You are on page 1of 27

Laras Bahasa

Oleh
Ismail bin Drahman
Definisi Laras Bahasa
Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan
sesuatu bahasa digunakan/gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa.
 Pendapat
 Ure dan Ellis (1977) menganggap laras
sebagai ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan
mengikut situasi-situasi yang berlainan.
 Halliday (1968) pula mendefinisikan laras
bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi.Menurut beliau laras
bahasa berubah-ubah mengikut situasi.
Perbezaan Laras Bahasa
Bahasa

Pengguna Penggunaan

Dialek Laras

2.1 Perbezaan laras bahasa


Ciri-ciri Laras Bahasa

 Penggunaan laras bahasa yang berlainan


ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu:
 Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa,
dan
 Ciri-ciri linguistik
Ciri-ciri Keperihalan
 Terbahagi kepada dua jenis:
 Situasi luaran, dan
 Situasi persekitaran
 Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan
kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
 Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang terlibat
dalam penggunaan bahasa
 Empat faktor situasi persekitaran yang ketara ialah:
2. Cara penyampaian (lisan,bertulis, bahasa isyarat, dsb.)
3. Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
4. Bahan yang diperkataan, dan
5. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tidak rasmi).
Ciri-ciri Linguistik
 Ciri-ciri
linguistik bermaksud unsur-unsur sistem
bahasa itu, iaitu aspek bunyinya,aspek
perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya.
 Aspek bunyi – nada suara (drama,ucapan dll.)
 Aspek perkataan –perkataan khusus berdasarkan
bidang,unsur kolokasi (dua perkataan yang
berkaitan),perkataan pinjaman.
 Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang
pendek.
Format Laras

 Laras yang mempunyai format tersendiri adalah seperti yang


berikut:
 Laras undang-undang (akta)
 Laras ucapan
 Laras iklan (tender), dan
 Laras laporan berita dalam akhbar

Rujuk ms.87-92 (Nik Safiah,teks bM STPM: Fajar Bakti)


Jenis – jenis dan Ciri – ciri Laras Bahasa

 Laras Bahasa Biasa


 Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau konteks
yang khusus.
 Tiada istilah teknikal
 Struktur ayatnya mudah, ringkas, dan padat.
 Laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi
rasmi sahaja.
 Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri
bahasa basahan.
Contoh
 Laras bahasa biasa
 Formal
Mohd. Daud bin Putih , aku nikahkan dikau dengan
Dayang Senandung binti Awang Bulat dengan mas
kahwinnya 22 ringgit setengah ,hutang.
 Tidak formal

Pembeli: Ikan sendiri bela,sendiri tangkap, sendiri jual,


apa pasal banyak mahal?
Penjual : Encik mau ingat,bela punya ikan mahu kasi
makan.Sekarang ikan punya makan banyak
mahal.Lagi, saya bukan tangkap sendiri.Saya upah
orang.
Laras bahasa Perniagaan/iklan
 Berbentuk pemberitahuan fakta
 Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.
 Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata
adjektif.
 Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif.
 Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan –
bertujuan untuk memujuk dan mempengaruhi
penggunaa.
 Cara penyampaian menarik dan mesra.
 Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi
tidak mementingkan tatabahasa.
 Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk
menyakinkan pengguna.
 Iklan dihasilkan dengan beberapa cara
2. Slogan –Mutu,Gaya dan Keunggulan;
3. Kaedah penyataan - Lot Banglo untuk dijual;
4. Perkaitan konsep- Datuk Siti Nurhaliza dan Pantene;
5. perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona;
6. Kaedah umpan – Wang Tunai RM500 Menunggu
Kunjungan Anda;
7. Mesra – TV9 Dekat di hati;
8. Bandingan – Fab Lebih Bersih dan Harum
9. Gesaan – Cepat,Dapatkan Naskhah Anda Hari Ini!
10. Pertanyaan –Menghadapi Masalah Kelemumur?
Selsun
Laras Bahasa Sains
 Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan
tidak menggunakan bahasa basahan.
 Bersifat intelektual, saintifik, formal, dan
objektif.Maklumat yang diberi berdasarkan
kajian dan fakta
 Mementingkan kejelasan dan ketepatan fakta.
 Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal.
 Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada
bahasa Inggeris.
 Lebih banyak penggunaan kata nama dan
ragam ayat pasif.
Contoh

Air hujan,secara semula jadinya berasid


sedikit kerana tindak balasnya dengan
gas karbon dioksida dalam atmosfera
untuk membentuk asid karbonik.Nilai pH
air hujan ialah 5.6.
Laras bahasa Media Massa
 Berita
 Bahasa yang paling mudah diterima
 Bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan
isi tulisan.
 Ringkas tepat dan padat
 Tidak mementingkandan kata hubung.
tatabahasa,khususnya imbuhan dan kata hubung.
 Tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus.
 Bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku
 Mengandungi judul dan teks.
 Judul berita disampaikan dalam tiga
bentuk iaitu:
2. Ringkas, misalnya Kedah Juara Tiga
Piala 2007;
3. Tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah
Kenderaan Punca Jerebu.
4. Petikan,misalnya Jangan Politikkan
Islam Hadhari - PM
Laras Bahasa Rencana

 Bersifat umum
 Digunakan menyampaikan kepelbagaian
idea tentang sesuatu isu
 Mudah difahami.
 Gaya bahasa penulisan menarik yang
menjurus kepada tajuk rencana
 Bersifat melaporkan sesuatu kepada
pembaca secara umum ataupun secara
terperinci.
Menghargai Jasa Ibu Bapa
Oleh: Ajan Herris

Ayah dan ibu,ayah dan ibu,


Itulah permulaan kami,…

Bait-bait lagu di atas merupakan sebahagian lirik


lagu yang pernah dipopularkan …
Laras Bahasa Undang-undang
 Teks yang berkaitan dengan perundangan.
 Mengandung prinsip undang-undang dan
berbentuk akta – terbahagi kepada bahagian
dan seksyen.
 Penggunaan istilah-istilah khusus undang-
undang dan banyak menggunakan istilah yang
dipinjam daripada bahasa Inggeris.
 Makna kosa yang digunakan berdasarkan
interpretasi
 Tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat
mementingkan kepersisan dan kejelasan.
 Bersifat objektif, terperinci, tepat, dan padat.
 Lazimnya menggunakan binaan ayat panjang.
Contoh:
Setelah saman disampaikan dan catatera
penyampaian dibuat, pendaftaran harus
memberikan notis kepada plaintif atau
peguamnya mengenai hal itu dan
mengenai cara saman itu disampaikan.
Laras Bahasa Agama
 Membincangkan isu agama
 Penggunaan istilah agama yang dipinjam
daripada bahasa Arab
 Terdapat petikan al-Quran dan hadis
 Struktur ayat yang digunakan banyak
dipengaruhi oleh struktur ayat bahasa
Arab.
 Terdapat tamsil ibarat(kias ibarat) yang
bertujuan memberi pengajaran kepada
pembaca.
 Contoh:

Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai


“ al-Jannah” yang bermaksud sebuah taman
yang indah,penuh dengan pelbagai nikmat
dan keselesaan. …
Laras Bahasa Sukan

 Maklumat berkaitan dengan kegiatan


sukan.
 Bahasanya ringkas,bersahaja, dan jelas
 Terdapat penggunaan isitilah-istilah yang
berkaitan dengan aktiviti sukan dan
pemilihan kosa kata yang senang
difahami.
Laras Bahasa Sastera/Kreatif
 Bentuk bahasa yang terhasil daripada
cetusan imaginasi dan pengalaman
penulisan.
 Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif
(kiasan)
 Mementingkan pemilihan diksi yang
berkesan,istilah-istilah yang khusus yang
berkaitan dengan sastera.
Laras Ekonomi
 Berbentuk ilmiah
 Istilah-istilah teknikal
 Tidak mementingkan struktur ayat
 Bersifat formal
 Mementingkan susunan maklumat yang
disampaikan dengan jelas dan eksplisit.
 Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan
bukti dalam bentuk data dan statistik.
Contoh:
Jumlah dagangan Malaysia melonjak ke
tahap tertinggi sebanyak RM880.37 bilion
pada tahun 2004, didorong oleh sektor
eksport yang turut merekodkan nilai
terbesar dalam sejarah ekonomi Malaysia.
Laras bahasa akademik
 Digunakan dalam bidang ilmiah.
 Bersifat formal dan objektif
 Gaya bahasa – matang dan keintelektualan
(hujah,tepat dan berkesan)
 Bersifaf khusus dan sukar difahami
 Mementingkan kesempurnaan
 Mengutamakan pemaparan, perbincangan, dan
penghuraian.
 Terdapat penggunaan sudut pandangan orang
ketiga,penulisan ragam ayat pasif dan ayat
majmuk.
 Mengandungi nota kaki, biblografi, indeks dsb.
Contoh:
Suhu merujuk kepada darjah kepanasan
udara.Kepanasan udara sesuatu kawasan
bergantung pada haba yang dibawa oleh
pancaran matahari ke permukaan bumi.

You might also like