You are on page 1of 6

SMK SERIAN

MESYUARAT JAWATANKAUSA DISIPLIN SEKOAH

Tarikh : 21 Januari 2009


Hari : Rabu
Masa : Jam 1245
Tempat : Bilik JKDS
Kehadiran : Semua hadir kecuali En. Gladdy Peter Abdullah dan En. Sivanesvaran.

Bil Perkara Tindakan


1. Kata-kata aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli JKDS yang mengikuti taklimat
ringkas.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PK HEM, En. Gladdy tidak dapat bersama
dalam taklimat kali ini memandangkan beliau menghadiri mesyuarat di PPG
Samarahan.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa lantikan secara rasmi JKDS adalah
seperti yang ditampalkan oleh PK HEM di papan notis.

2. Pembahagian Tugas JKDS

2.1 Pembahagian tugas sudah diedarkan kepada semua ahli JKDS, oleh yang Setiausaha II
demikian sesiapa yang menghadapi masalah dengan jadual tersebut bolehlah
memaklumkannya kepada Setiausaha II untuk diubah.

2.2 Setiap kesalahan yang diselesaikan perlulah dicatat dengan lengkap butiran JKDS bertugas
yang diperlukan dalam Rekod Bulanan yang telah disediakan. Penyelesaian kes
hendaklah dibuat dari Jumaat – Khamis berikutnya.

2.3 Catatan yang dibuat oleh Pengawas Sekolah yang bertugas di pintu pagar utama Setiausaha 1 / II
tidak begitu jelas siapakah yang perlu mengambil tindakan sama ada PK HEM
atau JKDS. Perkara ini akan dirujuk kepada PK HEM untuk kepastian.

2.4 Jadual Rondaan Blok setiap pagi, pastikan semua pelajar berada di dalam kelas, JKDS bertugas
kebersihan kawasan kelas dijaga, tong sampah dikosongkan dan apa yang
dirasakan perlu

2.5 En. Dickson mencadangkan agar PK HEM turut berada bersama semasa
rondaan blok tersebut.

1
3. Penggantungan Pelajar

3.1 Pengerusi memaklumkan dalam menggantung pelajar perlu dimaklumkan JKDS


terlebih dahulu pihak ibu bapa pelajar dan mereka mestilah dipanggil untuk
diberikan penjelasan tentang sebab penggantungan anak mereka.

3.2 Pengerusi juga memberitahu pesanan Tuan Pengetua agar menerima sahaja JKDS
rayuan daripada ibu bapa pelajar yang digantung sekiranya mereka memohon
untuk mengurangkan hari penggantungan anak mereka

3.3 Penggantungan terhadap pelajar dibuat untuk kes-kes tertentu sahaja iaitu : JKDS / SU I /
a. Merokok (gantung terus) PK HEM
b. Bergaduh ( rujuk PK HEM / Setiausaha I)
c. Kes Peras Ugut ( rujuk PK HEM)

3.4 Berkenaan dengan kes ponteng kelas, pihak JKDS akan menguruskannya Guru Tingkatan
manakala kes tidak hadir ke sekolah berturut-turut bukan di bidang kuasa JKDS
sebaliknya tindakan Guru Tingkatan .

3.5 Masalah Tag Nama, cadangan Tuan Pengetua adalah untuk menggunakan tanda
nama dalam bentuk kad seperti mana yang dipakai oleh pelajar Ting 1.
Cadangan En. Chai KF pula agar mencantumkan sekali logo sekolah dengan
nama pelajar menjadi satu dan bukannya seperti yang ada sekarang ini. En.
Jatan pula mencadangkan agar menghantar terus pelajar yang tiada tag nama ini
kepada “supplier” tag nama agar proses membuat tag nama ini dapat
dipercepatkan.

4. “Spot Check”

4.1 En. Abdullah mencadangkan agar ‘spot check’ dilakukan pada minggu ini JKDS
memandangkan sudah dekat dengan Tahun Baru Cina pasti ada pelajar yang
membawa mercun ke sekolah. Oleh yang demikian semua JKDS bersetuju
untuk membuat ‘spot check’ pada hari Jumaat masa pertama dan kedua.

5. Hal-hal lain.

5.1 En. Dickson inginkan kepastian akan tindakan yang dilakukan terhadap pelajar
yang membuat kes ponteng berlarutan memandangkan tahun lepas tindakan
terhadap mereka adalah dirotankan tetapi untuk sesi ini bagaimana pula bentuk
tindakannya.

5.2 En. Wan mencadangkan supaya fokus sahaja kepada yang selalu atau kerap
buat kes ponteng kelas dan gantung terus mereka untuk tempoh sebulan atau
dua bulan atau seterusnya.

2
5.3 En. Chai pula mencadangkan agar memaklumkan ibu bapa akan kes anak
mereka dan gantung sekolah untuk dua minggu sahaja.

5.4 Pengerusi memaklumkan beliau akan berbincang dengan Tuan Pengetua Setiausaha I
tentang tindakan penggantungan terhadap kes ponteng kelas, berkenaan dengan
kekerapan ponteng kelas yang perlu diambil kira untuk melayakkan pelajar itu
digantung sekolah.

5.5 Cadangan dari En. Chai Kuan Fen agar Tuan Pengetua menurunkan kuasa Pengetua
menggantung pelajar kepada JKDS dalam menangani kes yang boleh
membawa kepada penggantungan sekolah.

5.6.. Pengerusi memberitahu menggantung pelajar dari sekolah hanya berkuat kuasa JKDS
selepas tamat masa persekolahan pukul 12.40 tgh dan bukannya masa P&P, dan
untuk hari yang berikutnya pelajar tidak boleh datang ke sekolah untuk tempoh
yang ditetapkan.

5.7 Pihak JKDS sebulat suara mencadangkan agar kes ponteng yang tiga kali dalam SU I
tempoh dua minggu boleh digantung sekolah. Sekiranya diluluskan oleh pihak
atasan maka perkara ini akan dimaklumkan kepada pelajar semasa perhimpunan
sekolah dan para guru juga hendaklah dimaklumkan melalui e-mail.

5.8 En. Milton memohon agar lantai di bilik JKDS dipasangkan jubin kerana lantai Pengurusan
simen yang ada sekarang didapati berdebu.

5.9 En. Dickson memohon agar Setiausaha II mendapatkan maklumat dan data SU II
semua pelajar sesi pagi dari En. David untuk memudahkan JKDS membuat
rujukan.

5.10 JKDS juga mencadangkan agar Tuan Pengetua membuat taklimat kepada Pengetua.
semua guru untuk menegur pelajar yang tidak memasukkan baju ke dalam
seluar, rambut panjang, kasut berwarna, dan kesalahan yang sewajarnya .

5.11 Memandangkan tiada lagi perkara yang dibincangkan maka taklimat


ditangguhkan pada pukul 1.25 tengah hari.

Minit dicatat oleh ;

________________________
(PN. CAROLINELYN JERRY
Setiausaha II , JKDS 2009.

3
Catatan Pengetua
Terima kasih atas daya usaha JKDS berbincang tentang perkara yang amat penting dalam pengurusan
sesebuah sekolah, ia itu disiplin. Ini juga adalah perkara yang amat sensitif kerana ia melibatkan pihak ibu
bapa. Kita harus berusaha untuk menjadikan ibu bapa ini sebagai “partners in education”.

1. Dasar KPM – semua guru adalah guru disiplin.


 Tanggungjawab mendisiplinkan pelajar adalah tanggungjawab semua.
 Oleh itu, setiap guru harus tahu peraturan disiplin, supaya tindakan kita sesuai dengan peraturan. Jika
masalah berlarutan, itu mungkin kesilapan dasar dan peraturan, bukan kesilapan kita sebagai guru.
 Sangat penting – guru tidak mencederakan pelajar dalam apa juga keadaan.
 Sekiranya pelajar kita tidak berdisiplin, semua kita akan mengalami kesukaran dalam kita menjalankan
tugas sebagai guru.
 Jika guru tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, negara akan kerugian dari segi sumber
manusia.
 Jika sumber manusia tidak dibangunkan dengan baik, semua kita akan rugi pula kerana negara tidak
maju, kadar jenayah meningkat dan sebagainya.

2. Pada tahun ini, saya hendak “mengikat” pelajar dengan impian (dream) masing-masing.
 Para guru harus membina dan memupuk impian pelajar.
 Pelajar tidak ada hala tuju kerana persekitaran tidak banyak membatu mereka membuat impian,
termasuk suasana di rumah.
 If they fail to plan, they plan to fail.
 AJK Bimbingan dan Kaunseling boleh membuat program ke arah membina impian pelajar.
 Impian boleh dipecah-pecahkan kepada goal. A goal is a dream with a dead line.

3. Sekolah perlu ada rekod lengkap pelajar.


 Rekod tersebut termasuklah cacatan disiplin.
 Ibu bapa sering tidak percaya dengan percakapan kita, mereka perlu bukti.
 Catatan tersebut, dengan tandatangan pelajar merupakan bukti.
 Rekod ini perlulah user friendly (senang untuk setiap guru merujuk dan menulis di dalamnya).

4. Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang kesalahan anaknya.


 Dalam kebanyakan kes, kita tidak hendak seperti menyalahkan ibu bapa pelajar. Finding fault also
doesn’t solve problem. It can even create another problem.
 Biarlah pelajar itu sendiri bertanggungjawab terhadap salah laku sendiri.
 Apabila pelajar melanggar peraturan sekolah, kita akan terus panggil ibu bapa.
 Kita tidak terima pelajar sehingga ibu bapa datang.
 Kita boleh senaraikan kesalahan yang memerlukan kita mengambil tindakan ini.
 Pelajar boleh di ambil tindakan selepas perbincangan, ia itu depan ibu bapa.
 Tindakan tersebut termasuklah nasihat, amaran, rotan ataupun gantung sekolah.
 Setiausaha diminta untuk memberi saya format surat-surat yang digunakan sekarang supaya selaras
dengan tujuan kita ini.

5. Jika ibu bapa membuat rayuan.

4
 Rayuan tersebut hendaklah dicatat dalam rekod disiplin dan ditandatangani oleh ibu bapa.
 Rayuan tersebut menjadi ikatan antara sekolah dengan ibu bapa.
 Ramai ibu bapa mengatakan “… jika anak saya membuat sekali lagi, saya akan berhentikan dia
bersekolah”. Ini merupakan ikatan, malah jaminan daripada ibu bapa untuk memastikan anaknya tidak
mengulangi kesalahan.
 Maka, ibu bapa sudah berada di pihak kita, dan sebahagian daripada tugas kita sudah diambil alih oleh
ibu bapa (partners in education).

6. Jika melibatkan kecederaan.


 Pihak yang cedera harus dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
 Maka tugas kita juga dibantu oleh pihak ketiga (partners in education).
 Pihak polis ambil atau tidak tindakan, itu hal polis, buka tanggungjawab kita lagi.

7. Kes ponteng: Ini adalah kes yang biasa dan banyak.


 Saya percaya pelajar ponteng karena mereka tidak ada impian.
 Jika pelajar ponteng, ibu bapa perlu dimaklumi segera (pada hari itu juga) apabila pelajar ponteng.
 Gunakan SMS sekolah (rujuk Cikgu Siva).
 Setiausaha diminta memaklumkan saya format surat yang kita gunakan supaya selaras dengan
peraturan sekolah.
 Pelajar ponteng boleh kita keluarkan daripada rekod sekolah dengan cepat (selepas 2 amaran).
 Kes ponteng perlu diselesaikan dengan ibu bapa.
 Menggantung pelajar tidak membawa banyak impak kerana dia memang suka tidak berada di kelas. Ini
akan “menghalalkan” pontengnya.
 Jika dikait dengan impian: jika pelajar itu ponteng sekolah, kita akan menyoalnya bagaimana
perbuatan tersebut akan membantut dia untuk mencapai impian itu.
 Jawapan yang dia beri adalah komitmen.
 Sering kali, adalah lebih baik pelajar memberi jawapan daripada kita memberi statement. Jawapan
pelajar adalah what he thinks, statement adalah what we think.

8. Tag nama
 Tag nama baru adalah untuk pelajar baru sahaja.
 Pelajar lama masih boleh menggunakan tag nama lama, kecuali mereka tiada tag nama lama.
 Pelajar sesi pagi dan petang dibezakan dengan warna tali tag nama tersebut.
 Tag nama baru ini juga merupakan pengenalan pelajar semasa ke hospital.
 Diurus oleh koperasi.

9. Gantung pelajar
 Seorang pelajar boleh digantung selama maksimum 2 minggu sahaja.
 Walau bagaimanapun, dalam kes besar, seorang pelajar boleh digantung sehingga kes selesai / sudah
ada keputusan. Contoh kes besar ialah pelajar terlibat dalam kes seksual / bergaduh / mencederakan
guru dsb. Pelajar akan digantung sehingga KPM / JPN membuat keputusan. Ada juga kes besar ini
melibatkan mahkamah. Pelajar digantung sehingga mahkamah membuat keputusan. Walau
bagaimanapun, kes begini jarang-jarang berlaku.

10. Jika prosedur sudah difahami oleh semua AJK JKDS, saya tiada halangan memurukkan kuasa untuk
menggantung / menerima balik pelajar.
 Prosedur bertulis akan mengurangkan budi bicara. Setiap kita mempunyai budi bicara yang berlainan.

5
 Adalah mudah menggunakan budi bicara orang yang akhirnya dipertanggungjawabkan (dalam kes ini
Pengetua), tetapi, proses pengurusan menjadi lambat / tidak efisien / efektif.
 Sebagai ketua, apa juga kesilapan pengurusan, saya yang akhirnya bertanggungjawab. I will be in the
line of fire.

11. Pemasangan jubin di bilik JKDS


 Setiausaha boleh membuat ukuran bilik dan membuat anggaran kos.
 Kita ada AKS yang berkebolehan memasang jubin.
 Beliau telah saya suruh untuk memasang jubin di Bilik Warden.
 Setiausaha juga diminta untuk memaklumkan saya keperluan lain JKDS (jika ada).

Hj Rambli Zainudin
Pengetua
30.01.2009

You might also like