You are on page 1of 5

Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses ialah kegiatan

seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam
kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk
juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks
yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi
oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak
membenarkan sumbang muhrim.

Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan
yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang
dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah
kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran,
sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan
serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang sebarang
hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala
ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah
tangga yang berkait.

Sumbang muhrim boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan
jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya,
serta antara saudara-saudara dewasa.

Sumbang muhrim antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan
bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupun
sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh
sebab sumbang muhrim merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara
sulit, undang-undang sumbang muhrim merupakan sebuah undang-undang yang susah
dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan
jenayah sumbang muhrim, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap
sumbang muhrim sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-
negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh
lebih ringan.
Penjelasan biologi dan sosial
Hubungan sumbang muhrim diketahui berpotensi tinggi menghasilkan keturunan yang
secara biologinya lemah, baik fizikal mahupun mental (cacat), atau bahkan berbahaya
(membawa maut). Fenomena ini juga umum dikenal dalam dunia haiwan dan tumbuhan
sebagai pembiakbakaan dalam. Ini boleh terjadi akibat pengumpulan homozigot atau gen-
gen pembawa 'sifat lemah' dari kedua-dua induk pada satu individu (anak).

Secara sosial, hubungan sumbang dapat disebabkan, antara lain, oleh ruangan dalam
rumah yang tidak memungkinkan ibu bapa, anak, atau sesama saudara berpisah bilik.
Hubungan sumbang antara orang tua dan anak dapat pula terjadi kerana keadaan
psikososial yang kurang sihat pada individu yang terlibat.

Hampir semua budaya tidak mentoleransi hubungan sumbang, kecuali beberapa budaya
lama yang mengecualikannya untuk untuk kepentingan-kepentingan tertentu, seperti
politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan
sumbang. Di dalam aturan agama Islam (fiqh), misalnya, terdapat konsep muhrim yang
mengatur hubungan sosial di antara individu-individu yang masih sekerabat. Seseorang
itu tidak diperkenankan menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa,
datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu
bapa, anak saudara, serta cucu.

[sunting] Perbezaan antara sumbang muhrim dengan


pembiakbakaan dalam
Konsep-konsep "sumbang muhrim" dan "pembiakbakaan dalam" adalah tidak sama.

"Sumbang muhrim" merujuk kepada pantang larang kegiatan seks dari segi sosial antara
orang-orang perseorangan yang dianggap bersaudara terlalu rapat untuk berkahwin.
Dengan kata yang lain, sumbang muhrim merupakan sepatah istilah sosial dan
kebudayaan. Sebaliknya, "pembiakbakaan dalam" merujuk kepada pembiakan antara
orang-orang perseorangan dengan gen yang terlalu rapat, tanpa mengira kedudukan-
kedudukan sosial mereka. Istilah ini ialah istilah saintifik dan bukannya istilah sosial atau
kebudayaan.

Dalam banyak masyarakat, takrif untuk "sumbang muhrim" dan "pembiakbakaan dalam"
adalah sama. Umpamanya, hubungan seks antara orang-orang yang rapat gennya
dianggap sebagai sumbang muhrim. Sebaliknya, dalam masyarakat-masyarakat yang lain,
hubung kaitnya mungkin tidak sebegitu ketara. Banyak budaya menganggap hubungan
seks antara sepupu selari sebagai sumbang muhrim, tetapi tidak hubungan seks antara
sepupu silang, walaupun tahap hubungan genetik tidak berbeza. Selain itu, hubungan seks
mungkin dianggap sebagai sumbang muhrim walaupun tidak terdapat sebarang hubungan
genetik, umpamanya antara:

• ibu bapa tiri dengan anak tirinya


• seorang lelaki dengan kakak atau adik iparnya
• seorang perempuan dengan abang atau adik iparnya

walaupun hubungan-hubungan tersebut tidak membabitkan sebarang risiko


pembiakbakaan yang melebihi perkahwinan yang dibenarkan.

[sunting] Bentuk sumbang muhrim


[sunting] Sumbang muhrim antara ibu bapa dengan anak

Sumbang muhrim antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh
berlaku, baik antara jantina yang berbeza mahupun antara jantina yang sama.

Banyak ahli-ahli sains, sosiologi, dan psikologi, serta pekerja sosial dan pegawai kerajaan
yang lain telah mengkaji kesan sumbang muhrim ibu bapa dan mempertimbangkannya
daripada kedua-dua segi. Bagaimanapun, pendirian berat sebelah umumnya wujud dalam
penyelidikan, bersama-sama dengan hubungan rapat antara para penyelidik dengan
"mangsa-mangsa" yang menjejaskan keobjektifan penyelidikan mereka (umpamanya,
Andrew Vachss, Ken Adams). Adanya perbezaan yang dramatik antara bilangan-bilangan
kes ketika ibu bapa "tiri" juga dianggap sebagai kes sumbang muhrim.

Memandangkan dwisifat pantang larang dan sifat haram sumbang muhrim antara ibu
bapa dengan anak mereka, serta fakta bahawa ia dilakukan dengan kanak-kanak yang
bergantung kepada mereka, banyak kes tidak dilaporkan dalam statistik kerajaan rasmi
yang hanya mengandungi matlumat yang diberikan secara rela.

[sunting] Sumbang muhrim antara saudara kandung

Interaksi-interaksi sumbang muhrim sepersetujuan antara adik beradik yang berumur


serupa kekadang berlaku, menurut sebuah kajian oleh Floyd Martinson yang mendapati
bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak
dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut merupakan sejenis keseksualan
kanak-kanak. Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan umur yang besar antara saudara-
saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan keluarga berfungsi, dan/atau ketika
paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang muhrim saudara kandung boleh
mengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada saudara kandung yang lebih
muda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang muhrim saudara kandung boleh
juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan saudara kandung.
"Laki-laki tukang zina tidak (pantas) kahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau
musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (pantas) kahwin, melainkan dengan
laki-laki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu'min."
(Al-Quran,Surah an-Nur: 3)

"Perempuan yang zina dan laki-laki yang zina, deralah masing-masing mereka itu seratus
kali." (an-Nur: 3)

Dera ini adalah hukuman jasmani, sedang larangan kahwin adalah hukuman moral.
Dengan demikian, maka diharamkan mengawasi pelacur sama halnya dengan
memurnikan kehormatan warga negara, atau sama dengan menggugurkan kewarga-
negaraan orang yang bersangkutan dari hak-haknya yang tertentu menurut istilah
sekarang.

Ibnul Qayim setelah menerangkan arti ayat di atas, mengatakan: "Hukum yang telah
ditetapkan oleh al-Quran ini sudah selaras dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akal
yang sehat. Sebab Allah tidak membenarkan hambanya ini sebagai germo untuk
mencarikan jodoh seorang pelacur. Fitrah manusia pun akan menganggap jijik. Oleh
kerana itu orang-orang apabila mencari kawannya, mereka mengatakan: 'Pantas kamu
suami seorang pelacur.' Untuk itulah, maka Allah mengharamkan perkahwinan semacam
itu kepada orang Islam."

Dan yang lebih jelas lagi, ialah: bahwa kejahatan seorang perempuan ini dapat merusak
tempat tidurnya suami dan keturunan yang justru oleh Allah dijadikan sebagai sarana
kesempurnaan kemaslahatan mereka dan dinilai sebagai suatu nikmat. Sedang zina dapat
mengakibatkan percampuran air dan meragukan keturunan. Oleh kerana itu termasuk
salah satu keistimewaan syariat Islam, ialah mengharamkan kahwin dengan seorang
pelacur sehingga dia bertaubat dan mengosongkan rahimnya. Caranya yaitu: paling
sedikit haidh satu kali.9

Lagi pula, bahwa seorang pelacur adalah tidak baik. Sedang Allah menjadikan
perkahwinan itu sebagai salah satu jalan untuk mewujudkan rasa cinta dan kasih-sayang
(mawaddah warahmah). Dan apa yang disebut mawaddah, yaitu kemurnian cinta. Maka
bagaimana mungkin orang yang tidak baik dapat dicintai oleh suami yang baik?

Suami dalam bahasa Arab disebut zauj, yang berasal dari kata izdiwaj artinya: isytibah
wat tawazun (serupa dan seirama). Jadi suami-isteri atau zaujan (dalam bahasa Arab),
berarti dua orang yang serupa dan seirama, tidak bertolak belakangnya antara yang baik
dan yang buruk baik ditinjau secara hukum syar'i ataupun secara ukuran biasa, tidak akan
dapat menghasilkan keserasian, seirama, kecintaan dan kasih-sayang. Maka tepatlah apa
yang dikatakan Allah.

"Perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan
jahat; dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik." an-Nur: 26)
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Zina"

You might also like