You are on page 1of 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

OLEH : ERMALYDIA BINTI ABU BAKAR

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

Undang-undang jenayah syariyah atau Kanun Jinayah syariah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syariah.

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ; (a) (b) (c) (d) Hukum Hudud Hukum Qisas Hukum Tazir Diyat

Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegh. Dari segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas AlQuran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim

Maksudnya;

(a) Zina Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan. Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati. (b) Qazaf (menuduh zina) Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukuman : sebat 80 kali

(c) Minum arak Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukuman : sebat 40 kali (d) Mencuri Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman : potong tangan

(e) Merompak Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh; Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara (f) Riddah (murtad); Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan. Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.

Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong.

Dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w kerana kesalahankesalahan yang melibatkan hak individu.

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya (Surah al-Maidah ayat 45)

Maksudnya;

Dari segi bahasa tazir bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atauqisas.
Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

(a) Nasihat Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang. (b) Teguran Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

(c) Ancaman Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
(d) Pemulauan Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

(e) Perisytiharan umum Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
(f) Denda dan merampas harta Iaitu hukuman ta zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

(g) Penjara Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti semasa.
(h) Sebat Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reailiti semasa.

(i) Bunuh Hukuman bunuh bagi kesalahan tazir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat. (j) Buang daerah Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah. (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.

(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.
(c) Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Terima Kasih Daun Keladi Rajin-rajinlah study

You might also like