P. 1
teori behavioris

teori behavioris

4.68

|Views: 21,122|Likes:
Published by Nor Anisa Musa

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Nor Anisa Musa on Feb 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/11/2013

pdf

text

original

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME
PENGENALAN
Bab ini memperkenalkan teori kaunseling behaviorisme atau kadang-kadang disebut teori kaunseling ketingkahlakuan. Bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja mengikuti kursus kaunseling, mereka akan memerlukan panduan untuk memahami bagaimana individu yang hendak dibantunya berfungsi dalam persekitarannya. Mereka tidak seharusnya membuat sesuatu keputusan bertindak hanya berasaskan dengan membuat andaian sendiri sahaja, tanpa memikirkan rasional mengapa sesuatu tindakan dilaksanakan. Dengan menggunakan teori yang dipilih, mereka akan dapat memahami mengapa sesuatu tingkah laku berlaku demikian, dan apakah strategi yang wajar harus diambil untuk mengekalkannya atau pun untuk mengubahnya mengikut cara-cara teori berkenaan. Yang pentingnya, anda akan bertindak dengan lebih konsisten terhadap klien dengan memikirkan teori yang dipegang. Melalui bab ini, anda akan dapat memahami apakah fungsi-fungsi teori, dan seterusnya mengikuti keterangan satu teori yang banyak digunakan oleh kaunselor profesional iaitu teori behaviorisme. Pertama, anda akan dapat memahami konsep dan teknik-teknik yang digunakan mengikut fahaman behaviorisme. Seterusnya akan dijelaskan bagaimana seseorang itu meneruskan tingkah laku maladaptasi, iaitu tingkah laku yang tidak sesuai di dalam persekitarannya atau masyarakatnya. Beberapa contoh akan disediakan untuk memudahkan lagi kefahaman anda tentang perlaksanaan teori behaviorisme.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenalpastil apakah asas teori behaviorisme; 2. mengenalpasti bagaimana pendekatan behaviorisme dijadikan teori kaunseling; 3. mengetahui apakah jenis tingkah laku yang dikatakan tingkah laku maladaptif dan mengapakah ia berterusan; dan 4. mengenali dan memahami beberapa strategi membantu klien dengan menggunakan pendekatan teori behaviorisme.

112

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.1

KEPERLUAN TEORI KAUNSELING

Pada fikiran anda, adakah kaunseling memerlukan teori?

Teori adalah satu andaian yang mengandungi beberapa idea untuk menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena. Fungsi sesuatu teori itu ialah untuk: (a) menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian; (b) menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu; dan (c) menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan.

Sama ada kaunseling memerlukan teori atau tidak bergantung kepada individu pengamal profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya, Arnold Lazarus (1981) mengatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang mengatakan bahawa pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977). Pandangan begitu berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis melakukan aktiviti yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang menggunakan teknik-teknik yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini bermakna teori yang didukungnya itu nampaknya tidak memberi apa-apa faedah. Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada orang yang mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan, dan halatuju kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan daripada keterangan Frank bahawa teori memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang dilakukannya terhadap kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirkannya menjadi punca masalah yang dialami oleh kliennya. Seperkara lagi, kaunselor yang menjalankan kerjanya mengikut panduan daripada teori akan memberi peluang kepadanya membuat rancangan dan persediaan sebelum menasihatkan klien mengatur strategi membuat perubahan. Dengan secara tidak langsung, rancangan ini akan memberi keyakinan yang lebih kepada klien terhadap kaunselornya kerana kaunselor menunjukkan keprofesionalannya. Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.1
1. Nyatakan tiga fungsi teori serta berikan contoh bagi setiap fungsi. 2. Apakah perlunya teori kepada seorang kaunselor?

OUM

113

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

5.2

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach dalam kaunseling mempunyai sejarah bermula daripada tiga komponen.

5.2.1 Komponen Pertama
Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasikal, atau kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960), dan Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikus putih, kapas putih dan rambut Watson yang putih!

Rajah 5.1: John B Watson

Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran. Rajah 5.1 menunjukkan Prinsip Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat oleh Wolpe secara besar-besaran (1954;1958;1961) apabila beliau memperkenalkan teknik systematic desensitization.

Bunyi loceng kuat (ransangan tak terlazim)

Terperanjat dan rasa takut (respon tak terlazim Rasa takut (respon terlazim)

DIGANDINGKAN

Tikus putih (ransangan terlazim) Rajah 5.2: Prinsip pembelajaran pelaziman klasikal

114

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Anda pasti pernah melihat seorang kanak-kanak yang membesar akan meniru segala apa yang dibuat oleh orang dewasa. Adakah perlakuan kanak-kanak tersebit menepati teori behaviorisme? Terangkan.

5.2.2

Komponen Kedua

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. F. Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga menguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan bunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan (extinction) mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan ransangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon pada orang yang menyampuk.

Rajah 5.3: B.F Skinner

Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification. Dari segi pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan. Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan kecil. Kalau anda perhatikan, kedua-dua prinsip tersebut adalah prinsip pembelajaran asas yang telah dibincangkan dalam modul Psikologi Pendidikan.

5.2.3

Komponen Ketiga

Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive behaviour therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif.

OUM

115

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif. Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.2
1. Apakah kombinasi tiga komponen yang dijadikan teori kaunseling behaviorisme? Dapatkan bacaan luar maksud dan prosedur teknik modifikasi tingkah laku (behaviour modification).

2.

5.3

TEORI PERSONALITI BEHAVIORISME

Sebenarnya, tidak ada satu teori personaliti khusus yang boleh dinamakan sebagai teori personaliti ketingkahlakuan atau teori personaliti behaviorisme. Penteori dalam bidang behaviorisme tidak berminat mengemukakan satu-satu yang boleh dikatakan teori personaliti behaviorisme. Mereka lebih menumpukan kepada teori pembelajaran daripada membina satu model teori personaliti manusia. Ahli behaviorisme membuat andaian bahawa tingkah laku yang lazim ditonjolkan oleh individu secara konsisten, yang dikatakan sahsiah atau personaliti itu sebenarnya adalah hasil kematangan serta hasil hukum pembelajaran yang telah dialaminya. Oleh yang demikian, pengikut behaviorisme berpendapat apa yang terdekat menepati teori pesonaliti sebenarnya adalah teori pembelajaran. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang dipersetujui oleh semua ahli-ahli teori behaviorisme berkaitan dengan personaliti yang mesti kita fahami. (a) Pertama, penentu pembelajaran, sikap, kebiasaan atau tabiat dan aspek-aspek lain berkaitan dengan perkembangan peribadi ialah ketingkahlakuan sesuatu organisma, dan bukannya fenomena mental. (b) Kedua, perkembangan personaliti adalah ditentukan (deterministic), iaitu di mana persekitaran dan pengalaman yang menentukan perkembangan personaliti. (c) Ketiga, perbezaan individu berpunca daripada perbezaan pengalaman

(d) Keempat, dualisme seperti minda-jasad, jasad-rohani tidak mempunyai kesahihan saintifik untuk menerangkan perkembangan manusia, membuat sesuatu ramalan apa yang akan terjadi tentang pelakuan manusia dan menguasai tingkah laku manusia untuk melakukan sesuatu. (e) Kelima, sungguhpun perkembangan personaliti mempunyai batasan genetik yang tidak boleh berubah dan diubah lagi, ianya adalah kesan daripada persekitaran dan ransangan dalaman yang memainkan peranan yang dominan.

116

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.3.1 Penyesuaian Prinsip Skinner
Pada tahun 1977, seorang pakar kaunseling bernama R. W. Lundin telah menggariskan prinsip-prinsip Skinner yang boleh diguna pakai untuk disesuaikan dengan satu teori personaliti. Kita telah mengetahui bahawa asas prinsip Skinner ialah bahawa perkembangan personaliti manusia itu bergantung pada peneguhan operan (operant reinforcement). Lundin telah mengembangkan pandangan peneguhan operan untuk mencorak personaliti dengan menyenaraikan beberapa prinsip Skinner tersebut: Dalam membentuk teori personaliti behaviorisme, yang amat penting ialah membuat ramalan dan menguasai tingkah laku. Di sini tidak ada soal membuat pilihan (free will). Angkubah persekitaran akan menentukan jenis-jenis respon. Apabila dapat dikenali angkubah-angkubah, maka akan mudah kita membuat ramalan dan menguasai tingkah laku. Semua tingkah laku boleh dibahagikan kepada kategori operan dan responden. Maksudnya, individu membuat respon kepada sesuatu (operan), atau bergerak (responden) mengikut persekitaran. Oleh kerana semua tingkah laku tertakluk dibawah kuasa ransangan persekitaran, dengan itu tidak timbul soal tingkah laku bersahaja(voluntary). Personaliti seseorang itu terbentuk disebabkan oleh peneguhan-peneguhan. Disamping peneguhan utama, seperti makanan, air dan udara, peneguhan-peneguhan positif tertentu yang terlazim seperti wang ringgit dan pujian masyarakat, akan membantu membentuk personaliti. Peneguhan negatif yang dihilangkan juga menguatkan lagi tingkah laku dan membantu pembentukan personaliti. Sesuatu tingkah laku boleh diubah dengan cara melemahkan atau menahan peneguhan – suatu proses yang dinamakan pelupusan (extinction). Satu contoh mengubah tingkah laku dengan cara pelupusan ialah membiarkan lansung tingkah laku kanak-kanak yang cuba menarik perhatian orang tuanya seperti merengek dan merajuk.

Rajah 5.4: Bayi merengek dan minta ibunya memujuk

Dari segi praktiknya, ini mungkin akan memakan masa yang lama sekiranya kanakkanak itu telah lama diberi peneguhan terhadap tingkah laku yang tidak dikehendaki.

OUM

117

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

Modeling (mencontohi) juga menambahkan pembentukan personaliti. Sesuatu tingkah laku boleh diikuti dengan cara memerhatikan orang yang terdekat, dan diberi peneguhan kepada pelakuan yang mirip kepada pelakuan orang yang diperhatikan. Penggunaan teknik “role play” untuk mengajar tingkah laku asertif adalah cara modeling. Selain peneguhan positif, personaliti boleh juga dikuasai dengan ransangan yang menyakitkan yang membuatkan individu mengelak, atau menjauhinya. Personaliti dikekalkan oleh peneguhan terlazim yang berterusan. Peneguhan terlazim bermula daripada ransangan yang neutral, tetapi apabila digandingkan dengan peneguhan utama, ia sendiri boleh menjadi peneguhan . Sesuatu tingkah laku boleh berterusan jika diberi peneguhan selalu atau secara berkala. Pemberian peneguhan selalu untuk sesuatu tingkah laku yang dikehendaki berterusan, bererti setiap respon yang ditunjukkan akan diikuti dengan satu peneguhan. Cara begini pula jika dilakukan secara melampau, lama kelamaan kesan yang dikehendaki tiada memberi kepuasan atau hilang nilai kepuasannya. Cara berkala pula, peneguhan diberi mengikut jadual. Peneguhan yang diberi cara berkala dan mengikut jadual adalah yang paling berkesan sekali. Pada pendapat anda, apakah perbezaan ketara di antara pendekatan yang diutarakan oleh Watson dengan pendekatan yang diutarakan oleh Skinner?

5.4

PERIHAL PELAKUAN YANG TIDAK SESUAI

Pada fikiran anda, apakah yang dikatakan tingkah laku yang tidak sesuai?

Sesuatu tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat itu dikatakan tingkah laku maladaptif (maladapted behaviour), dan sekiranya kekal dilakukan oleh seseorang, orang itu akan dianggap tidak dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya (maladjusted person). Perbuatan seperti mengambil barang orang lain atau menunjukkan kelangsangan adalah contoh tingkah laku maladjustif sekiranya menjadi pola sahsiah, iaitu tingkah laku yang tidak sesuai dalam sesuatu masyarakat. Sebaliknya, perbuatan menolong orang lain dalam kesusahan, bergotong royong seperti yang terdapat dalam masyarakat kita dikatakan tingkah laku adjustif, iaitu yang dikehendaki. Mengikut pendekatan behavorisme, tingkah laku, yang adaptif atau maladaptif adalah dipelajari. Ini juga bermakna apa yang telah dipelajari boleh dihilangkan atau dibuang. Contohnya, jika seseorang telah ada tabiat merokok, iaitu satu perbuatan yang telah dipelajarinya, pada teorinya, tabiat yang dianggap maladaptif ini boleh dibuang, atau dihilangkan.
118

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rajah 5.5: Sekumpulan orang merokok di luar pejabat

Tingkah laku maladjustif adalah spesifik pada satu budaya, masa, kelas sosial dan situasi. Apa yang menjadi maladjustif dalam satu budaya boleh dianggap adjustif dalam budaya lain. Bezanya ialah seseorang itu mendapat peneguhan daripada orang yang terdekat, yang mempunyai pengaruh memberi peneguhan. Misalnya, dalam sebuah kumpulan samseng orang yang terdekat kepada ahli-ahli samseng itu dan yang mempunyai kuasa memberi peneguhan kepada ahli-ahlinya dalam bentuk upahan yang lumayan ialah ketua kumpulan itu. Oleh itu arahan daripada ketua untuk membunuh atau merompak akan dengan mudah dijalankan oleh pengikut kumpulan kerana ada peneguhan. Dalam konteks ini perbuatan yang dilakukan oleh kumpulan jenayah ini adalah adaptif dalam budaya penjenayah, tetapi dikatakan maladaptif dalam masyarakat umum. Masa atau zaman juga boleh menentukan apa yang dianggap tingkah laku adjustif dan maladjustif. Misalnya, kira-kira 50 tahun dahulu, anak-anak orang Melayu ditegah belajar di sekolah Inggeris kerana takut menjadi Kristian. Siapa yang pergi belajar juga dikatakan melakukan pelakuan maladaptif dan mengalami tekanan daripada saudara mara hingga ada yang berhenti sekolah. Tetapi hari ini ibubapa tidak mengalami tekanan daripada mana-mana pihak untuk anak-anak mereka pergi ke sekolah Inggeris yang dipilih, malah ramai yang menghantar anak-anak mereka ke England dan Amerika untuk belajar. Belajar di sekolah Inggeris sekarang adalah perlakuan adaptif. Setiap kelas sosial mempunyai interpretasi berhubung dengan apa yang dianggap adjustif dan maladjustif dan cara mereka mengendalikan diri untuk mengelak perasaan kurang selesa bila melakukan perbuatan maladaptif. Di Barat, misalnya, wujud interpretasi demikian di mana individu-individu daripada kelas pertengahan adalah lebih berupaya mengawal diri, selalu rasa bersalah, merendahkan diri sebagai tindak balas kepada pelakuan maladjustif, manakala individu-individu dari kelas bawah lebih menunjukkan pelakuan agresif, cenderung pada sikap menentang, dan melanggar undang-undang sebagai tindak balas perlakuan maladjustif (Myers dan Roberts, 1959).

Bagaimanakah seseorang individu itu boleh menjadi seorang penjenayah, tidak kira sama ada pembunuh, perompak atau sebagainya? Apakah faktorfaktor yang mendorong mereka melakukan perkara tersebut?

OUM

119

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

5.4.1

Bagaimana Individu Bermasalah

Bagaimanakah pengikut behaviorisme melihat orang yang mengalami masalah atau yang “sakit”? Pengikut behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melalui pengalaman responden atau operan. Oleh yang demikian, tingkah laku yang dianggap maladaptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa. Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptif, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar. Contohnya, seorang kanak-kanak mengalami sakit perut (rangsangan yang tidak selesa) dan pada malam hari, dia dan kumpulannya bercadang untuk berkhemah (rangsangan yang neutral) beramai-ramai. Pada satu masa lain pula, dia mengalami sakit perut lagi apabila pergi berkhemah (gandingan). Lama kelamaan apabila dia mendengar perkataan “khemah” sahaja (rangsangan yang terlazim), dia akan rasa loya dan hendak muntah (respon terlazim). Lihat Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Pergi berkhemah menimbulkan perasaan sakit

120

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Tingkah laku maladaptif yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkah laku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan berikutnya. Sebagai contoh, budak yang mengalami sakit perut tadi mendapat perhatian dari ibubapanya dengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana keadaannya pada masa itu. Hal ini akan menyebabkan budak ini mengambil kesempatan yang sama dalam situasi lain di mana dia ingin mengelak daripada pergi ke sekolah. Jadi, dengan mengatakan dia sakit perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang tidak selesa, iaitu pergi sekolah. Kalau diteliti contoh ini dengan lebih mendalam lagi, generalisasi akan berlaku, iaitu apabila budak ini hendak mengelak sesuatu situasi yang dianggapnya sebagai tidak selesa atau yang mengancam kesejahteraannya, ia akan mengalami sakit perut. Mengapa ini berlaku? Jawapannya ialah kerana ia berkesan. Hakikatnya, tingkah laku ini akan menjadi bebanan pada dirinya pada masa-masa akan datang; misalnya, dia mungkin akan mengalami sakit perut sebelum mengambil peperiksaan. Individu ini mungkin ingin mengubah tingkah lakunya yang maladaptif, tetapi, oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak ransangan yang tidak selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk melupuskan tingkah laku “sakit perut” itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling. Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.3
1. Nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku masalah itu dipelajari mengikut teori kaunseling behaviorisme? Fikirkan satu perlakuan yang anda rasa maladaptif, dan cuba kesan bagaimana perlakuan itu telah dipelajari.

2.

5.5

PROSES KAUNSELING

Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistem kaunseling yang lain, kaunselor behaviorisme mesti juga menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara berikut, iaitu: • • • • mendengar dengan tepat; menghargai kliennya; sikap menerima; dan memahami bahawa klien seorang yang unik.

Kemahiran-kemahiran tersebut telah diterangkan di dalam unit yang lepas. Kaunselor perlu membina satu perhubungan yang positif dengan kliennya supaya dapat memastikan ia benarbenar memahami masalah klien sebelum memulakan sesuatu strategi terhadap kliennya. Perhubungan positif juga akan membolehkan klien lebih bermotivasi untuk berjaya mendapat perubahan terhadap tingkah laku adaptif.

OUM

121

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

Dalam hal ini, klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Kaunselor behaviorisme akan cuba melupuskan bermacam-macam tingkah laku yang selama ini dianggap maladaptif, dan di samping itu, klien pula mempelajari tingkah laku yang adaptif yang akan berterusan sebagaimana yang telah dirancang. Tugas kaunselor ialah menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan. Untuk melaksanakan proses kaunseling behaviorisme ini, kaunselor mestilah telah mendapat latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku manusia, dan sanggup menjadi konsultan, guru, penasihat, pemberi peneguhan dan menjadi fasilitator. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas. Apakah tugas-tugas kaunselor? Pertama, supaya dapat membantu klien bersama-sama menganalisis tingkah lakunya, kedua untuk mentakrif masalah, dan seterusnya memilih satu matlamat yang ingin dicapai. Proses kaunseling akan menjadi lebih mudah dan membantu sekiranya kaunselor dan klien dapat mewujudkan cara berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain, saling mempercayai dan bekerjasama. Faktor perhubungan yang baik ini harus berterusan selama klien dan kaunselor mencari jalan menolong klien membuat perubahan. Cara-cara yang lebih terperinci telah diterangkan dalam bab berkenaan dengan kemahiran berkomunikasi dalam Unit 2 modul ini.

Rajah 5.7: Klien dan kaunselornya

122

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.6

STRATEGI MEMBANTU KLIEN

Beberapa strategi untuk membantu klien akan diterangkan dalam bahagian ini. Kaunselor boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan menggalakkan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak dikehendaki. Yang ditekankan di sini ialah penglibatan dan kerjasama antara klien dan kaunselor perlu berterusan. Strategi yang dipilih dan diterangkan di bawah ialah berkaitan dengan pengubahan tingkah laku zahir sahaja, seperti: • role play; • latihan asertif; • token ekonomi; • pengurusan kendiri; • pemantauan kendiri; dan • peneguhan kendiri.

5.6.1 Role-play
Apakah yang dikatakan role-play?

Strategi menggunakan role-play ini telah banyak digunakan oleh kaunselor untuk melatih klien dalam pelbagai pelakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan. Ia boleh dikatakan satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor dengan mempunyai tujuan yang khusus. Kaunselor profesional yang mengikut pendekatan kaunseling behaviorisme menggunakan role-play bila membuat latihan asertif, modeling (mencontohi perbuatan orang lain), dan kaunseling kerjaya. Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan bahawa ada banyak alternatif melakukan tingkah laku lain. Misalnya, bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan boleh diajar dengan cara role-play, di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya.

Rajah 5.8: Seorang murid bercerita di hadapan kumpulannya di dalam bilik darjah

OUM

123

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

Rasionalnya ialah murid berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan suasana yang selamat. Apabila kaunselor merasakan klien sudah mempunyai keyakinan diri, barulah murid itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Guru kelas murid tersebut perlu memberi kerjasama dengan tidak memaksa klien, kerana jika dia masih gugup dan malu, perasaan diri klien terancam. Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien lain supaya dia menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas setiap kali orang lain mengambil kesempatan terhadapnya. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang selalu menimbulkan masalah. Batasan Penggunaan Role-play Sungguhpun penggunaan teknik role-play ini berkesan, namun ia ada hadnya, iaitu: • Ia bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan kaunselor mentadbirkan caranya. • Ia juga bergantung kepada kehendak klien itu sendiri untuk mengalami, mendengar dan merasakan tingkah laku baru yang sebelum ini mungkin sukar baginya untuk dilakukan. Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.4
Nyatakan teknik role play dan apakah batasan keberkesanannya.

5.6.2

Latihan Asertif

Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya. Harus diingat bahawa teknik ini bukan untuk mengajar klien menjadi seorang yang lansang atau agresif. Matlamat asas latihan asertif ialah: • memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain; dan mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.

Ramai kaunselor mendapati bahawa klien mereka perlu membina kemahiran asertif untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri dan penyelesaian masalah. Klien boleh hilang penghargaan kendiri (self-esteem) dengan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya; tidak berupaya menghadapi ibubapa, majikan, suami/isteri atau orang lain dengan cara yang betul; atau menimbulkan respon yang tidak diingini oleh orang lain, jika klien bersikap agresif dan bukan asertif.

124

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut: • • • • • role-play dan melakonkan (modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan asertif yang biasa dihadapi oleh klien; melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah; mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali; role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan tingkah laku asertif; dan melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit (successive approximation).

Dengan cara-cara yang disebutkan tadi, klien bukan sahaja dapat membentuk tingkah laku baru dalam suasana selamat dengan kaunselornya, tetapi ia juga dapat bersama-sama dengan kaunselor untuk menganalisis perlakuan-perlakuan yang perlu dibentuk secara sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, barulah boleh dicubanya di luar bilik kaunselor, iaitu dalam keadaan seharian.

5.6.3

Token Ekonomi (Hadiah)

Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah. Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Token ekonomi telah dibuktikan berkesan di mana teknik ini digunakan di institusi-institusi seperti hospital, sekolah, klinik, rumah penjagaan kanak-kanak dan penjara. Prosedur ini boleh disesuaikan dengan apa sahaja keadaan, dan digunakan dalam situasi yang pelbagai. Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan kepada murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-jenis hukuman, dendaan atau kehilangan kemudahan sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal menjalani sesuatu tanggungjawab. Teknik ini telah didapati amat berkesan apabila digunakan kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan yang biasa atau yang lebih kompleks. Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat sesuai digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif atau untuk membentuk tingkah laku yang adaptif.

OUM

125

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

Rajah 5.9: Suasana penyampaian hadiah di dewan sekolah

Persoalannya sekarang ialah bolehkah tingkah laku yang sudah diubah melalui strategi ini berterusan atau ia akan lupus selepas beberapa ketika sahaja? Misalnya, selepas seorang murid yang berkelakuan lansang atau agresif, suka bergaduh, suka mengusik orang lain, dikenakan proses perubahan dengan teknik ini, dan nampak ada perubahan positif, adakah perubahan positif ini akan berterusan? Kaunselor behaviorisme profesional akan mempertahankan keberkesanan strategi ekonomi token, tetapi mengaku terdapat masalah dalam hal memastikan perubahan yang telah dicapai itu berterusan dan berkekalan. Kaunselor yang merancang dan menyediakan struktur ekonomi token berkenaan harus bersedia untuk memastikan perubahan akan berterusan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut: • minta bantuan pekerja-pekerja lain seperti guru kelas, guru-guru yang mengajar murid berkenaan, ibu bapa untuk membuat komitmen membantu dan memahami konsep dan matlamat ekonomi token; memilih tingkah laku yang besar kemungkinan akan mudah mendapat peneguhan dari masyarakat dan persekitarannya; mematuhi prinsip modifikasi tingkah laku seperti mengagihkan token atau hadiah serta merta, adil dan konsisten; hadiah atau token yang diagihkan itu masih mempunyai nilai peneguhan; dan memastikan tingkah laku yang diubah itu adalah tingkah laku yang dikehendaki di luar sekolah.

• •

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.5
Bagaimanakah kita dapat memastikan sesuatu tingkah laku yang baru diubah terus berkekalan?

126

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.6.4

Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri

Pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri merangkumi suatu trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama (collaborator) dan aktif dalam kaunseling. Jika dibandingkan dengan pendapat-pendapat ahli teori behaviorisme dahulu, klien adalah lebih pasif. Teknik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut: • • klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling; klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor serta membina langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu. proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan; klien dijangka lebih bertanggungjawab berusaha untuk mencapai perubahan yang dikehendaki; klien belajar cara memberi peneguhan kendiri; klien dipanggil untuk membuat perhatian, memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri, dan kadang-kadang diminta membuat interpretasi data tingkah laku yang telah mereka catitkan; dan kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan sebagai seorang pakar.

• •

• •

Mengikut pengamal teori behaviorisme, prosedur yang disenaraikan tersebut boleh dijadikan bingkai kerja (framework) mana-mana strategi yang telah dibincangkan sebelum ini. Strategi pengurusan kendiri mempunyai langkah-langkah tertentu yang perlu diikuti untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Anda diminta memahami langkah-langkah berikut supaya perbincangan tentang konsepkonsep behaviorisme yang telah diterangkan pada awal bab ini lebih bererti. Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri Langkah 1: Mengkonsepsi dan Mentakrif Masalah dan Memilih Matlamat dalam Bentuk Behavioral A. B. Tentukan matlamat sasaran satu persatu Matlamatnya mesti: • • • • mudah difahami, penting, dan mempunyai nilai kepada klien; boleh diukur secara objektif dan dianalisis; realistik dan boleh dicapai; dan positif dan membina

OUM

127

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi: • • Contoh:

UNIT 3 BAB 5

kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak dilupuskan; dan pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh-tarikh.

Kaunselor: Jadi, sekarang apa yang saudara ingin benar-benar lakukan ialah mencapai sasaran mengurangkan berat badan, dan kali ini berterusan. Klien: Ya, itu benar, sebab yang paling saya utamakan sekarang ialah tentang kesihatan saya. Kaunselor: Baiklah, saya rasa anda sudah membuat komitmen untuk mengurangkan berat badan dan mahu memulakan dengan segera. Mari kita tentukan berapa kilogram anda ingin kurangkan, dan rancang satu jadual yang realistik dan yang tidak membahayakan serta mencatit tarikh-tarikh untuk mencapai sasaran-sasaran tersebut.

Rajah 5.10: Seorang yang mengalami masalah berat badan meminta pandangan dari kaunselor Sumber: http://news.minnesota.publicradio.org/features/2004/10/12_scheckt_gastricbypass/ images/campoypatient

Langkah 2: Mengurus dan Memantau Tingkah Laku Sasaran A. B. C. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien. Mulakan penilaian asas atau baseline assessment sebelum melaksanakan strategi mengubah tingkah laku. Mulakan pemantauan dan buat catitan data ke atas matlamat-matlamat yang berkaitan.

Untuk ini, klien perlu: • • • mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku; gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang sesuai untuk merekod data tingkah laku; dan laksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa, atau gunakan strategi pemantauan yang lain untuk merekod tingkah laku.

128

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Contoh: Kaunselor: Saudara, bagaimanakah anda mengubah cara anda merekod dan memantau tingkah laku kali ini untuk memastikan saudara mengikut jadual dan mencapai berat badan yang dikehendaki? Klien: Oh, itu semua saya dah fikirkan; besi angkat berat, kalori, jenis senaman, dan saya juga telah fikirkan cara-cara saya mengesan apa yang saya lakukan pada setiap hari. Saya juga telah memikirkan beberapa kaedah untuk memantau apa yang saya buat supaya tidak menipu diri saya sendiri. Kaunselor: Anda ada menyebut “beberapa kaedah”. Apakah kaedah yang saudara gunakan? Saya benar-benar inginkan anda berjaya kali ini. Cuba kita semak bersama perincian apa yang saudara hendak lakukan dan bagaimana anda akan lakukannya. Klien: Baiklah. Ini saya hendak tunjukkan apa yang saya telah tulis sebagai rekod tentang apa yang saya telah buat. Kaunselor: (Sambil melihat catitan) Ini senarai yang baik. Mari kita semak dan bincang bersama. Mungkin kita dapat fikirkan alat-alat lain yang boleh membantu pemantauan aktiviti anda dengan lebih mudah yang belum kita fikirkan. Langkah 3: Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang Sesuai Teruskan mencatit atau merekodkan tingkah laku sasaran A. B. Pada mulanya, cuba elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon yang tidak dikehendaki atau pelakuan maladaptif. Ubahkan persekitaran, suasana dan situasi untuk memastikan anda: • • • Contoh: Kaunselor: Saudara, ini adalah satu langkah di mana saudara mesti tukar kepada cara lain. Kalau saudara teruskan cara yang lama, nanti susah nak menghilangkan tabiat yang baru ni, dan anda pasti akan terus makan macam dulu dan membuat aktviti fizikal yang telah dimulakan. Ini akan menimbulkan masalah. Pada hemat saya, anda perlu membuat satu perubahan drastik kalau ingin mencapai matlamat anda. Klien: Ya, saya tahu beberapa perkara yang saya mesti lakukan. Pertama, saya mesti cuba makan makanan yang kurang berlemak, dan berkalori rendah pada setiap waktu makan. Kaunselor: OK, ada lain-lain lagi? Klien: Saya terfikir untuk menjalankan senaman pada setiap hari – mungkin pada setiap pagi. menyedari apa yang anda sedang buat; hadkan rangsangan yang melawa tingkah laku yang tidak dikehendaki; dan mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan.

OUM

129

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

UNIT 3 BAB 5

Kaunselor: Itu sangat baik. Mari kita sama-sama bincang hal itu, dan fikirkan juga bagaimana kita dapat mengelakkan keinginan untuk makan macam dulu, dan memastikan rancangan anda berjaya. Langkah 4:Menjana Peneguhan yang Sesuai dan Menentukan Akibat yang Bermakna Serta Berkesan bagi Klien Teruskan merekod tingkah laku sasaran. A. B. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif memberi akibat yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa. Laksanakan pemberian peneguhan supaya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera. Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudah dibuat. Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan matlamat perlakuan yang dikehendaki. Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap peringkat diberi peneguhan. Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) disediakan. Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan. Peneguhan dijadualkan supaya dijadikan insentif untuk jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.

Contoh: Kaunselor: Saya mahukan ganjaran anda mencukupi untuk memastikan anda mengikuti rancangan, tapi jangan sampai anda membuat sasaran begitu tinggi hingga tak terbuat. Dan jangan harapkan saudara seorang sahaja yang memberi ganjaran atau peneguhan. Saya ingin tahu siapa menjadi penyokong kuat anda yang boleh mentadbirkan ganjaran. Ini akan menambahkan peluang untuk berjaya mencapai matlamat. Klien: Saya yakin isteri saya akan dapat membantu saya dalam hal ini. Lagi pun kalau saya menipu diri saya masa makan, sudah tentu dia akan menyekat saya. Kaunselor: Bagus! Masukkan beberapa nama lagi orang-orang yang boleh membantu anda. Kemudian kita akan bina satu strategi di mana anda boleh agihkan tugas tertentu kepada mereka untuk kebaikan anda dan mereka. Klien: OK, kali ini saya betul-betul berazam menurunkan berat badan saya. Langkah 5: Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa yang Telah Tercapai Teruskan membuat catitan. Terus memikirkan ganjaran yang sesuai untuk perlakuan yang dikehendaki. A. Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesan untuk memastikan yang pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri boleh diubah dan dibaiki lagi, atau digunakan sekali lagi untuk meneruskan (maintain) matlamat sasaran.

130

OUM

UNIT 3 BAB 5

TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

B.

Meneruskan tingkah laku yang telah dipelajari. 1. 2. 3. 4. Mengurangkan catitan-kendiri. Kurangkan pemberian peneguhan. Dapatkan sokongan sosial. Gunakan strategi ini untuk mengubah sesuatu yang klien fikir penting baginya.

Contoh: Klien: Apa yang saya nak buat ialah melibatkan isteri saya secara serius menjaga berat badan saya supaya berterusan apabila berjaya nanti. Kaunselor: Ada tak kemungkinan dia akan memberi peneguhan kepada perlakuan saudara yang lama? Klien: Tentu sekali tidak! Dia sangat menjaga kesihatan saya. Kaunselor: Kalau begitu saya cadangkan saudara jadikan isteri saudara sebagai pembantu untuk meneruskan matlamat sasaran. Cuba fikirkan beberapa nama lain yang boleh membantu anda meneruskan sokongan supaya tidak balik semula kepada tabiat makan seperti dahulu. Amat menyusahkan anda sendiri kalau berbalik semula seperti dahulu setelah menjalankan aktiviti fizikal yang anda lakukan selama ini. Klien: OK, terima kasih.

RUMUSAN
Dalam bab ini, anda telah dijelaskan beberapa fungsi teori dan dapat mengetahui mengapa kaunselor memerlukan teori sebelum menjalankan proses kaunseling. Teori kaunseling behaviorisme dinyatakan dengan memberi nama-nama orang yang dikaitkan dengan prinsipprinsip pembelajaran yang menjadi asas kepada teori kaunseling behaviorisme. Kaunselor perlu memahami bagaimana kliennya mempersepsikan masalahnya sendiri. Dengan menggunakan pendekatan behaviorisme, kaunselor dapat menyelami masalah klien berasaskan kefahamannya tentang perihal perlakuan yang adaptif dan maladaptif dari kacamata teori ini. Beberapa teknik yang mudah dilaksanakan, seperti role-play, latihan asertif dan token ekonomi ada diterangkan.

OUM

131

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->