You are on page 1of 15

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

1
Muamalat; Konsep dan Kategori Akad
Al-Faqir Ibn El-Merg & MUHAMMAD KHAMIS MOHD SANI
-FIQH MUAMALAT-
Pendahuluan
Dalam lapangan Fiqh Muamalat terdapat banyak perbahasan yang
terkandung dalamnya. Antara perbincangan yang disentuh dalamnya
adalah konsep al -M al , al -
c
Aqd, al -Ahl i yyah, al -Bai
c
u dan jenis-jenisnya, al -
Ri ba , al -Khi yar , al -Rahn, Hi w al ah, jaminan harta dan tubuh, Shuf
c
a,
Syar i kat , Qi r ad, M usaqah, M uzar a
c
ah, sewa, Ji
c
al ah, Luqat a dan Wadi ah,
Qar d Hasan, M udhar abah, Insuran dan lain-lain.
Undang-undang Muamalat Islam mengandungi pelbagai jenis
transaksi yang pelbagai bentuk dalam hubungan sesama manusia. Bagi
seseorang Muslim, transaksi yang dilakukan bukan sahaja membawa
tanggungjawab dari segi perundangan, malahan juga merupakan
tanggungjawab dari segi agama. Mustahil bagi manusia yang hidup
menghindarkan diri daripada urusan bermuamalat. Kebanyakkan
perbuatan muamalat tidak dapat tidak wujud interaksi diantara dua pihak
atau lebih. Oleh itu, Islam menitik-beratkan soal keredhaan diantara
pihak yang terlibat bagi memuaskan hati mereka. Perbincangan tentang
keredhaan antara pihak tersebut dikenali sebagai Akad (al-
c
Aqd,
c
Uqud).
Menurut Aladdin Kharofa, oleh kerana urusan bermuamalah
merupakan suatu perbuatan yang universal tidak hanya tertumpu kepada
urusan masyarakat Muslim sahaja, maka wujud undang-undang selain
Islam yang turut menggariskan peraturan-peraturan tertentu bagi
memudahkan perbuatan tersebut. Undang-undang itu dikenali sebagai
Undang-Undang Sivil. Namun, tugasan ini akan membincangkan hal
berkaitan dengan Konsep Akad dan Kat egor i nya M enur ut Per spekt i f Isl am
sahaja. Perbincangan akan berkisar sekitar pendefinisian dan dalil Akad
menurut Islam dan pembahagian kategori dan kesan kontrak menurut
ilmuan-ilmuan Islam.
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
2
Konsep Akad
Sebagaimana yang diketahui adalah perlu sebelum membincangkan
sesuatu isu untuk mengetahui akan konsep sesuatu subjek itu terlebih
dahulu. Perbincangan tentang muamalat Islam tidak dapat terlepas dari
menemui istilah akad, perjanjian dan kontrak. Ia menjadi tunjang asas
kepada kebanyakkan perbincangan dalam Fiqh Muamalah. Perkataan lain
yang sering digunakan yang membawa maksud yang sama dengan akad
adalah perjanjian dan kontrak.
Definisi Akad
Pengertian akad dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu menurut
pengertian dari sudut bahasa dan pengertian istilah.
Akad (al -
c
Aqd) dalam bahasa Arab bermaksud pengikatan antara
sesuatu samada secara nampak (hissi) atau tidak nampak (ma
c
nawi),
ikatan (al -Rabt ), jaminan (al -Dhoman) atau janji (al -
c
Ahd) (Zaharuddin.
2009:2). Kamus al-Mawrid, menterjemahkan al -
c
Aqd sebagai cont r act
and agr eement atau kontrak dan perjanjian (al-Ba
c
labakiyy. 1990:770).
Allah s.w.t berfirman bagi menggambarkan pengertian akad, perjanjian
secara umum dalam surah al-Maidah ayat 1.
E_GC^4C -g~-.- W-EON44`-47
W-Ou g1ON^) _
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-
perjanjian. (akad yang telah kamu materai)
Sedangkan pengertian istilah, menurut al-Jurjani akad bererti
ikatan antara ijab dan qabul yang diselenggarakan menurut ketentuan
syariah dimana terjadi kesan hukum syarak atas sesuatu yang kerananya
akad diselenggarakan. Pengertian ini bersifat lebih khusus kerana
terdapat pengertian akad secara istilah yang lebih luas dari pengertian
ini. Namun ketika berbicara mengenai akad, pada umumnya pengertian
inilah yang kerap diguna-pakai oleh fuqaha (Zaharuddin. 2009:2).
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
3
Subhi Mahmasaniy mengertikan kontrak sebagai ikatan atau
hubungan di antara ijab dan qabul yang memiliki akibat hukum terhadap
hal-hal yang dikontrakkan (Mahmasaniy 1948:210). Terdapat juga pakar
yang mendefinisikan sebagai satu perbuatan yang sengaja dibuat oleh
dua orang berdasarkan kesepakatan atau kerelaan bersama (al-
Shiddieqiyy 1974:34). Perjanjian atau persetujuan adalah suatu
perbuatan dimana seseorang atau lebih mengikatkan dirinya terhadap
seseorang lain atau lebih (Chairuman. 1994:1).
Dari beberapa pengertian di atas dapat diambil kesimpulan
bahawa kontrak merupakan kesepakatan bersama samada melalui lisan,
isyarat, mahupun tulisan antara dua pihak atau lebih melalui ijab dan
qabul yang memiliki ikatan hukum bagi semua pihak yang terlibat untuk
melaksanakan apa yang menjadi kesepakatan tersebut.
Adapun pengertian akad yang bersifat lebih umum mencakup
segala diinginkan orang untuk dilakukan baik yang muncul kerana
kehendak sendiri (iradah munfaridah), seperti: wakaf, perceraian dan
sumpah atau yang memerlukan dua kehendak (iradatain) untuk
mewujudkannya, seperti: buyu (jual-beli), sewa-menyewa, wakalah
(perwakilan) dan rahn (gadaian).
Rukun Dan Syarat Sah Akad
Dalam pengertian fekah rukun adalah asas, sendi atau tiang. iaitu sesuatu
yang menentukan sah (apabila dilakukan) dan tidaknya (apabila
ditinggalkan) suatu pekerjaan tertentu dan sesuatu yang termasuk di
dalam pekerjaan itu. Seperti rukuk dan sujud merupakan sesuatu yang
menentukan sah atau tidaknya solat, keduanya merupakan bahagian
yang tidak terpisahkan dari perbuatan solat. Dalam muamalah, seperti
ijab qabul dan orang yang menyelenggarakan akad tersebut. Menurut
jumhur ulama rukun akad terbahagi kepada tiga, iaitu Muta
c
aqidain
(orang yang menyelenggarakan akad seperti penjual dan pembeli), harga
dan barang yang ditransaksikan (Mahallul
c
Aqd) dan sighah (bentuk
ucapan akad) (Zaharuddin. 2009:3).
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
4
Ijab adalah ungkapan atau ucapan atau sesuatu yang bermakna
demikian yang datang dari orang yang memiliki barang. Qabul adalah
ungkapan atau ucapan atau sesuatu yang bermakna demikian yang
datang dari orang yang akan dipindahkan kepemilikan barang tersebut
kepadanya. Contohnya, jika transaksi itu adalah jual-beli, maka ucapan si
penjual kepada pembeli seumpama "Saya jual buku ini kepada anda"
adalah ijab sekalipun hal itu diucapkan belakangan. Dalam transaksi jual-
beli di sini, qabul adalah ucapan si pembeli kepada si penjual: "Saya beli
buku ini" sekalipun ucapan itu dikeluarkan di depan. Jika ijab dan qabul
ini sudah diikat satu sama lain sementara keduanya diucapkan oleh orang
yang sihat akalnya maka akan terjadi perubahan status hukum ke atas
barang yang diselenggarakan akad atasnya Maksudnya, buku yang
sebelumnya milik penjual, bertukar hak kepada pembeli berdasarkan ijab
dan qabul tersebut. Perubahan status hukum di sini adalah perpindahan
kepemilikan, iaitu sebelum akad buku tersebut milik si penjual dan
setelah akad status kepemilikannya berpindah kepada si pembeli setelah
membayar sejumlah wang sebagai harga dari buku itu.
Ijab dan qabul ini sangat penting karena menjadi gambaran
kerelaan mereka yang melakukan akad. Dalam Fiqh Muamalat, ijab dan
qabul ini adalah komponen dari shighatul
c
aqd iaitu ekspresi dari dua
pihak yang menyelenggarakan akad atau
c
aqidan (pemilik barang dan
orang yang akan dipindahkan kepemilikan barang kepadanya) yang
mencerminkan kerelaan hatinya untuk memindahkan kepemilikan dan
menerima kepemilikan. Dari penjelasan di atas dapat dibuat suatu
kesimpulan bahawa dalam setiap akad, sighah akad harus selalu
diekspresikan kerana merupakan gambaran kerelaan dari
c
aqidan.
Pertanyaan yang kemudian muncul, bagaimanakah kedudukan
hukum jual beli saat ini yang tidak melibatkan sighah akad dari kedua
belah pihak? Pihak pembeli hanya membayar harga dan penjual
memberikan barang tanpa mengucapkan lafaz atau ungkapan apa-apa.
Pada umumnya para ulama memperbolehkan jual-beli atau akad
semacam ini dan mereka menyebutnya jual beli secara M u
c
at ah,
(Zaharuddin. 2009:5) kerana tradisi dan kebiasaan hidup manusia (
c
urf)
menginginkan hal-hal yang mudah dan tidak berpanjangan dalam
urusniaga. Majoriti mazhab daripada Hanafi, Maliki dan Hanbali
menyatakan sah dengan M u
c
at oh tersebut, seumpama membeli air tin
dengan mesin dan urusniaga dengan juruwang pasar raya tanpa akad
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
5
selagi terdapat bukti jelas bahawa kedua-duanya reda atas tanda harga
dan barang tersebut (Zaharuddin. 2009:6).
Sekalipun pada umumnya para fuqaha menyepakati sighah akad
tanpa lafaz dalam semua lapangan muamalah, tetapi mereka
menyepakati bahwa untuk urusan munakahat misalnya nikah (zaw j )
dikecualikan. Hal ini disebabkan kerana perkahwinan merupakan hal yang
agung dan berkekalan serta memiliki pertalian abadi pada pihak wanita.
Kerana itu diperlukan penelitian dan kesempurnaan dengan menjadikan
ucapan sebagai bukti terkuat untuk mengekspresikan kehendak.
Sighah (Lafaz Ijab dan Qabul)
Pertama, difahami oleh semua pihak yang memeterainya. Secara
umumnya bahasa yang mudah difahami dan jelas pengertian. Dalam
konteks semasa misalnya akad (kontrak) lebih berbentuk dokumen dan
lembaran kertas dengan penjelasan setiap klausa. Kedua, kekal keahlian
muta
c
aqidain sehingga majlis akad selesai, misalnya jatuh pengsan dan
berita muflis semasa akad dilakukan. Ketiga, sighah berlaku semasa majlis
akad yang sama, namun bentuknya berbeza mengikut keadaan majlis.
Misalnya jika keadaan biasa majlis akan berlaku secara bersemuka, maka
majlis akad berakhir sehingga keduanya berpisah. Manakala dalam
keadaan berjauhan juga masih berlaku majlis misalnya, berlaku transaksi
diantara muta
c
aqidain seperti subjek yang diakadkan itu sampai kepada
penjual atau penawar. Keempat, ijab dan qabul adalah selari merujuk
kepada Mahallul
c
aqd tersebut, contohnya jika objek itu ada TV jenama
Sony, maka sighah itu harus kepada TV jenama Sony (Zaharuddin.
2009:8).
Al-Muta
c
aqidain (Orang yang menyelenggarakan akad)
Pihak yang menyelenggarakan akad berindak sebagai pembeli atau
penjual atau orang yang memiliki hak dan yang akan diberi hak. Keduanya
mempunyai syarat yang sama iaitu, pertama, cukup keahlian (berakal
atau mumayyiz) . Berakal di sini adalah tidak gila sehingga mampu
memahami ucapan orang-orang normal. Mumayyiz ertinya mampu
membezakan antara baik dan buruk, antara yang berbahaya dan tidak
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
6
berbahaya serta antara merugikan dan menguntungkan. Kedua, orang
yang menyelenggarakan akad haruslah bebas dari tekanan sehingga
mampu mengekspresikan pilihan bebas menurut kemahuannya tanpa
paksaan (Zaharuddin. 2009:8).
Mahallul
c
Aqd (Harga dan barang yang ditransaksikan)
Barang dan harga dalam akad jual-beli disyaratkan sebagai berikut,
Pertama, barang atau harga harus suci dan tidak najis atau terkena
barang najis yang tidak dapat dipisahkan. Ini berlaku bagi barang yang
dijual belikan mahupun harga yang dijadikan ukuran jual beli. Kedua,
barang dan harga tersebut harus benar-benar dapat dimanfaatkan secara
syarak. Contohnya bukan secebis kain dan tiga butir beras. Ketiga, barang
yang dijual harus menjadi milik dari penjual saat transaksi tersebut
diselenggarakan. Tidak diperbolehkan menjual barang yang tidak dimiliki
kecuali dalam akad salam. Barang yang dijual harus dipastikan dapat
diserahkan kepada pembeli. Jual beli yang tidak dapat mengantarkan
barang kepada pembeli dianggap sebagai suatu transaksi yang tidak sah.
Keempat, barang tersebut harus diketahui bentuk dan
keadaannya. Begitu juga harga harus diketahui secara pasti untuk
menghapuskan kemungkinan persengketaan yang diakibatkan oleh
ketidak-ketahuan harga. Kelima, dalam akad ini tidak diperbolehkan
menambahkan persyaratan bahawa transaksi bersifat sementara.
Misalnya si penjual mengatakan bahawa ia menjual keretanya dengan
harga sekian untuk jangka waktu tertentu (Zaharuddin. 2009:11).
Kategori Akad
Terdapat pelbagai kategori akad yang umum dikenal dalam Fiqh
Muamalah dengan memandang kepada apakah akad itu diperbolehkan
oleh syarak atau tidak, dengan memandang apakah akad itu bernama
atau tidak, dengan memandang kepada tujuan diselenggarakannya akad
dan lain-lain.
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
7
Akad Pada Sudut Hukumnya
Dengan memandang apakah akad itu memenuhi syarat dan rukunnya
atau tidak, dapat dibagi menjadi dua iaitu akad sah dan akad tidak sah.
Akad sah adalah akad yang diselenggarakan dengan memenuhi segala
syarat dan rukunnya. Hukumnya adalah akad ini terkesan pada
tercapainya realisasi yang dituju oleh akad tersebut iaitu perpindahan
hak milik. Sedangkan akad yang tidak sah adalah akad yang salah satu
rukun atau syarat sahnya tidak dipenuhi. Tidak terjadi pemindahan
kepemilikan dan akad dianggap batal seperti jual-beli bangkai, darah atau
daging babi. Dengan kata lain dihukumi tidak terjadi transaksi.
Wujud perbezaan pendapat antara jumhur ulama dan madzhab
Hanafi mengenai sah dan batalnya suatu akad. Jumhur melihat bahawa
batal dan rosak (fasad) ertinya sama. Kalau suatu akad itu rosak, maka ia
juga batal. Sedangkan madzhab Hanafi membezakan antara rosak (fasad)
dengan batal sehingga mereka membahagikan akad berdasarkan sah
atau tidaknya menjadi tiga macam yaitu akad sah, fasid dan batal.
Dalam pandangan madzhab Hanafi, akad yang tidak sah secara
syarak terbahagi kepada dua iaitu batal dan fasad (rosak) di mana dalam
pandangan jumhur hanya menjadi dua iaitu sah atau tidak sah dan tidak
sah bererti batal dan bererti fasad. Yang batal adalah akad yang rukunnya
tidak dipenuhi atau akad yang pada prinsipnya atau sifatnya tidak
dibenarkan secara syarak. Misalnya salah satu pihak kehilangan kapabiliti
(keahlian) seperti gila, atau shighat akad tidak memenuhi syarat, atau
barang yang ditransaksikan tidak diakui oleh syarak seperti jual-beli
daging babi dan sebagainya. Hukum akad yang batal ini sama dan tidak
ada perbezaan pendapat di kalangan mazhab-mazhab yang ada iaitu
dianggap tidak terjadi.
Manakala akad fasad, pada prinsipnya dibenarkan secara syarak
tetapi sifatnya tidak dibenarkan. Misalnya akad tersebut dilakukan oleh
orang yang memiliki kapabiliti, barang yang ditransaksikan dibenarkan
oleh syarak, namun ada sifat yang dilarang oleh syarak seperti menjual
suatu barang yang belum jelas kondisi dan keadaannya sehingga akan
dapat menimbulkan persengketaan ketika akad tersebut dilakukan
(Aladdin Kharofa 2007:14).
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
8
Akad Pada Sudut Penamaannya
Dari segi penamaan akad dapat dibagi menjadi dua juga iaitu akad
M usamma dan Ghai r u M usamma. Akad M usamma adalah akad yang
sudah diberi nama tertentu oleh syarak seperti jual-beli (buyu ), sewaan
(i j ar ah), hadiah (hi bah), perpindahan hutang (hi w al ah), agen (w akal ah),
gadaian (r ahn)dan lain-lain. Sedangkan akad Ghai r u M usamma akad yang
belum diberi nama tertentu dalam syarak demikian pula hukum-hukum
yang mengaturnya. Akad-akad ini terjadi kerana perkembangan
kemajuan peradaban manusia yang dinamik. Jumlahnya sangat banyak
dan tidak terbatas seperti tempahan (i st i sna ), belian semula (bai
c
al -
c
Inah) dan bermacam-macam jenis syi r kah (musyarakah) lain-lain.
Akad Pada Aspek Penyerahan Barang
Dilihat dari sudut penyerahan barang kepada pihak yang diberikan hak
sebagai kesempurnaan sahnya suatu akad, maka akad dapat digolongkan
menjadi
c
Aai ni dan Ghai r u
c
Ai ni . Akad
c
Ai ni adalah akad yang
pelaksanaannya secara tuntas hanya mungkin terjadi bila barang yang
ditransaksikan benar-benar diserahkan kepada yang berhak untuk
misalnya hadiah (hi bah), i ar ah, simpanan (w adi ah), gadaian (r ahn) dan
pinjaman tanpa faedah (qar dh). Dalam akad-akad ini barang yang
diakadkan harus diserahkan kepada pihak yang berhak untuk
menjelaskan bahawa akad benar-benar terjadi. Kalau tidak diserahkan
kepada yang berhak, maka akad tidak terjadi atau batal. Sedangkan
Ghairu
c
Aini adalah akad yang terlaksana secara sah dengan
mengucapkan sighah akad secara sempurna tanpa harus menyerahkan
barang kepada yang berhak. Umumnya akad-akad selain yang lima di atas
dapat digolongkan ke dalam akad Ghairu
c
Aini.
Akad Pada Aspek Kuasa Penentu Terjadinya Akad
Pertama, akad Naf az ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang
mempunyai kapabiliti (keahlian) dan kuasa untuk melakukannya.
Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera sebaik
sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan
seseorang. Misalnya, golongan al -ahl i yah al -ada al -kami l ah (sempurna
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
9
keahlian dan mampu melaksanakan), manusia dewasa yang baligh
membuat urusan jual beli di pasar raya (al-Zuhaily. 1999:11).
Kedua, akad M auquf ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang
mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai
kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang dilakukan oleh kanak-
kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung dan rugi.
Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan
melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak
yang berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau
meluluskannya maka kontrak itu menjadi batal. Contohnya al-muta
c
aqid
terdiri daripada golongan al -ahl i yah al - ada al -naqi sah (sempurna
keahlian menerima tetapi tidak berkuasa melaksanakannya), kanak-kanak
mumaiyiz melakukan urusan jual beli di pasar raya melibatkan barang
yang punyai nilai yang tinggi (al-Zuhaily. 1999:12).
Ketiga, akad Lazi m ialah kontrak yang tidak membolehkan salah
satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan
pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli. Misalnya, dalam
urusan mudharabah. Keempat, akad Jai z ialah kontrak yang
membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa
sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah (al-
Zuhaily. 1999:13).
Akad Pada Masa Terkesannya Akad
Pertama, akad M unj i z ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak
digantungkan dengan sebatang syarat dan tidak disandarkan
pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak seumpama ini menerbitkan
kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk. Misalnya, jual beli
sepertimana kebiasaan.
Kedua, akad M ual l aq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya
dengan wujudnya sesuatu yang lain. Sekiranya wujud perkara tersebut
maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya maka tidak berlakulah kontrak.
Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B, jika aku jadi keluar
negara maka engkaulah menjadi wakil ku. Kontrak seumpama ini tidak
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
10
akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu. Ketiga, akad
M ust aqbal i ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan
disandarkan pada masa yang akan datang. Hukum kontrak ini ia akan
berlaku atau terbentuk segera, tetapi kesannya tidak ada kecuali pada
waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang disandarkan berlaku, w asi at
(al-Zuhaily. 1999:14).
Akad Dan Jual Beli
Secara umumnya, akad adalah setiap perjanjian, persetujuan, kontrak
yang dimeterai oleh beberapa pihak untuk melaksanakan sesuatu
seterusnya memberi kesan syarak terhadap perbuatan tersebut. Namun,
perbincangan akad yang diulas panjang lebar oleh kebanyakan ahli fekah
kontemporari kerap tertumpu pada aspek urusan muamalah Islam.
Khususnya berkaitan subjek jual beli (al -bai
c
u).
Perkataan al -bai u dari aspek bahasa bermaksud menukar suatu
barang dengan suatu barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, al-
bai mempunyai banyak pengertian yang diberikan para ulama. Menurut
Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan suatu harta
yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang
disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara
tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran atau unjuk-mengunjuk.
Menurut mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu harta benda
dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh dit ashar r uf kan
(dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh
syarak (al-Husaini. 2005:305).
Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis
dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam
Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza.
Antara beberapa akad jual beli tersebut ialah;
Bai
c
al -si l
c
ah bi al -naqd, iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata
wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia.
Contohnya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US
Dollar dan seumpamanya. Bai
c
al -muqayadhah, iaitu jual beli sesuatu
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
11
barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual
binatang ternakan dengan beras dan sebagainya. Bai
c
al -sal am, ialah jual
beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara
tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk,
spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya
dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada
suatu masa yang ditetapkan.
Bai
c
al -shar f , iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang
sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak
dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi
dan sebagainya. Bai
c
al -mur abahah, iaitu jual beli sesuatu barangan pada
harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual
sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula
margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak. Bai
c
al -w adhi ah, ia adalah lawan kepada jual beli secara
murabahah, iaitu jual beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan
harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah
RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah. Bai
c
al -t aul i ah,
ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih
mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual
dengan RM100.
Bai
c
al -ur bun, iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli
membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan
maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga
barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan
kepadanya. Bai
c
al -t al j i
c
ah, ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh
penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana khuawatir dan takut
hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia
bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli dan
menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk
mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang. Bai
c
al -w af a , iaitu
jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga
barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula
barangan yang dijual kepada penjual.
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
12
Bai
c
al -i st i shna , iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan
barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki
penjual, pemaju, pengilang atau orang lain membuatkan barangan yang
ditempah tersebut untuk pembeli. Bai
c
al - i nah, iaitu jual beli yang
berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya
kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual
membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang
lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.
Kesimpulan
Sebagai rumusan, disini terdapat sedikit ulasan berkaitan kesan yang
terjadi dengan wujudnya sesuatu kontrak. Syariah Islam memberikan
manusia hak untuk membentuk kontrak dalam batasan peraturan dan
ajaran agamanya. Seseorang boleh menjual, membeli, menyumbang,
memberi pinjaman, memajak, berkahwin dan sebagainya melalui kontrak
yang dibenarkan oleh Syariah, walaubagaimanapun ia tidak boleh
mengganggu kesan kontrak tersebut. Dalam kontrak jual beli, penjual
tidak boleh menolak untuk menyerahkan barangan setelah penerima
membayar. Seseorang tukang pajak tidak boleh menolak untuk
menyerahkan barangan yang dipajak. Begitu juga kontrak dalam urusan
munakahat, seseorang suami tidak boleh menolak untuk menyediakan
kemudahan kepada isteri setelah kontrak pernikahan telah dimeterai,
dan isterinya tidak boleh menafikan hubungan kelamin suaminya
sekiranya suaminya memberikan mas kahwin dan tempat tinggal yang
sempurna.
Ini adalah kesan kontrak yang lahir daripada orang-orang yang
berkontrak. Tetapi pihak berkontrak tidak boleh mengganggu atau
mengubah kesan ini. Kesan ini digariskan oleh penggubal undang-undang.
Oleh itu, kita dapat lihat bahawa kontrak yang diharuskan ialah untuk
kegunaan manusia, tetapi kesan kontrak ini dikawal oleh Syariah,
bukannya oleh pihak yang berkontrak. Dalil bagi penerangan ini boleh
dilihat melalui firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa ayat 29.
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
13
E_GC^4C -g~-.- W-ON44`-47
W-EOU> 74O^` e:E4uO4
gC4:^) ) p ]O7>
E4OO_g` }4N -4O> 7Lg)` _ 4
W-EOU+^> 7=O^ _ Ep)
-.- 4p~E 7) V1gO4O
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-
bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani
kamu.
Daripada maknanya yang tersirat, ayat ini secara umumnya
mengizinkan segala kontrak yang sah. Seseorang Muslim mempunyai
kebebasan penuh untuk membentuk kontrak dan inilah dinamakan
kebebasan membuat undang-undang ciptaan manusia.
Walaubagaimanapun setelah memeterai kontrak, seseorang
Muslim hendakkan bertindak mematuhi syarat kontrak dan memelihara
kontrak yang merupakan suruhan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam
surah al-Maidah ayat 1. Inilah yang dimaksudkan dengan kesan kontrak.
Kontrak dibuat melalui pilihan dan budi bicara manusia, manakala
kesannya ditetapkan dan dimiliki oleh syariah (Aladdin Kharofa
2007:27).
E_GC^4C -g~-.- W-EON44`-47
W-Ou g1ON^) _
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta
sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Rujukan
al -Qur an
Alaeddin Kharofa. 2007. Tr ansaksi Dal am Per undangan Isl am. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
al-Banhawi, Mohd Abdul Fatah. 1999. Fi qh al -M uamal at Di r asah
M uqar anah. Tanta: Jamiah al-Azhar.
Charuman Pasaribu. 1994. Hukum Per j anj i an Dal am Isl am. Jakar t a: Sinar
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
14
Grafika.
Hasbi al-Shiddieqiyy. 1974. Pengant ar Fi qh M u amal ah. Jakarta: Bulan
Bintang.
http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/konsep-akad-dan-jenisnya-
dalam-muamalat-islam
al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad. 2005. Ki f ayat ul akhyar f i hal l i ghayat
al -i kht i sar . Mesir: Dar al-Salam.
Munir al-Balabakiyy. 1990. Qamus al -M aw r i d. Beirut: Dar al-Ilm al-
Malayyin.
Subhiyy Mahmasaniy. 1948. al -Nazar i yyat al - Ammah l i al -M uj i bat w a al -
Uqud f i al -Shar i ah al -Isl ami yyah. Mesir: Dar al-Kitab al-Arabiyy.
Zaharuddin Abd. Rahman. 2009. Panduan Per bankan Isl am, Kont r ak dan
Pr oduk Asas. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
al-Zuhaily,Wahbah, 1999. Fi qh & per undangan Isl am. jld.4. Tanta: Jamiah
Azhar.
Nukilan ini dibuat semasa penulis mula berkenalan dengan alam ilmu.
Oleh sebab itu ia masih tertakluk kepada salah dan benar. Seandainya
ada kesilapan harap dibetulkan. Dan penulis menyeru kepada saudara /ri
yang membaca agar tidak hanya menerima mentah setiap tulisan, sila
rujuk pada rujukan yang berautoriti dan bertanya kepada orang yang
lebih mengetahui. Cintailah ilmu. Assalamualaikum.
TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011
15

You might also like