You are on page 1of 13

Pengenalan Komputer

Peranti input dan output


Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan
pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input,
memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil
'computer'.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti


rajah di bawah.

Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana
arahan dan maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin
oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan
pada komputer. Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan
peranti input. Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan
induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan
serta keluar output di monitor. Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin
monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output.
Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin
pencetak.
Perkakasan dan Perisian
Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja
yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan
terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dari
Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer).
Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza.

Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware)


dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus,
monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya. Perisian pula
adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk
digunakan bagi melaksanakan berbagaibagai tugas. Contoh perisian untuk komputer
peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
Microsoft Office dan sebagainya. Salah satu program sistem operasi percuma yang
mula diiktiraf ialah program Linux.

Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver


menyokong perkakasan agak terhad. Namun peningkatan sokongan program
tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari.
Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan
banyak lagi.

Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-
kerja yang hendak dilakukan. Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan
WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000
lebih sesuai untuk pejabat.

Rajah sebuah cakera keras dan sekeping cakera liut atau disket sebagai perkakasan
dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.

Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga
menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi
popular.
Berjenama dan kion

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon
bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama
di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat
gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan


untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan
sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak
serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk
memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer
yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada
komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau
klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi
tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman
web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.
Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan
kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.
Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat
informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan
komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana
perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja
seketika, kita akan ketinggalan jauh.

Langkah-Langkah Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan
dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan
jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang
dapat menghindar dari kejutan elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah
dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).


Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena
ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana
dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan
tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna),
kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan
sebagainya.

Meja kerja (Work bench)


Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus
mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter
persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai.

Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai


sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau
tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak
digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa
bertugas.

Amaran!!!

Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas
keselamatan tarikh dan logo kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan
perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan
yang telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar
komputer ke pembekal untuk diperbaiki.
Electrostatik

Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami
kerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel
bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan
menyalurkan kesan statik ke bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak
memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.

Nota:

Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static


electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang
boleh menyebabkan kerosakan.

Cara-cara Memegang Kad-kad Litar

Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkan
kad menjadi rosak. Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan
sesekali menyentuh bahagian litar (anak panah) atau terkena komponen yang tidak
bersalut di atas papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B.

Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima dan
membiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.
Komputer Pandangan Depan

Set komputer klon pada rajah akan dipasang mengikut manual ini. Berbagai-bagai
jenis, perkakasan sama ada baru atau terpakai boleh didapati dan dipilih untuk
memasang sebuah komputer idaman hati.

Setelah dikumpul perkakasan yang dikehendaki sedikit demi sedikit, sebuah


komputer klon akan terbina berkat dari minat, keazaman, keberanian dan sedikit
modal. Pengetahuan boleh dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-
kerja pemasangan dengan konfiden.
Komputer Pandangan Belakang

Pandangan dari belakang sebuah komputer kion yang akan dibina mengikut manual
ini. Semua sambungan perkakasan direka berbeza mengikut Perkakasan masing-
masing. Pemasangan perkakasan tidak akan tersilap dan ini satu berita baik kepada
pengguna baru yang mula hendak bedinakjinak dengan komputer.
Perkenalan Perkakasan komputer
Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Komputer Sistem Asas
Komputer Sistem Multimedia
Komputer Internet Tersedia

1. Komputer Sistem Asas


Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan
yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda
mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.

Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.


Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem.
Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa
untuk sistem boleh berfungsi.
Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.
Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke
disket 1.4MB.
Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.
Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.
Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

CPU - Central Processing Unit


HDD - Harddisk drive
FDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory

2. Komputer Sistem Multimedia


Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan
boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke.
Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem
asas seperti di bawah.

Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.


Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.
Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.
Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad
audio.
3. Komputer Internet Tersedia
Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet.
Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari


Internet.
Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu
menyambungkan komputer dengan ISP.

Papan Induk (Mother Board)


Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting
dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak
dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai
perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti,
semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan
boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis
papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.

Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di
pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port
COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan
sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan
kuasa jenis ATX juga.

Komponen-komponen papan induk


Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke
sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang
dimaksudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan
beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa
startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.
Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah
besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada
masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan
menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan
apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900.
Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian
atau perkakasan Y2K serasi.
Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static)
bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan
biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa
tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai
perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh
digunakan, jenis CPU dan lainlain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat
berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.
Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang
sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan induk menggunakan jumper
fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS
setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada
kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM
mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini
kebanyakannya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar
kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian,
terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut. Slot tambahan
AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot
FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan
cakera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1
dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu


papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama. Kebanyakan papan
induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan
voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana


perkakasan jenis USB kini kian banyak. USB 1.1 memindahkan data antara
perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit
sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci


bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan
kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk
perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer


berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan
kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan


maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.
Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang
kali semasa komputer sedang dimulakan.

Bateri Komputer
Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat
perkakasan semasa komputer tidak beroperasi. Ada 3 jenis bateri yang biasanya
terdapat di atas papan induk seperti di bawah,

Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali
di papan induk kini. Untuk menukarkannya amat mudah sekali.

NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi
0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket. Yang bersoket, cip
bateri boleh dicungkil keluar dan diganti. Jarang sekali dilihat bateri jenis ini
sekarang, mungkin sudah pupus.

Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286,
386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi. Bateri jenis ini juga dipateri dan
sangat sukar untuk dikeluarkan. Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan
induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan
pateri,

Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai
siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi
kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak
beroperasi. Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak
atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak
dihidupkan.
Cara-cara menukar bateri jenis Lithium
Ada kalanya bateri terpaksa ditukar dan untuk mengeluarkannya tidaklah susah
sangat. Dengan hujung pensil tekan ikut anak panah A untuk melepaskan bateri
dari cangkuk. Tekan dengan jari ikut anak panah B dan bateri sudah boleh
dikeluarkan ikut arah C.

Tukar bateri dengan jenis yang sama dan pastikan kedudukan tanda positif (+)
seperti sebelum dikeluarkan tadi.

You might also like