You are on page 1of 26

BAB 6

PENYAMAN UDARA UNIT PISAH (SPLIT UNIT)

6.1 DEFINISI

Penyaman udara jenis ini menggunakan sistem yang sama. Unit ini terbahagi kepada dua iaitu unit dalam dan unit luar. Unit dalam adalah bahagian yang mendinginkan ruang. Manakla unit luar pula dilekapkan pada dinding bahagian luar. Pemasangan Unit Penyaman Udara jenis pisah lekapan dinding adalah lebih

senang dibandingkan dengan pemasangan Unit Penyaman Udara Lekap Siling. Bagi Unit Lekapan Dinding ini kebiasaanya adalah dalam lingkungan kuasa kuda yang lebih kecil (dimana antara 1-2.5 H.P) dan bagi kuasa kuda yang besar biasanya ialah dipasangkan dengan Unit Lekapan Siling.

80

6.2 PENYAMAN UDARA (SERVICE)

6.2.1 Pengenalan

Kerja servis ini perlu dilakukan setiap bulan bagi menjamin keupayaan sistem serta menjaga unit daripada cepat rosak. Semasa melakukan kerja servis ini, seorang juruteknik akan memastikan sesebuah sistem atau unit, berfungsi atau beroperasi dalam keadaan normal atau baik serta menjaga unit tersebut daripada berlaku kerosakan. Juruteknik juga perlu menukar alat yang rosak dengan segera setiap kali kerja servis dilakukan. Secara amnya kerja menservis ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu : 1. Normal Service 2. Overhaul Service 6.2.2 Normal Service Biasanya Normal Service ini dilakukan setiap bulan sekali, iaitu kerja servis ini dilakukan dalam masa yang singkat. Kerja ini juga lebih senang dilakukan jika dibandingkan dengan kerja Overhaul Service, dimana kerja servis ini cuma untuk mengekalkan unit atau sistem agar beroperasi dalam keadaan baik. Kerja yang perlu dilakukan ialah seperti mencuci penapis, membersihkan kipas empar, meniup penyejat dan pemeluwap dengan menggunakan Blower untuk membersihkanya serta melakukan pemeriksaan pada unit seperti tekanan gas bahan pendingin unit tersebut, tali sawat motor, bearing motor dan lain-lain untuk membolehkan unit beroperasi dengan sempurna.

6.2.3. Overhaul Service Overhaul Service ini akan dilakukan jika unit tersebut benar-benar tersumbat pada penyejat dan pemeluwap, dimana ia bergantung kepada sebuah unit tersebut. Secara amnya, sesebuah unit perlu dilakukan Overhaul Service apabila keupayaan sesebuah sistem tersebut menurun atau tidak sejuk, wap kondensasi keluar dari Unit Dalam akibat daripada gelungan penyejat terlalu kotor dan berais.

81

6.2.4 Perbezaan Normal Service dan Overhaul Service. Normal Service Overhaul Service

Kerja dilakukan setiap bulan atau 2 bulan sekali.

Kerja

dilakukan

bergantung

kepada unit tersebut .

Kerja dilakukan secara kasar iaitu mencuci penapis, pemeriksaan unit tanpa membaiki, mengelap panel hadapan membersihkan unit hadapan, dan

Kerja mendalam

dilakukan

secara

pada sesebuah unit penyejat atau bahan seperti

seperti mencuci pemeluwap kimia,

dengan

penyejat

membaiki

pemeluwap dengan blower dan lain-lain.

menambah gas bahan pendingin, menukar bering dan lain- lain.

6.2.5. Unit-unit yang perlu dilakukan servis bagi setiap bulan. Unit penyaman udara jenis tingkap (window Unit) Unit penyaman udara jenis pisah (Split Unit ) Unit penyaman udara jenis kemas siap (Peckage Unit)

6.2.6. Normal service

Menservis Unit Penyaman Udara Jenis Pisah (Split Unit) Kerja menservis penyaman udara jenis split adalah lebih kurang sama dengan menservis unit penyaman udara jenis tingkap,iaitu seperti mencuci penapis dan lainlain. Ini kerana komponen ini hampir sama cara menservisnya.

82

Alat-alat yang digunakan : i. ii. iii. iv. v. Pemutar skru jenis Philip Blower Kain Pen penguji Lampu bateri

6.2.7. Langkah melakukan kerja menservis

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Hentikan sistem Cabutkan penapis dan cucikan Gunakan blower untuk meniup sirip kipas empar dan gelungan penyejat. Gunakan blower,tiupkan juga gelungan pemeluwap. Dengan menggunakan kain bersih, lapkan penal unit. Pasangkan balik penapis dan jalankan system. Pastikan sistem beroperasi dalam keadaan normal dan tiada berlaku sebarang kebisingan pada system.

6.2.8. Overhaul service penyaman udara jenis pisah Tujuan Overhaul Service dilakukan ialah untuk membuang segala kekotoran dan habuk tersangkut dicelah sesirip.sirip-sirip penyejat dan pemeluwap yang tersumbat disebabkan habuk, kesan penyejukan akan menjadi tidak begitu sempurna dan pengeluar angin juga turut dikurangkan. Masalah yang biasa timbul ialah bilik menjadi tidak begitu sejuk dan permukaan gegelung membeku menjadi ais. Disebabkan Unit Penyaman Udara Jenis Pisah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Unit Dalam dan Unit Luar, maka kerja membuat Overhaul Service juga berbeza dengan Unit Penyaman Udara Jenis Tingkap. Dimana kerja membuat servis adalah lebih susah jikalau berbanding dengan Unit Penyaman Udara Jenis Tingkap. Kerja menservis Unit Dalam dan Unit Luar tidak dilakukan sekali, dimana kerja menservis akan bergantung kepada kekotoran yang terdapat pada unit tersebut.

83

Alat-alat yang digunakan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Spanar Boleh Laras Tolok Pancarongga Pemutar Skru Jenis Philip Air Pam Pam Angin Atau Blower Gas R-22 Insulation Bahan kimia (Chemical Coil Cleaner) Berus Paip Air Jenis Getah

6.2.9 langkah melakukan kerja menservis.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Lakukan Pump Down Cabutkan Unit Luar Dan Unit Dalam Cucikan Unit Dalam Dan Unit Luar Pemasangan Balik Unit Dalam Dan Unit Luar Lakukan Proses Pelegaan (Purge Proces) Uji kebocoran Gas Bahan Pendingin Jalankan Sistem Isikan Gas Bahan Pendingin (R-22)

6.2.10 Pump Down Tujuan pump dilakukan ialah untuk menyimpan gas bahan pendingin pada unit luar atau disimpankan dalam pemeluwap. Tujuan ini adalah untuk menjimatkan gas bahan pendingin supaya tidak terbuang begitu sahaja setiap kali unit dicabut. Langkah ini perlu dilakukan secara berpasangan, ia juga perlu dilakukan oleh pekerja yang berpengalaman untuk mengelakkan pemeluwap daripada terbocor akibat tekanan yang kuat dari pemampat.

84

Alat-alat yang digunakan: i. ii. Tolok Pancarongga Allen key

iii. Spanar Boleh Laras Langkah-langkah kerja pump down i. ii. Cabutkan penutup pada Injap Tiga Hala. Pasangkan Tolok Pancarongga pada Saluran Sedutan dan Saluran Singkiran. iii. Dengan menggunakan Allen key, kuncikan separuh lubang kedua-dua saluran tersebut mengikut pusingan jam. iv. Kuncikan Saluran Singkiran, (Tujuanya ialah untuk mengelakkan gas bahan pendingin daripada masuk ke penyejat) v. Berpandukan pada Tolok Pancarongga, apabila jarum pada tekanan rendah turun ke angka 0, dengan serta kuncikan Saluran Sedutan. ( Tujuanya ialah untuk membahagikan gas bahan pendingin disedut masuk ke Pemeluwap

dan Pemampat untuk disimpan ) vi. Pada masa yang sama, serta merta hentikan system dengan meminta bantuan daripada kawan seorang lagi. (Tujuan ini adalah untuk memampat dan akhirnya boleh

mengelakkan pemampat daripa terus

menyebabkan tiub pemeluwap meletup akibat daripada tekanan yang kuat.

Gambarajah 6.2.8 : Peralatan yang Digunakan bagi kerja servis

Gambarajah 6.2.9 : Kerja membersih penyejat dengan chemical.

85

6.3 UNIT DALAM DAN UNIT LUAR

Unit Dalam dan Unit Luar perlu dicabutkan untuk dicucikan dan pemeluwap masingmasing. Langkah ini perlu dilakukan selepas melakukan proses Pump Down untuk menjimatkan gas bahan pendingin.

Alat-Alat Tangan Dan Bahan Yang Digunakan: i. ii. iii. Spanar Boleh Laras Pisau Pita Kertas

iv. Pita Hitam 6.3.1 Langkah-langkah kerja unit dalam i. ii. Lakukan proses Pump Down Tanggalkan penal hadapan Unit Dalam dengan menggunakan Pemutar Skru Jenis Philip. iii. Cabutkan pendawaian yang masuk ke unit dan balutkanya dengan pita hitam. iv. Potong getah insulation yang membalutkan kedua-dua saluran tiub pada bahagian nat. v. Gunakan dua batang Spanar Boleh Laras,bukankan nat pada kedua-dua saluran tiub pada bahagian nat. vi. Balutkan kedua-dua saluran tersebut dengan menggunakan Pita Kertas untuk mengelakkan kekotoran dan air daripada masuk ke dalam tiub. vii. Tegakkan balik kedua-dua saluran tiub dan tanggalkan Unit Dalm daripada Plat Pemasangan, dengan perlahan-lahan tarikkan saluran tiub tersebut keluar dari lubang. viii. Balutkan juga lubang pada kedua-dua saluran tersebut dengan pita kertas bagi mengelakkan kekotoran dan air daripada masuk semasa mencuci.

86

6.3.2 Langkahlangkah kerja unit luar:

i.

Lakukan proses Pump Down dan hentikan system.

ii. Cabutkan kedua-dua nat saluran tersebut dengan Spanar Boleh Laras. iii. Balutkan keempat-empat saluran dengan pita kertas, tujuanya ialah untuk mengelakkan kekotoran dan air daripada masuk ke dalam tiub. iv. Cabutkan pendawaian pada unit tersebut dan balutkan dengan pita hitam. v. Cabutkan juga nat yang mengikatkan keempat-empat kaki unit dengan Spanar Boleh Laras atau spanar terbuka (13-14). vi. Turunkan unit tersebut dari braket.

6.3.3 Mencuci unit dalam dan unit luar.

Mencuci Unit Dalam Unit Dalam perlu dicucikan dengan air serta bahan kimia (chemical) untuk menanggalkan kekotoran yang terlekat pada sirip-sirip gelungan penyejat.

Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang perlu digunakan:

i. ii. iii.

Pemutar Skru Jenis Philip Pam Air (Water Pump) Paip Air Getah

iv. Blower (Pam Angin) v. Berus

vi. Bahan kimia (Chemical Coil Cleaner)

87

Kerja-kerja yang dilakukan: i. Cabutkan Penal Hadapan Unit Luar dan cucikan.

ii. Cabutkan bahagian elektronik dan letakkan pada tempat yang kering. iii. Cabutkan sirip kipas empar dan motor kipas. Cucikan sirip kipas tersebut. iv. Cabutkan penutup-penutup unit lain dan cucikan. v. Keluarkan gelungan sirip penyejat dan siramkan air ke sirip tersebut. vi. Campurkan bahan kimia (Chemical Coil Cleaner) dengan air. vii. Semburkan bahan kimia (Chemical Coil Cleaner) ke permukaan sirip dan ke bahagian dalam gelungan. viii. Biarkan gelungan tersebut selama beberapa minit sehingga buih-buih putih atau kekotoran keluar ke permukaan sirip. ix. Pasangkan Water Pump (air Pam) dan hidupkan pam tersebut. x. Semburkan air yang berpecutan kuat ini dan gunakan berus untuk memberus permukaan sirip gelungan penyejat sehingga gelungan penyejat tersebut dianggap bersih. xi. Bersihkan tapak unit dan lapkan supaya kering. xii. Keringkan semua penutup dan komponen, samada dengan menggunakan kain untuk mengelapnya atau dengan menggunakn blower atau pam angin meniupnya. xiii. Pasangkan balik semua bahagian unit tersebut seperti sirip kipas empar, motor kipas, sirip gelungan penyejat, papan komponen-komponen

elektronik dan penutup-penutupnya.

Mencuci Unit Luar Cara-cara mencuci Unit Luar adalah sama dengan cara mencuci Unit Dalam. Dimana tujuan mencucinya ialah untuk menanggalkan kekotoran yang terlekat pada sirip-sirip gelungan penyejat.

88

Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang digunakan: i. Pemutar Skru Jenis Philip

ii. Pam Air (water Pump) iii. Paip Air Getah iv. Blower (Pam angin) v. Berus vi. Bahan Kimia (Chemical)

Kerja-kerja yang dilakukan:

i.

Cabutkan penutup-penutup unit tersebut dan bersihkannya.

ii. Cabutkan motor kipas dan motor kipas. iii. Tutupkan papan eletronik dengan beg plastik yang besar. (Tujuanya ialah untuk mengelakkan ia terkena air apabila dicuci nanti). iv. Siramkan air ke gegelung penyejat. v. Campurkan bahan kimia (Chemical) dengan air. vi. Semburkan bahan kimia tersebut ke seluruh gelungan penyejat dan tunggu beberapa minit atau sehingga permukaan gelungan penyejat berbuih atau semua kekotoran keluar ke permukaan gelungan penyejat. vii. Pasangkan Pam Air viii. Semburkan air yang berpancutan kuat ini ke gelungan penyejat untuk mengeluarkan kekotoran dalam yang melekat pada sirip serta menanggalkan bahan kimia tersebut. Beruskan juga permukaan gelungan penyejat dengan berus untuk menanggalkan kekotoran. ix. Bersihkan juga penutup-penutup unit dan lapkannya bagi kering. x. Buangkan beg plastik yang membalut papan elektronik dan tiupkan sehingga kering (jika didapati ada air memasuki )dengan Blower. xi. Pasangkan balik motor kipas dan sebagainya.

* PERINGATAN! : a) Pastikan bahan kimia yang disemburkan ke gelungan penyejat adalah dicampur dengan air yang secukupnya.

89

b) Bersihkan gelung penyejat sebersih mungkin serta pastikan bahan kimia juga ditanggalkan daripada gelungan penyejat. c) Siramkan atau semburkan air ke gelungan penyejat apabila melihat keluaran asap dari gelungan penyejat apabila bahan kimia di semburkan. Ini adalah menunjukkan terlalu pekat bahan kimia yang dicampurkan tadi. 6.3.4 Pemasangan balik Unit Luar dan Unit Dalam

Pemasangan Balik Unit Dalam. Pemasangan balik Unit Dalam adalah lebih sukar jika dibandingkan dengan pemasangan balik Unit Luar.

Alat-alat yang digunakan: i. Pemutar Skru Jenis Philip

ii. Spanar boleh laras 8 dan 10. iii. Getah insulation iv. Pita kertas.

Langkah-Langkah Memasang Balik Unit Dalam: i. Cabutkan penal hadapan unit tersebut. Luruskan kedua-dua saluran tiub.

ii. Angkat naik unit tersebut dan masukkan ke saluran tiub tersebut ke lubang dan gantungkan ke atas plat pemasangan. Pastikan unit digantung dengan betul atas plat pemasangan tersebut. iii. Pasangkan balik panel hadapan unit. iv. Bengkokkan balik tiub saluran mengikut bentuk asal.pastikan menjadi kemek setelah bengkok dibuat. v. Sambungan balik saluran singkiran dan saluran sedutan dengan spanar. vi. Gantikan insulation yang baru,jika insulation yang lama itu tidak rosak atau koyak. vii. Balutkan sambungan insulation dengan pita kertas. viii. Sambungan balik pendawaian pada Unit Dalam. tiub tidak

90

Pemasangan Balik Unit Luar Alat-alat yang digunakan i. Pemutar Skru Jenis Philip

ii. Spanar Boleh Laras

Langkah-Langkah Memasang Balik Unit Luar: i. Letakkan balik unit luar ke atas braket dan ikatkan keempat-empat kaki unit dengan nat. ii. Sambungkan balik saluran sedutan dengan spanar boleh laras dan jangan sambungkan saluran singkiran dimana tujuanya ialah untuk melakukan Proses Pelegaan nanti. iii. Sambungkan juga pendawaian kedalam unit tersebut.

*PERINGATAN : Jangan kuncikan nat saluran tiub tersebut terlalu kuat. Ini adalah kerana untuk mengelakkan pengembangan pada tiub itu pecah dan menyebabkan kebocoran gas bahan pendingin.

6.3.5 Lakukan Proses Pelegaan ( Purge Proces)

Semasa unit dicabut, udara dan habuk pada sekeliling akan masuk ke dalam tiub, maka untuk mengeluarkan habuk-habuk dan udara tersebut, proses pelegaan perlu dilakukan. Dimana tujuan proses ini dilakukan ialah untuk membersihkan kekotoran dan udara yang ada dalam tiub.

91

Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang digunakan: i. ii. Tolok Pancarongga Spanar Boleh Laras

iii. Gas Bahan Pendingin (R-22)

Langkah-Langkah yang perlu dilakukan ialah: i. Cabutkan penutup tiga hala dengan spanar

ii. Pasangkan Tolok Pancarongga pada unit. iii. Pasangkan saluran servis di tolok ke tong gas bahan pendingin (R-22) dan bukakan injap pada tong gas bahan pendigin. iv. Bukakan injap pada bahagian tekanan tinggi (saluran singkiran), gas bahan pendingin akan masuk kedalam saluran tiub melalui saluran singkiran dan keluar ke saluran sedutan. Dengan menggunakan ibu jari, tekankan dengan kuat untuk menahan gas bahan pendingin daripada keluar dan lepaskanya, untuk mengeluarkan kekotoran dan udara yang ada didalam tiub. Lakukan langkah ini berulang kali. v. Biarkan gas bahan pendingin keluar dari saluran tiub sedutan, sambungkan saluran tiub tersebut keunit. Selepas menyambungkan balik saluran tiub tersebut, tutupkan injap pada tolok.

Gambarajah 6.3.4 : memasang semula unit dalam

92

6.4. LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN PENYAMAN UDARA UNIT PISAH

Peralatan yang digunakan:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Pemandu Spanar Alat-Alat Flaring Tolok pancarongga Spanar Paip P.V.C Gergaji Besi Mesin Gerudi Tangan Dinding (drill hammer) Tukul Besi Keseimbangan Air (Water Level) Pahat Besi Pen Penguji Skru Drive Jenis Philip Tolok pancarongga Kunci allen

Bahan-bahan yang digunakan:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tiub Kuprum pipe Insulation Bolt Pengembang Skru Besi Segi Sabun

6.4.1 Pemasangan Unit Dalam

a. b. c.

Memasang plat pemasangan (Plat Panel) Menggerudi satu lubang pada dinding. Memasang Unit Dalam diatas Plat Pemasangan

93

1. Memasang Plat Pemasangan

Plat ini dipasang pada dinding untuk memegang unit dalam pada suseatu ruang. Langkah-langkah pemasangan adalah seperti berikut:

a) Pastikan terlebih dahulu kawasan yang hendak didinginkan dan kawasan yang sesuai untuk meletakkan unit dalam. b) Tanggalkan plat unit dalam pada bahagian belakang unit luar. c) Lekapkan plat ke dinding. d) Kemudian, gunakan penimbang air (water level) untuk mendapat keseimbangan yang sesuai dan tandakan menggunakan pen marker pada lubang yang telah disediakan pada plat. e) Tanggalkan plat dari dinding. f) Gunakan drill hammer untuk membuat lubang. (Pastikan saiz yang digunakanadalah sesuai). g) Masukkan wallplug. h) Letakkan plat pada dinding dan kunci plat tersebut menggunakan skru yang sesuai. (Pastikan skru yang diikat kuat agar unit dalam tidak terjatuh). 2. Membuat Satu Lubang Pada Dinding Ditepi Plat Pemasangan

Lubang ini dibuat bagi menghubungkan unit dalm dengan unit bahagian luar. Pada lubang ini tiub kuprum, wayar, dan paip buangan air akan disalurkan ke luar. Berikut adalah langkah-langkah untuk menebuk lubang:

a) Pastikan lubang yang hendak ditebuk setelah plat dipasang. b) Gerudikan lubang tersebut disebelah kanan atau kiri plat. Pastikan lubang ditebuk dengan berhati-hati agar mata gerudi tidak patah. c) Pastikan lubang yang ditebukagak besar supaya penyambungan dapat dikeluarkan dengan mudah. d) Setelah selesai proses menebuk bersihkan tempat kerja tersebut.

94

3. Pemasangan Unit Dalam Ke Plat Pemasangan (Braket)

a)

Bongkahkan panel hadapan Unit Dalam. Tujuan membongkahkan panel hadapan ialah untuk mengelakkan panel hadapan daripada rosak akibat terlanggar dinding serta untuk menyenangkan pemasangan wayar ke Unit Luar.

b) c)

Tanggalkan tiub kuprum dan hos pengaliran dari badan Unit Dalam. Luruskan tiub kuprum tersebut dan balutkan hos pengaliran dengan tiub kuprum dengan tape hitam.

d)

Pastikan bahawa hos pengaliran adalah dibawah tiub kuprum dan semakin condong atau pad paras yang sama ke luar.

e)

Kawat penyambungan dari Unit Dalam ke Unit Luar juga perlu diikat bersama dengan tiub kuprum dan tiub dan tiub kuprum dan tiub penyaliran untuk mengeluarkan ke bahagian luar. Tujuannya ketiga-tiga bahan perlu di ikat bersama-sama ialah untuk memudahkan kerja untuk mengeluarkan semua sekali ke bahagian luar serta untuk mencantikkan lagi susunan paip tersebut

f)

Selepas siap pembalutan dilakukan, masukkan tiub kuprum, hos pengaliran dan kawat penyambungan yang dibalut ke dalm lubang yang dibuat tadi.

g)

Selepas unit hampir ke dinding, sangkutkan unit tersebut ke bahagian atas Plat Pemasangan. Pastikan kedua-dua penyangkuk yang terdapat pada Unit Dalam disangkut pada Plat Pemasangan.

h)

Cara memastikan samada unit disangkut baik atau tidak , ialah dengan menggerakkan unit tersebut ke kiri atau ke kanan, jika unit tidak boleh bergerak, ini menunjukkan unit telah disangkut dengan baik.

6.4.2 Pemasangan Unit Luar

1. Membuat Braket 2. Memasang Braket pada Dinding 3. Memasang Unit Luar pada dinding

95

Sebelum pemasangan unit luar dilakukan, terdapat beberapa faktor yang perlu diikuti agar pemasangan dapat dilakukan:

a) b)

Pastikan terlebih dahulu tempat untuk meletakkan unit luar. Pastikan kawasan yang ingin diletakkan mempunyai peredaran udara agar proses penyejukkan pemeluwap lebih baik.

c) d)

Pastikan kawasan tersebut mudah untuk dilakukan proses servis. Kedudukan unit luar dan unit dalam perlulah hampir agar dapat menjimatkan kos dan unit lebih cepat sejuk.

1. Memasang Braket Pada Dinding

a)

Pastikan dinding yang dipilih tersebut cukup kukuh untuk menggantungkan unit tersebut.

b)

Letakkan braket pada dinding dan tandakan lubang yang hendak digerudi pada dinding.

c)

Selepas tanda-tanda dibuat, gerudikan lubang tersebut dengan menggunakan mesin gerudi elektrik (drill hammer). Masukkan wallplug ke dalam lubang dan ketuk dengan penukul besi, kemudian ketatkan netnya menggunakan spanar.

d)

e)

Dengan menggunakan langkah yang sama, pasangkan braket yang sebelah.

2. Pemasangan Unit Luar

Oleh kerana unit luar berat, pastikan nat diikat dengan ketat agr unit tidak jatuh dan membahayakan pengguna. Unit ini juga memerlukan dua orang pekerja untuk mengangkat unit ke tapak braket. Kemudian unit luar juga perlu diikat pada tapak braket agar unit tidak jatuh disebabkan unit luar memgandungi kompressor, ianya amat berat dan bergegar ketika unit beroperasi.

96

6.4.3. Penyambungan tiub kuprum antara unit dalam dan unit luar.

Setelah selesai pemasangat unit luar dan unit dalam, barulah penyambungan tiub dapat dilakukan. Tersebut adalah langkah bagi menyambung kedua-dua unit:

1. Penyediaan tiub kuprum 2. Penyambungan tiub kuprum. 3. Ukuran antara Unit Dalam dan Unit Luar. 4. Cara-cara memotong, membuat pengembangan pada hujung tiub, membuat swaging pembersihan gerigis dalam tiub dan membengkok tiub dengan menggunakan pembengkok jenis tuil.

1. Penyediaan Tiub Kuprum

Tiub Kuprum perlu disediakan apabila kerja penyambungan tiub kuprum hendak dijalankan. Disediakan saiz diameter tiub kuprum pada Saluran Nyah cas adalah tidak sama dengan saiz diameter pada saluran Sedutan maka selepas penyediaan tiub kuprum disediakan dan pastikan juga tidak tersilap pasang apabila hendak disambungkan, dimana bagi saluran Nyahcas, saiz diameter Saluran sedutan.Selain daripada ketidak sama saiz diameter pada kedua-dua saluran, ketidak samaan Kuasa kuda pada sistem juga akan menyebabkan ketidak samaan saiz diameter tiub kuprum.

Contohnya seperti jadual dibawah:

MODEL/KUASA KUDA

SALUIRAN SEDUTAN (SUCTION VALVE)

SALURAN SINGKIRAN (LIQUID VALVE)

51MSA009 (1 KUASA KUDA)

3/8

97

51MSA012 (11/2 KUASA KUDA)

51MSA024 (21/2 KUASA KUDA)

5/8

51SNA024 (21/2 KUASA KUDA)

5/8

Jadual 6.4.1

2. Penyambungan Tiub Kuprum

a) b)

Panjang ukuran diantara Unit Dalam dan Unit Luar. Cara-cara memotong, membuat pengembangan pada hujung tiub, membuat swaging, pembersihan gerigis dalam tiub dan membengkok tiub dengan menggunakan pembengkok jenis tuil.

c) d)

Penyambungan tiub kuprum ke Unit Dalam Penyambungan tiub kuprum ke Unit Luar.

Panjang Ukuran Diantara Unit Dalam dan Unit Luar disebabkan pemaipan yang dibuat adalah mengikut laluan yang paling pendek dari Unit Dalam ke Unit Luar. Walaubagaimanapun kadang-kadang ia perlu melalui tempat yang bengkok maka tiub kuprum juga perlu dibengkokkan mengikut dinding tersebut. Dengan ini, kita perlu pandai megukur dan pastikan ukuran yang dibuat adalah betul apabila pembengkokkan tiub dilakukan.Jarak panjang dari Unit Dalam ke Unit Luar perlu diambil perhatian dimana jarak pemanjangan tiub kuprum dari Unit dalam ke Unit Luar tidak boleh terlalu panjang kerana ini akan menyebabkan berlakunya masalah pada sistem jika terdapat pemaipan yang terlalu panjang . selain daripada itu , pastikan juga jarak ketinggian antara Unit Dalam dengan Unit Luar juga tidak terlalu tinggi.

98

Masalah-masalah yang akan berlaku pada sistem jika terdapat tiub kuprum yang terlalu panjang serta tinggi adalah seperti di bawah:-

1. 2.

Gas bahan pendingin lambat dihantar balik ke pemampat. Ketidakmampuan pemampat memampatkan gas bahan pendingin ke tempat yang jauh serta tinggi.

3.

Memerlukan gas bahan pendingin yang banyak.

3. Pemotongan Tiub Kuprum Yang Terlalu Panjang

Pemotongan tiub kuprum perlu dibuat dengan mengunakan Pemotong Tiub Kuprum (Copper Cutter), ini adalah kerana menggunakan pemotong tiub ini , gerigis adalah kurang jika dibandingkan dengan menggunakan gergaji besi. Walaubagaimanapun, kegunaan pemotong tiub ini juga boleh menyebabkan tiub daripada menjadi kemek jika cara-cara menggunakan pemotong tiub adalah salah. Untuk mengelakkan tiub kuprum daripada kemek, langkah-langkah dibawah ini perlu diambil perhatian.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan tiub menjadi kemek :

1. 2. 3.

Bukakan gelungan tiub dan lingkarannya dan luruskan. Ukur panjang yang diperlukan dengan pembaris keluli dan tandakan . Pastikan panjang tiub kuprum yang dipotong tersebut adalah panjang sedikit daripada ukuran sebenar yang didapati kerana untuk

mengelakkan daripada berlakunya ketidak cukup panjang tiub kuprum yang dipotong. 4. Semasa proses pemotongan, letakkan tiub kuprum ditengah-tengah roda alat pemotong dan ketatkan serta pusing perlahan-lahan pemotong tiub serta mengetarkan pemutarnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan daripada menjadi kemek sehingga tiub tersebut dipotong.

4. Membersihkan Gerigis Tiub Kuprum Yang Telah Dipotong (Melulas)

Semasa melulas tiub, pastikan tidak terlalu berlebihan kerana ini akan menipiskan ketebalan sebenar tiub kuprum tersebut. Hujung tiub kuprum perlu dilulaskan untuk

99

membuangkan sebarang serpihan yang terhasil didalam atau luar tiub semasa proses memotong tiub dilakukan. Melulas boleh dilakukan dengan menggunakan penulas yang sedia ada pada alat pemotong atau dengan menggunakan Penulas tangan, penulas tangan ini boleh digunakan untuk menulas bahagian dalam dan luar yang bergaris pusat diantara 5-38 mm. Cara-cara melakukan kerja melulas ialah halakan muncung atau hujung tiub tersebut ke bawah dan lakukan kerja melulas dengan menggunakan Penulas Tangan. * PERINGATAN

1.

Hujung tiub perlu dihalakan ke bawah setiap kali melakukan kerja melulas, tujuanya ialah untuk mengelakkan daripada serpihan besi atau kotoran daripada masuk semula ke dalam tiub tersebut.

2.

Penulasan perlu dilakukan kerana untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran gas.

6.5 MENGUJI KEBOCORAN GAS BAHAN PENDINGIN. Kebocoran gas bahan pendingin ini biasanya dilakukan pada nat-nat saluran tiub tersebut . pengujian ini perlu dilakukan kerana kita tidak tahu sama ada sambungan yang yang kita sambung itu bocor atau tidak,walaupun bahagian ini kurang berlaku kebocoran. Bahan yang digunakan untuk menguji kebocoran adalah larutan buih sabun. Dimana cara menguji kebocoran ini ialah dengan meletakkan larutan buih sabun pada sambungan nat tersebut dan perhatikan dengan teliti keadaan buih sabun tersebut, jika terdapat kebocoran, buih sabun tersebut akan membesar atau mengembang dan jika tiada kebocoran, buih sabun tidak akan berubah dan semakin hilang.

Alat-alat tangan dan bahan-bahan yang perlu digunakan:

i. ii.

Tolok Pancarongga Kunci allen.

100

6.6 MENUKAR PEMAMPAT PENYAMAN UDARA UNIT PISAH.

Pemempat disebut sebagai jantung bagi sesebuah sistem penyaman udara kerana emampat mengepam bahan pendingin ke seluruh sistem seperti jantung mengepam darah ke seluruh darah.Tanpa pemampat sistem tidak akan berfungsi normal dan tiada penyejukan berlaku.Tanpa pemampat sistem tidak akan berfungsi normal dan tiada penyejukan asas.Fungsi pemampat adalah :

1. Untuk memampatkan gas bahan pendingin untuk dihantar keseluruh sistem. 2. Untuk menyelenggara perbezaan tekanan rendah dan tekanan tinggi. 3. Gabungan kedua-dua di atas :

Terdapat 2 perkara akan berlaku dalam proses di atas iaitu : 1. Suhu dan tekanan di pemeluwap akan naik,membolehkan proses penyingkiran berlaku.Haba ini diserap oleh air atau udara sekeliling yang bertindak sebagai bahan media pendinginan. 2. Suhu dan tekanan dipemeluwap akan menjadi rendah dan ini membolehkan bahan pendingin mendidih dan menyerap haba dalam sistem atau sekelilingnya.

6.6.1 Cara-cara Menukar Pemampat 1. Sediakan peralatan seperti set kimpalan gas,playar,pemutar skru,tolok pancarongga,bahan dingin dan spana boleh laras. 2. Bukakan penutup sistem dan tanggalkan. 3. Jika dalam sistem mengandungi gas,sambungkan hos tekanan rendah tolok pancarongga pada saluran kembali pada sistem. 4. Buangkan hos daripada sistem dengan membuka injap tekanan rendah. 5. Setelah gas habis dibuang,tutup injap tekanan rendah dan tanggalakan hos tersebut dari sistem.

101

6. Nyalakan set kimpalan gas panaskan saluran kembali dan saluran tekanan tinggi pada pemampat dan bakar sehingga permukaan tiub tersebut merah dan rod pengisi cair,kemudian cabutkan perlahan-lahan tiub tersebut dengan menggunakan playar. 7. Setelah kedua-dua saluran paip tersebut ditanggalkan,tutup set kimpalan gas. 8. Longgarkan skru pada kaki pemampat dan tanggalkan skru tersebut. 9. Setelah itu tanggalkan pemampat daripada sistem. 10. Masukkan kembali pemampat yang baru ke dalam sistem. 11. Ikatkan kaki pemampat dengan skru sehingga ketat. 12. Masukkan kembali saluran tiub kuprum yang dicabutkan tadi mengikut saiz tiub pada pemampat. 13. Nyalakan set kimpalan gas dan kimpal bahagian sambungan tiub tadi dengan menggunakan rod silifos. 14. Setelah tiub tadi dikimpal rapi,pasangkan hos tekanan rendah tolok pancarongga pada saluran kembali sistem.Hos servis disambungkan pada bahan dingin. 15. Lakukan pengungsian dan masukkan gas ke dalam sistem dan lakukan pemeriksaan kebocoran pada tempat yang dikimpal tadi dengan buih. 16. Setelah selesai sambungkan pendawaian pada terminal pemampat dengan mengikut pada common,starting dan running. 17. Tanggalkan hos servis dan sambungkannya kepada pam vakum dan hoskan tekanan tinggi tolok sambungkan kepada saluran tekanan tinggi.Vakum sistem selama setengah jam. 18. Setelah selesai menvakum sistem,tanggalkan hos servis tolok dan sambungkan kepada silinder gas bahan pendingin dantutup injap hos tekanan tinggi. 19. Masukkan gas ke dalam sistem sehingga penuh. 20. Kepikan meter amprobe pada wajar hidup dan on sistem. 21. Masukan gas ke dalam sistem berpandukan bacaan meter amprobe.Setelah gas diisi dengan secukupnya,biarkan hos pancarongga dan meter amprobe daripada sistem. 22. Jika ada masalah,tanggalkan hos tolok pancarongga dan meter amprobe daripada sistem. 23. Tutup kembali penutup luaran sistem.

102

6.6.2. Pemeriksaan dan menampal bocor pada penyejat dan pemeluwap. Pengenalan Lingkaran penyejat dan pemeluwap dibuat daripada bahan kuprum dan siripnya dan siripnya dibuat daripada alumunium lembut maka dengan sebab itu permukaan penyejat dan pemeluwap mudah bocor dan patah jika tidak dikendalikan dengan betul.Penyejat berfungsi sebagai medium penyerapan haba dan pemeluwap pula sebagai medium penyingkiran haba.

Cara-cara Pemeriksaan 1. Sediakan kelengkapan seperti takung air,tolok pancarongga,gas bahan dingin dan buih asbun. 2. 3. Tanggalkan permukaan komponen tersebut dari sistem. Sambungkan hos tekanan rendah pada saluran kembali pada komponen tersebut,hos servis disambungkan pada silinder gas bahan dingin dan saluran tekanan tinggi pada komponen tersebut dengan nat mati(stop cock). 4. Masukkan gas ke dalam komponen tersebut,periksa setiap permukaan lingkaran dengan menggunakan buih sabun.Jika dengan buih sabun masih tidak mencukupi maka cara yang lain perlu dilakukan. 5. Sediakan takung dan isikan air secukupnya untuk menggelamkan permukaan komponen tersebut. 6. Setelah itu rendamkan permukaan komponen tersebut dan periksa di mana terdapatnya kebocoran. 7. JIka terdapat kebocoran pada saluran tiub tersebut maka kimpal bahagian yang bocor dengan menggunakan rod silifos. 8. Jika tiada kebocoran lain angkat komponen tersebut daripada takungan air dan blowerkan hingga kering. 9. Tinggalkan hos servis daripada silinder gas bahan dingin.Buka injap tekanan rendah pada tolok dan lepas gas keluar. 10. Buka hos tekanan rendah yang disambungkan tadi serta nat mati yang diketatkan tadi. 11. 12. Pasangkan kembali komponen tersebut ke dalam sistem. Kemaskan tempat kerja. 103

6.6.3. Menguji Pemampat.

Pengenalan Menguji pemampat adalah untuk mengetahui bahawa pemampat berkenanan masih berada dalam keadaan baik.Setiap pemampat yang baru harus diuji terlebih dahulu supaya ianya tidak mendatangkan masalah kelak.Bagi pemampat yang baru dibiaki dan perlu dipasang terus kepada sistem,ianya perlu diuji terlebih dahulu apabila berada dalam rangka sistem dengan menggunakan pendawaian kembali tanpa menyambung pemaipannya terlebih dahulu.Bagi pemampat yang baru atau dibiaki dan untuk disimpan dalan stok,ia harus diuji terlebih dahulu supaya berada dalam keadaan baik.Pemampat tergolong dalam pelbagai jenis kuasa kuda(HP).Pada kebiasaannya,pemampat yang perlu diuji terlebih dahulu secara terus mempunyai kuasa kuda diantara 1 hingga 10 Hp dan ianya adalah golongan pemampat jenis kedap udara.

Cara-cara menguji pemampat. 1. Sambungkan pendawaian pada pemampat seperti biasa. 2. Setelah pendawaian dicantumkan,kepikan atau lekatkan meter amprobe pada wayar hidup yang dicantumkan pada terminal common pemampat dengan larasan 60 ampere. 3. Hidupkan sistem. 4. Periksa bacaan pada meter amprobe yang dipasang.Kebiasaanya bacaan arus pada meter amprobe adalah berlainan iaitu mengikut kadaran kuasa kuda sesuatu jenis pemampat. 5. Setelah itu,gunakan jari untuk menutup saluran pemaipan pada pemampat iaitu pada paip tekanan tinggi dan rendah.Kebiasaan saluran paip tekanan tinggi adalah bersaiz kecil dan paip tekanan rendah bersaiz besar. 6. Apabila lubang kedua-dua pemaipan telah ditutup,kita dapat membuat kesimpulan bahawa paip tekanan tinggi akan menhembus udara keluar dan paip tekanan rendah akan menyedut udara. 7. Setelah itu,matikan sistem dan tanggalkan meter amprobe dan semua wayar yang dilekat tadi.

104

8. Buatkan satu penyambungan pemaipan pada saluran tekanan rendah dan kimpalkan. 9. Pada saluran tekanan tinggi pula,sambungkan dengan tiub kuprum yang telah dibuat swaging untuk meletakkan meter tolok pancarogga,pastikan penyambungan tiub kuprum dikimpal silifos. 10. Ketatkan meter tolok pancarongga pada swaging yang dibuat. 11. Sambungkan hos tolok pada meter tersebut dan buat satu lagi puncanya dilekatkan pada vakum. 12. Kemudian vakum sistem selama 15 minit ke 30 minit. 13. Setelah selesai menvakum sistem,tanggalkan hos pada pam vakum dan sambungkan pula kepada injap silinder gas R-22. 14. Buka injap pada silinder gas dan lakukan pengunsian. 15. Masukkan gas dengan kadaran 20 psi. 16. Selepas itu,kepitkan bahagian tiub kuprum dan potong paip tersebut di atas pada tempat dikepitkan tadi dan kimpalkan.

Gambarajah 6.5.3 Menguji pemampat.

Gambarajah 6.5.2 : Pemampat yang sudah ditukar.

105

You might also like