berperanan menunjukan perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja d apat dib ahagikan k epada; Kata Kerja Transitif : Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Transitif Pasif Kata Kerja Tak Transitif : Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap Kata kerja t ra nsi tif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang
mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Co nto hnya ;
Suhaina menjahit baju kurung untuk
adiknya. Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya Terdapat beberapa cara yang dapat mem bantu untuk mengenal i kata kerj a trans iti f. Mengemukakan pertanyaan ‘apa’ selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? mengecat rumah. Apabila membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh : Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas. membelikan kata kerja transitif rantai emas objek tepat kekasihnya objek sipi Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya ‘apa’ kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu. Kata kerja t ra nsi tif aktif kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan ‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’. Co nto hnya ;
Mastura mencuci pakaian di dalam bilik
air Sussi membersihkan halaman rumah Kata kerja t ra nsi tif pasif kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif. Co nto hnya ;
Pakaian itu dicuci Mastura
Halaman rumah itu dibersihkan Sussi
Kata kerja t ak tr ansitif
kata kerja yang tidak memerlukan objek
atau pelengkap selepasnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua :
Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja ta k tr ansitif tak b erpelengkap Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan. Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang. Co nto h aya t;
- semua orang pulang
- padi sedang menguning - Burung itu terbang - Pemuda itu tersenyum Kata kerja t ak tr ansitif berpelengkap
kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk melengkapkan maksud ayat Terdapat beberapa jenis pelengkap : Waktu . contoh : Ali duduk sejak tadi. Tempat . contoh : Kakak duduk di atas kerusi Cara . contoh : Ali duduk bersimpuh Sebab. contoh : Dia duduk kerana letih. Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jika pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. Contoh : Sarah ingin menjadi peragawati Amri bertambah sayang kepada isterinya Jika tanpa pelengkap : Sarah ingin menjadi …(menjadi apa?) Ali bertambah…(bertambah apa?)