You are on page 1of 31

WACANA

Encik Ismail bin Drahman


Definisi
• Wacana didefinisi sebagai unit
bahasa yang mempunyai kesatuan
fikiran yang utuh dan melebihi batas
ayat.
• Dalam hierarki tatabahasa, wacana
terletak dalam hierarki tertinggi,iaitu
hadir Ayat
Wacana
selepas tingkat
Klausa Frasa
ayat.Hierarki
Kata Morfem Fonem
bahasa ini ditunjukkan dalam rajah di
bawah:
• Wacana boleh terdapat dalam
bentuk lisan atau tulisan
• Dalam wacana,unsur-unsur bahasa
seperti kata, klausa, dan ayat
disusun dan dijalin dengan
sempurna sehingga
memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang
berkesinambungan serta
menghasilkan kesatuan fikiran
Jenis-jenis Wacana
• Wacana Lisan
– Dihasilkan secara lisan antara penutur
dengan pendengar.
– Ekspresi wajah, nada suara, gerak dan
sebagainya digunakan semasa
menyampaikan sesuatu perkara kepada
pendengar
– Contoh: perbualan harian, temu ramah,
ceramah,khutbah, siaran televisyen, dan
radio.
• Wacana Tulisan

– Disampaikan secara bertulis


– Melibatkan hubungan antara penulis
dengan pembaca
– Berkomunikasi satu arah atau tidak
langsung.
– Contoh wacana bertulis ialah rencana,
akhbar, majalah, buku dan novel
Ciri-ciri Wacana
• Setiap wacana mesti mempunyai
struktur, iaitu terdapat pendahuluan,
isi, dan penutup.
• Menurut Beaugrande dan Dressier
(1981:81),terdapat tujuh ciri
ketekstualan yang perlu dipenuhi
untuk menghasilkan wacana yang
utuh, iaitu tujuan,tautan,runtutan,
penerimaan, maklumat, keadaan,
dan interteks.
Tujuan
• Setiap wacana yang dihasilkan mesti
mempunyai tujuan kerana tujuan
yang menentukan jenis wacana yang
digunakan.
• Untuk mendapatkan maklumat –
ayat tanya
• Untuk menyampaikan maklumat –
ayat penyata
• Tujuan juga penting memilih teknik
penyampaian wacana sama ada
secara naratif atau penghujahan.
• Tujuan juga menentukan bentuk
Tautan
• Tautan atau kohesi bermaksud
keserasian hubungan antara unsur
linguistik dengan unsur linguistik
yang lain dalam sesebuah wacana.
• Keserasian dilihat daripada
hubungan antara sesuatu perkataan,
frasa atau ayat dengan perkataan
dalam wacana tersebut. Tautan
dapat mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks dengan
sebahagian teks yang lain sehingga
• Contoh:
• Abu, Daud, dan Faizal ke padang.
• Mereka ke sana untuk bermain
bola.
Runtutan
• Runtutan atau koheran merupakan
kesinambungan idea yang terdapat
dalam sesebuah wacana sehingga
menjadi satu teks yang bermakna.
• Runtutan merupakan asas dalam
pembinaan wacana kerana tanpa
makna, teks tidak dianggap sebagai
wacana.
Contoh: Susu ibu merupakan
makanan terbaik untuk bayi bagi
tahap awal tumbesaran. Susu ibu
mengandung kolostrom. Unsur ini
Penerimaan
• Sesuatu wacana perlu mempunyai
pendengar atau pembaca (khalayak)
yang merupakan penerima sesuatu
wacana
• Tahap penerimaan seseorang itu
tinggi sekiranya pendengar atau
pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang disampaikan.
Maklumat
• Setiap wacana perlu mempunyai
maklumat, iaitu maklumat baharu
atau lama.
• Maklumat lama (ML)ialah
maklumat yang telah dinyatakan
pada peringkat awal dan diulang
dalam konteks berikutnya,manakala
maklumat baharu (MB)ialah
maklumat yang baharu sahaja
dinyatakan dalam wacana tersebut.
• Contoh:
(a) Hanan membeli kasut baharu.
Keadaan
• Sesuatu wacana perlu sesuai dengan
keadaan.Kesesuaian itu menjadi
sesuatu wacana itu relevan dengan
situasi ujaran.
• Pemilihan kata, frasa, dan susunan
ayat yang tepat amat penting untuk
menjadikan sesuatu wacana itu
sesuai dengan keadaan.
Interteks
• Interteks bermaksud sesuatu wacana
bergantung kepada wacana yang
lain. Melalui interteks, sesuatu
wacana lebih mudah difahami oleh
pembaca atau pendengar.
• Kefahaman seseorang terhadap
sesuatu wacana yang dibaca atau
didengar, membantunya
menghasilkan wacana.
Aspek-aspek hubungan
wacana
• Keutuhan sesuatu wacana dapat
dilihat daripada wujudnya hubungan
dari aspek semantik,fonologi,
tatabahasa atau gramatikal, dan
leksikal
• Hubungan dari Aspek Semantik dan
fonologi
– Hubungan wacana dari aspek semantik
dapat dilihat daripada kepaduan
makna yang wujud dalam sesuatu
wacana.Contohnya:

(a) Hubungan sebab dan akibat


Aiman tidak bersungguh-sungguh
semasa belajar. Dia gagal dalam
peperiksaan.

(b) Hubungan sebab dan tujuan


Nabil sangat rajin belajar. Dia ingin
berjaya dalam pelajaran.
(c) Hubungan sebab dan hasil
Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus
dengan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

(d) Hubungan latar dengan


kesimpulan
Suraya menangis . Rupa-rupanya
dia terlalu gembira kerana lulus
peperiksaan dengan cemerlang.
(a) Hubungan syarat dan hasil
Para pelajar mesti belajar bersungguh-
sungguh.Kesungguhan akan
menghasilkan kejayaan.
(c) Hubungan perbandingan
Rumah Ah Chong besar. Rumah Faizal
lebih besar.
(e) Hubungan penjelasan
Banjir yang berlaku baru-baru ini
sungguh dahsyat.Bencana itu bukan
sahaja telah mengorbankan nyawa
malahan memusnahkan banyak harta
benda.
• Hubungan wacana dari aspek
fonologi berdasarkan hentian,
intonasi atau nada suara.
Contoh:
(a) Dia sudah pergi.
(b) Dia sudah pergi?
• Unsur-unsur paralinguistik juga
membantu pemahaman tentang
sesuatu wacana. Dalam wacana
tulisan,alat-alat tersebut ialah tanda
baca.
Dalam wacana lisan pula, ekspresi
wajah, iaitu keadaan air muka serta
• Hubungan dari Aspek
Tatabahasa/Gramatikal
Penanda gramatikal yang
mewujudkan keutuhan wacana ialah
penanda rujukan, penanda
penggantian, penanda
penghubungan dan elipsis atau
pengguguran
(a) Penanda rujukan
-menggunakan kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama
tunjuk untuk menghasilkan
Contoh penggunaan kata ganti nama
diri orang.
Raul merupakan pelajar yang amat
rajin. Dia telah lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan.
Contoh penggunaan kata ganti nama
tunjuk
Mangsa-mangsa banjir di Kampung
Pasir Berdengung telah ditempatkan
di Sekolah kebangsaan Pasir
Berdengung. Mereka tinggal di sana
sejak seminggu yang lalu.
(b) Penanda Penggantian
-menggantikan sesuatu unsur
bahasa dengan unsur yang lain.
Contoh:
Pelajar-pelajar itu sering ponteng
sekolah. Perbuatan tersebut
hanya merugikan mereka.
(c) Penanda Penghubung
-digunakan bertujuan untuk
menghubungkan kata dengan kata,
frasa dengan frasa, dan ayat dengan
ayat.
Contoh:
Rencana ini bertujuan melihat
perkaitan antara kepakaran individu
dengan pembahagian tugas di
tempat kerja. Selain itu, rencana ini
juga akan menghuraikan amalan
pengurusan dan pentadbiran di
pejabat.
(d) Elipsis
-pengguguran kata, frasa, dan
klausa yang telah disebut dalam ayat
sebelumnya.Pengguguran dilakukan
kerana pendengar atau pembaca
Contoh elipsis

Ana: Awak kerja di mana (Awak


bekerja di mana?)
Abu: Taman Universiti. (Saya bekerja
di Taman Universiti.)
Ana: Dah lama? (Sudah berapa lama
awak bekerja di situ?)
Abu: Tiga tahun (Saya sudah bekerja di
sana selama tiga tahun.)
• Hubungan dari Aspek
Leksikal/Pengulangan
-berdasarkan wujudnya pertalian
antara perkataan atau kosa kata
dalam sesuatu wacana
(a) Sinonim (maksud yang sama)
Pelakon jelita itu semakin
popular. Hal ini tidak menghairankan
kerana wajahnya yang cantik itu
dapat menambat hati ramai jejaka.
(b) Antonim (berlawanan maksud)
Wajah yang cantik atau hodoh
bukan ukurannya tetapi yang paling
(c) Hiponim
-makna sesuatu perkataan
merupakan sebahagian daripada
makna perkataan lain.
Dia menjaga motosikalnya dengan
baik kerana itulah sahaja
kenderaan yang dimilikinya.
(d) Penggulangan kata yang sama
Siti memang mudah menangis.
Disebabkan perkara kecil pun dia
menangis. Semasa gembira pun dia
menangis.
(e) Kolokasi
-Dua perkataan atau lebih yang
masing-masing merupakan
perkataan tersendiri, tetapi
kebiasaannya berkaitan antara satu
sama lain.Contohnya:
Pembalakan haram itu menggugat
habitat flora dan fauna. Banyak
haiwan liar seperti harimau, gajah,
badak sumbu, dan lain-lain
kehilangan tempat tinggal.
(f) Unsur bersambut
Pihak kerajaan mengemukakan
hujah manakala pihak pembangkang
Penanda Wacana
Fungsi Contoh

Tambaha dan, serta, tambahan lagi,


n selanjutnya,selain itu, seterusnya,
di samping itu,tambahan pula.
Penyataa iaitu,yakni, dengan kata lain,
n semula seperti yang diterangkan
Urutan pertama, kedua, seterusnya,
selepas itu.
Contoh contohnya, seperti, ibarat,
macam, bagai, misalnya, laksana
Tempat Berhampiran dengan,
bersebelahan dengan,
berdekatan, di sini, di sana, di
Waktu samping
Apabila, semasa, ketika, selepas
itu, pada mulanya, akhirnya,
lambat-laun, sebelum ini
Sebab dan Oleh itu, oleh sebab itu,justeru,
akibat lantaran itu, oleh yang demikian.
Rumusan Kesimpulannya, rumusannya,
sebagai penutup

Perbandin Serupa dengan, seperti juga,


gan sama juga dengan, lain halnya.
Pengesahan Sebenarnya,
atau sesungguhnya,sewajarnya,jelas
penekanan nya,
Pertentang tegasnya
Tetapi, sebaliknya,
an sungguhpun, akan tetapi,
Harapan walau bagaimanapun.
Semoga, mudah-mudahan,
moga-moga
Pendahulua Pertamanya, sebagai
n pendahuluan, sebagai
Perkaitan mukadimah.
Dalam hal ini, berhubung
dengan, dari segi, dari sudut,
Tujuan dan sehubungan dengan
Hal ini bermakna, itu. tujuan
untuk
maksud ini, hal ini membawa
pengertian.
Singkatan Pendek kata, ringkasnya, secara
Generalis ringkasnya
Secara amnya, secara umumnya,
asi ringkasnya.

Bahasa Hatta, arkian, alkisah, adapun,


klasik kalakian, sebermula, maka,
sekali peristiwa, syahadan.

You might also like