You are on page 1of 7

Abad ke 21 2.

1 Pendidikan Abad ke-21 Pendidikan merupakan asas penting kepada setiap individu kerana ia dapat membentuk keperibadian individu yang berakhlak tinggi, berpengetahuan, bijak dan tegas dalam membuat keputusan agar dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara. Menurut Mohd Najib (1997), pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, YAB Datuk Seri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1991), Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal, kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. Pendidikan mempunyai tafsiran yang berbeza dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan fungsinya. Pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi ke arah gaya pendidikan abad ke21 yang lebih menekankan kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Menurut pandangan Mumtaz Begam dan rakan-rakan (2002), abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada

penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa, dan

perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang. Razali Ismail (2002) juga mengatakan abad ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Kemajuan teknologi maklumat pada masa kini telah memberikan pengaruh yang besar kepada ekonomi, politik, sosial dan tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad ke-21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan di Malaysia dapat dilihat dengan jelas apabila kemasukan pelajar dari luar negara ke universiti-universiti tempatan dan swasta semakin meningkat dari tahun ke tahun. Seiring dengan perkembangan teknologi pada abad ini, kewujudan Sekolah Bestari turut memberi sumbangan ke arah pencapaian pendidikan bertaraf dunia apabila perkembangan ICT di seluruh dunia turut mempengaruhi Malaysia. Sekolah Bestari merupakan satu agenda dalam

program pendidikan sebagai persediaan abad ke-21 di mana pelaksanaannya adalah untuk mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pengurusan pembelajaran dan pentadbiran. Pembestarian sekolah adalah proses yang berterusan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dan

memfokuskan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Penggunaan ICT dikalangan pelajar dan guru amat digalakkan bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Oleh itu, pembestarian sekolah ini perlu dilaksanakan bagi membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT, mengimbangi jurang digital antara bandar, luar bandar dan pedalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Kewujudan Sekolah Bestari pada abad ke-21 ini amat tepat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bijak, berpengetahuan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara. Selain itu, kemudahan infrastruktur ICT di Sekolah Bestari perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Penggunaan teknologi ICT perlu di eksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Peranan pendidikan pada abad ini juga amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abdul Rahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke -21. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan merupakan perkara yang agak baru pada abad ini dan memberikan cabaran yang besar terhadap profesion perguruan. Untuk menerajui bidang pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat bantu mengajar membolehkan guru untuk menyampaikan

pengajaran dengan lebih berkesan, menguruskan pelajar dengan cekap dan menarik minat

pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan pada hari berkenaan. Peranan ICT dalam pendidikan amat penting dan bermanfaat kepada semua pihak kerana ia berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran, membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi, memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum, meningkatkan motivasi guru dan pelajar serta meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar. Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi khasnya seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan abad ke-21 untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, semangat patriotisme dan memelihara perpaduan rakyat sebagai rakyat Malaysia. Setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu dalam merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, inovatif, kritis dan kreatif serta berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan yang berpandukan teknologi juga akan menjadikan sistem pembelajaran pada hari ini semakin maju dan menggalakkan penguasaan dan kegunaan teknologi. 2.2 Guru Abad Ke 21 Secara amnya, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan dalam keperluan guru abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan formal kerana guru menjadi teras yang menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Guru merupakan salah satu komponen utama yang menentukan pelaksanaan kurikulum dan perkembangan generasi akan datang. Antara cabaran guru abad ke 21 adalah melahirkan murid yang berkualiti dan modal insan yang seimbag dan holistik bagi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan. Oleh itu, guru abad ke-21 amat penting dalam melahirkan guru yang professional dan komprehensif. Guru pada abad ke-21 hendaklah menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Salah satu kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan teknologi dapat meningkatkan pencapaian pelajar malah pengetahuan guru tersebut. Guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar melalui penggunaan komputer

seperti slide show, tayangan video dan online kuiz bagi menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Habibah Lateh dan Arumugam Raman (2005) yang mengkaji mengenai koswer iaitu Web

Based Map Reading in Geography menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dari segi
membaca peta, mentafsir peta dan memahami konsep geografi jika dibandingkan dengan penggunaan peta statik. Ini menunjukkan penggunaan peta iaitu peta interaktif yang berbentuk animasi dapat memfokuskan kawasan yang dikehendaki dan mengubah hamparan peta secara topografi, tumbuh-tumbuhan, sempadan dan dapat mencetak peta tersebut. Ciri-ciri seorang guru abad ke-21 menguasai subjek kurikulum di sekolah iaitu berpengetahuan, berkemahiran, berpengalaman dan bersahsiah. Guru yang mempunyai ciri-ciri ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Seorang guru yang berkualiti hendaklah fokus terhadap pencapaian akademik, standard kualiti yang tinggi, persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, suasana pembelajaran yang mencabar dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Selain itu, rancangan pengajaran harian yang disediakan oleh guru hendaklah terancang. Bahan bantu mengajar juga perlulah sesuai dan berkesan dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu, guru pada abad ke 21 hendaklah berkemahiran dan berketerampilan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, bijak mencari maklumat, berkemahiran, memiliki kemahiran interpersonal dan intrapersonal, celik teknologi serta mempunyai nilai moral yang tinggi. Selain itu, guru abad ke 21 hendaklah memahami psikologi pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana teknologi mempengaruhi pembelajaran seperti teori tingkah laku, teori kongnitif dan teori konstruktivisme. Menurut Schuman (1996), teori pembelajaran behaviorisme bermaksud perubahan tingkah laku yang telah dilatih berkali-kali supaya tingkah laku tersebut boleh berlaku secara refleksi. Teori pembelajaran kognitivisme pula menganggap pencapaian berlaku apabila penambahan ilmu pengetahuan dapat mengubah minda seseorang yang juga akan mengubah tingkah lakunya. Manakala teori pembelajaran konstruktivisme pula ialah perubahan yang berlaku melalui pengalaman individu dan memfokuskan kemahiran menyelesaikan pelbagai masalah. Oleh itu, teori pembelajaran mempengaruhi penggunaan teknologi dalam kelas.

2.3

Murid Abad Ke-21 Ciri-ciri murid abad ke 21 adalah seperti berupaya membuat hubung kait, bijak menyoal,

yakin berkomunikasi, berani mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa, mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain, membuat perubahan, berintegriti, berkeperibadian tinggi (Sumber: http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan) 2.4 Kemahiran Abad Ke-21 Murid memerlukan kemahiran abad ke 21 bagi menghadapi cabaran hari ini. Kemahiran abad ke-21 menuntut pembentukan pelajar yang mahir mengaplikasikan literasi digital serta berfikiran kreatif dan kritis serta mempunyai kecemerlangan interpersonal dan kemahiran sosial. Ini amat penting bagi membantu Malaysia mencapai matlamat untuk membangunkan modal insan yang boleh bersaing secara global seperti yang terdapat dalam NKRA. Kemahiran abad ke-21 dilihat amat penting untuk persaingan dan kerjasama global, pembangunan maklumat dan keperluan dalam pasaran pekerjaan. Komponen kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam abad ke-21 masih lagi diperdebatkan di seluruh dunia. Menurut kerangka kemahiran abad ke-21 daripada perspektif kemahiran enGauge, terdapat empat komponen kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh pelajar dan juga guru (NCREL &Metiri Group 2003). Komponen pertama ialah kemahiran literasi era digital. Komponen kedua pula pemikiran inventif, ketiga ialah komunikasi atau interaksi berkesan dan komponen keempat ialah penghasilan produktiviti tinggi. Menurut The

Partnerships

21st

Century

Skills,kemahiran

abad

ke-21

terdiri

daripada

kemahiran

mengubahsuai dan bertanggungjawab, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu, kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal, kemahiran literasi media dan informasi, kemahiran bekerjasama dan interpersonal, kemahiran mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan kendiri dan kemahiran tanggungjawab sosial. Kemahiran abad ke-21 ini diharap dapat membentuk satu menangkap perubahan dalam transformasi struktur, kemajuan teknologi, dan persaingan dalam pasaran kerja. Evolusi tersebut telah didorong perubahan dalam kemahiran yang diperlukan untuk bersaing secara berkesan dalam ekonomi global hari ini.

Menurut Khir (2006), kebanyakan graduan Malaysia kekurangan kemahiran teknikal dan juga kemahiran generik. Pelajar yang tidak memiliki kemahiran tersebut pastinya ketinggalan terutamanya apabila mereka mula meniti alam pekerjaan di mana kesemua kemahiran tersebut perlu ada seiring dengan pembangunan ekonomi dan perkembangan teknologi dalam pasaran global. Oleh itu, guna tenaga kerja yang perlu dihasilkan bagi keperluan masa hadapan perlu dilengkapkan dengan kemahiran teknikal dan juga kemahiran generik seperti pemikiran kreatif, kemahiran analitikal dan mampu menyelesaikan masalah bagi memenuhi keperluan industri yang bakal menempuh pelbagai cabaran. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu dirombak dan berubah seiring dengan keperluan global ini dengan menggabungjalinkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan kemahiran abad ke-21. Sistem pendidikan hari ini perlu mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 bagi memastikan pelajar dapat menghubungkan ilmu yang mereka peroleh dengan kehidupan mereka seharian.Strategi pengajaran berpusatkan murid yang digabungkan dengan teknologi masa kini boleh memperkembangkan kemahiran abad ke-21 yang dituntut bagi menghadapi cabaran pasaran global yang kompetitif. Perkembangan teknologi boleh membantu pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi juga di luar. Kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam kemahiran abad ke-21 terdiri daripada kemahiran pembelajaran dan inovasi ,kemahiran maklumat, media dan teknologi dan juga kemahiran hidup dan kerjaya. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 terdiri daripada kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah komunikasi dan kolaborasi, literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi, maklumat dan komunikasi, fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri,

berinisiatif dan mempunyai haluan diri, kemahiran sosial dan antara-budaya, produktiviti dan akauntabiliti, kepimpinan dan tanggungjawab. Enam prinsip kemahiran abad ke 21 ialah keberhasilan, kurikulum, pentaksiran, hubungan emosi dan sosial, budaya kreativiti dan inovasi dan akses kepada maklumat dan sumber. Literasi maklumat dan teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian kandungan pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, di mana guru merupakan pemberi maklumat sepenuhnya sementara pelajar hanya berperanan menerima maklumat sahaja dan menggunakan maklumat tersebut bagi menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan. Gaya pembelajaran terkini

menggalakkan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri, inkuiri dan penemuan dan juga berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi. Tuntutan kehidupan abad ke-21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak ditenggelami oleh perkembangan teknologi. Arends (2001) menyatakan bahawa guru-guru di zaman teknologi maklumat ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka terima. Gaya pengajaran guru juga harus seiring dengan gaya pembelajaran murid agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu bersikap terbuka serta berupaya menggunakan teknologi pendidikan untuk dikaitkan teori pembelajaran bagi menjadikan pengajaran menjadi lebih bermakna dalam mengembangkan potensi individu yang lebih berkualiti.

You might also like