You are on page 1of 35

1.

0 Istilah Semantik

Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani kuno sema yang bermaksud ‘isyarat’.
Seterusnya kata itu menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘bererti’. Dari sinilah terbitnya
istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna. Semantik
ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian
daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik
terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah “
as the study of meaning in natural language”.

Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian makna
yang berdasarkan ekspresi linguistik. Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja
mengkaji makna sesuatu tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu.
Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran linguistik
yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, hipernim dan hiponim. Kajian
semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat benar dan analisis
wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu
semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.

Dalam kajian ini, saya akan mengkaji tujuh leksikal bahasa Melayu. Dalam kajian ini
juga, saya akan memberi tumpuan kepada proses penyempitan makna, peluasan makna,
sintagmatik, paradigmatik, kolokasi, makna konteks, hubungan makna dengan kebudayaan dan
hipotesis Sapir Whorf. Manakala leksikal yang akan saya kaji ialah dikahwinkan, saga, kancil,
parut, pupuk, hulu, kait, bunga, mencanai dan pangsa.

2.0 Leksikal dikahwinkan.

1
Proses yang pertama yang akan saya kaji ialah penyempitan makna. Proses ini berlaku apabila
makna bagi sesuatu kata terhad penggunaannya. Sebagai contohnya, pada masa dahulu leksikal
dikahwinkan mempunyai makna yang agak terhad iaitu kata kerja ini hanya boleh dipadankan
dengan manusia. Hal ini bermaksud pada masa dahulu, leksikal dikahwinkan tidak boleh
dipadankan penggunaannya dengan perkara yang lain selain manusia. Hal ini dapat dibuktikan
seperti dalam data yang saya perolehi dari Malay Concordance Project di bawah:

MW 30:1 . yang baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan
anakanda baginda itu dengan seorang anak raja perempuan, ..
SM 121:22 oleh Sultan Mansur Syah akan Raja Merlang Inderagiri dikahwinkan
baginda dengan anakanda baginda Puteri Bakal, tiada diberi
Perak 46:14 ....... kerajaan akan ganti baginda Raja Muda, maka dikahwinkan
baginda dengan cucu Bendahara Seri Maharaja, maka beranak .

Berdasarkan kepada data di atas, kita dapat lihat leksikal dikahwinkan hanya
digunakan untuk mengahwinkan manusia sahaja. Hal ini dapat dilihat kepada perkataan yang
telah dicondongkan. Tetapi pada masa kini, leksikal dikahwinkan tidak hanya terhad
penggunaannya kepada manusia sahaja. Pada masa kini, leksikal dikahwinkan digunakan bukan
sahaja merujuk kepada manusia tetapi kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Proses ini dikenali
sebagai peluasan makna iaitu penggunaan kata ini telah menerima penyesuaian yang baru. Hal
ini menyebabkan penggunaan leksikal ini tidak terhad kepada manusia sahaja. Perkara ini dapat
dibuktikan seperti dalam data di bawah :

ZAINAB binti Jahsy enggan menerima lamaran Rasulullah untuk


dikahwinkan dengan anak angkat baginda, Zaid ibn Haritsah kerana ...

... selepas harimau bernama Puchong terbukti berbaka baik apabila


dikahwinkan mendapat 30 anak.
... bimbingan kaedah menanam anak pokok belimbing yang sudah
dikahwinkan katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya, ...

2
Berdasarkan kepada data berikut, dapat dilihat penggunaan leksikal dikahwinkan bukan
sahaja merujuk kepada manusia sahaja tetapi kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga. Hal ini
dapat dilihat kepada perkataan yang telah dicondongkan iaitu, anak angkat baginda merujuk
kepada manusia, harimau merujuk kepada haiwan dan anak pokok belimbing merujuk kepada
tumbuh-tumbuhan.

Perkara yang seterusnya yang saya akan kaji ialah paradigmatik. Hubungan paradigmatik
ialah keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui pertentangan atau
penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit yang serupa. Dalam hal ini,
leksikal dikahwinkan boleh digantikan dengan leksikal dinikahkan, disatukan dan
diijabkabulkan kerana kesemua kata ini mempunyai makna yang sama dan boleh berganti-
gantian antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Hanafi Mustafa dikahwinkan dengan gadis pilihan hatinya.


dinikahkan
disatukan
diijabkabulkan

Berdasarkan data di atas, leksikal dikahwinkan mempunyai hubungan paradigmatik


dengan leksikal dinikahkan, disatukan dan diijabkabulkan. Manakala hubungan sintagmatik
ialah keadaan yang diperolehi oleh sesuatu unit linguistik kerana ia hadir bersama dengan unit-
unit lain yang serupa. Hubungan sintagmatik ini dapat juga dilihat seperti contoh ayat di atas.
Leksikal dikahwinkan mempunyai hubungan sintagmatik dengan gadis pilihan hatinya. Hal ini
dapat dibuktikan seperti ayat di bawah :

Hanafi Mustafa dikahwinkan dengan gadis pilihan hatinya.


dikurniakan
diarahkan
dijalankan

3
Berdasarkan contoh ayat ini, hanya leksikal dikahwinkan sahaja yang mempunyai
hubungan sintagmatik dengan gadis pilihan hatinya. Selain itu juga, leksikal dikahwinkan
berkolokasi dengan leksikal Hanafi Mustafa dalam ayat Hanafi Mustafa dikahwinkan dengan
gadis pilihan hatinya. Kolokasi merujuk kepada hubungan sesuatu kata dengan kata yang lain
dalam lingkungan tertentu. Kolokasi ini juga dapat dilihat dalam hubungan sintagmatik dan
paradigmatik.

Hubungan sintagmatik merupakan hubungan secara linear antara kata atau unsur-unsur
leksikal yang berada dalam satu tempat atau lingkungan yang sama. Tetapi pada masa kini,
selain dapat berkolokasi dengan Hanafi Mustafa, leksikal dikahwinkan juga dapat berkolokasi
dengan leksikal yang merujuk kepada binatang dan tumbuhan. Pada masa dahulu, leksikal ini
hanya berkolokasi dengan manusia sahaja.

Sesuatu perkataan berkemungkinan mendukung makna yang lebih khusus dalam kolokasi
yang tertentu. Tetapi akibat perkembangan budaya dan teknologi terdapat perkataan yang
berkolokasi terhad menjadi lebih terbuka. Sebagai contohnya leksikal dikahwinkan. Hal ini
dapat dilihat seperti data di bawah ini :

Hanafi Mustafa dikahwinkan…


Baka nanas itu dikahwinkan…
Baka beruang itu dikahwinkan…

Ketiga-tiga contoh data di atas telah mempunyai kolokasi yang lebih luas berbanding
masa dahulu. Pada masa dahulu, leksikal dikahwinkan hanya berkolokasi dengan manusia
sahaja. Tetapi pada masa kini leksikal dikahwinkan turut berkolokasi dengan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.

Leksikal dikahwinkan juga dapat dikaitkan dengan hubungan makna dengan kebudayaan.
Lyons (1969 ) mengatakan proses menjadi dwibahasa itu merupakan proses penyerapan dua
kebudayaan oleh penutur tersebut. Dengan kata lain, bahasa amatlah rapat berhubung dengan
kebudayaan dalam mana bahasa itu dituturkan ( Abdullah Hassan, Linguistik Am untuk Guru

4
Bahasa Malaysia : 226 ) . Jika dilihat dari segi kebudayaan Melayu, leksikal dikahwinkan juga
bersinonim dengan leksikal dinikahkan. Oleh sebab itu, leksikal dinikahkan digunakan oleh
budaya Melayu yang telah menerima pengaruh agama Islam. Leksikal dinikahkan merupakan
kosa kata Arab yang dipinjam oleh bahasa Melayu. Sebelum kedatangan agama Islam, leksikal
dikahwinkan telah digunakan yang merupakan kosa kata Sanskrit kerana pada masa dahulu
masyarakat Melayu menerima pengaruh agama Hindu.

Walau bagaimanapun, leksikal dikahwinkan masih lagi digunakan dalam kebudayaan


Melayu. Leksikal dinikahkan hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja. Dalam
kebudayaan lain, leksikal dikahwinkan boleh digunakan bukan sahaja merujuk kepada manusia
tetapi turut merujuk kepada haiwan dan tumbuhan. Walaupun mempunyai makna yang sama
tetapi dari segi penggunaannya mengikut kebudayaan masih lagi berbeza. Hal ini dapat dilihat
seperti contoh ayat di bawah :

Hanafi Mustafa dinikahkan dengan gadis pilihan hatinya.


*Baka harimau itu dinikahkan dengan baka harimau dari Columbia.
* Baka kelapa matag itu dinikahkan dengan baka kelapa pandan.

Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat leksikal dinikahkan hanya sesuai merujuk
kepada manusia sahaja. Tetapi apabila penggunaan leksikal ini digunakan untuk merujuk kepada
haiwan dan tumbuhan, ayat yang dibentuk menjadi tidak gramatis walaupun leksikal
dikahwinkan bersinonim dengan leksikal dinikahkan.

Hipotesis Sapir Whorf menjelaskan penggabungan linguistik determinisme iaitu bahasa


menentukan pemikiran dengan linguistik relativiti iaitu tidak ada batasan pada kepelbagaian
struktural bahasa-bahasa. Dalam penerangan yang lain, sebenarnya bahasa ditentukan oleh cara
penutur berfikir. Cara untuk seseorang penutur berfikir dalam melihat bahasa menerusi
perkataan itu lebih meluas. Hal ini kerana seseorang penutur cuba memaksimumkan fungsi
sesuatu perkataan untuk mengungkapkan idea yang hendak disampaikan.

5
Hal ini dapat diterangkan dengan menggunakan leksikal dikahwinkan. Dalam untuk
mengungkapkan konsep seseorang disatukan dengan seseorang yang lain, penutur boleh
menggunakan ungkapan dinikahkan dan dijabkabulkan selain daripada leksikal dikahwinkan.
Oleh itu, dalam mengungkapkan sesuatu idea dalam bahasa, penutur boleh mempelbagaikan
penggunaan perkataan dan tidak terhad kepada satu ungkapan sahaja

6
3.0 Leksikal saga

Leksikal saga ini telah mengalami proses peluasan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu
saga ini mempunyai makna yang terhad iaitu sejenis buah yang berwarna merah. Namun pada
masa kini, leksikal ini mempunyai makna yang baru selain sejenis buah iaitu sejenis nama model
kereta nasional negara kita. Hal ini dapat dilihat seperti dalam data di bawah :

Pasai 133:3 ..... empat jengkal lilit dan matanya merah seperti saga. Alkisah maka
tersebutlah penkataan Sang Nata menyuruh warga .....
PNB 60:4 .. orang gila laku[nya] dan matanya mérah seperti buah saga daripada
sangat mabuknya itu. Maka ada yang jatuh; ada yang lari,
Bayan 262:4 ..... seperti guruh bunyinya dan mata mérah seperti saga dengan
besarnya dan misainya pun panjang, barang lakunya memberi .

Daripada contoh ayat di atas, penggunaan leksikal saga hanya merujuk kepada sejenis
buah. Dalam ketiga-tiga ayat ini, penggunaan leksikal saga adalah sebagai perumpamaan.
Leksikal ini telah mengalami proses peluasan makna dan hal ini dapat dilihat seperti ayat di
bawah :

... merempuh dan menyeret hingga 100 meter sebuah Proton Saga
bernombor JCQ 5131 di lintasan kereta api di ...

... di bilik berhawa dingin dan memandu kereta Proton Saga 1.3 kepunyaan
syarikat.

... menjadi detik bersejarah bagi negara apabila kereta Proton Saga
dilancarkan di kilang Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) ...
... seperti gantang, koyan dan cupak manakala mayam serta saga
digunakan untuk menimbang emas.

Daripada contoh ayat di atas yang dipetik dari Konkordans Dewan Bahasa dan Pustaka,
penggunaan leksikal saga pada masa kini tidak terhad kepada sejenis buah sahaja. Tetapi
leksikal ini turut digunakan untuk menerangkan sejenis model kereta iaitu Proton Saga.

7
Seterusnya saya akan mengaitkan leksikal saga ini dengan paradigmatik. Pada
perenggan sebelum ini saya telah menerangkan makna paradigmatik. Oleh itu, saya tidak akan
menerangkan maknanya dalam perenggan ini. Dalam hal ini, leksikal saga boleh digantikan
dengan unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam lingkungan yang tertentu.
Leksikal saga yang mendukung makna sejenis buah boleh digantikan dengan leksikal labu,
nanas, betik dan sebagainya. Manakala leksikal saga kedua yang telah mengalami peluasan
makna dapat digantikan dengan leksikal Wira, Rusa dan lain-lain lagi. Hal ini dapat dilihat
dengan lebih jelas berdasarkan contoh di bawah :

Adik Nadirah sedang mengutip buah saga.


labu
nanas
betik

Ayah Emer baru sahaja membeli kereta Saga.


Wira
Rusa

Berdasarkan contoh di atas, leksikal saga dalam ayat pertama mempunyai hubungan
paradigmatik dengan labu, nanas dan betik. Manakala leksikal saga yang kedua mempunyai
hubungan paradigmatik dengan leksikal Wira dan Rusa. Berdasarkan contoh ayat di atas, pada
masa dahulu leksikal ini hanya mempunyai hubungan paradigmatik dengan leksikal saga yang
mendukung makna sejenis buah sahaja. Tetapi pada masa kini, leksikal saga yang telah
mengalami peluasan makna ini turut mempunyai hubungan paradigmatik dengan sejenis nama
kereta nasional.

Sesuatu leksikal itu boleh digantikan dengan leksikal yang lain tetapi leksikal tersebut
mestilah tergolong daripada satu kumpulan yang sama atau hampir sama. Dalam kes ini, dapat
dikatakan bahawa leksikal saga, labu,nanas dan betik tergolong dalam golongan hiponim yang
mempunyai superodinat buah. Manakala leksikal saga dalam ayat kedua tergolong dalam

8
golongan hiponim yang mempunyai superodinat kereta nasional. Seterusnya, saya akan mengkaji
hubungan antara leksikal saga dengan sintagmatik. Hubungan sintagmatik leksikal saga dapat
dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Mata Shasha merah seperti saga.


hijau
biru

Kereta Saga ayah telah dilanggar oleh jirannya sendiri.

Berdasarkan ayat di atas, leksikal merah mempunyai hubungan sintagmatik dengan


leksikal saga. Hal ini kerana saga berwarna merah bukannya berwarna hijau atau biru.
Manakala dalam ayat kedua pula, leksikal saga ini mempunyai hubungan sintagmatik dengan
ayah telah dilanggar. Hal ini dapat membezakan penggunaan leksikal saga ini. Pada masa
dahulu, leksikal saga ini hanya mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal merah sahaja.
Tetapi pada masa kini, leksikal ini mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan ayat ayah
telah dilanggar.

Selain itu juga, leksikal merah berkolokasi dengan saga dalam ayat pertama. Manakala
leksikal saga dalam ayat kedua berkolokasi dengan kereta. Hal ini jelas menunjukkan pada masa
dahulu, leksikal ini hanya berkolokasi dengan leksikal merah sahaja. Tetapi pada masa kini,
leksikal saga ini turut berkolokasi dengan leksikal kereta. Proses seterusnya yang akan saya kaji
ialah makna konteks. Makna sesuatu kata itu bergantung kepada konteks ayat. Leksikal saga ini
mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks ayat. Sebagai contoh dapat diterangkan
seperti ayat di bawah :

Proton Saga itu baru saja dibeli oleh Asraff.


Adik bermain congkak dengan menggunakan buah saga.

9
Berdasarkan kedua-dua ayat di atas ini, leksikal saga dalam ayat pertama ini bukanlah
membawa maksud sejenis buah tetapi mendukung maksud sejenis nama model kereta nasional.
Manakala leksikal saga dalam ayat kedua mendukung makna sejenis buah.

Seterusnya, leksikal saga ini turut mempunyai kaitan dengan makna berhubung
kebudayaan. Sesuatu makna tersebut dipergaruhi oleh budaya sesuatu penutur. Sebagai
contohnya, budaya Melayu berkemungkinan melihat saga dari segi fungsi buah tersebut atau
sifat fizikal buah tersebut yang berwarna merah. Seterusnya ia mempengaruhi penggunaan kata
tersebut dalam rutin harian sehingga terbentuknya perumpamaan merah seperti saga.

10
4.0 Leksikal kancil

Leksikal kancil ini telah mengalami satu proses iaitu peluasan makna. Pada masa dahulu, makna
leksikal kancil terhad iaitu hanya merujuk kepada sejenis mamalia menceruh yang kecil dan
tidak bertanduk. Tetapi akibat perkembangan budaya dan teknologi, makna leksikal ini telah
terbuka. Pada masa kini, makna bagi leksikal kancil merujuk kepada sejenis mamalia menceruh
yang kecil dan tidak bertanduk serta sejenis model kereta nasional. Hal ini dapat dilihat seperti
ayat di bawah :

Mar 56a ..... dan lembu, dan banteng, dan kijang menjangan, dan kancil, dan
beberapa puluh ayam, dan itik, dan angsa. Setelah sudah, ..
Abd.H 84:3 ... rusa, kijang, pelanduk dan napuh, bengkunang dan kancil dan
sebagainya. Dan lagi, adalah ia menaruh sebuah kitab besar,
Imam 481:27 .. luka peluru meriam dua tiga liang. Apa kata pada kancil dengan
garisnya juga boleh membawa mati. Maka setelah habis ....

Berdasarkan contoh di atas, leksikal kancil hanya merujuk kepada sejenis binatang.
Tetapi pada masa kini, penggunaan leksikal ini tidak hanya merujuk kepada sejenis mamalia
menceruh yang kecil dan tidak bertanduk tetapi juga merujuk kepada nama model kereta
nasional. Hal ini dapat dilihat seperti contoh di bawah ini :

... asal Kassim pada 1 Ogos adalah untuk Perodua Kancil 660 cc model GX
berwarna perak ataupun merah.

... pengurus syarikat itu dibuatnya ketika dua kereta Perodua Kancil GX 650 cc
sama seperti yang saya tempah, ...

... Intan (Perak) yang memintanya memperbaharui polisi insurans kereta


kancil dengan nombor pendaftarannya ACW 8973 yang tamat November ...

Khadijah memanfaatkan cerita rakyat di Nusantara dan memilih kancil


haiwan rimba yang kecil tetapi terkenal dengan kebijaksanaan ...

11
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang pertama, kedua dan ketiga merujuk kepada
nama model kereta. Manakala ayat yang keempat merujuk kepada sejenis mamalia menceruh
yang kecil dan tidak bertanduk. Oleh itu peluasan makna telah berlaku. Seterusnya saya akan
mengkaji hubungan antara leksikal kancil dengan sintagmatik. Hubungan antara leksikal kancil
dengan sintagmatik dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah ini :

Kereta Kancil merupakan produk keluaran PERODUA.

Budak itu cerdik seperti kancil.

Berdasarkan ayat di atas, pada masa kini kereta Kancil menpunyai hubungan secara
sintagmatik dengan produk keluaran PERODUA. Manakala leksikal kancil dalam ayat kedua
mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal cerdik. Hal ini dapat membuktikan pada
masa dahulu, leksikal kancil ini hanya berhubungan secara sintagmatik dengan leksikal cerdik.
Tetapi akibat peluasan makna, leksikal ini turut mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan
produk keluaran PERODUA.

Selain itu juga, leksikal kancil juga berkolokasi dengan leksikal kereta. Pada masa
dahulu, leksikal kancil hanya berkolokasi dengan leksikal cerdik. Selain itu, saya akan
mengaitkan leksikal kancil ini dengan hubungan paradigmatik. Leksikal kancil boleh digantikan
dengan unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam lingkungan yang tertentu.
Leksikal kancil yang telah mengalami peluasan makna ini boleh digantikan dengan leksikal
Wira, Rusa dan Kelisa. Hal ini dapat dibuktikan seperti di bawah ini :

Kereta Kancil merupakan produk keluaran PERODUA.


rusa
Wira
Kelisa

Daripada contoh ayat di atas, leksikal kancil mempunyai hubungan paradigmatik


dengan leksikal rusa, kijang dan sebagainya. Leksikal ini boleh bertukar ganti dengan leksikal

12
yang lain tetapi mestilah dengan unit-unit yang serupa. Dalam kes ini, dapat dikatakan bahawa
leksikal kancil, Kelisa, Wira dan Rusa tergolong dalam golongan hiponim yang mempunyai
superodinat kereta nasional. Pada masa dahulu, leksikal kancil ini hanya mempunyai hubungan
paradigmatik dengan kijang, rusa dan sebagainya yang mempunyai superodinat binatang. Hal
ini dapat dilihat seperti contoh di bawah :

Kancil merupakan binatang yang hidup di hutan.


Rusa
Kijang

Dari segi makna konteks pula, leksikal Kancil mempunyai makna yang berbeza
mengikut konteks ayat yang digunakan. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah :

Kancil itu berkeliaran di pinggir hutan mencari makanan.


Encik Shamin menghadiahkan sebuah kereta Kancil kepada anak sulungnya.

Berdasarkan ayat di atas, leksikal kancil dalam ayat pertama bukanlah merujuk kepada
model kereta tetapi merujuk kepada sejenis binatang. Manakala leksikal kancil dalam ayat kedua
pula merujuk kepada sejenis model kereta. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa setiap
penggunaan leksikal mempunyai makna yang berlainan bergantung kepada konteks ayat.
Seterusnya akan mengaitkan leksikal kancil dengan hubungan makna dengan kebudayaan.

Lyons (1969 ) mengatakan proses menjadi dwibahasa itu merupakan proses penyerapan
dua kebudayaan oleh penutur tersebut. Dengan kata lain, bahasa amatlah rapat berhubung
dengan kebudayaan dalam mana bahasa itu dituturkan ( Abdullah Hassan, Linguistik Am untuk
Guru Bahasa Malaysia : 226 ). Mengikut kebudayaan Melayu, leksikal kancil sering
digambarkan seekor binatang yang bijak sehingga terbentuknya perumpamaan bijak seperti
kancil.

13
5.0 Leksikal parut

Leksikal parut telah mengalami satu proses iaitu proses peluasan makna. Hal ini dapat dilihat
dari segi penggunaannya. Pada masa dahulu, leksikal parut hanya merujuk kepada bekas luka.
Tetapi pada masa kini leksikal parut turut mendukung makna parutan alat utk mengukur kelapa
dan lain-lain ( e-Kamus versi 5.01 ). Hal ini dapt dibuktikan seperti contoh ayat yang dimuat
turun dari Malay Concordance Project di bawah :

Abd.PK 91 dan mukanya bulat dan hidungnya mancung. Maka adalah parut cacar
sedikit di pipinya, giginya lentik lagi berkilat hitam. ...
S 27Jul32:6 ...-orang kita Melayu ke hadapan, seperti bagaimana parut daripada
satu luka yang besar iktu tidak hilang selama-lamanya. .
KSPB Yoh20:25 kena paku di tanganNya dan mencocokkan jariku di parut itu,
dan aku mencocokkan tanganku di rusukNya, tiadalah aku ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal parut hanya mendukung makna bekas luka.
Pada masa ini, maknanya agak terhad. Pada masa kini, leksikal parut mendukung dua makna
yang berbeza. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah ini.

Halim menunjukkan parut disebabkan kemalangan jalan raya yang


dialaminya.

... dan polio dos tambahan kedua BCG (jika tiada parut

Lelaki itu yang bertanda parut di pipi juga mempunyai telefon bimbit.

... disenaraikan, kacang panjang, kubis bulat, cili merah, kelapa parut
bawang merah kecil, ubi kentang dan tomato.

Daripada contoh ayat di atas, leksikal parut pada masa kini mendukung dua makna yang
berbeza. Leksikal parut dalam ayat pertama sehingga ketiga mendukung makna bekas luka
tetapi leksikal parut dalam ayat keempat mendukung makna parutan alat untuk mengukur
kelapa.

14
Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal parut dengan sintagmatik
dan paradigmatik. Hubungan antara leksikal parut dengan sintagmatik dapat dilihat seperti
dalam ayat di bawah :

Peristiwa hitam itu akan meninggalkan parut untuk selama-lamanya.

Emak menyuruh adik membeli kelapa parut.

Berdasarkan ayat di atas, leksikal meninggalkan dengan leksikal parut mempunyai


hubungan sintagmatik. Tetapi akibat peluasan makna pada masa kini, leksikal parut ini juga
mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan leksikal kelapa. Seterusnya saya akan
menerangkan hubungan antara leksikal parut dengan paradigmatik. Dalam hal ini, leksikal
parut boleh digantikan dengan unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam
lingkungan yang tertentu. Leksikal parut ini boleh digantikan dengan leksikal kukur. Manakala
leksikal parut yang mendukung makna bekas luka boleh digantikan dengan leksikal bekas dan
kesan. Hal ini dapat dilihat seperti ayat di bawah:

Emak menyuruh adik membeli kelapa parut dan buah terung.


kukur

Parut luka Mira akibat kemalangan itu akan kekal untuk selama-lamanya.
Kesan
Bekas

Berdasarkan ayat di atas, leksikal parut dalam ayat pertama mempunyai hubungan
paradigmatik dengan leksikal kukur. Hal ini kerana kedua-dua leksikal ini boleh bertukar ganti
antara satu sama lain tanpa menjejaskan makna ayat. Manakala leksikal parut dalam ayat kedua
mempunyai hubungan paradigmatik dengan leksikal bekas dan kesan. Dari segi kolokasi pula,
leksikal parut berkolokasi dengan leksikal kelapa dalam ayat Emak menyuruh adik membeli

15
kelapa parut dan buah terung. Pada masa dahulu, leksikal parut hanya berkolokasi dengan
leksikal luka seperti dalam ayat kedua sebelum peluasan makna berlaku.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal parut dengan makna
konteks. Leksikal parut mempunyai makna yang berbeza berdasarkan konteks ayat. Hal ini
dapat diliht seperti ayat berikut :

Parut akibat kemalangan jalan raya itu akan kekal untuk selama-lamanya.

Harga kelapa parut di pasaran pada masa kini ialah RM 2.00 sekilogram.

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas ini, leksikal parut dalam ayat yang pertama bukanlah
mendukung makna parutan alat untuk mengukur kelapa tetapi mendukung makna bekas luka.
Manakala leksikal parut dalam ayat yang kedua mendukung makna parutan alat untuk mengukur
kelapa. Seterusnya hubungan antara leksikal parut dengan kebudayaan. Mengikut kebudayaan
Melayu, leksikal parut digambarkan perbuatan memarut sesuatu sehingga ke butir-butir yang
halus. Oleh sebab itu, jika dilihat dari segi penggunaan parut dalam kelapa parut, kelapa yang
dihasilkan itu bukanlah masih dalam keadaan yang asal tetapi kelapa dalam butir-butir yang
halus.

Hipotesis Sapir Whorf menjelaskan penggabungan linguistik determinisme iaitu bahasa


menentukan pemikiran dengan linguistik relativiti iaitu tidak ada batasan pada kepelbagaian
struktural bahasa-bahasa. Dalam penerangan yang lain, sebenarnya bahasa ditentukan oleh cara
penutur berfikir. Cara untuk seseorang penutur berfikir dalam melihat bahasa menerusi
perkataan itu lebih meluas. Hal ini kerana seseorang penutur cuba memaksimumkan fungsi
sesuatu perkataan untuk mengungkapkan idea yang hendak disampaikan.

Hal ini dapat diterangkan dengan menggunakan leksikal parut. Dalam untuk
mengungkapkan konsep bekas luka, penutur boleh menggunakan ungkapan kesan dan bekas
selain daripada leksikal parut. Oleh itu, dalam mengungkapkan sesuatu idea dalam bahasa,
penutur boleh mempelbagaikan penggunaan perkataan dan tidak terhad kepada satu ungkapan

16
sahaja. Manakala untuk mengungkapkan konsep alat parutan untuk mengukur kelapa, penutur
boleh menggunakan leksikal kukur selain daripada leksikal parut.
6.0 Leksikal pupuk

Leksikal pupuk telah mengalami proses penyempitan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu,
leksikal pupuk mendukung dua makna iaitu sejenis ubat yang dibuat daripada daun herba yang
ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun dan makna yang kedua ialah menjadikan atau
menyebabkan subur ( maju, berkembang dan lain-lain ) ( e-Kamus versi 5.01 ). Hal ini dapat
dilihat seperti contoh ayat di bawah :

PK 221:2a sekalian segeralah hela. | Kebangsaan kita segeralah pupuk , jangan


dibiarkan sampai berlapuk , bagailah dia walau berkepuk
CJen.P 15:15 ..... pun pergilah mencari daun genggayang membuat pupuk kepala
anaknya itu. Sepeninggal* 'Mak Andih pergi itu, Pak ......

Berdasarkan ayat di atas, leksikal pupuk dalam ayat pertama mendukung makna
menjadikan atau menyebabkan subur ( maju, berkembang dan lain-lain ). Manakala leksikal
pupuk dalam ayat kedua mendukung makna sejenis ubat yang dibuat daripada daun herba yang
ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun. Pada masa dahulu, leksikal ini mempunyai makna yang
agak meluas namun pada pada masa kini makna leksikal ini makin terhad. Hal ini dapat dilihat
seperti ayat di bawah :

... gagal untuk menunjukkan nilai murni yang kita ingin pupuk di kalangan
pelajar kita.

Jadi, ia perlu kita pelihara, perlu kita pupuk agar ia terus hidup subur
hingga ke akhir ...

Pupuk kemahiran meletakkan tabiat anak anda dalam perspektif yang ...

Berdasarkan contoh ayat yang dimuat turun dari konkordans Dewan Bahasa dan Pustaka,
leksikal pupuk dalam ketiga-tiga ayat ini mendukung makna menjadikan atau menyebabkan

17
subur. Tetapi tiada leksikal pupuk yang mendukung makna sejenis ubat yang dibuat daripada
daun herba yang ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun dalam sumber ini. Hal ini menunjukkan
bahawa leksikal ini telah mengalami proses penyempitan makna.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal pupuk dengan sintagmatik
dan paradigmatik. Hubungan antara leksikal pupuk dengan sintagmatik dapat dilihat seperti
dalam ayat di bawah :

Emak mencari daun bambu untuk dibuat pupuk di kepala adik.

Marilah bersama-sama kita pupuk bahasa kebangsaan yang baik dan betul.
semai

Berdasarkan ayat di atas, leksikal pupuk dengan bahasa kebangsaan mempunyai


hubungan sintagmatik. Tetapi pada masa dahulu, leksikal pupuk turut mempunyai hubungan
secara sintagmatik dengan di kepala adik. Namun pada masa kini leksikal pupuk telah
mengalami proses penyempitan makna. Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara
leksikal pupuk dengan paradigmatik. Dalam hal ini, leksikal pupuk boleh digantikan dengan
unit-unit lain yang serupa tetapi masih lagi berada dalam lingkungan yang tertentu. Leksikal
pupuk ini boleh digantikan dengan leksikal semai. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat
kedua di atas.

Leksikal pupuk dalam ayat di atas mempunyai hubungan paradigmatik dengan leksikal
semai. Hal ini kerana kedua-dua leksikal ini boleh bertukar ganti antara satu sama lain tanpa
menjejaskan makna ayat. Selain itu, leksikal pupuk yang telah mengalami proses penyempitan
makna berkolokasi dengan leksikal bahasa kebangsaan dalam ayat di atas. Seterusnya saya akan
menerangkan hubungan antara leksikal pupuk dengan makna konteks. Makna bagi sesuatu
leksikal bergantung kepada konteks sesuatu ayat. Hal ini dapat dijelaskan melalui contoh ayat di
bawah :

18
"Sebagai wakil jualan, saya perlu pupuk inisiatif bergerak aktif memperkenal dan
memasarkan barangan Avon”

Emak mencari daun bambu untuk dibuat pupuk di kepala adik.

Berdasarkan kedua-dua ayat di atas, mengikut konteks ayat pertama, leksikal pupuk
dalam ayat ini mendukung makna menjadikan atau menyebabkan subur. Manakala leksikal
pupuk mengikut konteks ayat kedua pula mendukung makna sejenis ubat yang dibuat daripada
daun herba yang ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun. Oleh itu, walaupun leksikal yang
digunakan sama tetapi jika digunakan dalam konteks yang berlainan, maksud sesuatu leksikal
tersebut akan berubah.

Leksikal pupuk ini juga mempunyai hubungan dengan kebudayaan. Mengikut


kebudayaan Melayu, pupuk merupakan sejenis ubat yang digunakan oleh masyarakat dahulu.
Ubat ini ditumbuk dan diletakkan di ubun-ubun kepala. Berkemungkinan, perbuatan meletakkan
ubat ini di ubun-ubun menyebabkan ia dipanggil pupuk seolah-olah menepuk-nepuk ubat
tersebut di kepala. Seterusnya ia mempengaruhi penggunaan kata tersebut dalam rutin harian
masyarakat Melayu.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan antara leksikal pupuk dengan hipotesis
Sapir Whorf. Hipotesis ini menyatakan bahawa bahasa ditentukan oleh cara seseorang penutur
berfikir. Seseorang penutur akan cuba memaksimumkan penggunaan fungsi sesuatu perkataan
untuk mengungkapkan idea yang hendak disampaikan. Hal ini dapat dilihat menerusi leksikal
pupuk . Dalam untuk mengungkapkan konsep untuk menjadikan atau menyebabkan subur
penutur boleh menggunakan ungkapan semai selain daripada leksikal pupuk. Oleh itu, dalam
mengungkapkan sesuatu idea dalam bahasa, penutur boleh mempelbagaikan penggunaan
perkataan dan tidak terhad kepada satu ungkapan sahaja.

19
7.0 Leksikal hulu

Leksikal hulu ini telah mengalami penyempitan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu,
leksikal ini mendukung makna bahagian sungai yang paling atas, hujung pangkal, kepala ubun-
ubun, pemegang dan pedalaman ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005 : 551 ) . Tetapi pada
masa kini, leksikal hulu ini hanya mendukung makna bahagian sungai yang paling atas dan
pedalaman sahaja. Leksikal hulu yang mendukung makna kepala ubun-ubun tidak lagi
digunakan pada masa kini. Hal ini dapat dibuktikan seperti contoh ayat di bawah :

Siak katanya, "Patik derhaka, tuanku," lalu diparangnya, kena hulu baginda,
keluar darah putih, memancar seperti santan dan kulit ...
SM 51:38 ..... anak raja itu keluar, ditumpu oleh bidannya akan ulu baginda
menjadi lembang sama tengah, tinggi kiri kanan. Maka ......
S 24Jan31:6 ...... buat mengajar kami sekalian di dalam Kampung Ulu Beranang.
Dapatlah kami melanjutkan pemandangan memilih di antara .
Maul 997c ... besar berhentilah dahulu , air pun pasang arus ke hulu ,
berdayunglah masuk bertalu-talu | Tenku Alang Naga perahunya ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal hulu mendukung makna bahagian sungai yang
paling atas, kepala ubun-ubun dan pedalaman. Pada masa dahulu, leksikal ini mempunyai
makna yang agak meluas namun pada pada masa kini makna leksikal ini makin terhad. Hal ini
dapat dilihat seperti ayat di bawah :

... mengenai projek pembangunannya di kawasan Felda Sungai Buaya, Hulu


Selangor.

... mutu bekalan air yang berterusan di sepanjang persekitaran hulu


Sungai Kelantan, sekali gus mengurangkan kejadian banjir di ...

Berdasarkan contoh ayat yang saya muat turun dari korkondans Dewan Bahasa dan
Pustaka, leksikal hulu pada masa kini mendukung makna pedalaman dan bahagian sungai yang

20
paling atas. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan leksikal hulu ini hanya mendukung
makna pedalaman dan bahagian sungai yang paling atas sahaja berbanding pada masa dahulu.

Seterusnya, saya akan menerangkan hubungan antara leksikal hulu dengan hubungan
sintagmatik dan kolokasi . Hubungan sintagmatik dapat ditunjukkan melalui contoh ayat di
bawah :

Kumb 91c .... , Hilanglah arwah di dalam dada , Segera disambut hulu ayahanda , Sambil
menangis memangku ayahanda | Ayuhai ayahanda ...

Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL) sudah dinaikkan tarafnya kepada `perbandaran' pada 3
Januari 2003.

Berdasarkan contoh ayat dia atas, leksikal hulu mempunyai hubungan secara sintagmatik
dengan leksikal Langat. Tetapi pada masa dahulu, leksikal hulu ini turut mempunyai hubungan
secara sintagmatik dengan leksikal ayahanda. Tetapi pada masa kini makna hulu semakin terhad
dan hanya mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal hulu yang mendukung makna
bahagian sungai paling atas serta pedalaman. Manakala dari segi kolokasi pula, leksikal hulu
berkolokasi dengan leksikal Langat dalam ayat kedua. Manakala leksikal hulu dalam ayat
pertama berkolokasi dengan leksikal ayahanda.

Pada masa dahulu, leksikal hulu berkolokasi dengan kepala ubun-ubun, pemegang,
pedalaman, bahagian sungai paling atas dan pemegang. Tetapi pada masa kini leksikal hulu
hanya berkolokasi dengan pedalaman dan bahagian sungai paling atas sahaja. Seterusnya saya
akan menerangkan hubungan antara leksikal hulu dengan makna konteks. Makna bagi sesuatu
leksikal bergantung kepada konteks sesuatu ayat. Hal ini dapat dijelaskan melalui contoh ayat di
bawah :

Kebanyakan saudara ayah saya menetap di Hulu Chepor, Perak.

Air sungai di bahagian hulu lebih deras berbanding hlir sungai.

21
Berdasarkan contoh ayat di atas, penggunaan leksikal hulu dalam ayat pertama bukanlah
mendukung makna bahagian sungai paling atas tetapi mengikut konteks ayat ini leksikal hulu
mendukung makna pedalaman. Manakala dalam ayat kedua pula leksikal hulu mengikut konteks
ayat ini mendukung makna bahagian sungai paling atas. Konteks ayat perlulah dilihat terlebih
dahulu sebelum menafsir makna ayat tersebut.

22
8.0 Leksikal kait

Leksikal kait ini telah mengalami peluasan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu leksikal
kait ini mendukung makna besi yang bercangkuk hujungnya dan melakukan sesuatu dengan
menggunakan besi yang bercangkuk hujungnya ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 656 ). . Tetapi
pada masa kini, leksikal kait ini juga turut digunakan untuk menghubungkan atau sangkut paut
serta tipu muslihat. Hal ini dapat dibuktikan seperti ayat yang saya perolehi daripada Malay
Concondance Project di bawah :

S 13Jun31:8 ... yang terjadi sebelum getah selam (slump) mereka kait beberapa
pokok-pokok durian, macang, mangga, kelapa, kekabu-......
S 31Oct36:7 .......... di sekolah iaitu ajaran2 jahit menjahit, kait mengkait, kesihatan
membela anak, masak memasak dan ekonomi rumah
KSPL Yeh29:4 ..... diriku sendiri! Sebab itu Aku kelak membubuh kait pada
insangmu dan melekatkan kelak segala ikan sungaimu itu pada .

Berdasarkan contoh ayat di atas, dapat dilihat leksikal kait ini hanya merujuk kepada
sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan besi yang mempunyai cangkuk
dihujungnya seperti dalam ayat pertama iaitu … mereka kait beberapa pokok-pokok durian…
serta dalam ayat kedua …kait mengait…Manakala leksikal kait dalam ayat ketiga pula merujuk
kepada besi yang mempunyai cangkuk di hujungnya. Tetapi pada masa kini, leksikal kait ini
turut mendukung makna sangkut paut, sesuatu yang terselindung dan tipu muslihat. Hal ini
dapat dilihat seperti di bawah :

"Tetapi kalau (soalan) yang ditolak itu mempunyai hubung kait dengan
pentadbiran, itu nampak seolah-olah dia takut dan ...

23
... juga katanya, suka bercerita hal yang tiada hubung kait dengan kes, konon
untuk mencari simpati tanpa kesedaran ...

... Umno banyak terbabit dalam badan yang ada hubung kait dengan
pembangunan di peringkat kampung, daerah, mukim hinggalah ...

Baju panas dari benang kait boleh didapati dalam pelbagai warna lembut seperti
merah ...

Berdasarkan contoh ayat yang saya perolehi daripada korkondans Dewan Bahasa dan
Pustaka, leksikal kait dalam ayat pertama sehingga ayat ketiga mendukung makna sangkut paut,
sesuatu yang terselindung atau tipu muslihat. Manakala dalam ayat keempat pula leksikal kait
ini mendukung makna sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan besi yang
mempunyai cangkuk dihujungnya. Oleh itu, telah terbukti bahawa leksikal kait pada masa kini
turut merujuk kepada makna yang baru.

Seterusnya saya akan menerangkan hubung kait antara leksikal kait dengan hubungan
sintagmatik dan kolokasi. Pada masa dahulu, leksikal kait hanya bersintagmatik dengan unit-unit
lain secara terhad. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Bau benang kait yang berwarna merah lembut itu kepunyaan Mirah.

Jika dilihat seperti contoh ayat di atas, leksikal kait mempunyai hubungan secara
sintagmatik dengan berwarna merah lembut …Dari segi kolokasi pula, leksikal kait berkoloksi
dengan leksikal benang pada masa dahulu. Manakala pada masa kini, leksikal ini turut
mempunyai hubungan sintagmatik dengan unit-unit yang baru. Hal ini dapat dilihat seperti
contoh ayat di bawah :

Perkara itu tidak mempunyai hubung kait dengan saya.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal kait ini mempunyai hubungan sintagmatik
dengan leksikal dengan saya. Dari segi kolokasi pula, pada masa kini selain berkolokasi dengan

24
benang, leksikal kait juga berkolokasi dengan leksikal hubung. Seterusnya, saya akan
menerangkan dari segi makna menurut konteks ayat. Setiap makna leksikal akan berubah
apabila konteks ayat yang berbeza digunakan. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Mereka kait buah kelapa sawit apabila menjelang bulan Oktober.


Pakcik Amran mempunyai hubung kait dengan kes rompakan dua hari lepas.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal kait dalam ayat pertama mendukung makna
sesuatu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan besi yang mempunyai cangkuk
dihujungnya mengikut konteks ayat ini. Manakala leksikal kait dalam ayat kedua mendukung
makna sangkut paut, sesuatu yang terselindung dan tipu muslihat mengikut konteks ayat ini.

Seterusnya, leksikal kait ini dapat dikaitkan dengan makna berhubung dengan
kebudayaan. Mengikut kebudayaan Melayu, leksikal kait merupakan sesuatu perbuatan yang
dilakukan dengan menggunakan besi yang mempunyai cangkuk dihujungnya. Dalam
kebudayaan Melayu, jika perbuatan tersebut tidak dilakukan dengan menggunakan besi yang
mempunyai cangkuk dihujungnya, masyarakat Melayu tidak akan memanggilnya perbuatan kait.
Berkemungkinan menggunakan leksikal yang lain seperti memotong, menghiris dan sebagainya.
Seterusnya penggunaan leksikal kait mempergaruhi penggunaan kata tersebut dalam rutin harian.

25
9.0 Leksikal bunga

Leksikal bunga telah mengalami proses peluasan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu,
leksikal bunga ini mendukung makna sejenis tumbuhan, nyala api yang berterbangan iaitu bunga
api dan bunga wang iaitu bayaran tambahan yang dikenakan ke atas atau diperolehi daripada
wang yang dipinjamkan ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 212 ). Tetapi pada masa kini, makna
bagi leksikal ini semakin terbuka. Pada masa kini, leksikal bunga turut merujuk kepada bunga
tayar iaitu bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan ( ukiran atau corak ). Leksikal
bunga yang mendukung makna bunga tayar masih tidak digunakan pada masa dahulu. Hal ini
dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Abd.S KGT 65a tinggilah amat , Gegak gempita terlalu sangat. | Bunga api
berterbangan seperti burung , Penuhlah orang2 berlari .......
S 24Oct40:12 ........... peperangan dengan tiada akan mengambil bunga atau faedah
apa2 di atasnya dan wang yang tersebut itu tidak ....
Bid 5:5c . puspa warna , Eloknya bagai anakan kencana , Laksana bunga cempaka
warna , Maka digubah seorang rana | Setelah bersalin ....

Berdasarkan ayat di atas, leksikal bunga yang saya perolehi dari Malay Concondance
Project ini merujuk kepada nyala api yang berterbangan, bayaran tambahan atas pinjaman wang
dan sejenis tumbuhan. Tiada ayat yang merujuk kepada penggunaan bunga yang mendukung
makna bunga tayar. Tetapi pada masa kini, penggunaannya semakin meluas. Hal ini dapat
dilihat dalam contoh ayat di bawah :

26
Syarikat itu turut menjual bunga mawar merah sempena memperingati hari
kekasih yang jatuh ...
Proses menyongket benang iaitu membuat motif atau bunga songket
adalah yang paling sukar.
... semua pemandu berlumba menggunakan tayar yang masih ada bunga untuk
mengelak perkara sedemikian tetapi bantahannya termasuk dakwaannya ...

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal bunga dalam ayat pertama dan kedua
mendukung makna sejenis tumbuhan dan lukisan pada kain. Manakala leksikal bunga dalam
ayat ketiga mendukung makna bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti hiasan. Hal ini
dapat membuktikan bahawa peluasan makna telah berlaku. Seterusnya saya akan menerang
proses sintagmatik dan kolokasi. Contoh penggunaan leksikal bunga dalam hubungan
sintagmatik dan kolokasi dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Emak saya membeli beberapa kuntum bunga mawar.

Abang memilih tayar yang mempunyai bunga tayar yang berkualiti tinggi.

Berdasarkan ayat di atas, pada masa dahulu leksikal bunga dalam ayat pertama hanya
mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan leksikal mawar sahaja. Tetapi pada masa kini,
leksikal bunga turut mempunyai hubungan secara sintagmatik dengan tayar yang berkualiti
tinggi. Dari segi kolokasi, pada masa dahulu leksikal mawar hanya berkolokasi dengan leksikal
bunga. Tetapi pada masa kini, leksikal tayar turut berkolokasi dengan leksikal bunga.

Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan antara leksikal ini dari segi makna menurut
konteks. Leksikal bunga ini mempunyai makna yang berbeza jika digunakan dalam konteks
yang berlainan. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di atas. Berdasarkan contoh ayat di atas,
leksikal bunga dalam ayat pertama mendukung makna sejenis tumbuhan. Manakala leksikal
bunga dalam ayat kedua pula mendukung makna bahagian permukaan tayar yang rupanya seperti
hiasan ( ukiran atau corak ).

27
Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan antara leksikal bunga ini mengikut makna
berhubung kebudayaan. Menurut budaya Melayu, bunga merupakan sejenis tumbuhan yang
mempunyai corak dan bentuk yang menarik serta cantik. Oleh itu, berkemungkinan orang
Melayu mengaplikasikan bentuk dan corak bunga ini kepada tayar. Oleh sebab itu, penggunaan
leksikal bunga yang merujuk kepada tayar terbentuk akibat bentuk dan corak bunga tayar ini
seakan-akan bentuk dan corak bunga.

10.0 Leksikal mencanai

Leksikal mencanai ini telah mengalami proses peluasan makna akibat perkembangan teknologi,
masa dan budaya masyarakat. Leksikal mencanai pada masa dahulu hanya mendukung makna
membentuk, mengacu, menyelesaikan dan menyelaraskan serta mengasah sesuatu dengan
menggunakan batu canai ( Kamus Dewan Edisi Keempat : 242 ). Tetapi pada masa kini, leksikal
mencanai ini juga turut mendukung makna yang sama seperti dahulu cuma terdapat peluasan
makna yang baru iaitu menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata. Hal ini dapat dilihat seperti
contoh ayat di bawah :

MG Jun32:103 ...... dalam Semenanjung. Untuk tempat melepas dan mencanai


fikiran guru. Untuk tempat guru-guru yang lebih pandai .......
Abd.H 358:8 pun berkerumunlah orang membaiki senjata dan orang mencanai
pun berpuluh2 tempat, istimewa orang menyarung hampir ........

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal mencanai dalam ayat pertama mendukung
makna membentuk, mengacu, menyelesaikan dan menyelaraskan. Manakala leksikal mencanai
dalam ayat kedua mendukung makna mengasah sesuatu dengan menggunakan batu canai. Tiada
ayat yang digunakan untuk merujuk kepada menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata. Tetapi
pada masa kini, penggunaan leksikal ini telah meluas. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di
bawah :

... kokurikulum adalah mata pelajaran elektif terbaik sebagai tiket mencanai siswa
IPT sebagai produk yang serba boleh

28
... diterjemahkan seperti Rethinking Islam, memberi penemuan mutakhir dalam
mencanai dunia berhadapan dengan modenisme dan pascamoden.

... Daerah Kota Setar memberi bantuan oven besar, mesin mencanai tepung, mesin
pengisar tepung dan mesin pengisar gula ...

Berdasarkan contoh ayat yang saya perolehi dari korkondans Dewan Bahasa dan Pustaka,
leksikal mencanai dalam ayat pertama dan kedua mendukung makna membentuk, mengacu,
menyelesaikan dan menyelaraskan. Manakala dalam ayat kedua pula, leksikal ini mendukung
makna menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata. Hal ini membuktikan bahawa peluasan
makna telah berlaku. Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan antara leksikal mencanai
dengan hubungan paradigmatik, sintagmatik dan kolokasi. Hubungan antara leksikal mencanai
dengan paradigmatik dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Kokurikulum adalah mata pelajaran elektif terbaik sebagai tiket mencanai siswa IPT
sebagai produk yang serba boleh. membentuk

Daerah Kota Setar memberi bantuan oven besar, mesin mencanai tepung dan mesin
pengisar kepada usahawan muda tersebut. menggelek

Berdasarkan contoh ayat di atas, pada masa dahulu leksikal mencanai dalam ayat pertama
hanya mempunyai hubungan secara paradigmatik dengan leksikal membentuk sahaja. Hubungan
paradigmatik ialah satu keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui
pertentangan atau penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit yang serupa.
Dalam ayat ini, leksikal mencanai turut boleh digantikan dengan leksikal membentuk tanpa
menjejaskan makna ayat. Seterusnya, dalam ayat kedua pula leksikal mencanai yang telah
mengalami peluasan makna turut mempunyai hubungan secara paradigmatik dengan leksikal
menggelek.

Seterusnya saya akan menerangkan hubungan sintagmatik pula. Berdasarkan contoh ayat
dia atas, jika dilihat dari segi penggunaan pada masa dahulu, leksikal ini hanya mempunyai
hubungan secara sintagmatik dengan leksikal siswa IPT. Tetapi akibat peluasan makna leksikal

29
mencanai ini turut mempunyai hubungan sintagmatik dengan leksikal tepung. Dari segi
kolokasi, hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat dia bawah :

MG Jun32:103 ...... dalam Semenanjung. Untuk tempat melepas dan mencanai fikiran
guru. Untuk tempat guru-guru yang lebih pandai .......

Daerah Kota Setar memberi bantuan oven besar, mesin mencanai tepung dan mesin
pengisar kepada usahawan muda tersebut.

Berdasarkan contoh ayat tersebut, sebelum mengalami peluasan makna leksikal


mencanai ini hanya berkolokasi dengan leksikal fikiran. Tetapi setelah mengalami peluasan
makna, leksikal ini juga turut berkolokasi dengan leksikal mesin. Seterusnya saya akan
menerangkan perkaitan antara leksikal mencanai dengan makna mengikut konteks. Hal ini dapat
dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Restoran Samy membeli dua mesin mencanai tepung untuk meningkatkan pengeluaran
produk mereka.

Kokurikulum adalah mata pelajaran elektif terbaik sebagai tiket mencanai siswa IPT
sebagai produk yang serba boleh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal mencanai dalam ayat pertama mendukung
makna menggelek ( adunan ) supaya nipis dan rata jika berdasarkan konteks ayat tersebut.
Manakala leksikal mencanai dalam kedua mendukung makna membentuk, mengacu,
menyelesaikan dan menyelaraskan jika dilihat dari segi penggunaan kata mengikut konteks ayat.
Seterusnya saya akan mengaitkan leksikal mencanai dengan hipotesis Sapir Whorf. Menurut
hipotesis ini, seseorang penutur bahasa akan cuba memaksimumkan penggunaan katanya untuk
mengungkapkan satu konsep yang sama.

Berdasarkan kepada leksikal mencanai, untuk mengungkapkan konsep berkaitan hal


adunan supaya nipis dan rata, penutur turut boleh menggunakan leksikal menggelek selain

30
leksikal mencanai. Bagi mengungkapkan konsep membentuk, mengacu, menyelesaikan dan
menyelaraskan, penutur boleh menggunakan leksikal membentuk selain leksikal mencanai.

11.0 Leksikal pangsa

Leksikal pangsa telah mengalami peluasan makna tetapi pada masa yang sama turut mengalami
penyempitan makna. Hal ini kerana pada masa dahulu, leksikal pangsa ini mendukung makna
menunjukkan bangsa dan petak atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan dan lain-lain
( Kamus Dewan Edisi Keempat : 1132 ). . Tetapi pada masa kini leksikal ini juga mendukung
makna rumah iaitu satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai kediaman. Leksikal ini
mengalami penyempitan pada masa yang sama jika dilihat contoh ayat dari kedua-dua
korkondans. Hal ini dapat dibuktikan seperti contoh ayat di bawah :

Pwng 22 .. Guna) yang bertegak di pintu bumi di Bukit Kaf. / Bantara Alam di
awan-awan / Sang Rangga Buana di angin / Berangga Kala di gunung / Tambar
Boga di bukit / Langgi Tambar Boga di pangsa tanah / Berangga Kala di barat /
Sang Begor (ialah Nasahi) di timur / Sang Degur (ialah Nasahu) di utara / Sang
Rangga Gempita (ialah Nasahah) di selatan / Sang Rangga ......
Pwng 263 ..-lain, `alamat beroleh sahaya adanya. Jika bermimpi minum air madu
atau melihat dia, `alamat bertudungan orang kaya-kaya adanya. Jika bermimpi
tuma di kain atau di baju, `alamat pangsa [?] yang baik-baik, jikalau [?] adanya.
Jika bermimpi belalang makan padi, `alamat satrunya datang adanya. Jika
bermimpi berbang [?] juga [?] `alamat satrunya kembali .......

Berdasarkan ayat di atas yang saya peroleh dari Malay Concondance Project, leksikal
pangsa dalam ayat ini mendukung makna petak. Manakala dalam ayat kedua leksikal pangsa
mendukung makna menunjukkan bangsa. Tetapi pada masa kini, leksikal ini juga turut

31
mendukung makna rumah iaitu satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai kediaman.
Hal ini dapat dilihat seperti dalam ayat di bawah :

... jagaan dan makanan yang cukup di sebuah rumah pangsa dekat Tangkak akhir
tahun lalu, dihukum penjara enam ...

Lebih mengecewakan Jasmir, berbuih mulutnya memohon rumah pangsa Dewan


Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tapi setiap kali ...

"Katanya penghuni rumah pangsa seharusnya tidak membuang sampah sesuka hati
kerana ia ...

Berdasarkan contoh ayat di atas Berdasarkan ayat di atas, leksikal pangsa dalam ketiga-
tiga ayat di atas mendukung makna sejenis bentuk kediaman. Tiada satu pun contoh ayat yang
mendukung makna menunjukkan bangsa dan petak atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan
dan lain-lain. Hal inilah yang menyebabkan saya mengatakan bahawa dua proses berlaku
serentak dalam satu tempoh masa. Seterusnya, saya akan menerangkan hubungan antara leksikal
paradigmatik, sintagmatik dan kolokasi. Leksikal pangsa ini mempunyai hubungan secara
paradigmatik. Hal ini dapat dilihat seperti contoh ayat di bawah :

Adik bongsu saya baru saja berpindah ke rumah pangsa di Jalan Imbi.
teres
banglo

Pwng 263 ..-lain, `alamat beroleh sahaya adanya. Jika bermimpi minum air madu atau melihat
dia, `alamat bertudungan orang kaya-kaya adanya. Jika bermimpi tuma di kain atau di baju,
`alamat pangsa [?] yang baik-baik, jikalau [?] adanya.
bangsa

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal pangsa dalam ayat pertama mempunyai
hubungan secara paradigmatik dengan leksikal teres dan banglo. Manakala leksikal pangsa

32
dalam ayat kedua boleh bertukar ganti dengan leksikal bangsa. Oleh itu, leksikal pangsa dalam
ayat kedua juga turut mempunyai hubungan paradigmatik dengan kata ini. Seterusnya dari segi
sintagmatik pula, leksikal berpindah berhubungan secara sintagmatik dengan leksikal ke rumah
pangsa dalam ayat pertama. Pada masa dahulu, leksikal pangsa hanya mempunyai hubungan
secara sintagmatik dengan leksikal yang baik-baik seperti dalam ayat kedua di atas.

Dari segi kolokasi pula, pada masa dahulu leksikal pangsa hanya berkolokasi dengan
leksikal alamat seperti contoh ayat di atas. Tetapi pada masa kini, leksikal ini turut berkolokasi
dengan leksikal rumah seperti contoh ayat di atas. Seterusnya saya akan menerangkan perkaitan
antara leksikal ini dengan makna konteks. Hal ini dapat diterangkan melalui contoh ayat di
bawah :
Durian Siam itu mempunyai pangsa yang sedikit sahaja.
Harga rumah pangsa di Kuala Lumpur mahal.

Berdasarkan contoh ayat di atas, leksikal pangsa dalam ayat pertama mendukung makna petak
atau bahagian-bahagian dalam buah-buahan mengikut konteks ayat tersebut. Manakala leksikal
pangsa dalam ayat kedua mendukung makna rumah yang satu set bilik serba lengkap yang
digunakan sebagai tempat kediaman. Oleh sebab itu, walaupun leksikal yang digunakan sama
tetapi jika digunakan dalam konteks yang berlainan, maksud sesuatu leksikal tersebut akan
berubah.

Seterusnya saya akan menerangkan makna berhubung kebudayaan berdasarkan leksikal


pangsa ini. Mengikut kebudayaan Melayu, petak atau bahagian dalam buah-buahan dipanggil
pangsa kerana petak-petak ini seakan-akan bertingkat-tingkat. Oleh itu, berkemungkinan orang
Melayu mengaplikasikan bentuk dan corak pangsa dalam buah-buahan yang bertingkat-tingkat
ini kepada rumah pangsa. Jika kita lihat, rumah pangsa merupakan rumah yang bertingkat-
tingkat yang hampir menyerupai pangsa dalam buah-buahan. Oleh sebab itu, penggunaan
leksikal pangsa yang merujuk kepada rumah terbentuk akibat bentuk rumah pangsa ini seakan-
akan bentuk dan corak pangsa dalam buah-buahan.

33
12.0 Kesimpulan

Proses seperti peluasan atau penyempitan makna merupakan satu proses yang biasa berlaku
dalam sesuatu bahasa. Melalui proses peluasan ini, penggunaan sesuatu leksikal itu dapat
dimaksimumkan. Proses-proses ini terjadi akibat perkembangan budaya dan teknologi yang
semakin meluas dalam masyarakat pada masa kini. Selain itu, penggunaan sesuatu leksikal
dalam bahasa mengikut konteks-konteks ayat yang tertentu. Jika konteks sesuatu ayat itu tidak
dipertimbangkan, penutur dan pendengar tidak dapat menafsir makna sesuatu ayat.

Oleh sebab itu, penutur bahasa mestilah dapat membezakan penggunaan sesuatu leksikal
mengikut konteks ayat. Dalam analisis ini, saya turut membincangkan satu hipotesis. Hipotesis
tersebut ialah Hipotesis Sapir Whorf. Dalam hipotesis ini, Sapir Whorf menyatakan bahawa
bahasa ditentukan oleh cara seseorang penutur berfikir. Hal ini bermaksud seseorang penutur
akan cuba memaksimumkan penggunaan fungsi sesuatu perkataan untuk mengungkapkan idea
yang hendak disampaikan.

Dalam analisis ini, hipotesis ini dikaitkan dengan leksikal-leksikal yang telah saya pilih.
Dalam untuk mengungkapkan sesuatu konsep atau idea, penutur boleh menggunakan ungkapan
yang pelbagai untuk mengungkapkan sesuatu konsep. Analisis ini juga menghuraikan konsep
paradigmatik, sintagmatik, kolokasi dan hubungan makna dengan kebudayaan. Budaya
memainkan peranan penting dalam sesuatu makna leksikal. Secara keseluruhannya, bahasa
Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri terutama dari segi semantik.

34
35

You might also like