You are on page 1of 36

Isu Banjir

Kaedah dan Penyelesaian



PENGENALAN / DEFINISI
Banjir merupakan bencana alam/fenomena yang telah
berlaku sejak zaman dahulu.
• Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau
mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.
• Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi
paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak
berkuasa.
• Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya
kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang
buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai
melimpah tebing sungai berkenaan.
• Di Malaysia,banjir merupakan bencana alam yang diberi
perhatian kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi
penduduk.
• Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia
(WMO), banjir merupakan bencana alam ke tiga terbesar
yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan
harta benda.
• Banjir di Malaysia biasanya sinonim dengan negeri-
negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan
Terengganu.
• Banjir berlaku ekoran hujan lebat akibat tiupan
angin timur laut iaitu sekitar November dan
Disember.
• Bagaimanapun akhir-akhir ini, banjir di Malaysia
bukan lagi terhad di Pantai Timur. Ia telah mula
merebak ke negeri-negeri lain. Malah bandar raya
Kuala Lumpur pun tidak terkecuali daripada
bencana banjir.
• Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan
guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan
rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan
lebat dan sistem saliran yang mengalami
pemendapan akibat pembangunan.
• Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah
mengalami beberapa kejadian banjir besar.
• Walaupun luas kawasan yang mengalami banjir
kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada
keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18%
daripada jumlah penduduk negara yang terlibat
dengan banjir.
• Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan
sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA
pada tahun 1981.
• Kerajaan telah mengambil langkah-langkah
yang pro aktif dalam menangani masalah
bencana banjir seperti penubuhan badan
penyelia, perlaksanaan projek-projek tebatan
banjir, perlaksanaan langkah-langkah bukan
struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem
ramalan dan amaran banjir bagi lembangan
sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir
dan juga pengurusan lembangan sungai secara
bersepadu untuk mengurangkan kehilangan
harta benda dan nyawa akibat banjir.
Sejarah
• Banjir besar pada zaman Nabi Nuh merupakan
peristiwa sejarah yang menonjol dan dahsyat bagi
manusia. Peristiwa itu merupakan azab maha
pedih yang ditimpakan Allah terhadap orang-orang
kafir. Dan peristiwa itu memang merupakan
ketetapan Allah yang Maha Besar. Gambaran Al-
Qur’an tentang terjadinya peristiwa banjir besar
itu. Hujan yang turun dari langit, tetapi bukan
sekedar hujan. Air hujan yang maha deras itu
mengakibatkan terjadinya arus yang sangat deras.
Bumi memancarkan air, tetapi air itu tidak
terpancar dari satu tempat saja, bahkan semua
permukaan bumi memancarkan air. Kemudian air
bumi dan air langit berpadu menjadi satu
menimbulkan kedahsyatan banjir besar dan di
atas banjir besar yang ganas dan dahsyat itu
berlayarlah sebuah kapal yang ditumpangi orang-
orang Mu’min di bawah lindungan Allah.
• Banjir Laut Mediterania (Laut
Tengah) sekitar 6 juta tahun lalu.
Sebelumnya ia merupakan sebuah
padang pasir setelah pergerakan
kontinental telah menutup Selat
Gibraltar (antara 8 atau 5.5 juta tahun
lalu).
• Banjir Laut Hitam yang disebabkan
meningkatnya ketinggian Laut
Mediterania seiring berakhirnya
zaman ais terakhir (sekitar 5600 SM).
• Seiring berakhirnya zaman es di
Amerika Utara, sebuah banjir besar
terjadi kerana pecahnya empangan
PERISTIWA - MALAYSIA
• Disember 2006 – Johor telah dilanda banjir besar akibat hujan lebat yang
tidak berhenti. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini.
Kawasan Batu pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar,
Pontian dan Segamat terjejas teruk. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat
telah terputus terus. 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan
di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Mengikut Kementerian Kesihatan,
kes-kes penyakit yang disebarkan melalui air meningkat. Kes-kes kecurian
juga dilaporkan berlaku di sesetengah tempat.
• Februari 2006 – Banjir terburuk yang pernah berlaku dalam tempoh 10
tahun di Shah Alam ekoran hujan lebar luar biasa. Dua lebuh raya utama
iaitu Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan
terpaksa ditutup akibat banjir ini. Mangsa banjir mengikut perangkaan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan kira-kira 9,000 orang dari
kira-kira 3,500 buah rumah.
• Januari 2007 – Banjir kedua berlaku di Johor. Banjir kali lebih serius
sehingga 115, 000 orang di pindahkan ke 344 pusat pemindahan banjir.
Terdapat khabar angin darurat di isytiharkan di Johor. Banjiryang berlaku di
Johor merupakan yang terburuk pernah dilihat sepanjang 100 tahun, lapor
Datuk Dr. Jemilah Mahmood(Presiden Mercy Malaysia).
• Disember 2007 – Negeri-negeri Pantai Timur mengalami banjir besar.
Pahang dan Kelantan mencatatkan 34, 000 mangsa banjir di pindahkan ke
tempat pemindahan mangsa banjir. Mangsa korban di Kelantan meningkat
kepada 14 orang.
PERISTIWA – LUAR NEGARA
• Mei 2006 – Seramai 39 orang telah terkoraban akibat
banjir besar yang berlaku di Uttaradit wilayah utara
Thailand. Sekitar 2 juta penduduknya menerima kesan
akibat banjir ini.
• Jun 2006 – Di Pulau Sulawesi pula, kejadian banjir dan
tanah runtuh telah mengorbankan 120 orang.
• November 2006 – Seramai 1.8 juta penduduk di Kenya,
Somalia dan Ethopia terpaksa meninggalkan rumah
masing-masing akibat hujan lebat yang melanda Afrika
Timur.
• RENUNGKANLAH…
• Ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: “Telah nampak
kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana
perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya
manusia merasakan sebahagian daripada (akibat)
perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan
yang benar).”
KESAN DAN KEROSAKAN
AKIBAT BANJIR
• Memang diketahui umum bahawa bencana
banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada
alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan
sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran,
hakisan, kerosakan pada struktur bangunan,
kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran
dan kerencatan aktiviti ekonomi. Menurut Marvin,
1969 kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi
kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta
benda dan nyawa, pencemaran makanan dan air,
gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk
pengangkutan dan komunikasi dan kerosakan pada
tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan
berlakunya kerosakan kepada bangunan dan isinya,
kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan
kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri,
perdagangan dan pengeluaran luar bandar. (
Higgins, Roger John 1982 )
• Mengikut ESCAP, 1984 telah
mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir
kepada tiga kategori iaitu kerosakan
langsung ( direct damages ), kerosakan
tidak langsung ( indirect damages ) dan
kerosakan tidak ketara ( intangible
damages ). Manakala Marvin pula
mengatakan bahawa kerosakan banjir
boleh dibahagikan kepada dua kategori
utama iaitu kerosakan ketara ( tangible
damages ) dan kerosakan tidak ketara
( intangible damages ). Bagi kerosakan
ketara pula boleh dibahagikan kepada
kerosakan langsung dan kerosakan tidak
langsung.
Kesan Pembangunan
• Pembangunan yang pesat telah
menyebabkan banyak kawasan bandar
berkembang untuk memenuhi kehendak
kehidupan penduduk setempat dan demi
tercapainya matlamat negara sebuah negara
perindustrian baru. Pembangunan yang
disebutkan merangkumi pembangunan
perumahan, perindustrian dan pembinaan
infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada
pembangunan telah menjadi salah satu punca
major yang mengakibatkan berlakunya banjir
Berkurangannya kawasan telap air
• Hutan dan tanah memang
berperanan sebagai agen menyerap air
hujan yang semulajadi. Apabila air hujan
turun dari langit, fungsi penyerapan hutan
(tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan
memanjangkan masa air hujan itu untuk
mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai
dan parit. Tambahan pula, kebanyakan
air hujan telah diserap dan tinggal
sebahagian kecil sahaja air hujan yang
masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu,
sistem saliran yang sedia ada
berkemampuan untuk menakung air
sebegitu isipadunya.
• Apabila pembukaan tanah hutan berlaku
kerana projek pembangunan, permukaan
semulajadi telah ditukarkan kepada
permukaan yang tidak telap air seperti simen,
tar, konkrit dan sebagainya. Oleh sebab air
hujan tidak dapat diserap seperti yang
sepatutnya, air akan mengambil masa yang
singkat untuk mengalir ke sistem saliran.
Maka, sekejap sahaja isipadu air yang
banyak dan aliran yang pesat itu akan
menyebabkan sistem saliran menjadi cepat
penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu
menampung isipadu air yang sebegitu
banyak dan mengakibatkan air melimpah
keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku
selepas sekejap sahaja hujan turun.
Pemendapan kelodak dalam sungai
• Permintaan perumahan yang tinggi merupakan
salah satu kesan pembangunan. Oleh sebab
kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka
pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai
kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di
kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi
20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan
Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan
impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan
pembangunan perumahan di Paya Terubong telah
mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah bukit yang
dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain
plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan
tanah tidak dilakukan. Akibatnya, apabila hujan turun,
air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan
tanah runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan
akan membawa tanih
Kekurangan Kawasan Lapang/hijau
• Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan
salah satu punca-punca berlakunya banjir di kawasan
Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui
pemerhatian yang kumpulan kami jalankan, didapati
bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan
permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan
Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding
dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya
mungkin kurang daripada 10% daripada luas
keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan
daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air
Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan
dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian
permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun
dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa
sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan kedalam
tanah dalam kadar yang tinggi. Tumbuhan-tumbuhan
yang ada di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan
Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat
menyerap serta memperlahankan air larian permukaan
dari mengalir terus ke dalam sungai.
Kaedah Penyelesaian
Mempertingkat sistem saliran dan perparitan
• Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem
saliran dan perparitan yang melibatkan sungai-
sungai utama, parit-parit utama dan longkang
yang sedia ada perlu dijaga supaya keupayaan
sungai boleh mengambil dan menampung air
dapat ditingkatkan mengikut tahap
pembangunan semasa.
Mengawal pembangunan yang pesat
• Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di
kawasan-kawasan hulu sungai yang merangkumi
juga kawasan tadahan air. Pihak kerajaan patut
menguatkuasakan akta dan undang-undang ke atas
pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan
pembangunan tanah dan lereng berbukit. Sebagai
contoh, mencadangkan pihak berkuasa
mengenakan syarat ketat mewajibkan semua
pemaju perumahan membina kolam takungan
dalam kawasan pembangunan mereka untuk
menyimpan air secara sementara sebelum
dilepaskan ke dalam sungai-sungai utama. Melalui
cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai-sungai
dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat
mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan
hilir sungai.
Penswastaan projek penyelenggaraan sistem
saliran dan perparitan

• Projek-projek untuk membaikpulih sistem saliran


dan perparitan yang sedia ada memang
penting. Oleh yang demikian, penyelenggaraan
secara berjadual mestilah dilaksanakan
terutama sekali di kawasan-kawasan mudah
banjir. Pihak kerajaan juga boleh
menimbangkan kaedah penswastaan sebagai
langkah untuk mengurangkan beban kewangan
kerajaan terutamanya dari aspek keperluan
pertambahan tenaga manusia, peralatan,
teknologi dan kepakaran. Ini disebabkan
kaedah swasta mempercepatkan perlaksanaan
projek-projek pengawalan banjir.
Penguatkuasaan undang- undang yang
sedia ada
• Menguatkuasakan undang-undang secara
bersungguh-sungguh bagi menghalang
masyarakat awam daripada terus membuang
sampah ke dalam sungai, parit dan longkang
dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh,
kita melihat di negara-negara luar seperti
Singapura, aspek ini telah berjaya
membudayakan cara hidup rakyatnya di mana
sampah sarap tidak dibuang merata-rata sesuka
hati.
• Dari aspek perundangan juga, perundangan digubal bagi
mengawal tingkah laku manusia. Mulai tahun ini
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah
memperkenalkan hukuman mandatory kepada mereka
yang didapati bersalah mencemarkan sumber air seperti
sungai. Langkah ini dianggap tepat memandangkan
semakin banyak sungai – sungai utama di negara kita
khususnya yang terletak berhampiran kawasan
perindustrian telah tecemar.
• Di peringkat antarabangsa beberapa Deklarasi tentang
alam sekitar telah pun dilaksanakan dibawah kelolaan
UNDP (Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu bagi
Program Pembangunan United Nations Development
Program) bagi memastikan pembangunan yang lestari.
• Malaysia telah menandatangani Deklarasi Rio de Jenerio

• (1993) dan Protokol Kyoto ( 1997) tentang pemuliharaan


alam sekitar.
• Malaysia juga telah mengadakan Deklarasi Langkawi
untuk memastikan pembangunan negara dilakukan
secara lestari dan mesra alam.
Mempercepat perlaksanaan projek
• Pihak kerajaan patut mempercepatkan
perlaksanaan projek-projek di bawah
Rancangan Tebatan Banjir. Menurut kajian
yang telah dijalankan, didapati bahawa
pelaksanaan projek-projek tersebut berjalan
agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah
yang dihadapi seperti masalah pengambilan
balik tanah, peruntukan kewangan dan
halangan-halangan utiliti semasa peringkat
pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang
lebih bersepadu antara jabatan dan agensi
kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih
serius dan penuh komitmen.
Langkah mengatasi banjir
• Sebagai langkah membendung bencana alam
daripada terus menjejaskan kehidupan harian,
pelbagai langkah perlu dilakukan sama ada oleh
pihak kerajaan atau penghuni bumi hijau.
• Pertama ialah kerajaan telah mengerakkan
langkah agresif dalam memberi maklumat tentang
bencana alam kepada semua pihak.
• Sebaran maklumat melalui khidmat pesanan
ringkas ( SMS ) talian talipon tetap di rumah dan
internet dipertingkatkan.
• Jabatan Meteorologi Kementerian Sains Teknologi
dan Innovasi telah diberi peranan menjalankan
tugas ini.
• Melalui penyebaran maklumat mutakhir, rakyat
diharap dapat bersedia lebih awal menghadapi
bencana alam.
• Berikutan dengan fenomena banjir ini , satu
Sistem Elektronik Amaran Banjir ( SEAB) dan
lima stesen memantau kadar aliran air sungai
serta dua stesen merakam paras air sungai
telah dibina di Kuala Lumpur.
• Ia bertujuan mengesan dan memantau tahap
bahaya sungai dan menyebarkan maklumat
amaran banjir kepada pemilik bangunan di
sekitar pusat bandar yang sering dilanda banjir.
• Dengan sistem pemantauan dan amaran ini,
penghuni di kawasan terbabit dapat mengambil
tindakan lebih awal dan menyelamatkam harta
benda alih seperti kereta dan barangan lain, di
samping mengambil langkah perlu untuk
berpindah ke tempat yang lebih selamat buat
sementara waktu.
• Sistem dan langkah yang diambil
oleh DBKL ini sedikit sebanyak dapat
meringankan beban mangsa banjir.
• Tindakan juga sedang diambil untuk
memperluaskan CCTV bagi liputan
memantau paras air sungai di pusat
Bandar ketika hujan lebat.
Misalannya “Building Flood Alert
Terminal” ( BEAT) juga dipasang di
11 bangunan di pusat bandaraya
Kuala Lumpur yang sering dilanda
banjir
• Langkah ke 2 ialah Perdana Menteri kita Datuk
Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badwi semasa
membentangkan bajet 2007 telah
mengumumkan Program Saliran dan Tebatan
Banjir yang melibatkan kos sebanyak RM 716
juta.
• Selain itu hasil daripada bajet ini , Program
Pengurusan Sungai dilaksanakan untuk
mengatasi masalah banjir dan pencemaran
serta meningkatkan tahap kualiti air sungai
dengan peruntukan sebanyak 107 juta ringgit.
• Perdana menteri kita dalam Rancangan
Malaysia ke 9 telah mengumumkan peruntukan
RM 510 juta bagi pemuliharaan dan
mengindahkan sungai. Contohnya RM 350 juta
bagi pengurusan pantai, RM 200 juta bagi
penanaman semula hutan dan RM 70 juta bagi
pengurusan hidupan liar dan kawasan yang
dilindunginya.
• Langkah ketiga pula ialah perancangan dan reka bentuk
yang menyeluruh atau holistic penting dalam setiap
pembangunan untuk mengurangkan risiko banjir Manual
Saliran Mesra Alam ( stormwater Management Manual)
diperkenalkan tahun ini untuk semua reka bentuk
perparitan yang mengambil kira faktor risiko banjir.
• Selain itu Manual Saliran Mesra Alam adalah kaedah
baru untuk menangani masalah banjir kilat. Sistem ini
menggunakan pendekatan kawalan pada puncanya
( control at source) iaitu kaedah mensimulasikan proses
semulajadi kitar hidrologi di kawasan bandar dengan
menggunakan kaedah kejuruteraan penyusupan, sistem
penahanan storan dan penuaian hujan ( rain harvesting).
• Air hujan akan dikumpul dari kawasan yang tidak tetap
(contoh dari kawasan bumbung., bangunan, jalanraya
dan tempat letak kereta) air dari kawasan ini akan
dialirkan semula ke dalam tanah melalui proses
penyusupan supaya tempoh masa tumpuan dapat
ditingkatkan dan puncak air larian hujan ke sungai dapat
dikurangkan.
• Langkah keempat ialah memelihara hutan. Kegiatan
pembalakan dimana penerokaan di kawasan pinggir
sungai berlaku dengan serius sekali. Ini menyebabkan
tanah terhakis dengan lebih mudah dan runtuh ke
kawasan sungai. Keadaan yang sama juga berlaku
apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di
lereng – lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan
merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah
banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang
mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus
ke bumi.
• Hutan juga berfungsi sebagai bunga karang ( sponge)
dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan
perlahan – perlahan ke anak – anak sungai. I a juga
bertindak sebagai penapis dalam menentukan
kebersihan dan kejernihan sungai. Hutan mampu
menyerap air hujan pada kadar 20%. Seterusnya air
hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui
sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja
pengurangan air hujan dapat dikurangkan.
• Faktor kelima ialah mengawal aktiviti manusia.
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di
bandar disebabkan pembuangan sampah dan
sisa industri ke dalam kawasan sungai dan
parit. Bagi menangani masalah ini , kesedaran
kepada masyarakat perlu ditingkatkan agar
masyarakat tahu menilai dan menghargai
sumber alam .
• Faktor terakhir ialah badan kerajaan , NGO
(Non Government Organisation) perlu
memainkan peranan yang penting dan
bertanggungjawab menentukan sungai
sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat
pembuangan sampah.
Renungan
• Sesungguhnya kejadian banjir merupakan
malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan
yang lebat. Bagaimanapun usaha
seharusnya dibuat untuk mengurangkan
risiko banjir. Kita seharusnya sedar bumi
ini adalah milik Tuhan dan kita telah
diamanahkan untuk memelihara sumber
alam dan kita seharusnya mempunyai
kesedaran yang tinggi untuk menjaga
alam dan bukan untuk memusnahkannya.
• Bayangkanlah daripada 186 batang sungai utama di
negara ini, 17 daripadanya dikenal pasti teruk tercemar
dan dikategorikan Sebagai sungai yang tidak selamat
untuk kegunaan manusia. Bayangkanlah juga proses
pemuliharaan semula sungai tersebut memerlukan
jangka masa sehingga 10tahun atau lebih!
• Mungkin sudah tiba masanya penjenayah alam sekitar
menerima balasan yang setimpal seperti golongan yang
melakukan jenayah berat yang lain. Namun system
penguatkuasaan yang berkesan dan telus wajar
dikemaskinikan dalam menjayakan agenda penting ini.
• Rakyat negara kita belum pernah mengalami sungai
bertukar menjadi lautan api seperti yang berlaku di
Sungai Ohio pada 1960 – an kerana sungai tersebut
terlalu teruk tercemar dengan bahan mudah terbakar.
Keadaan ini seterusnya membawa banjir kilat berapi
yang sungguh dahsyat yang membawa bahan api yang
mudah terbakar.
• Negara kita sekarang mempunyai terlalu sedikit
hutan tanah rendah kerana kebanyakannya
ditebang dan dimusnahkan untuk aktiviti
pembalakan dan pembangunan. Keadaan ini
mengakibatkan peningkatan suhu, hakisan tanah,
dan berlakunya banjir kilat.
• Kebanyakan kita beranggapan apa – apa yang
berlaku pada masa 100 tahun lagi sudah tidak
bermakna kerana mereka sudah tiada. Walaupun
kenyataan itu ada kebenarannya, bumi ini bakal
diwarisi oleh generasi seterusnya untuk
meneruskan kehidupan. Jika hanya keuntungan
yang diutamakan, generasi seterusnya bakal
menghuni bumi yang tenat dan hampir mati !
• Sesungguhnya alam ini adalah anugerah Tuhan
yang tidak ternilai untuk dinikmati oleh setiap umat
dimuka bumi ini. Kita perlu menghargainya dan
bukan menjadi pemusnah !

You might also like