masjid, kenalah bersembahyang. Selepas itu rehat pula. Ke-
mudian apabila terasa hendak beribadah, buat pula. Di
aspek-aspek yang lain, jangan cerita. Dia buatlah apa sahaja
yang dia mahu. Ia tidak ada kena-mengena lagi dengan
Islam. Islam memang tidak ada hubung kait lagi dengan
persoalan kehidupan. Golongan ini juga ramai.
3. Ada golongan pula di kalangan umat Islam, dia berakidah
dan ibadahnya tetap dibuat, tidak pernah tinggal. Bagai-
mana pun, di sudut-sudut lain dia tidak ambil kira sangat,
seperti di aspek makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan
tempat kerja. Hal-hal itu, ikut Islamkah atau tidak, dia tidak
ambil pusing sangat. Jatuh kepada haram atau halal, dia
tidak ambil kira. Akhlak juga tidak dijaga. Kalaupun ada
yang sesuai dengan ajaran Islam bukan pula dirancang tapi
hanya secara kebetulan sahaja. Kerana yang dia jaga sangat

434
KEMASYARAKATAN

ialah akidah dan ibadah sahaja. Yang lain tidak dijaga.


Golongan ini agak ramai.
4. Satu golongan lagi, akidahnya bagus, ibadahnya juga agak
bagus. Memang dia jaga. Makan, minum, pakaian, tempat
tinggal dijaga jangan sampai melanggar ajaran Islam. Begitu
pun di sudut-sudut lain pula terabai. Dia tidak ambil kira
sangat. Seperti tidak ambil kira tempat bekerja walaupun
melanggar perintah Islam seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan. Begitu juga akhlaknya tidak dijaga. Boleh sahaja
mengumpat, mengata, menghina, hasad, pemarah, som-
bong, riyak, tamak, bakhil, memfitnah, mengadu domba dan
lain-lain lagi. Golongan ini juga agak ramai.
5. Ada golongan yang akidahnya dijaga, ibadah tidak dicuai-
kan dan akhlak boleh tahan dengan orang luar tetapi dengan
anak isteri cuai. Di dalam keluarga tidak ada pendidikan
formal atau tidak formal. Dengan anak isteri boleh buat lebih
kurang, tidak ada perbincangan, tidak ada usrah, tidak ada
pengajian dan tidak ada mesyuarat sesama ahli keluarga.
Dengan anak isteri marah-marah sahaja. Didikannya hanya
setakat: kalau anak isteri buat salah, dia marah-marah. Dia
anggap itulah didikan. Padahal itu adalah hukuman, bukan
didikan. Suasana Islam tidak ada di dalam rumah tangga
dan hubungan renggang di antara keluarga. Padahal Islam
itu selain bermula dari diri, ia juga bermula dari rumah tang-
ga. Golongan ini juga agak ramai dan keadaan ini berlaku
merata.
6. Ada golongan yang sangat menghayati Islam. Akidahnya
dijaga, ibadahnya istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Halal haram di dalam semua hal sangat diambil berat. Akh-
laknya dengan Tuhan atau dengan manusia sentiasa diambil
berat. Kalau dia melakukan kesalahan atau tertinggal
amalan yang pernah dibuat walaupun sunat, dia sangat
menyesal dan dia akan tampung dengan kebaikan. Dia akan
tampung dengan sembahyang sunat, sedekah, dengan
menolong orang dan lain-lain. Dengan anak isteri berjalan

435
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

syariat Islam, sembahyang berjemaah bersama, ada program


membaca Al Quran, ada jadual kuliah dan perbincangan.
Ibu dan ayah menjadi suri teladan, berkasih sayang sesama
keluarga, bekerjasama di antara satu sama lain. Golongan
ini sudah tidak ramai lagi. Mereka ini sudah dianggap orang
ganjil dan pelik oleh masyarakat.
7. Golongan ini selain bersikap seperti golongan yang keenam,
mereka sibuk memperjuangkan Islam. Islam itu diperjuang-
kan melalui ceramah-ceramah, nasihat-nasihat, tulisan-
tulisan, membuat kebaikan di tengah masyarakat seperti
selalu bersedekah, sering menolong orang susah dengan
berbagai-bagai cara, suka berkhidmat dengan masyarakat
dan pantang mendengar orang susah, mesti ditolongnya.
Dia menyedarkan masyarakat kepada Islam secara bilhal
atau secara sikap, agar orang ramai faham bahawa begitulah
caranya Islam itu. Golongan ini lebih-lebih lagi terlalu
sedikit. Macam antah dalam beras atau macam mencari
gagak putih.

Kalau secara rambang atau secara umum umat Islam seluruh


dunia telah terbahagi kepada tujuh golongan. Itu belum kita
perinci dan detailkan lagi. Bagaimanalah umat Islam hendak
berkasih sayang? Bgaimanakah boleh bersatu padu? Senangkah
hendak bertolong bantu? Mudahkah hendak seia-sekata? Mu-
dahkah hendak berjuang di dalam satu barisan yang tersusun,
menuju satu haluan?
Kalau umat Islam seluruh dunia ini, sudah tidak sama dan
tidak seirama dalam memahami, menghayati, mengamalkan dan
memperjuangkan Islam, bolehkah umat Islam menjadi kuat dan
berdaulat? Bolehkah lahir satu umat yang berakhlak dan ber-
wibawa hingga dihormati oleh bangsa-bangsa lain di dunia?
Kalau kehidupan umat Islam sudah begitu kusut seperti yang
telah kita paparkan sebelum ini, dari manakah kita hendak
bermula untuk memulihkannya semula? Bermula dari duit? Ber-
mula dari hiburan? Bermula dari politik? Bermula dari ilmu?

436
KEMASYARAKATAN

Berjuang memulihkan semula masyarakat Islam yang begitu


haru-biru itu mesti bermula daripada iman dan ilmu. Iman dan
ilmu mesti dari didikan. Dari didikan baru datang penghayatan.
Dari penghayatan baru datang cinta kepada Allah, Rasul dan
agama-Nya, atau baru datang takut kepada Allah Taala. Dari
takut itu mereka melaksanakan. Dari melaksanakan, lahirlah
bangsa yang bertaqwa. Setelah bertaqwa barulah datang bantuan
dan pembelaan dari Allah Taala. Setelah Allah Taala bela, barulah
datang kekuatan, kedaulatan dan seterusnya kejayaan yang
diredhai-Nya.
Begitu pun, hendak melahirkan proses itu atau metodologi
untuk ditempuh hingga sampai ke matlamatnya, mesti ada
figure atau pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, ber-
akhlak mulia, yang dihormati dan disegani, disayangi dan di-
patuhi. Kalau nilai peribadi pemimpin itu sama dengan nilai
peribadi rakyat umum atau lebih rendah lagi, siapakah yang
boleh terima? Siapakah yang boleh hormat? Siapakah yang akan
sayangi? Siapakah yang akan patuhi?
Kita semua boleh memberi jawapan. Sudah tentu perjuangan
umat Islam tidak sampai ke mana. Kalau hendak memperjuang-
kan di satu aspek sahaja seperti membangun dan maju sahaja,
mungkin boleh. Bagaimana pula di aspek iman, taqwa, akhlak,
ketaatan dan kasih sayang?
Cukupkah dengan maju sahaja? Orang Barat sudah maju
tetapi apa telah jadi kepada masyarakat mereka? Kita semua
tahu keadaannya. Tidak perlulah saya sebutkan lagi. Apakah
umat Islam mahu mengejar kemajuan sahaja seperti orang Barat
lakukan. Masing-masing kita jawablah sendiri.

437
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Umat Islam Sudah Nafsi-Nafsi

Ke mana sahaja kita pergi terasa sepi


Sekalipun di tempat ramai
Ke mana sahaja kita berada,
kita rasa macam berdagang di negeri orang
Padahal di negeri sendiri
Kerana tidak ada siapa yang ingin bertanya,
berkenal dan bermesra
Lebih-lebih lagi tidak akan ada sesiapa
Yang mengajak ke rumah sebagai tetamunya
Tegur sapa sesama umat Islam terlalu kurang
Memberi salam jarang sangat berlaku
Kalau kita orang yang baru datang di satu tempat
Dia pandang kita, kita pandang dia
Namun tegur sapa ingin tahu sudah jarang terjadi
Hanya pandang-memandang,
namun ingin berkenal jauh sekali
Umat Islam hari ini masing-masing
satu sama lain curiga-mencurigai
Kerana itulah kemesraan sudah tidak ada lagi
Ingin berkenal satu sama lain sudah tidak perlu
Betapalah untuk mendapat kawan,
jauh panggang dari api
Aduh, sepinya dunia ini
Walaupun di dalam hiruk-pikuk manusia
Sekalipun di tengah ramai
Tapi umat Islam sudah hidup nafsi-nafsi

438
KEMASYARAKATAN

Masing-masing menjaga diri


Satu sama lain tidak percaya-mempercayai
Sungguh rasa asing sekali ke mana kita pergi
Sungguh rasa sepi di mana sahaja kita berada
Di negeri sendiri terasa macam berdagang di negeri orang
Sekarang ini seolah-olahnya kita musafir sepanjang masa
Kerana orang tidak ingin hendak berkenal dengan kita

Lepas Zuhur
25 – 09 – 1999

Sajak 2
Manusia Tidak Sedar Sebab Perangai Merekalah
Hidup Tidak Harmoni

Telah menjadi fitrah semula jadi manusia


Tidak kira apa bangsa dan etniknya
Ingin dikasihi, dihormati dan bersatu padu
serta hidup harmoni
Tapi kebanyakan mereka menyumbang
kepada orang lain membencinya
Sedar atau tidak, tabiat mereka banyak
yang membawa kepada pecah belah
Sikap manusia banyak yang membawa
mementingkan diri sendiri
Tamak, bakhil, hasad, sombong,
ingin nama dan glamor
Ia adalah sebahagian penyakit yang membawa
benci-membenci, renggang-merenggang
dan berpecah belah
Akibat daripada mazmumah-mazmumah itu
fitrah semula jadi manusia tidak terisi
Keinginan bersama selalu sahaja
tidak sampai matlamatnya
Apa yang tidak dikehendaki bersama itulah yang terjadi

439
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Yang dikehendaki bersama oleh manusia tidak terjadi


Hiduplah manusia di dalam kemajuan
tapi di dalam ketakutan
Ada setengah orang dia senang
tapi di dalam kebimbangan
Manusia makin pandai tapi tidak ada kebebasan
Kerana tidak semua tempat berada di dalam keselamatan
Sekalipun tidak ada undang-undang menyekat
untuk ke sana
Tapi diri manusia sendiri yang membataskan
Kerana takut di tempat itu banyaknya jenayah
Begitulah kehidupan manusia sentiasa
di dalam ketakutan
Oleh perbuatan mereka sendiri
Yang adakalanya mereka tidak sedar
perangai mereka menyumbang
kepada hidup tidak harmoni

10.50 malam
18 – 07 – 2001

440
KEMASYARAKATAN

2
PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUM
MERDEKA DAN SELEPASNYA

P
erbezaan-perbezaan dalam keadaan masyarakat sebelum
merdeka dan selepasnya dapat dilihat dalam aspek-aspek
berikut:
1. Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya boleh
berada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakat
sudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin
(rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahan
dan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orang-
orang kaya.
2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang
semuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah me-
nebal.
3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung di-
anggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiap
orang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pun
dilarang merotan. Betapalah orang biasa.
4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyo-
rok-nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secara
terang-terangan.
5. Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani.
Sekarang orang tidak peduli.

441
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6. Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, men-


ziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal
keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahi
orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung.
Kini ia jarang berlaku lagi.
7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan,
orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berun-
ding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari ini
suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka
berdua yang berkira.
8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebih-
lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggap
satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan
berdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.
9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji
agama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sese-
tengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-
muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama
sudah jadi komersil.
10. Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka
tidak diziarahi lagi.
11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung,
sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya dan
makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang mem-
bawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuri
atau menceroboh.
12. Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, me-
reka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak
jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.
13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orang
tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanya
dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.
14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan

442
KEMASYARAKATAN

untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidak


ada lagi.
15. Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru
boleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mesti
khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang
berkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan
Al Quran.
16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al
Quran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan
sambil mengatakan kepada guru itu, “Kalau anak saya ini
nakal, rotanlah dia dengan rotan ini”. Sekarang merotan
murid satu pantang larang.
17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah ke-
pada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.
18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap
kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi
budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.
19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu
sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang
berjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadi
budaya.
20. Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelaki
dengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mesti
lebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarang
kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.
21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain,
contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balik
bercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan
turut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang penting
di kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarang
sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di
kampung sudah tiada lagi.
22. Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar

443
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar


rumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri atau
dengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.
23. Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak
bertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Se-
karang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan.
Betapa pula setelah bertunang.

444
KEMASYARAKATAN

SAJAK

Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka

Aku hidup sempat berada di dalam empat kerajaan


Dua kali kerajaan British, sekali pemerintahan Jepun,
sekali kerajaan Malaysia yang merdeka
Semasa penjajahan terutama penjajahan Jepun
di antara kesusahan dan penderitaan
secara umum akan diceritakan sebagai pengetahuan
Miskin dan papa merata-rata tempat berlaku sangat ketara
Kemudahan kehidupan seperti alat-alat perhubungan,
jalan raya, tempat tinggal dan pakaian amat susahnya
Berbagai-bagai penyakit tidak ada orang yang tidak diserangnya
Ubat-ubatan sangat terbatas, hanya ubat tradisi sahaja
Harimau mengganas, kerbau, lembu, kambing
jadi sasaran bahamannya
Tempat belajar sangat terbatas terutama di zaman Jepun
Kerana itulah cerdik pandai Melayu terlalu kurang
Merata di kalangan orang Melayu buta huruf
terutama kaum ibu
Rata-rata orang Melayu mundur
Pekerjaan sangat terbatas
Ramai yang bekerja sendiri
Di kalangan orang Melayu hanya berjawatan polis,
askar, cikgu
Peringkat kerani hanya bilangan jari
Pendapatan rakyat tidak menentu
Untuk menziarahi keluarga sekadar sejauh 20 dan 30 batu
jarang berlaku, terasa sangat jauhnya
Kalau lebih jauh dari itu terputus terus
tidak tahu ke mana hendak dicari sampai mati
Kemajuan boleh dikatakan tidak ada pembangunan

445
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

hanya ala kadar sahaja


Pembangunan sangat terbatas sekali
hanya di bandar-bandar sahaja
Bangunan yang paling tinggi di waktu itu hanya 7 tingkat
Hutan merata-rata tempat kerana belum diserang
oleh pembangunan dan kemajuan
Jalan raya amat dhaifnya
Perjalanan di antara satu tempat ke satu tempat
terasa amat jauhnya
Tapi di celah-celah kesusahan dan kepayahan itu
ada yang indahnya
Kasih sayang masih berbunga
Ia berbuah sekalipun tidak lebat
Lebih-lebih lagi sesama keluarga
Bekerjasama tanpa digesa sangat ketara
Sebagai contoh yang ia jadi budaya:
Membuat rumah bergotong-royong bersama
Membuat bendang berderau sesama sekampung
Kalau kenduri-kendara kenduri bersama
Masing-masing membawa bahan mentahnya
untuk dimasak dan makan bersama
Di musim buah, buah-buahan di kebun siapa pun
boleh diambil bersama
Siapa yang mengambilnya sekalipun tidak ada keizinan tuannya
tidak dianggap mencuri
Siapa yang menangkap ikan dapat lebih
diagih-agihkan sekampung
Perempuan-perempuan muda terutama anak dara
dijaga bersama, tidak ada yang berani menodainya
Kalau berlaku sekali-sekala insiden riuh-rendah sekampung,
yang melakukannya sangat malunya
adakalanya berpindah dari kampung
Jarang mendengar kecurian, rompak, samun, pergaduhan,
apatah lagi pembunuhan
Berzina, sumbang muhram, buang anak, rogol
hampir tidak kedengaran

446
KEMASYARAKATAN

Perceraian susah berlaku dan jarang terjadi


Anak-anak masih menghormati ibu bapanya
Murid-murid masih kasih dengan guru-gurunya
Apatah lagi guru agama dan ulama sangat dihormati
Guru-guru agama dan ulama tempat rujuk orang kampung
Hingga hendak nikah kahwin pun bertanya tok guru
Ziarah-menziarahi masih jadi budaya terutama sesama keluarga
Mencari jodoh adalah urusan orang tua
bukan urusan peribadi, kekal sampai mati
Orang miskin tidak terbiar ada sahaja orang yang memberi
Orang-orang tua atau pemimpin dihormati dan dimuliakan
Orang segan dengan mereka
Krisis di antara puak terlalu sedikit
Apatah lagi kerana politik tidak terjadi
Setelah merdeka apa sudah terjadi?
Setelah merdeka memang tidak dapat dinafi
banyak perkara positif terjadi
Semua orang terasa hal itu, tidak boleh dinafi
Ramai orang Melayu yang pandai dan berjawatan tinggi
Buta huruf sudah tidak ada lagi
Kemajuan dan pembangunan merata negara dan negeri
Kemewahan di kalangan orang Melayu
sudah wujud agak merata
Ramai di kalangan orang Melayu menjadi jutawan
dan bilionwan segera
Kemiskinan semakin berkurangan
Tapi yang malangnya bahkan sangat menyedihkan
budaya lama yang positif
bahkan yang diperlukan setiap masa
hilang begitu sahaja tidak dipertahankan
Lahir pula perkara positif yang baru
menggantikan perkara positif yang lama
yang sangat disayangkan
Kemajuan pesat berlaku tapi budi bahasa yang indah layu
bahkan hilang ditiup bayu
Orang Melayu sudah pandai-pandai

447
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

yang berjawatan tinggi sudah ramai


hidup nafsi-nafsi pula jadi budaya
Gotong-royong, bekerjasama, rasa bersama hilang
kecuali digesa-gesa dan terpaksa atau pura-pura
Hidup agak selesa, alat perhubungan mudah
tapi ziarah-menziarahi kurang sekali
kalau ada, terpaksa aja
Selepas merdeka orang Melayu boleh melancong seluruh dunia
tapi tidak pula membawa identiti Islam Melayu
Di waktu itu orang Melayu sudah berfikiran terbuka
maka terbuka pula krisis merata
Orang Melayu terima demokrasi
boleh memilih pemimpin sendiri
tapi berbalahan, perpecahan menjadi-jadi
Wujud sekolah di mana-mana
belajar mudah tapi kasih sayang pecah
ibu bapa, guru-guru tidak dihormati lagi
Peluang pekerjaan terbuka luas
tapi jenayah merata-rata terjadi
perkelahian, pergaduhan, pembunuhan, zina, rogol,
sumbang muhram menjadi berita setiap hari
Mudah pergi ke mana-mana, tapi ketakutan juga
berlaku di mana-mana
Dahulu masjid tempat ibadah, lambang perpaduan
sekarang tempat berbalah dan berpecah belah
Sepatutnya orang Melayu rakyat atau pemimpin
setelah merdeka bebas menambah perkara-perkara
yang positif di atas perkara positif yang sudah ada
Tapi mengapa melahirkan perkara positif yang baru
korbankan pula perkara positif yang lama
Padahal yang lama sangat diperlukan, yang baru juga diperlu
Seolah-olah orang Melayu terpaksa membuat pilihan
di antara dua
Kalau hendakkan perkara yang baru yang sangat berguna
terpaksa korbankan perkara yang lama yang juga berguna
Mengapa ia terjadi begitu?

448
KEMASYARAKATAN

Di mana salah silapnya?


Apa yang tidak kena?
Mengapa membuat yang baik korbankan yang baik
Mengapa membuat perkara yang perlu,
korbankan pula yang perlu
Sepatutnya yang lama yang baik perlu dipertahankan
tambah lagi dengan yang baru yang perlu
Begitulah satu bangsa yang hendak menjadi satu bangsa
yang baik dan maju
Satu bangsa yang boleh berdiri sendiri
yang dihormati oleh dunia
Kita akui yang baru banyak yang baik
Tapi mengapa yang lama yang baik itu
diganti dengan yang negatif atau yang tidak baik
Itu tentulah salah sistem,
atau pemimpin tidak pandai menilai
dan tidak pandai mendidik rakyat
Bukan senang yang lama yang baik itu
hendak dikembalikan semula?!
Dan juga tidak semudahnya yang baru yang negatif itu
hendak ditumpaskan pula
Kalau bukan Tuhan campur tangan
dengan secara didatangkan pemimpin yang Dia tunjuk
mungkin seratus tahun lagi tidak akan selesai
Marilah kita berdoa dan berusaha agar pemimpin
yang Tuhan tunjuk itu datang segera
Semoga yang lama dapat dihidupkan semula,
yang baru dikekalkan juga,
di samping dimantapkan lagi iman dan taqwa
Maka lahirlah negara yang aman makmur
dan mendapat keampunan Tuhan
Itulah cita-cita kita

449
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3
PERKARA-PERKARA
UNTUK DIRENUNGKAN

A
pabila saya merenung, memerhati, memikir, menganalisa
mengenai pergaulan manusia yang berbagai-bagai go-
longan, peringkat dan kedudukan di dalam masyarakat,
kemudian banyaklah pengalaman-pengalaman, jawapan-
jawapan, keputusan-keputusan yang saya dapati sama ada yang
nyata mahupun yang tersirat. Di antara yang dapat saya pastikan
walaupun tidak boleh dihukumkan menyeluruh, tapi lumrah
berlaku di kalangan golongan manusia di antaranya ialah seperti
apa yang disenaraikan di bawah ini:

1. Orang politik selalunya tidak setia berkawan


Orang politik berkawan selalunya tidak setia. Mereka berkawan
ada maksud-maksud dan tujuan-tujuan peribadi. Apabila tujuan
peribadi telah selesai atau sudah tidak ada lagi, maka sudah tidak
berkawan lagi, bahkan adakalanya daripada asalnya kawan
menjadi musuh pula.
Kerana itulah orang politik itu berkawan payah mahu kekal
lama, betapalah hendak berkawan untuk sepanjang masa.
Mereka sentiasa sahaja dapat kawan, kehilangan kawan, dapat
kawan, kehilangan kawan. Kawannya sering bertukar ganti.
Lebih-lebih lagi apabila bersara dari politik. Walau bagaimana
besar jawatannya di dalam politik seperti Perdana Menteri atau

450
KEMASYARAKATAN

menteri, kawan habis lari. Tinggallah seorang diri atau bersen-


diri. Tiada siapa yang mahu berkawan lagi. Hingga terus dilupai
sampai mati.
2. Ulama dan cendiakawan susah hendak berkawan
Yang susah berkawan di kalangan manusia pada hari ini ialah
para ulama dan cendiakawan. Lebih-lebih lagi untuk berkawan
sesama sendiri. Kita pun tidak berani hendak kata mengapa
terjadi begitu.
Mereka, kalau bertemu manusia pun di majlis-majlis ilmu
atau di majlis-majlis rasmi. Sedangkan mereka dikatakan
pewaris Nabi atau bayangan Nabi. Padahal Nabi, orang rindu
mahu bertemu dengannya. Kalaulah Allah Taala tidak bataskan
dan tidak disiplinkan manusia tentang bagaimana mahu ber-
jumpa Nabi di waktu hidupnya, sudah tentu baginda tidak ada
masa untuk diri dan untuk anak isterinya.
Begitu pun Nabi selalu sahaja berjalan dan duduk-duduk
dengan Sahabat-Sahabatnya. Nabi selalu membela fakir miskin
dan janda-janda. Apabila dua tiga hari ada Sahabat tidak ke-
lihatan, Nabi pun mula bertanya-tanya, “Polan-polan itu mana,
sudah beberapa hari tidak kelihatan? Sakitkah dia?”
Sepatutnya apa yang dilakukan oleh Nabi perlu dicontohi
oleh para ulama dan cendiakawan, tetapi ianya tidak berlaku.
Orang tidak rindu hendak bertemu dan mereka pula bukan
sahaja tidak berkawan bahkan bergaul dengan manusia pun
setakat di majlis rasmi. Apatah lagi mahu bergaul dengan
manusia yang fakir miskin, terlalu jarang sekali.
Mengapa terjadi begitu? Saya tidak hendak memberi jawa-
pannya. Jawablah sendiri.
3. Pengajaran dan didikan Islam hanya berlaku di majlis
rasmi
Kita lihat di zaman ini masya-Allah, alhamdulillah, majlis-majlis
dakwah, ceramah, majlis pengajian meriah merata negeri dan
negara. Diisi oleh para ulama bebas mahupun ulama rasmi,
pendakwah, penceramah bebas mahupun yang rasmi. Itu belum

451
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lagi melalui media cetak dan elektronik. Bergemalah perkataan-


perkataan iman, Islam, akidah, taqwa, akhlak, mahmudah, maz-
mumah, halal, haram, dunia, Akhirat, Syurga, Neraka, dosa
pahala, redha, sabar, fasik, zalim, soleh dan lain-lain lagi per-
kataan dan istilah-istilah syariat.
Malangnya, sebahagian besar mereka itu, apabila bergaul
dengan anak, isteri, bertemu orang di majlis-majlis kematian dan
kenduri, di majlis makan bersama-sama kawan, bertemu di
kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi, bertemu dengan ke-
luarga di waktu-waktu tertentu, perkataan dan istilah-istilah tadi
tidak kedengaran lagi. Istilah-istilah itu tidak dipakai lagi.
Sebaliknya apa yang diperkata, dibualkan, dibincangkan,
kalau hendak dibandingkan apa yang diucapkan dari isi per-
bualannya sudah terlalu berbeza. Seolah-olahnya mereka bukan
ulama, bukan tok guru, bukan pendakwah dan penceramah lagi.
Seolah-olah bukan ahli agama lagi. Cerita mereka sudah sama
dengan orang biasa atau orang awam bercerita. Cerita tentang
bola, gaji, pakaian, makan, minum dan cerita membeli-belah.
Yang boleh tahan sedikit pun, cerita-cerita isu semasa. Cerita
agama, menyebut istilah-istilah agama tadi sudah tidak ke-
dengaran lagi.
Apa yang kita faham di sini, ahli-ahli agama pun belum benar-
benar menjiwai Islam. Belum mendarah daging. Jika agama itu
dijiwai dan mendarah daging, ia akan jadi tabiat dan ia akan
terbawa di mana-mana. Apabila tidak mendarah daging, maka
didikan secara tidak formal, tidak berlaku. Pengajaran dan
pendidikan Islam itu hanya berlaku di majlis-majlis rasmi
semata-mata. Ia tidak berlaku di majlis-majlis tidak rasmi. Kerana
itulah orang awam atau masyarakat umum lambat dapat
disedarkan kepada Islam.
4. Aktif berdakwah hanya apabila ada jawatan
Banyak yang terjadi di kalangan ahli-ahli agama dan pendak-
wah-pendakwah rasmi, mereka aktif menyampaikan risalah
Islam di waktu masih memegang jawatannya. Apabila mereka
tidak memegang jawatan rasmi lagi sama ada kerana pencen

452
KEMASYARAKATAN

atau berhenti atau diberhentikan, aktifnya menyampaikan


risalah sudah tidak berlaku lagi. Hilang begitu sahaja, tidak tahu
ke mana pergi.
Dia seolah-olah macam orang yang berjawatan seperti kerani,
guru, pegawai penerangan atau kastam. Mereka itu, apabila
tidak memegang jawatannya lagi, memanglah mereka tidak buat
kerja mereka lagi. Apabila hal ini berlaku kepada mereka itu,
memanglah kita tidak hairan kerana kerja-kerja itu hanya berlaku
di tempat-tempat yang tertentu sahaja.
Kerja-kerja berdakwah tidak begitu. Agama merupakan pe-
gangan hidup. Selagi hayat ada di badan, ia mesti dibawa ke
mana-mana. Maka berdakwah tidak sepatutnya terhenti apabila
tidak lagi memegang jawatan rasmi.
Mengapa terjadi demikian? Saya pun tidak tahu. Kita bim-
bang kalau Islam itu sekadar dijadikan alat atau tempat mencari
makan, wal’iyazubillah. Inilah dia di antara penyakit akhir
zaman.
5. Wanita berjawatan tinggi ramai jadi andartu
Di zaman moden ini atau di akhir zaman ini sudah banyak ber-
laku dan mungkin akan bertambah banyak berlaku, wanita-
wanita yang berpelajaran tinggi dan berjawatan tinggi, menjadi
andartu. Bahkan ada sesetengahnya terus terlajak tidak berkah-
win hingga mati.
Padahal mereka juga manusia macam orang lain. Fitrah me-
reka adalah sama. Apa yang diperlukan oleh orang lain, diperlu-
kan juga oleh mereka. Tentu mereka ingin berkahwin macam
orang lain.
Dalam masyarakat Melayu atau dalam masyarakat Islam,
yang biasa pergi meminang adalah orang lelaki. Ia dianggap
sopan. Jarang berlaku perempuan meminang lelaki. Apabila
sudah begitu budaya Melayu, maka kaum wanita tentu malu
hendak meminang lelaki. Sepatutnya masyarakat yang baik,
terutama kalau pemerintah itu bertanggungjawab, kenalah
wujudkan organisasi masyarakat atau satu unit di dalam mana-

453
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mana kementerian untuk memikirkan hal ini. Kita patut ber-


simpati dengan wanita-wanita itu.
Sepatutnya sebagai orang Islam, masalah orang lain dirasakan
masalah kita. Kesedihan orang lain adalah kesedihan kita. Oleh
yang demikian kita tidak boleh membiarkan keadaan itu berlaku
begitu sahaja. Kita tidak boleh menganggap itu adalah masalah
individu. Ya, kalau itu masalah individu apalah salahnya kita
bertolong bantu. Di sinilah buktinya ukhwah Islamiah. Kita
harap di masa yang akan datang tidak ada lagi di kalangan ma-
syarakat Islam yang terbiar tanpa ada kerjasama daripada
masyarakat Islam.
6. Berderma secara rasmi telah jadi budaya
Sekarang ini telah menjadi trend atau menjadi budaya kalau
derma itu tidak secara rasmi, di majlis yang rasmi dan tidak
dimasukkan berita di dalam surat khabar atau TV, sesetengah
orang tidak mahu menderma. Padahal derma adalah amalan
Islam yang barang siapa melakukannya dengan penuh ikhlas,
diberi pahala. Kalau inginkan nama atau glamour di dalam
menderma, itu adalah menyalahi syariat Islam. Tiada pahalanya.
Di dalam Islam, sedekah kita atau derma kita atau kebaikan
kita itu disuruh sembunyi-sembunyikan agar kita dapat menjaga
hati daripada sifat-sifat mazmumah riyak dan ujub. Kecualilah
kalau perkara-perkara itu ilmu, berita, peristiwa, sejarah dan
maklumat-maklumat yang perlu disampaikan melalui media
massa agar manfaatnya merata diperolehi oleh umum.

454
KEMASYARAKATAN

SAJAK

Susahnya Mencari Kawan Yang Setia

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia


Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran
dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan,
diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat,
dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat
tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya,
lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji
di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung

455
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Susah payah keluarga kawannya


selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan

Lepas Asar
25 – 09 – 1999

456
KEMASYARAKATAN

4
SUSAHNYA MENCARI SAHABAT

T
elah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, suka ber-
masyarakat dan berkawan. Setidak-tidaknya bermasya-
rakat dan berkawan itu secara terpaksa kerana keadaan
kehidupan manusia itu memaksa manusia itu bermasyarakat
dan berkawan. Manusia itu tidak seperti malaikat atau haiwan
atau pokok kayu yang boleh hidup bersendirian kerana keadaan
manusia itu tidak mungkin boleh mengusahakan sendiri setiap
keperluan-keperluan kehidupan mereka.
Pengalaman atau realiti kehidupan manusia itu telah mem-
beritahu kepada kita bahawa ada sebahagian kehidupan kita,
orang lain yang mengusahakannya. Sepertimana juga sebaha-
gian kehidupan orang lain, kita yang mengusahakannya. Ini
berlaku sama ada secara langsung mahupun secara tidak lang-
sung. Secara disedari atau tidak disedari. Justeru itulah manusia
cenderung kepada bermasyarakat atau berkawan.
Namun demikian di akhir zaman ini, di antara perkara yang
susah hendak dicari, bahkan hampir mustahil untuk didapati
ialah mencari sahabat. Untuk mencari kenalan adalah mudah.
Nafsu dan sifat yang ada di dalam diri manusia itu yang kadang-
kala menjadi punca payah hendak bersahabat atau setelah ber-
sahabat, pecah semula kerana perangai negatif masing-masing.
Sekalipun mudah mendapat kenalan sekampung, kenalan di

457
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sebuah sekolah, kenalan dalam sebuah darjah, kenalan di tempat


kerja, kenalan di dalam sebuah jemaah atau kenalan sepermain-
an, tetapi untuk mendapat seorang sahabat pun amat susah
sekali.
Bersahabat tidak sama dengan berkawan. Berkawan itu ikat-
an di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawan
sepermainan sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkin
kawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Sekadar
itu sahaja. Mungkin kawan separti. Di luar parti, tiada kawan
lagi. Mungkin kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama,
hilanglah kawan. Masing-masing membawa nasib. Selepas itu
tidak ingin pun hendak bertemu lagi.
Memang untuk mendapat seorang sahabat amat payah.
Terlalu sulit. Buktinya dari pengalaman kita, sama ada diri kita
atau orang lain, tidak ada yang dapat berkawan dengan sese-
orang itu berpanjangan. Adakalanya kita boleh berkawan waktu
sama-sama bersekolah di sebuah sekolah. Selepas habis perse-
kolahan, tidak pun ingin bertemu.
Waktu sama-sama di tempat kerja, kita rapat dengan sese-
orang. Selepas berpisah, sama ada tukar tempat kerja atau pen-
cen, tidak ada pun satu sama lain ingin bertemu lagi. Kalau ber-
temu pun secara tidak dirancang dan diduga.
Adakalanya kita berkawan rapat dengan seseorang. Selepas
dia berkahwin atau kita berkahwin atau setelah sama-sama
sudah berkahwin, hilang kawan. Tidak ada pun minat hendak
bertemu dan berjumpa. Jauh sekali terasa rindu-merindui,
hingga hubung-menghubungi, ziarah-menziarahi dan beri-
memberi. Tiada lagi hadiah-menghadiahkan, tolong-menolong
dan bantu-membantu.
Ertinya susah sekali kita melihat seseorang itu bersahabat
dengan seseorang sampai ke hujung. Yang sempadannya adalah
mati. Sekalipun sudah menjadi lumrah atau budaya, selalu
sahaja seseorang itu berkata:
“Dia ini sahabat saya.”

458
KEMASYARAKATAN

Sebenarnya apa yang diperkatakan itu bukan sahabat, hanya


sekadar berkawan. Ikatan kawan longgar. Ikatan sahabat itu
kuat. Ikatan kawan hanya luaran atau dari luar saja seperti
berkawan kerana bersama memancing atau bersama memikat
burung. Boleh jadi juga berkawan kerana sama-sama memper-
juangkan nasib yang sama, seperti sama-sama menjadi ahli di
dalam kesatuan buruh dan lain-lain. Apabila nasib selesai atau
tidak dapat diselesaikan, masing-masing membawa diri. Tidak
ada ikatan lagi. Selepas itu adakalanya tidak pernah bertemu
satu sama lain. Sudah tidak tahu-menahu lagi hingga sampai
mati.
Mengapa berkawan tidak mahu kekal? Di mana salah dan
silapnya? Sedangkan fitrah semula jadi setiap manusia memang
suka berkawan atau cenderung berkawan. Kerana hidup bersen-
dirian tanpa kawan, banyak cacat dan kesusahan yang dihadapi
manusia. Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan riang
hidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulah
tabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia ini
selalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawan
silih berganti. Payah hendak kekal hingga mati. Mengapa? Ada
beberapa sebab. Di antaranya:
1. Berkawan itu ada kepentingan peribadi.
Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salah
seorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin berkawan
kerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang itu
yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindung
atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut
sudah tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.
2. Berkawan dengan sebab seagama, sebangsa, sekaum,
sekampung, senegeri dan lain-lain.
Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaum
atau satu kampung atau satu negeri atau satu bangsa atau
seagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan) di negeri
atau negara lain yang asing pada mereka. Di waktu itu
mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri di segi agama,

459
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu me-


reka amat rapat berkawan kerana satu sama lain perlu-
memerlukan lantaran sama-sama berdagang di negeri atau
di negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-sama
balik ke negeri sendiri, walaupun bertemu tetapi hubungan
rapat sudah tiada lagi.
3. Kawan kongsi
Berkawan kerana berkongsi berniaga atau berternak untuk
hidup. Selama berkongsi bolehlah berkawan. Apabila sudah
tidak berkongsi lagi, satu sama lain sudah macam orang
lain sahaja. Tidak serapat dulu.
4. Kawan seasrama
Berkawan waktu sama-sama duduk di asrama. Kebetulan
pula berkongsi di dalam satu bilik atau duduk di pondok
pengajian di dalam satu bangunan. Sama-sama memasak
dan mentelaah. Setelah habis pengajian, berkawan sudah
tidak berlaku lagi. Seolah-olah macam kenalan biasa walau-
pun masih selalu bertemu.
5. Berkawan kerana takut
Berkawan kerana duduk di satu kawasan yang banyak
berlaku jenayah. Oleh kerana takut bersendirian maka ter-
paksa berkawan. Setelah jenayah sudah tiada atau masing-
masing berpindah, masing-masing membawa diri. Kalau-
pun masih boleh bertemu tetapi tidak serapat dahulu.
Mengapa berkawan seperti yang digambarkan tadi tidak
pernah kekal? Mengapa berkawan tidak berpanjangan? Tidak
kekal berkawan secara itu kerana ikatan tidak kuat. Ia diikat
oleh perkara luaran. Diikat oleh keperluan semasa. Diikat oleh
keadaan yang memaksa. Ia bukan dijalin oleh ikatan hati yang
mempunyai akidah yang sama, ada hubung kait dengan Tuhan
yang kekal abadi dan untuk kepentingan kedua sahabat yang
berkekalan hingga sampai ke Akhirat. Dengan kata-kata yang
lain, ia bukan ikatan hati dua orang yang berkawan kerana Allah
Taala. Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah
pun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala.

460
KEMASYARAKATAN

Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: “Tiadalah dua orang yang saling cinta-
mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai
Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya.”
Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia
diikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia
yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan
kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya.
Biasanya sampai mati. Bersahabat seperti ini mendapat perlin-
dungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidak
ada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Cinta kasih-Ku terlimpah di atas mereka
yang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi mereka
di bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana pada
hari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku.” (Riwayat
Abiddunya)

Orang yang benar-benar bersahabat ada beberapa peringkat:


1. Sahabat secara umum
Iaitu sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islam
atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita mene-
gakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga,
masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.
2. Sahabat secara khusus
Sahabat secara khusus iaitu orang yang bersahabat dengan
lebih mendalam lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu sama
lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, di-
tambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkan
Islam.
3. Sahabat yang dipersaudarakan
Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada mem-
buat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolah-
olah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah.

461
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW di


kalangan para Sahabat.
Lanjutan daripada kisah mempersaudarakan para Sahabat
yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, baginda sendiri mengam-
bil Sayidina Ali karamallahu wajhah sebagai saudaranya. Setelah
Rasulullah mempersaudarakan Sahabat-Sahabat Ansar dan
Muhajirin, Sahabat-Sahabat Ansar pun berkata:
“Harta benda kami (tanah dan kebun tamar), kami akan
bahagi-bahagikan di antara mereka.”
Apabila Sahabat-Sahabat Ansar memungut hasil kebun
kurma, mereka membahagikan hasil pungutan itu kepada dua
bahagian. Salah satu bahagian lebih banyak dari bahagian yang
satu lagi. Sahabat Ansar pun meletakkan pelepah-pelepah kurma
di bahagian bawahnya sehingga bahagian yang sedikit itu nam-
pak lebih banyak daripada bahagian yang banyak tadi. Mereka
pun memberi bahagian yang kelihatan sedikit (tetapi pada
hakikatnya inilah yang lebih banyak) kepada saudara mereka,
orang Muhajirin dan mereka mengambil bahagian yang mengan-
dungi pelepah kurma itu.
Hal ini berterusan sehinggalah Islam semakin kuat dan men-
dapat banyak harta lalu Rasulullah SAW telah menawarkan
kepada orang-orang Ansar harta-harta itu sebagai membalas
budi mereka. Sebaliknya Sahabat-Sahabat Ansar menolak sambil
berkata, “Tidak, melainkan tuan membahagi-bahagikannya
sama rata dengan saudara-saudara kami (orang Muhajirin).”
Ada seorang Sahabat Ansar bernama Saad bin Rabi’ telah
dipersaudarakan dengan Sayidina Abdul Rahman bin Auf.
Saad berkata, “Ya saudaraku, aku adalah orang yang paling
banyak mempunyai harta di Madinah, maka lihatlah olehmu
kepada hartaku dan ambillah sebanyak mana yang kamu ingin-
kan. Aku juga mempunyai dua orang isteri, lihatlah mereka, sia-
pa di antara keduanya yang engkau sukai, aku akan mencerai-
kannya untukmu.”
Akan tetapi Sayidina Abdul Rahman tidak sanggup mene-

462
KEMASYARAKATAN

rimanya lalu berkata, “Allah memberkati kamu, harta dan ke-


luarga kamu. Tunjukkan aku arah ke pasar.”
Lalu dia ditunjukkan jalan ke pasar dan Abdul Rahman bin
Auf pun berniaga sehingga mencukupi keperluan hidupnya.
Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah Rasulullah
SAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sa-
habat. Padahal di dalam bahasa Arab ada perkataan lain yang
makna lahirnya agak sama, misalnya zamil atau rafiq.
Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra. Erti sahabat,
orang yang sentiasa mengiringi kita, sentiasa ada di samping
kita atau selalu berdekatan dengan kita. Erti mengiring atau
sentiasa di samping atau berdekatan dengan kita itu, bukan erti
luaran sahaja. Bukan sekadar lahiriah sahaja tetapi batinnya
sekali. Seperti mengiringi dan mendampingi hati kita. Dekat
dengan hati kita.
Dengan kata yang lain, seseorang sahabat itu sentiasa memer-
hati dan memikirkan kehidupan lahir sahabatnya seperti makan
minum, pakaian, tempat tinggal, situasi tempat tinggal, sakit
pening, susah payah dan pendidikannya. Bahkan dia juga sen-
tiasa memahami psikologi atau batin sahabatnya seperti tentang
perasaan, kegemaran, kebencian, kesukaan, kemarahan, siapa
orang yang dia suka dan siapa orang yang tidak disukainya.
Bahkan kenal anak isteri, keluarga, sahabat-sahabat dan musuh-
musuh kepada sahabatnya itu.
Perlu kita faham itu semua agar dapat kita berkongsi sama
dengan sahabat, suka duka, masalah, kemahuan dan kebencian
mereka. Agar perkara-perkara yang mereka perlukan bantuan,
kita bantu. Manakala yang perlu dijauhi, sama-sama kita hindari
dan jauhi. Jika perlu nasihat, kita beri nasihat. Apabila kita
bersahabat, kenalah jaga perasaan mereka.
Selain itu kalau kita bersahabat dengan sesiapa, kita kenalah
jujur dan amanah serta bertanggungjawab terhadap mereka.
Sepertimana kita berlaku jujur, amanah serta bertanggungjawab
kepada diri kita, begitu jugalah tanggungjawab kita kepada

463
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mereka dan keluarga mereka. Kita kenalah jaga mereka macam


kita menjaga diri dan keluarga kita. Kalau begitu di antara syarat-
syarat kita bersahabat ialah:
1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita
bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasi-
hat dan pandangan kita.
2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita
tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu
kita bantu.
4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti
mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagai-
nya.
6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhan-
nya.
7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan,
hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kese-
dihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan
kesusahan sama.
9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarga-
nya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengum-
patnya.
11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kena-
lah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, ke-
nalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang
tidak dapat dielakkan.
13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jem-
putannya.

464
KEMASYARAKATAN

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya se-


lepas matinya.
15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil
perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan
di majlisnya.
17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan
dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab
terhadapnya.

PERINGKAT ORANG YANG BERTANGGUNG-


JAWAB TERHADAP SAHABAT
Oleh kerana orang yang bersahabat itu tidak sama satu sama
lain di dalam menunaikan tanggungjawab terhadap sahabatnya,
justeru itu bersahabat itu ada beberapa peringkat:
1. Golongan orang soleh
Iaitu seseorang sahabat terhadap sahabatnya sekadar dapat
memberi tanggungjawabnya kepada sahabatnya apabila
diminta. Apabila sahabat itu memerlukan sesuatu, kalau dia
tahu, (sama ada dia tahu sendiri atau sahabatnya memberi-
tahu atau ada orang lain memberitahu) dia akan memban-
tunya. Dengan kata-kata yang lain dia akan membantu,
memberi, menolong sahabatnya di waktu sahabatnya me-
merlukan bantuannya.
2. Golongan muqarrabin
Iaitu seorang sahabat dapat memberi tanggungjawab terha-
dap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya di-
bahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang
dia dapat, maka separuh untuknya dan separuh lagi untuk
sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap nikmat yang
dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh dari-
padanya iaitu sama banyak atau dibahagi dua.

465
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3. Golongan siddiqin
Iaitu seseorang itu lebih mengutamakan sahabatnya dari-
pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan ayat Al Quran:
Maksudnya: “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang
sentiasa berada di sampingmu, dia sanggup membahayakan
dirinya demi keselamatanmu, orang yang setiap masa bekerja
untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala un-
tuk kepentingan dirimu.”

Dalam setiap hal dan keadaan, dia mesti mengutamakan sa-


habatnya lebih dahulu daripada dirinya sendiri. Sebagai contoh,
kalau di dalam masa yang sama dia dan sahabatnya sama-sama
memerlukan duit, maka duit itu akan diberi kepada sahabatnya.
Kalau dia memerlukan kenderaan, sahabatnya juga memerlukan
kenderaan, maka kenderaan itu akan diberi kepada sahabatnya.
Kalau ada makan minum, di waktu itu dia memerlukannya,
sahabatnya juga memerlukan, maka makan minum itu akan
diberi kepada sahabatnya. Golongan ini lebih menyayangi
sahabatnya daripada diri sendiri.
Kalau dua orang yang berkawan tidak termasuk di dalam
salah satu sifat daripada tiga peringkat atau kategori golongan
tadi, dua orang tadi belum boleh dianggap sebagai orang yang
bersahabat. Hanya sebagai kenalan atau kawan biasa sahaja.
Belum boleh lagi dipanggil sahabat mengikut ukuran Islam.
Kesimpulannya, orang yang bersahabat kerana Allah, besar
sekali keuntungannya di Akhirat. Kebaikannya, mari kita dengar
apa kata Al Hadis.
1. “Kasihilah siapa sahaja di bumi ini nescaya akan mengasihi
kamu sesiapa sahaja (malaikat) yang di langit.”
2. “Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat
kepada manusia lain (termasuk meratakan kasih sayang).”
(Riwayat At Tabrani)
3. “Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam
Syurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”

466
KEMASYARAKATAN

4. Hadis Qudsi menyebut:


Maksudnya: “Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka
yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut
dinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana-
Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yang
nasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicu-
rahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana-
Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang saling
memberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayang
kerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mim-
bar-mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukan
yang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan para
syuhada.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan
Al Qudha’ie)

Daripada Hadis yang telah dinyatakan tadi, orang yang ber-


sahabat kerana Allah Taala itu ada tiga perkara yang mereka
perolehi:
1. Dikasihi oleh Allah dan seluruh penghuni langit.
2. Mendapat keredhaan Allah serta ganjaran pahala dan kurnia
yang besar dari Allah.
3. Mendapat perlindungan Arasy di hari Akhirat.

467
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Mencari Kenalan Mudah,
Mencari Kawan Susah

Kalau kita duduk sekampung


kita berkenalan dengan orang kampung
berjumpa dan bertemu di masjid, kedai,
di rumah orang kenduri, di perselisihan jalan,
di dalam mengurus keperluan kita
Itu bukan kawan namanya
Itu adalah kenalan kita
Bertemu dan berjumpa di tempat kerja
masing-masing membuat urusan masing-masing
Sekali-sekala bertegur sapa
kemudian tidak ambil tahu satu sama lain
Itu juga kenalan
Orang yang kita temui di dalam perjalanan
di dalam menjalankan tugas kita
kita lihat dia, dia melihat kita
senyum dari jauh sahaja
Itu juga bukan kawan kita
Orang yang kita temui
di dalam perjalanan pergi kerja
berselisih di jalan sahaja, berkenalan tidak sempat
bahkan tidak tahu-menahu satu sama lain
lebih-lebih lagi itu bukan kawan setia
Tapi setengah orang di dalam berbual dengan orang
orang yang sekadar berjumpa itu dikatakan kawannya
Kalau ada orang bertanya:
“Polan-polan itu duduk di kampung ini,

468
KEMASYARAKATAN

saya kenal dia di tempat kerja.”


Kita pun berkata, “Oh, itu kawan saya.”
Pernah di dalam pergaulan ada orang berkata dengan kita;
“Saya kenal si polan, si polan itu.”
Kita pun berkata, “Oh, dia itu kawan sepersekolahan saya.”
Begitulah seterusnya mudah kita berkata;
“Dia kawan saya, dia sekampung dengan saya.”
“Oh, dia itu kawan saya sama sedarjah dengan saya di waktu
belajar dahulu di sekolah menengah di tempat saya.”
“Dia itu kawan baik saya, sama-sama bekerja di dalam
tentera, lama bersamanya.”
Gambaran yang disebutkan tadi itu bukan kawan
Itu adalah kenalan
Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah
Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama,
sama-sama beragama Islam
Kawan itu selain seagama ia adalah sama-sama
mempunyai cita-cita agama
Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah
di bawah satu pemimpin menuju satu cita-cita,
cintakan Tuhan
Sikap kita dan dia adalah sama
Kesusahan kita kesusahan dia,
kesusahan dia kesusahan kita
Kegembiraan kita kegembiraan dia,
kegembiraan dia adalah kegembiraan kita
Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita,
keluarga kita keluarganya
Masing-masing mengambil berat satu sama lain,
tengok-menengok, bantu-membantu sesama
Seolah-olah kita dan dia satu keluarga,
satu ibu dan satu bapa
Mati keluarganya diziarahi, kita mati,
keluarga kita diziarahi, silaturrahim berterusan
dan berpanjangan
Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup

469
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sayang-menyayangi, kasih-mengasihi
Lama tidak berjumpa rasa rindu
bila bertemu susah hendak berpisah
Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini
Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah,
hampir mustahil
Mencari kenalan mudah berlaku
Di sinilah rahsia mengapa umat Islam
di hari ini tidak boleh bersatu

Menjelang solat Jumaat


13 – 02 – 2004

Sajak 2
Cintailah Manusia Atas Dasar
Cintakan Tuhan

Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita


yang ada hubungan cinta dengan Tuhan
Kasih sayang begini adalah murni
Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat
hingga sampai mati
Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat
kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan
Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan
atau di antara sesama manusia
kekal abadi dan murni
Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal
hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal
Kasih sayang yang begini ia adalah sejati
sampai ke mati
Kasih sayang yang tidak diikat dengan
kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu
Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati
Sekalipun suami isteri

470
KEMASYARAKATAN

Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa,


indahnya tiada
Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar
jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan
Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia
kekal abadi dan murni
Cintakan Tuhanlah pengikat kasih sayang
hingga berpanjangan
Susah hendak diputuskan,
payah sekali hendak dihilangkan
Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan
Ia bersih, murni dan sejati
Kekal abadi

Menjelang tidur
28 – 05 – 2003

471
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5
RAHSIA BERSATU
MENURUT ISLAM

T
elah menjadi fitrah atau tabiat semula jadi manusia, setiap
orang, setiap kaum atau bangsa ingin bersatu-padu. Bah-
kan sebaliknya, tidak ada sesiapa pun walau apa kaum
dan bangsanya, yang suka pada perpecahan. Lebih-lebih lagi
kalau perpecahan itu hingga sampai membawa permusuhan dan
peperangan.
Kalau sudah sampai perpecahan itu membawa permusuhan
dan seterusnya peperangan, ia akan menyusahkan semua pihak.
Susah mencari rezeki, tidak aman di dalam perjalanan, tidak
lelap mata tidur, payah mahu rehat, sentiasa bimbang, mungkin
rosak harta benda dan terkorban nyawa. Kalau hidup pun, ada
yang cacat anggota, terhalang mencari kekayaan, terhalang
membangun dan membuat kemajuan.
Apabila perpecahan berlaku, terutama apabila membawa
peperangan, manusia sudah hilang kebebasan, hidup dalam
ketakutan, jiwa tertekan, keluh-kesah dan gelisah. Oleh kerana
kesan daripada perpecahan itu buruk padahnya, besar risikonya
yang hendak ditanggung oleh manusia dan kerosakan pula
mungkin akan berpanjangan hingga kepada beberapa generasi
yang kemudian, justeru itulah perpecahan itu sebenarnya adalah
musuh kepada manusia. Kerana itulah tidak ada manusia yang
mahu dan suka.

472
KEMASYARAKATAN

Fitrah semula jadi manusia memang ingin kepada hidup


aman damai kerana di situlah rahsia kebahagiaan dan kehar-
monian yang diidamkan oleh setiap manusia, tidak kira apa etnik
dan bangsa. Justeru itulah manusia ingin kepada berpadu dan
bersatu.

MENGAPA MANUSIA INGINKAN PERPADUAN?

Telah menjadi fitrah semula jadi kepada setiap manusia tidak


kira apa kaum dan bangsa bahawa manusia itu suka dan perlu
bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satu
sama lain. Di antara sebabnya ialah:
1. Manusia tidak boleh hidup bersendirian, kerana bersen-
dirian terasa sepi dan kekosongan. Apabila bertemu ada
perbualan dan dari perbualan itu, fikiran dan hati sedikit
terisi (terhibur) walaupun tidak kukuh.
2. Manusia hendak mendapatkan keperluan hidup. Paling
tidak yang asas seperti makan, minum, pakaian, tempat
tinggal. Semua itu tidak mungkin dapat diusahakan sen-
dirian melainkan dengan bantuan orang lain sama ada
secara langsung mahupun secara tidak langsung.
3. Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagai-
bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana
alam dan kematian. Oleh yang demikian, untuk menyele-
saikan masalah itu, ianya tidak mungkin boleh dibuat tanpa
bantuan orang lain.
4. Manusia watak semula jadinya atau tabiat semula jadinya
sering mengundang musuh dengan orang. Untuk menolak
kejahatan musuhnya, manusia memerlukan pertolongan
orang lain. Kalau begitu maka perlu adanya kawan dan
orang yang menolong.
5. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia, lelaki ada rang-
sangan inginkan perempuan dan perempuan juga ada
rangsangan inginkan lelaki. Maka timbul perlu-memerlukan

473
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

antara satu sama lain. Seterusnya terjadilah perkahwinan


dan pertemuan di antara dua keluarga.
6. Fitrah semula jadi manusia ingin membangun dan maju,
maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan.
Majikan perlukan buruh, buruh pula perlukan majikan
untuk dapat gaji.
7. Tabiat semula jadi manusia inginkan ilmu, maka timbullah
keperluan untuk mencari guru. Orang yang memberi ilmu
pula ingin memperpanjangkan ilmunya. Timbullah perlu-
memerlukan antara satu sama lain.
8. Telah menjadi tabiat semula jadi, orang yang kuat dan pan-
dai ingin jadi pemimpin, maka perlu pada pengikut. Orang
yang lemah pula ingin perlindungan oleh seorang yang kuat
(pemimpin). Di sini terjadilah saling perlu-memerlukan an-
tara dua golongan ini.

Setelah kita mengkaji secara rambang, nyata dan jelas sekali


bahawa manusia itu di dalam mengendalikan kehidupan, mere-
ka memerlukan satu sama lain, sandar-menyandar, memerlukan
bertolong bantu dan kerjasama. Kalau tidak, tidak boleh hidup.
Sama ada suka atau tidak, terpaksa manusia hidup begitu. Kalau-
pun fitrahnya tidak mendorong, namun keadaan hidup itu
memaksa kepada perlu-memerlukan satu sama lain.

LOGIKNYA MANUSIA BERPADU DAN BERSATU

Setelah kita mengkaji kehidupan manusia serta dapat dibuktikan


dan dirasakan oleh pengalaman hidup kita bahawa manusia itu
terpaksa hidup perlu-memerlukan antara satu sama lain, maka
mengikut logiknya manusia mesti bersatu padu. Apabila bersatu
padu, tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akan
bersenget hati, tidak akan bermusuh-musuh, tidak akan jatuh-
menjatuhkan dan tidak akan berperang sesama sendiri. Bahkan
sepatutnya mereka berkasih sayang. Dengan itu manusia mudah
mengendalikan urusan kehidupan satu sama lain. Namun

474
KEMASYARAKATAN

realitinya tidak begitu. Manusia itu sentiasa sahaja berpecah-


belah dan bermusuhan sekalipun di dalam satu etnik dan satu
bangsa.

MENGAPA MANUSIA TIDAK BOLEH BERPADU


DAN BERSATU?
Walaupun manusia itu antara satu sama lain perlu-memerlukan,
sandar-menyandar, lengkap-melengkapi, namun demikian
payah manusia itu hendak disatukan. Mengapa? Kerana di
dalam diri manusia itu ada nafsu. Sifat nafsu itu sangat jahat di
samping adanya syaitan yang sentiasa mendorong manusia
bermusuhan satu sama lain. Di antara kejahatan nafsu ialah
bersifat tamak, mementingkan diri dan kehendaknya tidak
terbatas.
Nafsu itu berkehendak yang halal mahupun yang haram,
yang baik mahupun yang buruk dan yang boleh mahupun yang
tidak boleh. Apabila diperturutkan kehendaknya demi untuk
mencapai kehendak dan kemahuan, dia tidak kira cara haram,
cara memerah tenaga orang, fitnah orang, burukkan orang,
mengambil hak orang lain, menindas, menipu harta orang,
menghina orang dan lain-lain. Begitulah setiap orang atau puak
atau kaum di dalam satu bangsa, kalau tidak dibendung oleh
iman.
Oleh yang demikian, di dalam perlu-memerlu itu mereka
berpecah. Di dalam bertolong bantu itu bersenget hati. Di dalam
sandar-menyandar itu ada kepentingan diri. Di dalam gotong-
royong itu ada pengkhianatan. Di dalam perkongsian, ada
penipuan. Di dalam satu keluarga, satu jemaah, satu parti, satu
kaum atau satu bangsa, ada jatuh-menjatuhkan dan khianat-
mengkhianati.

RAHSIA PERPADUAN
Bersatu dan berpadu bukan satu perkara yang mudah. Hendak

475
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

menyatupadukan satu bangsa di dalam sebuah negara amatlah


payah. Untuk berpadu setakat satu keluarga atau di dalam se-
buah rumah tangga pun sudah terasa sulitnya. Betapalah hendak
mempersatukan rakyat di dalam sebuah negara dan lebih-lebih
lagilah alam sejagat.
Mempersatukan manusia, jangan dianggap mudah. Jangan
fikir ia boleh berlaku kerana kita dari satu rumpun keturunan,
satu etnik atau sedarah sedaging. Ia juga tidak mudah berlaku
hanya kerana satu tempat lahir, satu ideologi atau kerana berada
di dalam sebuah parti atau jemaah.
Sebelum saya memaparkan rahsia perpaduan dan bersatu
itu, saya ingin nyatakan lebih dahulu peringkat-peringkat per-
paduan dan bersatu. Agar dapat kita faham bagaimanakah sebe-
narnya yang dikatakan bersatu dan berpadu itu. Perpaduan dan
persatuan itu boleh dibahagi kepada tiga kategori seperti yang
kita senaraikan di bawah ini:
Pertama: Perpaduan dan persatuan setakat fizikal atau jasad.
Dengan kata-kata lain, perpaduan dan persatuan secara luaran
semata-mata. Ertinya ia tidak diikat oleh akal, fikiran dan jiwa.
Hanya setakat diikat oleh keperluan semasa atau desakan-
desakan hidup yang tidak dapat atau payah hendak dielakkan.
Demi hendak menjaga nama baik, atau agar jangan dipulaukan
orang, atau bimbangkan apa kata masyarakat setempat, juga
agar jangan sampai dimusuhi oleh orang ramai, maka dilaku-
kanlah pertemuan fizikal. Contohnya dengan hadir sama di
dalam kerja gotong-royong, di majlis membuat ikrar, ikut sama
mengadakan majlis kenduri-kendara, hadir di majlis kematian
dan hadir di mesyuarat kampung atau sekolah tempat anak-
anak belajar. Dia juga akan hadir di pertemuan memperbin-
cangkan masalah jenayah yang sangat menyusahkan dan meng-
gugat keselamatan umum. Oleh kerana itu ketakutan bersama
maka dia hadirlah sama di dalam pertemuan dan perbincangan
itu.
Pertemuan-pertemuan seumpama yang kita sebutkan di atas
adalah perpaduan fizikal namanya. Ia diikat oleh faktor-faktor

476
KEMASYARAKATAN

luaran atau oleh desakan-desakan atau keperluan semasa se-


mata. Ia tidak diikat oleh persoalan dalaman seperti diikat oleh
satu fikiran atau ikatan jiwa. Perpaduan dan persatuan seum-
pama ini adalah ikatan yang longgar. Ia tidak kuat dan teguh.
Ikatan-ikatan seumpama ini tidak dapat menghindarkan dari-
pada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, jahat sangka,
khianat, mengadu domba, sombong, riyak, cari nama, glamour,
pemarah, tamak dan lain-lain lagi. Ertinya manusia sentiasa
terdedah kepada keretakan dan perpecahan. Sifat-sifat mazmu-
mah tadi itulah pemecah belah perpaduan dan persatuan.
Perpaduan dan persatuan fizikal atau jasad semata-mata,
tidak boleh diharapkan. Perpaduan dan persatuan seperti ini
adalah reput dan rapuh. Perpaduan seperti ini adalah ibarat
perpaduan buih di laut. Buih di laut itu, walau menggunung
sekalipun, namun tidak kuat dan padu. Bila-bila masa sahaja
boleh pecah. Datang angin sahaja, boleh pecah. Datang ombak,
ia boleh pecah. Datang sampah sarap melanda pun, ia boleh pe-
cah. Belum lagi dilanda oleh kapal-kapal besar dan ribut taufan
yang kuat. Lebih-lebih lagilah akan berkecai, terbarai dan
terburai.
Menurut Islam, perpaduan fizikal yang tiada ikatan teguh
dari dalaman diri manusia itu, belum boleh dikatakan perpa-
duan atau bersatu. Ia berlaku disebabkan desakan dan keadaan-
keadaan yang memaksa. Ia bukan diikat oleh satu fikiran dan
jiwa.
Kedua: Perpaduan dan kesatuan fikiran ialah perpaduan yang
diikat oleh satu pendapat dan satu pandangan. Biasanya ia ber-
laku di dalam satu masyarakat setempat, sepuak, sejemaah atau
satu bangsa dalam sebuah negara, di atas sesuatu perkara, projek
atau sesuatu isu sahaja. Walaupun perkara itu diterima bersama
oleh semua orang atau oleh majoriti, perpaduan begini tidak
berlaku terhadap semua hal dalam masyarakat itu. Pandangan
dan pendapat yang sama itu diikat oleh faktor-faktor dalaman
iaitu akal fikiran, namun perkara yang disepakati itu adalah hal-
hal luaran yang bersifat keduniaan. Kesatuan fikiran itu berlaku

477
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mungkin untuk keperluan-keperluan semasa. Apabila perkara


itu tidak diperlukan lagi, maka di waktu itu ikatan perpaduan
itu sudah terungkai dengan sendirinya.
Lebih-lebih lagi apabila perpaduan itu dari ikatan akal fikiran
atau ideologi semata-mata. Ia tidak akan membuang sifat-sifat
mazmumah manusia seperti hasad, khianat, tamak, pemarah,
bakhil, dendam, jahat sangka, mengumpat, memfitnah, mengata,
menghina dan lain-lain lagi. Sedangkan sifat-sifat mazmumah
tadilah yang menjadi pemecah belah manusia walaupun di
dalam sesetengah perkara, mereka sudah satu pandangan, satu
pendapat atau satu ideologi.
Oleh yang demikian, perpaduan akal fikiran atau ikatan ideo-
logi juga tidak kukuh dan teguh. Ia juga boleh dikatakan per-
paduan buih di lautan. Nampak menggunung tetapi rapuh.
Nampak hebat tetapi tidak kuat. Sampah sarap sahaja pun sudah
boleh memecahkannya. Betapalah apabila dilanda gelombang
besar atau kapal besar.
Justeru itu Islam belum boleh menerima perpaduan dan
persatuan akal fikiran atau ideologi sebagai satu perpaduan dan
kesatuan umat Islam.
Ketiga: Perpaduan dan kesatuan yang diikat oleh satu keyakinan
yang benar, yang mutlak dan bersifat kekal abadi. Yang tidak
berkesudahan hingga mati. Perpaduan yang kekal abadi itu
diikat oleh iman yang dihayati jiwa atau hati. Bukan setakat iman
secara akal fikiran. Beriman kepada Allah Taala dan yang lain-
lain lagi yang wajib diimani, secara penghayatan. Tidak perlu
saya sebut di sini. Bagi orang Islam, sudah tentu sudah faham
secara ilmunya. Kemudian diikat juga oleh syariat iaitu per-
aturan-peraturan dan disiplin-disiplin kehidupan yang telah
disampaikan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya, yang ada di
dalam Al Quran dan di dalam Sunnahnya. Seperti disebut di
dalam firman Allah Taala:

478
KEMASYARAKATAN

Maksudnya: “Hendaklah kamu semua berpegang teguh


dengan tali Allah (syariat-Nya/agama Islam/Al Quran dan
Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah belah (iaitu
berpecah belah dari beriman dan syariat-Nya).”(Ali Imran:
103)
Di dalam ayat ini, ada beberapa perkara yang dapat kita
faham. Di antaranya:
1. Beriman dengan Allah Taala (diikat oleh iman/akidah).
2. Beriman juga dengan syariat-Nya (diikat oleh syariat Allah
Taala di dalam semua hal di dalam kehidupan seperti ke-
hidupan berkeluarga, bermasyarakat, berpendidikan, ber-
politik, berekonomi, berpentadbiran, berjuang, bernegara,
syariat Allah Taala adalah menjadi pengatur dan pendi-
siplinnya).
3. Jangan berpecah belah dengan iman dan syariat-Nya.
Dengan erti yang lain, jangan dengan sesetengah hukum-
hukum yang Allah Taala turunkan atau datangkan kita
beriman dan dengan sesetengahnya lagi kita ragu. Begitu
juga dengan sesetengah syariat-Nya kita amalkan seperti
ibadah, zakat, puasa, haji tetapi di dalam berkeluarga, ber-
masyarakat, berekonomi, berpendidikan, berpolitik, di da-
lam pentadbiran negara dan lain-lain lagi, kita bersyariatkan
akal, bersyariatkan ideologi atau pragmatisme. Ia masih
bersifat ikatan akal fikiran ciptaan manusia. Bukan ber-
syariatkan daripada Al Quran dan Sunnah dari Allah Taala
yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui.
Di sini barulah kita faham bahawa umat Islam kalau ingin
bersatu dan berpadu yang utuh dan teguh, hendaklah diikat
satu sama lain oleh iman atau akidah dan diikat oleh syariat
Allah Taala atau peraturan-Nya secara global atau keseluruhan-
nya. Kalau berlaku sebaliknya, terjadilah pecah-belah.
Apabila umat Islam diikat semuanya oleh satu akidah atau
iman dan juga diikat oleh undang-undang dan perlembagaan
Allah Taala di dalam seluruh kehidupan maka umat Islam telah

479
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bersatu dan berpadu. Inilah dia perpaduan yang kuat dan teguh
untuk umat Islam. Perpaduan dan persatuan beginilah yang kita
mesti usahakan dan perjuangkan. Kalau kita perjuangkan selain
daripada itu ertinya kita perjuangkan perpaduan yang umpama
buih di laut.

PERPADUAN TANPA IKATAN IMAN DAN SYARIAT

Kalau umat Islam di seluruh dunia ini tidak diikat oleh satu
akidah dan satu syariat, tidak mungkin berlaku perpaduan dan
kesatuan. Ajaran Islam yang menetapkan begitu. Janganlah ber-
tegang leher mengatakan umat Islam boleh bersatu tanpa ke-
satuan iman/akidah atau syariat.
Umat Islam tidak akan boleh bersatu atas dasar ekonomi atau
ideologi. Justeru ekonomi dan ideologi tidak boleh membendung
perpecahan. Ia tidak boleh membendung sifat-sifat mazmumah
yang memecah-belahkan manusia kerana di dalam ajaran ideo-
logi atau ajaran mengikut teori akal fikiran, tidak ada ajaran un-
tuk takut atau cintakan Allah. Kalau manusia sudah tidak takut
dengan Tuhan dan Neraka-Nya, apalagi yang boleh memben-
dung manusia daripada melakukan kejahatan lahir dan batin?
Kejahatan itulah yang memecahbelahkan kehidupan manusia,
merenggangkan persaudaraan, menghancurkan perpaduan dan
persatuan umat.
Oleh yang demikian jelaslah ajaran ideologi atau teori akal
fikiran tidak akan boleh mempersatukan umat Islam kerana
ikatannya tidak ada. Kalaupun dikatakan ada, ia sangat reput
dan rapuh. Justeru itu kalau di dalam sebuah parti, atau jemaah,
atau sebuah negara sekalipun, kalau ikatan itu dari ajaran ideo-
logi atau ajaran teori akal fikiran, maka umat Islam tidak akan
boleh bersatu. Bahkan dalam sebuah parti Islam sekalipun, kalau
iman itu tidak benar-benar dihayati dan syariat Islam berjalan
secara longgar di kalangan ahli-ahlinya, ia juga tidak akan me-
lahirkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang kuat dan
utuh di dalam parti itu.

480
KEMASYARAKATAN

PERPADUAN ADALAH IKATAN JIWA


Setelah agak panjang lebar kita membahaskan perpaduan dan
kesatuan umat, fahamlah kita bahawa perpaduan di kalangan
umat Islam itu asasnya adalah ikatan jiwa yang satu akidah atau
satu iman, yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orang
Islam. Bukan sekadar akidah atau iman berdasarkan akal fikiran
semata-mata tetapi akidah atau iman yang benar-benar menda-
tangkan cinta kepada Allah Taala. Juga yang benar-benar men-
datangkan rasa takut dan gerun dengan Allah Taala. Diikat pula
oleh syariat sebagai disiplin kehidupan.
Apabila asas ikatan ini wujud dengan teguhnya maka ke-
satuan fikiran dan perpaduan fizikal itu memperindahkan lagi
perpaduan itu. Ia bertambah lengkap dan kemas. Sebaliknya
kalau perpaduan yang asas tadi tidak wujud atau lemah, maka
perpaduan fikiran dan fizikal tidak menambahkan apa-apa
kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam.
Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh akidah dan iman yang di-
hayati amatlah teguh kerana ikatannya terus kepada Allah Taala
yang kekal abadi. Ikatan jiwa yang sama-sama berhubung
dengan Allah, ia tidak reput dan tidak rapuh kerana Allah SWT
yang Maha Mencipta itu, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Dia tidak bersifat baharu seperti makhluk yang mempunyai sifat-
sifat kelemahan. Sesiapa yang bersandar dengan makhluk pasti
lemah dan siapa yang bersandar terus dengan Allah Taala, pasti
kuat dan teguh.
Ikatan jiwa di kalangan umat Islam diikat oleh akidah atau
iman yang satu. Itulah dia yang dikatakan kesatuan jiwa. Ke-
satuan jiwa dengan Tuhan tidak ada kepentingan dunia. Apabila
tidak ada kepentingan dunia, penyakit pecah belah tidak akan
wujud. Apabila penyakit pecah belah tidak wujud, perpaduan
dan kesatuan umat Islam selamat dari bahaya pecah belah kerana
yang memecahbelahkan manusia itu ialah dunia dan mata
bendanya. Kalau jiwa sudah terpaut dengan dunia dan mata
bendanya, timbul tamak, lahir penyakit bakhil, datang penyakit
rebut-merebut dan saing-menyaingi. Kemudian datang hasad

481
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengki, sakit-sakit hati pun timbul, marah-memarahi, dendam-


berdendam, fitnah-memfitnah dan umpat-mengumpat.
Akibatnya pecah belahlah umat.
Kesatuan akidah atau iman ertinya cinta dan takutkan Allah
Taala. Ia tidak menjadi rebutan dan tidak berlaku saingan. Se-
makin masing-masing kuat cintakan Allah Taala atau makin kuat
takutnya kepada Allah Taala, semakin bersatu dan berpadulah
umat Islam. Cuma yang akan jadi tidak senang ialah orang yang
tidak beriman atau orang yang sudah lemah iman. Daripada
mereka sahajalah lahir hasad dengki terhadap orang yang kuat
cintanya kepada Allah Taala.

TIDAK MESTI BOLEH BERSATU DALAM


SATU PARTI

Parti atau sebuah organisasi adalah satu mekanisme atau satu


alat. Dari situ diharapkan ada usaha untuk menyatupadukan
umat Islam. Begitu pun perlu diingat, apabila sekumpulan umat
Islam itu sudah berada di dalam sebuah parti atau organisasi,
kita tidak boleh menganggap mereka itu sudah bersatu dan ber-
padu. Cuma tenaga telah dapat dikumpulkan. Terpulanglah ba-
gaimana pemimpin dalam parti itu untuk menyatupadukan jiwa
mereka dengan ikatan akidah atau iman dan syariat. Kemudian
bagaimana pula hendak digunakan tenaga mereka yang sudah
dapat dikumpulkan itu untuk menegakkan Islam dalam semua
aspeknya. Setidak-tidaknya dalam parti Islam terlebih dahulu.
Sekalipun dasar perjuangan sebuah parti atau organisasi itu
adalah Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis, namun
bukan mudah hendak disatukan fikiran, lebih-lebih lagi jiwa
mereka dengan ikatan akidah atau iman yang kental dan ikatan
syariat Islam yang syumul. Sama ada di dalam individu ahli-
ahlinya, keluarganya atau di dalam jemaahnya, sebelum berlaku
ikatan yang lebih luas lagi di luar parti. Ini kerana ada beberapa
halangan lagi. Di antaranya:
1. Bukan senang hendak memberi faham kepada seluruh ahli

482
KEMASYARAKATAN

terhadap Islam yang syumul atau global itu di semua aspek


kehidupan berdasarkan Al Quran dan Sunnah.
2. Setelah diberi faham secara menyeluruh kepada anggota
parti, yang lebih sulit lagi adalah untuk diamalkan di ka-
langan anggota parti sama ada secara individu, keluarga
dan di dalam jemaah itu agar Islam itu benar-benar wujud
terserlah di dalam jemaah. Agar kemudian mudah pula kita
mengajak orang lain.
3. Ia memerlukan seorang pemimpin parti atau jemaah yang
benar-benar berkarisma dan berwibawa seperti mempunyai
ilmu Islam yang cukup, faham isu semasa, pandai mendidik
ahli-ahli parti atau jemaah, mempunyai sifat-sifat taqwa dan
akhlak yang tinggi agar mudah dicontohi oleh pengikut
serta mempunyai berkat agar layak mendapat bantuan dari-
pada Allah Taala.
4. Mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa sahaja
tidak cukup kuat. Perlu juga satu team kepimpinan di dalam
parti itu yang membayangi peribadi pemimpin nombor satu
agar dapat membantu pemimpin dan ditaati oleh pengikut.
5. Kalau kepimpinannya lemah, maka lemah pula dalam me-
mimpin dan mentarbiah anggota jemaah. Di waktu itu akan
jadilah anggota jemaah terbiar. Sesetengah ahli serius meng-
amalkan Islam, sebahagian besarnya tidak. Sebahagiannya
cukup kuat menjaga syariat tetapi lebih ramai pula yang
cuai. Sebahagian ahli kuat menjaga halal dan haram mana-
kala sebahagian lagi longgar menjaga halal dan haram. Ini
bererti anggota-anggota parti belum boleh dikatakan bersatu
lagi di dalam parti itu mengikut takrif Islam kerana tidak
ada keselarian dan keselarasan di kalangan ahli-ahlinya di
dalam mengamalkan syariat dan hukum-hakam Islam.

AKIDAH DAN SYARIAT MENGUATKAN


IKATAN PERSAUDARAAN
Apabila akidah atau iman dan syariat begitu kuat dan teguh

483
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mengikat di kalangan anggota parti, jemaah atau satu masya-


rakat, di waktu itu akan terjadilah di kalangan umat Islam di
dalam jemaah atau masyarakat itu sepertimana yang digam-
barkan oleh Hadis.
Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin itu di dalam
kasih sayang, cinta-mencintai dan berlemah-lembutnya di
kalangan mereka itu adalah seperti jasad yang satu, apabila
satu anggota sakit, seluruh anggota akan merasa sakit.”
Ini memberi erti atau menggambarkan bahawa jika anggota-
anggota sebuah jemaah Islam itu benar-benar beriman dan
bersyariat, lahirlah satu perasaan hati di antara satu sama lain
bahawa kegembiraan dan kesusahan boleh dikongsi bersama.
Kesenangan yang berlaku pada seorang anggota parti, jemaah
atau masyarakat, orang lain ikut sama rasa senang dan gembira.
Begitu juga apabila ada kesusahan menimpa seseorang pula,
orang lain ikut serta merasa susah dan bersedih hati.
Apabila perkongsian hati dan perasaan itu wujud di kalangan
umat Islam, di waktu itu akan wujud satu masyarakat yang amat
indah. Iaitu orang yang kaya akan membantu orang miskin dan
susah tanpa diminta. Orang yang miskin dan susah pula tidak
suka meminta-minta kecuali terpaksa sangat dan mereka tetap
sabar. Orang tuanya dan pemimpin akan dihormati dan dimulia-
kan. Kanak-kanak dan orang bawahan akan dikasihi dan diberi
simpati. Orang-orang muda berakhlak tinggi dan memberi khid-
mat dengan tenaga kepada masyarakat tanpa diprogramkan atau
diarah-arah. Ahli-ahli ilmu suka memberi khidmat dengan ilmu-
nya tanpa minta dibayar tetapi tidak salah pula kalau mereka
mengambil jika diberi. Ulamanya adalah laksana obor menerangi
masyarakatnya dengan ilmu dan nasihat serta suri teladannya.
Gadis-gadis dan perempuan bersifat malu, menjaga kehormatan-
nya dan tidak ada orang yang akan menodainya. Pemimpin,
para ulama, pembesar-pembesar serta orang-orang kaya meren-
dah diri, menjadi payung kepada masyarakat atau kepada je-
maahnya. Setiap anggota masyarakat atau jemaah memikirkan
dan mengutamakan orang lain lebih daripada dirinya sendiri.

484
KEMASYARAKATAN

Kalau wujudlah masyarakat, jemaah atau parti umat Islam


seperti yang telah digambarkan tadi, sudah tentu hasad dengki
padam dengan sendiri. Penzaliman lenyap, marah-memarahi
hilang, tamak, bakhil terhapus sama sekali. Riyak dan sombong
hilang dengan sendiri. Dendam-mendendam, kata-mengata,
umpat-mengumpat, hina-menghina dan jatuh-menjatuhkan
tidak berlaku. Itulah dia kesan daripada berlakunya kesatuan
hati setelah diikat oleh iman yang kuat dan syariat yang dihayati.
Masyarakat sedemikianlah yang setiap umat Islam wajib mem-
perjuangkannya.

485
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Mencintai Tuhan Rahsia Perpaduan

Berjuang ertinya mengenalkan manusia,


Allah adalah Tuhannya
Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati
Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya
Supaya hidupnya, matinya, tidak lain melainkan
untuk Tuhannya
Untuk memuja dan membesarkan Tuhan,
syariat adalah jalannya
Apabila Tuhan menjadi idola
Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan
untuk keredhaan-Nya
Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan,
akan terjalin persaudaraan
Makin ghairah manusia mencintai Tuhan,
makin rapat manusia berkawan
Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia
sama-sama mencintai Tuhan
Kalau begitu persaudaraan
tidak perlu dikumandangkan
Ukhwah tidak payah dislogankan
Kasih sayang sesama manusia
tidak perlu disibuk-sibukkan
Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan
Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan
Automatik persaudaraan terjalin
Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku
sesama insan
Itulah dia rahsia persaudaraan

486
KEMASYARAKATAN

Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan


Iaitu manusia sesama manusia
menjadikan Tuhan idolanya
Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya
Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan

Sajak 2
Rahsia Perpaduan

Cintailah Allah Tuhan pencipta manusia


Cinta sesama manusia akan terjadi dengan sendiri
Cintailah Allah,
cinta manusia tidak perlu diperjuangkan
Dia akan tercetus secara automatik
Cintailah Tuhan, kasih sayang dan perpaduan
sesama manusia akan terjalin
Takutilah Tuhan
Nescaya manusia akan takut melakukan
kesalahan sesama manusia
Lebih-lebih lagi dengan Tuhan
Takutnya itu dia tidak akan melanggar perintah-Nya
Cinta dan takut dengan Tuhan rahsia perpaduan
Anak kunci kasih sayang sesama manusia
Kerana kasih sayang dan perpaduan
adalah kerja jiwa
Bukan hubungan fizikal,
fizikal mengikut sahaja
Apabila hati dan jiwa hubungannya
dengan Allah begitu mesra
Automatik hubungan dan kemesraan
sesama manusia terjalin sama
Rahsia itulah yang tidak diketahui
oleh golongan sekular
Yang mengagungkan fikiran dan mengabaikan jiwa

487
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Yang memuja akal tapi hatinya dimatikan


Fikirannya bercahaya tapi hatinya gelap gelita
Akibatnya kegelapan di dalam cahaya
Kerana cahaya terlalu terang
membutakan matanya
Macam matahari terlalu kuat cahayanya
Tidak mampu mata memandang dan melihatnya
Begitulah golongan sekular
Kerana akalnya terlalu terang,
membutakan hati atau jiwanya
Maka tersesatlah dia daripada kebenaran
Bergelaplah dia di dalam terang

488
KEMASYARAKATAN

6
ISLAM DAN KEADILAN

S
etiap manusia fitrah semula jadinya inginkan keadilan.
Kerana keadilan itu satu perkara yang berharga dan
penting. Justeru itu, begitu serius manusia memperjuang-
kannya dari sejak wujudnya manusia hingga kini. Bahkan akan
terus diperjuangkan sambung-bersambung hingga ke hari
Kiamat.
Memang di antara sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) yang
selalu diperkatakan orang di dalam pidato-pidato, di dalam
tulisan-tulisan dan di dalam perbincangan-perbincangan adalah
sifat adil. Bukan sahaja umat Islam yang menyebutnya bahkan
semua kaum dan bangsa.
Kita pun hairan juga mengapa semua kaum dan bangsa di
kalangan manusia, sangat memperjuangkan sifat adil. Sifat-sifat
mahmudah yang lain seperti pemurah, berkasih sayang, ikhlas,
mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf, merendah
diri, bertimbang rasa, sabar dan lain-lain lagi tidak pula begitu
serius diperkatakan apatah lagi untuk diperjuangkan dan
dijadikan slogan antarabangsa.
Sifat adil itu hampir setiap hari kita dengar dan baca melalui
khutbah, ceramah, media elektronik dan media cetak. Perkataan
keadilan itu diucapkan dan ditulis oleh semua golongan ma-
nusia, tidak kira dia Islam atau bukan Islam.

489
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Berbagai-bagai bentuk perkataan yang kita dengar mengenai


keadilan itu. Antaranya:
“Kita mesti adil.”
“Itu tidak adil.”
“Keadilan belum begitu wujud lagi.”
“Kita mahu keadilan yang menyeluruh.”
“Belum ada keadilan ekonomi dan politik.”
“Mari kita perjuangkan keadilan.”
“Dia itu pejuang keadilan.”
“Selagi ada diskriminasi, keadilan tidak akan wujud.”
Dan lain-lain lagi susunan bahasa mengenai keadilan sebagai
slogan di dalam pidato dan tulisan.
Lebih-lebih lagi jika berlaku krisis politik dan ekonomi di
dalam sesebuah negara atau apabila ada pemimpin yang dipecat
dan ada pegawai kerajaan yang dibuang kerja maka perkataan
keadilan itu akan diperkatakan oleh golongan-golongan tertentu
melalui pidato-pidato atau tulisan-tulisannya. Kejadian itu akan
disebut sebagai adil atau tidak adil mengikut pandangan dan
pertimbangan masing-masing.

KEADILAN YANG BELUM BERSIFAT GLOBAL


Kalau kita teliti dan perhati perkataan keadilan yang biasa di-
kumandangkan dan digembar-gemburkan oleh sesetengah
pihak di seluruh dunia, jelas menunjukkan bahawa keadilan
yang disebut atau diperjuangkan itu tidak bersifat menyeluruh
atau global. Keadilan yang diperbesar-besarkan itu hanya di
bidang-bidang atau di sudut-sudut tertentu sahaja, seperti ke-
adilan di bidang politik, ekonomi, jawatan dan pemberian bia-
siswa. Kalaupun ada di bidang-bidang lain, ianya tidak begitu
serius diperkatakan. Bahkan di dalam sesetengah hal dan ke-
adaan, perkataan keadilan itu ditimbulkan apabila ia menimpa
orang-orang yang berjawatan besar. Ketika itu barulah soal
keadilan itu dihebohkan atau diperbesarkan. Sebaliknya, jika

490
KEMASYARAKATAN

berlaku kepada orang-orang bawahan atau rakyat jelata, ia tidak


pun diperbesarkan.
Bahkan adakalanya apabila berlaku ketidakadilan atau diskri-
minasi kepada golongan bawahan, tidak ada seorang pun yang
mengambil tahu atau membuat liputan dalam media massa.
Mungkin ada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu kerana yang
tidak dapat keadilan itu bukan dari golongan atau konco-konco-
nya. Namun demikian ada orang menyatakan dia itu adalah
pejuang keadilan. Itu menunjukkan orang yang menggelarkan
seseorang itu pejuang keadilan pun belum faham erti keadilan
yang sebenar.

KEADILAN YANG BERSIFAT GLOBAL


Islam melihat bahawa keadilan itu adalah salah satu sifat mah-
mudah atau sifat terpuji. Ia adalah bersifat menyeluruh dan glo-
bal. Sifat ini tidak hanya berkaitan aspek-aspek tertentu sahaja.
Selain bersifat sejagat, ia juga adalah berkait dengan semua
aspek, hal dan keadaan.
Ia mesti berlaku di dalam politik, ekonomi, pendidikan, pen-
tadbiran, ketenteraan, perjawatan, kebudayaan, kemasyarakat-
an, penganugerahan, khidmat cemerlang, akhlak atau moral dan
lain-lain lagi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia
sama ada yang lahir mahupun yang batin. Sama ada yang ber-
sifat fizikal mahupun yang bersifat maknawiah dan rohaniah.
Erti keadilan itu sangat luas fungsi atau kedudukannya di
dalam kehidupan manusia terutama di dalam kehidupan ber-
masyarakat. Manusia itu bukan sahaja mesti adil kepada orang
lain tetapi juga mesti adil pada diri sendiri dan anggota-anggo-
tanya, lahir dan batin.

MENGAPA KEADILAN TIDAK DIPERJUANGKAN


SECARA GLOBAL?
Pada hari ini, keadilan itu tidak diperjuangkan secara global dan

491
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sejagat walaupun sifat adil itu bertaraf sejagat. Keadaan ini ber-
laku kerana beberapa sebab seperti berikut:
1. Mungkin ramai orang yang belum faham erti keadilan yang
sebenarnya.
2. Kerana manusia itu susah hendak lari atau keluar daripada
kepentingan diri, keluarga dan kelompok-kelompoknya, go-
longan, kaum dan bangsanya, maka masing-masing lebih
menekankan keadilan itu untuk kepentingan diri dan ke-
lompok-kelompoknya sahaja.
3. Setiap kelompok itu mentakrifkan atau mendefinasikan
mengikut kefahaman, ideologi, agama pegangan masing-
masing atau akal fikiran masing-masing. Bukan mengikut
takrif Islam yang luas lagi sempurna.
4. Ada golongan tertentu yang memperkatakan tentang ke-
adilan itu bertujuan hendak menjatuhkan individu yang
tertentu, puak atau parti yang tertentu kerana hasad dengki,
sakit hati atau kerana itu musuhnya.
5. Ada golongan memperjuangkan keadilan setelah tersepit,
dibuang daripada jawatan atau dizalimi. Maka mulalah
mereka menggembar-gemburkan keadilan. Kalau tidak me-
nimpa diri dan golongan sendiri, mereka pun tidak minat
hendak menyebut dan memperjuangkannya
6. Ada golongan yang takut untuk perjuangkan keadilan se-
cara global kerana bimbang kalau keadilan itu disarankan
atau diperjuangkan kepada semua pihak, akan ada nanti
golongan yang bangun dan maju.
7. Disebabkan takut dan bimbang risikonya ditekan dan disu-
sahkan kalau keadilan secara global yang diperjuangkan itu
mencabar golongan yang berkuasa atau kuat.
Secara umumnya inilah di antara sebab-sebab mengapa
pejuang-pejuang yang ingin menegakkan keadilan, kelihatan
tidak bersifat global dan menyeluruh. Maka orang menjadi
bingung dan keliru. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak tahu
bagaimana memperjuangkan keadilan secara tepat.

492
KEMASYARAKATAN

ERTI KEADILAN
Mengikut bahasa, di antara erti adil itu ialah sama rata di antara
dua perkara. Seimbang di antara dua keadaan atau mengimbangi
bebanan.
Erti keadilan mengikut istilah syariat Islam ialah meletakkan
sesuatu itu pada tempatnya.
Maksud keadilan mengikut istilah syariat itulah yang diperin-
tahkan oleh Allah SWT di dalam beberapa ayat. Di antaranya,
firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala menyuruhmu,


supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunya
dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah
kamu hukum dengan adil.” (An Nisaa’: 58)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh melaku-


kan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi kaum
kerabat dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar
dan kezaliman.’” (An Nahl: 90)

Maksudnya: “Maka jika salah satu dari keduanya ter-


aniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (go-
longan) yang membuat aniaya, hingga kembali kepada pe-
rintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanya

493
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil.” (Al


Hujurat: 9)
Di sini dapatlah kita faham bahawa apa saja yang kita lakukan
sama ada orang atau barang atau benda atau perkara, sama ada
yang bersifat maddi (material) mahupun bersifat maknawi atau
rohani, jika dapat diletakkan pada tempatnya, inilah yang
dikatakan adil. Kalau berlaku sebaliknya maka dinamakan zalim
kerana lawan adil itu ialah zalim. Perkataan zalim itu berasal
daripada zulmat ertinya gelap atau kegelapan.
Orang yang bertindak di dalam kehidupan tidak meletakkan
sesuatu perkara atau perbuatan sama ada yang bersifat lahir
mahupun yang batin, yang bersifat material (maddi) atau bersifat
maknawi atau rohani, pada tempatnya, dia dianggap orang yang
hidup di dalam suasana yang gelap, yang tidak ada panduan
dan pedoman hingga selalu sahaja tersilap, tersasul, tersalah,
tergelincir dan terjatuh. Ertinya hidup di dalam keadaan kelam-
kabut dan huru-hara.
Kalau begitulah erti adil atau keadilan menurut Islam iaitu
meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, ertinya adil atau ke-
adilan itu bukan ertinya sama rata atau dua benda yang sama-
sama sukatan atau dua benda yang sama ukurannya.
Di sini ditegaskan, keadilan itu ialah meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Ia melibatkan banyak perkara. Di antaranya:
– Mengenai orang
– Mengenai benda
– Mengenai masa atau keadaan
– Mengenai perbuatan atau tenaga

MENGENAI ORANG

Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai dengan


profesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil.
Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukan

494
KEMASYARAKATAN

pada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemam-


puannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlah
namanya iaitu lawan bagi adil.

MENGENAI BENDA

Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempat-


nya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengan
kemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak di-
letakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan di
tempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yang
kotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehingga
boleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatan
zalim dan jatuh berdosa.

MENGENAI MASA

Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tem-


patnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah.
Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi dengan
perbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatah
lagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itu
dianggap zalim. Maka jatuh kepada dosa.

MENGENAI PERBUATAN ATAU TENAGA

Sebagai contoh, kita disuruh berbuat, bertindak, berusaha ke-


pada yang sesuai pada tempatnya. Misalnya berbuat perkara
yang disuruh oleh Allah SWT seperti menolong orang, berdak-
wah, mengajar, membaca Al Quran, bersembahyang, bersilatur-
rahim, menziarahi orang yang sakit, bergotong- royong di dalam
membuat baik dan mencegah kemungkaran. Paling tidak mem-
buat perkara-perkara yang harus seperti berehat atau tidur. Maka
itu dikatakan adil.
Sebaliknya jika perbuatan atau tenaganya digunakan bukan
pada tempatnya seperti digunakan untuk berjudi, mencuri,

495
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

memukul orang, berzina, memegang orang yang bukan muh-


ram, bergaul bebas tanpa batas, membangunkan tempat-tempat
maksiat, maka itu dikatakan zalim.

Empat perkara yang kita sebutkan di atas sebagai contoh yang


asas, yang bersifat lahir. Kalau hendak dihuraikan lagi, terlalu
luas. Bagi diri manusia sahaja, tentulah melibatkan seluruh
anggotanya, lahir dan batin, yang bersifat fizik mahupun yang
bersifat maknawi dan rohani. Berkaitan benda pula terlalu
banyak. Tentang masa pula, di dalam sehari semalam ada 24
jam. Setiap waktu atau jam mesti diisi oleh perkara atau per-
buatan yang patut atau sesuai dengan masa itu. Mengenai per-
buatan atau tenaga, banyak kebaikan yang mesti diuntukkan
pada tempatnya. Jika semuanya itu diletakkan pada tempatnya,
itulah yang dikatakan adil. Jika berlaku sebaliknya maka ia di-
anggap zalim.

Keadilan yang melibatkan perkara-perkara bersifat maknawi


dan rohani ialah:
– Akal fikiran
– Nafsu
– Hati dan jiwa atau roh.

ADIL TERHADAP AKAL FIKIRAN

Digunakan pada tempatnya seperti memikirkan ilmu-ilmu Al


Quran, Al Hadis dan ilmu-ilmu yang dibenarkan seperti ilmu
ekonomi, politik, pendidikan, pembangunan, pentadbiran dan
kemasyarakatan. Akal juga digunakan untuk memikirkan kebe-
saran Allah SWT dan lain-lain lagi. Ini adalah adil terhadap akal.
Sebaliknya kalau berfikir sesuatu yang tidak sepatutnya kerana
bukan tempatnya, seperti memikirkan perempuan yang bukan
muhram kita, memikirkan arak, judi dan memikirkan hendak
membunuh, mencuri, zina dan lain-lain yang dilarang, maka
hukumnya zalim.

496
KEMASYARAKATAN

ADIL TERHADAP NAFSU

Kehendak nafsu dan kemahuannya dihalakan atau didorong ke


tempat yang dibenarkan oleh Allah Taala seperti berkehendak
untuk memperjuangkan agama-Nya, berkemahuan membantu
fakir miskin, berkeinginan mendaulatkan undang-undang Islam,
membangunkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan,
pentadbiran Islam, masyarakat Islam dan lain-lain yang di-
perintahkan oleh Islam. Inilah yang dikatakan adil.
Sebaliknya jika kehendak nafsu itu didorong kepada bukan
tempatnya seperti berkehendak kepada perempuan yang bukan
isteri, mendorong memperjuangkan kebatilan seperti mem-
perjuangkan ideologi, ekonomi kapitalis, pendidikan sekular dan
lain-lain yang dilarang Islam, hukumnya zalim.

ADIL TERHADAP HATI ATAU JIWA ATAU ROH

Hendaklah perasaan-perasaan itu diletakkan pada tempatnya


seperti merasakan kebesaran Allah, rasa takut kepada Allah, rasa
malu, rasa cinta kepada-Nya, rasa lemah, rasa harap, rasa ber-
dosa, rasa pemurah, rasa kasih sesama manusia, rasa belas ka-
sihan terhadap orang yang susah dan lain-lain lagi. Jika berlaku
sebaliknya, iaitu rasa-rasa hati itu diletakkan pada rasa sombong,
rasa megah, rasa ujub, rasa dendam, rasa marah, rasa bakhil,
rasa tamak, rasa tidak pernah cukup dan lain-lain lagi rasa yang
dilarang oleh Allah Taala, hukumnya zalim.

ERTI KEADILAN MENURUT ISLAM


Adil atau keadilan adalah satu daripada sifat mahmudah iaitu
sifat terpuji, yang Allah Taala wajibkan dimiliki oleh setiap
mukalaf atau menjadi pegangan setiap orang. Sifat ini bertaraf
sejagat. Ertinya ia diterima bersama oleh seluruh manusia sama
ada orang Islam mahupun yang bukan Islam.
Walaupun sifat adil itu bersifat sejagat, diterima bersama oleh
semua manusia namun bagi setiap diri manusia itu amat susah

497
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sekali untuk dapat memiliki sifat itu. Setiap orang suka kalau
orang lain berlaku adil kerana ia menguntungkan diri, walaupun
dia sendiri tidak boleh berlaku adil pada orang lain.
Kerana itulah lumrah berlaku di dalam kehidupan berma-
syarakat, perkataan keadilan itu dislogan dan diperjuangkan
supaya orang lain mengamalkannya. Seperti memperjuangkan
agar kerajaan amalkan keadilan atau agar majikan melak-
sanakannya. Keadilan itu tidak diperjuangkan dengan tujuan
agar diamalkan oleh diri masing-masing atau oleh setiap orang.
Sepatutnya sifat keadilan itu diperjuangkan agar ia dapat
dimiliki terlebih dahulu oleh setiap diri orang yang memper-
juangkannya, sebelum ia dapat diamalkan oleh orang lain.
Memang kita merasa pelik kerana pejuang-pejuang keadilan
seluruh dunia memperjuangkan sifat keadilan itu agar orang
lain berlaku adil. Bukan untuk mereka sendiri berusaha berlaku
adil. Justeru itu kebanyakan orang melihat tidak adil pada diri
orang lain, bukan pada diri sendiri.
Sebenarnya atau sepatutnya setiap orang itu mesti memper-
juangkan keadilan agar ia menjadi milik dirinya. Apabila ia
mempunyai sifat itu, akan berlakulah keadilan kepada orang
lain.
Begitulah tuntutan dari Islam. Apabila menyebut keadilan,
ia mesti dilakukan oleh setiap mukalaf. Bukan mendesak agar
dilakukan oleh orang lain sedangkan diri sendiri tidak perlu ber-
laku adil.
Berlaku adil adalah kewajipan setiap orang. Kemestian setiap
individu. Adalah menjadi satu kesalahan tidak bersifat adil.
Berdosa di sisi Tuhan. Kalau tidak bertaubat, ke Nerakalah pa-
dahnya.

KEDUDUKAN SIFAT ADIL DALAM ISLAM


Kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Ia adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang

498
KEMASYARAKATAN

wajib diusahakan dan diperjuangkan agar setiap orang


memilikinya.
2. Sifat adil itu lebih hampir kepada sifat taqwa. Berdasarkan
sebuah ayat Al Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “Janganlah kamu tertarik kerana kebenci-


anmu terhadap satu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil.
Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa
dan takutlah kepada Allah.” (Al Maidah: 8)
3. Keadilan itu kalau berlaku, sangat berperanan dan memberi
kesan di dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Sifat adil ini adalah salah satu akhlak mulia yang bersifat
sejagat. Ertinya setiap manusia sama ada Islam mahupun
yang bukan Islam menginginkannya.
5. Sifat adil itu kalau menjadi pakaian kepada pemimpin atau
raja, ia lebih indah dan cantik. Lebih cantik dan menarik,
lebih luas dan lebih merata faedah dan kebaikannya.
6. Sifat adil itu hendaklah diberi atau diratakan kepada semua
golongan manusia sekalipun orang yang kita benci atau
musuh kita.
7. Sifat adil itu sangat membantu menyelesaikan masalah
masyarakat.
8. Satu saat boleh berlaku adil lebih baik daripada beribadah
70 tahun.

ADIL LEBIH UTAMA BAGI PEMIMPIN


Di dalam ajaran Islam, semua orang yang mukalaf, lelaki dan
perempuan yang akil baligh, wajib berlaku adil. Bahkan wajib
memperjuangkannya agar keadilan itu dapat ditegakkan di

499
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dalam kehidupan bermasyarakat, di semua aspek kehidupan.


Begitu pun, berlaku adil bagi seseorang pemimpin di dalam se-
sebuah negara, adalah lebih utama kerana dia adalah contoh
ikutan yang utama kepada rakyatnya.
Di antara sebab adil itu lebih utama bagi pemimpin ialah:
1. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, dia dapat me-
lakukan keadilan itu secara umum. Ramai orang terbela
secara menyeluruh dan dapat manfaatnya.
2. Kalau pemimpin atau raja sesebuah negara itu tidak adil,
maka ramai pula orang yang terzalim atau teraniaya, terbiar
dan tidak terbela.
3. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, seluruh rakyat
daripada orang besar hingga orang kecil akan sayang dan
hormat. Dengan itu mudahlah rakyat dididik dan didisiplin-
kan.
4. Apabila pemimpin sesebuah negara adil dan baik, mudah
rakyat meniru menjadi baik. Apabila rakyat baik, gejala ma-
syarakat yang tidak sihat kurang berlaku, menjadikan ma-
syarakat aman, tenteram, bahagia dan harmoni.
5. Sebaliknya kalau pemimpin atau raja di dalam sesebuah
negara itu tidak adil dan jahat, rakyat akan jadi jahat. Ini
akan menyebabkan berlakunya kemungkaran, jenayah dan
tergugatlah ketenteraman umum. Sudah tentulah hidup
dalam gelisah dan ketakutan.
6. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu
tidak adil, ertinya berlaku sebaliknya iaitu zalim. Lama ke-
lamaan rakyat tidak tahan. Akhirnya timbul pemberon-
takan, mengguling pemimpin atau raja. Sama ada berjaya
atau tidak, akan lahirlah huru-hara. Maka semua golongan
akan mendapat kesusahan.
7. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itu
adil, Allah Taala akan memberi keberkatan kepada pemim-
pin atau raja itu. Kemudian keberkatan itu akan melimpah

500
KEMASYARAKATAN

ruah seluruh negara dan rakyat. Ia akan menjadikan negara


makmur, aman damai dan mendapat keampunan dari Allah
Taala.
Begitulah yang akan diperolehi oleh rakyat di dalam sesebuah
negara itu yang mempunyai pemimpin atau raja yang adil.
Justeru itulah sifat adil itu lebih utama dimiliki oleh pemimpin
atau raja di dalam sesebuah negara berbanding dengan golongan
lain.
Dengan kerana keadilan seseorang pemimpin atau raja itu,
berkat dan rahmat Allah Taala akan melimpah ruah kepada
seluruh negara. Kerana itulah raja atau pemimpin yang adil itu
termasuk salah satu daripada golongan yang dapat perlindung-
an Allah Taala di Padang Mahsyar seperti yang telah disebutkan
oleh sebuah Hadis:
Maksudnya: “Ada tujuh golongan yang Allah memberi
perlindungan-Nya di hari yang tiada perlindungan selain
perlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil,
pemuda yang sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelaki
yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang
lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka
bertemu dan berpisah pun kerana-Nya dan lelaki yang
digoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan kecantikan
lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian
alam’ dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh
tangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah se-
waktu sunyi, lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Bukhari)

PEMBAHAGIAN KEADILAN DAN KEZALIMAN

Kalau kita hurai dengan lebih terperinci lagi tentang keadilan


dan kezaliman, ia boleh dibahagi pula kepada empat bahagian:
1. Keadilan dan kezaliman kepada Allah SWT
2. Keadilan dan kezaliman kepada manusia

501
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3. Keadilan dan kezaliman kepada diri sendiri


4. Keadilan dan kezaliman kepada haiwan

KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA ALLAH SWT

Sebagai contoh, jika bertembung kehendak Allah SWT dengan


kehendak kita seperti waktu sembahyang sudah tiba dan waktu
itu juga kita hendak membuat kerja kita atau bos kita, kenalah
kita dahulukan kehendak Allah SWT iaitu kerjakan sembahyang
lebih dahulu. Itu dinamakan adil kepada Allah SWT. Jika dida-
hulukan kehendak kita atau kehendak bos kita hingga tertinggal
sembahyang, hukumnya kita menzalimi Allah SWT.
Sebagai contoh yang lain, kalau kita mendahului undang-
undang Allah Taala di dalam membuat hukum atau mengatur
kehidupan, kita telah berlaku adil dengan Allah SWT. Sebaliknya
kalau kita tolak hukum Allah Taala, kita ganti dengan hukum
kita atau hukum manusia maka kita dianggap menzalimi Allah
Taala kerana kita tidak meletakkan hukum Allah SWT pada
tempatnya. Seterusnya kiaskanlah kepada perkara-perkara lain.

KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA MANUSIA

Sebagai contoh, dengan kedua ibu bapa kita hormati dan kita
utamakan daripada isteri kita. Penghormatan dan keutamaan
itu sudah kita letakkan pada tempat yang betul. Kita telah ber-
laku adil.
Kalau berlaku sebaliknya, isteri kita lebih kita hormat dan
utamakan daripada ibu bapa kita, maka kita telah berlaku zalim
kerana meletakkan sifat hormat dan keutamaan itu bukan
kepada tempatnya yang sebenar.
Contoh yang lain, kalau kita orang yang berkuasa, kita naik-
kan pangkat seseorang itu atas dasar kesungguhan dan kemam-
puan kerja, maka kita telah berlaku adil kerana kita naikkan
pangkat itu sesuai dengan orang pada tempatnya dan sepatut-
nya.

502
KEMASYARAKATAN

Kalau berlaku sebaliknya, kita naikkan pangkat seseorang


itu bukan atas dasar kebolehan, kesungguhan dan lama bekerja
tetapi atas dasar dia pandai mengambil hati kita walaupun tidak
layak, maka kita telah berlaku zalim. Kita telah memberi pangkat
kepada seseorang bukan pada tempatnya iaitu bukan orang yang
sepatutnya. Kiaskanlah kepada yang lain-lain seperti memberi
projek, memberi anugerah cemerlang dan lain-lain lagi.

KEADILAN DAN KEZALIMAN PADA DIRI SENDIRI

Allah SWT menjadikan kita untuk beribadah, maka kita pun


menjadi orang yang beribadah. Ertinya kita telah berlaku adil
kepada diri kerana kita telah meletakkan diri kita pada tempat-
nya yang sebenarnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu kita tidak
beribadah atau cuai beribadah kepada Allah Taala ertinya kita
sudah tidak meletakkan diri kita pada tempatnya yang sebenar.
Maka kita dikira menzalimi diri sendiri.
Sebagai contoh yang lain, Allah Taala menjadikan mata,
telinga dan lain-lain anggota dengan tujuan untuk melihat,
mendengar dan sebagainya kepada yang dihalal atau diperintah
oleh Allah Taala. Contohnya seperti melihat kebesaran Allah
Taala, melihat dan membaca Al Quran, melihat ciptaan Tuhan
agar terasa Maha Kuasa Allah Taala. Jika kita lakukan yang demi-
kan maka kita telah berlaku adil pada diri kita. Jika berlaku se-
baliknya, seperti melihat perempuan-perempuan yang bukan
muhram, melihat dan mendengar gambar-gambar dan perka-
taan-perkataan yang lucah, kita telah menzalimi diri kita kerana
kita sudah tidak meletakkan lagi diri kita (anggota kita) pada
tempatnya yang sebenarnya. Seterusnya kiaskanlah anggota-
anggota yang lain.

KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA HAIWAN

Kalau kita ada memelihara haiwan yang dibenarkan oleh Islam,


kita beri tempat tinggal yang sepadan dan sepatutnya kepada
haiwan itu. Kita beri makan dan minum sesuai dengan haiwan

503
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

itu. Kalau perlu kita gunakan untuk bekerja, sesuai dan sepadan
dengan kerja-kerjanya yang patut dengan haiwan itu, tidaklah
sampai membeban atau memberatkan. Maka kita telah berlaku
adil terhadap haiwan itu. Jika berlaku sebaliknya seperti tempat
tinggalnya tidak sempurna, makan minum tidak cukup, dibe-
bankan dengan kerja yang tidak sepatutnya, maka kita telah
melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap haiwan itu.
Contoh-contoh yang lain bolehlah kiaskan sendiri.

MENEGAKKAN KEADILAN AMAT SUSAH


Setelah kita membahas, mengkaji, menganalisa tentang pengor-
banan dan kehendak-kehendak sifat-sifat adil atau keadilan
untuk dipraktikkan di dalam kehidupan kita, ia terasa sungguh
susah untuk kita laksanakan. Bukan sahaja sulit sekali untuk
berlaku adil kepada Allah Taala, kepada manusia, kepada hai-
wan bahkan untuk berlaku adil kepada diri kita sendiri pun amat
payah sekali.
Jika kita tidak dapat berlaku adil kepada diri kita ertinya kita
melakukan penzaliman kepada diri kita sendiri. Kalau kita tidak
berhenti dan bertaubat kepada Allah, Nerakalah padahnya.
Kalau terhadap diri kita yang kita sayangi pun kita tidak
berlaku adil bahkan kita zalimi, apakah ada satu jaminan yang
kita boleh berlaku adil kepada manusia atau makhluk yang lain?
Kalau kita tidak sayang pada diri kita, bolehkah kita menyayangi
diri orang lain? Kalau kita sanggup menzalimi diri sendiri, apa-
kah jaminan kita tidak akan menzalimi orang lain?

DUNIA HARI INI PENUH PENZALIMAN


Setelah kita memahami erti keadilan menurut Islam, maka tidak
syak lagi, dunia pada hari ini penuh dengan kezaliman dalam
berbagai-bagai bentuk. Ia berlaku di pelbagai aspek kehidupan
dan dilakukan oleh individu, kaum, puak, parti, golongan atau
bangsa. Sama ada disedari oleh manusia atau tidak, hakikatnya

504
KEMASYARAKATAN

tidak ada tempat di dunia ini yang tidak berlaku penindasan


dan penzaliman itu.
Di mana-mana pun berlaku penzaliman tidak kira sama ada
terhadap Allah Taala, terhadap manusia, haiwan dan terhadap
diri sendiri. Penzaliman itu pula berlaku di pelbagai aspek
seperti pendidikan, ekonomi, politik, pentadbiran, kemasyara-
katan, ketenteraan, kebudayaan, kekeluargaan, perhubungan
antarabangsa dan lain-lain lagi.
Justeru itu tidak hairanlah jika di mana-mana sahaja di muka
bumi Tuhan ini, tidak ada tempat yang tenang, yang tidak ada
pergolakan. Di sana sini berlakunya berbagai-bagai krisis, per-
selisihan, pergeseran, pergaduhan, jatuh-menjatuhkan, kata-
mengata, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, hina-menghi-
na, pakatan jahat atau konfrantasi, tangkap-menangkap, tuduh-
menuduh, demontrasi, pemberontakan dan seterusnya pepe-
rangan.
Ketika seseorang, satu puak, satu golongan, satu parti atau
satu bangsa itu dizalimi, di masa yang sama mereka menzalimi
pula. Di satu sudut mereka kena zalim manakala di sudut yang
lain mereka menzalimi pula. Di dalam mereka dituduh, mereka
menuduh pula. Jadi zalim-menzalim itu telah berlaku di antara
satu sama lain. Kalau begitu di mana golongan yang adil?
Sesetengah mereka kalau tidak menzalimi manusia, mereka
menzalimi Allah Taala. Kalau tidak menzalimi Allah Taala, me-
reka menzalimi manusia. Kalau tidak menzalimi manusia atau
Tuhan, mereka menzalimi haiwan. Kalau tidak menzalimi hai-
wan, manusia atau Tuhan, mereka akan menzalimi diri sendiri
sehingga yang paling kejam iaitu bunuh diri. Bahkan ada yang
lebih kejam lagi dari itu iaitu mereka menzalimi Tuhan, menza-
limi manusia, haiwan dan diri sendiri.

CARA MENEGAKKAN KEADILAN


Sebelum ini kita telah memperkatakan bahawa fitrah semula
jadi manusia suka kepada keadilan. Justeru itu mereka ingin

505
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kepada keadilan dan sentiasa bangun untuk berjuang


menegakkan keadilan. Di waktu ini hampir setiap hari kita
mendengar, membaca bahkan memperkatakan keadilan.
Memang perkataan keadilan itu lebih banyak disebut orang
daripada sifat-sifat mahmudah yang lain.
Tadi kita telah memperkatakan bahawa kezaliman itu telah
merata berlaku kepada setiap individu, kelompok, puak, parti,
golongan dan bangsa. Ia berlaku di pelbagai bidang dan aspek.
Dunia hari ini sudah penuh dengan penzaliman.
Penzaliman telah rata berlaku di dunia dan hampir tidak ada
manusia yang tidak dijangkiti. Oleh yang demikian siapalah
yang hendak kita harapkan untuk bangun menegakkan keadilan
sekaligus menumpaskan kezaliman?
Di sinilah rahsianya mengapa pejuang-pejuang keadilan
belum berjaya menegakkan keadilan sekaligus menumpaskan
kezaliman. Sebenarnya di samping mereka ingin menegakkan
keadilan dan menumpaskan kezaliman, mereka juga membuat
kezaliman. Bahkan adakalanya apabila satu-satu golongan itu
berjaya menumbangkan satu golongan yang zalim, mereka ke-
mudiannya lebih zalim lagi daripada golongan yang sebelum-
nya.
Oleh itu yang penting di waktu ini ialah setiap orang dan
golongan berusaha membaiki diri dan cuba bersungguh-sung-
guh untuk menegakkan keadilan di dalam diri dan golongannya
terlebih dahulu. Selepas itu perjuangkanlah keadilan itu. Bila-
mana sifat adil itu telah wujud di dalam diri masing-masing dan
di dalam golongan tersebut, insya-Allah, golongan lain akan
sedar dan insaf kerana model telah wujud dan Allah Taala akan
memberi bantuan kepada orang yang telah menegakkan ke-
adilan itu.
Inilah cara atau jalan keluar daripada penindasan dan pen-
zaliman di dalam kehidupan manusia. Apabila penzaliman da-
pat ditumpaskan kerana masing-masing menegakkan keadilan
di dalam diri mereka terlebih dahulu, secara automatik keadilan

506
KEMASYARAKATAN

dapat ditegakkan di dalam kehidupan manusia, di dalam semua


peringkat dan di seluruh aspek kehidupan masyarakat.

JAUHILAH PERBUATAN ZALIM

Di dalam ajaran Islam perbuatan menzalim sangat dilarang. Ia


termasuk dosa besar kerana menzalim itu merosakkan ke-
hidupan manusia. Sama ada fizikalnya, hartanya, maruahnya,
kedudukannya atau lain-lain lagi. Maka kerana itulah dosa men-
zalim ini di dunia lagi akan dihukum oleh Allah Taala sebelum
dibalas di Akhirat. Lebih-lebih lagi kalau orang yang kita zalimi
itu ialah ibu bapa atau guru kita.
Justeru itu ada Hadis menyebut:

Maksudnya: “Hendaklah kamu takuti doa orang yang


dizalimi kerana tidak ada di antaranya hijab dengan Allah
Taala.”
Doa orang yang dizalimi terus Allah Taala terima sekalipun
dia orang kafir. Maka akan hancurlah orang yang zalim itu di
dunia lagi.
Oleh itu berhati-hatilah agar jangan sampai kita menzalimi
makhluk Allah Taala kerana hukumannya akan berlaku di dunia
lagi. Sama ada cepat atau lambat, jangka pendek mahupun
jangka panjang. Bentuk atau sifatnya yang sama dengan orang
yang dizalimi atau Allah Taala datangkan dengan bentuk atau
sifat yang lain. Adakalanya Allah Taala balas penzaliman itu
setelah orang yang menzalimi lupa perbuatan zalim yang pernah
dilakukannya. Mungkin dia lambat dihukum sehingga dia tidak
dapat hubungkaitkan hukuman itu dengan perbuatannya da-
hulu. Hanya orang yang prihatin atau peka sahaja yang sedar
atau dapat hubungkaitkan.
Marilah sama-sama kita insaf, agar jangan kita menzalim.
Kalau sudah terlajak cepat-cepatlah kita memohon maaf sebelum

507
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tibanya hukuman daripada Allah Taala, sama ada di awal, di


pertengahan, atau di hujung hidup kita. Apatah lagi di Akhirat,
sudah pasti tidak terlepas daripada hukuman.
Moga-moga Allah Taala sentiasa menjauhkan kita daripada
perbuatan zalim.

508
KEMASYARAKATAN

SAJAK

Sajak 1
Adil Bukan Seimbang

Erti adil bukan ertinya seimbang


Tidak juga bererti ukuran sama panjang
Definisi ini adalah tanggapan biasa
yang lumrah kita terima
Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam
Erti adil meletakkan sesuatu itu sesuai
dengan tempatnya atau kedudukannya
Iaitu utama mesti diutamakan
Yang tidak utama mesti dikemudiankan
Yang penting didahulukan,
yang tidak penting dibelakangkan
Yang wajib diutamakan,
yang sunat atau yang harus ditinggalkan
jika berlaku di dalam satu keadaan
Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan
Mari kita menghurai agar kita faham
Adil yang paling besar atau super adil
Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan
Kita sembah, kita besarkan,
kita puja sepanjang masa
Kita cinta dan kita takut dan ingat
serta sebut di mana-mana
Jangan jadikan selain Allah sebagai tuhan,
atau kita utamakan dan besarkan lebih dari-Nya
Adil martabat tinggi, syariat Tuhan diutamakan
atau didahulukan
Atau hak Tuhan kita dahulukan

509
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Peraturan manusia ditinggalkan


Hak Tuhan kita utamakan,
hak manusia kita kemudiankan
Adil martabat rendah ialah mengikut faham biasa
Adil martabat kedua mendahulukan hak ibu bapa dari kita
Guru-guru kita juga patut diutamakan dari kepentingan kita
Mendahulukan hak suami dari kita adalah utama dan mulia
Jika berkongsi berniaga, saham sama banyaknya,
untung bagi dua
Kalau saham tidak sama,
untung diberi mengikut saham sedikit banyaknya
Jawatan yang hendak diberi kepada seseorang
sesuai dengan kebolehannya
Gaji diberi sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab
Inilah dia erti adil dan keadilan
Tapi kita sedih adil yang diperjuangkan
oleh para pejuang, adil martabat rendah
Super adil dan adil martabat tinggi tidak diendah
Bermati-matian keadilan peringkat rendah diperjuangkan
hingga sanggup menumpahkan darah
Keadilan martabat tinggi dan super adil
diabaikan dan tidak diendah

Menjelang tidur
04 – 09 – 199

Sajak 2
Pemimpin Pilihan Tuhan

Tujuh ratus tahun umat Islam menjadi empayar


Selama itu kerajaan yang berkuasa
bertukar ganti atau silih berganti
Disandarkan kerajaannya mengikut bani masing-masing
Daerah bertambah luas

510
KEMASYARAKATAN

Ilmu pengetahuan pesat berkembang


dengan berbagai-bagai cabangnya
Rakyat ramai berbagai-bagai bangsa memeluk Islam
Tetapi kerajaan atau pemerintahan yang adil boleh dibilang
Rasulullah SAW dan Khulafa-Khulafaur Rasyidin
Ditambah lagi Umar Ibnu Aziz, Salehuddin Al Ayubi,
Muhammad Al Fateh
Ini menunjukkan keadilan itu sangat mahal
Hanya pemimpin pilihan Tuhan
atau yang ada isyarat dari Tuhan sahaja
yang boleh melakukan keadilan
Selain itu, sekalipun ada, yang boleh banyak beribadah
Namun untuk menegakkan keadilan sangat susah
Kerana keadilan itu sangat mahal
Satu sifat ini sahaja sudah mendekati taqwa
Pemimpin yang adil itu termasuk orang
yang dapat perlindungan Tuhan di Padang Mahsyar
Di setiap zaman kita tahu bahawa pemimpin
yang adil itu datang sekali-sekala
Yang ramai itu adalah pemimpin yang zalim
Yang melakukan sewenang-wenangnya
di dalam pemerintahannya
Yang beraja di nafsu dan beraja di mata
Yang bertindak mengikut rasa
Tidak kira dosa dan pahala,
Tuhan redha atau Tuhan murka
Itu semuanya sudah tidak diambil kira

Menjelang tidur
19 – 12 – 1999
(11 Ramadhan)

511
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

7
KEMISKINAN DAN SEBAB-SEBAB
BERLAKUNYA KEMISKINAN

K
emiskinan berlaku apabila pendapatan seseorang itu di
bawah keperluannya. Keperluan yang dimaksudkan ada-
lah dari segi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.
Fakir pula ialah apabila pendapatan seseorang itu di bawah
paras separuh daripada keperluannya.
Kalau begitu jika pendapatan seseorang lebih daripada ke-
perluannya, walaupun berlebih satu sen, maka seseorang itu
dianggap kaya. Sebagai contoh, katalah seseorang itu keperluan
sebulan bagi diri dan keluarga di bawah tanggungjawabnya ada-
lah sebanyak dua ribu ringgit. Kemudian dia mendapat dua ribu
ringgit satu sen. Maka dia dianggap orang kaya oleh Islam. Oleh
itu untuk menjadi orang kaya tidaklah susah sangat. Yang susah
itu hendak menjadi jutawan atau bilionwan.
Telah menjadi fitrah semula jadi manusia bahawa rata-rata
manusia itu tidak suka menjadi miskin. Ertinya hampir semua
manusia ingin menjadi orang kaya. Lantaran itu kebanyakan
manusia itu, seluruh fikirannya, tenaganya diperah dan dikerah
ke arah untuk mendapatkan kekayaan. Manusia itu sekalipun
nampak mereka belajar untuk mendapat ilmu, namun mereka
hendakkan ilmu itu pun dengan tujuan dialatkan bagi mendapat
kekayaan. Manusia memandang kemiskinan itu sebagai musuh
mereka. Sebab itulah mereka benar-benar struggle, tidak jemu-

512
KEMASYARAKATAN

jemu berusaha untuk mencari kekayaan agar dapat memerangi


kemiskinan itu.
Perlu diingat bahawa tidak semua orang boleh menjadi kaya.
Manusia boleh berusaha tetapi Allah Taala yang mentakdirkan
dan menentukannya. Yang gagal menjadi kaya lebih banyak
daripada yang berjaya. Kalau hendak menjadi kaya mengikut
ukuran Islam seperti yang telah kita takrifkan di atas, itu agak
mudah. Namun hendak menjadi orang kaya mengikut ukuran
manusia adalah amat susah sekali, sekalipun mereka mempu-
nyai ilmu pengetahuan dan telah berjuang bersungguh-sungguh.
Paling berjaya pun, sesetengahnya sekadar hidup senang sahaja.
Kebanyakan manusia, setakat senang sahaja pun tidak mam-
pu diperolehi. Betapalah hendak menjadi kaya. Bahkan ramai
pula yang berada di taraf miskin, fakir atau papa kedana. Di
dunia hari ini kemiskinan banyak berlaku di negara-negara bekas
tanah jajahan terutama di benua Afrika.

SEBAB-SEBAB JADI MISKIN


Seseorang, satu kaum atau satu bangsa itu menjadi miskin kerana
beberapa faktor. Di antaranya ialah:
1. Kemiskinan yang diwarisi dari ibu bapa yang miskin, kaum
atau bangsa yang miskin, yang mungkin sudah berlarutan
berpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun. Lahir-lahir sahaja
telah menjadi miskin. Dengan kemudahan-kemudahan dan
aset-aset yang mereka warisi daripada ibu bapa atau gene-
rasi sebelumnya, amat sulit sekali untuk mereka membuat
perubahan daripada miskin kepada kaya.
2. Disebabkan malas. Mungkin sesetengah kaum atau bangsa
itu bersifat pemalas. Sifat malas itu telah diwarisi daripada
datuk nenek mereka sebelumnya hingga sifat malas itu di-
sambung oleh generasi kemudiannya. Akhirnya menjadi
budaya hidup. Kalau telah menjadi budaya, bukan senang
hendak disedarkan atau diubah agar menjadi kaum atau
bangsa yang rajin supaya kemiskinan cepat dapat diatasi.

513
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3. Sesetengah orang, kaum atau bangsa tidak mempunyai ilmu


pengetahuan. Ilmu pengetahuan belum lagi terbuka kepada
mereka. Sedangkan ilmu adalah antara faktor yang penting
untuk mendapat kekayaan kerana mencari kekayaan me-
merlukan ilmu dan pengalaman yang luas.
4. Sesetengah orang ditakdirkan oleh Allah SWT dalam ke-
adaan tubuh badan yang cacat. Sudahlah begitu, dia lahir
di dalam keluarga yang miskin pula. Justeru itu dia tidak
dapat bergerak cergas untuk aktif mencari kekayaan.
5. Oleh kerana penjajahan ke atas sesuatu bangsa atau kaum.
Memang sudah menjadi dasar setiap penjajah agar anak
jajahannya tidak mampu bangun untuk membebaskan diri
dan tanah airnya. Ataupun kalau suatu hari nanti mereka
merdeka, mereka tetap perlu bersandar dengan bekas tuan
penjajahnya. Maka penjajah membuat satu sistem dan dasar
agar penduduk asli dan penduduk tempatan menjadi miskin
dengan tidak diberi peluang yang mudah untuk menjadi
senang. Penjajah juga menjalankan dasar pintu terbuka un-
tuk kemasukan orang luar yang kemudiannya diberi kemu-
dahan untuk hidup. Dengan itu anak pribuminya terdesak
dan terpinggir lalu menjadi papa kedana. Kemiskinan itu
kemudiannya diwarisi beratus tahun oleh anak cucunya.
6. Adakalanya di sebuah negara itu kerajaannya zalim, menin-
das dan berlaku diskriminasi. Pemerintahnya mementing-
kan diri, keluarga dan kroni-kroni sendiri. Kemudahan-
kemudahan hidup hanya untuk mereka sahaja. Orang lain
yang bukan kawan, bukan keluarga dan bukan ahli parti
tidak diberi kemudahan. Rakyat umum juga dibiarkan maka
ramailah rakyat yang miskin.
7. Sesetengah negara-negara yang berideologikan komunis
atau negara sosialis tidak memberikan hak dan kebebasan
yang cukup kepada rakyatnya untuk hidup mencari ke-
kayaan. Mereka tidak diberi hak milik. Segala-galanya untuk
negara sehingga rakyat menjadi miskin. Dari pengalaman
saya dahulu sebelum saya ditangkap, saya berpeluang ber-

514
KEMASYARAKATAN

ada di luar negeri selama tiga tahun. Di kebanyakan negara-


negara komunis atau sosialis yang saya lawati, rata-rata
rakyatnya miskin.
8. Ada sesetengah orang atau sesetengah kaum, Allah Taala
jadikan watak semula jadi tidak suka bersusah payah. Me-
reka bekerja sekadar untuk hidup. Walaupun ada peluang
untuk senang namun mereka tidak mahu mengambil
peluang itu. Mereka cukup sekadar apa yang ada.
9. Ada setengah umat Islam suka hidup secara miskin kerana
kalau menjadi kaya ditakuti tidak boleh bersyukur dan tidak
dapat menunaikan kewajipan sepertimana yang diperin-
tahkan oleh Allah Taala. Jika susah, mereka tidak pula me-
minta-minta dan menyusahkan orang lain. Mereka sanggup
hidup ala kadar. Bahkan orang ini di waktu-waktu berlebih-
lebihan hartanya atau makan minumnya mereka tidak akan
menyimpan. Di masa itu juga mereka akan memberi kepada
mereka yang mustahak menerimanya. Sikap itu memang
dibenarkan oleh Allah Taala. Sebenarnya miskin cara ini
tidak ramai. Yang ramai miskin secara lain seperti telah di-
sebutkan tadi.
10. Ada setengah orang terpaksa menjadi miskin disebabkan
keluarganya besar. Walaupun pendapatannya lumayan atau
agak besar tetapi orang yang hendak ditanggungnya ramai
seperti ramai anak dan isteri. Di samping itu ada pula anak
yatim yang hendak dijaga dan diurus.
11. Ada sesetengah umat Islam, jadi miskin kerana suka khid-
mat dan menolong orang. Tidak boleh melihat orang susah,
mesti ditolongnya. Siapa sahaja meminta akan diberinya.
Selalu sahaja menderma dan mewakafkan hartanya untuk
kebajikan umum. Kalau dia tahu ada orang Islam yang ber-
hutang, lebih-lebih lagi kawannya, dia mesti membayar
hutang kawannya itu. Bahkan orang ini sanggup berhutang
kerana berkhidmat dan menolong orang. Di akhir zaman
ini umat Islam yang miskin cara ini hampir sudah tidak
wujud lagi.

515
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

12. Ada sesetengah orang, untuk kehidupannya, seperti makan,


minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi adalah
hasil daripada usaha pertanian atau perniagaan. Kemudian
dengan takdir Allah SWT kebunnya diserang oleh musuh
tanaman atau datang banjir melanda atau perniagaannya
jatuh bankrap. Maka jadilah mereka orang miskin.
13. Ada setengah orang jadi miskin kerana dibuang kerja. Di-
buang kerja itu tentulah berbagai-bagai sebab pula. Tidak
perlulah disebutkan di sini.
14. Ada setengah orang, jatuh miskin kerana ditimpa sakit yang
teruk dan berpanjangan pula hingga tidak dapat lagi ber-
usaha untuk mencari rezeki.
15. Ada setengah orang jatuh miskin disebabkan kematian
suami atau ayah atau anak yang mana selama ini mereka
itulah yang berusaha mencari rezeki untuk keluarganya.
16. Ada setengah orang atau satu kaum menjadi miskin kerana
negaranya ditimpa zaman kemelesetan seperti jatuh nilai
matawang, barang pula naik harga, gaji dipotong atau sese-
tengahnya dibuang kerja. Setengah yang lainnya pula ter-
paksa menjadi muflis.

Cukuplah sekadar itu saya sebutkan di antara sebab-sebab


seseorang atau kaum itu menjadi miskin. Sebab-sebab menjadi
miskin seperti yang telah saya senaraikan itu biasa berlaku dan
sebahagiannya sedang berlaku.
Bagi umat Islam, kalau berlakulah kemiskinan, tidak kira apa
sebab-sebabnya, bagaimanakah sikapnya mereka agar sesuai
dengan ajaran Islam? Yang patut mereka lakukan ialah seperti
berikut:
1. Hendaklah sabar atau sebaik-baiknya redha menerima
ketentuan daripada Allah SWT itu.
2. Hendaklah kemiskinan itu diterima sebagai ujian daripada
Allah Taala untuk menghapuskan dosa atau untuk mening-

516
KEMASYARAKATAN

gikan darjat. Juga agar bertaubat dan rujuk kembali kepada


Allah. Mungkin ini merupakan hukuman dari Allah Taala,
bukan ujian, kerana kita membelakangi Allah Taala selama
ini atau derhaka kepada-Nya.
3. Jangan berputus asa dengan Allah Taala. Memohonlah selalu
kepada-Nya di samping berusaha lagi dengan bersungguh-
sungguh untuk mendapatkan rezeki dari-Nya.
4. Berhiburlah kerana dengan sebab kemiskinan itu di Akhirat
kelak hisabnya tidak banyak kerana tanggungjawab orang
miskin itu di dunia kurang atau tidak banyak. Tidak seperti
orang kaya.

517
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda

Miskin dan kemiskinan telah dijadikan


bahan propaganda
Kemiskinan telah dijadikan isu menyalahkan
dan tuduh-menuduh di kalangan pejuang-pejuang
Miskin dan kemiskinan telah dijadikan isu
mencari nama dan glamor
Sepatutnya miskin dan kemiskinan tempat orang-orang
yang berjuang membela mereka
Menggembar-gemburkan orang miskin
adalah satu penghinaan terhadap mereka
Sudahlah mereka miskin, dijadikan alat pula
oleh pejuang-pejuang mencari nama
Fakir miskin bukan sahaja semua golongan
patut membantu dan menolongnya
Bahkan mereka didekati, diziarahi
dan duduk bersama mereka
Hati mereka perlu dijaga
Bukan sahaja bantuan material patut diberi
kepada yang tiada empunya
Yang lebih utama kasih sayang patut diberi
untuk rohani mereka
Kemiskinan bukan boleh diselesaikan
dengan meriuh-rendahkan berita mereka
Yang penting bantuan diberi, berita mereka
jangan didedah ke seluruh dunia
Mereka pun ada maruah, air muka kenalah dijaga
Berita mereka didedahkan, mereka tentu
mendapat malu sebagai manusia

518
KEMASYARAKATAN

Kecuali mereka yang maruah diri sudah musnah sama sekali


Sepatutnya semua golongan maruah mereka patut dijaga
Berilah pertolongan secara senyap-senyap,
tanpa masyarakat umum tahu
Didiklah mereka lahir batin
Agar kesusahan orang ramai dibantu,
mereka tidak pula meminta-minta

Selepas ekspedisi
02 – 09 – 1999

Sajak 2
Orang Kayalah Membuat Masalah

Yang sebenarnya orang yang kayalah


di dunia ini menjadi masalah
Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat
Sistem ekonomi riba mereka
menjadi punca rakyat teraniaya
Mereka monopoli di bidang ekonomi
Merekalah yang menentukan harga bahan mentah
yang dibeli dari rakyat
Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang
yang hendak dijual kepada umum
Kerana mereka ingin untung banyak,
bahan mentah dibeli dengan harga yang murah
Setelah jadi barang, dijual pula dengan harga yang mahal
Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah
Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang
yang terlalu mahal
Ditambah lagi rasa malang, timbul rebutan dan saingan
Bakhil pun timbul, tidak mahu menolong fakir miskin
Orang yang susah bertambah susah,
si miskin bertambah miskin

519
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak


Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan
Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup
atau ingin senang, jual diri dan maruah
Gaji buruh pula terlalu murah
Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh
Makin lama, di antara orang kaya
dengan orang miskin, jurang kehidupan mereka
terlalu jauh bezanya
Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat
Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama
Golongan yang miskin ini akhirnya sedar
Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya
Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia
Demonstrasi di sana sini
Kidnap, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari
Akibatnya keamanan tidak wujud
Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan,
orang ramai tergugat keselamatannya
Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah

Menjelang Zuhur
09 – 10 – 1999

Sajak 3
Kemiskinan Bukan Masalah

Kemiskinan bagi orang beriman


bukanlah satu masalah
Sama ada yang ditimpa kemiskinan
mahupun yang kaya
Si miskin terhibur dengan kemiskinan
kerana dapat pahala sabar
Yang kaya pula tempat dia berhibur
untuk menyukakan hamba Allah

520
KEMASYARAKATAN

Si miskin tidak meminta-minta,


si kaya pula tempat cari pahala
Si kaya pun gembira ada tempat mereka membela
Si miskin pula redha apa yang ada
Kemiskinan bukan tanggungjawab negara semata-mata
Tapi tanggungjawab semua manusia
Terutama jiran yang rapat,
dan juga keluarga yang terdekat
Selepas itu jiran sekampung dan juga keluarga
yang jauh titisan darahnya
Jadi kalau setiap golongan itu bertanggungjawab
Tidak ada orang miskin yang menjadi susah
Tapi hari ini kerana tidak ada iman atau iman lemah
Fakir miskin meminta-minta
kerana tidak ada sabarnya
Si kaya tidak mahu memberi
kerana bakhil dengan hartanya
Bagaimana kemiskinan tidak menjadi masalah
Si kaya tidak mahu memberi,
si miskin sabarnya tiada

Menjelang tidur
10 – 09 – 1999

Sajak 4
Jasa Orang Miskin

Ingin kami mengingatkan saudara dan saudari,


tuan dan puan
Jasa fakir miskin yang selama ini kita lupakan
Setengah orang pula memandang jijik
dan menghinanya
Kalau kita renungkan, masya-Allah
mereka telah berjasa kepada bangsa dan negara
Cuba gambarkan kalau fakir miskin
tiada atau tidak bekerjasama

521
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apa akan jadi kepada bangsa dan negara


dan kepada kita semua
Beras dan sayur, lauk-pauk,
siapa yang menyediakannya
Di ladang-ladang kapas,
di fabrik-fabrik benang dan kain
siapa yang bekerja?
Sudah tentu tiada apa yang dimakan
Apatah lagi mana hendak dicari kain untuk dipakai
Bagaimana pula tempat tinggal kita
tiada buruh kasar membinanya
Sudah tentu tiada erti kuasa dan kaya,
kalau tempat tinggal tidak selesa
Marilah kita renungkan betapa besarnya jasa mereka
Entah berapa batang dan panjangnya jalan raya
yang mereka bina
Setiap hari mengeluarkan keringat membanting tulang
Kerja di ladang dan membangun negara
Untuk hasil dan kemajuan serta makanan
semua kaum dan bangsa
Setiap hari mereka dilambung ombak
menangkap ikan, nelayan namanya
Untuk kepentingan orang lain,
sedangkan mereka tidak menjadi kaya
Adakalanya tenggelam di laut untuk bangsa dan negara
Marilah bersama-sama kita mengenang jasa mereka
Marilah bersama-sama kita bantu kehidupan mereka
Marilah kita berdoa agar mereka menjaga syariat
Moga-moga kerja mereka diberi pahala

30 – 03 – 1997

522
KEMASYARAKATAN

8
KEWAJIPAN ORANG KAYA

A
ntara keindahan ajaran Islam itu ialah ia sesuai dengan
fitrah semula jadi manusia. Perkara yang sesuai dengan
fitrah semula jadi manusia itu banyak. Tapi di sini saya
akan menyebut satu di antaranya agar sesuai dengan tajuk di
atas. Agama Islam membenarkan setiap orang itu mencari
kekayaan walau sebanyak mana sekalipun. Ingin menjadi kaya
ini adalah tabiat semula jadi manusia. Tidak ada manusia yang
tidak ingin menjadi kaya. Kalau ada seorang dua, itu tidak di-
masuk kira. Ianya jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan
hukumnya.
Keinginan manusia untuk menjadi kaya itu tidak bercanggah
dengan ajaran Islam. Di sini bersatu atau bersekutu di antara
kemahuan semula jadi manusia dengan kebenaran dari ajaran
Islam. Di sinilah di antara indahnya ajaran Islam itu. Ia tidak
bercanggah dengan fitrah semula jadi manusia.
Oleh itu setiap individu muslim boleh mencari kekayaan
dengan cara berniaga, bertani, menternak dan lain-lain lagi
asalkan jangan melampaui batas. Ertinya dalam mencari ke-
kayaan kenalah jaga syariat agar usaha kita itu bukan sahaja
mendapat keuntungan bahkan mungkin usaha itu juga diberi
pahala oleh Allah Taala yang Maha Pemurah.
Setelah seseorang itu berusaha dan berjuang bersungguh-

523
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sungguh mencari harta dan kekayaan, kemudian setelah berhasil


menjadi orang kaya, millionair atau billionair maka dia ada
mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti di-
tunaikan.
Memang mengikut ajaran Islam, sesiapa yang ada kelebihan
dari orang lain, sama ada harta atau wang ringgit, mereka mem-
punyai kewajipan dan tanggung jawab yang lebih terhadap ma-
syarakatnya dengan kekayaan dan harta mereka itu, berbanding
dengan orang lain yang lemah atau tidak memiliki harta yang
lebih. Di antara kewajipan dan tanggungjawab orang kaya ke-
pada masyarakat ialah:
1. Wajib
Mereka wajib mengeluarkan zakat harta apabila cukub nisab
dan sampai haulnya iaitu setiap setahun sekali sebanyak
2.5%.
2. Kewajipan yang aradhi
Iaitu mereka wajib pula menunaikan tanggungjawab dari
kekayaannya untuk keperluan semasa yang mendatang atau
yang terdesak seperti:
a. Jika negara diserang musuh, wajib mereka menggunakan
duitnya untuk membeli senjata-senjata. Lebih-lebih lagi
jika diminta oleh pemerintah.
b. Negara berhadapan dengan zaman kemelesetan. Wajib
mereka membantu negara.
c. Keperluan pendidikan atau perhubungan untuk kepen-
tingan umum.
3. Apa yang pemerintah tidak berkemampuan untuk sediakan,
mereka berkewajipan bertanggungjawab melengkapkan
atau mencukupkan keperluan itu. Mereka tidak boleh meng-
anggap itu hanya tanggungjawab pemerintah semata-mata.
4. Jika pemerintah mengarahkan agar mereka membuat se-
suatu perkara demi kepentingan umum kerana negara
sudah tidak mampu lagi, wajib mereka menunaikannya.
5. Mereka yang enggan mematuhi pemerintah untuk memberi

524
KEMASYARAKATAN

hartanya demi kepentingan umum, maka pemerintah boleh


memaksanya dan mereka mesti memberinya.
6. Kewajipan yang lain, wajib mereka merendah diri kepada
orang ramai. Kerana orang kaya kalau mereka merendah
diri, ini sangat memberi kesan kepada orang ramai. Orang
ramai akan insaf dan malu. Maka mudahlah mereka dididik
kepada kebaikan. Memang orang yang disegani seperti
pemerintah, orang-orang besar, orang kaya, kalau mereka
merendah diri, mudahlah orang ramai didisplinkan dan
dididik kerana orang ramai mudah meniru dan mengikut
orang-orang yang dihormati dan disegani.

Selain itu, Islam sangat menganjurkan kepada penganut-


penganutnya menjadi pemurah. Bukan sekadar sanggup me-
ngorbankan yang wajib sahaja. Mereka digalakkan bersedekah,
menderma, memberi hadiah, mewakafkan harta seperti tanah,
bangunan, kebun, bahan-bahan bacaan, kenderaan dan lain-lain
lagi agar cepat masyarakat Islam terbangun.
Hasilnya kelak, yang sedang maju akan bertambah maju.
Yang kurang maju akan jadi maju. Yang kurang, dapat dicukup-
kan. Yang koyak dapat ditampal. Yang lemah dapat dikuatkan.
Yang tidak sempurna dapat disempurnakan. Yang tidak sudah,
dapat disudahkan. Yang tidak mampu, dapat hidup bersama-
sama dengan orang yang mampu. Agar yang sedih, ceria semula.
Yang terbiar dapat dibela. Juga agar fakir miskin tidak sengsara,
anak-anak yatim terbela dan janda-janda dapat dijaga.
Sifat-sifat pemurah terutama daripada orang-orang kaya dan
berada akan menyebabkan masyarakat Islam terbela. Masya-
rakat Islam akan cepat maju dan kasih sayang akan terjalin.
Hubungan antara orang kaya dan miskin semakin rapat. Tidak
ada orang yang terbiar. Akan wujud perpaduan dan kerjasama.
Tiada lagi jurang. Sudah tentu kadar jenayah juga akan ber-
kurangan. Maka semua orang akan hidup dalam aman bahagia,
murni dan harmoni. Itulah kesan daripada sifat pemurah dan
tawadhuknya orang-orang kaya. Banyak masalah masyarakat

525
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dapat diselesaikan. Sebab itulah sifat pemurah sangat dikasihi


oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bahkan dikasihi juga oleh
semua orang. Firman AllahSWT:

Maksudnya: “Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah


dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan
dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang berbuat baik.” (Al Baqarah: 195)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Orang yang pemurah itu dekat dengan
Allah, dekat dengan manusia dan dekat dengan Syurga,
tetapi jauh dari Neraka.”

Oleh itu orang kaya dianjurkan:


1. Kurangkan seminar, banyakkan amal.
2. Kurangkan bercakap, banyakkan berbuat.
3. Elakkan pembaziran, banyakkan khidmat.
4. Sederhanakan kehidupan, sebaliknya banyakkan sedekah
dan bantuan.
5. Jadikan kekayaan diri sebagai bank kepada masyarakat.
Agar masyarakat tidak merempat atau tidak payah lagi
bersandar kepada bank yang akan membelenggu rakyat.

Sedarlah wahai orang kaya dan orang yang berada,


Kekayaan yang ada pada dirimu,
Adalah Tuhan yang punya,
Pulangkan semula kepada hamba-hamba-Nya,
Kamu tidak akan dihina,
Bahkan kamu akan menjadi orang yang mulia,
Di sisi Allah dan manusia.

526
KEMASYARAKATAN

SAJAK

Sajak 1
Carilah Harta Untuk Tuhan

Marilah kita berusaha


mencari harta benda dunia untuk Tuhan
Di sini ada pahala, di sini juga ada kemajuan,
di sini ada keredhaan Tuhan, di sini juga
ada jalinan kasih sayang sesama insan
Ia bukan untuk dicinta
Ia untuk ditadbir dan diagih-agihkan sesama insan
untuk kasih sayang sesama
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan sesama insan
Apabila diagih-agihkan untuk keperluan manusia
kerana Tuhan, di situ ada pahala
Apabila diagih-agihkan untuk kepentingan manusia,
menjelmalah kemajuan bersama
Kerana agihan itu ada tujuan kerana Tuhan,
keredhaan Tuhan pun datang
Agihan itu juga menjalinkan kasih sayang
sesama manusia atau insan
Sungguh indahnya hidup bersama harta kerana Tuhan
Sekiranya ia ditadbir dengan bijaksana
Faedahnya begitu global, mencakup dunia dan Akhirat
Dapat pahala, dapat keredhaan Tuhan, dapat kemajuan,
dapat jalinkan kasih sayang sesama insan
Hilanglah hasad dengki, hilanglah iri hati,
hilang benci-membenci, hilanglah permusuhan
Hari ini yang terjadi
Kerana harta datang hasad dengki menyerang
Kerana harta datang berebut-rebutan,
pecah ukhwah, retak perpaduan

527
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Pecah belah keluarga, renggang persaudaraan,


hilang kasih sayang sesama hamba Tuhan
Kerana harta tercetus permusuhan,
datang perbalahan, berlakulah pergaduhan
Jadikanlah harta untuk keredhaan Tuhan
Jadikanlah harta untuk kasih sayang
Jadikanlah harta untuk kemajuan
Jadikanlah harta untuk kepentingan bersama
Dunia aman, damai, hidup rasa bersama,
bahagia dan harmoni
Sungguh indah hidup bersama dunia untuk Tuhan
Ia selamat menyelamatkan
Rahsianya adalah cintakan Tuhan
Maka dunia ini akan dapat diagih-agihkan sesama insan

Menjelang Zuhur
21 – 02 – 2004

Sajak 2
Ngerinya Watak Akhir Zaman
Tuhan! Watak akhir zaman sungguh mengerikan
Si kaya mati kekenyangan, si miskin mati kelaparan
Hubungan si kaya dan si miskin terlalu jurang
Tautan hati kedua golongan sudah terlalu renggang
Si kaya dengan kesenangan dan kemewahan
Si miskin dengan kesusahan dan penderitaan
Si kaya hati budinya sudah gersang
Tidak terlintas langsung hendak membantu
orang yang malang
Si kaya memandang si miskin tidak terasa apa-apa
Tidak ada perasaan langsung dengan penderitaan orang
Seolah-olah si miskin binatang terbuang
Engkau tidak makan, tidak berpakaian,
peduli apa dengan engkau

528
KEMASYARAKATAN

Aku kaya kerana usaha-usaha aku


Engkau miskin sudah nasib engkau
Mengapa aku mesti membela engkau
Kalau aku menjadi engkau,
engkau pun tidak membela aku
Tuhan! Begitulah hati perut orang kaya akhir zaman
Akibat orang kaya sudah kehilangan Engkau
Rasa bertuhan sudah tidak ada pada si kaya
Kerana itulah kasihan dengan fakir miskin
sudah tidak ada

Menjelang tidur
09 – 12 – 2002

Sajak 3
Simpatilah Dengan Fakir Miskin

Kasihanilah, simpatilah dengan fakir miskin


Mereka kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Menyara anak yang banyak
Tempat tinggal pula tidak selesa
Sedangkan merekalah yang menyediakan
keperluan rakyat dan negara

Makan, minum penduduk merekalah yang buat


Tempat tinggal rakyat merekalah bina
Kenderaan rakyat merekalah buruh kasarnya
Pakaian rakyat yang berbagai jenis
mereka jugalah yang membuatnya

Padahal gaji mereka tidak seberapa


Hendak menyara hidup anak-anak dan keluarga
Tempat tinggal hanya gerobok buruk yang menyedihkan
Di waktu sakit, untuk berubat pun duit tidak ada

529
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Merekalah menyediakan pakaian rakyat


Pakaian mereka menyedihkan
Mereka menyiapkan makanan rakyat
Makanan mereka ala kadar
Merekalah buruh kereta
Mereka tidak punya kereta
Kasihanilah mereka, simpatilah mereka
Bantulah mereka

Wahai orang-orang kaya bantulah mereka


Walaupun mereka tidak meminta
Bertimbang rasalah dengan mereka
Mereka sungguh banyak jasa kepada kita
Kalau bukan kerana mereka
Tentulah susah mendapat keperluan kita
Kenanglah jasa mereka
Dengan memberi bantuan sedikit kepada mereka

Selepas Tarawikh
23 – 11 – 2002

530
KEMASYARAKATAN

9
MASYARAKAT MADANI

M
asyarakat madani ialah masyarakat Islam yang maju atau
bertamadun. Ia maju kerana anggota-anggota di dalam
diri umat Islam itu dapat dibangunkan atau dimajukan
berpaksikan iman atau akidah atau tauhid.
– Akalnya dapat dibangunkan dengan bermacam-macam
ilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahu-
pun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya. Di-
penuhi pula dengan pengalaman-pengalaman.
– Jiwanya dapat dibangunkan rasa tauhid atau rasa bertuhan,
sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal,
lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah dan zuhud.
– Nafsunya dapat dibangunkan (dibersihkan daripada nafsu
ammarah kepada lawwamah seterusnya mulhamah, mut-
mainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah). Paling tidak,
dapat dibangunkan kepada nafsu mulhamah. Di sini sudah
sampai kawasan selamat. Lebih daripada itu ia merupakan
subsidi dari Allah iaitu darjat-darjat dan pangkat-pangkat
yang lebih tinggi lagi di kalangan orang mukmin.

Membangunkan jiwa dan nafsu ini, ia bersifat rohaniah.


Kemudian anggota lahirnya (jawarih) dapat membangunkan

531
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kemajuan fizikal berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman.


Di antaranya ialah membangunkan keperluan-keperluan kehi-
dupan dunia yang bersifat material seperti makan minum yang
sebaik mungkin, tempat tinggal dan tempat kerja yang secang-
gih mungkin. Juga dapat membangunkan kemudahan-kemu-
dahan hidup seperti jalan raya yang baik, kenderaan yang
canggih mengikut zamannya, alat-alat senjata yang canggih dan
seimbang atau lebih untuk keperluan semasa demi memperta-
hankan maruah agama, bangsa dan tanah air daripada serangan-
serangan musuh.
Kalau begitu, masyarakat madani adalah satu masyarakat
yang wujud begitu unik, indah, menyenangkan dan selesa
kerana di dalamnya penuh dengan sifat-sifat dan ciri-ciri ukh-
wah, kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama,
menyenangkan, bersatu padu, bertolak ansur, maaf-bermaafan,
doa-mendoakan, bertolong bantu, pemurah dan berani. Di sudut
kerohaniannya, berdisiplin dan bersih daripada dosa serta noda.
Kalau berlaku pun terlalu sedikit atau ada tetapi tidak dapat
dilihat kerana ia telah tenggelam dengan pahala atau kebaikan
yang tercetus dari masyarakat Islam.
Anggota masyarakatnya benar-benar hidup di dalam suasana
aman makmur, maju, membangun, berkemudahan di dalam
serba-serbi, makan minum cukup atau boleh jadi mewah, pa-
kaian serba ada, tempat tinggal selesa, perhubungan mudah,
perniagaan, industri, pertanian dan pendidikan maju.
Semua orang ada kerja. Tidak ada orang yang menganggur.
Mudah beragama, senang mencari rezeki, mudah belajar, tem-
pat-tempat rawatan penyakit banyak dan menyenangkan.
Maruah agama, bangsa dan negara terjaga. Semua aspek hak-
hak asasi manusia terjamin. Ia dijaga dan dipertahankan. Siapa
yang mencerobohnya diadili dan dihukum setimpal dengan
kesalahannya.
Manusia rasa bebas membuat aktiviti. Namun di dalam kebe-
basan itu tidak pula melanggar peraturan dan tidak merosakkan
hak asasi manusia. Manusia aktif tetapi berdisiplin. Rajin tidak

532
KEMASYARAKATAN

pula sampai melanggar etika masyarakat. Di dalam maju,


suasana tenang. Di dalam kesibukan, tidak ada pelanggaran
undang-undang. Bertemu, bergaul, berbincang, bermesyuarat,
bercakap tetapi dengan penuh bersopan serta rendah diri. Tidak
ada orang yang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Di dalam
suasana hormat-menghormati, jaga-menjaga, ingat-mengingati,
tegur-menegur, sayang-menyayangi. Berlumba-lumba membuat
kemajuan dan kebaikan tetapi tidak ada hasad dengki. Ia bersifat
selamat dan menyelamatkan.
Sebenarnya kaedah dan cara untuk membangunkan masya-
rakat madani sudah pun dijelaskan oleh ajaran Islam, melalui
Al Quran dan Sunnah. Gambaran secara realitinya dan amali
yang telah berlaku pula telah dipaparkan oleh buku-buku se-
jarah. Oleh itu hari ini kita bukan hendak mencari-cari kaedah
dan bentuk masyarakat. Kaedah telah ada. Al Quran dan Sunnah
cukup terang tentang itu. Gambaran masyarakat yang wujud
sekitar 3 kurun, jelas sekali telah dipaparkan oleh buku-buku
sejarah.
Apakah yang patut kita buat? Yang patut kita buat ialah
mengusahakan supaya orang-orang Islam mahu memperjuang-
kannya, menggesa agar umat Islam boleh menerima kaedah itu
dan bagaimana agar sampai gambaran masyarakat Islam
(masyarakat madani) itu boleh diterima oleh umat Islam.

533
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Indahnya Masyarakat Madani

Alangkah indahnya
di dalam satu masyarakat yang wujud
perkara-perkara yang positif ini
Rata-rata orang merendah diri menjadi budaya
Berkasih sayang sangat ketara,
bersatu padu dan bekerjasama
Pemurah penduduknya, setiap golongan masyarakat
sekalipun yang miskinnya
Tidak ada kelas-kelas dan jurang di dalam masyarakat
semuanya boleh sama berdiri dan duduk sama rata
Keadilan pemimpin-pemimpinnya
kasih sayang para ulama dan tawadhuknya,
peribadinya contoh
Perempuan-perempuannya sangat pemalu
terutama orang-orang mudanya
Para pemuda tidak menoda
dan menjadi tenaga kepada masyarakatnya
Orang-orang tua ada wibawa
pengalaman hidup mereka
tempat rujuk masyarakatnya
Ahli-ahli perniagaannya
sangat bertasamuh di dalam berniaga
mahu berlebih kurang dan bertolak ansur
Orang-orang kayanya tidak sombong
bahkan pemurah dan pembela
Orang-orang miskinnya sabar, redha,
tidak meminta-minta
Seolah-olah mereka juga kaya

534
KEMASYARAKATAN

Kasih sayang Tuhan pun datang


sebagai rahmat kepada mereka
iaitu mereka orang miskin sering sahaja dibantu
Maksiat dan kemungkaran yang terang-terangan
sedikit sahaja
Pergaduhan dan perkelahian jarang ada
Berjalan di waktu bila pun
tidak ada bahaya dan ketakutan
Kerana masyarakatnya aman, damai, harmoni
tenang dan menyenangkan
Itulah dia masyarakat yang mendapat rahmat
dan berkat
Alangkah indahnya masyarakat begini!
Semua orang merinduinya

Selepas Asar
10 – 06 – 2003

535
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

10
MASYARAKAT YANG
DIIDAM-IDAMKAN

M
asyarakat yang macam mana yang kita mahu atau dengan
kata lain bagaimana corak masyarakat Islam itu seperti
yang dikehendaki oleh Islam, yang pernah berlaku dalam
sejarah, yang sedang kita perjuangkan sekarang ini.
Masyarakat itu sudah tentu semua orang sama ada orang
Islam atau bukan Islam berpuas hati, rasa senang dan tenang,
rasa aman dan damai, selamat dan menyelamatkan, merasa
gembira dan bahagia, merasa kasih sayang dan harmoni.
Masyarakat yang kita kehendaki seperti yang Islam mahu
ialah para pemimpin berlaku adil, melindungi dan menyayangi,
berlemah-lembut dan berakhlak tinggi, cerdik pandainya tawa-
dhuk dan merendah diri. Setiap yang menggaulinya senang hati
dan berpuas hati. Si kaya dan yang berada sombongnya tiada,
tidak menunjuk-nunjuk dan tidak berbangga. Mereka menjadi
bank kepada masyarakat dan negaranya. Apatah lagi fakir
miskin, dapat pembelaan dari mereka. Mereka disayangi dan
menyayangi. Tidak ada orang yang sakit hati kecuali orang yang
hasad dengki.
Masyarakat yang ditunggu kelahirannya ialah orang alim
atau para ulama sentiasa menjadi obor penyuluh hidup setiap
manusia ke jalan yang diredhai oleh Tuhan. Belas kasihan kepada
si jahil, sering menunjuk ajar kepada mereka. Berlemah-lembut

536
KEMASYARAKATAN

kepada manusia. Kasih sayangnya amat ketara. Melihat muka


mereka teringat kepada Tuhan. Mereka sangat disayangi oleh
manusia. Mereka adalah tempat rujuk dan sandaran manusia.
Masyarakat yang kita nanti-nanti kedatangannya ialah kalau
mereka orang miskin sabarnya ketara, tidak meminta-minta, jauh
sekalilah menipu daya, keluh-kesahnya tiada, hidup mereka
tetap tenang dan menenangkan. Orang ramai tidak perasan yang
mereka fakir miskin, padahal mereka papa kedana kerana me-
reka tidak pernah meminta-minta dan menyusahkan orang.
Masyarakat yang kita tunggu-tunggu ketibaannya ialah
orang-orang tua dihormati kerana wibawanya tinggi dan dijaga.
Semakin tua semakin dekat dengan Tuhannya. Kata-katanya bak
mutiara, sangat memberi pengajaran kepada manusia. Makin
mereka tua, makin disayangi oleh manusia. Mereka tidak disia-
siakan apatah lagi oleh anak-anak cucunya.
Selain itu, masyarakat yang kita mahu ialah muda-mudinya
berakhlak mulia, malunya amat ketara. Lebih-lebih lagi pemudi-
pemudi dan wanita-wanitanya. Pergaulan bebas tiada, rajin be-
kerja, gigih berjuang menegakkan kalimah Tuhannya. Mereka
tidak berfoya-foya. Masa mereka diisi dengan perkara-perkara
yang sebaik-baiknya. Mereka sangat mempertahankan maruah
agama, bangsa dan negara. Mereka laksana pagar dan benteng-
nya.
Lebih jauh daripada itu, masyarakat yang kita idam-idamkan
ialah tidak ada kemungkaran dan maksiat terang-terangan.
Jenayah tiada, kalau ada pun sekali-sekala kerana manusia telah
takut dengan Tuhannya dan sangat mencintai Akhiratnya. Ba-
rang-barang yang tercicir atau hilang akan dijumpa kembali atau
dipulangkan kembali.
Perempuan-perempuan yang berjalan sekalipun keseorangan
tiada siapa yang mengganggu dan menodainya, bahkan kesela-
matan dan maruah mereka dijaga bersama, macam keluarga
sendiri sekalipun mereka tidak dikenali.
Masyarakat itu juga adalah masyarakat yang mana jiran

537
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengan jiran sangat hormat-menghormati, jaga-menjaga, tengok-


menengok, beri-memberi, tolong-menolong, bantu-membantu,
ziarah-menziarahi apatah lagi di waktu sakit. Masing-masing
mengambil berat satu sama lain terutama di waktu jiran menda-
pat kesusahan, ada sahaja orang yang membantu dan mem-
belanya.
Begitu juga masyarakat yang kita cari ialah orang yang ber-
salah mudah meminta maaf, yang tidak bersalah mudah mem-
beri maaf walaupun tidak diminta. Dendam-mendendam tidak
wujud, hasad dengki tidak berlaku, pembunuhan jauh sekali,
hidup bertolak ansur menjadi budaya. Dunia tidak menjadi
rebutan hingga saluran yang menjadikan perselisihan dan perba-
lahan tidak wujud. Dunia penuh dengan kasih sayang yang
harmoni.
Masyarakat yang sedang diidam-idamkan oleh manusia ialah
setiap orang yang susah, miskin dan mendapat kemalangan
tidak ada yang terbiar, berebut-rebut orang yang memberi perto-
longan dan bantuan. Mereka yang susah dan miskin itu rasa
sangat mendapat pembelaan. Walaupun mereka susah pada
lahirnya hakikatnya tidak susah kerana semua orang mengambil
berat tentangnya. Bahkan, orang yang miskin itu lebih senang
daripada orang yang hidup sederhana.
Masyarakat yang dikehendaki itu ke mana sahaja kita pergi
atau bermusafir mudah sahaja kita menjadi tetamu. Berebut-re-
but orang menerima kita, ada-ada sahaja bantuan dan pertolong-
an. Tersesat, ada sahaja yang menunjuk jalan. Di dalam ber-
dagang, tidak merasa keseorangan, ada sahaja kawan-kawan dan
kenalan dan sahabat-sahabat yang baru yang diperolehi.
Begitu juga masyarakat yang kita inginkan itu bahawa
ayatullah dan kebesaran Tuhan serta syiar-Nya nampak di mana-
mana. Ke mana sahaja kita pergi nampak orang beribadah,
menutup aurat, memberi dan menjawab salam, membaca Al
Quran, belajar agama, berbudi bahasa, berbudaya mulia, berto-
long-menolong, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, men-
jamu dan mudah menerima tetamu, memberi dan membantu.

538
KEMASYARAKATAN

Begitulah seterusnya masyarakat yang dicita-citakan itu ke-


lihatan para ulama, pemimpin, guru-guru, ibu bapa atau orang-
orang tua dihormati dan dimuliakan, kanak-kanak dikasihi,
suami isteri kasih-mengasihi, orang yang susah diberi atau men-
dapat simpati, berkawan setia, khianat-mengkhianati tiada, ama-
nah dijaga, tanggungjawab ditunaikan, janji ditepati, keuzuran
dimaafkan dan diterima.
Seterusnya masyarakat Islam itu, ke mana sahaja kita pergi
tidak kelihatan manusia yang berlepak-lepak membuang masa,
tidak ada manusia yang menganggur tidak ada kerja, tidak
terlihat manusia berfoya-foya, yang hidup tidak tahu matla-
matnya. Masing-masing kelihatan sibuk membuat kerja-kerja
yang baik dan memberi manfaat sama ada untuk Tuhannya
mahupun untuk manusia.
Masyarakat yang kita mahu, manusia sibuk membangun,
aktif membuat kemajuan, tapi tidak berlaku kemungkaran ber-
samanya. Tidak ada rasuah, tiada ada tipu daya, tidak ada penin-
dasan, tidak ada kelalaian. Tidak ada pelanggaran syariat. Sema-
kin maju dan membangun manusianya, semakin tawadhuk,
pemurah, bersyukur dan makin takut kepada Allah. Maka
berjalanlah serentak kemajuan fizikal dengan kemajuan rohani.
Berganding bahu kemajuan lahir dengan kemajuan batin.
Berjalan seiring kemajuan jasmani dengan kemajuan spiritual.
Dunia Akhirat sama-sama terbangun. Tingginya tamadun,
hebatnya kemajuan bukan melambangkan lagi keangkuhan
manusia tapi menggambarkan keagungan Tuhan, kebesaran
pencipta, lambang kekuasaan Tuhan dan limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Kesan-kesan daripada itu, orang yang bukan Islam atau kalau
masih ada lagi golongan minoriti Islam yang hatinya masih jahat
maka mereka malu hendak membuat jahat. Mereka juga rasa
bersalah kalau hendak membuat sesuatu yang jahat. Walaupun
mereka bukan malu kepada Tuhannya tapi malu dengan manu-
sia, mereka rasa tidak patut melakukannya. Ia juga secara tidak
langsung boleh membantu ketenangan dan keamanan masya-

539
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rakat. Berkat daripada ramai orang yang telah baik, lebih-lebih


lagi kerana mereka sayang dan kasih dengan pemimpin, para
ulama dan orang-orang kaya mereka yang adil, pemurah, kasih
dengan orang ramai, berakhlak mulia dan ada wibawa maka
mereka tidak tergamak hendak melakukan kerja-kerja yang jahat
dan tidak senonoh.
Oleh itu, masyarakat menjadi aman, damai, bersatu, berkasih
sayang, tenang, senang, bahagia dan harmoni, hilang rasa
ketakutan dan yang membimbangkan. Orang ramai tidak takut
lagi dengan kejahatan manusia. Mereka merasa tidak akan ada
lagi orang yang hendak menipu, mencuri hartanya, membuat
khianat, mengambil kesempatan, yang akan mengambil peluang
untuk kepentingan diri, yang melakukan kidnap, rogol, sabotaj,
rompak dan sebagainya. Terjadilah satu kehidupan seperti yang
Allah Taala gambarkan melalui Al Quran:

Maksudnya: “Negara yang aman, makmur dan men-


dapat keampunan Tuhan.” (Saba’: 15)
Masyarakat yang kita gambarkan inilah yang menjadi idaman
kita yang kita sedang berusaha dan perjuangkan, yang kita
mimpikan wujudnya di dalam realiti kehidupan kita. Kita rasa
moga-moga di awal kurun tahun Hijrah ini akan terjadi di dalam
alam kenyataan. Kerana, ada janji dari Tuhan di awal kurun ini
Islam akan kembali gemilang, ia berulang seperti zaman awal-
nya.
Marilah sama-sama kita berjuang di samping menanti dan
menunggu zaman indah dan cemerlang ini. Moga-moga kita
dipanjangkan umur agar menyaksikan zaman keemasan ini dan
moga-moga juga ia terjadi disebabkan usaha dan perjuangan
kita. Kita harap Allah Taala tidak mengecewakan harapan kita.
Ya Allah, kabulkanlah harapan kami.

540
KEMASYARAKATAN

SAJAK

Masyarakat Yang Diidamkan

Aku rindukan masyarakat yang berkasih sayang


Bersatu padu, rasa bersama bekerjasama,
bertolong bantu
Yang susah dibela, yang senang membela
Yang pandai menjadi obor,
pemimpin menaungi dan memayungi

Aku menginginkan satu kehidupan


yang murni dan harmoni
Hormat-menghormati di antara sesama manusia
Tidak ada benci-membenci,
tidak ada khianat-mengkhianati
Maaf-bermaafan, bertimbang rasa,
peri kemanusiaannya tinggi

Golongan tua dan para ketua dihormati,


mereka boleh dicontohi
Golongan bawah atau orang-orang biasa dikasihi
Para pemuda-pemudi pemalu,
tenaga mereka sangat berguna
Rajin bekerja, mereka menjadi aset negara,
bangsa dan agama

Maksiat yang menjolok mata


atau terang-terangan tidak ada
Masyarakat bersih daripada noda dan dosa
Hidup penuh dengan bersopan santun
dan kasih mesra

541
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kurangnya jenayah, tidak ada berbalah,


ketakutan tidak ada
Ulama dihormati, kerana akhlak mereka tinggi
Akhlak mereka bayangan Nabi,
hingga mereka dicontohi dan dipandang tinggi
Mereka adalah obor masyarakat,
juga pemimpin tidak rasmi
Sentiasa menunjukkan ajar,
memberi nasihat dan diikuti

Mana ada masyarakat yang begini


yang menjadi idaman bersama
Hanya wujud di zaman salafussoleh yang gemilang
Pejuang-pejuang Islam,
masyarakat beginilah yang hendak diperjuangkan
Agar zaman gemilang Islam datang berulang

542
Umum
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1
ASPEK-ASPEK YANG ADA DALAM
AJARAN ISLAM DAN PERANANNYA

A
jaran Islam atau agama Islam adalah satu ajaran yang unik
dan sangat jauh bezanya dengan ajaran ideologi atau isme
buatan manusia. Kerana ia datang daripada Tuhan pencipta
alam dan pencipta manusia. Yang sangat tahu tentang ciptaan-
Nya dan bagaimana hendak mengurus ciptaan-Nya agar selamat
dan aman damai.
Di dalam ajaran Islam ada tiga aspek atau tiga bahagian ter-
penting, yang berhubungkait antara satu sama lain. Sama ada
secara langsung mahupun secara tidak langsung. Secara tersurat
mahupun yang tersirat. Secara sedar mahupun tidak sedar. Iaitu
ajaran akidah, syariat dan tasawuf atau akhlak. Siapa yang ingin
beragama Islam atau siapa sahaja yang ingin melaksanakan
ajaran Islam di dalam kehidupan, wajib mempelajari ketiga-tiga
aspek atau bahagian yang ada di dalam ajaran Islam ini. Wajib
dipelajari ilmunya, diyakini, dihayati dan juga diamalkan.
Kalau satu-satu aspek sahaja kita terima dan pelajari tetapi
meninggalkan aspek-aspek yang lain, ia sangat cacat dan tem-
pang. Katalah kita pelajari akidahnya sahaja serta diyakini
dengan meninggalkan aspek-aspek yang lain, seolah-olah Islam
itu agama ketuhanan dan Tuhan tidak ada mempunyai peraturan
dan peranan. Kalau syariatnya sahaja yang kita terima dan me-
nolak pula aspek-aspek yang lain, Islam itu sudah seolah-olah

544
UMUM

Islam seperti ajaran ideologi. Manakala kalau akhlaknya sahaja


diterima dengan meninggalkan aspek-aspek yang dua lagi,
seolah-olah Islam itu hanya ajaran etika di dalam pergaulan atau
etika kerja.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuk-


lah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala
hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak
langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi
kamu yang terang nyata.” (Al Baqarah: 208)
Oleh itu agama Islam tidak boleh diterima atau dipelajari di
satu-satu aspek sahaja tetapi kenalah diterima kesemua aspek-
nya sekali. Barulah lengkap dan sempurna. Barulah indah dan
berguna. Barulah dapat dilihat keagungan dan kebesaran Allah
itu di dalam kehidupan manusia. Barulah berlaku di dalam ma-
syarakat manusia itu keharmonian, keamanan dan kedamaian
yang memang diidam-idamkan oleh manusia.
Selain tidak boleh dipisahkan dan ada hubungkait, setiap
aspek atau bahagian yang ada di dalam ajaran Islam itu juga
mempunyai peranan yang tersendiri. Setiap aspek sangat mem-
beri kesan kepada fikiran, jiwa dan kehidupan lahir manusia.
Sama ada di dalam kehidupan individu, kehidupan bermasya-
rakat dan lain-lainnya. Di sini kita akan menghuraikan peranan
setiap aspek itu seperti berikut:

PERTAMA: PERANAN AKIDAH


Di antara peranan akidah adalah seperti berikut:
1. Agar manusia percaya dan yakin bahawa dunia dan seluruh
isinya ada penciptanya iaitu Tuhan Rabbul ‘Alamin.

545
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2. Supaya manusia dapat membezakan di antara Khaliq


dengan makhluk-Nya yang sangat berbeza. Maha Suci Dia
daripada menyerupai sesuatu.
3. Bahawa Tuhan itu adalah Zat yang tidak dapat difikirkan.
Tidak dapat ditangkap oleh mata dan yang tidak dapat di-
khayalkan. Tiada siapa mengetahui hakikat Zat-Nya kecuali
Tuhan sendiri.
4. Bahawa Tuhan itu Maha Pencipta, Maha Kuasa, Maha Ber-
kehendak, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Besar.
5. Tuhan itu tiada yang mencipta-Nya. Oleh itu Dia tidak ada
permulaan dan tiada berkesudahan.
6. Dia wajib disembah dan dibesarkan melalui ibadah dan
ibadah itu pula telah ditentukan caranya.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, rukuk-


lah serta sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan kamu
(dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal-amal
kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).”
(Al Hajj: 77)
7. Tuhan adalah tempat bergantung, tempat rujuk, tempat
menyelesaikan segala masalah dan tempat meminta.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah


pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya
bumi ini kepunyaan Allah dan diwariskan kepada sesiapa

546
UMUM

yang dikehendaki-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi


orang-orang yang bertaqwa.” (Al A’raf: 128)
8. Mengelakkan rasa kecewa di kalangan manusia. Lebih-lebih
lagi terhindar daripada putus asa kerana ada tempat ber-
lindung. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang


telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan
segala dosa.” (Az Zumar: 53)
9. Tuhan sajalah yang boleh memberi rahmat dan berkat dan
Tuhan jugalah yang memberi azab.
10. Tuhan boleh melakukan apa sahaja dengan Dia berkata,
“Jadi”, pasti akan jadi. Kalau Dia kata, “Binasalah”, pasti
binasa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya


apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia
berfirman kepada (hakikat) benda itu: ‘Jadilah engkau’. Maka
ia terus menjadi.” (Yaasin: 82)
11. Tuhanlah yang menghidupkan dan Tuhan jugalah yang
mematikan. Tuhanlah yang telah menentukan manusia ke
Syurga atau ke Neraka di Akhirat kelak.
12. Tuhanlah yang mengutuskan para rasul dan para nabi demi
untuk mengajar manusia hidup beragama seperti yang di-
kehendaki oleh Allah Taala. Firman Allah SWT:

547
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “...dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-


Nya...” (Al Ahzab: 33)
13. Tuhan ada mempunyai tentera dan kakitangan yang ghaib
di kalangan malaikat yang mentaati dan membuat kerja-
kerja Allah.

PERANAN SYARIAT

Di antara peranan syariat itu ialah:


1. Agar manusia tahu bahawa Allah Taala telah menyediakan
mempunyai peraturan dan perlembagaan hidup untuk
manusia yang disampaikan melalui rasul-rasul-Nya. Supaya
manusia selamat di dunia dan di Akhirat.
2. Agar manusia yang menerima syariat-Nya hidup berdisiplin
dan teratur, terurus dan tersusun.
3. Agar manusia hidup di dalam sebuah masyarakat tidak
merempuh dan melanggar hak asasi orang lain. Supaya
terjamin ukhwah dan keharmonian hidup.
4. Agar manusia pandai hidup cara yang sebaik-baiknya. Ma-
kan minum yang baik, pakaian yang baik, pergaulan yang
baik, perhubungan yang baik, perkahwinan yang baik,
menjaga kesihatan yang baik, bekerja secara baik, bereko-
nomi secara baik, berpolitik secara baik, berkebudayaan
secara baik, berjuang secara baik, berpendidikan secara baik
dan lain-lain lagi.
5. Agar manusia pandai menegakkan keadilan di dalam ke-
hidupan dan pandai pula menghukum mengikut kesalahan
supaya tidak ada makhluk Allah yang teraniaya dan tiada
manusia melakukan sewenang-wenangnya terhadap ma-
nusia lain.
6. Agar manusia pandai melantik pemimpin yang baik serta
tahu untuk mentaati pemimpin.
7. Pemimpin pula pandai mengurus dan mendidik pengikut-

548
UMUM

pengikutnya atau rakyatnya, tahu mengurus kehidupan dan


apa yang diperlukan oleh mereka.
8. Apabila manusia mengikut syariat Tuhan dalam semua
aspek kehidupan mereka maka akan terlihatlah lambang-
lambang kebesaran Allah (ayatullah) di dalam kehidupan
mereka.
9. Dengan syariat, manusia itu dapat melihat bahawa Tuhan
itu Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Pentadbir.
10. Dengan syariat, manusia itu pandai berhubung atau berko-
munikasi di antara sesama manusia agar perhubungan itu
berjalan dengan baik.
11. Dengan syariat, manusia pandai berhubung dengan Tuhan
sebagai Khaliqnya.

PERANAN TASAWUF

Tasawuf adalah ilmu rasa (zauk). Ia adalah perasaan-perasaan


yang timbul di dalam hati orang yang beriman atau orang yang
bertaqwa, yang bersifat terpuji (mahmudah). Contohnya seperti
rasa hamba, rasa merendah diri, rasa malu, rasa kasih, rasa
bertimbang rasa, rasa simpati, rasa tawakal, rasa sabar, rasa
redha, rasa pemurah, rasa kasihan, rasa pemaaf, rasa meminta
maaf dan rasa cinta.
Dari rasa-rasa tadi, ia mendorong manusia bertindak atau
melahirkan rasa-rasa itu. Maka lahirlah buahnya di dalam kehi-
dupan, yang dapat dilihat oleh mata iaitu akhlak mulia. Dapat
dilihat seseorang itu pemurah, merendah diri, tenang, menolong
orang, mengasihi orang, memberi maaf, meminta maaf dan lain-
lainnya.
Di sini barulah kita faham, bahawa akhlak yang mulia itu
adalah buah tasawuf. Asalnya adalah rasa-rasa yang di dalam
semata-mata. Kemudian lahir dalam realiti kehidupan atau im-
plimentasinya dari dorongan yang di dalam tadi.

549
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu tasawuf dengan akhlak adalah berhubung rapat satu


sama lain. Tasawuf adalah yang batin, akhlak adalah yang lahir.
Boleh juga dikatakan pokoknya adalah tasawuf manakala
buahnya adalah akhlak yang mulia. Jadi tasawuf dengan akhlak
tidak terpisah. Satu sama lain tidak terpisah. Ia ada hubung kait.
Apabila tasawuf telah membuahkan akhlak yang mulia, maka
di bawah ini kita akan memperkatakan pula peranan akhlak
yang mulia.

PERANAN AKHLAK

1. Akhlak adalah disukai dan dipuji oleh Allah, oleh Rasul dan
oleh seluruh manusia sama ada yang Islam mahupun yang
bukan Islam. Maka ia bersifat sejagat.
2. Dari akhlak yang mulia, boleh menjalinkan kasih sayang di
kalangan manusia sama ada manusia yang Islam mahupun
manusia yang bukan Islam.
3. Dari akhlak yang mulia, bagaimana hebat dan istimewa
sekalipun manusia itu, dia tidak akan riyak dan sombong.
4. Dari akhlak yang mulia, manusia yang miskin tidak akan
terbiar. Akan ada orang yang membela dan membantunya.
5. Tidak ada orang yang rendah kedudukannya di dalam
masyarakat yang akan terhina dan dihina.
6. Sentiasa ada orang yang bersimpati dan menolong orang-
orang yang susah dan mendapat kemalangan. Mereka tidak
akan terbiar.
7. Kalau ada di kalangan manusia yang melakukan kesalahan
dan kesilapan di kalangan sama-sama manusia, tidak akan
berlaku permusuhan yang berpanjangan kerana yang benar
bersegera memberi maaf dan yang salah bersegera juga
meminta maaf.
8. Lahirlah masyarakat yang bertolak ansur serta berlapang

550
UMUM

dada berhadapan dengan bermacam-macam ragam dan ke-


renah manusia.
9. Lahirlah masyarakat yang di antara satu sama lain meng-
utamakan orang lain.
10. Akan lahirlah masyarakat yang adil. Kesannya, tidak ada
di kalangan manusia yang terasa dizalimi dan teraniaya.
11. Hasil daripada akhlak yang mulia, maka lahirlah masyara-
kat aman damai, selamat sejahtera, berkasih sayang dan
harmoni.
12. Dengan itu tidak berlaku di dalam masyarakat manusia hal-
hal yang menakutkan yang datang daripada perbuatan
manusia sesama manusia.

Begitulah secara ringkasnya peranan setiap aspek yang ada


di dalam agama Islam atau di dalam ajaran Islam. Di sini kita
dapat lihat jika ajaran di dalam agama Islam dapat difahami,
dihayati dan diamalkan oleh penganut-penganutnya, akan
terjamin kesejahteraan sejagat.

551
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Islam Membawa Kasih Sayang

Islam adalah hubungan dengan Allah


dan hubungan sesama manusia
Hubungan dengan Allah banyak berlaku
di masjid dan di surau-surau
secara fizikal dan rohani
Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana
kerana ia adalah kerja hati
Hubungan sesama manusia tidak kira kafir
atau Islam berlaku di mana-mana sahaja
Berlaku di jalan raya, di rumah,
di kedai makan, di dalam kenderaan,
di sekitar jiran tetangga
Disiplin waktu berhubung, bertemu,
waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah
Di dalam keluarga, waktu bekerja,
bermusafir, berjuang dan ziarah
Di sini dibawa beberapa contoh,
yang tidak disebutkan kiaskan sahaja
Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,
sekalipun jalan kita
Bertanya-tanyalah hal jiran
sama ada Islam atau kafir,
kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah,
ketiadaannya jaga rumahnya
Waktu makan di kedai,
bayarkan yang di kiri kanan kita
Ketika ke pasar, bayarkan untuk orang yang di sebelah kita
setakat termampu
Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk,

552
UMUM

lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu


Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,
terjumpa orang menunggu bas,
pelawa dia naik kenderaan kita
Berjumpa orang di mana-mana
sama ada dikenali atau tidak
berilah salam kepada mereka
Di dalam majlis, ada peluang bermesralah,
ada orang bercakap dengarlah,
jagalah tata-susila
Ada orang yang susah meminta,
berilah jangan dikecewa,
kita berhutang kerananya pun tidak mengapa
Hutang orang kepada kita jangan dipinta
Kalau boleh bayarkan hutang orang setakat termampu,
jadikan budaya
Kalau mereka bayar, Alhamdulillah,
jika tidak, halalkan sahaja
Jika kita bersalah dengan siapa sahaja
minta maaflah,
orang bersalah maafkan sahaja
sekalipun tidak meminta
Berkawan hendaklah setia,
berjemaah sama-sama berkorban
dan menjaga keutuhannya
Pengutip-pengutip sampah kenalah beri hadiah
atau apa-apa sahaja yang makanan yang munasabah
Berani jangan melulu, biarlah berstrategi,
takut juga jangan terlalu, Tuhan benci
Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,
bersungguh-sungguh,
bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama
Kalau makan jangan seorang dibedal,
biarlah ada orang lain sama
Orang yang menentang kita, janganlah dilayan,
Kalau boleh buat baik dengan mereka

553
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau mereka fitnah,


tidak salah kita menghilangkan fitnah,
tapi biarlah bijaksana
Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam yang global
Yang tidak diceritakan kiaskan sahaja
Itulah dia Islam cara hidup,
bukan berpusat di masjid sahaja
Islam macam itulah
yang kita sedang memperjuangkannya
Apa yang kita lihat tadi nyatalah Islam itu
membawa kasih sayang sesama manusia

Selepas Subuh
14 – 12 – 2002

554
UMUM

2
SIAPA MENOLAK SUNNATULLAH
PASTI BINASA

A
llah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya terma-
suk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi
untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahaja
di dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat
manusia.
Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat
tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunna-
tullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala
telah tetap dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalah
manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak
sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. Rosak dan bina-
sa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa
pendek mahupun panjang.
Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem
dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia
di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang
boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah
sampai bila-bila. Firman Allah SWT:

555
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Kerana engkau tidak sekali-kali akan


mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau
tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi
perjalanan sunnatullah itu.” (Fathir: 43)
Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada dua
bahagian:
Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksa
Kedua: Manusia menerima secara sukarela
Firman Allah:

Maksudnya: “Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk


yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama ada
dengan sukarela atau dengan terpaksa.” (Ar Ra’d: 15)

1. Secara terpaksa (karhan)


Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya
secara terpaksa (karhan). Di antaranya seperti:
– Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan
udara bukan dengan air dan lain-lain.
– Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lain-
lainnya.
– Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur
dan lain-lain jalan.
– Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan
lain-lain.
– Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegaran
kenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau pan-
jat pokok dan lain-lain.
Begitulah keadaannya. Banyak contoh-contoh lain lagi yang
tidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.

556
UMUM

2. Secara sukarela (tau’an)


Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat per-
aturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:
– Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air
mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti
daging babi dan arak.
– Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.
– Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga,
bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipu
dan jangan rasuah.
– Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kena-
lah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan Al
Quran dan Sunnah.
– Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat,
tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba,
monopoli dan memperniagakan yang haram.
– Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjamin
kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupan
yang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.
Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskan
sahaja.

Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa


(karhan) mahupun bersifat sukarela atau pilihan (tau’an) atau
ada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggar
atau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia ini
sebelum binasa di Akhirat kelak. Sebab-sebab manusia menolak
itu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendiri
sebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka mereka
pun membuat sunnah sendiri.
Sunnatullah yang pertama, tidak ada manusia yang menen-
tang atau menolaknya. Semua orang boleh menerimanya kerana
dari pengalaman manusia, mereka boleh menerima dengan
penuh suka dan puas hati. Tidak ada yang terasa berat meneri-

557
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

manya. Bahkan tidak ada yang merasa inferiority complex


menerimanya. Semua menerimanya dengan berpuas hati dan
senang hati. Tidak ada yang merasakan kolot, ketinggalan za-
man, out of date.
Tidak ada yang mengatakan, “Ia sudah ketinggalan zaman,
semenjak Nabi Allah Adam lagi manusia bernafas dengan udara.
Sudah terlalu lama, sudah kolot. Inikan zaman sains dan tek-
nologi, zaman IT canggih, tidak sepatutnya kita bernafas dengan
udara lagi. Patut kita bernafas dengan air. Patut kita ubah rasa.”
Tiada manusia yang mengatakan begitu.
Mengapa manusia boleh menerima bahkan berpuas hati
dengan sunnatullah yang pertama iaitu yang bersifat karhan?
Mengapa tidak ada mempertikainya? Mengapa tidak terasa kolot
menggunakan peraturan yang sudah terlalu lama itu?
Manusia boleh menerimanya kerana kalau melanggar sunna-
tullah itu risikonya besar dan cepat sekali rosak binasa hingga
boleh membawa mati. Bahkan sudah ramai yang mati disebab-
kan air. Cubalah bernafas dengan air! Bolehkah hidup? Bolehkah
bernafas? Sudah tentu tidak boleh. Kalau diteruskan juga, masa
itu juga binasa.
Jadi oleh kerana kalau melanggar sunnatullah yang pertama,
yang bersifat terpaksa itu (karhan), manusia akan cepat mene-
rima risikonya, maka tidak adalah manusia yang melanggar
sunnatullah yang pertama itu. Malahan manusia boleh patuh
dengan puas hati.
Di sini manusia merasa selamat menerima sunnatullah yang
bersifat karhan. Manusia berpuas hati menerima peraturan itu.
Manusia mengakui siapa yang melanggar sunnatullah itu, me-
reka pasti rosak binasa. Ertinya mematuhi peraturan yang
bersifat karhan itu, ia sangat menyelamatkan dan menguntung-
kan manusia.
Bagaimanapun, manusia payah mahu menerima sunnatullah
yang kedua iaitu yang bersifat sukarela (tau’an). Termasuklah
sebahagian besar umat Islam di dunia, di akhir zaman ini. Allah

558
UMUM

Taala membenarkan manusia untuk memilih menerima atau


menolak sunnatullah yang bersifat tau’an ini tetapi risikonya
tetap ada bahkan lebih besar lagi. Sama ada yang akan berlaku
di dunia, betapalah yang akan ditimpakan di Akhirat kelak.
Umat Islam sendiri merasa malu untuk menerimanya, ragu
melaksanakannya, takut tidak maju, takut huru-hara, malu
dengan yang bukan Islam. Ia dianggap ketinggalan zaman dan
sudah tidak sesuai lagi. “Sekarang zaman sains dan teknologi,
zaman IT canggih, bukan zaman unta.” Begitulah umat Islam
sendiri dengan penuh angkuh dan sombong menolaknya. Bah-
kan benci dan prejudis terhadap pejuang-pejuang yang hendak
menegakkan sunnatullah kedua yang bersifat tau’an ini.
Ramai manusia yang menolak, termasuklah sebahagian besar
umat Islam, kerana apabila menolak sunnatullah yang kedua
ini risikonya lambat. Kebinasaan dan kerosakan tidak terus
berlaku di waktu itu. Ianya lambat berlaku. Adakalanya selepas
sepuluh tahun, lima belas tahun atau dua puluh tahun. Sehingga-
kan apabila risiko dan kerosakan menimpa, di waktu itu mereka
sudah tidak dapat kaitkan lagi ia dengan perlanggaran dan pe-
nolakan sunnatullah yang dilakukan sejak bertahun-tahun yang
lalu.
Lantaran itu kalau ada orang atau golongan yang sedar, mem-
beritahu kerosakan moral, jenayah, perpecahan dan lain-lain lagi
yang berlaku sekarang ini disebabkan kita sejak dahulu telah
melanggar sunnatullah, mereka akan menolaknya. Bahkan
marah dan bermusuh pula dengan orang itu. Mereka tidak boleh
hendak mengaitkan gejala sosial yang berlaku, yang telah
merosakkan masyarakat hari ini dengan kesalahan mereka
menolak hukum atau sunnatullah itu.
Sebagai contoh, keruntuhan akhlak dan gejala tidak sihat
yang berlaku di dalam masyarakat sekarang seperti bohsia,
bohjan, budaya lepak, vandalisme, rompak, samun, rasuah, krisis
rumah tangga dan sebagainya itu adalah akibat dari apa yang
kita telah lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Ianya berlaku
apabila sistem pendidikan tidak mengikut syariat Allah, sistem

559
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ekonomi berdasarkan kapitalisme, perlembagaan negara ber-


tentangan dengan sunnatullah iaitu tidak mengikut Al Quran
dan Hadis, masyarakat kita tidak dihalang daripada pergaulan
bebas dan media massa tidak dikawal daripada memaparkan
apa yang dilarang oleh Allah seperti mempamerkan gambar-
gambar lucah yang merangsang nafsu. Jadi, gejala sosial yang
berlaku adalah buah dari pokok yang sudah lama kita tanam.
Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa sunnatullah yang kedua
ini yang bersifat tau’an, jangan dilanggar. Kalau dilanggar tetap
memudarat dan merosakkan masyarakat manusia tetapi mema-
kan masa yang panjang baru nampak risikonya. Setelah lama
barulah terlihat kesannya.
Sama ada sunnatullah yang pertama mahupun yang kedua,
yang bersifat karhan mahupun yang bersifat tau’an, kalau
dilanggar juga kita akan binasa. Hidup kita akan huru-hara. Ma-
syarakat kita akan pincang. Kebahagiaan kita akan tercabar dan
keharmonian kita akan hilang. Cuma pelanggaran yang pertama
cepat kebinasaannya tetapi pelanggaran yang kedua lambat. Itu
sahaja bezanya.
Justeru itu kalau didapati di dalam masyarakat kita berbagai-
bagai jenayah, kerosakan akhlak, krisis, bahkan bencana alam,
rujuk cepatlah kepada Allah Taala. Jangan lengah-lengah lagi.
Muhasabah diri dan sistem yang kita bangunkan. Ada atau tidak
pelanggaran sunnatullah itu. Kalau didapati ada pelanggaran,
kenalah perbetulkan. Tukar segera dengan sunnatullah, kemu-
dian memohon ampun sebanyak-banyaknya kepada-Nya sebe-
lum Allah Taala menimpakan balasan dan hukuman yang lebih
berat dan teruk lagi.

560
UMUM

SAJAK

Islam Membawa Kasih Sayang

Islam adalah hubungan dengan Allah


dan hubungan sesama manusia
Hubungan dengan Allah banyak berlaku
di masjid dan di surau-surau
secara fizikal dan rohani
Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana
kerana ia adalah kerja hati
Hubungan sesama manusia tidak kira kafir atau Islam
berlaku di mana-mana sahaja
Berlaku di jalan raya, di rumah, di kedai makan,
di dalam kenderaan, di sekitar jiran tetangga
Disiplin waktu berhubung, bertemu,
waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah
Di dalam keluarga, waktu bekerja,
bermusafir, berjuang dan ziarah
Di sini dibawa beberapa contoh,
yang tidak disebutkan kiaskan sahaja
Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,
sekalipun jalan kita
Bertanya-tanyalah hal jiran sama ada Islam atau kafir
Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah
Ketiadaannya jaga rumahnya
Waktu makan di kedai,
bayarkan yang di kiri kanan kita
Ketika ke pasar, bayarkan untuk orang
yang di sebelah kita setakat termampu
Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk
lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu

561
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,


terjumpa orang menunggu bas
Pelawa dia naik kenderaan kita
Berjumpa orang di mana-mana
sama ada dikenali atau tidak
Berilah salam kepada mereka
Di dalam majlis, ada peluang bermesralah
Ada orang bercakap, dengarlah
Jagalah tata-susila
Ada orang yang susah meminta,
berilah jangan dikecewa
Kita berhutang kerananya pun tidak mengapa
Hutang orang kepada kita jangan dipinta
Kalau boleh bayarkan hutang orang setakat termampu,
jadikan budaya
Kalau mereka bayar, Alhamdulillah
jika tidak, halalkan sahaja
Jika kita bersalah dengan siapa sahaja
mintalah maaf
Orang bersalah maafkan sahaja
sekalipun dia tidak meminta
Berkawan hendaklah setia
Berjemaah sama-sama berkorban
dan menjaga keutuhannya
Pengutip-pengutip sampah kenalah beri hadiah
atau apa-apa sahaja makanan yang munasabah
Berani jangan melulu, biarlah berstrategi
takut juga jangan terlalu, Tuhan benci
Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,
bersungguh-sungguh
Bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama
Kalau makan jangan seorang dibedal,
biarlah ada orang lain sama
Orang yang menentang kita, janganlah dilayan
Kalau boleh buat baik dengan mereka
Kalau mereka fitnah,

562
UMUM

tidak salah kita menghilangkan fitnah


Tapi biarlah bijaksana
Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam
yang global
Yang tidak diceritakan, kiaskan sahaja
Itulah dia Islam cara hidup,
bukan berpusat di masjid sahaja
Islam macam itulah
yang kita sedang memperjuangkannya
Apa yang kita lihat tadi nyatalah Islam itu
membawa kasih sayang sesama manusia

Selepas Subuh
14 – 12 – 2002

563
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3
SYARAT-SYARAT USAHA UMUM
JADI IBADAH

D
alam Islam, ibadah ada dua jenis atau dua bentuk, iaitu
yang pertama ibadah khusus dan yang kedua ibadah
umum.

IBADAH KHUSUS
Iaitu ibadah yang terkandung di dalam Rukun Islam yang lima:
mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, zakat, mengerjakan haji.
Itulah ibadah asas atau ibadah yang menjadi tiang-tiang seri
di dalam Islam. Ia adalah merupakan fardhu ain ke atas setiap
mukalaf iaitu setiap orang mesti melibatkan diri tidak ada
kecualinya sekalipun dia raja.

IBADAH UMUM
Ibadah umum ini boleh dibahagi kepada dua kategori:
1. Ibadah fardhu kifayah.
Ibadah ini kena dibuat atau dibangunkan tetapi jika ada
sebahagian umat Islam membangunkannya untuk keper-
luan masyarakat umum, maka orang lain akan terlepas
daripada dosa. Misalnya memperjuangkan kemerdekaan,
melaksanakan pendidikan umat, membangunkan ekonomi

564
UMUM

negara dan masyarakat, mentadbir negara, membina pusat-


pusat rawatan dan perubatan, mencari ahli pasukan kesela-
matan seperti tentera dan polis, membuat rancangan perta-
nian, mengusahakan kemudahan-kemudahan awam dan
lain-lain lagi.

2. Perkara mubah.
Perkara-perkara yang boleh dibuat atau ditinggalkannya.
Misalnya makan minum, tidur baring, rehat, berjalan-jalan,
joging, memanjat gunung, merentas hutan dan lain-lain.

Kalaulah ibadah khusus seperti melaksanakan Rukun Islam


yang lima itu ada syarat rukunnya, ia akan jadi ibadah jika syarat-
syarat rukunnya dilaksanakan. Kalau tidak menempuh syarat-
syarat dan rukun-rukunnya, ibadah itu tidak dianggap ibadah.
Ia jadi sia-sia sahaja, tidak dapat pahala apa-apa bahkan berdosa
pula. Ertinya seseorang itu belum lagi dianggap mengerjakan
Rukun Islam yang lima, sekalipun dia tidak pernah meninggal-
kannya.
Begitu jugalah dalam melaksanakan ibadah fardhu kifayah
dan perkara-perkara mubah, ada syarat rukunnya. Siapa yang
membangun atau mengusahakannya kenalah dia melaksanakan
syarat-syarat dan rukunnya. Ikut syarat dan rukunnya, jadi
ibadah. Tidak ikut syarat rukunnya, tidak jadi ibadah. Kalau ber-
jaya, hanya sekadar untung di dunia. Di Akhirat tidak dapat
apa-apa.
Oleh yang demikian, janganlah dianggap asalkan sudah ber-
juang, membangun, mentadbir, melagang pendidikan, membuat
pertanian, membangunkan pasukan keselamatan, melaksanakan
kemudahan perhubungan umum, membuat kemajuan, bertama-
dun, ia dengan secara automatik jadi ibadah. Belum boleh lagi
jadi ibadah kalau syarat-syarat rukunnya tidak diambil kira dan
diperhatikan.
Inilah dia disiplin di dalam Islam. Islam menyuruh kita ber-
disiplin. Di dalam buku ini saya tidak perlu menyebut syarat

565
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rukun ibadah fardhu ain iaitu Rukun Islam yang lima. Biasanya
orang yang ingin mengerjakannya ia mesti belajar syarat rukun-
nya lebih dahulu dan kebanyakan umat Islam faham. Seperti
sembahyang, kalau tidak mengikut syarat rukun mengerjakan-
nya, sembahyang itu batal atau tertolak.
Yang ramai umat Islam tidak faham ialah ibadah umum. Ia
jarang sekali mereka perhatikan dan ambil kira syarat rukunnya.
Yang kita dengar selalu ialah bekerja juga boleh menjadi ibadah.
Begitu juga dengan mentadbir, membuat kemajuan, berjuang
dan berekonomi. Itu betul kerana ibadah menurut Islam itu luas.
Tentang bagaimana untuk itu semua diterima Allah sebagai
ibadah, tidak kita dengar sekalipun di dalam ceramah-ceramah
pengajian agama.

566
UMUM

SAJAK

Sajak 1
Agama adalah Seluruh Kehidupan

Agama adalah seluruh kehidupan


Ada yang lahir ada yang batin
Iman, Islam dan ihsan adalah patinya
atau ajaran terpokok
Pecahan dari tiga aspek tadi
yang merupakan satu pakej
jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan
Adakalanya disebut hablumminallah
wahablumminannas
Hablumminallah adalah asas dan tapak agama
dari Tuhan
Hablumminannas adalah cabangnya atau buah
daripada hablumminallah
Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku
di mana-mana
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat,
di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan
dan perhubungan
Di rumah tangga, di dalam perhubungan,
di dalam negara atau antarabangsa
Berlaku di dalam jiran tetangga,
di dalam pendidikan formal atau tidak formal
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama,
bersatu-padu adalah agama
Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan,
di dalam mesyuarat,
di dalam bersukan mesti ada agama

567
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bertimbang rasa, perikemanusiaan,


bertolak ansur, berlapang dada, itu agama juga
Di waktu memandu di jalan raya,
membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan,
bekerja di kilang, semuanya agama
Mentadbir negara, menjaga negara,
menjaga keselamatan dan keamanan juga agama
Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat,
tidur dan baring adalah agama
Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham
selama ini oleh kita
Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata
ibadah rukun Islam serta sunat-sunatnya
Kalau agama itu berlaku di mana-mana
selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya
itu ibadah umumlah namanya
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara,
di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung,
di padang pasir, selagi ada manusia
Kalau agama berlaku di mana-mana
ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja
selagi ada manusia
Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja
selamatlah manusia
Kerana maknanya agama itu ‘tidak kacau’
mengikut bahasa Sanskrit
Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan
ertinya aman damai, harmoni, bahagia
Tapi makna agama itu telah dipersempit
maka manusia hidup huru-hara di mana-mana
bahkan berlaku di masjid
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana
kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit

Menjelang Zuhur
04 – 03 – 2004

568
UMUM

Sajak 2
Renungan yang Jadi Ibadah

Merenung memikirkan dosa tidak mengapa,


bahkan dipuji pula, ia dapat pahala
Merenung ke hadapan memikirkan nasib agama,
bangsa dan negara
jarang orang melakukannya
padahal ia adalah ibadah
Ia adalah sifat seseorang yang berjiwa besar
dan berpandangan jauh ke hadapan
Ada orang yang baik tapi skopnya sempit
hanya memikirkan agama
yang ada hubungannya dengan nasib dirinya sahaja
Padahal kalau agama, bangsa dan negara sudah rosak
dia pun belum tentu selamat,
setidak-tidaknya anak isterinya tidak selamat
Merenung, memikir dan membahaskan ilmu
hingga banyak masalah ilmu terungkai
tidak dianggap membuang masa
Bahkan ia adalah sifat terpuji
kalau dibukukan ramai orang yang dapat manfaatnya
ini termasuk ibadah juga
Memikirkan nasib Akhiratnya adalah sifat terpuji
bahkan perkara pertama dan utama
Akhiratnya memang disuruh utamakan dari dunia
Akhirat negara kekal abadi, dunia sementara sahaja
Susah di dunia tidak sampai ke mana
Susah di Akhirat merana, terhina, dahsyat,
berlama-lama pula
Memikir-mikirkan apa-apa lagi kebaikan
yang hendak dibuat dianggap ibadah, berpahala
Mengikut ajaran Islam ini dinamakan muraqabah
Iaitu memikir-mikirkan apakah lagi kebaikan
yang hendak dibuat
Pahala dapat sekalipun belum berbuat

569
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ini termasuklah rahmat Allah


kepada hamba-hamba-Nya
belum berbuat sudah diberi pahala
Itulah di antara kebaikan yang menjadi ibadah
sekalipun belum berbuat
Oleh itu menunglah, merenunglah
berfikirlah sesuatu yang boleh menjadi ibadah
dan diberi pahala bukan bala

Menjelang tidur
24 – 03 – 2004

570
UMUM

4
GOLONGAN MANUSIA
SEBAGAI HAMBA ALLAH
DAN KHALIFAH-NYA

A
llah Taala yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dengan
kehendak-kehendak-Nya, menciptakan dunia dan seluruh
isinya. Kemudian menjadikan manusia untuk tinggal di
dalamnya dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nya
sekaligus menjadi khalifah-Nya. Manusia mesti berperanan
sebagai khalifah iaitu pengganti di bumi, demi untuk mengatur,
mentadbir, mengurus, memaju dan membangunkan dunia ini.
Sama ada di bidang ekonomi, pendidikan, pertanian, kemasya-
rakatan, pembangunan dan lain-lain mengikut syariat-Nya. Ini
telah dinyatakan melalui Al Quranul Karim.
Firman Allah:

Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman


kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi.” (Al Baqarah: 30)
Allah berfirman lagi:

571
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Kemudian Kami jadikan kamu khalifah-


khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah di-
binasakan itu.” (Yunus:14)
Walaupun Al Quranul Karim telah memberitahu tugas dan
tanggungjawab manusia di dunia ini dan diberitahu mereka
yang menunaikan tanggungjawab akan masuk ke Syurga,
manakala yang tidak bertanggungjawab ke Neraka, namun tidak
semua manusia percayakan berita ini serta beriman dengannya.
Bahkan yang percaya dan beriman dengannya pun, kerana tidak
mampu melawan nafsu serta mempunyai kepentingan-kepen-
tingan peribadi, ramai yang tidak dapat benar-benar memper-
hambakan diri kepada Allah dan gagal menjadi khalifah-Nya
yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan syariat-Nya.
Kerana itulah Allah Taala berfirman:

Ertinya: “Sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang


bersyukur.” (Saba’: 13)
Untuk mengenal dan mengetahui secara umum dan rambang
mengenai manusia yang hidup di dunia ini, termasuk diri kita
sendiri, kita akan senaraikan peringkat-peringkat manusia seba-
gai hamba dan khalifah Allah di bumi ini. Nanti kita akan dapat
mengagak dan menduga di peringkat mana kita ini sama ada di
peringkat yang taat atau peringkat yang derhaka, peringkat yang
bertanggungjawab atau yang cuai.
Pembahagian manusia sebagai hamba Tuhan sekaligus
khalifah-Nya adalah seperti berikut:
1. Golongan yang tidak tahu atau tidak sedar yang mereka itu
hamba Tuhan dan khalifah-Nya.
Mereka ini adalah golongan yang tidak tahu, tidak sedar
atau tidak mengambil tahu apakah dirinya hamba dan
khalifah Allah atau tidak kerana mereka tidak beriman
dengan Al Quran dan As Sunnah. Oleh itu sudah tentu
mereka tidak memperhambakan diri kepada Tuhan. Kalau

572
UMUM

ada yang memperhambakan diri serta membuat penyem-


bahan tetapi bukan kepada Allah dan caranya juga tidak
seperti yang Allah kehendaki.
Begitu juga mereka mentadbir kehidupan di dunia ini,
tidak dengan syariat Tuhan tetapi dengan ideologi yang
mereka buat sendiri. Mereka tidak akan merujuk kepada
perlembagaan Allah kerana mereka tidak menganggap
dirinya khalifah Allah. Mereka berbuat sesuka hati. Mereka
mengurus kehidupan tidak ada hubung kait sama sekali
dengan Allah. Mereka itulah golongan orang-orang kafir.
2. Golongan yang tahu bahawa mereka adalah hamba dan
khalifah Allah di bumi tetapi rasa kehambaan dan kekha-
lifahannya tidak ada atau tidak wujud. Golongan ini tahu
dan sedar bahawa mereka adalah hamba Allah dan khalifah-
Nya di bumi tetapi kerana jahil, lemah melawan hawa nafsu,
cinta dunianya begitu kuat, kepentingan peribadinya terlalu
banyak, maka oleh yang demikian rasa kehambaannya
kepada Allah begitu lemah. Maka dia cuai memperhamba-
kan diri kepada Allah. Sebab itulah pengabdiannya kepada
Allah lemah dan cuai. Boleh jadi langsung tiada.
Begitu juga rasa kekhalifahannya kepada Allah sudah
menipis. Syariat Allah tidak berjalan di dalam usaha,
perjuangan dan pentadbirannya. Lantaran itu dalam mereka
berusaha, berjuang, mentadbir, mengurus, membangun
serta memajukan dunia ini, mereka sudah tidak ada rasa
tanggungjawab kepada Allah. Maka mereka pun melakukan
sewenang-wenangnya di bumi ini. Undang-undang yang
dibangunkan adalah berdasarkan akal atau ideologi atau
pragmatisme bukan daripada Al Quran dan As Sunnah lagi.
Kalau ada pun berlaku hanya di sudut-sudut yang sangat
terbatas atau di aspek-aspek yang tertentu sahaja. Mereka
ini adalah golongan umat Islam yang fasik atau zalim dan
ditakuti kalau dibiarkan terus boleh membawa kepada
kekufuran.
3. Golongan yang merasa kehambaan dan kekhalifahan ke-

573
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

pada Allah di bumi. Rasa kehambaan dan rasa


kekhalifahannya kepada Allah itu kuat. Oleh itu mereka
dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan serta
memperhambakan diri kepada Allah dengan membaiki
yang fardhu dan sunat dengan sungguh-sungguh.
Mereka juga dapat bertanggungjawab sebagai khalifah-
Nya di bumi sesuai dengan kedudukan dan kemampuan
masing-masing. Mereka benar-benar bertanggungjawab
dengan sebaik-baiknya di sudut-sudut kekhalifahannya.
Syariat Tuhan berjalan di dalam kepimpinan mereka yang
mereka urus mengikut bidang dan peranan masing-masing
sesuai dengan kemampuan mereka. Itulah golongan orang
yang soleh. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa ba-
hagian pula iaitu:
a. Golongan yang sederhana (golongan ashabul yamin)
b. Golongan muqarrobin
c. Golongan as siddiqin
4. Golongan yang sifat kehambaannya dan memperhambakan
diri kepada Allah lebih menonjol daripada kekhalifahannya
kepada Allah.
Maksudnya mereka yang dari golongan orang soleh tadi,
ada di kalangan mereka, penumpuannya kepada beribadah
kepada Allah lebih nampak dan menonjol dengan meng-
habiskan masa beribadah, memperbanyakkan fadhoilul
‘amal, berzikir, membaca Al Quran, bertasbih, berselawat
dan mengerjakan amalan-amalan sunat sama ada sembah-
yang sunat mahupun puasa sunat. Kerana itu mereka tidak
dibebankan dengan tugas-tugas masyarakat yang berat-
berat.
Mungkin sifat-sifat kepimpinannya tidak menonjol atau
lemah dibandingkan dengan kehambaannya maka orang
ramai tidak melantik mereka menjadi pemimpin. Kalau ada
pun sekadar pemimpin keluarga dan masyarakat kampung.
Sekadar itulah daerah kekhalifahannya. Maka kerana itulah

574
UMUM

masa yang banyak buat mereka adalah untuk memper-


banyakkan ibadah. Golongan ini dikatakan abid yang baik.
5. Golongan yang sifat kekhalifahannya kepada Allah lebih
menonjol daripada sifat kehambaannya
Mereka ini yang biasanya diberi tanggungjawab kepim-
pinan dan mengurus kemasyarakatan oleh orang ramai
kerana karisma dan sifat-sifat kepimpinan mereka yang
menonjol. Mereka mungkin menjadi pemimpin negeri atau
negara atau sebuah jemaah yang besar. Masanya lebih
banyak digunakan atau ditumpukan untuk memimpin dan
membangun serta menyelesaikan masalah masyarakat.
Kepimpinannya berjalan mengikut Islam. Mereka menger-
jakan ibadah secara sederhana sahaja. Tidak terlalu lemah
dan tidak juga terlalu banyak. Golongan ini dianggap pe-
mimpin yang baik.
6. Golongan yang rasa kehambaannya dan kekhalifahannya
sama-sama menonjol.
Golongan ini adalah mereka yang menjadi pemimpin
sama ada pemimpin-pemimpin negeri, negara atau empayar
yang menjalankan hukum-hukum Allah di dalam kepim-
pinannya. Mereka ini sibuk sungguh dan menghabiskan
masa untuk memimpin dan beribadah. Sibuk dengan ma-
syarakat, sibuk juga dengan Allah. Makin kuat dengan
manusia, semakin kuat pula mereka dengan Allah. Hablum-
minallah dan hablumminannas sama-sama naik, sama kuat,
sama laju. Kedua-dua bidang terserlah. Nampak dilihat
sama-sama laju.
Inilah yang dikatakan abid yang memimpin, yang luar
biasa, yang sangat cemerlang seperti Khulafaur Rasyidin
dan Sayidina Umar Abdul Aziz. Kepimpinan mereka luar
biasa. Ibadah mereka juga luar biasa. Kepimpinan mereka
sangat adil dan sangat bertanggungjawab kepada rakyat
sama ada untuk dunia rakyatnya atau Akhirat rakyatnya.
Di samping itu ibadah mereka sangat kuat dan banyak
terutama di waktu malam.

575
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Mari kita dengar apa kata Sayidina Umar Ibnul Khattab yang
lebih kurang begini, “Kalau saya banyak tidur di siang hari, akan
terabai urusan saya dengan rakyat. Kalau banyak tidur di malam
hari, akan terabai urusan saya dengan Allah.”
Ini adalah golongan abid dan sekaligus pemimpin yang
cemerlang.

576
UMUM

SAJAK

Manusia Hamba dan Khalifah

Kita manusia hamba dan khalifah


Sebagai hamba kenalah beribadah
Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun,
mendidik, membangun dan berkemajuan
Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan
Politiknya, ekonominya, pendidikannya, kebudayaannya,
masyarakatnya, perhubungannya, tugasnya
Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan
Apabila manusia berjalan seimbang
kehambaannya dan kekhalifahannya
Dunia ini syurga sebelum Syurga
Manusia berakhlak mulia bersama tamadun
Laksana satu keluarga bersama pembangunan
Bekerjalah bersama kemajuan
Berukhwah, bersatu dan harmoni
Tidak ada ketakutan, tidak ada kebimbangan
Keadilan merata
Kasih sayang jadi budaya
Pemimpin payung, ulama obor, pemuda-pemudi tenaga
Orang tua doanya, kanak-kanak cahaya mata

Selepas Asar
05 – 06 – 1997

577
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5
TIDAK MESTI SEORANG PAKAR
AL QURAN DAN AL HADIS BERSIKAP
AL QURAN DAN AL HADIS

O
rang yang menyandarkan dirinya kepada Al Quran dan
Al Hadis boleh dikategorikan kepada beberapa baha-
gian atau golongan.

1. PAKAR KEDUA-DUANYA
Orang yang benar-benar belajar tentang Al Quran dan Al Hadis
serta pakar dengan kedua-duanya. Golongan ini yakin dengan
Al Quran dan Al Hadis. Amalan, perbuatan, perjuangan dan
akhlak mereka benar-benar mencerminkan Al Quran dan Al
Hadis itu. Kalau diminta dalil-dalil atau nas-nasnya dari sumber
keduanya, apa yang mereka lakukan dan laksanakan atau apa
sahaja yang ditanyakan, nescaya mereka dapat mendatangkan
dalil-dalilnya. Golongan ini sangat sedikit di akhir zaman ini.
Mencari mereka ibarat mencari gagak putih atau hendak mencari
belerang merah.
Golongan ini adalah manusia luar biasa. Golongan ini kalau
ada orang yang suka, terlalu suka dan kasih tetapi ramai yang
benci terhadap mereka. Yang benci terlalu benci pula.

2. PELAJARINYA TAPI LEMAH MUJAHADAH


Golongan ini benar-benar mempelajari Al Quran dan Al Hadis

578
UMUM

tetapi lemah bermujahadah. Mereka mempelajari Al Quran dan


Al Hadis hingga mereka pakar di bidang ini. Apa yang mereka
pelajari itu memang mereka yakini. Namun kerana lemah
mujahadah melawan nafsu mereka, maka tindak-tanduk dan
akhlak mereka tidak semua mencerminkan Al Quran dan Al
Hadis. Mereka sedar akan hal ini. Mereka mengaku lemah dalam
mengamalkannya.
Namun kalau ada orang yang bertanya mengenai sesuatu
masalah, mereka tetap menjawab berdasarkan Al Quran dan Al
Hadis. Kerana ilmu itu mereka miliki, mereka tetap bercakap
benar sekalipun lemah melaksanakannya. Mereka tetap berasa
sedih dengan kelemahan-kelemahan mereka. Mereka selalu
bersedih dengan kelemahan-kelemahan mereka. Golongan ini
terpulanglah kepada Allah.
Allah telah berfirman:

Maksudnya: “Allah mengampuni sesiapa yang Dia


kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki.” (Al
Baqarah: 284)

3. BELAJAR ATAS DASAR ILMU


Golongan ini golongan yang mempelajari Al Quran dan Al Hadis
atas dasar ilmu. Mereka minat dengan ilmu ini atas dasar mental
exercise. Apakah ia satu kebenaran atau tempat rujuk yang se-
baik-baiknya, mereka tidak dipersoalkan. Yang penting pada
mereka ialah ilmu daripada dua sumber itu. Mungkin juga
mereka mempelajarinya kerana untuk mencari keuntungan
dunia atau mencari populariti.
Dalam segi mengamalkan di dalam kehidupan seharian,
mereka tidak pun mempersoal apakah selari atau tidak. Itu tidak
penting bagi mereka. Itu bukan matlamat mereka. Pada mereka
yang penting ilmunya itu. Mereka ini golongan yang diragui
keislaman mereka.

579
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4. BELAJAR, YAKIN TAPI TIDAK MINAT


Golongan ini mempelajari Al Quran dan Al Hadis seperti go-
longan yang ketiga. Sikap, amalan mereka juga sama. Cuma
bezanya ia tetap yakin ilmu daripada kedua sumber ini adalah
satu kebenaran dan tempat rujuk. Namun untuk mengamal-
kannya, mereka tidak berminat. Mungkin mereka merasakan
tidak menguntungkan, atau bimbang tidak mendapat kejayaan,
merasa malu atau rendah diri untuk mengamalkan. Mereka itu
adalah golongan yang fasik atau golongan yang menzalimi diri
sendiri. Golongan ini agak ramai juga.

5. MENGAKU MENGAMALKANNYA
Golongan ini mengaku mengamalkan Al Quran dan Al Hadis
tetapi mereka tidak mampu untuk terus merujuk kepada kedua-
dua sumber itu kecuali sedikit kerana mereka tidak benar-benar
mempelajari Al Quran dan Al Hadis dengan sempurna atau
mendalam. Amal ibadah dan tindak-tanduk mereka lebih me-
rujuk kepada pendapat ulama atau mazhab-mazhab di dalam
Islam atau merujuk kepada kitab-kitab karangan para ulama.
Mereka yakin ulama atau mazhab yang menjadi ikutan dan
tempat rujuknya itu tentulah merujuk kepada Al Quran dan
Sunnah. Mereka kalau ditanya lebih boleh menjawab dengan
memberikan pendapat-pendapat ulama atau mengeluarkan
fatwa-fatwa mazhab daripada nas-nas atau dalil-dalil Al Quran
dan Al Hadis.
Walaupun begitu, mereka bersungguh-sungguh dalam meng-
amalkannya. Mereka ini dianggap golongan muqallidin atau
golongan orang yang bertaqlid. Ulama berpendapat bahawa jika
dari sudut ilmu fekah, seseorang itu dibolehkan bertaqlid kerana
tidak semua umat Islam mampu untuk mendalami ilmu Al
Quran dan Al Hadis hingga bertaraf pakar, hingga mampu ber-
diri sendiri tanpa bersandar dengan orang lain. Dengan kata-
kata yang lain tidak mungkin semua umat Islam mampu menjadi
mujtahid.

580
UMUM

6. MENDENGAR DARI JAUH


Golongan ini golongan umat Islam yang hanya mendengar-
dengar tentang Islam dari jauh, mendengar melalui ceramah
umum atau mengikut orang ramai. Mereka ini bersandar kepada
ulama pun tidak, jauh sekalilah terus kepada Al Quran dan Al
Hadis. Namun mereka tetap mengaku, Islam yang diamalkan
oleh mereka mengikut Al Quran dan Hadis kerana mereka tahu
sumber ajaran Islam itu adalah dari Al Quran dan Hadis. Tentu-
lah apa yang diamalkan oleh masyarakat bersumberkan Al
Quran dan Al Hadis.
Golongan ini adalah bilangan yang majoriti atau bilangan
yang teramai hari ini. Dengan kata-kata lain mereka menga-
malkan Islam dengan secara tradisi tanpa mengetahui di mana
sumber ambilannya. Mereka hanya mengikut apa yang mereka
lihat. Kalau ada belajar pun sedikit sangat. Bahkan ada di antara
mereka, fardhu ain pun belum selesai. Golongan ini benar-benar
mengamalkan Islam secara jahil, secara melihat-lihat dan dengar-
dengar semata-mata tanpa ada kitab tempat rujuk. Mereka ini
adalah golongan fasik atau ‘asi secara tidak sedar. Kebanyakan
mereka mati di dalam derhaka.

7. MENGKAJI SEBAGAI ILMU SEMATA-MATA


Golongan ini suka mengkaji Al Quran dan Al Hadis atau As
Sunnah sebagai ilmu, bukan mereka beriman kepadanya. Bah-
kan mereka pun tidak minat menganut Islam. Pada mereka,
Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis itu hanya
sebagai bahan kajian. Setakat mengetahui ilmu untuk dibanding-
kan atau dijadikan perbandingan dengan agama atau ajaran-
ajaran ideologi yang lain.
Mereka ini ada yang belajar dengan tujuan untuk merosakkan
ajaran Islam itu dengan cara mengubah atau menambah, mem-
buang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta
huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil. Mereka juga
bertujuan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar

581
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mereka jangan menganut agama Islam. Mereka itu terdiri dari-


pada sebahagian orang Kristian dan sebahagian orang Yahudi,
juga golongan free thinker. Puak ini dipanggil golongan orien-
talis.
Mereka belajar dengan tujuan hendak merosakkan ajaran
Islam. Yang mereka harapkan sangat adalah agar umat Islam
dapat pendidikan Barat tetapi jahil dengan ajaran Islam. Dengan
usaha mereka itu telah ramai cerdik pandai di kalangan umat
Islam yang berpendidikan Barat, dapat dipengaruhi oleh mereka.
Mereka itu sebahagian besarnya berkuasa dan mempunyai kedu-
dukan yang tinggi di negara mereka. Sama ada di bidang politik,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Berdasarkan huraian ini, nyatalah bahawa tidak semestinya


seseorang yang mahir serta pakar Al Quran dan Al Hadis meng-
gambarkan peribadi Al Quran dan Al Hadis. Begitu juga ada
orang yang boleh berhujah dengan Al Quran dan Hadis, mampu
menulis hebat kertas kerjanya, pandai bercakap, hujah-hujahnya
cukup kuat kerana berlandaskan Al Quran, Al Hadis dan As
Sunnah. Walaupun demikian, tidak semestinya kehidupannya,
rumah tangganya, sikap dan akhlaknya, pergaulannya, per-
juangannya dan cita-citanya mencerminkan Al Quran dan As
Sunnah.
Bahkan zaman sekarang ini berdasarkan penglihatan saya
yang telah menjelajah dunia, khususnya di negara-negara umat
Islam, kebanyakan mereka yang pakar Al Quran dan As Sunnah
lebih bermotifkan mental exercise dan glamour daripada menga-
malkan dan memperjuangkannya.
Lantaran itulah orang ramai tidak pula ingin hendak men-
jadikan mereka itu ikutan. Orang ramai sekadar rasa kagum
dengan ilmu mereka kerana pandai dan mahirnya mereka mem-
bawa nas-nas Al Quran dan mendatangkan Hadis dengan sanad-
sanad serta perawi-perawinya sekali.

582
UMUM

SAJAK

Sajak 1
Berlindung daripada Ilmu yang Tidak Diamalkan

Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu


yang tidak diamalkan
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan, ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan
Tuhan aku memohon kepada-Mu
janganlah ilmu itu menjadi beban
Di Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi
mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu bertambah ilmu,
bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak
Biarlah usahaku ini selamat menyelamatkan
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu
daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan aku berlindung dengan-Mu
jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak mengamalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu, bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu, bertambah ibadah dan amalan
Tuhan! Jadikanlah ilmuku mensyafaatkan aku di Akhirat kelak
Bukan melaknatku
Ya Allah! Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri
dan orang lain
Boleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orang

583
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Mampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang


Seterusnya jadikanlah ilmu ini
sentiasa memberi manfaat dan syafaat

Selepas Isyak
03 – 09 – 1999

Sajak 2
Marilah Kita Beramal

Marilah kita mengkota Islam


Kerana sudah banyak kita berkata
Marilah kita beramal
Lantaran sudah banyak mengenal
Marilah kita berbuat
Berkata sudah banyak
Marilah kita melaksanakan
Saranan telah merata
Marilah kita membina keperluannya
Sudah selalu diperkata
Marilah kita bertindak
Huraiannya telah banyak
Sampai bila Islam ini hendak diperkata
Sedangkan dikotakan sedikit sahaja
Apakah Islam sekadar program semasa
Bukan amal setiap masa?!
Cukupkah Islam itu untuk perayaan?
Bukan tuntutan amalan dan perlaksanaan?
Islam bukan untuk slogan-slogan, tapi tindakan
Bila lagi Islam hendak bersifat diri bukan tersendiri
Marilah kita jadikan Islam tabiat diri
Sebagai ilmu sudah lama kita ketahui
Agar kita membawanya ke mana-mana kita pergi

Selepas Asar
16 – 05 – 1997

584
UMUM

6
PERANAN ILMU
DALAM ISLAM

T
elah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, tidak kira
apa kaum atau bangsa, suka kepada ilmu. Justeru itulah
setiap orang berlumba-lumba menuntut dan mencari ilmu
di dalam berbagai-bagai bidang. Pada umat Islam pula ia dido-
rong lagi oleh ajaran agamanya. Sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: “... supaya Allah meninggikan darjat orang


yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu
pengetahuan, beberapa darjat.” (Al Mujadalah: 11)
Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap


muslimin dan muslimat.”
Sabda baginda lagi:
Maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu atas orang
yang abid seperti kelebihanku atas orang yang terendah dari
umatku.” (Riwayat At Tarmizi)

585
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu atas orang


yang abid ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.”
(Riwayat Abu Daud)
Dalam Islam, menuntut ilmu itu adalah wajib, ada yang far-
dhu ain, ada yang fardhu kifayah. Manusia suka menuntut ilmu
itu kerana memandangkan peranan ilmu itu di dalam kehidupan
sangat memberi faedah-faedah dan memberi kesan, antaranya:
1. Orang yang bodoh susah berhadapan dengan kehidupan
yang bersimpang-siur dan pancarobanya, maka perlulah
ilmu untuk berhadapan dengannya.
2. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di
dalam bidang ekonomi.
3. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di
dalam bidang pembangunan.
4. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di
dalam bidang perhubungan.
5. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di
dalam bidang ketenteraan dan persenjataan.
6. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di
dalam berbagai-bagai bidang yang lain.
7. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh memberi
makan otak dan jiwa.
8. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh menjadi
kawan di waktu ketika apa dan suasana apa sekalipun.
9. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh membawa
kehidupan yang mudah dan senang.
10. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa boleh me-
nguasai orang atau kaum dan bangsa-bangsa yang bodoh.
11. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia dihormati dan
disegani orang.
12. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah membuat
kerja yang susah dan mencabar.

586
UMUM

13. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah mendapat


kejayaan dunia dan Akhirat.
14. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa dia memim-
pin orang yang bodoh.
15. Dengan ilmu pengetahuan jarang orang menjadi miskin.
16. Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat harta
dan kekayaan.
17. Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat kuasa.

Walaupun telah menjadi fitrah manusia suka dengan ilmu


pengetahuan dan berusaha mencarinya, namun tidak semua
orang dapat memiliki ilmu yang banyak dan tinggi. Di antara
sebabnya adalah seperti berikut:
1. Kerana seseorang itu Allah Taala telah takdirkan lemah akal
fikirannya. Dengan sebab itu dia tidak mampu menimba
ilmu yang banyak.
2. Mungkin seseorang itu tidak dapat peluang belajar dengan
cukup kerana kemiskinan dan kesusahan hidup.
3. Kerana tidak ada peluang-peluang kemudahan untuk men-
dapatkan ilmu pengetahuan yang tinggi seperti tempat be-
lajar jauh.
4. Kerana ditakdirkan oleh Allah Taala selalu sakit atau keca-
catan anggota maka tidak membolehkan cergas menuntut
ilmu.
5. Kerana seseorang itu cepat berkahwin maka terhalanglah
untuk mendapat ilmu yang banyak.
6. Kerana seseorang itu atau sesuatu kaum atau bangsa itu
tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan
atau malas menuntut ilmu.

Di antara sumber-sumber ilmu ialah:


1. Melalui belajar dan membaca, membuat kajian.
2. Melalui pengalaman.
3. Bagi rasul atau nabi melalui wahyu.
4. Bagi orang yang bertaqwa, melalui ilham.

587
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Orang yang menuntut dan mencari ilmu ada beberapa


golongan pula. Di antaranya seperti disenaraikan di bawah:
1. Menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Dia
seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Inilah golongan
orang yang mencari ilmu kerana ilmu semata-mata atau
golongan mabuk ilmu.
2. Orang yang mencari ilmu kerana inginkan kekayaan dan
harta dunia. Dengan ilmu yang banyak dan tinggi, boleh
menjawat jawatan yang tinggi dan dapat gaji besar. Dengan
ilmu juga ada orang boleh pandai berniaga. Dengan ber-
niaga, boleh mendapat kekayaan dan harta. Inilah golongan
menggunakan ilmu untuk mendapat kekayaan.
3. Ada orang mencari ilmu kerana ingin menjadi pemimpin.
Seseorang yang hendak menjadi pemimpin mesti ada ilmu.
Kalau tidak, sudah tentu tidak boleh memimpin orang. Atas
sebab ini, ada golongan memburu ilmu. Inilah golongan
yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
4. Ada setengah golongan pula bersungguh-sungguh mencari
ilmu kerana ingin nama dan glamour. Agar orang meng-
anggap dia golongan intelek. Moga-moga dia dihormati
orang dan moga-moga nama masyhur. Inilah golongan ahli
ilmu yang inginkan nama.
5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada
kebodohan dan kejahilan. Agar jangan orang memandang
hina. Jahil itu dipandang tidak baik. Maka mereka pun
belajarlah ilmu pengetahuan hingga menjadi orang yang
pandai. Inilah golongan ahli ilmu yang mendapatkan ilmu
agar tidak terhina.
6. Ada orang menuntut dan mencari ilmu kerana ingin mem-
bangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa
dan negara. Agar jangan bangsanya mundur dan terhina.
Inilah golongan ahli ilmu yang berfahaman nasionalisme.
7. Orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah Taala.
Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya

588
UMUM

boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah


Taala. Moga-moga dengan itu mendapat keredhaan Allah
Taala dan terselamat daripada kehinaan di dunia dan di
Akhirat. Golongan ini menggunakan ilmu untuk memba-
ngunkan ekonomi, ketenteraan, pertanian, bangunan, seko-
lah, pejabat, jalan raya dan lain-lain lagi. Ia adalah dengan
tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan sya-
riat, membesarkan syiar Tuhan dan mendaulatkan hukum-
hukum Tuhan. Justeru itu, di dalam membangun melalui
ilmunya, mereka sangat menjaga syariat, terlalu menjaga
halal dan haram, tidak lari daripada disiplin Islam hingga
seluruh usaha dan kemajuan yang dibangunkan menjadi
ibadah, menjadi amal soleh, dianggap jihad fisabilillah dan
diberi pahala yang besar oleh Allah Taala yang Maha Pe-
murah. Inilah golongan ahli ilmu yang bertaqwa.

Kita umat Islam, dalam menuntut dan mencari ilmu biarlah


menjadi golongan yang ketujuh itu, iaitu mencari ilmu kerana
Allah Taala. Kalau bukan kerana Allah Taala, termasuk orang
yang rugi. Kalaupun mendapat untung di dunia, namun rugi di
Akhirat kerana masuk Neraka. Wal‘iyazubillah.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan mak-
sud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk muja-
dalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambil
perhatian manusia, ia akan masuk Neraka.”
Sabda baginda lagi:
Maksudnya: “Barang siapa yang bertambah ilmunya
tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh
dari Allah.”

589
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Ilmu Penyuluh Hidup

Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!


Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya
Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri
Sabarnya adalah perisai hidupnya
Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya
Tawakalnya adalah harapan masa depannya
Bacaan Al Quran adalah hiburannya
dan bercakap-cakap dengan Tuhan
Juga perbualannya dengan Tuhan Pencipta manusia
Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya
Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba
Hamba adalah hina, lemah,
memerlukan pertolongan Tuhannya
Sembahyang adalah pembaharuan ikrar
dan membaharukan syahadah
Serta membersihkan jiwa dari mazmumah
Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah
Juga setengah daripada peranan mendirikan solat
Kalau begitu cuba gambarkan
orang yang tidak bersembahyang
Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah
Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya
Bagaimana tidak menderita dan terseksa
Mampukah menanggungnya?!

Lepas ekspedisi
28 – 09 – 1999

590
UMUM

Sajak 2
Berlindung dari Ilmu yang Tidak Bermanfaat

Marilah kita berlindung dengan Allah


daripada ilmu yang tidak memberi manfaat
Kerana ia akan menjadi beban di Akhirat
Bahkan ia akan melaknat
Sohibul ilmi masuk ke dalam Neraka
500 ratus lebih dahulu daripada penyembah berhala
Ilmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana Allah
Bila diperolehinya hanya untuk mujadalah dan bermegah-megah
Untuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan,
bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyak
Mementingkan kertas kerja jadi budaya,
kemudian mesti diberi upah
Setiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannya
Kalau tidak, ilmu tidak akan disampaikan
Makin bertambah ilmu, makin nampak bongkak
dan sombongnya
Dan terasa ‘orang luar biasa’ dengan ilmunya
Jika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinya
Bila berbincang dia sahaja mahu menang
Kalau kebenaran itu datang daripada orang lain,
susah mahu menerimanya
Gambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinya
Peribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnya
Orang ini tidak akan bergaul
dengan orang yang dipandang rendah
Kecuali keadaan memaksanya
Inilah dia ulama suk yang disabdakan oleh Rasulullah
Kita disuruh jauhi mereka
Bahkan disuruh takut lebih daripada seekor singa yang galak
Kerana ia akan melalaikan, boleh jadi menyesatkan

Selepas Zuhur
15 – 09 – 1999

591
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

7
KEKUATAN ILMU ISLAM

D
i dalam kitab suci Al Quran, banyak kita temui ayat-
ayat yang maksudnya berbunyi:
“Mengapa kamu tidak menggunakan akal.”
“Mengapa kamu tidak berfikir.”
“Mengapa mereka tidak mengambil perhatian (penga-
jaran).”
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Hendaklah kamu berjalan di atas muka


bumi kemudian maka kamu lihatlah betapa kesudahan
mereka yang berdusta.” (Al An’am: 11)
Dalam mencari ilmu dan pengalaman, umat Islam ada dua
dorongan iaitu dorongan fitrah dan dorongan imannya. Ke-
insafan dan kesedaran juga merupakan dorongan. Pada orang
lain hanya ada satu dorongan. Kalau ibarat kereta, orang yang
bukan Islam ada satu enjin, orang Islam keretanya ada dua enjin.
Sudah tentu kereta dua enjin lebih laju daripada kereta yang
enjin satu.

592
UMUM

Lantaran itulah umat Islam di zaman imannya kuat dan


ketaqwaannya tebal iaitu di zaman Rasulullah SAW, zaman
Sahabat, zaman Tabiin dan zaman Tabi‘it Tabiin, mereka sangat
cepat menguasai ilmu dan pengalaman dibandingkan bangsa-
bangsa lain sebelum kedatangan Islam seperti Rom, Parsi dan
juga bangsa China. Umat Islam dapat menguasai ilmu dalam
masa yang singkat kerana ada dua dorongan seperti yang telah
disebutkan tadi. Akhirnya umat Islam menguasai politik dunia
dan ilmu pengetahuan. Mereka menjadi guru kepada bangsa-
bangsa di dunia. Mereka dikagumi dan dihormati bahkan disa-
yangi kerana mereka membawa bersama akhlak mulia yang di-
pimpin oleh wahyu.
Mula-mula umat Islam menumpukan sepenuh masa meng-
kaji ilmu wahyu (Al Quran dan Sunnah). Ilmu wahyu inilah se-
bagai asas ilmu kepada umat Islam kerana ilmu wahyu merupa-
kan ilmu dunia Akhirat kepada umat Islam. Mereka menghafal,
menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan. Mereka
berlumba-lumba mengembangkan dan menyampaikan kepada
kaum-kaum dan bangsa-bangsa di dunia di waktu itu.
Setelah benar-benar matang dan mantap ilmu wahyu itu serta
telah tersebar luas, maka umat Islam pun meneroka ilmu-ilmu
di luar Islam. Bermula di zaman kerajaan Abbasiah, mereka
menterjemahkan kitab-kitab orang Rom, bangsa Yunani, Parsi
dan lain-lain lagi. Mereka mengkaji, menilai, menyaring dan
memperluaskan mana-mana yang tidak bercanggah dengan
ajaran Islam. Mereka jadikan ilmu itu hak milik mereka sehingga
ia jadi satu cabang daripada ilmu Islam seperti ilmu mantik.
Maka lahirlah ahli-ahli falsafah Islam, ahli-ahli perubatan, ahli
kimia, ahli geografi, ahli falak, ahli sejarah, ahli sains dan lain-
lain lagi.
Akhirnya ilmu umat Islam menggabungkan ilmu wahyu
dengan ilmu akal. Ilmu nakli bergabung dengan ilmu akli. Maka
bertambah luaslah lagi ilmu umat Islam. Ilmu wahyu atau nakli
membangunkan jiwa mereka. Ilmu akli membangunkan akal
dan material mereka. Lahirlah tamadun lahir dan tamadun batin

593
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

atau tamadun dunia dan tamadun Akhirat. Juga disebut tama-


dun material dan tamadun spiritual atau rohani. Tamadun
kebendaan dan tamadun akhlak atau tamadun ekonomi dan
tamadun budi pekerti. Bergabunglah kebaikan dunia dengan
kebaikan Akhirat. Sesuai dengan doa yang diajarkan oleh Allah
yang Maha Agung melalui firman Allah dalam Al Quran:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan


di dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari
azab Neraka.” (Al Baqarah: 201)
Waktu itu keperluan-keperluan kehidupan mereka mewah,
ibadah mereka mewah dan budi pekerti mereka juga mewah.
Mereka sangat mewah dengan sifat-sifat pemurah, timbang rasa,
bertolak ansur, malu, sopan santun, merendah diri, bekerjasama,
bertolong bantu, mengutamakan orang lain, ziarah-menziarahi,
nasihat-menasihati, memberi dan menerima serta hormat-
menghormati.

594
UMUM

SAJAK

Sajak 1
Ilmu Melahirkan Tamadun

Ilmu pengetahuan perlu dicari


Jangan diabaikan dan dicuaikan
Setelah dapat, perlu diamalkan
Ia akan melahirkan kemajuan
Ilmu tauhid, ilmu pembangunan
Dua ilmu ini kenalah gabungkan
Agar pembangunan bertunjangkan iman
Itulah yang disuruh oleh Tuhan
Ilmu adalah harta
Lebih baik daripada wang
Dengan ilmu mendapatkan harta
Tapi harta tidak mendapatkan ilmu
Tiada ilmu tiada kemajuan
Bagaimana hendak membangunkan bangsa
Ada ilmu ada kemajuan
Dengan ilmu boleh jadi bangsa maju
Kemajuan perlu dibangunkan
Pembangunan perlu ada ilmu
Satu bangsa tiada kemajuan,
selamanya jadi bangsa terhina

Sajak 2
Kehebatan Ilmu Orang Bertaqwa

Ramai orang boleh jadi pandai hasil membaca dan belajar


Berbagai-bagai ilmu dia boleh memperolehinya
hasil membaca dan belajar tanpa jemu-jemunya

595
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tapi jarang orang yang cerdik dan pintar


Cerdik dan pintar adalah kekuatan IQ semula jadi
serta selalu akalnya dibawa berfikir dan berfikir
dan memproses ilmu yang diperolehinya
Gabungan pandai dan cerdik ia akan jadi genius
Orang yang pintar orang yang luar biasa namanya
Genius ini orang Islam boleh dapat
orang bukan Islam pun boleh memperolehinya
Di atas genius hanya boleh didapati dan diperolehi
oleh orang yang bertaqwa sahaja
Saya pun tidak tahu apakah istilah
yang patut diberikan kepadanya?
Kalau para-para Rasul kerana terlalu pandai
dan cerdiknya dipanggil fathonah
Selain Rasul tidak boleh disifatkan dengan fathonah
kerana ia khususiah bagi mereka
Sementara mencari istilah orang yang bertaqwa
bolehlah disifatkan di atas genius
dan di bawah fathonah
Orang bertaqwa itu gabungan cerdik dan pintar
serta pandai ia ditunjangi oleh rohnya yang bersih
yang diberi ilham oleh Tuhan
Dia dapat ilmu di dalam ilmu,
ilmu yang tersirat diberi faham,
natijahnya dapat ilmu hikmah
Tuhan berkata sesiapa dapat ilmu hikmah
sesungguhnya mendapat ilmu yang banyak
Sesiapa yang bertaqwa dia diajar oleh Tuhannya
Ilmunya ada yang tersurat
ada yang tersirat diperolehinya
Dia direzekikan ilmu yang halus dan seni-seni
Orang lain tidak dapat menerokanya,
dia dapat menyelaminya
Kerana dia dapat ilmu tambahan dari Tuhan
selain ilmu usaha (kasbi) dari titik peluhnya
Orang yang cerdik dan pandai

596
UMUM

kalau tidak dipimpin oleh hatinya yang bersih,


selalunya tersalah berfikir
dan tersasar pandangannya
Adakalanya hingga fikirannya tersesat jalan
menuju Tuhannya
Perlu diingat orang yang sibuk membersihkan hatinya
tapi lupa mengasah akal fikirannya
dia jadi beku dan pasif
Orangnya baik, tinggi akhlaknya,
tapi orang tidak rujuk kepadanya,
kecuali sekitar fardhu ain dan hukum-hakam sahaja
Untuk ilmu seluruh kehidupan atau global
dia tidak mampu menjawabnya
Dia selamat tapi tidak dapat menyelamatkan orang lain
Kalau dia ulama, dia hanya ulama yang berwatak nabi
Ilmunya di dalam ilmu, atau ilmu yang tersirat
atau ilmu hikmah sudah lama hilang
di kalangan umat Islam

Waktu Dhuha
03 – 03 – 2004

597
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8
HIKMAH SEBAB ATAU WASILAH

A
llah Taala mempunyai kuasa yang luar biasa dan mutlak.
Kuasa (Kudrat) Allah tidak terbatas dan tidak dibataskan.
Allah yang bersifat Kudrat boleh melakukan apa sahaja
dan boleh mentiadakan apa sahaja. Dia boleh mengadakan atau
mentiadakan tanpa perantaraan, tanpa sebab atau tanpa meng-
gunakan sebarang wasilah. Jika Allah berkata, “Jadilah”, terus
jadi. Jika Allah berkata, “Binasalah”, terus binasa.
Begitulah hebatnya Allah yang bersifat Kudrat atau Maha
berkuasa. Allah boleh melakukan apa sahaja tanpa dibantu seba-
rang perantaraan atau wasilah. Sebut sahaja “Kun,” - fayakun
(“Jadilah,” - terus jadi).
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya


apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia
berfirman kepada benda itu: “Jadilah!” Maka ia terus
terjadi.” (Yaasin: 82)
Walaupun begitu, kebanyakan perkara sama ada yang lahir
mahupun yang ghaib terjadi dengan bersebab, berperantara atau
menggunakan wasilah. Allah Taala lakukan itu semua dengan

598
UMUM

kehendak-Nya. Firman Allah SWT dalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah memberi kepa-


danya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepa-
danya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diper-
lukannya.” (Al Kahfi: 84)
Di antara contoh perkara ghaib yang menggunakan wasilah
adalah:
1. Untuk mencabut nyawa segala yang bernyawa, diperintah-
kan malaikat Izrail melakukannya.
2. Untuk menulis kebaikan dan kejahatan, malaikat yang di
kiri kanan manusia merekodkannya atau merakamkannya
iaitu malaikat Raqib dan Atid.
3. Mengagih-agihkan rezeki kepada makhluk-Nya adalah
kerja malaikat Mikail.
Begitulah seterusnya.

Perkara-perkara yang lahir pula adalah seperti:


1. Mendapatkan ilmu menggunakan akal dan diusahakan
belajar.
2. Hendak mendapat rezeki atau kekayaan kenalah berusaha
dan bekerja serta menggunakan akal.
3. Hendakkan anak kenalah berkahwin.
4. Ingin maju dan membangun, kenalah berjuang dan ber-
usaha.
5. Ingin sihat, jaga makan minum dan riadah selalu.
Begitulah seterusnya.

Kejadian yang berlaku tadi sama ada yang ghaib mahupun


yang lahir, Allah Taala lakukan dengan melalui wasilah atau
sebab. Walhal Allah boleh lakukan tanpa perantaraan malaikat

599
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

atau perantara akal dan usaha tadi. Allah Taala boleh lakukan
dengan hanya berkata, “Matilah!”, terus mati. “Pandailah!”, terus
pandai. “Kayalah!”, terus kaya. Begitulah seterusnya. Kiaskanlah
dengan yang lain-lain itu.
Mengapa Allah Taala dengan Kudrat-Nya atau dengan Ke-
mampuan-Nya tidak melakukan dengan cara berkata sahaja,
“Kun”, fayakun, “Jadilah”, terus jadi. Mengapa Allah menghen-
daki sesuatu menggunakan wasilah atau sebab. Kalau manusia
itu mahu berfikir dan mengkaji, sebenarnya banyak hikmah dan
pengajarannya mengapa Allah SWT lakukan dengan wasilah
atau bersebab. Di antaranya:
1. Supaya manusia terasa kebesaran Zat Tuhan yang berkuasa.
Melalui wasilah dan sebab itu, bukan sahaja makhluk yang
bernyawa boleh menerima dan patuh kepada perintah-Nya
bahkan makhluk yang tidak bernyawa pun boleh menerima
perintah-Nya. Seperti angin dan awan, patuh kepada perin-
tah Allah untuk membawa dan menurunkan hujan.
2. Nampak kehebatan kerajaan Allah dan pentadbiran-Nya
bilamana petugas-petugas dan pegawai-pegawai-Nya ter-
lalu banyak. Ada yang ghaib dan ada yang nyata. Ada yang
bernyawa ada yang tidak. Ada yang berakal, ada yang tidak
berakal. Semuanya boleh patuh dengan perintah dan su-
ruhan-Nya. Membuat kerja Tuhan tanpa bangkang. Tidak
seperti di dalam kerajaan manusia.
3. Untuk menggalakkan manusia berjuang, berusaha dan
bekerja sebagai melahirkan wasilah dan sebab agar mereka
dapat membuat kemajuan dunia dan Akhirat demi kepen-
tingan mereka. Juga agar dapat dirasakan betapa tenaga
manusia itu dapat dimanfaatkan.
4. Supaya hamba-hamba-Nya, melalui sebab itu, dapat me-
luaskan syariat Islam yang lebih global dan menyeluruh
melalui usaha dan perjuangan. Agar syariat yang menye-
luruh dan global di dalam kehidupan manusia menjadi
budaya hidup mereka. Maka dengan itu nampak kebesaran

600
UMUM

syiar Tuhan itu serta bertambahnya luas kehidupan di dunia


ini.
5. Dengan melahirkan sebab dan wasilah seperti berusaha dan
berjuang maka hamba-hamba-Nya berhadapan dengan
berbagai kesusahan dan kepayahan maka di sinilah mereka
memperolehi pahala yang besar dari Allah SWT.
6. Dengan adanya usaha sebagai sebab atau wasilah untuk ma-
nusia membangunkan kehidupan mereka dengan ber-
landaskan syariat-Nya, sudah tentu mereka berhadapan
dengan berbagai-bagai ujian. Di sinilah mereka memper-
olehi pula penghapusan dosa atau darjat dan pangkat di
dalam Syurga dengan rahmat Allah SWT.
7. Kerana Allah hendak menguji hamba-hamba-Nya apakah
hamba-hamba-Nya boleh taat dan patuh di atas perintah-
Nya agar mereka berjuang dan berusaha. Berjuang dan
berusaha itu yang dikatakan sebab dan wasilah. Melahirkan
sebab dan wasilah adalah diperintah.
8. Agar manusia itu tidak jadi beku dan jumud. Apabila dipe-
rintahkan berusaha dan berjuang sebagai sebab dan wasilah,
manusia akan belajar. Mereka akan mencari pengalaman,
berfikir, mencuba dan mengkaji. Dengan itu manusia akan
menjadi orang yang mempunyai ilmu dan pengalaman serta
bertamadun. Ianya sangat memberi faedah kepada manusia
itu sendiri.
9. Di dalam berusaha dan berjuang sudah tentu manusia itu
akan berhadapan dengan cabaran. Akan menempuh kesu-
sahan dan kepayahan. Letih, lesu dan adakalanya menerima
kegagalan. Di sinilah manusia itu akan terasa lemah dan
terasa tiada kuasa. Lahirlah rasa kehambaan yang inginkan
bantuan dan mengharapkan pertolongan dari Allah yang
Maha Kuasa lagi Maha Pemurah. Dengan itu sifat sombong
dan bangga diri akan hilang.
10. Apabila manusia berjuang, berusaha, berikhtiar sebagai
wasilah, mereka akan mewujudkan keperluan-keperluan

601
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan kepentingan hidup mereka di dalam berbagai-bagai


aspek dan bidang. Oleh kerana keperluan-keperluan manu-
sia itu amat banyak maka lahirlah berbagai-bagai kemajuan
di dalam berbagai-bagai aspek. Ini merupakan nikmat dan
rahmat daripada Allah SWT. Di sini manusia itu akan terasa
pemberian dan anugerah dari Allah. Maka mereka akan ber-
syukur dan mereka dapat pula pahala syukur.
11. Dengan sebab dan wasilah itu, Allah Taala hendak menguji
manusia. Apakah nanti manusia itu terpesona dan terpenga-
ruh dengan nikmat-nikmat yang dilahirkan daripada sebab-
sebab atau wasilah yang mereka lakukan atau mereka ber-
tambah yakin dan terasa kebesaran Allah serta pemberian-
Nya sehingga mereka boleh bersyukur kepada Allah SWT.

Setelah kita mengkaji dan menganalisa hikmah mengapa


Allah melakukan sesuatu kewujudan itu dengan perantaraan
sebab atau wasilah, rupa-rupanya ia mengandungi hikmah dan
pengajaran yang amat banyak. Sebahagiannya seperti apa yang
telah disebutkan sebelum ini.
Jika seseorang itu dapat memahami dan menghayati bahawa
sebab-sebab dan wasilah-wasilah itu mengandungi hikmah yang
besar, ia akan membentuk sikap dan peribadinya. Cuma tidak
ramai orang yang boleh berbuat demikian dan menghayatinya.
Bahkan kebanyakan orang dengan sebab-sebab dan wasilah-
wasilah itu mereka jadi terhijab dengan Tuhan. Hingga dengan
itu tidak nampak lagi kebesaran, kuasa (Kudrat) dan nikmat
daripada Allah SWT. Yang mereka nampak ialah usaha mereka,
kemampuan mereka, akal dan kepandaian mereka, perjuangan
mereka, kegigihan mereka dan kesungguhan mereka.
Justeru itu timbul rasa sombong, angkuh, keakuan, terasa diri
hebat, kagum dengan diri sendiri dan terasa kelebihan diri.
Walaupun tidak mengaku Tuhan tetapi mereka melihatkan sikap
seolah-olah menpertuhankan diri. Maka jatuhlah kepada syirik
khafi kerana mereka merasakan seolah-olah sebab dan wasilah
itu yang memberi bekas.

602
UMUM

Sebab atau wasilah itu ada beberapa kategori:


1. Sebab atau wasilah yang ghaib. Contohnya seperti malaikat
menurunkan wahyu atau ilham. Malaikatul maut mengam-
bil nyawa. Raqib dan Atid yang berada di sebelah kanan
kiri manusia, menulis kebaikan dan kejahatan manusia.
Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Mungkar dan Nakir
yang menyoal manusia di dalam kubur dan lain-lain lagi.
2. Yang bersifat maknawi. Contohnya seperti keberadaan
seseorang yang soleh atau bertaqwa di suatu tempat, dengan
berkatnya Allah selamatkan tempat itu atau kampung itu
daripada bala bencana atau orang itu sendiri dan orang
kampung dimurahkan rezeki.
3. Sebab-sebab atau wasilah yang zahir, nyata atau hissi. Con-
tohnya seperti berusaha berniaga, berusaha bertani, rajin
belajar, berjuang dan lain-lain.
4. Yang bersifat rohaniah. Contohnya seperti doa seseorang,
rintihan hati seseorang dan baik sangka seseorang dengan
Allah Taala. Amalan-amalan yang tertentu yang Allah
berkati menjadi sebab untuk seseorang itu selamat. Ketaq-
waan seseorang menjadi sebab mendapat rezeki, terlepas
daripada kesusahan atau terhindar daripada bala bencana.

603
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Fahamilah Perbuatan Tuhan

Jagalah perhubungan baik engkau dengan Tuhan


Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau
Sangka baiklah kepada Tuhan
mengenai rezeki engkau
Tuhan adalah penjamin rezeki engkau
Bertawakallah kepada-Nya
dan yakinlah kepada-Nya
hati engkau akan tenang
Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu
tentang keperluan-keperluan engkau
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,
ada mengandungi pelajaran
Redhalah menerimanya,
walaupun engkau tidak faham,
lambat laun Allah akan memberi faham
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau
Agar engkau tidak salah faham
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan
akan merosakkan engkau
Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau
mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan
Di waktu-waktu tertentu
engkau dimiskinkan oleh Tuhan
Mesti ada mengandungi pendidikan
Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau
Berhati-hatilah menerimanya
Jangan sampai salah terima

604
UMUM

Engkau tidak beradab dengan Tuhan


Patutkah kita tidak beradab
dengan Zat yang Maha Suci
Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana
Daripada sebarang kesalahan dan kesilapan?!
Berhati-hatilah dengan Tuhan!
Jangan sampai kita
tidak bersopan dengan-Nya

Menjelang tidur
12 – 09 – 1999

Sajak 2
Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan

Manusia sudah salah berfikir


Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya
Kerana sudah tidak terasa lagi
Tuhan berperanan di dalam kehidupannya
Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka
Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan
di dalam usaha mereka
Kerana itulah jika berjaya,
mereka megah dan bangga
Kalau gagal, mereka kecewa
Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan
Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka
Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan
di dalam urusan mereka
Walaupun mereka percaya kepada Tuhan
Namun pada mereka Tuhan
seolah-olah tidak ada peranan
Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan
Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada

605
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja


Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka
Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka
Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan
Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka
Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan
Jika tidak berjaya mereka kecewa
Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan
Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini
Tuhan kepada mereka seolah-olah
tidak ada campur tangan
dengan kehidupan mereka
Sungguh rosak akidah manusia

Menjelang tidur
08 – 12 – 1999

606
UMUM

9
FAHAM SEKULAR
(SEKULARISME)

H
ari ini faham sekular telah lumrah menjadi amalan majoriti
penduduk dunia. Selain itu ia juga telah menjadi perba-
hasan dan perbincangan serta polemik yang hangat di
kalangan cerdik pandai, ahli ilmu dan terutamanya oleh ahli-
ahli politik.
Bahkan mereka ini, satu sama lain tuduh-menuduh, seperti
mereka mengatakan:
“Mereka itu golongan sekular.”
“Mereka itu berfikiran sekular.”
“Faham mereka masih terpengaruh dengan faham sekular.”
Mereka yang kena tuduh, menuduh pula orang yang menu-
duh mereka, juga berfaham atau berfikiran sekular. Mereka
memberi hujah-hujah dan alasan-alasan, dengan teori-teori yang
berjela-jela, istilah-istilah dan bahasa-bahasa yang tinggi, yang
jarang didengar oleh orang awam sehingga orang awam tidak
dapat memahaminya.
Bagi orang yang faham dan arif tentang erti sekular, apa yang
dibahaskan oleh sesetengah golongan intelek tentang erti sekular
itu, walaupun dengan hujah-hujah dan huraian-huraian yang
panjang lebar, penjelasannya masih lagi kabur. Adakalanya
hujah-hujah dan huraian-huraian yang berjela-jela tentang erti

607
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sekular serta memperkatakan siapa sebenar yang berfaham


sekular, makin menampakkan dan memperlihatkan bahawa
sebenarnya orang yang berkata itulah penganut faham sekular.
Sama ada dia sedar atau tidak, secara langsung mahupun tidak.
Untuk memahami faham sekular atau sebaliknya, bukan
boleh diakal-akalkan, diandai-andaikan atau menggunakan
fikiran semata-mata. Untuk memahami erti sekular, ia ada
hubungkait dengan sejauh mana kita dapat memahami Islam
itu sendiri. Allah Taala yang menentukan sama ada seseorang
atau satu golongan itu berfaham sekular atau sebaliknya. Ia
ditentukan oleh ajaran Islam, melalui Al Quran dan Hadis. Bukan
akal yang mentakrifkannya.
Walau bagaimana bijak sekalipun seseorang itu, dia tidak
boleh memandai-mandai menghurai melainkan huraian itu
merujuk kepada apa yang dikehendaki oleh Islam atau oleh Al
Quran dan As Sunnah.
Sebagai seorang muslim, apabila berhadapan dengan perba-
hasan, perbincangan serta polemik-polemik mengenai isu ini,
saya rasa bertanggungjawab dan rasa terpanggil untuk ikut serta
memperkatakan tajuk ini. Walaupun saya bukan ahli ilmu atau
daripada golongan ulama mengikut istilah zaman sekarang dan
saya tidak mempunyai apa-apa kelulusan sama ada di bidang
akademik atau agama namun bukan satu kesalahan pula jika
saya ikut serta memperkatakan dan memperbincangkan tajuk
atau isu ini. Mana tahu, walaupun saya seorang yang sangat
kerdil, kalau dengan izin Allah Taala saya dapat memperkatakan
kebenaran di dalam soal ini.
Kalaupun golongan intelek dan para ulama tidak boleh me-
nerima pandangan saya, manalah tahu kalau ada orang setaraf
saya atau di bawah kemampuan saya yang boleh menerimanya.
Lebih-lebih lagi cara huraian dan olahan yang saya sampaikan
tidak membawa istilah-istilah yang berat, bahasa-bahasa yang
tinggi atau huraian-huraian yang terlalu falsafah. Sudah tentu
orang awam mudah memahaminya.
Moga-moga apa yang saya tulis ini dipimpin dan dibantu

608
UMUM

oleh Allah Taala dan dipermudahkan huraiannya hingga semua


golongan masyarakat dapat memahaminya.

ERTI SEKULAR ATAU SEKULARISME


Saya tidak perlu membahas dan memperkatakan tentang erti
perkataan sekular ini dari sudut sejarah, siapakah tokoh yang
menuturkannya lebih dahulu, di zaman bila dan mengapa tim-
bul perkataan ini kerana itu semua tidak penting bagi kita.
Apa yang penting bagi kita, sebagai pegangan dan panduan
agar kita tidak terjebak oleh faham sekular atau sekularisme ini
ialah pengertian sekular itu sendiri mengikut pandangan Islam.
Oleh itu perbahasan secara falsafah serta merujuk kepada sejarah
dan tokoh-tokoh yang memperkatakan perkataan itu, tidak perlu
kita bawa di sini. Ditakuti artikel ini terlalu panjang. Jadi kita
hanya ambil yang perlunya sahaja untuk menjadi pegangan kita
bersama. Agar di dalam kehidupan kita, walaupun di dalam
bidang apa pun, kita tidak terjebak atau menempuh jalan sekular
ini.
Sekarang marilah kita menghurai faham sekular ini mengikut
pandangan Islam.
Faham sekular ialah mengendalikan urusan kehidupan di
dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan
dengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Ter-
pisah ini tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pen-
didikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lain
lagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekular itu ialah faham
keduniaan semata-mata. Ia tidak ada sangkut paut dengan
Akhirat.
Ertinya, bagi orang yang berfaham sekular, hidup di dunia
ini hanya habis di dunia. Kalau untung pun hanya berlaku di
dunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama ada susah
atau senang, hanya di dunia. Ia tidak akan dipersoalkan lagi di
Akhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini kerana
kehidupan itu hanya di dunia semata-mata.

609
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di dalam faham sekular, syariat tidak diambil kira. Syariat


tidak ada tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangan
di dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian manusia
boleh buat apa sahaja. Yang penting mendapat untung. Yang
diperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang mustahak
mendapat kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun.
Walau terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram jangan
difikirkan. Pantang larang jangan diambil kira.
Mengikut fahaman sekular, dunia bukan jambatan untuk
Akhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yang
berlaku di dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidak
timbul soal dosa dan pahala dalam faham sekular. Tidak ada
kehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan di
Akhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, tetapi acuh
tidak acuh. Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan atau tiada.
Bahkan sesetengah orang tidak senang dengan kehidupan
Akhirat. Sebut sahaja Akhirat, hati benci, mulut mencemik.
Orang yang menyebut Akhirat dirasakan kolot dan sudah
ketinggalan zaman.

GOLONGAN-GOLONGAN SEKULAR

Setelah kita menghurai dan membahaskan erti faham sekular


atau sekularisme maka di sini kita faham bahawa mereka yang
berfaham sekular itu boleh dibahagi kepada beberapa kategori.
Di antaranya seperti berikut:
1. Golongan yang berfaham sekular sejati (pure)
Golongan yang tidak percaya langsung adanya Tuhan dan
adanya kehidupan Hari Akhirat. Agama dianggap candu
kepada manusia. Ia adalah bikinan manusia. Wujudnya
alam ini adalah secara nature atau semula jadi. Orang atau
golongan yang berpegang dengan faham ini adalah orang
yang berfaham komunis, atheis atau free thinker. Golongan
ini adalah orang yang berfahaman sekular yang sejati atau
yang pure.

610
UMUM

2. Golongan orang-orang yang berfaham sekular yang ter-


sesat
Golongan orang-orang kafir yang percaya dengan Tuhan,
dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama tetapi ti-
dak kenal Tuhan. Keyakinannya dengan hari Akhirat tidak
tepat. Agamanya tersesat. Kehidupan dunianya terpisah
dari agama. Dalam urusan kehidupan di dunianya, seolah-
olah Tuhan tidak campur tangan. Inilah golongan faham
sekular yang tersesat.
3. Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujud-
nya Tuhan
Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujudnya
Tuhan dan pengenalannya tentang Tuhan tepat. Percaya
dengan hari Akhirat secara tepat. Namun Islamnya hanya
di sudut ibadah. Persoalan kehidupan seperti ekonomi,
politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain tidak boleh
dicampur aduk dengan Islam kerana kejahilan. Syariat Islam
tidak ada tempat di dalam kehidupan kecuali di sudut
ibadah sahaja. Selain ibadah, mereka boleh menerima apa
sahaja pandangan ideologi atau akal fikiran. Itulah golongan
sekular disebabkan fasik.
4. Golongan sekular disebabkan zalim
Orang Islam seperti golongan ketiga tadi tetapi yakin
bahawa Islam itu adalah agama yang syumul. Ia adalah aga-
ma seluruh kehidupan. Islam adalah agama ibadah, agama
politik, agama pentadbiran, agama ekonomi, agama pen-
didikan tetapi mungkin kerana takut dengan golongan-
golongan tertentu, atau tidak sanggup menerima risiko yang
berat, kerana kepentingan peribadi atau kerana malu dan
takut dituduh kolot maka berlakulah syariat Islam diting-
galkan melainkan di sudut ibadah. Di aspek-aspek kehi-
dupan yang lain, syariat Islam tidak menjadi disiplin dan
peraturan. Inilah golongan sekular disebabkan zalim.
5. Golongan sekular yang tertukar nawaitu
Orang Islam yang mengerjakan ibadah, berjuang, ber-

611
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubung


dan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukan
kerana Allah Taala. Semua itu dibuat kerana riyak, ujub,
nama, glamour, pangkat, wang ringgit, sama ada disedari
atau tidak. Oleh kerana itu pahalanya tidak sampai di Akhi-
rat. Itulah golongan sekular disebabkan tertukar nawaitu
atau niatnya.
6. Golongan sekular yang disebabkan adanya unsur-unsur
sekular atau mementingkan dunia
Golongan yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabila
seseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariat
tetapi oleh kerana terlalu membesarkan kehidupan dunia
daripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup mengeluar-
kan zakat lalu menjadi bakhil. Dia tidak suka membuat
kebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka berse-
dekah, suka mengumpul harta sahaja dan menjadi tamak.
Itulah golongan sekular disebabkan adanya unsur-unsur
sekular atau mementingkan dunia.

Begitulah erti faham sekular atau sekularisme mengikut


pandangan Islam yang saya faham secara ringkas. Jadi faham
sekular ini hanya mementingkan dunia semata-mata. Percaya
dengan hari Akhirat tetapi tidak mengambil berat terhadap
Akhirat. Sengaja melupa-lupakan atau acuh tidak acuh dengan
Akhirat kerana hati telah terpaut dengan kehidupan dunia.
Apatah lagi kalau seseorang itu tidak percaya langsung dengan
hari Akhirat. Kehidupan itu hanya di dunia semata-mata. Lebih-
lebih lagilah orang itu berfaham sekular yang sejati atau orang
yang berfaham keduniaan yang benar-benar pure.
Oleh yang demikian di akhir zaman ini, majoriti penduduk
dunia ini berfaham sekular. Sama ada mereka berkeyakinan
bahawa kehidupan ini hanya habis di dunia atau yang masih
yakin dengan kehidupan di Akhirat tetapi dari segi hati dan
sikapnya, dia lebih mementingkan kehidupan di dunia dari
kehidupan Akhirat.

612
UMUM

Di sini jugalah bahawa umat Islam pun telah ramai yang


menganut faham ini. Kalau tidak berfaham sekular yang tulen
pun setidak-tidaknya tempias-tempiasnya telah menyerang
umat Islam. Di sinilah rahsianya mengapa umat Islam tidak
boleh bersatu. Hati umat Islam telah dirosakkan oleh faham
sekular atau faham sekularisme.
Sekianlah pandangan saya ini. Kalau ada kebenarannya,
maka ia adalah daripada Allah Taala yang Maha Mengetahui.
Kalau ada salah dan silapnya maka ia adalah daripada kelemah-
an saya sendiri sebagai seorang yang tidak mempunyai pelajaran
yang tinggi.

613
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Antara Penyair Sekular


dan Penyair Mukmin

Penyair-penyair sekular selalu memuja betina


Dicintai, dikagumi dan dikhayali di dalam hati
Bunga-bunga yang mekar yang indah di taman
ikut serta dipuja
Digambarkan dengan bahasa yang indah
untuk menyentuh rasa
Gelombang air laut yang menghempas
dan memulas dikagumi
Digambarkan di dalam tulisan
untuk mempesona manusia
Begitulah seterusnya memuja-muja benda
dan benda yang berbagai-bagai jenisnya
Berfikir dan berkhayal yang tidak ada matlamat
dan tujuannya
Berlainan sekali dengan penyair-penyair mukmin
yang sejati
Di dalam syair-syairnya
Tuhanlah yang dipuja dan dicintai
Diagungkan dan dibesarkan
serta diingati di dalam hati
Tuhan adalah pemimpin dan idolanya
yang ditakuti dan dirindui
Setiap keindahan yang dilihat
dan setiap perkara yang digeruni
Terus teringat Penciptanya
Betapa Qudrat, Iradah dan pentadbiran
dan bijaksana Tuhannya

614
UMUM

Setiap yang dilihat, Tuhan terus mengusik-usik hati


Berbagai-bagai perasaan yang datang silih berganti
Cinta, takut, syukur, sedih dan lain-lain lagi
Setiap yang dilihat menebalkan iman
Berlainan sekali dengan penyair sekular
setiap yang dilihat terkorban imannya
Kerana itulah Allah Taala berkata melalui Al Quran:
“Penyair-penyair sekular macam orang tidak siuman
Bagaikan orang gila membawa hatinya
di lembah-lembah yang busuk dan kotor.”

Menjelang tidur
24 – 08 – 1999

615
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

10
PERKARA YANG MANUSIA TAHU
TAPI TIDAK TAHU RAHSIANYA

B
anyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu
rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang
manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah:
1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan
usaha menyakitkan nafsunya.
2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu
adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di
dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit
batinnya, dia akan ke Neraka.
3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh
merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang ber-
penyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia.
Banyak perkara yang akan dirosakkannya.
4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar
untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja
kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.
5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi
gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu men-
ceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia
sedang memakai sifat itu.
6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri

616
UMUM

kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan


teorinya.
7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling
bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan
harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor
pun dirosakkannya.
8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan me-
nguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh
menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain
dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu
banyak.
9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang.
Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu
orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sen-
diri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.
10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya
daripada orang yang membunuh orang lain.
11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah disele-
saikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa.
Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan mene-
gakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin
sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi
nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi
tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap
orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil
ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah
jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak
yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu di-
jadikan kawan berbincang.
12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati
kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada
tempatnya.
13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang suka-
kan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,

617
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa,


bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu dise-
babkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun
tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang
lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang
keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah
dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki
dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung.
Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku se-
suatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan
ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita
itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Boleh-
lah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

618
UMUM

SAJAK

Sajak 1
Anggota Lahir Cacat Kita Terasa

Anggota lahir kalau dia cacat kita terasa


Atau dia sakit kita terasa juga
Cacat atau sakit disebabkan kena duri,
kena kayu, terpijak paku
Terjatuh atau terantuk
Kerana cacat atau sakit kita terasa,
cepat-cepat kita mengubatnya
Anggota batin atau hakikat diri engkau
cacat atau sakit tidak terasa
Kerana itulah engkau tidak terfikir
untuk mengubatnya
Cacat atau sakit disebabkan ilmu,
kedudukan atau harta
Juga disebabkan oleh pujian,
kecantikan muka atau sasa badannya
Atau dia rosak disebabkan oleh bala bencana
yang kita tidak sabar menanggungnya
atau tidak redha
Adakalanya dia cacat dikeranakan oleh ibadah
yang banyak, hati pun berbunga
Rasa takut dengan Allah pun hilang bahkan terasa aman
Tidak kurang juga ia cacat rasa bertuhan
Juga tiada rasa kehambaan merosakkan hati dan jiwa
Rosak anggota lahir, habis di dunia sahaja
Bahkan ia boleh mendatangkan pahala
kepada seseorang hamba, ia masih untung juga
Rosak hati atau jasad batin, ia jadi derhaka

619
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bala bencananya lebih besar lagi,


kerana berdosa akhirnya ke Neraka
Jagalah jasad batin jangan sampai ia cacat
Lebih-lebih lagi rosak
Ia adalah hakikat diri kita
Ia kekal abadi hingga ke Akhirat
Dialah yang akan diazab
atau menerima rahmat di Syurga

Menjelang tidur
06 – 11 – 1999

Sajak 2
Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau

Engkau selalu menyangka orang lain


akan merosakkan engkau
Engkau selalu sahaja prejudis
dengan musuh-musuh engkau
Engkau merasakan musuh-musuh engkau
akan membinasakan engkau
Rupa-rupanya musuh-musuh engkau
sekali-sekala sahaja merosakkan engkau
Orang lain, adakalanya engkau terselamat
daripada kejahatannya
Tapi engkau sama ada disedari atau tidak
setiap hari dirosakkan oleh perkara
yang sangat rapat dengan diri engkau
Setiap hari engkau dirosakkan
oleh ilmu dan kepandaian engkau
Setiap masa engkau dirosakkan
oleh nama, glamour engkau
Sering sahaja engkau dirosakkan
oleh harta dan kekayaan engkau

620
UMUM

Jawatan dan kekuasaan engkau itulah


yang selalu merosakkan engkau
Amanah yang diberikan kepada engkau
itulah yang selalu merosakkan engkau
Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkau
Keyakinan engkau itulah
yang banyak merosakkan engkau
Ideologi yang ada di kepala engkau itulah
yang merosakkan engkau
Sedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau,
mudah engkau sedar
Orang lain merosakkan engkau,
cepat engkau dapat mengesannya
Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan,
nama dan glamor yang merosakkan engkau
Payah engkau hendak insaf dan sedar
Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya
Engkau terasa itu semuanya adalah kejayaan engkau
Itu semuanya adalah kemajuan yang engkau tempa
dan kejayaan yang engkau buat
di dalam kehidupan engkau
Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkau
Kerana itulah payah engkau hendak sedar
Engkau rasa itu adalah satu kejayaan bukan kerosakan
Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau

Selepas Asar
27 Muharam 1421H

621
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

11
TAMADUN YANG SELAMAT

K
ita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pem-
bangunan dan tamadun material dan fizikal ia boleh mem-
beri kemudahan hidup dan kehidupan kepada manusia.
Ia boleh membawa keselesaan hidup, apa yang dikehendaki oleh
manusia dicapai, apa yang dicita-cita mudah dapat, tetapi
semata-mata itu sahaja, ia bukan segala-galanya.
Sekadar itu saja belum boleh menjamin keselamatan, kebaha-
giaan dan keharmonian di dalam kehidupan bermasyarakat di
dunia ini. Apatah lagi untuk memperolehi keselamatan dan
kebahagiaan di Akhirat kelak.
Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang di-
bangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan ketaqwaan, jika
iman dan taqwa tidak menjadi tunjang kepada segala usaha kita,
ertinya kita telah memutuskan diri dari Allah Taala, kita terlepas
daripada Allah. Maka Allah akan berlepas diri dari kita.
Justeru itu risikonya yang kita akan tanggung itu berat iaitu
bermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kita
sekalipun usaha kita itu berjaya, nampak lahirnya hebat, gah,
cantik, indah, mempesona, ia sepertilah seorang yang berkahwin
dengan seorang gadis yang cantik, berpelajaran, bangsawan,
hartawan, tapi mulutnya celupar, suka merajuk, curang, tidak
setia, tidak boleh dikontrol, melawan dan berbagai-bagai kerenah

622
UMUM

lagi. Hajat hendak berkahwin dengan perempuan cantik terca-


pai, orang lain melihat iri hati, namun demikian masa habis
hendak melayan kehendak-kehendaknya serta terseksa berha-
dapan dengan kerenah-kerenahnya.
Lantaran itulah Allah Taala berfirman:

Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling dari meng-


ingati Aku, baginya hidup yang susah.” (Thaha: 124)
Kerana jika tamadun lahiriah semata-mata, ia sangat dekat
dengan nafsu, ia sangat dicintai oleh nafsu manusia. Sedangkan
nafsu watak semula jadinya; seperti yang Allah SWT gambarkan
melalui Al Quran, terlalu jahat, iaitu:

Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu sangat mengajak


kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Ertinya nafsu sangat cenderung kepada kejahatan. Di antara
kejahatannya ialah, rakus, tamak, bakhil, gelojoh, melulu, me-
mentingkan diri, angkuh, suka monopoli, suka berfoya-foya, cen-
derung kepada wanita, makan minum, harta kemewahan,
pangkat, darjat dan lain-lain.
Justeru itu kemajuan dan tamadun lahiriah kalau tidak di-
tunjangi oleh iman dan ketaqwaan, ia akan disalahgunakan dan
merosakkan manusia. Ia akan melahirkan manusia yang som-
bong, bangga, tamak, bakhil, mementingkan diri, penindasan
dan kezaliman, suka zina, pembaziran, suka menompok-nom-
pok harta, menghina orang, lupa Allah dan Akhirat dan seribu
satu macam kejahatan lagi.
Dari penyakit-penyakit tadi akan lahir pula penyakit-penya-
kit lain reaksi dari gejala-gejala tadi. Orang akan sakit hati, deng-
ki, rasuah, dendam, perbalahan, krisis, jatuh-menjatuhkan, tu-
duh-menuduh, fitnah-memfitnah, kemuncaknya pembunuhan.

623
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau sudah begitu, hilanglah kasih sayang, retak perpaduan,


terkuburlah ukhwah, matilah keharmonian. Keamanan dan
keselamatan yang diidam-idamkan hanya tinggal di dalam im-
pian semata-mata.
Itulah yang telah berlaku kepada Firaun dan orang-orangnya,
Namrud dan orang-orangnya. Itulah juga yang berlaku kepada
Qarun dan Hamman, itulah juga yang telah berlaku kepada
kuasa-kuasa Barat dan negara blok komunis terutama Rusia dan
China.
Maka justeru itulah dalam wahyu yang pertama lagi Allah
SWT telah mengingatkan iaitu:

Maksudnya: “Bacalah dengan nama Tuhan yang Men-


cipta.” (Al ‘Alaq: 1)
Yakni Allah mengajak kita mengingati-Nya dan mengajak kita
membaca atas nama-Nya. Dengan kata-kata yang lain yang lebih
luas lagi kalau kita huraikan, Allah mengajak manusia hendaklah
menggunakan akal, mencari ilmu, berkemajuan, membangun,
berjuang menegakkan tamadun dan apa sahaja hendaklah atas
nama-Nya iaitu Tuhan yang mencipta manusia dari segumpal
darah. Iaitu segala-galanya dilakukan dan dibangunkan atas
dasar iman dan ketaqwaan, kerana Allah, cara Allah dan untuk
keredhaan Allah.
Kesannya tidak usah bimbang, memanglah kepada manusia,
untungnya adalah kepada manusia. Allah tidak memerlukan
kemajuan, Allah tidak berkehendak kepada tempat tinggal dan
makan minum, Allah tidak perlu itu semua. Yang perlu itu semua
adalah manusia, Allah sudah sedia sempurna dan selamat.
Justeru itu Allah mengajak membuat apa sahaja kerana-Nya,
dengan itu Allah akan memberi rahmat dan keberkatan. Allah
akan menjaga dan melindungi daripada segala pancaroba dari-
pada usaha-usaha itu.
Atau dengan kata-kata yang lain, seolah-olah Allah berkata:

624
UMUM

Belajarlah atas nama-Ku, beribadahlah atas nama-Ku,


berekonomilah atas nama-Ku, berkemajuanlah atas nama-Ku,
berpendidikanlah atas nama-Ku, berjuanglah atas nama-Ku,
merdekalah atas nama-Ku, bernegaralah atas nama-Ku,
mentadbirlah atas nama-Ku, bertamadunlah atas nama-Ku,
begitulah seterusnya.
Oleh itu Allah tidak mengajar manusia membuat apa sahaja
kerana selain-Nya. Ertinya, Allah melarang beribadah, mencari
ilmu, membuat kemajuan, membantu, menderma, bergotong-
royong, berpolitik, berjuang, mentadbir, berekonomi, berpen-
didikan kerana atau untuk diri, bangsa atau negara, atau kerana
megah, kerana mahu dihormati, kerana mahu disanjung dan
dipuji, kerana nama dan lain-lain lagi, tetapi Allah mengajak
kerana-Nya. Kalau dibuat selain kerana Allah, dianggap syirik
khafi, sia-sia sahaja, usaha-usahanya itu tidak dapat apa-apa
pahala, Allah berlepas diri. Kalau ada pun sedikit keuntungan,
hanya keuntungan di dunia. Di Akhirat kebaikannya tertolak,
akibatnya terjunlah ke Neraka, wal’iyazubillah.

625
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Tamadun Insaniah Punah-Ranah

Kemampuan yang Tuhan anugerahkan


kepada manusia sungguh luar biasa
Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuatnya
Di masa yang sama akhlak runtuh, punah-ranah separas bumi
Bangunan-bangunan yang dibina pencakar-pencakar langit
Tapi ego dan kesombongan manusia setinggi langit
Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway
Tapi jiwa-jiwa manusia telah sempit
Berjalanlah manusia di atasnya himpit-menghimpit
Ramai yang hatinya sakit
Manusia sudah terlalu pandai
Berbagai-bagai alat-alat kemudahan hidup
yang canggih-canggih diciptanya
Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa
Tapi di masa yang sama budi bahasa sudah tiada
Satu sama lain curiga-mencuriga
Dengan alat-alat perhubungan yang canggih,
dunia sudah dekat dan sempit
Semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja
di negara di dunia ini dengan cepatnya
Tapi dengan kemudahan bertemu ini
Kemungkaran dan maksiat amat pesat
Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDs menyerang
dan membunuh manusia dengan dahsyatnya
Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya amat menonjol
Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terbilang
Tapi di waktu inilah manusia khianat, curang,
penipu dan pembohong

626
UMUM

Hingga susah hendak dipercaya pada seseorang


Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang
dan hilang keyakinan
Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan
Tapi tamadun insaniah sangat rendah
bahkan telah punah-ranah
Kerana itulah manusia semua golongan
sudah hidup di dalam ketakutan
Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan
Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari
Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia
Ditambah lagi dengan tuduh-menuduh,
kata-mengata, fitnah-memfitnah lumrah berlaku
Serang-menyerang, peperangan
sudah jadi budaya antarabangsa
Kaum wanitanya sudah berpelajaran
Sama-sama menyumbang membuat kemajuan
Tapi di masa yang sama sifat malunya punah-ranah
Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah
Lahirlah budaya bebas, budaya zina, budaya lepak-melepak
Dunia sungguh indah dan cantik
Tapi penyakit masyarakat sudah kronik

Lepas Asar
17 – 09 – 1999

Sajak 2
Anugerahkan Nikmat-Mu Bersama Rahmat-Mu

Tuhan! Aku pinta pada-Mu


Anugerahkan padaku nikmat-Mu
bersama rahmat-Mu
Janganlah Engkau kurniakan padaku
semata-mata nikmat tanpa rahmat
Rahmat-Mu lebih utama dan besar daripada nikmat-Mu

627
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apakah ertinya nikmat


tidak disertai dengan rahmat

Tuhan!
Setiap kebaikan yang aku buat
aku tidak harap Syurga-Mu
Tapi yang aku harapkan adalah keredhaan-Mu
Keredhaan-Mu lebih mahal daripada Syurga-Mu

Tuhan!
Begitulah aku takut membuat dosa
bukan kerana takut dengan Neraka-Mu
Tapi aku takut dengan kemurkaan-Mu
Kemurkaan-Mu lebih dahsyat dan hebat
daripada Neraka-Mu
Jadikanlah aku wahai Tuhan
setiap ibadah yang aku lakukan
mengharapkan rahmat-Mu
Bukan mengharapkan Syurga-Mu
Jadikanlah juga aku takut membuat dosa
bukan kerana Neraka-Mu
Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa
kerana kemurkaan-Mu
Tuhan biarlah apa yang aku buat kerana-Mu
Bukan kerana Syurga atau Neraka-Mu
Kerana-Mu dan untuk-Mu adalah keikhlasan
yang paling tinggi
Itulah sifat orang yang merdeka
Kerana Syurga dan Neraka
masih terikat dengan kebendaan
Di sini tercacat sedikit keikhlasan

Menjelang tidur
04 – 09 – 2001

628
UMUM

12
FALSAFAH PERNIAGAAN
MENURUT PANDANGAN ISLAM

B
erniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari
untung, kerana di dalam perniagaan tidak mesti sentiasa
mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sahaja
mendapat kerugian.
Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak
memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti
syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang
banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan hendaklah sentiasa
mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta
perlaksanaan yang betul.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan


oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan
mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat; mereka
takut akan hari yang bergoncang segala hati dan peman-
dangan di waktu itu.” (An Nur: 37)
Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali

629
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikan-


nya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan, di dalam Islam berkawan
itu adalah disuruh. Di Akhirat kelak, kawan boleh memberi
syafaat.
2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahu-
pun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang


banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama. Bekerja-
sama, Islam sangat menggalakkan. Al Quran ada memberi-
tahu yang maksudnya:

Maksudnya: “Bertolong bantulah di atas kebaikan dan


ketaqwaan.” (Al Maidah: 2)
4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur. Tidak ada tolak ansur,
tidak boleh berniaga. Di dalam Islam, bertolak ansur adalah
salah satu sifat yang terpuji.
5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus
keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum. Di
sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur
mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.
6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barang keluaran
masyarakat Islam. Kalau tidak, barang keluaran itu akan
terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam,
pembaziran sangat dilarang, menjauhi pembaziran satu
kewajipan. Firman Allah SWT:

630
UMUM

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang membazir itu


saudara-saudara syaitan.” (Al Isra’: 27)
7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi
sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal
barang dan lain-lain lagi. Di dalam Islam mencari ilmu dan
pengalaman sangat dituntut.
8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.
Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah, bahkan ia
sangat diperlukan di dalam kehidupan. Orang yang sabar,
pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab. Firman Allah
dalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar


sahaja yang akan disempurnakan pahala dengan tidak ter-
kira.” (Az Zumar: 10)
9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama,
bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah
Tuhan (manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat ke-
besaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmat-Nya
agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat
pahala syukur.
10. Di dalam perniagaan boleh dapat peluang mengeluarkan
zakat, salah satu daripada rukun Islam dapat ditunaikan.
Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir
miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan. Maka
di sini banyak pula golongan terbantu. Allah SWT telah
berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan


kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin

631
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan katakanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik


dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.” (Al Ba-
qarah: 83)
11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang
dada berhadapan dengan perintah manusia. Ia sentiasa
mencabar emosi kita. Maka kita selalu sahaja menyem-
bunyikan kemarahan kita. Menyembunyikan kemarahan itu
adalah disuruh dalam Al Quran. Dalam Al Quran ada
menyebutkan menyembunyikan sifat marah itu, ia adalah
salah satu sifat orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya


pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahan-
nya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik.” (Ali Imran: 134)
12. Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,
bertolak ansur, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati.
Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam per-
gaulan. Di dalam Hadis ada disebutkan Islam itu adalah
as-samahah, agama berlapang dada dan pemaaf.
13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia se-
bagai sumber pencarian. Di sini dapat mengelakkan manu-
sia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka
dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang
lain sama, ertinya adanya perniagaan menjadikan tenaga
manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah ma-
nusia yang lain.
Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak
sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan.
Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat

632
UMUM

kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek


syariat dapat dibangunkan maka banyaklah pahalanya yang kita
dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang
berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fi sabilillah dan juga
munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik
dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh
masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

TUJUAN BERNIAGA
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam perniagaan, kita akan dapat kawan yang akan mem-
beri syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap, pandai
menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hen-
dak marah. Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik, pandai bertindak dan
berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pe-
kerti.
8. Dapat menambah ilmu, wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf).
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-
barang Islam.

SIFAT YANG PERLU PADA SEORANG PENIAGA


Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.

633
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.


3. Berlapang dada dengan kerenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang
kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak
teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang
mendadak dan terdesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan
supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

634
UMUM

SAJAK

Berniagalah Secara Halal

Kalau hendak berniaga,


berniagalah secara halal
Berniaga barang keluaran kita
atau berniaga barang keluaran bangsa
Janganlah berniaga menjual muka
atau berniaga menjual suara
Lebih-lebih lagi jangan berniaga maruah diri kita
untuk komersial

Menjual muka atau maruah diri


bukan satu kemajuan
Bahkan tidak akan boleh jadi jutawan
yang dibanggakan
Ia bukan produk bangsa dan negara
yang menggembirakan
Bangsa dan negara tidak akan maju
dengan menjual maruah peribadi atau muka

Berniaga menjual muka dan maruah diri,


bangsa dan negara tidak dapat apa-apa
Ia tidak akan menjadi bangsa dan negara yang kuat
Bahkan ia bukan satu kemajuan yang boleh dibanggakan
oleh bangsa dan negara
Lebih-lebih lagi dengan itu tidak boleh mencabar dunia.

Menjual muka atau maruah diri


janganlah dianggap kemajuan bangsa dan negara
Bukan secara itu bangsa dan negara menjadi maju
Kemajuan itu bangsa yang dapat mengeluarkan
barang-barang buatannya

635
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ekonomi bangsa dan negara


akan menjadi maju dan kuat

Carilah rezeki melalui jalan lain


bukan menjual maruah diri
Banyak jalan-jalan yang halal
kalau kita bangsa yang bermaruah tinggi
Janganlah ikut jalan yang sempit
lagi tidak bermoral
Jalan yang bangsa dan negara
boleh menjadi maju dan dihormati

Menjelang tidur
16 – 12 – 2002

636
UMUM

13
UNTUNGNYA
SIAPA YANG BERNIAGA

B
erniaga boleh dapat dua keuntungan. Pertama, untung
dalam bentuk wang, namun ada juga yang rugi dalam
perniagaan. Kedua, untung dalam bentuk pahala. Bagai-
manapun ramai orang berniaga tapi dapat dosa.
Rasanya tidak perlu saya senaraikan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mencari untung wang dalam perniagaan.
Ianya sudah ramai orang perkatakan. Kalau rugi juga, moga-
moga apa yang saya akan bahaskan di bawah ini boleh meng-
hibur dan menguntungkan anda dan saudara.
Dalam perniagaan, kita sebenarnya berada dalam beribadah
kepada Allah. Kita sedang berada dalam peluang mendekatkan
diri kepada Allah. Kita sedang berfikir dan bersikap untuk me-
negakkan syariat dan akhlak Allah. Berniaga sebenarnya adalah
medan mencari bekal taqwa kepada Allah. Manakala sembah-
yang adalah waktu-waktu kita memperbaharui ikrar, azam, post
mortem dan harapan untuk hidup dan mati adalah mencari
taqwa dan adalah manifestasi dari sembahyang, yakni hendak
memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti
syariat Allah.
Kalaulah sepanjang berniaga kita jaga syariat Allah ertinya
sepanjang itu kita sedang buat ibadah yang lebih besar pahalanya
daripada sembahyang sunat atau puasa sunat. Ertinya hati kita

637
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sedang benar-benar menghadap Allah untuk melawan nafsu


demi menegakkan segala kesukaan dan keredhaan-Nya.
Berikut adalah keuntungan-keuntungan dalam perniagaan
yang dijalankan betul-betul dengan niat kerana Allah mengikut
syariat Allah:
1. Dengan membuka perniagaan, kita bukan saja hendak dapat
wang dari pelanggan, tetapi kita sebenarnya memberi khid-
mat kepada masyarakat. Yakni kita menyediakan barang
keperluan mereka. Dengan terbelinya barang jualan kita
ertinya ramai yang dapat khidmat, baik secara langsung atau
tidak. Kita dapat pahala kerana menyediakan khidmat terse-
but. Bersyukurlah kepada Allah dan terima kasihlah kepada
pelanggan kerana menerima khidmat kita, dengan sebab
mereka kita dapat pahala. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling


banyak memberi manfaat kepada manusia lain.”
2. Khusus di bidang makan minum, masyarakat memang me-
merlukannya. Mereka mesti mengusahakan untuk menda-
patkannya baik senang atau susah. Jadi kalau kita membuka
perniagaan berkait dengan makanan dan minuman di suatu
tempat, kita sebenarnya memudahkan masyarakat setempat
untuk mendapatkan keperluan asasnya.
Kerja ini sebenarnya cukup besar pahalanya. Ramai orang
yang kita tolong ringankan beban mereka. Mereka patut
berterima kasih walaupun tidak diminta. Apalagi kalau kita
jual dengan harga yang tidak menekan, bukankah manusia
telah mendapat pertolongan besar? Dan tidakkah kita rasa
satu kemenangan dan kepuasan kerana dapat menggem-
birakan manusia? Yang mana kita berniaga jangan fikir duit
saja, sedangkan keuntungan-keuntungan lain cukup ba-
nyak. Usah bimbang urusan rezeki, jika kita beri kepercaya-
an kepada Allah dengan mengutamakan perkara-perkara
kesukaan-Nya. Bukankah Allah berjanji untuk membela?

638
UMUM

Dan Allah Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki. Firman-


Nya:

Maksudnya: “Dan Allah akan memberi rezeki dengan tia-


da terkira. Barang siapa yang menyerahkan diri kepada
Allah, maka Allah akan mencukupkannya.” (At Talaq: 3)

Maksudnya: “Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah


kepadamu, adakah yang menciptakan selain daripada Allah,
yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?
Tidak ada Tuhan kecuali Dia, maka ke manakah kamu akan
berpaling?” (Fathir: 3)
3. Bila masing-masing peniaga dan pengguna saling merasa
memberi dan menerima, saling merasa berterima kasih dan
perlu-memerlukan, maka terikatlah hati satu sama lain.
Maka kita dapat kawan. Lagi lama kita berniaga, lagi pandai
kita layan pelanggan, maka lagi ramailah kita dapat kawan.
Dapat kawan bukankah satu keuntungan? Untung di dunia
dan untung di Akhirat? Di Akhirat kawan boleh memberi
syafaat.
4. Berjual beli antara pelanggan dan peniaga tentunya kena
saling bekerjasama. Kalau masing-masing rasa saling me-
merlukan tentu kena bertolong bantu, ringan-meringankan.
Jangan tekan-menekan.
Contoh kerjasama, di waktu peniaga sibuk kerana ramai
pelanggan, sepatutnya pelanggan boleh bantu dengan me-
ngambil sendiri barang keperluannya. Peniaga pula sebagai

639
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

terima kasih, hadiahkan sesuatu kepadanya sekalipun sebiji


gula-gula. Atau di kedai makan, apa salahnya bila selesai
makan, pengguna tolong kemaskan meja makan dengan
menyusun pinggan, lapkan tumpahan atau tulang-tulang
dengan tisu pengelap tangan. Ini membantu peniaga,
menjalinkan hubungan baik.
Sepatutnya medan perniagaan menjadi gelanggang kerja-
sama dan perpaduan masyarakat. Tapi sayang, hari ini
peniaga-peniaga dan pembeli tidak menggunakan peluang
ini sebaik-baiknya. Tidak mengambil kesempatan berkenal-
an melalui kerjasama perniagaan.
5. Manusia sepatutnya berusaha agar ia menjadi seorang yang
boleh bertolak ansur atau mengalah dengan orang lain. Kita
akan menjadi orang yang terpuji. Alangkah baiknya kalau
kita ialah seorang yang mampu mengutamakan orang lain
serta suka memberi peluang kepada orang lain. Kita rasa
tidak mengapa kalau orang lain lebih dari kita. Nescaya
Allah tidak akan sia-siakan kita.
Maka dalam perniagaan, kita sering berpeluang untuk
itu. Perebutan antara penjual dan pengguna sering terjadi.
Penjual suka menipu atau menekan pengguna dengan harga
yang tinggi semata-mata kerana mahu untung cepat. Walhal
kalau dia berlembut dan jujur, dia akan lebih beruntung.
Untung dapat duit, untung dari segi akhlak, untung dapat
keyakinan dan kesukaan orang.
Insya-Allah perniagaannya akan berjalan dengan lebih
jauh dan ada masa depan. Para peniaga dan pembeli usaha-
kan untuk bertolak ansur dalam jual beli. Jual beli jadi berkat,
hati tenang, rezeki bertambah, insya-Allah.
6. Ujian-ujian dalam perniagaan memang banyak. Allah akan
lakukan itu semata-mata untuk memberi peluang kepada
para peniaga untuk bersabar. Yakni menerima ujian dengan
hati takut dan harap kepada Allah. Takut untuk melenting
dan marah-marah terhadap ragam manusia. Maka ditahan
hati, ditekan rasa serta ditelan rasa kepahitan dengan

640
UMUM

mengharap pertolongan dari Allah akan segala keper-


luannya.
Orang yang sabar akan dapat rezeki dan pahala tanpa
hisab. Allah berjanji dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Orang-orang yang sabar disempurnakan


pahalanya tanpa terhitung.” (Az Zumar: 10)
Kalaulah kita boleh buat latihan-latihan praktikal secara
serius untuk menjadi seorang yang sabar, masya-Allah,
besarnya keuntungan dari perniagaan ini. Apa kita ragu ten-
tang kemampuan Allah mengganda-gandakan perniagaan
kita lebih dari apa yang kita sangkakan?
Pada saya berdasarkan pengalaman hidup orang yang
tidak sabar, tidak mampu, menekan nafsu, marah-marah,
selalunya rugi dalam hidup, orang tidak suka berniaga pun
tidak sampai ke mana. Pada saya, sesungguhnya sabar ada-
lah aset yang amat diperlukan dalam hidup. Rasulullah
SAW bersabda:
Maksudnya: “Sabar sesaat itu lebih baik daripada dunia
berserta isinya.”
7. Islam adalah agama berlapang dada dan memaafkan.
Ertinya seseorang yang dapat menerima dan memaafkan
hal-hal atau ragam-ragam yang dia tidak setuju atau dia
tidak suka, maka benarlah dia seorang yang berakhlak Islam.
Sepanjang berurusan jual dan beli memang kita sering
berhadapan dengan perkara atau orang yang tidak menye-
nangkan.
Maka ambillah kesempatan ini untuk mengaut keun-
tungan luar biasa yakni menjadi orang yang paling mulia
kerana memiliki akhlak yang paling baik. Kita sembunyikan
atau simpankan rasa tidak senang. Jangan gopoh-gopoh
melepaskan perasaan, nanti hilang harga diri kita di mata

641
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

orang. Masalah orang jangan diselesaikan secara bermasa-


lah. Selesaikan secara yang Allah suka. Nanti Allah bantu
kita. Ingatlah firman-Nya dalam Al Quran:

Maksudnya: “Apabila kamu telah berbalah dalam satu-


satu perkara, hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul,
jika kamu beriman dengan Allah dan hari Akhirat.” (An
Nisa: 59)
Mengapa susah sangat kita hendak memaafkan dan me-
lupakan salah dan silap orang lain? Bukankah kita pun
tersalah dan tersilap yang amat memerlukan kemaafan dari
manusia? Katakanlah kesalahan orang lebih dahsyat dari
kita hingga itu sulit untuk kita mendiamkan sahaja kesa-
lahannya hingga hilang sifat lapang dada dan pemaaf kita.
Baiklah, kalau begitu suka saya memberitahu bahawa ke-
silapan saudara sendiri ialah tidak merendah diri kepada
Allah yang telah memberi kebaikan pada saudara yang
orang lain pun tidak memperolehinya.
8. Seterusnya peniaga boleh bergembira dan merasa beruntung
kerana mereka, beberapa orang lain boleh mendapat pe-
kerjaan. Mendapat pekerjaan ertinya tidak lagi mengang-
gur sekaligus mendapat rezeki halal. Kedua-duanya me-
mang diperintahkan oleh Islam. Bahkan dengan berniaga,
tenaga manusia dimanfaatkan kepada manusia lain. Mereka
menjadi produktif demi memakmurkan masyarakat dan
negara.
Begitu besarnya hasil dari keuntungan dari perniagaan
kita. Keuntungan bentuk begini (maknawiah) sebenarnya
lebih menenangkan. Jadi kalau Allah uji kita dengan mengu-
rangkan sikit keuntungan wang, tentu kita boleh terima
sebab ada keuntungan lain yang sedang kita nikmati. Atau
kalau kedua-dua keuntungan kita dapat, ertinya kita lebih

642
UMUM

patut bersyukur dan merendah diri kerana besarnya pem-


berian Allah pada ‘hamba yang seorang ini’ dibanding
dengan hamba-hamba-Nya yang lain.
9. Hendaknya kita selamat daripada tamakkan duit semata-
mata dalam perniagaan. Sebab sebenarnya khidmat kita itu
sangat memberi keuntungan pada masyarakat. Pahalalah
yang kita harapkan dari khidmat tersebut. Yakni melalui
perniagaan, kita tolong memasarkan barang-barang buatan
orang lain terutama buatan saudara kita umat Islam. Usaha-
usaha mengeluarkan barangan Islam cukup mulia.
Maka kalau kita sanggup pula menjadi agen pengedar-
nya, mudah-mudahan kita pun tergolong dalam mereka
yang menegakkan fardhu kifayah. Bahkan kalau kita dapat
selamatkan barangan yang terbuang dan membazir, mudah-
mudahan kita mendapat pahala tidak membazir. Allah
sangat benci pembaziran, sebab pembaziran itu kerja syai-
tan.
10. Bila tertegaknya perniagaan-perniagaan umat Islam, kita
melihat satu pembangunan syiar Islam. Menegakkan ke-
majuan duniawi secara Islam untuk memudahkan kehidup-
an adalah tanggungjawab semua orang selaku khalifah
Tuhan. Dari sana orang akan dapat menyaksikan kebesaran
Tuhan dan mereka dapat bersyukur.
Tapi selagi umat Islam tidak menegakkan syiar Islam
dalam kehidupan mereka terutama di sudut perniagaan,
susahlah manusia menganggap Islam itu hebat dan Allah
itu Maha Kuasa. Manusia melihat tiada istimewa apa-apa
Islam itu dan pada mereka mengapa Tuhan pun tidak me-
nunjukkan kebolehan-Nya?
Kalau begitu alangkah besarnya sumbangan kita jika
dapat tegakkan perniagaan secara Islam atas nama Islam.
Nanti orang akan merasa nikmat-nikmatnya. Dan mem-
besarkan Allah dan bersyukur kepada-Nya.
11. Keuntungan paling besar dari perniagaan kita akan dapat

643
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bila cukup nisabnya, yakni membayar zakat, sebagai salah


satu dari Rukun Islam. Dengan zakat kita dapat membantu
fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Zakat bagaikan
jambatan kasih sayang antara orang berada dengan yang
memerlukan. Betapa besarnya keuntungan ini.
12. Kemuncak bagi segala keuntungan ialah perniagaan men-
jadikan seseorang bertambah ilmu dan pengalaman. Ilmu
praktikal tentang pengurusan, kewangan, didikan, menjaga
pelanggan serta menghadapi cabaran. Pengalaman pula
berbagai-bagai, dapat mengenal manusia, tempat, barang-
barang dan nilai serta budaya. Maklumat-maklumat sebe-
gini sangat berharga dalam kehidupan dan memang ditun-
tut dalam Islam kita mencarinya.

Demikian saya melihat keuntungan-keuntungan yang sepa-


tutnya diperolehi oleh siapa yang berniaga, yakni yang berniaga
itu diniatkan kerana Allah untuk menegakkan cara hidup Islam.
Ertinya sistem perniagaan Islam itu sebenarnya menjamin peng-
gerak-penggeraknya mendapat rezeki yang halal dan dapat iman
yang selamat. Insya-Allah.
Insan miskin yang terlibat dalam sistem ini sepatutnya tidak
menjadikan perniagaan gelanggang mencari wang semata-mata
hingga sanggup menipu dan menindas. Tetapi itulah tradisi di
kalangan kapitalis. Mereka tidak ada aset kejiwaan roh tauhid
sebagai pengawal perniagaan. Lalu mereka buat sesuka hati
demi keuntungan diri semata-mata. Pelanggan atau pengguna
atau pembeli kepada kapitalis tidak dilayan. Yang penting me-
reka mahukan wang pelanggan agar cepat-cepat jadi milik me-
reka. Sekalipun secara zalim dan ganas, secara langsung atau
tidak. Perniagaan mereka tidak jadi pusat-pusat pertemuan dan
perpaduan. Jelas sekali budaya nafsi-nafsi berleluasa di sana.
Mereka tidak tahu bahawa perniagaan adalah pusat bina insan
yang cukup praktikal dan menguntungkan.
Itu hanya ada di dalam ajaran Islam, cuma umat Islam tidak
mampu melakukannya sedangkan para pencinta Islam (agama

644
UMUM

Allah) ini perniagaan ialah medan jihad fisabilillah. Mereka


mengumpul dua kekayaan sekaligus, untuk dunia dan Akhirat.
Mereka dapat imbangkan material dan spiritual. Lalu mereka
memperolehi tamadun yang sempurna untuk masyarakat manu-
sia. Inilah Islam, satu sistem hidup yang boleh jadi pengganti
sistem kapitalis yang kini berada di ambang maut; duit banyak
tapi jiwa rosak. Manusia bergaduh-gaduh di dalam kekayaan
dari perniagaan. Inilah syurga idaman kapitalis. Pembangunan
lahir yang mempesona diburu oleh orang-orang yang berseng-
keta dan huru-hara.
Moga-moga sistem perniagaan Islam akan dapat dilaksana-
kan dalam masyarakat kerana kelihatannya hari ini di mana bila
matawang jatuh, masyarakat sudah mencari alternatif. Tentunya
kepada cara niaga yang menyenangkan, yang menjamin bahagia
untuk kehidupan lahir dan kehidupan batin. Untuk itu marilah
kita mulakan sistem ini dalam hidup kita. Jadikan ia perjuangan
kita, jihad fisabilillah di premis-premis perniagaan kita.

645
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1
Cara Bersyukur yang Sebenarnya

Nikmat yang diberi oleh Allah Taala


kepada kita terlalu banyaknya
Berbagai-bagai macam dan jenis
Di dalam diri kita seluruhnya
adalah nikmat dari-Nya
Di luar diri kita bermacam-macam
dan berbagai-bagai pula
Rumah, isteri, anak-anak, harta, kereta,
makan minum, pakaian dan lain-lainnya
Balaslah nikmat Tuhan itu tanda bersyukur
kepada-Nya dengan nikmat-Nya juga
Seperti kita sembah, besarkan,
cinta dan takutlah kepada-Nya
Gunakan lidah kita menyebut, mensucikan,
memuji dan memohon keampunan kepada-Nya
Tenaga kita gunakan untuk perjuangan
menegakkan agama-Nya
Nikmat di luar diri seperti harta gunakan
untuk menolong manusia yang miskin, papa
Digunakan juga untuk fisabilillah
yang diperintahkan kepada kita
Kereta kita jadikan alat untuk khidmat
kepada agama dan manusia
Rumah kita untuk menyambut tetamu
dan pertemuan silaturrahim
sesama hamba-hamba-Nya
Tanah untuk diwakafkan,
ditegakkan bangunan pendidikan

646
UMUM

dan bangunan rumah tetamu


Bangunan-bangunan dan gedung-gedung perniagaan
demi kemajuan umat Islam patut dibina
Begitulah caranya kita bersyukur kepada Tuhan
di atas nikmat-nikmat-Nya
Menggunakan nikmat-nikmat-Nya
untuk keredhaan-Nya
Ertinya nikmat Tuhan itu juga,
tidak kira nikmat yang mana
dikorbankan pada jalan-Nya
Korbankan nikmat Tuhan kerana nikmat-Nya
yang diberikan kepada kita
Begitulah caranya kita bersyukur kepada Tuhan
di atas segala nikmat, rahmat dan anugerah-Nya
Nikmat dari Tuhan, nikmat itu jugalah
kita gunakan untuk Tuhan
Jangan gunakan nikmat Tuhan
bertentangan dengan kehendak Tuhan
Tidak takutkah kepada Tuhan?
Jika Tuhan murka Dia boleh rentap bila-bila masa
Bila-bila masa sahaja kita boleh terhukum dan terhina
Berhati-hatilah menggunakan nikmat Tuhan
agar kita tidak kufur nikmat

Menjelang tidur
17 Muharam 1421H

Sajak 2
Mana Milik Kita

Mana milik kita! Tidak ada milik kita


Semua yang ada, Allah yang punya
Tidak ada kita punya,
kita hanya mengusahakannya saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakan

647
BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kita Allah punya, bumi langit ciptaan-Nya


Milikilah apa saja tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya, tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada

Mengapa kita sombong miliki Tuhan punya


Mengapa tidak malu kepada Tuhan yang Empunyanya
Patut bersyukur kepada Tuhan yang memberi segala-galanya
Malulah kepada Tuhan kerana miliki Dia punya

Janganlah berbangga apa yang ada pada kita


Kalau Tuhan tidak beri, kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit-ungkit jasa kita
Jasa kita nisbi saja, yang sebenar Tuhan punya

Bersyukurlah, bukan berbangga


Bersyukurlah bukan mengungkit-ungkit jasa
Gunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmat
Lepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ungkitnya

03 – 08 – 1995

648
NOTA
NOTA

You might also like