You are on page 1of 2

INFO ADAB MENGHIDANG MAKANAN DAN MINUMAN

Allah Berfirman yang bermaksud : Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh (Surah Al Mukminun :ayat 51) A.Adab Menghidang Makanan dan Minuman 1.Mengelap pinggan dan mangkuk sebelum digunakan. 2.Tidak menggunakan pinggan atau mangkuk yangretak atau sumbing. 3.Menyusun hidangan di tempat yang bersih. 4.menyusun hidangan dengan kemas dan teratur. 5.Pastikan makanan dan minuman mencukupi. 6.Menyediakan keperluan seperti air basuh tangan,tisu,gelas,sudu,garpu, dan sebagainya. 7.Tidak mengangkat hidangan sehingga semua selesai makan.

B.Adab Orang Menghidang Makanan 1.Berpakaian bersih dan menutup aurat. 2.Bersedia menyediakan yang terbaik. 3.Menghidang makanan dengan penuh sopan santun. 4.Bewajah ceria semasa menghidang.

C.Faedah Ketika Menghidang 1.Dapat menghindarkan penyakit. 2.Disukai dan dipandang mulia. 3.Mendapat keredhaan Allah. 4.Hidangan menjadi kemas dan teratur.

D.Akibat tidak Beradab Ketika Menghidang Makanan 1.Menyebabkan penyakit. 2.Dibenci dan disisih oleh masyarakat. 3.Menjatuhkan maruah diri dan orang lain. 4.Dibenci dan dimurkai Allah.

You might also like