You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2012 HBAE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN TUTOR

: : : : : : :

LATIFAH BINTI ZAKARIA 810211125204-001 810211-12-5204 0165868854 latifahza@gmail.com OUM KENINGAU,SABAH EN.THADIUS GUGAU

HBAE1103

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1.2 Mengembangkan Empat Aspek Domain 1.2.1 Aspek Kogitif 1.2.2 Aspek Psikomotor 1.2.3 Aspek Afektif 1.2.4 Aspek Kreativiti dan Sosial 2.1 Empat Organisasi 2.1.1 Pemerhatian secara aktif 2.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

2 3 4 6 7 8 10 10 11 12 13 13 18 19

2.1.3 Apresiasi seni visual secara mudah 2.1.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

3.1 Maklumat Sokongan 4.1 Kesimpulan Rujukan

HBAE1103

1.1 Pengenalan

Merujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2000), Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Berdasarkan definisi Pendidikan Seni Visual yang dinyatakan dalam sukatan seni visual, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuk

membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, kritis, kreatif dan produktif. Pendidikan Seni Visual penting dipelajari oleh murid supaya keempat-empat domain, iaitu kognitif, psikomotor, afektif dan kreativiti dan sosial dapat diperkembangkan sesuai dengan kurikulum Pendidikan Seni Visual dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi seperti yang dihasrakan dalamt Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Impian dan hasrat yang termaktub ini hanya dapat direalisasikan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Salah satu daripadanya ialah melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Menurut Zulkifli Yaakob dan Mohd. Jamel Ismail (2007), Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentas kurikulum dalam subjek-subjek yang lain.

Pendidikan Seni Visual

memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan

sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Berdasarkan matlamat Pendidikan Seni Visual ini, maka penguasaan isi kandungan dalam kalangan murid dalam mata pelajaran tersebut adalah penting. Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah penting agar matlamat dan objektif yang terkandung dalam mata pelajaran tersebut dapat dicapai.

HBAE1103

Mazlan Bin Mohamad (1996), menyatakan bahawa berasaskan kepada seni tampak sebagai tendensi minat psikologi kanak-kanak ianya haruslah dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih tinggi dan terancang. Ia memerlukan suatu kurikulum dan perancangan berobjektif. Murid-murid sekolah dibimbing mengenali potensi diri mengenai seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka.

1.2 Mengembangkan Empat Aspek Domain

Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Besepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2003), matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan matlamat yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual, timbul pelbagai persoalan, bagaimana Pendidikan Seni Visual melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif? Apakah yang perlu dilakukan untuk mengembangkan kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial kanak-kanak? Persoalan-persoalan ini akan terjawab menerusi hurian-huraian selanjutnya. 93% warga Amerika percaya bahawa Pendidikan Seni sangat penting untuk memberi pengalaman dalam pendidikan. Penyelidik-penyelidik mengatakan bahawa pendedahan awal seni terhadap kehidupan kanak-kanak memberi perbezaan yang ketara. Penyelidikan menunjukkan penglibatan seni dari peringkat kanak-kanak mendorong kanak-kanak berfikir secara kreatif, mengembangkan imaginasi, cara penyelesaian masalah, bahasa, cara bersosial, kesedaran tentang masa dan tempat, pendengaran, bertolak ansur dan banyak lagi. Pendidikan Seni juga membantu kanak-kanak meningkatkan pencapaian akademik dan perkembangan sosial. (Hanis Poll, Jun 2005,)

HBAE1103

Pendapat Hanis Poll ini memberi gambaran kepada kita bahawa Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting di dalam pembentukan diri individu dari segi perkembangan kognitif, afektif, emosi dan psikomotor. Bagaimana ia dapat

diperkembangkan? Apakah peranan penting kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru di dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual?

Dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual terkandung empat bidang yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut:

1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang dalam Pendidikan Seni Visual ini dapat membantu mengembangkan empat aspek domain iaitu kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial dalam kalangan murid. Hasil Pembelajaran yang terkandung pelbagai aras atau kemahiran dan aktiviti mengikut bidang mampu melahirkan insan yang seimbang seperti yang terdapat dalam matlamat Pendidikan Seni Visual dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.2.1 Aspek Kogitif

Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang penting dipelajari oleh muridmurid di sekolah. Aktiviti yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual berupaya meningkatkan perkembangan kognitif murid. Dalam taksonomi Benjamin Bloom, domain kognitif merujuk kepada domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti prinsip, fakta, teori dan konsep. Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007), istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah, ingatan dan juga pembelajaran bahasa.

HBAE1103

Berdasarkan istilah kognitif yang dinyatakan, guru-guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting untuk mengembangkan kognitif murid-murid menerusi Pendidikan Seni Visual. Aktiviti Pendidikan Seni Visual yang tersusun dan terancang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Viusal dan Huraian Sukatan Pelajaran Bersepadau Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan murid-muird yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Bidang-bidang

yang diwujudkan dalam Pendidikan Seni Visual membantu

perkembangan aspek kognitif murid-murid. Murid-murid juga akan dapat memahami setiap konsep dan fungsi aktiviti yang dipelajari. Hasil Pembelajaran mengikut aras dan aktiviti adalah berbeza mengikut tahun. Setiap aras dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual membantu menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera

mereka. Dalam aktiviti seni visual, murid boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

Perasaan ingin tahu dan daya imaginasi yang tinggi dalam kalangan murid perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kebolehan berfikir mereka. Dalam usaha meningkatkan kognitif setiap murid, adalah menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk memupuk daya berfikir dan imaginasi mereka semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa perkara perlu diberi perhatian, iaitu pengetahuan sedia ada murid. Hal ini penting supaya guru dapat membuat Rancangan Pengajaran Harian dengan lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. Bahan rangsangan yang disediakan akan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif. Rangsangan yang disediakan perlu disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid dan tajuk mengikut bidang dalam Pendidikan Seni Visual.

Kegiatan menggambar merupakan salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Setiap bidang terkandung pelbagai aras untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan, teknik, dan jenis aktiviti menggambar. Semasa menggambar, murid-muird dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau

HBAE1103

benda yang hendak digambarkan. Ini secara tidak langsung membantunya memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain, iaitu dapat membina idea baru dari benda konkrit.

Dalam bidang membuat rekaan dan corak pula, murid-murid berpeluang memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi rekaan lain atau dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Selain itu, bidang membuat rekaan dan corak membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam persekitaran dan kehidupan seharian. Kegiatan dalam bidang ini juga membantu memupuk bakat murid menghasilkan rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan pelbagai teknik yang disampaikan oleh guru seni visual.

Kognitif murid-murid juga dapat dikembangkan melalui kegiatan membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan, murid-murid dapat meneroka beberapa teknik dan bahan serta alatan yang diperlukan semasa kegiatan ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran seni visual. Selain itu, murid dapat menambah ilmu pengetahuan tentang asas-asas seni yang perlu diaplikasikan dalam membentuk dan membuat binaan. Mengenal kraf tradisional pula murid-murid bukan sahaja dapat memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan kraf tetapi mereka juga berpeluang untuk meneroka pelbagai alat dan teknik. Ringkasnya, setiap kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual dapat memupuk perkembangan kognitif murid seterusnya melahirkan insan yang seimbang dan harmonis jika proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dilaksanakan dengan betul dan berkesan.

1.2.2 Aspek Psikomotor

Perkembangan dalam aspek psikomotor melibatkan kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, muridmurid berpeluang untuk menggunakan pelbagai alat dan bahan mengikut kegiatan yang terkandung dalam kurikulum seni visual. Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual memberikan latihan atau kemahiran berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan dan mata. Misalnya dalam kegiatan menggambar, murid-murid

HBAE1103

berpeluang menggunakan pensel, pensel warna, cat air, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Penggunaan alat dan bahan-bahan ini meningkatkan perkembangan psikomotor murid. Murid akan mahir menggunakan setiap alat atau bahan yang dinyatakan tersebut.

Penggunaan alatan dan bahan dalam Pendidikan Seni Visual menggalakkan murid melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan mereka. Mereka dapat memahirkan diri mereka dengan alatan dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran seni visual. Sebagai contoh, murid-murid akan menggunakan jari mereka untuk melukis gambar dan mewarna gambar tersebut.

1.2.3 Aspek Afektif

Aspek afektif berkaitan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, kepercayaan atau nilai. Guru Pendidikan Seni Visual perlu prihatin agar perkembangan aspek ini seiring dengan perkembangan kognitif dan juga psikomotor murid-murid. Kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual seperti menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional berupaya mengimbangi emosi murid. Penggunaan media pengajaran dalam Pendidikan Seni Visual dapat memotivasikan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru Pendidikan Seni Visual mewujudkan aktiviti seni visual yang sistematik dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni visual dapat mengelakkan murid daripada perasaan bosan dan seterusnya menimbulkan masalah disiplin. Guru seni visual juga perlu memberi bimbingan yang wajar kepada murid yang memerlukan dengan membetulkan kesilapan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, guru membetulkan cara memegang berus warna, cara mewarna menggunakan warna air dan sebagainya yang difikirkan perlu dibetulkan. Hal sedemikian adalah penting untuk mengelakkan murid daripada berasa rendah diri.

Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Bilik seni visual yang tidak kondusif menyebabkan murid berasa tidak selesa. Suasana yang sedemikian menyebabkannya tidak berminat untuk belajar seni visual. Maka perkembangan afektif murid terbantut, matlamat, objektif seni visual dan

HBAE1103

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mungkin tercapai. Oleh itu, setiap guru seni visual memainkan peranan untuk menyediakan bilik Pendidikan Seni Visual yang membolehkan murid bergerak bebas dan melakukan aktiviti seni visual dengan lebih berkesan.

Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid semasa melakukan aktiviti seni visual supaya nilai-nilai seperti bekerjasama, berdikari, yakin diri, bertanggungjawab, dan disiplin diri dapat dipupuk dalam diri mereka. Selain itu, kegiatan seni visual juga membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran dan mengisi masa lapang dengan melukis atau melakukan aktiviti seni visual dalam kehidupan seharian.

Hasil pembelajaran dalam seni visual, iaitu membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan, membolehkan mereka menghargai karya mereka dan orang lain. Dalam aktiviti ini, mereka belajar menghormati pendapat atau pandangan orang lain terhadap hasil kerja mereka. Mereka belajar menerima pandangan orang lain terhadap karya mereka dengan fikiran terbuka. Aktiviti ini dapat diterapkan dengan tunjuk ajar guru seni visual. 1.2.4 Aspek Kreativiti dan Sosial

Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007), menyatakan Kamus Dewan (2002), mentakrifkan kreativiti sebagai satu (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Secara ringkasnya, Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007) menjelaskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Oleh itu, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Aspek sosial pula merujuk kepada keupayaan murid berinteraksi dengan orang lain.

Dalam Pendidikan Seni Visual, murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial mereka. Akiviti yang dirancang oleh guru seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan murid-murid saling hormat-menghormati dan memupuk semangat bekerjasama serta bertoleransi. Sebagai contoh, murid-murid diberi tugasan dalam kumpulan, iaitu membuat mobail bertemakan alam

HBAE1103

fauna. Setiap ahli dalam kumpulan memainkan peranan masing-masing dengan tugasan yang diberi seperti melakar bentuk fauna, menggunting bentuk yang dilakar, mengikat bentuk fauna yang telah digunting untuk menjadikannya suatu mobail yang lengkap dengan bimbingan guru seni visual. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kreativiti dan sosial murid sesuai dengan objektif dan matlamat yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Lowenfeld (1975), menyatakan bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Hal ini sedemikian kerana sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan perasaan ingin tahu yang kuat. Md. Nasir Iberahim dan Iberahim Hassan (2003), berpendapat bahawa salah satu daripada tanggungjawab guru seni visual adalah memupuk kreativiti dalam kalangan murid-murid.

Berdasarkan pernyataan Md. Nasir Iberahim dan Iberahim Hassan tersebut, guru seni visual perlu merancang aktiviti seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk beberapa pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti seperti E. Paul Torrence, June King Mcfee, Carl Rogers Victor Lowenfeld, Fisher dan Laura Chapman untuk menambah pengetahuan. Ilmu pengetahuan guru seni visual berkaitan dengan kreativiti penting supaya mendapat ilham untuk meningkatkan kreativiti dan juga sosial murid. Perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual perlu sesuai dengan objektif, matlamat, kegiatan, aktiviti dan alatan dan bahan yang terkandung dalam kurikulum seni visual.

Pendekatan, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni visual dapat membantu mengembangkan kreativiti dan sosial murid. Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah bersesuaian dan terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual. Projek yang diperkenalkan kepada murid untuk mencungkil kreativiti murid perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, tahap kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian mereka. Kegiatan yang menarik dan meningkatkan motivasi serta mencetuskan idea melalui aktiviti penerokaan dapat menggalakkan murid berinteraksi dengan rakan dan seterusnya meningkatkan kreativiti

HBAE1103

murid dalam penghasilan karya.

Dalam aspek ini juga, guru Pendidikan Seni Visual perlu mengetahui ciri-ciri atau sifatsifat serta tahap kreativiti setiap muridnya. Pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk merancang aktiviti seni visual. Aktiviti yang dirancang sesuai dengan tahap kreativiti murid menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjamin proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berjalan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada murid. Pengetahuan dan pengalaman murid dalam melakukan aktiviti seni visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Aktiviti seni visual menggalakkan murid melakukan eksplorasi dan eksperimentasi supaya mereka memperoleh pengalaman luas semasa menghasilkan karya seni visual.

2.1 Empat Organisasi

Berdasarkan persoalan dalam tugasan, Laura Chapman menggunakan empat aspek dalam pelajaran seni, iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan (pembuatan), dan apresiasi. Empat aspek utama ini mempunyai persamaan dengan empat aspek utama yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2003), iaitu

pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni
visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

2.1.1 Pemerhatian secara aktif Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (2003), pemerhatian secara aktif ini merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid dan memperkembangkan deria penglihatan dan juga pancaindera lain. Imaginasi dan asas-asas seni juga turut dapat dikembangkan melalui aspek pemerhtian secara aktif. Berdasarkan pernyataan ini, pemerhatian secara aktif ini melibatkan sensitiviti deria. Guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu peka dengan aspek ini kerana terdapat beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam perkara tersebut. Kegiatan dan aktiviti dalam bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal karf tradisional yang dirancang perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada

HBAE1103

10

murid. Ini penting supaya kegiatan yang sesuai dengan pengetahuan murid dapat menghasilkan karya seni melalui benda yang konkrit yang terdapat dalam alam persekitaran kehidupan seharian murid.

Selain itu, minat, kecenderongan dan latar belakang murid juga perlu diberi perhatian. Kegiatan dan aktiviti seni visual yang dirancang juga hendaklah berdasarkan kepada minat, kencenderongan dan latar belakang murid. Minat, kecenderongan dan latar belakang murid di bandar tidak sama dengan murid di luar bandar. Oleh itu, pengetahuan guru tentang perkara tersebut dapat membantunya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan minat, kecenderongan dan latar belakang setiap muridnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Jika murid kurang berminat dengan tajuk, kegiatan dan aktiviti yang telah dirancang oleh guru seni visul sudah tentu murid yang berkenaan tidak akan mendapat menguasai kemahiran atau aras yang disampaikan oleh guru.

Kegiatan menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid. Penggunaan alat dan bahan dapat meningkatkan kemahiran murid memilih dan menggunakan alatan dan bahan yang disediakan oleh guru yang disesuaikan dengan aktiviti seni visual seperti melukis, mewarna, menggunting, dan sebagainya. Murid-murid juga digalakkan untuk membuat

pemerhatian secara aktif semasa guru membuat tunjuk cara menggunakan alatan dan bahan atau menunjukkan suatu teknik dalam setiap kegiatan seni visual. Pemahaman asas-asas seni seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang dapat dipertingkatkan melalui kegiatan yang terdapat dalam seni visual.

2.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Pada peringkat ini, guru-guru menggalakkan murid-murid membuat penerokaan melalui aktiviti seperti menggambar rumah dengan menggunakan teknik kolaj. Dalam aktiviti ini, murid-murid membuat penerokaan alatan dan bahan yang diperlukan dalam kegiatan membuat gambar rumah dengan teknik kolaj. Membuat rekaan dan corak bermotifkan bentuk rumah, membentuk dan membina model rumah dan membuat kraf

HBAE1103

11

tradisional atap rumah melalui teknik anyaman. Kepelbagaian kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang berbeza dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual murid. Kegiatan dalam menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional membolehkan murid mengetahui langkah-langkah penghasilan karya mengikut kegiatan seni visual.

Proses pembelajaran dalam peringkat ini memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung tentang konsep kegiatan seni visual dengan objek yang dilihat dalam persekitaran. Kaitan kegiatan seni visual dengan aktiviti membantu murid mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

2.1.3 Apresiasi seni visual secara mudah

Pada peringkat ini, guru-guru seni visual perlu menyediakan aktiviti ini di akhir setiap pelajaran supaya murid terbudaya membuat apresasi yang mudah. Semasa menyediakan aktiviti ini, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru seni seperti aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni (garisan, jalinan, rupa, bentuk, warna, ton dan rupabentuk). Bahasa yang digunakan semasa membuat apresasi perlu berkaitan dengan kandungan dan hal benda yang dihasilkan. Misalnya, lukisan tentang pemandangan di tepi sawah, rekaan dan corak terancang dan tidak terancang, membuat topeng, dan hasil kerja anyaman dalam mengenal kraf tradisional. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

HBAE1103

12

2.1.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Pengalaman yang diperoleh dalam seni visual bukan sahaja memupuk bakat dalam penghasilan karya tetapi turut juga memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan murid. Kegiatan menggambar menggalakkan murid menghasilkan motif berdasarkan sumber yang boleh didapati di persekitaran, kegiatan membuat rekaan dan corak pula murid dapat mengolah bahan alam dan kutipan yang boleh dijadikan motif dalam penghasilan corak sama ada corak terancang ataupun corak tidak terancang secara kreatif seperti menggunakan batang pisang, keladi, ubi kayu dan sebagainya. Dalam membentuk dan membuat binaan pula murid dapat menggunakan bahan kutiapan dan objek alam yang sesuai dengan beberapa kemahiran seperti memotong, mencantum, menampal, menghias dan menyusun. Dalam mengenal kraf tradisonal, murid-murid boleh menghasilkan kraf tradisional bermotifkan flora atau fauna secara kreatif.

Pengetahuan dan pengalaman baru yang ditimba melalui pembelajaran seni visual dapat diterapkan dengan kegiatan lain dalam Pendidikan Seni Visual dan dalam kehidupan sebenar murid. Kegiatan-kegiatan seni visual dapat memupuk nilai menghargai alam sekitar dan menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni visual mengikut bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Pembelajaran seni visual melalui aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual membantu guru menanamkan semangat patrotisme dan nilai murni seperti kebersihan dan kepekaan. Penerapan nilai murni dan semangat patriotisme dalam kalangan murid membantu mereka membuat keputusan dengan baik dalam apa juga keadaan ataupun situasi yang akan dihadapi kelak.

3.1 Maklumat Sokongan Abdul Shukor Hashim (1999) dalam kajian bertajuk Kajian Klinikal Lukisan Kanakkanak Mengikut Perkembangan, menjelaskan bahawa tidak banyak para pendidik seni di Malaysia memikirkan perkembangan lukisan kanak-kanak berbanding di negara-negara barat. Menurut Abdul Shukor Hashim, beberapa orang tokoh pendidik seni di negara barat telah membuat kajian tentang perkembangan seni kanak-kanak. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah
Rhodda Kellog, Victor Lowefeld, Hebert Read, Brent & Majorie Wilson, June Me Fee.

HBAE1103

13

Abdul Shukor Hashim telah menjalankan kajian ke atas 130 buah lukisan kanak-kanak Malaysia (sekitar Lembah Klang dari berbagai peringat umur hingga remaja iaitu berumur 2 hingga 17 tahun dengan kaedah klinikal mengikut tahap perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Victor Lowenfeld. Lukisan-lukisan tersebut dianalisis berdasarkan beberapa kriteria, iaitu daya imaginasi, tema, rupa dan bentuk, susun atur dan komposisi, garisan, warna, media dan teknik yang digunakan dalam penghasilan karya.

Hasil analisis yang dilakukan oleh Abdul Shukor Hashim, enam kategori huraian tentang tahap kematangan kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur yang dperjelaskan berpandukan lapan kriteria yang telah dinyatakan. Saya hanya mengambil analisis peringkat umur 4 hingga 7 tahun (Tahap Pra Skematik) untuk melihat tahap perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Hasil analisis ditunjukkan dalam bentuk jadual di bawah. Kriteria Hasil Analisis 50% rnernpunyai daya irnaginasi yang tinggi, ini adalah kerana lakaran yang dihasilkan adalah pengalarnan rnereka sendiri terhadap perkara-perkara yang rnereka lihat dan narnpak setiap hari. 25% rnernpunyai daya irnaginasi Daya Imaginasi yang sederhana kerana garnbaran yang dihasilkan rnasih lagi tidak rnenepati dan rnasih lagi tidak tentu kedudukannya. 13% seorang sahaja yang rnernpunyai daya irnaginasi yang kurang. Apa yang dihasilkan tidak tersusun seolah-olah tidak ada kaitan diantara satu sarna lain. Tema

100% kesemuanya menggambarkan tema yang berkisar persekitaran manusia seperti alam semulajadi, hari keluarga, rumahku syurgaku dan sebagainya. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula melukis gambaran figura dan ditambah dengan objek-objek lain pada permukaan kertas.

Rupa dan Bentuk

100% pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula mengenali bentuk atau objek yang dilakar, dimana mereka telah dapat meniru objek-objek dihadapan mereka. Setiap bentuk objek yang dihasilkan adalah jelas, walaupun dalam keadaan yang tidak teratur.

HBAE1103

14

Susunatur Dan Komposisi

100% kesemuanya dapat menggambarkan hasil karya dalam keadaan yang teratur. lni adalah kerana kanak-kanak ini sudah mula mengenali objek-objek di sekeliling mereka. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk mengolah bentuk-bentuk yang mempunyai kaitan yang dilakarkan dalam suasana yang lengkap. Penghasilan idea nampak lebih terkawal
kerana sensitiviti atau deria rasanya serta pengawalan gerak geri telah dapat diselaraskan walaupun tidak sepenuhnya.

Garisan

100% pada peringkat ini juga, garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis. Bagi sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat ini masih mengalami kesukaran untuk menggayakan dan memegang pensil. Mereka belum pasti akan sesuatu tetapi gambaran kasar sudah mula menampakkan lakaran seni berdasarkan penggunaan dan kualiti garisan dalam penghasilan karya mereka.

Warna

100% kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi menggunakan warnawarna yang kontras. Mereka masih lagi gemar menggunakan warna yang berbagai-bagai walaupun ada sebahagian daripada mereka yang sudah pandai memadankan warna-warna yang lebih lembut 'harmoni'

Media

100% kanak-kanak pada lingkungan umur ini masih lagi menggunakan media yang ringkas seperti pensil, pensil warna dan krayon, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang mahu mencuba media yang barn seperti ,charcoal' dan 'water colour'. Pada peringkat ini mereka agak berani dan meyakinkan. Penggunaan terpulang kepada kreativiti pelajar itu sendiri. Mereka didapati menghasilkan karya yang lebih berani kerana kebebasan menggunakan media, penggunaan satu media nampaknya mengongkong kebebasan mereka. Contohnya : jika diminta menghasilkan dua buah lukisan yang menggunakan pensil dan krayon, jika mereka berminat pada krayon mereka didapati kurang aktif pada media yang lain.

Berdasarkan hasil kajian Abdul Shukor Hasim (1999), tahap perkembangan lukisan kanakkanak bersesuaian dengan organisasi kurikulum dan bidang aktiviti. Pemilihan krietria oleh

HBAE1103

15

pengkaji untuk menilai perkembangan lukisan kanak-kanak bersesuaian dengan empat aspek utama dalam organisasi, iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Aktiviti yang disediakan dalam kajian ini bersesuaian dengan aktiviti yang terkandung dalam kurikulum seni visual yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian teori perkembangan lukisan kanak-kanak menurut Lowenfeld juga ada kaitannya dengan oragnisasi kurikulum dan juga bidang aktiviti yang terdapat dalam kurikulum seni visual. Berikut adalah tahap perkembangan lukisan kanak-kanak menurut Lowenfeld (1975) pada peringkat prasematik, peringkat skematik dan peringkat realism. Saya mengambil tiga peringkat perkembangan sahaja kerana berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah.

Menurut Lowenfeld (1975), pada peringkat prasematik (4-7 tahun), lukisan yang dihasilkan memperlihatkan kanak-kanak telah mula mencuba untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan. Contoh lukisan seperti di bawah ini.

Sumber: http://www.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.html

Peringkat selanjutnya ialah peringkat skematik (7-9 tahun), kanak-kanak kurang cenderong untuk melukis imej objek tetapi lebih suka menghasilkan lukisan mengikut skema atau konsep tertentu. Menekankan penyusunan objek dalam imej. Kanak-kanak sudah tahu mengaplikasikan beberapa asas seni visual seperti satah udara dan tanah. Contoh lukisan seperti berikut.

HBAE1103

16

Sumber: http://www.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.html

Pada peringkat lukisan realism (9-12 tahun) kanak-kanak masih mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej lebih realistik dan lebih teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan kritikal dengan karya sendiri. Mereka sudah tahu membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Oleh itu, mereka bersikap individualistik dan berusaha menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Contoh karya seperti di bawah ini.

Sumber: http://www.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.html Berikut pula adalah beberapa keping gambar yang diambil di salah sebuah sekolah rendah di Keningau yang menunjukkan contoh hasil kerja murid dan gambar semasa proses kerja.

Contoh hasil kerja murid

HBAE1103

17

Proses kerja murid menghasilkan kerja seni visual

4.1 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan Pendidikan Seni Visual adalah penting untuk dipelajari oleh setiap murid di sekolah sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. Kurikulum yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual mampu melahirkan murid yang seimbang dan harmonis, kritis, kreatif dan produktif melalui penerapan empat aspek utama dalam organisasi kurikulum dalam setiap kegiatan menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Perancangan aktiviti seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru seni visual memperkembangkan empat domain iaitu kognitif, psikomotor, afektif dan kreativiti dan sosial murid-murid sesuai dangan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, guru seni visual bertanggungjawab untuk merealisasikan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menghasilkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan yang bersesuaian dengan kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual dan teori-teori tentang perkembangan lukisan dan kreativiti kanak-kanak.

(3943 patah pekataan) HBAE1103

18

RUJUKAN Abdul Shukor Hashim (1999). Kajian Klinikal Lukisan Kanak-kanak Mengikut Tahap Perkembangan dalam http://eprints.uitm.edu.my/3342/1/LP_ABDULSHUKOR_HASHIM_99_24.pdf dimuat turun pada 4 November 2012 Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007). Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Kuala Lumpur Universiti Terbuka Malasyia. Drawing Development in Children dalam http://www.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.html dimuat turun pada 4 November 2012. Iberahim Nasir & Iberahim Hassan (2003) Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti. Batu Caves. PTS Publication & Distributors. Mazlan Bin Mohamad (1996). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Bersepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Rousliluddin bin Ambia dan rakan-rakan (2006). Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur. Universiti Terbuka Malaysia. The Benefit of Art Education dalam http://abrakadoodle.com/benarted.htm dimuat turun pada 4 November 2012. Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2007). Seni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Universiti Terbuka Malaysia.

HBAE1103

19

HBAE1103

20

HBAE1103

21

You might also like